PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP AMALAN · PDF fileJournal of Humanities, Language, Culture and...

16
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 | 79 PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP AMALAN AKIDAH DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK (THE INFLUENCE OF PEERS TOWARDS POLYTHECNICS STUDENTS’ AQIDA PRACTICES) Nor Wahida binti Dzalihu’zzabir 1 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pengaruh rakan sebaya terhadap tahap amalan kerohanian dari aspek akidah dalam kalangan pelajar politeknik. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 297 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata dari tiga buah politeknik zon tengah. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diadaptasi daripada kajian-kajian lalu. Soal selidik merangkumi tiga bahagian iaitu demografi, soal selidik tahap amalan akidah dan pengaruh rakan sebaya. Data telah dianalisis menggunakan SPSS 19.0 bagi mengenalpasti tahap amalan akidah pelajar, tahap pengaruh rakan sebaya dan hubungan antara pengaruh rakan sebaya terhadap amalan akidah pelajar politeknik. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kerohanian dari aspek akidah adalah tinggi (min = 3.93) begitu juga tahap pengaruh rakan sebaya (min = 3.61). Hasil kajian juga mendapati pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan positif yang signifikan (p > 0.05) antara pengaruh rakan sebaya dengan amalan akidah (r = r = 0.179. Hasil kajian diharap dapat memberi sumbangan yang penting dan signifikan ke arah usaha yang lebih strategik bagi memperkasakan sahsiah pelajar di politeknik. Keywords: Pengaruh rakan sebaya, Amalan Akidah, Pelajar politeknik 1 Pensyarah, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan, Tel: +60128811677 E-mail: [email protected]

Transcript of PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP AMALAN · PDF fileJournal of Humanities, Language, Culture and...

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

79

PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP AMALAN

AKIDAH DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK

(THE INFLUENCE OF PEERS TOWARDS POLYTHECNICS STUDENTS’ AQIDA

PRACTICES)

Nor Wahida binti Dzalihu’zzabir1

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pengaruh rakan sebaya terhadap tahap

amalan kerohanian dari aspek akidah dalam kalangan pelajar politeknik. Kajian ini

merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 297 orang

pelajar yang dipilih secara rawak berstrata dari tiga buah politeknik zon tengah. Instrumen

kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diadaptasi daripada kajian-kajian lalu. Soal

selidik merangkumi tiga bahagian iaitu demografi, soal selidik tahap amalan akidah dan

pengaruh rakan sebaya. Data telah dianalisis menggunakan SPSS 19.0 bagi mengenalpasti

tahap amalan akidah pelajar, tahap pengaruh rakan sebaya dan hubungan antara pengaruh

rakan sebaya terhadap amalan akidah pelajar politeknik. Dapatan kajian menunjukkan

tahap amalan kerohanian dari aspek akidah adalah tinggi (min = 3.93) begitu juga tahap

pengaruh rakan sebaya (min = 3.61). Hasil kajian juga mendapati pengaruh rakan sebaya

mempunyai hubungan positif yang signifikan (p > 0.05) antara pengaruh rakan sebaya

dengan amalan akidah (r = r = 0.179. Hasil kajian diharap dapat memberi sumbangan yang

penting dan signifikan ke arah usaha yang lebih strategik bagi memperkasakan sahsiah

pelajar di politeknik.

Keywords: Pengaruh rakan sebaya, Amalan Akidah, Pelajar politeknik

1 Pensyarah, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,71760 Bandar

Enstek, Negeri Sembilan, Tel: +60128811677 E-mail: [email protected]

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

80

Abstract

This research is aimed at identifying the influence of peers towards polytechnics students

spiritual practices in the belief’s aspect (Aqida). This is a quantitative research employing a

survey on 297 students that were selected using stratified random sampling from three

polytechnics in central zone. A set of modified questionnaire from past research was used as

an instrument for this study. The questionnaire contains three (3) parts including

demography, questions on aqida practices as well as questions on peer pressure, was

distributed to the samples. The data were analysed using SPSS 19.0 in order to measure the

level of students’ Aqida practices, level of peer influence as well as the relationship between

peer pressure towards polythecnics students Aqida practices. Findings from the research

revealed that, the level of spirituality in the belief’s aspect (Aqida) was high (mean = 3.93).

For the peer influence, the level was considerably high (mean = 3.61). The research also

found that there is significant correlation between peer influence (p > 0.05) and Aqida

practices among the polytechnic students (r = r = 0.179). It is believed that, finding from this

research would be beneficial to relevant agencies and units that directly involve in students’

self-development, so that the agencies and units would take consideration to the peer

influence factor in their student’s development training. This research also significantly

contributes to the strategic efforts in empowering the morals and personality of polytechnic

students.

Keywords: Influence of Peers, Aqida Practices, Polythecnics Students

2017 JHLCB

Pengenalan

Dalam Islam, kehidupan beragama dikaitkan dengan amalan kerohanian yang

memberi pengaruh besar terhadap pembentukan personaliti dan tingkah laku manusia (Md

Noor, 2012). Hal ini kerana amalan kerohanian mencakupi dimensi akidah, ibadah dan

akhlak yang merupakan dasar agama Islam. Individu yang mengamalkan agama dapat perlu

menghayati aspek akidah, ibadah dan akhlak dalam membina personaliti yang seimbang (Md

Noor, 2012). Akidah merupakan dasar kepada agama akan menjadi pendorong kepada amal

perbuatan kebaikan dan membina personaliti positif untuk bertindak secara positif berasaskan

ajaran Islam (Jamiah, Azimi & Hasnan, 2006). Hal ini kerana, akidah merujuk kepada

perbuatan atau amalan harian yang dicetuskan oleh keyakinan terhadap perkara-perkara yang

berkaitan rukun Iman khususnya berkaitan hubungannya dengan Allah SWT.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

81

Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai budaya negatif dan

bercanggah dengan prinsip-prinsip agama. Pendedahan kepada perkara-perkara negatif ini

telah membawa pelajar-pelajar ke dalam krisis keruntuhan nilai dan akhlak. Fenomena ini

digambarkan melalui tindakan mereka yang mendera sesama rakan, membuli, lari dari

sekolah, mencuri, ponteng, peras ugut, merompak juga sanggup membunuh (Mohd. Haizir,

2009; Azlina Abdullah, 2010).

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia

Malaysia, (2010) terhadap tingkah laku berisiko seperti seksual, penyalahgunaan bahan, tiada

integriti, tiada keperaturan dan jenayah mendapati seramai 2,249 orang responden daripada

2,403 responden pernah melakukan tingkah laku berisiko. Belia yang berumur antara 15

hingga 25 tahun merupakan responden yang paling tinggi terlibat dalam tingkahlaku berisiko

ini. Hal ini digambarkan melalui jadual 1.1 berikut:-

Jadual 1.1 : Laporan Instistut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Kategori

umur

(tahun)

Bilangan

responden

berisiko

Seksual

(%)

Tiada

peraturan

(%)

Tiada

integriti

(%)

Penyalahgunaan

bahan

(%)

Jenayah

(%)

15-19 516 46.0 90.0 95.0 46.0 58.0

20-25 649 57.0 89.0 92.0 56.0 57.0

26-29 551 56.0 88.0 91.0 58.0 50.0

30-35 325 48.0 82.0 86.0 60.0 44.0

36-40 208 44.0 78.0 80.0 55.0 45.0

Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2010) dalam Kajian Gejala Sosial dalam Kalangan

Belia Malaysia.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye turut

mendedahkan penahanan seramai 2,246 orang pelaku jenayah membabitkan golongan remaja

dan belia dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2011. Berdasarkan jumlah itu seramai 992

orang tahanan merupakan pelajar manakala 1434 orang adalah bukan pelajar dan remaja.

Begitu juga perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara dalam (Husin bin Junoh, 2011)

mendapati jumlah kelahiran anak tidak sah taraf yang didaftarkan pada tahun 2006 hingga

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

82

2010 ialah seramai 234,647 orang. Daripada jumlah itu seramai 80,979 atau 34.5% ialah bayi

daripada wanita beragama Islam. Kes buang bayi pula mencatatkan sebanyak 280 kes dari

tahun 2005 hingga April 2010 di seluruh negara.

Fenomena ini tidak selari dengan cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai

Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat bermoral, beretika, warganegara yang kukuh

nilai agama dan kejiwaan serta mempunyai etika paling tinggi (Nazri Muslim & Nasruddin

Yunus, 2006). Terdapat pelbagai faktor yang mendorong tingkah laku negatif ini dalam

kalangan pelajar. Antara faktor yang terlibat adalah seperti kurang pendidikan agama

Asmawati Suhid, (2007); pengaruh persekitaran, (Khalim Zainal, 2008); dan kurangnya

penghayatan agama dalam kalangan generasi muda (Yuseri Ahmad et.al.,2010 dan Mashitah

Sulaiman et al., 2011). Manakala Tajul Ariffin Nordin dan Nor’Aini Dan., (2002) masalah

keruntuhan akhlak dan nilai berpunca daripada minda manusia yang terlupa akan tujuan

sebenar mereka dihidupkan di dunia. Begitu juga menurut kajian Roslee Ahmad et,al,. (2008)

mendapati peningkatan gejala sosial dan tingkah laku seksual pelajar adalah disebabkan

kurangnya amalan kerohanian.

Pergaulan remaja juga menjadi aspek yang penting dalam menentukan corak tingkah

laku dan keperibadian mereka. Bandura (1977) menyatakan persekitaran dan juga individu-

individu yang signifikan akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Oleh itu, dalam

pembinaan akhlak dan personaliti pelajar, faktor persekitaran terutamanya rakan sebaya

memainkan peranan yang sangat penting. Kenyataan ini selari dengan Nasih Ulwan (2004)

menyatakan jika anak-anak bergaul dengan teman-teman yang pincang dan rosak akhlaknya,

maka mereka juga akan memiliki akhlak tersebut. Hal ini kerana, menurut Asmak (2006)

rakan sebaya merupakan ibu bapa kedua mereka dan menggantikan peranan ibu bapa.

Ini dibuktikan dengan beberapa kajian yang mengaitkan rakan sebaya dengan tingkah

laku remaja. Menurut O’Connell, P., Pepler, D. dan Craig, 1999; Salmivalli, et,al,. (1996);

dan Azizi Yahaya et,al,. (2007) mendapati bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang

tidak kurang pentingnya kepada perkembangan dan pengekalan tingkah laku buli, sikap

antisosial dan salah laku. Begitu juga, kajian Mahmood Nazar & Mohammad Shahid (2007),

mendapati pengaruh rakan sebaya menyebabkan remaja menghidu gam dan melakukan

aktiviti antisosial secara bersama kerana mereka lebih senang bersama rakan sebaya.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

83

Masalah Kajian

Suasana belajar di politeknik yang memerlukan mereka tinggal berjauhan dengan

keluarga menyebabkan mereka perlu belajar berdikari dan bijak menyesuaikan diri dengan

persekitaran yang baru. Di kampus, pelajar ini tinggal di kamar siswa (kamsis) atau menyewa

rumah bersama rakan-rakan di luar. Oleh itu, rakan sebaya merupakan individu yang sangat

rapat dengan pelajar-pelajar ini. Sekiranya mereka bersahabat dengan rakan-rakan yang

bermasalah, dikhuatiri mereka juga akan turut terlibat dalam masalah tesebut. Ini bertepatan

dengan Sigelmen dan Rider (2002), kehidupan mahasiswa dan pelajar institusi pengajian

tinggi memerlukan mereka hidup berdikari dan membuat keputusan dalam hidup

bersendirian, antaranya memilih rakan.

Kajian-kajian terdahulu mendapati rakan sebaya banyak mempengaruhi tingkah laku

pelajar ataupun remaja. Pengaruh rakan sebaya ini meliputi aspek tingkah laku sosial, agama,

pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain. Dalam aspek agama, kajian Mohd Khusrin

Munawi dalam ( Nurul Ain Mohd Hussain, 2010), mendapati 109 kes murtad di Selangor dari

tahun 2007 sehingga 2009 adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Kes murtad ini adalah

perkara yang berkait rapat dengan akidah. Selain itu, rakan sebaya juga banyak

mempengaruhi kehidupan pelajar seperti dalam peningkatan pencapaian akademik (Sarala

Manikam; Thai,2009); pembentukan akhlak (Rohana Tan et,al,. 2013); tingkah laku negatif

(Nur Hasbuna Salleh, 2013). Kajian di Barat juga banyak mengaitkan pengaruh rakan sebaya

dalam beberapa aspek kehidupan pelajar. Pengaruh yang signifikan ini merujuk kepada isu

hobi, minat, kegembiraan, kesejahteraan hidup serta pilihan untuk memiliki sesuatu benda

perlu mempunyai persamaan ataupun persetujuan rakan sebaya (Chaplin & John, 2010),

perkembangan tingkah laku belia (Brown, Bakken, Ameringer & Mahon, 2008), ketagihan

minuman berakohol (Mariana Astudillo, Connor, Rachel, Akanidomo & Gerhard, 2013),

ketagihan dadah dan alkohol (Stephanie H. Cook, Bauermeister, Deborah & Zimmerman,

2013).

Kajian Literatur

Menurut Al-Ghazali, (2005) kesempurnaan rohani manusia yang sebenar boleh

dicapai apabila manusia berkemampuan mengenali diri sendiri dengan mengawal tingkah

laku berpandukan hati, menyembah Allah SWT kerana mengenali Allah serta kemampuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

84

berinteraksi dengan alam dengan mengenali alam. Selain itu, al-Ghazali turut memasukkan

satu elemen baru dalam kesempurnaan iman iaitu keupayaan mengenali hari akhirat yang

mengandungi pembalasan dan ganjaran di atas semua perbuatan di dunia. Kemampuan

mengenali empat domain utama ketenangan hati ini iaitu mengenali AllahSWT, mengenali

alam, mengenali hari akhirat akan meningkatkan penghayatan akidah seseorang itu dengan

mentauhidkan Allah SWT dan menyerahkan kehidupannya kepada Allah SWT dalam setiap

amalan dan ketentuan yang ditakdirkan Allah ke atasnya seterusnya menjadi manusia yang

sempurna dan dekat dengan Allah SWT (Ibn Taimiyah,1988). Hal ini disokong oleh Teori

Kepuasan Maslow (1943) yang memperkenalkan konsep kesempurnaan kendiri (self-

actualization). Menurut Maslow, manusia dilahirkan dengan mempunyai kuasa dalaman

untuk menghasilkan potensi diri maksimum yang dikenali sebagai kesempurnaan kendiri

(self-actualization). Untuk mencapai kesempurnaan kendiri ini ada beberapa tahap yang perlu

dilalui oleh manusia iaitu tahap fisiologi diikuti keperluan keselamatan seterusnya keperluan

sosial kemudian meningkat kepada keperluan penghormatan dan akhirnya tahap mencapai

kesempurnaan kendiri. Menurut pandangan al-Ghazali dan Teori Maslow ini mendapati

bahawa manusia mempunyai kuasa dalaman dalam mencapai kesempurnaan hidup.

Al-Ghazali menekankan penghayatan akidah sebagai asas kepada amalan ibadah dan

akhlak yang sempurna. Hal ini dilihat melalui pandangan al-Ghazali (1988) bahawa

pembangunan akidah mengandungi keyakinan tentang kewujudan zat, sifat dan segala

perbuatan Allah SWT serta keyakinan tentang kebenaran Rasulullah SAW. Hal ini termasuk

keyakinan kepada perkara yang didengar iaitu perkara sam’iyyat seperti pengumpulan dan

kebangkitan sesudah mati, pertanyaan Munkar dan Nakir, azab kubur, neraca, titian, syurga

dan neraka. Termasuk dalam bahagian ini adalah keyakinan terhadap rukun-rukun Iman (al-

Ghazali, 2000). Keyakinan terhadap rukun iman dapat memberi kesan di dalam hati manusia

(al-Ghazali, 2000) serta menjadi pendorong untuk beribadah kerana yakin terhadap

pembalasan Allah SWT. Begitu juga al-Muhasibi (2003) menekankan pembangunan rohani

manusia adalah melalui pendidikan kejiwaan iaitu muhasabat al-nafs, mujahadah al-nafs dan

riyadah al-nafs. Al-Muhasibi (2003) menekankan manusia perlu melakukan proses

muhasabah diri dengan amalan yang telah lalu dan akan datang dalam kehidupannya serta

berusaha untuk melawan hawa nafsu itu dengan konsep mujahadah al-nafs melalui amalan

riyadah al-nafs. Ini menunjukkan bahawa amalan akidah merupakan aspek yang paling

penting dan menjadi dasar kepada penghayatan Islam yang sempurna.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

85

Menurut Yahya (2004) penghayatan akidah dalam kalangan pelajar yang lemah

menyebabkan mereka terlibat dalam gejala black metal serta perkara-perkara yang

meruntuhkan akhlak. Justeru menurut al-Qaradawi 2005 kekuatan akidah dan hubungan yang

berterusan dengan Allah SWT dapat mengatasi masalah kemerosotan akhlak para pelajar. Hal

ini kerana, kekuatan akidah merupakan satu daripada empat kekuatan asas yang harus

dikuasai oleh pelajar untuk membersihkan emosi, fikiran dan perlakuan daripada melakukan

perkara yang bertentangan dengan kehendak Islam. Pengetahuan dan amalan akidah yang

sempurna ini mampu membantu para pelajar yang mengalami kerisauan dan keresahan yang

mengganggu jiwa mereka (Auliya, 1970). Terdapat beberapa faktor yang membantu pelajar

dalam mengamalkan amalan akidah ini iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor luaran

adalah persekitaran pelajar iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan media massa. Menurut teori

pembelajaran sosial Bandura (1977) tingkah laku manusia dipengaruhi oleh persekitaran

menerusi pemerhatian dan peniruan tingkah laku tersebut. Ini bermakna persekitaran dan

orang-orang yang signifikan mempengaruhi amalan remaja dan pelajar sama ada baik atau

jahat. Proses ini berlaku dengan menjadikan orang lain sebagai model.

Oleh itu, pemilihan persekitaran yang baik penting dalam melahirkan pelajar atau

remaja yang baik (Zakaria Stapa, 2012). Rakan merupakan individu yang paling dekat

dengan persekitaran pelajar politeknik. Hal ini kerana lingkungan umur pelajar politeknik

adalah akhir remaja iaitu 18 sehingga 22 tahun. Ini disokong oleh Dacey J. (1997) remaja

yang berumur 18 hingga 22 tahun mula membina hubungan sosial yang baru dengan menilai

semula hubungan dengan keluarga kerana mereka mungkin berada di institusi pengajian

tinggi yang melibatkan hubungan rakan sebaya yang erat berbanding keluarga. Oleh itu rakan

yang hendak dipilih mestilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang baik dan disenangi

untuk dijadikan kawan. Pada dasarnya sifat yang baik itu ialah akal yang baik, berbudi

pekerti, bukan termasuk golongan orang yang fasik dan bukan pula orang yang tamak dalam

perkara keduniaan (al-Ghazali, 1985). Selain itu, Muhammad Usman al-Kasht, (1985)

menyatakan pergaulan iaitu adab bersahabat jika dilaksanakan mengikut cara yang

diperintahkan oleh syarak, akan mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

86

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap amalan akidah pelajar politeknik.

2. Mengenal pasti tahap pengaruh rakan sebaya dalam kalangan pelajar politeknik

3. Mengenal pasti hubungan pengaruh rakan sebaya terhadap amalan akidah pelajar

politeknik

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan yang melibatkan analisis data deskriptif dan

inferensi. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik iaitu skala amalan akidah dan skala

pengaruh rakan sebaya faith modeling scale (Schwartz, 2006) yang telah diubah suai

mengikut kesesuaian kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah kuantitatif yang

melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada 297 orang pelajar politeknik zon tengah

yang dipilih secara rawak berstarata. Kesemua instrumen kajian telah diubahsuai oleh

pengkaji telah disahkan kandungannya oleh empat orang panel rujukan pakar dalam bidang

pendidikan Islam dan pegawai kaunseling politeknik bagi item pengaruh rakan sebaya. Bagi

menilai kebolehpercayaan terhadap instrumen yang digunakan, kajian rintis telah dijalankan

terhadap 40 orang pelajar politeknik dengan tahap nilai kebolehpercayaan alpha cronbach

yang diperolehi bagi semua instrumen adalah tinggi (>0.8). Secara keseluruhannya,

sebahagian besar penyelidik mencadangkan bahawa nilai pekali alpha yang melebihi 0.8

lazimnya menunjukkan aras kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima sebagai satu

instrumen (Pallant, 2001). Terdapat 15 item tahap amalan akidah berdasarkan skala 5-mata

1=tidak pernah kepada 5=selalu, manakala skala pengukuran bagi item tahap pengaruh rakan

sebaya adalah berdasarkan skala 5-mata 1=amat tidak setuju kepada 5=sangat setuju.

Dapatan Kajian

Hasil kajian dibincangkan dalam tiga bahagian. Bahagian pertama adalah berkaitan

demografi pelajar diikuti tahap amalan akidah pelajar dan tahap pengaruh rakan sebaya.

Seterusnya bahagian ketiga adalah hubungan pengaruh rakan sebaya dalam amalan

kerohanian pelajar politeknik.

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

87

Demografi Pelajar Politeknik

Seramai 297 orang pelajar yang berumur lingkungan 18 hingga 25 tahun dipilih secara rawak

menjadi responden kajian seperti dalam Jadual 1.2 di bawah ini:

Jadual 1.2: Demografi Pelajar Politeknik

Faktor Kategori N Peratus

Jantina lelaki 138 46.5

perempuan 159 53.5

Aliran pengajian

terdahulu

Sekolah Aliran biasa 270 90.9

Sekolah Aliran Agama 27 9.1

TempatTinggal

semasa pengajian

Asrama 105 35.4

Rumah Sewa 145 48.8

Rumah Keluarga 47 15.8

n=297

Berdasarkan jadual 1.2 di atas didapati seramai 138 orang pelajar (46.5%) adalah

pelajar lelaki, manakala seramai 159 orang pelajar (53.5%) adalah pelajar perempuan. Ini

menunjukkan jumlah pelajar perempuan melebihi jumlah pelajar lelaki. Begitu juga seramai

270 orang pelajar (90.9%) merupakan pelajar aliran sekolah biasa dan hanya 27 orang pelajar

(9.1%) merupakan bekas pelajar aliran agama. Analisis tempat tinggal semasa pengajian pula

menunjukkan pelajar tinggal di asrama seramai 105 orang (35.4%), diikuti rumah sewa

seramai 145 orang (48.8%) dan rumah keluarga seramai 47 orang (15.8%).

Tahap Amalan Akidah Pelajar Politeknik

Kajian terhadap 297 orang pelajar politeknik menunjukkan mereka memperoleh skor min

tahap tinggi dan sederhana tinggi. Taburan skor min adalah seperti jadual 1.3 di bawah ini:-

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

88

Jadual 1.3: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Tahap Amalan Akidah Pelajar Politeknik

Pernyataan Min S.P Interpretasi

1 Berfikir tentang ciptaan Allah

SWT yang terdapat di sekeliling

saya

4.06

0.82 Tinggi

2 Berdoa memohon hidayah

(petunjuk) Allah SWT agar

sentiasa di jalan kebenaran

4.37

0.72

Sangat Tinggi

3 Memohon pertolongan Allah SWT

apabila menghadapi masalah

4.59 0.65 Sangat Tinggi

4 Mengingatkan diri bahawa setiap

masalah saya datang dari Allah

SWT untuk menguji hambaNya

4.41 0.68 Sangat Tinggi

5 Berusaha mematuhi perintah Allah

SWT dalam sebarang situasi

4.15 0.75 Tinggi

6 Percaya bahawa malaikat Raqib

dan Atid mencatat perbuatan saya

samada baik atau jahat

3.87 0.90 Tinggi

7 Sentiasa mengikut sunnah Nabi

SAW yang saya tahu

3.67 0.81 Tinggi

8 Membaca kisah-kisah nabi sebagai

panduan hidup

3.29 0.86 Sederhana

9 Berselawat ke atas Rasulullah

SAW untuk mendapat syafaat

/pertolongan di hari kiamat

3.95 0.85

Tinggi

10 Membaca al-Quran untuk

meningkatkan keimanan dan

keyakinan saya

3.57 0.93 Tinggi

11 Membaca terjemahan al-Quran

untuk memahami maknanya

3.18 1.00 Sederhana

12 Sentiasa bertaubat jika lakukan

kesalahan

3.53 0.91 Tinggi

13 merenung kembali (muhasabah)

apa yang saya lakukan seharian

3.88 0.92 Tinggi

14 Saya tahu adanya balasan dari

Allah SWT jika lakukan kebaikan

dan keburukan

4.54 0.65 Sangat Tinggi

15 Saya beristighfar setiap kali

melakukan kesalahan dalam hidup

3.96 0.87 Tinggi

Purata Skor Min 3.93 .826 Tinggi

n=297

Jadual 1.3 menunjukkan min dan sisihan piawai amalan kerohanian pelajar dari aspek akidah.

Konstruk dibina dengan 15 item soal selidik bagi mengukur tahap amalan kerohanian dalam

aspek akidah. Dapatan kajian menunjukkan empat item berada pada tahap sangat tinggi iaitu

item 3 dengan min 4.59 iaitu pelajar memohon pertolongan Allah SWT apabila menghadapi

masalah, diikuti item 14 dengan min 4.54 pelajar sedar ada balasan atas kebaikan dan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

89

kejahatan yang dilakukan, item 4 dengan min 4.41 iaitu pelajar ingat bahawa masalah adalah

ujian Allah, item 2 dengan min 4.37 pelajar sentiasa memohon doa agar berada di jalan yang

benar. Manakala sembilan item berada pada tahap yang tinggi iaitu item 5 dengan min 4.15

pelajar berusaha mematuhi perintah Allah dalam apa jua situasi, item 1 dengan min 4.06

pelajar berfikir tentang ciptaan Allah, item 15 dengan min 3.96 pelajar beristighfar apabila

melakukan kesalahan dalam hidup, item 9 dengan min 3.95 pelajar berselawat ke atas

Rasulullah SAW untuk mendapat syafaat di hari kiamat, item 13 dengan min 3.88 pelajar

bermuhasabah atas amalan yang dilakukan, item 6 dengan min 3.87 pelajar percaya

kewujudan malaikat yang mencatat amalan baik dan buruk, item 7 dengan min 3.67 iaitu

pelajar sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW, item 10 dengan min 3.57 iaitu pelajar

membaca al-Quran untuk meningkatkan keimanan dan item 12 dengan min 3.53 pelajar

sentiasa bertaubat jika melakukan kesalahan. Min terendah adalah item 8 dengan min 3.29

pelajar membaca kisah-kisah nabi sebagai panduan hidup dan item 11 dengan min 3.18

pelajar membaca al-Quran untuk memahami maknanya. Dapatan kajian ini juga mendapati

tahap amalan kerohanian pelajar dari aspek akidah berada pada tahap yang tinggi dengan min

3.93.

Tahap Pengaruh Rakan Sebaya dalam Kalangan Pelajar Politeknik

Jadual 1.4: Taburan Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Pengaruh Rakan Sebaya

Pernyataan Min S.P Interpretasi

1 Solat berjemaah bersama dengan

rakan-rakan

3.81 0.86 Tinggi

2 Membaca dan bercakap mengenai

al-Quran dengan rakan-rakan

3.37 0.92 Sederhana

3 Rakan sebaya seringkali mengajar

dan membimbing dalam

memahami amalan agama

3.64 0.87 Tinggi

4 Rakan menjadi contoh kepada

memahami apa erti menjadi

seorang yang benar-benar Islam

3.65 0.95

Tinggi

5 Sentiasa bercakap mengenai

bagaimana untuk menjadi sebagai

seorang Islam bersama rakan

3.60 0.90 Tinggi

6 Rakan-rakan yang taat kepada

perintah agama mengubah

personaliti untuk menjadi baik

3.89 0.89 Tinggi

7 Berpuasa sunat bersama rakan

sebaya

3.54 1.01 Tinggi

8 Melakukan kebaikan dan beramal

soleh kerana rakan berbuat

demikian

3.39 1.15 Sederhana

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

90

9 Hanya akan menghadiri majlis

ilmu apabila rakan berbuat

demikian

3.14 1.11

Sederhana

10 Mengadu kepada rakan apabila

mempunyai masalah

3.82 1.05 Tinggi

11 Selalu melakukan kerja-kerja amal

apabila bersama rakan-rakan

3.60 0.92 Tinggi

12 Sanggup berkorban demi

mempertahankan maruah dan

nama baik rakan

3.76 0.91 Tinggi

13 Selalu bertolak ansur dengan

rakan sebaya untuk menjamin

hubungan baik

4.01 0.76 Tinggi

14 Kebanyakan masa dihabiskan

bersama rakan-rakan

3.83 0.97 Tinggi

15 Ingin mendapatkan pengiktirafan

rakan atas apa yang dilakukan

3.06 1.30 Sederhana

Purata Skor Min 3.61 .975 Tinggi

n=297

Jadual 1.4 menunjukkan bahawa setiap item dalam konstruk rakan pengaruh rakan

sebaya berada pada tahap yang tinggi dengan purata min (3.61). Ini menunjukkan

keseluruhan responden dalam kajian ini mempunyai tahap pengaruh rakan sebaya yang tinggi

dalam setiap tingkah laku mereka termasuk dalam amalan kerohanian. Hal ini kerana

keseluruhan responden bersetuju bahawa rakan yang taat kepada perintah Allah SWT

mengubah personaliti mereka kepada baik dengan min (3.89), rakan mengajak untuk solat

berjemaah bersama min (3.80), rakan menjadi pendorong untuk melaksanakan perintah

agama min (3.65), rakan sebagai pembimbing dalam melaksanakan amalan agama min (3.64)

serta sentiasa menasihati dan bermuhasabah bersama rakan mengenai bagaimana untuk

menjadi muslim yang baik. Selain itu rakan sebagai rujukan dan tempat mengadu masalah

juga berada pada tahap yang tinggi dengan min (3.82). selain itu, responden juga bersetuju

bahawa sentiasa bertolak ansur demi menjaga hubungan persahabatan dengan min yang

paling tinggi (4.01), responden juga mengakui bahawa masa mereka banyak dihabiskan

bersama rakan dengan min (3.83). walaupun keseluruhan item menunjukkan tahap pengaruh

rakan sebaya dalam kehidupan pelajar adalah tinggi, namun hasil dapatan pada instrumen

menunjukkan wujud skor min yang sederhana iaitu pada item ingin mendapat pengiktirafan

rakan dengan min (3.06), menghadiri majlis ilmu kerana rakan min (3.14), melakukan amal

soleh kerana rakan (3.39), dan membaca dan bercakap mengenai intipati al-Quran bersama

rakan min (3.37).

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

91

Hubungan Pengaruh Rakan Sebaya dengan Amalan Akidah Pelajar di Politeknik

Jadual 1.5: Hubungan Antara Pengaruh Rakan Sebaya dengan Amalan Akidah

Amalan Kerohanian Pengaruh Rakan Sebaya Interpretasi

Akidah 0.179** Hubungan yang sangat

lemah

** Kolerasi adalah signifikan pada p<0.01 (2 hujung)

Jadual 1.5 menunjukkan hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan amalan

kerohanian pelajar politeknik. Keputusan analisis korelasi ujian Pearson menunjukkan

terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan amalan

kerohanian dengan nilai r = 0.423 dan sig = 0.00 (p > 0.05) iaitu aspek akidah r = 0.179.

Dapatan kajian ini menunjukan terdapat hubungan yang signifikan pengaruh rakan sebaya

dengan amalan kerohanian adalah di terima dengan kekuatan korelasinya berada pada

hubungan yang lemah. Ini bermakna rakan sebaya boleh mempengaruhi amalan kerohanian

pelajar. Walau bagaimanapun, hubungan ini berada pada tahap kekuatan yang lemah

berdasarkan Chua (2012).

Kesimpulan

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar politeknik mempunyai

tahap amalan akidah yang tinggi. Ini disokong dengan faktor yang menyumbang kepada

tahap amalan akidah ini iaitu pengaruh rakan sebaya yang menjadi sebahagian besar

peranannya dalam kehidupan pelajar di politeknik. Hal ini dibuktikan dengan dapatan kajian

menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan pelajar di politeknik

adalah tinggi dan setiap aspek tingkah laku, keputusan dalam memilih tingkah laku serta

amalan yang mempunyai kaitan dengan penghayatan agama banyak dipengaruhi oleh

keputusan dan tingkah laku rakan sebaya. Walau bagaimanapun, hasil analisis kajian juga

mendapati wujudnya hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan tahap amalan akidah

pelajar berdasarkan semua item. Walaupun korelasi berada pada tahap kekuatan yang lemah,

namun kajian membuktikan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah signifikan dalam amalan

akidah seseorang pelajar. Dapatan kajian ini menyokong teori pembelajaran sosial Albert

Bandura (1977) bahawa tingkah laku seseorang itu dipengaruhi oleh persekitarannya. Rakan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

92

sebaya merupakan model persekitaran yang dilihat dan ditiru oleh pelajar dalam amalan

kehidupan seharian. Hasil kajian juga selari dengan dapatan kajian pengkaji dahulu bahawa

rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dalam pencapaian akademik (Sarala

Manikam, 2003); peningkatan akhlak (Rohana Tan et,al,.2013); ataupun tingkah laku berisiko

(Nur Hasbuna Salleh, 2013). Dapatan ini juga menyokong pendapat al-Ghazali (1985) iaitu

pergaulan iaitu adab bersahabat jika dilaksanakan mengikut cara yang diperintahkan oleh

syarak, akan mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT.

Kesimpulannya, rakan sebaya merupakan elemen yang penting dalam kehidupan

pelajar terutamanya pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana, pelajar

yang berada di institusi pengajian tinggi menjalani kehidupan dalam suasana yang berjauhan

dengan keluarga. Pelajar politeknik juga merupakan pelajar yang berada di intitusi pengajian

tinggi dan menjalani kehidupan bersama rakan sebaya. Oleh itu, sumber pengaruh rakan

sebaya yang sedia ada harus diperkembangkan. Pihak politeknik yang terlibat secara

langsung dengan pelajar samaada unit hal ehwal pelajar atau program penasihatan akademik

perlu melakukan beberapa aktiviti atau program yang menekankan peranan rakan sebaya

sebagai model utama. Pemantauan dan pengawasan dari semasa ke semasa dari pihak

berwajib terhadap gaya dan amalan kehidupan pelajar terutamanya dalam penghayatan

amalan agama dapat memperkukuhkan sahsiah serta melahirkan pelajar yang cemerlang sama

ada aspek jasmani dan rohani.

Rujukan

Abraham Maslow. (1943). A Theory of Human Motivation. In Psychology Review (pp. 388–

389).

Abu Hamid Muhammad bin muhammad bin Muhammad al-Ghazali. (2000). Ihya’

Ulumuddin.

Al-Ghazali, A. H. M. bin M. (2005). Ihya’ ulum al-din. Kaherah: Dar al-Tauzi’wa al-Nasyr

al-Islamiyah.

Alias Mat Saad. (1999). Keperluan Latihan di Kalangan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal Politeknik Kuching. Universiti Teknologi Malaysia.

Alias Mat Saad. (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik

Kementeri an Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmawati Suhid. (2007). Pengajaran Adab Dan Akhlak Islam Dalam Membangunkan Modal

Insan. Jurnal Pengajian Umum, 8(9), 167–178.

doi:http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20-

%20asmawati%20-%20167-178.pdf

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

93

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New Jersy: Prentice Hall. Inc.

Bergin dan Allen, E. (1991). Values and Religious Issues in Psychoteraphy and Mental

Health. American Psychologist, 46, 394–403.

Brown, B.B., Bakken, J.P., Ameringer, S.W.,& Mahon, M. D. (2008). A Comprehensive

Conceptualization of the Peer Influence Process in Adolescence. In In M.J.Prinstein and

K.A.Dodge (Eds.)Understanding Peer Influence in Children and Adolescents.

Chaplin, L. N., & John, D. R. (2010). Interpersonal influences on adolescent materialism: A

new look at the role of parents and peers. Journal of Consumer Psychology, 20(2), 176–

184. doi:10.1016/j.jcps.2010.02.002

Husin bin Junoh. (2011). Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Luar Bandar di Daerah

Kota Tinggi, Johor. Universiti Malaya.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (n.d.). Statistik Lumba Haram Tahun

2007 Sehingga 2010. Retrieved November 5, 2015, from

http://ippbm.gov.my/dokumen/faktabelia/11.Tingkahlaku.pdf

Jamiah Hj Manap, A. H. & H. K. (n.d.). Beliawanis Islam Malaysia – Profil Religiositi,

Personaliti dan Lencongan Tingkah laku. In Prosiding Seminar Psikologi Pembangunan

Komuniti ISM-UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku Remaja Bermasalah dari Perspektif Teori

Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum,

9(4), 43–56.

Mahmood Nazar Mohamed& Mohammad Shahid Ismail. (2007). Remaja Menghidu Gam :

Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya. Jurnal Antidadah Malaysia, 1(7), 131–152.

Mashitah Sulaiman et al. (2011). Agama Sebagai Faktor Pelestarian Pembangunan Mapan:

Nilainya dari Perspektif Kehidupan Belia Masa Kini. In T. Ladjal (Ed.), World Congress

For Islamic History and Civilization. Universiti Malaya.

Md Noor Saper. (2012). Pembinaan Modul Bimbingan `Tazkiyah An-Nafs’ Dan Kesannya Ke

Atas Religiositi Dan Resiliensi Remaja. Universiti Utara Malaysia.

Mohd @ Mohamed Mohamed Zin. (2000). Faktor-faktor yang Mendorong ke atas

Penghayatan Islam di Sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Teknikal .

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Haizir bin Mohd. Salleh. (2009). Pengurusan Disiplin Pelajar di Sebuah Sekolah

Menengah di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Muhammad Usman al-Kasht. (1985). Bidayah al-Hidayah Fi Adabi al-Muslim al-Yaum Wa

al-Lailah Li Abi Hamid al-Ghazali. Cairo: Maktabah al-Quran.

O’Connell, P., Pepler, D. dan Craig, W. (1999). Peer Involvement in Bullying. Journal

Adolescene, 22, 437–457.

Rohana Tan, Norhasni Zainal Abiddin, A. H. dan F. M. F. (2013). Pengaruh Ibu Bapa dan

Rakan Sebaya ke Atas Akhlak Belia Sebuah Universiti Awam di Malaysia. Jurnal

Personalia Pelajar, 16(Greduc), 55–64.

Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, Sulaiman Shakib Mohd Noor, A. J. J. (2008).

Pendekatan Kaunseling Islam Untuk Menangani Masalah Tingkah Laku Seksual Pelajar:

Suatu Konsep Pemikiran. In International Seminar On Islamic Science And Technology

(INSIST’ 08). Kuala Lumpur: PPIPS dan SPACE, UTM.

Seri Kartini Jurami & Fariza Md Sham. (2013). Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan

Pelajar Politeknik Ungku Omar , Ipoh The Practice of Islamic Teachings among the

Student of Ungku Omar Polytechnic , Ipoh. Islamiyyat, 35(1), 29–38.

Stephanie H. Cook, Bauermeister, J. a., Gordon-Messer, D., & Zimmerman, M. a. (2013).

Online Network Influences on Emerging Adults’ Alcohol and Drug Use. Journal of

Youth and Adolescence, 42(11), 1674–1686. doi:10.1007/s10964-012-9869-1

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 79-94 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

94

Tajul Ariffin Nordin dan Nor’Aini Dan. (2002). Pendidikan dan Pembangunan Manusia:

Pendekatan Bersepadu. Bangi: As-Syabab Media.

Ulwan, A. N. (2004). Pendidikan Anak-anak dalam Islam (Terj Syed.). Singapore: Pustaka

Nasional Pte Ltd.

Yuseri Ahmad, S. S. dan M. M. abdul M. (2010). Peranan Kerohanian Dalam Menangani

Gejala Dadah. Jurnal Antidadah Malaysia, V11, 137–154.

Yusni Mohamad Yusak & Zainab Hanina Abdul Samad. (2013). Halatuju Kurikulum

Pendidikan Islam Di Politeknik Malaysia : Satu Tinjauan Awal. 2nd International

Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), (ISQAE), 166–172.

Zakaria Stapa. (2009). Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal

Hadhari, 1, 31–44.

Zakaria Stapa, A. M. I. dan N. Y. (2012). Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya

Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition, 155–172. Retrieved

from http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862 155-172.pdf