SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf ·...

14
SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu (PTNT) DISEDIAKAN UNIT PENGURUSAN KUALITI DAN INOVASI MANUSIA, PEJABAT-PEJABAT TANAH NEGERI TERENGGANU “ Results come from doing the right things, not from doing the things right” “There can not be improvement without new ideas, and there can not be new ideas without the participation of all”

Transcript of SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf ·...

Page 1: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

SOAL JAWAB

MS ISO 9001: 2008

Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu

(PTNT)

DISEDIAKAN

UNIT PENGURUSAN KUALITI DAN INOVASI MANUSIA,

PEJABAT-PEJABAT TANAH NEGERI TERENGGANU

“ Results come from doing the right things, not from doing the things right”

“There can not be improvement without new ideas, and there can not be new ideas

without the participation of all”

Page 2: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

1. Apakah maksud kualiti?

Definisi kualiti di bawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entity (produk dan

perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat.

2. Apakah pekeliling yang berkaitan dengan pelaksanaan MS ISO 9000 dalam perkhidmatan awam?

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996: Garis Panduan Bagi Melaksanakan

MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam.

Garis panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam .

Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan

MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam.

3. Apakah pengertian ISO dan ISO 9000?

‘ISO’ yang bermaksud ‘equal’ ialah satu nama samaran bukan akronim untuk

‘International Organization for Standardization’ (IOS).

International Organization for Standardization adalah sebuah pertubuhan bukan

kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland.

4. Apakah itu MS ISO 9000?

Sistem pengurusan kualiti berasaskan prinsip kepastian kualiti menyediakan rangka kerja ke

arah mewujudkan amalan pengurusan yang berkesan dikenal pasti melalui pengiktirafan asas

pelaksanaan TQM.

5. Apakah maksud MS ISO 9001:2008

Satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas dalam satu

Sistem Pengurusan Kualiti.

Sistem kerja yang terancang berasaskan keperluan piawaian antarabangsa. Sistem kerja

yang terancang, akan mempunyai proses-proses yang dikenalpasti, proses-proses

tersebut didokumenkan, dilaksanakan dan dikawal.

Sistem tersebut akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang konsisten kualitinya:

Sistem kerja yang terancang di mana proses-proses dikawal bagi menghasilkan

Perkhidmatan yang konsisten kualitinya, ini lebih dikenali sebagai Sistem Pengurusan

Kualiti; dan

MS ISO 9000 akan hanya dikenali selepas Sistem Pengurusan Kualiti itu diberi

pengiktirafan pensijilan.

1

Page 3: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

6. Kenapa pensijilan MS ISO 9001:2008?

Penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah berlaku;

Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikaldan membuat

tindakan pembetulan.

Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan

setiap kali ; dan

Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah

dilaksanakan.

7. Apakah maksud sistem kualiti

Bermaksud strukur organisasi, tanggungjawab, prosedur-prosedur , proses-proses dan sumber-

sumber bagi melaksanakan pengurusan kualiti.

8. Apakah maksud kawalan kualiti (Quality Control)

Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kualiti.

9. Apakah maksud kepastian kualiti (Quality Assurance)?

Kawalan kualiti adalah tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan

bagi memberikan keyakinan yang mencukupi bahawa produk atau perkhidmatan akan

memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan.

10. Apakah lapan prinsip Sistem Pengurusan Kualiti?

Prinsip 1 : Fokus kepada Pelanggan.

Prinsip 2 : Kepimpinan.

Prinsip 3 : Penglibatan anggota organisasi.

Prinsip 4 : Pendekatan proses.

Prinsip 5 : Pendekatan sistem untuk pengurusan.

Prinsip 6 : Penambahbaikan yang berterusan.

Prinsip 7 : Pendekatan fakta bagi menyelesaikan masalah.

Prinsip 8 : Perhubungan baik (menguntungkan) dengan pembekal.

2

Page 4: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

11. Apakah klausa yang diperlukan bagi membentuk Sistem Pengurusan Kualiti mengikut Versi tahun 2008?

Seksyen 4 Sistem Pengurusan Kualiti

Pemahaman mengenai proses dan dokumentasi

Seksyen 5 Tanggungjawab Pengurusan

Pengurusan dan isu pentadbiran.

Seksyen 6 Pengurusan Sumber

Mengenai sumber manusia, peralatan dan persekitaran kerja.

Seksyen 7 Proses Penyampaian

Perkhidmatan

Keperluan proses dan proses yang diperlukan bagi mengubah input kepada produk.

Seksyen 8 Pengukuran, Analisis Dan

Penambahbaikan

Mengenai isu seperti pengukuran produk/ perkhidmatan, pemantauan sistem dan proses penambahbaikan.

12. Apakah keperluan yang dinyatakan dalam standard MS ISO 9001:2008?

Keperluan yang dinyatakan dalam MS ISO 9001: 2008 ialah:

0. Pengenalan

0.1. Am 0.2. Pendekatan Proses. 0.3. Hubungkait dengan ISO 9004 0.4. Compatibility dengan sistem pengurusan lain.

1. Skop 1.1. Am 1.2. Aplikasi

2. Normative Reference

3. Terminologi Dan Definisi

4. Sistem Pengurusan Kualiti 4.1. Am 4.2. Keperluan dokumentasi

5. Tanggungjawab Pengurusan 5.1. Komitmen Pengurusan 5.2. Keutamaan pelanggan 5.3. Dasar Kualiti 5.4. Perancangan. 5.5. Tanggungjawab, kuasa dan komunikasi. 5.6. Kajian semula pengurusan.

6. Pengurusan Sumber 6.1. Bekalan Sumber 6.2. Sumber manusia 6.3. Infrastruktur 6.4. Persekitaran kerja.

3

Page 5: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

7. Proses Penyampaian Perkhidmatan.

7.1. Perancangan Bagi Penyampaian Perkhidmatan

Pengurusan.

7.2. Proses berkaitan dengan pelanggan.

7.3. Reka bentuk dan proses pembangunan.

7.4. Perolehan.

7.5. Proses penyediaan perkhidmatan.

7.6. Kawalan bagi kaedah penetukuran peralatan.

8. Pengukuran, Analisis Dan

Penambahbaikan

8.1. Am

8.2. Pemantauan dan pengukuran.

8.3. Kawalan ke atas perkhidmatan yang tidak

memenuhi keperluan yang ditetapkan.

8.4. Analisis data.

8.5. Penambahbaikan yang menyeluruh.

13. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu bagi melaksanakan sistem kualiti?

Empat jenis dokumen yang diperlukan bagi membentuk Sistem Pengurusan Kualiti, iaitu :

Tahap 1: Manual Kualiti

Tahap 2 : Prosedur Kualiti

Tahap 3 : Arahan Kerja.

Tahap 4 : Dokumen Sokongan.

14. Apakah itu Manual Kualiti?

Manual kualiti adalah dokumen utama dalam dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti. Disediakan

selaras dengan klausa 4.2.2 standard MS ISI 9001:2008.

Dokumen ini menjelaskan komitmen pengurusan terhadap setiap klausa dalam standard MS ISO

9001:2008.

4

Page 6: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

15. Apa kandungan Manual Kualiti?

Manual kualiti mengandungi:

Maklumat korporat Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu dan pernyataan visi dan misi Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu.

Skop pensijilan, aktiviti proses utama dan Aliran proses utama. Dasar kualiti dan Objektif kualiti Klausa yang tidak berkaitan. Komitmen Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu berkaitan setiap klausa. Hubungkait antara input dengan output. Senarai rekod kualiti.

16. Apakah beza antara prosedur dengan arahan kerja?

Prosedur menerangkan bagaimana proses dijalankan. Arahan kerja menjelaskan bagaimana sesuatu

tugas dilaksanakan. Oleh itu arahan kerja lebih spesifik berbanding prosedur.

17. Apakah Prosedur mandatori yang telah ditetapkan oleh standard?

Ada enam prosedur mandatori yang mesti disediakan oleh Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu

iaitu :

Kawalan Dokumen (Seksyen 4.2.3)

Kawalan Rekod Kualiti (Seksyen 4.2.4)

Audit Dalaman (Seksyen 8.2.2)

Kawalan Ke Atas Produk Tidak Menepati Spesifikasi (Seksyen 8.3)

Tindakan Pembetulan (Seksyen 8.5.2)

Tindakan Pencegahan (Seksyen 8.5.3)

18. Apakah standard yang terdapat dalam famili MS ISO 9000 tahun 2008?

MS ISO 9000:2005 Quality Management Systems -Fundamentals And Vocabulary

MS ISO 9001: 2008 Quality Management Systems -Requirements

MS ISO 9004:2000 Quality Management Systems -Guidance For Performance Improvement

MS ISO 19011:2002 Guidelines On Quality And Environmental Auditing.

19. Apakah keperluan yang diberi penekanan dalam MS ISO 9001:2008 Quality Management

System – Requirement?

Standard ini menjelaskan perkara yang perlu dilakukan oleh agensi untuk membentuk sistem

pengurusan kualiti berkaitan dengan perkara berikut:

Penambahbaikan yang perlu dilakukan secara berterusan.

Perlunya pengurusan atasan memainkan peranan yang lebih aktif dalam perlaksanaan MS ISO

9001: 2008. 5

Page 7: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

Perlunya mematuhi perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa.

Perlunya objektif kualiti diwujudkan yang boleh diukur di peringkat agensi dan bahagian.

Perlunya agensi memantau tahap kepuasan pelanggan dalaman dan luaran sebagai kaedah

pengukuran prestasi.

Perlunya menilai keberkesanan latihan yang dihadiri oleh anggota.

20. Mengapakah Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu perlu mendapat persijilan MS ISO

9001:2008?

Antara sebab-sebabnya ialah :

Untuk memastikan PDNT memberi perkhidmatan yang konsisten dari segi kualiti.

Untuk mendokumenkan proses urusan teras PDNT seperti : penyediaan manual, pemantauan

dan penganjuran seminar/ bengkel.

Sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan/ produk PDNT.

Sebagai usaha untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

PDNT.

Untuk meningkatkan persepsi pelanggan dan stakeholders terhadap PDNT.

Meningkatkan imej PDNT.

21. Apakah faedah PDNT melaksanakan MS ISO 9001:2008?

Faedah-faedah pelaksanaan sistem kualiti MS ISO 9001 PDNT ialah:

o MS ISO 9000 telah menggariskan dengan jelas dasar dan objektif Sistem Pengurusan Kualiti yang

membolehkan anggota dan pelanggan PDNT mengetahui halatuju dan matlamat Jabatan.

o Aktiviti didokumenkan dalam bentuk Manual, Prosedur, Arahan Kerja dan Dokumen Sokongan.

Ia dijadikan panduan untuk anggota PDNT.

o Kesilapan proses kerja mudah dikesan. Ini akan memudahkan anggota terlibat menjalankan

tanggungjawab dan kerja harian mereka;

o Sebelum Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 ini diperkenalkan di PDNT, tiada kesegaraman

wujud dalam urusan Penggubalan Dasar di PDNT.

o Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan telah memudahkan Pengurusan Atasan mengenalpasti

masalah-masalah yang berlaku di Bahagian / Seksyen.

o Pihak Pengurusan Atasan dapat memantau pelaksanaan tugas yang dijalankan di Bahagian /

Seksyen.

o Melalui pelaksanaan MS ISO 9001, pengurusan PDNT lebih mudah membuat sesuatu keputusan

yang tepat berdasarkan prosedur-prosedur yang telah didokumenkan.

o Aduan Pelanggan dapat dikendalikan lebih teratur dan diselaraskan melalui Pegawai Penyelaras

Aduan Pelanggan Bahagian / Seksyen.

o Mengemaskini sistem / prosedur yang dijalankan bagi memenuhi kehendak pelanggan;

o Dengan pelaksanaan MS ISO 9001, wujud keseragaman dan penyatuan di mana tindakan yang

diambil adalah atas nama PDNT bukannya Bahagian / Seksyen.

6

Page 8: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

22. Apakah maksud pengurusan kualiti?

Bermaksud struktur organisasi, tanggungjawab, prosedur-prosedur, proses dan sumber-sumber bagi

melaksanakan pengurusan kualiti.

23. Apakah klausa yang diperlukan bagi membentuk Sistem Pengurusan Kualiti mengikut Versi tahun 2000?

Keperluan ini dinyatakan dalam klausa seperti berikut:

Klausa 4 : Sistem Pengurusan Kualiti

Klausa 5 : Tanggungjawab Pengurusan.

Klausa 6 : Pengurusan Sumber

Klausa 7 : Realisasi Produk

Klausa 8 : Pengukuran, Pemantauan dan Penambahbaikan.

24. Apakah Prosedur mandatori yang telah ditetapkan oleh standard?

Ada enam prosedur mandatori yang mesti disediakan oleh PDNT iaitu :

1. Prosedur Kawalan Dokumen (Klausa 4.2.3)

2. Prosedur Kawalan Rekod Kualiti (Klausa 4.2.4)

3. Prosedur Audit Dalaman (Klausa 8.2.2)

4. Prosedur Kawalan Ke Atas Produk Tidak Menepati Spesifikasi (Klausa 8.3)

5. Prosedur Tindakan Pembetulan (Klausa 8.5.2)

6. Prosedur Tindakan Pencegahan (Klausa 8.5.3)

25. Apakah bentuk struktur pengurusan ISO 9000 PDNT?

Struktur pengurusan MS ISO 9000 PDNT dibahagikan kepada empat struktur seperti berikut :

Semua anggota PDNT

Semua anggota PDNT

Semua anggota

PDNT Semua anggota PDNT

7

Manual Kualiti

Prosedur Kualiti

Arahan Kerja

Page 9: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

26. Apakah Prosedur Kualiti bagi Proses Utama PDNT?

Prosedur Pengurusan adalah prosedur yang menyokong kepada pelaksanaan sistem pengurusan kualiti

PDNT. Prosedur Pengurusan seperti berikut:

BIL. NO. RUJUKAN PROSEDUR KUALITI

NAMA PROSEDUR KUALITI

Pelupusan Tanah 1 PTNT-PK(PU)-01 Pemberimilikan Tanah 2 PTNT-PK(PU)-02 Lesen Menduduki Sementara 3 PTNT-PK(PU)-03 Permit Pengalihan / Ruang Udara 4 PTNT-PK(PU)-04 Perizaban Tanah Pendaftaran Tanah

5 PTNT-PK(PU)-05 Pendaftaran Hakmilik Sementara 6 PTNT-PK(PU)-06 Pendaftaran Hakmilik Kekal 7 PTNT-PK(PU)-07 Pendaftaran Urusniaga Tanah 8 PTNT-PK(PU)-08 Pendaftaran Bukan Urusniaga Tanah 9 PTNT-PK(PU)-09 Perintah Jual Pembangunan Tanah

10 PTNT-PK(PU)-10 Tukar Syarat Tanah 11 PTNT-PK(PU)-11 Tukar Syarat dan Pecah Sempadan Tanah Serentak 12 PTNT-PK(PU)-12 Pecah Sempadan/ Pecah Bahagian/ Cantuman Tanah 13 PTNT-PK(PU)-13 Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah 14 PTNT-PK(PU)-14 Pengambilan Tanah 15 PTNT-PK(PU)-15 Kebenaran Urusniaga

Penguatkuasaan 16 PTNT-PK(PU)-16 Penguatkuasaan Tanah

Hasil Tanah 17 PTNT-PK(PU)-17 Pengurusan Hasil Tanah

27. Apakah Prosedur Kualiti Pengurusan?

Prosedur Pengurusan adalah prosedur yang menyokong kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

PDNT. Prosedur Pengurusan seperti berikut:

BIL. NO. RUJUKAN

PROSEDUR KUALITI NAMA PROSEDUR KUALITI

1 PTNT-PK(U)-01 Perancangan Strategik

2 PTNT-PK(U)-02 Pengendalian Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)

3 PTNT-PK(U)-03 Audit Kualiti Dalaman

4 PTNT-PK(U)-04 Kawalan Dokumen

5 PTNT-PK(U)-05 Pengurusan Rekod Kualiti

6 PTNT-PK(U)-06 Pengendalian Maklumbalas Pelanggan

7 PTNT-PK(U)-07 Tinjauan Tahap Kepuasan Hati Pelanggan

8 PTNT-PK(U)-08 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan

9 PTNT-PK(U)-09 Kawalan Penyampaian Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Keperluan

8

Page 10: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

28. Apakah Prosedur Kualiti Sokongan?

Prosedur Sokongan adalah prosedur yang menyokong kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

PDNT. Prosedur Sokongan seperti berikut:

BIL. NO. RUJUKAN PROSEDUR KUALITI NAMA PROSEDUR KUALITI 1 PTNT-PK(S)-01 Anggaran Belanjawan Tahunan 2 PTNT-PK(S)-02 Pengurusan Perolehan 3 PTNT-PK(S)-03 Pengurusan Program Latihan 4 PTNT-PK(S)-04 Pengurusan Aset 5 PTNT-PK(S)-05 Tentukuran

29. Apakah Arahan Kerja?

Arahan Kerja memperincikan sesuatu tindakan yang dinyatakan dalam prosedur. Arahan Kerja yang

telah disediakan ialah:

BIL. NO. RUJUKAN ARAHAN KERJA NAMA ARAHAN KERJA

1 PTNT-AK-01 Pengendalian Menu Awalan

2 PTNT-AK-02 Pengendalian Siasatan (Enquiry)

3 PTNT-AK-03 Pengendalian Menu Kemasukan Butiran

4 PTNT-AK-04 Pengendalian Pembetulan Kemasukan Butiran (Utiliti)

5 PTNT-AK-05 Pengendalian Menu Keputusan

6 PTNT-AK-06 Pengendalian Cetakan Rekod Perserahan

7 PTNT-AK-07 Pengendalian Semakan Data Back-up

8 PTNT-AK-08 Pengendalian Proses Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 3(i)(b)/(c) Akta Pengambilan Tanah 1960

9 PTNT-AK-09 Pengendalian Pelupusan Aset

10 PTNT-AK-10 Pengendalian Audit Kualiti Dalaman

11 PTNT-AK-11 Pengendalian Permohonan Hakmilik Tanah Yang Hilang.

30. Apakah dasar kualiti?

PDNT adalah komited menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan

nilai-nilai integriti , akauntabiliti dan profesionalisme.

9

Page 11: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

31. Apakah objektif Kualiti (Bahagian) PDNT?

Bil. Objektif Kualiti Sasaran/tempoh

1. Pemberimilikan Tanah 12 bulan

2. Lesen Menduduki Sementara 6 bulan

3. Permit Pengalihan Harian Kelulusan - 1 jam

4. Perizaban Tanah 12 bulan

5. Pendaftaran Hakmilik 3 Hari bekerja

6. Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga

1 hari bekerja - bagi kes-kes tertentu iaitu: - Sehingga 15 perserahan sahaja. - Penolak/penerima/pengadai yang membawa sendiri. - Menerima perserahan sebelum jam 1.00 tengahari. 2 hari bekerja - bagi kes-kes yang melebihi 15 perserahan sehari. - Bukan Urusniaga.

7. Perintah Jual 6 bulan

8. Tukar Syarat Tanah 4 bulan

9. Pecah Sempadan/Pecah Bahagian/Cantuman Tanah

2 bulan

10. Tukar Syarat dan Pecah Sempadan Serentak.

6 bulan

11. Penyerahan dan Pemberian Semula Tanah 6 bulan

12. Pengambilan Tanah 18 bulan

13. Kebenaran Urusniaga (Kelulusan Pentadbir Tanah)

2 hari bekerja

14. Operasi Penguatkuasaan 1 hari bekerja

15. Pungutan Cukai Tanah/ Tunggakan Cukai Tanah

Mengikut sasaran jabatan

16. Aduan pelanggan Penyelesaian aduan 100% setiap tahun

17. Pemantauan Sistem Pengurusan Audit Nilai Indek Komposit melebihi 80%

32. Apakah agensi yang mengeluarkan sijil MS ISO 9001:2008 PDNT?

AJA EQS Certification (Malaysia) Sdn.Bhd

10

Page 12: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

33. Apakah peranan pengurusan dalam perlaksanaan MS ISO 9001:2008?

Standard MS ISO 9001:2008 memerlukan komitmen pengurusan atasan memainkan peranan berikut:

Membuktikan komitmen terhadap usaha pembangunan dan penambahbaikan yang berterusan

Sistem Perkhidmatan Kualiti.

Menyediakan saluran komunikasi untuk memaklumkan kepada anggota PDNT mengenai

pentingnya memenuhi kehendak pelanggan, pematuhan kepada peraturan dan undang-undang.

Memastikan tanggungjawab dan kuasa anggota yang memberi kesan terhadap kualiti produk

dihebahkan untuk makluman semua anggota organisasi.

Menghebahkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.

34. Apakah peranan anggota organisasi dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2008?

Standard MS ISO 9001:2008 berkehendakkan warga PDNT memainkan peranan berikut:

Fahami keperluan asas pembentukan Sistem Pengurusan Kualiti seperti dinyatakan dalam

standard MS ISO 9001:2008

Fahami manual kualiti, prosedur kualiti, arahan kerja serta lain dokumen sokongan yang telah

disediakan.

Pastikan fail serta dokumen pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti diselenggara supaya mudah

diperolehi, tidak rosak dan mudah dibaca.

Pastikan rekod-rekod kualiti seperti dinyatakan dalam manual kualiti dan rekod kualiti

diselenggara supaya mudah diperolehi, tidak rosak dan mudah dibaca.

Memberi kerjasama kepada Pasukan Audit Dalaman.

35. Apakah peranan Pasukan Audit Dalaman PDNT?

Pasukan Audit Dalaman PDNT ditubuhkan untuk:

Bertindak bagi pihak pengurusan untuk memantau dan menilai tahap perlaksanaan sistem

perlaksanaan kualiti.

Mencadangkan kepada pihak pengurusan perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan.

36. Apakah maksud audit?

Audit merupakan satu pemeriksaan yang sistematik dan bebas serta didokumenkan bagi tujuan

menentukan sama ada aktiviti kualiti dipatuhi dan hasil yang berkaitan mematuhi perancangan serta

sama ada pengurusan ini telah dilaksanakan dengan berkesan dan sesuai bagi mencapai objektif.

11

Page 13: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

37. Ada berapa jenis audit?

Terdapat tiga (3) jenis audit iaitu :

38. Apakah maksud audit pihak pertama?

Audit yang dijalankan oleh organisasi sendiri i.e audit dalaman. Oleh sebab itu, Pengurusan PDNT

hendaklah melantik ahli pasukan audit selaras dengan klausa 8.2.2 standard MS ISO 9001:2008.

39. Berapa kalikah dalam setahun pasukan audit dalaman PDNT menjalankan audit?

Pasukan Audit dalaman akan menjalankan audit dalaman setiap enam bulan.

40. Apakah yang dilakukan oleh pasukan audit semasa pengauditan?

Pasukan menilai / memeriksa setiap Bahagian / Seksyen untuk memastikan auditee melaksanakan

sistem pengurusan kualiti seperti yang telah didokumenkan.

41. Apakah peranan auditee?

Sebagai auditee, setiap anggota PDNT hendaklah memastikan pematuhan kepada :

1. Peraturan serta Pekeliling PDNT.

2. Apa yang telah didokumenkan sama ada dalam Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Arahan

Kerja.

Oleh sebab itu, rekod untuk membuktikan pematuhan hendaklah diselenggara dengan baik untuk

ditunjukkan kepada juruaudit. 12

Audit

Pihak

Pertama

Audit

Pihak

Kedua

Audit

Pihak

kETIGA

Page 14: SOAL JAWAB MS ISO 9001: 2008 Pejabat-Pejabat …pdtbesut.terengganu.gov.my/pdf/SoalJawabQi.pdf · Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi

42. Apakah audit yang dijalankan oleh audit pihak ketiga?

Audit pihak ketiga adalah pengauditan yang dijalankan oleh badan pensijilan (i.e AJA EQS Certification

(Malaysia) Sdn.Bhd). Terdapat tiga jenis pengauditan yang dijalankan iaitu:

Pertama : Stage 1 Audit. Iaitu audit ke atas dokumen Sistem Pengurusan Kualiti PDNT (Manual Kualiti,

Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja)

Kedua : Stage 2 Audit. Iaitu audit untuk pensijilan.

Ketiga : Audit susulan. Iaitu audit yang dijalankan setelah memperolehi pensijilan.

43. Apakah mungkin pensijilan MS ISO 9001:2008 ditarik balik/digantung oleh badan pensijilan?

Ya. Sijil MS ISO 9001:2008 PDNT boleh ditarik balik/ digantung oleh badab pensijilan. Tindakan ini boleh

diambil sekiranya semasa audit susulan, PDNT gagal membuktikan sistem pengurusan kualiti masih

dilaksanakan secara berkesan.

44. Apakah faktor yang menentukan kejayaan MS ISO 9000 di agensi?

Sokongan Pengurusan.

Komitmen/ Penglibatan Pengurusan dan semua anggota agensi.

Latihan

Dokumen

Mudah difahami

Tidak komplikated

Pelaksanaan.

13

KOMITMEN

PENGURUSAN

KAJIAN

SEMAKAN

PENGURUSAN

PERANCANGAN

DASAR KUALITI

FOKUS

KEPADA

PELANGG

AN

KAJIAN

SEMAKAN

PENGURUSAN

KLAUSA 5

TANGGUNGJAWAB

PENGURUSAN