National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
1
ISU-ISU KEMISKINAN ORANG MELAYU ERA 70-AN:
TINJAUAN DARI MAJALAH AL-ISLAH
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid1
Hamidah binti Jalani2
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstrak
Masalah kemiskinan yang membelenggu hidup orang Melayu dalam segala aspek sememangnya
hangat diperdebatkan dari semasa ke semasa sejak sebelum merdeka. Kemunduran masyarakat
Melayu yang merupakan isu teras sejak pasca kolonial Barat meninggalkan tanah jajahan mereka
memperlihatkan bahawa orang Melayu itu dalam kemunduran yang nyata. Kenyataan-kenyataan
seperti “Melayu Mundur” dan “Kemiskinan Orang Melayu”, sering diungkapkan dalam majalah
Melayu dan pentas politik. Pelbagai usaha dan rancangan dilaksanakan dalam membasmi
kemiskinan di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pandang Ke Timur dan sebagainya
giat dibentang dan direncanakan. Namun usaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan tidak
seharusnya dilihat dari sumbangan-sumbangan pihak tertentu semata-mata dengan menafikan
beberapa pihak lain yang juga memberi sumbangan ke arah kemajuan. Oleh itu, kertas ini akan
cuba memaparkan sumbangan-sumbangan cendiakawan dalam menyumbang idea gagasan dan
cadangan untuk membangkitkan kesedaran ummah ke arah kemajuan. Majalah al-Islah (Feb
1970 – Ogos 1974) menjadi subjek perbincangan dalam kertas kerja ini sebagai salah satu wadah
untuk para cendiakawan mengajak masyarakat Melayu bangkit dari kemunduran.
Kata kunci: Orang Melayu, kemiskinan dan kemunduran, Majalah al-Islah
Pendahuluan
Menjelang awal abad ke-20, keadaan hidup orang Melayu terutama di desa adalah buruk sekali.
Mereka masih mundur dalam serba-serbi dan telah jauh ditinggalkan oleh orang-orang bukan
Melayu. Dan jurang perbezaan ini semakin ketara dari hari ke hari. Salah satu faktor terpenting
mengapa keadaan ini berlaku, menurut Abdullah Haji Jaafar (1980) ialah kerana orang Melayu
tidak mendapat bimbingan dan pimpinan seperti yang seharusnya. Pemimpin yang dimaksudkan
ialah golongan pemerintah Melayu yang dikatakan sama-sama tidak sedar ataupun sengaja tidak
1 Calon Doktor Falsafah di Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2 Calon Sarjana di Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
2
mahu sedar akan hal keadaan yang wujud iaitu hal kemunduran orang-orang Melayu yang amat
menyedihkan ini.3
Sekalipun Islam merupakan suatu dasar hidup yang sempurna, bersifat dinamik dan
progresif tetapi umat Islam dilihat sebagai umat yang mundur. Agama Islam menganggap dunia
sebagai suatu yang baik dan dijadikan untuk faedah manusia iaitu satu-satunya agama yang
meletakkan ilmu pengetahuan dan para ilmuwan di tempat yang utama dan tinggi sekali. Akan
tetapi yang menjadi permasalahan kini ialah umat Islam di seluruh dunia pada amnya dan di
Malaysia khususnya, bukan merupakan golongan yang berwibawa dalam menentukan perjalanan
sejarahnya. Mereka sedang menghadapi tiga masalah penting dalam percaturan kuasa politik,
ekonomi dan budaya dunia. Tiga permasalahan itu ialah kejahilan, kemiskinan dan
ketidaksihatan masyarakatnya.4 Masyarakat Melayu Islam sekarang yang masih terpegun dengan
cerita-cerita tahyul, misteri, kisah jin dan pelbagai jenis hantu yang telah menjahanamkan dan
membekukan pemikiran bangsa Melayu. Penyakit ini semakin bersarang dan sebati dalam
masyarakat Melayu sehingga ada yang percaya ilmu-ilmu ini mempunyai kuasa tersendiri.
Kelancaran kemajuan masyarakat Melayu juga tergendala akibat kesalahfahaman
mengenai ajaran Islam di kalangan umat Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa
perkembangan dan penerapan nilai-nilai Islam yang sebenar telah banyak mengalami gangguan.
Kesan penjajahan kuasa-kuasa Barat amat mempengaruhi corak pemikiran masyarakat Melayu.
Walaupun krisis Kristianisasi tidak berjaya ke atas masyarakat Melayu semasa penjajahan Barat,
tetapi ia sedikit sebanyak telah melambatkan proses penyuburan intelektualisme dan
rasionalisme Islam serta melewatkan proses pengislaman secara sepenuhnya.5
Drs. Imam Munawwir (1985)6 sendiri mengariskan beberapa gejala yang membawa
kepada kemunduran masyarakat Islam pada abad ini. Menurutnya pertama, kemunduran itu
terjadi akibat daripada sikap kaum muslimin konservatif. Mereka umumnya menutup diri atau
malas untuk mencari sumber sesuatu perkara yang menyimpang dan bertentangan dengan ajaran
Islam kerana secara kukuh mempertahankan peraturan-peraturan yang sebahagian tersusun dari
deduksi pengalaman masyarakat hampir seribu tahun yang lalu. Kedua, kecenderungan golongan
cendiakawan muslim yang buta agama. Golongan ini banyak memperolehi pengetahuan ala
Eropah dan tidak mengerti sama sekali tentang syariat Islam. Pada umumnya mereka lebih mahir
mengenai perundangan-perundangan Eropah, peradaban Yunani dan Romawi berbanding
peribadatan dan syariat Islam.
Ketiga, penciplakan membabi buta segala pola Barat. Kecemerlangan teknologi yang
ditunjukkan oleh Barat telah menimbulkan minat untuk mengikuti prinsip hidup dan sistem
sosial ala Barat, yang akibatnya membawa pengaruh dalam hidup dan kehidupan yang cukup
3 Abdullah Haji Jaafar (1980), “al-Imam Dalam Nasionalisme Melayu” dalam Lembaran Akhbar Melayu, Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, h. 7. 4 Prof Madya Dr Haji Faisal bin Haji Othman (1991), “Islam Dan Pembangunan Masyarakat Malaysia” dalam Islam Cabaran Dan Isu Semasa, Ismail Abdul Rahman & Mohd Nasir Omar (ed.), Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 120. 5 Indrawan Haji Mohd Yatim (2001), Kebangkitan Islam Abad Ke 21 Renaissance Melayu, Inter Perfection Sdn.
Bhd., h. 136. 6 Drs. Imam Munawwir (1985), Kebangkitan Islam Dan Tantangan-Tantangan Yang Dihadapi Dari Masa Ke Masa,
Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD, h. 130 – 136.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
3
luas. Maka menurutnya lagi, umat Islam yang mengikuti gaya ini sama sekali telah mengabaikan
kehormatan dan tidak tahu malu, serta memperbolehkan campur baur dalam bentuk pergaulan
bebas dalam segala bentuk dan mendorong berkembangnya ko edukasi. Maka akibatnya berlaku
kehancuran moral dan niai bangsa serta penentangan terhadap segala batas dan ikatan, baik
akhlak mahupun agama.
Keempat, timbulnya perpecahan dikalangan umat Islam. Perbezaan kaum telah
memberikan suatu jurang yang besar di dalam kehidupan umat Islam. Sikap kolonial yang cuba
memperkotak-katikan kaum jajahan berdasarkan suku, keturunan, kedudukan dan kekayaan
menyebabkan ukhwah yang ditanamkan di dalam Islam menjadi retak. Dan akhirnya sekali,
kemunduran itu juga terjadi akibat daripada kelemahan di dalam struktur pemerintahan negara.
Sebagai akibat daripada politik penjajahan, pemimpin-pemimpin umat kurrang terlatih dan
kurang persiapan ilmu untuk mengurus pemerintahan dengan praktikal.
Al-Manar sendiri pernah menyatakan bahawa, kemajuan atau kemunduran sesuatu
bangsa itu saling berhubungkait dengan tahap pemikiran bangsanya. Manakala Kassim Ahmad
pula menyatakan kemunduran itu berpunca daripada kelemahan ekonominya :
“Pemikiran merupakan asas terpenting dalam kehidupan sesuatu bangsa. Ia
bukti kepada kesuburan dan kemajuan atau kebekuan dan kemunduran
bangsa. Bangsa yang tinggi nilai pemikiran memperlihatkan kesedaran dan
tindakan politik yang tinggi dan matang, kedudukan ekonomi yang cemerlang
dan kehidupan kemasyarakatan yang bertamadun. Sebaliknya negara yang
rendah pemikirannya memperlihatkan kemunduran dalam semua bidang”.7
”Kelemahan ekonomi inilah yang menyebabkan kelemahan kita di lapangan-
lapangan lain”8
Dalam keadaan dan suasana serupa inilah maka beberapa orang telah tampil ke hadapan
sebagai pemimpin yang ingin memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Antara tokoh yang
terlibat seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin al-Azhari, Sayid Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji
Abbas Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali. Hasil dari kesedaran dalam hidup mereka
di kota-kota terutama Singapura akibat dari pengaruh Timur Tengah, mereka dengan penuh azam
dan tekad ingin menjalankan reformasi kepada masyarakat Melayu terutamanya berkait hal
keagamaan.
Namun persoalan demi persoalan cuba dibangkitkan tentang kaedah dan pendekatan yang
digunapakai dalam menyuarakan hasrat reformasi ini. Bagaimanakah jalannya untuk
menyedarkan masyarakat Melayu seluruhnya?. Bagaimanakah menyebarkan idea-idea dan
fahaman-fahaman yang dikehendaki?. Dan bagaimanakah caranya untuk menyuarakan tuntutan,
7 Abu Ammar (1998), “Serangan Pemikiran Dan Penguasaan Yahudi Ke Atas Media”, Majalah al-Manar, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, bil. 2, Januari-Jun 1998, h. 9. 8 Kassim Ahmad (1970), “Bila Dan Manakah Universiti Islam Malaysia!?”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi
United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 11, jil. 1, 15 Julai 1970 bersamaan 11 Jamadil Awal 1390, h. 19.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
4
kritikan serta rintihan orang Melayu kepada pihak pemerintah?.9 Namun akhirnya timbul
kesedaran bagi melahirkan bahawa masyarakat Melayu sebenarnya memerlukan kepada alat
sebaran am sebagai media penyampai dan lidah rasmi kepada pemikiran islah. Maka di tahun
1900-an lahirlah majalah-majalah seperti al-Imam10
, al-Manar, Saudara dan Pengasuh yang
digarap dengan kritikan, herdikan, desakan, pujukan dan sebagainya agar masyarakat Melayu
sentiasa sedar akan kemunduran bangsanya sendiri dalam segenap aspek terutamanya hal
pelajaran anak bangsanya.
Sekitar 1900-an, majalah-majalah ini mula menunjukkan taring menggesa pelbagai pihak
dalam memperbaiki permasalahan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah mula
menunjukkan sikap yang positif terhadap gagasan ini. Namun pihak Inggeris, badan-badan
kerajaan, organisasi dan orang perseorangan yang cuba „digerak‟ oleh mereka tidak senang
dengan kehadirannya. Akibatnya kebanyakan akhbar dan majalah ini tidak dapat bertahan lama
apabila berlakunya campur tangan dari pihak kerajaan agar diberhentikan penerbitannya.
Sungguhpun majalah-majalah ini diberhentikan penerbitan, walaubagaimanapun sedikit
sebanyak dilihat mampu menjentik minda masyarakat menyedari akan kemundurannya.
Dari dekad ke dekad pendekatan islah cuba diterapkan ke dalam minda Melayu, namun
perkembangan islah ini sekali lagi mengalami penyurutannya. Di mana sekitar pertengahan
dekad 60-an membuktikan keadaan masyarakat Melayu masih lagi mengalami nasib yang serupa
seperti yang diperbincangkan oleh al-Imam. Keadaan ini berlarutan sehingga ke kemuncaknya.
Ramai yang menyedari akan keadaan ini. Pelbagai cara dan kaedah diambil bagi menghidupkan
semula semangat islah dalam usaha mengajak manusia ke arah kebaikan dan memperbaiki segala
penyelewengan yang menghantui masyarakat Melayu khususnya di Malaysia.
Umat manusia memerlukan kepada pimpinan. “Pimpinan ini dikenali dengan nama
Islam, satu pimpinan yang menyatakan bahawa di sebalik wujud yang nyata ini ada wujud Yang
Maha Esa”11
, sebagai garis panduan setiap permasalahan. Maka dengan ini atas inisiatif Tuan
Guru Haji Yusof Rawa maka lahirlah al-Islah (Feb 1970) sebagai kesinambungan kepada akhbar
dan majalah yang diterbitkan sebelum ini.
9 Ibid., h. 8. 10 Majalah ini merupakan majalah pembaharuan keugamaan yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu dan
senafas dengan aliran Muhammad Abduh dan majalah al-Manar di Kairo. Diterbitkan di Singapura pada 22 Julai
1906. Antara pengarangnya ialah Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin al-Azahari, Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi dan
Haji Abbas bin Mohd Toha. Ditulis dengan huruf Jawi. Dicetak mula-mula oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar kemudian diambil alih oleh al-Imam Printing Company Ltd. Berukuran lebar 6.3 inci, panjang 8.6 inci.
Mengandungi 32 halaman dan dikategorikan sebagai majalah bulanan. Penerbitannya diberhentikan pada 25 Dis
1908 iaitu selepas dua tahun beroperasi. Naskhah tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka. 11 Yusof Rawa (1971), “Lotus Dan Konsep Kehidupan”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 4, jil. 2, 1 April 1971 bersamaan 5 Safar 1391, h. 19.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
5
Penerbitan Majalah al-Islah
Latar Belakang Majalah al-Islah
Majalah ini diberi nama al-Islah bersesuaian dengan namanya yang bertujuan memberikan suatu
pembaikan dan pembaharuan ke atas masyarakat Islam di samping “mendokong cita-cita yang
cukup besar, membawa tanggungjawab yang cukup berat, ingin berbakti dan berkhidmat kepada
ugama, bangsa dan tanah air”.12
Majalah ini diterbitkan “bertujuan menyeru dan berdakwah
selain menyeru umat berbuat baik dan melarang dari melakukan perbuatan-perbuatan
munkar”13
dalam cita-cita mengabdikan diri di bidang dakwah Islamiah dalam bentuk tulisan. Ini
kerana menurutnya setiap hati manusia itu “selalu melupai tugasnya dan konsep perjuangan
hidupnya di muka bumi ini, ialah sebagai hamba Allah yang mesti dihiasi lembaran sejarah
hidupnya dengan amal ibadah semata-mata kerana Allah s.w.t.”.14
Al-Islah ini digambarkan sebagai perjuangannya di tengah-tengah dunia
persuratkhabaran Islam di tanah air yang bersifat umum dan bebas. Di mana para penulis diberi
kebebasan dalam melontarkan idea-idea Islamik sama ada dalam “bentuk rencana, cerpen,
sajak, drama dan sandiwara, namun apa yang penting haruslah kita tekankan segala tulisan itu
haruslah bercorak keislaman”.15
Majalah ini diterbitkan ketika di ambang kemasukan tahun baru, tahun 1970. Ini kerana
tahun sebelumnya, dianggap sebagai tahun ”tunggang balik” atau “kacau bilau”.16
Pelbagai
permasalahan umat Islam semasa menjadi fokus di dalam penerbitan majalah ini. Al-Islah
dikatakan sering melontarkan beberapa permasalahan yang patut difahami oleh umat Islam
dalam merealisasikan konsep perpaduan ummah. Tulisan dan garapan cendiakawan ini seakan-
akan sebuah tingkap untuk kita menjenguk ke satu daerah yang jarang benar ditinjau, sama ada
dari jauh ataupun dekat. Di tambah pula, penerbitan al-Islah juga dilihat sebagai usaha untuk
menyebarkan gagasan reformasi dan semangat nasionalisme Melayu Islam yang cuba diterapkan
dan mengasak pemikiran masyarakat Melayu ketika itu.
“Oleh kerana itu, kepada seluruh umat negeri ini, baik dari pihak pemerintah
dan rakyat jelata, cubalah renungkan sekurang-kurangnya dan cubalah
bertindak untuk mengubahkan keadaan yang telah dan sedang dideritai oleh
umat negeri ini dengan secepat mungkin, mengikut kemampuan dan
kekuasaan yang ada pada kita, sebelum tibanya saat kehancuran...”17
12 Yusof Rawa (1970), “Lahir Di Tengah Kumandang Suara Suci”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United
Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 1, jil. 1, 15 Febuari 1970 bersamaan 9 Zulhijjah 1389, h. 3. 13 Ibid. 14 Yusof Rawa (1970), “Mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah 1390”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi
United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 3, jil. 1, 15 Mac 1970 bersamaan 7 Muharram 1390, h. 4. 15 Yusof Rawa (1970), “Lahir Di Tengah Kumandang Suara Suci”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United
Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 1, jil. 1, 15 Febuari 1970 bersamaan 9 Zulhijjah 1389, h. 3. 16 Yusof Rawa (1970), “Di Ambang Tahun Baru Hijriah 1390”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press,
29E Dato Keramat Road, bil. 2, jil. 1, 1 Mac 1970 bersamaan 23 Zulhijjah 1389, h. 3. 17 Ibid.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
6
Al-Islah diterbitkan ditengahbulanan dengan menggunakan sistem jilid dan bilangan ini,
dengan kekerapan dwi-mingguan dan purata halaman 16 hingga 32 sering mengutarakan
pelbagai tema Islamik yang bernas. Hasil terbitan Zi United Press, 29E Dato Keramat Road,
Pulau Pinang maka terbitlah buat julung kalinya al-Islah pada 15 Febuari 1970 (9 Zulhijjah 1389
H) dengan berukuran 7.2 x 10.1 inci berharga 30 sen senaskhah. Dengan menggunakan tulisan
Jawi sebagai asas penulisan, Tuan Haji Yusof Rawa menyatakan tulisan Jawi merupakan asas
utama bagi umat Islam yang ingin membaca, memahami dan mempelajari isi-isi kitab suci al-
Quran. Beliau berpendapat bahawa adalah menjadi sia-sia diadakan musabaqah al-Quran pada
tiap-tiap tahun sekiranya anak-anak yang berada di bangku sekolah tidak tahu membaca tulisan
Jawi. Dengan keadaan ini, al-Islah mengambil suatu langkah dalam memartabatkan warisan
tulisan Jawi dengan mengaplikasikannya di dalam penerbitan tengahbulanan al-Islah.
Melalui Majalah al-Islah ini, matlamat reformasinya bukan sahaja untuk
mempertahankan kehormatan dan maruah bangsa bahkan mencetuskan rasa kesedaran
keagamaan mengenai tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh warganegara dalam sesebuah
negara.
“Sungguh serasakan kita ini sedang melintas, melintasi satu segenting waktu,
waktu peralihan, peralihan dari kala (period) kehilangan punca kepada kala
kecemerlangan suasana, di mana dan bila mana syariat Allah kembali
diterima dan undang-undang Allah kembali bergema dalam segenap
percaturan hidup kita”.18
Melalui bahan penerbitan seperti majalah ini, pelbagai isu yang diketengahkan oleh para
cendiakawan yang kebanyakannya berkisar mengenai bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan,
kemasyarakatan, politik, ekonomi, falsafah, sejarah dan sejarawan, sastera serta fenomena
kehidupan masyarakat itu sendiri. Manakala konsep penulisannya pula, penerbit menegaskan
bahawa majalah ini mempunyai kebebasan dalam bentuk penyampaiannya. Apa yang penting
kebenaran yang hakiki itu perlulah diutamakan di dalam setiap aspek.
Kehangatan al-Islah mula dirasai oleh setiap masyarakat terutamanya generasi
berpendidikan Islam. Yusof Rawa sendiri pernah menyatakan bahawa “umat Islam di Malaysia
harus menjadikan tahun 1970 M/1390 H sebagai tahun memulakan gerakan dakwah yang lebih
cergas, lebih dinamis daripada gerakan di dalam tahun-tahun yang sebelumnya19
dan terbitan
ini adalah atas dasar dakwah bukannya atas dasar komersil...”20
Namun kehangatan yang diharap sampai ke petang, tiba-tiba mendung di tengah jalan.
Pemikiran yang dibawa Haji Yusof Rawa dalam usaha membangkitkan kesedaran umat Islam
Malaysia kepada perlunya kembali kepada Islam dalam penjelasan kontemporari tergendala.
18 Yusof Rawa (1972), “Sepanjang Manakah Lagi…Kiranya?”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 9 & 10, jil. 3, 15 Jun/1 Julai 1972 bersamaan 4/19 Jamadil Awal 1393, h. 14. 19 Yusof Rawa (1970), “Mengharapkan Hijriah 1390 Ini Dijadikan Tahun Berdakwah”, Majalah al-Islah, Pulau
Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 4, jil. 1, 1 April 1970 bersamaan 24 Muharram 1390, h. 4. 20 ______________ (1973), “Dari Meja Pengarang”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 1 & 2, jil. 4, 15 Febuari/ 1 Mac 1973 bersamaan 11/26 Muharram 1393, h. 2.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
7
Keluarannya telah digantung buat seketika atas dasar kepentingan politik pemerintah. Sebagai
seorang pemimpin dalam parti pembangkang, kehadiran al-Islah dikhuatiri menjadi propaganda
politik kepada PAS. Sehinggalah sekitar Ogos 1974 majalah ini diberhentikan penerbitan buat
selama-lamanya.
Al-Islah Mencari Jalan Penyelesaian
Pendidikan
Ilmu dan pendidikan adalah antara faktor yang telah membentuk kegemilangan
peradaban Islam pada masa lalu. Tanda kemajuan atau mundurnya sesebuah tamadun itu berkait
rapat dengan maju mundurnya ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan aspek terpenting
dalam merubah sesebuah masyarakat. Pendidikan yang sempurna akan dapat memandu manusia
ke arah umat yang mulia yang dapat menjaga keselamatan diri, agama dan negara. Oleh itu, al-
Islah banyak memberikan komitmen dan komentar mengenai masyarakatnya agar sentiasa
memanfaatkan ilmu pengetahuan dan mengutamakan pendidikan dalam proses transformasi
masyarakat Melayu dalam memperbaiki taraf kehidupan sosial ekonominya.
Pelbagai isu yang dibangkitkan oleh al-Islah dalam mengupas permasalahan yang
menimpa umat Islam pada hari ini. Antaranya ialah mengenai pentingnya pelajaran dalam
memahami falsafah pendidikan negara yang bertujuan melahirkan insan yang soleh berdasarkan
kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Pendidikan yang bertujuan melahirkan
insan kamil tidak akan tercapai sekiranya kita mengamalkan sistem pendidikan berorientasikan
pendidikan liberal yang lebih bersifat sekular. Justeru itu, bagi pandangan Yusof Rawa,
bagaimana sesuatu matlamat pendidikan Islam itu dapat dicapai sekiranya dasar pendidikan itu
sendiri lebih terarah kepada sistem sekular.
Tentang pendidikan ini beliau menekankan betapa pentingnya pendidikan dalam
perjuangan Islam. Beliau berkata :
“Pengajaran tidaklah cukup dengan hanya menumbuhkan angkatan-angkatan
yang memahami matapelajaran-matapelajaran persekolahan sahaja, sama
ada rendahnya mahupun tingginya, malahan seharusnya - menumbuhkan
angkatan-angkatan yang - mempunyai kesanggupan, penuh bertanggungjawab
dan betul-betul berguna dalam menghadapi dan mengharungi urusan
penghidupan, sebagai anggota masyarakat, sebagai warganegara dan – yang
akhir tetapi paling utama sekali – sebagai hamba Allah s.w.t. dalam erti
sebagai hamba dalam ungkapan terakhir ini terlengkap segala yang
terdahulu”.21
Menurutnya, dalam melaksanakan aktiviti pendidikan dan pengajaran rakyat, kajian-
kajian yang betul terhadap tabiat-tabiat manusia itu amat perlu supaya pendidikan yang diberi
21 Yusof Rawa (1970), “Kita Dan Pendidikan - Pengajaran”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E
Dato Keramat Road, bil. 12, jil. 1, 1 Ogos 1970 bersamaan 28 Jamadil Awal 1390, h. 3.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
8
tidak akan bertentangan malah bersesuaian, saling sambut menyambut agar kemajuan itu dapat
tumbuh dengan lancar dan kemakmuran terlaksana dengan baik dalam suasana aman dan damai.
Pendidikan dan pengajaran juga seharusnya bukan sekadar menumbuhkan badan dan akal yang
sihat semata-mata, bahkan kesihatan jiwa juga perlu diutamakan dalam erti mempunyai akhlak
yang baik dalam menyeimbangi tuntutan tabiat dan sunnah alam.
Oleh itu, dalam mencari penyelesaian permasalahan ini, beliau menyatakan guru perlu
mengambil peranan dalam menjadi pendidik yang dipertanggungjawabkan. Seseorang guru itu
hendaklah dipersiapkan dengan pengetahuan ilmu yang luas agar tidak berlakunya
penyewengan dalam proses pembelajaran :
“Guru yang dipertanggungjawabkan, haruslah terdiri daripada orang-orang
yang terdidik selengkapnya tidak terkecuali jiwanya, terdidik dengan sifat-
sifat dan pembawa-pembawanya yang diperlunya oleh prinsip-prinsip
keguruannya, taat dan setia kepada negara, dikawal oleh peraturan yang
kemas dan berkesan bagi menjamin tidak ada penyelewengan yang tidak
diingini. Sebab penyelewengan itu adalah mensia-siakan usaha-usaha
penyusunan rencana-rencana yang baik”.22
Guru-guru juga digesa agar tidak semata-mata mengajar tetapi juga perlu menyelami
permasalahan yang dialami oleh para pelajar agar tidak terdapat pelajar yang tercicir dalam
memahami pembelajaran :
“Maka si pengajar (guru) sebagaimana ia mesti tahu dan kenal betul-betul
matapelajaran yang akan diajarnya, ia juga semestinya tahu dan kenal betul-
betul akan murid-murid yang akan diajarnya. Kenal fizikalnya, kenal
mentalnya dan kenal spiritualnya, kerana manusia ini – yang tidak cacat –
biarpun sama-sama mempunyai anggota badan, sama-sama mempunyai akal
fikiran dan sama-sama mempunyai jiwa raga, namun oleh nicar dan suasana
keliling yang mungkin berbeza-beza, akan mungkin pula berbeza-beza
perkembangannya”.23
“Itulah dia ringkasan gambaran tugas dan
tanggungjawab guru (pendidik), sebab itu apa sahaja kemajuan maka guru
adalah pemegang saham utamanya”.24
Dalam hal ilmu pengetahuan, Yusof Rawa menyokong penuh kata-kata Sultan al-Malik
Faisal Ibnu Abdul Aziz dari Arab Saudi yang berkunjung ke Malaysia menyeru umat Islam agar
berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan untuk hidup bahagia di dunia di samping
mengembangkan hasil-hasil negara dan memperbaiki kedudukan masyarakat. Yusof Rawa
menyatakan, “titah baginda sultan itu sungguh sesuai dan selaras dengan sabda Nabi
22 Ibid. 23 Yusof Rawa (1972), “Guru”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 17,
jil. 3, 5 Mei 1972 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1392, h. 3. 24 Ibid., h. 14.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
9
Muhammad s.a.w. yang menjelaskan betapa pentingnya nilai ilmu pengetahuan kepada umat
manusia menurut pandangan agama Islam”.25
Menurut beliau lagi, pendidikan itu merupakan suatu asas terpenting dalam membentuk
program pembangunan diri dan masyarakat.
“...sesiapa pun tahu bahawa sesuatu masyarakat yang menyedari
kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat, bukan sahaja
menimbulkan kemudahan bagi angkatan pelajar-pelajarnya, malahan
menggalakkan dan merangsangkan mereka, menerusi peranan-peranan
pertanggungjawaban yang dimainkan oleh masing-masing anggota
masyarakat dalam apa sahaja bentuk dan ragamnya, sama ada spiritual
mahupun materialnya”.26
Beliau menambah lagi bahawa proses pendidikan itu merupakan gelanggang utama dalam
menghadapi cabaran dan pelbagai anasir yang kurang sihat.
“Maka lapangan pendidikan, pengajaran, cabang dan cawangan ialah
gelanggang utama bagi silat pencak dalam menghadapi cabaran ini.
Lapangan inilah yang akan menjamin kesaksamaan pertumbuhan angkatan
masa datang yang akan memikul tanggungjawab-tanggungjawab yang
pelbagai - berbagai-bagai lapangan yang diperlukan oleh kehendak-
kehendak hidup rakyat dan negara dalam zamannya, dari segi keseorangan,
kemasyarakatan, kewarganegaraan dan kehambaan diri berhadapan dengan
ketuhanan Allah s.w.t.”27
Di dalam artikel Pembentukan Teknologi Dan Saintis, beliau memetik pandangan
seorang wakil dewan dari PAS yang menyarankan kepada kementerian pelajaran supaya
membentuk suatu proses pembelajaran teknologi dan saintis yang selari dengan pendidikan
tauhid agar kelak tidak menjadi manusia yang hanya sekadar mendewakan sains dan teknologi
semata-mata tanpa mengenal siapakah yang menciptakan alam ini. Ini kerana menurutnya
melalui sains dan teknologi kita berupaya untuk mengenal segala rahsia dan hikmah-hikmah
yang bermanfaat dan seterusnya memberikan keyakinan tentang bukti keesaan Allah s.w.t.
“Bahawa di dalam membentuk angkatan teknologi dan saintis itu, janganlah
hendaknya lupa – sekali lagi – saya katakan jangan lupa – menyertakan
pendidikan tauhid, pendidikan beragama – agama apa pun – supaya
angkatan itu tidak akan tergolong kelak menjadi manusia-manusia yang
mendewakan sains dan teknologi semata-mata sehingga tipis sekali
kepercayaan mereka kepada tuhan yang sebenar-benarnya meletakkan
25 Yusof Rawa (1970), “Ucapan Raja, Raja Ucapan!”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 9, jil. 1, 15 Jun 1970 bersamaan 11 Rabiul Akhir 1390, h. 3. 26 Yusof Rawa (1972), “Ekspo Pendidikan”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat
Road, bil. 8, jil. 3, 1 Jun 1972 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1392, h. 3. 27 Ibid., h. 14.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
10
rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah yang memanfaatkan oleh ilmu sains dan
teknologi...”28
(Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 24 April 1973)
Tuan Haji Yusof Rawa turut mengiakan kata-kata wakil dewan rakyat ini. Menurutnya,
pada masa kini Islam tidak sesekali menghalang para penganutnya mempelajari ilmu
sains/teknologi dan lain-lain pengetahuan (kemajuan), bahkan datangnya Islam ialah
mencairkan kebekuan berfikir...bukan sedikit ajaran-ajaran al-Quran yang merangsang kita
menggunakan pandangan, pemerhatian dan pemikiran terhadap segala sesuatu ciptaan tuhan
yang dijadikan faedah dan manfaat manusia.29
Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan ini, beliau telah memberikan beberapa saranan
dan cadangan kepada pihak kementerian pelajaran agar mengkaji dengan lebih mendalam dasar
pelajaran yang telah dibentuk sebelum ini agar pendidikan yang didirikan itu dapat membentuk
dan mendidik masyarakat ke arah masyarakat bertuhan.
“Kementerian Pelajaran wajar sekali mengkaji dengan mendalam dasar-
dasar pelajaran yang ada sekarang ini supaya satu dasar baru dibuat yang
benar-benar bila dilaksanakan dapat mendidik lalu membentuk masyarakat
kita ke arah masyarakat bertuhan”.30
Di samping itu, beliau juga turut menyarankan kepada badan-badan berkanun dan
persatuan dapat memberikan cadangan dan pengkajian yang terperinci agar sistem pembelajaran
di sekolah rendah dan menengah di susun semula dengan menyertakan di dalamnya anggota-
anggota dari golongan alim ulama yang berfungsi memberi bimbingan ke arah masyarakat
beragama dalam menghadapi cabaran hidup kebendaan yang kian berpengaruh di masa hadapan.
Ini kerana beliau begitu yakin bahawa berpegang teguh kepada agama dalam segala lapangan
menjadi elemen terpenting dalam menikmati ketenteraman dan ketenangan hidup.
“Percayalah! Bahawa yang akan lebih menjamin ketenteraman di dalam
kehidupan dan penghidupan manusia ialah berpegang teguh dengan
keimanan bertuhan...”31
Dan sikap menuding jari serta saling tuduh menuduh bukanlah jalan penyelesaian
terbaik. Apa yang lebih utama ialah mencari punca dan sebab-akibat segala permasalahan
tersebut timbul. Contohnya di dalam sistem pembelajaran tulisan Jawi. Kemerosotan
penggunaan tulisan Jawi di kalangan pelajar Melayu perlu kepada pengkajian secara terperinci.
Setiap organisasi tidak perlu saling salah menyalahi antara satu sama lain. Segala permasalahan
28 Yusof Rawa (1973), “Pembentukan Teknologi Dan Saintis”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press,
29E Dato Keramat Road, bil. 5 & 6, jil. 4, 15 April/1 Mei 1973 bersamaan 11/27 Rabiul Awal 1393, h. 30. 29 Ibid. 30 Ibid. 31 Ibid.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
11
yang timbul perlu dicari punca-punca kesalahan, punca kerosakan atau punca penyakit secara
betul-betul32
agar usaha pembaikan dapat dilaksanakan dengan efektif dan produktif.
“...menyalahkan lantai terjungkit tidaklah akan memandaikan menari. Begitu
juga menyalahkan orang-orang Melayu dalam permasalahan kemerosotan
tulisan Jawi, sebab ternyata mereka sendiri tidak begitu bersemangat. Tetapi
tentu baik kalau kita cari jawapan kepada soalan : Mengapa mereka tidak
bersemangat?. Dan kalau ada timbul lagi soalan berikutnya. Carilah
jawapan sehingga sampai kepada satu kesimpulan yang benar-benar efektif
dan produktif untuk dilaksanakan”.33
Syed Nasir bin Ismail, Yang Dipertua Persekutuan Islam Selangor dan Pengerusi Majlis
Perhubungan Persekutuan Seruan Islam Malaysia di dalam artikelnya “Aspek-Aspek Dalam
Menghadapi Ancaman Missionari Kristian /Agama-Agama Lain Dan Menghadapi Konspirasi
Kebudayaan Barat” ada menyatakan perihal mengapa umat Islam pada hari ini begitu
terpengaruh dengan budaya Barat.
Menurutnya, ada beberapa sebab mengapa orang-orang Islam sudah terpengaruh oleh
Kristian dan kebudayaan Barat. Pertama, kerana kelemahan orang-orang Islam itu sendiri dalam
memahami hakikat Islam yang sebenar. Kedua, kerana lebih mementingkan dan cenderung
kepada aspek kebendaan.
“...dan umat Islam juga didapati ramai yang memalingkan diri dari tujuan
yang dikehendaki oleh Islam, sama ada mereka sedari ataupun tidak,
banyaklah yang sudah dipengaruhi oleh berbagai-bagai-bagai faham yang
bertentangan dengan hakikat Islam. Apabila telah ramai anggota masyarakat
Islam yang meninggalkan kewajipan agamanya maka kaburlah pendidikan
Islam akibat daripada mendambakan pendidikan ala Barat sehingga mereka
menyatakan bahawa pendidikan Islam telah lapuk dan tidak sesuai dengan
zaman moden sekarang”.34
Beliau menambah lagi, keadaan ini bertambah parah lagi apabila institusi keluarga tidak
mematuhi dan tidak mengerjakan ajaran-ajaran Islam, maka tidak dapat dinafikan bahawa anak-
anak yang akan mewarisi angkatan akan datang tidak terdidik dengan pendidikan Islam. Padahal
didikan yang baik di rumah amat diperlukan supaya anak-anak itu kenal dengan intisari dari
pendidikan Islam yang sebenar.
Jaliluddin Melaka juga menyokong penuh kenyataan ini. Menurutnya bagi menyatukan
umat Islam itu di dalam satu kesatuan, umat Islam perlulah dibekalkan dengan ilmu pengetahuan
tentang agama Islam yang membawa maksud perdamaian, sejahtera dan selamat.
32 Yusof Rawa (1971), “Memperbaiki Atau Mengubati”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 8, jil. 2, 1 Jun 1971 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1391, h. 3. 33 Ibid. 34Syed Nasir bin Ismail (1970), “Aspek-Aspek Dalam Menghadapi Ancaman Missionari Kristian/Agama-Agama
Lain Dan Menghadapi Konspirasi Kebudayaan Barat”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang : Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 5, jil. 1, 15 April 1970 bersamaan 8 Safar 1390, h. 16.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
12
“Sebagai langkah utama untuk mengumpulkan mereka dalam satu perikatan
yang dinamakan perdamaian Islam dan kepercayaan mentauhidkan Allah,
dengan menyiarkan pelajaran-pelajaran Islam sahajalah boleh menjamin
keharmonian dan keamanan dunia”.35
Jaliluddin Melaka memetik kata-kata Prof. Dr. S.A. Haque dalam sebuah karyanya
berjudul Sumbangan Islam Terhadap Perdamaian Dunia berkata :
“Jika hukum-hukum dan pelajaran Islam yang berhubung dengan perang
dilaksanakan dengan sempurna, nescaya dunia akan berada dalam syurga
yang selamanya ini dicarinya, sebagai menggantikan neraka yang sedang
ditujunya sekarang”.36
Oleh itu, dari kata-kata yang dipetik oleh Jaliluddin ini membuktikan bahawa pelajaran
agama itu adalah suatu yang amat penting dan menjadi langkah awal dalam pembentukan akhlak
dan moral diri setiap individu. Pendidikan Islam adalah nadi dalam pembentukan jiwa dan
makanan bagi rohani.
Dalam isu pendidikan ini juga seorang tokoh islah, Prof. Dato‟ Dr. Engku Umar Ahmad,
Bekas Pengerusi Kolej Islam Malaya yang juga seorang ahli sains Islam di Asia Tenggara,
meluahkan rasa amat kecewa dengan kemunduran pelajaran tinggi di kalangan orang-orang
Islam.
“Di Malaysia ini, kemunduran pelajaran tinggi di antara kalangan orang-
orang Islam sangatlah mengecewakan dan sangat dirasakan...”37
Maka menurutnya haruslah bagi kita mengikut contoh al-Azhar, Aghligar dan Uthmanian
yang melakukan dasar perubahan di dalam sistem pendidikan sejajar dengan perubahan zaman.
Dan bagi calon-calon mahasiswa dan bahasa pengantar yang harus digunakan di universiti
mestilah terdiri dari calon-calon mahasiswa dari sekolah-sekolah menengah yang menggunakan
bahasa pengantar Arab, Melayu dan Inggeris.
Ekonomi
Menurut beliau, permasalahan yang timbul di masa ini berpunca daripada permasalahan
ekonomi atau permasalahan akhlak atau kedua-duanya sekali. Beliau menyatakan bahawa
mengerjakan pembangunan tanpa disertai oleh aspek kerohanian, maka pembangunan itu akan
membawa kepada keruntuhan dan perobohan yang saling menghancurkan.
35 Jaliluddin Melaka (1970), “Ke Arah Keharmonian Dan Kesejahteraan”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 8, jil. 1, 1 Jun 1970 bersamaan 26 Rabiul Awal 1390, h. 13. 36 Ibid. 37 Prof. Dato‟ Dr. Engku Umar Ahmad (1970), “Bila Dan Manakah Universiti Islam Malaysia!?”, Majalah al-Islah,
Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 11, jil. 1, 15 Julai 1970 bersamaan 11 Jamadil Awal
1390, h. 19.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
13
“Negara ialah manusianya..., dan titik utama negara ialah pada
manusianya...dari itu..., pembangunan negara ialah pembangunan
manusia..manusia terdiri daripada jasmani dan rohaninya..., maka hakikat
manusia itu ialah rohaninya..sebab itu..kegiatan usaha yang menganggap
sepikan aspek-aspek rohani – sebenarnya – belumlah pembangunan lagi...,
dan kalau sepi mencayang-cayangkan aspek-aspek kerohanian pula, maka
jadilah ia perobohan ataupun peruntuhan. Perobohan atau
peruntuhan...perobohan atau peruntuhan manusianya, manusianya tentunya.
Perobohan atau peruntuhan manusianya itu pula ialah perobohan atau
peruntuhan negara jua”.38
Di dalam pembentukan sahsiah diri pula, artikel bertajuk “Beberapa Jalan Kepada Amal
Soleh” telah membincangkan permasalahan yang menimpa umat Islam pada hari ini. Amalan
soleh di kalangan umat Islam tidak sesubur seperti zaman kezuhudan para sahabat Rasulullah
s.a.w. Di zaman ini masyarakat telah berlaku kepincangan dan krisis akhlak yang nyata.
Mengapa keadaan ini berlaku?.
Menurut penulis, keadaan ini berlaku kerana tenaga jihad yang bersungguh-sungguh
tidak ada, kalaupun ada hanya terlalu kecil yang serba kekurangan.
“...kurang tenaga orang-orang yang sungguh-sungguh ikhlas, kurang pula
alat-alat yang sampai kepada tujuan jihad sebenarnya, dengan keadaan
sekarang yang besarnya ialah kekurangan wang. Tidaklah keterlaluan
bahawa amal soleh melalui jihad yang sungguh-sungguh (hak jihad) tidak
ada. Belum pernah kita bertembung dengan orang-orang yang berjual
sebahagian hartanya kerana agama kerana membantu tempat-tempat
pengajian agama atau menderma kepada badan-badan dakwah, tidak
kedapatan orang-orang kaya atau yang bergaji besar setiap bulan membayar
ansuran hutangnya kerana membantu orang-orang susah sengsara, belum
ada sebuah kereta yang disedekahkan oleh orang kaya pelana kepada badan-
badan tabligh atau kepada guru-guru sukarelawan yang mengajar agama
untuk kemudahan mereka. Belum terdengar orang Islam yang masuk penjara
kerana hutangnya mendirikan masjid, atau hutangnya kerana belanja dakwah
dan jihad”.39
Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, beliau memberikan garis panduan yang harus diikuti
oleh setiap muslimin. Di mana menurutnya setiap muslimin itu perlu mengikis sikap tamak dan
bakhil di dalam dirinya. Sentiasalah menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan bantuan.
Di samping itu, beliau juga menyarankan kepada para pekerja bagaimana cara memperoleh
keberkatan di dalam setiap pekerjaan yang dikerjakan.
38 Yusof Rawa (1973), “Sekilas Kenangan Di Ambang Ramadhan Yang Penuh Berkat”, Majalah al-Islah, Pulau
Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 14 & 15, jil. 4, 1/15 September 1973 bersamaan 4/18
Syaaban, 1393, h. 4. 39 Abdul Rasyid Long (1970), “Beberapa Jalan Kepada Amal Soleh”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United
Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 7, jil. 1, 15 Mei 1970 bersamaan 9 Rabiul Awal 1390, h. 8.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
14
“Di samping bekerja syaratkanlah pula kepada pekerja-pekerja supaya
menunaikan sembahyang dengan mengadakan tempat-tempat mereka
berjemaah, dan pada setiap minggu adakanlah hari bekerja separuh masa
dan yang separuh masa lagi itu hendaklah dipenuhi dengan belajar agama.
Maka dengan cara seperti ini adalah berkesan terhadap golongan yang
cintakan pekerjaan. Dan golongan yang seperti ini terlalu banyak
sekarang”.40
Andai cadangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di samping peranan dari badan-
badan dakwah dan daya usaha yang dimainkan oleh jabatan-jabatan agama Islam, oleh para guru
di sekolah-sekolah agama, nescaya ruang yang kosong dalam kehendak syariat Islam dapat
dipenuhi. Atau sekurang-kurangnya memberi tiupan roh agama kepada sebilangan besar orang
yang memburu pekerjaan sedangkan mereka begitu dahagakan pelajaran agama.
Mengenai jumlah pertambahan bilangan penduduk, Khurshid Ahmad di dalam kertas
kerjanya menyatakan bahawa kepesatan penduduk menjadi faktor utama kepada sumber
perekonomian. Ini kerana menurutnya, setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini bukan hanya
dianugerahkan anggota mulut dan perut semata-mata, sebaliknya manusia dibekalkan dengan
anggota badan yang sempurna untuk melaksanakan tugasan dalam mengembangkan sektor
ekonomi. Maka jumlah kepesatan penduduk bagi Khurshid Ahmad bukanlah punca sebenar
kepada masalah pengangguran seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.
“Perkembangan penduduk dunia sekarang barulah dalam taraf permulaan.
Sebab-sebab terjadinya pengangguran pula adalah kerana sistem ekonomi
yang salah. Antara sebab-sebabnya ialah kapital atau modal terletak di
tangan orang-orang atau golongan yang terbatas.”41
Di samping itu juga terdapat beberapa faktor lain yang menjadi penghalang kepada
kemajuan di dalam bidang ekonomi. Antaranya :42
Pertama: Kedudukan dan kekayaan alam belum didedahkan sebagaimana semestinya.
Kedua: Faham kesejagatan yang seharusnya dijadikan dasar ekonomi dunia belum dijalankan.
Ketiga: Pembahagian pengeluaran belum dilaksanakan secara adil. Banyak negara yang
mengalami lebihan pengeluaran.
Keempat: Cara Barat mendedahkan kedudukan-kedudukan yang ada di negara timur lebih
banyak dipengaruhi oleh keuntungan golongan (pemodal) pemilik modal.
Kelima: Banyak negara yang mempergunakan kekayaan dan kemungkinan-kemungkinan
ekonomi negaranya hanya semata-mata untuk persiapan peperangan, bukan untuk kemakmuran
rakyat negerinya.
40 Ibid. 41 Ibid. 42 Ibid.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
15
Justeru itu Khurshid Ahmad membuat kesimpulan umum bahawa pembatasan kelahiran
atau pencegahan kehamilan bukanlah suatu tindakan yang berkesan, tetapi merupakan satu cara
putus asa yang lagi menggagalkan.
Sosial
Situasi masyarakat Islam yang begitu mundur jika dibandingkan dengan umat lain begitu
ketara sekali akibat daripada pelbagai krisis masyarakat seperti kemiskinan, kejahilan,
keruntuhan akhlak, perpecahan kaum, kepimpinan, pemerintahan dan sebagainya. Selain itu
masyarakat kita juga begitu teruja dan terpengaruh dengan budaya Barat. Semuanya bermula
apabila penjajah mendominasi pemerintahan tanah air kita. Kebodohan dan kelekaan yang
dibiarkan oleh masyarakat Melayu telah memberi ruang kepada penjajah menebuk sampan yang
sedia karam.
Dalam artikelnya Cabaran Menjelang Tahun Baru, beliau menyatakan bahawa umat
Islam pada hari ini tidak akan terlepas dari menghadapi pelbagai cabaran dalam pelbagai aspek
kehidupan. Umat Islam tak pernah kekurangan cabaran yang sepatutnya dapat menunaskan
keinsafan, menumbuh dan menyuburkan kesedaran ke arah mendekati, mengkaji, mempelajari
susur galur pimpinan, petunjuk dan pengajaran Islam yang dianutinya,43
namun sebaliknya
berlaku apabila masyarakat Islam mula meninggalkan pimpinan dan pengajaran Islam,
kerosakan akan melata di muka bumi ini. Segala bentuk kemunduran dan kemerosotan akan
segera bertunas.
Oleh itu, beliau menyeru kepada umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang
sebenar sebagai persiapan di dalam mengenal khaliqnya, dalam pengurusan ekonomi,
kemasyarakatan, pentadbiran negara dan sebagainya elemen „agama‟ adalah menjadi senjata
utama kepada aspek ketahanan dan kekuatan umatnya.
“Berkenalanlah betul-betul dengan petunjuk Islam, ikutilah secukup-
cukupnya, umat ini tidak akan dianiayai. Pimpinan, petunjuk dan pengajaran
Islam adalah mengarahkan umatnya bersiap sedia dalam ketauhidan akidah
dan ketauhidan kalimah, dalam kepandaian, kecerdasan ilmu pengetahuan,
kestabilan perekonomian, keadilan kemasyarakatan, kekuatan dan kekentalan
ketenteraan, malahan dalam apa sahaja. Dengan mengikuti pimpinan,
petunjuk dan pengajaran Islam umatnya akan disegani dan berjaya”. 44
Menurut beliau, konsep perpaduan itu adalah amat penting dalam Islam sebagai suatu
yang prinsipal dan dalam membina ketahanan serta kekuatan ummah. Kejatuhan umat Islam
pada hari ini adalah disebabkan oleh hilangnya perpaduan di kalangan mereka dan tercetusnya
perpecahan sesama mereka akibat dari pengaruh asabiyyah. “Kita ikuti bagaimana tumbuh di
43 Yusof Rawa (1972), “Cabaran Menjelang Tahun Baru”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E
Dato Keramat Road, bil. 22, jil. 2, 1 Januari 1972 bersamaan 13 Zulkaedah 1391, h. 3. 44 Ibid., h. 15.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
16
tengah-tengah kalangan umat Islam, perpecahan-perpecahan dalam bentuk berarab, berturki
pula”.45
Dalam aspek perpaduan umat sejagat ini, menurut beliau, masyarakat Melayu Islam
sering dibelenggu kemunduran akibat daripada sikap sesetengah pihak yang masih mengamalkan
semangat asabiyah :
”Orang-orang Melayu menjadi mundur kerana amalan sistem asabiyyah yang
zalim. Sistem yang zalim itu mestilah dihancur-hancurkan. Usaha membantu
orang-orang Melayu gagal kerana rasuah dan penindasan, maka rasuah dan
penindasan mestilah dihancurkan”.46
Ini kerana menurutnya, perpecahan yang terjadi kepada umat Islam khususnya di Tanah
Melayu akan menyebabkan para penjajah mengambil kesempatan di atas kelalaian kita sendiri.
“...penjajah menggunakan kesempatan-kesempatan terbuka, mencelah-celah
di celah-celah perpecahan itu, di mana antara kedua-dua pihak itu semakin
diperluas, semakin diperdalam jurang yang meremangkan roma dan
menyeramkan rasa. Kita ikuti bagaimana Inggeris, bagaimana Amerika,
bagaimana Rusia dari semasa ke semasa, dari secara ke secara, menyusup
sasap di sela-sela perpecahan, menumbuhkan lebih banyak punca-punca
pemecahan dan perpecahan, sehingga yang sudah mulai tenat menjadi
semakin tenat lagi...47
Lalu beliau mengesa kepada kita agar membetulkan sikap dan pendirian agar sentiasa
menjadi satu binaan yang tersusun :
“Sekiranya belum lagi muslimin muslimat memperbetulkan sikap dan
pendirian mereka, sudah sewajarnyalah dari sekarang ini membetulkan sila
duduk untuk tegak siap bersedia menangkis seru-seru batin dan lahir, berbaris
dalam satu barisan kukuh menyatakan ketauhidan yang kita yakini itu, semoga
mendapat keredhaan Allah”.48
Begitu juga beliau menambah agar masyarakat pada hari ini perlu mempelajari dan
mengkaji mengapa di dalam diri individu itu sering terpengaruh dengan begitu mudah kepada
sebarang anasir yang kurang sihat. Ini kerana menurutnya manusia itu mempunyai daya hidup
yang menjadi pertahanan yang membolehkannya kebal dalam menghadapi serangan pelbagai
anasir luar. Beliau mengumpamakan manusia yang mempunyai daya hidup ini umpama seperti
seekor ikan yang berada di lautan yang masin. “Ikan laut yang hidup di laut, meskipun beberapa
45 Yusof Rawa (1971), “Pulihkan Daya Hidup Islam Sejati”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E
Dato Keramat Road, bil.13, jil. 2, 15 Ogos 1971 bersamaan 24 Jamadil Akhir, 1391, h. 3. 46 Ibid. 47 Yusof Rawa (1971), “Pulihkan Daya Hidup Islam Sejati”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E
Dato Keramat Road, bil.13, jil. 2, 15 Ogos 1971 bersamaan 24 Jamadil Akhir, 1391, h. 3. 48 Yusof Rawa (1973), “Kita Tidak Kesendirian”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 12 & 13, jil. 4, 15 Julai, 1/15 Ogos 1973 bersamaan 14 Jamadil Akhir, 2/16 Rejab 1393, h. 4.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
17
lama berendam di laut, selama ia masih punya daya hidup, tidaklah ia ikut menjadi masin”.49
Begitulah perumpamaan yang dibuat oleh Yusof Rawa. “Apabila ia kehilangan kuasa vitality
nya, kuasa daya hidupnya, lalu mudah terserap oleh anasir-anasir asing maka hilanglah
keperibadiannya, laksana pohon, lemah akar tunjangnya, lalu condonglah ia”.50
Lalu beliau menyeru kepada umat Islam agar menjadikan Islam sebagai sumber
pertahanan yang kental dalam menghadapi pelbagai serangan.
“Dalam zaman sains dan teknologi ini, dalam zaman pemberangsangan lebih
tertumpu kepada sains dan teknologi dan kepada perkembangan-
perkembangannya, umat Islam tidaklah harus sama sekali memandang remeh
kepada pengajaran, pimpinan dan pertunjuk Islam yang benar-benar,
tidaklah pantas teraba-raba mencari pegangan yang disogokkan dari anasir-
anasir asing”.51
Mengapa beliau menyarankan sedemikian. Ini kerana menurutnya “kita adalah umat
wasatan menjadi syahadah ke atas manusia, bila kita kembali kepada daya hidup Islam kita
dalam erti yang betul-betul, bukan pura-pura...”52
berpegang kepada akidah islamiah yang satu.
Janganlah kita memperolok-olokkannya seperti “tangan kanan kita galakkan kemaksiatan,
kemudian dengan tangan kiri pula, kita pura-pura mencegahnya dan mengajak-mengajak
melakukan ketaatan”.53
Ini kerana “kita seharusnya memperbaiki apa yang rosak, mana yang
tak kena pada diri peribadi kita dengan sedar dan insaf. Janganlah kita masih tetap juga
bertahan pada sifat-sifat hipokrasi…”54
yang akan membinasakan diri kita sendiri.
Di samping itu, dunia kini juga memerlukan sesuatu yang baru. Kepelbagaian fahaman,
pegangan dan ideologi telah menyebabkan nilai-nilai kemanusiaan semakin merosot sedangkan
dunia sedang berkembang dalam lapangan ilmu pengetahuannya. Ini menjadi satu kemusykilan
kepada kita. Mengapa keadaan ini terjadi. Mengapa manusia berada dalam kegelisahan, tidak
tenteram dan tidak berasa aman dengan kemewahan yang di kecapinya sekarang. “Seolah-olah
isi-isi kandungan kemajuan yang dicapai waktu ini merupakan racun dalam madu”.
“Bagaimana perundangan-perundangan dan pengetahuan-pengetahuan yang
tiada mempunyai jiwa atau semangat semacam mana perundangan dan
ajaran Islam itu dapat menghidupkan keharmonian sejagat, sedangkan
keharmonian jiwa seseorang tidak lebih dahulu diusahakan, kegelisahan dan
pertempuran dalam sesuatu jiwa yang berpunca dari kemajuan dan tamadun
49 Yusof Rawa (1971), op.cit., h. 18. 50 Ibid. 51 Ibid. 52 Ibid. 53 Yusof Rawa (1971), “12 Rabiul Awal Menjelang Lagi”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E
Dato Keramat Road, bil. 6, jil. 2, 5 Mei 1971 bersamaan 6 Rabiul Awal 1391, h. 3. 54 Ibid.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
18
abad ke-20 yang pincang ini. Tegasnya kebendaan semata-mata sebagai
dasar hidup bererti umpama senjata memakan diri tuannya sendiri”.55
Keagamaan
Begitu juga, umat pada hari ini dilanda dengan kepincangan dan gejala fasad yang
semakin menghantui ibu bapa dewasa ini. Bertitik-tolak dari kegagalan dalam menghayati
tuntutan keimanan dalam program pembangunan adalah menjadi punca utama kerapuhan iman.
Perjudian, gejala rasuah, budaya samseng dan sebagainya menjadi isu utama penerbitan Islah.
Oleh itu, menurut beliau, umat Islam seharusnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
dengan menimbulkan keyakinan kepada Allah yang mempunyai kuasa tertinggi dalam
membebaskan manusia dan masyarakat dari segala bentuk keburukan dan kezaliman. Sebaliknya
keburukan, fasad dan kezaliman akan bermula apabila seseorang manusia itu menolak keimanan
daripada Allah dalam erti keimanan sebenar.
Keadaan ini menurut beliau lagi boleh jadinya yang sedemikian kerana kebanyakan
daripada kita adalah celupan Barat yang mudah sekali mengangguk-anggukkan kepala, menari
menurut rentak gendang yang dipalu oleh pakar-pakar ikhtisas Barat sehingga berkecamuklah
pemikiran terhadap sesuatu pegangan tradisi dan merosotlah nilai mutu manusia itu sendiri.
Maka tidak hairanlah jika kita melihat pada masa ini betapa liarnya manusia daripada agama,
munculnya pelbagai ragam golongan muda mudi yang kurang menyenangkan mata hati
memandangnya, batas sosial akhlak sudah runtuh dan nilai kerohanian telah berkecai.
Dalam al-Islah ini juga, tidak lengkap sekiranya tidak membicarakan mengenai keadaan
masyarakat Islam pada hari ini. Masyarakat Melayu yang berada di dalam kemunduran sering
menjadi fokus dalam penyampaian islahnya.
“Pada hari-hari kebelakangan ini orang-orang pada keributan
membicarakan revolusi mental. Pengubahan mentaliti tentunya, mentaliti
orang kita sudah terlalu buruk kiranya, mesti direvolusikan”.56
Terdapat sesetengah golongan yang sedang memenuhi zaman sains dan teknologi,
zaman yang kononnya menghendaki segala sesuatu itu diperbaharui, dipermodenkan dan
direvolusikan segala sesuatu tanpa segan silu telah mencela dan mengkritik sekumpulan
masyarakat yang masih teguh berpegang kepada prinsip lapuk “Secupak takkan jadi segantang”
dalam konsep meraih kemajuan :
“Secupak takkan jadi segantang”. Oleh sebab kita sangat-sangat berghairah
di dalam pembangunan material/fizikal, maka kata-kata itu telah dipandang,
55 Jalaluddin Melaka (1970), “Ke Arah Keharmonian Dan Kesejahteraan”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi
United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 8, jil. 1, 1 Jun 1970 bersamaan 26 Rabiul Awal 1390, h. 13. 56 Yusof Rawa (1971), “Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Sehingga Ia
Mengubahnya Sendiri”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 1, jil. 2, 15
Febuari 1971 bersamaan 19 Zulhijjah 1390, h. 3.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
19
diberi penilaian dari segi spiritualnya. Oleh sebab pepatah itulah- kononnya -
maka kita terpengaruh menjadi malas, mundur dan ketinggalan…”57
Dalam persoalan ini, Yusof Rawa menyelar sikap sesetengah pihak yang sering
memperleceh dan memperkecilkan pepatah tersebut yang dianggap tidak memberi sebarang
makna yang tersurat pada zaman yang serba moden ini :
“Padahal kata-kata itu sungguh berhikmah dari segi apa pun…bagaimana
anda hendak tahu yang habuan anda secupak atau segantang, sekiranya anda
duduk berpeluk tubuh tidak bergerak, berusaha mencari-carinya?. Tentulah
mesti berusaha, bekerja, bertungkus lumus ke arah mendapatkannya…Kalau
sudah pun berusaha bersungguh-sungguh, dan pada zahirnya anda mesti
berhabuan segantang…tetapi malangnya oleh sesuatu sebab, lalu terdapat
secupak sahaja, maka kata-kata hikmah itu menjadi satu penawar ajaib yang
menyejukkan hati, menenangkan perasaan jiwa daripada menjadi seorang
manusia yang kecewa atau frust…”58
Namun apabila terdapat golongan alim ulama yang ingin memberikan kesedaran kepada
mereka, terdapat satu bayangan telunjuk menuding jari ke arah mereka. “Bila mana orang
merasakan keperitan, akibat dari sesuatu yang buruk dari segi agama orang begitu cepat sekali
menyalahi ulama”.59
Alim ulama dikatakan tidak bersikap tegas, alim ulama tidak menjalankan
kewajipan dan lain-lain lagi yang menyebabkan masyarakat Islam menjadi mundur dan tidak
lagi bersopan, dikatakan kolot, tidak mengikut peredaran masa, dan apabila alim ulama
memperdengarkan kepada mereka dalil-dalil membayangkan neraka dan syurga di atas balasan
segala perbuatan, segelintir umat Islam tidak menyenangi dengan penyataan tersebut yang
seolah-olah sengaja menakut-nakutkan umat Islam dengan hukuman yang menanti.
Yusof Rawa sendiri dalam majalah terbitannya ini mengambil sikap natural dalam
memperkatakan hal ini. Beliau menyatakan rasa kehairanan dengan sikap alim ulama yang tidak
pandai mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam berdakwah :
“Mengapa selalu ditakut-takutkan manusia Islam?. Itu bertentangan dengan
pandangan moden, bukankah itu akan menjadikan orang-orang Islam bersifat
pasif non aktif”.60
Menurutnya lagi, tujuan pernyataan ini bukan berniat mencela atau memperkecilkan
usaha-usaha mereka. Sebaliknya sebagai umat Islam kita (al-Islah) juga tidak mahu menutup
telinga sahaja kepada teguran-teguran atau kritikan yang membina dari bijak pandai terhadap
alim ulama. Ini kerana setiap pihak adalah bebas untuk menyuarakan pendapat masing-masing
57 Yusof Rawa (1973), “Secupak Tidak Jadi Segantang”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 7 & 8, jil. 4, 15/1 Jun 1973 bersamaan 11/28 Rabiul Akhir 1393, h. 5. 58 Ibid. 59 Yusof Rawa (1971), “Ulama Dan Cabarannya”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 16, jil. 2, 1 Oktober 1971 bersamaan 11 Syaaban 1391, h. 3. 60 Yusof Rawa (1970), “Ittaqullah”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil.
5, jil. 1, 15 April 1970 bersamaan 8 Safar 1390, h. 4.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
20
yang difikirkan betul. Oleh itu, beliau memberikan teguran yang membina dalam merentangi
kemodenan dunia.
“Apa yang kita perlukan sekarang ialah sewaktu mengkritik diri atau
terhadap mana-mana pihak, mestilah ada antara satu pihak dengan lainnya
saling hormat-menghormati fikiran atau pendapat masing-masing pihak dan
yang terutama sekali kritik atau teguran-teguran itu mestilah diasaskan atas
satu ukuran atau pertimbangan. Dan barang sudah tentu bagi kita sebagai
orang Islam, akidah Islamiahlah mesti kita jadikan neraca pertimbangan di
dalam serba-serbi. Mudah-mudahan kerja islah (reform) berjalan,
bersefahaman antara intelektual dan ulama berdekatan”.61
Menurutnya lagi, setiap ulama itu perlulah mempunyai sikap yang tegas dan mempunyai
tahap kecerdasan dalam menghadapi sebarang cabaran mengikut peredaran semasa.
“Sebab itu ternyata ulama dengan kecerdasannya – kalau ia cergas – atau
dengan kelemahannya – kalau lemah – adalah sentiasa berhadapan dengan
cabaran-cabaran yang hebat itu. Biar bagaimana cergas ulama, kalau belum
dapat mengatasi cabaran-cabaran besar itu, ia tetap terkial-kial dan hasil-
hasilnya tetap menjadi sasaran cemuhan, apalagi kalau ia lemah”.62
Dalam hal lain pula, beliau menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu
diambil oleh setiap individu dalam membentuk masyarakat yang harmoni dengan konsep
kesamaan individu-individu tersebut dalam menyumbang tenaga dalam pembangunan
masyarakat. Dan sikap kejujuran itu menjadi kayu ukur kepada sesuatu kebahagiaan itu.
“Kebahagiaan masyarakat dan kebangunan terletak pada adanya
persamaan-persamaan individu-individu dalam pertanggungjawabannya dan
kejujuran setiap seorang daripada mereka menumpahkan tenaga dalam
menunaikan kewajipan ...sebesar mana kejujuran itu, maka sebesar itulah
kebahagiaan masyarakat itu...”63
Kerana itu menurutnya umat Islam itu berkewajipan terhadap masyarakatnya dengan
saling ingat mengingati antara satu sama lain selaras dengan kehendak Islam yang mengarahkan
agar manusia itu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. “Orang Islam
bertanggungjawab meluruskan semula saudaranya, bila didapati ia tidak lagi lurus”.64
Agar
jangan membatukan diri sahaja terhadap kesalahan-kesalahan dan penyelewengan-
penyelewengan dalam pelaksanaan pertanggungjawaban yang dilakukan oleh anggotanya.
61 Ibid. 62 Yusof Rawa (1971), “Ulama Dan Cabarannya”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 16, jil. 2, 1 Oktober 1971 bersamaan 11 Syaaban 1391, h. 3. 63 Yusof Rawa (1971), “Pertanggungjawapan Di Dalam Masyarakat”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United
Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 21, jil. 2, 15 Disember 1971 bersamaan 26 Syawal 1391, h. 3. 64 Ibid.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
21
Pengasas majalah ini turut menyatakan bahawa setiap individu itu diumpamakan
seperti kanak-kanak yang tidak tahu membezakan sebarang kebaikan dan keburukan akibat dari
tindakan yang diambil serta tidak terlepas dari kongkongan hawa nafsu yang menyebabkannya
sentiasa tersasar dari landasan yang sebenar. “Manusia di dunia ini ternyata seperti kanak-kanak
sahaja, dalam bentuk apa sahaja, bentuk bangsa besar atau bentuk bangsa kecil, ataupun
bentuk-bentuk yang entah apa lagi. Oleh pengaruh hawa nafsu, maka ia melakukan kesalahan
atau kezaliman”.65
Setiap manusia itu perlu diperbetulkan.
Justeru itu bagi menangani permasalahan ini, setiap individu perlu mengambil peranan
penting sebagai kelompok masyarakat terutama para mubaligh Islam. Seperti saranan yang
dilaungkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak katanya :
“Mubaligh-mubaligh Islam perlu diberi latihan sebelum menjalankan
dakwah, sesuai dengan keadaan zaman supaya mereka dapat menjalankan
usaha tersebut dengan lebih berkesan lagi”.66
Muhammad Nasir di dalam rencananya juga dengan panjang lebar menyatakan
mengenai Adab dan Peraturan Dalam Dakwah Islam yang mana rencana ini ditujukan khas
kepada para calon-calon mubaligh dan mubaligh Islam dalam mempersiapkan diri menjadi
seorang mubaligh yang berkualiti.
“...kekuatan dakwah seseorang mubaligh tergantung kepada kekuatan
hujahnya yang diterima oleh akal yang sihat, dan daya panggilnya yang
dapat menjemput jiwa dan rasa. Kedua-duanya bergantung pada i).
Persiapan mental. ii). Persiapan Ilmiahnya. iii). Kaifiat dan adab
dakwahnya...”67
Menurutnya lagi, seseorang mubaligh itu seharusnya memelihara ketenangan dan
keseimbangan jiwa dan sanggup pula memulihkan keseimbangan tersebut apabila rasa
terganggu dengan tindakan dan tekanan yang dihadapi. Mubaligh juga diingatkan agar jangan
cepat bersifat sesak nafsunya apabila terdapat individu yang menolak, mendustakan dan
mencemuh segala kebenaran yang dibawanya. Hendaklah kita bersikap sabar dan tidak berputus
asa dalam usaha menyeru ke arah kebenaran seperti mana yang pernah dilakukan oleh
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Begitu juga Ahmad Sufian, mahasiswa di Fakulti Syariah, Universiti Islam Sumatera
Utara dengan jelas dan tegas menyatakan tentang kelemahan-kelemahan perjalanan dakwah dan
strategi yang digunakan oleh mubaligh-mubaligh di Malaysia.
65 Yusof Rawa (1971), “Menyonsong Penubuhan Pusat Latihan Dakwah Malaysia”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 11, jil. 2, 15 Julai 1971 bersamaan 22 Jamadil Awal 1391, h.
3. 66 Ibid., h. 15. 67 Muhammad Nasir (1970), “Adab Dan Peraturan Dalam Dakwah Islam”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang: Zi
United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 3, jil. 1, 15 Mac 1970 bersamaan 7 Muharram 1390, h. 9.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
22
“Usaha dakwah Islam Di Malaysia hari ini kurang lancar disebabkan
kurangnya mubaligh yang mendalam tentang seluk belok pendakwahan”.68
Pendakwahan ini merupakan suatu yang amat penting dan berkewajipan untuk
dilaksanakan. “Bagi Islam usaha dakwah adalah kewajipan, melaksanakannya pula adalah
melaksanakan kewajipannya”.69
Justeru itu, Tuan Haji Yusof Rawa menyarankan agar
permasalahan ini tidak boleh diletakkan di atas peranan mubaligh semata-mata tetapi juga perlu
dipertimbang oleh setiap hierarki dalam masyarakat terutamanya kepada golongan pemerintah.
“Usaha-usaha dakwah bukanlah semata-mata ditujukan kepada orang-orang
yang belum Islam, bahkan di samping usaha yang bersungguh-sungguh ke
jurusan tersebut itu, usaha yang tak kurang daripada itu seharusnya
ditujukan juga ke kalangan orang Islam sendiri secara menyeluruh, sama ada
rakyat jelata, mahupun pemuka-pemukanya, sama ada pemuka-pemuka
dalam kepegawaian mahupun pemuka-pemuka dalam kemasyarakatan,
apalagi pemuka-pemuka dalam kenegaraan. Sebab telah diperkatakan orang
„rakyat adalah menurut agama pemerintahannya‟, jika orang yang
berkuasanya beragama maka mudahlah mewujudkan rakyat yang
beragama”.70
Bagi diri individu itu juga perlulah mempunyai kesedaran tentang pentingnya agama
sebagai bimbingan dan pimpinan yang akan mengarah manusia ke arah kebenaran yang mutlak.
Pembangunan yang dilaksanakan tanpa disertai dengan nilai keagamaan tidak akan mencapai
kesempurnaan. Dengan ini Tuan Haji Yusof Rawa menegaskan di dalam artikelnya menyatakan
bahawa :
”...bahawa apa jua usaha di dalam pembangunan tanpa disertai bimbingan
agama, tidak akan sempurna seperti yang dicita-citakan...Islam itu agama
dunia dan akhirat, yang jika pimpinannya dipatuhi nescaya bahagialah
kita..bagaimana tidak...kerana peraturan-peraturan agama untuk membentuk
masyarakat yang diredhai”71
Di dalam artikel ”Kesan-Kesan Iktikad Dalam Masyarakat” ada membicarakan secara
ringkas mengenai kesan terhadap individu dan masyarakat Islam yang menggabai dan salah
tafsir mengenai konsep cara hidup Islam. Mengapa apabila manusia telah mencapai kemajuan,
ketamadunan dan kejayaan maka seiring dengan itu berlakulah dengan hebatnya keruntuhan
moral bagi umatnya?. Kemusnahan, kecaman jiwa, keruntuhan akhlak, kesedihan dan
kesengsaraan membelenggu kehidupan. Persoalan demi persoalan dilontarkan mengapa perkara
ini terjadi. Menurut Abdul Rasyid Long :
68 Yusof Rawa (1971), “Menyonsong Penubuhan Pusat Latihan Dakwah Malaysia”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang : Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 11, jil. 2, 15 Julai 1971 bersamaan 22 Jamadil Awal 1391, h. 15. 69 Ibid. 70 Ibid. 71 Yusof Rawa (1973), “Kesedaran Beragama”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang : Zi United Press, 29E Dato
Keramat Road, bil. 1 & 2, jil. 4, 15 Febuari dan 1 Mac 1973 bersamaan 11/26 Muharram 1393, h. 4.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
23
”Yang demikian terjadi akibat kesan-kesan iktikad dalam masyarakat,
kerugian yang ditempuh oleh masyarakat dunia kerana tidak ada panduan
iktikad dalam menggunakan tenaga tabi‟i mereka. Menolak kekuasaan Allah
Taala yang kekal berkuasa atas seluruh alam, lalu mengambil benda dan
bertuhankan kepada benda itu, mengikatkan diri dengan yang tidak kekal dan
lemah, kadang-kadang nafsulah yang memandu mereka, meskipun kekuasaan
yang mengatasi segala kuasa itu ialah kekuasaan tuhan”.72
Di samping itu juga beliau menegaskan, hasil dari iktikad yang salah, umat manusia
berada dalam kekeliruan. Mereka menganggap Islam sebagai penyakit kemajuan yang
membantutkan proses kemajuan. Lebih parah lagi apabila mereka memahamkan Islam sekadar
lambang dan simbol kepada konsep peribadatan.
”Jika demikian pula pengenalannya tentang Islam dan kembang majunya
syiar Islam, maka sangat-sangat dibimbangkan akan lahir pengertian
bahawa Islam itu masjidnya yang besar, gajinya yang mahal dan pegawai-
pegawainya yang ramai, berkongres sana sini yang hasilnya itu jadi tanda
tanya, dan juga khutbah-khutbah Jumaat diperdengarkan melalui siaran-
siaran radio bahkan sembahyang juga diperdengarkan ke serata tempat,
inilah agamanya...maka tidak keterlaluan jika ditegaskan bahawa pegangan
hidup umat Islam telah bertukar kepada lambang, hinggalah ibadat
sembahyangnya yang demikian pupuslah iktikad dan samar-samarlah
pegangan bahawa Islam itu darahnya dan dagingnya dan hati budinya dan
idea hidupnya kepada benda semata-mata seperti pegangan hidup orang-
orang material”.73
Bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, berpandukan surah al-Munafiqun
ayat 9,74
Abdul Rasyid Long menyarankan agar setiap muslim itu sewajarnya kembali kepada
Allah dan sentiasa mengingatinya supaya segala apa jua perolehan dari pelbagai macam
pengetahuan maka (tauhid) kepada Allah inilah yang memandukan supaya muslimin jangan
menempah jalan yang rugi, jalan yang dilalui oleh orang-orang yang sesat pesot. Kembali
kepada roh kesedaran bahawa segala kesan-kesan yang merugikan itu hendaklah dibuangkan
daripada bersarang dalam iktikad dan jadikanlah agama Islam itu ideanya dan anutan hidup dan
barangsiapa berpegang dengannya ialah yang berpegang kepada tuhannya dan jalan
kesempurnaan hidup yang moden (way of life) yang akan membentuk masyarakat moden yang
berteraskan iktikad tauhid.
Dalam memperkatakan tentang kelemahan fungsi instutsi masjid pada masa ini, Usmat
Asim menyatakan bahawa masjid pada hari ini telah kehilangan fungsi sebenarnya. Keadaan ini
berbeza dengan keadaan institusi masjid ketika di zaman Rasulullah dan para sahabat. Jauh
72 Abdul Rasyid Long (1970), “Kesan-Kesan Iktikad Dalam Masyarakat”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang Zi United
Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 6, jil. 1, 1 Mei 1970 bersamaan 24 Safar 1390, h. 17. 73 Ibid. 74 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta benda dan anak-anak kamu itu melupakan kamu daripada
mengingati Allah Taala dan siapa jua yang melakukan demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
24
berbeza keadaan masjid suatu ketika dahulu dengan realiti pada hari ini. Jika dahulu masjid
berkumangdangnya setiap minggu khutbah-khutbah yang membantahi segala kemungkaran
menyeru kepada bersatu, mengajak ke arah kebaikan dan membangkang segala kezaliman,
namun kini institusi masjid seperti kehilangan fungsinya.
Mengapa keadaan ini berlaku?. Usmat Asim memetik kata-kata Prof. Dr. Mustafa al-
Suba‟ie seorang pengarang buku Sosialisme Islam dari Universiti Damsyik yang menyatakan :
”Kalau ternyata masjid-masjid hari ini gagal dalam menjalankan tugasnya
yang agung itu, oh... itu semua bukanlah lain daripada kesalahann
penanggungjawab-penanggungjawab sesuatu tempat – dalam erti kecilnya
sebuah kariah, besarnya sebuah negeri dan lebih besarnya lagi sebuah
negara. Kesalahan para khatibnya yang tak tahu tanggungjawabnya, yang
lalai leka dengan umpan dan upahnya...”75
Oleh itu, menurutnya setiap khatib yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin di
dalam solatnya, hendaklah tegas di atas dasar hak, yang ahli dalam ilmu-ilmu, ikhlas terhadap
Allah dan rasulnya serta menasihatkan umat-umat muslimin seluruhnya agar kembali dan
menjadikan masjid sebagai sumber bagi kemajuan dalam dasar kemasyarakatan dan
penghidupan. Dan kembalikan masjid dalam menjalankan tugas mendidik perawi-perawi,
mengeluarkan pahlawan, pahlawan, mengislahkan (mereformasikan) yang telah rosak,
memerangi kemungkaran dan membangunkan masyarakat di atas dasar takwa dan keredhaan
Allah s.w.t.
Di samping itu, terdapat juga pelbagai persoalan mengenai agama kita iaitu Islam.
Soalan demi soalan dilontarkan oleh masyarakat umum. Ramai yang mempersoalkan adakah
Islam sesuai untuk diamalkan sebagai sistem masyarakat dalam zaman moden ini?. Menjawab
persoalan ini, Prof Zulkifli Haji Muhammad terpanggil untuk menulis sebuah rencana mengenai
perlunya Islam di dalam sistem politik dan kemasyarakatan.
Menurut Prof Zulkifli, adalah mustahil dan agak sulit bagi kita untuk melaksanakan
dasar-dasar Islam sekiranya masyarakatnya masih lagi berpegang teguh dengan cita-cita kapitalis
yang sama sekali bertentangan dengan lunas-lunas Islam. Oleh yang demikian untuk
mengamalkan Islam dalam suatu masyarakat yang bercorak kapitalis adalah tidak mungkin.
Demikian pula tidak mungkin mengamalkan Islam dalam masyarakat yang berfaham sosialis.
Islam hanya sesuai dan dapat diamalkan sepenuhnya dalam sebuah masyarakat yang berfaham
dan berbentuk Islam.
”...iaitu sebuah masyarakat yang berfaham bahawa dunia ini adalah
kepunyaan Allah dan tiap-tiap seorang mestilah bekerja untuk dan kerana
75 Usmat Asim (1970), “Masjid Dahulu, Sekarang Dan Akan Datang”, Majalah al-Islah, Pulau Pinang : Zi United
Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 6, jil. 1, 1 Mei 1970 bersamaan 24 Safar 1390, h. 15 & 18.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
25
mentaati kehendak dan perintah Allah sesuai dengan tuntutan yang terdapat
di dalam al-Quran dan sunnah”.76
Menurutnya lagi, usaha terpenting yang harus diselesaikan dalam menuju sebuah
masyarakat Islam ialah dasar-dasar pokok mengenai kehidupan politik, ekonomi dan
masyarakat. Apakah asas-asas dasar politik dalam Islam?. Menurutnya yang pertama ialah,
ketuhanan Allah dan persamaan di antara umat manusia. Ini kerana Islam itu tidak dapat
diamalkan di dalam sesebuah masyarakat sekiranya tidak mempunyai unsur perasaan dan
persamaan dalam membangunkan diri ke arah ketakwaan. Islam tidak meletakkan kedudukan
seseorang sebagai suatu perbezaan. Bagi Islam setiap insan adalah penting dan tidak ada seorang
pun yang terlalu penting. Inilah cara Islam membawakan persamaan di kalangan umat Islam.
Prof. Dato Dr. Engku Umar Ahmad dalam kenyataannya mengenai Melayu hari ini,
menurutnya mengapa masyarakat sering menyalahkan agama Islam. Mengapa tidak dipandang
dan direnung ke dalam diri setiap individu itu. Menurutnya walaupun di dalam perlembagaan,
agama Islam diberikan keistimewaan kepada masyarakat Melayu, namun jika dibandingkaan
dengan masyarakat-masyarakat yang lain, masyarakat Melayu tersangatlah mundur jauh
tertinggal kebelakang. Keahlian dan kegiatan dalam perniagaan dan perdagangan sangatlah
berkurangan dan amat mengecewakan.
Lalu beliau terus menerus mengajukan persoalan kepada kita. Adakah keadaan-keadaan
ini berlaku akibat daripada menganut agama Islam. ”Adakah agama Islam dikatakan satu ugama
yang menahan kemajuan (intelek)?. Adakah Islam satu ugama yang tidak sesuai dengan zaman
moden?”.77
Apabila dilontarkan soalan, dengan nada perlahan beliau menjawab :
”...bukan ugama yang menghalang. Yang salah barangkali ialah masyarakat
yang tidak mensesuaikan diri kepada zaman moden ini....adakah orang Islam
tertindas oleh orang-orang lain?. Jawabnya tentulah tidak kerana orang
Islam sendiri berkuasa dan berdaya mengatasi kemunduran-kemunduran
mereka. 78
Dan dalam memperkatakan konsep Islam pula, beliau menyatakan bahawa barangkali
satu daripada sebab kemunduran masyarakat Islam di Malaysia ini terdapat pada sikap atau
konsep kita dalam beragama.
”...sebab-sebab kemunduran masyarakat Islam di Malaysia ini terdapat pada
sikap atau konsep kita kepada ugama, ibadah, kahwin mengahwin, kematian,
puasa, zakat dan fitrah. Juga masyarakat umum lain-lainnya di Malaysia ini
mempunyai pandangan yang sempit kepada ugama. Oleh sebab orang Islam
76 Prof Zulkifli Haji Muhammad (1970), “Islam Sebagai Suatu Sistem Politik Dan Masyarakat”, Majalah al-Islah,
Pulau Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 9, jil. 1, 15 Jun 1970 bersamaan 11 Rabiul Akhir
1390, h. 8. 77 Prof. Dato‟ Dr. Engku Umar Ahmad (1970), op.cit., h. 17. 78 Ibid.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
26
sendiri telah salah gunakan ugamanya, manakah boleh masyarakat lain
cenderung kepada cara-cara dan disiplin Islam”.79
Justeru itu, bagi menyelesaikan masalah ini beliau menyarankan agar kita menetapkan
suatu konsep dalam beragama. Islam, katanya bukanlah hanya satu ugama semata-mata bahkan
ia lebih dari itu. Islam adalah satu sistem penghidupan setiap waktu yang merangkumi segala
bidang pergerakan dan perbuatan. Oleh itu, jika kita menggunakan disiplin Islam yang suci
nescaya masyarakat tidak patut ketinggalan dalam segala bidang yang diceburi.
Kesimpulan
Justeru itu, untuk mencapai hasrat dan tanggungjawab dalam memperjuangkan menegakkan
daulah Islamiah dengan penuh kesedaran bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai
rintangan terpaksa dihadapi dan memerlukan kepada persiapan-persiapan yang menyeluruh.
Persiapan dalam pembangunan fizikal dan organisasi, persiapan kesedaran, pemikiran, keilmuan
serta kesediaan rohaniah yang tinggi dan kesetiaan kepada perjuangan berlandaskan syariat
menjadi peneraju utama sesuatu kejayaan yang hakiki. Persiapan-persiapan ini amat perlu kerana
pertarungan sebenar masa kini dan pertarungan sebenar masa depan adalah pertarungan
minda.80
Oleh itu, Yusof Rawa menyatakan bahawa setiap permasalahan yang timbul itu perlu
kepada jalan penyelesaian dengan mengenal segala punca kerosakan, punca penyakit dan sebab
kepada kemusnahan sesuatu permasalahan. Permasalahan jiwa dan punca sampingan perlu
dibajai semula dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah agar menjadi benteng ketahanan
yang kukuh dalam menyemai semangat kehidupan beragama dan bermasyarakat.
Dengan ini diharap, cubaan penulis mengetengahkan al-Islah dalam memberi
penyedaran kepada para pembaca terutamanya kepada masyarakat Melayu Islam akan terlaksana
dan tercapai. Tidak ada yang mustahil, ini kerana menurut al-Islah, segala bentuk permasalahan
itu akan dapat diselesaikan selagi kita berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.“Alam ini
tidaklah terlalu sempit, sehingga terdorong kepada kebuntuan, jalan keluar tentu ada, kalau kita
mencari petua, akan banyaklah kita mendapatinya, kalau kita meminta petua, banyaklah pula
kita diberi”.81
79 Ibid. 80 Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Ucapan Dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung Ke-60 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 15 Oktober 2009. 81 Yusof Rawa (1971), “Menyonsong Penubuhan Pusat Latihan Dakwah Malaysia”, Majalah al-Islah, Pulau
Pinang: Zi United Press, 29E Dato Keramat Road, bil. 11, jil. 2, 15 Julai 1971 bersamaan 22 Jamadil Awal 1391, h.
15.
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
27
Rujukan
Abdullah Haji Jaafar (1980), “al-Imam Dalam Nasionalisme Melayu” dalam Lembaran Akhbar Melayu, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Ucapan Dasar Presiden UMNO di Perhimpunan
Agung Ke-60 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 15 Oktober 2009.
Drs. Imam Munawwir (1985), Kebangkitan Islam Dan Tantangan-Tantangan Yang Dihadapi Dari Masa Ke Masa, Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.
Indrawan Haji Mohd Yatim (2001), Kebangkitan Islam Abad Ke 21 Renaissance Melayu, Inter Perfection Sdn. Bhd.
Majalah al-Manar, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, bil. 2, Januari-Jun 1998.
Prof Madya Dr Haji Faisal bin Haji Othman (1991), “Islam Dan Pembangunan Masyarakat
Malaysia” dalam Islam Cabaran Dan Isu Semasa, Ismail Abdul Rahman & Mohd Nasir Omar (ed.), Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jilid Satu
Majalah al-Islah, bil. 1, jil. 1, 15 Febuari 1970 bersamaan 9 Zulhijjah 1389.
Majalah al-Islah, bil. 2, jil. 1, 1 Mac 1970 bersamaan 23 Zulhijjah 1389. Majalah al-Islah, bil. 3, jil. 1, 15 Mac 1970 bersamaan 7 Muharram 1390.
Majalah al-Islah, bil. 4, jil. 1, 1 April 1970 bersamaan 24 Muharram 1390.
Majalah al-Islah, bil. 5, jil. 1, 15 April 1970 bersamaan 8 Safar 1390.
Majalah al-Islah, bil. 6, jil. 1, 1 Mei 1970 bersamaan 24 Safar 1390. Majalah al-Islah, bil. 7, jil. 1, 15 Mei 1970 bersamaan 9 Rabiul Awal 1390.
Majalah al-Islah, bil. 8, jil. 1, 1 Jun 1970 bersamaan 26 Rabiul Awal 1390.
Majalah al-Islah, bil. 9, jil. 1, 15 Jun 1970 bersamaan 11 Rabiul Akhir 1390. Majalah al-Islah, bil. 11, jil. 1, 15 Julai 1970 bersamaan 11 Jamadil Awal 1390.
Majalah al-Islah, bil. 12, jil. 1, 1 Ogos 1970 bersamaan 28 Jamadil Awal 1390.
Jilid Dua Majalah al-Islah, bil. 1, jil. 2, 15 Febuari 1971 bersamaan 19 Zulhijjah 1390.
Majalah al-Islah, bil. 4, jil. 2, 1 April 1971 bersamaan 5 Safar 1391.
Majalah al-Islah, bil. 6, jil. 2, 5 Mei 1971 bersamaan 6 Rabiul Awal 1391. Majalah al-Islah, bil. 8, jil. 2, 1 Jun 1971 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1391.
Majalah al-Islah, bil. 11, jil. 2, 15 Julai 1971 bersamaan 22 Jamadil Awal 1391.
Majalah al-Islah, bil.13, jil. 2, 15 Ogos 1971 bersamaan 24 Jamadil Akhir, 1391. Majalah al-Islah, bil. 16, jil. 2, 1 Oktober 1971 bersamaan 11 Syaaban 1391.
Majalah al-Islah, bil. 21, jil. 2, 15 Disember 1971 bersamaan 26 Syawal 1391.
Majalah al-Islah, bil. 22, jil. 2, 1 Januari 1972 bersamaan 13 Zulkaedah 1391.
Jilid Tiga
National Conference 2011: “Development Towards Sustainable Future”
20-21 April 2011
CTF1, West Campus, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Kota Samarahan, Sarawak
28
Majalah al-Islah, bil. 8, jil. 3, 1 Jun 1972 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1392.
Majalah al-Islah, bil. 9 & 10, jil. 3, 15 Jun/1 Julai 1972 bersamaan 4/19 Jamadil Awal 1393. Majalah al-Islah, bil. 17, jil. 3, 5 Mei 1972 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1392.
Jilid Empat Majalah al-Islah, bil. 1 & 2, jil. 4, 15 Febuari/ 1 Mac 1973 bersamaan 11/26 Muharram 1393.
Majalah al-Islah, bil. 5 & 6, jil. 4, 15 April/1 Mei 1973 bersamaan 11/27 Rabiul Awal 1393.
Majalah al-Islah, bil. 7 & 8, jil. 4, 15/1 Jun 1973 bersamaan 11/28 Rabiul Akhir 1393.
Majalah al-Islah, bil. 12 & 13, jil. 4, 15 Julai, 1/15 Ogos 1973 bersamaan 14 Jamadil Akhir, 2/16 Rejab 1393.
Majalah al-Islah, bil. 14 & 15, jil. 4, 1/15 September 1973 bersamaan 4/18 Syaaban, 1393.