TMK Asgmt Sept 13

30
aBSTRAK Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selaridengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” t a n p a mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yangsewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuanm e n g k a j i persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong danpenghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk kajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalanTMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru- gurumempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalammembantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalanpenggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepadapenggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajarandigital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yangmasih pada peringkat “Entry” dan “Adoptation”. Kajian mendapati faktor sokongan daripihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMKdalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama a m a l a n penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli. Kekangan Merealisasikan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM Kekangan yang dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya

Transcript of TMK Asgmt Sept 13

aBSTRAK

Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selaridengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep Pendidikan Untuk Semua tanpamengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yangsewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuanmengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong danpenghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentukkajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalanTMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-gurumempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalammembantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalanpenggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepadapenggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihakKementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajarandigital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yangmasih pada peringkat Entry dan Adoptation. Kajian mendapati faktor sokongan daripihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMKdalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalanpenggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli.

Kekangan Merealisasikan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM

Kekangan yang dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya

Pengenalan

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi sesuatu yang penting dan semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan dan kini mula digunakan dalam bidang pendidikan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam bidang pendidikan kini semakin dititik beratkan oleh kerajaan. Dipercayai dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pendidikan.

Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) memberi manfaat serta impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat pelbagi masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini.

Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu alat utama dalam era maklumat. Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital. Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Pada masa kini, istilah teknologi maklumat telah diperluaskan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai TMK.

Menurut Senn(1998) teknologi maklumat mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini memberi peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Ketiga-tiga komponen ini tidak boleh terpisah. Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika kita tidak pandai menggunakannya.

Kepentingan Teknologi Maklumat

Kepentingan penggunaan elemen Teknologi Maklumat (IT) dalam kehidupan harian tidak boleh dinafikan. Kemajuan teknologi dalam dunia pendidikan masa kini telah memaksa golongan pendidik melengkapkan diri dengan semua kemahiran literasi komputer. Antara kepentingan literasi komputer kepada masyarakat adalah:

Memberi pengetahuan mengenai perkara-perkara yang menjadi asas kepada pendidikan komputer bagi membolehkan mereka mempertingkatkan diri dalam bidang tersebut.

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran Bahasa

Pengintegasian teknologi maklumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta penggunaan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan e-kamus untuk mencari maksud perkataan.

Contohnya penggunaan e-kamus untuk mencari

Kekangan Yang Dihadapi Guru

ICT merupakan sesuatu yang baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu, untuk merialisasikan penggunaan ICT dalam pembelajaran, terdapat masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru. Permasalahan yang timbul dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran bahasa antaranya ialah:

Tahap kemahiran guru

Penerimaan guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Kekangan dalam menghabiskan sukatan pelajaran

Kemudahan teknologi tidak mencukupi

Sistem selenggaraan yang kurang cekap

Tahap kemahiran guru

Dalam pendidikan hari ini, penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan ICT ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan baik. Para pelajar dapat mencari maklumat dan bahan-bahan pembelajaran dengan mudah dan cepat dengan menggunakan alat teknologi seperti komputer, internet dan sebgainya.

Untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaraan bahasa, seseorang guru harus mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik. Walau bagimanapun, masih kurang guru yang benar-benar mahir dalam bidang tersebut. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana penginterasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Guru-guru yang tidak mahir juga akan hilang keyakinan untuk melaksanakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas atau di makmal komputer.

Penerimaan guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Perubahan sistem pendidikan masa kini memerlukan guru-guru membuat perubahan dalam kaedah pengajaran mereka. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Walau bagimanapun, terdapat segelintir guru bahasa yang masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Terutamanya bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan, mereka lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran yang lebih bertumpukan kepada penggunaan buku teks serta papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunakan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan di dalam bilik darjah.

Terdapat juga guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat, ini menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat dirasakan menjadi satu bebanan kepada mereka sewaktu seisi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak. 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Terdapat juga guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk mengguasai bidang ICT.

Kekangan masa dalam menghabiskan sukatan pelajaran

Kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru dalam menghabiskan silibus menghalang guru-guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud kerana guru-guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelengara peralatan serta kadang kala menghadapi masalah dalam melayari internet.

Kemudahan teknologi tidak mencukupi

Bagi merialisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kemudahan seperti makmal komputer dan peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat harus mencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangan komputer serta tidak terdapatnya kemudahan internet. Keadaan ini menyebabkan sukar bagi guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

Sistem Selenggaraan yang Kurang Cekap

Sistem penyelenggaran bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah juga menjadi punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.

Cara-cara Mengatasi Kekangan

Semua pihak harus memainkan peranan bagi mengatasi masalah-masalah pengintergrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

Peranan Kerajaan

Kerajaan berperanan dalam memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan ICT untuk mempercepatkan penerimaan mereka dalam penggunaan teknologi maklumt. Kerajaan juga harus memastikan setiap sekolah , mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar. Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru di sekolah dan juga yang bakal menjadi tenaga pengajar di sekolah.

Peranan Sekolah

Strategi untuk memantapkan penggunaan ICT dalam pengajara

Strategi untuk memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terletak dibahu guru, tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Dalam membentuk budaya ICT pemimpin harus memberi sokongan dari segi kewangan dan juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons yang positif kepada perubahan. Polisi Secara bertulis harus disediakan oleh pihak pentadbir bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.

Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan yang mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian spesifikasi tentang pemilihan, pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan yang diperlukan.

Selain itu juga, pihak pentadbir harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Penggunaan makmal komputer haruslah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pentadbir agar tidak berlaku masalah dalam kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau suapaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan.

Untuk memberi keyakinan serta mempertingkatkan kemahiran guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pihak pentadbir harus memberi perhatian dalam perkembangan dan pembangunan staf. Perkembangan staf yang melibatkan ICT dan inovasi haruslah berfokus kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid.

Peranan Guru

Teori pembelajaran konstruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaaan ilmu oleh individu. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru bagi membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet.

Guru juga berperanan memantau penggunaan aplikasi ICT dalam pembelajaran oleh murid-murid bagi mengelakkan pemesongan tumpuan murid dalam mencari maklumat yang berkenaan. Guru harus mengambil peluang melalui kecangihan ICT yang membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi.

Peranan Pelajar

Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan atau tugasan yang diberi. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Pelbagai projek disediakan yang memerlukan pelajar mengakses maklumat daripada World Wide Web. Penggunaan e-mail memberi peluang kepada pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah lain berkomunikasi untuk berkongsi maklumat.

Peranan Masyarakat

Untuk memantapkan pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran bahasa, sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerjaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber pendidikan Negeri dapat menjadi tempat untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT. Perkongsian ilmu antara sekolah dan pihak swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah.

Penutup

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang penting yang perlu dipraktikkan oleh guru-guru. Usaha ke arah pengintergrasian ini memerlukan sokongan daripada pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Pada masa kini guru-guru tidak dapat mengelak daripada penggunaan ICT sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam pengurusan data-data murid di sekolah. Oleh itu, guru-guru harus berusaha mempertingkatkan kemahiran diri dalam bidang ICT sejajar dengan perubahan pendidikan masa kini

ICT Digunakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Penggunaan ICT dalam P&P dilihat dalam konteks aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks

pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Dalam konteks pengajaran matapelajaran Bahasa Melayu guru dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT iaitu dengan mengaplikasikan sistem ICT untuk membuat perancangan dan penyediaan BBM menggunakan perisian program Microsoft Word membuat perkataan dan ayat-ayat tunggal mahupun petikan, Microsoft Power Point guru dapat menghasilkan persembahan grafik yang menarik dan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Perkakasan berupa cakera padat (CD), VCD, MP3, projektor LCD, kamera digital disamping kemudahan internet memudahkan guru mencari maklumat yang berkaitan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Penggunaan pem

Penggunaan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya dalam Teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan pemBelajaran bahasa kedua (B2), beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pembelajaran (learning) dengan pemerolehan (acquisition). Pembelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar secara sedar atau secara formal, seperti pemelajaran nahu, manakala pemerolehan ialah proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran atau suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Krashen berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak boleh berlaku serentak. McLaughlin (1985) pula berpendapat bahawa dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas antara pembelajaran dengan pemerolehan. Pelajar yang sedang mempelajari bahasa secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.

Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi muda dari sudut peristilahan Sains dan Teknologi berbanding dengan Bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris.

Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara yang berupaya membenarkan murid menggunakannya dalam apa jua cara contohnya dalam pengajaran membunyikan huruf vokal, murid dapat mendengar sebutan vokal dengan lebih jelas dan dapat di ulang-ulang audio tersebut secara tidak langsung dapat membantu kefahaman serta kejelesan intonasi sebutan murid apabila menyebut huruf vokal. Melalui ICT, beberapa perubahan dan pendekatan proses P&P berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini murid menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

Melalui penggunaan internet dalam pembelajaran Bahasa Melayu murid boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang pratikal, ini kerana kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang mungkin tidak dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan kata lain, sekiranya sesuatu persekitaran itu, sama ada di bilik darjah atau di luar dilik darjah, kaya dengan input bahasa sama ada dari sudut pendengaran dan pembacaan mahupun percakapan dan penulisan, maka pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar tersebut. Kita mendapati bahawa pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini demikian kerana kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Suatu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan pemerolehan ini ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai penapis atau penyunting dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh murid. Konsep "affective filter" yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt (1980), yang digunakan dalam hipotesis monitor ini menyatakan bahawa faktor afektif seperti sikap, motivasi, dan personaliti banyak mempengaruhi pemprosesan input bahasa dalam diri. Dengan kata lain, setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme monitor yang dipengaruhi oleh perasaan, sikap, dan persepsinya sendiri. Murid yang runsing tidak mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa yang didengarnya atau dipelajarinya itu mudah difahami. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan percakapan atau penulisan yang baik sekiranya ia mempunyai persepsi bahawa bahasanya lemah, menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang lain, dan apa-apa jua perasaan negatif yang ada pada dirinya. Monitor inilah yang menentukan kemampuan seseorang itu untuk memahami input yang didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap atau menulis sesuatu perkataan atau menghasilkan karangan. Dalam hal ini, Krashen dan Terrel (1983) menyarankan supaya guru bahasa memastikan suasana atau persekitaran pembelajaran bahasa itu kondusif, memberangsangkan, dan tidak menekan jiwa atau perasaan pelajar.

Dalam mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu guru juga boleh merancang pengajaran mereka dengan menerapkan proses pengajaran melalui mel elektronik. Pengguna berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja. Walaupun teknologi terkini menawarkan perkhidmatan video dan suara, komunikasi secara teks didapati digunakan dengan lebih meluas. Guru dan murid dapat berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing dengan menggunakan perisian tertentu, seperti Eudora, Nescape Communicator, dan Microsoft Explorer. Perisian komunikasi ini dapat menyimpan,menghantar, dan mencetak mel elektronik. Penerima mel pula dapat membaca dan membalas mel elektronik ini. Komunikasi melalui mel elektronik dapat berlangsung dalam bentuk formal atau tidak formal.

Mel elektronik membolehkan komunikasi dilakukan dengan cepat dan mudah. Guru dapat menggunakan mel elektronik untuk berunding dengan pelajar yang berada di tempat yang jauh. Walau bagaimanapun, komunikasi melalui mel elektronik ini dianggap tidak sempurna kerana tiada intonasi, ekspresi wajah, dan gerak laku yang turut merupakan unsur penting dalam komunikasi.

Selain itu juga guru Bahasa Melayu boleh menggunakan papan buletin untuk memaparkan maklumat terkini dan bahan pembelajaran. Guru dapat menggunakan papan buletin ini untuk memaklumkan maklumat kursus, seperti latihan, tarikh persidangan, tempat pertemuan, dan bahan berkaitan kepada pelajar.

Tidak ketinggalan juga pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan melalui persidangan dengan cara forum elektronik yang lebih interaktif serta melibatkan lebih banyak pengguna. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna membaca dan menulis mesej, serta berbincang secara spontan tentang sesuatu isu. Para guru bahasa Melayu dapat menggunakan sidang ini untuk membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian. Elemen yang penting teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim, 2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan kefahaman murid terhadap pengajaran tatabahasa secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Guru juga dapat membina minta murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu dengan adanya pembaharuan menghasilkan bahan bantu mengajar (bbm) menggunakan aplikasi ICT iaitu kemahiran powerpoint. Penggunaan BBM powerpoint membolehkan murid membaca petikan yang dipaparkan dengan gaya persembahan powerpoin yang bebeza-beza iaitu menekankan huruf serta perkataan yang terdapat pada petikan disertakan dengan gambar yang berkaitan dengan tajuk pengajaran. BBM ini secara amnya dapat meningkatkan motivasi murid membuat latihan tatabahasa yang dihasilkan dalam powerpoint. Guru juga dapat membantu murid dengan adanya latihan yang disediakan.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada diperlukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyususn organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.

Pendidikan merupakan bidang yang sentiasa mengalami perubahan mengikut kesesuaian dengan perkembangan yang berlaku pada persekitarannya. Perubahan tersebut banyak memberi kesan dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek kurikulum. Justeru itu, para pendidik seharusnya bergerak seiringan dengan tuntutan perubahan yang berlaku dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Subjek Bahasa Malaysia merupakan subjek yang penting kerana Bahasa Malaysia juga adalah bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di Malaysia. Di peringkat sekolah rendah, Bahasa Malaysia juga merupakan subjek teras yang merangkumi pemahaman dan penulisan.

Pembelajaran dengan menggunakan komputer adalah lebih proaktif dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada murid. Pelajar akan lebih aktif dalam kelas dengan melihat visual yang dipamerkan pada skrin. Sebagai contoh, pelajar diberikan tugasan untuk membina ayat berdasarkan visual yang dipaparkan. Pelajar lebih berminat dan lebih aktif memberi idea dan pendapat dengan melihat visual dan grafik yang bergerak berbanding dengan gambar yang statik.

Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dalam bidang pembelajaran Bahasa Malaysia khasnya untuk pelajar yang menghadapi UPSR akan dapat memantapkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran. Keadaaan ini sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberikan kemudahan infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti makmal komputer dan pusat akses sekolah yang mempunyai kemudahan Schoolnet.

Cadangan teknik pengajaran yang akan dilaksanakan dalam sistem pembelajaran adalah seperti pelajar menonton gambar animasi dan multimedia dan pelajar cuba membina karangan dari visual yang dipaparkan. Teknik pengajaran ini akan lebih menggunakan pendekatan didik hibur. Didik hibur ini bermaksud mendidik sambil berhibur, keadaan ini adalah untuk menarik pelajar lebih fokus kepada pengajaran bahasa yang dilaksanakan.

1. simonnangauppgjun2011.blogspot.com/2012/...dalam-pengajaran-dan.html - Cached

KAEDAH KOPERATIF,,TUTORIAL,,PENEROKAAN,,APLIKASI,,KOMUNIKASI,,LATIH TUBI,,PERMAINAN,,SIMULASI

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.

b. saling berinteraksi secara bersemuka,

Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

d. kemahiran koperatif

e. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji samaada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Tutorial

Didalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, kaedah tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Kaedah tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.

Kaedah tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah ia dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Penerokaan

Kaedah penerokaan ialah kaedah yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet.

Keadah penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjuk cara dibawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem.

Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara.Kaedah penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

Aplikasi

Kaedah aplikasi dalam pembelajaran yang beteraskan TMK digunakan sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain.

Kaedah aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi. Contohnya dalam memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data.

Kaedah aplikasi memberi kebaikan kepada pelajar dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam pekerjaan kelak.

Komunikasi

Kaedah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video Conference dan laman web.

Keadah komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Seperti kaedah yang lain, kaedah komunikasi juga mempunyai kebaikan tersendiri. Antara kebaikan dalam kaedah komunikasi ialah memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.

Latihtubi (Drill and Practice) Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan pengukuhan