Journal of Applied Research in Education, Vol 17, 2013, p. 56 - 76
ISSN 1996 – 9945and ISSN 2310 – 3477
Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education
Universiti Brunei Darussalam
Hubungan Faktor-faktor Sosial dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar
Sekolah Menengah
(The Relationships between Social Factors and the Internalization of Noble
Values Among Students at Secondary School)
Mohamad Khairi Hj Othman (Pengarang Penghubung) *
Universiti Utara Malaysia
Prof. Madya Dr. Asmawati Suhid
Universiti Putra Malaysia
Dr. Abdullah Mat Rashid
Universiti Putra Malaysia
Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan
Universiti Putra Malaysia
Abstract
In today’s development, social problems and lack of discipline among students are to be
observed as getting serious. Our community often discusses about these negative issues
commonly committed by teenagers, especially students at school. Thus, this study aims to
investigate the role of social factors in the development of behavior and its relationship
with the internalization of noble values among students. This is a quantitative study using a
descriptive-correlation survey research design. Data was collected by a questionnaire. A
total of 448 form four students were selected randomly as the sample. The data were
analyzed by SPSS version 15.0 using descriptive statistics and Pearson correlation test. This
study found that the overall perception of the role of social factors is at a moderately high
level, and the internalization of noble values among students is also moderately high. The
study also found that the students’ perceptions of social factor dimensions such as parents,
community and school environment only have a positive significant correlation with the
internalization of students' noble values. In conclusion, some implications of the study are
discussed to develop student values.
Abstract
Masyarakat sering membincangkan tentang masalah gejala sosial terutama dalam kalangan
remaja khususnya para pelajar di sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau
persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku dan
hubungannya dengan penghayatan nilai murni mereka. Kajian ini penting untuk menjelas
dan mengesahkan status semasa penghayatan nilai murni pelajar dan peranan faktor-faktor
sosial terhadap penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha membendung gejala sosial
dapat diatasi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk
kajian tinjauan deskriptif-korelasi. Data dikutip melalui soal selidik. Seramai 448 orang
pelajar tingkatan empat telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data-data
dianalisis melalui program SPSS versi 15.0 yang menggunakan statistik deskriptif dan ujian
korelasi pearson. Hasil tinjauan mendapati bahawa secara keseluruhannya persepsi pelajar
terhadap peranan faktor-faktor sosial adalah berada pada tahap sederhana tinggi dan
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 57
penghayatan nilai murni pelajar juga berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini juga
mendapati persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial bagi dimensi faktor ibu bapa,
persekitaran masyarakat dan persekitaran sekolah sahaja mempunyai hubungan positif yang
signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Kesimpulannya, beberapa implikasi
kajian turut dibincangkan dalam artikel ini dalam membentuk nilai murni pelajar.
Katakunci: Faktor-faktor sosial; penghayatan nilai murni; pelajar.
* Hubungi penulis.
E-mail: [email protected]
58
Pendahuluan
Dalam perkembangan kini, masalah gejala sosial dan disiplin pelajar didapati semakin hari
semakin serius (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2009; Ab. Rahman Ismail, 2008; Amaludin Ab.
Rahman & Khadijah Alavi, 2007). Masyarakat sering membincangkan isu masalah gejala sosial
terutama dalam kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
Remaja sering dikatakan tidak berakhlak, tidak pandai membuat pertimbangan nilai dan pelbagai lagi
ciri negatif (Lihanna Borhan, 2001). Masalah gejala sosial yang melibatkan golongan remaja dengan
budaya lepak, curi, dadah, bohsia dan perlakuan yang bertentangan dengan nilai-nilai murni telah
didedahkan kepada kita setiap hari menerusi akhbar, radio dan televisyen.
Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak namun gejala keruntuhan akhlak
dan moral dalam kalangan remaja masih berleluasa. Ini jelas berdasarkan data bilangan kes salah laku
pelajar seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran
Malaysia (2012) pada jadual 1.
Jadual 1: Bilangan kes salah laku disiplin murid
Bil
Jenis Salah Laku
2010 2011 2012*
Jumlah Jumlah Jumlah
1. Berunsur jenayah 17595 18457 7015
2. Berunsur kelucahan 3031 2163 930
3. Kurang sopan 18346 17189 7239
4. Laku musnah 5212 5343 5788
5. Kemasan diri 21384 20778 4145
6. Ponteng sekolah 19545 18754 1391
7. Kenakalan 8563 8923 8361
8. Tidak penting masa depan 17808 18611 3146
*Jumlah kes disiplin murid sehingga bulan Jun 2012
Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012)
Berdasarkan data tentang bilangan kes salah laku disiplin murid sehingga Jun 2012 (Jadual 1) di
atas menunjukkan jumlah kes disiplin murid sekolah menengah kebangsaan harian agak tinggi.
Didapati terdapat beberapa jenis salah laku murid yang menunjukkan peningkatan dari tahun 2010 -
2011. Antaranya, jenis salah laku disiplin berunsur jenayah meningkat sebanyak 862 kes, salah laku
musnah meningkat sebanyak 131 kes, salah laku kenakalan meningkat sebanyak 360 kes dan salah
laku tidak pentingkan masa juga meningkat sebanyak 803 kes dari tahun 2010 kepada tahun 2011.
Terdapat juga jenis salah laku disiplin murid yang menurun bilangan kes seperti salah laku disiplin
berunsur kelucahan turun sebanyak 868 kes, kurang sopan turun sebanyak 1157 kes, kekemasan diri
turun sebanyak 606 kes dan ponteng sekolah turun sebanyak 791 kes. Selain itu, data Kementerian
Pelajaran Malaysia menunjukkan salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru
dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah yang
membabitkan 23, 220 kes pada tahun 2007 dan 19,980 kes pada tahun 2006 (Anuar Ahmad, 2009).
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 59
Secara keseluruhannya, jumlah bilangan dalam kes-kes salah laku disiplin murid sekolah di Malaysia
masih menunjukkan bilangan kes yang tinggi. Malah, Mohd Najib Tun Razak menyatakan bahawa di
Malaysia, masalah sosial membimbangkan (Masalah sosial, 2007) dan hebat diperkatakan dan
diperbincangkan di mana-mana sahaja (Aminuddin Hassan, Rohaiza Ishak & Vizata M. Sapian,
2009).
Perangkaan yang ditunjukkan di atas memberi kefahaman kepada kita kadar penglibatan pelajar
dalam gejala sosial agak membimbangkan dan menunjukkan peningkatan dalam kes-kes tertentu. Ini
memberi amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat
meningkatkan penghayatan nilai murni pelajar kepada keadaan yang lebih baik, negara akan
berhadapan dengan krisis nilai yang lebih besar. Ini kerana pelajar masa kini akan berperanan penting
dalam pembentukan bangsa dan generasi masa hadapan. Oleh itu pembentukan peribadi golongan ini
harus diutamakan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan insan berperibadi mulia.
Latar belakang kajian
Kalau diperhatikan hari ini banyak daripada amalan dan proses pendidikan yang menyumbang
faktor pembentukan nilai dalam diri generasi muda semakin berkurangan (Khadijah Rohani Mohd
Yunus, 2008). Pendidikan hari ini terlalu memfokuskan kepada kejayaan akademik yang
menyebabkan pendidikan afektif diabaikan (Khadijah Rohani Mohd Yunus, 2008). Oleh itu, hasil
dapatan beberapa kajian tentang aspek pengetahuan, kefahaman dan penghayatan akhlak, moral dan
nilai murni menunjukkan bahawa responden tidak dapat mendefinisikan konsep akhlak, kurang
memahami dengan tepat makna moral, penghayatan nilai murni tidak begitu menonjol, amalan nilai
murni pula berada di tahap sederhana dan penghayatan akhlak yang lemah (Ab. Halim Tamuri &
Zarin Ismail, 2002; Asmawati Suhid, Rahil Mahyuddin dan Abdul Rahman Md. Aroff, 2001; Zakaria
Kasa et al., 1996; Ab. Rahman Mahmud & Amidin Zin, 2003; Sarimah Mokhtar et al., 2011). Selain
itu, keadaan berkaitan dengan kepincangan nilai generasi kini jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh
Hishamuddin Hussein Onn (2005) selaku Menteri Pelajaran Malaysia seperti berikut:
Hari ini kita jarang-jarang dapat melihat warga tua dipimpin oleh anak-anak muda
untuk melintas jalan. Kita juga sudah ketandusan budaya sapa menyapa, kurangnya
rasa hormat-menghormati, tidak menghargai harta benda awam dan tidak
mengutamakan kepada kebersihan. Keadaan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan akan
merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya bangsa yang kaya dengan budi
pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi (Hishamuddin Hussein Onn, 2005, hlm. 3).
Salah satu punca timbul masalah tersebut yang sering dikaitkan ialah kurangnya penekanan ke
atas penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan (Mumtazah Othman & Nurizan Yahaya, 2009).
Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus
ke arah negatif (Mohd Zamani Ismail & Fatimi Hanafi, 2006). Begitu juga pernyataan bahawa
penghayatan akhlak yang lemah sering dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak masa kini (Harery
Abu Saad, 2007). Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor’Aini Dan (2002) masalah keruntuhan
akhlak dan nilai berpunca daripada minda manusia yang terlupa akan tujuan sebenar mereka
dihidupkan di dunia ini. Kealpaan ini menyebabkan manusia mudah tewas kepada tuntutan hawa
nafsu dan bersikap materialistik (Tajul Ariffin Noordin & Nor’ Aini Dan, 2002). Akhirnya berlaku
jenayah kolar putih, rasuah, pecah amanah, ketagihan dadah dan pelbagai tingkah laku menyimpang
yang dilakukan bukan sahaja dalam kalangan orang yang kurang berpendidikan tetapi juga tidak
terkecuali golongan yang dianggap intelek dan terpelajar. Oleh itu, kajian secara empirikal tentang
penghayatan nilai murni semakin penting dewasa ini bagi menjelaskan status tahap penghayatan nilai
murni dalam kalangan pelajar.
Selain itu, aspek penghayatan penting dikaji kerana dalam domain afektif yang terdiri daripada
aspek sikap, perasaan, emosi dan penghayatan, elemen penghayatan berada pada tahap tertinggi
60
dimana pelajar cuba memberi maklum balas, menilai dan mengorganisasi nilai (Krathwohl, Bloom &
Masia, 1964). Begitu juga pandangan Bloom (1979) dalam taksonomi Bloom aspek pengetahuan dan
kefahaman adalah aras bawah untuk diuji dan dikaji. Oleh itu, aspek penghayatan wajar dikaji kerana
ia merangkumi aras yang lebih tinggi iaitu dengan menggabungkan aras aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian (Bloom, 1979).
Menurut Sidek Baba (2006) aspek penghayatan merupakan peringkat terakhir dalam proses
pembelajaran. Peringkat ini adalah peringkat paling penting kerana beliau berpandangan tanpa
peringkat akhir ini, pembelajaran sebenarnya tidak berlaku. Pada peringkat ini pelajar sepatutnya
berupaya mengaplikasi semua ilmu yang dipelajari dalam konteks menjalani kehidupan sehariannya
(Sidek Baba, 2006). Oleh itu, dengan adanya penghayatan ilmu khususnya penghayatan nilai murni
akan dapat mengurangkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja kerana mereka telah
mengaplikasi ilmu dan aspek nilai murni dengan sebenarnya.
Berasaskan teori pembelajaran sosial (Bandura, 1977) proses pembentukan sahsiah atau nilai
murni manusia juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran di mana seseorang itu
menjalani kehidupan (Ahmad Munawwar Ismail, 2009; Azhar Ahmad, 2006; Mohd Ismail Mustari,
Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Abd. Basit Abd. Samat, Abdul Rahman Hamzah & Abdul
Hafiz Abdullah, 2004). Beberapa faktor sosial iaitu ibu bapa, rakan sebaya, media massa (artis),
persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat telah dikenal pasti memberi sumbangan terhadap
pembentukan pembentukan peribadi dan tingkah laku dalam kalangan remaja (Ahmad Munawwar,
2009; Azhar Ahmad, 2006; Mohd Ismail Mustari et al., 2004). Faktor-faktor tersebut boleh
mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku
seseorang melalui berbagai corak pembelajaran sosial seperti pemodelan, maklum balas, dorongan
dan halangan (Azhar Ahmad, 2006; Hassan Langgulung, 1987; Bakhtiar, 1994; Bandura 1991).
Menurut pandangan Ibn Miskawaih (1966) tingkah laku moral kanak-kanak adalah hasil daripada
keluarga dan budaya dalam sesuatu masyarakat. Berdasarkan tinjauan literatur belum terdapat mana-
mana kajian yang cuba mengenal pasti hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni
pelajar khususnya 17 nilai murni yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Justeru, berdasarkan isu dan permasalahan serta rasional yang dikemukakan wajarlah kajian
terkini dijalankan untuk mengenal pasti penghayatan nilai murni pelajar dan sejauhmanakah
hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar. Kajian ini juga amat relevan
bagi memenuhi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam aspek sahsiah, nilai dan
kerohanian untuk mencapai aspirasi murid yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia supaya pelajar mempunyai pegangan agama yang kuat dan penghayatan nilai yang tinggi
serta mendukung standard moral yang tinggi (Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025).
Objektif Kajian
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk :
1. Mengenal pasti tahap penghayatan nilai murni pelajar.
2. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan
tingkah laku.
3. Menentukan hubungan antara faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar.
Tinjauan literatur
Konsep Penghayatan Nilai Murni
Dari segi definisi, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) menjelaskan hayat bermaksud hidup.
Menghayati bermaksud mengalami serta merasai (dalam batin) atau meresap ke dalam jiwa.
Penghayatan adalah perihal kepada kata kerja menghayati. Istilah ini menjelaskan terdapatnya
perlakuan tertentu yang dilaksanakan sehingga meninggalkan kesan kepada jiwa. Ini menunjukkan
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 61
bahawa sekiranya sesuatu perlakuan dilaksanakan tetapi tidak meninggalkan kesan kepada jiwa maka
perlakuan itu belum dihayati (Azma Mahmood, 2006).
Dari segi konsep, penghayatan ialah pemanduan sikap, kepercayaan, nilai-nilai, pendapat dan
lain-lain ke dalam syakhsiah (personaliti) seseorang (Hassan Langgulung, 1987). Ia merupakan satu
bentuk pengakuran di mana penghayatan nilai atau kepercayaan merupakan pengaruh sosial yang
paling kekal dan paling berakar. Ini adalah kerana motivasi untuk menghayati nilai atau kepercayaan
tertentu tertanam di dalam diri seseorang dan berkait dengan keinginan untuk memperolehi kebenaran
(Hassan Langgulung, 1987). Manakala Nik Azis Nik Pa (2007) menjelaskan penghayatan merujuk
kepada aspek menjadikan sesuatu perkara sebagai amalan seharian atau satu tabiat. Sementara itu,
Young (1995) menjelaskan penghayatan nilai diperhatikan apabila kelakuan yang diterima
digenerasikan dari faktor intrinsik dan bukan dari faktor akibat-akibat luar.
Penghayatan adalah salah satu proses jenis pembelajaran (Hassan Langgulung,1987) iaitu
pembelajaran dalam konteks sosial, di mana manusia atau perkara-perkara tertentu menjadi
perangsang bagi seseorang untuk mengamalkan atau menghayati nilai-nilai tertentu (Hassan
Langgulung, 1987). Fungsi utama pendidikan pada zaman dahulu ialah pemindahan nilai-nilai dari
generasi tua ke generasi muda agar identiti suatu masyarakat terpelihara (Hassan Langgulung, 1987).
Oleh itu fungsi pendidikan pada zaman sekarang juga ialah bertujuan pemindahan nilai-nilai. Yang
berbeza hanyalah kaedah dan teknologi pemindahan itu yang berbeza, dimana sekarang penggunaan
komputer dan media massa, nilai-nilai dipindahkan secara besar-besaran (Hassan Langgulung, 1987).
Aspek penghayatan nilai murni merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan (Nik Azis Nik Pa, 1994). Penghayatan nilai-nilai murni merupakan satu faktor
utama yang boleh memastikan pembentukan kesefahaman dan kesepaduan dalam mentafsirkan dan
merealisasikan wawasan 2020 (Nik Azis Nik Pa, 1994). Menurut Nik Azis Nik Pa (1994)
penghayatan nilai-nilai murni menjadi faktor utama kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai
moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan, tetapi
sebaliknya banyak membawa keburukan dan kezaliman. Malah penghayatan nilai-nilai murni
merupakan faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kepintaran, kemahiran,
kedudukan atau kekayaan yang dimiliki (Nik Azis Nik Pa, 1994). Penghayatan nilai murni boleh
menjadi benteng kepada amalan-amalan buruk seperti penyelewengan, kejahilan, kecuaian dan
kezaliman (Nik Azis Nik Pa, 1994). Nik Azis Nik Pa (2007) turut menjelaskan faktor penghayatan
ilmu dan amal yang rendah menyebabkan jurang antara mengetahui dan mengamalkan. Oleh itu,
penghayatan bersangkutan dengan tindakan menjiwai ilmu dan iman sehingga diterjemahkan dalam
bentuk tindakan dan tingkah laku (Nik Azis Nik Pa, 2007). Maka penghayatan daripada sudut akhlak
atau nilai murni menuntut seseorang itu memahami dan mengamalkan banyak daripada akhlak mulia
dan nilai-nilai murni yang baik (Fathi Yakan, 1985). Antara akhlak mulia dan nilai murni yang baik
yang dianjurkan untuk dihayati oleh insan ialah malu, bersangka baik, benar, sabar, menjaga
pandangan dan lidah dan sebagainya.
Mansor Abd. Kadir (1997) menjelaskan bahawa penghayatan akhlak dan nilai murni boleh
digambarkan melalui tingkah laku, pemikiran, pengucapan dan perwatakan yang dilahirkan dari hati
nurani seseorang. Sementara itu, Jamiah et al. (2004) menjelaskan bahawa terdapat beberapa prinsip
yang perlu ada dalam mengukur penghayatan keagamaan (religiosity) seseorang. Prinsip-prinsip
tersebut ialah penilaian tersebut adalah (a) berasaskan aspek zahir sahaja, (b) pengukuran boleh dibuat
namun pengukuran sebenar yang paling tepat adalah hak di sisi Allah, (c) pengukuran penghayatan
keagamaan adalah berasaskan kepada manifestasi iman, Islam dan ihsan.
Penghayatan nilai boleh dididik melalui disiplin, pengajaran, contoh atau model, pengukuhan
sosial dengan tingkah laku yang sesuai dan persekitaran yang sesuai yang boleh membentuk tingkah
laku (Young, 1995). Pelajar perlu digalakkan mencontohi dan mengamalkan nilai-nilai yang baik
sebagai satu penghayatan keterampilan diri dan kualiti warganegara yang baik serta prihatin terhadap
soal-soal kehidupan dan pembinaan diri (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001).
62
Tinjauan Berkaitan Faktor-faktor Sosial
Dalam bahagian ini penulis akan mengenengahkan beberapa kajian-kajian lepas yang ada
perkaitan dengan perbincangan penulis iaitu dalam aspek akhlak, moral dan nilai untuk dijadikan
landasan kajian ini.
Dalam aspek peranan ibu bapa jelas menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan sahsiah dan nilai murni anak-anak kerana ibu bapa merupakan role
model yang terdekat atau paling hampir dengan kanak-kanak (Asmawati Suhid, 2009). Terdapat juga
beberapa pandangan barat yang menyatakan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam
mensosialisasikan beberapa jenis nilai terhadap kanak-kanak (Grusec & Kuczynski, 1997; Hoffman,
2000). Ini jelas berdasarkan dapatan sesetengah pengkaji seperti kajian Knafo dan Schwartz (2003),
Padilla-Walker (2007), Padilla-Walker dan Carlo (2007) dan Hardy, Padilla-Walker dan Carlo (2008)
menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ibu bapa dengan penghayatan nilai
dalam kalangan remaja. Begitu juga ada padangan menyatakan semasa kanak-kanak dan remaja, ibu
bapa memainkan peranan yang penting samada untuk menggalakkan atau menghalang proses
penghayatan nilai (Hardy, Padilla-Walker & Carlo, 2008; Grolnick, 2003; Grusec & Kuczynski,
1997). Manakala Baron (1989, ms 262) menyatakan bahawa “tidak terdapat jurang yang besar antara
sikap dan kepercayaan ibu bapa dengan remaja”. Lickona (1996) menyatakan ibu bapa adalah
pendidik moral yang pertama dan penting terhadap kanak-kanak. Oleh itu jelas menunjukkan ibu bapa
amat memainkan peranan dalam pembentukan watak anak-anak. Manakala Walker dan Taylor
(1991) juga telah menjalankan kajian tentang peranan ibu bapa dalam pembangunan moral kanak-
kanak. Tahap penaakulan moral ibu bapa dan gaya interaksi yang digunakan dalam perbincangan isu-
isu moral dengan anak telah digunakan untuk meramal pembangunan moral kanak-kanak. Walker dan
Taylor (1991) merumuskan perbincangan ibu bapa dan gaya soalan socratic adalah peramal terbaik
terhadap pembangunan moral kanak-kanak. Selain itu, Asmak Hj. Ali (2006) dalam kajiannya
mengenai peranan ibu bapa dalam menangani salah laku sosial dalam kalangan remaja merumuskan
bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan
remaja. Manakala dalam kajian Ahmad Munawwar Ismail (2009) mendapati faktor ibu bapa
menyumbang 28.3% terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan responden.
Rakan sebaya juga merupakan antara faktor yang banyak menyumbang dan mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan remaja sekolah menengah
(Asmawati Suhid, 2009; Che Noraini Hashim, 2005). Kajian Ahmad Munawwar Ismail (2009)
mendapati faktor penyumbang tertinggi terhadap penghayatan akhlak pelajar-pelajar adalah faktor
rakan-rakan iaitu 30.4%, diikuti faktor budaya sekolah iaitu 30.3%, faktor ibu bapa 28.3% dan faktor
artis 25%. Ini menunjukkan faktor rakan-rakan adalah penyumbang terbesar kepada penghayatan
akhlak dalam kalangan responden (Ahmad Munawwar Ismail, 2009). Begitu juga kajian Asmak Hj
Ali (2006) dalam kalangan remaja di Shah Alam dan Petaling Jaya menunjukkan remaja cenderung
untuk merujuk masalah kepada rakan sebaya (52%), ibu (44%), bapa (5%) dan lain-lain (8%).
Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting bagi perkembangan sahsiah yang
sihat (Mohd. Ismail Mustari et al., 2004). Pengaruh media massa amat besar ke atas generasi muda,
khususnya golongan pelajar dan remaja (Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail, 2009). Peranan artis
melalui media massa dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap proses pembentukan akhlak remaja
dan pelajar sekolah menengah (Azhar Ahmad, 2006). Para artis sebagai ikon dan fenomena sosial
boleh menarik minat remaja mempunyai peranan dan sumbangan terhadap proses pembentukan
akhlak dalam kalangan remaja dengan cara menyemaikan nilai positif dan adab ketimuran melalui
persembahan dan cara hidup mereka (Mohd. Razak Idris, 2005). Kajian Ab. Halim Tamuri dan Zarin
Ismail (2009) tentang hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa mendapati bahawa
kandungan bahan yang berbentuk hiburan (min = 3.93) adalah kriteria utama yang menjadi penentuan
kepada pilihan remaja. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan
antara bahan-bahan hiburan dengan pegangan nilai akhlak. Selain itu, dapatan daripada beberapa
kajian seperti Larking (1997) dan Seifert & Hoffnung (1996) menjelaskan bahawa media massa
terutama televisyen mempunyai kesan yang signifikan terhadap pembangunan kanak-kanak.
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 63
Faktor keadaan persekitaran sekolah juga boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah
laku (Rusni Mohd. Nor, 2005). Persekitaran yang menyokong dan menggalakkan dapat melahirkan
kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni.
Dengan itu, usaha untuk pembentukan akhlak, nilai murni dan sahsiah pelajar dapat berjalan dengan
lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992). Menurut pandangan guru suasana
sekolah yang menggalakkan akan mempengaruhi guru menerapkan nilai murni dalam pengajaran
(Zakaria Kasa et al., 1994). Selain itu, kajian Khadijah Zon dalam Habsah Ismail (2000) mendapati
bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara kebersihan fizikal sekolah dengan akhlak dan
peribadi pelajar. Sementara itu, Yaakob Daud, Yahya Don dan Abdull Sukor Shaari (2004)
menjelaskan sekiranya sekolah dapat menyediakan budaya yang positif maka sekolah tersebut akan
melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi kurang masalah salah laku
pelajar. Dapatan kajian Ab. Halim Tamuri (2007) menjelaskan kewujudan aktiviti-aktiviti keagamaan
di sekolah seperti syarahan agama, kelas tambahan agama, sambutan perayaan-perayaan hari
kebesaran Islam, sembahyang berjemaah dan kem ibadat mempunyai pengaruh yang positif terhadap
pembangunan akhlak pelajar. Namun begitu dapatan kajian Ab. Halim Tamuri (2007) turut
menjelaskan permasalahan yang dikemukakan oleh guru-guru di sekolah menengah kebangsaan
kurang untuk melaksanakan aktiviti keagamaan kerana kekurangan bilik darjah yang sesuai dan
kesuntukan masa yang tidak mencukupi khususnya bila mana sekolah yang mempunyai dua sesi
pengajian. Selain itu, dapatan kajian Ab. Halim Tamuri (2007) turut menjelaskan bahawa peraturan
dan disiplin sekolah juga memberi pengaruh yang positif terhadap pembentukan akhak pelajar.
Namun begitu, dapatan Ab. Halim Tamuri (2007) menjelaskan bahawa terdapat sesetengah guru
tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam pembentukan akhlak pelajar dengan menganggap
bahawa pembentukan akhlak pelajar adalah tanggungjawab guru agama dan guru disiplin sahaja.
Aspek persekitaran masyarakat juga boleh mempengaruhi seseorang individu. Masyarakat yang
mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban. Masyarakat yang mementingkan kekayaan
dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan.
Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda. Nilai-nilai
murni akan ditinggalkan. Ini adalah jelas bagaimana persekitaran masyarakat boleh menghasilkan
sahsiah individu yang tidak diingini (Mohd. Ismail Mustari et al. 2004). Rahman (1994)
menjelaskan bahawa semua ahli dalam masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam proses
mensosialisasikan golongan remaja. Walau bagaimanapun, dalam kajiannya mendapati terdapat
sesetengah ahli dalam masyarakat muslim mengabaikan tanggungjawab mereka dalam pembentukan
akhlak pelajar. Kurangnya sikap prihatin dalam sesetengah masyarakat akan memberi kesan yang
negatif dalam pembangunan akhlak pelajar (Ab. Halim Tamuri, 2007). Selain itu, dapatan kajian
Azhar Ahmad (2006) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi tentang pengaruh
faktor persekitaran masyarakat dengan tahap penghayatan akhlak.
Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dibuat didapati faktor-faktor peranan ibu bapa, rakan
sebaya, media massa (artis), persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat mempunyai hubungan
dan pengaruh ke atas pembentukan sahsiah pelajar secara amnya. Namun sejauh mana ke semua
faktor tersebut mempunyai hubungan dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar akan
terjawab setelah kajian ini dijalankan.
Metodologi kajian
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni
pelajar. Oleh itu, kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian
deskriptif-korelasi. Pemilihan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif-korelasi adalah bertepatan
memandangkan kajian korelasi mampu menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dan
tidak memerlukan proses lain seperti manipulasi dan intervensi. Ary, Jacobs, Razavieh dan Sorenson
64
(2006) menyatakan bahawa terdapat tiga aplikasi utama dalam kajian korelasi iaitu menentukan
hubungan (determining relationships), menilai konsistensi (assessing consistency) dan membuat
ramalan (prediction). Sehubungan itu, kajian ini mengaplikasikan bentuk kajian korelasi iaitu
menentukan hubungan antara pemboleh ubah bebas iaitu faktor-faktor sosial dengan pemboleh ubah
bersandar iaitu penghayatan nilai murni pelajar.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi sasaran dalam kajian ini adalah semua pelajar sekolah menengah kebangsaan harian di
Semenanjung Malaysia. Manakala, sampel populasi ialah pelajar-pelajar tingkatan empat yang sedang
mengikuti persekolahan di sekolah menengah kebangsaan harian di Semenanjung Malaysia.
Pemilihan pelajar tingkatan empat untuk menyertai kajian ini dibuat kerana secara umumnya mereka
telah melepasi tahap kematangan umur baligh (melebihi 15 tahun) (Abdullah Nasih ’Ulwan, 1984).
Para pelajar yang berada pada tahap umur ini diandaikan mampu menilai diri mereka sendiri serta
mampu pula menilai di antara perkara yang baik dengan yang buruk yang menjadi elemen utama
pemungutan data dalam kajian ini. Menurut Hassan Langgulung (1995), antara kaedah yang baik
untuk digunakan dalam kajian yang berkaitan dengan personaliti dan akhlak serta nilai murni ialah
penilaian kendiri dalam kalangan mereka yang terlibat.
Selain itu, pelajar-pelajar tingkatan empat juga dipilih kerana mereka telah mengikuti proses
pengalaman pembelajaran melalui nilai merentasi kurikulum selama sekurang-kurangnya sembilan
tahun iaitu di peringkat sekolah rendah enam tahun dan menengah tiga tahun. Oleh itu, diharapkan
mereka mampu menilai diri mereka dalam aspek penghayatan nilai murni yang telah diperolehi
melalui pembelajaran nilai merentas kurikulum.
Berdasarkan maklumat dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) jumlah populasi pelajar tingkatan empat di 1676 buah
sekolah menengah kebangsaan harian di seluruh negeri Semenanjung Malaysia ialah seramai 337 422
orang pelajar.
Dari segi sampel kajian secara asasnya, kaedah persampelan yang digunakan bagi memilih
sampel dalam kajian ini ialah kaedah persampelan secara rawak. Kaedah ini digunakan bagi
memastikan setiap ahli mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi dalam kajian ini (Ary
et al. 2006). Bagi melaksanakan kaedah persampelan ini, teknik persampelan rawak berlapis,
persampelan rawak berkelompok dan persampelan rawak mudah telah digunakan. Teknik
persampelan rawak berlapis digunakan apabila bilangan responden iaitu bilangan murid yang tak
seragam di setiap zon (Mohd. Majid Konting, 2004). Fraenkel dan Wallen (2006) menyatakan
bahawa persampelan rawak berlapis dipilih sebagai teknik persampelan apabila pengkaji
membahagikan populasi kepada beberapa sub strata. Oleh itu, merujuk kepada kajian ini pengkaji
telah membahagikan sampel berdasarkan unit zon di Semenanjung Malaysia.
Persampelan rawak berlapis sesuai digunakan untuk memastikan setiap responden murid dalam
setiap zon mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian (Mohd Majid Konting,
2004; Ary et al., 2006). Manakala penggunaan persampelan rawak berkelompok ialah menggunakan
setiap unit dalam kelompok yang telah ditetapkan (Mohd Majid Konting, 2004). Seterusnya
persampelan rawak mudah digunakan bagi memilih unit-unit bagi setiap lapisan.
Pemilihan sampel pelajar tingkatan empat di dalam kajian ini dimulakan dengan langkah
membahagikan zon di Malaysia kepada empat unit zon sebagai lapisan pertama. Seterusnya pemilihan
unit kelompok negeri daripada setiap unit zon dibuat secara rawak mudah oleh pengkaji sebagai
lapisan kedua. Setelah itu lapisan ketiga ialah unit kelompok sekolah menengah kebangsaan harian,
sebanyak tiga buah sekolah bagi setiap kategori bandar dan luar bandar daripada setiap unit negeri
dipilih secara rawak mudah. Manakala lapisan terakhir ialah unit kelompok pelajar tingkatan empat
yang dipilih secara rawak mudah berdasarkan sekolah-sekolah yang telah terpilih dalam kajian ini.
Dengan itu, sampel seramai 448 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah harian
Semenanjung Malaysia yang telah menjawab soal selidik telah dipilih untuk digunakan dalam analisis
kajian ini. Jumlah sampel yang diperolehi untuk dianalisis adalah melebihi bilangan minimum saiz
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 65
sampel yang dinyatakan oleh Cochran (1977) dan Krejcie dan Morgan (1970) iaitu seramai 384
orang. Hasil daripada kutipan data soal selidik dapat dijelaskan latar belakang sampel dalam kajian
ini dari segi lokasi sekolah, jantina dan aliran pengajian ialah jumlah pelajar di lokasi bandar ialah
205 orang (45.7%), manakala jumlah pelajar luar bandar ialah 243 orang (54.3%). Jumlah sampel
lelaki ialah 178 orang (39.7%) dan perempuan seramai 270 orang (60.3%). Jumlah pelajar dari segi
aliran pengajian pula terdiri daripada aliran sains ialah 249 orang (55.5%) dan aliran sastera ialah 199
orang (44.5%). Oleh itu, kesimpulan dan rumusan dapatan kajian dipercayai dapat mewakili populasi
kajian.
Instrumen
Instrumen ‘penghayatan nilai murni’ adalah satu set soal selidik menyenaraikan sikap, pegangan,
kebiasaan dan amalan nilai murni pelajar sekolah menengah yang telah dibangunkan oleh pengkaji
berasaskan aspek 17 nilai murni yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2005).
Item-item ini dibina dan diubahsuai oleh penyelidik berdasarkan bahan-bahan rujukan dan item-item
soal selidik kajian-kajian lepas yang berkaitan antaranya Abdul Rahman Md. Aroff (1993), Zakaria
Kasa et al. (1994), Nik Zaharah Nik Yaakob (2007), Abd. Rahim Abd. Rashid (2001), Sufean Hussin
(1989) dan Nor Azizah et al. (2001).
Terdapat 113 item dikemukakan yang meliputi 17 konstruk nilai murni. Setiap item dalam soal
selidik ini dijawab menggunakan lima skala likert iaitu tidak pernah dengan skor 1 mata, jarang-
jarang dengan skor mata 2, kadang-kadang dengan skor 3 mata, kerap dengan skor 4 mata dan akhir
sekali sangat kerap dengan skor 5 mata. Ini bermakna nilai skor yang tinggi menunjukkan
penghayatan nilai murni yang tinggi.
Instrumen ‘faktor-faktor sosial’ pula merupakan satu set soal selidik bagi mengenal pasti
persepsi responden tentang peranan beberapa aspek faktor-faktor sosial terhadap pembentukan
tingkah laku pelajar. Instrumen ini dibangun berasaskan teori pembelajaran sosial oleh Bandura (1977
& 1986). Pemboleh ubah-pemboleh ubah faktor sosial seperti peranan ibu bapa, rakan sebaya, artis
(media massa), persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat melalui beberapa corak
pembelajaran iaitu permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan telah dikenal pasti berdasarkan
beberapa rujukan dan kajian lepas (Bandura, 1991; Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff et al., 2002; Che
Noraini Hashim, 2005; Azhar Ahmad, 2006; Ahmad Munawwar Ismail, 2009). Item-item dalam soal
selidik dibina dan diubah suai merujuk kepada beberapa rujukan dan kajian lepas seperti kajian Azhar
Ahmad (2006) dan Ahmad Munawar Ismail (2009).
Terdapat 20 item dalam soal selidik tersebut yang terdiri 4 item bagi setiap aspek. Responden
kajian akan memberikan maklum balas terhadap item-item soal selidik tinjauan yang menggunakan
lima skala likert iaitu sangat tidak setuju dengan skor 1 mata, tidak setuju dengan skor 2 mata, kurang
setuju dengan skor 3 mata, setuju dengan skor 4 mata dan sangat setuju dengan skor 5 mata.
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Kesahan muka dan kandungan instrumen yang digunakan dalam kajian telah diperakui dan
persetujuan oleh lima orang panel pakar. Panel pakar telah menilai kandungan ítem-item soal selidik
mencukupi, mencakupi dan sesuai untuk mendapatkan maklumat berkaitan penghayatan nilai murni
pelajar dan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial.
Seterusnya bagi menentukan tahap kebolehpercayaan instrumen dan memantapkan item-item
soal selidik, ujian Cronbach Alpha dijalankan dan didapati nilai alpha bagi setiap bahagian item
berada di atas 0.6. Keseluruhan item penghayatan nilai murni mencatat nilai alpha .95, manakala nilai
alpha keseluruhan item persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial ialah .73. Ini menunjukkan
instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang boleh diterima. Ia berdasarkan pendapat ramai
penyelidik mencadangkan bahawa nilai pekali alpha yang melebihi 0.7 lazimnya menunjukkan aras
kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima bagi sesuatu instrumen (Brymen & Cramer, 1999;
Aiken, 2000; Zaidatun & Mohd. Salleh, 2003).
66
Kaedah Penganalisisan Data
Semua item soal selidik dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social
Science (SPSS) versi 15.0. Kaedah penganalisisan data secara deskriptif digunakan untuk
menghuraikan maklumat berkaitan objektif satu dan dua. Bagi mencapai tujuan tersebut, analisis min
dan sisihan piawai digunakan untuk memberi gambaran secara deskriptif taburan skor mengenai
setiap dimensi yang tersebut. Sementara itu, bagi menentukan tahap penghayatan nilai murni pelajar
dan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial, intepretasi dibuat berdasarkan seperti tata cara
dalam pengiraan sela jeda yang dibina oleh Bahaman dan Turiman (1999) dan mengikut rumusan
yang disarankan oleh Nunally (1978) seperti Jadual 2:
Jadual 2: Tafsiran Skala Min
Julat Skor Min Interpretasi
4.01-5.00 Tinggi
3.01-4.00 Sederhana tinggi
2.01-3.00 Sederhana rendah
1.00-2.00 Rendah
Seterusnya, analisis statistik korelasi digunakan bagi mengenal pasti objektif kajian ketiga iaitu
hubungan antara faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar. Kekuatan perhubungan
di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian ini dianggar dengan menggunakan skala
kekuatan yang dicadangkan oleh Healey (2008) seperti dalam jadual dibawah.
Jadual 3: Nilai Pekali Korelasi
Nilai pekali korelasi (r) Tafsiran pekali
Bawah 0.1
0.10-0.30
0.30-ke atas
Hubungan yang lemah
Hubungan sederhana
Hubungan yang kuat
Sumber: Healey (2008)
Dapatan kajian
Penghayatan Nilai Murni Pelajar
Jadual 4 menunjukkan tahap penghayatan nilai murni secara keseluruhan dan mengikut setiap
dimensi yang terdiri 17 nilai murni. Secara keseluruhan skor min penghayatan nilai murni pelajar
adalah sederhana tinggi iaitu min 3.79 dengan sisihan piawai .35 (nilai julat skor skala likert 1 hingga
5). Dapatan selanjutnya menunjukkan daripada 17 nilai murni, terdapat 3 dimensi nilai menunjukkan
tahap penghayatan yang tinggi iaitu skor min yang melebihi 4.01. Dimensi nilai kesyukuran
menunjukkan tahap penghayatan yang tertinggi (M=4.22, SP=.52), diikuti dimensi nilai patriotisme
(M=4.16, SP= .61), kemudian dimensi nilai hormat-menghormati (M=4.12, SP=.51),
Sementara itu, kajian ini mendapati 14 dimensi nilai menunjukkan tahap penghayatan yang
sederhana tinggi. Tiga dimensi nilai terendah ialah nilai kerajinan, semangat bermasyarakat dan nilai
berdikari. Skor min nilai-nilai tersebut ialah nilai kebersihan fizikal dan mental (M=3.97, SP=.47),
nilai kasih sayang (M=3.89, SP=.55). Seterusnya dimensi nilai kejujuran (M=3.85, SP=.52), nilai
hemah tinggi (M=3.86, SP=.55), nilai kerjasama (M=3.82, SP=.52), nilai keadilan (M=3.80,
SP=.56), nilai kebebasan (M=3.72, SP=.57), nilai keberanian (M=3.71, SP=.57), nilai baik hati
(M=3.67, SP= .45), nilai rasional (M=3.64, SP= .58), nilai kesederhanaan (M=3.62, SP=.53), nilai
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 67
kerajinan (M=3.48, SP=.53), nilai semangat bermasyarakat (M=3.43, SP=.54) dan akhir sekali nilai
berdikari (M=3.32, SP=.60).
Jadual 4: Tahap Penghayatan Nilai murni Pelajar SMK
Dimensi Nilai Min SP
Kesyukuran
4.22
.52
Patriotisme
4.16 .61
Hormat-menghormati
4.12 .51
Kebersihan fizikal dan mental
3.97 .47
Kasih saying
3.89 .55
Kejujuran
3.85 .52
Hemah Tinggi
3.86 .55
Kerjasama
3.82 .52
Keadilan
3.80 .56
Kebebasan
3.72 .57
Keberanian
3.71 .57
Baik hati 3.67 .45
Rasional
3.64 .58
Kesederhanaan
3.62 .52
Kerajinan
3.48 .53
Semangat bermasyarakat
3.43 .54
Berdikari
3.32 .60
Keseluruhan 3.79 .35
Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-Faktor Sosial
Merujuk kepada Jadual 5, secara keseluruhan persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor
sosial dalam pembentukan tingkah laku pelajar sekolah menengah kebangsaan adalah sederhana
tinggi (M=3.49, SP=.44). Didapati persepsi tertinggi ialah peranan faktor ibu bapa (M=4.05, SP=.71)
yang menunjukkan responden mempunyai persepsi yang tinggi. Ini diikuti dengan faktor persekitaran
sekolah (M=3.71, SP=.67), persekitaran masyarakat (M=3.61, SP=.71) dan rakan sebaya (M=3.53,
SP=.70) yang menunjukkan responden mempunyai persepsi sederhana tinggi. Sementara itu,persepsi
pelajar terhadap peranan faktor sosial yang paling rendah dalam pembentukan tingkah laku ialah
68
faktor artis (melalui media massa) (M=2.56, SP=.93) yang menunjukkan responden mempunyai
persepsi yang sederhana rendah. Dapatan ini menjelaskan bahawa responden memberi persepsi
bahawa peranan ibu bapa adalah yang lebih utama dalam membentuk tingkah laku berbanding
peranan faktor-faktor lain.
Jadual 5: Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Faktor-faktor Sosial dalam Pembentukan Tingkah
Laku
Dimensi Faktor Sosial Min SP
Ibu bapa 4.05 .71
Persekitaran sekolah 3.71 .67
Persekitaran masyarakat 3.61 .71
Rakan sebaya 3.53 .70
Artis (Media massa) 2.56 .93
Keseluruhan 3.49 .44
Hubungan Faktor-faktor Sosial dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan keseluruhan faktor-faktor sosial
dengan penghayatan nilai murni pelajar. Ini bermakna semakin tinggi persepsi pelajar terhadap
peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku semakin tinggi penghayatan nilai murni
pelajar. Dapatan daripada Jadual 6 menunjukkan secara keseluruhan didapati hubungan positif yang
signifikan (r=.18, p.01) dengan kekuatan hubungan yang sederhana antara kedua-dua pemboleh
ubah ini .
Berdasarkan kepada Jadual 6 juga menunjukkan korelasi antara dimensi-dimensi faktor sosial
dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan menunjukkan hanya tiga dimensi faktor sosial
sahaja yang mempunyai hubungan positif yang signifikan iaitu peranan faktor ibu bapa, persekitaran
sekolah dan persekitaran masyarakat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Analisis menunjukkan
terdapat hubungan positif yang signifikan dengan kekuatan hubungan yang kuat didapati antara faktor
ibu bapa (r=.34, p.01) dan faktor persekitaran sekolah (r=.36, p.01) dengan penghayatan nilai
murni pelajar. Sementara itu, dapatan menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan
antara faktor persekitran masyarakat (r=.11, p.01) dengan penghayatan nilai murni pelajar dengan
kekuatan hubungan yang sederhana.
Jadual 6: Korelasi Pearson r antara Faktor-faktor Sosial dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar
Pemboleh Ubah Penghayatan nilai murni
Faktor sosial keseluruhan .18**
Ibu bapa .34**
Rakan sebaya .07
Artis (Media massa) -.23**
Persekitaran sekolah .36**
Persekitaran masyarakat .11**
**p<.01, *p<.05
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 69
Berbeza pula dengan faktor artis (media massa) (r=-.23, p.01) dapatan menunjukkan terdapat
hubungan negatif yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar dengan kekuatan hubungan
yang sederhana. Ini bermakna semakin tinggi persepsi pelajar terhadap peranan faktor artis (media
massa) semakin rendah penghayatan nilai murni pelajar. Manakala dapatan seterusnya menunjukkan
peranan faktor rakan sebaya tidak mempunyai hubungan dengan penghayatan nilai murni pelajar.
Analisis kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor rakan sebaya (r=.07,
p>.05) dengan penghayatan nilai murni pelajar.
Perbincangan
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan oleh pengkaji dan hasil dapatan yang diperolehi
menunjukkan secara keseluruhan tahap penghayatan nilai murni dalam kalangan responden kajian ini
berada pada tahap sederhana tinggi dan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial juga berada pada
tahap sederhana tinggi. Dari aspek penghayatan nilai murni pelajar, kajian ini mendapati tidak semua
17 nilai-nilai murni yang telah dikaji dihayati sepenuhnya. Terdapat 3 dimensi nilai murni yang
menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi dalam kalangan responden. Nilai kesyukuran
menunjukkan tahap penghayatan yang tertinggi, diikuti nila nilai patriotisme dan kemudian nilai
hormat menghormati yang mempunyai skor min melebihi 4.01. Fenomena ini menunjukkan, nilai
kesyukuran seperti berterima kasih di atas pemberian orang lain, berasa cukup dengan pemberian
tuhan, tidak merungut apabila ditimpa musibah dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan
oleh Tuhan dihayati oleh para responden. Dapatan ini selaras dengan kajian Al-Hooli dan Al-
Shammari (2009) yang juga menunjukkan amalan-amalan harian yang tinggi dihayati. Dapatan kajian
ini juga menyokong kenyataan Abdul Rahman Md. Aroff (1993) yang menjelaskan bahawa seseorang
itu hendaklah menunjukkan sikap kesyukuran di atas pemberian seseorang dengan berterima kasih,
mengenang budi dan menunjukkan penghargaan.
Manakala 14 dimensi nilai murni yang lain menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana
tinggi dimana skor minnya antara 3.01-4.00. Nilai-nilai murni tersebut ialah nilai kebersihan fizikal
dan mental, nilai kasih sayang, nilai kejujuran, nilai hemah tinggi, nilai kerjasama, nilai keadilan, nilai
kebebasan, nilai keberanian, nilai baik hati, nilai rasional, nilai kesederhanaan, nilai kerajinan, nilai
semangat bermasyarakat dan akhir sekali nilai berdikari. Di antara nilai-nilai tersebut, nilai yang
paling rendah penghayatan nilai bagi kategori tahap sederhana tinggi ialah nilai berdikari. Didapati
bagi dimensi nilai berdikari item-item seperti sifat berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang
lain, melakukan sesuatu kerja tanpa disuruh oleh sesiapa, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan
yakin dengan keputusan yang dibuat sendiri kurang dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan
pelajar. Dapatan tinjauan soal selidik hanya menunjukkan min pada tahap sederhana tinggi. Ini
mengambarkan satu fenomena yang merisaukan kerana dalam arus globalisasi dengan penggunaan
teknologi maklumat yang pantas para pelajar haruslah lebih mempunyai nilai dan sifat berdikari. Ini
penting supaya usaha kerajaan dalam menuju wawasan 2020 akan tercapai dengan jayanya. Oleh itu,
berdasarkan dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa penghayatan nilai berdikari adalah nilai
yang paling rendah dihayati berbanding nilai murni yang lain haruslah diberi perhatian oleh semua
pihak samada pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru dan sebagainya.
Berasaskan teori pembelajaran sosial (Bandura, 1977) proses pembentukan sahsiah atau nilai
murni manusia juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial di mana seseorang itu menjalani
kehidupan (Ahmad Munawwar Ismail, 2009; Azhar Ahmad, 2006; Mohd Ismail Mustari et al., 2004).
Berdasarkan ujian korelasi pearson, didapati secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap peranan
faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku mempunyai hubungan yang positif dan
signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar.
Daripada lima faktor sosial yang ditinjau dalam kajian ini, didapati peranan faktor ibu bapa,
persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan
dengan penghayatan nilai murni pelajar. Faktor artis (melalui media massa) pula menunjukkan
hubungan yang negatif dan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Manakala faktor rakan
70
sebaya dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan penghayatan nilai
murni pelajar.
Sebagaimana dijelaskan, dapatan menunjukkan peranan faktor ibu bapa mempunyai hubungan
positif dan signifikan yang kuat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Ini bermakna semakin tinggi
peranan ibu bapa semakin tinggi penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan ini menunjukkan bahawa
peranan ibu bapa adalah penting dalam pembentukan nilai murni. Ini bersesuaian dengan apa yang
dijelaskan oleh Asmawati Suhid (2009) bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan sahsiah dan nilai murni anak-anak kerana ibu bapa merupakan role model yang terdekat
atau paling hampir dengan kanak-kanak. Dapatan kajian ini selari dengan beberapa dapatan kajian
lepas seperti kajian Knafo dan Schwartz (2003), Padilla-Walker (2007), Padilla-Walker dan Carlo
(2007) dan Hardy, Padilla-Walker dan Carlo (2008) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara peranan ibu bapa dengan penghayatan nilai dalam kalangan remaja. Ibu bapa
memainkan peranan yang penting samada untuk menggalakkan atau menghalang proses penghayatan
nilai (Hardy, Padilla-Walker & Carlo, 2008; Grolnick, 2003; Grusec & Kuczynski, 1997) dan
mensosialisasikan beberapa jenis nilai terhadap kanak-kanak (Grusec & Kuczynski, 1997; Hoffman,
2000). Oleh itu, jelas menunjukkan ibu bapa amat memainkan peranan dalam pembentukan watak
anak-anak. Ini bertepatan dengan pernyataan Lickona (1996) menyatakan ibu bapa adalah pendidik
moral yang pertama dan penting terhadap kanak-kanak.
Begitu juga, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persekitaran sekolah mempunyai hubungan
positif dan signifikan yang kuat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan ini bertepatan
dengan kenyataan Rusni Mohd. Nor (2005) yang menjelaskan bahawa faktor keadaan persekitaran
sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku. Dapatan ini juga selari dengan
kajian Khadijah Zon dalam Habsah Ismail (2000) mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang
signifikan antara kebersihan fizikal sekolah dengan akhlak dan peribadi pelajar. Durkheim
menjelaskan bahawa sekolah adalah sebagai tempat sosialisasi dalam masyarakat dimana sekolah
akan membentuk norma-norma, nilai dan tingkah laku pelajar untuk menghadapi masa hadapan
(Jonathan, 1992). Berstein juga berpandangan bahawa sekolah adalah tempat penghantaran dan
pemindahan nilai serta membentuk moral (Jonathan, 1992). Oleh itu, semua warga yang ada di
sekolah hendaklah sentiasa mewujudkan budaya dan persekitaran sekolah yang positif.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persekitaran masyarakat mempunyai hubungan positif
yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Namun hubungan adalah pada tahap yang
sederhana. Walaupun hubungan yang sederhana, persekitaran masyarakat amat penting dalam proses
mensosialisasikan golongan remaja (Rahman, 1994). Ini kerana, masyarakat yang mempunyai nilai-
nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi,
rajin dan sedia berkorban. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan
mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan dengan menjadi individu
yang sentiasa mengejar harta benda (Mohd. Ismail Mustari et al. 2004). Oleh itu, dapatan ini adalah
jelas menunjukkan bahawa persekitaran masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang
diingini. Selain itu, dapatan ini selari dengan kajian Azhar Ahmad (2006) yang mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara persepsi tentang pengaruh faktor persekitaran masyarakat dengan
tahap penghayatan akhlak pelajar.
Sementara itu, peranan faktor artis (melalui media massa) pula menunjukkan hubungan yang
negatif dan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan ini selari dengan dapatan
kajian Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009) yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan
negatif yang signifikan antara bahan-bahan hiburan dengan pegangan nilai akhlak. Begitu juga kajian
Ab. Halim Tamuri dan Zulkifli Mohd Yusoff (2006) mendapati beberapa bahagian dalam media
massa, rancangan televisyen dan majalah hiburan memberi kesan negatif terhadap akhlak. Sebagai
contoh beberapa artis dan selebriti yang muncul dalam televisyen dan majalah memakai pakaian yang
seksi dan menunjukkan tingkah laku dan perangai yang tidak elok.
Selain daripada itu, televisyen, akhbar dan majalah juga merupakan antara media yang
berpengaruh terhadap pembentukan peribadi serta penghayatan nilai-nilai murni seseorang individu.
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat membolehkan maklumat diperolehi dengan banyak
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 71
melalui internet, CD, perisian kursus dan sebagainya. Kesemua bentuk media ini sekiranya tidak
dimanfaatkan dengan baik, boleh menyebabkan penghakisan penghayatan nilai pelajar.
Manakala dari aspek faktor peranan rakan sebaya dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan kajian ini agak berlainan
dengan dapatan kajian-kajian lepas seperti kajian Ahmad Munawwar Ismail (2009) dan Asmak Hj Ali
(2006) yang mendapati bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penghayatan
akhlak dan sumber rujukan bila berhadapan dengan masalah.
Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
peranan rakan sebaya dengan penghayatan nilai murni pelajar, para responden atau pelajar haruslah
juga mengambil kira faktor ini, kerana kebanyakan responden masih berada dalam lingkungan zaman
remaja dan persekolahan dan mempunyai masa yang agak banyak bersama rakan sebaya. Ini akan
sedikit sebanyak turut mempengaruhi penghayatan nilai murni pelajar. Ini jelas sebagaimana
Asmawati Suhid (2009) dan Che Noraini Hashim (2005) menyatakan rakan sebaya merupakan antara
faktor yang banyak menyumbang dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan akhlak
dalam kalangan remaja sekolah menengah.
Dapatan kajian ini menunjukkan dapatan yang tidak signifikan kerana para responden adalah
terdiri pelajar tingkatan empat yang berada pada tahap konvensional berasaskan teori perkembangan
moral Kohlberg (1977). Dimana, pada peringkat ini penekanan adalah pada dorongan kendiri untuk
melakukan apa yang diterima dan diharap oleh masyarakat. Ini bermaksud pada peringkat ini apa
yang dianggap baik ialah menyenangkan atau membantu orang lain dan juga memelihara order sosial,
melaksanakan tugas atau tanggungjawab (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999).
Manakala teori penaakulan moral Piaget (1965) menyatakan bahawa pelajar yang berumur 16
tahun (tingkatan empat) adalah bersifat autonomous moral iaitu sifat yang mengetahui peraturan dan
sentiasa mematuhi peraturan tersebut. Piaget juga menyatakan bahawa pelajar yang berada dalam
tahap ini membuat tindakan berdasarkan kehendak moralnya. Oleh sebab itu, dalam kajian ini dapatan
menunjukkan peranan rakan sebaya tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan
nilai murni pelajar.
Secara keseluruhannya, dapatan dan perbincangan dalam kajian ini hanya terbatas kepada
responden pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah harian sahaja. Adalah dicadangkan agar
persampelan kajian melibatkan pelajar dari jenis sekolah berlainan iaitu dari Sekolah Berasrama
Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.
Dapatan kajian ini nanti akan dapat memperlihatkan persamaan dan perbezaan aspek penghayatan
nilai murni pelajar dan peranan faktor-faktor sosial dari pelbagai jenis sekolah dan ini akan
memperkukuhkan lagi hasil penemuan kajian ini.
Selain itu, kaedah yang diguna untuk memperolehi maklumat dalam kajian ini adalah kaedah
tinjauan soal selidik. Dalam kajian akan datang, cara pengumpulan data yang lain seperti temubual
dan etnografi yang berfokus kepada pemerhatian boleh diamalkan demi mendapatkan data yang lebih
terperinci lagi tentang hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar. Di
samping itu juga, kaedah kajian logitudinal adalah dicadangkan untuk kajian masa hadapan. Kaedah
kajian ini membolehkan penyelidik mengkaji secara lebih mendalam penghayatan nilai murni pelajar.
Dengan demikian, penyelidik mampu memperoleh gambaran sebenar yang lebih menyeluruh
berhubungan penghayatan nilai murni pelajar sekolah terbabit. Walaubagaimanapun, kaedah
berkenaan hanya boleh diaplikasikan dalam institusi sekolah yang kurang kerenah birokrasinya dan
membenarkan penyelidik bertindak sedemikian rupa.
Penutup
Kajian mengenai penghayatan nilai murni pelajar adalah penting untuk menjelaskan status
semasa tahap penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha-usaha membina generasi remaja kini ke
arah pembangunan modal insan yang mantap dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hasil kajian ini
diperlihatkan secara keseluruhannya tahap penghayatan nilai murni adalah sederhana tinggi. Dapatan
72
jelas menunjukkan daripada tujuh belas nilai murni yang dikaji didapati hanya tiga dimensi nilai
murni menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi dan empat belas dimensi nilai murni
menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana tinggi. Ini menggambarkan bahawa sikap mereka
yang mementingkan sebahagian sahaja nilai-nilai murni perlu diberi perhatian. Ini penting supaya
gejala sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Selain itu, pihak-pihak yang terlibat dalam
konteks pembangunan insan samada di peringkat kementerian, jabatan, pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan dan sebagainya perlu memberi perhatian dan usaha yang lebih terutama terhadap nilai-nilai
murni yang berada tahap sederhana tinggi supaya nilai-nilai tersebut ada peningkatan dari segi tahap
penghayatannya.
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor peranan ibu bapa, persekitaran sekolah
dan persekitaran masyarakat mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penghayatan
nilai murni pelajar. Justeru pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat haruslah sedar akan peranan
mereka terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Oleh itu, pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat
perlu lebih prihatin dan merangka serta melaksana pelbagai program supaya tahap penghayatan nilai
murni terus baik dan meningkat.
Bibliografi
Ab. Halim Tamuri. (2007). Islamic Education teachers’ perceptions of the teaching of akhlaq in
Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education, 36 (3), 371-386.
Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan akhlak dalam KBSM : persepsi pelajar
terhadap konsep akhlak. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 1) : Kurikulum bersepadu
Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2009). Hubungan antara pegangan nilai moral dengan media
massa: tinjauan ke atas remaja melayu luar bandar. Sari, 27,199-212.
Ab. Halim Tamuri & Zulkifli Mohd Yusoff. (2006). A study on malaysian secondary school students’
perception on the teaching of akhlaq. Muslim Education Quarterly, 23 (3 & 4), 16-32.
Ab. Rahman Hj. Ismail. (2008). Gejala sosial remaja: Implikasi terhadap keselamatan negara. Jurnal
Yadim, 10, 240-255.
Ab. Rahman Mahmud & Amidin Zin. (2003, 19-20 Ogos). Amalan nilai murni di kalangan pelajar:
satu kajian di Terengganu Darul Iman. Seminar Penyelidkan Pendidikan Guru Peringkat
Kebangsaan. Holiday Inn, Kuching, Sarawak.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan
cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Nasih ’Ulwan. (1984). Tarbiyyah al-awlad fi al-Islam. Al-Qahirah: Dar al-Islam.
Abdul Rahman Md Aroff. (1993). Pengetahuan moral. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Md Aroff. (1999). Pendidikan Moral: teori etika dan amalan moral. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Ahmad Munawwar Ismail. (2009). Pengetahuan akidah dan penghayatan akhlak dalam kalangan
pelajar sekolah menengah. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aiken, L. R. (2000). Psychological testing and assessment. Boston: Alyn & Bacon.
Al-Hooli, A. & Al-Shammari, Z. (2009). Teaching and learning moral values through kindergarten
curriculum. Education, 129 (3), 382-399
Amaludin Ab. Rahman & Khadijah Alavi. (2007). Tren gejala sosial di kalangan remaja: Kajian kes
di pusat pemulihan akhlak Malaysia. Malaysia Journal of Social Policy and Society, 4, 87-
104.
Aminuddin Hassan, Rohaizan Ishak & Vizata M. Sapian. (2009). Falsafah pendidikan sebagai
tunggak penyelesaian masalah sosial. Dlm. Shaffe Mohd Daud, Sharifah Md Nor, Habsah
Ismail & Mohd Hazwan Mohd Puad (Eds.) Pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai
perspektif (hlm. 3-24). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Anuar Ahmad. (2009, 28 Jun). Pendidikan moral pelajar terpinggir. Mingguan Malaysia, hlm. 9.
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 73
Ary, D., Jacobs, L. C., Razavieh, A., & Sorensen, C. (2006). Intorduction to research in education
(7th ed.). Canada: Thomson Wadsworth.
Asmak Hj Ali. (2006). Salah laku sosial remaja masa kini: Cabaran dan penyelesaiannya. Dlm. Abd.
Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Jamaluddin Tubah (Editor), Institusi keluarga
menghadapi cabaran alaf baru (hlm. 89-114). Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan akhlak dan adab Islam: konsep dan amalan. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Asmawati Suhid, Rahil Mahyuddin dan Abdul Rahman Mad Aroff. (2001, 23 – 25 Mei). Persepsi
pelajar institusi pengajian tinggi terhadap Pendidikan Moral. Kertas kerja Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya.
Azhar Ahmad. (2006). Strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Islam dan penghayatan
akhlak pelajar sekolah menengah di Sarawak. Tesis Ph.D. Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2007). Penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah masa
kini. Jurnal Yadim, 9, 16-32
Azma Mahmood. (2006). Pengukuran tahap penghayatan pendidikan Islam pelajar-pelajar sekolah
menengah di Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2012). Data salah laku disiplin murid. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2010). Enrolmen murid tingkatan 4
mengikut jenis sekolah dan negeri. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahaman Abu Samah & Turiman Suandi. (1999). Statistic For Social Research With Computer
Applications. Kuala Lumpur: JJ Print & Copy.
Bakhtiar, L. (1994). Moral healer’s handbook: The psychology of spiritual chivalry. Chicago: The
Institute of Traditional Psychoethics and Guidance.
Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood
Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Bandura, A. (1991). Social cognitive theory of self-regulation. Organizational behavior and human
decision process, 50, 248-287.
Baron, R.A. (1989). Psychology: The essential science. Boston: MA, Allyn and Bacon.
Bloom, Benyamin S. (1979). Taksonomy of Educational Objectives (The Clasification of Educational
Goals) Handbook 1 Cognitive Domain. London: Longman Group Ltd.
Brymen, A., & Cramer, D. (1999). Quantative data analysis with SPSS release 8 for windows: A
guide for social scientis. London: Routledge.
Che Noraini Hashim. (2005). Keruntuhan akhlak dan pembangunan remaja masa kini: Cabaran
Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 4): Pendidikan Islam ke arah
kemanusiaan sejagat (hlm. 19-28). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Cochran, W. G. (1977). Sampling techniques (3rd ed.). New York: John Wiley & Sons.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2009). Didik generasi muda tanggungjawab setiap muslim. Dimuat
turun pada 24 Mei 2009 dari
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20090524214952/Article/in
dex_html.
Fathi Yakan. (1985). Apa ertinya saya menganut Islam. Alias Othman (penterj.). Cetakan 4. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.
Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2006). How to design and evaluate research in education (6th ed.).
New York: Mc. Graw Hill Inc.
74
Grolnick, W.S. (2003). The psychology of parental control: how well-meant parenting backfires.
Mahwah: Lawrence Erlbaum Associates.
Grusec, J. E. & Kuczynski, L. (1997). Parenting and children’s internalisation of values: a
handbook of contemporary theory. New York: John Wiley & Sons.
Habsah Ismail. (2000). Kefahaman guru terhadap konsep pendidikan bersepadu dalam KBSM. Tesis
Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hardy, S. A., Padilla-Walker, L. M. & Carlo, G. (2008) Parenting dimensions and adolescents’
internalization of moral values. Journal of Moral Education, 37 (2), 205-223.
Harery Abu Saad. (2007). Perkaitan penghayatan akhlak, sikap terhadap sains, pencapaian dan
pemilihan kerjaya di kalangan pelajar dalam konteks pembangunan modal insan bersepadu
dalam bidang sains dan teknologi di SMKA. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan Langgulung. (1987). Penghayatan nilai-nilai Islam ditinjau dari proses pembelajaran dalam
konteks pendidikan masa kini. Jurnal Pendidikan Islam, 2 (5), 13-30.
Hassan Langgulung. (1995). Pendidikan Islam dan peralihan paradigma. Shah Alam: Hizbi.
Healey, J. F. (2008). Statistics: A tool for social research (8th ed.). Belmont: Wadsworth.
Hishamudin Hussein Onn. (2005, Jun). Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni di sekolah
peringkat kebangsaan. Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia, Sempena Pelancaran Kempen
Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni di Sekolah, Peringkat Kebangsaan, 21 Jun 2005, di Sek.
Keb. Putrajaya 2, Presint 9, Putrajaya. Dimuat turun pada 30 Jun 2009 dari
http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/pustaka_jbt_pdf/2005/21-06-
05_Kempen_Budi_Bahasa_Di_Sekolah_Prgkt_Kbgsn.pdf
Hoffman, M. L. (2000) Empathy and moral development: Implications for caring and justice. New
York: Cambridge University Press.
Ibn Miskawaih. (1966). Tahdhib al-akhlaq. Beirut: America University of Beirut.
Jamiah Hj. Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah & Hasnan Kassan. (2004, 24-27 Disember).
Prinsip pengukuran religiosity dan personality religiosity daripada perspektif Islam. Kertas
kerja dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Thought, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Jonathan, T. (1992). An educated change in moral values: Some effects of religious and state schools
on their students. Oxford Review of Education, 18 (1), 29-43.
Khadijah Rohani Mohd Yunus. (2008, 24-25 Julai). Pembentukan tingkahlaku pro sosial dan insan
berkualiti. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak dan Moral. Jabatan Asas
Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Knafo, A. & Schwartz, S. H. (2003) Parenting and adolescents’ accuracy in perceiving parental
values, Child Development, 74 (2), 595-611.
Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Masia, B. B. (1964). Taxonomy of educational objectives: The
classification of educational goals. Handbook II: Affective Domain. New York: David
McKay Company, Inc.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30, 608-619.
Kohlberg, L. (1977). The cognitive-development as a basis of moral education. Dlm Rogrs, D. Issues
in adolescent psychology. New Jersey: Prentice Hall, Inc.
Larking, L. (1997). Televisyen, popular culture and the humiliation of the written word. Muslim
Education Quarterly, 15 (1), 38-44.
Lickona, T. (1996). Eleven principles of effective character education. Journal of Moral Education,
25 (1), 93-101.
Lihanna Borhan. (2001, 23 – 25 Mei). Persepsi nilai etika dan idealisme remaja Malaysia. Kertas
Kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya,
Mansor Abd. Kadir. (1997, November). Pembinaan sahsiah, disiplin dan kepimpinan pelajar SMKA.
Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan SMKA: SMKA model
pendidikan alaf baru, Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan 75
Masalah sosial membimbangkan. (2007, 17 April). Utusan Malaysia. Dimuat turun pada 15 Jun 2009,
dari http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHomeBypass.do.
Mohd. Majid Konting. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Mohd. Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Abd. Basit Abd. Samat, Abdul
Rahman Hamzah & Abdul Hafiz Abdullah. (2004). Kajian sahsiah pelajar-pelajar sekolah
menengah agama kerajaan Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Razak Idris. (2005). Pertubuhan dakwah dan fenomena Siti Nurhaliza. Al-Islam, 378, 36-38.
Mohd. Zamani Ismail & Fatimi Hanafi. (2006). Penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (hlm. 24-30).
Skudai: Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi
Malaysia.
Mumtazah Othman & Nurizan Yahaya. (2009). Penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja
sekolah. Malaysian Journal of Social Policy and Society, 6, 1-20.
Nik Azis Nik Pa. (1994). Penghayatan wawasan pembangunan negara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Azis Nik Pa. (2007). Konsepsi tentang Cabaran dan Isu Kritikal dalam Pendidikan Islam. Dalam
Nik Azis Nik Pa, Rahimi Md. Saad & Ahmad Zabidi Abd. Razak (editor). Isu-isu Kritikal
dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Pendekatan Islam
Hadhari (halaman 1 – 33). Putrajaya : Yayasan Islam Hadhari.
Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Shahrin Awaluddin, Khadijah Abdul Razak, Ab. Halim Tamuri,
Mohd Isa Hamzah & Kamarulzaman Abdul Ghani. (2002). Kurikulum Pendidikan Islam
menghadapi cabaran era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 1): Kurikulum
bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi (hlm. 10-31). Bangi:
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Zaharah Nik Yaakob. (2007). Kajian penerapan nilai murni menerusi pengajaran bermodul.
Tesis Ph.D. Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Azizah Mohd. Salleh, Siti Rahayah Ariffin & Musa Daia. (2001). Penerapan nilai murni melalui
pembelajaran kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 27, 47-57
Nunally, J. C. (1978). Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill Publication Company.
Padilla-Walker, L.M. (2007) Characteristics of mother-child interactions related to adolescents’
positive value and behaviors, Journal of Marriage and Family, 69 (3), 675-686.
Padilla-Walker, L.M. & Carlo, G. (2007) Personal values as a mediator between parent and peer
expectations and adolescent behaviours, Journal of Family Psychology, 21 (3), 538-541.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dimuat turun pada 10 Februari 2013 dari
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf.
Piaget, J. (1965). The moral judgement of the child. New York: Free Press.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Buku penerangan kurikulum bersepadu sekolah menengah.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai
merentas kurikulum KBSR / KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rahman, M. (1994). A holistic and institutional analysis of Islamic education. American Journal of
Islamic Social Sciences, 11 (4), 519-531.
Rusni Mohd. Nor. (2005). Perkaitan antara budaya sekolah dengan pencapaian akademik pelajar di
Negeri Sembilan. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri & Kamarulzaman Abdul Ghani.
(2011). Kajian persepsi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan pelajar sekolah menengah
di Selangor. Global Journal Al Thaqafah, 1 (1), 71-77.
Seifert, K. L. & Hoffnung, R. J. (1996). Child and adolescent development (4th ed.). Boston: MA,
Allyn and Bacon.
Sidek Baba. (2006). Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Shah Alam : Karya
Bestari Sdn. Bhd.
76
Sufean Hussin (1989). Pengajaran nilai dalam kurikulum. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia: Pendekatan
bersepadu. Bangi: As-Syabab Media.
Walker, L. J. & Taylor, H. (1991). Family interactions and the development of moral reasoning.
Child Development, 62 (2), 264-283.
Yaakob Daud, Yahya Don & Abdull Sukor Shaari. (2004). Amalan budaya sekolah: satu
perbandingan. Laporan penyelidikan Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Universiti Utara
Malaysia.
Yahya Buntat & Rozita Sanapi. (2003). Tahap penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-
pelajar sarjana muda teknologi serta pendidikan semasa menjalankan kerja amali bengkel.
Jurnal Teknologi, 39 (E), 63-76.
Young, M.E. (1995). A classroom application of Grusec and Goodnow’s discipline model of
internalization of values. Education, 115 (3), 405-406.
Zaidatun Tasir & Mohd. Salleh Abu. (2003). Analisis data berkomputer: SPSS 11.5 for windows.
Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md Aroff, Rahil Hj. Mahyuddin, Mohd. Ibrahim Nazri, Muhamad
Hassan Abd. Rahman & Abd. Rahman Hj. Raffiee. (1994). Pendidikan Akhlak di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama. Laporan penyelidikan Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian
Malaysia.
Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rahil Hj. Mahyuddin. (1996).
Penerapan nilai murni merentas kurikulum: Satu Tinjauan. Laporan Penyelidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian
Malaysia.
Biodata
Mohamad Khairi Hj. Othman, Pensyarah, Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, UUM
College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, MALAYSIA.
Prof. Madya Dr. Asmawati Suhid, Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: [email protected]
Dr. Abdullah Mat Rashid, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: [email protected]
Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, MALAYSIA.
E-mail: [email protected]
Top Related