Post on 13-Oct-2015
description
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
1/18
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V
5 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 IPGKTI
SK TAMAN RINTING 2,
PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BHARU.
(18 FEBRUARI 2014)
LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING
Pada 18 Februari 2014 bersamaan dengan hari Selasa, guru-guru pelatih dari
opsyen 5 PISMP TESL 1 dan 4 telah mengadakan lawatan benchmarking ke
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Masai, Johor. Lawatan Benchmarking untuk
BIG Fasa 5 ini merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang
dan juga sekolah harapan. Program ini menekankan pemerhatian terhadap
kepimpinan, pengurusan, iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut. Lawatan ini
amat membantu dalam memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang
gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi
gambaran awal tentang tugas guru. Sekolah yang telah kami lawati merupakan
sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Kebitaraan akademik sekolah ini ialah mata
pelajaran Sains manakala kebitaraan kokurikulumnya pula ialah tenpin boling.
Guru-guru pelatih telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sekitar
pukul 7.15 pagi pada hari lawatan. Bas IPG telah membawa kami ke sana. Setelah
mengambil kehadiran dan memastikan cenderamata yang ingin dibawa mencukupi,
kami telah menaiki bas dan bertolak meninggalkan kawasan kampus. Hampir sejam
kemudian, kami telah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2.
Kami telah menerima sambutan mesra daripada Guru Besar sekolah tersebut iaitu
Puan Hajah Norlilawati binti Mohamed yang digelar sebagai bonda oleh warga SK
Taman Rinting 2, Puan Zaiton binti Hassan, GPK HEM serta Encik Mohamed Fadzil
bin Selamat, GPK Kokurikulum. Suasana sekolah tersebut sungguh ceria dan warga
sekolah tersebut juga amat mesra. Sampai di situ, sesi fotografi bersama Guru
Besar, GPK HEM dan GPK Kokurikulum telah diadakan. Setelah itu, kami telah
menikmati juadah yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada jam 10.15 pagi, kami
telah berkumpul di dewan sekolah tersebut untuk sesi pengenalan sekolah tersebut.
Guru Besarnya sendiri telah berucap semasa sesi tersebut. Melalui ucapan beliau,
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
2/18
kami mendapat tahu bahawa pelbagai jenis aktiviti diatur untuk murid-murid sekolah
tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini juga merupakan rintis
dalam program I-Think. Selaras dengan kebitaraan SK Taman Rinting dalam
kokurikulum tenpin boling, sekolah tersebut juga telah mengubahsuai tapak
perhimpunan sebagai tempat untuk bermain tenpin boling bagi mengalakkan murid-
muridnya untuk bermain. Guru-guru juga dihantar untuk special coaching agar
mereka juga dapat bermain permainan ini.
Selepas ucapan oleh Guru Besar, saudara Shahrol Fahmie, guru pelatih dari opsyen
5 PISMP TESL 4 telah berucap sebagai wakil kami. Kemudian, sesi penyampaian
cenderamata telah diadakan bagi mengakhiri sesi tersebut. Setelah itu, kami dibawa
oleh Encik Mohamed Fadzil untuk melihat sekitar kawasan sekolah. Walaupun
sekolahnya agak kecil, fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekolah dapat menampung
keperluan 606 orang murid. Sekolah tersebut juga mempunyai kelas Pendidikan
Khas khususnya Masalah Pembelajaran. Memandangkan sekolah tersebut
mempunyai kawasan yang tersedia untuk bermain tenpin boling, kami tidak
melepaskan peluang untuk mencubanya setelah mendapat kebenaran daripada
Guru Besar. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami telah dijemput untuk menikmati
hidangan tengah hari yang telah disediakan di kantin sekolah. Selepas bersalam-
salaman dengan Guru Besar dan GPK HEM, kami telah menaiki bas untuk bergerak
pulang ke kampus. Kami telah tiba di kampus pada pukul 2.00 petang.
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
3/18
ISU / MASALAH (jika ada)
Lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan atau
masalah yang berlaku.
ANALISIS SWOT
I. KEKUATAN
Guru pelatih dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem pentadbiran
sekolah dan mendalami pengurusan sesebuah sekolah
secara lebih efektif dan terancang.
Guru pelatih dapat menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti yang boleh
dirancang untuk murid-murid.
II. KELEMAHAN
Tidak berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada Guru Besar semasa
beliau sedang berucap.
Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Guru Panel Bahasa Inggeris
dan juga murid-murid.
Tidak ada sesi soal jawab antara guru pelatih dan Guru Besar semasa beliau
berucap.
III. PELUANG
Berpeluang untuk melawat sekolah kluster kecemerlangan dan mengetahui
pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.
Memberi pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan dan
pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah sekolah kluster.
IV. ANCAMAN
Lawatan ini tidak memberikan sebarang ancaman yang berbahaya kepada
guru pelatih.
Tandatangan Pelapor:
____________________________
(FARAH NADIA BINTI ISMAIL)
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
4/18
LAPORAN JAWATANKUASA
JAWATANKUASA DISIPLIN
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional
yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai
cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan
Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan
yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan
Guru (BIG) Fasa 5. Oleh itu, kami memilih untuk mengaadakan Lawatan Penanda
Aras di sekolah SK Taman Rinting 2 di Pasir Gudang.
Semasa program ini, terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan
disiplin kami. Antaranya ialah, sebilangan guru pelatih datang sedikit lambat ke
tempat berkumpul sebelum menaiki bas ke sekolah. Antara punca mereka datang
lambat ialah ada diantara mereka yang bangun lambat, berjumpa dengan pensyarah
dan ada yang kembali ke bilik walaupun sudah sampai ke tempat berkumpul. Ini
menyebabkan pemandu terpaksa menunggu mereka untuk sampai kesemuanya dan
terdapat sedikit kelewatan untuk sampai ke destinasi kami. Hal ini secara tidak
langsung akan memburukkan reputasi pelajar IPGKTI dan mereka mungkin tidak
mahu menerima kedatangan kami lagi.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kekuatan yang boleh kami lihat dari sudut
disiplin para pelajar semasa melakukan Lawatan Penanda Aras ini. Antaranya ialah,
semua pelajar berpakaian dengan begitu kemas dan mengikut kod pemakaian yang
telah dipersetujui. Ini penting bagi menonjolkan diri pelajar daripada IPGKTI
merupakan pelajar-pelajar yang berdisiplin, kemas dan bergaya dan menambahkan
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
5/18
keyakinan masyarakat umum terhadap graduan IPGKTI. Selain daripada itu, para
peljar juga menunjukkan disiplin yang baik semasa berada di sekolah. Setiap pelajar
senantiasa melakukan lawatan di sekitar sekolah bagi menmbahkan pengalaman
dan tidak ada seorangpun yang mencuri tulang.
Tedapat juga beberapa kelemahan di dalam program Lawatan Penanda Aras ini.
Antaranya ialah semasa Guru Besar SK Taman Rinting 2 sedang menerangkan
mengenai sekolah beliau, terdapat segelintir pelajar yang sibuk bermain dengan
telefon bimbit dan tidak menghiraukan syarahan beliau. Hal ini dapat
menyumbangkan kepada persepksi negatif daripada beliau dan beliau mungkin tidak
mahu menerima kedatangan kami lagi.
Selain itu, terdapat banyak peluang yang kami ambil semasa mengadak program ini,
antaranya ialah kami dapat melihat suasana sebenar sekolah dan yang lebih penting
iaitu etika pemakaian seorang guru. Ini penting bagi kami untuk mendapatkan
disiplin yang terbaik. Tanpa disiplin, seorang guru tidak mungkin dapat menunjukkan
teladan yang baik kepada anak muridnya.
Bagi ancaman pula, kami guru pelatih pergi ke sana seramai 47 orang.
Walaubagaimanapun, bas yang kami naiki hanya mempunyai tempat duduksebanyak 40 kerusi. Terdapat beberapa orang pelajar terpaksa berkongsi tempat
duduk, ada yang duduk di lantai, dan ada yang berdiri. Ini mendatangkan risiko yang
sangat besar kerana mereka mungkin cedera dan amat mebahayakan diri mereka
sendiri.
Cadangan penambahbaikkan yang kami dapat cadangkan ialah diharapkan pada
masa akan datang program sebegini dapat dijalankan dengan memperuntukkkan
masa yang agak panjang supaya segala aktiviti yang dirancangkan dapat
dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan kepada peserta.
JAWATANKUASA CENDERAHATI
Sebagai Ahli Jawatankuasa bahagian cenderahati program, saya Janet Joan Joseph
dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain membuat perancangan yang spesifik
sebelum membuat keputusan cenderahati apa yang sesuai. Kami telah mengadakan
mesyuarat tergempar bersama ahliahli jawatankuasa Bina Insan Guru. Kami telah
pun mengemukakan beberapa cadangan berhubungkait dengan cenderahati yang
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
6/18
perlu diberikan kepada sekolah dan akhirnya pihak kami telah bersetuju untuk
memohon daripada pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Penyediaan
cenderahati turut mengambil kira daripada segi kos dan tempoh waktu yang singkat.
Setelah menghadiri mesyuarat susulan selepas pelaksanaan perlantikan
jawatankuasa program, saya dan beberapa AJK cenderahati yang lain berbincang
bersama-sama mengenai bentuk cenderahati yang perlu kami sediakan serta
bersesuaian dengan program, bilangannya, dan yang paling utama adalah sasaran
orang yang bakal menerima cenderahati berkenaan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim
kerana telah menyediakan beberapa buah cenderahati seperti pennant, beg kertas,
buku catatan, key chain dan pen IPGKTI. Selain itu, kami turut menghadiahkan
pihak sekolah dengan jambangan bunga yang cantik serta bingkai gambar
bermotifkan ayat-ayat al-quran.
Secara tuntasnya, pihak kami sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan
oleh pihak sekolah. Mereka sangat berterima kasih di atas kesudian kami untuk
membuat program di sekolah tersebut. Hal-hal berkaitan dengan cenderahati dapat
diselesaikan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Ini adalah disebabkan olehkerjasama yang baik daripada semua pihak.JAWATANKUASA PENGANGKUTAN
Pengangkutan adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam program Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 4 ini. Jawatankuasa seramai dua orang sahaja dibentuk bagi
melancarkan pergerakan para peserta dan peralatan program BIG ini.
Sebelum program BIG ini dijalankan, beberapa persiapan awal telah dibuat oleh
Jawatankuasa Pengangkutan, iaitu mengisi Borang Permohonan Penggunaan
Kenderaan (bas dan van) untuk kelulusan Pengurus pengangkutan dari IPG Kampus
Temenggong Ibrahim ke Sekolah Kebangsaan Kluster Kecemerlangan Bandar
Rinting 2, Pasir Gudang pada 18 Februari 2014. Setelah borang permohonan
diluluskan, program ini menerima sebuah bas dan sebuah van untuk tujuan
mengangkut peserta dan peralatan-peralatan. Pada 18 Februari 2014, bas telah
bersedia seawal jam 7.45 pagi, dan kami telah bergerak dari IPG Kampus
Temenggong Ibrahim pada pukul 8.00 pagi.
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
7/18
Isu atau kesulitan berlaku apabila pemandu bas berkata bahawa beliau akan
membawa penumpang ke destinasi yang berlainan dengan destinasi kami. Hal ini
membuatkan pergerakan kami menjadi sedikit lewat. Syukur kerana setelah
berbincang dengan pengurus pengangkutan,terdapat salah faham yang berlaku
mengenai destinasi yang perlu dituju pada hari tersebut.
Kekuatan yang boleh dikesan ialah kecekapan setiap ajk pengangkutan dalam
melaksanakan tugas masing-masing. Setelah menghantar surat permohonan, kami
membuat semak semula bersama dengan pengurus pengangkutan agar semua
berjalan lancar. Di samping itu juga, wakil ajk pengangkutan membuat pengesahan
terakhir bersama pengurus pengangkutan sehari sebelum program BIG ini
dilaksanakan. Beberapa kelemahan dapat dikesan antaranya kekurangan tempat
duduk bagi guru pelatih. Hal ini adalah kerana bas tersebut hanya mampu
memuatkan 40 penumpang. Ini juga akan menyebabkan risiko keselamatan
terhadap para guru pelatih.
Program BIG siri ke 5 ini memberi banyak manfaat kepada semua guru pelatih
dalam meluaskan pemikiran mereka dalam sesebuah institusi persekolahan. Melalui
kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap warga sekolah, ia bukanlah
menjadi suatu perkara yang mustahil untuk melahirkan sekolah kluster
kecemerlangan di masa akan datang. Penambahbaikan yang perlu dibuat ialah
melaksanakan sebuah sistem yang lebih sistematik bagi mengelakkan kesulitan
tersebut berulang lagi. Sebagai contoh, Pengurus pengangkutan boleh menyediakan
sebuah papan kenyataan mengenai destinasi yang akan dituju oleh bas pada hari
tersebut. Selain itu, komunikasi di antara ajk pengangkutan dengan pemandu bas
serta pengurus pengangkutan haruslah berkesan dan efektif untuk mengelakkan
perkara sama berulang.
Secara keseluruhannya, hal-hal berkaitan dengan pengangkutan dapat diselesaikan
dengan baik dan sempurna, di mana ia merangkumi aspek pengangkutan peserta
dan peralatan-peralatan yang dibawa. Pengangkutan berjalan dengan lancar, tanpa
sebarang kemalangan mahupun halangan.
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
8/18
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN DAN SERANTAU
Pada 18 Febuari 2014 yang lalu, kami telah menjalankan program bina Insan Guru
fasa VI iaitu lawatan benchmarking ke SK Taman Rinting 2 di Pasir Gudang. Selaku
jawatankuasa perhubungan dan serantau, antara tugas yang telah dilaksanakan
ialah menempah kenderaan pengangkutan dan juga berhubung dengan pensyarah-
pensyarah yang terlibat mengenai tentatif perjalanan program ini.
Selain itu, saya juga turut berhubung dengan guru besar untuk memaklumkan
kepada mereka mengenai perjalanan program kami di sana bagi memastikan guru
dan murid-murid bersedia untuk menyambut kami di sana.
Sepanjang program berjalan, saya sentiasa melaporkan setiap aktiviti yang
dilaksanakan kepada setiap pensyarah yang terlibat dapat memantau program dan
aktiviti tersebut. Sesungguhnya program ini telah mengajar saya mengenai cara
untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan lebih
berkesan dan sistematik bagi memastikan setiap aktiviti dan program yang telah
dirancang akan berjalan dengan lebih lancar dan tersusun.
JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
Pada semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kami
dikehendaki menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa dua. Bagi program
kali ini, kami dikehendaki untuk menjalani program BIG di Sekolah Kebangsaan
Taman Rinting 2. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan
Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang
merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.
Semasa program ini, tidak terdapat masalah yang timbul berkaitan dengan
keselamatan kami. Guru pelatih datang berkumpul di tempat berkumpul sebelum
menaiki bas ke sekolah. Ini telah membuatkan keselamatan lebih terjamin kerana
berkumpul dalam satu kumpulan. Selain itu, program ini dijalankan di sekolah sahaja
maka tidak ada ancaman kesalamatan yang kami lalui sepanjang lawatan
dijalankan. Sekolah tersebut juga merupakan sebuah sekolah cluster dan sekolah
tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang memberansangkan. Hal ini telah
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
9/18
membuatkan lawatan penanda aras kami berjalan dengan lancer dan tiada sebarang
masalah dari aspek keselamatan.
Selain itu, kami juga telah dibawa menggunakan bas untuk pergi ke sekolah
tersebut. Oleh itu, keselamatan lebih terjamin kerana pengankutan seperti bas
merupakan pengangkutan yang selamat dan mempunyai ruang yang besar untuk
menjamin keselesaan semua pelajar. Sebuah van juga telah disediakan untuk
membawa segelintir pelajar ke sekolah dan ini membuatkan rombongan kami
mengalami tiada masalah dari segi keselamatan dalam pengangkutan.
Keselamatan sepanjang lawatan boleh ditingkatkan dengan memastikan segala
peralatan keselamatan disediakan untuk masa hadapan. Hal ini penting kerana
kemalangan boleh berlaku bilabila masa dan peralatan tersebut diperlukan
sekiranya berlaku kemalangan. Kita harus bersedia pada masa hadapan kerana
sememangnya malang tidak berbau.
Dari aspek kebajikan pula, tiada masalah yang kami hadapi memandangkan segala-
segalanya telah disediakan dengan baik oleh pihak maktab dan juga pihak sekolah.
Dari aspek makanan, guru-guru pelatih telah disediakan makanan dari pihak
sekolah. Sepanjang lawatan dijalankan, sekolah juga membekalkan servis yang baikkepada semua guru pelatih sekaligus membuatkan saya berasa sangat berpuas hati
menjalankan lawatan ke SK Taman Rinting 2.
Selain dari itu, pihak maktab juga telah menjalankan tugas yang baik sepanjang
lawatan. Kenderaan pergi dan balik ke maktab disediakan oleh maktab.Ini telah
memudahkan proses perjalanan pelajar ke sekolah yang hendak dilawat. Selain itu,
pihak maktab turut membekalkan makanan kepada guru- guru pelatih sekaligus
memberi jaminan bahawa tiada masalah dari aspek kebajikan sepanjang lawatan.
Aspek kebajikan sepanjang lawatan boleh ditingkatkan lagi dengan memastikan
kenderaan yang mencukupi disediakan untuk pelajar. Hal ini kerana terdapat pelajar
yang tidak mendapat tempat duduk dalam bas kerana tiada van disediakan semasa
kembali ke maktab dari sekolah tersebut. Sekiranya aspek ini boleh ditingkatkan,
nescaya BIG yang akan datang pastinya akan menjadi lebih istimewa dan lancar.
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
10/18
JAWATANKUASA MAKANAN
Program Bina Insan Guru pada kali ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman
Rinting 2 yang terletak di Pasir Gudang, Johor Bahru. Program ini melibatkan dua
buah kelas iaitu 5 PISMP TESL 1 dan 5 PISMP TESL 4. Sekolah ini merupakan
sekolah kluster kecemerlangan yang hebat, sekolah ini juga di dalam usaha untuk
mendapatkan pengiktirafan "Sekolah Berprestasi Tinggi". Untuk program pada kali
ini, saya telahpun ditugaskan untuk mengepalai jawatankuasa penyediaan makanan
bagi para peserta Bina Insan Guru.
Pada awalnya, saya telahpun menyediakan rangka kerja penyediaan makanan bagi
kedua-dua buah kelas. Saya telahpun berbincang dengan ketua program bagi
kedua-dua buah kelas bagi melicinkan perjalanan penyediaan makanan. Kami
telahpun bersetuju untuk mengutip sejumlah bayaran. Pakej makanan yang
disediakan adalah untuk sarapan pagi dan juga makanan. tengah hari. Untuk
sarapan pagi, saya telahpun berbincang dengan ketua program dan kami bersetuju
untuk menyediakan roti sandwich beserta air kotak, manakala bagi makanan tengah
hari menu nasi campur dan juga air mineral.
Namun demikian, kesemua perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Berdasarkanmaklumat yang saya terima, pihak sekolah dengan berbesar hatinya telahpun
menawarkan diri untuk menyediakan sarapan pagi dan juga makan tengah hari.
Untuk itu, saya merancang bagi mengalas perut kami semua sebelum memulakan
perjalanan, roti dan juga air kotak telahpun dibekalkan kepada pelajar.
Setelah tiba di sekolah, mereka telahpun mempelawa kami untuk menikmati sarapan
di kantin sekolah. Kami semua berasa sangat gembira kerana dapat menikmati
menu buffet nasi lemak yang disediakan.. Makan tersebut sangat lazat kerana kami
boleh mengambil seberapa banyak makanan yang kami mahu seperti ikan bilis yang
banyak, ayam goreng dan pelbagai lagi. Jiwa kami berasa sangat tenang setelah
menikmati hidangan lazat dari pihak sekolah.
Bagi makanan tengah hari, menu nasi campur menjadi juadah kami. Pelbagai
makanan disediakan seperti ikan kembung goreng, sayur-sayuran, ayam goreng,
ikan masak asam pedas beserta teh o ais yang jumlahnya terlalu banyak jika mahu
dibandingkan dengan jumlah kami.
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
11/18
Secara keseluruhannya, makanan yang disediakan sangat lazat dari pihak sekolah
sangat memuaskan hati kami semua. Kami sangat berterima kasih dengan pihak
sekolah kerana telahpun bermurah hati untuk menaja makanan kami. Sekian terima
kasih.
JAWATANKUASA PERALATAN
Jawatankuasa peralatan Program Bina Insan Guru (BIG) yang terdiri daripada
Muhammad Abdul Muiz Bin Abd Rahman (Ketua) telah memulakan tugas untuk
membuat survey senarai alatan daripada ketua-ketua JK yang lain. Persiapan ini
dimulakan sedikit lewat disebabkan oleh prosedur peminjaman yang perlu dipatuhi.
kami telah membuat peminjaman dan pengambilan alatan daripada rakan-rakan
kami sendiri dek kerana rakan-rakan kami sendiri mempunyai peralatan yang
mencukupi . Alatan yang dipinjam dan diambil merupakan alatan untuk menjayakan
akiviti dalam program yang akan dilaksanakan. Kami telah meminjam beberapa biji
kamera DSLR daripada rakan-rakan yang mempunyai alatan tersebut. Aktiviti BIG
pada kali ini adalah lawatan dan lawatan ini tidak memerlukan peralatan yang
banyak. Setiap pelajar hanya membawa buku nota dan pen sendiri bagi mencatat
sebarang nota. Hanya beberapa orang sahaja yang menggunakan kamera DSLR.Oleh itu, kami hanya meminjam kamera DSLR daripada rakan-rakan kami sahaja.
Setelah selesai program BIG ini, kami telah memulangkan semula alatan-alatan
yang dipinjam kepada rakan-rakan yang berkenaan. Alhamdulillah, tugas kami telah
selesai dengan jayanya.
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
12/18
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V
LAWATAN BENCHMARKING
SK TAMAN RINTING 2,
PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.
18 FEBRUARI 2014.
PENUTUP
Kesimpulannya, program Bina Insan Guru Fasa 5 berjaya dilaksanakan hasil
daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan
pelaksaan semasa program berlangsung.Semoga setiap pelajar dapat menghayati
dengan mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat mengukuhkan
keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping memiliki etika keguruan dalam
diri setiap bakal guru.Hal ini selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan guru
yang berperibadi mulia.Pelajar juga seharusnya sentiasa bersedia untuk berkhidmat
dan menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan negara tercinta.
Selain itu, program ini diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar
supaya lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapatmemberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar juga akan
dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis
dalam menghasilkan sesuatu perkara.
Tambahan pula, aktiviti yang dijalankan tidak terlalu padat dan terdapat
kelonggaran sepanjang menjalankan program ini. Walaubagaimanapun, kami
bersyukur kerana dapat menjayakan program ini walaupun sibuk dengan tugasan
lain.Tetapi, kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru pelatih dapat dilihat apabila
mereka bersemangat mencatat nota dan mendengar ceramah dari Guru Besar
sekolah tersebut selain melihat infrastruktur dan keunikan di sekitar sekolah.
Akhir kata, semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru seumpama
ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana memberi banyak pengalaman dan
manfaat yang berguna kepada pelajar.
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
13/18
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V
LAWATAN BENCHMARKING
SK TAMAN RINTING 2,
PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.
18 FEBRUARI 2014
LAMPIRAN
Setibanya siswi guru tiba di perkarangan sekolah
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
14/18
Setibanya siswa guru tiba di perkarangan sekolah
Para siswa dan siswi guru bergambar bersama komuniti sekolah
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
15/18
Guru Besar Sekolah SK Taman Rinting 2 memberi ucapan
Berpeluang bermain replica tenpin boling
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
16/18
Replika tenpin boling di dataran kejat sekolah
Bilik mesyuarat sekolah SK Taman Rinting 2
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
17/18
Sistem Dokumentasi SK Taman Rinting 2 yang tersusun rapid dan teratur
Kanak - kanak pendidikan khas sedang menjalani pembelajaran yang menarik
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
18/18
Alat Bantu Mengajar buat para guru yang ditempatkan di Bilik Khas