ZAKAT GAJI: SUATU KAJIAN TERHADAP ISU AL-HAWAIJ AL ...
Transcript of ZAKAT GAJI: SUATU KAJIAN TERHADAP ISU AL-HAWAIJ AL ...
421
ZAKAT GAJI: SUATU KAJIAN TERHADAP ISU AL-HAWAIJ AL-
ASLIYYAH DALAM PELAKSANAAN DI INSTITUSI ZAKAT DI
MALAYSIA
Muhammad Pisol Bin Mat Isa1,
Ahmad Husni,
Zulqarnain Abu Bakar.
ABSTRACT
Salary is a big portion of zakat collection in Malaysia today, it contributes almost 70 percent
of total collection of zakat institutions yearly, the issue of zakat on salary has been discussed
by scholars since the those days of sahabah and tabi’in until today. Among the issues are
hawl, nisab and al-hawa’ij al-asliyyah. For the case of al-hawa’ij al-asliyyah the practice of
zakat institution in Malaysia is to directly convert the exempted amount of personal, spouse
and children, which is performed by Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), the practice has
raised a question among scholars, they argue whether the exempted amounts are exactly
representing the costs of al-hawa’ij al-asliyyah which are required by shariah. This paper
aims to explore the perception of shariah on al-hawa’ij al-asliyyah with the specific items
which has been discussed in classical fiqh and investigate the suitable items which is
currently customized in daily life. The study applied a library research methodology by
gathering the data from classical fiqh which investigated the opinions of scholars across of
four major mazahib, the analysis of the data was done through document analysis and only
the selected opinion was considered. The study found that the Hanafi Jurists among those
scholars who strongly propagate the inclusion of Hawa’ij al- Asliyyah in zakat calculation,
the idea is about to serve the meaning of being wealthy and rich where the group has first to
fulfil their basic need before paying the zakat, the study also found that the suitable amount
to be exempted for al-hawa’ij al-asliyyah should be referred to the standard used in CPI
(Consumer Price Index) for the current application in Malaysia, the amount should be
flexible in order cater the unexpected need such as hospitality, education and others.
Keywords; Zakat, Zakat Gaji, Mal Mustafad, Al-Hawa’ij Al-Asliyyah, Institusi Zakat Di
Malaysia
1. PENDAHULUAN
Zakat Gaji dibincang dalam al-mal al-mustafad atau zakat pendapatan, di mana harta ini
merangkumi pendapatan lain upahan, ganjaran pendapatan ahli professional lain seperti
pendapatan doktor, peguam, konsultan dan pendapatan pindahan lain (Tamirin M. , 1997).
Perbincangan zakat pendapatan ini sebagaimana yang diputuskan dalam Nadwah al-Zakat
kali pertama di Kuwait pada 1414 hijrah adalah merujuk kepada al-mal al-mustafad. Para
fuqaha kontemporari berbeza pandangan mengenai zakat ini sebahagian mereka berpendapat
ia adalah wajib dan tidak perlu menunggu kepada hawl (al Qaradawi, 1981) (Salus, 1986)
(Zarqa, 1987) (Syubayr, 1995). Adapun sebahagian lain mewajibkan zakat pendapatan
dengan syarat ada hawl (Sa'di, 2002), di mana kewujudan syarat ini, kewajipan zakat adalah
merujuk kepada zakat simpanan bagi pendapatan setahun. Pelaksanaan pengiraan zakat
1 Management and Humanities, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak,
Tel: 05-3687746 (Off), Fax: 05-3656280 E-Mail: [email protected]
422
pendapatan di kebanyakan institusi zakat di Malaysia adalah mengambil kira pandangan
pertama iaitu zakat pendapatan dikira berdasarkan kepada tanpa hawl, pendapatan ini telah
dicampurkan setahun dan ditolak sebahagiannya sebagai hawaij al-asliyyah (keperluan asas),
kebanyakan institusi zakat di Malaysia telah menggunakan kadar expenses yang diguna pakai
oleh Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) sebagai sandaran kepada jumlah tolakan dalam
pengiraanya, kadar tersebut adalah seperti keperluan peribadi RM 9000, isteri RM 3000 dan
setiap orang anak RM 1000 (Negeri, 2013). Adapun kadar nisabnya adalah berdasarkan
kepada harga emas pada timbangan berat 85 gram. Pelaksanaan ini adalah antara yang terkini
dan sistematik. Negara Islam yang lain seperti Kuwait, Jordan dan Saudi tidak melaksanakan
pungutan zakat pendapatan, fokus kutipan mereka adalah kepada zakat perniagaan,
Perlaksanaan Sudan adalah menyerupai Malaysia, di mana enekman zakat telah diluluskan
dan dijelaskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib ia dikira tanpa hawl apabila melepasi
nisab selepas mengambil kira keperluan hawaij al-asliyyah (Enakmen Zakat Sudan, 1990)
(Juzaily, 2012). Dengan pelaksanaan ini, Institusi-institusi zakat di Malaysia telah berjaya
menggandakan kutipan zakat dari tahun ke setahun. Bahkan ia menyumbang hamper 80%
daripada jumlah kutipan zakat secara keseluruhannya (Jani, 2012). Sungguhpun begitu masih
terdapat ruang-ruang yang perlu kepada perbincangan dan penelitian pada sudut syarak dan
pelaksanaan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengulas isu-isu yang berkaitan dengan
pelaksanaan zakat pendapatan di Institusi zakat antaranya mengenai kadar sandaran antara
emas dan perak, hawaij al-asliyyah, dan hawl.
2. KAJIAN LEPAS
Kajian utama dan lengkap dalam zakat pendapatan dilakukan oleh Yusof al-Qaradawi dalam
kajian PhD nya. Dapatan daripada kajian beliau ialah nisab zakat pendapatan adalah
berdasarkan kepada nilai nisab zakat emas dan tidak mengikut pusingan hawl (al Qaradawi,
1981). Kajian lain adalah dilakukan oleh Muhammad Ghazali di mana beliau berpendapat
bahawa nisab zakat pendapatan disandarkan kepada kadar nisab zakat pertanian, dimana
tempoh pengeluarannya pada tarikh tuaiannya (perolehannya) sebagaimana zakat pertanian
(Ghazali, 1987). Terdapat juga kajian lain yang dikemukakan dalam bentuk kertas kerja
seminar seperti oleh Muhammad Abu Zuhrah dan Abdul Wahhab Khallaf, kajian mereka
adalah dianggap kajian yang paling awal, ia dibentangkan sekitar tahun 1952 di Damsyik,
mereka berpendapat bahawa zakat pendapatan adalah perlu kepada Nisab dan Hawl
(Muhammad Abu Zahrah, 1972).
Di Malaysia perbincangan awal telah dilakukan oleh Abdul Rashid Haji Dail, kajiannya turut
merujuk kepada Kajian al-Qaradawi, bahkan Abdul Rashid telah menambah beberapa fakta
penting dalam perbincangannya secara khususnya mengenai isu Hawl yang menjadi pokok
kepada perbezaan pandangan fuqaha tentang pensyariatannya. Beliau menjelaskan bahawa
Hawl mempunyai dua maksud iaitu sebagai satu jangka masa dan kedua satu syarat yang
dikenakan ke atas nisab, Abdul Rashid turut menyarankan dalam mengenai penolokan
Hawaij al-Asliyyah dalam zakat pendapatan ini, beliau menyokong pandangan Ibn ‘ata’ dan
Ibn ‘arabiy yang menggariskan tanggungan utama,sebenar dan biasa perlu diambilkira dalam
pengiraan zakat pendapatan (Dail, 1984).
Kajian utama mengenai zakat pendapatan di Malaysia telah dilakukan oleh Mujaini Tamirin
dalam penyelidikan PhDnya (Tarimin, 1995), selain itu beliau secara konsisten menulis
artikal untuk mengharmonikan perlaksanaannya di institusi zakat di Malaysia, beliau
menyokong pendapat al-Qaradawi mengenai penggunaan emas sebagai sandaran nisab,
manakala mengenai hawl pula beliau cenderung kepada pandangan tiada dikenakan hawl
pada pengiraan, bahkan beliau berpendapat bahawa hawl adalah mekanisme bagi menyatukan
423
pendapatan sejenis untuk ditaksirkan bersama walau kuantiti nisab tidak bersambungan
(Tamirin, 1997).
2.1 Kewajipan Zakat Gaji
Para fuqaha berbeza pandangan mengenai kewajipan zakat pendapatan profesional (kasb
alamal wa al-mihan al-hurrah), perbezaan pandangan ini adalah disebabkan oleh beberapa
factor utama, iaitu tiada nas yang jelas mengenainya, pendapatan perfesional sungguhpun
wujud namun tidak mencapai kepada jumlah nisab zakat dan khilaf pandangan sahabah (r.a)
mengenai hawl dalam al-mal al-mustafad (Musa'id). Adapun isu pokok yang menjadi titik
perbezaan antara fuqaha dalam zakat pendapatan adalah adakah pengiraan zakat pendapatan
mengambil kira syarat hawl atau tidak. Pengiraan yang menggunakan hawl pada hakikatnya
adalah merujuk kepada zakat simpanan, kerana syarat hawl ialah keadaan simpanan mesti
mencukupi nisab pada tarikh bermulanya pengiraan hawl. Oleh itu pandangan yang
mewajibkan penggunaan hawl dalam pengiraan zakat pendapatan sebenarnya mereka tidak
bercakap mengenai zakat pendapatan sebaliknya adalah bercakap dalam zakat simpanan
wang.
Oleh itu pokok kepada perbincangan zakat pendapatan ialah apabila mereka mengambil
kesimpulan bahawa zakat mal al-mustafad dikira berdasarkan kepada tarikh penerimaannya.
Para fuqaha yang bersetuju dengan zakat pendapatan dan tidak mengguna hawl dalam
pengiraan adalah berhujjah dengan nas-nas berikut;
Bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman keluarlah (zakat) daripada hasil-hasil yang baik yang
diusahakan oleh kamu dan apa yang telah kamu keluarkan daripada bumi.”
Imam al-Razi berpandangan bahawa zahir ayat di atas menjelaskan mengenai kewajipan
zakat kepada semua harta yang diusahakan oleh manusia, termasuk juga zakat perniagaan,
emas, perak, dan ternakan kerana ia adalah terhasil dengan usaha manusia (Imam al Razi,
1994). Hujah lain ialah berdasarkan kepada hadis Nabi (s.a.w);
Bermaksud:
Sabda Nabi Muhammad (s.a.w) …ajarlah mereka bahawa Sesungguhnya Allah mewajibkan
ke atas mereka sodaqah (zakat) pada harta mereka, diambil daripada golongan kaya dan
diberikan kepada golongan fakir di kalangan mereka (Al-Bukhari, 1989) .
Hadis ini adalah bersifat arahan umum kepada semua orang kaya tentang kewajipan
membayar zakat. Al-‘Uthaymin mendefinisikan orang kaya ialah mereka yang memiliki
nisab, walaupun pada pandangan manusia biasa beliau bukanlah seorang yang kaya
(Muhammad, 2011). Imam al-Baji dalam syarahnya menyebut bahawa berdasarkan hadis
di atas kewajipan zakat adalah ke atas semua harta, kemudian Rasul (s.a.w.) telah
mengkhususkan kepada harta zakat dalam hadis-hadis yang lain (al Baji Abi Walid
Sulayman, t.t).
424
Bagi harta mal al-mustafad, para fuqaha yang mewajibkan zakat pendapatan tanpa
mengambil kira syarat hawl adalah merujuk kepada pandangan dan amalan sahabat di
antaranya ialah;
Bermaksud:
Daripada Ibn Abbas, berkenaan dengan lelaki yang mendapat harta, jawabnya; hendaklah
mengeluarkan zakat pada ketika ia memperolehnya (Abu Bakar Abdullah, 1409h).
Ibn Qudamah menjelaskan bahawa Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, Awza’I, Makhul dan lain-lain
berpandangan bahawa zakat bagi al-mal al-Mustafad adalah wajib dikeluarkan pada ketika
memperoleh pendapatan tersebut. Sungguhpun begitu pandangan jumhur fuqaha pula, harta
al-mal al-mustafad dizakatkan selepas mencukupi hawl (Ibn Qudamah, 1994).
2.2 Pandangan Fuqaha Menganai al-Hawa’ij al-Asliyyah
Al-Hawa’ij al-asliyyah atau al-hawa’ij al-asasiyyah ialah keperluan asas bagi seseorang
dalam kehidupan seharian mereka, definisi para fuqaha mengenainya adalah seperti mana
yang disampaikan oleh al-Shatibi menjelaskan bahawa ia sesuatu yang diperlukan kepadanya
untuk kelapangan dan mengelak daripada kesempitan hidup, di mana pada kebiasaannya ia
akan membawa kepada kesukaran, sebahagian contoh-contohnya ialah makanan, minuman,
pakaian dan tempat tinggal (al Shatibi, 1997) (Ghazali I. a., 2008) (Sharbani, 1997) (al
Zayla'i, 1990) (Ibn Qudamah, 1994). Ibn qudamah menyebut hawa’ij ialah apa yang
diperlukan oleh dirinya dan tanggunggannya dalam aspek pakaian, tempat tinggal, pembantu
rumah, membayar hutang (Ibn Qudamah, 1994), al-Mawsili menjelaskan kedudukan orang
kaya yang perlu membayar zakat, ialah apabila mereka memiliki harta yang mencukupi nisab
dan melebihi keperluan al-hawa’ij al-Asliyyah dan ia bukan daripada harta-harta zakat seperti
pakaian, perabot rumah, bangunan dan binatangan tunggangan (himar) (al Mawsili, 1998).
Al-kasani menyebut dengan istilah yang iaitu al-Hajat al- Daruriyyah iaitu keperluan yang
boleh mengelakkan daripada berlaku kesukaran yang besar. al-Hajat al-Daruriyyah boleh
ditafsirkan dalam istilah eckonomi semasa sebagai basic need atau keperluan asas.
Fuqaha Hanafi membincangkan al-hawa’ij al-Asliyyah sebagai syarat pengiraan zakat, Ibn
Abidin dan ibn Nujaym menjelaskan bahawa al-hawa’ij al-Asliyyah ialah sesuatu yang boleh
membawa kepada kesukaran (jika ketiadaannya), ia seperti wang perbelanjaan, rumah dan
alat-alat peperangan (Ibn 'Abidin, 1992) (Ibn Nujaym, 1997). Begitu juga dengan al-Kasani,
beliau memberi gambaran kedudukan orang kaya, ialah orang yang diberi dengan nikmat
yang banyak dan harta yang melebihi al-hawa’ij al-Asliyyah di mana mereka menikmati
kehidupan yang mewah, beliau turut menjelaskan bahawa maksud nikmat tersebut ialah
merujuk kepada (keperluan) badan, di mana al-hawa’ij al-Asliyyah meralisasikan keperluan
asas (al-daruriyyah) dan mengelak daripada berlaku kesukaran yang besar (al Kasani, 1998).
Ibn ‘abidin pula telah memperincikan lagi dengan menyebut bahawa perkara yang diperlukan
(al-muhtaj alayha) seperti pakaian di badan untuk menutupi panas dan sejuk, peralatan
perabot dan rumah, selain itu juga keperluan bagi sesuatu kepakaran seperti buku-buku yang
diperlukan untuk belajar dan menghafaz dan juga alat pertukangan bagi seorang tukang,
barangan ini dihalang daripada dikenakan zakat padanya. Namun jika ia melebihi keperluan,
425
maka ia tidak lagi dimasukkan dalam al-hawa’ij al-Asliyyah (Ibn 'Abidin, 1992). Ibn Nujaym
menjelaskan lagi bahawa sekiranya seseorang memiliki sejumlah harta dan ia berhasrat untuk
berbelanja untuk perkara al-hawa’ij al-Asliyyah maka tiada zakat ke atas harta tersebut
walaupun telah mencukupi hawlnya (Ibn Nujaym, 1997).
Pandangan-pandangan ini adalah dipelopori oleh fuqaha hanafi, kecuali seorang fiqaha
hanbali iaitu al-hamd yang turut menyertai fuqaha Hanafi lain dalam persoalan ini, beliau
berpendapat bahawa zakat hendaklah dikeluarkan apabila ia melebihi keperluan dirinya,
keluarga dan mereka di bawah tanggungannya, beliau turut menjelaskan bahawa al-hawa’ij
al-Asliyyah adalah keperluan asas seperti rumah, pakaian dan kenderaan yang diperlu oleh
orang Islam, ia bukan keperluan sampingan (far’iyyah), maka zakat tidak diwajibkan
daripada harta-harta ini (al Hamd, t.t).
Sungguhpun begitu para fuqaha lain seperi khatib al-Sharbini dan Ibn Qudamah turut
menjelas secara tidak langsung mengenai keperluan asas oleh seseorang tidak diambil kira
dalam pengiraan zakat. Al-Sharbini menyebut bahawa tidak wajib zakat pada lembu dan
harta yang dimiliki untuk membajak tanah, kerana ia bukan untuk al-nama’, begitu juga
dengan pakaian seperti baju dan keperluan dalam rumah (Sahrbini, 1997). Ibn Qudamah
menyebut bahawa zakat tidak dikenakan pada barang yang disediakan untuk kegunaan kerana
ia bukan untuk al-nama’ (Ibn Qudamah, 1994).
Uthman Shubayr adalah antara fuqaha kontemporari yang membincangkan syarat Alhawa’ij
al-Asliyyah dalam kewajipan zakat dan mengaitkannya dengan maqasid al-shariah, di mana
al-hajat adalah sebagai memberi kemudahan dan mengelak daripada kesempitan, ia terletak di
anatara keperluan al-daruriyyat dan al-tahsiniyyat (Shubayr, 1984). Abdul Malik al-Sa’di
menegaskan bahawa setiap harta mempunyai kewajipannya, ia diusahakan dengan tujuan
untuk menyelesaikan keperluan pemiliknya. Beliau turut membahagikan keperluan itu kepada
hajat mustaqbaliyyah dan hajat hallah, contoh hamustaqbaliyyah ialah wang yang dikumpul
untuk menyediakan keperluan seperti membayar mahar, membina rumah, membeli kereta,
perkakas rumah dan lain-lain, adapun hallah keperluan untuk membayar keperluan semasa
seperti rumah, kereta, mahar dan lain-lain (Sa'di A. M., 2002).
Para fuqaha yang memasukkan syarat al-hawa’ij al-Asliyyah dalam pengiraan zakat berhujjah
dengan dalil-dalil seperti berikut;
1. Hadis Nabi
Bermaksud:
Tiada zakat kecuali ke atas orang yang kaya, tangan yang di atas adalah lebih baik daripada
tangan di bawah, mulakan dengan orang dalam tanganggungan kamu (Ibn Hanbal, 1999) .
Al-kasani berpendapat bahawa maksud kekayaan seseorang apabila diambil kira al-hawa’ij
al-Asliyyah dalam kehidupannya. Hal ini akan menyempurna makna kekayaan dan
kenikmatan harta, ia juga akan memberi kelegaan kepada pembayar, ujarnya lagi, ketiadaan
al-hawa’ij al-Asliyyah akan menyebabkan seseorang tidak kaya dan tidak dapat menikmati
kekayaan yang diperolehnya (al Kasani, 1998). Para fuqaha meletakkan makna kekayaan
426
sebagai syarat utama dalam kawijipan zakat, untuk mencapai makna kekayaan seseorang
mesti menyelesaikan keperluan asas untuk diri dan keluarganya dahulu,
Bermaksud:
Daripada Abi Hurayrah daripada Nabi (s.a.w) tidak wajib zakat ke atas orang Mukmin pada
hambanya dan pada kuda peliharaannya (Imam Muslim). (dalam riwayat Imam Ahmad ليس
(Ibn Hanbal, 1999) ( على ال م ؤمن
Uthman Syubayr antara fuqaha moden yang menggunakan dalil ini sebagai sandaran hukum
kepada al-hawa’ij al-asliyyah telah menjelaskan bahawa hamba dan kuda peliharaan adalah
keperluan asas utama bagi seseorang yang memiliki dan tidak dikenakan zakat (Shubayr,
1984), adapun Imam al-Nawawi berhujjah bahawa harta yang diguna untuk perkhidmatan
dan kemahiran seseorang adalah tidak dikenakan zakat, kecuali dijadikan barang perniagaan
maka ia menjadi wajib zakat (Imam al Nawawi, 2002).
2. Hadis Nabi (s.a.w)
Bermaksud:
“Tunaikanlah zakat harta kamu dengan kemudahan dan kesenangan diri kamu” (Ali, 1993)
Al-Kasani menjelaskan hadis di atas menunjukkan bahawa zakat tidak diwajibkan sekiranya
keperluan pemberi zakat tidak dapat ditunaikan, bahkan ia tidak mencapai pengertian kaya.
Melepasi al-hawa’ij al-Asliyyah adalah penting untuk kesempurnaan makna kaya dan
menikmati kekayaan seterusnya dapat melaksanakan kewajipan zakat dengan penuh rasa
kesenangan (al Kasani, 1998).
3. Kenyataan Uthman al-Affan (r.a)
Dalil yang lain adalah berdasarkan kepada kenyataan Uthman bin affan mengenai
penecualian daripada hutang;
Bermaksud:
Diriwayatkan daripada Uthman (al-Affan) bahawa beliau telah berkhutbah pada bulan
Ramadan, beliau menyebut dalam khutbahnya; ingatlah bahawa bulan pengeluaran zakat
telahpun tiba, sesiapa yang mempunyai harta dan tertanggung dengan hutang hendaklah ia
mengira (hutang) ke atas hartanya, kemudian membayar zakat lebihan daripada hartanya itu.
Al-Kasani menjelaskan bahawa kenyataan Uthman ini dilakukan di hadapan para sahabat
yang lain dan tidak mendapat bangkangan daripada mereka, di mana zakat tidak dikenakan
pada hutang, al-Kasani menafsirkan juga bahawa hutang merupakan sebahagian daripada
427
keperluan asas (al Kasani, 1998). Para fuqaha hanafi secara khususnya telah membincangkan
hutang sebagai sebahagian daripada al-hawa’ij al-Asliyyah, yang terpikul di atas bahu
pembayar zakat, mereka perlu mengambil kira jumlah hutang yang ada, kerana kewajipan
melangsaikan hutang adalah tertanggung di atas bahunya. Fuqaha hanafi juga menjadikan isu
al-hawa’ij al-Asliyyah meliputi keperluan asas yang lain seperi rumah, perabot, kenderaan,
senjata, pakaian, keperluan untuk pekerjaan mereka seperti kitab bagi ulama dan lain-lain.
Ibn Nujaym menganggap kewujudan keperluan-keperluan ini dalam harta zakat ia seperti
ketiadaan harta untuk membayar zakat, seperti mana wujud air tetapi hanya untuk minum,
maka dibenarkan untuk bertayammum (Ibn Nujaym, 1997).
Bermaksud:
“Sekiranya seseorang memiliki Dirham yang diperlukan untuk dibelanja bagi keperluan-
keperluan asas, maka (harta tersebut) telah tiada, sebagaimana air yang diperlukan untuk
menghilangkan dahaga, maka ia seperti tiada dan harus melakukan tayammum” (Ibn Nujaym,
1997).
Analisa Bagi Cadangan Perlaksanaan al-Hawa’ij al-‘Asliyyah dalam Kontek Semasa
Berdasarkan kepada definisi yang diberi oleh fuqaha hanafi, al-hawa’ij al-Asliyyah ialah
sesuatu keperluan yang sangat penting oleh seseorang dalam kehidupan seharian, di mana
keperluan ini bertujuan untuk mengelak daripada berlaku al-halak iaitu kesukaran yang besar
kepada seseorang (Ibn Nujaym, 1997). Para fuqaha hanafi turut menjelaskan contoh-contoh
yang boleh dijadikan asas kepada perbincangan al-hawa’ij al-Asliyyah dalam kontek semasa.
Di antara contoh-contoh al-hawa’ij al-Asliyyah yang disebut oleh fuqaha Hanafi seperti Ibn
Malik dan al-Mawsuli ialah perbelanjaan, tempat tinggal, peralatan perang, baju yang
diperlukan pada musim panas dan sejuk, peralatan kerja, perabot-perabot rumah, kenderaan-
kenderanaan, buku-buku ilmu bagi ahlinya (al Hamd, t.t) (Ibn Nujaym, 1997) (Ibn 'Abidin,
1992).
Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberi oleh para fuqaha di atas, dapat dikategorikan
item-item al-hawa’ij al-Asliyyah dalam bidang-bidang kehidupan adalah seperti berikut;
Para fuqaha Hanafi dalam tafsiran mengenai perkara-perkara yang dimasukkan dalam
kategori al-hawa’ij al-asliyyah adalah merujuk kepada pandangan Ibn Malik dalam dalam
sharh al-Majma’ (Ibn Nujaym, 1997) (Ibn 'Abidin, 1992) (al Mawsuli, 2005), di mana beliau
membahagikan kepada dua unsur penting iaitu;
1. Sesuatu yang boleh mengelak daripada berlaku kesukaran dan kemudaratan, ianya
seperti, perbelanjaan harian, rumah kediaman, peralatan peperangan, pakaian di musim
sejuk dan panas, peralatan pertukangan dan pekerjaan, perabot keperluan rumah,
kenderaan, buku-buku ilmiah bagi ahli ilmu.
2. Hutang, orang yang berhutang perlu menyelesaikan tanggungan hutangnya dengan harta
yang mencapai jumlah nisab. Jika berlebihan maka zakat adalah diwajibkan ke atas nya.
Bagi fuqaha kontemporari seperti Utman Shubayr, beliau mencadangkan kategori keperluan
al-hawa’ij al-asliyyah dalam kajiannya adalah seperti berikut:
428
1. Keperluan asas yang di perlukan seseorang bagi mengekal kesinambungan hidup dirinya
isteri, anak-anak dan keluarga, ia termasuk; makan, minum, tempat tinggal, pakaian,
perabot rumah dan kenderaan. Perkara ini berdasarkan kepada hadis Nabi (s.a.w).
Bermaksud:
“Cukuplah seorang itu menjadi berdosa apabila ia cuai (memberi nafkah) kepada orang
yang dibawah tanggungannya (Abu Dawud, 1994).
2. Membayar hutang, pada pandangan jumhur fuqaha Hanafi, Maliki dan Hanbali bahawa
zakat tidak diwajibkan pada harta yang masih mempunyai hutang (al Zayla'i, 1990)
(Hafiz, 1993) (Ibn Qudamah, 1994).
3. Peralatan profesional dan kelengkapan industri yang digunakan dalam pekerjaan. Para
fuqaha berpendapat bahawa peralatan yang digunakan untuk pekerjaan dan bukan niat
untuk jualan adalah dikeluarkan daripada pengiraan zakat. sungguhpun begitu fuqaha
Hanafi meletakkan syarat bahawa peralatan tersebut hendaklah ainnya bersifat kekal, jika
ain barang tersebut tidak kekal maka ia mesti dizakatkan kerana zakat diambil pada
ainnya (zakat perniagaan) dan bukan pada kerjanya (al Shawkani, 1995).
4. Buku-buku bagi ahli ilmu, tanpa mengira had maksimum, kerana buku merupakan
peratalatan profesional bagi ahli ilmu, adapun buku umum adalah tidak termasuk dalam
hawaij al-asliyyah (Shubayr, 1984). Penulis berpendapat segala peralatan pendidikan
moden seperti komputer, software dan lain-lain termasukd dalam hawaij al-asliyyah.
5. Hiasan yang dipakai oleh seseorang, jumhur fuqaha berpendapat bahawa hiasan pada
manusia tidak dikenakan zakat kecuali fuqaha Hanafi berpendapat sebaliknya.
6. Harta yang disimpan dalam bentuk makanan dan pakaian untuk kegunaan hawaij al-
asliyyah. Adapun harta yang disimpan dalam bentuk wang, jumhur fuqaha mewajibkan
zakat kepadanya, adapun sebahagian dari fuqaha Hanafi seperti Ibn Malik
mengecualikan daripada zakat (Ibn Nujaym, 1997).
Berdasarkan kepada pandangan fuqaha Hanafi dan sebahagian fukaha kontemporari, penulis
berpandangan bahawa secara asasnya fuqaha telah bersetuju bahawa leperluan hawaij al-
asliyyah ialah meliputi keperluan utama, di mana ketiadaannya boleh membawa kesukaran
yang besar dalam hidup seseorang. Keperluan ini tidak hanya terhad kepada cadangan
mereka sahaja bahkan ia mesti menurut keperluan semasa yang diperlukan oleh umat Islam.
Keperluan ini akan berbeza berdasarkan kepada faktor zaman, negara, lokasi dan lain-lain.
Sungguhpun begitu sempadan keutamaannya ialah dalam perkara yang jika ketiadaannya ia
boleh membawa kesukaran.
Perlaksanaan dalam Diwan al-Zakah, Sudan, pengiraan al-Hawa’ij al-‘Asliyyah adalah
ditentukan dari masa ke semasa oleh jawatan kuasa shariah Diwan al-Zakah, ia berdasarkan
kepada perkembangan ekonomi semasa, perkara ini termaksud dalam undang-undang zakat
Sudan (Enakmen Zakat Sudan, 1990) (Juzaily, 2012).
Sebagai memenuhi perbincangan semasa dan dalam kontek kajian di Malaysia, penulis
merujuk kepada item-item Consumer Price index (CPI) sebagai sumber ukuran. CPI ialah
Indeks Harga Pengguna yang mengukur purata harga barang-barang keperluan kegunaan
utama dan perkhidmatan bagi penduduk sesebuah negara. Item-item yang disebut adalah
terkini dan boleh menjadi sumber kepada keperluan hawaij al-asliyyah. Sungguh begitu ia
429
perlu kepada saringan bagi membezakan antara keperluan asas dan keperluan bukan asas
menurut pandangan fiqh. Di antara item-item yang terdapat dalam list CPI dan boleh
dikategorikan sebagai keperluan asas, di mana ketiadaannya boleh membawa kepada
kesukaran dan kemudaratan ialah;
Item-item dan Peratusan Indeks Harga Pengguna bagi tahun 2011/2012
Penulis mendapati bahawa item-item ini tidak jauh berbeza dengan sebahagian yang telah
dicadangkan oleh fuqaha silam. Oleh itu item-item yang dianggap sesuai bagi keperluan
alhawaij al-asliyyah dalam pengiraan zakat pendapatan di Malaysia adalah seperti berikut:
Sumber: diubah daripada Jabatan Statistik Malaysia, 7 oktober 2013 (bagi item no. 9,10,11
dan 12 ia mungkin boleh digabungkan)
430
Namun demikian jumlah bagi setiap item di atas perlu dinilai mengikut kewajaran yang
menepati keperluan asas yang sebenar. Selain itu juga perkiraan harus juga Kos tanggungan
lain seperti isteri dan anak-anak,Kos-kos lain yang mungkin berlaku Perubatan, pendidikan
dan lain-lain. Sungguhpun begitu jika terdapat hutang yang melibatkan keperluan asas seperti
hurang bil hospital, yuran pendidikan, yang dimasukkan dalam hawaij al-asliyyah maka ia
mesti dikira pada jumlahnya yang sebenar.
3. CONTOH PENGIRAAN DAN CADANGAN
3.1 Cadangan Dr Abdullah Muhammad al-Rubaiah, Kuliah Shariah Jamiah
Yarmouk.
Beliau mencadangkan supaya kadar Hawaij al-Asliyyah diambil satu perdua daripada jumlah
pendapatan, beliau mengambil contoh pendapatan pekerja-pekerja di Universiti Yarmouk
sebagai contoh pengiraanya. Seorang tenaga pengajar bergaji 2106 sebulan dengan jumlah
Nisab sebanyak 85 gram emas= 1700 Dinar.
2106x12 = 25272 (setahun hijrah)
25272/2 =12636 (baki selepas ditolak Hawaij al-Asliyyah)
315.9 (jumlah zakat dikeluarkan)
Aplikasi dalam Kontek Malaysia
Pensyarah bergaji sebulan RM 2400 dengan jumlah Nisab 85 gram emas= 13000
dan kadar Hawaij al-Asliyyah adalah satu perdua daripada jumlah pendapatan.
2400x12 = 28800
28800/2 = 14400
360 (jumlah zakat dikeluarkan)
3.2 Pengiraan Diwan al-Zakat Sudan.
Nisab bagi tahun 1415 adalah 484500 (Pound Sudan), manakala al-Hawaij al-
Asliyyah ialah 325500 (Pound Sudan),
484500 (nisab)+ 325500 = 810000 (jumlah ini dibahagikan kepada 12 bulan)
810000/12 = 67500 (sebulan)
Jika sekiranya jumlah pendapatan melebihi sebanyak 810000 setahun atau 67500
(sebulan) maka zakat hendaklah dikenakan sebanyak 2.5% berdasarkan kepada
harga emas.
Aplikasi dalam Kontek Malaysia
13000+9000=22000
22000/12 = 1833 (sebulan)
1833x0.025 = 45.8 (jumlah zakat sebulan)
Jika jumlah pendapatan sebulan melebihi 22000 setahun atau 1833 sebulan maka zakat
hendaklah dikenakan sebanyak 2.5% berdasarkan kepada harga emas.
Cadangan kajian bagi pengiraan baru Gaji pendapatan di Malaysia Berdasarkan kepada
kesimpulan di bawah, kajian ini masih menganggap emas sebagai kadar Nisab adalah masih
relevan kerana perubahan nilai adalah sentiasa berlaku termasuk juga di zaman sahabat,
begitu juga dengan syarta hawl adalah berdasarkan pandangan Ibn Abbas iaitu tanpa Hawl,
manakala jumlah Hawa’ij al- Asliyyah hendaklah menerima pakai kadar CPI yang menjadi
kadar rasmi kepenggunaan dalam negara ini, namun begitu beberapa keperluan lain yang
431
mendesak sepatutnya diambil kira secara terus menerus, seperti kos perubatan, pendidikan
dan lain-lain yang mungkin berlaku pertambahan dari masa ke semasa, contoh pengiraan
adalah seperti berikut:
13000+ 18250 = 31250 (setahun)
31250/12= 2604 (sebulan)
2604x0.025 = 65.1 (Jumlah zakat sebulan)
4. KESIMPULAN
Kewajipan zakat pendapatan yang dipersetujui oleh sebahagian fuqaha konyemporari adalah
berasaskan kepada pandangan sahabah khususnya Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, di mana zakat
pendapatan diwajibkan tanpa hawl, kewajipan ini adalah sangat memberi impak yang besar
kepada orang miskin di Malaysia, Kajian mendapati fuqaha dari Mazhab hanafi memasukkan
dalam pengiraan zakat dan secara khususnya zakat gaji, ia bertujuan untuk melengkapkan
makna kekayaan yang sebenar bagi pengeluar zakat, di mana hartanya perlu membiayai
segala keperluan asas bagi diri dan keluarganya, kajian juga mendapati bahawa jumlah yang
sesuai adalah berdasarkan kepada jumlah CPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara,
ia dilihat sebagai jumlah yang paling munasabah, ia juga perlu bersifat anjal khususnya bagi
memenuhi keperluan yang berlaku diluar jangka seperti perbelanjaan hospital, pendidkan dan
lain-lain.
RUJUKAN
Abu Bakar Abdullah, M. (1409h). al Musannid Ibn Abi Shaybah. Riyad: Maktabah al Rushd.
Abu Dawud, S. (1994). Bab fi sillat al rahim, sunan Abi Dawud. Beirut: Dar al Fikr.
al Baji Abi Walid Sulayman, H. a. (t.t). al Muntaqa fi Sharh al Muwatta' Imam Malik. Beirut:
Dar al Ihya''Arabi.
al Bukhari, I. A. (1989). Kitab Wujub al Zakat. Beirut: Dar Ibn Kathir.
al Hamd, H. (t.t). Syarh Zad al Mustaqna'.
al Kasani, a. I. (1998). Bada'i al San'i fi Tartib al Shara'i, Tahqiq oleh Muhammad 'Adnan al
Darwish.
Beirut: Dar al Ihya' al Turasi al 'Arabi.
al Mawsili, A. (1998). al Ikhtiyar li Ta'lil al Mukhtar. Damsyik: Dar al Khayr.
al Mawsuli, A. (2005). al Iktiyar li ta'lil al Mukhtar. Beirut: Dar al Kutub al 'Ilmiyyah.
al Qaradawi, Y. (1981). Fiqh al Zakat. Beirut: Muassasah al Risalah.
al Shatibi, I. (1997). al Muwafaqat. Dar Ibn 'Affan.
al Shawkani, M. (1995). Fath al Qadr. Beirut: Dar al Kutub al Ilmiyyah.
432
al Zayla'i, F. a. (1990). Tabyin al Haqa'iq Sharh Kanz al Daqa'iq. Kaherah: Dar al Kitab al
Islam.
Ali, H. a. (1993). Kanz al Ummal fi Sunan al 'Aqwal wa 'Af'al. Beirut: Dar al Fikr.
Dail, A. R. (1984). Zakat Gaji dan Pendapatan Bebas; Ditinjau dari sudut Siyasah al
Shar'iyyah. Seminar
Siyasah al Syar'iyyah (pp. 6-14). Jbatan Perdana Menteri.
Enakmen Zakat Sudan (Januari 1990).
Ghazali, I. a. (2008). al Mustasfa fi 'ulum al 'usul. Madinah: Sharikah al Madinah al
Munawwarah.
Ghazali, M. a. (1987). al Islam wa al 'Awda' al Iqtisadiyyah. Kaherah: Dar al Shahwah li al
Nashr.
Hafiz, I. R. (1993). Sharh Bidayah al Mujtahid wa Nihayat al Muqtasid. Kaherah: Dar al
Salam.
Ibn 'Abidin, M. (1992). Radd al Muhtar 'ala al Durr al mukhtar. Beirut: Dal al fikr.
Ibn Hanbal, I. A. (1999). Musnad Imam Ahmad, no. 6858. Beirut: Dar al Fikr.
Ibn Nujaym, Z. a. (1997). al Bahr al Ra'iq fi al kanz al Daqaiq. Dar al Kutub al 'Ilmiyyah.
Ibn Qudamah, '. A. (1994). al Mughni, Tahqiq oleh 'Abd Allah Abd al Muhsin dan 'Abd al
Fattah
Muhammad al Hilwi. Beirut: Dar al Fikr.
Imam al Nawawi, M. a. (2002). Kitab al Zakah. Beirut: Dar al Fikr.
Imam al Razi, M. F. (1994). al Tafsit al Kabir Mafatih al Ghaib. Beirut: Dar al Fikr.
Imam Muslim, A. a. Kitab al Zakat.
Jani, R. M. (2012, November 10).
Juzaily, a. S. (2012). Zakat al Mal al Mustafad Bayna al Fiqh wa al Tatbiq. Khartoum:
Ma'had al 'Ali li
'Ulum al Zakah.
Malaysia, J. S. (2013, Oktober 7). Jabatan Statistik Malaysia. Retrieved Oktober 7, 2013,
from Jabatan Statistik Malaysia: www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com
Muhammad Abu Zahrah, A. W. (1972). Muhadarat 'an al Zakah. Damsyik: Jami'ah al Duwal
al 'Arabiyyah
433
Muhammad, S. U. (2011). al Sharh al Mukhtasar 'ala Bulugh al Maram. Beirut: Maktabah al
Risalah.
Musa'id, B. H. Zakat al Rawatib wa al Ajur wa Iradat al Mihan al Hurrah. Majalah al Malik
Su'ud.
Negeri, L. H. (2013, April 26). LHDN. Retrieved April 26, 2013, from www.lhdn.gov.my
Sa'di, A. a. (2002). Masa'il fi Fiqh al Zakat wa Mustajiddatiha al Mu'asirah . Mu'tah: Jami'ah
Mu'tah.
Sa'di, A. M. (2002). Fiqh al Zakah was Mustajiddatuha al Mu'asirah. Jordan: Jamilah Mu'tah.
Sahrbini, a. K. (1997). al Mughni al Muhtaj. Beirut: Dar al Ma'rifah.
Salus, A. (1986). Zakat al Mustaghallat. Jeddah: Majalah Majma' al Fiqh al Islami.
Sharbani, a. K. (1997). al Mughni al Muhtaj. Beirut: Dal al Ma'rifah.
Shubayr, M. U. (1984). al Zakah wa Ri'ayat al Hajat al Asasiyyah al Khassah. Majallah al
Shari'ah wa al-Dirasat al Islamiyyah.
Syubayr, M. U. (1995). zakat al Usul al Thabitah al ithtithmariyyah. Beirut: Majalah Abhath
wa A'mal al-Nadwah al Khamisah li Qadaya al Zakat al Mu'asirah.
Tamirin, M. (1997). Kontroversi Zakat Pendapatan dan Penyelesaian Menurut Perspektif
Islam. Seminar Penerusan Zakat Profesional (p. 2). Air Keroh, Melaka: Pusat Zakat
Melaka.
Tarimin, M. (1995). Sistem Zakat al Mal al Mustafad dalam Syariah Islam: Kajian Kes
Pelaksanaannya di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Zarqa, M. (1987). Baht Jawanib min al Zakat Tahtaj ila Nazr Fiqh Jadid. Jeddah: Majalah
Abhath al-Iqrisad al Islami.