The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

25
1 The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in Brunei Darussalam Prof Madya Dr Kamsiah Abdullah Abstract: Malay is the official language of Brunei Darussalam enshrined under the national concept of Malay Islamic Monarchy. The main discussion in this paper is on the use of Standard Malay which is established and used as a super standard in Malaysia and the region and Brunei Standard Malay which is evolving locally in Brunei. The definition of the two concepts, their functions and main characteristics will be deliberated following presentation of a research on the attitude and use of the official language, regional language, and dialects including Brunei Malay among three generations of indigenous population in Brunei Darussalam. The findings in this study will be discussed in the context of general and specific theories on attitudinal changes and language shifts which in turn is influenced by socio- economic and political scenarios in Brunei since the last few decades. Finally, an attempt will be made to link language standardization with the wider development of language use in Islamic countries world-wide. Key words: Language use, three generation, Standard Malay, Brunei Standard Malay, Brunei Darusalam PENGGUNAAN BAHASA MELAYU STANDARD DAN BAHASA MELAYU BRUNEI DI BRUNEI DARUSALAM Prof Madya Dr Kamsiah Abdullah Abstrak: Perbincangan utama kertas kerja ini ialah tentang penggunaan bahasa Melayu Standard (BMS) yang dianggap sebagai bahasa Melayu standard atau super standard yang digunakan dengan luas di nusantara, khususnya Malaysia, dengan bahasa Melayu standard Brunei (BMSB) yang telah dijadikan bahasa rasmi yang mapan digunakan di negara Brunei Darusalam. Ia akan dimulai dengan takrifan apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua istilah tersebut, fungsinya, ciri-cirinya dan definisinya. Ini akan disusuli dengan penyampaian satu hasil kajian khusus tentang penggunaan dan sikap terhadap bahasa-bahasa daerah, bahasa rasmi dan bahasa Melayu standard di kalangan penduduk-penduduk tiga generasi peribumi negara Brunei Darusalam. Dapatan dari kajian ini akan dibincangkan dengan teori perkembangan bahasa yang umum dan khas tentang perubahan sikap terhadap bahasa dan anjakan bahasa yang bersandar dan juga dipengaruhi oleh perubahan sosio-ekonomi dan politik di dalam dan sekitar negara Islam tersebut sejak beberapa dekad yang lalu hingga mutakhir ini. Akhir sekali akan cuba dikesan impak dan kesan fenomena bahasa di negara Islam di Brunei yang teguh terhadap masyarakat di Singapura, Malaysia dan dunia pada umumnya. Kata Kunci: Penggunaan Bahasa, tiga generasi, Bahasa Melayu Standard, Bahasa Melayu Standard Brunei, Brunei Darusalam

Transcript of The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

Page 1: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

1

The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in Brunei Darussalam

Prof Madya Dr Kamsiah Abdullah

Abstract: Malay is the official language of Brunei Darussalam enshrined under the national concept of Malay Islamic Monarchy. The main discussion in this paper is on the use of Standard Malay which is established and used as a super standard in Malaysia and the region and Brunei Standard Malay which is evolving locally in Brunei. The definition of the two concepts, their functions and main characteristics will be deliberated following presentation of a research on the attitude and use of the official language, regional language, and dialects including Brunei Malay among three generations of indigenous population in Brunei Darussalam. The findings in this study will be discussed in the context of general and specific theories on attitudinal changes and language shifts which in turn is influenced by socio-economic and political scenarios in Brunei since the last few decades. Finally, an attempt will be made to link language standardization with the wider development of language use in Islamic countries world-wide. Key words: Language use, three generation, Standard Malay, Brunei Standard Malay, Brunei

Darusalam

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU STANDARD DAN BAHASA MELAYU BRUNEI DI BRUNEI DARUSALAM

Prof Madya Dr Kamsiah Abdullah

Abstrak: Perbincangan utama kertas kerja ini ialah tentang penggunaan bahasa Melayu Standard (BMS) yang dianggap sebagai bahasa Melayu standard atau super standard yang digunakan dengan luas di nusantara, khususnya Malaysia, dengan bahasa Melayu standard Brunei (BMSB) yang telah dijadikan bahasa rasmi yang mapan digunakan di negara Brunei Darusalam. Ia akan dimulai dengan takrifan apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua istilah tersebut, fungsinya, ciri-cirinya dan definisinya. Ini akan disusuli dengan penyampaian satu hasil kajian khusus tentang penggunaan dan sikap terhadap bahasa-bahasa daerah, bahasa rasmi dan bahasa Melayu standard di kalangan penduduk-penduduk tiga generasi peribumi negara Brunei Darusalam. Dapatan dari kajian ini akan dibincangkan dengan teori perkembangan bahasa yang umum dan khas tentang perubahan sikap terhadap bahasa dan anjakan bahasa yang bersandar dan juga dipengaruhi oleh perubahan sosio-ekonomi dan politik di dalam dan sekitar negara Islam tersebut sejak beberapa dekad yang lalu hingga mutakhir ini. Akhir sekali akan cuba dikesan impak dan kesan fenomena bahasa di negara Islam di Brunei yang teguh terhadap masyarakat di Singapura, Malaysia dan dunia pada umumnya. Kata Kunci: Penggunaan Bahasa, tiga generasi, Bahasa Melayu Standard, Bahasa Melayu

Standard Brunei, Brunei Darusalam

Page 2: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

2

Pendahuluan Perbincangan utama kertas kerja ini ialah tentang penggunaan bahasa Melayu Standard (BMS) termasuk bahasa Melayu Standard Brunei (BMSB) yang dianggap sebagai bahasa Melayu baku yang digunakan dengan luas di Nusantara, khususnya di Malaysia, dengan bahasa Melayu Brunei (BMB) yang telah dijadikan bahasa perantaraan yang mapan digunakan di seluruh negara Brunei Darusalam. Ia akan dimulai dengan huraian apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua istilah tersebut, fungsinya dan ciri-cirinya.

Negara Brunei Darusalam Negara Brunei Darusalam, ialah sebuah negara kecil tetapi kaya-raya, yang terletak di bahagian barat daya pulau Borneo. Jika dibandingkan dengan negara lain di mana terdapat ramai penduduknya adalah berbanga Melayu, seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura, kedudukan Brunei Darusalam adalah unik kerana dari segi peratusan penduduk Melayu, negara inilah yang mempunyai peratusan orang Melayu yang tertinggi, iatu melebihi 68% berbanding dengan Malaysia yang hanya kira-kira lebih sedikit dari 50%. Lagipun negara Islam ini telah mengamalkan sistem pemerintahan Melayu beraja sekurang-kurangnya sejak hampir 800 tahun lalu semenjak kerajaan Melayu yang pertama dibawah pemerintahan Awang Alak Betatar masuk Islam dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muhamad Syah pada tahun 1368. Kesultanan Brunei pernah berpengaruh di seluruh pulau Borneo hingga ke Kalimantan dan kepulauan Filipina hingga dari segi bahasa, pengaruh ini dapat dikesan menerusi sintaksis bahasa Melayu Brunei dan Tagalog ( S. Poedjosoedarmo, 1996).

Northofer (1991) dan Collins (1995) telah mengemukakan teori tentang bahasa Melayik purba, iaitu bahasa yang menurunkan bahasa-bahasa Borneo Utara, bahasa Borneo Barat dan Tenggara. Bahasa Melayu Brunei ialah turunan dari bahasa Melayik purba ini selain bahasa Bacan yang kini tinggal lebih kurang 5000 penutur sahaja di kejauhan pulau Maluku (Collins (1996).

Seterusnya bahasa Melayu Brunei menurunkan pula varian bahasa rumpun Melayu lain seperti Kedayan, Kampong Ayer, Balandih dan Bandar. Di pedalaman dan pesisir pulau yang paling besar selepas Australia ini, juga terdapat bahasa yang bukan dalam kategori rumpun Bahasa Melayu menurut pengkelasan Martin, (1992a), Northofer (1991), iaitu Bahasa Dusun, Murut (Biasaya), Tutong dan Belait (Mukah), Penan.

Dalam mengimbas sejarah negara Brunei dapat dilihat bahawa negara yang besar yang mempunyai kekuasaan seluruh Borneo telah mempertuankan banyak suku kaum di pulau dan pesisir telah direbut penjajah pada kurun yang lalu hingga menjadi hanya sebuah negara kecil yang berdaulat. Dalam banyak bentuk perhubungan silam di dalam dan di antara negeri-negeri, bahasa Melayu telah digunakan. Di samping itu terdapat juga puak-puak lain yang menetap di beberapa kawasan pedalaman. Mereka menggunakan bahasa atau dialek masing-masing dalam kehidupan seharian mereka. Maka kini deskripsi tentang bangsa dan bahasa puak-puak jati di Brunei dirasakan perlu sebagai gambaran tentang keadaan sosiolinguitik semasa.

Bahasa, dialek dan puak jati di Brunei Pada masa ini bangsa atau kaum yang terbesar di negara yang mempunyai jumlah penduduk lebih dari 420,000 jiwa ialah bangsa Melayu Brunei yang merupakan puak jati utama, di samping tujuh puak-puak jati yang diiktiraf seperti puak Tutong, puak Belait, Dusun, Kedayan, Murut dan Bisaya. Di samping itu ada juga kaum-kaum lain seperti orang-orang Cina, Iban, Punan dan puak-puak lain yang tidak diiktiraf sebagai puak jati. Jadi situasi bahasa di Brunei sangatlah rencam dan amat menarik dibuat kajian, bukan sahaja deskripsi linguistiknya - asal-usul perkaitannya antara satu dengan lain yang memberi gambaran tentang penghijrahan bangsa-banga tua yang purbakala, tetapi juga dari segi sosiolinguistiknya yang vital sekarang ini, iaitu pengekalan, perubahan dan anjakan, percampuraan, bahaya ancaman atau kepupusan dialek dan bahasa mutakhir.

Page 3: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

3

a) Puak Melayu Brunei Orang Melayu Brunei pada asalnya tinggal di kawaan perairan di kampong-kampung atas air di muara dan tepi-tepi sungai. Kegiatan utama mereka ialah sebagai nelayan, pelaut, menenun, dan membuat peralatan. Kehandalan dalam pelayaran puak Melayu ini terkenal dan dapat dijejaki dalam penulisan Sepanyaol yang pernah kalah ditangan panglima-panglima Kesultanan Brunei yang handal dalam Peperangan Kastila pada tahun 1578. Saki baki cara penghidupan seperti mereka masih dapat dilihat di Kampong Air (Venice of the East), di mana rumah-rumah kayu atas air dibina berkelompok dalam organisasi yang rapat dan harmonis. Kini ia ditadbir di bawah 6 buah mukim: Mukim Burung Pingai, Mukim Sungai Kebun, Mukim Sungai Kedayan, Mukim Saba dan Mukim Peramu,

Bahasa di Kampong Ayer ini ialah salah satu dari dialek yang utama dipertuturkan di Brunei. selain Balandih. Bahasa atau dialek Melayu ini menjadi asas utama “Bahasa Brunei” yang masih lagi mengekalkan ciri “proto Autroneian *R /y/ , leksikon yang distingtif dan “slowly drawled speech rhythm” dalam percakapan harian. Huraian lanjut perspektif sosiolinguitik Bahasa Brunei akan menyusul setelah menyentuh hal puak-puak lain selepas ini.

b) Puak Kedayan Dikatakan puak beragama Islam ini berasal dari Tanah Jawa dan pandai bercucuk tanam. Ada juga pakar yang mengaitkan puak ini dengan kaum Melanau di Sarawak, berdasarkan bahasa mereka yang mempunyai unsur kognat yang tinggi (94%) dengan bahasa Melayu. Brunei, dan 82% dengan dialek ‘Kampong Ayer’ yang rapat juga ikatannya dengan bahasa Melayu di Kalimantan, iaitu bahasa Banjar. Dengan Bahasa Melayu Standard, dialek ini memiliki peratusan kognat setinggi 80%. Oleh itu Bahasa / dialek ini adalah Bahasa Melayu jika dikira dari sudut persamaan kognat. Mereka menyebut ‘otak’ – ‘utak’, ‘besar’ – basaa, telor’ – ‘taloo’, ‘diorang’ –durang, ‘ini’ – ani, ‘berlari’- belusir dan lain-lain. c) Puak Tutong Puak Tutong tinggal di kawasan yang besar di daerah pertengahan Brunei dan berkerja sebahagian besarnya dengan bercucuk tanam dan sebagai nelayan. Mereka mempunyai identiti tersendiri menerusi bahasanya, dialek Tutong, yang agak payah dimengerti orang-orang Melayu walaupun mereka beragama Islam. Pakar bahasa, Northofer, mendapati bahasa ini bukanlah dialek Melayu Brunei tetapi adalah bahasa yang rapat (peratusan kognat) dengan bahasa Dusun, Belait, Bisaya, Murut dan Mukah.

Sedikit contoh dialek Tutong ialah – ‘berjalan’ – lakau, ‘makan’ – mian. ‘datuk’ – kundu, ‘perut’ – tian, ‘tangan’ – lenggon, dll. d) Puak Dusun. Menurut sejarah, orang-orang Dusun mempunyai datuk nenek moyang berbangsa Cina berdasarkan kulit dan bentuk mata mereka. Agama asal mereka ialah animisme, tetapi kini ramai yang memeluk agama Kristian dan Islam. Kegiatan tradisi mereka ialah ‘bercucuk tanam pindah-randah’ dan mengerjakan tanaman dan dusun buah-buahan. Bahasa mereka mempunyai perkaitan rapat dengan bahasa orang-orang Bisaya yang berkognat 82% dengannya (menurut Northofer). Ia dikategori dalam kumpulan puak jati atau puak asal di Brunei meskipun bukan dialek bahasa Melayu (salah satu ukuran ialah peratusan kognat yang sama). Contoh bahasa Dusun: ‘anjing’ – asu, telur’ – puni, ‘ayam’ – manok, ‘panas’ – lasu, ‘lelaki’ – isio, ‘prempuan’ – isido. e) Puak Belait Puak ini selalu dikaitkan dengan sungai Belait yang berhampiran dengan Miri, Sarawak. Kampong mereka agak besar, seperti di Mumong, Labi, Ulu Belait, Rampayoh. Mereka beragama Islam dan pekerjaan mereka ialah membuat sagu dan bercucuk tanam. Dari segi bahasa- ia jua bukanlah dalam kumpulan dialek Melayu tetapi dalam kumpulan dialek “Baram-Tinjar”, kumpulan kecil di utara Sarawak. Ia paling dekat asalnya dengan bahasa Tutong. Menurut Martin (1996) sebelum nama Belait timbul, mereka dikenali sebagai: “Bisaya” dan

Page 4: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

4

sangat sedikit perbezaan dengan bahasa itu sekarang. Orang-orang berbahasa Belait senang terserap ke dalam mayarakat Melayu, satu fenomena “ethnic redefinition: iaitu kerana masuk Islam dan menjadi “Melayu” yang dilihat mempunyai prestij tinggi dan berkuasa terutama dengan terjumpanya minyak di daerah Belait – Seria. Kini, sangat payah berjumpa dengan orang muda puak Belait yang boleh identitik dengan bahasa ini kerana ia tidak lagi mampu mengisi keperluan dan aspirasi sosial dan ekonomi penuturnya. (Martin 1996) f) Puak Murut “Lun Bawang” ialah nama lain bagi puak jati Murut. Budaya puak ini hampir sama dengan orang-orang Bajau di Sabah. Perkataan “murut” sama maknanya dengan “belud” iaitu perkataan Bajau yang bermakna “bukit”. Pekerjaan orang-orang Murut pada masa dahulu ialah bertanam padi dan mereka suka berpindah - randah untuk mencari tempat-tempat pertanian yang sesuai. Mereka yang asalnya animime ini, kemudian menganut agama Kritiaan Protetant. Kini ramai di antara mereka telah bercampur dengan puak-puak lain disebabkan oleh perkahwinan, perkerjaan, perpindahan dan rancangan perumahan kerajaan. Bahasa Murut juga bukanlah dialek Melayu dan berkognat 30% dengan Bahasa Mukah. Bahasa ini masih bersemarak di Sarawak dan Sabah tetapi tidak ramai (lebih kurang 1,000) sahaja, kebanyakan tinggal di daerah Temburong. Martin (1996) menyenaraikan beberapa butiran leksikal dari bahasa Brunei ke Murut: barsih untuk ‘bersih’, karaja’ untuk ‘kerja, mikir untuk ‘fikir’, ruma’ untuk ‘rumah’, paku’ untuk ‘paku.’

g) Puak Bisaya Puak ini sangat kecil bilangan penuturnya yang diakui sebagai suatu entiti yang berbeza dengan Dusun walaupun kedua bahasa ini saling boleh dimengerti. Kebanyakan puak ini telah terserap ke dalam masyarakat Dusun.

Pada umumnya bahasa puak-puak jati yang minoriti di Brunei hanya dituturkan dalam masyarakat desa mereka ketika berhubungan antara satu sama lain di dalam keluarga dan kejiranan. Ketua mereka tunduk dan taat kepada Sultan dan berinteraksi dengan wakil dan” Orang kaya”, pembesar melalui bahasa Melayu yang mudah difaham. Begitu juga dengan berinteraki dengan ‘orang luar’ atau dengan puak-puak lain. Jadi bahasa atau dialek ini boleh dianggap sebagai ‘vernakular’ memandangkan ia digunakan sebagai bahasa pertuturan, bahasa ibunda atau bahasa natif yang belum atau tiada mempunyai bentuk penulisan walaupun kaya dengan sastera bentuk lisan. Ketiadaan atau kekurangan tatabahasa dan leksikon yang formal menghambat penggunaannya dalam sistem persekolahan apabila ‘sekolah’ mula diperkenalkan. Apabila sekolah Melayu pertama, mula-mula dibuka pada tahun 1914 di Brunei (60 tahun di belakang pernubuhan sekolah Melayu di Pulau Pinang), bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu.

Gloria Poedjosoedarmo, Ozog dan Martin (1996) melaporkan berlakunya anjakan bahasa dan percampuran kod yang menyebabkan perubahan besar kepada dialek-dialek dan bahasa puak minoriti di Brunei. Ada dialek yang hampir pupus kerana perubahan cara hidup moden yang menimpa masyarakat tuturnya. Sebahagian darinya seperti dialek Kedayan dalam keadaan ‘terancam’ (endangered) kerana ia terserap dengan bahasa masyarakat dominan dan mempunyai kognat bersama –yang tinggi peratusnya dengan BMB, sebahagian pula seperti yang berlaku pada bahasa Belait, Murut dan Bisaya mungkin mula pupus terserap penuh dengan BMB kerana ketiadaan penutur mudanya. Bertentangan dengan penurunan penggunaan dialek Melayu dan bukan-bahasa Melayu (Autronesian), ini ialah pengangkatan status Bahasa Melayu yang berkembang dengan pesat dalam berbagai domain / ranah pentadbiran, media, persuratan, perdagangan dan pendidikan di seluruh negara.

Bahasa Melayu Bahasa Melayu dimahkotakan sebagai bahasa rasmi pada tahun 1959 dalam Perlembagaan Brunei yang merasmikan penggunaannya dalam undang-undang dasar negara, ditetapkan sebagai alat komunikai rasmi negara. dan. Ia seterusnya digunakan secara meluas dalam segala urusan kerajaan, segala kegiatan-kegiatan kenegaraan, dalam sistem pendidikan, media, perniagaan dan sebagainya. Adalah menarik bahawa pihak Brunei mengambil

Page 5: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

5

pendekatan yang konservatif dengan mengekalkan tulisan Jawi dalam surat menyurat kerajaan, dalam pengajaran dan pembelajaran agama Islam dan di sekolah-sekolah aliran Melayu.

Zaman ini adalah seangkatan dengan pelaksanaan ‘bahasa Kebangsaan’ di Semenanjong Tanah Melayu dan Singapura dan lebih awal lagi - ‘bahasa Indonesia’, iaitu satu variasi dari Bahasa Melayu. Gejala ini memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu/ Indonesia yang begitu pesat dan menyeluruh di rantau ini.

Maka proses pembakuan bahasa Melayu secara bersungguh-sungguh dilaksanakan dan disebarkan melalui agensi kerajaan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia yang kemudian mengubah nama ‘bahasa Melayu’ kepada ‘bahasa Malaysia’. Brunei juga memperhebat pemakaian bahasa Melayu dalam negara yang telah merdeka sepenuhnya pada 1984. Bahasa Melayu merupakan tonggak utama falsafah ‘Melayu Islam Beraja’.

Bahasa Standard atau Baku Bahasa negara dan bahasa Kebangsaan’ adalah penjenisan bahasa secara sosiolinguistik iaitu berkenaan dengan faktor-faktor eksternal sesuatu bahasa termasuk faktor sejarahnya. Ini berbeza dengan klasifikasi bahasa secara internal iaitu secara geneologi (genetic) ataupun tipologi yang telah dibincangkan lebih awal tentang bahasa-bahasa atau dialek-dialek di Brunei. Bahasa baku menurut kerangka acuan pengukuran tipologi fungsional bahasa (Stewart, 1968 dalam Fishman 1968 dan Fishman, 1972) ada empat, iaitu - standardisasi (pembakuan) - Autonomi (keswantaraan) - Kesejarahan (historicity) - Vitalitas (keterpakaian)

Standardisasi atau pembakuan adalah salah satu daripada empat ukurtara penting tersebut. Proses standardisasi atau pembakuan adalah kodifikassi dan penerimaan terhadap sebuah bahasa oleh masyarakat pengguna bahasa tersebut. Khaidir Anwar, 1995 menyimpulkan bahawa “Bahasa Baku ialah bahasa yang sudah dibakukan dan pembakuan itu berhasil.” Ada kaedah atau norma-norma yang menentukan penggunaan bentuk bahasanya yang betul dan baik. Jadi ‘standardisasi’ ini mempersoalkan apakah sesebuah bahasa itu mempunyai kaedah – kaedah ataupun ketentuan atau norma-norma yang sudah dikodifikasikan. Dalam hal bahasa Melayu, telah dibentuk badan-badan kerajaan yang melaksanakan kodifikasinya- seperti penerbitan buku-buku tatabahasa, penetapan istilah, perkamuan dan lain-lain.

Bahasa yang baku mempunyai ‘otonomi’ iaitu kemandirian atau kebebasan menetapkan sendiri bentuknya, tidak bergantung atau berandar pada bahasa lain. Ia berkembang sejajar dengan keperluan dan kehendak masyarakat tuturnya. Dari segi pensejarahan, bahasa standard biasanya telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan normal yang lama dan diterima secara meluas kerana kekuatan kuasa dan sebgainya. Bahasa Melayu telah menjadi wadah perantaraan yang unggul di rantau Asia Tenggara dalam perdagangan dunia sebelah ini.

Dalam membincangkan proses pembakuan, ukuran terakhir ialah ‘Vitality’,‘hidup segar’ atau ‘keterpakaian’. Bagi Fishman (1972) persoalannya ialah: Adakah item linguistiknya mempunyai penutur asli yang masih menggunakan atau tidak. Masihkah ia berfungsi atau telah mati seperti bahasa Latin, Aramik (bahasa zaman Nabi Isa) atau dialek-dialek lain yang telah pupus.

Bahasa Melayu Standard / Baku Awang Sariyan, 1989-pula menekankan bahawa bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang seragam, iaitu memiliki bentuk bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi-situasi rasmi. Nyata Bahasa Melayu sudah berjaya dibakukan dan proses pembakuan itu telah berhasil, walaupun usaha pembakuan 100% seragam susah dicapai kerana bahasa ini ialah bahasa tabii yang terus hidup dan berubah (Asmah (1993).

Page 6: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

6

Bahasa Malaysia dan Indonesia Apabila sesuatu bahasa itu telah digunakan dalam lebih dari satu negara dan satu bentuk standardisasi yang multi-modal telah terbentuk, standisasi yang terbentuk itu boleh jadi ‘endonormatif’ iaitu berdasarkan model pemakaian bahasa penutur jati negara tersebut, ataupun ‘eksonormatif’ jika ia didasarkan kepada model penggunaan yang asing. Konvensi tulisan dan ejaan memudahkan terbentuknya standardisasi misalnya ejaan yang disepakati bersama, Ejaan Kongres, Ejaan Bersama 1972. Namun kini kedua-dua variasi bahasa baku ini telah agak menyimpang jalannya kerana kedudukan dan pengaruh berbeza – misalnya, di Indonesia dengan kemasukan perkataan dan ungkapan Jawa dan Sunda (Javanisasi).

Proses pembakuan Bahasa Melayu di Malaysia (termasuk Singapura) pada awalnya cenderung melahirkan bahasa yang seragam - ‘Monosentrik’ – iaitu mempunyai hanya satu set norma-norma bahasa yang diterima secara jagatraya pada sesuatu masa tertentu. Merujuk kepada Asmah Haji Omar yang mendefinisikan bahasa Standard atau Baku sebagai bahasa yang digunakan dalam arena media (radio, television) dan surat khabar maka Bahasa Melayu standard mudah mapan dan digunakan, diterima dengan meluas di Malaysia, Singapura dan Brunei kerana pengluasan peranan dan pencapaian media.

Bahasa Melayu yang supranational inilah yang saya rujuk dengan istilah Bahasa Melayu Standard atau Baku. (BMS). Konsep ini sama dengan Martin (1996) yang memberikan istilah ‘Bahasa Melayu’ saja bagi variasi bahasa rasmi di Brunei yang identitik dengan Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura. Sekarang kita sampai pada persoalan apakah yang dimaksudkan bahasa Melayu Standard Brunei (BMSB) dan Bahasa Melayu Brunei (BMB). Bahasa Melayu Standard Brunei (BMSB) Kesamaan etnolinguitik, demografi dan sosio-politik antara Malaysia dan Brunei tidak dapat dinafikan – bahkan bahasa Melayu dalam kedudukan yang tinggi dalam kedua-dua negara walaupun dalam masa yang sama kedua-dua mengalami pengaruh barat khususnya melalui bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. Amalan berbahasa di negara Brunei agak lebih tradisional yang terbebas dari cengkaman penjajahan lebih terkemudian dari Malaysia, iaitu pada tahun 1984 berbanding dengan 1957. Secara perlahan-lahan sistem Pendidikan kedua negaralah yang membezakan. Di Malaysia, menerusi pergerakan kemerdekaan, susulan dari matlamat Laporan Razak BM sebagai bahasa Kebangaan dan dilaksanakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah Rendah dan Menengah, dalam peperikaan, latihan perguruan, buku-buku teks dan yang berkaitan dengannya.

Pada asalnya Brunei, seperti Semenanjong Tanah Melayu, mengamalkan bentuk pendidikan yang sama. Pada tahun 1914, Sekolah Melayu pertama dibina di Sekolah Pasar Ulak di Bandar Brunei, walaupun ada rekod yang menyatakan Sekolah Melayu yang pertama ialah pada 1912, di Pekan. Segala persuratan, kurikulum guru, media, radio menggunakan bahasa yang sama. Kemudian Sistem Dwibahasa Melayu – Inggeris yang ala sistem pendidikan Singapura, (yang keluar dari entiti Malaysia) diperkenalkan dalam sistem pendidikannya sejurus setelah kemerdekaan Brunei pada tahun 1984.

Maka secara peringkat demi peringkat bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran penting, kecuali pelajaran agama Islam. Faktor ini mempunyai kesan terhadap penggunaan dan sikap terhadap bahasa-bahasa di Brunei. Namun kelahiran dan perkembangan satu bentuk bahasa untuk komunikasi ramai tidak terjejas. Dalam sistem persekolahan, matlamat untuk murid-murid ialah penguasaan BMS. Bahasa yang paling tinggi dalam hierarki ialah BMS, diikuti oleh BMSB, namun dicampurkan juga dengan bahasa basahan, BMB bila bertutur dalam situasi yang tidak begitu formal. Jadi jika wujud pembahagian status atau prestij bahasa non-Inggeris di Brunei, maka sudah wujud keadaan ‘diaglosia’ di mana Bahasa Tingginya ialah BMS (Malaysia) – (H) yang termasuk sekali bahasa khas diraja dan BMSB jika kaum elit gunakannya dalam ragam atau laras intelektual dan antarabangsa. Bahasa Rendah (L) dari segi ini ialah Bahasa Melayu Brunei (BMB).

Maka ‘Standard Brunei Malay’, atau Bahasa Melayu Standard Brunei (BMSB) ialah variasi Bahasa Melayu Standard (BMS) yang digunakan dalam komunikasi lisan dan tulisan di Brunei Darussalam, terbentuk secara tabii, tidak dirancang-paksa dari atas. Ia ditandai

Page 7: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

7

dengan penggunaan sejumlah item leksikal setempat seperti ungkayahkan ‘mengelolakan, menyusun’, aur galat ‘menghormati, santun’, mamucang-mucang ‘buat kerja kebajikan, ristaan ‘memoir’) disamping unsur-unsur tatabahasa yang distingtif, seperti allomorph ba- ma- menjadi bar- mang- (Northofer 1991, Martin and G. Poedjosoedarmo 1996:10). Wujud juga satu bentuk sosiolek iaitu ‘bahasa dalam’ atau bahasa istana yang digunakan di kalangan Yang di Pertuan dan diraja seperti Laila Jasa, hamba, duli, kaula, citiria, wazir, tumenggong, pangiran, tulin, kuripan dan lain-lain.

Bahasa Melayu Standard atau Baku Brunei ini mempunyai beberapa dialek di bawahnya seperti yang dikemukakan Mataim (1996) yang mengambil kira faktor linguistik dan sejarah, iaitu Bahasa Melayu Brunei (BMB) dan Bahasa Kedayan, kerana Bahasa Kampong Ayer dianggap Bahasa Melayu Brunei. Kedua-dua konsep, Bahasa Melayu Standard Brunei (BMSB) dan Bahasa Melayu Brunei (BMB) dapat dibezakan begini –

Ciri-ciri BMSB 1. BMSB lebih bersifat rasmi dan formal diucapkan dalam situasi rasmi kerajaan oleh

keluarga diraja, menteri-menteri dan orang-orang kenamaan 2. Ia mempunyai laras yang tinggi dan halus terungkap dalam “Bahasa Dalam”

(Fatimah Awang Chuchu, 2006) atau bahasa istana. 3. Digunakan oleh pemberita dalam media cetak, di radio dan juga television.

Bahasa Melayu Brunei (BMB) Weinreich (1953) mengutarakan pendapat bahawa dominasi atau kekuatan bahasa seorang individu dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya ialah keperluan bahasa terebut dan peluang menggunakan bahasa tersebut dalam komunikasi harian. Ini berlaku di kalangan masyarakat puak-puak jati di Brunei, walaupun sudah terdapat penggunaan bahasa Inggeris dalam swasta dan sekolah Mubaligh Kristian

Bahasa Melayu Brunei (BMB) ialah bahasa yang (dalam pandangan kasar) digunakan oleh puak yang dominan, majoriti dan memiliki kuasa politik, tetapi kini digunakan secara menyeluruh di kalangan semua lapisan masyarakat dan oleh puak-puak lain untuk berinteraki dengan puak-puak lain. BMB bersifat kolokial, digunakan dalam fungsi tidak formal dan bersahaja dalam kegiatan seharian.

Kedua-dua variasi Bahasa Melayu di Brunei iaitu BMSB dan BMBi mempunyai status atau darjat yang tinggi dari segi ethnolinguistik kerana memenuhi dua fungsi utama dalam masyarakat, pertama sebagai bahasa interaksi kaum majoriti yang berkuasa dan kedua sebagai ‘lingua franca’ antara puak-puak jati di negara tersebut.

Inilah bahasa yang sudah dijadikan bahasa perhubungan antara etnik, seluruh negara (lingua franca, par excellence) yang unggul yang mungkin mencerminkan jatidiri Melayu keBruneian.

Tujuan Kajian Perubahan sosio- ekonomi yang pesat di Negara Brunei Darussalam memberi kesan yang luas di kalangan masyarakat jati Brunei, faktor ekonomi, pendidikan, sossial memberi impak kepada sikap terhadap bahasa seterusnya kepada pemilihan dan corak penggunaan bahasa di kalangan semua lapisan rakyat di bandar dan luar bandar. Tujuan makalah ini ialah untuk memaparkan, membandingkan dan membincangkan hanya aspek penggunaan bahasa Melayu Standard Brunei (BMSB) yang serupa dengan Bahasa Malaysia Standard / Baku dan Bahasa Melayu Brunei (BMB).

Data kajian kecil ini diambil dari hasil sebuah kajian sosiolinguitik empiris, saya yang ditaja oleh Universiti Brunei Darussalam untuk jangka masa 2013 – 2015. Tujuan utama kajian ialah cuba menyelidiki tentang anjakan dan penggunaan bahasa di kalangan keluarga tiga generasi di Brunei Darussalam, yang telah mengalami perubahan yang agak besar. Persoalan utama kajian diperincikan dalam domain keluarga sahaja, jadi tumpuan yang diselidiki (dalam makalah ini) ialah apakah bahasa jati yang digunakan dalam keluarga (indigenous) di antara anggota keluarga tiga generasi, iaitu di antara anak-anak dan ibu-bapa, di antara datuk dan nenek dengan cucu-cucu, di antara adik beradik, di antara saudara-mara dan di antara rakan-rakan sebaya dan sepekerjaan.

Page 8: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

8

Anjakan Bahasa Anjakan bahasa berlaku dalam sesuatu masyarakat apabila satu-satu bahasa yang digunakan secara meluas dan habitual untuk berkomunikasi dan bermasyarakat diganti sepenuhnya atau sebahagiannya oleh satu bahasa yang lain. Ini merupakan perkaitan antara perubahan dan kestabilan atau pengekalan dan amat berkait dengan faktor-faktor sosial dan kultural. Maka anjakan bahasa masyarakat di Brunei dikaji melalui:

1. Bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga diwakili oleh beberapa pembolehubah, iaitu bertutur dengan a) Bapa, b) Ibu, c) Datuk , d) Nenek, e) Adik-beradik, f) saudara-mara, g) cucu, h) anak-anak (jika relevan), i) bapa mertua j) ibu mertua (jika relevan), k) pembantu rumah (jika relevan) 2. Bahasa yang digunakan untuk bertutur dengan kawan dan kejiranan terdiri dari

butiran a) bertutur dengan kawan-kawan b) Kawan-kawan sekerja (jika relevanbertutur dengan jiran-jiran

3. Fungsi bahasa pula dikira melalui beberapa domain atau ranah, iaitu i) domain peribadi – itu berfikir, berdoa, dan bermimpi ii) domain pembacaan iii) media iv) literasi iaitu penulisan

Metodologi

Kajian yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif melibatkan kerja lapangan di beberapa daerah di Brunei Darussalam, iaitu di daerah Brunei-Muara, Belait-Seria, Tutong dan Temburong. Alat utama kajian ialah soalselidik 42 – butiran (item) yang dibina khas untuk mengetahui

1) pola-pola penggunaan bahasa di kalangan ahli keluarga, dengan jiran 2) pemilihan bahasa dalam berinteraksi, 3) fungsi bahasa dalam hal-hal peribadi dan kegiatan. Selain dari soal-selidik, juga dijalankan temubual ringkas dengan para responden.

Observasi pendekatan kerja lapangan dilakukan untuk memastikan bahawa data yang dikumpulkan itu adalah autentik, mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability) yang tinggi. Ini supaya pemahaman tentang fenomena dalam dilihat dengan lebih mendalam. Sebahagian besar dari temubual itu dirakam dengan menggunakan alat perakam video. Setelah semua data terkumpul barulah ia dianalisis. Respon terhadap soalselidik dikodkan dan kemudian dianalisis dengan menggunakan pakej statistic SPSS sementara hasil temubual ditranskripsi sebelum dianalisis secara kandungan isinya. Sebelum kerja lapangan sebenar dilakukan, kajian rintis (pilot study) telah dilakukan untuk pembaikan instrumen (refinement of instrument).

Sampel Kajian

Keseluruhannya 290 jiwa dari ke-empat-empat daerah di Brunei telah memberi respon. Mereka terdiri dari 116 orang lelaki , 173 orang perempuan. Jumlah kaum lelaki kurang dari kalangan bapa kerana kebanyakan mereka bekerja semasa temubual dijalankan di rumah masing-masing keluarga.

Profail responden secara keseluruhan dibentangkan dalam cartacarta di bawah ini.

Didapati kebanyakan reponden iaitu 92% daripadanya beragama Islam.

Page 9: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

9

a) Jadual 1: Bilangan dan peratus Generasi

Frequency Percent

G1 Datuk Nenek 70 24.1

G2 Ibu Bapa 61 21.0

G3 Cucu 159 54.8

Total /Jumlah 290 100.0

Puak atau bangsa dalam setiap generasi ditempatkan dalam Jadual 2 dimana kelihatan jumlah responden paling ramai ialah dari kalangan Melayu Brunei, di ikuti oleh Melayu Kedayan, Tutong, Belait, Dusun dan Murut yang paling sedikit. Jumlah responden paling ramai ialah dari kalangan Melayu Brunei (207 :G1 – 27%, G2 – 24.%, G3 – 49.%. ), di ikuti oleh Melayu Kedayan (30 : G1 – 43%, G2 – 16%, G3 – 40%), Tutong (10: G1 – 30%, G2 – 40%, G3 – 30%. ) ), Belait (10: G1 – 29%, G2 – 43%, G3 – 29.%), Dusun (7 : G1 – 29%, G2 – 29%, G3 – 43%. ))dan Murut (3: G1 – 66%, G2 -34%) yang paling sedikit (3: G1 – 66%, G2 -34%). Carta 1 di bawah memperlihatkan gambarannya. Carta 1: Puak atau Bangsa

Jantina Carta tentang jantina iaitu lelaki dan perempuan diperlihatkan di bawah ini (Carta 2) yang menunjukkan responden wanita bagi setiap generasi lebih ramai bilangannya.

Page 10: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

10

Tahap pendidikan (di Carta 3) yang paling ramai ialah tahap bersekolah Menengah , (43.4%), diikuti oleh tahap Sekolah rendah, 16.9%, Pra-universiti 9% dan universiti 13.8%. ada juga mereka yang ‘Tidak bersekolah iaitu 7.6% terdiri dari generasi pertama.

Dapatan kajian Tentang Penggunaan Bahasa Pola Penggunaan bahasa dalam Domain Peribadi (berfikir, berdoa, bermimpi). Di tiga jadual berikut ditunjukkan hasil soalselidik diikutioleh graf-graf yang berkenaan.

a) BERFIKIR

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 13.6 31.8 54.5 meningkat

B Melayu S 23.3 23.9 52.8 meningkat

B MelBrunei 55.8 20.9 23.3 menurun

B Kedayan 66.7 33.3 0 Menurun

Page 11: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

11

b) BERDOA

G1

G2 G3 Trend

B Inggeris 22.2 33.3 44.4 meningkat

B Melayu S 21.1 32.3 46.6 meningkat

BMelBrunei 45.5 31.8 22.7 Menurun

B Kedayan 0 0 0

c) Bermimpi

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 10.5 15.8 73.7 meningkat

B Melayu S 20.4 27.0 52.6 meningkat

B Mel Brunei 52.1 25.0 22.9 menurun

B Kedayan 100 0 0 menurun

Page 12: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

12

Kesimpulan Dapatan tentang Penggunaan Bahasa dalam Domain Peribadi

i. Penggunaan bahasa Inggeris telah meningkat dari satu generasi ke satu generasi dalam ketiga-ketiga domain peribadi. Generasi yang paling muda G3 (cucu-cucu) lebih banyak menggunakan Inggeris.

ii. Penggunaan bahasa Melayu Standard (Baku) telah meningkat dari satu

generasi ke satu generasi dalam ketiga-ketiga fungsi peribadi walaupun kenaikannya tidak begitu menyerlah. Generasi yang paling muda (cucu-cucu) lebih banyak menggunakan Melayu Standard (Baku). Gejala ini mungkin disebabkan oleh pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa literasi di sekolah.

iii. Sebaliknya penggunaan bahasa Melayu Brunei telah menurun dalam

ketiga-tiga fungsi bahasa domain peribadi.

iv. Begitu juga dengan Bahasa Kedayan yang telah menurun penggunaannya.

Pola Penggunaan bahasa dalam Domain Keluarga Di bawah ini diperlihatkan hasil kajian tentang “bertutur kepada ibu, bapa, datuk, nenek, anak-anak, cucu-cucu, adik-beradik, dan sanak-saudara”

a) Bertutur dengan Bapa

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 9.1% 27.35 63.6% meningkat

B Melayu S 2.9 25.9 61.2 meningkat

B Mel Brunei 36.7 23.5 39.8 Tidak jelas

B Kedayan 61.5 23.1 15.4 Menurun

Dalam bertutur dengan bapa masing-masing, bahasa Melayu Standard telah meningkat penggunaannya dalam setiap generasi : hanya 2.9% dari Generasi 1 gunakannya dengan bapa mereka, dalam golongan G2 pula meningkat ke 25.9% dan apabila sampai pada generasi G3, angkanya mrlonjak ke 61.2%. Keadaan BMB tidak begitu jelas, namun dapat dilihat bahawa G3 lebih memilih BMS dari BMB.

Page 13: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

13

b) Bertutur dengan Ibu /Emak

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 8,3% 25% 66.7% meningkat

B Melayu S 12.1 25.9 62.1 meningkat

B MelBrunei 38.4 23.2 38.4 Tak jelas

B Kedayan 61.5 15.4 23.1 Menurun

B Lain-lain 56.7 26.7 16.7 Menurun

Dengan ibu

Dalam bertutur dengan emak, bahasa Melayu Standard telah meningkat penggunaannya dalam setiap generasi : hanya 12.1% dari Generasi 1 gunakannya dengan emak mereka, dalam golongan G2 pula meningkat ke 25.9% dan apabila sampai pada generasi G3, angkanya naik ke 62.1.%. Keadaan BMB tidak begitu jelas, namun dapat dilihat bahawa G3 lebih memilih BMS dari BMB.

c) Bertutur dengan Datuk

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 0% 20% 80% Meningkat

B Melayu S 13.1 24.2 62.6 Meningkat

B Mel Brunei 36.6 19.4 44.1 Tak jelas

B Kedayan 46.2 23.1 30.8 Menurun

B Lain-lain 55.2 27.6 17.2 Menurun

Dengan datuk

Page 14: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

14

Dalam bertutur dengan datuk, bahasa Melayu Standard telah juga meningkat penggunaannya dalam setiap generasi : hanya 13.1% dari Generasi 1 gunakannya dengan datuk mereka, dalam golongan G2 pula meningkat ke 24.2% dan apabila sampai pada generasi G3, angkanya mrlonjak ke 62.6.%. Keadaan BMB tidak begitu jelas, namun dapat dilihat bahawa G3 lebih memilih BMS dari BMB.

d) Bertutur dengan Nenek

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 11.1% 44.4% 44.4% Meningkat

B Melayu S 14.6 24.3 61.2 Meningkat

B Mel Brunei 34.4 21.9 43.8 Tak jelas

B Kedayan 46.7 20.0 33.3 Tak jelas

Dengan nenek

Dalam bertutur dengan nenek, bahasa Melayu Standard telah meningkat penggunaannya dalam setiap generasi : hanya 14.6% dari Generasi 1 gunakannya dengan nenek mereka, dalam golongan G2 pula naik ke 24.3% dan apabila sampai pada generasi G3, angkanya melonjak ke 61.%. Keadaan BMB tidak begitu jelas, namun dapat dilihat bahawa G3 lebih memilih BMS dari BMB. Jadi dalam fenomena perubahan inter-generational jelas menunjukkan bahawa pilihan generaasi yang muda adalah kepada Bahasa Melayu standard.

e) Bertutur dengan Adik-beradik

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 15.4% 7.7% 76.9 meningkat

B Melayu S 13.3 26.7 60.0 meningkat

B Mel Brunei 43.9 21.4 34.7 Tak jelas

B Kedayan 46.2 38.5 15.4 Tak jelas

Page 15: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

15

Dengan adik-beradik

Peratus bertutur dengan adik-beradik dalam bahasa Melayu Standard juga telah meningkat penggunaannya dalam setiap generasi : hanya 13.3% dari Generasi 1 gunakannya dengan adik beradik mereka, dalam golongan G2 pula meningkat ke 26.7% dan apabila sampai pada generasi G3, angkanya melonjak ke 60.%. Keadaan BMB tidak begitu jelas, namun dapat dilihat bahawa G3 lebih memilih BMS dari BMB. Bertutur dengan Anak-anak dan Cucu-cucu Seterusnya diperlihatkan bagaimana pula trend penggunaan bahasa dari atas ke bawah iaitu dari yang lebih tua kepada yang lebih muda.

f) Bertutur dengan Anak-anak

G1 G2 G3 Trend

B Inggeris 14.3% 57.1% NA meningkat

B Melayu S 30.2 41.5 28.3 meningkat

B Mel Brunei 65.2 26.1 8.7 menurun

B Kedayan 85.7 14.3 0.00 menurun

Di sini kelihatan bahawa G1 lebih banyak gunakan BMB dari BMS, G2 pula sebaliknya – lebih banyak gunakan BMS dari BMB kepada anak-anak mereka. Trend ini lebih tererlah pada kumpulan G3 yang mempunyai anak, iaitu mereka gunakan lebih banyak BMS dari BMB.

Untuk melihat trend yang lebih kukuh, dianalisis soalselidik tentang bertutur dengan cucu oleh golongan Datuk-Nenek sahaja. Adakah datuk nenek berubah bila bercakap dengan cucu? Keputuan menunjukkan bahawa perubahan telah brlaku.

g) Perbandingan Bertutur dengan Anak dan Cucu oleh Golongan Datuk-Nenek

G1 Dengan cucu

G1 Dengan anak

B Inggeris 4.1% 14.3%

B Melayu (BMS) 20.5 30.2

B Mel Brunei 60.3 65.2

B Kedayan 100 85.7

Page 16: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

16

Data ini menunjukkan sesuatu trend yang membingungkan, apabila bertutur dengan anak-anak (yang sekarang jadi ibu-bapa), datuk dan nenek lebih banyak gunakan BMS, iaitu 30.% daripada dengan cucu, iaitu hanya 20.5%. Ada kemungkinan keputusan ini memberi indikasi bahawa datuk nenek ingin lebih konervatif apabila berinteraksi dengan cucu dan oleh yang demikian kajian lanjut faktor ini perlu dijalankan.

Pemakaian BMB juga menurun peratusnya dari 65.2% apabila bercakap dengan anak-anak mereka – kepada hanya 60.3% apabila sekarang bercakap dengan cucu pula.

Namun jelas bahawa golongan datuk nenek G3 masih kerap gunakan BMB dari BMS. Trend bagi Bahasa Kedayan pula adalah sebaliknya, mungkin golongan tua ini ingin menanam atau memelihara keupayaan berbahasa nenek moyang mereka supaya tidak hilang di telan zaman. Bertutur dengan kawan-kawan, jiran dan saudara-mara. Trend yang sama dengan domain keluarga diperhatikan dalam berinteraki dengan kawan kerja, jiran-jiran dan saudara –mara – iaitu tentang penggunaan BMS lebih tinggi dari BMB terutama di kalangan Generasi 3. Dapatan diperlihatkan dalam 4 carta berikutnya. Dengan kawan-kawan

Dengan Jiran

Page 17: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

17

Pola Penggunaan bahasa dalam Domain Pekerjaan (dengan kawan-kawan sepekerjaan)

Pola Penggunaan bahasa dalam ranah Literasi (semasa membaca – buku, surat khabar, majallah, komik, kegiatan menulis .

a) Membaca buku

Page 18: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

18

b) Membaca surat khabar

Penulisan

Page 19: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

19

Domain Hiburan / Media Menonton TV

Mendengar radio

Rangkuman semuanya menunjukkan dengan nyata sekali bahawa dalam domain media dan hiburan seperti juga dalam ranah literasi medium yang dipilih ialah BMS. Mungkin dalam bidang ini hidangan filem dan berita rasmi adalah dalam Bahasa Melayu standard yang baik dan baku. Media sangat berpengaruh dalam menunjuk cara apakah sikap dan bentuk yang diinginkan untuk masyarakat.

Penggunaan bahasa secara keseluruhan

Akhir sekali kini dibentangkan dua set data rangkuman keseluruhan sebagai pengesahan bagi kesemua situasi penggunaan bahasa dan ranah-ranahnya. Maka penggunaan bahasa secara keseluruhan dianalisis melalui 2 soalan yang serupa dengan tujuan membuat penyemakan dan pengesahan pada jawapan yang lebih awal dikemukakan:

. Pada keseluruhannya apakah bahasa yang paling kerap ….. gunakan sehari-hari?

. Apakah bahasa yang ….. gunakan untuk berbual-bual dan berkomunikasi?

Page 20: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

20

Jadual dan graf pertama bahagian ini ialah jawapan kepada soalan ‘’bahasa apakah yang paling kerap / selalu digunakan’. Kedua, untuk penegasan tentang apakah bahasa yang digunakan untuk bercakap-cakap atau berkomunikasi.

Dapatannya diperlihat dalam 2 jadual dan setiap jadual diikuti oleh 2 graf, satu dari

sudut Bahasa dan satu lagi dari udut Generasi. Semua diperlihatkan seterusnya di bawah ini. Jadual 20A: Bahasa yang paling kerap digunakan oleh ketiga-tiga generasi untuk Bertutur

INGGERIS MELAYU S MELAYU BRUNEI

KEDAYAN

1.00

Count 2 18 46 5 85

% within generasi

2.4% 21.2% 54.1% 5.9% 100.0%

2.00

Count 4 36 22 2 70

% within generasi

5.7% 51.4% 31.4% 2.9% 100.0%

3.00

Count 9 80 38 0 130

% within generasi

6.9% 61.5% 29.2% 0.0% 100.0%

Total

Count

15

134

106

7

285

% within generasi

5.3% 47.0% 37.2% 2.5% 100.0%

Page 21: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

21

Dari sudut Bahasa

Dari sudut Generasi

Page 22: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

22

Jadual: Bahasa yang selalu digunakan berbual-bual dan berkomuunikai oleh ketiga-tiga generasi.

INGGERIS MELAYU MELAYU BRUNEI

KEDAYAN

1.00

Count 2 31 26 4 77

% within generasi 2.4% 21.2% 54.1% 5.9% 100.0%

2.00

Count 3 38 18 0 70

% within generasi 4.7% 59.4% 28.1% 0% 100.0%

3.00

Count 15 79 22 0 121

% within generasi 12.4% 65.3% 18.2% 0.0% 100.0%

Total

Count

20

148

66

4

262

% within generasi 7.6% 56.5% 25.2% 1.5% 100.0%

Dari sudut bahasa

Page 23: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

23

Graf dari sudut generasi Penggunaan / Pemilihan Bahasa untuk berkomunikasi oleh 3 generasi

Analisis Data Akhir Dapatan dari persoalan terakhir ini lebih menyerlah dan nyata dari segi trend. Pada keseluruhannya, jawapan G1, G2 dan G3, menunjukkan bahawa BMSlah yang paling kerap digunakan mereka. Bahkan dalam komuniasi dan perbualan ini, peratus penggunaan untuk BMS naik dari 47% (untuk ‘Kerap’) kepada – 56.5% bagi komunikasi harian. Bahasa Melayu Brunei (BMB) jatuh ke kedudukan nombor dua sekali lagi, tetapi lebih teruk jatuhnya, iaitu dari 37% ke 25%. Perinciannya menunjukkan G1, golongan tua sahaja yang paling banyak berbual dan berkomunikasi dalam BMB, iaitu 54%. G2, iaitu generasi ibu bapa, cenderung mengikut trend G3, anak-anak mereka, daripada mengikut ibu bapa mereka dulu dari segi bahasa. Mereka menggunakan BMS _ 59.4% berbanding BMB 28%. Mereka pun kerap gunakan bahasa yang standard mungkin kerana mendapat pendidikan dalam bahasa yang lebih tinggi prestijnya. Seterunya G3 lah yang paling kerap berkomunikasi dalam BMS, 65%, berbanding dengan 18% BMB. Selain itu mereka banyak gunakan bahasa Inggeris. Gejala ini didapati berlaku dengan lumrah di kalangan masyarakat dan dwibahasaan Melayu-Inggeris di mana-mana saja seperti di Singapura dan Malayia. G3 hanya menggunakan BMB mungkin dengan nenek dan datuk mereka sahaja. Fakta ini mungkin lebih menyempitkan peranan dan fungsi BMB tetapi dalam masa yang sama, ia boleh dianggap positif dengan bertambah popular dan teraturnya proses kodifikasi BMSB kelak. Dalam kajian ini juga kelihatan bahawa bahasa puak jati Kedayan masih dapat dipertahankan kerana 2.5% menggunakannya; kebanyakan dari generasi datuk-nenek. Tetapi apakah ia dapat dipertahan daripada kepupusan seperti yang telah berlaku pada bahasa puak-puak lain menjadi satu tanda soal; kerana dalam data ini tiada langsung golongan G3, cucu-cucu yang kerap menggunakannya. Kemungkinan besar ia akan menerima nasib yang sama apabila datuk nenek meninggal dunia kelak.

Page 24: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

24

Penutup Dapatan kajian kecil dari kajian sosiolinguitik yang lebih besar tentang anjakan bahasa di Brunei memberi bukti lebih konkrit tentang anjakan bahasa yang telah berlaku dalam masyarakat Melayu pada amnya. Golongan muda kelihatan lebih egalitarian, telah dengan memilih Bahasa Melayu standard yang merentasi batas etnik, kaum dan puak atau ia telah boleh diungkap sebagai bersifat “pan Bruneian”. Di negara ini bahasa Melayu, walau berubah leksikon dan sintaksnya, insyaallah tidak berkemungkinan pupus atau dalam keadaan bahaya-pupus seperti dialek dan bahasa puak jati lainnya. Ini kerana ia disokong kerajaan (tonggak utama dalam falsafah ‘Melayu, Islam Beraja’) dengan penuh hati-hati dan ikhlas dengan tujuan mengangkat penuturnya ke arah kemajuan sambil mengekalkan identiti asal dan memperkuat bahasa Melayu sebagai sarana agama Islam. Maka peranan bahasa Melayu yang menjadi alat utama mengembangkan agama Islam di Nusantara sejak zaman berzaman itu akan menjadi semakin teguh dengan berkembangnya agama yang suci ini di kalangan puak-puak jati yang belum Islam. RUJUKAN Awang Sariyan. (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala

Lumpur: DBP. Asmah Hj. Omar. (1993). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Pustaka. Fatimah Awang Chuchu. (1996). The Palace Language og Brunei .in P. W. Martin, C. Ozog &

G. Poedjosoedarmo (Eds.), Language Use & Language Change in Brunei Darussalam (pp. 89 -104). Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies

Fishman, J. (1965). Language Maintenance and Language Shift as A Field of Inquiry. A

Definition of The Field and Suggestions for Its Further Development. The Modern Language Journal March 1965 Volume 49, Issue 3 Pages xvii–xvii, 143–204 Access 23 Dec 2015.

Clynes, Adrian. (2012). Dominant Language Transfer in Minority Language Documentation

Projects: Some Examples from Brunei. Language Documentation and Conservation Vol 6 (2012) pp. 253-267 http://nflrc.hawai.edu/Idc/; http://hdl.handle.net/10125/4539

Kamsiah Abdullah & Mardina Mahadi. 2016. Talking and Teaching from E-Stories: Analysis

of Conversations in Three Generation Families in Brunei. South East Asian SEA: A Multidisciplinary Journal. Volume 16 pp 28 – 38.

Kamsiah Abdullah. (2016). Politeness Strategies of Bruneian Malay Youths in Complimenet

Speech Acts. In The Use and Status of Language in Brunei Darussalam: A Kingdom of Unexpected Linguitic Diversity, Noor Azam Haji-Othman, McLellan, J. &Deterding, D.(Ed). Singapore: Springer.

Martin, P. W., & Poedjosoedarmo, G. (1996). An overview of the language situation in Brunei

Darussalam. In P. W. Martin, C. Ozog & G. Poedjosoedarmo (Eds.), Language use & language change in Brunei Darussalam (pp. 1-23). Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies.

Page 25: The Use of Standard Malay and Brunei Standard Malay in ...

25

McLellan, J, Noor Azam Haji-Othman, &Deterding, D. (2016). The Language Situation in Brunei Darussalam. In The Use and Status of Language in Brunei Darussalam: A Kingdom of Unexpected Linguitic Diversity. Singapore: Springer.

Noor Azam Haji-Othman, McLellan, J. &Deterding, D. (2016). The Use and Status of

Language in Brunei Darussalam: A Kingdom of Unexpected Linguitic Diversity. Singapore: Springer.

Noor Azam Haji-Othman & Siti Ajeerah. (2016). The tate of Indigenous Languages in Brunei.

In The Use and Status of Language in Brunei Darussalam: A Kingdom of Unexpected Linguitic Diversity, Noor Azam Haji-Othman, McLellan, J. &Deterding, D.(Ed). Singapore: Springer.

Northofer, B. (1991). “The Language of Brunei Darusalam” In Steinhauer (ed), Papers in

Pacific Linguitics. A-81 pp 151 -176. Canberra Australian National University.