Fesco Program Book

17
FESTIVAL OF COLOURS OF THE WORLD (FESCO 2015) 7 JUN 2015, AHAD 8PM-12PM CHANCELLOR HALL UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

description

sa

Transcript of Fesco Program Book

Page 1: Fesco Program Book

FESTIVAL OF COLOURS OF THE WORLD

(FESCO 2015)

7 JUN 2015, AHAD

8PM-12PM

CHANCELLOR HALL

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Page 2: Fesco Program Book

SEJARAH FESCO

Objektif utama festival ini adalah untuk mempamerkan bakat dan kebolehan pelajar dalam seni kebudayaan, menggalakkan para pelajar menghargai budaya warisan negara Malaysia serta mempromosikan keunikan dan keistimewaan sesebuah budaya di negara ini.

Festival of Colours of the World telah dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2008 dan tahun 2015 merupakan tahun kelapan festival ini dilangsungkan.

Edisi pertama

5 April 2008 .

Integrasi melalui Seni Budaya Kerjasama bersama PETRONAS Performing Art Group Penyertaan dari 10 buah universiti Persembahan tarian dari pelbagai etnik

Edisi kedua

12– 14 April 2009

Inetgrasi melalui Seni Budaya Kerjasama bersama PPAG dan ASWARA Penyertaan dari 20 buah university termasuk 2

universiti luar negara Universitas Gadjah Mada, Indonesia (UGM) Oberlin Shansi, USA

Edisi ketiga

6 Mac 2010

Tarian Kreatif Satu Malaysia Penyertaan dari 20 buah university termasuk 2

universiti luar negara Universitas Gadjah Mada, Indonesia (UGM) Walailak University, Thailand

Edisi keempat

5 March 2011

Tarian Kreatif Satu Malaysia Penyertaaan dari 9 universiti terpilih

Edisi kelima

7 April 2012

Tarian Kreatif Satu Malaysia Penyertaan dari 24 buah university termasuk sebuah

university antarabangsa 6 kumpulan terbaik dipilih untuk membuat

persembahan di PETRONAS Philharmonic Hall, KLCC

Page 3: Fesco Program Book

TENTATIF PROGRAM

8.00 PM -8.20 PM

: Ketibaan Para Jemputan

8.20 PM - 8.30 PM

Penerangan Keselamatan

8.30 PM : Ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj Misran ,Wakil Ketua Pengarah ,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN )

: Lagu Negara-Ku

: Persembahan Pembukaan : Universiti Teknologi PETRONAS Performing Arts Group (UPAG)

8.45 PM : Ucapan Aluan oleh Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin. Baharom, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,Universiti Teknologi PETRONAS

8.50 PM : Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Tuan Hj Misran ,Wakil Ketua Pengarah ,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN )

: Gimik Perasmian dan Montaj

9.00 PM : Persembahan dari :- Peserta Tari Tradisional Melayu- Unit Kesenian Jawa Gaya Surakarta- Peserta Tari Kreasi Baru Tari Kanak- Kanak- GASITA- Peserta Tari Kreasi Baru Berlandaskan Lagu-Lagu

Rakyat

: Persembahan dari :

1. UTP Bangra Group Gadji Jawani2. UTP Mozambique Group

: Persembahan dari Artis Jemputan : Alyah

10.30 PM : Penyampaian HadiahSesi Fotografi

Page 4: Fesco Program Book

11.00 PM : Jamuan Ringan dan Bersurai

SENARAI IPTA/IPTS YANG BERTANDING

Page 5: Fesco Program Book
Page 6: Fesco Program Book

SENARAI SEKOLAH YANG BERTANDING

Page 7: Fesco Program Book

KATEGORI: TARI TRADISIONAL MELAYU

UNITARKumpulan: Duta Budaya TariTarian: InangLagu dan tarian Inang ini dikhabarkan dicipta pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Persembahan tarian Inang kali ini menggunakan selendang sebagai symbol percintaan dan kasih sayang antara uda dan dara

UPSIKumpulan: WARISTarian: Tandak LamakJoget Lama Sarawak atau lebih dikenali sebagai Tandak Lamak merupakan salah satu elemen penting dalam seni persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak dan sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak. ‘Bertandak’ membawa maksud menari dan penari dalam persembahan ini digelar penandak. Penandak terdiri daripada golongan lelaki yang akan menari secara berpasangan

UNITENKumpulan: Tarian:

UITM SHAH ALAMKumpulan: Prisma SeniTarian:

Kehidupan berkasih tidak terlepas dari rasa sayang, yang kian mekar di dalam hati. Dari kejauhan rasa rindu yang kian mencengkam menyesakkan rasa kasih yang makin mendalam. Saat kembali terjalin tatkala si dia pulang dari perantauan membawa lembaran rindu. Gurau senda, gelak dan tawa dalam meniti cinta mencoretkan lakaran cinta yang kian bahagia. Namun, cinta yang utuh itu mana mungkin akan terlerai walau si dia kembali merantau. Lembaran rindu yang dititip menjadi pengubat kala resah pada cinta yang kejauhan.

UMT

Page 8: Fesco Program Book

Kumpulan: kumpulan kesenian PERSADATARI UMTTarian: zapin tengluTarian Zapin Tenglu (juga dikenali sebagai Permainan Zapin) merupakan sebuah tarian yang berasal dari Tenglu, Mersing. Penduduk di kawasan tersebut mengamalkan tarian ini sewaktu berehat selepas menunaikan solat Isyak dan juga di majlis perkahwinan. Zapin Ini diasaskan oleh Mak usu dan pak akob dari Johor.

KATEGORI: TARI KREASI BARU BERLANDASKAN LAGU-LAGU RAKYAT

TICKumpulan: Anak Bayu SeniTarian: Cempaka SariCempaka Sari adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang zaman pemerintahan Sultan Idris Syah di negeri Perak. Baginda merupakan seorang sultan yang disayangi rakyat. Baginda juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rakyat jelata. Berasakan kepada lagu ini, koreografi mula dicipta dengan gerakan yang lembut dan sopan sebagai penceritaan mengenai sifat-sifat tersebut

HELPKumpulan: Help International Cultural DancersTarian: Samrah/ Pergerakan Padang PasirTarian ini terkenal dikalangan masyarakat sekitar Johor Bharu, Batu Pahat dan Muar. Tarian ini kebiasaannya ditarikan secara berpasangan oleh lelaki mahupun perempuan dan ditarikan dalam pergerakan yang sama diiringi irama yang bersesuaian mengikut pergerakan masing-masing. Sesuai ditarikan di majlis-majlis keramaian, perkahwinan mahupun acara kampung

USIMKumpulan: FANSURITarian: Aqli dan NaqliMenceritakan tentang perjalanan kehidupan membentuk akidah dan peribadi mulia berteraskan wahyu Al-Quran dan As-Sunnah. Berlaku konflik antara akal, akidah, keperibadian dan jiwa. Gerak tari diangkat dari tari dabus yang dikreasikan

UNITENKumpulan:Tarian:

UITM SHAH ALAM

Page 9: Fesco Program Book

Kumpulan: Prisma SeniTarian: Mandek

“Mandek” diilhamkan dari lagu rakyat Sarawak yang berbentuk nasihat iaitu “Ceridak” yang bermaksud pengamah atau pengotor. Ideologi ini tercetus hasil dari gabungan gerak tari yang diolah dari aktiviti masyarakat Iban di Kapit yang mandi menggunakan tacok untuk mencedok air dan tajau lubak sebagai tempat simpanan air.

UNIMASKumpulan: BAYUTarian: De’wan Pedi

Tarian De’wan Pedi merupakan sebuah tarian kreasi baru yang dikembangkan daripada gerak-gerak tarian tradisional masyarakat Bidayuh, berdasarkan kepada lagu rakyat masyarakat Bidayuh, Tok Tok Siok. Tarian ini menggambarkan anak-anak remaja masyarakat Bidayuh bergurau senda ketika bekerja menjemur padi

IUMWKumpulan: Dancing WhalesTarian: Istilah b'rantaman diambil dari bahasa indonesia bermaksud berantakan/ peperangan. Kisah mengenai pahlawan & tenteranya yg suka berperang dan menggunakan kuda kepang sebagai simbol kekuatan dimana kekuatan kuda tersebut akhirnya membawa kemenangan.

UMTKumpulan: kumpulan kesenian PERSADATARI UMTTarian: tarian Saba Terengganu

Salah Satu kesenian didalam lagu dalam tarian tradisi Terengganu liaitu Tarian Saba Terengganu. Dalam tari terbang melayang ini gerak burung baniong diperkembangkan melalui gerak kaKi dan tangan dapat dilihat dengan jelas penggabungan gerak tari ini disatukan antara tradisi dan kreatif yang mana akan menjadi salah satu produk baru untuk negeri Terengganu.

MMUKumpulan:Tarian:

Page 10: Fesco Program Book

KATEGORI: TARI KREASI BARU TARI KANAK-KANAK

SK PERMAS JAYA 1Kumpulan: seri permasTarian: sambulayangTari Sambulayang merupakan tari kreasi baru tari kanak-kanak yang memaparkan elemen bermain dan gurau senda kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menyambut Pesta Regatta Lepa. Ilham gerak Tari Sambulayang meminjam gerak dan sifat liuk sambulayang yang berkibar.

SBPI SELANDARKumpulan: seisme budayaTarian: tarian tempurung tarik upih pinang dan wau bulanGabungan tiga jenis permainan iaitu kasut tempurung kelapa, tarik upih pinang dan congkak. Tarian ini juga menunjukkan permainan tradisional rakyat Kelantan iaitu wau bulan.

SEKOLAH SENI KLKumpulan: mutiara tari tingkah Tarian: Tarian seni kanak-kanak berasaskan permainan dan lagu-lagu bang selebu. Tarian ini merupakan gabungan permainan dan asas gerak tari rakyat inang. Tarian ini mengisahkan keletah kanak-kanak yang suka usik-mengusik sebelum tidur.

SK SERI MELATIKumpulan: seri melatiTarian: Tariku setinggi bulanDitarikan oleh 10 orang penari. Menarikan tarian kreasi baru yang berjudul Tari Setinggi Bulan. Tarian yang diadaptasi dari keunikan permainan kanak-kanak dalam mengimiginasikan bulan sebagai impian untuk digapai.

SEKOLAH SENI JOHORKumpulan: Tarian: permainan teng-tengTari Berteng-Teng adalah merupakan tari kreasi baru kanak-kanak yang diangkat menerusi gerak permainan tradisional iaitu permainan teng-teng. Gerakan ini juga adalah gerakan yang telah di “stylized” yang disusun mengikut rentak lagu menjadi sebuah karya tari. Gerakan penari banyak tertumpu pada bahagian kaki iaitu teknik lompatan dan seretan serta menggunakan konsep “release” pada sebelah lagi kaki yang diangkat. Gesture tangan juga adalah olahan mengikut ragam-ragam yang telah dicipta bagi memperindahkan gerakan tarian ini

SK RANTAU PETRONAS

Page 11: Fesco Program Book

Kumpulan: kumpulan tari SK Rantau PetronasTarian: tarian anak tedung Tarian ini diangkat dari kesenian “SABA”. Kesenian ini dahulunya digunakan dalam perubatan. Daam tarian ini, anak-anak tedung digunakan sebagai simbol untuk mengeluarkan penyakit.

PERSEMBAHAN

Page 12: Fesco Program Book

UNIVERSITAS GAJAH MADA (Unit Kesenian Jawa Gaya Surakarta)

Lendhang Gesang adalah tarian yang menunjukkan sekumpulan penari wanita sebagai simbol kehidupan. “Lendhang” diambil daripada perkataan “selendhang” yang biasanya digunakan oleh penari Jawa. Maksud “gesang” adalah hidup.

UNIVERSITAS GAJAH MADA (GASITA)

Agambuh adalah koreografi baru Jawa tentang manusia sebagai ciptaan social. Diinspirasikan daripada lagu macapat Jawa “Gambuh” yang ditulis oleh Wulangreh yang dimanuskrip daripada raja di Istana Surakarta. Lagu ini mengandungi nasihat untuk generasi muda.

UTP PERFORMING ARTS GROUP (UPAG)

Ditubuhkan pada tahun 2002 dan telah membuat persembahan dalam mempromosikan seni tari unik Malaysia di peringkat antarabangsa. Terdiri daripada 30 orang pelajar daripada bangsa yang berbeza. Pernah mewakili Malaysia dalam Cheonan World Dance Festival di Korea pada tahun 2011 dan 2012 dan merangkul anugerah Best Costume Award.

ARTIS JEMPUTAN (ALYAH)

Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.

CARTA ORGANISASI

Page 13: Fesco Program Book

SENARAI PENAJA

PENASIHAT

ENCIK NORDIN BIN ABDOLATIP

PENGURUSAN HADIAH DAN SIJIL

FAULIYANA BT MOHD FAUDZI

RABIATUL ADAWIEAH BT ROSLAN

BENDAHARI

NURUL AIDA BINTI AZMAN SHAH

PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL

FITHRAH NEELAM FATHIN BT RAHIM

NURUL AIN BT MOHAMAD NIZU

PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN

MUHAMAD HAZIQ B HALMI

FATIMAH BT MOHD FAISAL BASKARAN

NAIB PENGURUS PROJEK

NURLIYANA BINTI ABDUL NASIR

SETIAUSAHA

AMY NURSYAFIQAH BINTI MAT YAHI

PENGURUS PROJEK

SYED SYAFIQ ALHAFIZ BIN SYED SENU

PENGURUSAN PROMOSI DAN PENERBITAN

AAINA NADIA BT MAZLAN

FARAH FATIN BT MOHD FADZIL

PENGURUSAN LOGISTIK

AFIQ BIN AB HAMID

NURUL AINI BT HASBULLAH

PENGURUSAN PENAJAAN

MUHAMMAD SYIMIR AFANDI

DANIAL ILMAN B MUHAMMAD HASNI

PENGURUSAN TIKET

NURFAHIRAH NAJIHAH BT AZAHARI

NUR ASHIQIN BT SUWARTO

PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM

NURUL AIN BT HAROLANUAR

FATEN FARAHIN BT SHIHAFUDDIN

Page 14: Fesco Program Book