Ulangkaji Penulisan – Bahagian A

download Ulangkaji Penulisan – Bahagian A

of 32

Transcript of Ulangkaji Penulisan – Bahagian A

Ulangkaji Penulisan Bahagian A

4 Mars

PENGENALAN KERTAS 2 (012) PENULISAN MENGANDUNGI 3 BAHAGIAN : BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C

KOSA KATA KATA IMBUHAN / PENGGANDAAN / (PEMAJMUKAN) IDEA AYAT TANDA BACA/EJAAN PENGOLAHAN

PENGENALANTerbahagi kepada tiga bahagian

BAHAGIAN A Memindahkan maklumat / Mentafsir bahan grafik

BAHAGIAN C Membuat ulasan

BAHAGIAN B Menulis karangan

UPSR (BAHASA MELAYU) FORMAT BAHARU MULAI 2005PEMARKAHAN KERTAS 2 ( PENULISAN ) Bahagian A Bahagian B Bahagian C : 10 markah : 30 markah : 20 markah

MARKAH PENUH : 60 MARKAH

Mentafsir Bahan Grafik (Memindahkan maklumat dalam gambar)

10 markah Tiada had bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada 5 ayat sahaja. Ayat berdasarkan bahan grafik yang diberikan

APA ITU BAHAN GRAFIK ? Gambar - Tunggal @ Bersiri Carta Contoh : Gambar Graf Tunggal Jadual Peta Pelan

BAHAGIAN A (10 MARKAH) Baca dan fahami kehendak soalan atau arahan soalan. Calon mesti membaca soalan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan. Kebiasaannya Soalan Bahagian A adalah seperti berikut : Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah. Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah. Tulis lima ayat lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

1.Terdapat dua kata kunci bagi setiap soalan di atas. Pertama ialah lima ayat . Ini bermakna, calon mestilah menulis hanya lima ayat dan tidak lebih. 2. Kata kunci yang kedua ialah tentang , situasi , dan aktiviti-aktiviti . Jawapan calon adalah berdasarkan kehendak kunci soalan. 3. Jika soalan bertajuk atau arahan khusus, pastikan ayat dibina menjurus kepada tajuk gambar atau arahan khusus yang diberikan. 4. Calon mestilah membina ayat yang gramatis (struktur ayat yang betul) dan lengkap (kosa kata yang meluas). Pastikan ayat yang dibina mengandungi subjek, predikat dan keterangan untuk mendapatkan markah cemerlang. Pastikan hanya lima ayat sahaja yang dibina dan dinasihatkan menulis nombor bagi setiap ayat.

LANGKAH UTAMAAktiviti 1. Bulatkan aktiviti atau perbuatan yang dilakukan di dalam gambar. Biasanya mempunyai lebih daripada 5 isi dalam satu-satu gambar yang diberi. 2. Beri nama pada watak ( ada orang ). Hidupan lain seperti haiwan tidak diterima walaupun mempunyai kata kerja. Contoh: - Burung itu bertenggek di atas dahan pokok. 3. 4. 5. Keterangan Siapa? Buat apa? Mengapa? ( sebab, tujuan,tempat ). Ayat yang dibina dinasihatkan menulis nombor bagi setiap ayat. Gambar yang mempunyai tajuk perlu mengikut tajuk yang diberi.

Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.

ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar / situasi di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerja atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi.

-

Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

iii.

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gotong-royong tersebut. - Maknanya calon mesti menulis ayat berhubungkait dengan segala aktiviti/perkara yang ada kaitan dengan gotong-royong yang terdapat dalam gambar tersebut.

-

Ayat yang ditulis berfokus kepada aktiviti ataupun situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.

iv- Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina seimbang.

Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama.

Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua.

5. Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.

APA YANG PERLU DITULIS

INGAT 1. SIAPA/KATA KERJA 2. APA 3. MANA/TUJUAN/OBJEK/ PERKARA. TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT MAJMUK. AYAT YANG DIBINA PERLU MENGANDUNGI KATA HUBUNG/ KATA SENDI/KATA BANTU YANG SESUAI. dan, lalu, manakala, sambil, supaya, dengan, hingga..

CARA MENULIS AYAT

SIAPA - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR. - Aminah, Seorang budak lelaki, Ali.. KATA KERJA AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN. - Menyapu, mengecat, mengikis

SIAPA

KATA KERJA

APA

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA

APA OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR. - penyapu, berus cat, pisau, . MANA TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR. - di kawasan sekolah, di Taman Sains . TUJUAN SEBAB DAN UNTUK APA. - untuk menceriakan kawasan sekolah, .. OBJEK BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG. - sebatang penyapu, sebatang berus cat, PERKARA PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN. - dengan riang gembira, membersihkan kawasan

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.

SIAPA

KATA KERJA

APA

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA

SIAPAAhmad

KATA KERJAberjalan

APAMengguna-kan tongkat dulang perubatan

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARAdi wad hospital.

Ahmad sedang berjalan menggunakan tongkat di wad hospital tersebut. Seorang jururawat memegang untuk membantu doktor yang bertugas.

Seorang jururawat sedang memegang dulang perubatan untuk membantu doktor yang bertugas. Azhar dan Redzal berbual-bual gembira menghilangkan rasa bosan.

Azhar dan Redzal berbual-bual dengan gembira bagi menghilangkan rasa bosan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar. Cuba senaraikan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di atas. Bina ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti yang diperolehi.

I-ISI1. Membeli ikan2. Menjual ikan 3. Membungkus ikan 4. Menyusun ikan 5. Membayar harga ikan 6. Membeli daging 7. Menjual daging 8. Memotong daging 9. Menimbang daging 10. Memilih ikan/daging 11. Tawar-menawar

PENTING

1. Encik Maniam dan rakannya, Encik Wong menjual ikan di pasar tani untuk menambahkan pendapatan. 2. Puan Noni dan suaminya pergi ke pasar tani untuk membeli beberapa jenis ikan kesukaan mereka. 3. Encik Wong memasukkan ikan-ikan yang telah dipilih oleh Puan Nora ke dalam beg plastik. 4. Pak Abu memastikan pisau miliknya cukup tajam untuk memotong daging yang diminta oleh pelanggan tetapnya. 5. Pembantu Pak Abu sedang menimbang hirisan daging dengan alat

2006 TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

2007GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN PERSIAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG PERSIAPAN TERSEBUT.

2009

KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON KETIKA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Calon tidak menggunakan maklumat yang diberi dengan baik. Calon tidak mengenal pasti aktiviti yang terdapat dalam gambar. Ayat yang dibina tidak ada subjek atau orang. Tidak menggunakan kosa kata yang meluas semasa menulis ayat. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan banyak kesalahan struktur ayat. Calon tidak mengenal pasti objek yang terdapat dalam gambar dengan tepat. Banyak kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat yang dibina. Ayat yang dibina tidak dapat dibaca dan ada yang tidak menepati soalan. Ayat yang dibina pendek dan tidak gramatis. Ayat yang dibina tidak mengikut arahan khusus atau tidak mengikut tajuk gambar.

REHAT

Nilai murni Kerjasama Tolong-menolong Sayang-menyayangi Baik hati