Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

43
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/336722042 Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa Kiblat: Surah al- Baqarah (2: 142-150) Conference Paper · August 2019 CITATIONS 0 READS 3,619 1 author: Some of the authors of this publication are also working on these related projects: Mahasiswa Cemerlang View project Seminar Tamadun Islam 2018 View project Kamarul Azmi Jasmi Universiti Teknologi Malaysia 536 PUBLICATIONS 3,274 CITATIONS SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 22 October 2019. The user has requested enhancement of the downloaded file.

Transcript of Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

Page 1: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/336722042

Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa Kiblat: Surah al-

Baqarah (2: 142-150)

Conference Paper · August 2019

CITATIONS

0READS

3,619

1 author:

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Mahasiswa Cemerlang View project

Seminar Tamadun Islam 2018 View project

Kamarul Azmi Jasmi

Universiti Teknologi Malaysia

536 PUBLICATIONS   3,274 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 22 October 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.

Page 2: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

Peristiwa pertukaran kiblat daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah, Mekah merupakan satu peristiwa penting bagi membuktikan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Nabi SAW adalah benar seperti yang tercatat dalam kitab Taurat. Selain itu, Nabi Muhammad dan umatnya pada hari akhirat merupakan umat terpilih dan menjadi saksi terhadap dakwah para nabi sebelum Rasulullah SAW. Hal ini melambangkan kedudukan Rasulullah SAW dan umatnya yang lebih tinggi daripada umat yang lainnya. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 142-150) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menun-jukkan bahawa terdapat empat pengajaran penting yang boleh diambil daripada perbincangan tafsiran ayat, iai-tu peristiwa kiblat yang terkandung hikmat dan hukum disebalik pertukaran kiblat; keperluan dan perancangan doa; umat Yahudi sudah ditakdirkan tidak akan tunduk beriman dengan Islam; dan umat Islam merupakan yang sederhana dan umat pilihan. Kata Kunci: Kiblat, Baitulmuqaddis, Mekah Nabi Muhammad, umat Muhammad

Abu Dawud al-Tiyalisi, Sulaiman. 1999. Musnad Abu Daud al-Tiyalisi. Muhammad ‘Abd al-Muhsin al-Turki

(Ed.). Beirut: Hajr li al-Tiba‘ah wa al-Nasr. Abu Dawud, Sulaiman. 2009. Sunan Abi Dawud. Shu‘aib al-Arnut & Muhammad Kamil Qurrah Balali

(Ed.). Jld. 1-7. Beirut: Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah. Ahmad, Muhammad Hambal. 2001. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Shu‘ay al-Arna’ut & ‘Adil

Murshid (Ed.). Al-Qahirah: Mu’assah al-Risalah. Al-Azraqi, Muhammad. 1969. Akhbar Makkah wa ma Ja'a fiha min al-Athar. Jld. 1-2. Beirut: Dar al-Andalus

li al-Nasr. Al-Bayhaqi, Ahmad. 1991. Ma‘rifat al-Sunan wa al-Athar. ‘Abd al-Mu‘ti Amin Qal‘aji (Ed.). Jld. 1-15. Dam-

syiq: Dar Qutaybah. Al-Bayhaqi, Ahmad. 2003. Al-Sunan al-Kubra. Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Ata (Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah. Al-Bughawi, Al-Husain Mas’ud. 1983. Sharh al-Sunnah. Shu‘aib Al-Arna’ut & Muhammad Zuhair Al-

Shawish (Ed.). Jld. 1-15. Beirut: Al-Maktab al-Islami. Al-Bukhari, Muhammad. 2001. Al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa

Sunanihi wa Ayyamihi – Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhair Nasir Al-Nasir (Ed.). Jld. 1-9. Masurah: Dar Tuq al-Najat.

Al-Hakim, Abu ‘Abdullah Muhammad. 1990. Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn li al-Hakim. Mustafa ‘Abd al-Qadir Al-‘Ata (Ed.). Jld. 1-4. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Nasa’i, Ahmad. 1986. Al-Mujtabi min al-Sunan. ‘Abd al-Fattah Abu Gadat (Ed.). Jld. 1-8. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Nasa’i, Ahmad. 2001. Al-Sunan al-Kubra. Hasan ‘Abd al-Man‘am Shilbi (Ed.). Jld. 1-10. Beirut: Mu’as-sasah al-Risalah.

Al-Qurtubi, Muhammad. 1964. Al-Jami' li Ahkam al-Qur'an: Tafsir al-Qurtubi. Ahmad al-Barduni & Ibrahim Atfish (Ed.). Jld. 1-20. Al-Qahirah: Dar al-Kutub al-Mesriyyah.

Al-Razi, Muhammad ‘Umar. 1999. Mafatih al-Ghayb - al-Tafsir al-Kabir. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Araby.

Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa Kiblat: Surah al-Baqarah (2: 142-150)

Kamarul Azmi Jasmi

Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, [email protected]

Kiblat: Surah al-Baqarah (2: 142-150) ” in Program Budaya al-Quran. Siri 28 pada 15hb. Ogos 2019 di Kolej Tun Fatimah, UTM. Program anjuran Pusat Islam, UTM, p. 1-40.

Abstract

References

Suggested Citation: Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa

Page 3: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

Al-Sabuni. 1981. Mukhtasar Ibn Kathir. Jld. 1-3. Beirut-Lubnan: Dar al-Quran al-Karim. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1994. Al-Mu‘jam al-Kabir. Hamdi ‘Abd al-Majid al-Salafi (Ed.). Jld. 1-25. Al-

Qahirah: Maktabah bin al-Taymiyyah. Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. 1998. Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi. Bashar ‘Awad Ma‘ruf (Ed.). Jld.

1-6. Beirut: Dar al-Girb al-Islami. Basmeih, Abdullah. 1999. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan

Perdana Menteri. Ibn Abi Hatim, ‘Abdul Rahman. 1998. Tafsir al-Quran al-‘Azim li bin Abi Hatim. As‘ad Muhammad al-

Tayyib (Ed.). Al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah: Maktabah Nizar Mustafa al-Bazz. Ibn Abi Shaybah, Abu Bakr ‘Abdullah. 1988. Musannif ibn Abu Shaybah. Kamal Yusuf Al-Hut (Ed.). Jld. 1-

7. Al-Riyad: Al-Maktabah al-Rushd. Ibn al-Kathir, Ismail. 1998. Tafsir al-Quran al-A‘zim (Tahqiq: Muhammad al-Husayn Shams al-Din). Jld. Juz.

1-4. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Ibn al-Kathir, Ismail. 1999. Tafsir al-Quran al-A‘zim. Jld. Juz. 1-4. Al-Qahirah: Dar al-Hadis. Ibn Hibban, Muhammad. 1993. Sahih ibn Hibban bi Tartib ibn Balaban. Shu‘aib Al-Arna’ut (Ed.). Jld. 1-

18. Beirut: Mu’assasah al-Risalah. Ibn Jarir, Muhammad. 2001. Tafsir Al-Tabari - Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. ‘Abdullah bin ‘Abd Al-

Muhsin Al-Turkiyy (Ed.). Jld. 1-24. Yamamah: Dar Hijr li al-Tiba‘ah wa al-Nasr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lan.

Ibn Majah, Muhammad Yazid. 2009. Sunan Ibn Majah. Shu‘ayb Al-Arna’ut, ‘Adil Murshid, Muhammad Kamil Qurrah Balali, & 'Abd al-Latif Hirzullah (Ed.). Jld. 1-5. Beirut: Dar al-Risalah al-'Alamiyyah.

Ibn Mundah, Muhammad. 1985. Al-Iman li Ibn Mundah. (Al-Tahqiq: ‘Ali bin Muhammad Nasir bin Nasir al-Fakihi). Jld. 1-2. Beirut: Mu'assasah al-Risalah.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019a. Bani Israil dan Ilmu Sihir serta Kisah Harut dan Marut: Surah al-Baqarah (2: 99-103). Kertas Kerja dalam Siri 21: Program Budaya al-Quran, 7hb. Mac 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019b. Bani Israil dan Kecintaan Kepada Dunia dan Permusuhan dengan Jibril AS: Su-rah al-Baqarah (2: 93-98). Kertas Kerja dalam Siri 20: Program Budaya al-Quran, 21 Februari 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019c. Bani Israil dan Pengubahan Kitab Taurat: Surah al-Baqarah (2: 75-82). Kertas Kerja dalam Siri 17: Program Budaya al-Quran, 24 Januari 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019d. Bani Israil dan Pengutusan Para Rasul: Surah al-Baqarah (2: 87-92). Kertas Kerja dalam Siri 19: Program Budaya al-Quran, 14 Februari 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019e. Hakikat Sebenar Agama Nabi Ibrahim AS: Surah al-Baqarah (2: 130-135). Ker-tas Kerja dalam Siri 26: Program Budaya al-Quran, 18hb Julai 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019f. Hakikat Sebenar Agama Nabi Ibrahim AS: Surah al-Baqarah (2: 130-135). Jld. 1-XX. Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019g. Islam Agama Semua Umat dengan Syariat Yang Berbeza: Surah al-Baqarah (2: 136-141). Kertas Kerja dalam Siri 27: Program Budaya al-Quran, 8hb Ogos 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019h. Islam Agama Semua Umat dengan Syariat Yang Berbeza: Surah al-Baqarah (2: 136-141). Jld. 1-XX. Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019i. Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya Serta Peristiwa Pertukaran Kiblat: Surah al-Baqarah (2: 142-143). Jld. 1-XX. Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019j. Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya Serta Peristiwa Pertukaran Kiblat: Surah al-Baqarah (2: 142-150). Kertas Kerja dalam Siri 28: Program Budaya al-Quran, 15hb Ogos 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019k. Ketinggian Islam Berbanding Agama Yahudi dan Nasrani: Surah al-Baqarah (2: 111-115). Kertas Kerja dalam Siri 23: Program Budaya al-Quran, 4hb April 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019l. Ketinggian Islam Berbanding Agama Yahudi dan Nasrani: Surah al-Baqarah (2: 111-115). Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Muslim, al-Hajjaj. t.th. Sahih Muslim. Jld. 1-8. Beirut: Dar al-Fikr.

Page 4: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

KEISTIMEWAAN NABI MUHAMMAD DAN UMATNYA SERTA PERISTIWA KIBLAT: SURAH AL-BAQARAH (2:

142-150) *

Kamarul Azmi Jasmi Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Teknologi Malaysia [email protected]

Abstrak Peristiwa pertukaran kiblat daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah, Mekah merupakan satu peristiwa penting bagi membuktikan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Nabi SAW adalah benar seperti yang tercatat dalam kitab Taurat. Selain itu, Nabi Muhammad dan umatnya pada hari akhirat merupakan umat terpilih dan menjadi saksi terhadap dakwah para nabi sebelum Rasulullah SAW. Hal ini melambangkan kedudukan Rasulullah SAW dan umatnya yang lebih tinggi daripada umat yang lainnya. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 142-150) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat pengajaran penting yang boleh diambil daripada perbincangan tafsiran ayat, iaitu peristiwa kiblat yang terkandung hikmat dan hukum disebalik pertukaran kiblat; keperluan dan perancangan doa; umat Yahudi sudah ditakdirkan tidak akan tunduk beriman dengan Islam; dan umat Islam merupakan yang sederhana dan umat pilihan. Kata Kunci: Kiblat, Baitulmuqaddis, Mekah Nabi Muhammad, umat Muhammad

هى همهج ني نى نم نخنح نج مي مى مم مخ مح مج لي لى لم ى ر ذ يي يى يم يخ يح يج هي تر بي بى بن بم بز بر ئي ئى ئن ئمئز ئر كم كل كا قيقى في فى ثي ثى ثن ثم ثز ثرتي تى تن تم تز يزير ى ني نى نن نم نز نر مم ما لي لى لمكي كى به بم بخ بح بجئه ئم ئخ ئح ئج يييى ين يم صح سم سخ سح سجخم خج حم حج جم جح ثم ته تم تختح تج فم فخ فح فجغم غج عم عج ظم طح ضم ضخ ضح ضج صم صخ نج مم مخ مح مج له لم لخ لح لجكم كل كخ كح كج قمقح

*Artikel ini dibincangkan dalam Ceramah Program Budaya al-Quran Mingguan Siri 28 di Kolej Tun Fatimah, UTM pada 15hb. Ogos 2019 anjuran Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 5: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

2

مى مممخ مح مج لي لى لم لخ هج نه نم نخ نح يم يخ يح يج هي هى هم هج ني نى نم نخ نح نج مي

Maksud: Orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata, “Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad), “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah SWT - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah SWT mengadapnya, wajiblah kita mematuhi-Nya); Allah SWT yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus". (142) Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang yang diberikan Allah SWT petunjuk hidayah dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah SWT Amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang (yang beriman). (143) Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144) Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang yang zalim. (145) Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (146) Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu. (147)

(Surah al-Baqarah, 2: 142-147)

PENGENALAN

Selepas Allah SWT menggambarkan bahawa agama Islam merupakan agama bagi semua para Rasul yang terdahulu (Al-Sabuni, 1981; Jasmi, 2019h, 2019g), Allah SWT menegaskan tentang kedudukan agama Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad

Page 6: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

3

SAW yang memiliki keistemewaan berbanding dengan syariat sebelumnya. Keistimewaan juga diberikan kepada umat ini berbanding umat sebelumnya sama ada ketika di dunia dengan syariat yang paling sempurna buat umat manusia dan jin, bahkan kedudukan mereka di alam akhirat nanti. Setelah itu, Allah SWT menerang tentang hukum dan syariat pertukaran kiblat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan sesuatu yang sudah dikhabarkan oleh Allah SWT sebagai bukti kenabian Nabi Muhammad SAW dalam kitab terdahulu (Al-Sabuni, 1981; Jasmi, 2019i, 2019j). Artikel ini akan membincangkan tafsiran enam kumpulan ayat, iaitu surah al-Baqarah (2: 142-143), surah al-Baqarah (2: 144), surah al-Baqarah (2: 145), surah al-Baqarah (2: 146-147), surah al-Baqarah, (2: 148), dan surah al-Baqarah (2: 149-150). Pada bahagian akhir daripada perbincangan tafsiran terdapat pengajaran ayat yang bo;leh diambil serta rumusan daripada perbincangan tafsiran dan pengajaran. Sebagai ingatan bahawa segala terjemahan ayat al-Quran dalam kertas kerja ini menggunakan terjemahan Abdullah Basmeih (1999), iaitu tafsir al-Quran Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Perdana Menteri.

TAFSIRAN AYAT

Empat kumpulan perbicangan tafsiran ayat, iaitu surah al-Baqarah (2: 142-143), surah al-Baqarah (2: 144), surah al-Baqarah (2: 145), surah al-Baqarah (2: 146-147), surah al-Baqarah, (2: 148), dan surah al-Baqarah (2: 149-150). akan dikupas daripada kitab tafsir dan darpada hadis nabi SAW.

Surah al-Baqarah (2: 142-143)

Allah SWT menjelaskan bahawa tentang kebodohan orang yang mempertikaikan pertukaran kiblat disebabkan syariat tersebut dan juga lain-lain syariat Islam merupakan perkara biasa bagi semua nabi dan Rasul ketika era penurunan wahyu. Bahkan Allah SWT menegaskan pensyariatan tersebut dengan menggambarkan keistimewaan syariat Nabi Muhammad SAW dan umatnya berbanding dengan Rasul dan umat yang lain. Keistemewaan mereka bukan sahaja ketika di dunia, tetapi juga ketika di alam akhirat. Allah SWT berfirman:

ني نى نم نخنح نج مي مى مم مخ مح مج لي لى لم ر ذ يي يى يم يخ يح يج هي هى همهج ئى ئن ئمئز ئر ى ثز ثرتي تى تن تم تز تر بي بى بن بم بز بر ئي لى لمكي كى كم كل كا قيقى في فى ثي ثى ثن ثم نز نر مم ما لي

Maksud: Orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata, “Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad), “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah SWT - (maka

Page 7: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

4

ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah SWT mengadapnya, wajiblah kita mematuhi-Nya); Allah SWT yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (142) Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang yang diberikan Allah SWT petunjuk hidayah dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah SWT amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang (yang beriman). (143)

(Surah al-Baqarah, 2: 142-143)

Berkata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/452), Orang bodoh ditujukan kepada golongan berikut: (1) Al-Zujaj: Musyrik Arab. (2) Mujahid: Para rahib Yahudi. (3) Al-Suddi: Orang munafik. Gambaran pengamalan kiblat ini ada digambarkan dalam satu hadis berikut (Al-Bukhari, 2001: 4486):

اء : «عن ا�� � ن� رسول او صلى الله عليه وسلمأ

&يت ا�مقدس ست�ة ع� شهرا، أ

إ'

ص(�ها،

�و صلا

، أ ن�ه ص(�

ن ت5ون قبلته قبل ا0يت، وأ

سبعة ع� شهرا، و:ن 9عجبه أ

هل » .وم صلاة الع> وص(� معه ق ن Eن ص(� معه Dمر� C أ فخرج رجل Fم�

يت مع اNO�P «ا�مسجد وهم راكعون، قال: �قد صل

، ل � شهد با

ة، صلى الله عليه وسلمأ قبل مك�

ي مات C القبل �

Vل قبل ا0يت فداروا كما هم قبل ا0يت، و:ن ا و� W نة Xبل أ

قتلوا، �م ندر ما Yقول Dيهم

: ».رجال � نزل ا _ضيع إيمان5م ﴿فأ � وما Eن ا

باP�اس �رءوف رحيم � ».﴾إن� ا

Maksud: Al-Barra RA menceritakan bahwa Nabi SAW solat menghadap ke Baitulmuqaddis selama enam belas atau tujuh belas bulan, padahal dalam hatinya baginda lebih suka bila kiblatnya menghadap ke arah Baitullah Kaabah. Mula-mula solat yang baginda lakukan (menghadap ke arah kiblat) adalah solat Asar, dan ikut solat bersamanya suatu kaum. Maka keluarlah seorang lelaki dalam kalangan orang yang solat bersamanya, lalu lelaki itu berjumpa dengan jamaah suatu masjid yang sedang mengerjakan solat (menghadap ke arah Baitulmuqaddis), maka ia berkata, “Aku bersaksi kepada Allah SWT, sesungguhnya aku solat bersama Nabi SAW menghadap ke arah Mekah (Kaabah).” Maka jamaah tersebut memutarkan tubuh mereka yang sedang solat itu ke arah Baitullah. Tersebutlah bahawa banyak lelaki yang meninggal dunia selama solat menghadap ke arah kiblat pertama sebelum

Page 8: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

5

dipindahkan ke arah Baitullah. Kami tidak mengetahui apa yang harus kami katakan mengenai mereka. Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya, “Dan Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan iman kamu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. (Surah al-Baqarah, 2: 143).

(Al-Bukhari)

Al-Barra yang menceritakan bahawa pada mulanya Rasulullah SAW solat menghadap ke arah Baitulmuqaddis dan sering melemparkan pandangannya ke arah langit, menunggu-nunggu perintah Allah SWT. Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud, “Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.” (Surah al-Baqarah, 2: 144). Lalu kaum lelaki dalam kalangan kaum Muslim mengatakan, “Kami ingin sekali mengetahui nasib yang dialami oleh orang yang mati dalam kalangan kami sebelum kami dipalingkan ke arah kiblat (Kaabah), dan bagaimana dengan solat kami yang menghadap ke arah Baitulmuqaddis.” Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud, “Dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.” (Surah al-Baqarah, 2: 143) Kemudian berkatalah orang yang kurang akalnya antara manusia, iaitu mereka ialah Kitab yang dipetik kata-kata mereka dalam firman-Nya, “Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” (Surah al-Baqarah, 2: 142). Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya, yang bermaksud, “Orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata.” (Surah al-Baqarah, 2: 142), hingga akhir ayat. Kisah ini sebagaimana juga yang dinyatakan dalam hadis berikut (Ibn Abi Hatim, 1998: 1328; Ibn Hibban, 1993: 6281; Ibn Abi Shaybah, 1988: 36610):

�اء بن fزب «، قال: عن ا� � مقدس ست�ة صلى الله عليه وسلمEن رسول ا

و &يت ا�

g �)قد ص

� عو سبعة ع� شهرا، و:ن jبh أ

كعبة شهرا أ

و ال

g ه ».ن يوج� � نزل ا

فأ

:

وجهك ﴿«kعا'N

ن�ك قبلة ترضاها فولN

ماء فلنو_ ب وجهك o ا�س�hقد نرى kقلرام

qمسجد ا

فهاء من اP�اس «قال: ”.﴾شطر ا� hكعبة، وقال ا�س

و ال

g ه Nوهم -فوج

هود

E xنوا عليها؟« :-ا_�: »ما ولاهم yن قبلتهم ال � نزل ا

ق ﴿«فأ �م

ا� � قل

اط Fس }

مغرب 9هدي من �شاء إ' »﴾.تقيم وا�

Maksud: Al-Barra yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah solat menghadap ke arah Baitulmuqaddis selama enam belas atau tujuh belas bulan, sedangkan hati baginda SAW lebih suka bila diarahkan menghadap ke Kaabah, maka Allah SWT menurunkan firman-Nya: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. (Surah al-Baqarah, 2: 144); al-Barra melanjutkan kisahnya, bahawa setelah itu Nabi SAW menghadapkan wajahnya ke arah kiblat. Maka berkatalah orang yang kurang akalnya antara manusia, iaitu orang Yahudi, yang dipetik oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud, “Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” (Surah al-Baqarah, 2: 142). Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya, Katakanlah (wahai Muhammad), “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah SWT - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah SWT mengadapnya, wajiblah kita mematuhi-Nya); Allah SWT yang memberikan petunjuk

Page 9: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

6

hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah, 2: 142)

(Ibn Abi Hatim, Ibn Hibban, dan Ibn Abi Shaybah)

Athar ini diperkukuhkan lagi dengan athar yang lain yang menyebut (Ibn Abi Hatim, 1998: 1329):

«عن ابن yب�اس: � ن� رسول ان �ستقبل صلى الله عليه وسلمأ

أ � Fره ا

مدينة أ

ا�

ا هاجر إ' �م�

� هود فاستقبلها رسول ا

مقدس، Dفرحت ا_بضعة ع� شهرا، و:ن صلى الله عليه وسلم&يت ا�

� ماء jبh قبل صلى الله عليه وسلمرسول ا ا�س�

و�نظر إ' � : » ة إبراهيم، ف�ن يدعو ا � نزل ا، فأ

E xنوا عليها﴿�هم yن قبلتهم ال

� ﴾ما ولا � نزل ا

وا وجوه5م ﴿ فأ

hفو�

ه « ﴾شطره

وه، فارتاب من ذ�ك ا_

g �مغرب ﴿وقا�وا: » ود 9عق وا� �م

ا� � قل

اط Fستقيم }

»﴾.9هدي من �شاء إ'

Maksud: lbnu Abbas menceritakan bahawa ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah. Allah SWT memerintahkannya agar menghadap ke arah Baitulmuqaddis (dalam solatnya). Maka orang Yahudi gembira melihatnya. Dan Rasulullah SAW menghadap kepadanya selama belasan bulan. padahal dalam hati baginda SAW sendiri lebih suka bila menghadap ke arah kiblat Nabi Ibrahim. Untuk itu. baginda SAW selalu berdoa kepada Allah SWT serta sering menengadahkan pandangannya ke langit. Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya, “Palingkanlah mukamu ke arahnya.” (Surah al-Baqarah, 2: 144) Orang Yahudi merasa curiga akan hal tersebut, lalu mereka mengatakan“Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” (Surah al-Baqarah, 2: 142) Lalu Allah SWT menurunkan firman-Nya: Katakanlah, “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah SWT - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah SWT mengadapnya, wajiblah kita mematuhi-Nya); Allah SWT yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah, 2: 142).

(Ibn Abi Hatim)

Banyak hadis yang menerangkan masalah ini, yang pada garis besarnya menyatakan bahawa pada mulanya Rasulullah SAW menghadap ke arah Sakhrah di Baitulmuqaddis. Baginda SAW ketika di Mekah selalu solat antara dua rukun yang menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Dengan demikian, di hadapannya ada Kaabah; sedangkan ia menghadap ke arah Sakhrah di Baitulmuqaddis (Jurusalam). Ketika baginda SAW hijrah ke Madinah, baginda tidak dapat menghimpun kedua kiblat itu; maka Allah SWT memerintahkannya agar langsung menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Demikianlah menurut Ibnu Abbas dan jumhur ulama. Akan tetapi, para ulama berbeza pendapat mengenai perintah Allah SWT kepadanya untuk menghadap ke arah Baitulmuqaddis, apakah melalui al-Quran atau lainnya? Ada dua pendapat mengenainya. Imam Al-Qurtubi (1964: 16/57) dalam kitab tafsirnya meriwayatkan dari Ikrimah, Abu al-‘Aliyah dan al-Hasan al-Basri bahawa menghadap ke Baitulmuqaddis adalah berdasarkan ijtihad Nabi SAW sendiri. Yang dimaksudkan dengan menghadap ke Baitulmuqaddis ialah setelah baginda SAW tiba di Madinah. Hal tersebut dilakukan oleh

Page 10: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

7

Nabi SAW selama belasan bulan, dan selama itu baginda memperbanyak doa dan ibtihal kepada Allah SWT serta memohon kepada-Nya agar dihadapkan ke arah Kaabah yang merupakan kiblat Nabi Ibrahim AS. Hal tersebut diperkenankan oleh Allah SWT, lalu Allah SWT memerintahkannya agar menghadap ke arah Bayt al- ‘Atiq. Lalu Rasulullah SAW berkhutbah kepada orang ramai dan memberitahukan pemindahan tersebut kepada mereka. solat pertama yang baginda lakukan menghadap ke arah Kaabah adalah solat Asar, seperti yang disebutkan dalam hadis sebelum ini (Al-Bukhari, 2001: 4486). Akan tetapi, dalam kitab Imam al-Nasai melalui riwayat Abu Sa‘id bin al-Ma‘la disebutkan bahawa solat tersebut, iaitu yang pertama kali dilakukannya menghadap ke arah Kaabah adalah solat Zohor. Abu Sa'id bin al-Ma'la mengatakan, dia dan kedua temannya termasuk orang yang mula-mula solat menghadap ke arah Kaabah. Bukan hanya seorang dalam kalangan mufassirin dan lain-lainnya menyebutkan bahawa pemindahan kiblat diturunkan kepada Rasulullah SAW ketika baginda SAW solat dua rakaat dari solat Zohor, turunnya wahyu ini terjadi ketika baginda sedang solat di masjid Bani Salimah sehingga masjid itu dinamakan Masjid Qiblatain. Dalam hadis Nuwailah binti Muslim disebutkan, datang kepada mereka berita pemindahan kiblat itu ketika mereka dalam solat Zohor. Nuwailah binti Muslim melanjutkan kisahnya, “Setelah ada berita itu, maka kaum lelaki beralih menduduki tempat kaum wanita dan kaum wanita menduduki tempat kaum lelaki.” Demikianlah menurut apa yang dituturkan oleh Syekh Abu Umar bin Abdul Bar al-Namiri. Mengenai ahli Quba, berita pemindahan itu baru sampai kepada mereka pada solat Subuh pada hari keduanya, seperti yang disebutkan dalam hadis berikut (Al-Bukhari, 2001: 7251; Muslim, t.th.: 526):

بح بقباء إذ جاءهم آت Dق hة ا�ص

إن� «ال: عن ابن yمر، قال: ب�نما اP�اس o صلاكعبة فاستقبلوها، و:نت «رسول االله

ن �ستقبل ال

Fر أ

يلة، وقد أ

�قد انزل عليه ا�ل

كعبة ال

ام، فاستداروا إ' ا�ش�

»وجوههم إ'

Maksud: Ibnu Umar r.a. yang menceritakan Ketika orang sedang melakukan solat Subuh di Masjid Quba, tiba-tiba datanglah kepada mereka seseorang yang mengatakan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW menerima wahyu tadi malam yang memerintahkan agar menghadap ke arah Kaabah. Oleh kerana itu, menghadaplah kamu ke Kaabah. Saat itu wajah mereka menghadap ke arah negeri Syam, lalu mereka berputar ke arah Kaabah.

(Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini terkandung dalil yang menunjukkan bahawa hukum yang ditetapkan oleh nasikh masih belum wajib diikuti kecuali setelah mengetahuinya, sekalipun turun dan penyampaiannya berlalu. Hal ini demikian kerana ternyata mereka tidak diperintahkan untuk mengulangi solat Asar, Magrib, dan Isyak. Setelah hal ini terjadi, maka sebahagian orang dalam kalangan kaum munafik, orang yang ragu dan Ahli Kitab merasa curiga, dan keraguan menguasai diri mereka terhadap hidayah. Lalu mereka mengatakan seperti yang dipetik oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

نخنح نج مي مى مم مخ مح

Maksud: Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?”

Page 11: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

8

(Surah al-Baqarah, 2: 142)

Dengan kata lain, mereka bermaksud, “Mengapa kaum Muslimin itu sekejap menghadap ke arah sana dan sekejap menghadap ke sana pula.” Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya sebagai jawaban terhadap mereka:

همهج ني نى نم

Maksud: Timur dan barat adalah kepunyaan Allah SWT - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah SWT mengadapnya, wajiblah kita mematuhi-Nya).

(Surah al-Baqarah, 2: 142) Ayat ini bermaksud, “Dialah yang mengatur dan yang menentukan semuanya, dan semua perintah itu hanya di tangan kekuasaan Allah SWT belaka. Maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah SWT. (Surah al-Baqarah, 2: 115). Adapun firman-Nya:

نم نخ نح نج مي مى مم مخ مح مج لي لى لم

Maksud: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah SWT.

(Surah al-Baqarah, 2: 177)

Dengan kata lain, semua perkara itu dinilai sebagai kebaktian bilamana didasari demi mengerjakan perintah Allah SWT. Untuk itu, ke mana sahajapun umat Islam dihadapkan, maka umat Islam harus menghadapnya. Ketaatan yang sebenar hanyalah dalam mengerjakan perintah-Nya. Sekalipun setiap hari umat Islam diperintahkan untuk menghadap ke pelbagai arah. umat Islam adalah hamba-Nya dan berada dalam pengaturan-Nya, umat Islam adalah pelayan-Nya; ke mana pun Dia mengarahkan mereka, maka umat Islam harus menghadap ke arah yang diperintahkan-Nya. Allah SWT mempunyai perhatian yang besar kepada hamba dan Rasul-Nya, iaitu Nabi Muhammad SAW dan umatnya. Hal ini ditunjukkan melalui petunjuk yang diberikan-Nya kepada baginda untuk menghadap ke arah kiblat Nabi Ibrahim AS kekasih Tuhan Yang Maha Pemurah, iaitu menghadap ke arah Kaabah yang dibangun atas nama Allah SWT semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Kaabah merupakan rumah Allah SWT yang paling terhormat di muka bumi ini tambahan pula Kaabah ini dibangunkan oleh kekasih Allah SWT, iaitu Nabi Ibrahim AS. Oleh kerana itu, dalam firman-Nya disebutkan:

يى يم يخ يح يج هي هى همهج ني نى نم

Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad), “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah SWT - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah SWT mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah SWT yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus". (142)

Page 12: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

9

(Surah al-Baqarah, 2: 142)

Pertikaian kaum Yahudi terhadap pertukaran kiblat ini sebenarnya tidak lebih daripada hasad dengki mereka kepada kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan umatnya sebagaimana yang terjelas dalam hadis berikut (Ahmad, 2001: 25029):

ت �fشة yن رسول قال :قال � هل o 9ع� صلى الله عليه وسلم ا

كتاب أ

jسدونا «: ال

إY�هم لا

Cنها، وy واhx هدانا االله �ها وضل

�معة ال

ء كما jسدونا C يوم ا� � C

وا yنها، وC قوPاhx هدانا االله �ها وضل

�قبلة ال

مام: آم� ال

ف الإ

».خل

Maksud: Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Asim, dari Husain bin Abdur Rahman, dari Amr bin Qais, dari Muhammad ibnul Asy'As, dari Siti Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda berhungan dengan kaum Ahli Kitab, “Sesungguhnya mereka belum pernah merasa dengki terhadap sesuatu sebagaimana kedengkian mereka kepada kita atas hari Jumat yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita, sedangkan mereka sesat darinya; dan atas kiblat yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita, sedangkan mereka sesat darinya, serta atas ucapan kita amin di belakang imam.

(Ahmad)

Seterusnya, Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/454) menyambung perbincangan tafsiran ayat berikutnya daripada firman Allah SWT:

ى ر ذ يي ئمئز ئر

Maksud: Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

(Surah al-Baqarah, 2: 143) Ayat ini membawa maksud bahawa Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami palingkan kamu ke arah kiblat Ibrahim AS dan Kami pilihkan kiblat tersebut untuk kamu, hanya kerana Kami akan menjadikan kamu sebagai umat yang terpilih, dan agar kamu kelak pada hari kiamat menjadi saksi ke atas umat lain sebagaimana yang diketahui bhawa semua umat mengakui keutamaan kamu.” Al-wasat ( الوسط) dalam ayat ini bererti pilihan dan yang terbaik, seperti dikatakan bahawa orang Quraisy merupakan orang Arab yang paling baik keturunan dan kedudukannya. Rasulullah SAW seorang yang terbaik dalam kalangan kaumnya, iaitu yang paling terhormat keturunannya. Termasuk ke dalam pengertian ini sebagaimana kalimah salat al-wusta (لاة الوسطى iaitu solat yang paling utama, iaitu solat Asar, seperti yang ,(الصdisebutkan dalam kitab sahih dan lain-lainnya. Allah SWT menjadikan umat Nabi Muhammad SAW merupakan umat yang terbaik dengan Allah SWT mengkhususkannya

Page 13: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

10

dengan syariat yang paling sempurna dan tuntunan yang paling lurus serta jalan yang paling jelas, seperti yang disebutkan dalam firman-Nya:

جح ثمته تم تخ تحتج به بم بخ بح بج ئه ئم ئخ

صخ صح سم سخ سح سج خم خج حم حج جم

ضخضح ضج صم

Maksud: Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).

(Surah al-Hajj, 22: 78)

Keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW yang digambarkan dalam ayat, iaitu mereka menjadi penyaksi kepada nabi dan umat yang lain dijelaskan dengan lebih lanjut daripada hadis Nabi SAW berikut (Al-Bukhari, 2001: 4487):

� ، قال: قال رسول ا Nسعيد ا�دري �Dيقول: ”.يد� نوح يوم القيامة «: صلى الله عليه وسلمyن أ

» Nيك وسعديك يا رب�

غت؟«Dيقول: ”.0�ته: ”.Yعم «Dيقول: »هل بل م�

هل «Dيقال لأ

غ5م؟�تانا من نذير م «Dيقو�ون: »بل

د «Dيقول: »من �شهد �ك؟«Dيقول: ”.ا أ �م�

ته م�غ: ”.وأ

�ن�ه قد بل

﴾و5�ون ا�ر�سول علي5م شهيدا﴿ف�شهدون أ

فذ�ك قو�

ره: ة وسطا �ك ﴿جل� ذك م�

نا�م أ

ذ�ك جعل

ونوا شهداء C اP�اس و5�ون و�

».وا�وسط: العدل ”.﴾ا�ر�سول علي5م شهيدا

Maksud: Abu Sa‘id yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Nabi Nuh kelak dipanggil pada hari kiamat. Lalu dijawab Nuh AS, “Ya! Wahai Tuhan!” Maka ditanyakan kepadanya, “Apakah engkau menyampaikan (risalahmu)?” Nuh menjawab, “Ya.” Lalu kaumnya dipanggil dan dikatakan kepada mereka, “Apakah dia menyampaikan(nya) kepada kamu?” Maka mereka menjawab, “Kami tidak kedatangan seorang pemberi peringatan pun dan tidak ada seorang pun yang datang kepada kami.” Lalu ditanyakan kepada Nuh, “Siapakah yang bersaksi untukmu?” Nuh menjawab, “Muhammad dan umatnya.” Lalu kamu bersaksi bahawa baginda Nuh sudah menyampaikan risalahnya. dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. Demikianlah firman-Nya yang menyebut, “Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (Surah al-Baqarah, 2: 143). Al-wasat ertinya adil.

Page 14: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

11

(Al-Bukhari)

Kisah Nabi Nuh AS ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam hadis yang lain daripada perawi yang sama, iaitu Abu Sa ‘id al-Khudri sepertimana berikut (Ahmad, 2001: 11558):

غ هذا قومه؟ Dيقو�ون: Yعم.�ته، Dيقال �هم: هل بل م�

م5م؟ Dيد� وأ

Dيقال: وما عل

غوا، ف �ن� ا�رhسل قد بل

نا: أ خ�

": Dيقو�ون: جاءنا ن¡يhنا، فأ ذ�ك ﴿ذ�ك قو�

و�

ة وسطا م�نا�م أ

�كونوا شهداء C اP�اس، و5�ون ا�ر�سول علي5م جعل

»﴾.شهيدا

Maksud: Lalu dipanggillah Nabi Muhammad dan umatnya dan dikatakan kepada mereka, “Apakah nabi ini menyampaikan kepada kaumnya?” Mereka menjawab, “Ya.” Dan ditanyakan pula, “Bagaimana kamu dapat mengetahuinya?” Mereka menjawab, “Telah datang kepada kami Nabi kami, lalu dia menceritakan kepada kami bahawa rasul itu menyampaikan risalahnya.” Yang demikian itu adalah firman-Nya, “Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (Surah al-Baqarah, 2: 143).

(Ahmad)

Kedudukan Nabi Muhammad SAW dan umatnya pada hari Kiamat adalah dimuliakan sehingga dicemburui oleh umat yang lain. Kenyataan ini bersesuaian dengan hadis Nabi SAW yang menyatakan (Ibn Jarir, 2001: 2182):

�O�Pن� ا، " أ � قيامة «قال: صلى الله عليه وسلمyن جابر بن yبد ا

ع( كوم يوم ال

x ل م�

وأ

Nإ£

¤Oة، وما من ن م� تها الأ �9

ن�ه منها أ

ود� أ

�Fم إلا

حد من الأ

ئق ما أ

لا

ف� C ا� �F

به ق ت ر§Nه ونصح �هم كذ�

غ رسالا�ن�ه قد بل

قيامة أ

ن شهداؤه يوم ال

g

� ».ومه إلا

Maksud: Jabir bin ‘Abdullah menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, “Aku dan umatku kelak pada hari kiamat berada di atas sebuah bukit yang menghadap ke arah semua makhluk; tidak ada seorang pun antara manusia melainkan dia menginginkan menjadi salah seorang antara kami, dan tidak ada seorang nabi pun yang didustakan oleh umatnya melainkan kami menjadi saksi bahawa nabi tersebut benar-benar menyampaikan risalah Tuhannya dan sudah menasihati mereka.

(Ibn Jarir)

Sebagaimana umat Muhammad SAW menjadi saksi kepada para Nabi, orang yang soleh dalam dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW juga akan menjadi saksi terhadap kebaikan dan keburukan dalam kalangan mereka juga. Kenyataan ini sebagaimana maksud hadis berikut (Al-Hakim, 1990: 3061):

Page 15: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

12

� «، قال: yن جابر بن yبد ا � o جنازة Dينا o ب� صلى الله عليه وسلمكنت مع رسول ا � جنب رسول ا

F© إ'

نا أ

مرء ما علمنا إن «، Dقال رجل: صلى الله عليه وسلمسلمة، وأ

Yعم ا�

عفيفا Fسلما إن Eن. »Eن ل � ي kقول؟: «صلى الله عليه وسلمDقال رسول ا

�Vنت ا

قال: يا رسول » أ

ائر �ª�علم با أ � ا وا

P ذاك بدا ، � ” .ا � و�ن�ا «قال: » وجبت : «صلى الله عليه وسلمDقال رسول ا

و من ب� -معه o جنازة رجل من ب� حارثة شهل أ

ب®س «Dقال رجل: -yبد الأ

ا غليظا إن Eن فظ°مرء ما علمنا إن Eن ل

».ا� � ي : «صلى الله عليه وسلمDقال رسول ا

�Vنت ا

أ

ا م «قال: » kقول؟

P ي بدا �

Vا ا م�ائر فأ �ª�علم با

أ � ، ا � Dقال ».نه فذاك يا رسول ا

� » وجبت : «صلى الله عليه وسلمرسول ا � رسول ا

ة وسطا ﴿: صلى الله عليه وسلم±م� تلا م�نا�م أ

ذ�ك جعل

و�

».﴾�كونوا شهداء C اP�اس و5�ون ا�ر�سول علي5م شهيدا

Maksud: Jabir bin Abdullah yang menceritakan, “Rasulullah SAW menghadiri suatu jenazah dalam kalangan Bani Maslamah, sedangkan aku berada di sebelah Rasulullah SAW Maka sebahagian dari mereka mengatakan, “Demi Allah SWT, wahai Rasulullah, dia benar-benar orang yang baik, sesungguhnya dia semasa hidupnya adalah orang yang memelihara kehormatannya lagi seorang yang berserah diri (muslim) dan mereka memujinya dengan pujian yang baik.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Anda berani mengatakan yang seperti itu?” Maka lelaki itu menjawab, “Hanya Allah SWT Yang Mengetahui rahasianya. Adapun yang tampak pada kami, begitulah.” Maka Nabi SAW bersabda, “Hal itu pasti (baginya).” Kemudian Rasulullah SAW menghadiri pula jenazah lain dalam kalangan Bani Harisah, sedangkan aku berada di sebelah Rasulullah SAW Maka sebahagian dari mereka (orang yang hadir) berkata, “Wahai Rasulullah, dia adalah seburuk-buruk manusia, jahat lagi kejam.” Lalu mereka membicarakannya dengan pembicaraan yang buruk. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada sebahagian mereka, “Anda berani mengatakan yang seperti itu?” Jawabnya, “Hanya Allah SWT Yang Mengetahui rahasianya. Adapun yang tampak pada kami, begitulah.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Hal itu pasti (baginya).” Mus‘ab bin Sabit berkata, “Pada saat itu Muhammad bin Ka‘ab mengatakan kepada kami, “Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW itu.” Kemudian baginda SAW membacakan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (Surah al-Baqarah, 2: 143).

(Al-Hakim)

Hadis ini diperkukuhkan dengan hadis yang lain, iaitu (Al-Bukhari, 2001: 1368):

kيت ا�مدينة وقد وXع بها Fرض وهم 9موتون Fوتا ذر�عا، سود، قال: أ

� الأ

yن أ

ا، Dقال yمر: وجبت، ث� خ³ yنه، Dمر�ت جنازة، فأ � ا yمر ر

فجلست إ'

ث خرى، فأ

ا، Dقال: وجبت، ±م� Fر� بأ °µ �ث

� خ³ا، Dقال: وجبت، ±م� Fر� با¶�ا¶ة، فأ

Page 16: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

13

ت كما قال اhO�P ص(� االله عليه ³F ا�مؤمن�؟ قال: قل

ت: وما وجبت يا أ

Dقل

م: �ر «وسل

أ ما Fسلم شهد � h9

ا�ن�ة أ � دخله ا

³ أ

نا: وثلاثة، قال: »§عة ، قل

ت: وا±نان، قال: »وثلاثة « عن ا�واحد »وا±نان «، قل

.، ±م� �م ¹سأ

Maksud: Abu al-Aswad yang menceritakan hadis berikut: Aku datang ke Madinah, maka aku jumpai kota Madinah sedang dilanda wabah penyakit, hingga banyak antara mereka yang meninggal dunia. Lalu aku duduk di sebelah Khalifah Umar r.a., maka lewatlah suatu iringan jenazah, kemudian jenazah itu dipuji dengan pujian yang baik. Khalifah Umar bin al-Khattab berkata, “Hal itu pasti baginya.” Kemudian lewat pula suatu iringan jenazah yang lain. Jenazah itu disebut-sebut sebagai jenazah yang buruk. Maka Umar r.a. berkata, “Hal itu pasti baginya.” Abu al-Aswad bertanya, “Apanya yang pasti itu, wahai Amir al-Muminin?” Umar r.a. mengatakan bahawa apa yang dikatakannya itu hanyalah menuruti apa yang pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW, iaitu sabdanya, “Siapa pun orang Islam yang disaksikan oleh empat orang dengan sebutan yang baik, nescaya Allah SWT memasukkannya ke syurga. Maka kami bertanya, “Bagaimana kalau tiga orang?” Baginda SAW menjawab, “Ya, tiga orang juga.” Maka kami bertanya, “Bagaimana kalau oleh dua orang?” baginda SAW menjawab, “Ya, dua orang juga.” Tetapi kami tidak menanyakan kepadanya tentang persaksian satu orang.”

(Al-Bukhari) Manakala dalam hadis yang lain pula menyebutkan (Ibn Majah, 2009: 4221):

� &يه، قال: خطبنا رسول ا، yن أ Nºزه³ ا¶�ق �

� ب5ر بن أ

باP�باوة، صلى الله عليه وسلمyن أ

ناوة، قال: واP�باوة من الط�

و ا0هل «ائف، قال: أ

ن�ة، من أ

هل ا�

ن kعرفوا أ

يوشك أ

قال: » اP�ار � Yتم «، قا�وا: بم ذاك؟ يا رسول ايNئ، أ سن، وا¶�ناء ا�س�

qبا¶�ناء ا

&عض5م C &عض � ».شهداء ا

Maksud: Abu Bakar bin Abu Zuhayr al-Thaqafi, dari ayahnya yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami ketika di al-Nabawah atau al-Banawah. Abu Bakar berkata, “Al-Nabawah adalah sebahagian daripada daerah Taif. Nabi SAW bersabda, “Hampir saja kamu mengetahui ahli syurga dan ahli neraka.” Para sahabat bertanya, “Dengan melalui apakah, wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab, “Dengan melalui pujian yang baik dan sebutan yang buruk; kamu adalah saksi Allah SWT yang ada di bumi.”

Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/457) kemudian menyambung perbincangan tafsiran ayat berikutnya dalam firman Allah SWT:

تى تن تم تز تر بي بى بن بم بز بر ئي ئى ئن قيقى في فى ثي ثى ثن ثم ثز ثرتي

Page 17: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

14

Maksud: (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang yang diberikan Allah SWT petunjuk hidayah.

(Surah al-Baqarah, 2: 143)

Ayat ini bermaksud, “Sesungguhnya Kami pada mulanya mensyariatkan kepadamu wahai Muhammad untuk menghadap ke arah Baitulmuqaddis, kemudian Kami palingkan kamu darinya untuk menghadap ke Kaabah. Hal ini tiada lain hanya untuk menampakkan keadaan sesungguhnya dari orang yang mengikutimu, taat kepadamu, dan menghadap bersamamu ke mana yang kamu hadapi.”

ثرتي تى تن تم

Maksud: Siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya).

(Surah al-Baqarah, 2: 143) Maksudnya, murtad dari agamanya.

ثن ثم ثز

Maksud: Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima).

(Surah al-Baqarah, 2: 143)

Iaitu pemindahan kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah terasa amat berat kecuali bagi orang yang mendapat hidayah dari Allah SWT serta merasa yakin dengan percaya kepada Rasul, dan semua yang didatangkan baginda hanyalah perkara hak semata-mata yang tidak diragukan lagi. Allah SWT melakukan sesautu menurut apa yang dikehendaki-Nya, Dia memutuskan hukum menurut kehendak-Nya, Dia berhak membebankan kepada hamba-Nya apa yang Dia kehendaki, dan menasakh apa yang Dia kehendaki. Hanya milik-Nyalah hikmah yang sempurna dan hujah (alasan) yang kuat dalam hal tersebut secara keseluruhan. Lain halnya pula dengan orang yang dalam hati mereka terdapat penyakit; sesungguhnya setiap kali terjadi sesuatu hal terjadi, maka timbullah rasa keraguan dalam hati mereka. Berbeza dengan keadaan orang yang beriman, dalam hati mereka keyakinan dan kepercayaan bertambah kuat, seperti yang disebutkan dalam firman-Nya:

ى ر ذ يي يى يم يخ يح يج هي هى بز بر ئي ئى ئن ئم ئز ئر تن تم تز تر بي بى بن بم

Page 18: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

15

Maksud: Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek), “Siapakah antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). (124) Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir. (125)

(Surah al-Tawbah, 9: 124-125)

Ayat ini ditegaskan lagi dalam firman-Nya yang lain:

فج غم غج عم عج ظم طح ضم ضخضح ضج صم صخ صح سم فخفح

Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad), “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).

(Surah Fussilat, 41: 44)

Begitu juga dengan firman-Nya:

به بم بخ بح بج ئه ئم ئخ ئح ئج يي يى ين � تج

Maksud: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)

(Surah al-Isra’, 17: 82)

Oleh kerana itu, terbuktilah bahawa orang yang teguh dalam membenarkan Rasulullah SAW dan tetap mengikutinya dalam hal tersebut serta menurut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya tanpa bimbang dan tanpa ragu walaupun sedikit pun, mereka adalah para sahabat yang terhormat. Sebahagian ulama mengatakan bahawa orang yang mendapat jolokan sebagai al-sabiqin al-awwalin ( لين adalah dalam kalangan Muhajirin dan Ansar, iaitu mereka (السابقين الأوyang pernah solat dalam kedua-dua kiblat. Imam (Al-Bukhari, 2001: 4488) mengatakan sehubungan dengan tafsir ayat ini:

Page 19: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

16

بح F oسجد Xباء، إذ جاء جاء Dقال: عن ابن yمر hون ا�صh، ب�نا اP�اس يصل

» NO�Pا C � نزل ان �ستقبل ا�كعبة فاستقبلوها، D صلى الله عليه وسلمأ

هوا قرآنا: أ توج�

إ'

».ا�كعبة

Maksud: Ibnu Umar yang menceritakan, “Ketika orang sedang mengerjakan solat Subuh di Masjid Quba, tiba-tiba datanglah seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata, “Sesungguhnya diturunkan kepada Nabi SAW sebuah ayat yang memerintahkan kepada Nabi SAW agar menghadap ke arah Kaabah, maka menghadaplah kamu ke Kaabah.” Maka mereka pun menghadapkan diri mereka ke Kaabah.

(Al-Bukhari)

Selain solat subuh, terdapat juga sekumpulan sahabat yang sedang solat Asar yang baru menerima berita tentang penukaran kiblat. Ketika itu mereka sedang rukuk. Lalu mereka menukar kiblat mereka sekilipun mereka sedang rukuk dalam solat mereka. Athar yang diriwayatkan oleh al-Bara’ bin ‘Azib menggambarkan keadaan mereka seperti berikut (Al-Tirmidhi, 1998: 340):

مقدس، Dقال: و &يت ا�

g <صلاة الع o نصار وهم ركوع

±م� Fر� C قوم من الأ

ا�كعبة،

ه إ'ن�ه قد وج�

م، وأ

� عليه وسل � ن�ه ص(� مع رسول االله ص(� ا

هو �شهد أرف

gوا وهم ركوع.قال: فا

Maksud: Kemudian lelaki itu melalui satu kaum daripada al-Ansar, ketika itu mereka sedang rukuk dalam solat Asar mengadap Baitulmuqaddis. Lelaki itu berkata, “Dia menyaksikan bahawa dia bersolat bersama Rasulullah SAW dan baginda SAW mengadapkan ke arah Kaabah. Al-Bara’ berkata, “Lalu mereka memusing (arah kiblat ke arah Kaabah) sedangkan pada ketika itu mereka sedang rukuk dalam solat.

(Al-Tirmidhi)

Hal ini menunjukkan betapa sempurnanya ketaatan para sahabat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, juga ketundukan mereka terhadap perintah Allah SWT Semoga Allah SWT melimpahkan keredaan-Nya kepada semua para sahabat. Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/458) kemudian menyambung perbincangan tafsiran ayat berikutnya dalam firman Allah SWT:

لمكي كى كم كل كا

Maksud: Dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.

(Surah al-Baqarah, 2: 143) Yakni solat kamu yang kamu lakukan dengan menghadap ke arah Baitulmuqaddis sebelum ada pemindahan ke arah Kaabah. Dengan kata lain, Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan

Page 20: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

17

pahalanya; pahala itu ada di sisi-Nya. Hal ini berdasarkan athar berikut (Ibn Abi Hatim, 1998: 1347; Abu Dawud al-Tiyalisi, 1999: 758; Ibn Mundah, 1985: 168):

اء بن fزب قال �مقدس، Dقا�وا: عن ا�

و &يت ا�

g ون

h: " مات قوم Eنوا يصل

عز� � نزل امقدس؟ فأ

و &يت ا�

g ون

hين ماتوا وهم يصل

�Vصحابنا ا

فكيف بأ

: _ضيع إيمان5م ﴿وجل� � ت5 «قال: ﴾وما Eن ا

مقدس صلا &يت ا�

».م إ'

Maksud: Al-Barra’ yang menceritakan, “Sudah meninggal dunia kaum yang dahulu mereka solat menghadap ke Baitulmuqaddis, maka ada orang bertanya, “Bagaimanakah keadaan mereka yang solat mengadap Baitulmuqaddis?” Lalu Allah SWT menurunkan firman-Nya, “Dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu." (Surah al-Baqarah, 2: 143). Maksud iman ialah solat kamu di Baitulmuqaddis.”

(Ibn Abi Hatim, Abu Dawud al-Tiyalisi, dan Ibn Mundah)

Oleh kerana itu, Ibnu Abbas berkata berhubung dengan takwil firman-Nya, “Dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu” (Surah al-Baqarah, 2: 143) iaitu iman kamu kepada kiblat yang terdahulu, dan kepercayaan kamu kepada Nabi kamu serta mengikutinya menghadap ke arah kiblat yang lain (Kaabah). Dengan kata lain, Allah SWT pasti akan memberikan kamu pahala daripada kedua-duanya. Sebab itu Allah SWT menyambung firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang (yang beriman).” (143) (Surah al-Baqarah, 2: 143) Kenyataan yang hampir sama dengan apa yang dikatakan oleh al-Hasan al-Basri mengatakan berhubung dengan takwil firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.” (Surah al-Baqarah, 2: 143) Dengan kata lain, Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan Nabi Muhammad SAW dan orang berpaling bersamanya mengikuti ke mana dia menghadap. Sesungguhnya Allah SWT amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang (yang beriman). (Surah al-Baqarah, 2: 143) Sifat Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan umat Islam yang bersolat di Baitulmuqaddis dan juga amalan umat Islam yang lainnya yang bukan daripada kekhilafan dirinya boleh dilihat dalam dalam satu cerita pada zaman Nabi SAW. Ada disebutkan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina ‘Umar bin al-al-Khattab bahawa Rasulullah SAW melihat seorang wanita dalam kalangan tawanan perang, sedangkan antara wanita itu dengan anaknya dipisahkan. Maka setiap kali wanita itu menjumpai seorang bayi, ia menggendongnya dan menyusukannya pada teteknya, sedangkan dia terus berpusing-pusing ke sana kemari mencari bayinya. Setelah wanita itu menemukan bayinya, maka langsung digendong dan disusukannya. Maka Rasulullah SAW bersabda (Al-Bukhari, 2001: 5999):

ها o اP�ار « ترون هذه طارحة و¿ kطرحه، Dقال: » أ

ن لا

، وk Áقدر C أ

نا: لا

قل

ها«

رحم بعباده من هذه بو¿ أ � «

Maksud: Bagaimanakah pendapat kamu, adakah wanita ini sanggup melemparkan bayinya ke dalam api, sedangkan dia sendiri mampu untuk tidak melemparkannya?” Mereka menjawab, “Tentu tidak, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demi Allah

Page 21: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

18

SWT, sesungguhnya Allah SWT lebih sayang kepada hamba-Nya daripada wanita ini kepada anaknya.”

(Al-Bukhari)

Ringkasnya, amalan umat Islam yang dilakukan ketika era sebelum dan selepas pemansukhan sesuatu hukum adalah kedua-duanya diterima. Begitu juga amalan umat Islam yang terlaku yang bukan daripada kesilipan dirinya seperti terlupa dan terdesak, maka amalan mereka tetapi diterima oleh Allah SWT sesuai dengan keadaan para hamba-Nya. Surah al-Baqarah (2: 144)

Selepas Allah SWT menceritakan tentang perkenan-Nya kepada Nabi Muhammad SAW tentang hal penukaran kiblat, Allah SWT menyatakan sebab perkenan tersebut yang terdiri daripada permintaan Nabi SAW sendiri dan disebabkan pertukaran itu adalah salah satu daripada ciri kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW dalam al-Kitab sebelum al-Quran. Firman-Nya:

ئخ ئح ئج يييى ين يم يزير ى ني نى نن نم ثم ته تم تختح تج به بم بخ بح بجئه ئم صم صخ صح سم سخ سح سجخم خج حم حج جم جح

Maksud: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144)

(Surah al-Baqarah, 2: 144)

Berkata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/458), Ibnu Abbas menyatakan bahawa mula-mula ayat al-Quran yang dimansukhkan adalah tentang masalah kiblat. Hal ini demikian kerana ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, kebanyakan penduduk Madinah pada ketika itu terdiri atas orang Yahudi. Maka Allah SWT memerintahkannya agar menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Melihat hal ini orang Yahudi merasa gembira. Rasulullah SAW menghadap ke Baitulmuqaddis selama berbelas bulan, padahal baginda sendiri menyukai kiblat Nabi Ibrahim AS. Baginda SAW selalu berdoa kepada Allah SWT serta sering memandang ke langit, iaitu menunggu-nunggu wahyu. Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud, “Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.” (Surah al-Baqarah, 2: 144). Melihat hal tersebut orang Yahudi merasa curiga, lalu mereka mengatakan seperti yang disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Page 22: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

19

همهج ني نى نم نخنح نج مي مى مم مخ مح

Maksud: Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad), “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah SWT - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah SWT mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya);

(Surah al-Baqarah, 2: 142)

Pertanyaan orang Yahudi lalu dijawab oleh Allah SWT dengan firman-Nya:

يز ير ى ني نى نننم نز نر مم ما

Maksud: Maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah SWT) maka di situlah arah yang diredhai Allah SWT.

(Surah al-Baqarah, 2: 115)

Serta firman-Nya:

ثرتي تى تن تم تز تر بي بى بن بم بز بر ئي ئى ئن

Maksud: Tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya).

(Surah al-Baqarah, 2: 143)

Ibnu Abbas juga menceritakan bahawa Nabi SAW apabila salam dari solatnya yang menghadap ke arah Baitulmuqaddis selalu menengadahkan kepalanya ke langit, maka Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud, “Maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (tempat letaknya Kaabah).” (Surah al-Baqarah, 2: 144) Iaitu ke arah Kaabah, tepat ke arah mihrabnya, sedangkan Malaikat Jibril AS bermakmum kepadanya. Abdullah bin Amr pernah duduk di Masjidil Haram di tempat yang lurus dengan arah Kaabah, lalu ia membacakan firman-Nya, “Maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.” (Surah al-Baqarah, 2: 144) Ia membacakan ayat ini seraya mengisyaratkan ke arah mihrah Kaabah. Salah satu pendapat Imam Syafii r.a. yang mengatakan bahawa sesungguhnya yang dimaksudkan daripada ayat ialah menghadap ke arah ‘ain al-Kaabah. Sedangkan pendapat lainnya yang dianuti oleh kebanyakan ulama bahawa mereka mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan ialah muwajahah, iaitu menghadap ke arahnya. Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Ali bin Abu Talib r.a. berhubung dengan tafsiran firman Allah SWT yang bermaksud, “Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (tempat letaknya Kaabah).” (Surah al-Baqarah, 2: 144) potongan kalimah shatrahu ( شطره) ialah ke arahnya, iaitu tidak semestinya harus tepat ke Kaabah. Kenyataan ini dihujahkan lagi dengan satu

Page 23: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

20

hadis yang lain sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah bahawa Rasulullah SAW bersabda (Al-Tirmidhi, 1998: 342; Al-Nasa’i, 1986: 2243; Ibn Majah, 2009: 1011):

مغرب قبلة ق وا� �م

.ما ب� ا�

Maksud: antara timur dan barat terdapat arah kiblat.

(Al-Tirmidhi, al-Nasa’i, dan Ibn Majah)

Hadis ini dijelaskan lagi dengan hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda (Al-Bayhaqi, 2003: 2234; 1991: 2282; Al-Bughawi, 1983: 2/230; Al-Azraqi, 1969: 2/19):

مسجد، واهل ا�

يت قبلة لأ

رض ا0

هل الأ

رم قبلة لأ

qرم، وا

qهل ا

مسجد قبلة لأ

F o xشارقها م� .ومغار§ها من أ

Maksud: Baitullah adalah kiblat bagi ahli masjid, dan masjid adalah kiblat bagi penduduk kota suci, sedangkan kota suci merupakan kiblat bagi penduduk bumi yang ada di timur dan barat dalam kalangan umatku.

(Al-Bayhaqi, al-Bughawi, dan al-Azraqi)

Selain itu, terdapat juga hadis lain yang menggambarkan Nabi SAW sendiri yang bersolat Asar ketika menerima perintah agar menukarkan kiblat daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah. Hadis tersebut sepertimana beriut (Al-Bukhari, 2001: 40):

ن� ا �O�Pعن ا��اء بن fزب ص(� قبل &يت ا�مقدس ست�ة ع� شهرا، صلى الله عليه وسلم، أ

ل و�ن�ه ص(� أ

ن ت5ون قبلته قبل ا0يت، وأ

و سبعة ع� شهرا، و:ن 9عجبه أ

أ

، ها صلاة الع>�

ن ص(� معه، Dمر� » .وص(� معه قوم صلاة صلا فخرج رجل Fم�هل Fسجد وهم راكعون، Dقال:

«C أ � يت مع رسول ا

�قد صل

ل � شهد با

أ

ة، فداروا كما هم قبل ا0يت صلى الله عليه وسلمص ».قبل مك�

Maksud: Al-Barra yang menceritakan bahawa Nabi SAW solat menghadap ke arah Baitulmuqaddis selama enam belas atau tujuh belas bulan, padahal baginda sendiri lebih suka bila kiblatnya ke arah Baitullah (Kaabah). Dan (pada suatu hari) baginda melakukan solat Asar dan solat pula bersamanya suatu kaum (maka turunlah ayat memerintahkan agar menghadap ke Kaabah), lalu keluarlah seorang lelaki dari jamaah yang ikut solat bersamanya. Kemudian lelaki itu melewati ahli masjid yang sedang rukuk dalam solatnya, lalu lelaki itu berkata, “Aku bersaksi dengan nama Allah SWT, sesungguhnya aku solat bersama Rasulullah SAW Dengan menghadap ke arah Mekah.” Maka mereka berputar menghadap ke arah Baitullah dalam keadaan rukuk.

(Al-Bukhari)

Page 24: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

21

Selain solat Subuh dan Asar, terdapat juga dalil pertukaran kiblat ketika solat zohor sebagamana hadis berikut (Al-Nasa’i, 2001: 10937):

، قال: كن�ا Yغدوا �ل مع(�

� سعيد بن ا�

Dنمرh صلى الله عليه وسلمسوق y Cهد رسول االله yن أ

مسجد DنصD NÃيه، Dمررنا يوما ورسول االله ت: صلى الله عليه وسلمC ا�

، Dقل من�

قاعد C ا�

رسول االله Fر فجلست Dقرأ

قد حدث أ

ما﴿ صلى الله عليه وسلمل ب وجهك o ا�س�

h ﴾ء قد نرى kقل

ل رسول االله Åن ي� Xبل أ

عتت �صاحk :Oعال نركع ر�

ية، قل

من الآ

حÈ� فرغ

ينا، ±م� نزل رسول االله صلى الله عليه وسلم�، Dتوار�نا فصل ل من ص(� و�

، فص(� �لن�اس صلى الله عليه وسلمDنكون أهر يومئذ hالظ.«

Maksud: Abu Sa‘id bin al-Mu‘alli berkata, “Kami biasa berangkat ke masjid di siang hari pada masa Rasulullah SAW untuk melakukan solat. Pada suatu hari kami lewat ketika Rasulullah SAW sedang duduk di atas mimbarnya. Maka aku berkata, 'Sesungguhnya terjadi suatu peristiwa penting.' Aku duduk dan Rasulullah SAW membacakan ayat ini: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. (Surah al-Baqarah, 2: 144), hingga selesai dari ayat ini. Aku berkata kepada temanku, 'Marilah kita solat dua rakaat sebelum Rasulullah SAW turun dari mimbarnya. Dengan demikian, kita adalah orang yang mula-mula solat (menghadap ke arah Kaabah).' Maka kami bersembunyi dan solat dua rakaat. Kemudian Nabi SAW turun dari mimbamya dan solat Zohor menjadi imam orang yang hadir saat itu.”

Hadis ini menggambarkan bahawa solat yang mula-mula dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan menghadap ke arah kiblat ialah solat Zohor. Oleh itu, sesetengah ulama yang berpegang kepada hadis ini, maka merek berpegang bahawa solat Zohorlah yang dimaksud dengan solat wusta itu. Namun kata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/460), pendapat yang masyhur ialah solat yang mula-mula dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan menghadap ke arah Kaabah adalah solat Asar. Oleh kerana itu, maka berita pemindahan ini terlambat sampai kepada penduduk Quba dan baru sampai kepada mereka pada solat Subuhnya. Beliau berhujah dengan hadis berikut (Ibn Abi Hatim, 1998: 73; Al-Tabrani, 1994: 82):

ت: yن مN نو�لة بنت Fسلم، قال

ع> F oسجد ب� حارثة، « أ

و ال

هر أ hينا الظ

�صل

ن� رسول االله ±نا أ Nدj م� جاءنا من± ، �

عتينا ر�

� صلى الله عليه وسلمفاستقبلنا Fسجد إيلياء، فصل

ل ا�رNجال م�ن الNÊساء والNÊساء م�ن ا�رNجال قد رام Dتحو�qيت ا

استقبل ا0

ث� رجل من رام، فحد�qيت ا

ن Fستقبلون ا0

gيت� وXا

جدت� ا0 ينا ا�س�

�فصل

ن� رسول اغيب «، قال: صلى الله عليه وسلمالله ب� حارثة أ

آمنوا بال

ك رجال

Ëو

».أ

Maksud: Nuwailah binti Muslim yang menceritakan, “Kami solat Zohor atau solat Asar di masjid Bani Harisah. Kami menghadapkan wajah kami ke arah Masjid Elia (Jurusalam/ Baitulmuqaddis). Setelah kami lakukan solat dua rakaat, tiba-tiba datanglah seseorang yang menceritakan kepada kami bahawa Rasulullah SAW menghadap ke arah Baitullah. Maka

Page 25: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

22

kaum wanita beralih menduduki tempat kaum lelaki, dan kaum lelaki beralih menduduki tempat kaum wanita. Lalu kami melanjutkan solat kami yang tinggal dua rakaat lagi menghadap ke arah Baitullah.” Kemudian ada seorang lelaki dalam kalangan Bani Harisah yang menceritakan kepadaku bahawa Nabi SAW bersabda, “Mereka adalah kaum lelaki yang beriman kepada yang ghaib.”

(Ibn Abi Hatim dan al-Tabrani) Selain itu, Imarah bin Aws juga yang menceritakan bahawa ketika kami sedang dalam solat kami yang menghadap ke Baitulmuqaddis, iaitu dalam rukuk kami, tiba-tiba datanglah seorang yang menyerukan di pintu (masjid) bahawa kiblat dialihkan ke arah Kaabah. Imarah bin Aus melanjutkan kisahnya, bahawa ia menyaksikan imam mereka berpaling mengalihkan wajah mereka ke arah Kaabah bersama-sama kaum lelaki dan anak-anak yang bermakmum kepadanya, semua dalam keadaan rukuk. Seterusnya, Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/460) menyambung perbincangan tafsir dalam firman Allah SWT berikut:

تختح تج به بم بخ بح

Maksud: Dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.

(Surah al-Baqarah, 2: 144) Allah SWT memerintahkan menghadap ke arah Kaabah dari segenap penjuru dunia, baik dari timur, barat, utara, maupun selatan; semua diperintahkan agar menghadap ke arahnya. Dalam hal ini tiada yang dikecualikan selain dari orang yang mengerjakan solat sunat di atas kenderaannya dalam perjalanan. Ketika seseorang solat sunat, ia diperbolehkan mengerjakan solat sunat menghadap ke arah mana pun kenderaannya menghadap, tetapi hatinya harus tetap mengarah ke arah Kaabah. Demikian pula pada ketika perang sedang berkecamuk, orang yang terlibat dalamnya diperbolehkan solat dalam keadaan apa pun. Dan orang yang tidak mengetahui arah kiblat boleh solat menghadap ke arah yang menurut ijtihadnya adalah arah kiblat, sekalipun pada hakikatnya dia keliru. Hal ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak sekali-kali memberatkan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Mazhab Maliki menyimpulkan dalil ayat ini bahawa orang yang solat harus memandang ke arah depannya, bukan ke arah tempat sujudnya. Seperti juga yang dikatakan oleh Imam Syafii, Imam Ahmad, dan Imam Abu Hanifah. Mazhab Maliki mengatakan sehubungan dengan firman-Nya yang bermaksud, “Dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.” (Surah al-Baqarah, 2: 144). Seandainya seseorang menghadapkan pandangannya ke tempat sujudnya, nescaya hal ini memerlukan sedikit menunduk, padahal hal ini bertentangan dengan kesempurnaan berdiri. Sebahagian ulama mengatakan bahawa seorang yang berdiri dalam solatnya perlu memandang ke arah dadanya. Syuraik al-Qadi mengatakan bahawa orang yang berdiri dalam solatnya perlu memandang ke arah tempat sujudnya. Hal yang sama dikatakan oleh jumhur jamaah. Hal ini kerana keadaan ini lebih menampilkan rasa tunduk dan lebih kuat kepada kekhusyukan, dan memang ada keterangan hadis yang menganjurkannya. Dalam keadaan rukuk pandangan mata diarahkan ke tempat kedua telapak kaki, dan dalam keadaan sujud pandangan mata ditujukan ke arah hidung, sedangkan dalam keadaan duduk pandangan mata diarahkan ke pangkuan.

Page 26: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

23

Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/460) menyambung perbincangan tafsir dalam firman Allah SWT berikut:

سجخم خج حم حج جم جح ثم ته تم

Maksud: Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144)

(Surah al-Baqarah, 2: 144)

Yakni orang Yahudi yang memprotes kamu menghadap ke arah Kaabah dan berpalingnya kamu daripada arah Baitulmuqaddis dengan mengetahui bahawa Allah SWT pasti akan mengarahkan kamu ke Kaabah, melalui apa yang termaktub dalam kitab mereka dari para nabi mereka tentang sifat dan ciri khas Nabi Muhammad SAW serta umatnya. Disebutkan pula dalamnya kekhususan yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya serta penghormatan yang diberikan-Nya, iaitu berupa syariat yang sempurna lagi besar. Akan tetapi Ahli Kitab menyembunyikan hal ini antara sesama mereka kerana dengki, kufur, dan ingkar. Hal ini demikian kerana itulah Allah SWT mengancam mereka melalui firman-Nya:

صم صخ صح سم سخ سح

Maksud: Dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144)

(Surah al-Baqarah, 2: 144)

Ayat ini merupakan ancaman kepada orang Yahudi yang menutup kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW. Salah satu daripada cirinya ialah syariatnya akan menukar kiblat solat mereka daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah Mekah. Surah al-Baqarah (2: 145)

Setelah Allah SWT menyatakan kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW dalam kes pertukaran kiblat, Allah SWT menegaskan bahawa orang yang diberikan kitab khususnya Yahudi sama sekali tidak akan tunduk kepada agama Islam dan kiblat yang mereka juga diperintahkan untuk melakukannya. Oleh itu, Allah SWT menegaskan biarlah umat Islam dengan kiblat Kaabah dan orang Yahudi dengan kiblat Baitulmuqaddis mereka. Firman-Nya:

فم فخ فح فجغم غج عم عج ظم طح ضم ضخ ضح ضج مخ مح مج له لم لخ لح لجكم كل كخ كح كج قمقح هج نه نم نخ نح نج مم

Page 27: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

24

Maksud: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang yang zalim. (145)

(Surah al-Baqarah, 2: 145)

Berkata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/461), melalui ayat ini Allah SWT menceritakan tentang kekufuran dan keingkaran orang Yahudi serta pertentangan mereka terhadap apa yang mereka ketahui mengenai diri Rasulullah SAW. Seandainya dibawakan semua dalil terhadap mereka bagi membuktikan kebenaran apa yang disampaikan kepada mereka, nescaya mereka tidak akan mengikutinya dan justru mereka hanya tetap mengikuti hawa nafsu mereka sendiri. Seperti yang disebutkan dalam ayat lainnya, iaitu firman-Nya:

مج له لم لخ لح لج كم كل كخ كح كج قم قح فم فخ مم مخ مح

Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman. (96) Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-Nya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. (97)

(Surah Yunus, 10: 96-97) Kerana itulah maka dalam ayat ini Allah SWT berfirman:

فجغم غج عم عج ظم طح ضم ضخ ضح ضج

Maksud: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu.

(Surah al-Baqarah, 2: 145)

Setelah itu, Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/461) meneruskan huraian tafsiran potongan ayat berikut sebagaimana firman Allah SWT:

قمقح فم فخ فح

Maksud: Dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka.

(Surah al-Baqarah, 2: 145)

Page 28: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

25

Ayat ini menggambarkan tentang keteguhan hati Rasulullah SAW dalam mengikuti apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Sebagaimana baginda berpegang teguh kepada perintah Allah SWT, maka sebaliknya mereka pun berpegang teguh pula kepada pendapat dan keinginan mereka sendiri. Nabi SAW akan tetap berpegang teguh kepada perintah Allah SWT dan taat kepada-Nya serta mengikuti jalan yang diredai-Nya, baginda tidak akan mengikuti keinginan mereka dalam semua tindak tanduknya. Tidak sekali-kali baginda pernah menghadap ke arah Baitulmuqaddis yang merupakan kiblat orang Yahudi, melainkan semata-mata kerana perintah Allah SWT semata-mata. Kemudian Allah SWT memperingatkan agar jangan menentang perkara yang hak yang diketahuinya, dengan cara mengikuti keinginan diri sendiri. Hal ini demikian kerana sesungguhnya orang yang mengetahui bahawa ia salah dalam berhujah, maka sudah tentu seseorang akan menyerangnya balik. Oleh itu, haruslah dia bersikap lebih lurus daripada orang lain yang tidak mengetahui hujah. Untuk itu Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya, sedangkan yang dimaksudkan adalah umatnya, iaitu:

هج نه نم نخ نح نج مم مخ مح مج له لم لخ لح

Maksud: Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang yang zalim. (145)

(Surah al-Baqarah, 2: 145)

Oleh itu, berada atas landasan kebenaran adalah lebih utama daripada perkara yang lain atau daripada memenuhi keinginan hawa nafsu umat yang tidak inginkan kebenaran. Hal ini kerana, orang yang tidak inginkan kebenaran sampai bila-bilapun mereka tidak akan menerima kebenaran sekalipun diberikan hujah yang konkrit dan logik agar mereka hendak kembali kepada kebenaran. Surah al-Baqarah (2: 146-147)

Selepas Allah SWT menjelaskan bahawa orang Yahudi sama sekali tidak akan menerima hujah Nabi SAW tentang hal kiblat, Allah SWT menjelaskan pula bahawa mereka sudah mengetahui kebenaran Nabi Muhammad SAW dan segala bukti kenabian sebagaimana mereka mengetahui sifat dan keadaan anak mereka sendiri. Namun, mereka memang sengaja menyembunyikan kebenaran tersebut dalam kalangan orang Yahudi yang tidak berilmu dan orang ramai. Allah SWT berfirman:

نج مي مى مممخ مح مج لي لى لم لخ يم يخ يح يج هي هى هم هج ني نى نم نخ نح

Maksud: Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (146) Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu. (147)

Page 29: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

26

(Surah al-Baqarah, 2: 142-147)

Berkata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/462), Allah SWT memberitahukan bahawa ulama Ahli Kitab mengenal kebenaran dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada mereka, sebagaimana seseorang dari mereka mengenal anaknya sendiri. Orang Arab biasa membuat perumpamaan seperti ini untuk menunjukkan pengertian pengenalan yang sempurna. Hal ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis (Abu Dawud, 2009: 4495):

� رمثة، قال: و اy» NO�Pن أ g �

صلى الله عليه وسلماYطلقت مع أ � ، قال صلى الله عليه وسلم، ±م� إن� رسول ا

:�كعبة، قال: » ا&نك هذا؟«لأ

ا؟«قال: إي وربN ال شهد به «قال: » حق°

قال: ».أ

» � م رسول ا ، ±م� ضاح� صلى الله عليه وسلمDت¡س� � Í ��، ومن حلف أ

من ±بت شبo Î أ

� عليه «قال:

Ï

Ð� عليك، ولا

ما إن�ه لا ».أ

Maksud: Abu Rimthah berkata, “Aku berjalan bersama bapaku menuju kepada Nabi SAW. Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepadaku, “Apakah ini adalah anakmu?” Si lelaki menjawab, “Benar, wahai Rasulullah, aku bersaksi bahawa dia adalah anakku.” Rasulullah SAW tersenyum sambil katawa dalam membuktikan rupaku pada bapaku dan daripada sumpah bapaku terhadapku. Kemudian baginda SAW bersabda, “Ingatlah, sesungguhnya dia tidak samar kepadamu dan kamu tidak samar kepadanya.”

(Abu Dawud)

Imam Al-Qurtubi (1964: 2/163) mengatakan bahawa Sayidina Umar RA pernah bertanya kepada Abdullah bin Salam, “Apakah engkau dahulu mengenal Muhammad sebagaimana engkau mengenal anakmu sendiri?” Abdullah bin Salam menjawab, “Ya, dan bahkan lebih dari itu; malaikat yang dipercaya turun dari langit kepada orang yang dipercaya di bumi seraya membawa keterangan mengenai sifatnya. Oleh kerana itu, aku dapat mengenalnya, tetapi aku tidak mengetahui seperti apa yang diketahui oleh ibunya.” Menurut Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/462), firman Allah SWT berikut ini:

مممخ مح مج لي

Maksud: (Mereka Yahudi dan Nasrani) mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri.

(Surah al-Baqarah, 2: 146)

Dapat diertikan bahawa mereka mengenal Nabi Muhammad SAW seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri antara anak-anak manusia lainnya. Dengan kata lain, tiada seorang pun yang bimbang dan ragu dalam mengenal anaknya sendiri jika dia melihatnya antara anak-anak orang lain. Kemudian Allah SWT memberitahukan bahawa sekalipun mereka mengetahui kenyataan ini dengan pengenalan yang yakin, tetapi mereka benar-benar menyembunyikan kebenaran ini. Dengan kata lain, mereka menyembunyikan apa yang terdapat dalam kitab mereka mengenai sifat Nabi Muhammad SAW dari pengetahuan umum, padahal mereka mengetahuinya, seperti yang disebutkan oleh firman selanjutnya:

Page 30: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

27

ني نى نم نخ نح نج مي مى

Maksud: Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (146)

(Surah al-Baqarah, 2: 146)

Kemudian Allah SWT mengukuhkan kedudukan Nabi-Nya dan kaum Mukmin serta memberitahukan kepada mereka bahawa apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah perkara yang hak, tiada keraguan dalamnya dan tiada pula kebimbangan. Untuk itu Allah SWT berfirman:

يم يخ يح يج هي هى هم هج

Maksud: Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu. (147)

(Surah al-Baqarah, 2: 147)

Oleh itu, umat Islam tidak perlu bimbang tentang dakwah kaum Yahudi dan Nasrani dalam segala hal kerana apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan jalan kebenaran yang tidak sama sekali diragukan daripada Allah SWT. Surah al-Baqarah (2: 148)

Allah SWT menegaskan bahawa sebelum Nabi Muhammad SAW juga sudah ada umat yang memiliki qiblat mereka sendiri. Allah SWT sudah membuat ketetapan bahawa qiblat untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya ialah Kaabah di Mekah. Apa yang lebih penting mereka sewajarnya menfokuskan kepada berlumba-lumba untuk membuat kebaikan melalui pensyariatan qiblat mereka masing-masing. Firman Allah SWT:

ئىئن ئم ئز ئر ىر ذ يي يى � بي بى بن بم بز بر ئي

Maksud: Dan bagi setiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. (148)

(Surah al-Baqarah, 2: 148)

Berkata Imam Ibn al-Kathir (1998: 1/462), Ibnu Abbas menjelaskan maksud pengertian, “Dan bagi setiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya” ialah semua pemeluk agama. Dengan kata lain, setiap kaum mempunyai kiblatnya sendiri yang disukainya, dan kiblat yang diredai oleh Allah SWT ialah kiblat yang orang Mukmin

Page 31: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

28

mereka menghadap kepadanya. Abu al-‘Aliyah mengatakan bahawa orang Yahudi mempunyai kiblatnya sendiri yang mereka menghadap kepadanya, dan orang Nasrani mempunyai kiblatnya sendiri yang mereka menghadap kepadanya. Allah SWT memberikan petunjuk kepada kamu hai umat Muhammad bahawa kiblat kamu merupakan kiblat yang sebenar-benarnya. Mujahid mengatakan bahawa Allah SWT memerintahkan kepada semua kaum agar solat menghadap ke arah Kaabah. Ibnu Abbas, Abu Ja‘far al-Baqir, dan Ibnu Amir membaca ayat ini dengan bunyi:

ىر ذ يي يى �

Maksud: Dan bagi setiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya.

(Surah al-Baqarah, 2: 148)

Ayat ini serupa maknanya dengan firman-Nya:

يى ين يم يز ير ى نينى نن نم نز نر تح تج به بم بخبح بج ئهئم ئخ ئح ئج يي

Maksud: Bagi setiap umat yang ada antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya.

(Surah al-Ma’idah, 5: 48)

Kemudian, Allah SWT berfirman:

بي بى بن بم بز بر ئي ئىئن ئم ئز ئر

Maksud: Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. (148)

(Surah al-Baqarah, 2: 148)

Yakni Dia berkuasa untuk menghimpun kamu dari muka bumi, sekalipun jasad dan tubuh kamu bercerai-berai.

Page 32: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

29

Surah al-Baqarah (2: 149-150)

Kemudian Allah SWT memerintahkan nabi Muhammad SAW dan umatnya untuk mengadap ke arah kaabah setiap kali mereka ingin bersolat walau di manapun mereka berada. Firman-nya:

قي قى فيفى ثي ثى ثن ثمثز ثر تي تى تن تم تز تر نمنز نر مم ما لي لى لم كي كى كم كل كا ئخ ئح ئج يي يى ين يم يز ير ى ني نى نن تم تخ تح تج به بم بخ بح بج ئه ئم

Maksud: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. (149) Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang yang zalim antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada-Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). (150)

(Surah al-Baqarah, 2: 149-150)

Berkata Imam Ibn al-Kathir (1998: 1/463), Apa yang disebutkan oleh ayat ini adalah perintah yang ketiga dari Allah SWT yang memerintahkan agar semuanya dari berbagai penjuru dunia menghadap ke arah kiblat. Mufassirin seperti Ibnu Abbas dan lain-lainnya berbeza pendapat mengenai hikmah yang terkandung dalam pengulangan sebanyak tiga kali ini. Menurut suatu pendapat, hal ini merupakan tawkid ( كيد تو ), iaitu pengukuhan. Hal ini berkait dengan ayat pertama yang merupakan permulaan nasikh yang terjadi dalam Islam. Menurut pendapat yang lain bahkan hal ini merupakan tahapan dari berbagai keadaan. Imam Al-Razi (1999: 4/118) berkata, tahapan yang pertama ditujukan kepada orang yang menyaksikan Kaabah. Tahapan yang kedua ditujukan kepada orang yang berada di dalam kota Mekah tetapi tidak melihat Kaabah. Manakala tahapan yang ketiga ditujukan bagi orang yang berada di kota-kota lainnya. Manakala menurut Imam Al-Qurtubi (1964: 2/168), tahapan yang pertama ditujukan kepada orang yang berada di dalam kota Mekah, tahapan yang kedua ditujukan kepada orang yang tinggal di kota lainnya, sedangkan tahapan yang ketiga ditujukan kepada orang yang berada dalam perjalanannya. Demikianlah menurut apa yang ditarjihkan oleh Imam al-Qurtubi dalam jawabannya. Menurut pendapat yang lain, sesungguhnya yang demikian itu dikemukakan hanyalah kerana suruhan tersebut berkaitan dengan konteks yang sebelum dan yang sesudahnya. Pada awalnya Allah SWT berfirman:

Page 33: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

30

يييى ين يم يزير ى ني نى نن نم

Maksud: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.

(Surah al-Baqarah, 2: 144)

Sampai dengan firman-Nya:

صم صخ صح سم سخ سح سجخم خج حم حج جم جح ثم ته تم

Maksud: Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144).

(Surah al-Baqarah, 2: 144)

Dalam ayat ini Allah SWT menyebutkan tentang permintaan Nabi SAW yang dikabulkan-Nya dan Allah SWT memerintahkannya untuk menghadap ke arah kiblat yang disukainya. Kemudian dalam tahapan yang kedua Allah SWT berfirman:

قي قى فيفى ثي ثى ثن ثمثز ثر تي تى تن تم تز تر كى كم كل كا

Maksud: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. (149)

(Surah al-Baqarah, 2: 149)

Maka Allah SWT menyebutkan bahawa perintah tersebut adalah kebenaran yang datang dari Allah. Pada tahapan pertama disebutkan bahawa kiblat Kaabah tersebut sesuai dengan apa yang diinginkan oleh Rasulullah SAW sendiri, dan padanya disebutkan bahawa hal tersebut merupakan kebenaran yang disukai dan diredai oleh Allah SWT pula. Kemudian dalam tahapan yang ketiga disebutkan suatu hikmah yang mematahkan hujah orang yang menentangnya dalam kalangan orang Yahudi, iaitu mereka yang memprotes masalah Rasulullah SAW yang menghadap ke arah kiblat mereka, padahal mereka mengetahui melalui kitab mereka menyatakan bahawa kelak nanti Rasulullah SAW akan dipalingkan ke arah kiblat Nabi Ibrahim AS, iaitu ke Kaabah. Demikian juga terpatahlah hujah orang musyrik Arab ketika Rasulullah SAW dipalingkan dari kiblat orang Yahudi ke kiblat Nabi Ibrahim AS, iaitu kiblat yang lebih mulia daripada kiblat Yahudi. Mereka mengagungkan Kaabah dan merasa takjub dengan menghadapnya Rasulullah SAW ke arah Kaabah.

Page 34: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

31

Menurut pendapat yang lain tidak demikian alasan hikmah yang terkandung dalam pengulangan ini, seluruhnya dikemukakan oleh Imam Al-Razi (1999: 4/118) dan lain-lainnya dengan bahasan yang terinci. Seterusnya, Imam Ibn al-Kathir (1998: 1/463) menyambung perbincangan tafsiran dalam firman Allah SWT ini pula:

ئج يي يى ين يم

Maksud: Supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang (yang menyalahi kamu).

(Surah al-Baqarah, 2: 150) Apa yang dimaksudkan dengan manusia adalah Ahli Kitab kerana sesungguhnya mereka mengetahui bahawa salah satu dari sifat umat ini ialah menghadap ke arah Kaabah dalam ibadahnya. Apabila umat ini, iaitu Nabi SAW tidak mempunyai sifat tersebut, barangkali mereka dalam kalangan Ahli Kitab akan menjadikannya sebagai senjata buat menghujah kebenaran kepada umat Islam. Agar mereka tidak mematahkan hujah kaum Muslim pula, kerana kaum Muslim mempunyai kiblat yang sesuai dengan kiblat mereka, iaitu Baitulmuqaddis. Abu al-‘Aliyah mengatakan berhubung dengan makna firman Allah SWT yang bermaksud, “Supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang (yang menyalahi kamu).” (Surah al-Baqarah, 2: 150) Apa yang dimaksud dengan manusia dalam ayat ini ialah golongan Ahli Kitab. iaitu pada ketika mereka mengatakan, “Muhammad dipalingkan ke arah Kaabah.” Mereka mengatakan pula, “Lelaki ini merindukan rumah ayahnya dan agama kaumnya.” Tersebutlah bahawa hujah mereka terhadap Nabi SAW ialah berpalingnya Nabi SAW ke arah Bayt al-Haram, lalu mereka mengatakan, “Kelak dia akan kembali lagi kepada agama kita, sebagaimana dia kembali lagi kepada kiblat kita.” Ibnu Abu Hatim mengatakan berhubung dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Kecuali orang yang zalim antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan).” (Surah al-Baqarah, 2: 150) Menurut mereka, yang dimaksud dengan orang yang zalim antara mereka adalah orang musyrik Quraisy. Salah seorang dari mereka menghipotesiskan hujah orang yang zalim itu, padahal hujah mereka dapat dipatahkan. Mereka mengatakan, “Sesungguhnya lelaki ini menyangka bahawa dirinya berada dalam agama Nabi Ibrahim AS. Maka jika dia menghadap ke arah Baitulmuqaddis kerana memeluk agama Nabi Ibrahim AS, lalu mengapa dia berpaling darinya?” Sebagai jawabannya dapat dikatakan bahawa Allah SWT memerintahkannya untuk menghadap ke arah Baitulmuqaddis pada mulanya kerana hikmah yang tertentu, lalu Nabi SAW mentaati Tuhannya dalam hal tersebut. Setelah itu Allah SWT memalingkannya ke arah kiblat Nabi Ibrahim AS, iaitu Kaabah, maka baginda SAW menjalankan pula perintah-Nya dalam hal tersebut. Nabi SAW dalam semua keadaannya selalu taat kepada Allah SWT, beliau tidak pernah menyimpang dari perintah Allah SWT walau seketika. Begitu juga dengan hal umatnya yang berjalan mengikuti jejaknya. Seterusnya, firman Allah SWT:

بخ بح بج

Maksud: Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada-Ku (semata-mata).

Page 35: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

32

(Surah al-Baqarah, 2: 150) Ertinya, janganlah kamu merasa takut terhadap tuduhan yang dilancarkan oleh orang zalim yang ingkar itu, dan takutlah kamu hanya kepada-Ku, kerana sesungguhnya Allah SWT lebih berhak untuk ditakuti. Hal ini seterusnya Allah SWT yang menyambung:

تج به بم

Maksud: Dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu.

(Surah al-Baqarah, 2: 150) disandarkan kepada firman-Nya:

ئج يي يى ين يم

Maksud: Supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang (yang menyalahi kamu).

(Surah al-Baqarah, 2: 150) Dengan kata lain aya ini bermaksud, “Aku akan menyempurnakan kepada kamu nikmat-Ku, iaitu dengan mensyariatkan kepada kamu agar menghadap ke arah Kaabah, agar syariat yang kamu jalani merupakan syariat yang paling sempurna daripada segala seginya.

تم تخ تح

Maksud: Supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). (150)

(Surah al-Baqarah, 2: 150) Yakni agar kamu tidak sesat seperti apa yang dialami oleh umat terdahulu dari apa yang Kami tunjukkan kepada kamu dan Kami khususkan hal itu buat kamu. Oleh kerana itu, maka umat ini merupakan umat yang paling mulia dan paling utama.

PENGAJARAN AYAT

Terdapat empat pengajaran utama yang boleh diambil daripada perbincangan tafsiran ayat, iaitu peristiwa kiblat yang terkandung hikmat dan hukum disebalik pertukaran kiblat; keperluan dan perancangan doa; umat Yahudi sudah ditakdirkan tidak akan tunduk beriman dengan Islam; dan umat Islam merupakan yang sederhana dan umat pilihan. Peristiwa Kiblat: Hikmat dan Hukum Disebalik Pertukaran Kiblat

Umat Islam serta kaum Yahudi dan Nasrani perlu mengetahui dan memahami tentang hikmah dan hukum di sebalik perisitwa pertukaran kiblat. Pada hakikatnya kiblat itu ialah arah tuju tempat ibadat dalam syariat dalam ketiga-tiga agama langit tersebut (surah al-Baqarah, 2: 148; surah al-Ma’idah, 5: 48). Persoalan kiblat ini mempunyai hikmat, waktu, dan hukumnya.

Page 36: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

33

Hikmah Penukaran Kiblat

Allah SWT lebih mementing amal ibadah yang dilaksanakan oleh para hamba-Nya berbanding pensyariatan kiblat itu sendiri (surah al-Baqarah, 2: 148). Namun, Allah SWT mensyariatkan kiblat tersebut disebab dalamnya ada hikmah di sebalik penukaran kiblat tersebut, iaitu: (1) Perbezaan ketara antara sifat Nabi Muhammad SAW dan umatnya terhadap perintah

Allah SWT dalam hal kiblat dan lain-lain perintah ketika era wahyu. Mereka sangat taat dan mengikut tanpa bantahan dengan tujuan tidak mahu membebankan umat Islam khsusunya selepas era wahyu. Hal ini menjadikan agama Islam inklusif sehingga memudahkan untuk umat manusia mengamalkannya dengan sempurna tanpa menyusahkan sehingga mereka sentiasa dalam hidayah Allah SWT (surah al-Baqarah, 2: 142).

(2) Sifat ini berbeza dengan kaum Yahudi yang suka membantah ketika era Nabi Musa AS dan juga ketika era Nabi Muhammad SAW di Madinah. Oleh kerana itu, Allah SWT menggelar mereka golongan yang jahil lagi bodoh (surah al-Baqarah, 2: 142).

(3) Allah SWT sengaja mensyariatkan pemansukhan kiblat daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah Mekah sebagai satu ujian kepada umat manusia. Ujian ini ditujukan kepada umat Islam dan ahli kitab untuk melihat siapa dalam kalangan dua kumpulan ini yang benar-benar mentaati perintah Allah SWT dan siapa yang tidak. Sedangkan ahli Kitab sudah mengetahui perintah tersebut dalam kitab mereka sendiri untuk ditaati. Ternyata umat Islam tidak seorangpun yang membantahnya, malahan pula sentiasa menunggu-nunggu perintah tersebut untuk diikuti dengan segera. Ketika perintah ini diturunkan, mereka dengan segera menukarkannya sekalipun ketika itu mereka sedang bersolat.

(4) Pemansukhan kiblat daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah Mekah merupakan salah satu bukti kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW. Al-Quran menegaskan bahawa peristiwa tersebut ada dinyatakan dalam kitab sebelum al-Quran, namun ulama Yahudi menyembunyikan tanda tersebut (surah al-Baqarah, 2: 142-147; surah al-Baqarah, 2: 150).

(5) Mematahkan hujah orang Quraish yang cuba menafikan ajaran Nabi Muhammad SAW sebagai ajaran yang Nabi Ibrahim AS. disebabkan Nabi SAW menggunakan kiblat kaum Yahudi dengan mengadap Baitulmuqaddis sedangkan Nabi Ibrahim menjadikan Kaabah sebagai arah kiblatnya.

(6) Allah SWT paling suka kiblat umat Islam berbanding kiblat yang lainnya (surah al-Baqarah, 2: 148, 150; Ibn al-Kathir, 1998: 1/462).

Semua hikmah ini merupakan satu kemuliaan buat Nabi Muhammad SAW dan umatnya yang menjadi ciri Nabi dan umat yang terpilih lagi mulia berbanding umat yang lain. Hikmah Diulangkan Perintah Mengadap Kiblat Sebanyak Tiga Kali

Terdapat tiga kali perintah Allah SWT kepada Nabi SAW dan umatnya agar mengadap ke arah Kaabah. Para ulama tafsir menjelaskan hikmah tersebut seperti berikut: (1) Pendapat pertama, iaitu Imam Al-Razi (1999: 4/118):

(a) Perintah pertama ditujukan kepada orang yang melihat Kaabah. (b) Perintah kedua ditujukan kepada orang yang berada di Mekah yang tidak dapat

melihat Kaabah.

Page 37: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

34

(c) Perintah ketiga ditunjukan kepada orang yang berada di tempat lain selain daripada yang pertama dan yang kedua.

(2) Pendapat kedua, iaitu pendapat Imam Al-Qurtubi (1964: 2/168): (a) Perintah pertama ditujukan kepada orang yang berada di luar kota Mekah. (b) Perintah kedua ditujukan kepada orang di kota selain Mekah. (c) Perintah ketiga ditunjukan kepada orang yang sedang bermusafir.

(3) Pendapat ketiga, iaitu: (a) Perintah pertama ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW yang bermohon agar

dipindahkan kiblat daripada Baitumuqaddis ke Kaabah sebagai pertunjuk bahawa doa baginda diperkenankan

(b) Perintah kedua pula adalah disebabkan kiblat tersebut merupakan perintah yang disukai dan diredai oleh Allah SWT

(c) Perintah ketiga pula adalah bagi mematahkan hujah kaum Yahudi yang memprotes perpindahan kiblat Rasulullah SAW yang menggunakan kiblat mereka. Sedangkan mereka mengetahui akhirnya nanti akan ada perintah Allah SWT yang akan menyuruh baginda SAW mengadap ke arah kiblat Nabi Ibrahim AS, iaitu kaabah.

Pada hakikatnya ketiga-tiga pendapat ini adalah pendapat yang menepati hikmat pengulangan perintah agar mengadap kiblat ke arah Kaabah tersebut. Waktu Pertukaran Kiblat

Sewaktu pensyariatan solat sama ada ketika di Mekah dan setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Nabi dan umat Islam bersolat dengan mengadap Baitulmuqaddis (Ibn Abi Hatim, 1998: 1329). Sebaik sahaja berhijrah, Nabi SAW selalu berdoa agar kiblat bersolat ditukarkan ke arah Kaabah, Mekah. Selama lebih kurang 16 bulan selepas berhijrah ke Madinah, akhirnya turun perintah agar menukarkan kiblat tersebut daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah, Mekah (surah al-Baqarah, 2: 144). Solat pertama yang disyariatkan mengadap kiblat ke arah Kaabah, Mekah ialah ketika Nabi SAW sedang solat Asar yang menyebabkan pada ketika itu juga Nabi SAW dan umat Islam menukarkan arah mereka ke Kaabah ketika dalam solat mereka (Surah al-Baqarah, 2: 143; Al-Bukhari, 2001: 4486; Ibn Abi Hatim, 1998: 1328; Ibn Hibban, 1993: 6281; Ibn Abi Shaybah, 1988: 36610). Hukum Kiblat dan Berkaitan dengannya

Terdapat beberapa hukum berkaitan dengan kiblat umat Islam antaranya ialah daripada segi pahala orang yang bersolat mengadap Baitulmuqaddis, kewajipan mengadap ke arah kaabah ketika bersolat, dan hukum mengadapa tersebut adalah mesti betul-betul ke arah Kaabah atau hanya arahnya sahaja. Perbahsannya seperti berikut: (1) Orang yang bersolat mengadap Baitulmuqaddis sebelum pensyariatan kiblat baru

pahalanya adalah sama dengan orang yang bersolat mengadap Kaabah. (Al-Bukhari, 2001: 4486).

(2) Keperluan dan Perancangan Doa

Umat Islam perlu mengetahui kekuatan doa untuk digunakan dengan perancangan yang betul. Nabi Muhammad SAW mengambil masa lebih kurang 16 bulan memohon kepada Allah SWT agar kiblat digantikan daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah Mekah (surah al-Baqarah, 2: 144). Oleh itu, dalam kalangan umat Muhammad SAW mereka perlu

Page 38: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

35

merancangan doa mereka dalam beberapa tahun ke depan untuk mencapai apa yang diinginkan dengan berdoa untuk masa depan mereka. Umat Yahudi Sudah Ditakdirkan Tidak akan Tunduk Beriman dengan Islam

Umat Yahudi perlu mengetahui dan memahami bahawa keengganan sebahagian besar daripada mereka untuk tunduk kepada perintah dalam kitab mereka tentang Islam adalah sesuatu yang sudah ditakdirkan kepada mereka akibat daripada kesombongan, kedegilan, dan kedengkian mereka terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam yang dipilih daripada jalur keturunan Nabi Ibrahim daripada jalur Nabi Ismail AS berbanding daripada jalur Nabi Ya‘qub AS (Jasmi, 2019c, 2019d, 2019b, 2019a, 2019k, 2019l, 2019e, 2019g, 2019f, 2019h). Kedengkian mereka meliputi banyak hal antaranya tentang pertukaran kiblat itu sendiri, pemilihan hari Jumaat sebagai hari kebesaran Islam, serta doa dan ucapan amin ketika bacaan jahar dalam solat (Ahmad, 2001: 25029). Hal ini sehingga semua perkara tentang kebenaran Islam yang tertulis dalam kitab mereka termasuk dalam hal pertukaran kiblat juga disembunyikan dan dipertikaikan seolah-oleh mereka tidak tahu menahu tentang hal tersebut ada disebutkan dalam kitab mereka. Padahal perkara tersebut dinyatakan dalam al-Quran bahawa Allah SWT ada menyebutnya sebagai bukti kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW (surah al-Baqarah, 2: 145). Allah SWT juga menegaskan bahawa sekiranya Nabi Muhammad SAW menunjukkan semua bukti tentang kenabian tentang dirinya kepada ulama Yahudi khususnya dalam hal kiblat dan lain-lainnya mereka tetap tidak akan tunduk beriman. Hal ini disebabkan mereka mengetahui Nabi Muhammad SAW, syariatnya, dan umatnya sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri tanpa ragu-ragu (surah al-Baqarah, 2: 146). Oleh itu, umat Islam tidak perlu bimbang tentang agama yang mereka anuti tentang kebenarannya daripada Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sekalipun ahli kitab dalam kalangan Yahudi tidak mahu mengikut ajaran ini. Urusan mereka dengan Allah SWT biarkan diserahkan kepada Allah SWT untuk menghukum mereka (Surah al-Baqarah, 2: 147). Umat Islam Merupakan yang Sederhana dan Umat Pilihan

Umat Islam dan non Muslim khususnya kaum Yahudi dan Nasrani wajar mengetahui dan memahami bahawa umat Islam dijadikan umat yang adil atau seimbang syariatnya untuk diamalkan dengan sempurna oleh umat manusia tanpa menyukarkan mereka. Ketika di dunia, mereka menjadi umat pilihan yang terbaik bagi menjelaskan tentang hal hak dan batil kepada umat manusia (Ibn al-Kathir, 1999: 1/454). Hal ini kerana, syariat yang diturunkan kepada umat ini merupakan syariat yang paling sempurna, lurus, mudah, dan jelas. Isi syariat ini berasaskan syariat Nabi Ibrahim AS yang sebenar (surah al-Hajj, 22: 78). Oleh kerana itu, ramai dalam kalangan umat ini yang berjaya mengamalkan agama Islam dengan sempurna. Banyak dalam kalangan mereka tergolongan dalam golongan yang terselamat daripada azab api neraka dan masuk ke syurga, serta dicemburui oleh semua umat manusia di Mahsyar (Ibn Jarir, 2001: 2182). Umat Islam ini bukan sahaja menjadi saksi dan penentu tentang kebaikan dalam kalangan umatnya ketika di dunia (Al-Hakim, 1990: 3061; Al-Bukhari, 2001: 1368; Ibn Majah, 2009: 4221), bahkan ketika di Mahsyar ini, mereka menjadi saksi kepada umat Islam sendiri, kepada para Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW dan umatnya terhadap perbuatan mereka. Manaka Nabi Muhammad SAW pula membenarkan kesaksian para umatnya (surah al-Baqarah, 2: 143; al-Bukhari, 2001: 4487; Ahmad, 2001: 11558; Ibn Jarir, 2001: 2182).

Page 39: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

36

RUMUSAN

Ayat ini sudah berjaya dikupas secara mendalam dalam perbincangan tafsir daripada empat kumpulan ayat. Hasil daripada perbincangan tafsir, terdapat empat pengajaran yang penting yang boleh diambil oleh umat manusia khususnya umat Islam dan para Mukmin, iaitu dari segi peristiwa kiblat yang menyentuh tentang kiblat daripada segi hukum dan hikmat, keperluan perancangan doa, takdir umat Yahudi, dan keutamaan umat Muhammad SAW.

RUJUKAN

Abu Dawud al-Tiyalisi, Sulaiman. 1999. Musnad Abu Daud al-Tiyalisi. Muhammad ‘Abd al-Muhsin al-Turki (Ed.). Beirut: Hajr li al-Tiba‘ah wa al-Nasr.

Abu Dawud, Sulaiman. 2009. Sunan Abi Dawud. Shu‘aib al-Arnut & Muhammad Kamil Qurrah Balali (Ed.). Jld. 1-7. Beirut: Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah.

Ahmad, Muhammad Hambal. 2001. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Shu‘ay al-Arna’ut & ‘Adil Murshid (Ed.). Al-Qahirah: Mu’assah al-Risalah.

Al-Azraqi, Muhammad. 1969. Akhbar Makkah wa ma Ja'a fiha min al-Athar. Jld. 1-2. Beirut: Dar al-Andalus li al-Nasr.

Al-Bayhaqi, Ahmad. 1991. Ma‘rifat al-Sunan wa al-Athar. ‘Abd al-Mu‘ti Amin Qal‘aji (Ed.). Jld. 1-15. Damsyiq: Dar Qutaybah.

Al-Bayhaqi, Ahmad. 2003. Al-Sunan al-Kubra. Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Ata (Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Bughawi, Al-Husain Mas’ud. 1983. Sharh al-Sunnah. Shu‘aib Al-Arna’ut & Muhammad Zuhair Al-Shawish (Ed.). Jld. 1-15. Beirut: Al-Maktab al-Islami.

Al-Bukhari, Muhammad. 2001. Al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi – Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhair Nasir Al-Nasir (Ed.). Jld. 1-9. Masurah: Dar Tuq al-Najat.

Al-Hakim, Abu ‘Abdullah Muhammad. 1990. Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn li al-Hakim. Mustafa ‘Abd al-Qadir Al-‘Ata (Ed.). Jld. 1-4. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Nasa’i, Ahmad. 1986. Al-Mujtabi min al-Sunan. ‘Abd al-Fattah Abu Gadat (Ed.). Jld. 1-8. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Nasa’i, Ahmad. 2001. Al-Sunan al-Kubra. Hasan ‘Abd al-Man‘am Shilbi (Ed.). Jld. 1-10. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Al-Qurtubi, Muhammad. 1964. Al-Jami' li Ahkam al-Qur'an: Tafsir al-Qurtubi. Ahmad al-Barduni & Ibrahim Atfish (Ed.). Jld. 1-20. Al-Qahirah: Dar al-Kutub al-Mesriyyah.

Al-Razi, Muhammad ‘Umar. 1999. Mafatih al-Ghayb - al-Tafsir al-Kabir. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Araby.

Al-Sabuni. 1981. Mukhtasar Ibn Kathir. Jld. 1-3. Beirut-Lubnan: Dar al-Quran al-Karim. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1994. Al-Mu‘jam al-Kabir. Hamdi ‘Abd al-Majid al-Salafi

(Ed.). Jld. 1-25. Al-Qahirah: Maktabah bin al-Taymiyyah. Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. 1998. Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi. Bashar

‘Awad Ma‘ruf (Ed.). Jld. 1-6. Beirut: Dar al-Girb al-Islami. Basmeih, Abdullah. 1999. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran.

Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Ibn Abi Hatim, ‘Abdul Rahman. 1998. Tafsir al-Quran al-‘Azim li bin Abi Hatim. As‘ad

Muhammad al-Tayyib (Ed.). Al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah: Maktabah Nizar Mustafa al-Bazz.

Ibn Abi Shaybah, Abu Bakr ‘Abdullah. 1988. Musannif ibn Abu Shaybah. Kamal Yusuf Al-Hut (Ed.). Jld. 1-7. Al-Riyad: Al-Maktabah al-Rushd.

Page 40: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

37

Ibn al-Kathir, Ismail. 1998. Tafsir al-Quran al-A‘zim (Tahqiq: Muhammad al-Husayn Shams al-Din). Jld. Juz. 1-4. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn al-Kathir, Ismail. 1999. Tafsir al-Quran al-A‘zim. Jld. Juz. 1-4. Al-Qahirah: Dar al-Hadis.

Ibn Hibban, Muhammad. 1993. Sahih ibn Hibban bi Tartib ibn Balaban. Shu‘aib Al-Arna’ut (Ed.). Jld. 1-18. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Ibn Jarir, Muhammad. 2001. Tafsir Al-Tabari - Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. ‘Abdullah bin ‘Abd Al-Muhsin Al-Turkiyy (Ed.). Jld. 1-24. Yamamah: Dar Hijr li al-Tiba‘ah wa al-Nasr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lan.

Ibn Majah, Muhammad Yazid. 2009. Sunan Ibn Majah. Shu‘ayb Al-Arna’ut, ‘Adil Murshid, Muhammad Kamil Qurrah Balali, & 'Abd al-Latif Hirzullah (Ed.). Jld. 1-5. Beirut: Dar al-Risalah al-'Alamiyyah.

Ibn Mundah, Muhammad. 1985. Al-Iman li Ibn Mundah. (Al-Tahqiq: ‘Ali bin Muhammad Nasir bin Nasir al-Fakihi). Jld. 1-2. Beirut: Mu'assasah al-Risalah.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019a. Bani Israil dan Ilmu Sihir serta Kisah Harut dan Marut: Surah al-Baqarah (2: 99-103). Kertas Kerja dalam Siri 21: Program Budaya al-Quran, 7hb. Mac 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019b. Bani Israil dan Kecintaan Kepada Dunia dan Permusuhan dengan Jibril AS: Surah al-Baqarah (2: 93-98). Kertas Kerja dalam Siri 20: Program Budaya al-Quran, 21 Februari 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019c. Bani Israil dan Pengubahan Kitab Taurat: Surah al-Baqarah (2: 75-82). Kertas Kerja dalam Siri 17: Program Budaya al-Quran, 24 Januari 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019d. Bani Israil dan Pengutusan Para Rasul: Surah al-Baqarah (2: 87-92). Kertas Kerja dalam Siri 19: Program Budaya al-Quran, 14 Februari 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019e. Hakikat Sebenar Agama Nabi Ibrahim AS: Surah al-Baqarah (2: 130-135). Kertas Kerja dalam Siri 26: Program Budaya al-Quran, 18hb Julai 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019f. Hakikat Sebenar Agama Nabi Ibrahim AS: Surah al-Baqarah (2: 130-135). Jld. 1-XX. Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019g. Islam Agama Semua Umat dengan Syariat Yang Berbeza: Surah al-Baqarah (2: 136-141). Kertas Kerja dalam Siri 27: Program Budaya al-Quran, 8hb Ogos 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019h. Islam Agama Semua Umat dengan Syariat Yang Berbeza: Surah al-Baqarah (2: 136-141). Jld. 1-XX. Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019i. Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya Serta Peristiwa Pertukaran Kiblat: Surah al-Baqarah (2: 142-143). Jld. 1-XX. Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019j. Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya Serta Peristiwa Pertukaran Kiblat: Surah al-Baqarah (2: 142-150). Kertas Kerja dalam Siri 28: Program Budaya al-Quran, 15hb Ogos 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019k. Ketinggian Islam Berbanding Agama Yahudi dan Nasrani: Surah al-Baqarah (2: 111-115). Kertas Kerja dalam Siri 23: Program Budaya al-Quran, 4hb April 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019l. Ketinggian Islam Berbanding Agama Yahudi dan Nasrani: Surah al-Baqarah (2: 111-115). Skudai Johor: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.

Muslim, al-Hajjaj. t.th. Sahih Muslim. Jld. 1-8. Beirut: Dar al-Fikr.

Page 41: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

38

BIODATA PENULIS Kamarul Azmi bin Jasmi menjawat jawatan Professor Madya di Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di SM Sains Miri. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban daripada Universiti Malaya, serta Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti artikel, sumbangan bab dalam artikel, jurnal serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau menghasilkan beberapa buah artikel karya individu dan karya bersama antaranya berjudul Pendidikan Wuduk Mazhab al-Shafii (2007), Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (2007), Pembaharuan dalam Dunia Islam (2007) Sekolah Agama Penjana Generasi Berakhlak (2011), Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran & Pembelajaran (2011), Dasar Akidah Muslim (2011), Sekolah Agama di Malaysia: Sejarah, Isu & Cabaran (2012), Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam (2016) yang diterbitkan oleh Penerbit UTM.

Page 42: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

39

SURAT JEMPUTAN

Page 43: Keistimewaan Nabi Muhammad dan Umatnya serta Peristiwa ...

40

View publication statsView publication stats