Unit 1 tender 1.4-1.5

8
Lampiran DPP B2(b)-1 Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah INFORMATION SHEET PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR SESSION : SEMESTER : 3A & 3B CODE/COURSE : KCS 3052 - BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS 4 LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : W5 TOPIC : UNIT 1 : TENDER SUB-TOPIC : 1.4 Tendering Process. 1.4.1 Tender Advertisement. 1.4.2 Tender Selection 1.4.3 Tender Acceptance LEARNING OUTCOME : After completing the unit, students should be able to : a) Describe the tender advertisement b) Explain the tender selection c) Explain the tender acceptance 2.4 PROSES MENENDER (TENDERING PROCESS) Proses menender merupakan tata cara tawaran/tender dijalankan dari awal hingga akhir dan melibatkan langkah-langkah berikut, iaitu : I. Iklan tender II. Jemputan tender III. Pemilihan tender IV. Penerimaan tender Proses menender adalah merupakan aspek yang penting dalam industri binaan kerana melalui cara inilah membolehkan pemilihan Page 1 of 8

Transcript of Unit 1 tender 1.4-1.5

Page 1: Unit 1 tender 1.4-1.5

Lampiran DPP B2(b)-1

Institut Kemahiran MARASungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR

SESSION : SEMESTER : 3A & 3B

CODE/COURSE : KCS 3052 - BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS 4

LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : W5

TOPIC : UNIT 1 : TENDER

SUB-TOPIC :

1.4 Tendering Process.

1.4.1 Tender Advertisement.

1.4.2 Tender Selection

1.4.3 Tender Acceptance

LEARNING OUTCOME :

After completing the unit, students should be able to :

a) Describe the tender advertisement

b) Explain the tender selection

c) Explain the tender acceptance

2.4 PROSES MENENDER (TENDERING PROCESS)

Proses menender merupakan tata cara tawaran/tender dijalankan dari

awal hingga akhir dan melibatkan langkah-langkah berikut, iaitu :

I. Iklan tender

II. Jemputan tender

III. Pemilihan tender

IV. Penerimaan tender

Proses menender adalah merupakan aspek yang penting dalam industri

binaan kerana melalui cara inilah membolehkan pemilihan kontraktor yang

berkelayakan dapat dibuat. Proses menender ini biasanya dilakukan oleh pihak

klien sendiri atau Perunding yang dilantik.

Page 1 of 7

Page 2: Unit 1 tender 1.4-1.5

Lampiran DPP B2(b)-1

2.4.1 IKLAN TENDER (TENDER ADVERTISEMENT)

Iklan tender merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh klien untuk

mempelawa kontraktor menyertai tender bagi melaksanakan projek yang telah

dirancang. Iklan tender dilakukan dengan mempamerkan kenyataan tender

dalam media cetak atau media elektronik.

Dalam iklan tender dinyatakan nama projek yang ditawarkan, kelas

kontraktor dan pecahan kepala serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan

projek yang ditawarkan. Masa dan tempat mengambil borang tender serta tarikh

tender ditutup juga dinyatakan dalam iklan tender.

Terdapat tiga jenis iklan tender yang lazim terdapat dalam akhbar harian

utama iaitu :

a. Iklan tender terbuka

b. Iklan tender terhad

c. Iklan tender prakelayakan

Iklan tender terbuka dilakukan untuk mendapat persaingan yang

maksimum kerana peluang menyertai tender tidak terhad kepada jumlah

kontraktor.

Iklan tender terhad dikeluarkan untuk mempelawa kontraktor daripada

kelas-kelas tertentu sahaja. Persaingan merebut tawaran kurang dan peluang

untuk memperolehi tender agak tinggi.

Iklan tender prakelayakan pula dikeluarkan untuk mempelawa

kontraktor yang telah mengisi borang prakelayakan menyertai tawaran. Tender

ini memerlukan pengalaman, kepakaran, memiliki mesin dan alat terkini serta

kewangan yang kukuh.

Rajah 2.4A, 2.4B dan 2.4C, menunjukkan contoh iklan tender terbuka,

iklan tender prakelayakan dan iklan tender terhad.

JEMPUTAN TENDER (TENDER INVITATION)

Jemputan tender merangkumi proses membaca iklan di media cetak

atau media elektronik dan pengambilan dokumen tender setelah dokumen

dilengkapkan. Kontraktor perlu mendapatkan dokumen tender dalam tempoh

yang ditetapkan oleh klien.

Page 2 of 7

Page 3: Unit 1 tender 1.4-1.5

Lampiran DPP B2(b)-1

Dokumen tender hendaklah dilengkapkan dengan merujuk kepada

dokumen meja tender. Setelah dilengkapkan, dokumen tersebut hendaklah

dimasukkan ke dalam peti tender yang disediakan oleh klien sebelum tarikh tutup

tender seperti yang telah dinyatakan dalam iklan.

2.4.2 PEMILIHAN TENDER (TENDER SELECTION)

Sebaik sahaja tender ditutup, Jawatankuasa Pembuka Tender akan

bersidang untuk membuka peti tender. Pembukaan peti tender dilakukan oleh

sekurang-kurangnya dua orang pegawai dan seorang daripadanya hendaklah

berjawatan profesional atau daripada kumpulan pengurusan.

Jawatankuasa Pembuka Tender akan menyenaraikan penyertaan

kontraktor mengikut harga yang ditawarkan daripada harga yang paling tinggi

kepada harga yang paling rendah.

Senarai penyertaan dan dokumen tender diserahkan kepada Panel Penilai Tender atau Pegawai Analisa. Panel Penilai Tender bertanggungjawab

menilai setiap dokumen tender yang diterima. Dokumen tender yang telah

diterima akan disemak dan dianalisis. Setelah dianalisis, Panel Penilai Tender ini

menyediakan laporan dan memberi cadangan untuk mempertimbangkan

kontraktor yang layak dipilih.

Laporan ini diserahkan kepada Lembaga Perolehan atau Lembaga Tender untuk membuat pemilihan. Penilaian ke atas tender kerja dijalankan

dalam dua peringkat, iaitu :

a. Penilaian Peringkat Pertama

b. Penilaian Peringkat Kedua

a. PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA

Penilaian peringkat pertama dilakukan ke atas tender terendah

sehingga beberapa tender dalam lingkungan harga yang munasabah. Pada

peringkat ini tender perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

i. Kesempurnaan TenderTender mesti lengkap dan bebas daripada aspek kecacatan dari

segi undang-undang. Tender hendaklah sempurna dan

munasabah serta mematuhi amalan biasa peraturan tender.

Page 3 of 7

Page 4: Unit 1 tender 1.4-1.5

Lampiran DPP B2(b)-1

ii. Kedudukan Kewangan Yang MemuaskanKontraktor hendaklah mengemukakan bukti bahawa mereka

mempunyai kedudukan kewangan yang memuaskan untuk

melaksanakan projek.

iii. Prestasi Kerja Semasa Yang MemuaskanKontraktor tidak boleh mempunyai rekod kerja yang buruk

sebelum ini seperti memperoleh laporan prestasi buruk, gagal

menyiapkan projek atau menghadapi tindakan penamatan kerja.

Kontraktor yang tidak mematuhi syarat tender di atas akan gagal menurut

penilaian peringkat pertama dan tidak layak diberi pertimbangan seterusnya.

b. PENILAIAN PERINGKAT KEDUA

Penilaian peringkat kedua hanya dibuat ke atas beberapa tender yang

lulus penilaian peringkat pertama. Kriteria berikut digunakan bagi menentukan

tender yang paling layak untuk dipertimbangkan :

i. Harga TenderHarga tender yang dikemukakan oleh kontraktor akan

dibandingkan dengan anggaran jabatan yang disediakan oleh

Juruukur Bahan. Anggaran jabatan hendaklah terlebih dahulu

dipastikan kewajarannya.

ii. PengalamanPengalaman merupakan aspek penting untuk dinilai dalam

peringkat kedua. Jika harga tender yang dinyatakan oleh

kontraktor adalah rendah, kontraktor perlu memiliki rekod kerja

yang cemerlang dalam menyiapkan projek serupa sebelum ini.

iii. Prestasi Kerja SemasaKerja semasa ialah projek lain yang belum disahkan siap pada

tarikh tutup tender. Prestasi kerja semasa kontraktor akan

dikategorikan seperti berikut :

Cemerlang – Pencapaian kemajuan sebenar melebihi jadual

perancangan

Memuaskan – Pencapaian kemajuan sebenar mencapai

perancangan @ lewat drpd jadual perancangan.

Page 4 of 7

Page 5: Unit 1 tender 1.4-1.5

Lampiran DPP B2(b)-1

Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan laporan

daripada Pegawai Penguasa (P.P) atau Jurutera yang menyelia

projek tersebut.

iv. Kakitangan TeknikalFaktor ini dinilai berasaskan kepada bilangan kakitangan teknikal

yang mencukupi berbanding dengan bilangan “Anggaran Keperluan Minimum” kakitangan teknikal yang perlu untuk

menjalankan projek dengan memuaskan.

v. Loji Kuari dan KilangSekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang ditetapkan

oleh “Anggaran Keperluan Minimum” tetapi kontraktor didapati

mempunyai kuari, kilang dan sebagainya yang menyokong harga

tendernya, maka kontraktor tersebut boleh dipertimbangkan.

Kesemua analisis dan penilaian dimasukkan ke dalam laporan

tender untuk dikemukakan kepada Panel Penilaian Tender untuk

dibuat pertimbangan.

2.4.3 PENERIMAAN TENDER (TENDER ACCEPTANCE)

Sejurus proses pemilihan tender selesai, kontraktor yang layak akan

dianugerahkan tender. Serentak dengan itu, surat penerimaan tender akan

dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya. Surat ini mengandungi butir-butir

tentang kontrak, harga tender, tarikh mula kerja, jumlah wang cagaran serta

polisi insurans yang perlu diambil.

Kontraktor tersebut perlu menyerahkan semula surat setuju terima dalam

tempoh yang ditetapkan oleh klien. Selepas itu, perjanjian atau kontrak akan

ditandatangani oleh kontraktor dan klien mengikut syarat-syarat yang telah

dinyatakan dalam dokumen tender.

Page 5 of 7

Page 6: Unit 1 tender 1.4-1.5

Lampiran DPP B2(b)-1

Page 6 of 7

Rajah 2.4C Iklan Tender Terhad

Rajah 2.4B Iklan Tender PrakelayakanRajah 2.4A Iklan Tender Terbuka

Page 7: Unit 1 tender 1.4-1.5

Lampiran DPP B2(b)-1

EXERCISE 5.0

1. Nyatakan empat (4) proses tender?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan iklan tender dan namakan tiga (3) jenis

tender yang biasa diiklankan di akhbar harian utama?

3. Jelaskan maksud jemputan tender?

4. Bagaimanakah sesuatu tender itu dipilih?

5. Huraikan peringkat penilaian pertama ke atas tender?

6. Jelaskan peringkat penilaian kedua ke atas tender?

7. Terangkan bagaimanakah proses penerimaan tender itu dibuat?

REFERENCE :

1. Teacher’s handout

2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 – Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof,

Abdul Aziz Abu Bakar (DBP)

3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 – Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)

4. Aturcara Kontrak & Taksiran – Uzairi Hj. Saidin (IBS)

5. Nota JKR (IKRAM)

Page 7 of 7