KRITIKAN JURNAL

25
1 Pengurusan Strategik Perniagaan Kritik artikel Jurnal ARTIKEL 1: STRATEGIC MANAGEMENT IS AN ON-GOING PROCESS: IN SUN TZU’S THE ART OF WAR STUDY 1.1 Pengenalan Dua artikel dari jurnal yang dipilih untuk kajian ini ialah Strategic Management is an On-going Process: In Sun Tzu’s The Art of War Study oleh Fred Victor dan What is Strategic Management, really? Inductive Derivation of A Consensus Definition of The Field oleh Rajiv Nag, Donald C. Hambrick dan Ming-Jer Chen. Artikel pertama ialah artikel berbentuk konseptual dimana ia memberikan ulasan dan dapatan hasil dari penulisan orang lain. Manakala artikel kedua adalah artikel berbentuk empirikal yang memaparkan hasil kajian penulis terhadap isu- isu dalam pengurusan strategik.

description

sTRATEGIC MANAGEMENT

Transcript of KRITIKAN JURNAL

Page 1: KRITIKAN JURNAL

1

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

ARTIKEL 1: STRATEGIC MANAGEMENT IS AN ON-GOING PROCESS: IN SUN

TZU’S THE ART OF WAR STUDY

1.1 Pengenalan

Dua artikel dari jurnal yang dipilih untuk kajian ini ialah Strategic Management is

an On-going Process: In Sun Tzu’s The Art of War Study oleh Fred Victor dan What is

Strategic Management, really? Inductive Derivation of A Consensus Definition of The

Field oleh Rajiv Nag, Donald C. Hambrick dan Ming-Jer Chen.

Artikel pertama ialah artikel berbentuk konseptual dimana ia memberikan ulasan

dan dapatan hasil dari penulisan orang lain. Manakala artikel kedua adalah artikel

berbentuk empirikal yang memaparkan hasil kajian penulis terhadap isu-isu dalam

pengurusan strategik.

Artikel 1 cuba menunjukkan impak atau kesan “The Art Of War” terhadap

pengurusan strategik dan organisasi SME. Artikel 2 mengupas ciri-ciri dan keupayaan

pengurusan strategik ke arah peningkatan prestasi dalam sesebuah organisasi.

Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk mengkaji ciri-ciri dan kaedah implementasi

pengurusan strategik dalam dunia sebenar. Kajian secara teoritikal dan empirikal

membantu mengenalpasti dan memahami konsep-konsep dalam pengurusan strategik

sebagai panduan dalam memenuhi keperluan sesebuah organisasi.

Page 2: KRITIKAN JURNAL

2

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

1.2 Ringkasan : Artikel 1

Artikel ini ingin melihat kesan pendekatan Sun Tzu terhadap penggunaan Art of

War dalam pengurusan strategik. Ia juga bertujuan untuk perubahan yang berlaku dalam

situasi politik dan ekonomi terhadap institusi perniagaan di sesebuah organisasi. Antara

isu-isu yang yang diketengahkan dalam pengurusan strategik SME adalah prestasi,

formulasi, perlaksanaan (implemention), keaadaan pasaran, keadaan ekonomi dan politik,

kawalan, pemilihan alternatif, perancangan strategi, dan keberterusan perlaksanaan.

1.3 Kekuatan : Artikel 1

Pada skop SME, penulis lebih menekankan pada aspek penyesuaian pembentukan

strategik iaitu SME perlu menilai alternatif –alternatif untuk mencapai objektif mereka.

Alternatif-alternatif yang dipilih juga perlu mengambil kira hal-hal berkaitan politik, dan

keadaan ekonomi semasa. Pemilihan strategi yang dibuat oleh SME akan menentukan

tahap kelebihan persaingan mereka dalam pasaran serta penggunaan strategi-strategi

adalah berlainan mengikut sasaran pasaran yang berbeza.

Ini disokong oleh beberapa hujah tambahan yang menyatakan SME perlu berhati-

hati dan memahami perbezaan dimensi persekitaran luaran (Hitt,Ireland & Hoskisson ,

2003). Terdapat lima tugas pengurusan dalam proses pembentukan strategi dan

perlaksanaan. Pembinaan strategik atau proses perlaksanaan mengandungi lima kaitan

secara langsung pada tugas pengurusan. Kelebihan pengurusan strategik telah membantu

Page 3: KRITIKAN JURNAL

3

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

syarikat dalam memformulasi strategik yang lebih baik melalui penggunaan yang

sistematik, logik, dan pendekatan releven terhadap pemilihan stategi ( David,2003).

Selain itu perubahan pengurusan adalah berterusan dan kombinasi secara

langsung antara seni dan sains bagi memastikan strategi organisasi, struktur dan proses

adalah sejajar ( Worley and Vick, 2005).

Penulis juga menyatakan beberapa alternatif yang boleh membantu membuat

penilaian antara satu sama lain bagi memastikan sesebuah organisasi berjaya mencapai

target atau sasaran masing-masing. Menurut Johnson dan Scholes(2002) sesebuah

organisasi boleh mencapai misi dan visi melalui proses menganalisa dan mencabar diri

sendiri bagi tujuan merealisasikan sesuatu visi dan misi.

Penulis juga berpendapat pengurusan strategik ialah sesuatu yang dinamik kerana

ia bersifat berterusan. Ini jelas menunjukkan sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya

perlu sentiasa mengkaji dan memperbaharui strategi dalam pengurusan strategik masing-

masing. Ia perlu dinilai dari masa ke semasa bagi memastikan ia masih relevan dan boleh

diimplementasikan dalam pengurusan.

Penulis jelas memberikan cadangan dan mengkaji ciri-ciri Art Of War yang

sangat membantu untuk sesebuah organisasi dalam meningkatkan pencapaian misi dan

visi masing-masing. Penulis turut menyatakan cambahan idea di mana pengurusan

strategik menyumbang ke arah pertumbuhan dan pencapaian sesebuah organisasi.

Page 4: KRITIKAN JURNAL

4

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

Penulis telah mengetengahkan penggunaan serta kelebihan-kelebihan pengurusan

strategik kepada industri SME. Walau bagaimanapun, terdapat andaian –andaian penulis

yang menunjukkan penulis tidak bersetuju dengan beberapa konsep pengurusan strategik.

Ia berdasarkan pendapat penulis yang mengatakan strategi tidak akan menjamin

sesebuah syarikat akan berkembang dengan baik. Pendapat kedua adalah penulis melihat

strategi adalah sesuatu yang tidak dirancang. Ini disebabkan oleh kerana dua faktor iaitu

strategi yang timbul daripada peluang dan ancaman serta tindakbalas strategi yang

berpunca daripada persekitaran organisasi itu sendiri.

Penulis turut menyatakan bagaimana konsep pengurusan strategik itu diaplikasi

kepada organisasi seperti SME serta perkara-perkara yang perlu di ambil kira oleh SME

dalam proses perancangan strategik. Ia melibatkan pemerhatian kepada perubahan

persekitaran dalaman dan luaran serta pemilihan-pemilihan strategi bagi mencapai

objektif dan meningkatkan prestasi SME. Selain tu juga, penulis menilai penggunaan

pendekatan Sun Tzu, Art of War kepada proses pengurusan strategik organisasi.

Penulis mengambil satu elemen penting iaitu keberterusan proses dalam

pembentukan pengurusan strategik . Keberterusan proses ini mencangkupi beberapa

faktor yang mempengaruhi perancang sesebuah organisasi, serta perlaksanaan dipelbagai

peringkat pengurusan.

Page 5: KRITIKAN JURNAL

5

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

Teks tersebut juga secara tidak langsung memberi definasi kepada pengertian

pengurusan strategik itu sendiri daripada kata kunci pengururusan strategik seperti

prestasi, formulasi, perlaksanaan (implemention), kawalan, pemilihan alternatif,

perancangan strategi, dan keberterusan perlaksanaan. Melalui definasi tersebut,

pengarang menghuraikan beberapa fungsi perancangan serta memberikan contoh

aplikasi fungsi tersebut.

1.4 Kelemahan Artikel

Penulis cuba mengaitkan diantara isu pengurusan strategik dalam SME dan

pendekatan konsep Sun Tzu Art of War. Penulis telah menunjukkan beberapa bukti dan

memberikan pendapat beliau terhadap isu-isu tersebut. Bukti-bukti dan penjelasan yang

diberikan oleh penulis masih belum mencukupi untuk memberi gambaran mengenai tajuk

yang dibuat, ini adalah kerana sumber-sumber maklumat penulis adalah daripada satu

tesis dan buku-buku ilmiah berkaitan pengurusan strategik. Teks yang ditulis oleh

penulis adalah lebih berbentuk kepada rumusan satu tesis dan pandangan beliau

mengenai tajuk dan kaitan elemen-elemen tersebut. Beliau tidak menerangkan secara

mendalam serta terperinci mengenai isu-isu penting yang seharusnya dijelaskan bagi

pemahaman kepada pembaca.

Terdapat kekurangan isi bagi mengukuhkan hujah penulis. Walaupun begitu,

beliau bijak mengatur kepadanan beberapa isu untuk dikaitkan dengan pendekatan

Page 6: KRITIKAN JURNAL

6

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

konsep Sun Tzu. Ia secara ringkas membantu pembaca membuat penilaian sendiri

mengenai tajuk dan elemen yang dibincangkan.

Berdasarkan isu –isu yang dibincangkan, perkara-perkara yang memberi

tindakbalas kepada pembaca adalah pada pertengahan teks yang membincangkan

penggunaan perancangan dan makna pengurusan strategik dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan strategik menyediakan struktur dimana ia mengandungi analisis dan

pemikiran tentang pemasalahan yang kompleks. Ia memerlukan pengurus untuk membuat

persoalan dan menghadapi cabaran untuk memperoleh penyelesaian.

Pengurusan strategik digunakan untuk mengawal dan melihat prestasi serta

progress dalam mencapai objektif sesebuah organisasi. Pengurusan strategik juga

digunakan dalam unit perniagaan strategik (SBU) iaitu bagi memastikan penggunaan

sumber secara optimum dan mendapat kelebihan persaingan. Pengurusan strategik juga

membantu penglibatan individu dalam perancangan pembinaan strategi sesebuah

organisasi.

Bersesuaian dengan tajuk jurnal yang menumpu kepada pengurusan strategik

yang berterusan, ia adalah benar apabila dilihat dari sudut keberterusan perlaksanaan

perancangan dan penggunaan pengurusan strategik itu sendiri. Pengurusan strategik

juga adalah berbeza mengikut kesesuaian organisasi, kerana setiap organisasi memiliki

objektif yang berbeza serta permasalahan yang berbeza. Oleh sebab itu, elemen-elemen

dalam pengurusan strategik adalah berbeza mengikut kefahaman dan andaian-andaian

Page 7: KRITIKAN JURNAL

7

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

tertentu . Akan tetapi konsep pengurusan strategik masih sama iaitu berlandaskan konsep

Sun Tzu, The Art of War.

1.5 Rumusan dan cadangan

Secara keseluruhan, artikel ini memberikan sumbangan secara literasi kepada

mana-mana organisasi dalam melaksanakan pengurusan strategik dalam organisasi

masing-masing.

Dapat dilihat dengan jelas penulis menyusun semula strategi-strategi dalam Art of

War untuk disesuaikan dengan pesekitaran dunia perniagaan masa kini. Ini

menunjukkan kepentingan implementasi pengurusan strategik dalam sesebuah

organisasi.

Walaupun penggunaannya meningkat, faedah dari amalan perancangan strategik

masih lagi menimbulkan isu. Hakikat sebenarnya, sumbangan perancangan strategi

adalah tidak secara langsung dan sukar diukur dan kejayaannya bergantung ke atas

barisan faktor dalam syarikat. Faktor ini termasuklah jeins industri, tahap kepelbagaian,

sifat persaingan industri, keberkesanan keseluruhan pengurusan strategik, pembangunan

dan kematangan syarikat dan sikap CEO itu sendiri.

Page 8: KRITIKAN JURNAL

8

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

Penggunaan perancangan strategik oleh organisasi SME semakin disambut baik.

Ia turut dijadikan panduan sesebuah SME untuk berkembang dalam mencapai misi dan

visi organisasi. Sesebuah organisasi perlu lebih fokus dan mengetahui apakah jenis

perniagaan yang diceburi dan seterusnya mencari pasaran bagi perniagaan yang

dijalankan.

Dengan mengetahui sasaran pasaran yang ingin dipelopori, sesebuah organisasi

itu akan lebih lengkap menyediakan misi yang ingin dicapai. Sasaran pasaran juga

merupakan sesuatu yang perlu diambil kira dalam pembentukan pernyataan misi.

Rujukan:

Hitt, M.A, Ireland, R.D and Hoskisson, 2006. Strategic Management: Competitiveness and

Globalisation, Concepts, 3rd Canadian Edition, Nelson Education.

Zainal Abidin Mohamed, 2007, Pengurusan Strategik, Utusan Publications and Distributors Sdn.

Bhd.

Zainal Abidin Mohamed, Ho Jo Ann, Wong Foong Yee, 2010, Strategic Management, Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Page 9: KRITIKAN JURNAL

9

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

Foo Check Teck dan Peter H. Grinyer, 2000. Sun Tzu Business Warcraft : Organizing Strategy,

Horizon Books, Singapore.

Page 10: KRITIKAN JURNAL

10

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

ARTIKEL 2: WHAT IS STRATEGIC MANAGEMENT, REALLY? INDUCTIVE DERIVATION OF A CONSENSUS DEFINITION OF THE FIELD

2.1 Ringkasan: Artikel 2

Dalam artikel ini, penulis meletakkan kunci utama dalam pengurusan strategik

ialah bagaimana mengurus perniagaan dengan baik . Penulis cuba untuk memuatkan

perkara-perkara asas berkaitan perancangan dan pengurusan strategik. Suatu aspek yang

diketengahkan ialah keupayaan sesebuah organisasi untuk terus berkembang dan

membangun. Sesebuah organisasi yang ingin maju perlu mempunyai kelebihan dalam

persaingan. Pembangunan sesebuah organisasi itu sangat bergantung kepada keupayaan

pihak pengurusan organisasi untuk merancang dan mengurus secara strategik organisasi

yang dipimpinnya.

Artikel ini juga bertujuan untuk mengkaji makna pengurusan strategik dalam

pelbagai bidang dan mengenalpasti elemen-elemen yang terkandung dalam pengurusan

strategik. Dalam pengurusan moden, biasanya CEO yang akan mempraktikkan

pengurusan dan perancangan strategik. Organisasi yang berjaya dikaitkan dengan kejayaan

mereka mewujudkan perancangan dan pengurusan strategik yang teliti dan komprehensif.

Perancangan ialah satu proses sistematik dalam membuat keputusan mengenai

matlamat dan aktiviti-aktiviti jangka panjang sama ada di antara individu, kumpulan , unit

kerja atau organisasi ( Bateman dan Snell, 1996:114) . Perancangan biasanya tidak

Page 11: KRITIKAN JURNAL

11

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

dikaitkan dengan satu tindakan informal. Ia juga bukan satu tindakbalas terhadap sesuatu

perkara yang berlaku. Perancangan mempunyai beberapa elemen penting yang akan

dibincangkan dalam kekuatan dan kelemahan artikel ini.

2.2 Kekuatan: Artikel 2

Perancangan mempunyai beberapa elemen penting iaitu melakarkan objektif

organisasi, mempunyai hala tuju dan dikawal oleh para pengurus. Penulis menyatakan

perancangan memerlukan kombinasi antara ilmu pengetahuan yang mendalam serta

pengalaman lepas yang dilalui oleh sesebuah organisasi atau organisasi-organisasi lain

untuk dibuat kajian perbandingan. Menariknya, penulis turut meletakkan perancangan

strategik sebagai suatu aktiviti awal yang sangat penting dijalankan oleh sesebuah

organisasi untuk menempa kejayaan di masa akan datang.

Penulis menyatakan perancangan pada masa ini lebih dikhususkan lagi dengan

munculnya konsep perancangan strategik. Perancangan strategik melibatkan kaedah

membuat keputusan yang lebih sistematik dan saintifik sama ada untuk mencapai

matlamat jangka panjang dan strategik sesebuah organisasi.

Hujah-hujah yang digunakan penulis adalah logik kerana mengandungi kajian-

kajian terdahulu, mengunakan analisis kuantitatif untuk memperjelaskan makna kajian

Page 12: KRITIKAN JURNAL

12

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

serta mengambil kira pendapat-pendapat pihak-pihak yang berkaitan secara langsung

dalam bidang kajian.

Penulis menggunakan dua kajian utama iaitu menggunakan panel ilmiah

pengurusan strategik untuk mengenalpasti jurnal pengurusan strategik yang sebenar atau

bukan. Kajian kedua adalah berbentuk kaji selidik bagi mengenalpasti ` boundary-

spanners’ , dan untuk memperoleh definasi yang lebih jelas beberapa bidang. Penulis juga

menggunakan kajian jurnal lepas sebagai rujukan konseptual bagi mengukuhkan argument

beliau.

Pada kajian pertama penulis telah mengumpulkan sebanyak 447 abstrak berkaitan

pengurusan strategik untuk di analisis dan mengenalpasti pembendaharaan kata yang

berbeza-beza dalam bidang pengurusan strategik.

Teks tersebut ditakrif dengan jelas walupun terdapat beberapa perkatan-perkataan

yang kurang jelas. Namun secara dasarnya penulis dapat menerangkan dengan teliti

bagaimana proses pengkajian yang dibuat bagi mencapai objketif kajian beliau. Istilah-

istilah penting bagi menunjukkan perkara yang dikaji turut diberi penekanan bagi melalui

jadual dan struktur yang jelas. Bermula dari penjelasan kaedah pertama sehingga kaedah

kedua, penulis dapat menghubungkait diantara kedua-dua kaedah bagi menunjukkan proses

perolehan hasil kajian.

Page 13: KRITIKAN JURNAL

13

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

Pengurusan strategik mengandungi persetujuan mengenai makna kepada bidang-

bidang tertentu. Walaupun terdapat pelbagai teoritikal dan pendekatan metodologi serta

ketiadaan persetujuan makna yang kukuh, pengurusan strategik dikatakan memiliki

perkongsian definasi yang luas. Dalam kajian pertama penulis, boleh digunakan untuk

mengandaikan makna dalam setiap bidang yang dipersetujui. Ia juga turut memberi

pemahaman mengenai pengenalan dalam setiap elemen yang dikaji. Penulis ingin

menunjukkan terdapat perbezaan pembendaharaan kata atau kata kunci bagi setiap elemen

dan bidang-bidang dalam pengurusan strategik walaupun ia mengandungi pemahaman

yang sinonim.

Penulis menggunakan pelbagai kaedah untuk mengenalpasti definasi jelas

pengurusan strategik. Penulis cuba mengkaji dan menunjukkan perbezaan definasi

pengurusan strategik tersebut dalam pelbagai lapangan serta mencari kata kunci yang

sesuai bagi setiap bidang untuk dibezakan.

Penulis sangat memperincikan kaedah kajian beliau bagi sesuatu isu yang dikaji,

daripada makna asas sehinggalah kepada penunjuk-penunjuk makna yang lebih

mendalam. Setiap perkataan-perkataan yang dikenal pasti dikategorikan kepada beberapa

takrifan elemen-elemen seperti atasan, insentif, direktor, CEO dan pemilik adalah

menunjukkan kepada elemen yang diambil dari pengurus umum bagi pihak pemilik.

Manakala untuk perkataan stok, aset, teknologi, kewangan dan beberapa lagi perkataan

dilabel sabagai utiliti kepada sumber. Elemen-elemen tersebut diuji lagi pada peringkat

Page 14: KRITIKAN JURNAL

14

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

yang seterusnya sehingga memperoleh beberapa elemen konseptual bagi pengurusan

strategik. Terdapat 7 elemen yang berjaya dikenal pasti sebagai perkataan utama dalam

pengurusan strategik iaitu inisiatif strategik, organisasi dalaman, pengurus dan pemilik,

sumber, prestasi, firma dan persekitaran. Elemen-elemen yang telah dikenalpasti

sememangnya mempunyai kaitan dan merupakan perkara utama bagi penentuan makna

pengurusan strategik. Pada pendapat saya, penulis telah berjaya membuktikan dan

memperjelaskan dengan terperinci mengenai tujuan dan dapatan kajian yang dijalankan.

Sebenarnya kunci utama pengurusan strategik ialah bagaimana mengurus

perniagaan dengan baik dari segi operasinya serentak dengan meletakkan secara strategik

untuk mengekal dan mempertingkatkan kekuatan persaingan. Ia harus selari dengan

perancangan yang telah dibuat dengan melihat kepelbagaian faktor mengikut kehendak

pelanggan , maklumat, teknologi , sumber manusia,aset tetap dan faktor-faktor lain yang

berkaitan.

Kesukaran yang paling nyata dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini ialah

perubahan arah organisasi. Kesukaran yang paling nyata untuk mengurus strategi baru

bukannya terletak kepada teknologi, barangan, pasaran atau sistem pengedaran. Ia lebih

kepada teknologi , barangan, pasaran atau sistem pengedaran dan pembentukan semula

budaya korporat.

Page 15: KRITIKAN JURNAL

15

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

2.3 Kelemahan- Artikel 2

Penulis menyatakan dalam dunia perniagaan sebenar strategi perancangan dan

pengurusan yang sempurna masih belum mencukupi untuk meningkatkan kejayaan

sesebuah organisasi. Ini merupakan kontra dari apa yang telah dinyatakan oleh penulis di

awal artikel beliau.

Terdapat beberapa asas yang boleh membantu sesebuah organisasi untuk

mengukuhkan kedudukan mereka berbanding pesaing ( Ohmae, 1991) . Antara yang

dinyatakan ialah

Sesebuah syarikat perlu menyusun semula peruntukan sumber-sumber yang

dikawal oleh pengurusan.

Di kalangan syarikat –syarikat yang bersaing dalam industri terdapat syarikat

yang tidak dapat menikmati kelebihan awal mengatasi pesaing.

Sekiranya sesebuah syarikat pesaing itu telah “establish”, kaedah yang

digunakan hanyalah strategi luar biasa yang menjadi asas kelebihan pesaing.

Pengurusan organisasi yang strategik menurut penulis tidak akan mendatangkan

makna dan kesan yang besar sekiranya tidak disusuli dan disertakan dengan tindakan lanjut

oleh pihak kepimpinan pengurusan. Pihak pengurusan perlu mengambil tindakan mengikut

keutamaan dan perancangan yang telah disusun.

Page 16: KRITIKAN JURNAL

16

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

Penulis turut menyatakan pihak pengurusan perlu mengambil tindakan memerhati,

mengawal dan memantau bagi memastikan setiap perancangan yang telah dijadualkan

dapat dilaksanakan dengan sempurna. Penulis berpendapat, kesemua perkara ini perlu

diambil tindakan sewajarnya kerana pengurusan untuk mengadakan perancangan strategik

melibatkan kos kewangan yang tinggi.

2.5 Kelemahan dan Cadangan: Artikel 2

Secara umum perancangan strategik melibatkan suatu jangkaan tempoh sama ada

jangka panjang atau jangka pendek. Sepatutnya apa yang perlu dibuat dan dilaksanakan

oleh pihak pengurusan ialah mengkaji semula dan memantapkan lagi mana-mana

perancangan organisasi yang masih belum dapat disempurnakan. Di sinilah pendekatan

analisis SWOT boleh digunakan secara jujur untuk melihat pelbagai kelemahan dan

kekurangan yang ada pada staf atau organisasi.

Setiap kelemahan dan kekurangan perlu diatasi secara bijak untuk menjayakan

matlamat sesebuah organisasi. Isu kepimpinan juga penting bagi menjayakan kelansungan

sesebuah organisasi. Kekerapan pertukaran kepimpinan organisasi juga boleh

menyebabkan terbengkalainya atau tergendala.

Page 17: KRITIKAN JURNAL

17

Pengurusan Strategik PerniagaanKritik artikel Jurnal

Strategi dan operasi adalah merupakan dua perkara penting yang saling berhubung

rapat. Kepentingan strategi amat ditekankan kerana sesebuah organisasi mendapat

kelebihan persaingan yang berterusan di samping mendapat keuntungan.

Setiap firma mesti bertarung untuk dalam persaingan hari ini untuk membuat

persediaan pada masa depan.

Rujukan:

Hitt, M.A, Ireland, R.D and Hoskisson, 2006. Strategic Management: Competitiveness and

Globalisation, Concepts, 3rd Canadian Edition, Nelson Education.

Zainal Abidin Mohamed, Ho Jo Ann, Wong Foong Yee, 2010, Strategic Management, Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Jones, G. R. & Hill, C. W. (2010). Theory of Strategic Management with Cases. (9th ed.). Australia: South Western

Mohd Khairuddin Hashim (2008). Strategic Management: Text & Cases (2nd ed.). Singapore: Thomson.