Ulasan Bukul Book Revie fileJurnal Ekonomi Malaysia 17 ... Ulasan Bukul Book Review Industrial...
Transcript of Ulasan Bukul Book Revie fileJurnal Ekonomi Malaysia 17 ... Ulasan Bukul Book Review Industrial...
Jurnal Ekonomi Malaysia 17 (1988) 107 - 108
Ulasan Bukul Book Review
Industrial Policies for Pacific Economic Growth disunting oleh Hiromichi Mutoh, Sueo Sekiguchi, Kotaro Suzumura & Ippei Yamazawa. Sydney: Allen & Unwin, 1986. 370 hIm.
Buku ini merupakan sekumpulan kertaskerja yang disampaikan dalam seminar "Industrial Policies for Pacific Economic Growth" di Tokyo pada bulan Ogos 1985. Seminar ini bertujuan untuk melihat perhubungan antara teori dan dasar perindustrian seperti yang diamalkan oleh negara-negara di wilayah Pasifik.
Ada beberapa perkara yang cuba disampaikan oleh buku ini. Pertama, ia cuba mendokumentasikan dasar-dasar perindustrian yang diamalkan oleh negara-negara dalam berbagai peringkat pembangunan. Negara-negara ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: negara-negara maju (Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada), negara-negara sedang membangun (Taiwan, China dan ASEAN), dan kes khas (Jepun). Kedua, buku ini ingin memperlihatkan sarna ada boleh dibuat rumusan umum dan menjawab. soalanso alan seperti : Bolehkah sejarah dasar perindustrian di Jepun menjadi contoh untuk diikuti oleh negara-negara lain? Adakah satu dasar yang universal yang perlu diikuti oleh semua? Apakah dasar perindustrian yang baik? Sejauh manakah peranan kerajaan? Ketiga, buku ini membincangkan juga tentang kemungkinan dasar perindustrian di wilayah Pasifik pada masa hadapan.
R. G. Gregory, dalam Bab 1, telah memberi sorotan dan ulasan yang menarik dan berjaya menghubungkan berbagai pendapat mengenai perhubungan an tara teori dan dasar perindustrian yang diamalkan oleh negara-negara Pasifik. Bab 15 (terakhir) pula memberi rumusan dan perbincangan-perbincangan bagi setiap kertaskerj a (Bab 2 - -14). Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk membaca keseluruhan buku ini, membaca Bab 1 dan 15 sahaja sudah memadai untuk mendapat gambaran ten tang kandungan keseluruhannya.
Perbincangan mengenai teori dan dasar pad a keseluruhannya bersekitar pada pandangan neoklasikal dan dasar perindustrian didefinisikan sebagai dasar "dengan tujuan untuk mengubah peruntukan sumber antara industri-industri" (Bab 2 oleh Okuno dan Suzumara). Tetapi didapati pad a umumnya bahawa am at terbatas sekali kaitan antara teori dan amalan. Misalnya, banyak negara menghaknegarakan industri-industri tertentu (seperti besi dan keluli,
108 Jumal Ekonomi Malaysia 17
Bab 11). Keadaan ini memaparkan masalah yang serius tentang bagaimana mengatasinya.
Kertas kerja oleh Ariff dan Hill (Bab 5) mencadangkan bahawa penglibatan kerajaan itu tidak dapat dipersalahkan tetapi yang penting ialah bentuk campurtangan kerajaan itu sendiri. Kata Ariff dan Hill bahawa campurtangan kerajaan hendaklah sebagai penggalak pasaran (market-facilitating) dan tidak sebagai penghalang pasaran (market-inhibiting). Tetapi apa yang dimaksudkan sebagai penggalak pasaran itu tidak berapa jelas. Satu pandangan lagi (oleh Kojima) ialah perlunya dasar perindustrian di negara-negara membangun bukan kerana kegagalan pasaran tetapi kerana tidak cukup pasaran.
Tentang persoalan mengenai boleh atau tidaknya diadakan satu teori dasar perindustrian yang universal, nampaknya penulis-penulis dalam buku ini lebih cenderung untuk mengatakan tidak mungkin. Satu sebab utama yang ditekankan ialah kerana lain peringkat pembangunan memerlukan teori yang berlainan. Misalnya bermula dengan dasar penggantian import dan kemudian beralih kepada pengembangan eksport. Kesukaran juga timbul kerana teori dikemukakan oleh ahli-ahli ekonomi tetapi perlaksanaannya ditentukan oleh ahli-ahli politik. Mungkin apa yang menarik juga dalam buku ini ialah pendapat bahawa dasar perindustrian tidak semestinya penting untuk pembangunan ekonomi. Hal ini ditekan oleh Uekusa dan Ide (Bab 8) mengikut pengalaman Jepun, iaitu satu pandangan yang berbeza daripada pandangan umum, terutamanya oleh penulispenulis Barat.
Buku ini telah berjaya menimbulkan beberapa isu penting tentang dasar perindustrian dan kaitannya dengan teori. Tetapi pada keseluruhannya, ia lebih banyak menonjolkan masalah daripada penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. Namun ia tetap berfaedah bagi mereka yang ingin mengenali masalah pembentukan dasar dan mereka yang mahu meneroka lebih mendalam lagi ten tang peranan teori dalam pembangunan.
H. Osman Rani Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43.600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia.