ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan...

36
Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408 Shariah Journal, Vol. 17, No. 2 (2009) 373-408 Senior Lecturer, Department of Syariah, Faculty of Islamic Contemporary Studies, Darul Iman University of Malaysia, [email protected] ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL-MU‘AMALAT AL-MALIYYAH AL-MU‘ASIRAH OLEH QAL‘AHJI Basri Ibrahim ABSTRACT Muamalah is an important element in a business entity and evolves from time to time. There are numerous issues that have emerged in this century and some of them were practiced by Islamic banks and there are also some of them that were elaborated by many outstanding ulama. One of the ulamas is Qal‘ahji in his work titled al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah. His elaboration on the issues of muamalah is very interesting based on the strength of its dalil and consideration to the public interest of the community (maslahah ummah), emergency situation as well as ijtihad ijmai performed by a few organizations of Academy of Fiqh Islam were taken accordingly. Keywords: mu‘amalat, mudarabah, bay‘ bi thaman al-ajil, bond, interest

Transcript of ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan...

Page 1: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

373

Shariah Journal, Vol. 17, No. 2 (2009) 373-408

∗ Senior Lecturer, Department of Syariah, Faculty of Islamic Contemporary Studies, Darul Iman University of Malaysia, [email protected]

ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL-MU‘AMALAT AL-MALIYYAH

AL-MU‘ASIRAH OLEH QAL‘AHJI

Basri Ibrahim∗

ABSTRACT

Muamalah is an important element in a business entity and evolves from time to time. There are numerous issues that have emerged in this century and some of them were practiced by Islamic banks and there are also some of them that were elaborated by many outstanding ulama. One of the ulamas is Qal‘ahji in his work titled al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah. His elaboration on the issues of muamalah is very interesting based on the strength of its dalil and consideration to the public interest of the community (maslahah ummah), emergency situation as well as ijtihad ijma‘i performed by a few organizations of Academy of Fiqh Islam were taken accordingly.

Keywords: mu‘amalat, mudarabah, bay‘ bi thaman al-ajil, bond, interest

Book 1.indb 373 5/26/2010 12:27:09 PM

Page 2: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

374

PENDAHULUAN

Muamalat Islam merupakan salah satu lapangan perundangan Islam. Akhir-akhir ini ia menarik perhatian bukan sahaja bank-bank Islam, bahkan juga bank-bank konvesional. Banyak bank memperkenalkan produk yang berlandaskan syariah dan mendapat sambutan hangat daripada umat Islam. Ia melibatkan banyak isu baru dan semasa. Memandangkan isu-isu ini penting kepada masyarakat Islam, kerana melibatkan persoalan halal dan haram, para ulama telah mengambil inisiatif membahaskan isu-isu baru tersebut samada secara individu mahupun berkumpulan sebagaimana yang berlaku dalam Majma‘al-Fiqh al-Islami bagi melihat sejauh manakah ia menepati syariah ataupun tidak. Salah satu perbahasan yang menarik berkaitan dengan isu ini ialah yang terdapat dalam buku al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah oleh Qal‘ahji.

Antara persoalan penting yang berkaitan dengan penulisan ini ialah mengupas isu-isu muamalat semasa yang dimuatkan dalam buku al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah bagi melihat kesesuaian isu-isu tersebut dengan keadaan perkembangan masa kini atau sebaliknya.

Objektif penulisan ini adalah untuk menjelaskan isu-isu muamalah semasa dalam buku al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah dan bagaimana pengarangnya mengupas mengikut kesesuaiannya dengan keadaan semasa.

Penulis melihat kajian ini penting kerana dapat memberi kefahaman yang besar kepada umat Islam di negara ini khususnya institusi perbankan yang mengamalkan produk-produk berteraskan syariah, pakar-pakar kewangan Islam, pelajar-pelajar bidang pengajian Islam, pegawai-pegawai agama dan seumpamanya.

Penulisan tentang isu-isu muamalah semasa banyak diutarakan oleh oleh tokoh-tokoh terkemuka Islam masa kini seperti Muhammad ‘Uthman Syibir dalam al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi al-Fiqh al-Islami (1996), Muhammad ‘Uthman Syibir dan lain-lain dalam Abhath Fiqhiyyah Fi Qadaya al-Zakah al-Mu‘asirah (2000), Mustafa al-Zarqa’ dalam buku Fatawa (2001) dan lain-lain. Buku-buku ini membahaskan berbagai-bagai tajuk berkaitan dengan isu-isu muamalat semasa, tetapi perbahasannya agak panjang dan terperinci dan lebih sesuai kepada para pelajar di peringkat pascasiswazah. Sebaliknya isu-isu muamalat yang dibentangkan dalam buku al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah oleh Qal‘ahji, dalam bentuk yang ringkas, padat, menarik dan sesuai untuk menjadi tatapan para

Book 1.indb 374 5/26/2010 12:27:10 PM

Page 3: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

375

pelajar dalam program Diploma, peringkat Sarjana Muda dan orang awam. Isu-isu yang dibentangkan adalah menyeluruh dan sangat baik untuk menjadi rujukan kepada umat Islam di negara ini.

Data yang diperolehi dalam penulisan ini adalah berdasarkan buku al-Mu‘amalat al-Maliyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah oleh Qal‘ahji dan lain-lain buku muamalat, di samping buku-buku fiqh muktabar dari kalangan mazhab empat dan lain-lain.

LATAR BELAKANG BUKU AL-MU‘AMALAT AL-MALIYYAH AL-MU‘ASIRAH FI DAW’I AL-FIQH WA AL-SHARI‘AH

Buku ini dihasilkan sebagai satu bentuk pengemaskinian manhaj pengajaran berkaitan dengan muamalat oleh universiti-universiti di timur tengah supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa. Ia bertujuan menyelesaikan persoalan-persoalan muamalat semasa dan melatih pelajar yang bakal menjadi ulama fiqh pada masa akan datang, menyelesaikan persoalan-persoalan baru yang berkaitan dengan muamalat dan mengeluarkan hukum-hukum yang berkaitan dengannya. Ia juga dihasilkan dengan tujuan memudahkan para pelajar mengikuti perbahasan yang terkandung di dalamnya. Maklumat yang diperolehi oleh pengarang dalam menghasilkan buku ini dikumpulkan daripada kertas penyelidikan yang dikemukakan oleh pakar-pakar terkemuka dalam lapangan muamalat kepada Akademi Fiqh dan juga dari kertas-kertas penyelidikan dan tesis di peringkat sarjana dan doktor falsafah yang dikelolakan oleh pengarang sendiri. Selain daripada itu pengarang juga mengambil maklumat daripada buku-buku fiqh klasik dan melakukan ijtihad sendiri.1 Buku ini dihasilkan pada tahun 1999 dan dicetak oleh Dar al-Nafa’is, Jordan.

Kandungan buku al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Prinsip-Prinsip Umum Muamalat Islam Dalam bahagian ini perbincangan tertumpu kepada prinsip-prinsip

umum yang biasa digunakan dalam muamalat seperti asal dalam muamalat adalah harus, objektif muamalat Islam seperti menawarkan barangan dengan harga yang murah kepada pengguna, tidak melibatkan barangan yang tidak diiktiraf oleh syarak, tidak memonopoli barangan, mengambil sikap memudahkan dan bertoleransi dan lain-lain.

1 Qal‘ahji, Muhammad Rawwas (1999), al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah, al-Urdun: Dar al-Nafa’is, hh. 8-9.

Book 1.indb 375 5/26/2010 12:27:10 PM

Page 4: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

376

2. Harta Dalam bahagian ini perbahasan tertumpu kepada definisi harta,

kewajipan menjaga harta, mata wang, definsisi mata wang, kemunculan mata wang, jenis-jenis mata wang, nilai mata wang, pengeluaran mata wang, menjual mata wang dengan mata wang dan lain-lain.

3. Perbankan Bahagian ini membahaskan tentang perbankan dan jenis-jenisnya,

perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan hutang, pembukaan akaun, kad kredit dan isu-isu yang berkaitan.

4. Hak-Hak Maknawi, Kontrak Istisna’ dan Jualan Lelong Dalam bahagian ini perbahasan tertumpu kepada hak-hak yang

berkaitan dengan karangan, hak cipta, hak memiliki nama dagangan dan hak mengosongkan premis sewaan dan perniagaan, kedudukan sebenar kontrak Istisna’, jualan lelong dan isu-isu yang berkaitan.

5. Insurans Dalam bahagian ini perbahasan tertumpu kepada sejarah kemunculan

insurans, falsafah insurans, kedudukan insurans dalam Islam, jenis-jenis insurans, insurans kerjasama, insurans kesihatan, insurans perdagangan dan juga insurans semula.

LATAR BELAKANG PENGARANG

Pengarang buku ini ialah Muhammad Rawwas Qal‘ahji. Beliau merupakan seorang tokoh sarjana Islam yang tidak kurang keilmuannya dalam perundangan Islam berbanding dengan tokoh-tokoh besar dan tersohor dunia Islam masa kini seperti al-Qaradawi, Ramadan al-Buti, al-Tantawi, ‘Abd al-Karim Zaydan, al-Zindani dan lain-lain. Beliau dilahirkan di Halab dalam tahun 1934 dan menghabiskan masa menuntut ilmu di peringkat sekolah menengah di Halab kemudian menyambung pelajaran sehingga ke peringkat pasca siswazah di Fakulti Shariah dan Undang-undang di Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau menghasilkan sekitar 80 buah karya. Antara yang terbesar ialah buku-buku berbentuk ensiklopedia fiqh salaf seperti Mawsu‘ah Fiqh Abi Bakr, Mawsu‘ah Fiqh `Umar, Mawsu‘ah Fiqh ‘Uthman bin ‘Affan, Mawsu‘ah Fiqh ‘Ali bin Abi Talib, Mawsu‘ah Fiqh A‘isyah, Mawsu‘ah Fiqh ‘Abdillah bin Mas‘ud, Mawsu‘ah Fiqh ‘Abdillah bin ‘Umar dan lain-lain. Beliau juga menghasilkan karya-karya yang lain yang menyentuh tentang isu-isu semasa yang tidak kurang mutunya seperti al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah

Book 1.indb 376 5/26/2010 12:27:10 PM

Page 5: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

377

dalam dua jilid, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah, Mu‘jam Lughah al-Fuqaha’, Fiqh al-Mar’ah Bayna Fuqaha’ al-Rijali Wa Faqihat al-Nisa’, Malamih al-Suluk al-Qiyadi ‘Inda `Umar bin al-Khattab dan lain-lain. Beliau juga banyak menulis makalah dan artikel yang dimuatkan dalam beberapa majalah di Timur Tengah.

Antara guru beliau yang terkenal di Halab ialah Shaykh al-Muhaddith Muhammad Raghib al-Tabbakh al-Halabi, seorang tokoh ulama yang terkenal dalam bidang hadis dan Shaykh al-Allamah al-Faqih Muhammad al-Muntasar al-Kattani al-Maghribi.

Beliau mendapat anugerah pertama kecemerlangan ilmu peringkat antarabangsa daripada kerajaan Arab Saudi, pakar Ensaiklopedia Fiqh di Kuwait, anggota Akademi Fiqh Antarabangsa, Anggota Kehormat Akademi Fiqh India, pembantu Profesor di Universiti al-Malik Fahad, Profesor di Universiti al-Malik Su‘ud, Profesor di Universiti Kuwait dan lain-lain.2

ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL-MU‘AMALAT AL-MALIYYAH AL-MU‘ASIRAH

Banyak kupasan mengenai isu-isu muamalat yang dibuat oleh Qal‘ahji dalam karyanya al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah Fi Daw’i al-Fiqh Wa al-Shari‘ah. Walau bagaimanapun tidak semua isu-isu tersebut disentuh di sini, sebaliknya beberapa isu pilihan sahaja akan dikemukakan. Antaranya:

Menyimpan Wang Di Bank Riba Kerana Keadaan Terpaksa Dan Keperluan Mengambil Faedah

Qal‘ahji mengharuskan kepada seseorang Islam menyimpan wang di bank riba, kalau di negara atau negerinya benar-benar tidak ada bank Islam, kerana meraikan keadaan darurat3. Berhubung dengan riba yang diberikan oleh pihak bank dari simpanan yang dibuat itu, Qal’ahji berpendapat harus mengambilnya tetapi tidak boleh mencampurkannya dengan harta sendiri, sebaliknya dibelanjakan kepada kepentingan umum orang-orang Islam, kerana bagi beliau ulama fiqh sepakat, tidak ada golongan yang berhak menggunakan harta haram, sebaliknya hendaklah dibelanjakan kepada kepentingan kaum Muslimin. Kedudukannya tidak ubah seperti harta yang dirampas, riba, upah pelacuran,

2 Hiwar Ma‘a al-‘Allamah al-Faqih al-Duktur Muhammad Rawwas Qal‘ahji, http://www.shathraat.com/, 28 Jun 2009.

3 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 51.

Book 1.indb 377 5/26/2010 12:27:10 PM

Page 6: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

378

sewa rumah, aktiviti fasik, membuat patung dan lain-lain. Perbelanjaan ini bukannya sedekah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya merupakan sedekah untuk mengelakkan dosa.4 Perumpamaan harta ini tidak ubah seperti bara api yang berada pada tangan seorang lelaki, yang tidak ada tempat untuk meletakkan bara itu. Jika digenggam, akan menyebabkan tangannya terbakar dan jika diberikan kepada orang lain – yang memerlukan kepada wang – boleh memadamkannya.5

Beliau menolak anggapan sesetengah orang yang menyatakan tidak boleh memberikan harta riba kepada golongan fakir dan miskin kerana riba yang diambil oleh penyimpan daripada bank, adalah haram ke atas diri yang terlibat sahaja, tetapi halal diberikan kepada orang lain yang berhajat. Kerana orang yang berhajat itu mengambilnya dengan sebab, yang tidak sama dengan sebab yang diambil oleh penyimpan. Kaedah fiqh menyatakan: Pertukaran sebab pemilikan mengambil tempat pertukaran zat.6

Asal kaedah ini diambil daripada hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a katanya:

ودخل رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يوما بيت عائشة وعلى النار برمة تفور فدعا بالغداء فأتي بخبز وأدم البيت فقال ألم أر لحما قالوا بلى يا رسول اهلل ولكنه لحم

تصدق به على بريرة فأهدته لنا فقال هو صدقة عليها وهدية لنا

“Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumah. Pada masa itu, di dapur periuk sedang mendidih. Baginda meminta dibawakan makanan tengahari. Lalu dibawakan kepada baginda s.a.w sekeping roti dan lauk yang biasa dimakan di rumah itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Tidakkah saya melihat periuk sedang mendidih di atas api? Para sahabat menyatakan: Ya Rasulullah, tetapi ia mengandungi daging yang disedekahkan kepada Burayrah dan Burayrah telah menghadiahkannya kepada kami, sedangkan tuan tidak memakan sedekah. Sabda Rasulullah s.a.w; Daging itu menjadi sedekah kepadanya tetapi menjadi hadiah kepada kita.”7

4 Ibid.5 Ibid., hh. 51-52.6 Ibid. 7 Al-Bukhari, Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim (1991), Sahih al-Bukhari, “Kitab

al-At‘imah”, hadis no. 5431, jil. 6, Bayrut: Dar al-Fikr, h. 256.

Book 1.indb 378 5/26/2010 12:27:10 PM

Page 7: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

379

Kupasan yang dibuat oleh Qal‘ahji berkaitan dengan keharusan menyimpan wang dalam bank riba bagi mereka yang berada dalam situasi darurah di atas, kerana tidak ada perbankan Islam di tempatnya, bukan satu perkara baru, bahkan pernah dibuat oleh tokoh-tokoh besar sebelum daripada beliau seperti al-Zarqa’8 dan Burhan al-Din al-Sanbahili9, manakala keharusan mengambil faedah dari simpanan wang dibuat itu dan diberikan kepada golongan fakir miskin telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh ulama terdahulu seperti al-Qurtubi10, Ibn Taimiyyah11, Ibn al-Qayyim12 dan lain-lain. Pandangan ini lebih memudahkan umat Islam dan menepati roh al-Qur’an. Firman Allah s.w.t:

“(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…..”

(Surah al-Baqarah, 2: 185)

Firman Allah s.w.t:

“….Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Ma’idah, 5: 3)

8 Al-Zarqa’, Mustafa (2001), Fatawa. ed. 2. Dimashq: Dar al-Qalam, h. 586.9 Al-Sanbahili, Burhan al-Din (1988), Qadaya Fiqhiyyah Mu‘asirah. Dimashq: Dar

al-Qalam, hh. 20-21.10 Al-Qurtubi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari (1967), al-Jami‘ Li

Ahkam al-Qur’an, jil. 3, Dar al-Kitab Al-‘Arabi, h. 366.11 Ibn Taymiyyah, Ahmad Taqiy al-Din (1398H), Majmu‘ Fatawa, jil. 29, Lubnan:

Dar al-‘Arabiyyah Li al-Tiba‘ah Wa al-Nashri, hh. 307-309.12 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abu Bakr (1405H), Zad al-Ma‘ad, jil. 5, Kuwayt:

Maktabah al-Manar al-Islamiyyah, h. 778.

Book 1.indb 379 5/26/2010 12:27:11 PM

Page 8: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

380

Membeli Saham Syarikat Yang Berurusan Dengan Riba

Para ulama berselisih pendapat dari segi keharusan membeli saham-saham yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang mana tujuan asal penubuhannya berteraskan urus niaga halal tetapi kadang-kadang berurusan dengan riba. Qal‘ahji berpendapat berurusan dengan syarikat yang berurusan dengan riba seumpama ini adalah harus, kerana tidak ada sebuah syarikat besar hari ini yang tidak menyimpan wang di bank, kerana para pengaudit tidak dapat menanggung harta yang lebih, sekiranya dikekalkan dalam simpanan syarikat.13

Tambahan pula, kalau diharamkan pembelian saham syarikat-syarikat ini, sudah tentu syarikat-syarikat besar keseluruhannya akan jatuh ke tangan orang-orang fasik dan kafir dan ekonomi pula berada di tangan mereka. Akibatnya, sudah tentu akan mendatangkan kerosakan kepada negara. Berinteraksi dengan riba dalam syarikat-syarikat ini walaupun haram, tetapi hanya mengikut benda lain sahaja dan bukannya benda yang asal. Benda yang mengikut benda lain tidak bebas memiliki hukum sendiri, tidak sebagaimana benda yang asal.14

Tetapi wajib kepada orang yang memiliki saham-saham dalam syarikat-syarikat ini, melakukan proses menghalal dengan cara mengeluarkan bahagian yang pada tanggapannya, telah dimasuki oleh riba dengan cara membelanjakannya kepada kepentingan orang-orang Islam. Qal‘ahji berhujah dengan keputusan yang dibuat oleh Nadwah Pasaran Harta dari perspektif Islam yang berlangsung di Rabat al-Maghribi bertarikh 20-24/4/1410H yang menegaskan:

“Berhubung memiliki atau menukar tangan saham-saham syarikat-syarikat yang tujuannya asalnya adalah halal, tetapi kadang-kadang berurusan dengan riba, dengan meminjam harta atau menyimpannya dan mengambil kadar faedah tertentu, hukumnya adalah harus memandangkan tujuan asalnya adalah betul”.15

Kupasan yang dibuat oleh Qal‘ahji di atas, turut dikupas oleh beberapa tokoh ulama semasa seperti Mustafa al-Zarqa’ dan lembaga pengawasan Syariah Yayasan al-Rajihi yang mengharuskan umat Islam membeli saham-saham syarikat yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat umum

13 Qal‘ahji (1999), op.cit., hh. 59-60. 14 Al-Suyuti, ‘Abd al-Rahman (t.t), al-Ashbah Wa al-Naza’ir. Misr: Maktabah ‘Isa al-

Babi al-Halabi, h. 130; al-Nadawi, ‘Ali Ahmad (1986), al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah, Dimashq: Dar al-Qalam, h. 145.

15 Majallah Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Jeddah, bil. 2, h. 1658 dan selepasnya.

Book 1.indb 380 5/26/2010 12:27:11 PM

Page 9: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

381

seperti syarikat eletrik, pengangkutan dan seumpamanya yang menimbulkan kesukaran kepada masyarakat kalau tidak ada syarikat seumpama-seumpama ini dan tidak merangkumi semua jenis syarikat. Ini kerana sekiranya modal milik individu dan juga negara tidak dapat memenuhi keperluan umum umat Islam, dananya wajib diwujudkan melalui syarikat-syarikat saham yang kadang-kadang berinteraksi dengan riba dalam menyimpan hartanya dan membuat pinjaman berteraskan riba daripada beberapa institusi kewangan. Ini bertujuan mengelakkan umat Islam dari berada dalam kesukaran di tambah pula dengan keadaan zaman yang sudahpun mengalami banyak kerosakan. Dalam zaman yang banyak berlaku kerosakan, kefasikan bermaharajelela dan keadilan jarang wujud, ulama mengharuskan menerima persaksian orang yang tidak memiliki sifat adil, agar proses penghakiman tidak tergendala. Walau bagaimanapun pelabur perlu melakukan proses membersihkan harta daripada harta haram yang masuk ke dalam hasil pelaburannya itu dan tidak boleh diambil manfaat oleh diri sendiri sebaliknya perlu diberikan kepada golongan fakir dan yang berhak. 16

Rasulullah s.a.w sendiri berkongsi dengan orang-orang Yahudi Khaybar untuk menubuhkan sebuah syarikat pertanian di kawasan tersebut. Rasulullah s.a.w mengemukakan modal berbentuk tanah dan telaga air, manakala orang-orang Yahudi mengemukakan harta dan pengalaman dalam menguruskan tanah-tanah pertanian. Baginda s.a.w bersetuju dengan pembahagian keuntungan sebanyak 50 peratus untuk setiap pihak, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis riwayat Ibn ‘Umar r.a:

دفع إلى يهود خيبر نخل خيبروأرضها على أن يعتملوها من أموالهم ولرسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم شطر ثمرها

“Rasulullah s.a.w menyerahkan kepada Yahudi Khaybar pokok-pokok tamar Khaybar dan tanah-tanahnya agar mereka dapat menguruskannya dengan menggunakan harta-harta mereka. Rasulullah memperolehi separuh daripada hasil buah-buahannya.”17

Sebagaimana yang diketahui orang-orang Yahudi adalah golongan yang tidak menjauhkan diri daripada harta yang haram sebagaimana yang banyak dilihat dalam nas-nas syarak dan bukti-bukti yang berkaitan dengannya. Sekiranya berinteraksi dan berkongsi modal dengan mereka adalah haram, sudah tentu

16 Syibir, Muhammad ‘Uthman (1996), al-Mu‘amalat al-Maliyah al-Mu‘asirah Fi al-Fiqh al-Islami. Urdun: Dar al-Nafa’is, hh. 170-171.

17 Muslim, Muslim Bin Hajjaj (t.t). Sahih Muslim, Kitab al-Musaqah, jil. 5, Bayrut: Dar al-Fikr, h. 212.

Book 1.indb 381 5/26/2010 12:27:11 PM

Page 10: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

382

manusia yang pertama mengelakkan diri daripadanya ialah Rasulullah s.a.w. Sekiranya meninggalkan berinteraksi dengan syarikat seumpama itu lebih utama ditinggalkan, sudah tentu Rasulullah s.a.w merupakan orang yang pertama sekali meninggalkannya, malah syarikat yang ditubuhkan oleh baginda itu kekal sehingga ke zaman pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a. Selain daripada itu, maslahah penubuhan syarikat tersebut kepada umat Islam adalah merupakan maslahah yang diambilkira. Syarak mengambil sikap toleransi ke atas kerosakan yang sedikit demi meraih kemaslahatan yang lebih besar. Menurut Ibn Taymiyyah, ia termasuk ke dalam ertikata menghasilkan salah satu daripada dua kemaslahatan yang lebih besar dengan meluputkan kemaslahatan yang kurang besar dan membendung kemudaratan yang lebih besar dengan melakukan kemudaratan yang kecil.18

Tambahan pula perkara haram yang terdapat dalam pelaburan syarikat berkenaan hanyalah bersifat ikutan sahaja dan bukannya sebagai asas dan ia dimaafkan, sebagaimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Nafi‘ bin `Abdullah r.a :

أنه حرق نخل بني النضيروقطع“Rasulullah s.a.w mengarahkan supaya membakar dan memotong pokok-pokok tamar Bani al-Nadir.”19

Pembakaran ladang tamar ini sudah tentu akan turut sama membakar segala binatang melata, burung-burung dan lain-lain, tetapi pembunuhan ke atas binatang-binatang ini hanyalah bersifat ikutan kepada pembakaran ladang tamar itu sahaja dan bukan tujuan utama pembakaran itu dilakukan dan ia dimaafkan.

Bentuk-bentuk Syarikat Yang Diwajibkan Membayar Zakat

Ulama masa kini berselisih pendapat tentang bentuk syarikat yang berkewajipan membayar zakat saham. Sesetengahnya seperti Muhammad Abu Zuhrah, ‘Abd al-Wahhab Khallaf dan lain-lain berpendapat, wajib mengeluarkan zakat ke atas saham-saham secara mutlak, samada saham-saham dalam syarikat perdagangan, pertanian mahupun perusahaan.20

18 Ibn Taymiyyah (1398H), op.cit, jil. 29, h. 226.19 Al-Bukhari (1991), op.cit., Kitab al-Muzara‘ah, hadis no. 2326, j. 3, h. 94. 20 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 63.

Book 1.indb 382 5/26/2010 12:27:11 PM

Page 11: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

383

Golongan ini berdalilkan antara lain berkembang adalah merupakan sebab yang mewajibkan mengeluarkan zakat harta. Sebab ini terdapat dalam saham, tanpa mengira apa bentuk aktiviti yang diceburi oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkannya. Satu golongan ulama masa kini seperti Wahbah al-Zuhayli, Yusuf al-Qaradawi, ‘Abd Allah al-Bassam dan lain-lain berpendapat, wajib mengeluarkan zakat bagi saham-saham syarikat yang terlibat dalam lapangan perniagaan dan pertanian, sebaliknya tidak wajib zakat ke atas saham-saham syarikat perusahaan.21

Qal‘ahji berpendapat, kewajipan membayar zakat saham terkena ke atas ke semua jenis syarikat yang dinyatakan di atas. Cuma dalam memperincikannya beliau berpendapat dalam syarikat perniagaan, zakat wajib ke atas wang tunai dan barang-barang perniagaan yang disediakan untuk jual beli, tetapi tidak wajib ke atas barang-barang tetap. Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah 2.5 peratus. Syarikat berkewajipan memberitahu para peserta saham tentang nisbah perkara-perkara tetap, berbanding dengan modal syarikat, bagi membolehkan mereka membuat pengiraan zakat saham mereka. Dalam syarikat perniagaan, zakat dikenakan ke atas wang tunai sebanyak 2.5 peratus. Hasil pengeluaran pertanian yang disiram tanpa menggunakan mesin, dikenakan zakat sebanyak 10 peratus tetapi yang disiram dengan menggunakan tenaga manusia ataupun mesin, dikenakan zakat sebanyak 5 peratus, sebagaimana yang diakui di dalam al-Sunnah. Syarikat berkewajipan memberitahu kepada para peserta saham tentang nisbah harta yang melibatkan aliran wang dan keluaran pertanian yang wajib dikenakan zakat, di samping modal syarikat, supaya peserta-peserta saham dapat mengira zakat harta mereka. Dalam Syarikat Perusahaan, zakat dikenakan ke atas bahan-bahan peringkat awal yang disediakan untuk proses pengilangan, aliran wang tunai dan keluaran yang dibuat untuk dijual. Kadar wajib zakat ialah 2.5 peratus. 22

Kupasan Qal‘ahji di atas lebih mirip kepada pendapat golongan pertama, kerana sebagaimana yang diketahui antara sebab utama wajib zakat pada harta ialah berkembang23 tanpa mengira aktiviti yang dilakukan oleh syarikat terlibat. Apabila ada unsur ini zakat dikenakan ke atas harta tersebut, manakala yang tidak berkembang24 tidak dikenakan zakat. Pengeluaran zakat merupakan tanda bersyukur terhadap harta yanag dikurniakan Allah s.w.t kepada sesesorang.

21 Ibid., hh. 62-63.22 Ibid., hh. 63-64.23 Al-Shirazi, Abu Ishaq (t.t), al-Muhadhdhab, jil. 1, Bayrut: Dar al-Fikr, h. 195.24 Al-Nawawi, Muhy al-Din Abu Zakariya bin Sharaf (t.t), Majmu‘ Sharh al-

Muhadhdhab, jil. 5, Bayrut: Dar al-Fikr, h. 361.

Book 1.indb 383 5/26/2010 12:27:11 PM

Page 12: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

384

Allah s.w.t menjanjikan akan menambahkan nikmatNya kepada seseorang yang bersyukur kepadanya. Firman Allah s.w.t:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

(Surah Ibrahim, 14: 7)

Pihak Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Dalam Syarikat Saham

Segolongan ulama berpendapat, syarikat adalah merupakan peribadi yang diambilkira dan perlu dilayan sebagaimana individu di dalam mengeluarkan zakat. Berdasarkan kepada ini, wajib ke atas syarikat mengeluarkan zakat harta. Kemudian dibahagikan zakat yang dibayarnya, mengikut saham yang terdapat pada peserta saham. Ini selaras dengan Resolusi Akademi Fiqh Islam yang berlangsung di Jeddah nombor 3/8/88 dalam muktamar kali yang keempat yang berlangsung di Jeddah 18-23 Jumada al-Akhirah 1408H bersamaan dengan 6-11 Februari 1988 menegaskan:

“Pentadbiran syarikat hendaklah mengeluarkan zakat saham sebagaimana seorang individu biasa mengeluarkan zakat hartanya. Zakat dikenakan ke atasnya, mengikut jenis harta yang diwajibkan zakat, nisab, kadar yang diambil dan lain-lain yang berkaitan dengan pengeluaran zakat yang dilakukan oleh individu biasa. Ini kerana berpegang dengan prinsip percampuran bagi ulama yang mengatakan ianya melibatkan semua jenis harta”.25

Berdasarkan kepada ini, peserta-peserta saham yang memiliki saham yang belum mencapai nisab zakat dan belum cukup setahun ( haul ), tidak dikenakan zakat. Ini kerana harta-harta syarikat secara umum telah mencukupi nisab dan cukup haul.

25 Majallah al-Majma‘ al-Fiqh al-Islami, bil. 4, jil.1, h. 881.

Book 1.indb 384 5/26/2010 12:27:12 PM

Page 13: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

385

Qal‘ahji berpendapat, zakat saham diwajibkan ke atas pemilik saham dan bukannya syarikat, tetapi hendaklah memenuhi syarat-syaratnya iaitu:

a. Saham itu dimiliki oleh pihak yang wajib mengeluarkan zakat. Berdasarkan kepada ini, tidak wajib zakat ke atas saham yang dimiliki oleh orang kristian dan pertubuhan kebajikan.

b. Keseluruhan saham yang dimiliki itu, mencapai nisab.c. Pemilikan zakat itu mencukupi setahun ( haul ).26

Daripada kenyataan di atas jelas Qal‘ahji tidak sependapat dengan Resolusi Akademi Fiqh Islam yang berlangsung di Jeddah nombor 3/8/88. Jika dikeluarkan zakat di atas nama syarikat sudah tentu akan mengurangkan nilai saham yang dilaburkan oleh seseorang ke dalam syarikat-syarikat tersebut dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan kesukaran. Apalagi persoalan cukup nisab dan cukup haul merupakan antara perkara paling penting yang perlu ada pada sesuatu harta sebelum mengeluarkan zakat.27 Pandangan Qal‘ahji walau bagaimanapun boleh diambilkira kalau pelabur mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan zakat secara sendiri. Namun apabila dilihat daripada sudut pelabur tidak bebas mengeluarkan zakat sendiri sebaliknya urusan pengeluaran zakat dipikul oleh pihak syarikat, untuk tujuan memudahkan pengurusan, pentadbiran dan juga penyelarasan, sewajarnya kepada pelabur menyerahkkan sahaja kepada syarikat untuk berbuat demikian, kerana jika syarikat hendak berbuat demikian, ia dikira sebagai individu persendirian dan dikehendaki mengeluarkan mengikut segala perkiraan dan ukuran-ukuran yang telah ditetapkan oleh syarak,28 sesuai dengan Resolusi Akademi Fiqh di atas.

Mengeluarkan Bon

Apabila syarikat saham atau negara, memerlukan wang bagi melaksanakan perancangannya, ia akan mengeluarkan bon dan bon ini ditawarkan di pasaran harta dengan nilai tertentu. Negara atau syarikat yang mengeluarkan bon dikehendaki membayar faedah pusingan tertentu yang berkaitan dengannya.

26 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 66.27 Al-Zuhayli, Muhammad (2007), al-Mu‘tamad Fi al-Fiqh al-Shafi‘, jil. 2, Dimashq;

Dar al-Qalam, hh. 20-21.28 Al-Ashqar, Sulayman et. al (2000), Abhath Fiqhiyyah Fi Qadaya al-Zakah al-

Mu‘asirah, jil. 2, Urdun: Dar al-Nafa’is, hh. 869-870.

Book 1.indb 385 5/26/2010 12:27:12 PM

Page 14: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

386

Orang ramai membeli bon-bon ini dan mereka memperolehi faedah-faedah pusingan yang diiklankan oleh syarikat atau negara. Bon pada hakikat yang sebenarnya, adalah pinjaman yang dipinjam oleh syarikat atau negara dari pemegang bon. Negara atau syarikat membayar faedah yang ditetapkan kepada pemegang bon.29

Qal‘ahji melihat isu ini dalam dua bentuk. Pertama dari segi keharusan membeli bon oleh orang-orang Islam dan keharusan kerajaan mengeluarkan bon seumpama itu untuk dijual di pasaran. Beliau tidak mengharuskan kepada orang-orang Islam membeli bon-bon itu, bukan kerana zat bon itu sendiri, kerana bon adalah watikah berkaitan dengan pinjaman dan melibatkan diri dengan watikah berkaitan dengan pinjaman adalah sesuatu yang dibenarkan oleh syariat, sebaliknya ketidakharusan membelinya kerana berkait dengan faedah tertentu, yang sekaligus menjadikannya sebagai hutang berteraskan ribawi, kerana termasuk ke dalam riba nasi’ah yang dilarang oleh Allah. Firmannya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”.

(Surah al-Baqarah, 2: 278)

Kedua-dua bon tersebut hanya harus dikeluarkan dalam keadaan darurat dan tidak harus sama sekali dalam keadaan normal. Misalnya negara terjebak ke dalam krisis ekonomi yang genting, yang tidak ada cara untuk menyelamatkannya kecuali dengan membuat pinjaman secara riba. Pinjaman ini tidak sunyi samada dari sebuah negara asing yang disertai dengan syarat-syarat politik atau ekonomi yang menjejaskan kepimpinan politik negara atau ekonomi atau pinjaman berdasarkan bon-bon bebas yang ditawarkan oleh negara di pasaran. Begitu juga apabila sebuah syarikat berada di dalam keadaan kewangan yang terumbang-ambing yang hampir membawa kepada bankrap – muflis dan bankrap – dan tidak ada jalan untuk menyelamatkannya kecuali dengan cara mengeluarkan bon.30

Di saat perlu mengeluarkan bon, tidak boleh dikeluarkan lebih dari yang diperlukan oleh darurat, kerana keadaan darurat ditentukan mengikut kadarnya

29 Qal‘ahji (1999), op.cit., hh. 66-67.30 Ibid, hh. 67-68.

Book 1.indb 386 5/26/2010 12:27:12 PM

Page 15: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

387

sahaja. Menurut beliau pendapat ini dipegang oleh Mahmud Shaltut31 dan Muhammad Yusuf Musa.32

Kupasan Qal‘ahji di atas yang mengharamkan umat Islam membeli bon yang dikeluarkan oleh negara, merupakan pandangan segolongan ulama masa kini seperti al-Qaradawi33, ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat,34 ‘Ali al-Salus35 dan Salih al-Marzuqi36 selain daripada Muhammad Shaltut dan Muhammad Yusuf Musa, yang disebutkan di atas.

Bon yang dibeli oleh pelabur akan digunakan oleh negara untuk dalam pelbagai program pelaburan berserta dengan jaminan bayaran faedah. Ia merupakan sejenis pinjaman berteraskan riba yang tersebar secara meluas pada zaman jahiliah yang diharamkan dalam al-Quran dan juga al-Sunnah. Tujuan membeli bon tersebut untuk membantu negara adalah baik, namun niat yang baik tidak pernah menghalalkan perkara yang haram menjadi halal. Seseorang yang membina masjid atau mengadakan rancangan kebajikan telah melakukan sesuatu yang baik, tetapi jika menggunakan dana daripada sumber yang haram, hukumnya tetap haram. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Sa‘id bin al-Musayyab:

إن اهلل طيب ال يقبل إال طيبا “Sesungguhnya Allah s.w.t itu baik dan Dia tidak menerima melainkan sesuatu yang baik.”37

Ini berlainan dengan situasi darurat, kerana situasi tersebut menghalalkan perkara yang haram, namun begitu kalau masih boleh dilakukan alternatif-alternatif lain, hendaklah terlebih dahulu melakukan alternatif-alternatif tersebut. Antaranya meminta rakyat jelata memberi pinjaman wang kepada

31 Shaltut, Mahmud (1980), Fatawa, al-Qahirah: Dar al-Shuruq, h. 327. 32 Musa, Muhammad Yusuf (1958), al-Islam Wa Musykilatuna al-Hadira, al-Qahirah:

al-Maktab al-Fanni, h. 63.33 Al-Qaradawi, Yusuf (1981), Fiqh al-Zakah, jil. 5, Bayrut: Mu’asasah al-Risalah,

h. 526.34 Al-Khayyat, ‘Abd al-‘Aziz (1989), al-Ashum Wa al-Sanadat, al-Qahirah: Dar

al-Salam, h. 55.35 Al-Salus, Ali (1990), Hukm al-Wada‘i Wa Shahadat al-Istithmar Fi al-Fiqh al-

Islami. Doha; Dar al-Thaqafah, h. 69.36 Marzuqi, Salih (1406), Sharikat al-Musahamah Fi al-Nizam al-Su‘udi, al-Mamlakah

al-‘Arabiyyah al-Su‘udiyyah: Matabi’ al-Safa, h. 395.37 Muslim (t.t), op.cit, Kitab al-Zakah, jil. 7, h. 98.

Book 1.indb 387 5/26/2010 12:27:12 PM

Page 16: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

388

negara berasaskan kepada konsep qard al-hasan iaitu kerajaan membayar lebih daripada pinjaman asal sebagai tanda mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana membantu negara menyelamatkannya daripada krisis yang dialami tanpa disyaratkan terlebih dahulu pemberian tersebut. Antara cara yang boleh dilakukan ialah mendapatkan pinjaman daripada penyimpan di dalam akaun-akaun semasa dalam bank-bank perniagaan dengan mewujudkan kerjasama di antara bank-bank perniagaan tadi dengan bank negara dengan kebenaran daripada para penyimpan.38 Begitu juga dengan meminta rakyat menyegerakan pembayaran zakat walaupun belum cukup haul, kerana pernah dilakukan oeh Rasulullah s.a.w terhadap bapa saudaranya al-‘Abbas r.a, yang mengambil zakat daripada beliau untuk tempoh dua tahun sekaligus.39 Selain daripada itu, negara juga boleh menggalakkan rakyat mengeluarkan sumbangan dan perbelanjaan pada jalan Allah. Sumbangan seumpama ini lebih luas skopnya berbanding dengan pembayaran zakat, kerana merangkumi segala jenis perolehan harta yang diperolehi oleh seseorang. Dalam sejarah, ramai dari kalangan sahabat besar seperti Abu Bakar, ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, ‘Uthman bin ‘Affan40 dan lain-lain memberi sumbangan dana kepada negara ketika menghadapi peperangan dan sebagainya.

Pembayaran Zakat Bon

Bon-bon adalah hutang yang menjadi milik pembawanya, yang wajib dibayar oleh kerajaan atau syarikat yang mengeluarkannya. Negara atau syarikat, adalah merupakan orang yang berhutang penuh dan mengakui hutangnya dan perlu membayar hutangnya itu pada masa yang telah ditetapkan. Ulama berselisih pendapat tentang zakat hutang jenis ini kepada beberapa pendapat.41

1. Tidak wajib zakat terhadap hutang yang dijamin dapat dibayar sehingga orang yang memberi hutang memperolehi hutangnya. Apabila diperolehi kembali hutang tersebut, hendaklah mengeluarkan zakat untuk selama setahun sahaja, walaupun hutang tersebut ditanggung

38 Abu Ghuddah, ‘Abd al-Sattar (1993), al-Bada’il al-Shar‘iyyah Li Sanadat al-Khazanah, al-Nadwah al-Fiqhiyyah al-Thalithah Li Bayt al-Tamwil, h. 8.

39 Al-Shawkani, Muhammad ‘Ali (1415 H), Nayl al-Awtar, Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 4, h. 168.

40 Syibir, ‘Uthman (1996), op.cit., h. 188.41 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 69.

Book 1.indb 388 5/26/2010 12:27:12 PM

Page 17: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

389

oleh pihak yang berhutang selama beberapa tahun. Inilah pendapat ulama mazhab Maliki.42

2. Hutang yang terjamin dibayar tidak dikenakan zakat, sehinggalah pihak yang memberi hutang, mendapat kembali hutangnya itu. Apabila hutang tersebut telah diperolehi, hendaklah dikeluarkan zakat selama beberapa tahun hutang tersebut ditanggung oleh orang yang berhutang. Inilah pendapat ‘Ali bin Abi Talib, ulama mazhab Hanafi, Ulama mazhab Hanbali dan juga Sufyan al-Thawri.43

3. Hutang yang terjamin dibayar, dikenakan zakat setiap tahun dan dikeluarkan oleh orang yang memberi hutang setiap kali cukup haul. Inilah pendapat segolongan ulama seperti ‘Uthman bin ‘Affan,44 Abdullah bin Umar,45 Ibrahim al-Nakha‘i,46 imam-imam terkemuka penduduk Iraq dan juga al-Shafi‘i.47

Di dalam zakat bon secara khusus, Qal‘ahji berpendapat perlu dikeluarkan zakat setiap tahun, ketika mencukupi haul samada pemiliknya telah mendapatkannya kembali atau tidak, kerana merupakan hutang yang wajib dilaksanakan oleh orang yang berhutang, kerana pemegang bon boleh menjual bonnya, pada setiap masa. Kewajipan mengeluarkan zakat setiap tahun, kerana bon menyerupai harta-harta perniagaan. Walaupun hasilnya adalah haram, namun tidak menghalang kewajipan membayar zakat setiap tahun, apabila cukup haul. Pemegang bon sama dengan peniaga yang menipu di dalam jual beli. Orang yang menipu di dalam jual beli, tetap wajib mengeluarkan zakat setiap tahun, walaupun menipu itu adalah haram dan haram menggunakan harta yang diperolehi melalui cara menipu itu.48

42 Ibn ‘Abd al-Barr, Yusuf bin ‘Abd Allah (1980), al-Kafi Fi Fiqh Ahli al-Madinah, jil. 1, al-Riyad: Maktabah al-Riyad al-Hadithah, h. 293.

43 Al-Kasani, ‘Ala’ al-Din (1983), Bada’i‘ al-Sana’i‘, jil. 2, Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, h. 10.

44 Ibn Qudamah al-Maqdisi (1984), al-Mughni, jil. 4, Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, h. 269.

45 Qal‘ahji (1986), Mawsu‘ah Fiqh ‘Abd Allah bin ‘Umar, Bayrut: Dar al-Nafa’is, hh. 389-390.

46 Qal‘ahji (1988), Mawsu‘ah Fiqh Ibrahim al-Nakha’i, jil. 1, Bayrut: Dar al-Nafa’is, hh. 524-525.

47 Al-Nawawi (t.t), opcit., jil. 6, h. 21.48 Qal‘ahji (1999), op.cit., hh. 69-70.

Book 1.indb 389 5/26/2010 12:27:13 PM

Page 18: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

390

Harta haram yang masih wujud wajib dikenakan zakat, kerana konsep kesempurnaan pemilikan, tidak hanya bergantung kepada kemampuan pemilik menggunakan hartanya selagi mana syarak mengurniakan kepadanya hak yang penuh untuk menggunakannya. Ini kerana hakikat pemilikan merupakan satu bentuk kekhususan yang diperuntukkan syarak kepada pemiliknya. Ulama mendefinisikannya sebagai kebolehan seseorang insan atau wakilnya menggunakan sesuatu barangan atau manfaat menurut kaca mata syarak.49 Namun dari satu segi pilihan pandangan ulama yang dilakukan oleh Qal‘ahji agak kurang sesuai buat umat Islam masa kini kerana menjerumuskan mereka kepada kesukaran, untuk mengeluarkan zakat kerana tidak memiliki wang tunai dalam tangan, sedangkan Islam datang untuk membendung kesukaran sebagaimana yang dijelasakan dalam ayat 185 daripada surah al-Baqarah di atas. Ulama tidak berselisih pendapat pemilik harta haram yang masih ada, tidak wajib mengeluarkan zakat harta sebelum benar-benar harta itu dalam tangannya. Inilah merupakan pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dalam satu riwayat dan ulama mazhab al-Shafi‘i dalam pendapat al-Azhar. Ini kerana pemilik tidak mempunyai kemampuan untuk menggunakan hartanya dalam ertikata yang sebenar pada masa itu berlainan kalau benar-benar telah diperolehi. Keberadaan harta pada tangan pemilik bagi golongan ulama di atas adalah syarat untuk mengeluarkan zakat, kerana selagi tidak berada pada tangan bermakna yang terlibat masih tidak mampu menggunakannya dan harta yang belum dapat digunakan itu tidak wajib dikeluarkan zakat.50 Pada zahir golongan ini, zakat yang diwajibkan berkaitan dengan harta yang dimiliki dan bukannya berkait dengan tuan punya harta. Ini merupakan pandangan majoriti ulama.51

Penetapan Masa Dalam Kontrak al-Mudarabah

Al-Mudarabah melibatkan modal dari satu pihak, manakala kerja dari satu pihak yang lain. Setiap pihak memperolehi keuntungan mengikut nisbah yang ditetapkan semasa kontrak. Apabila kedua pihak bersetuju iaitu pekerja menyimpan sejumlah tertentu wang setiap bulan misalnya pada bank – tuan

49 Yasin, Muhammad Na‘im (2000), “Zakah al-Mali al-Harami” dalam al-Ashqar, Muhammad Sulayman, et.al. Abhath Fiqhiyyah Fi Qadaya al-Zakah al-Mu‘asirah, jil. 1, Urdun: Dar al-Nafa’is, hh. 200-201.

50 Al-Nawawi, Muhy al-Din Zakariyya bin Sharaf (1964), Rawdah al-Talibin, jil. 2, Bayrut: al-Maktab al-Islami, h. 226.

51 Al-Zuhayli (1989), op.cit., jil. 2. h. 854.

Book 1.indb 390 5/26/2010 12:27:13 PM

Page 19: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

391

punya modal – yang akan dilaburkan oleh bank tersebut. Apabila wang yang disimpan dalam bank mencukupi nilai barangan al-Mudarabah, terbubarlah al-Mudarabah itu dan ke semuanya menjadi milik pekerja berkenaan. Syarat menyimpan di dalamnya dan syarat perpindahan pemilikan ketika mana barang-barangan yang disimpan oleh pekerja mencukupi nilai barangan syarikat, adalah merupakan syarat yang sesuai dengan kontrak. Qal’ahji berpendapat tidak ada dalam syariat sesuatu yang mengharamkan kontrak seumpama ini, malah merupakan syarat yang sah.52

Berhubung dengan penetapan tempoh masa dalam kontrak al-Mudarabah, ulama tidak sependapat. Ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat hukumnya harus, kerana al-Mudarabah merupakan urusan yang boleh diikatkan dengan barangan dan juga tempat tertentu. Ini bermakna, harus jugalah diikat dengan masa tertentu. Misalnya pemodal menyatakan kepada pengusaha: Saya berikan kepada anda harta ini, supaya anda dapat mengusahakannya secara al-Mudarabah untuk selama setahun.53

Ulama mazhab Maliki dan al-Shafi‘i berpendapat, tidak harus mengikatkannya dengan masa tertentu, kerana penetapan masa, memudaratkan pengusaha. Kadang-kadang perniagaannya pada tahun yang dipersetujui bersama, mengalami kerugian, sedangkan masih terdapat barangan-barangan yang dia sendiri mengharapkan akan memperolehi keuntungan dan dapat menampung kerugian yang dialaminya. Penetapan masa mengharamkannya terus dari kesempatan ini semua. Qal‘ahji lebih cenderung kepada pendapat ulama yang menghukumkan boleh diikatkan syarat al-Mudarabah dengan penetapan masa tertentu dan bagi beliau pendapat ini adalah pendapat yang paling sahih.54

Dalam amalan yang dilakukan oleh bank-bank Islam di negara kita, kontrak pelaburan al-Mudarabah melibatkan penetapan masa tertentu seperti 6 bulan, 1 tahun dan seumpamanya. Amalan ini tidak bercanggah dengan syarak, kerana merupakan pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali yang merupakan dua aliran ijtihad yang diambilkira dalam disiplin fiqh Islam. malah merupakan aliran ijtihad yang paling sahih menurut Qal‘ahji. Umat Islam perlu mengambil sikap berlapang dada dalam menghadapi isu yang menimbulkan perselisihan ulama ini dan tidak gopoh dalam menegur pelabur-pelabur yang ingin beramal dengan pandangan dua aliran ijtihad ulama yang dinyatakan di atas.

52 Ibid, h. 71.53 Ibn Qudamah (1984), op.cit., jil. 7, h. 178.54 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 74.

Book 1.indb 391 5/26/2010 12:27:13 PM

Page 20: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

392

Jual Beli Dengan Harga Tangguh (al-Bay’ Bi Thaman al-Ajil)

Jual beli dengan harga tangguh melibatkan empat bentuk iaitu:1. Seorang memberi pinjam kepada seorang yang lain sebanyak 100

dinar, dengan syarat mengambil kembali wang yang dipinjamkanya itu selepas setahun sebanyak 120 dinar. Pinjaman jenis ini adalah riba jahiliah yang diharamkan oleh Allah.

2. Seorang mempunyai hutang yang ditanggung oleh seorang yang lain sebanyak 100 dinar. Setelah tiba masa untuk dilangsaikan hutang tersebut, pihak yang berhutang tidak dapat menjelaskannya. Pemberi hutang menangguhkan pembayaran itu untuk tempoh setahun dengan syarat peminjam membayar balik sebanyak 120 dinar. Ini juga termasuk ke dalam ertikata riba jahiliah, yang diturunkan ayat tentang pengharamannya di dalam al-Qur’an.

3. Penawaran yang mengandungi dua pakej iaitu salah satunya tunai, manakala yang satu lagi secara ansuran. Misalnya penjual menyatakan: Saya jual kepada anda barangan ini secara tunai dengan harga RM100 dan harga ansuran dengan harga RM120. Pembeli menjawab: Saya beli. Keduanya berpisah tanpa menyatakan persetujuan ke atas mana-mana pakej yang dikehendaki. Bentuk seumpama ini, tidak halal pada pandangan kebanyakan ulama, malah termasuk ke dalam jual beli yang fasik, kerana mengandungi ketidakjelasan tentang harga (Jahalah al-Thaman).

4. Seseorang menjual barangan kepada seorang yang lain dan menyatakan: Harga secara tunai ialah RM100, manakala secara ansuran atau bertangguh selama dua tahun ialah RM120. Pembeli memilih harga secara ansuran yang mana bayarannya lebih daripada harga tunai dan kontrak dilakukan berdasarkan kepada harga tersebut.

Bentuk yang keempat ini menimbulkan perselisihan di kalangan ulama dari segi keharusannya kepada dua pihak. Satu golongan berpendapat, harus melakukan jual beli berdasarkan harga tangguh atau ansuran, walaupun penjual mengenakan bayaran tambahan sebagai imbalan dari penangguhan tempoh tersebut. Pendapat ini adalah pendapat majoriti ulama yang terdiri daripada imam-imam mazhab empat, pandangan sekumpulan ulama salaf yang terdiri daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, Sa‘id bin al-Musayyab, Tawus bin Kaysan, ‘Ata’, al-Awza‘i, Qatadah, al-Zuhri, al-Thawri, al-Nakha‘i, al-Hakam bin ‘Utaybah, Hammad bin Abi Sulayman dan lain-lain. Pendapat ini juga dipegang oleh Qal‘ahji. Golongan ini berdalilkan antara lain firman Allah s.w.t:

Book 1.indb 392 5/26/2010 12:27:13 PM

Page 21: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

393

“Padahal Allah s.w.t telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”

(Surah al-Baqarah, 2: 275)

Firman Allah s.w.t :

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…”

(Surah al-Nisa’, 4: 29)

Allah s.w.t menghalalkan seluruh jenis perniagaan, sedangkan jual dengan harga tangguh atau ansuran berserta dengan tambahan harga, termasuk ke dalam jenis perniagaan.

Mereka juga berdalilkan hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a:

أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم أمره أن يجهز جيشا فنفدت اإلبل فأمره أن يأخذ في قالص الصدقة فكان يأخذ البعير بالبعيرين إلى إبل الصدقة

“Rasulullah s.a.w memerintahkannya melengkapkan angkatan tentera. Tetapi malangnya unta telah kehabisan, Rasulullah s.a.w menyuruh beliau mengambil unta sedekah.”55

Beliau mengambil satu ekor unta dengan menjanjikan untuk membayar dua ekor unta. Sehinggalah unta sedekah tersebut dipulangkan semula ke Baitulmal.

Mereka berhujah dengan kaedah fiqh iaitu asal kontrak dan muamalah ialah harus dan tidak boleh dihukumkan sebagai haram, kecuali yang sabit dengan

55 Abu Dawud, Sulayman bin al-Ash’ath al-Sajastani (1991), Sunan Abi Dawud, Kitab al-Buyu‘, hadis no. 3357, jil. 3, Turki: Cagri Yayinlari, hh. 652-653. Di dalam sanadnya ada orang perawi yang tidak diketahui tetapi diriwayatkan oleh al-Bayhaqi di dalam sunannya dari jalan Amru bin Shu‘ayb daripada bapanya daripada datuknya dan disahihkan oleh beliau.

Book 1.indb 393 5/26/2010 12:27:13 PM

Page 22: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

394

nas yang mengharamkannya sahaja. Tidak terdapat sebarang dalil yang sahih yang menunjukkan batalnya pertambahan akibat dari penangguhan tempoh dalam jual beli.

Mereka juga berhujah dengan logik akal iaitu jual beli secara ansuran memberi kemudahan kepada orang ramai walaupun melibatkan pertambahan harga, kerana kebanyakan orang ramai, tidak mampu membayar harga secara sekaligus atau tunai, untuk mendapatkan barang yang diperlukan.

Satu golongan lain berpendapat jual beli dengan harga yang dibayar secara ansuran, adalah haram jika melebihi daripada harga asal, dengan sebab bertambah tempoh. Pandangan ini dikemukakan oleh Zayn al-‘Abidin bin ‘Ali bin al-Husayn56 dan al-Jasas dari kalangan ulama mazhab Hanafi57. Dari kalangan ulama masa kini ialah Muhammad Nasir al-Din al-Bani58 dan al- ‘Abd al-Rahman Abd al-Khaliq.59 Golongan ini berdalilkan hadis riwayat Abu Hurayrah r.a, Nabis.a.w bersabda:

من باع بيعتين في بيعتة فله أوكسهما أو الربا“Sesiapa yang menjual dua jualan di dalam satu jualan, sebenarnya dia telah menjual secara rugi atau riba.”60

Walau bagaimanapun bagi Qal‘ahji, tidak ada hujah yang boleh dipegang oleh mereka dalam hadis di atas kerana ia sebenarnya sebuah hadis lemah (da‘if). Al-Tirmidhi menyebut di dalam Tuhfah al-Ahwazi: Lafaz ini dikemukakan oleh Muhammad bin ‘Umar sahaja. Hadis ini diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat dari beberapa jalan dan tidak ada satupun jalan tersebut sahih, kerana itu tidak sesuai untuk dijadikan hujah.61

56 Al-Shawkani (1415H), op.cit., jil. 5, h. 250.57 Al-Jassas, Abu Bakr bin Ahmad bin ‘Ali al-Razi (1335H), Ahkam al-Qur’an, jil.

2, Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, h. 186.58 Al-Bani. Muhammad Nasir al-Din (1985), Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah, jil. 5,

Bayrut; al-Maktab al-Islami, h. 422.59 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 79. 60 Abu Dawud (1991), op.cit., Kitab al-Buyu‘, hadis no. 3461, jil. 3, hh. 738-739. 61 Al-Mubarakpuri, Muhammad ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Rahim (1990), Tuhfah

al-Ahwazi Sharah Jami‘ al-Tirmidhi, jil. 4, Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 429.

Book 1.indb 394 5/26/2010 12:27:14 PM

Page 23: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

395

Mereka juga berdalilkan dengan hadis ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a katanya:

نهى رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم عن بيعتين في بيعة“Rasulullah s.a.w melarang melakukan dua jualan di dalam satu jualan.”62

Ibn Mas‘ud menyatakan tidak sah dua jualan dilakukan dalam satu jualan iaitu kalau dijual secara bertangguh, harganya begini dan kalau secara tunai, harganya begini.63

Menurut Qal‘ahji hadis di atas juga tidak sesuai untuk dijadikan hujjah, kerana kemungkinan bentuk yang dibentangkan oleh Ibn Mas‘ud ialah bentuk yang melibatkan dua jualan yang tidak dipersetujui oleh penjual dan pembeli ke atas harga tertentu, daripada dua harga yang ditawarkan oleh penjual. Jika sesuatu dalil boleh menimbulkan berbagai-bagai kemungkinan, gugurlah keharusan berhujah dengannya.64

Mereka juga berdalilkan dengan qiyas kepada riba, kerana dua jualan dalam satu jualan dan riba melibatkan pertambahan harga, kerana melibatkan pertambahan tempoh.

Qal‘ahji menolak qiyas di atas, kerana merupakan qiyas yang tidak tepat atau qiyas ma‘a al-fariq. Riba sebenarnya melibatkan hutang, sebaliknya jual beli bertempoh atau secara ansuran, melibatkan jual beli. Jual beli adalah kontrak mendapatkan keuntungan – objektifnya adalah untuk mendapat keuntungan. Hutang adalah merupakan kontrak ihsan. Objektifnya ialah membantu dan menunjukkan ihsan kepada orang yang berhajat. Mengambil tambahan di dalam urusan hutang, sebagai imbalan daripada penangguhan tempoh, bertentangan dengan konsep kontrak hutang itu sendiri. Sehubungan dengan itu, Islam mengharamkan riba dan kerana itu kontrak mendapat keuntungan, tidak boleh diqiyaskan dengan kontrak ihsan.65

Berinteraksi dengan Skim Bay‘Bi Thaman al-Ajil lebih memudahkan umat Islam di zaman ini yang tidak mempunyai wang tunai untuk mendapatkan barangan, asal sahaja tempoh berakhir bayaran ansuran diketahui dengan jelas oleh penjual dan juga pembeli. Walaupun tidak dinafikan membeli barangan

62 Al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Surah (1991), Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Buyu‘, hadis no. 1231, jil. 3, Turki: Cagri Yayinlari, hh. 532-533.

63 Qal‘ahji (1992), Mawsu‘ah Fiqh ‘Abd Allah bin Mas‘ud. ed. 2. Bayrut: Dar al-Nafa’is, hh. 122-123.

64 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 80.65 Ibid.

Book 1.indb 395 5/26/2010 12:27:14 PM

Page 24: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

396

secara tunai lebih baik, namun rata-rata dari kalangan masyarakat kita sudah biasa berinteraksi dengan Bay‘ Bi Thaman al-Ajil dalam dalam urusan jual beli. Walau bagaimanapun setiap umat Islam disarankan supaya berfikir dua kali sebelum berinteraksi dengan skim ini, bagi mempastikan dia benar-benar mampu membuat bayaran ansuran yang ditetapkan mengikut jadual dan agar diri sendiri tidak terbeban dengan hutang yang tidak mampu dibayar.

Menyegerakan Bayaran Ansuran Sebagai Imbalan Daripada Potongan Sebahagian Hutang

Memotong mana-mana bahagian hutang daripada pihak yang berhutang sebagai imbalan daripada kesegeraan membayar mengikut tempoh yang telah ditetapkan dikenali di kalangan ulama dengan nama masalah “potong dan segerakan bayaran.” Kadang-kadang mereka menamakannya sebagai “perjanjian potongan harga” atau “perjanjian membebaskan hutang” atau “perjanjian menggugurkan hutang .”66

Ulama berselisih pendapat tentang hukum memotong sebahagian daripada hutang, sebagai imbalan daripada menyegerakan membayar hutang tersebut, kepada pandangan berikut:

Ulama mazhab Hanafi, Maliki, al-Shafi‘i dan Hanbali67 berpendapat, tidak harus menggugurkan sebahagian hutang, sebagai imbalan daripada menyegerakan pembayarannya. Mereka berdalilkan antara lain; al-Miqdad bin al-Aswad meriwayatkan;

اسلف رجال مائة دينار ثم خرج سهمي في بعث بعثه رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم فقلت له عجل لى تسعين دينارا واحط عشرة دنانير فذكر ذلك لرسول اهلل صلى اهلل

عليه وسلم فقال اكلت ربايا مقداد واطعمته“Beliau menjual barangan secara salaf kepada seorang lelaki sebanyak 100 Dinar kemudian tiba giliran saya keluar dalam satu angkatan kecil yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepada lelaki itu. Bayarlah segera sebanyak 90 dinar sahaja dan saya potong daripada

66 Ibid, h. 98.67 Al-Zarqani, ‘Abd al-Baqi (t.t), al-Zarqani ‘Ala Mukhtasar al-Khalil, jil. 5, Bayrut:

Dar al-Fikr, h. 3; Ibn Nujjaym, Zayn al-Din Ibrahim Muhammad (t.t), al-Bahr al-Ra’iq Sharah Kanz al-Daqa’iq, jil. 7, Bayrut: Dar al-Ma‘rifah, h. 259.

Book 1.indb 396 5/26/2010 12:27:14 PM

Page 25: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

397

anda sebanyak 10 Dinar. Jawab lelaki itu: Ya. Saya menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w: Baginda bersabda; Anda telah memakan riba wahai Miqdad atau anda telah memberi makan riba kepadanya wahai Miqdad”.68

Penjual telah menjual tempoh bayaran dengan harta yang dipotongnya daripada orang yang berhutang. Tindakan seumpama ini, sama seperti riba dari segi timbal balas tempoh dengan harta.

Ibn ‘Abbas, Ibrahim al-Nakha‘i dan satu riwayat daripada Imam Ahmad,69 menghukumkan harus menyegerakan pembayaran ansuran sebagai imbalan dari potongan sebahagian hutang. Riwayat ini dipilih oleh Imam Ahmad dan disokong oleh Ibn Taymiyyah70 dan muridnya Ibn Qayyim.71

Inilah juga pandangan yang dipegang dan difatwakan oleh Akademi Fiqh Islam. Antara resolusi yang dikeluarkannya ialah:

“Memotong hutang yang bertempoh supaya disegerakan pembayaran hutang tersebut, samada kerana permintaan daripada orang yang memberi hutang atau pihak yang berhutang (potong dan segerakan bayaran) tidak termasuk ke dalam ertikata riba yang diharamkan, jika tidak dibuat persetujuan terlebih dahulu, untuk mengadakan potongan tersebut dan selagi mana hubungan di antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang dalam bentuk hubungan dua hala. Apabila melibatkan campurtangan pihak ketiga, hukumnya tidak harus, kerana pada masa itu, ia menduduki hukum potongan mata wang perdagangan.”72

Golongan ini berdalilkan antara lain, Ibn ‘Abbas meriwayatkan, ketika Nabi s.a.w diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya menghalau Yahudi Bani al-Nadir keluar dari kota Madinah, satu golongan manusia datang menemui baginda, lalu menyatakan:

“Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya tuan telah memerintahkan mereka dihalau, sedangkan orang ramai masih menanggung hutang

68 Al-Bayhaqi, Abu Bakr bin ‘Ali (t.t), al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Buyu‘, jil. 6, Bayrut: Dar al-Fikr, h. 28.

69 Qal‘ahji (1999), op.cit., h. 99. 70 Ibid.71 Ibn Qayyim, Abu Bakr (1973), I‘lam al-Muwaqqi‘in, jil. 3, Bayrut; Dar al-Jayl,

h. 371.72 Majallah Majma‘ al-Fiqh al-Islami, 7/2/217-218.

Book 1.indb 397 5/26/2010 12:27:14 PM

Page 26: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

398

yang belum berbayar. Rasulullah s.a.w. bersabda: Potonglah dan segerakanlah pembayaran hutang itu.”73

Daripada Ka‘ab bin Malik, beliau memungut hutang daripada Ibn Abi Hadrad sebanyak satu Dinar yang ditanggung oleh Ibn Hadrad di Masjid. Ketika itu berlaku dialog yang melibatkan suara yang tinggi di dalam masjid sehingga didengari oleh Rasulullah s.a.w yang pada masa itu sedang berada dalam rumahnya. Baginda menyelak tirai pintu bilik baginda lalu brsuara:

يا كعب قال لبيك يا رسول اهلل قال ضع من دينك هذا وأومأ إليه أي الشطر قال لقد فعلت يا رسول اهلل قال قم فاقضه

“Wahai Ka‘ab. Jawab Ka‘ab: Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: (Potonglah daripada hutang anda ini) baginda mengisyaratkan dengan tangannya – iaitu sebanyak separuh daripada hutang beliau – Jawab Ka’ab: Saya setuju wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w: Bangunlah dan selesaikanlah hutang tersebut.”74

Pemotongan hutang sebagai imbalan daripada penyegeraan bayaran bukanlah riba, kerana riba mengandungi pertambahan pada salah satu barang pertukaran, sebagai imbalan daripada penangguhan tempoh bayaran. Sebaliknya isu yang sedang kita bicarakan ini, melibatkan pembebasan diri seseorang dari sesetengah bayaran, sebagai imbalan dari penyegeraan tempoh bayaran tersebut. Riba adalah pertambahan dan unsur ini tidak wujud di dalam persoalan yang kita bicarakan ini.

Pihak yang memberi hutang, berhak menggugurkan semua atau sebahagian daripada hutangnya dari pihak yang berhutang tanpa sebarang bayaran. Dengan itu, menggugurkan sebahagian daripada hutang sebagai imbalan daripada penyegeraan tempoh bayaran atau tanpa bertempoh langsung, adalah lebih utama dilakukan.

Qal‘ahji memilih pendapat yang kedua.75 Bagi beliau dalam isu penyegeraan pembayaran hutang sebagai imbalan daripada tempoh tertentu, melibatkan tiga buah hadis iaitu hadis al-Miqdad bin al-Aswad yang menghukumkan ianya sebagai haram. Hadis Abdullah bin Abbas menghukumkannya sebagai halal. Kedua hadis ini jelas bertentangan dan keduanya adalah lemah. Tidak

73 Al-Bayhaqi (t.t), op.cit., Kitab al-Buyu‘, jil. 6, h. 28. Hadis ini adalah sahih isnadnya menurut al-Hakim.

74 Al-Bukhari (1991), op.cit., Kitab al-Khusumat, hadis no. 2418, jil. 6, h. 123.75 Qal’ahji (1999), op.cit., h. 100.

Book 1.indb 398 5/26/2010 12:27:14 PM

Page 27: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

399

harus berhujah dengan kedua hadis ini. Hadis yang ketiga ialah hadis Ka‘ab bin Malik, yang menghukumkan harus menggugurkan hutang sebagai imbalan daripada penyegeraan pembayaran hutang tersebut. Hadis yang ketiga ini adalah sebuah hadis yang sahih dan boleh diamalkan.

Imbalan tempoh dengan wang tidak bersifat haram selama-lamanya. Yang diharamkan dalam nas ialah pertambahan melebihi hutang, kerana sebab bertangguh bayaran. Pertambahan ini dinamakan riba. Riba adalah simbol kepada monopoli dan penindasan ke atas pihak yang berhutang, yang berada pada status orang yang berhajat.

Berhubung dengan menggugurkan hutang daripada pihak yang berhutang, sebagai imbalan dari penyegeraan tempoh bayaran hutang tersebut, tidak menjadi kesalahan, kerana ia bukanlah riba kerana tidak berlaku pertambahan di dalamnya. Pengguguran hutang adalah satu bentuk simbol ihsan dan belas kesihan ke atas pihak yang berhutang dan ia berlainan sekali dengan riba.76

Pendapat Qal‘aji ini juga dipersetujui sebelum ini oleh Majlis Syariah Syarikat Kewangan al-Rajihi, yang berhujah dengan hadis riwayat Abu Dawud dan lain-lain sebagaimana di atas dan pandangan sebahagian ulama seperti al-Hasan, Ibn Sirin, satu riwayat daripada al-Imam Ahmad dan satu pandangan dari kalangan ulama mazhab al-Shafi‘i, malah merupakan pilihan Ibn Taymiyyah, muridnya Ibn Qayyim dan juga ‘Abd al-Rahman al-Sa‘di. Ibn Qayyim menafikan sekeras-kerasnya ia merupakan amalan riba, sebaliknya langsung tidak ada hubungan dengan riba, kerana tidak terdapat sebarang nas syarak, ijmak mahupun qiyas yang benar-benar boleh dijadikan pegangan tentanag pengharamannya. Malah menurut ‘Abd al-Rahman al-Sa‘di, ia mendatangkan kemaslahatan kepada pemberi hutang dan juga orang yang berhutang itu sendiri. Ia juga merupakan pendapat Majlis Syariah Kuwayt Finance Houses dalam fatwa nombor 99 dan 316, Majlis Syariah Bank Islam Barat Sudan dalam fatwa nombor 28 dan 30 dan Bank Islam Antarabangsa Mesir dalam fatwa nombor 5.77

Penggunaan Kad Kredit

Kad kredit adalah merupakan kad khas yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi atau syarikat kewangan, yang membolehkan pembawanya mendapatkan barang-barang, perkhidmatan atau wang tunai, daripada mana-mana premis perniagaan

76 Ibid. 77 Mas’lah Da’ Wa Ta‘ajjal, http://moamlat.al-islam.com/Display.asp?, 9 Ogos 2009.

Book 1.indb 399 5/26/2010 12:27:14 PM

Page 28: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

400

yang berinteraksi dengannya. Pihak yang membawanya boleh mendapatkan barangan tersebut dari pihak yang mengeluarkanya dengan syarat, pihak yang membawa kad tersebut membayar harga barangan, perkhidmatan atau mata wang yang diperolehinya. Operasi kad kredit menimbulkan perselisihan di kalangan ulama masa kini. Qal‘ahji mengemukakan empat pandangan ulama tentang kedudukan operasinya iaitu:78

1. Operasi kad kredit berasaskan kepada konsep pemindahan hutang (al-hiwalah).

Pendapat ini dipegang oleh al-Zuhayli, ‘Abd Allah bin Mani‘, Rafiq al-Misri dan juga institusi syariat milik beberapa buah negara Islam.

2. Operasi kad kredit berasaskan kepada konsep wakalah. Pandangan ini juga dikemukakan oleh ulama masa kini iaitu al-Zuhayli.

Beliau menyatakan bahawa kad ini tidak sunyi samada menggunakan operasi hiwalah. Hiwalah institusi kewangan hari ini semuanya dengan upah.79

3. Operasi kad kredit berdasarkan kepada konsep Pinjaman (al-Qard)4. Operasi kad kredit berdasarkan kepada operasi kafalah. Pendapat ini dipegang oleh Nazih Hammad, Muhammad ‘Ali al-Qura

bin ‘Ayd, Muhammad ̀ Abd al-Halim ̀ Umar, ̀ Abd Halim al-Sa‘di dan lain-lain.80

Qal‘ahji lebih cenderung kepada pendapat yang keempat iaitu operasi kad kredit berdasarkan kepada konsep kafalah.

Berdasarkan kepada konsep kafalah, pengeluar kad membuat jaminan pada masa kontrak kad dibuat, dia akan membayar segala hutang yang tercatat di atas kad, bagi pihak pembawa kad. Apabila pembawa kad membeli sesuatu, peniaga akan menemui pengeluar kad – yang merupakan penjamin – untuk mendapatkan nilai barangan tersebut daripadanya. Pihak pengeluar kad kredit tidak boleh menolak untuk membayar nilai wang yang dituntut itu. Ini kerana di antara pembawa dan pengeluar kad terdapat kontrak yang mewajibkannya membuat bayaran apabila diminta. Apabila pihak pengeluar kad telah membuat pembayaran, ia akan menemui pembawa kad dan memintanya membayar nilai yang telah dibayar itu kepada peniaga.

Kafalah menurut pandangan majoriti ulama ialah menggabungkan satu jiwa kepada satu jiwa yang lain dari segi keperluan membuat tuntutan dan

78 Qal‘ahji (1999), op.cit., hh. 114-117.79 Majallah Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Jeddah 7/ 1/ 669.80 Qal‘ahji (1999), op.cit., hh. 114-117.

Book 1.indb 400 5/26/2010 12:27:15 PM

Page 29: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

401

hutang piutang.81 Abu Thawr, Dawud bin ‘Ali al-Zahiri, Ibn Abi Layla dan Ibn Syabramah berpendapat kafalah dan hiwalah adalah benda yang sama sahaja. Keduanya melibatkan pemindahan hak dari pihak yang dijamin (pelanggan) kepada pihak penjamin.82

Qal‘ahji menolak pendapat yang mengatakan penggunaan kad kredit tidak harus kerana melibatkan jaminan ke atas sesuatu yang tidak wajib pada masa kontrak pengeluaran kad dilakukan. Bagi beliau jaminan ke atas sesuatu yang belum wajib, adalah harus menurut ulama mazhab Hanafi, Maliki dan juga Hanbali.83 Ia juga merupakan pendapat lama Imam al-Shafi‘i84. Firman Allah s.w.t.

“Orang-orang menteri menjawab: Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”.

(Surah Yusuf,12: 72)

Dalam ayat di atas Nabi Yusuf menjamin akan memberikan bahan makanan sebanyak muatan unta, sedangkan ia belum wajib lagi.

Qal‘ahji juga menolak hujah ulama yang menyatakan dalam penggunaan kad kredit, hutang adalah sesuatu yang tidak diketahui dengan jelas pada masa kontrak pengeluaran kad dibuat, dengan menyatakan kafalah ke atas hutang yang masih belum diketahui – seperti seorang menyatakan: Saya menjadi penjamin kepada hutang anda yang terdapat pada diri pulan bin pulan, sedangkan dia sendiri tidak mengetahui kadar hutang yang terlibat – adalah harus menurut pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan juga al-Shafi‘i berdasarkan salah satu pendapat85 kerana berdasarkan kepada firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 72 yang lalu. Di dalam ayat tersebut

81 Al-Ramli, Shams al-Din bin Hamzah (1938), Nihayah al-Muhtaj, jil. 5, al-Qahirah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi, 5, h. 240; Al-Mawaq, Muhammad bin Yusuf (1978), al-Taj Wa al-Iklil Li Mukhtasar Khali, jil. 5, Bayrut: Dar al-Fikr, h. 96.

82 Ibn Qudamah (1964), op.cit., jil. 7, h. 84, Ibn Hazm, Abu Muhammad ‘Ali bin Ahmad (1968), al-Muhalla, jil. 8, al-Qahirah: Dar al-Ittihad al-‘Arabi, h. 522.

83 Qal‘ahji (1999), op.cit., hh. 117-118.84 Ibn Qudamah (1964), op.ct., jil. 7, h. 73; al-Ramli (1938), op.cit., jil. 4, h. 244.85 Ibn Qudamah (1984), op.cit., jil. 7, h. 72 ; al-Nawawi (1964), op.cit., jil. 4, h.

250.

Book 1.indb 401 5/26/2010 12:27:15 PM

Page 30: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

402

sepenuh muatan unta tidak diketahui dengan tepat, berapa timbangannya yang sebenar. Tambahan pula kedudukan seekor unta dengan seekor unta yang lain, adalah berbeza dan ia juga merupakan pengiltizaman hak tanpa bayaran. Ketidakpastian, tidak memberi kesan kepadanya.86

Qal‘ahji menolak hujah sesetengah ulama yang menyatakan dalam penggunaan kad kredit, disyaratkan pembawa kad bersih dari sebarang tuntutan hutang oleh peniaga. Tuntutan peniaga terhadap haknya untuk mendapatkan bayaran dari pembawa kad, dibuat terus kepada pihak pengeluar kad sahaja, dengan berhujah ulama mazhab Hanafi, Maliki dan juga al-Shafi‘i berdasarkan satu pendapat, mengharuskan disyaratkan di dalam kontrak kafalah, pihak yang dijamin bebas dari sebarang bebanan.87 Mereka berdalilkan dengan riwayat Jabir bin ‘Abd Allah r.a katanya:

مات رجل فغسلناه و كفناه و حنطناه و وضعناه لرسول اهلل صلى اهلل عليه و سلم حيث توضع الجنائز عند مقام جبريل ثم آذنا رسول اهلل صلى اهلل عليه و سلم بالصالة عليه فجاء معنا خطى ثم قال : لعل على صاحبكم دينا قالوا : نعم ديناران فتخلف فقال له رجل منا يقال له أبو قتادة : يا رسول اهلل هما علي فجعل رسول اهلل صلى اهلل عليه و سلم يقول : هما عليك و في مالك و الميت منهما بريء فقال : نعم فصلى عليه فجعل رسول اهلل صلى اهلل عليه و سلم إذا لقي أبا قتادة يقول : )ما صنعت الديناران( حتى كان آخر ذلك قال : قد قضيتهما يا رسول اهلل قال : اآلن حين بردت

عليه جلده“Seorang lelaki meninggal. Kami telah memandikannya, mengkafankannya dan menaruh jenazahnya dengan bau-bauan. Kemudian kami meletakkannya pada maqam Jibril untuk disolatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana jenazah-jenazah lain diletakkan di tempat itu. Kemudian kami mempersilakan Rasulullah s.a.w untuk menunaikan solat ke atasnya. Baginda menuju ke arah kami satu langkah, kemudian berkata: Kemungkinan sahabat anda ini mempunyai hutang yang belum dibayarnya? Mereka menjawab: Ya sebanyak dua dinar, lalu Rasulullah s.a.w mengundur ke belakang. Seorang lelaki dari kalangan kami yang dikenali dengan nama Abu Qatadah berkata: Wahai Rasulullah, kedua hutang itu akan saya bayar untuknya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kedua hutang tersebut hendaklah

86 Qal‘ahji (1999), op.cit., hh. 117-119.87 Ibid, h. 119.

Book 1.indb 402 5/26/2010 12:27:15 PM

Page 31: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

403

anda bereskan dari harta kepunyaan anda sendiri dan mayat itu pula bebas dari sebarang tanggungan hutang? Jawab lelaki itu: Ya, lalu Rasulullah s.a.w menunaikan solat ke atas jenazah lelaki itu. Setiap kali Rasulullah s.a.w berjumpa Abu Qatadah, beliau menyatakan: Apakah yang dilakukan oleh anda dengan dua dinar yang anda jamin itu? Dan lain-lain kata-kata Rasulullah s.a.w. Jawab Qatadah: Saya telah membayarnya wahai Rasulullah. Sabda baginda: Sekarang anda telah menyejukkan kulitnya.” 88

RUMUSAN

Dari kupasan ke atas isu-isu muamalah yanag dijelaskan di atas dapat dirumuskan, Qal‘ahji mengambil pendekatan-pendekatan seperti berikut iaitu:

1. Meraikan Kekuatan Dalil Daripada Nas Al-Qur’an, Al-Sunnah Dan Pandangan Ulama Yang Muktabar

Ini dapat dilihat dalam perbahasan yang berkaitan dengan tajuk jual beli secara bertangguh, yang diputuskan beliau sebagai harus, kalau ditentukan harga yang dikehendaki oleh pembeli sebelum berpisah daripada majlis tawar-menawar. Bagi beliau dalil-dalil pihak yang mengharamkanya tidak kuat dan tidak dapat dipegang. Begitu juga dalam isu menyegerakan bayaran ansuran sebagai imbalan daripada potongan sebahagian daripada hutang, juga dihukumkan beliau sebagai harus, kerana langsung tidak ada kaitan dengan riba.

2. Mengutamakan Kemudahan Kepada Umat Islam Ini dapat dilihat dalam kupasan beliau berkaitan dengan keharusan

menyimpan wang dalam bank-bank riba di negara-negara yang tidak ada bank Islam, dengan tujuan mengelakkan wang itu dicuri atau musnah begitu sahaja kalau disimpan di rumah. Begitu juga dalam mengeluarkan bon, beliau membenarkan sesebuah negara Islam mengeluarkan bon tersebut dalam situasi darurah, bagi memberi kemudahan kepada negara mendapat dana untuk membiayai berbagai-bagai projek pembangunan negara.

88 Abu Dawud (1991), op.cit., Kitab al-Buyu‘, hadis no. 3343, j. 3, h. 638 dan Bayhaqi (t.t), op.cit., j. 6, h. 75. Kata al-Hakim: Isnadnya adalah sahih dan keduanya (al-Bukhari dan Muslim) tidak mentakhrijkan hadis tersebut.

Book 1.indb 403 5/26/2010 12:27:15 PM

Page 32: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

404

3. Meraikan Situasi Darurat Ini dapat dilihat dalam perbahasan yang berkaitan dengan keharusan

menyimpan wang di bank riba di negara yang tidak ada perbankan Islam. Beliau juga membenarkan penyimpan mengambil faedah daripada simpanan tersebut bukan bertujuan untuk kegunaan sendiri tetapi untuk kemaslahatan umat Islam. Kedudukan wang faedah tersebut bagi beliau tidak lebih daripada bara api yang kalau digenggam akan membakar tangan sendiri dan kalau diberikan kepada orang lain tidak memperolehi apa-apa pahala.

4. Mengutamakan Kemaslahatan Umat Islam Dalam isu yang berkaitan dengan penggunaan kad redit, Qal‘ahji

meletakkan operasinya berdasarkan kepada konsep kafalah. Dalam kafalah pengeluar kad membuat jaminan pada masa kontrak kad dibuat, dia akan membayar segala hutang yang tercatat di atas kad, bagi pihak pembawa kad. Apabila pembawa kad membeli sesuatu, peniaga akan menemui pengeluar kad – yang merupakan penjamin – untuk mendapatkan nilai barangan tersebut daripadanya. Pihak pengeluar kad kredit tidak boleh menolak untuk membayar nilai wang yang dituntut itu. Ini kerana di antara pembawa dan pengeluar kad terdapat kontrak yang mewajibkannya membuat bayaran apabila diminta. Apabila pihak pengeluar kad selesai membuat pembayaran, ia akan menemui pembawa kad dan memintanya membayar nilai yang dibayar kepada peniaga tersebut.

RUJUKAN

Ashqar, Sulayman et. al (2000), Abhath Fiqhiyyah Fi Qadaya al-Zakah al-Mu‘asirah, jil. 2, Urdun. Dar al-Nafa’is.

Bani, Muhammad Nasir al-Din al- (1985), Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah, jil. 5, Bayrut; al-Maktab al-Islami.

Bayhaqi, Abu Bakr bin ‘Ali al- (t.t), al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Buyu‘, jil. 6, Bayrut: Dar al-Fikr.

Bukhari, Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim al- (1991), Sahih al-Bukhari, Kitab al-At‘imah, hadis no 5431, jil. 6, Bayrut: Dar al-Fikr.

Book 1.indb 404 5/26/2010 12:27:15 PM

Page 33: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

405

Hiwar Ma‘a al-‘Allamah al-Faqih al-Duktur Muhammad Rawwas Qal‘ahji, http://www.shathraat.com/, 28 Jun 2009.

Ibn ‘Abd al-Barr, Yusuf bin ‘Abd Allah (1980), al-Kafi Fi Fiqh Ahli al-Madinah, jil. 1, al-Riyad. Maktabah al-Riyad al-Hadithah.

Ibn Hazm, Abu Muhammad ‘Ali bin Ahmad (1968), al-Muhalla, jil. 8, al-Qahirah: Dar al-Ittihad al-‘Arabi.

Ibn Nujjaym, Zayn al-Din Ibrahim Muhammad (t.t), al-Bahr al-Ra’iq Sharah Kanz al-Daqa’iq, jil. 7, Bayrut: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Taymiyyah, Ahmad Taqiy al-Din (1398H), Majmu‘ Fatawa, jil. 29, Lubnan: Dar al-‘Arabiyyah Li al-Tiba‘ah Wa al-Nashri.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abu Bakr (1405H), Zad al-Ma‘ad, jil. 5, Kuwayt: Maktabah al-Manar al-Islamiyyah.

Ibn Qayyim, Abu Bakr (1973), I‘lam al-Muwaqqi‘in, jil. 3, Bayrut: Dar al-Jayl.

Ibn Qudamah al-Maqdisi (1984), al-Mughni, jil. 4, Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Jassas, Abu Bakr bin Ahmad bin ‘Ali al-Razi al- (1335H), Ahkam al-Qur’an, jil. 2, Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Kasani, ‘Ala’ al-Din al- (1983), Bada’i‘ al-Sana’i‘, jil. 2, Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Khayyat, ‘Abd al-‘Aziz al- (1989), al-Ashum Wa al-Sanadat, al-Qahirah: Dar al-Salam.

Majallah Majma‘ al-Fiqh al-Islami, 7/2/217-218.Majallah Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Jeddah 7/ 1/ 669.Majallah Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Jeddah, bil. 2. Marzuqi, Salih (1406), Sharikat al-Musahamah Fi al-Nizam al-Su‘udi, al-

Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Su‘udiyyah: Matabi’ al-Safa.Mas’lah Da‘ wa Ta‘ajjal, http://moamlat.al-islam.com/Display.asp?, 9 Ogos

2009.Mawaq, Muhammad bin Yusuf al- (1978), al-Taj Wa al-Iklil Li Mukhtasar

Khali, jil. 5, Bayrut: Dar al-Fikr.

Book 1.indb 405 5/26/2010 12:27:15 PM

Page 34: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009) 373-408

406

Mubarakpuri, Muhammad ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Rahim al- (1990), Tuhfah al-Ahwazi Sharah Jami‘ al-Tirmidhi, jil. 4, Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Musa Muhammad Yusuf (1958), al-Islam Wa Musykilatuna al-Hadira, al-Qahirah: al-Maktab al-Fanni.

Muslim, Muslim bin Hajjaj (t.t), Sahih Muslim, “Kitab al-Musaqah”, jil. 5, Bayrut: Dar al-Fikr.

Nadawi, ‘Ali Ahmad al- (1986), al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah, Dimashq: Dar al-Qalam.

Qal‘ahji (1986), Mawsu‘ah Fiqh ‘Abd Allah bin ‘Umar, Bayrut: Dar al-Nafa’is.

Qal‘ahji (1992), Mawsu‘ah Fiqh ‘Abd Allah bin Mas‘ud, ed. 2, Bayrut: Dar al-Nafa’is.

Qal‘ahji, Muhammad Rawwas (1999), al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah, al-Urdun: Dar al-Nafa’is.

Qal‘ahji (1988), Mawsu‘ah Fiqh Ibrahim al-Nakha’i, jil. 1, Bayrut: Dar al-Nafa’is.

Qaradawi, Yusuf al- (1981), Fiqh al-Zakah, ed. 5, jil. 1, Bayrut: Mu’asasah al-Risalah.

Qurtubi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al- (1967), al-Jami‘ Li Ahkam al-Qur’an, jil. 3, Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Ramli, Shams al-Din bin Hamzah al- (1938), Nihayah al-Muhtaj, jil. 5, al-Qahirah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi.

Sajastani, Abu Dawud Sulayman bin al-Ash’ath al- (1991), Sunan Abi Dawud, Kitab al-Buyu‘, hadis no. 3357, jil. 3, Turki: Cagri Yayinlari.

Sanbahili, Burhan al-Din, al- (1988), Qadaya Fiqhiyyah Mu‘asirah. Dimashq: Dar al-Qalam.

Salus, Ali al- (1990), Hukm al-Wada‘i Wa Shahadat al-Istithmar Fi al-Fiqh al-Islami, Doha: Dar al-Thaqafah.

Sattar, Abu Ghuddah ‘Abd al- (1993), al-Bada’il al-Shar‘iyyah Li Sanadat al-Khazanah, al-Nadwah al-Fiqhiyyah al-Thalithah Li Bayt al-Tamwil.

Shaltut, Mahmud (1980), Fatawa, al-Qahirah: Dar al-Shuruq.

Book 1.indb 406 5/26/2010 12:27:16 PM

Page 35: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Analisis Isu-Isu Muamalat Semasa Dalam Buku Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah Al-Mu‘asirah Oleh Qal‘ahji

407

Shawkani, Muhammad ‘Ali al- (1415 H), Nayl al-Awtar, jil. 4, Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Suyuti, ‘Abd al-Rahman al- (t.t), al-Ashbah Wa al-Naza’ir. Misr: Maktabah ‘Isa al-Babi al-Halabi.

Syibir, Muhammad ‘Uthman (1996), al-Mu‘amalat al-Maliyah al-Mu‘asirah Fi al-Fiqh al-Islami, Urdun: Dar al-Nafa’is.

Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Surah al- (1991), Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Buyu‘, hadis no. 1231, jil. 3, Turki: Cagri Yayinlari.

Yasin, Muhammad Na‘im (2000), “Zakah al-Mali al-Harami”, dalam al-Ashqar, Muhammad Sulayman et.al, Abhath Fiqhiyyah Fi Qadaya al-Zakah al-Mu‘asirah, jil. 1, Urdun: Dar al-Nafa’is.

Zarqani, ‘Abd al-Baqi al- (t.t), al-Zarqani ‘Ala Mukhtasar al-Khalil, jil. 6, Bayrut: Dar al-Fikr.

Zarqa’, Mustafa al- (2001), Fatawa, ed. 2, Dimashq: Dar al-Qalam. Zuhayli, Muhammad al- (2007), al-Mu‘tamad Fi al-Fiqh al-Shafi‘, jil. 2,

Dimashq: Dar al-Qalam.

Book 1.indb 407 5/26/2010 12:27:16 PM

Page 36: ANALISIS ISU-ISU MUAMALAT SEMASA DALAM BUKU AL …ejum.fsktm.um.edu.my/article/912.pdf · perbankan Islam dan produk-produknya, syarikat saham, syarikat Mudarabah, Murabahah, pemindahan

Book 1.indb 408 5/26/2010 12:27:16 PM