SYARIKAT

download SYARIKAT

of 42

Transcript of SYARIKAT

SYARIKATAaron poh Dveyia Ringgit Noria Susan

SYARIKAT Syarikat berhad -Syarikat berhad terbahagi kepada dua iaitu syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad - Syarikat sendirian berhad mempunyai bilangan ahli atau lebih dikenali sebagai pemegang saham adalah seramai 2 hingga 50 orang.

-kedua-dua syarikat ini membuat pendaftaran di pejabat pendaftaran syarikat berdasarkan segala syarat yang termaktub di bawah Akta syarikat , 1956. -semasa pendaftaran semua syarikat perlu mengisi dokuman khas berserta Tatawujud syarikat dan Tataurus syarikat. -

syarikat juga dikehendaki membayar yuran pendaftaran perniagaan gantung pada jumlah modal dibenarkan yang akan didaftarkan.

Tatawujud Syarikat -mengandungi butiran seperti nama syarikat, tujuan penubuhan, dan butirbutir saham. Tataurus Syarikat -mengandungi butiran seperti butiran prosedur penerbitan saham, pelantikan pengarah dan penyediaan laporan kewangan.

Pengurusan syarikat -Pemegang saham yang memiliki saham 51% atau saham terbesar dalam syarikat berhak menjadi Pengarah Urusan Syarikat . -Pengarah Urusan Syarikat memiliki kuasa dalam membuat keputusan dan pengurusan syarikat.

-Pemegang saham bagi kedua-dua syarikat akan menerima pulangan dalam bentuk dividen akan ditentukan berdasarkan jumlah keuntungan perniagaan.

Syarikat Sendirian Berhad -Pemegang saham hanya boleh menjual dan memindahkan saham jika ada persetujuan daripada pemegang saham yang lain.

-Pihak pengurusan syarikat perlu memastikan penyata kewangan syarikat diperiksa dan diaudit oleh juruaudit luar sebelum dihantar kpd pendaftar

Syarikat Awam Berhad -Pemegang saham bebas untuk menjual beli saham di bursa saham tanpa sebarang sekatan. -Laporan audit dan penyata kewangan yang telah diauditkan perlu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai melalui surat khabar atau jurnal.

PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DENGAN SYARIKAT AWAM BERHAD

DIMENSI

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

SYARIKAT AWAM BERHAD Perkataan Awam Berhad ((M) Bhd.) Pada penghujung nama syarikat

NAMA

Bilangan pemegang saham

Perkataan Sendirian Berhad pada penghujung nama syarikat 2 orang tetapi tidak boleh melebihi 50 orang

Sekurangkurangnya 2 orang .

Dimensi

Syarikat sendirian berhad Ahli keluarga terdekat, saudara mara atau rakan Dibawah tanggungjaw ab pemegang saham terutama pemegang saham majoriti

Syarikat awam berhad Orang ramai yang berminat untuk melabur Dibawah tanggungjaw ab pemegang saham majoriti@ orang luar yang merupakan golongan profesional

Pemilik saham

Pengurusan perniagaan

Dimensi Pemindaha n Hak milik saham

Syarikat sendirian Berhad Perlu mendapatkan persetujuan daripada pemegang saham

Penyenaraia n saham di bursa saham

Tidak dibenarkan menyenaraika n saham di bursa saham

Syarikat Awam Berhad Saham bebas dijual kepada sesiapa sahaja tanpa ada sebarang persetujuan daripada pemegang saham Saham syarikat boleh disenaraikan di bursa saham

Kebaikan Dan Keburukan syarikat

Kebaikan syarikat

1) Modal yang besar dapat dikumpulkan melalui sumbangan pemegang saham yang ramai

2) Pemegang saham menanggung liability terhad: harta peribadi mereka tidak boleh dituntut oleh pemiutang.

3) Syarikat mampu menggaji pekerja berkemahiran untuk menguruskan perniagaan.

4) Mudah mendapat bantuan kewangan daripada institusi kewangan disebabkan keyakinan dan kepercayaan tinggi terhadap reputasi perniagaan

5) Perniagaan syarikat masih boleh diteruskan walaupun ada pemegang saham yang meninggal dunia, hilang upaya atau menarik diri

Keburukan syarikat

1) Pemegang saham dan pengurusan syarikat dianggap sebagai dua pihak yang terpisah iaitu boleh mendakwa dan didakwa.

2) Terikat pada syarat-syarat ketat di bawah Akta Syarikat, 1965, misalnya perlu menyerahkan tataurus syarikat semasa pendaftaran.

3) Dikenakan cukai yang tinggi, iaitu 28% daripada jumlah keuntungan perniagaan.

4) Penubuhan syarikat melibatkan kos yang tinggi

5) Penyata kewangan perlu diaudit dan dihantar kepada pendaftar syarikat dan pihak lain bagi tujuan penaksiran cukai.

KOPERASI

KOPERASI Koperasi merujuk kepada suatu entiti perniagaan yang harus mempunyai sekurang-kurangnya 100 orang ahli untukdidaftarkan Koperasi bertujuan untuk meningkatkan kebajikan ekonomi sosial ahlinya

Pendaftaran Koperasi perlu membuat pendaftaran di pejabat pendaftaran koperasi berdasarkan segala syarat yang ditetapkan di bawak Akta koperasi, 1995. Jawatankuasa Penaja perlu dilantik dalam koperasi yang terdiri daripada 10 orang ahli.

Fungsi Jawatankuasa Penaja ialah membentuk undang-undang kecil, menentukan jenis dan aktiviti yang akan dijalankan serta mencari 100orang ahli sebelum mendaftar. Satu mesyuarat penubuhan perludiadakan yang dihadiri oleh 100orang ahli .

Dalam mesyuarat tersebut , pihak pengurusan koperasi akan meluluskan undang-undang kecil dan melantik ahli jawatankuasa koperasi . Koperasi perlu menyertakan borand pendaftaran, dokumen seperti minit mesyuarat penubuhan , salinan naskhah undang-undang kecik dan senarai ahli jawatankuasa koperasi

Pengurusan koperasi dijalankan oleh ahli lembaga koperasi yang dipilih melalui proses demokrasi atau secara undian. Semua ahli mempunyai hak sama ada untuk dipilih atau memilih. Untuk memilih semua ahli mempunyai satu undian tanpa mengira jumlah pegangan saham .

KEBAIKAN & KEBURUKAN KOPERASI

KEBAIKAN KOPERASI

1. Mudah menjadi ahli . 2. Mendapat sokongan daripada pihak kerajaan kerana motifnya membantu rakyat. 3. Mengamalkan konsep kesamarataan yang menggalakkan ahlinya untuk berhubung antara satu sama lain.

4. Ahli dapat menikmati pelbagai faedah melalui keanggotaan koperasi dan koperasi induk 5. Koperasi dikecualikan dari cukai keuntungan

KEBURUKAN KOPERASI

1. Pengurusan yang lemah disebabkan kekurangan pengalaman berniaga dan pertukaran ahli lembaga yang kerap. 2. Tidak bebas bertindak kerana di bawak penyeliaan ketat jabatan pendaftaran koperasi.

3. Pengurusan koperasi mungkin akan dimanipulasi oleh individu yang mempunyai kepentingan peribadi. 4. Ramai ahli koperasi mungkin tidak aktif sehingga menyebabkan matlamat koperasi tidak tercapai.

5. Ketidaan insentif keuntungan menyebabkan ahli tidak mempunyai motivasi untuk bekerj kuat sehingga banyak aktiviti tidak dapat dijalankan.

SEKIAN TERIMA KASIH