Post on 06-Apr-2018
8/2/2019 PASCA+2012
1/7
Page 1 of 7
MAJLIS AMANAH RAKYATPINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH
PROGRAM PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA 2012
MARA sebagai sebuah organisasi unggul di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) bersedia membantu kelancaran Program Transformasi Ekonomi dengan
melahirkan lebih ramai modal insan yang berprestasi tinggi untuk menyumbang kepakaran
dalam kursus yang menjurus ke arah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
MARA juga ingin membantu calon yang mempunyai latarbelakang cemerlang dari segi
akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri, berfikiran inovatif dan kreatif, serta mahu melakukan
anjakan paradigma dalam diri sendiri, untuk sama-sama terlibat secara langsung dalam
meneraju negara ke arah kecemerlangan.
Sehubungan dengan itu, calon-calon adalah dipelawa untuk memohon pinjaman pelajaran
boleh ubah bagi membiayai pengajian ke peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di
universiti luar negara berdasarkan syarat-syarat di bawah:
1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN
1.1 Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
1.2 Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan
warganegara Malaysia.
1.3 Had umur pemohon tidak melebihi seperti berikut pada 31 Disember 2012:
Sarjana dan Profesional 35 tahun Doktor Falsafah 40 tahun
1.4 Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat terdahulu semasa iklan ini
dikeluarkan.
8/2/2019 PASCA+2012
2/7
Page 2 of 7
1.5 Pemohon tidak mempunyai kelayakan akademik yang setarafdengan permohonan.
Contohnya, pemohon yang telah mempunyai Ijazah Sarjana tidak layak memohon
tajaan untuk peringkat Ijazah Sarjana yang lain.
1.6 Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik minimum peringkat Ijazah Sarjana
Muda untuk memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan akademikbagi peringkat sijil dan diploma tidak akan dipertimbangkan.
1.7 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk
pengajian atau peringkat yang sama.
1.8 Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat
(Unconditional Offer) daripada universiti berkenaan.
1.9 Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada universiti
ranking tertinggi dalam bidang pengajian berkenaan rujukan
www.timeshighereducation.co.uk, Academic Ranking of World Universities
www.arwu.orgdan QS World University Rankingwww.topuniversities.com.
1.10 Pemohon diwajibkan menduduki ujian International English Language Testing
System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) atau Scholastic
Aptitude Test (SAT) mana yang berkaitan dan memenuhi syarat pencapaian
akademik yang ditetapkan oleh MARA seperti di para 3.0.
1.11 Menduduki peperiksaan berkaitan sekiranya disyaratkan oleh universiti seperti
Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT)
dan sebagainya. Tahap pencapaian adalah sepertimana yang ditetapkan oleh pihakuniversiti.
1.12 Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik
pinjaman daripada badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini.
Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklistbagi pengajian
terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
1.13 Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan
disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
1.14 Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai
pelepasan / perletakan jawatan daripada majikan bagi calon yang sedang dalam
perkhidmatan.
1.15 Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
hendaklah mengemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
http://www.timeshighereducation.co.uk/http://www.timeshighereducation.co.uk/http://www.arwu.org/http://www.arwu.org/http://www.topuniversities.com/http://www.topuniversities.com/http://www.topuniversities.com/http://www.topuniversities.com/http://www.arwu.org/http://www.timeshighereducation.co.uk/8/2/2019 PASCA+2012
3/7
Page 3 of 7
1.16 Mengikuti kursus kenegaraan anjuran MARA atau agensi lain sekiranya ianya
sebahagian daripada syarat wajib sebelum ke luar negara.
2.0 PERINGKAT DAN BIDANG PENGAJIAN
PERINGKAT
PENGAJIAN
KURSUS /
BIDANG PENGAJIAN
Sarjana /
Doktor Falsafah
i. Bidang Teknikal
a. Sains Perubatan Perubatan, Pergigian, Psikiatri, Optometri,
Veterinar, Farmasi, Fisioterapi dan Radiografi
b. Kejuruteraan - selain Kejuruteraan Awam
c. Teknologi Senibina, Senibina Dalaman, Rekabentuk
Dalaman, Perancangan Bandar dan Wilayah, Ukur Tanah, Ukur
Bahan, Multimedia dan Teknologi Maklumat.
d. Sains Gunaan - Bio Perubatan, Biologi Gunaan, Bioteknologi,
Matematik Gunaan, Sains Fizik dan Gunaan, Sains Alam Sekitar
dan Sains Teknologi Makanan.
e. Sains Tulin / Kuantitatif Sains Aktuari, Biologi, Fizik, Kimia,
Matematik, Sains Hayat, Statistik, Sains Komputer
f. Lain-lain bidang teknikal yang dikenalpasti untuk keperluan
negara
ii. Bidang Bukan Teknikal
a. Sastera Ikhtisas Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan,
Perbankan / Kewangan Islam, Perakaunan, Undang-Undang,
Pembangunan Usahawan, Pengangkutan, Pengurusan
Pelancongan dan Hospitaliti dan Pengajian Islam (Al-Quran &
As-Sunnah / Syariah / Usuluddin)
b. Lain Lain bidang bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti
untuk keperluan negara
8/2/2019 PASCA+2012
4/7
Page 4 of 7
PERINGKAT
PENGAJIAN
KURSUS /
BIDANG PENGAJIAN
Profesional
yang diiktiraf
i. Perakaunan ACCA / CA / CIMA / CFA
ii. Penerbangan
Aircraft Maintenance (B2 / TB2)
iii. Senibina RIBA Part II, RIBA Part III
iv. Undang-undang LLM
v. Kejuruteraan IR
vi. Lain-lain bidang Profesional yang diiktiraf oleh Badan Profesional
yang berkaitan.
3.0 KELAYAKAN AKADEMIK3.1 Syarat am
3.1.1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kredit bagi
semua matapelajaran yang di ambil.
3.1.2 Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan dan memenuhi syarat yang
ditetapkan oleh MARA seperti butiran di bawah :
a. International English Language Testing System (IELTS) dengan
pencapaian keseluruhan Band 6.5 ke atas; atau
b. Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan pencapaian
79/120 (Internet Based Test); atau
c. Scholastic Aptitude Test (SAT) dengan pencapaian 1,000 mata ke
atas.
8/2/2019 PASCA+2012
5/7
Page 5 of 7
3.2 Syarat Khusus
PERINGKAT
PENGAJIANKELAYAKAN AKADEMIK
i. Ijazah Sarjana a. Bidang Teknikal memiliki Ijazah Sarjana Muda yang
diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya
CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
b. Bidang bukan Teknikal - memiliki Ijazah Sarjana Muda
yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya
CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.
ii.Doktor Falsafah a. Bidang Teknikal - memiliki Ijazah Sarjana yang diiktirafdengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00
ke atas atau setaraf dengannya.
b. Bidang Bukan Teknikal - memiliki Ijazah Sarjana yang
diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya
CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.
iii. Profesional a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
memperolehi Kredit bagi semua matapelajaran yang di
ambil.
b. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan
memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas
atau setaraf dengannya.
4.0 KELAYAKAN DAN TEMPOH PENAJAAN
4.1 Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesionalyang berkaitan.
4.2 Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) atau
Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa.
8/2/2019 PASCA+2012
6/7
Page 6 of 7
4.3 Permohonan ini adalah terbuka bagi kemasukan sesi pengajian yang bermula di
antara bulan Julai 2012 hingga April 2013.
4.4 Tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
PERINGKAT PENGAJIAN TEMPOH PENAJAAN
Sarjana dan Profesional 1 hingga 2 tahun
Doktor Falsafah 3 hingga 4 tahun
5.0 MAKLUMAN LAIN
5.1 Hanya calon yang layak selepas disaring mengikut kecemerlangan bermula dari
peringkat SPM, kelayakan akademik terkini dan mendapat tawaran daripada
universiti ranking tinggi dalam kursus berkaitan akan diberi keutamaan.
5.2 Calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi
Terkemuka Luar Negara. Maklumat lanjut mengenai universiti boleh didapati
daripada badan berkaitan seperti:
5.2.1 British Council (UK) - Tel: 03-2723 79005.2.2 Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS)
Tel: 03-7956 7655
5.2.3 Irish Universities & Medical Schools Consortium (Ireland)
Tel: 03-2163 2302
5.2.4 Australian Education International
Tel: 03-2146 5647
5.2.5 German Academic Exchange Service (DAAD-KL)
Tel: 03-9235 1841
5.2.6 Canadian Education Centre - Tel: 03-2162 2901
5.2.7 Malaysian American Commission on Educational Exchange (MACEE)
Tel: 03-2166 8878
5.2.8 Nazza Education Sdn. Bhd. - Tel: 03-2693 9121.
5.3 Sila layari laman webwww.mara.gov.mydari semasa ke semasa untuk maklumat
terkini mengenai status permohonan.
http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/8/2/2019 PASCA+2012
7/7
Page 7 of 7
6.0 PERMOHONAN
6.1 Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA
http://www.mara.gov.mymulai 5 Mac 2012
16 Mac 2012.
6.2 Pemilihan bagi calon yang berjaya adalah melalui 2 saringan iaitu melalui Ujian
Penilaian Psychometric dan Temuduga.
6.3 Keputusan calon yang berjaya untuk menduduki Ujian Penilaian Psychometric
boleh di semak mulai 23 Mac 2012 di laman web MARAhttp://www.mara.gov.my
6.4 Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas
31 Mac 2012 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
7.0 PERTANYAAN
7.1 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di
bawah :
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Penajaan / Unit Dasar & Pembangunan IPT)
Telefon : 03-2613 4211, 03-2613 4372
Waktu pejabat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Email : infoBPP@mara.gov.my
http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/http://www.mara.gov.my/