8/18/2019 Topic 6 - Plastic
1/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik)
Topik ini akan membincangkan berkenaan bahan plastik dari segi sifat, jenis, kegunaan dan proses penghasilan, yang dikatakan mampu menghalang kadar kakisan daripada berlaku.
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk
membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanyadigunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang
diperlukan.
Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimerterdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan plastik ialah bahan
polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan
menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada
ketika ia berada dalam keadaan lembut. Gambarajah 6.1 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik.
Bahan plastik
Thermoplastic Thermosetting
Polisterina Epoksida
Polietilena Polyester
Polyamida Urea / Amino
Akriliks Melamin
Plastik Vinil Fenolik
Plastik Selulos
Gambarajah 6.1: Pengkelasan Plastik
6.1 Polimer
Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan
peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakan polimer adalah bahan
organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-
i. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahanorganik dan bukan organik.
ii. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
iii. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur
ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
2/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu
dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat.
Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.
6.2 Istilah-istilah :
i. Amorfus : Tidak berhablurii. Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang diikat secara
kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga sebagai “mer”
iii. Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan unit-unit monomer
dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran.
Contoh: X X-X-X-X-X-X-
Monomer Polimer
6.3 Struktur Polimer
Polimer mempunyai ikatan struktur yang panjang (beribu-ribu Angstrom). Rantai molekul diikat bersama oleh daya yang lemah dan mempunyai sifat boleh ubah (flexible) sebab setiap ikatankarbon boleh berputar di dalam tetulang rantai. Satu ikatan karbon selalunya berada pada sudut
109○ C kepada ikatan lain. Ini menerbitkan konfigurasi molekul yang kompleks. Polimer boleh
wujud dalam 2 struktur iaitu Amorphous (tidak berhablur) dan Separa berhablur.
6.3.1 Struktur Armorphous (tak berhablur)
Pada suhu yang tinggi, polimer akan menjadi cair likat (viscous) di mana rantai-rantai dapat bergerak dan mengelonsor satu sama lain dalam keadaan kekusutan. Susunan rantai polimer
adalah rawak dan tidak mengikut corak geometri tertentu. Apabila suhu dikurangkan, sifat
boleh ubah molekul akan tersekat dan keadaan akan menyamai kaca seperti yang ditunjukkandalam Gambarajah 6.2 di bawah.
Gambarajah 6.2: Struktur Amorphous
http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=amorphous&source=images&cd=&cad=rja&docid=k7oXGATq_Gd9LM&tbnid=JRY2JPw508w9xM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fen.wikipedia.org%2Fwiki%2FFile%3ACrystalline_or_amorphous.svg&ei=8K4ZUcimII2RiQflloGgBQ&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNE1BG5lKQIY-B3VFgJrt0_pi3exCA&ust=1360724057612929
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
3/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
6.3.2 Struktur Separuh Hablur
Sekiranya penyejukan cukup perlahan dan molekul mempunyai struktur tertentu. Hasil daripadalipatan molekul menurut susunan tertentu. Keadaan ini menyebabkan molekul rapat dan
menambah daya antara molekul serta menghasilakan kekuatan yang tinggi, ketegaran dan
kerapuhan. Polimer hablur selalunya mengandungi 90% rantai yang tersusun dan bakinya dalamkeadaan amorphous. seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6.3 di bawah.
Gambarajah 6.3: Struktur Separuh Hablur
6.4 Jenis-jenis Rantaian Polimer
Terdapat empat jenis rantai ikatan molekul yang dihasilkan melalui proses pempolimeran seperti
yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.4 di bawah. Di antara ikatan tersebut :
i. Polimer lelurus (linear) - dibentuk dari rantai molekul gentian panjang, boleh jadirantaian homopolimer atau kopolimer.
ii. Polimer bercabang (branch) - Rantai lelurus dengan suatu siri rantai sisi bercantum.
iii. Polimer barpaut silang (crosslink) - terdapat pautan pendek yang menyambung rantai polimer yang berdekatan antara satu sama lain.
iv. Polimer rangkaian:- struktur molekul berada dalam bentuk jaringan 3 dimensi.
Struktur biasa bahan termoset.
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
4/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Gambarajah 6.4: Jenis-jenis struktur polimer (a) Bentuk Rantai Lelurus.
(b) Polimer bercabang (c) Polimer barpaut silang (d) Polimer rangkaian
6.5 Proses Pempolimeran (Polymerisation)
Proses ini adalah proses kimia di mana molekul-molekul dihubungkan untuk membentuk satumolekul yang lebih besar dengan berat serta jisim yang tinggi. Proses ini boleh dilakukan
dengan dua cara iaitu :
1. Proses Pempolimeran tambahan (addition)Jenis pempolimeran ini berlaku di antara molekul-molekul monomer yang mengandungi
ikatan karbon C = C, apabila diberikan suhu, tekanan dan pemangkin tertentu.
2. Proses Pempolimeran kondensasi (Pemeluapan)Jenis pempolimeran ini berlaku apabila dua sebatian monomer bertindak balas bersama
untuk menghasilkan polimer dan molekul-molekul kecil (biasanya air) akan disingkirkan.
6.6 Jenis-Jenis Plastik
Plastik boleh terbahagi kepada 2 (dua) kategori umun iaitu ;1. Plastik Termo (Thermoplastic)
2. Plastik Termoset (Thermoset)
6.6.1 Sifat Umum Plastik Haba atau Plastik Termo
i.Plastik jenis ini boleh dilembutkan dan dikeraskan berulang kali.
ii. Merupakan polimer lelurus yang terbentuk daripada rantai karbon panjang yang terikat secara
kovalen.
iii. Termoplastik boleh diperolehi dalam bentuk kepingan, tiub, kepingan nipis, rod dan bahan- bahan pengacuanan.
iv.Pembentukan boleh dilakukan pada suhu di atas sedikit dari suhu didih air dan memerlukandaya yang sedikit untuk mengubah bentuknya.
Kegunaannya : Bahan-bahan elektrik, Hulu alatan, Penebat, Pembungkus dan Pakaian.
6.6.2 Sifat Umum Plastik Termoseti.Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan kemudiannya terset atau
terawet kepada bentuk yang keras dan tegar pada suhu tersebut.
ii.Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi walaupun kepanasan dan
tekanan dikenakan.
iii.Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding plastik termo.iv.Kegunaannya: peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas dapur dan penebat
haba.
Tahukah anda jenis-jenis plastik termo dan jenis-jenis plastik termoset? Untuk memahaminya
dengan lebih mendalam tentang jenis, sifat dan kegunaanya mari ikuti unit ini sampai akhir.
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
5/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
7. Jenis-jenis Plastik Haba (Thermoplastic)
i) Polietilena (PE)Merupakan bahan plastik yang paling banyak digunakan.
Ia tegar dan boleh dilentur apabila melalui satu julat suhu yang besar dan memperolehi
kestabilan dimensi yang baik.Ianya mudah diacu dan digunakan dalam membuat barangan seperti bekas makanan, bekas air, beg, botol minuman.
Untuk kegunaan dagangan, ia banyak digunakan untuk membuat paip air, alat-alat kelengkapan
kimia, kabel dan tahan untuk bahan pelarut biasa. Kelemah bahan ini mudah pudar apabilaterdedah kepada cahaya matahari. Terdapat 2 jenis polietilena yang mempunyai Ketumpatan
Rendah (LDPE - Low Density PE) dengan struktur rantai bercabang dan yang mempunyai
Ketumpatan Tinggi (HDPE- High Density PE) dengan struktur rantai lurus.
Ciri-ciri :-
Takat lebur : 110C - 137C
LDPE - kurang bercabang penghabluran kurangKetumpatan rendah
HDPE - lebih bercabang
rantai cenderung bergabung dekat - lebih kehabluran.lebih kekuatan
lutsinar (translucent)
Kos lebih tinggi
Sifat industri - Kaku (tough) pada suhu bilik dan suhu rendah
Kekuatan lebih untuk aplikasi produk
Kelenturan (flexibility yang baik sehingga 73C)Merintang kakisan
Sifat penebat yang baik
Tidak menjerapkan
Kegunaan :
bekas (container), penebat elektrik, Tiub kimia, peralatan dapur.
ii) Polipropilena (PP)Ciri-ciri :-
Takat lebur :165C - 177C
Tahan suhu sehingga 120C tanpa perubahan bentuk.Kuat tetapi flexible.
Rintangan Kimia - kelembapan, haba.
Ketumpatan rendah
Kekuatan pengikat yang baikKestabilan dimensi
Kegunaan
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
6/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Alatan dapur, packaging, alat makmal, Ware, botol, bahagian alat elektrik (appliance
part).
iii) PolistirenaBahan ini adalah plastik yang liat dan tumpat, keras dan tegar serta mempunyai kestabilan yang
baik tetapi mudah menjadi rapuh disebabkan suhu peralihan kaca yang tinggi. Ia kurang tahankepada petrol dan pelarut organanan.
Ciri-ciri :-
Takat lebur : 150C - 243CTidak berbau.Amat rapuh kecuali diubahsuai.
Tegar (rigid), inflexible pada suhu bilik.
Mudah diproses tapi cenderung menjadi rapuh.
Sifat hentaman boleh diperbaiki dengan kopolimeran (copolymerization) dengan elastomer polybutadiene.
Kebaikan :
Kestabilan dimensi yang baik
Sifat penebat yang baik
Kecutan tuangan yang rendah
Mudah diproses
Kos yang rendah
Keburukan :
Kelembapan yang kurang baik
Diserang secara kimia oleh pelarut organik dan minyak
Kegunaan :
Bahagian dalam kereta, perkakas plastik, alatan dapur.
iv) Polivinyl Klorida (PVC)
PVC yang tidak diplastikan adalah keras dan liat. Ianya boleh diacuankan menjadi beberapa
barang bergerongga seperti pasu dan paip. Jika PVC diplastikkan, ia menjadi mudah untukdiubahsuai dan bergetah di mana dapat dijadikan untuk kalis air yang rendah, tiub paip dan kabel
elektrik. Ia juga mempunyai rintangan yang cukup baik menentang serangan asid, alkali dan
pelarut-pelarut biasa.
Ciri-ciri :-
Takat lebur : ~ 204C
Kehadiran atom Cl yang besar pada atom C menyebabkan PVC bersifat amorfus tidakmenghablur.
Kurang anjal dan boleh lentur
Kekuatan tinggi (7.5 - 9.0 ksi)
Rapuh
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
7/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Sifat elektrik yang baik
Rintangan pelarut (solvent) yang baik
Jika kandungan klorin tinggi, PVC akan merintang kimia dan api.
Kegunaan :
PVC sahaja kurang kegunaannya. Jika ditambah penstabilan haba, pengisi (fillers) dan sebagainya maka kegunaan boleh
diperluaskan seperti paip, bingkai (frame) tingkap.
v) Polimetil Metakrilat (PMMA)
Ciri-ciri :-
Takat lebur :160CTegar (rigid)
Lutsinar (transparent)Kerintangan hentaman lebih baik dari kaca
Kerintangan kimia yang baikKerintangan lembapan yang baik.
Kegunaan :
Glazing pada kapal, boat.Papan tanda iklan
Pelindung keselamatan (shield)
Goggle keselamatan
vi) Poliamides (NYLON)Bahan ini adalah kuat, liat dan mudah diubahsuaikan. Mempunyai rintangan lelasan tetapi
kestabilan dimensi dan sifat penebat elektrik terjejas kerana nilon menyerap air. Ianyamempunyai rintangan yang baik atas serangan bahan pelarut biasa. Malangnya ia mudah luntur
apabila didedahkan kepada cuaca yang berterusan.
StrukturTerdapat beberapa jenis nylon seperti nylon 6, nylon 6,6,6,10 dan nylon 6, 12. Unit ulangannya
berbeza antara satu sama lain.
Ciri-ciri :-
Takat lebur - Nylon 6, 6 : 250 - 266C
Nylon 6 : 216 - 225C
Nylon mempunyai darjah kehabluran yang tinggi.Kekuatan yang tinggi kerana ikatan hidrogen antara rantai-rantai molekul.Rintangan kimia yang baik
Kebolehlenturan (flexibility) rantai -rantai karbon menyebabkan kelinciran yang baik,
geseran pengikatan yang rendah.Menyerap air.
Nylon 11 & 12 dengan rantaian karbon yang lebih panjang antara kumpulan-kumpulan
amida adalah kurang sensitif kepada penyerapan air.
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
8/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Kegunaan :
Membuat gear, injap, alas, sesondol dan alat-alat pembedahan yang tidak memerlukan pelinciran
yang lain. Ia juga banyak dijadikan bahan gentian untuk tekstil, tali pancing, tali mendaki.
8. Jenis-jenis Plastik Termoset (Thermoset)
i) Fenol-FormaldehidSifat bahan = rintangan elektrik yang tinggi, konduksi haba yang rendah, rintangan
terhadap minyak dan gris yang tinggi dan stabil hingga suhu 150C.Kegunaan = telefon, komponen plastik dalam kenderaan dan komponen elektrik yang
memerlukan penebatan yang tinggi.
ii) Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid
Sifat hampir sama dengan bakelit. Kegunaan sama seperti bakelit dengan suhu kerja
sehingga 80C.
iii)
Melamina-FormaldehidMelamina, sejenis sebatian amino siklik, boleh dikondensasi dengan formaldehid untukmenghasilkan melamina-formaldehid,MF.
Sifat dan kegunaan sama seperti Urea-formaldehid tetapi rintangan terhadap haba yang
lebih baik sedikit dengan suhu kerja mencapai kurang 95C.
iv) PolyesterPolyester termoset adalah sangat keras dan kuat, dengan berat molekul yang besar.
Kegunaan utama adalah untuk komponen plastik dalam kenderaan, topi keledar, kerusi,
kipas dan sebagainya.
v)
EpoksidaUntuk menghasilkan satu bahan epoksida yang kuat, satu agen pengeras hendaklahdicampurkan (terdiri dari sebatian dalam kumpuan amino). Digunakan sebagai pelekat
dan penyalut kerana sifatnya yang mudah melekat pada kebanyakan bahan.
vi) SilikonSilikon sama seperti karbon boleh membentuk molekul-molekul polimer. Polimer yang
berasaskan silikon dikenali sebagai silikona.
Silikona boleh terhasil dalam bentuk cecair, lilin, elastomer dan plastik, berdasarkan
darjah pempolimeran.
Kegunaan = untuk berbagai-bagai kegunaan selepas diperkuat dengan serabut kaca dan
penebat kepada suhu tinggi.Boleh digunakan sehingga 200C dan boleh mencapai sehingga 800C untuk kegunaansingkat.
Sifat-sifat Am Plastiki. Graviti tentunya rendah.
ii. Perintang haba dan elektrik yang baik.
iii. Kemasan muka yang baik.
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
9/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.
v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.
vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.
Kebaikan Plastiki. Harga murahii. Tahan lama
iii. Sebahagiannya boleh dikitar semula
iv. Mudah untuk dibentukv. Penebat elektrik yang baik
vi. Sebahagian kalis air
Keburukan Plastiki. Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan
ii. Suhu operasi yang rendah
iii.
Mudah rapuh pada suhu yang rendahiv. Lembut dan kurang anjal berbanding logam
v. Sebahagian plastik amat mudah terbakar
vi. Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu
vii. Rayapan pada semua keadaan suhu
9. Kaedah Bagi Pembentukan Bahan Plastik
Di antara mesin – mesin pembuatan plastik yang terdapat ialah :-1. Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding).
2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding).
3. Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding).4. Pengacuanan Pindah/Mampatan (Transfer/Compression Moulding).
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
10/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
1.Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding)Proses pengacuan penyemperitan secara amnya adalah hampir sama dengan proses pengacuan
suntikan. Berbeza utama proses ini dengan proses pengacuan suntikan ialah ia melibatkanoperasi menghasilkan produk panjangan berterusan serta mempunyai bentuk keratan rentas
yang sekata. Proses penghasilan produt dilakukan dengan cara serbuk plastik dibawa ke
bahagian hadapan dan ditekan oleh penyuap skrew. Pemanas akan meleburkan plastik danmenolaknya melalui die. Bentuk dan saiz die adalah mengikut spesifikasi yang dikehendakidalam pengeluaran. Gambarajah 6.6 di bawah menunjukkan kaedah pengacuan penyemperitan
Gambarajah 6.6: Pengacuan Penyemperitan
Contoh penghasilan : paip, tiub, dawai, kabel, kepingan, rod, kepingan.kerangka tingkap danlain – lain.
http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=extrusion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=yx5kEVTzzB424M&tbnid=9Yc-pAYI2PAU2M:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Falexpb.com%2Fnotes%2Farticles%2Fcategory%2Fmanufacturing%2F&ei=_aAZUY3KHMe5iQfx84DQCA&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNGoIe_aIC7QNOEBU3jI7NBqDULamA&ust=1360720453800760
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
11/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding)
Konsep asas mesin pengacuan suntikan adalah keupayaan termoplastik untuk dilembutkansemula dengan pemanasan dan dikeraskan semula ke bentuk tertentu dengan penyejukan.
Proses ini sesuai untuk pengeluaran plastik haba seperti polietilena, polistirena dan sebagainya.
Ia merupakan proses yang paling cepat dan meluas digunakan. Gambarajah 6.7 di bawahmenunjukkan kaedah pengacuan penyuntikan.
Gambarajah 6.7: Kaedah Pengacuan Penyuntikan
http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=injection+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=IK2srUw9tcp09M&tbnid=3cYyi7RwhY3fsM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.rutlandplastics.co.uk%2Fmoulding_machine.shtml&ei=LKAZUaalAcSeiQfemIHgBg&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHw8Pr2VudYy8cf4KnBWxiXv_BoHw&ust=1360720287280675
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
12/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Merujuk kepada Gambarajah 12.6, bahan plastik dimasukkan ke dalam ruang suntikan dan
ditolak ke dalam bahagian zon pemanasan. Contohnya:- nylon akan dipanaskan pada suhu 190 -
220C. Plastik akan menjadi lembut dan ia akan mengalir melalui nozel apabila dikenakantekanan oleh pelocok. Seterusnya plastik akan masuk k edalam acuan tertutup yang sejuk.
Apabila acuan telah penuh, plastik tadi disejukkan dengan cepat. Acuan dibuka setelah plastikmemejal dan komponen dikeluarkan.
3.Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding)
Mesin ini digunakan untuk menghasilkan bekas lubang berdinding nipis. Proses ini bermulaapabila bahan plastik di dalam bekas selinder yang dipanggil `parison’ dilunjur keluar secepat
mungkin diantara dua acuan terpisah. Apabila acuan ditutup, udara akan ditiup dan menolak
bahan plastik ke permukaan acuan. Sebaik sahaja produk disejukkan, acuan akan dibuka semula
untuk membenarkan komponan dikeluarkan. Gambarajah 6.8 di bawah menunjukkan kaedah pengacuanan tiupan.
Lakaran keseluruhan Mesin Pengacuanan Tiup
Bahagian Parison dalam proses Pengacuanan Tiup
http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=blow+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=xX3xIFVyReglxM&tbnid=B-JwJXwxDQsH_M:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fmaybach300c.blogspot.com%2F2012%2F09%2F13-blowing-molding.html&ei=TKIZUbiAIuafiAeOloGYAw&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNFTNDoTatrBlwdi46OcUAhN6vGk8A&ust=1360720573181316http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=blow+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=Gw5KvxCKP4x_tM&tbnid=H7lnMoOGoVFbXM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.globalspec.com%2Freference%2F66576%2F203279%2F6-4-blow-moulding&ei=7KEZUcqjL4mziQeg3IGwBg&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNFTNDoTatrBlwdi46OcUAhN6vGk8A&ust=1360720573181316
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
13/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Bahagian Parison dalam proses Pengacuanan Tiup
Gambarajah 6.8: Mesin Pengacuanan Tiup
Di antara produk yang dihasilkan melalui cara ini adalah seperti pembungkus kosmetik, botol
dan bekas sabun cecair.
4.Mesin Pengacuan Mampatan (Transfer/Compression Moulding)
Proses pengacuan mampatan secara ringkasnya adalah satu proses dimana acuan dua – bahagian
dicantumkan bersama dibawah satu tekanan mampatan. Percantuman ini akan memberikan bentuk rongga (cavity) berdasarkan bentuk komponen. Sebelum dicantumkan, bahan plastik
(biasanya termoset) diletakkan pada bahagian bawah acuan, selepas itu acuan bahagian atas akan
ditolak (dimampat) dan pada masa yang sama acuan dipanaskan.Bahan plastik akan melembut dan membentuk kepada komponen yang dikehendaki dalam acuan
rongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6.9 di bawah.
http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=compresion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=26cDudlZ4HrgPM&tbnid=YETVJaRWFL8EiM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fnewthdesign.blogspot.com%2F2011%2F09%2Fcompression-moulding.html&ei=BKkZUZz_IsmsiAeJ3YHQBA&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHavDxmtWs25WkHCqiCCHvNd_xRZg&ust=1360721212273348http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=blow+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=xI7VR_nEhvBv_M&tbnid=a25P3OEgoRtliM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Falexpb.com%2Fnotes%2Farticles%2F2007%2F11%2F13%2Fmolding%2F&ei=nqEZUZvrD42XiAfq04G4Aw&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNFTNDoTatrBlwdi46OcUAhN6vGk8A&ust=1360720573181316
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
14/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Rajah (a)
Rajah (b)
Rajah (c)
Gambarajah 6.9 : Rajah (a), (b) dan (c) Mesin Pengacuan Mampatan
Proses ini biasanya digunakan untuk menghasilkan produk-produk seperti soket, palam, penebat
voltan.
http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=compresion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=0s6w4WpTDn8HAM&tbnid=pL1xHeeIc4FAqM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fkids.britannica.com%2Fcomptons%2Fart-53835&ei=N6UZUYPQK6q0iQfZnICIDA&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHavDxmtWs25WkHCqiCCHvNd_xRZg&ust=1360721212273348http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=compresion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=0m71SpbImfspFM&tbnid=Qny6k6nfGplKqM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.tamko.com%2FDecks-Docks-Railing%2FEverGrainEnvision%2FInner%2FWhatIsCompressionMolding&ei=MaYZUcbcA8SXiQfkq4HoCg&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHavDxmtWs25WkHCqiCCHvNd_xRZg&ust=1360721212273348
8/18/2019 Topic 6 - Plastic
15/15
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
Sediakan slide power point berikut :
(a)
Definisi istilah – plastik, Amorfus, Monomer,PolimerPengkelasan plastik – thermoplastic dan termoset.
Kebaikan dan keburukan plastik 1 kumpulan
Proses pempolimeran – tambahan dan kondensasi(b)Jenis-jenis Rantaian Polimer
i. Polimer lelurus (linear)
ii. Polimer bercabang (branch)
iii. Polimer barpaut silang (crosslink) 1 kumpulaniv. Polimer rangkaian.
(c)
Jenis-jenis Plastik Haba (Thermoplastic)
1.Polietilena (PE)2.Polipropilena (PP)
3.Polistirena 2 kumpulan (3 jenis platik/kumpulan)
4.Polivinyl Klorida (PVC)5.Polimetil Metakrilat (PMMA)
6.Poliamides (NYLON)
(d)Jenis-jenis Plastik Termoset (Thermoset)
1.Fenol-Formaldehid
2.Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid
3.Melamina-Formaldehid 2 kumpulan (3 jenis platik/kumpulan)4.Polyester
5.Epoksida
6.Silikon (c) dan (d) – terangkan dari segi ciri-ciri@sifat umum, contoh kegunaan (bersama gambar
produk)
(e)
Proses pembuatan plastik 4 kumpulan (1 proses/kumpulan)1.Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding)
2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding)
3.Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding)4.Mesin Pengacuan Mampatan (Transfer/Compression Moulding)
(e) – terangkan kaedah pembuatan, gambar mesin-mesin terbabit dan contoh produk dihasilkan