KKBI Devian
-
Upload
strawberry89 -
Category
Documents
-
view
314 -
download
0
Transcript of KKBI Devian
-
8/2/2019 KKBI Devian
1/27
1
KANDUNGAN
Surat Akuan 2Kehendak soalan 3
Penghargaan 4
Pengenalan 5
i. Tingkah Laku Devian/Masalah sosial yangmenonjol di SK Tuarid Taud, Keningau
7
ii. Latar Belakang Murid yang Terlibat 9
iii. Punca-punca devian
iv. Kesan-kesan devian
11
14v. Tindakan/Reaksi daripada masyarakat
setempat/Agensi-agensi kerajaan17
vi. Cadangan Mengatasi Masalah 19
Rumusan 22
Refleksi 23
Bibliografi 25
Borang Kolaborasi
Lampiran
26
27
-
8/2/2019 KKBI Devian
2/27
2
Surat Akuan
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan :
Nama Penulis : AINUL SHAFIQAH BINTI MALEK
Tarikh : 5 APRIL 2010
-
8/2/2019 KKBI Devian
3/27
3
-
8/2/2019 KKBI Devian
4/27
4
PENGHARGAAN
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Didi Kumar kerana telah memberi
tunjuk ajar kepada saya dalam membuat tugasan ini. Hal ini kerana beliau sudi
meluangkan masa lapang beliau untuk memberi bantuan kepada saya. Sememangnya
inputinput yang beliau berikan amat membantu terutamanya dari segi cara membuat
tugasan ini dan maklumat yang berkaitan dengan soalan telah banyak memudahkan
kerjakerja saya.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-
pelajar lama kerana telah membantu saya dalam memberi maklumat tentang tugasanini. Mereka memberikan kerjasama yang amat baik.
Tidak lupa juga kepada rakanrakan sekumpulan saya yang banyak membantu.
Mereka sentiasa bersedia untuk berkongsi maklumat dan pendapat mengenai tugasan
ini. Kami saling bertukartukar idea sekiranya terdapat sebarang kemusykilan antara
kami semasa melakukan tugasan. Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada
mereka.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan sekelas
juga. Mereka tidak lokek untuk memberikan maklumat yang berguna dan sesuai untuk
dijadikan panduan untuk kerja kursus ini.
-
8/2/2019 KKBI Devian
5/27
5
PENGENALAN
Dewasa ini, semakin ramai yang terlibat dalam kancah jenayah terutamanya
dalam kalangan pelajar. Sebarang perbuatan atau tingkah laku yang menyimpangdaripada norma sosial yang diterima umum boleh dianggap sebagai devian.
Menurut Robert Merton (dalam Rohana Yusof, 2006) menyatakan perlakuan
devian sebagai kelakuan yang menyimpang secara signifikan daripada norma yang
ditentukan untuk individu dalam status sosialia tidak dapat dipelihara secara abstrak
tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakat sebagai
munasabah dan (menjadi alat penyatuan) bagi orang-orang yang menduduki status
berlainan. Tingkah laku devian juga sering dikaitkan dengan tingkah laku agresif,
langsang atau pun delinkuen. Pengertian delinkuen pula dikhususkan kepada
salahlaku-salahlaku yang dilakukan oleh individu yang berada di tahap bawah umur
(kurang daripada 21 tahun).
Albert Cohen (dalam Rohana Yusof, 2006) pula menyatakan perlakuan devian
ialah:
Berdasarkan dua pengertian oleh tokoh-tokoh di atas, jelas menunjukkan bahawa
kelakuan devian melibatkan perbuatan yang melanggar norma sesuatu masyarakat.
Devian boleh diinterpretasikan hanya dalam konteks budaya sosial di mana ia berlaku
atau wujud. Oleh itu, sesuatu perbuatan mungkin tidak devian dalam sesuatu keadaan
tetapi ia tidak bermaksud devian di semua tempat. Ini bermakna devian akan berubah
mengikut keadaan, masa, tempat, situasi, dan status sosial.
Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara
memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan),
undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan
alternatif lain sebagai tindakan) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan
kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikaniaitu jangkaan yang dikongsi
dan diiktiraf sebagai sah dalamsesuatu sistem sosial.
-
8/2/2019 KKBI Devian
6/27
6
menggantikannya dengan matlamat lain). Menurut beliau lagi, Di antara faktor psikologi
yang menyumbang kepada tingkah laku delinkuen ialah apabila wujudnya emosi yang
tidak gembira hasil dari faktor persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang
longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada keluarga atau ibubapa.
Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang
munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang
tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan
isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Ponteng
sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak masyarakat
kita mengenal alam persekolahan. Salah satu devian yang popular dalam kalangan
pelajar di sekolah kajian ialah ponteng sekolah. Terdapat pelbagai jenis punca dan
kesan-kesan yang menyebabkan berlakunya gejala ponteng sekolah. Namun begitu,
terdapat pelbagai cadangan yang dilaksanakan bagi membendung masalah ini.
-
8/2/2019 KKBI Devian
7/27
7
i) Tingkah Laku Devian/Masalah Sosial yang Menonjol di SK Tuarid Taud,
Keningau
Tingkah laku devian yang paling menonjol di sekolah ini ialah ponteng sekolah.
Terdapat tiga orang murid yang sentiasa memonteng kelas dan nama mereka telah
dimasukkan ke dalam buku rekod kesalahan disiplin sekolah tersebut dan juga telah
diberi surat amaran kepada kedua-dua ibu bapa mereka.
Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes
ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-
kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.
Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan
secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa
kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.Di sesetengah sekolah, pelajar yang
ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi
kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas,denda ataupun kelas gantian.
(ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng)
Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai
ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang
munasabah. Menurut beliau lagi, masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu
pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang
tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan
pusat hiburan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus_Dewanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus_Dewanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah -
8/2/2019 KKBI Devian
8/27
8
Ponteng sekolah dalam bahasa Inggeris disebut sebagai play truant.
Berdasarkan laman web http://dictionary.cambridge.org/define.asp?key=85108 play
truantialah:
Ponteng sekolah merupakan salah satu perbuatan atau tingkah laku yang
menyimpang daripada norma sosial yang diterima umum boleh dianggap sebagai
devian. Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi
semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan.Kajian Kementerian Malaysia
(1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama. Terdapat surat
pekeliling ikhtisas dalam menangani masalah ponteng. (sila rujuk lampiran)
to be regularly absent from
school without permission
-
8/2/2019 KKBI Devian
9/27
9
ii) Latar Belakang Murid yang Terlibat
MURID 1
NAMA Aegodee b. Judah
UMUR 11 Tahun
KELAS 5 Harapan
PEKERJAAN BAPA Petani
PEKERJAAN IBU Suri rumah
BIL. ADIK-BERADIK 6 orang (Anak ke-2)
MURID 2
NAMA Devendee b. Judah
UMUR 10 Tahun
KELAS 4 Harapan
PEKERJAAN BAPA Petani
PEKERJAAN IBU Suri rumah
BIL. ADIK-BERADIK 6 orang (Anak ke-3)
MURID 3
NAMA Soh Soon Jin
UMUR 10 Tahun
KELAS 4 Harapan
PEKERJAAN BAPA Peniaga
PEKERJAAN IBU Suri rumah
BIL. ADIK-BERADIK 2 orang (Anak pertama)
-
8/2/2019 KKBI Devian
10/27
10
Ketiga-tiga murid tersebut telah memonteng kelas dalam satu tempoh yang agak
lama. Berkenaan tarikh yang mereka ponteng sekolah boleh dirujuk pada lampiran yang
disediakan.
Murid 1 dan murid 2 merupakan adik-beradik. Manakala murid 3 merupakan
rakan sekelas kepada murid 2. Ibu bapa kepada murid 3 telah bercerai dan dia
merupakan anak luar nikah kepada pasangan terbabit. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan dia menjadi mangsa. Keitga-tiga murid ini memang dikenali di sekolah
kerana selalu memonteng sekolah. Oleh itu, guru disiplin iaitu En. Dzulkifli b. P. Ating
telah memberikan surat-surat amaran kepada ibubapa masing-masing bagi
mengelakkan berlakunya kejadian ponteng sekolah lagi.
-
8/2/2019 KKBI Devian
11/27
11
iii) Punca-punca devian
Menurut En. Dzulkifli b. P. Ating, antara punca-punca berlakunya devian
(ponteng sekolah) di sekolah kajian ialah latar belakang keluarga, pengaruh rakan
sebaya, kemiskinan, persekitaran sekolah, serta kurangnya didikan daripada ibu bapa
dan ajaran agama.
Punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah di sekolah kajian adalah
disebabkan oleh latar belakang sesebuah keluarga itu. Keruntuhan institusi keluarga
seseorang murid itu telah menyebabkan berlakunya gejala ponteng sekolah. Dalam
sesebuah keluarga yang telah bercerai-berai, mereka sering tidak mengambil berat
kebajikan dan keperluan anak-anak kerana masing-masing ingin melepaskan
tanggungjawab terhadap anak tersebut. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang
yang sepenuhnya tidak diberikan. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar
rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan
tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan
menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi
keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar terutamanya masalah
ponteng sekolah.
Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami olehindividu. Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi
renggang. Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai penamatan suatu perkahwinan
yang sah dan formal (Nijole V Benokraitis, 2004).Jadi tidak hairanlah jika anak-anak
memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang
dianggap lebih rapat dengan mereka.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca kepada
berlakunya gejala ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk
ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara
rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka
tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk
ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi
mereka.
-
8/2/2019 KKBI Devian
12/27
12
Menurut En. Dzulkifli, murid-murid yang terlibat dengan gejala ini sering
terpengaruh dengan rakan-rakan sekampung mereka. Hal ini kerana rakan-rakan
sekampung mereka tidak bersekolah dan gemar bermain di luar rumah. Situasi ini
menyebabkan mereka terpengaruh dengan rakan-rakan sekampung sehingga tidak
hadir ke sekolah semata-mata ingin berhibur dengan rakan-rakan. Ini jelas
menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah. Satu kajian yang dijalankan oleh Student Social
Support Scale menyatakan:
Punca lain ialah kemiskinan. Keluarga yang miskin sering menjadi penyebab
kepada murid-murid di sekolah kajian untuk ponteng sekolah. Hal ini kerana ibu bapa
yang miskin sentiasa sibuk untuk mencari pendapatan yang lebih bagi menampung
keluarga mereka hingga anak-anak sendiri terabai. Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu
keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi
menampung perbelanjaan keperluan asas (seperti makanan, pakaian, tempat tinggal)
dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagimembolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik (Tamadun, April
1998:18) .
Ketua keluarga yang tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk
menampung keperluan sesebuah keluarga akan berhadapan dengan masalah
rumahtangga. Pendidikan formal anak-anak seperti persekolahan juga terganggu.
Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat juga membebankan perbelanjaan
keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang
tetap dan mempunyai ramai anak.
Selain itu, gejala ponteng sekolah berlaku disebabkan oleh persekitaran
sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu
garang. Namun, di sekolah ini, kemungkinan murid-murid yang terlibat dengan gejala ini
tidak minat dengan persekitaran sekolah. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang
Kanak-kanak merasakan rakanmereka adalah penting kepadamereka.
-
8/2/2019 KKBI Devian
13/27
13
berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu
amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan
suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru,
kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang
efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku
pelajar.
Punca yang terakhir ialah kurangnya didikan ibu bapa dan ajaran agama.
Menurut En. Dzulkifli, ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa
mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa
mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka
dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab
dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala
boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional
mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang
dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang
sempurna secara tidak langsung mempengaruhi timbulnya gejala ponteng sekolah
tersebut.
Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan
menyebabkan pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaiantanggungjawab ditakrifkan sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan
perhatian kepada kewajipan yang dipikul oleh ahli keluarga ( Kamus Dewan, 1994:237).
Ibu bapa yang tidak menjaga disiplin anak-anak menjadikan anak-anak bebas
melakukan kesalahan. Ramai anak-anak muda mengalami kekosongan jiwa dan rohani
kerana tidak mendapat didikan serta perhatian sewajarnya daripada ibu (Tamadun, Jun,
1997:14). Pengabaian tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan
yang sempurna pada anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal
seperti sekolah untuk memberi didikan kepada anak-anak (Tamadun, Jun ,1997: 31 ).
Ibu bapa juga kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Ini akan
menjadikan kehidupan anak-anak terumbang-ambing tanpa sebarang panduan agama
yang kukuh daripada zaman kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan bertindak
di luar hukum agama dan mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh ibu bapa.
-
8/2/2019 KKBI Devian
14/27
14
iv) Kesan-kesan Devian
Kesan-kesan ponteng sekolah ini akan memberi impak yang negatif kepada
individu, keluarga, sekolah dan masyarakat.
Menurut En. Dzulkifli (guru disiplin di sekolah kajian), bagi individu, kesannya
ialah pencapaian akademik dan sahsiah seseorang murid itu akan kurang dan lemah.
Mereka yang sering ponteng sekolah akan ketinggalan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Dalam P&P, murid-murid akan diajar mengenai subjek-subjek
berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, sahsiah
murid-murid akan dibentuk berdasarkan nilai-nilai yang diterapkan selain P&P itu amat
penting sebagai kayu pengukur untuk menjadikan seseorang itu cemerlang dalam
akademik. Hal ini berlaku apabila murid-murid tersebut lulus peperiksaan dengan
cemerlang. Namun, sebaliknya akan berlaku sekiranya murid-murid sering ponteng
sekolah. Mereka tidak akan menjadi pandai dan mengalami keruntuhan akhlak.
Selain itu, keluarga juga turut terkena tempiasnya kesan daripada ponteng
sekolah. Hal ini kerana mereka yang gemar memonteng sekolah akan mencalitkan
arang di muka kedua-dua ibu bapanya. Ibu bapa mereka akan berasa malu dengan
pihak sekolah, rakan-rakan sekerja dan sebagainya. Kes anak-anak mereka ponteng
sekolah akan menjadi popular dalam kalangan warga sekolah dan tidak mustahilsampai ke telinga rakan-rakan sekerja. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi
tekanan kepada ibu bapa. Mungkin mereka akan berasa malu untuk meneruskan
pekerjaan dan tidak lagi bersosial dengan orang lain.
Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini sepatutnya sedar akan kesan yang
akan diberikan kepada ibu bapa mereka. Mereka seharusnya perlu rasa lebih
bertanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Menurut Raucek dan Warren (1986),
fungsi keluarga yang penting ialah menjaga dan mengambil tahu tentang anggota
keluarga sama ada sakit, sedih, tua atau tidak bernasib baik. Sekiranya ini dipandang
enteng, keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku dan menyebabkan hilangnya
kebahagiaan dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat.
-
8/2/2019 KKBI Devian
15/27
15
Selain itu, pihak sekolah juga akan menerima impak negatifnya. Pihak sekolah
akan sentiasa berada dalam keadaan yang malu terhadap sekolah-sekolah yang lain
kerana mempunyai rekod disiplin ponteng sekolah yang tinggi. Mereka akan dipandang
rendah oleh pihak yang berkenaan kerana gagal menguruskan murid-murid yang
mengalami masalah ponteng sekolah. Hal ini akan menyebabkan pihak berkenaan tidak
lagi mempercayai akan kebolehan pengurusan pentadbiran sekolah dalam menangani
masalah ini.
Selain itu, sekolah juga akan menjadikan sarang kepada pembiakan murid-murid
yang mahu ponteng sekolah. Hal ini kerana mereka yang ponteng sekolah
berkemungkinan akan mengajak rakan-rakan sekelas yang lain untuk turut serta
ponteng sekolah. Sekiranya ini terjadi, nama sekolah kajian tersebut akan tercemar dan
merendahkan lagi prestasi sekolah tersebut. Ibu bapa juga tidak mahu menghantar
anak-anak mereka ke sekolah tersebut kerana khuatir anak-anak mereka akan terjebak.
Ponteng sekolah juga akan memberi kesan kepada masyarakat. Hal ini
disebabkan amalan ponteng ini akan menjadi sebati sehingga dewasa. Maksud di sini,
murid-murid tersebut akan menjadi seorang yang pemalas dan selalu ponteng kerja
apabila mereka dewasa kelak. Fenomena ini bakal menjadi serius kerana mereka
merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang. Sekiranya bakal pemimpin
mempunyai sikap sedemikian, masyarakat akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Berikut merupakan penyataan Horton dan Hunt (dalam Rohana Yosof, 2006)
mengenai masyarakat:
A society is a relatively independent,self-perpetuating human group whichoocupies a territory, shares a culture,and has most of its associations
within this group. A society is anorganization of people whoseassociations are with one another.
-
8/2/2019 KKBI Devian
16/27
16
Berdasarkan petikan di sebelah dapatlah dikatakan masyarakat itu merangkumi
di dalamnya individu atau kelompok manusia yang berinteraksi antara satu sama lain,
berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam satu kawasan yang tertentu dan
mereka bersatu di dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada orang
atau kumpulan manusia yang lain. Oleh itu, ponteng sekolah tidak seharusnya menjadi
satu budaya dalam masyarakat dan gejala ini harus dihentikan daripada menular
dengan lebih besar lagi kerana ianya hanya akan merosakkan lagi pucuk pimpinan
pada masa hadapan.
-
8/2/2019 KKBI Devian
17/27
17
v) Tindakan/Reaksi daripada Masyarakat Setempat/ Agensi-agensi
Kerajaan
Pihak sekolah kajian memandang gejala ponteng sekolah ini sebagai sesuatu
yang amat serius. Perancangan atau tindakan rapi telah disediakan. Sebarang
kesalahan ponteng sekolah akan diambil tindakan. Saya telah mengambil reaksi
daripada guru disiplin sekolah kajian, En. Dzulkifli P. Ating (sila rujuk lampiran) Berikut
merupakan biodata dan gambar beliau:
Nama: Dzulkifli bin P. Ating
Umur: 53 Tahun
Opsyen: Umum
Jawatan: Guru disiplin
Pihak sekolah melaksanakan pelbagai langkah dalam mengatasi masalah ini.
Antaranya ialah mesyuarat bersama pihak pentadbiran, memanggil ibu bapa,
menandatangani borang Aku Janji dan mengadakan sesi kaunseling.
Langkah pertama ialah mengadakan mesyuarat bersama pihak pentadbiran.Guru besar sekolah kajian akan menghadiri mesyuarat tersebut bagi mengetahui tahap
keseriusan gejala ini. Guru besar dan guru-guru yang berkenaan akan bertukar-tukar
idea sebagai satu inisiatif dalam menangani gejala ini. Mesyuarat tersebut akan
diadakan sebulan sekali. Hal ini bertujuan supaya guru-guru disiplin dapat
-
8/2/2019 KKBI Devian
18/27
-
8/2/2019 KKBI Devian
19/27
19
vi) Cadangan Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah
Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh sekolah kajian bagi
membendung kes ponteng sekolah selain tindakan-tindakan yang telah diambil oleh
pihak sekolah. Berikut merupakan antara cadangan yang boleh dilakukan sebagai
suatu inisiatif:
1. Mengadakan Program Pengesanan Ponteng Kelas
SPI Bil. 6/1995 menghendaki pihak sekolah menangani kes ponteng agar
tiada salah laku berkaitan dengan ponteng. Oleh itu, Program Pengesanan
Ponteng Kelas telah diperkenal dan dilaksanakan mulai tahun 1997. Tujuan
program ini dilaksanakan adalah sebagai satu pendekatan dalam menangani
masalah ponteng kelas. Implikasi daripada ponteng kelas ini dilihat memberi
kesan besar terhadap pembelajaran dan kualiti pencapaian murid. Justeru,
sebagai pemimpin sekolah, pendekatan yang komprehensif telah dilakukan
dalam melaksanakan program ini. Program ini dari masa ke masa mengalami
proses pemantapan pelaksanaan dan sentiasa menekankan peranan semua
guru dalam memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Kesan daripada program ini amat positif dengan peratus ponteng kelas
menunjukkan penurunan dan berada pada tahap yang rendah. Keupayaanmengawal pergerakan murid keluar kelas tanpa kebenaran ini secara tidak
langsung telah membantu kelancaran P & P dan kualiti pencapaian akademik
sekolah ini dapat terus kekal cemerlang.
2. Pengurusan dan Pemantauan Buku Kedatangan Murid
Kehadiran murid ke sekolah akan memberi kesan positif kepada murid
dalam mendapat ilmu dan kemahiran baru dalam setiap proses P&P yang
berlaku. Justeru, selaku pemimpin sekolah pemantauan ke atas kehadiran murid
ke sekolah ini diberi tumpuan yang penting. Guru kelas diarah memainkan
peranan penting dalam memastikan murid-muridnya hadir ke sekolah pada
setiap hari. Oleh itu, guru kelas dikehendaki bertindak segera jika mendapati
terdapat pelajar yang dikesan melakukan aktiviti ponteng sekolah.
-
8/2/2019 KKBI Devian
20/27
20
Penolong Kanan HEM atau Guru kelas bertanggungjawab untuk
menghubungi waris jika didapati terdapat murid yang menunjukkan trend
ketidakhadiran tanpa sebab yang mencurigakan. Surat-surat amaran
ketidakhadiran murid ke sekolah dilaksanakan sepenuhnya. Tindakan
mengeluarkan surat-surat amaran ketidakhadiran adalah berpandukan kepada
tatacara yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di
Sekolah (KP/BS/8548/12(17).
3. Program Kesedaran Diri dan Pendidikan Moral
Program ini dijalankan serentak dengan program Santapan Rohani (bagi
murid muslim). Program ini dilaksanakan di dalam bilik media. Bagi murid-murid
bukan Islam, mereka akan diuruskan oleh guru-guru bukan Islam dalam mengisi
program kesedaran diri di kalangan murid-murid tersebut. Bagi mengelakkan
murid-murid dari terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak bermoral atau
melanggar peraturan-peraturan sekolah maka soal kerohanian amat penting.
Setiap penganut agama sentiasa menekankan perkara-perkara baik oleh itu,
sekolah kajian merupakan institusi pendidikan formal sentiasa dan secara
berterusan melaksanakan program-program penerapan nilai-nilai murni ke dalam
diri murid di samping peranan P&P bagi mata pelajaran Pendidikan Islam,Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam usaha
membentuk pelajar yang berkeperibadian unggul.
4. Pasukan Bertindak Menangani Ponteng Sekolah
Pasukan ini ditubuhkan di peringkat daerah sebagai satu usaha ke arah
menangani kes-kes ponteng pelajar. Pasukan yang terdiri wakil-wakil dari
Pejabat Pelajaran Daerah, Polis, Agensi Dadah Kebangsaan, Rela, ahli
jawatankuasa PIBG dan pihak sekolah. Operasi pencegahan ponteng dilakukan
secara bersama di tempat-tempat yang dikenalpasti pelajar sekolah yang
ponteng berkumpul.
-
8/2/2019 KKBI Devian
21/27
21
5. Peranan ibu bapa
Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak
mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak
mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal
demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah.
Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dalam
berupaya berfikir secara rasional.
6. Peranan masyarakat
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini
dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan
masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang
berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit
sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar
mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan
tajam.
-
8/2/2019 KKBI Devian
22/27
22
RUMUSAN
Ponteng sekolah sememangnya merupakan satu gejala yang amat serius
kebelakangan ini. Ia merupakan satu tingkah laku devian yang sedang menular dalam
kalangan murid-murid. Gejala ini memang perlu dibanteras agar tidak memberi impak
pada masa hadapan. Kegiatan ponteng ini mempengaruhi pencapaian akademik para
pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng. Sekiranya ia tidak ditangani secara
tuntas, ia boleh menjejaskan sumber manusia yang akhirnya membantutkan usaha
pembangunan negara. Oleh itu semua pihak seharusnya memandang serius akan
gejala ini dan berkerjasama untuk membasminya.
Tugas menangani ponteng sekolah adalah sangat mencabar. Justeru, pihak
sekolah, perlu sentiasa menyedari bahawa pentingnya unsur kebijaksanaan dalam
menangani masalah ponteng dengan berlandaskan undang-undang dan pekelilig-
pekeling yang sedia ada. Kerjasama dan komitmen semua guru serta hubungan baik
dengan stakeholder, ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan dalam menjayakan
setiap usaha bagi memastikan iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif dapat
diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bagi pihak sekolah, matlamat untuk memupuk semangat menguasai ilmupengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif
serta membina disiplin diri sepertimana yang terkandung di dalam Teras ke-2 di dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) iaitu Membangunkan Modal Insan
akan menjadi fokus penting dalam merancang dan melaksanakan setiap program di
sekolah ini dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian unggul pada
masa hadapan.
-
8/2/2019 KKBI Devian
23/27
23
REFLEKSI
Salam sejahtera. Bersyukur saya kepada tuhan kerana akhirnya saya berjaya
menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Pengajian Sosial1.
Pada awal penerimaan tugasan ini, saya berasa agak bimbang kerana tidak
begitu memahami dengan kehendak soalan KKBI ini. Hal ini kerana tugasan ini
meminta untuk mendapatkan latar belakang murid dan masalah sosial yang ada di
sekolah kajian. Selain itu, saya juga tidak dapat membayangkan langsung bagaimana
untuk membuat soalan (v). Jadi, saya bersabar dan cuba menabahkan hati serta
sentiasa berfikiran positif agar saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh yang
dikehendaki.
Semasa membuat tugasan ini, saya juga berdepan dengan beberapa masalah.
Pada awalnya, saya mengalami sedikit kesukaran bagaimana untuk mendapatkan latar
belakang murid. Hal ini kerana saya langsung tiada idea mengenainya. Jadi, saya
mengambil langkah lain dahulu iaitu berbincang dengan rakan-rakan sekumpulan
terlebih dahulu. Akhirnya, kami telah sepakat untuk berjumpa dengan guru disiplin
sekolah kajian tersebut. Mengenai masalah yang lain, En. Didi telah memberi beberapa
input mengenai pelaksanaan dalam menyiapkan tugasan tersebut semasa di dalamkelas. Saya juga telah bertanya mengenai perkara yang saya tidak tahu dan faham
mengenai tugasan ini kepada beliau. Selagi boleh bertanya, saya akan bertanya
kepada beliau agar saya tidak sesat jalan bak kata pepatah, malu bertanya, sesat
jalan. Hal ini secara tidak langsung, saya telah berkolaborasi dengan beliau. Oleh itu,
saya mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang caracara membuat tugasan ini.
Sememangnya, En. Didi telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan
ini. Selain itu, saya juga mengakses internet bagi mendapatkan maklumat-maklumat
tersebut. Saya juga berkolaborasi dengan pelajar lama untuk mendapatkan pandangan
mereka mengenai tugasan ini. Selain itu, rakanrakan kumpulan saya juga saling
tolong-menolong dengan memberikan buah fikiran masing-masing. Kami sesama ahli
kumpulan juga telah bekerjasama dengan baik untuk menyiapkan tugasan ini. Saya
-
8/2/2019 KKBI Devian
24/27
24
juga pergi ke Perpustakaan IPGM Kampus Keningau untuk mencari buku-buku rujukan
sebagai bahan tambahan.
Selepas menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat lega dan bersyukur kerana
dapat menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh yang dikehendaki. Sememangnya,
tugasan ini memberi pengetahuan yang baru pada diri saya. Saya dapat mengetahui
dengan lebih lanjut tentang definisi devian. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa
terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya devian. Oleh itu, beberapa
langkah perlu diambil bagi membendung masalah ini daripada terus merebak dalam
kalangan pelajar. Hal ini kerana mereka merupakan generasi yang akan mengemudi
negara kita kelak. Selain itu, amatlah penting bagi saya untuk mengetahui masalah ini
kerana saya bakal mengajar murid-murid sekolah rendah. Jadi, tugasan ini telah
membantu saya agar dapat lebih memahami kanak-kanak. Saya amat berharap agar
En. Didi berpuas hati dan dapat memberi penilaian markah yang baik untuk tugasan
saya. Inilah hasil tugasan saya yang sebaik mungkin.
-
8/2/2019 KKBI Devian
25/27
25
BIBLIOGRAFI
Joseph S. Raucek dan Roland L. Warren (1986). Sosiologi suatu pengenalan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (1978). Surat-surat Pekeliling Ikhtisas KementerianPelajaran Malaysia: Kuala Lumpur
Nijole V. Benokraitis (2004). Marriages families: Changes, choices, and constraints.United States of America: Pearson Prentice Hall
Rohana Yusof (2006). Asas Sains Sosial dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Laman webhttp://dictionary.cambridge.orgTarikh akses: 25 Mac 2010
www.ms.wikipedia.org/wiki/PontengTarikh akses: 28 Mac 2010
http://dictionary.cambridge.org/http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Pontenghttp://www.ms.wikipedia.org/wiki/Pontenghttp://dictionary.cambridge.org/ -
8/2/2019 KKBI Devian
26/27
26
BORANG KOLABORASI
NAMA PELAJAR : AINUL SHAFIQAH BINTI MALEK
KUMPULAN : PISMP KAJIAN SOSIAL/BM/BI JANUARI 2010
SEMESTER : SATU
MATA PELAJARAN : PENGAJIAN SOSIAL 1(PSS3102)
PENSYARAH PEMBIMBING : EN. DIDI KUMAR
BIL NAMA PERKARA YANGDIBINCANGKAN
TARIKH T/TANGAN
-
8/2/2019 KKBI Devian
27/27
LAMPIRAN