Pertandingan Blogging 2010

14
akanan Tradisiona Melayu CRISSA MARIE

description

 

Transcript of Pertandingan Blogging 2010

Page 1: Pertandingan Blogging 2010

Makanan TradisionalMelayu

CRISSA MARIE

Page 2: Pertandingan Blogging 2010

Makanan Melayu

Masakan Melayu banyak menggunakan rempah. Iaitu pelbagai jenis rempah ratus dan ramuan herba di dalam makanan. Sebagai contoh, ketika menyediakan hidangan kari. Tidak sama seperti kari masyarakat kaum India, orang-orang melayu lebih gemar menjadikan masakan lebih rasa dan harum dengan mencampurkan sedikit bahan-bahan lain seperti daun kari dan buah tomato sebagai penambah perisa kepada masakan. Hidangan kari yang disediakan juga adalah lebih pekat dan tidak begitu pedas.

Masyarakat melayu juga gemar makanan laut seperti ikan segar, ketam, udang, kerang, siput dan sotong. Pada kebiasannya, makanan yang hendak dimasak dan dicampurkan dengan sedikit bahan perasa seperti serbuk rempah sebagai bahan perasa tambahan.

Page 3: Pertandingan Blogging 2010

BelacanIa merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.  Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.

Belacan

Sambal Belacan

Page 4: Pertandingan Blogging 2010

Botok-Botok

Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

Boto

k-boto

k oka

n

+te

nggiri

Page 5: Pertandingan Blogging 2010

Cencalok Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.

Page 6: Pertandingan Blogging 2010

Gula MelakaGula Melaka atau dikenali juga dengan nama Gula Tuak banyak terdapat di Melaka. Gula Melaka diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka ini berbeza dengan gula tiruan yang berada di pasaran kini.Proses membuat Gula Melaka bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana ia terpaksa melalui tiga peringkat pemprosesan. Seseorag yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang dapat menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.

Gula Melaka Chendol

Gula Melaka

Page 7: Pertandingan Blogging 2010

DodolIa sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Page 8: Pertandingan Blogging 2010

Otak-OtakOtak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Page 9: Pertandingan Blogging 2010

TapaiTapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.

Page 10: Pertandingan Blogging 2010

Lempeng Kelapa

Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.

Page 11: Pertandingan Blogging 2010

Jala Mas

Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.

Page 12: Pertandingan Blogging 2010

Bunga Pudak

Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa.

Page 13: Pertandingan Blogging 2010

Asam Gumpal

Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi menambah perisa.

Page 14: Pertandingan Blogging 2010

Halwa Maskat

Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.