8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
1/22
Ke Arah Menjana Insan Adabi
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
2/22
Page 2 Edisi Sept 2013Page 2 Edisi Sept 2013Edisi Sept 2013
SID NG REDUKSI
RISALAH MADANI
E-mel: [email protected]
En.Izwan Suhadak Bin IshakEditor
Asyeirah M.ZakiPen.Editor
Hareez Haiqal
Kolumnis Edisi OktoberHarris Fadhilah
Muhammad Fakhrul Amiruddin
Mohamad Azhaari Shah
Qalam_Qasidah
Ummahatul Hamimah
Muhamad solehuddin
Siti Nur-Alia
Mohd Arif Zaki
iterbitkan Oleh:GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : [email protected]
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
3/22
Salam Ukhwah,
Asyeirah M.Zaki
-Editor Risalah Madani -
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Moga para pembaca dalam keadaan yang terbaik,insyaAllah!
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih dipinjamkan
nyawa sehingga saat ini dapat kita memasuki tahun baru yang menemui
kita iaitu Awal Muharram.Tersirat kisah penghijrahan Rasulullah
S.A.W yang boleh diselami melalui penulisan kolumnis pada edisi kali ini dan pelbagai
penulisan menarik daripada kolumnis berbakat.Diharap agar para pembaca tidak pernah jemu
untuk setia menyokong Risalah Madani pada masa akan datang.
Menoleh pada 2 Nov yang lalu,kita dikejutkan dengan pemergian saudara Ahmad Ammar bin
Ahmad Azam Ab Rahman yang kembali menghadap Ilahi.Allahyarham adalah satu-satunya
permata hati lelaki Tuan Haji Ahmad Azzam juga pengasas kepada Grup Pengkaji Tamadun
Dunia (GPTD). Allahyarham yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah telah kembali
ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul . Semoga ALLAH mencucuri rahmat
kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan AhmadAzam sekeluarga. Seluruh warga GPTD Unisel mengucapkan takziah diatas kehilangan
bintang yang bersinar ini.Semoga kita mengambil pengajaran untuk mengikuti jejak langkah
Allahyarham dalam perjuangan islamiah,insyaAllah..
Al-Fatihah...
November 2013 NOTA EDITOR!
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
4/22
Hadis ke-38 ( Hadis 40 Imam Nawawi )
: MAKSUD HADIS
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya
AllahTaala berrman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang sea padaku ), maka
sesungguhnya aku mengisyharkan perang terhadapnya. Dan ada seorang hambaku yang
bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikansemua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu senasa bertaqarrub dirinya
kepadaKu dengan nawal ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah
mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan
sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia berndak
dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu
nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku
lindungi ia..
November 2013 HADIS
http://cahayapurnama.com/belajar-hukum-tajwid-al-quran/no-38-2/8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
5/22
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
6/22
November 2013 MADAH BERANTAI
BERDOALAH WAHAI HATI
Kebaikan pada zahir berasal dari kecantikan di hati
dan didalam hati itu adanya cahaya. Suluhan
cahaya itulah yang akan memandu pergerakan
anggota tubuh untuk melakukan sesuatu perkara.
Kebaikan itu akan melimpahkan dari dalam ke
luar. Ia bukan saja akan dirasi oleh diri sendiri,
malah turut dirasai dan dinikmati oleh orang lain.
Jika seseorang itu tidak ada sedikitpun
suluhan cahaya Ilahi dalam dirinya, maka tidak
akan melimpahlah diatas anggota zahir, tubuh,,
kecantikan adab dan akhlaknya seperti yang
diteladani Rasulullah SAW. Demikianlah
keterangan mengenai cara Allah mengajar adab
kepada kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.
Sebagai kekasihNYa, Rasulullah sentiasa
bersikap merendah diri. Baginda juga seorang
yang tenang, pintar dan gemar tersenyum. Selain
memilik sifat penyabar dan pemaaf, baginda juga
seorang yang tegas dalam membela agama Islam.
Begitu juga akhlak Rasulullah yang jelas
terpancar ketika berdoa. Ketika baginda berdoa,
Nabi akan berdoa dengan bersungguh-sungguh.
Baginda akan menangis, merayu dan merintih
bersungguh-sungguh kepada Allah. Cara
Rasulullah berdoa menampakkan yang baginda
bersunguh-sungguh dalam memohon doa.
Itu Nabi. Bagaimana pula dengan kita?
Maka sebagai umat Nabi Muhammad, kita perlu
mencontohinya. Jika kita tidak dapat menangis tiap
haripun, biarlah nampak kesungguh ketika kita
berdoa, nampak kita amat mengharap agar doa kita
dimakbulkan.
Usah hanya menumpang orang lain berdoa
sedangkan dalam hati tiada langsung permintaan
kepada Allah. Jangan hanya meminta sekadar di
mulut tetapi di dalam hati kosong tanpa sebarang
permintaan. Lidah ini hanya sebagai jurubahasa
sahaja, dan doa sebenarnya adalah dari hati dan
diri sendiri.
Biarlah bulat dari dalam hati apa yang kita
hajati. Doa kita biarlah datang dari dalam hati
terlebih dahulu. Maka kita pun menadah tangan
kepada Allah. Doa yang kita ulang-ulang itu
adalah sebagai tanda kita bersunguh-sungguh
memohon agar hajat di hati dimakbulkan.
Perlu diingat, doa bukan bergantung pada
tok guru, ustaz atau sesiapa, sebaliknya kepada
Allah semata-mata. Tok guru atau ustaz hanya
mengajar tetapi yang akan meminta kepada Allah
adalah diri kita sendiri.Bayangkanlah, mengapa
ada di antara kita yang boleh pergi berjumpa orang
itu, berjumpa orang ini, mengadu masalah ini,
mengadu masalah itu. Tapi, mengapa tidak
mengadu terlebih dahulu kepada Allah? Dia yang
Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan.
Jika ikutkan doa Rasulullah, terlalu banyak
doa yang baginda pohonkan. Maka, berdoalah.
Sebagai seorang hamba, kita mempunyai pelbagai
perkara yang diinginkan daripadaNya. Kita perlu
ingat kita ini serba tiada. Hanya Allah yang
memiliki segala-galanya.
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
7/22
November 2013 MADAH BERANTAI
Sepatutnya apabila kita sedar bahawa kita ini serba tiada, maka semakin banyaklah kita meminta kepada
Allah. Tetapi ada malangnya, dalam kalangan kita, ketika meminta nampak sangat seperti kita ini tidak
terlalu berkehendak kepadaNya. Berbeza dengan Rasulullah yang sering menunjukkan baginda sentiasameminta-minta.Tiada masa yang Nabi tidak meminta-minta. Sebelum solat Nabi berdoa. Selapas solat
Nabi berdoa. Sebelum dan selepas tidur pun Nabi turut berdoa. Sebelum dan selepas makan juga Nabi
berdoa. Bahkan sedang berjalan pun Nabi meminta. Dalam apa jua keadaan, Nabi tetap berdoa dan
meminta kepada Allah Maha Mendengar.Mungkin ada sesetengah yang beranggapan bahawa Tuhankan
pemurah, buat apa kami nak minta lagi. Bukankah Tuhan Maha Mengetahui?
Benar, memang Allah Maha Mengetahui, tetapi bukankah lebih bagus jika kita luahkan
permintaan, pengaduan dan pengharapan kita kepadaNya? Allah mengetahui akan diri kita lebih daripada
diri kita sendiri. Sebenarnya Allah mahu dengar dari mulut kita sendiri. Allah mahu lihat bibir kita
digerakkan untuk meminta kepadaNya. Allah hendak mendengar suara hambaNya.
Janganlah dikunci mulut itu untuk tidak meminta dan berdoa kepadaNya. Mintalah apa sahaja.
Jika tidak ingat dalam bahasa Arab, berdoalah dalam bahasa apa sahajapun. Asalkan kita tidak mengunci
mulut untuk berdoa kepada Allah.Mintalah seperti Rasululullah di mana baginda sentiasa berdoa
bersungguh-sungguh. Di dalam banyak-banyak doa yang baginda minta, baginda meminta agar menjadi
akhlak baginda sebagai akhlak yang baik dan menjadikan kejadian diri sebagai kejadian yang baik.
Begitu jugalah dengan kita, kita wajar meminta agar diberi tubuh badan yang baik, di samping
turut berdoa agar akhlak kita juga cantik. Kita orang Islam diminta sentiasa seiring di antara kecantikan
tubuh badan dan juga akhlak.Sewaktu kita menatap wajah di depan cermin, sudah tentulah kita mahu
melihat wajah yang cantik dan indah. Tetapi ketika kita melihat keindahan wajah sendiri, berdoalah agar
Allah mencantikkan juga akhlak kita. Jangan menjadikan pakaian kita lebih mahal daripada perangai.
Pakaian kita yang mahal tidak menjamin akhlak yang baik.
Nabi juga berdoa meminta agar dijauhkan segala akhlak yang mungkar. Akhlak yang mungkar
bermakna akhlak yang kita tidak mahu berakhlak sedemikian rupa, begitu juga dengan orang lain. Orang
lain kalau lihat kita buat perangai macam ini pun orang marah, kita sendiri jika lihat orang lain buat
perangai macam inipun, kita akan marah.Jadi sebanyak mana perangai mungkar yang kita tidak mahu
dan orang lain pun tidak mahu, maka mohonlah, Ya Allah, Engkau jauhkanlah. Misalnya, berbohong
dalam percakapan. Jangan jadi jika orang berbohong, kita marah. Sedangkan kita sendiri pun berbohong
sama. Renungkanlah bersama.
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
8/22
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
9/22
Rompakan yang menginspirasikan!
Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di
bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda
adalah kepunyaan anda." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan
senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak
menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional."-Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu
kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit
kita dapat." Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang,
sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah
rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman."- Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk
memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10
juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari
bank!".
*Ini dipanggil "inovatif."-Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita
gelap kan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh."-merancang masa depan selangkah lebih awal!
November 2013 SENYUM SENGET!
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
10/22
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak
mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.
Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanyamendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya,
nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil "Pengetahuan."-pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham
kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air."-mempergunakan peluang yang ada untuk
mencipta peluang yang lain!
Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
Perkongsian oleh : Azhaari Shah bin Sulaiman
Pelajar Tahun 2 jurusan Bachelor Of Education (Hons) TESL di Universiti
Selangor cum Exco Kajian GPTD Unisel.
November 2013 SENYUM SENGET!
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
11/22
PROGRAM SUKAN BERKUDA GPTD UNISEL
| Mohd Arif Zaki Bin Ali |
3 November 2013, Ahad Program Sukan Berkuda (SUKDA) adalah dibawah anjuran Grup Pengkaji
Tamadun Dunia (GPTD) Unisel dengan kerjasama Kudagalak.com, telah Berjaya dijalankan pada 3
November 2013 yang lepas. Seramai 27 orang peserta dari Unisel Bestari Jaya dan tenaga pengajar iaitu
Encik Azahari yang telah menjaga kuda disitu selama lima tahun telah mengikuti program ini. program
ini telah dijalan di Taman Ekuestrian Putrajaya, Jalan Kandang Kuda, Persint 5. Diantara objektif
program ini adalah untuk mendekat diri perlajar Unisel Bestari jaya dengan melakukan sukan berkuda
yang merupakan sunnah rasullullah yang perlu dilakukan secaraberterusan untuk mendekat diri dengan
sunnah rasullullah. Melalui program berkuda ini peserta dapat melakukan bagaimana cara untuk
mengurus kuda dengan betul untuk pembelajaran dan menambah pengetahuan tentang kuda dalam
sunnah rasullullah. Pejalanan dari Unisel Bestari Jaya ke Taman Ekuestrian Putrajaya mengambil
masa selama 1 jam 30 minit. Peserta di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Kumpulan A membersih kandang kuda terlebih dahulu dan kumpuln B mempelajari menguruskan
kudan dan belajar menunggang kuda. Daripada program berkuda ini perserta dapat mempelajari
bagaimana untuk berinteraksi dengan kuda, membersih kuda, menunggang kuda, membersih kandang
kuda dan memberi kuda makan.
Kawasan berkuda yang sangat luas bagi menempatkanpelbagai jenis dan warna kuda tersebut di tempat
tersebut. Dalam program ini semua para peserta dapat merasai menunggang kuda dengan betul, bagi yang
pertama kali mencubanya sangat teruja dan ingin melakukannya lagi. Sesetengah peserta yang takut pada
mulanya akhirnya berani berhadapan dengan kuda-kuda disitu. Semua peserta dapat merasakan
bagaimana membersihkan kandang kuda yang dipenuhi dengan najis-najis kuda. Menunggang kuda
sangat baik untuk kesihatan seluruh badan kita lengkuk pada bahagian belakang kuda apabila di tunggang
dapat merawat sakit tulang belakang kita apabila tulang belakang bergesel antara satu sama lain.
Disebelah petang pula kumpulan A dan B bertukar dengan kumpulan A belajar menunggang kuda dan
kumpulan B membersih kandang kuda pula. Program ini berakhir pada pukul 6 petang dan sebelum
pulang peserta mengambil gambar sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan dan program berkuda ini
akan dijalankan secara berkala.
November 2013 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
12/22
November 2013 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Sesi Penerangan Sukan Sunnah Berkuda
Membersihkan Kandang Kuda
Sukarelawan bersama Kuda
Bergambar Selepas Program Sukan Sunnah
Berkuda
Sesi Grooming Bersama Kuda
Mozad Sedang Berehat
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
13/22
Penghijrahan Adalah Sebuah Kemajuan
Bismillahirrahmanirahim. . Alhamdulillah syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT, kerana masih
diberikan nafas untuk meneruskan perjuangan dibumi pinjaman ini. Alhamdulillah juga pada tanggal 5
November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435H kita umat islam telah meraihkan tahun baru.
Apakah itu hijrah? Saya yakin ramai di antara kita yang sudah tahu dan faham apa itu hijrah, dan saya
juga yakin ramai di antara kita yang tidak tahu sejarah disebalik hijrah. Tidak mengapa dan masih belum
terlewat jika berlaku keadaan sedemikian. Dengan ini saya akan menjelaskan secara ringkas tentang
hijrah.
Hijrah adalah simbol penghijrahan Rasulullah SAW dan umat islam dari Mekah ke Madinah. Untuk lebih
jelas, Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana
menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingatipenghijrahanNabi
Muhammad s.a.wdari KotaMakkahkeMadinahpada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku
pada1 Muharamtahun baru bagiTakwim Hijrah.Oleh itu, Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke
Madinah itu diambil sebagai permulaan
Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga
telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategiNabi Muhammad
s.a.wuntuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang
bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa selama lapan
hari. Bermula dari Makkah-Gua Thur-Yathrib-Masjid Quba-Madinah.
Ibnu Khaldun juga pernah berbicara seperti ini bangsa yang maju adalah bangsa yang berhijrah.
Benarlah bicara beliau jika kita perhakan, kemajuan sesebuah Negara adalah bermula dari
penghijrahan orang kebandar, dan juga dapat dibukkan melalui kesan penghijrahan Rasulullah SAW.
Jika dalam konteks kita sebagai mahasisiwa pula, jika kita berhijrah untuk mencari ilmu, insyaALLAH
banyak ilmu baru yang kita perolehi, yang boleh kita aplikasikan dalam diri kita sebagai seorang
mahasiswa yang mempunyai banyak pengetahuan. Dengan banyak pengetahuan itulah kita mahasiswa
akan maju.
Kesimpulannya, berhijrahlah selagi ada peluang dan kesempatan, kerana dengan berhijrah dapat
melahirkan insan yang cemerlang dan bersatu padu, dengan niat kerana Allah. . Allahualam. .
Qalam Qasidah
November 2013 CERITA DALAM CERITA
http://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.whttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.whttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makkahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makkahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1_Muharamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1_Muharamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.whttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.whttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.whttp://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1_Muharamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makkahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.whttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islam8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
14/22
November 2013
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
15/22
Pada suatu ketika dahulu, pernah ada riwayat yang
mengatakan bahawa disana terdapat suatu dunia
yang lain dari dunia ini. Dikatakan bahawa, dunia
di sana mempunyai keindahan yang sangat luar
biasa sehinggakan tidak tergambar di dalam kotak
atau benak pemikiran manusia akan keindahannya
serta mempunyai kelengkapan yang sempurna yang
tidak ada tolak bandingnya di dunia ini.
Namun begitu, ramai mereka yang berusaha ke
arahnya untuk memiliki dan menikmati alam dunia
yang indah tersebut tetapi sebelum untuk ke sana ia
perlu melalui liku-liku, cabaran perih getir yang
pelbagai untuk mendapatkannya. Caranya adalah
bahawa mereka yang hidup di dunia yang nyata ini
perlu melakukan ketaatan yang sebenar kepada
Sang pencipta melalui panduan yang diberi, serta
berusaha untuk melakukan amal bakti yang mana
Sang pencipta meredhai akan kebaikan yang
dilakukan.
Di samping itu, ramai pula mereka yang
masih tertipu dengan dunia yang mereka duduki
kerana hanya tertumpu kepada keseronokan danhiburan semata-mata, seolah-olah begitulah
matlamat kehidupan mereka serta mereka tidak
nampak suatu perkara yang menimpa akan mereka
suatu masa kelak. Lalu, mereka yang terpedaya
dengan perkara tersebut seperti dibuai dan
dilalaikan sehingga tidak nampak akan dunia yang
indah tersebut. Kadang kala seperti orang yang
tidur diulit kelenaan yang tidak bertepian entah bila
kan bangkit dan tersedar dari lamunannya.
Sehingga seperti tiada usaha untuk
mendapatkannya.
Ada pula yang mengatakan untuk memperoleh
dunia tersebut mempunyai syarat-syarat yang lain.
Antaranya adalah ia perlu sentiasa berdampingan
bersama mereka-mereka yang mempunyai
pengetahuan tentang dunia yang indah tersebut
untuk mengetahui selok belok dan bagaimana
untuk mendapatkannya serta menjauhi dari tipu
daya dunia di sini. Namun begitu, tentang desas-
desus yang dinyatakan hampir dikaburkan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk
memadamkan riwayat yang dinyatakan tersebut.
Walau bagaimanapun, perkara seperti itu bukanlah
mudah untuk memadamkannya kerana setiap yang
benar itu akan terus menerus terselah kebenarannya
sedangkan yang batil akan tenggelam jua walau ia
pernah timbul suatu ketika dahulu.
Oleh : Mohamad Solehuddin Bin Sanuri
ISM (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-kanak
Universiti Selangor, Bestari Jaya
November 2013
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
16/22
November 2013
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
17/22
November 2013
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
18/22
SINDROM LESU DI KALANGAN
MAHASISWA
Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BINHAMDAN
Tahun Akhir Jurusan Teknologi Industri (Kejuruteraan)Fakulti Sains & Bioteknologi Universiti Selangor,
Merupakan aktivis mahasiswa,
Melihat perkembangan di kalangan generasi
pelajar yang sudah kurang kepekaannya terhadap
sebarang isu berbangkit sama ada yang
melibatkan pelajar ataupun masyarakat (ummah).
Mereka langsung dak menunjukkan sebarangreaksi terhadap apa yang berlaku di
sekelilingnya. Mahasiswa kampus pusat pengajian
nggi pula lebih tertumpu kepada dunia
akademiknya sehingga ada masa terluang untuk
meneli dan memerha persoalan masyarakat di
sekitarnya.
Penumpuan yang berlebih-lebihan
terhadap hal-hal yang berkaitan akedemik telah
memperbodohkan mahasiswa dan
menjerumuskan mahasiswa itu sendiri kepadakejumudan ndakan dan kepasifan pemikiran
serta idea untuk diketengahkan kepada
masyarakat. Sungguhpun begitu, kita amat
menyanjung nggi sikap segelinr mahasiswa
yang mengambil tahu mengenai keadaan
sekelilingnya walaupun di belenggu dengan
hambatan akademik tetapi masih mampu
dan bersedia untuk bersama-sama dengan
masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh umat.
Seterusnya, orientasi peperiksaan dan
lahan mental di kampus pusat pengajian nggi
telah melehkan mahasiswa yang sibuk dengan
tutorial, kuliah, esei, peperiksaan dan lain-lain.
Kesibukan ini ditambah pula dengan terbentuknya
budaya takut (culture of fear) di kalangan
mahasiswa akibat daripada Akta Universi dan
Kolej Universi (AUKU) walaupun ada beberapa
Akta yang dipinda tetapi mahasiswa di kampus
masih fobia apabila mendengar perkataan AUKU.
Kesemuanya amat mempengaruhi pergerakan
mahasiswa. Kelesuan dan kedakupayaan
mahasiswa kembali ke tengah masyarakat dan
memperjuangkan nasib dan masa depan umat
telah meletakkan taraf mahasiswa ke tempat yang
rendah sehinggakan masyarakat yang suatu keka
dahulu meletakkan status mahasiswa begitu nggi
kini telah meremehkan kuali siswazah yang
dilahirkan daripada insusi pengajian nggi di
negara ini.
Kampus pusat pengajian nggi adalah
pusat dan gedung berkembangnya segala ilmu.
Gerakan mahasiswa yang berkembang dalam
suasana keilmuan meslah merealisasikan fungsi
tersebut di dalam masyarakat. Kriteria inimenjadikan mahasiswa sebagai egen penng
dalam menerajui perubahan dalam masyarakat.
Kini suasana yang kontradik telahpun
berlaku. Penentuan arah perjuangan mahasiswa
ditentukan dan dipengaruhi oleh suasana luar
sehingga menyebabkan gerakan mahasiswa mula
hilang kredibili dan kewibawaannya. Mereka
menjadi boneka kepada par polik luar.
Juskasinya , kita melihat sendiri siri perpecahandi kalangan mahasiswa dan masyarakat kampus di
sebabkan perbezaan par yang disokong dan
wadah yang disokong. Seharusnya, kita mencari
k-k persamaan sehingga persoalan yang
lebih besar, global dan holisk dapat
diperjuangkan oleh mahasiswa itu sendiri.
Suasana mendung ini mes segera di uba
seterusnya di tangani. Generasi pelajar dan
mahasiswa meslah diberikan pengarahan yangsetepatnya kerana mahu dak mahu mereka
merupakan generasi penyusul dan pewaris
kepada kepimpinan umat masa hadapan. Justeru
itu, generasi pelajar dan mahasiswa seharusnya
mendalami dan menghaya matlamat perjuangan
supaya pengelibatan dalam gerakan pelajar ini
adalah pengelibatan yang penuh pengeran.
November 2013 FIKRAH GERAKAN
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
19/22
PROGRAM PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
(KAMOS) 2013
| Siti Nur-Alia Binti Che Burhan |
20 September 2013, Jumaat -Program Perkampungan Orang Asli (KAMOS) 2013 di bawah anjuran
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah berjaya dijalankan pada 20 -22 September 2013 yang
lalu. Seramai 50 orang peserta dari Unisel Bestari Jaya telah mengikuti program KAMOS ini. Program
ini telah dijalankan di Kampung Songkok, Batang Kali, Hulu Selangor. Program ini juga berjaya
dijalankan dengan kerjasama dari Malaysian Relief Agency (MRA) serta Global Peace Mission (GPM)
dalam memberi sumbangan berupa pakaian dan penginapan di sana. Antara objektif program adalahuntuk membina jalinan antara mahasiswa Unisel dan Penduduk Perkampungan Orang Asli, memberi
khidmat sosial dan melaksanakan pemetaan komuniti di Perkampungan Orang Asli, Kampung
Songkok. Perjalanan dari Unisel ke Kampung Songkok mengambil masa selama 1 jam 30 minit sahaja.
Antara program yang dijalankan di sana adalah gotong-royong, menziarahi penduduk kampung dari
rumah ke rumah dan pemetaan komuniti. Tambahan, aktiviti sukaneka, jamuan makan dan wayang
pacak juga turut dijalankan bagi menarik penduduk kampung untuk turut serta dalam program yang
dianjurkan. Hasil daripada pemetaan komuniti, kami dapati bahawa isu utama di kampung ini adalah
masalah sosial di kalangan remaja iaituHisap gamdan minum arak.Hal ini mengganggu ketenteraman
penduduk kampung dan menghadkan pergerakan penduduk kampung terutama sekali pada waktumalam.
Pada hari Ahad pula, kami menjalankan aktiviti sukaneka yang disertai oleh peserta dari Unisel
sendiri dan penduduk kampung Songkok. Dalam majlis penutupan bersama penduduk kampung
Songkok tersebut turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sukaneka.
Program Perkampungan Orang Asli berakhir pada 22 September 2013. Hasil daripada perlaksanaan
prograam. Perkampungan Orang Asli (KAMOS), kami akan menjalankan program mesra bersama
Orang Asli (PROMOS) secara berkala di kawasan perkampungan orang Asli yang tertentu.
November 2013 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
20/22
Travelog Jejak Patani 2013
26 Mei 2013 (Ahad) | Hari Kelapan
Hari ini merupakan hari terakhir projek Jejak Patani 2013. Hari ini kami pergi bersolat Subuh
berjemaah di Masjid Kg Datok. Segar sekali udara pagi tetapi dalam masa yang sama terasa sayudalam ha kerana pada hari ini kami akan kembali semula ke tanah air meninggalkan bumi Patani
yang sangat mendamaikan ini. Secara peribadinya bumi Patani ini sudah saya anggap seper kampung
halaman saya. Sesuatu perkara yang agak baru melihat kambing bertempiaran dur di sepanjang jalan
raya di kampung ini. Mulanya rasa takut juga untuk berjalan menuju ke masjid daripada tadika kerana
banyak kambing berkeliaran. Risau nan ditanduk pula oleh kambing-kambing itu. Tapi kami
beranikan juga berjalan melalui kambing tersebut. Sudah berjalan barulah tahu rupa-rupanya
kambing itu sangat sopan sekali. Bila kami berjalan kambing tersebut akan beralih ke tepi dengan
sendirinya. Suatu pelajaran yang sangat berharga daripada kambing-kambing itu saya perolehi
pagi ini. Kambing juga bisa memahami inikan pula kita manusia yang berakal. Selesai solat Subuh kami
mempersiapkan diri untuk menyambut adik-adik yang akan datang ke tadika. Sekitar pukul 8 pagi
sudah ada adik-adik yang hadir ke tadika bermain-main di gelangang yang terletak di hadapan tadika.
Gelagat adik-adik itu bermain sangat mencuit ha saya dan teman-teman. Hari ini seper hari
sebelumnya mereka berhimpun di hadapan bangunan tadika menyayikan lagu sekolah, membaca
ikrar dan berdoa. Selesai sahaja perhimpunan kami pun membawa adik-adik masuk ke dalam
kumpulan. Untuk hari yang terakhir ini kami membawa adik-adik berlah untuk pertandingan dan
persembahan kumpulan. Mereka semua Nampak begitu bersemangat pada hari ini. Mereka
menyanyikan lagu dengan begitu semangat. Sekitar pukul 10.30 pagi majlis penutupan pun
dilaksanakan. Dimulakan dengan ucapan pengarah program saudari Farhanan, ucapan wakil
GPM encik Wan Ab Rahman, wakil mudir Cikgu Din dan Tok Nebeng Encik Abdul Rahim. Kemudian
diiku dengan persembahan adik-adik daripada kumpulan Syeikh Daud yang memenangi
pertandingan antara kumpulan yang telah dijalankan sebelum majlis penutupan. Kemudian majlis
tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderaha dan penyampaian hadiah kepada peserta. Kami
semua merasa sangat berbesar ha pada hari ini kerana beberapa orang sahabat-sahabat
daripada PSU dan PNU datang ke Kampung Datok untuk bersama-sama kami sebelum kami berangkat
pulang. Syuhaida, Zuhree dan empat orang teman yang lain datang bertemu dengan kami.
Oleh :Ummahatul Hamimah Bin Yam
ISM Sains Kepujian Matemak Dengan Sask,Unisel BJ
November 2013 JEJAK SANA,JEJAK SINI
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
21/22
Selesai majlis kami pun bersalam-salaman bersama guru-guru, adik-adik dan teman-teman di Kg
Datok sebelum bertolak meninggalkan kampung tersebut. Akvis lelaki bertolak dahulu mengikuEn We manakala kami yang perempuan dihantar oleh Tok Nebeng dan keluarganya menaiki kereta
beliau menuju ke Sungai Golok. Dalam perjalanan ke Sungai Golok kami sempat singgah ke Masjid
Teluk Manok antara masjid tertua di Patani. Tapi sayangnya kami dak berkesempatan untuk
masuk ke dalam masjid kerana pada masa itu ada majlis sedang dijalankan di masjid tersebut.
Sampai sahaja ke sungai Golok kami pun bertemu dengan encik Wan. Beliau membelanja kami
memakan Som Tam sebelum menghantar kami ke imigresen Sungai Golok. Hujan turun sangat
lebat petang ini sepernya memahami kesedihan yang muncul didalam ha. Selepas selesai
mencop passport kami pun kembali semula ke Malaysia meninggalkan bumi Patani dengan azam
akan datang lagi pada lain waktu insha Allah. Sesungguhnya seminggu di bumi Patani meninggalkanpelbagai pengalaman yang dak dapat dilupakan. Melalui perkongsian ini rasanya dak cukup
untuk menggambarkan semua perkara yang berlaku sepanjang kami di sana. Anda semua harus
pergi sendiri ke Patani, anda pas akan beroleh penggalaman yang sangat berharga dan pas
terpukau dengan kemesraan dan kesantunan masyarakat di sana.
November 2013 JEJAK SANA,JEJAK SINI
8/14/2019 Risalah Madani Edisi November 2013
22/22
GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu
yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang
berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon
dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke
nombor:
013-3917122