Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

19
MENANGANJISU-ISU PENGURUSAN AIR DI MALAYSIA PADA ABAD K&21 MELALUI PENGAMATAN DAN PEMULllIARAAN AIR Clwn Ngai Weng ABSTRACT Malaysia is a country rich in water resources but mismanagement and general apathy amongst water users have jeopardized its sustainability. The El Nino that occured in 1998198 not only laid bare the fragility of our water resources, but also weaknesses in its management. The traditional top-down and supply oriented approach has been proven inadequate. Government alone cannot guarantee overall efficiency in water supply neither can privatization as manifested by many cases of unsuccessful attempts in many states. as population explodes, industries expand and water demand escalates, water will become scarce. Destruction of catchments, pol/ution, high rates of non-revenue water (NRW), weather anomalies, uneven distribution alld low tariffs put additional stresses on the water equation. There is an urgent needfor NGOs and the public (local communities) to playa more active role in managing water resources, either via water demand management, conserving alld restoring of watersheds and rivers, or improving water awareness and education amongst members of the public. The public can determine the success or failure of water management as they are domestic water users who consume roughly more than half of the country's total water made available to the public. As this volume is huge, any reduction in its consumption can save the country a lot of water. ffi'lGFNALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber air. Kadar hujan tahunan ialah di antara 2,000 milimetcr (mm) hingga 5,000 mm di seluruh negara, sehingga menyebabkan kcbanyakan tempat mengalami bencana banjir pad a musim tengkujuh (Chan, 1995). Mcnurut Hj Keizrul Abdullah (1998), Malaysia menerima sebanyak 990 bilion meter padu (m 3 ) air setiap tahun. Daripadajumlah itu, 556 bilion m 3 merupakan aliran air permukaan (sungai) yang, jika bersih kesemuanya oleh (Jadual I). Malaysiajuga mempunyai sebanyak 5,000 bthon m stmpanan aIr bawah dalam akuifer. Namun demikian kebanyakan air larian adalah ter.cemar dan sebahagian besar juga tidak terperangkap dalam empangan tetapl terus mengalir ke laut. Oleh itu, sebenam hanya kira-kira 10 % daripada air larian atau 56.6 bilion m 3 dapat digun k d · " d' b a an 1 Malaysia. Dalam pa a ItU, In! Ilam ah pula dengan caj-semula air bawah tanah

Transcript of Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Page 1: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

MENANGANJISU-ISU PENGURUSAN AIR DI MALAYSIA PADA ABAD K&21 MELALUI PENGAMATAN DAN PEMULllIARAAN AIR

Clwn Ngai Weng

ABSTRACT

Malaysia is a country rich in water resources but mismanagement and general apathy amongst water users have jeopardized its sustainability. The El Nino that occured in 1998198 not only laid bare the fragility of our water resources, but also weaknesses in its management. The traditional top-down and supply oriented approach has been proven inadequate. Government alone cannot guarantee overall efficiency in water supply neither can privatization as manifested by many cases of unsuccessful attempts in many states. 1n~reasingly, as population explodes, industries expand and water demand escalates, water will become scarce.

Destruction of catchments, pol/ution, high rates of non-revenue water (NRW), weather anomalies, uneven distribution alld low tariffs put additional stresses on the water equation. There is an urgent needfor NGOs and the public (local communities) to playa more active role in managing water resources, either via water demand management, conserving alld restoring of watersheds and rivers, or improving water awareness and education amongst members of the public. The public can determine the success or failure of water management as they are domestic water users who consume roughly more than half of the country's total water made available to the public. As this volume is huge, any reduction in its consumption can save the country a lot of water.

ffi'lGFNALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber air. Kadar hujan tahunan ialah di antara 2,000 milimetcr (mm) hingga 5,000 mm di seluruh negara, sehingga menyebabkan kcbanyakan tempat mengalami bencana banjir pad a musim tengkujuh (Chan, 1995). Mcnurut Hj Keizrul Abdullah (1998), Malaysia menerima sebanyak 990 bilion meter padu (m3

) air setiap tahun. Daripadajumlah itu, 556 bilion m3 merupakan aliran air permukaan (sungai) yang, jika bersih kesemuanya dapa~ ~igun~k~n oleh ma~usia (Jadual I). Malaysiajuga mempunyai sebanyak 5,000 bthon m stmpanan aIr bawah dalam akuifer. Namun demikian kebanyakan air larian adalah ter.cemar dan sebahagian besar juga tidak terperangkap dalam empangan tetapl terus mengalir ke laut. Oleh itu, sebenam hanya kira-kira 10 % daripada air larian atau 56.6 bilion m3 dapat digun k Yd~

d · " d' b a an 1 Malaysia. Dalam pa a ItU, In! Ilam ah pula dengan caj-semula air bawah tanah

Page 2: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan Ngai Wrng

Jaduall. Sumber AirTahunan Di Malaysia

Parameter Hidrologi IsipaduAir (Bilion m3)

Hujan Aliran Permukaan Sejat-peluhan Caj-Semula Air Bawah Tanah Simpanan Air Buatan Manusia (Empangan) Simpanan Air Bawah Tanah (Akuifcr)

(Sumber: Fauzi A. Samad, 1999)

sebanyak 64 bilion mJ, maka jumlah sumber air boleh perbaharui ialah 120.6 bilion mJ

• Oleh itu, jumlah sumber air per kapita di Malaysia adalah kira-kira 5,400 m3

seorang setahun, iaitu lebih daripada lima kali paras antarabangsa, yakni 1,000 m3. yang digun'akan sebagai paras bagi mengelaskan "sekuriti air" (Fauzi A Samad. 1999:4). Seandainya Malaysia berupaya memerangkap semua air larian permukaan. maka sumber air per kapita adalah mclebihi 20,000 ml, setahun (Chan, 1998a). Secara perbandingan. seorang penduduk di Libya hanya mempunyai sebanyak. 200 mJ air per kapita setahun. iaitu cuma 1.0 % daripada isipadu yang sedia ada bagi seorang warga Malaysia (Rajah 1). Memandangkan ini semua maka temampak. seolah-olah mustahil dan ironik apabila didapati negara kita sering dilanda krisis

r········· .. ·· .. ··········I·r::·· ............. · ............ · ........ : .. ; ..... ; .. :::f<U; -----------------~l

Sudan t~~=~='j

Yemen

Arab S. i\i:~."dlL:

Libya ULfr:bf2l:k±2i2jJill~~n1:.:L.~ o 5000 10000 15000

METER PADU IMl)

20000 25000

r-----~ ._._ .. _._ •••• l

t=::· !

l---1----' !---~ ... ro

--__ • 1------t--. f'·----·· t'"-__ _

Rajah I. Sumber air per kapita beberapa buah negara secara perbandingan dengan Malaysia.

100

Page 3: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menangclni Isu-isu Pengurusan Air Dj Malaysia

kekurangan air_ Pada dekad-dekad kebelakangan ini. terdapat banyak episod krisis air di merata tempat di Malaysia: kemarau teruk pada lewat tahun-tahun 1970-an dan awal tahun-tahun 1980-an di Kedah dan Perlis (Chan. 1981); kekeringan Empangan Durian Tunggal di Melaka pad a tahun 1991 (Hamirdin Ithnin. 1997); krisis air di Sungai Langat apabila ammonia dikesan dalam air sungai pada Mac 1998; bene ana tuangan diesel dalam Sungai Dua di Pulau Pi nang pad a bulan Februari 1998; dan baru-baru ini krisis air semasa EI Nino pada tahun 1997/98 di Kuala Lumpur. Selangor. Pulau Pinang dan Me\aka. Justeru itu. terdapat beberapa isu air yang perlu ditangani: (I) Pencemaran air; (2) Pembaziran air dan Sikap ''Tidak Apa" rakyat; (3) Pcrubahan euaca dan iklim; (4) Penswastaan industri air, dan (5)Tarifair.

Memandangkan hasrat Malaysia untuk mencapai tarar negara maju pada tahun 2020. maka isu-isu air tersebut perlulah ditangani. Air menjadi keperluan asas bagi menampung kehidupan dan ekosistem serta turut berguna dalam proses pembangunan. Mustahil pembangunan dapat diwujudkan tanpa air. Sejak kemerdekaan pada tahun 1957. permintaan air telah meningkat beberapa kali ganda, iaitu puratanya sekali ganda dalam setiap dua dekad. Sejak tahun 1970 apabila bermulanya Dasar Ekonomi Baru (DEB). pembangunan amat pesat tclah berlaku di merata tempat di seluruh Malaysia, dan ini telah menyebabkan permintaan air meningkat tiga kali ganda berbanding dengan semasa tempoh penjajah menduduki Tanah Melayu. Oleh itu, jurang antara sumber air, pertumbuhan populasi dan permintaan air telah merapat secara beransur-ansur. Ini telah mengakibatkan tercetus krisis air di merata tempat di Malaysia, khasnya di kawasan-kawasan bandar tempat terdapatnya pembangunan fizikal, industri, pcmiagaan, pelancongan dan pertumbuhan penduduk (pertumbuhan asli serta penghijrahan masuk) yang pcsat sekali.

ISUPENCEMARANAIR

Pencemaran air mcrupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada krisis air di Malaysia. Ini disebabkan pencemaran air berupaya memusnahkan kesemua sumber air. tanpa mengira sebanyak mana air yang kita ada sekali pun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini terdapat ban yak kes pencemaran air di merata tempat di seluruh Malaysia (Gambar 1). Contoh-contoh ketara ialah: Pencemaran akibat ammonia yang dikesan di Sungai Langat pada bulan Mac 1998; pencemaran akibat enapan yang menyebabkan wama air Sungai Selangor menjadi coklat pada tahun 1991; pencemaran diesel di Sungai Langat pada bulan September 1997; pencemaran akibat ammonia (sekali lagi di Sungai Langat) pada bulan Oktober 1997 dan Mac 1998; pencemaran minyak di Sungai Dua Pulau Pinang pada bulan Februari 1998 sert~ pemb.uang~~ sisa-sisa .berbahay~ yang bukan sahaja mencemarkan sungal-sungal tetapl Juga membmasakan air sungai sepeni dalam 30 kesdari Januari 1994 sehingga Julai 1999 yang dilaporkan oleh JabatanAlam . Sekitar, Malaysia.

101

Page 4: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan Ngai Weng

Oi antara kejadian di atas ialah kes pembuangan 132 tong cat dan pencair (thin­ner) di Bukit Perak, Selangor pada bulan, Februari 1998; kes pembuangan 16 tong cat ke dalam sungai di Kuala Gasing, Selangor, pada bulan September, 1998 dan kes pembuangan 360 tong cat, pcncair, asid dan minyak mineral ke dalam Sungai Kelang, Selangor, pada bulan Disember 1998. Pada 21 Oktober 1999, satu tragedi telah berlaku di daerah Beaufort, Sabah. Seorang kanak-kanak lelaki telah mati dan 37 orang lain dimasukkan ke hospital akibat terhidu sisa toksik semasa mereka berenang dalam sebatang sungai. Air sungai itu dipercayai telah dicemari oleh sisa toksik dari sebuah kilang kimia yang terletak berhampiran dengan sungai terse but. Pada bulan November 1999 pula, sebuah syarikat swasta telah didenda sebanyak RM50,OOO.OO atas kesalahan membuang 4 tong sisa cat berbahaya di Kamping Bukit Kapar, Selangor. Pad a bulan yang sarna terdapat juga kes pembuangan raeun berbisa (cyanide) di Seberang Perai. Ia telah dilakukan oleh sebuah syarikat kimia.

Gambarl: Pencemaran Sungai Pinang dengan sampah sarap bukan sahaja mencemarkan kualiti airsungai tetapijuga mengurangkan kapasiti penyaliran sungai yang seterusnya menyumbang kepada kejadian bencana banjir.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh labatan Alam Sekitar, kian banyak sungai telah mengalami peneemaran sepanjang dekad 1990-an (labatan Alam Sekitar 1997). ladual 2 menunujukkan bahawa pada tahun 1992 hanya 8.1 % daripad~ sungai-sungai utama di Malaysia dikelaskan sebagai sangat tercemar tetapi pada tahun 1997 peratusan ini telah meningkat sehingga ke paras 21.4 %. SebenarnYa peratusan sungai yang tercemar di seluruh Malaysia adalah kira-kira 79.5 %, ata~ empat daripada lima batang sungai adalah terce mar. Hal ini memang sungguh membimbangkan sebab 97% daripada bekalan air di Malaysia diperolehi dariPada sungai sementara baki 3% lagi diperolehi daripada sumber lain.

Menurut Chop dan luhaimai Jusoh (1999), sebanyak 50 tan sisa pepejal (sampah sarap) dikeluarkan dari Sungai Kelang setiap hari. Kajian Chan (2002a) pul menunjukkan bahawa pencemaran sungai merupakan isu utama yang haru a ditangani sekiranya Malaysia ingin meneapai Wawasan 2020. s

102

Page 5: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menallllani Isu-isu Penl/urusan Air Di Malaysia

Jadual2. Kualiti Air Sungai-Sungai Utama Di Malaysia, 1992 - 1997

KuaiitiAir 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 2002

Sangat 7 11 14 14 14 25 16 22 Tercemar (8_l) (9.5) (12.1) (12.2) (12.0) (21.4) (13.7) (183)

Sederhana 55 73 64 53 61 68 68 68 (63.2) (62.9) (55.2) (46.1) (52.1) (58.1) (58.1) (56.7)

Bersih 25 32 38 48 42 24 33 Xl (28_7) (27.6) (32.7) (41.7) (35.9) (20.5) (28.2) (25.0)

Bilangan 87 116 116 115 117 117 117 120 Sungai Yang (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0)

dimonitor

(Sumber: Fauzi A Samad, 1999)

• Nilai dalam kurungan menujukkan perlltusan.

Keadaan ini bertambah buruk lagi kerana terdapatnya premis pemiagaan/kedai dan kediaman domestik yang masing-masing mengeluarkan sisa air buangan berjumlah 1 dan 4 juta liter sehari. Sisa air buangan dari kHang-kilang juga dianggarkan melebihi beberapajuta litersehari. Di Sungai Pinang, misalnya,jumlah sampah sarap yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pi nang (MPPP) dari sungai terse but ialah 11 tan setiap hari. Jumlah sisa air buangan di Pulau Pinang dianggarkan kira-kira 2 juta liter sehari. Oleh sebab kebanyakan rumah dan premis pemiagaan di Georgetown terdiri daripada bangunan-bangunan pra­Perang Dunia Kedua, maka bangunan-bangunan tersebut tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk sistem rawatan sisa air buangan pusat. Kemudahan sebegitu, seperti yang dibekalkan oleh Indah Water Konsortium, hanya terdapat pada bangunan baru. Justeru itu, kebanyakan sisa air buangan terus masuk ke dalam longkang dan kemudian ke dalam Sungai Pinang tanpa melalui sebarang rawatan terIebih dahulu_ Ketja-kerja mengeluarkan sampah sarap dan pemuliharaan Sungai Kelang dan Sungai Pinang telah memakan belanja berjuta-juta ringgit setahun. Bagi Sungai Melaka pula, pihak Danish Cooperation for Environment and Development (DANCED) telah membelanjakan sebanyak RM 12 juta untuk tujuan pemuliharaan sungai terse but. DANCED juga telah meluluskan perbelanjaan tambahan sebanyak RM4 juta untuk terus membersihkan sungai tersebut (The Star, 10 November 1999).

Masalah pembuangan sampah dan sisa air ef1uen ke dalam sungai (baik secara langsung atau tidak) memang merupakan sebab utama berlakunya pencemaran air sungai. Persoalan yang penting ialah kenapa orang awam dan pihak kilang

103

Page 6: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan N[lai Weng

swasta membuang sampah. air efluen dan sisa berbahaya ke dalam sungai? Umumnya perbuatan haram atau kesalahan tersebut berpunca dari sikap "tidak apa" dan "tidak bertanggungjawab" (Chan. 1998b). Kebanyakan pesalah berpendapat bahawa mereka mungkin tidak akan merasakan kesan pencemaran sebab mereka mendiami kawasan hulu sungai sedangkan kesan-kesan akan dirasai di bahagian hilir sungai. Tanggapan sebegini memang tidak bertanggungjawab dan tidak betul sebab air terce mar akan menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa berbagai penyakit. Barangkali kebanyakan orang ramai. terutamanya mereka yang kurang berpendidikan. juga tidak sedar tentang bahayanya pencemaran sungai.

Bagi pihak kilang-kilang pula. sebab utama ialah kos yang terlibat untuk menghantar sisa-sisa ke pusat rawatan sisa buangan syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Nanas. Kuala Lumpur. adalah. bagi mereka. agak tinggi. Misalnya. kos rawatan satu tan sisa industri ialah RM2.000.00. Banyak kilang-kilang menghasilkan sekurang-kurangnya 30 tan sisa sebulan! Hal ini memang sangat kritikal sebab kebanyakan kilang lebih rela menyimpan sisa-sisa kilang mereka di halaman atau kawasan kilang (dan ini merbahayakan kesihatan pekerja dan para penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran). Pihak berkuasa perJu memastikan bahawa kos rawatan sisa yang dikenakan oleh syarikat-syarikat terbabit adalah berpatutan. Jika kilang-kilang tidak mampu membayar kos rawatan sisa atau menganggap kadamya tidak berpatutan. maka pembuangan sisa secara hararn mungkin akan berterusan dan hal ini akan mencemarkan air sungai dan membahayakan kesihatan orang ramai.

Akibat pencemaran air sungai bukan sahaja terhad kepada penjejasan kualiti air sungai semata-mata. Bahkan. air kotor yang terdapat amat sesuai bagi menjadi tempat pembiakan bakteria dan virus yang boleh membawa penyakit taun, cirit~ birit dan penyakit-penyakit "bawaan air" yang lain. Selain itu. air kotor juga menjadi tempat pembiakan vektor-vektor nyamuk yang boleh membawa berbagaj penyakit seperti demam denggi. malaria. Baru-baru ini episod Japanes~ Encephalitis (JE) dan virus Nipah (1998/99) tclah juga disabitkan dengan kewujudkan air kotor dan vektor yang terdapat di dalamanya. Semasa krisis JE dan Nipah tersebut. 92 orang telah mati (sehingga 10 April 1999) dan terdapat 243 kes jangkitan yang disahkan. Pembawanya ialah nyamuk Culex yang membialc dalam air tercemar yang bertakung dalam longkang, kolam dan sungai yang berhampiran dengan kawasan temakan khinzir.

ISU PEMBAZIRAN AIR DAN SIKAP"TIDAKAPA"

Pemintaan air di ban yak negeri di Malaysia dijangka tidak dapat dipenuhi dalam abad yang akan datang. Ini adalah kerana sumber air semakin berkuranga sedangkan permintaan tehadap air semakin meningkat akibat pertambaha n penduduk. perkembangan pertaniaan dan perindustrian serta perkembanga:

104

Page 7: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menangani Isu-isu Pengurusan Air Di Malaysia

perniagaan dan aktiviti komersil. Sebagai makluman. permintaan air meningkat dua kali ganda setiap dua dekad. tetapi penawaran air adalahjauh di bawah tahap ini_ Akibatnya, air dijangka menjadi faktor yang akan membataskan pembangunan pada abad ke-21 (Bouguerra. 1997). Buat masa ini. langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah tertumpu kepada penawaran. iaitu melalui peningkatan penawaran seperti pembinaan empangan dan loji rawatan air. Usaha untuk menggalakkan pengurangan permintaan. iaitu pengurusan permintaan, adalah amat kurang (Chan, 1999). Sikap "Tidak Apa" juga menyebabkan kebanyakan orang. termasuk sesetengah pihak berkuasa dan syarikat-syarikat swasta(dan kilang-kilang). membazir air dan tidak mementingkannya. Akibatnya, air tidak dianggap penting kerana harganya sangat murah, hanya satu persepuluh harga bil elektrik. Kilang-kilangjuga tidak memasangkan sistem kitar semula air kerana harga air memang terlalu murah. Justeru itu. kebanyakan orang terus mengamalkan sikap membazir air atau tidak prihatin terhadap pemuliharaan air.

Orang Malaysia harus menghapuskan tanggapan bahawa sumber air negara kita adalah tidak terhad. Lebih penting lagi, mereka perlu mengurangkan pembaziran air melalui pengamatan dan pengurusan permintaan. Bagi pihak kerajaan dan juga pihak swasta yang diberi tanggungjawab membekalkan air. mereka perlu menangani masalah Air TIada Hasil atau Non-Revenue Water (NRW). Semua pihakjuga perIu mengubah sikap penggunaan air seeara membazir dan menjadi lebih bertanggungjawab dan telus dalam hal pengurusan sumber air. Sikap telus ini perlu diamalkan terutamanya oleh pihak berkuasa air dan syarikat air. (Chan, 1998c dan 1998d).

Salah satu cara untuk mengatasi pembaziran ialah dengan eara pengendalian pengurusan permintaan. iaitu mengawal permintaan air melalui pemuliharaan air, kitaran semula dan pengurangan penggunaan. Bagi pihak berkuasa air atau agensi kerajaan yang berkenaan dan syarikat air, satu cara untuk meningkatkan keuntungan ialah dengan pengurangan kadar air NRW (AirTIada HasH) atau air yang hHang melalui pemeeahan paip, pencurian, pelesapan atau cara lain yang tidak diketahui selepas air meninggalkan loji pembersihan. Oi Malaysia. purata NRW ialah 38 % (1995) dan di sesetengah negeri purata NRW melebihi 50 % (Government of Malaysia. 1996). NRW merupakan suatu isu yang memalukan kerajaan dan usaha mengatasinya sering tidak diberi keutamaan. Dengan mengetepikan semua aspek negatif NRW, pihak kerajaan dan pihak bekalan air harus menukar pandangan mereka bersabit isu ini: pandangan yang me~ent~ngkan penin~katan ~kalan air harus ditukar kepada pandangan yang leblh selmbang. yakm yang Juga mengutamakan Pengurusan Permintaan dan Bekalan. Melalui pengurangan NRW. kerajaan akan dapat memperolehi pulangan yang banyak. Mereka harus sedar bahawa jumlah kehilangan daripada NRW seperti yang dipaparkan dalam Jadual 3 adalah tinggi. Sctiap hari. berjuta liter air terproses ~i1ang. Untuk mak~um~n. misaln~a. pada tahun 1995, sejumlah 9,442 juta liter alT terproses telah dlhasllkan sehan.

lOS

Page 8: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan Ngai WellR

Jadual3. Kapasiti Bekalan Air dan AirTIada HasH (NRW) di Malaysia

Tahun Kapasiti Penggunaan Kehilangan Kehilangan Kehilangan (mid)· Air (mid) Air Keuntungan Tahunan

(mid) (%) Sehari (RM) (RM)

1995 9.442 7.704 3.587 38 1.84 m** 671.6 million 2000e 11.800 9,160 3.304 28 1.69m 616.9 million

• mid = Juta liter sehari (1 liter'" 0.001 ml; I mid = 1.000 m1 sehari). •• Bcrdasarkan kos air 51.3 sen per m] (Berdasarkan harga purata di Pulau Pinang). e Bagi tahun 2000. semua nilai dianggarkan.

(Sumber: Kerajaan Malaysia. 1996)

Dengan Kadar purata kehilangan NRW sebanyak 38% dalam tahun 1995. maka sejumlah 3.587 juta liter telah hilang sehati (mid). Makajumlah besar air yang hilang ialah 1.309.255 juta liter. Pada Kadar 51.3 sen per meter jumlah kerugian pacta tahun 1995 ialah sebanyak RM67 1.6 jUla.

Di Pulau Pinang sahaja. tahap NRW dan kerugian adalah memeranjatkan. Pada tahun 1981. 1990 dan 1995. kerugiaan akibat NRW masing-masing adalah RM6.86 juta. RM 13.55 juta dan RM24.68 juta. Kerugiaan di seluruh negara pula sekurang_ kurangnya berjumalah sepuluh kali ganda dari itu. Tetapi. perlu diingati bahawa kerugian besar ini bukan diakibatkan oleh pihak bekalan air sahaja. Pembaziran di kalangan ahli masyarakat adalah suatu masalah juga. Perkara-perkara sepeni kebocoran paip. tandas dan pili air di tempat awam yang dibiarkan terbuka merupakan perkara yang sering berlaku. tctapi berapa ramai ahli masyarakat yang mengambil berat tentang hal sebegini dan melaporkannya kepada pihak berkuasa? Seliap tahun. sejumlah besar air hilang melalui pembaziran awam. Pembazira~ d?mestik atau rumahtangga juga merupakan suatu masalah. Disebabkan harga air adalah murah. tidak sesiapa pun memcntingkan penjimatan air. Kecurian air juga merupakan suatu masalah dan contoh yang ketara ialah perbuatan mencuri air (oleh sebuah syarikat swasta) dati pusat air di Sukit Kamunting. Shah Alam. Menurut laporan akhbar. syarikat terse but didakwa telah mencuri sebanyak 450.000 liter air sehari selama dua tahun (The SUII. 16 May 1998). Semasa puncak ~sis ~ir ~~ Selangor. sebuah k~l~b sukan dan rekreasi di Kelang did~pati mencuri air dan pili bomba untuk menglsl kolam rcnangnya. Kelab tersebut tldak didakw di mahkamah tetapi hanya didenda RM500 atas sebab salah guna air. Sebenarny a

. pelakuan pengubahsuaian terhadap paip besar berlcluasa dan sukar untuk dikawa~ Walaupun ditangkap. labatan Sekalan Air Selangor tidak mendakwa para pesalah di mahkamah. Sebaliknya labatan Sekalan Air hanya mcmasang meter pada ternp pengubahsuaian haram tersebut (New Straits Times INST). 29 April 1998). Dala~ suatu temu ramah dengan NST, seorang kontraktor yang melakuk pengubahsuaian paip telah memberitahu bahawa dia telah melakukan perbuat~:

106

Page 9: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

M~nangani Isu-;:su P~ngurusan Air Di Malaysia

pengubahsuaian secara haram itu semenjak 20 tahun dahulu! Banyak pihak berkuasa air beranggapan bahawa adalah hampir mustahil untuk mengawal perbuatan haram tersebut kerana kedudukan paip air di setiap Negeri adalah bertaburan secara meluas. Oalam hal seumpama ini. penulis berpendapat pihak berkuasa telah membuat tanggapan yang salah. Memang usaha menangkap semua pencuri air itu adalah mustahil dan perkara ini tidak patut menjadi keutamaan. Sebaliknya. mereka harus memberikan tumpuan kepada usaha untuk menangkap beberapa pencuri besar dan mengenakan denda berat dan memenjarakan mereka lantas menjadikan mereka sebagai satu contoh kepada umum. Pemantauan yang lebih ketal terhadap kecurian air juga patut dilaksanakan.

Suatu lagi langkah untuk mengubah sikap "Tidak Apa" dan tidak bertanggungjawab orang ramai terhadap perlindungan sumber air ialah dengan meningkatkan dan menambahkan kecekapan penguatkuasaan perundangan yang berkaitan dengan perlindungan kawasan tadahan air dan sumber air (sungai. tasik. paya. tanah bawah tanah. dan lain-lain). Ini disebabkan pembangunan lembangan hulu sungai akan mempengaruhi kualiti dan kuantiti air di bahagian hilir sungai kerana hampir semua penduduk menetap di dataran rendah (Hj. Keizrul bin Abdullah. 1999). Di Malaysia. terdapat ban yak undang-undang yang secara tidak langsung melindungi kawasan tadahan air. Antaranya ialah The Land Conservation Act 1960 (Revised 1989). The Land Acquisition Act 1960 dan The EIA Order 1987 . Tetapi sehingga kini masih tidak ada peruntukan undang­undang yang melindungi sumber air dengan berkesan. Lagipun. tindakan penguatkuasaan adalah lemah. Contoh yang paling ketara ialah dalam soal pengimplementasian. Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dalam kawasan persekitaran yang sensitif hanya dikenakan ke atas pembangunan yang melebihi 50 ha. Peruntukan ini mempunyai suatu kelemahan kerana ia am at mudah diketepikan oleh pemaju yang kurang bertanggugjawab. Para pemaju sering membahagikan kawasan yang dimajukan oleh mereka kepada kawasan-kawasan yang kurang daripada SO ha. Akan tetapi di sesetengah negeri seperti Pahang dan Pulau Pinang te1ah pun terdapat perundangan untuk melindungi sumber air dan kawasan tadahannya. Di Pulau Pinang. terdapat Water Supply Bill 1998 yang mempunyai peruntukan yang membolehkan pihak kerajaan mewartakan sebarang sumber air dalam negeri sebagai suatu sumber air yang terwarta dan ia boleh dijadikan kawasan tadahan air bila diperlukan. Namun. keberkesanan perundangan baru atau lama masih tertakluk kepada penguatkuasaan yang berkesan. Baru-baru ini. terdapat cadangan untuk menjadikan mandatori bagi pihak bertanggungjawab bangunan kerajaan dan optional bagi pemilik bangunanl rumah swasta (dengan faedah perlepasan cukai) untuk memasang sistem pengumpulan air hujan pada bangunan mereka. Idea ini telah dicadangkan oleh Kernenterian Perumahan sebagai salu opsyen untuk rumah-rumah baru. Ini adalah suatu idea yang mempunyai potensi yang tinggi kerana Malaysia menerima sejumIah 3.000 mrn hujan setahun (Hj Ahmad lamaludin bin Shaaban et aI .• 1999).

107

Page 10: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan Ngai Weng

Pembaziran air oleh ahli pemiagaan dan pihak lain boleh dikurangkan dengan kegiatan kitar semula air di kalangan pengguna besar seperti pengusaha kilang. hotel, universiti dan sekolah. Di kebanyakan negeri,jumlah air yang digunakan oleh beberapa kilang dan hotel besar boleh melcbihi kadar penggunaan penduduk tempatan. Di kebanyakan tadahan air, khususnya di kaw~an rekreasi tanah tinggi. seperti Cameron Highlands. Genting Highlands dan Bukit Bendera. kawasan tadahan air dibangunkan secara pesat (ada juga yang dimajukan secara haram) untuk berbagai jenis aktiviti yang memusnahkan fungsi tadahan air. Kegiatan seperti pembalakan. pembinaan pusat-pusat peranginan. lebuhraya. aktiviti perladangan dan aktiviti pembangunan lain mempunyai pengaruh negatifterhadap sumber air. Banyak syarikat besar perladangan juga telah menyalurkan kuantiti air yang signifikan untuk tujuan pengairan. Selain itu. industri merupakan salah satu pembazir air terbesar di Malaysia. Oleh kerana terdapatnya tarif air yang murah, maka pemilik atau pengusaha industri. hotel dan perniagaan yang menggunakan banyak air mendapati usaha kitar semula air adalah tidak berpadanan dari segi kos atau ekonomi. Sebagai contoh. hotel-hotel besar bertaraf antarabangsa atau industri intensif-air boleh menggunakan kuantiti air yang melebihi kuantiti yang digunakan oleh sesebuah bandar keci!. Secara domestik

• orang ramai juga tidak berusaha untuk menjimatkan penggunaan air. Inilah sen ana yang dihadapi kini. Kita telah meJalui satu pengalaman buruk yang telah menyaksikan beratus ribu penduduk terpaksa hidup tanpa bekaJan air yang berterusan untuk beberapa bulan pad a tahun 1998. Krisis air ini berlaku pada masa yang sarna dengan masa kemarau EI Nino. Ia telah mengurangkan pengeluaran air sebanyak 50% dan turut melibatkan lebih daripada 600.000 penduduk di Lembah Kelang (The Sun, 28.3.98). Jika kita tidak ingin melalui pengalaman sedemikian lagi, kita perlu menukar sikap kita bersabit penggunaan air.1idak seperti yang difikirkan ramai. pemuliharaan air bukanlah tanggungjawab kerajaan atau pihak berkuasa sahaja. Bagi merealisasikan usaha pemuliharaan air yang berkesan, masyarakat awam mempunyai peranan yang penting. Ia perlulah merupakan tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat (Chan. 2002b).

Malaysia telah diJanda oleh EI Nino yang berpunca dari fenomena pemanasa global yang telah mengubah cuaca dan iklim di merata tempat di dunia. Hal in~' adalah luar biasa. Berdasarkan sejarah episod-episod yang telah berJaku pad 1 masa dahulu. EI Nino jarang-jarang mempunyai pengaruh signifikan di Malaysi a Misalnya, sejak tahun 1902 hingga 1998. telah terdapat 23 episod EI Nino teta:: hanya EI Nino tahun 1997/98 sahaja yang mempunyai kesan signifikan ke ata 1 cuaca dan iklim (termasuk sumber air) di Malaysia. Ini adalah kerana fenorne S

tersebut berasal dari Lautan Pasifik. OJeh itu, lazimnya, hanya negara_negana

yang menduduki persekitaran pinggir Lautan Pasifik seperti Indonesia. Austral~ dan Papua New Guinea (pinggir Lautan Pasifik Barat) serta Chile, Peru, Ecuad 1a Colombia, Mexico selatan dan negara-negara Karibean Sentral (pinggir LaUt

or•

Pasifik Timur) yang menerima kesan-kesan teruk akibat kedua-dua fenorn an tersebut. Namun begitu, cuaca dan iklim pada skala mikro (tempatan). wila;:~

108

Page 11: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menangani Isu-isu Pengurusan Air Di Malaysia

dan global sedang berubah. kebanyakannya akibat dari aktiviti man usia. Oleh itu, Malaysia juga turut dilanda oleh EI Nino yang jarang didengar pada masa dahulu tetapi kini sudah umum diketahui. Kejadian-kejadian El Nino lazimnya berlaku di an tara 2 hingga 7 tahun sckali. walaupun purata kejadiannya ialah antara kira-kira 3 hingga 4 tahun sekali. Tempoh kejadian EI Nino biasanya berterusan selama antara 12 hingga 18 bulan. dan lazimnya membawa cuaca yang panas dan kering ke rantau Asia Tenggara. Oleh itu, pad a masa El Nino tahun 1997/98, hujan telah berkurangan secara signifikan dan kebanyakan tempat di Malaysia mengalami kemarau teruk.

Namun demikian, masyarakat manusia tidak harus mengatakan bahawa El Ninolah yang bertanggungjawab ke atas segala krisis air yang berlaku pada tahun 1998. Banyak amaran telah diberikan olch pihak saintis dan labatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada negeri-negeri dan para pengguna pula telah digesa agar berjimat-cermat semasa menggunakan air dan juga semasa melakukan kegiatan pembangunan yang boleh melibatkan pemusnahan tadahan air. Namun demikian, amaran dan nasihat yang diberikan telah tidak dihiraukan oleh pihak-pihak berkenaan. El Nino memang bertanggungjawab kcpada kekurangan hujan pada tahun 1997/98 tctapi sckiranya pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur and tempat-tempat lain telah dilakukan secara baik, krisis air 1998 mungkin dapat dielakkan. Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber air. Oleh itu, sebarang kekurangan air tidak sepatutnya berlaku. Sebenarnya, kejadian banjirIah yang sepetutnya lebih ban yak berlaku di negara kita yang menerima begitu banyak hujan setiap tahun. Episod-episod krisis air dahulu seperti kemarau besar di Perlis dan Kedah pada awal tahun 1980-an, pengeringan ernpangan Durian Tunggal di Melaka pada tahun 1991. dan kekurangan air di Lahar Tiang, Sungai Dua pada bulan Februari 1998 akibat pencemaran diesel, serta pencemaran ammonia di Sungai Langat pada Mac 1998 mernang te1ah semuanya berlaku bukan pada masa EI Nino. Dengan perkataan lain, EI Nino dan kemarau atau kekurangan air bukanlah sinonim. Oleh itu, atau sebaliknya, jika perubahan cuaca berlaku, sesuatu yang munasabah dijangka berlaku di Malaysia (negara yang lembap) ialah bertambahnya kekerapan bencana banjir, bukannya kemarau.

ISU PENSWASfAAN DAN PENGKORPORATAN INDUSTRI AIR

Dasar penswastaan kemudahan awam di Malaysia bermula pada masa pentadbiran Perdana Menteri Ke-4, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad melalui Dasar Penswastaan Malaysia dan Dasar Pensyarikatan Malaysia pad a tahun 1983 (Okposin et al. 1999). Tujuannya ialah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan produktiviti, memudahkan pembangunan ekonomi, mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi dan memperkukuhkan Dasar Ekonomi Baru (Sawal, 1996). Jajuga turut melibatkan pengwujudan beberapa entiti baru. Antara kemudahan awam yang telah diswastakan atau entiti baru yang muncul termasuklah PROTON, TNB, Indah Water Konsortium, Telekom

109

Page 12: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan Ngai Weng

Malaysia Berhad. MAS. dan Pos Malaysia Berhad. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah daripada entiti yang diswastakan telah beljaya dan mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Contoh-contoh yang baik ialah PROTON dan TNB. Namun demikian. sebahagian daripadanya tidak begitu beljaya, tambah malang lagi ada pula. mengikut sesetengah pihak.yang langsung tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Daripada segi bekalan air. didapati bahawa hanya sesetcngah daripada kemudahan ini telah diswastakan dan itupun telah dilakukan di sesetengah negeri sahaja. Beberapa loji rawatan air di Kedah. Negeri Sembilan. Selangor dan Kelantan telah diswastakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6. Dalam usaha ini terdapat. misalnya. penswastaan pembekalan air di Kelantan yang telah ditendcr kepada sebuah syarikat British. Walaupun kerajaan tclah menjimatkan perbelanjaan yang signifikan ekoran penswastaan projek-projek pembekalan air terse but. namun terdapat juga banyak kekurangan dan kerugian dalam program penswastaan pembekalan air. Sememangnya. penswastaan pembekalan air di Kelantan kepada sebuah syarikat British tidaklah membawa kejayaan. SebaIiknya. tindakan penswastaan ini tdah mcnimbulkan kontroversi apabila kerajaan negen Kelantan telah terperangkap dalam satu perselisihan dengan syarikat tersebut. Sepanjang tempoh penswastaan bekenaan. berbagai masalah pembekalan air telah dialarni oleh penduduk di Kelantan. Akhimya, syarikat terse but telah menarik diri daripada perjanjian membekalkan air ke Kelantan pada bulan Jun 1998. Hal ini bukan sahaja menjejaskan pembekalan air secara berterusan kepada penduduk di negeri tersebut tetapi juga telah menyebabkan kerajaan negen Kelantan rugi daripada segi kewangan. Ia perlu membayar ganti-rugi kepada syarikat itu. Selain itu, negen Johor juga telah mengalami ban yak kerugian dan terpaksa memberhentikan perkhidmatan pembekalan air oleh Syarikat Air Johor Sdn Bhd (SAl) pada bUlan April 1999. Kononnya, sejak SAJ dikorporatkan atau ditubuhkan pada bUlan Februari 1994, syarikat itu telah men gal ami kerugian demi kerugian dan telah menanggung hutang sebanyak RM 1.1 bilion (NST, 28 September 1999).

Tentulah boleh dihujahkan bahawa penswastaan bukanlah semestinya SUatu dasar yang sesuai untuk semua kemudahan awam. Pihak kerajaan perlu menyiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menswastakan pembekalan air. Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral UntUk membekalkan air yang mencukupi dan berkualiti kepada rakyat. Air merupaka keperluan asas semua makluk yang hidup. Jusleru itu. air tidak harus disamak n dengan komoditi scperti eleklrik dan telefon. Manusia tidak akan mati tan an kedua-dua bekalan elektrik dan tclcfon, telapi mcreka akan tentunya III P~ seandainya mereka kcputusan air untuk beberapa hari. Baik orang kaya a;:tl miskin, yang berpendidikan atau buta huruf, yang muda atau tua, kesemuan u memerlukan air. Oleh itu, adalah mcnjadi tanggungjawab kerajaan Unt Ya memastikan bahawa semua rakyal mendapal bekalan air yang baik dan mencuku u~ Dari sudut ini, adalah tidak bermoral unluk menjual air seperti menjual baran PI.

&an

110

Page 13: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menangani ISI/-isu Pengurusan Air Di Malaysia

konsumer yang lain. Kerajaan harus menjaga kepentingan ini dan tidak harus mengkorporatkan ataupun menswastakan pcmbekalan air kepada syarikat swasta. Dalam konteks pembekalan air. alasan penswastaan. yakni untuk meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan. adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Sebaliknya. pengalaman telah menunjukkan bahawa penswastaan dan pengkorporatan pembekalan air telah membawa banyak masalah dan kerugian. Antara semua syarikat air swasta di Malaysia. hanya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) yang nampaknya telah berupaya memberi perkhidmatan cemerlang. PBAPP bukanlah sebuah syarikat air swasta sepenuhnya tetapi merupakan sebuah perbadanan korporat milik penuh kerajaan negeri. Kes PBAPP membuktikan bahawa pihak kerajaan perlu memegang hak milik perbadanan air untuk mengawal pembckalan air.

Pada keseluruhannya. penswastaan dan pengkorporatan bekalan air di Malaysia telah membawa lebih ban yak masalah dan kerugian daripada faedah dan keuntungan. Oleh sebab air ialah keperluan asas man usia. maka ianya tidak harus diuruskan sebagai suatu barangan. Sekiranya ia diuruskan sedemikan itu. maka sesebuah syarikat swasta akan membekalkan air hanya atas prinsip kewangan dan bukan atas prinsip kemanusiaan. Bagi syarikat swasta yang berasaskan motif keuntungan sahaja. ia akan memotong bckalan air seseorang pengguna dengan segera jika pengguna berkenaan tidak membayar bilnya. Hanya mereka yang mampu membayar sahaja akan mendapat air. Ini memang. dari satu sudut. tidak bermoral kerana seperti yang dikatakan tadi air adalah keperJuan as as semua makhluk yang hidup. Persoalan yang lebih penting yang jarang ditanya orang ialah: "Siapakah yang akan membekalkan air kepada kitajika syarikat air swasta menjadi bankrap?" Tentulah pihak kerajaan boleh mengambil alih operasi tersebut tetapi ini akan melibatkan koso Sebaliknya. kedudukan ekonomi kerajaan Malaysia selama ini telah sentiasa berada pada tahap yang baik. Ketika yang paling teruk pun ialah semasa berlakunya episod kegawatan ekonomi pada tahun 1997/98 tetapi pengawalan perdagangan wang dalam pasaran antarabangsa telah menstabilkan Ringgit dan ia telah membawa kepada pemulihan ekonomi negara. Salah satu soallain ialah yang bersabit dengan kenaikan tarif air. Adakah sebuah syarikat swasta berhak menaikkan tarif air seperti syarikat tol menaikkan tariftol? Patutkah rakyat didedahkan kepada "ancaman" sebegini?

ISU TARIF AIR

Akhirnya. sebagai langkah akhir. Kerajaan boleh menggunakan tarif air untuk mengawal pembaziran dan penyalah-gunaan air. Memang tidak dinafikan bahawa isu harga air merupakan sesuatu yang sensitif dan sering atau sengaja dielakkan oleh ahli politi~. Kada~ bagi pe~ggunaan domestik di ~ulau Pinang sekarang ialah 22 sen se liter bag I 20.000 liter pertama; 42 sen se liter bagi 21.00 1 hingga 60.000 liter berikutnya dan 70 sen se liter bagi kuantiti selanjutnya. Kadar larif serendah ini mendorong orang ramai untuk mengambil sikap tidak peduli terhadap

111

Page 14: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan Ngai W .. ng

sebarang seruan agar mereka berjimat cermat dalam pcnggunaan air. Tarif yang murah ini. walaupun memastikan semua orang memperolehi akses kepada air, juga turut menggalakkan pembaziran air. Menurut piawaian antarabangsa setiap seorang seharusnya mempunyai akses kepada sekurang-kurangnya 165 liter air sehari. Sebagai bandingan. purata penggunaan air per kapita di Afrika ialah 50 liter sehari. Purata di Malaysia adalah hampir 300 liter sehari. Untuk memastikan tiada sesiapa mengalami tekanan dari segi mendapatkan air dan sebaliknya mempunyai cukup air untuk penggunaan seharian. kadar 200 liter telah dicadangkan. Berdasarkan purata saiz keluarga 5 orang. maka setiap keluarga memerlukan 200 X 5 = 1,000 liter sehari atau 30.000 liter air sebulan. Sebuah keluarga yang menggunakan air kurang dari kadar ini boleh dianggap nonnal _ tanpa melakukan pembaziran. Keluarga yang menggunakan 40.000 liter sebulan diklasifikasi sebagai "Pembazir Kecil"; mereka yang menggunakan 50,000 liter sebulan, "Pembazir Sederhana"; mereka yang menggunakan 60,000 liter sebu1an, "Pembazir Besar"; dan mereka yang menggunakan 70,000 liter atau lebih sebulan .. "Pembazir Melampau". Keluarga harus dibilkan pada kadar melintang dan ini dikenali sebagai "Fasa" tarif air. Strategi harga untuk mengawal pembaziran air' adalah adil dan tidak menjadi beban kepada orang awam. Jika iadiimplcntasikan pihak berkuasa boleh menggunakan pendapatan berlebihan ini untuk menampon~ kos penggantian paip lama, dan pembinaan semula infrastruktur lama. Keuntungan sebegini tidak patut terus dimasukkan ke dalam kira-kira keuntungan sy'arikaL

Penduduk Malaysia harus bersikap bertanggungjawab; mereka harus mengubah corak atau gaya hidup yang membazir kepada corak atau gaya hidup berhemat. Jika tidak, masalah dan krisis air akan terus berleluasa. Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai had tanggungjawab masing-masing. Orang awam mesH memainkan peranan mereka, khususnya dalam melaksanakan prinsip 3R (Reduce Recycle and Reuse - Kurangkan, Kitarkan dan Gunakan-Semula) dala~ pemuliharaan air. Berhubung dengan hal ini, peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NOO) bagi menggalakkan pemuliharaan dan penjimatan air adalah sangat penting. NOO bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran untuk menjimatkan air tetapi juga boleh membantu mendidik orang awam tentang penggunaan air mengesyorkan cara menjimat air kepada pihak industri dan sektor awam, menjad ~ orang tengah di antara orang awam di satu pihak dan organisasilindustri da~ kerajaan dipihak yang lain, dan menggerakkan ahli masyarakat kearah kedudukan menjadi masyarakat yang menjimatkan air (Hj. Keizrul bin Abdullah and Azuha Mohamed, 1998). Kini, Water Watch Penang (WWP) adalah NOO air tunggal d~ Malaysia, walaupun NOD lain seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

1

the Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), Sahabat Ala ' Malaysia (SAM) dan persatuan-persatuan pengguna seperti Persatuan Penggu: Pulau Pi nang (CAP) dan Persatuan Pengguna Selangor (CAS) sedikit sebany : dan dari masa ke semasa pemah menyentuh hal-hal berkaitan air. Persatuan A.a.

Ir

112

Page 15: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menangani Isu-isu Pengurusan Air Di Malaysia

Gambar 2: Projek WWP "Anak-Angkat Sungai" di Sungai AirTetjun, Pulau Pinang.

Malaysia (MWA), memang prihatin terhadap air. Namun, badan ini, WWP, bukanlah suatu pertubuhan NGO tetapi lebih merupakan suatu pertubuhan eksklusif yang para ahlinya terdiri daripada golongan profesional/jurutera. NGO seperti WWP dan MNS telah berhubung rapat dengan Kerajaan dan telah menyumbang kepada perlindungan dan pemuliharaan persekitaran air serta pemupukan kesedaran awam tentang hal ini. Sebagai contoh, WWP yang ditubuhkan pada November 1997 telah melaksanakan ban yak kerja sosial, meningkatkan kesedaran tentang penjimatan air, menyumbang artikel untuk tcrbitan di suratkhabar, mendidik orang awam dan pelajar sekolah tentang kepentingan pemuliharaan air, menyumbang tenaga mahir dalam forum nasional dan bengkel tentang pengurusan air, membantu Kerajaan dalam membangunkan program untuk pemulirahaan air dan banyak lagi. Mereka juga turut terlibat dcngan projek seperti "Perjalanan Sungai - Kempen Penyayang Sungai Kita"; "Klinik Untuk Penduduk Pulau Pinang Tentang Kepentingan Menjaga Kebersihan Sungai"; "Projek Anak-Angkat Sungai"; dan "Pemuliharaan Air dan Progam Pendidikan" bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) (Gambar 2).

Amaun air yang mampu dijimatkan oleh seseorang mungkin sedikit tetapi jumlah kumulatifyang akan dapat dijimatkan oleh semua rakyat dalam negara tentulah boleh sampai ke tahap ~ang amat memberangsangkan. Maka, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia mengamalkan pemuliharaan air dan tidak membazirkan

113

Page 16: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

ehall Nga/ Wellg

air. Para individu boleh menjimatkan penggunaan air, mengitar semula air dan mengurangkan penggunaan air melalui banyak cara baik di rumah mahupun di pejabat. Kegagalan pelbagai pihak ini memainkan peranan masing-masing dalam mengguna dan memulihara air dengan baik dan efisyen boleh menimbulkan masalah besar pada abad akan datang. Urbanisasi dan pertambahan penduduk dijangka akan memburukkan lagi keadaan. Sikap orang awam yang kurang prihatian dan bertanggungjawab terhadap penggunaan air dan persekitaran merupakan suatu faktor penyumbang kepada masalah air di Malaysia. Sebagai contoh. semen tara pihak berkuasa harus disalahkan atas pemusnahan kawasan tadahan air dan pengenapan tasik di Tanah TInggi Cameron ekoran tindakan membenarkan terlalu banyak pembangunan berlaku di situ. petani juga harus disalahkan alas sikap tidak prihatin terhadap persekitaran. Sikap tidak prihatin ini tennasuklah kegiatan penggunaan racun serangga. racun rumpai dan baja kimia dengan secara berleluasa. Unsur-unsur berbahaya dari racun dan bahan kimia ini akan menyerap ke dalam tanah dan boleh terus menjejaskan kedudukan sumber air. Dalam kes sebegini jelaslah bahawa perkiraan keuntungan menjadi perkiraan keutamaan kepada para petani tersebut.

t.

Sikap tidak peduli harns diubahjika kita hendak memulihara sumber air kita. Lebih penting lagi. masyarakat Malaysia mesti bertindak proaktif. Oleh kerana pihale berkuasa dan syarikat swasta berkaitan mempunyai kapasiti terhad untuk menangani isu air secara menyeluruh, maka orang awam mestilah memainkan peranan mereka juga, sekurang-kurangnya mereka dapat menjirnatkan penggunaan air. Biar apapun tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dan syarikat Swata orang awam tidak harus bersikap "tunggu dan lihat". Mereka harus mengambii langkah proaktif. Selain menjimatkan air. orang awam mesti menggunakan hale mereka untuk memastikan syarikat air melaksanakan tugas mereka dengan baik. Orang awam tidak seharusnya bersikap pasif sehingga membolehkan krisis air melanda mereka akhimya. Mereka mesti mernainkan peranan yang proaktif dengan membuat pengorbanan. bekerjasama dengan NGO dan kerajaan. Orang ramaj tidak harns berdiam diri sahajajika terdapatnya sebarang kelalaian di pihak sYarikat air atau di pihak badan berkuasa air bersabit hal pengurusan air.

lika Visi atau Wawasan 2020 ingin dicapai. maka Malaysia mesti menguruskan sumber aimya secara mapan. lika tidak' visi tersebut mungkin tidak dapat dicaPai sebab tanpa air sebarang pembangunan lentu)ah lidak mungkin dilaksanakan Visi 2020 juga menekakan. pemuliharaan sumber air yang tidak harus dibazirkan • Sesetengah pihak pula telah mengemukakan satu "Visi Malaysia Untuk Air': (Shahrizaila Abdullah. 1999). Semua lapisan masyarakat mesti memainkan peranan masing-masing sekiranya objektif-objektif tersebut hendak dicapai. Sudah latn warga Malaysia tidak mengambil pandangan berat tentang isu air. Keadaan Yan a terdapat pada masa kini harus berubah. Sumber air semakin lama semilin kuran g akibat penggunaan dan pencemaran yang berterusan. Orang awam tidak matnp g membazirkan air Jagi dan meneruskan corak hidup yang membazirkan a' \l

If.

114

Page 17: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menanllani fsu-isu Ptmgurusan Air Di Malaysia

Pengusaha dan pemilik kilang, hotel dan juga pengguna-pengguna besar yang lain perJu mengambil tindakan proaktif untuk mengurangkan penggunaan air, menggunakan semula air atau mengitamya semula. Kerajaan perlu menggunakan satu strategi bagi menggabungkan aspek pengurusan penawaran dan permintaan air. Dasar dan tindakan kerajaan tidak harus dilaksanakan berasaskan pengurusan penawaran sahaja. Pada masa kini, hampir semua rakyat telah mempunyai kesedaran tentang be tapa pentingnya juzuk air walaupun sikap "tidak begitu peduli" masih juga wujud. Oleh itu telah sampailah masanya untuk semua pihak bertindak secara bergabung untuk menjimatkan penggunaan air. Apabila Malaysia bergerak ke arah Wawasan 2020, semua rakyatnya perlu maju ke hadapan dengan sikap bertanggungjawab serta pengorbanan untuk menjimatkan air. Salah satu strategi yang paling penting ialah mengambil tindakan mendidik kanak-kanak di sekolah tentang perkara ini. Dalam hal ini, pihak Kementerian Pelajaran perlu memasukkan subjek pendidikan air ke dalam kurikulum sekolah. Ia patut menjadi salah satu bahagian daripada sesuatu matapelajaran yang diajar di sekolah, barangkali di dalam matapelajaran Moral atau Manusia dan Alam.

Daripada segi penswastaan bekalan air, kerajaan mestilah mempertimbangkan isu ini secara terperinci. Oleh sebab air adalah keperluan asas manusia, maka ianya tidak harus dipandang sebagai sesuatu komoditi semata-mata. Penswastaan hanya boleh dibenarkanjika kerajaan (baik persekutuan ataupun negeri) masih memegang majoriti ekuiti dalam syarikat terse but. Jika tidak, penswastaan tersebut mungkin tidak dapat dijustifikasikan dan ianyajuga mungkin akan menimbulkan ban yak masalah. Syarikat yang diberikan tender juga mestilah mempeolehinya berdasarkan merit dan bukan unsur-unsur lain. Satu perkara penting yang harus juga diperhatikan olch kerajaan ialah tentang kenaikkan tarif air, yakni jika pembekalan air diswastakan. Sebarang perubahan tarif harus diluluskan terlebih dahulu oleh kerajaan dan bukannya ditentukan oleh syarikat yang berkenaan secara sendirian atau unilateral ..

Abd Razak Mohd Nordan Chop, A.K. 1999. Kempen Cintai/ah Sungai Kita. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Nasional "Rivers '99: Towards Sustainable Development". 14-17 Oktober, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Bouguerra, L. 1997. "Foreword on Water Resources in the 21 st Century". Chan, N.W. (Editor) Proceedings of the international conference Meeting Water Challenges in the 21st Century. Paris: Water Mobilising Programme of the A11iance for a Responsible and United World. i-ii.

Chan, N.W. 1981. A Quantitative Analysis of Rainfall Patterns and Drought Occurrences in Northwest Peninsular Malaysia. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

115

Page 18: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Chan Ngai WenK

Chan, N.W. 1995. A Contextual Analysis of Flood Hazard Management in Peninsular Malaysia. Tesis PhD. London: Middlesex University.

Chan, N.W. 1998a. Institutional Issues for Water Management in Malaysia. "Selected English Papers ofThe Asian Conference on Water and Wastewater Management, Tehran, March 2-4 1998. Tehran: PR Committee of Asian Conference on Water and Wastewater Management. 27 - 42.

Chan, N. W. 1998b. The Current Water Crisis: What Went Wrong? Aliran Monthly Jun. 18 (5).14·18.

Chan, N.W. 1998c. Priceless water not valued. The SIar29 Julai . North. 6,7.

Chan, N.W. 1998d. Water: Too cheap to prompt people to save". The Star 29 Julai. 1998. North. 2, 3.

Chan, N. W. 1999. Water Conservation, Reuse and Reduction of Water Use. Kenas kerja yang dibentangkan di bengkel "Sustainable Management of Water Resources in Malaysia", 20 Julai, Kuala Lumpur.

Chan, N.W. (Editor) 2002a. Rivers: Towards Sustainable Development. Penang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Chan, N.W. 2002b. Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan 8ahaYQ dan Bencana Air di Malaysia: Isu, Pengurusan dan Cabaran. Penang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Chop, A. K. and Juhaimi Jusoh. 1999. "Die KeIang River Cleanup Progromme". Kenas kelja yang dibentangkan di Persidangan Nasional "Rivers '99: Towards Sustainable Development". 14-17 Oktober. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Fauzi A Samad. 1999. Integrated Water Resources Management Strategy For Malaysia: Issues And Challenges in The Next Millennium. Kertas kerja yang dibentangkan di "Meeting on Water Sector Mapping and Vision for Malaysia" 28 June 1999. Pusat Latihan Kakitangan JPS Ampang, Kuala Lumpur. •

Government of Malaysia. 1982. National Water Resources Study, Malaysia. KUala Lumpur: Japan International Cooperation Agency.

Government of Malaysia. 1996. Seventh MalaysiQII Plan J 996 -2000. Kuala LumpUr,

Hamirdin Ithnin. 1997. "Are we heading for a watercrisisT' Dalam Consumers Association of Penang (Editor) Slale of the Malaysian Environment. Pula Pinang: Consumers Association ofPenang. 142-145. It

116

Page 19: Menangani Isu-Isu Pengurusan Air di Malaysia pada Abad Ke 21 ...

Menangani Isu-isu Pengurusan Air Di Malaysia

Hj Ahmad Jamaludin bin Shaaban. Zelina binti Zaiton Ibrahim and Hj labir bin Kardi. 1999. Alternative Water Supply Options: Rainwater Harvesting. Kertas kerja yang dibentangkan di Bengkel "Sustainable Management of Water Resources in Malaysia". 20 lulai. Kuala Lumpur.

Hj. Keizrul bin Abdullah. 1998. Hydrology for Sustainable Water Resources Planning. Development and Management in Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di "International Conference on Hydrology and Water Resources of Humid Tropics". 24-26 November 1998. Ipoh. Malaysia.

Hj. Keizrul bin Abdullah and Azuhan Mohamed. 1998. Waler -A Situation Appraisal and Possible Actions at the Community Level. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar "Local Communities and the Environment n". Environment Protection Society Malaysia. 28 November 1998. Pusat Pengembangan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Selangor. Malaysia.

Hj. Keizrul bin Abdullah. 1999. Everyone Lives Downstream: The Need lor Sustainable Water Use and Management. Kertas kerja yang dibentangkan di World Water Day Seminar. Melaka.

labatan Alam Sekitar. 1997. Malaysia Environmental Quality Report 1997. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Okposin, S.B., Abdul Halim Abdul hamid dan Ong, H.B. 1999. The Changing Phases of Malaysian Economy. Subang Jaya: Pelanduk Publications.

Rasagam. G dan Chan, N.W. 1999. The Role olNon-Governmental Organisations in Public Awareness and Environmental Education Towards Protection. Conservation and Rehabilitation of Rivers: Some Examples lrom the Work of Water Watch Penang. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Nasional"Rivers '99 - Towards Sustainable Development", 14-17 Oktober 1999. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Sawal, A.H. 1996. Malaysian Privatisation Experience: Past Successes. Future Challenges and an Update on the Malaysian privatisation Master Plan. Kuala Lumpur: Economic Planning Unit.

Shahrizaila Abdullah. 1999. Towards A Malaysian And Global Vision For Water: Life And Environment Kertas keIja yang dibentangkan di bengkel "Sustainabl~ Management of Water Resources in Malaysia", 20 Julai, Kuala Lumpur.

The Star. Isu-isu berkenaan.

The Sun. Isu-isu berkenaan.

New Straits TImes. Isu-Isu berkenaan ..

117