SPN 21 (SECOND LAPORAN)

27
1. PENDAHULUAN Menjelang tahun 2009 menjadi satu mercu tanda yang penting dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Ini kerana memandangkan negara ini juga turut mengalami globalisasi yang semakin maju dan modern, sistem pendidikan di negara ini juga turut membuat perubahan selaras dengan perubahan zaman. Maka, kualiti sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam juga perlu dititikberatkan dan dipertingkatkan untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang baru. Hal ini telah ditegaskan oleh Baginda Sultan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika sambutan Hari Kebangsaan yang ke 19 tahun, Baginda Bertitah iaitu “Education has to be viewed seriously, not only by educators but by every individual, because it is a question of national survival and the future” [Hari Kebangsaan, 23 Februari 2003] Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan penting untuk menyediakan kesemua pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dan rakyat yang bertanggungjawab seterusnya akan dapat menyumbang kepada ekonomik negara kelak. Dengan hal ini, kementerian pendidikan telah menubuhkan Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21(SPN 21).SPN 21 tersebut membawa beberapa perubahan besar dalam pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Menurut Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman, SPN21 adalah kesinambungan dalam evolusi pendidikan negara ini dan telah dibentuk secara pakej iaitu daripada peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi merangkumi pendidikan teknik dan vokasional. SPN21 diwujudkan bagi menyediakan pelbagai laluan kepada para pelajar bagi memilih program-program yang bersesuaian dengan kemampuan, minat, kecenderungan, pertumbuhan dan perkembangan diri mereka dan bagi membentuk para pelajar agar menjadi generasi muda yang berkualiti, kukuh jati diri dan mempunyai ’international outlook’ supaya mampu bersaing di persada antarabangsa serta mampu bertahan dalam keadaan sekarang dan masa hadapan yang jelas telah berubah. 1

Transcript of SPN 21 (SECOND LAPORAN)

Page 1: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

1. PENDAHULUAN

Menjelang tahun 2009 menjadi satu mercu tanda yang penting dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Ini kerana memandangkan negara ini juga turut mengalami globalisasi yang semakin maju dan modern, sistem pendidikan di negara ini juga turut membuat perubahan selaras dengan perubahan zaman. Maka, kualiti sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam juga perlu dititikberatkan dan dipertingkatkan untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang baru. Hal ini telah ditegaskan oleh Baginda Sultan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika sambutan Hari Kebangsaan yang ke 19 tahun, Baginda Bertitah iaitu

“Education has to be viewed seriously, not only by educators but by every individual, because it is a question of national survival and the future”

[Hari Kebangsaan, 23 Februari 2003]

Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan penting untuk menyediakan kesemua pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dan rakyat yang bertanggungjawab seterusnya akan dapat menyumbang kepada ekonomik negara kelak. Dengan hal ini, kementerian pendidikan telah menubuhkan Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21(SPN 21).SPN 21 tersebut membawa beberapa perubahan besar dalam pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

Menurut Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman, SPN21 adalah kesinambungan dalam evolusi pendidikan negara ini dan telah dibentuk secara pakej iaitu daripada peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi merangkumi pendidikan teknik dan vokasional. SPN21 diwujudkan bagi menyediakan pelbagai laluan kepada para pelajar bagi memilih program-program yang bersesuaian dengan kemampuan, minat, kecenderungan, pertumbuhan dan perkembangan diri mereka dan bagi membentuk para pelajar agar menjadi generasi muda yang berkualiti, kukuh jati diri dan mempunyai ’international outlook’ supaya mampu bersaing di persada antarabangsa serta mampu bertahan dalam keadaan sekarang dan masa hadapan yang jelas telah berubah.

Oleh itu, sekolah adalah tempat utama dalam membentuk bagi menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berwibawa, berkarisma, dan berketerampilan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Jabatan Pendidikan yakin bahawa sistem pendidikan negara abad ke-21 adalah jawapan dalam memastikan masa depan yang lebih baik bagi para pelajar yang akan nmemenuhi cabaran global baru. Oleh itu, penting bagi setiap pendidik iaitu guru untuk membuka minda, membuka mata dan telinga serta memahami apa yang dihasratkan oleh SPN 21 agar SPN 21 akan berjaya menghasilkan sistem pendidik yang cemerlang dan mampu mengeluarkan individu Brunei yang berminda besar dan pandangan jauh.

Ini adalah menjadi satu tanggungjawab profesion perguruan bagi merealisasikan harapan negara ini. Seorang guru perlu membuat perubahan dalam konsep pengajaran di sekolah yang lebih memfokuskan kepada pengajaran yang lebih menarik minat murid.

1

Page 2: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

2. EKSPEKTASI/ HARAPAN SPN 21 DAN GURU-GURU BARU

Harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di alaf baru ini dengan keadaan teknologi yang semakin berubah begitu pantas. Maka perlaksanaan SPN 21 di sekolah-sekolah adalah tepat pada masanya untuk mewujudkan satu sistem yang berkualiti dengan menghasilkan guru-guru baru yang berwibawa dan berinovatif. Sehubungan dengan itu, apabila menjelang wawasan 2035, Negara Brunei Darussalam akan dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya dalam sesuatu bidang dan mengalami kehidupan yang berkualiti.

2.1 Pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat

Menurut Mok Song Sang (2004 : 173) Perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai ke tahap meledak. Jesteru itu, sekiranya seorang yang tidak terus mengikut perkembangan ilmu pengetahuan yang sedinamik ini, lambat laun akan terus mengalami nasib ketinggalan zaman. Hal ini bertepatan dengan SPN 21 yang telah menggariskan strategi untuk membentuk program yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

Ini terbukti, menurut seorang pensyarah di Universiti Brunei Darussalam (UBD) Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE) menyatakan

“In order to deal with future challenges, children must be equipped with long life learning and thinking skills so that they can evaluate real life and synthesise solutions”1

Ini dapat disimpulkan, seorang guru perlu mempersiapsagakan dan memperkembangkan daya pemikiran pelajar agar boleh mereka menilai situasi kehidupan nyata dan mensintesis penyelesaian.

Strategi ini bukan sahaja ditumpukan kepada pelajar tetapi penting kepada seorang guru. Dalam perkara ini, seorang guru perlu bersiap sedia untuk sentiasa memperluaskan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh guru perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran-kemahiran mengajar dengan lebih kondusif dan terperinci. Langkah-langkah ini terbukti telah dilaksanakan dalam SPN 21 iaitu kementerian pendidikan berkerjasama dengan lebih rapat lagi dengan pihak institusi-institusi pengajian tinggi khursusnya Universiti Brunei Darussalam bahawa guru-guru yang sedang berkhidmat akan disediakan pelbagai program latihan berterusan (continuing professional development) di dalam mahupun di luar negara. Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang tidak berhenti pada sesuatu peringkat umur, tetapi terus beroperasi seumur hidup (Mok Song Sang,2004)

2.2 Menimbulkan pembelajaran pengajaran Konstruktivisme

1 Sila rujuk pada lampiran 1.

2

Page 3: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

Konstruktivisme adalah salah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada. Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Ini adalah mengikut SPN 21, di dalam pendekatan pedagogi ada menyatakan

“At the primary level, the curriculum will be integrated across subject areas using the themes and topics that are based on understanding, experience and the surrounding environments"2

Jelaslah disini, bahawa kontruktivisme adalah satu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada pengetahuan, kefahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar yang dapat dikaitkan dalam kehidupan seharian. Menurut Mc Brien dan Brandt dalam buku Mohd Yussof Abdullah (2008) bahawa konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan cara manusia belajar.

Oleh itu, guru harus memberikan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat atau kebolehan serta mengembangkannya potensi mereka. Seterusnya akan dapat merapatkan jurang pencapaian (achievement gap) di antara kumpulan pelajar yang berbeza minat, keupayaan dan latar belakang yang berbeza agar lebih proaktif dan dinamik. Oleh yang demikian, untuk memperkenalkan guru-guru dengan idea konstruktivisme adalah memerlukan guru berubah bukan sahaja dari aspek pandangan mereka mengenai pembelajaran malahan juga amalan-amalan mereka di dalam bilik darjah. Jesteru itu, untuk memastikan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru dalam bilik darjah perlu berorentasikan pembelajaran melalui pengalaman sedia ada pelajar berasaskan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

2.3 Keterampilan secara unggul dalam method pengajaran (Kreativiti)

Seorang guru harus mempunyai keterampilannya secara unggul dalam bidang pendidikan dan pembelajaran iaitu dari segi keterampilan dalam menerapkan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran, teknik pengelolaan kelas, keterampilan dalam memanfaatkan media dan sumber belajar ke arah yang lebih mencabar dan menyeronokkan. Ini adalah kerana, SPN 21 membuat perubahan dalam konsep pengajaran yang memfokuskan kepada pelajaran yang menarik minat murid. Sebagai contoh mempergiatkan aktiviti kelas dengan aktif dan menyeronokkan dengan membuat perhubungan bilik darjah dengan luar sekolah seperti belajar sambil membuat lawatan.

Alat Bantu Megajar guru hendaklah menarik dan kreatif. Menurut Noraziah (1981) bahawa alat bantu mengajar itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu atau integral part dalam proses pengajaran.3Apabila seorang guru mempunyai kreativiti dan keterampilan secara unggul, maka ianya dapat mengukuhkan ingatan dan pemahaman pelajar serta memberikan suatu pengajaran pembelajaran yang berfaedah kepada mereka.

3. CABARAN-CABARAN DALAM PERSEDIAAN GURU-GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN SPN 21

2 Ministry of Education ,‘The National Education System for the 21 century SPN21’ (2009), Ministry of Education, Negara Brunei Darussalam, pg 53

3 Dk Yusimah (2009) Nota-nota pembelajaran

3

Page 4: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

Cabaran-cabaran dalam menghadapi sistem pendidikan negara abad ke 21 membawa impak yang besar kepada semua lapisan guru samaada guru pelatih mahupun guru yang sedang berkhidmat. Guru terpaksa mengubah persepsi lama kepada persepsi baru selaras dengan keinginan SPN 21 melalui pengajaran dan pembelajaran. SPN 21 bertujuan untuk memperkasa modal insan negara dalam menghadapi cabaran-cabaran pembangunan di era globalisasi ini. Ini bermakna guru telah diuji keupayaannya agar dapat bersaing secara global dan merupakan satu cabaran yang perlu dipikul kepada bakal-bakal guru yang masa akan datang.

3.1 Memperkukuhkan kompentensi dalam teknologi infokomunikasi (ICT) secara meluas

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Sehubungan dengan itu, Kementerian pendidikan telah menggariskan strategi-strategi untuk mencapai hasrat sistem pendidikan negara abad ke 21 iaitu diantaranya memperkukuhkan kompentensi dalam teknologi infokomunikasi ( ICT) secara meluas bagi penuntut dan guru. Ini adalah dijelaskan guru hendaklah menggunakan ICT di dalam kaedah pengajaran dengan lebih meluas. Ini merupakan satu cabaran kepada seorang guru bahawa guru dipastikan agar memperolehi keupayaan dalam ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru pelatih pula diberikan kursus Informasi dan Komunikasi untuk sekolah selama satu semester dalam memberikan pengetahuan dan infokomunikasi untuk diaplikasikan di sekolah. Dalam krusus perguruan ini memfokuskan kepada konsep e-pembelajaran. E pembelajaran adalah sebagai apa-apa pembelajaran latihan atau pendidikan yang dibantu oleh penggunaan teknologi komputer yang terbukti keberkesannya (Shallon &Brown,2003). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional. Dengan demikian, e-pembelajaran merupakan pembelajaran yang menggunakan sistem talian sebagai medium perantaraan antara pengajar dan pelajar.

Krusus ini memberikan tujuan kepada setiap bakal guru mahupun guru sedang berkhidmat agar sentiasa dibekalkan bersiapsedia infokomunikasi yang meluas dan bersifat professional. Selain itu juga menurut Jamaludin (2000) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagai suatu pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet, khususnya web atau cakera keras, CD-ROM ataupun melalui sistem jaringan organisasi. E-pembelajaran bukan sekadar penggunaan Power Point untuk pengajaran dan pembelajaran, tetapi merupakan suatu pendekatan di mana interaksi pelajar dengan sistem serta pengajar diberi tumpuan. 4

Pelajar juga pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.

Rasty (2003) menyatakan bahawa e-pembelajaran menyediakan pelbagai kelebihan yang tidak terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.5 Antaranya ialah:4 Jamaludin Mohaidin (2000). Kesedaran dan Kefahaman Pembelajaran Maya Terhadap Sistem Pendidikan: satu cadangan dalam “Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2001“ Kuala Lumpur, Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM) Kertas Kerja 3-14.

5 Rasty, D. (2003). ”Traditional Learning vs ELearning” diperolehi pada 28th May 2010 dari http//www.addwise.com/articles/traditional_learning_vs_elearning.pdf

4

Page 5: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

i. Segala maklumat dan maklum balas dapat disediakan dengan lebih tersusun secara terancang kerana adanya jangka masa yang mencukupi.

ii. Boleh digunakan untuk waktu-waktu kecemasan atau terdesak tanpa menjejaskan waktu pembelajaran.

iii. Mempertingkatkan motivasi iaitu keyakinan diri serta menggalakkan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Mempertingkatkan serta menggalakkan mutu komunikasi di antara pelajar.v. Pendapat serta pengetahuan dapat diterima dan dipindahkan di antara para pelajar dan para

guru.vi. Keupayaan untuk mengendalikan perbincangan secara terbuka di mana semua pelajar

mendapat hak yang sama untuk memberikan pendapat berbanding perbincangan secara bersemuka di dalam kelas

Selain itu juga, mata pelajaran yang dikemaskinikan dalam SPN 21 banyak memerlukan penggunaan ICT. Oleh itu, penggunaan alat media dan telekomunikasi seperti sistem komputer riba perlu dijadikan teras dan wajib dalam sistem penyampaian. Ini telah dijelaskan oleh kementerian Pendidikan bahawa :

“ICT skills have become an integral part of the 21th century education. They should be mastered by students line with the rapid advancements and globalization”6

Kemahiran ICT memainkan peranan penting bagi memberikan dorongan kepada pelajar agar lebih berpengalaman dan mampu berdaya saing secara global hingga ke peringkat antarabangsa. Ini terbukti menurut professor Dr Saeed-ul-Hasan Chishti bahawa:

“Technology is ever-changing and since Brunei has the support for it, training of educators must be an ongoing process to keep on the same place with the rest of the world," 7

6 Ministry of Education ,‘The National Education System for the 21 century SPN21’ (2009), Ministry of Education, Negara Brunei Darussalam, pg 317 Rachel Theins (2009, May 25) ‘Teachers must be knowledgeable in IT’.Brunei Times diperolehi pada 20 March 2010 dari http://www.bt.com.bn/en/home_news/2009/05/25/teachers_must_be_knowledgeable_in_it (rujuk pada lampiran)

5

Page 6: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

3.2 Guru berperanan dalam memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai aspek.

Seorang guru perlu sentiasa bersiap sedia di dalam memperluaskan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai aspek terutamanya kepada guru-guru perlatih. Seorang guru tidak terhad kepada pengetahuan-pengetahuan pada sesuatu yang diajarkan sahaja.

Hal ini bersangkut paut dengan SPN 21 yang menyatakan

“All the key learning areas aim all nurturing learners so that they become intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced individual8

Jelaslah di sini, ini adalah merupakan satu cabaran kepada guru agar bersifat proaktif di dalam semua bidang kemahiran. Kunci utama ialah bukan sahaja untuk meningkatkan daya intelek pelajar tapi hendaklah ada meningkatkan dan menerapkan nilai-nilai spiritual dan emosi. Hal ini ada ditekankan bahawa dalam meneraju SPN 21, tenaga pelajar perlu “up to date”.

Sebagai contoh guru-guru pelatih perlu diberikan perdedahan awal di dalam krusus latihan mengajar di sekolah agar dapat memperolehi banyak pengalaman yang berguna dari guru-guru vetran yang berpengalaman agar dapat persekitaran ‘real world of school’. Manakala guru-guru berkhidmat dipastikan sentiasa meningkatkan kemahiran melalui latihan dalam perkhidmatan untuk memberikan latihan semula dan memperolehi pengetahuan serta kepandaian yang terbaru dan terkini. Misalnya, seorang guru seni lukis tidak hanya tahu tentang pengetahuan pendidikan seni visual malahan perlu berkebolehan di dalam pelbagai bidang, seperti muzik dan drama dan sebagainya.

Ini juga memastikan untuk membentuk para pelajar agar menjadi generasi muda yang berkualiti yang kukuh jati dirinya serta mempunyai ‘international outlook’ supaya mampu bersaing dan berdaya bertahan

3.3 Guru sebagai insan yang mempunyai nilai-nilai luhur yang tinggi

“whether the educational system is old and new, it will always be challenging. Teaching as a career in itself is challenging. Teaching comes from the heart and if you are sincere, the challenges will be wholeheartedly met”- (Brunei Times, 03th September 2009)9

Samaada sistem pendidikan adalah dalam kaedah lama mahupun baru, ianya tetapi adalah satu cabaran guru kerana kerjaya seorang guru adalah mencabar. Oleh yang demikian untuk mendapatkan suasana pengajaran yang efektif, guru haruslah mempunyai sifat-sifat nilai murni agar berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri.

Ini terbukti di dalam kurikulum SPN 21, kementerian pendidikan meinginkan penerapan nilai-nilai murni sebagai penerapan nilai teras dan sikap iaitu seperti sikap berdikari, bertakwa, berdaya saing (Competitive), siapsaga dan sebagainya. Dengan hal yang demikian, pelajar tersebut terdidik ke arah pembentukan yang lebih baik dan positif. Guru seperti ini akan didekati oleh pelajar-pelajar

8 Ministry of Education ,‘The National Education System for the 21 century SPN21’ (2009), Ministry of Education, Negara Brunei Darussalam, pg 35

9 Rujuk pada (lampiran 3)

6

Page 7: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

sekiranya mereka mempunyai masalah. Dengan cara ini, guru juga berperanan sebagai kaunselor (Ee Ah Meng, 1988)

4. APAKAH KAEDAH,STRATEGI, PENDEKATAN, TEKNIK PENGAJARAN YANG DIGALAKKAN DALAM SPN 21?

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, konsep kaedah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran sering digunakan di sekolah. Ianya adalah merupakan perkara asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seorang guru. Walau bagaimanapun , ke empat-empat konsep ini sering menimbulkan kekeliruan dikalangan guru. Ini kerana ciri-ciri yang terdapat di antara konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi saling berkait dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ke empat konsep ini amat berguna bagi guru terutamanya pada guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi ini dapat dipelajari dan diamalkan di dalam bilik darjah.

4.1 Konsep pendekatan

Konsep pendekatan mengikut kamus dewan (1998) merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran. Pendekatan biasanya berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Edward M. Athony (1963) di dalam buku Mok Song Sang, pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai unsur ‘aksiomatik’. Sebagai contoh, pendekatan induktif. Ia adalah berasaskan model pemikiran Induktif yang dipelapori oleh Hilda Taba. Pendekatan induktif menekankan pembentukan konsep aplikasi prinsip-prinsip dan interprestasi data. Jelaslah di sini bahawa ‘aksiomatik’ itu diterima sebagai benar tanpa ada keraguan atau memerlukan bukti tambahan. Oleh yang demikian para guru harus tahu pendekatan apa yang ingin digunakan mengikut SPN 21 yang meinginkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teori dan falsafah.

Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah

4.2 konsep Kaedah

Konsep kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan bersistematik. Dalam mencapai objektif adalah spesifik iaitu bercorakan jangka pendek pada sesuatu pelajaran.

Satu-satu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berdasarkan suatu pendekatan. Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai jenis kaedah. Misalnya dalam pendekatan induktif

7

Page 8: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

iaitu pengajaran yang bermula daripada spesifik kepada yang umum, pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah dapatan, inkuiri, sokatik ,projek dan penyelesaian masalah (Ee Ah Meng, 2002: 108)

4.3 Konsep Strategi

Mengikut kamus dewan (1998) strategi adalah merupakan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Ia juga merujuk kepada kebijaksanaan memilih satu-satu pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan (Ee Ah Meng, 2002: 72)

Ini dapat disimpulkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepada kepandaian seorang guru untuk memilih, menyusun, mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan untuk menghasilkan pencapaian yang optimum. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan ialah seperti strategi penggabungjalinan kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira, strategi penyerapan isi pelajaran, strategi pemusatan guru, strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan

SPN 21 menekankan kepada strategi berpusatkan pelajar untuk menggalakkan mereka aktif di dalam suasana pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah.

4.4 Konsep Teknik

Menurut Edward M. Anthony (1963) di dalam buku Mok Song Sang, teknik pengajaran adalah merujuk kepada satu muslihat atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa di dalam konteks pendidikan, teknik mengajar ini adalah merujuk kepada kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Teknik permainan juga memainkan peranan penting di dalam pembelajaran dan pengajaran memandangkan SPN 21 adalah berkonsepkan “fun,play and learn more”. Ini terbukti Sekolah Rendah Ahmad Tajudin di daerah Belait, teknik nyanyian dan pelbagai permainan seperti permainan susun suai gambar (Jigsaw puzzle) telah diterapkan di sekolah. Dengan adanya teknik pengajaran guru seperti ini dapat menarik perhatian pelajar serta galakkan mereka untuk berfikir di luar kotak.

Dalam memilih kaedah, strategi, pendekatan, teknik pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Misalnya, di peringkat sekolah rendah, kurikulum sekolah memfokuskan kepada kefahaman, pengalaman dan keadaan alam persekitaran. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurikulum sekolah lebih menumpukan kepada pengkhususan atau kepakaran terhadap sesuatu (specialization). Di kedua-kedua peringkat ini proses pengajaran dan pembelajaran lebih menfokuskan kepada berpusatkan pelajar iaitu pelajar lebih aktif dalam pengajaran secara individu mahupun dalam kumpulan. Peranan guru akan bertukar daripada transmitter kepada facilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran

8

Page 9: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

Sebagai kesimpulan,bolehlah dikatakan bahawa teori-teori pembelajaran dan cara-cara sesuatu mata pelajaran dipelajari menghasilkan pendekatan yang berlainan. Cara-cara pembelajaran yang berlainan menghasilkan kaedah-kaedah yang berlainan. Kaedah yang berlainan menghasilkan teknik dan aktiviti yang berlainan. Gabungan semua kaedah dan teknik akan membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh seorang guru untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan.

Ke empat-empat kaedah, pendekatan, teknik dan strategi adalah berbeza dan dapatlah dirumuskan seperti yang saya hasilkan jadual di bawah ini

Jadual 1: Jadual menunjukkan perbezaan di antara pendekatan, teknik, strategi dan kaedah

JENISPERBEZAAN

PENDEKATAN TEKNIK STRATEGI KAEDAH

PENGERTIAN pendekatan adalah merupakan cara atau langkah-langk yang di ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah

Cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran merangkumi aktiviti, perkajuan dan kemahiran guru

Strategi adalah merupakan yang teratur untuk mencapai matlamat dan kejayan

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu

TUJUAN Pengajaran adalah berdasarkan objektif pelajaran yang disampaikan

Untuk mencapai objektif– objektif berbentuk jangka panjang

Berlandaskan teori, prinsip dan model

Kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan

Mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang di pilih

Kebijaksanaan, memilih pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan

Mengambil kira objektif dalam jangka panjag dalam sesuatu pendekatan dengan berkesan

Dalam mencapai objektif yang spesifik iaitu bercorakan jangka pendek pada sesuatu pelajaran

Agar satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berurutan

CONTOH Induktif, Deduktif, Eklektif dan Tematik

Teknik simulasi, teknik permainan,

strategi penggabungjalinan kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira, strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan

Kaedah demonstrasi, penyoalan, lawatan,penerangan, dan bercerita

5 KLASIFIKASIKAN CARA-CARA PENGAJARAN YANG DIGALAKKAN OLEH SPN 21 MENGIKUT KAEDAH, STRATEGI,PENDEKATAN DAN TEKNIK

PENGAJARAN

9

Page 10: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

Klasifikasi bererti pengelasan atau pengasingan kepada beberapa bahagian atau kumpulan menurut sifat-sifatnya yang tertentu (kamus komprehensif, 2005). Cara- cara pengajaran dapat dilihat rajah yang saya hasilkan di bawah ini

RAJAH 1: Klasifikasi cara-cara pengajaran yang diggalakan dalam SPN 21 mengikut kaedah,strategi,pendekatan dan teknik

10

PENDEKATAN

INDUKTIF TEMATIK

KAEDAH

Penyelesaian Masalah

Inkuiri Lawatan Projek Sumbangsaran

TEKNIK

Bermain

pendidikan awal kanak-kanak

Perbincangan

SPN 21

KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

Pengajaran dan Pembelajaran secara koperatif dan

Kolaboratif

KOLABORATIF[PELAJAR]

KOPERATIF[PELAJAR]

STUDENT CENTRED

GURU

PEMBIMBING DAN PEMERHATI

Akademik dan Kokurikulum

KLASIFIKASI CARA-CARA P&P SPN 21

Page 11: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

5.1 Pendekatan Induktif

Pendekatan Induktif merupakan pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan sebanyak mungkin contoh khusus sehingga pelajar dapat membuat suatu kesimpulan berkenan apa yang cuba disampaikan oleh guru mereka. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan pelajar berfikir perkaitan antara sesuatu maksud

Pendekatan induktif melibatkan proses membuat penaakulan dan menggalakan pemikiran tinggi. Pendekatan Induktif dapat dilihat melalui rajah di bawah ini

(Ee Ah Meng, 2002)

Rajah 2: Pengajaran secara Induktif

5.2 Pendekatan Tematik

Pendekatan Tematik adalah diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Pendekatan secara tematik akan membolehkan pelajar menganalisis dan membuat generalisasi pengetahuan. Strategi pengajaran tematik adalah berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan. Pendekatan pembelajaran tematik lebih menekankan pada penerapan konsep belajar sambil melakukan sesuatu (learning by doing). Dalam strategi tematik, konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbulkan dan dihubungkait melalui satu tema dan membuat perkumpulan diantara pelajar. Dengan hal yang demikian, ini dapat mengembangkan daya intelek pelajar dan bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain.

5.3 Kaedah Lawatan

Kaedah yang paling tertinggi penglibatan guru ialah kaedah lawatan atau lebih dikenali sebagai kaedah dapatan. SPN 21 juga menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran yang mempunyai hubungan bilik darjah dan luar sekolah. Sebagai contoh bagi mata pelajaran sains menjadi satu keperluan untuk membuat pratikal-pratikal berkaitan dengan luar sekolah. Tujuan kaedah ini untuk memberikan peluang kepada para pelajar mendapatkan serta memperluaskan pengalaman-pengalaman pelajar secara tidak langsung ianya dapat divariasikan melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah. Ini terbukti menurut Hajah Junaidah Haji Md Tahir guru dari Sekolah Menengah Sultan Jamalul Alam (SMJA) mengatakan

“Field trips give students a different and practical perspective of a particular subject and at the same time, the student can relate to their day to day life”

Oleh yang demikian, kaedah lawatan bukan sahaja dapat mengaitkan kehidupan seharian malahan juga membawa kepada pembelajaran sepanjang hayat.

11

Contoh-contoh khusus

Memerhati, Mengkaji dan

mentafsir

Membuat generalisasi

Page 12: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

5.4 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid mengatasi rintangan atau kerumitan untuk mencapai matlamat( Kamarudin Hj Hussin, 1990) .Kaedah penyelesaian masalah ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

Terdapat berbagai-bagai jenis penyelesaian masalah yang boleh digunakan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kaedah-kaedah yang sering digunakan ialah kaedah inkuiri, kaedah dapatan/penemuan ,kaedah sumbangsaran dan kaedah penyelesaian kendiri ( Kamaruddin Hj Hussin, 1990)

Peringkat- peringkat penyelesaian masalah ini dapat dilakuan seperti rajah di bawah ini

Rajah 3 : Peringkat-peringkat penyelesaian masalah

Sumber: Abdul Rahim M. Ali (2001)

5.5 Kaedah Inkuiri

Kaedah Inkuiri adalah dikenali sebagai kaedah dapatan. Ia merupakan satu kaedah pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ia juga berperanan untuk membentuk pelajar ke arah domain aras yang tinggi seperti membuat analisis, sintesis dan penilaian. Oleh yang demikian, ianya sesuai kepada pengajaran SPN21 yang meinginkan pelajar untuk mempunyai paras pemikiran yang tinggi dan pembelajaran yang aktif. Ia juga menggalakan dalam pemikiran intuitif dan menyediakan pelajar untuk membuat andaian daripada data-data logikal.

12

Menyedari masalah

Mengenal pasti masalah(Jenis

Masalah)

Mengumpul maklumat/Data/tent

ang masalahMerancang strategi

Tindakan

Menilai Masalah diatasi

Page 13: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

5.6 Kaedah projek

Kaedah projek adalah satu kaedah dimana pelajar-pelajar menjalankan sesuatu ujikaji atau kegiatan di dalam situasi yang benar. Ia meliputi aspek domain kognitif, afektif dan psikomotor. Kaedah projek ini berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian dan lawatan. Kaedah ini bukan sahaja menimbulkan lagi minat malahan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk sikap bertanggungjawab dan berinsiatif

5.7 Kaedah Sumbangsaran

kaedah yang diggalakkan di dalam SPN 21 adalah pengunaan teknik percambahan fikiran atau dikenali sebagai ”brainstorming” .Ia adalah merupakan satu bentuk perbincangan yang membolehkan sesuatu kumpulan mengadakan fikiran secara berkolompok. Setiap peserta digalakkan memberikan idea dan setiap idea itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti.

Osborn menyatakan bahawa pengunaan teknik percambahan fikiran menggalakkan pelajar untuk menggunakan prinsip 5W, 1H iaitu (What? Why? When? Who? Where? Dan How? Dengan hal ini boleh mengembangkan intelek pelajar dan menghasilkan generasi pemikir sebagaimana hasrat bagi SPN 21.

Secara kesimpulannya, sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam SPN 21 adalah memastikan bahawa pembelajaran berasaskan tugasan dan penyelidikan. Oleh itu, para guru yang memainkan peranan penting untuk menerapkan pelajar ke arah budaya penyelidikan. Dalam hasrat wawasan 2035 mengharapkan generasi muda iaitu pelajar untuk lebih analitikal, kreatif dan inovatif serta yakin menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan

5.8. Teknik Bermain

Kementerian pendidikan telah menggariskan lapan strategi iaitu di antaranya melabur dalam pendidikan awal kanak-kanak. Di sini pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditingkatkan pencapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu teknik bermain digalakkan dalam SPN 21. Ini kerana aktiviti permainan member peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek, jasmani,rohani dan sosial disamping mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari. Ini terbukti kementerian pendidikan meninjau ke Sekolah Rendah Ahmad Tajudin di daerah Belait. Kementerian Pendidikan berpeluang menyaksikan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran termasuk yang menggunakan teknik nyanyian dan pelbagai pemainan seperti pemainan susun suai gambar ( Jigsaw puzzle).10 Kaedah ini telah mula diaplikasikan oleh guru terutamanya bagi sekolah-sekolah rendah untuk penarikan minat

10 Rujuk pada lampiran 5

13

Page 14: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

5.9 Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif

Menurut Mok Song Sang (2001: 113), koperatif bermaksud kerjasama Maka, Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.

Manakala pembelajaran Kolaboratif mengikut kamus dewan (1998) ialah berkerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang baik bukan sahaja dalam bidang akademik malahan juga di bidang kokurikulum. Jesteru itu, SPN 21 bukan sahaja berdasarkan pembelajaran akademik malahan kokurikulum juga kini penting dalam kurikulum sekolah.

Di bawah konteks pendidikan, pengajaran-pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif membawa maksud aktiviti pembelajaran secara kumpulan murid di bawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan atau menyumbangkan kemahiran masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu projek yang ditugaskan (Mok Song Sang: 2001)

Dalam pembelajaran koperatif menggunakan peraturan bilik darjah mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah. 11

K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)I Include everyone (libatkan semua ahli – elakkan passenger)S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua / berempat dalam jarak

lebih kurang 6 inci.)

Sehubungan dengan itu, suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif melalui bilik darjah yang demokratik memberi ‘Empowerment ‘kepada pelajar dan peranan guru sebagai fasilitator dan mentor. Hal ini bertepatan dengan keinginan SPN 21 yang meinginkan pembelajaran yang aktif dan kondusif dengan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang

11 Sumber: http://www.panitiapijb.com/download/pembelajaran%20kooperatif%20dan%20koloborasi.pdf

14

Page 15: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

5.10 Teknik perbincangan

Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran, idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru. Ini bertujuan untuk menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat meyumbangkan idea dengan cara yang bersistematik dan tepat.

Melalui aktiviti perbincangan, murid-murid dapat dilatih berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang menarik, mengemukakan pandangan dengan jelas, tepat dan logic. Melalui teknik perbincangan ini dapat dilakukan melalui pembahasan, forum, seminar dan ‘sesi buzz’ 5.11 Strategi pemusatan pelajar

SPN 21 meinginkan pengajaran guru adalah berpusatkan kepada “student centered” atau lebih dikenali sebagai pemusatan pelajar. Prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu proses yang aktif. Guru perlu menerima autonomi yang dimiliki oleh pelajar dan memberi penekanan terhadap proses pembelajaran berbanding pengajaran. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang demokratik yang membimbing dan menjalani aktiviti pembelajaran pelajar. Perkara ini telah ditegaskan di dalam SPN 21 menyatakan

“The teacher role will change from being a transmitter of facts and information to that of a facilitator of learning”

(The National Education System for the 21 century SPN21’ (2009) mukasurat 58)

Ini bermakna bahawa di dalam pemusatan pelajar, guru hendaklah berperanan sebagai fasilitator di dalam sistem pengajaran guru.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar adalah secara dua hala .Selain itu, ujian formatif adalah diberi penekanan dan keputusan ujian kerja kelas digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan pelajar. Ini terbukti SPN21 mengubah bagi sistem penilaian mengikut penilaian kendalian sekolah (PKS) atau School- Based Assesment (SBA) secara berterusan hingga ke tahun 7 dan 8. Oleh yang demikian, di bawah strategi pemusatan pelajar, pelajar-pelajar akan menunjukkan sifat kreatif dan berinsiatif. Ini dapat dilihat melalui rajah yang saya hasilkan di bawah ini

Rajah 4: Strategi Pemusatan pelajar

15

GURU

PELAJARPELAJAR

Page 16: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

6.IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DALAM KONTEKS INI

Pengertian pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani – Clark W. Hetherington.12 Hal ini bertepatan dengan kehendak Misi Kementerian Pendidikan SPN 21 untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh bagai mencapai potensi yang penuh bagi semua pelajar. Ini bermakna pendidikan yang menyeluruh ini termasuklah dari segi intelektual, sosial, emosi, rohani dan jasmani. Dengan hal yang demikian, guru Pendidikan Jasmani juga perlu mempunyai kualiti yang tinggi untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar.

Pendidikan Jasmani telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib setara dengan mata pelajaran yang lain dalam SPN 21. Ini terbukti pendidikan jasmani dijadikan kurikulum sekolah bermula pada tahun 7. Ini bermakna mata pelajaran pendidikan Jasmani mempunyai penilaian untuk melihat sejauhmana peningkatan tahap kecergasan fizikal terhadap seseorang pelajar. Guru jasmani kini perlu mengubah ‘mindset’ bahawa bukan sahaja ini penting untuk pelajar tetapi guru juga perlu aktif dalam bergerak sama.

Sehubungan dengan itu, baru-baru ini guru-guru pendidikan jasmani telah mengikuti ‘sow Physical Education Workshop’di sekolah maktab sains. Menurut Cikgu Dk Pg Hj Sarimah Ahmad, Pengetua sekolah Maktab Sains menyatakan

“With the introduction of IGCSE ‘0′ Level Physical Education in 2012 and as part of many curriculum offered to schools, we have to prepare the teachers in terms of training and familiarisation with the contents as well as assessments of the subject.”

Dengan hal yang demikian, pernaan seorang guru jasmani perlu kreatif dan inovatif dalam menawarkan pelbagai cara pelajar melaksanakan skim kerja.

Antara lain,ada juga program pendidikan khusus di dalam SPN 21. Program ini adalah bagi pelajar yang berbakat dan berkecerdasan tinggi dalam bidang akademik tertentu seperti sains, berkebolehan dalam muzik dan seni atau berkebolehan dalam bidang sukan. Jesteru itu, program ini lebih menekankan kepada aspek kemahiran-kemahiran fizikal. Sehubungan dengan itu, guru pendidikan jasmani amatlah diperlukan agar mempunyai pengalaman dan pelbagai kemahiran dan fleksibeliti dalam mendidikan program tersebut

Beberapa kaedah yang boleh digunakan di dalam pembelajaran selain demonstrasi adalah menggunakan inkuiri penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah dan sebagainya.

PENUTUP12 http://pjmpkt.tripod.com/index_files/pendidikanjasmani.htm

16

Page 17: SPN 21 (SECOND LAPORAN)

Secara kesimpulannya. SPN 21 membawa kepada perubahan besar di dalam sistem

pendidikan negara terutamanya kepada gaya pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Guru terpaksa

mengubah persepsi untuk lebih bertoleransi dan kreatif di dalam hal methode pembelajaran

memandangkan perubahan ini adalah berdasarkan kepada konsep pengajaran yang menfokuskan

kepada penarikan minat. Dengan adanya pelaksanaan yng baik dikalangan guru, ianya setentunya

membolehkan pendidikan sekolah untuk bersaing secara global dengan ahli ASEAN serantau lain.

Oleh itu, penting bagi setiap guru untuk mula membuka minda, membuka mata dan telinga serta

memahami apa yang dihasratkan oleh SPN 21 agar SPN 21 akan berjaya menghasilkan sistem

pendidik yang cemerlang dan mampu mengeluarkan individu Brunei yang berminda besar dan

pandangan jauh dan juga mendatangkan generasi muda dengan budaya berfikir ke arah kreatif dan

kritis serta mampu menjadi tidak hanya kompetitif diperingkat kebangsaan tetapi antarabangsa

Menurut Zelzy Shahar Al- Johary (2007:2) guru perlu memahami bahawa yang hendak belajar dan

menimba pengalaman itu ialah pelajar,maka sudah menjadi resmi dalam dunia pendidkian. Oleh itu,

guru seharusnya mendedahkan sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk

dikongsikan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Guru yang memberikan satu usaha yang baik demi untuk pelajar dapat memberikan kesan yang

cemerlang kepada pelajar tersebut. Jadinya di sini, guru perlu menjadi seorang yang professional,

kreatif untuk menjadi pembimbing yang berkesan.

17