TEORI BEHAVIORISME

20
KURSUS : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER : SEMESTER 2 INSTITUT : IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN SUBJEK : MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) TAJUK : TEORI BEHAVIORIS TOKOH PELOPOR John Broadus Watson Ivan Petrorich Pavlov (1849 – Edward Lee Thorndike (1874 Burrhus Frederic Skinner Unsur Berkaitan Pelaziman Klasik Tingkah laku

Transcript of TEORI BEHAVIORISME

Page 1: TEORI BEHAVIORISME

KURSUS : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL

SEMESTER : SEMESTER 2

INSTITUT : IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SUBJEK : MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103)

TAJUK : TEORI BEHAVIORIS

TOKOH PELOPOR

John Broadus Watson(1878 – 1958)

Ivan Petrorich Pavlov (1849 – 1936)

Edward Lee Thorndike (1874 – 1949)

Burrhus Frederic Skinner(1904 – 1990)

Cuba – ralat

Pelaziman Operan (Tabiat)

Unsur Berkaitan

Pengukuhan

Pelaziman Klasik (Emosi)Tingkah laku

Page 2: TEORI BEHAVIORISME

Pelaziman Klasik Pavlov

Sebelum Pelaziman Proses Pelaziman Selepas Pelaziman

Rangsangan tak terlazim (Makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)

TETAPI

Rangsangan neutral

(bunyi loceng)

Tiada gerak balas

(tiada perembesan)

Eksperimen

1. Bunyi loceng

2. Tunggu sementara

3. Diberikan makanan

4. Proses berulang-ulang

Rangsangan tak terlazim

(makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)

DAN

Rangsangan Terlazim

(bunyi loceng)

Gerak balas terlazim

(perembesan)

Teori Pembelajaran Behavioral

Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku

Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran

Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan

Page 3: TEORI BEHAVIORISME

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah:

GENERALISASI

Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

KONSEP LAIN PAVLOV

Generalisasi

Penghapusan

DiskriminasiPembelajaran Semula

Page 4: TEORI BEHAVIORISME

Diskriminasi

Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV

Page 5: TEORI BEHAVIORISME

Thorndike

Teori Pelaziman Operan Thorndike

Kajian : haiwan – ayam, kucing, anjing, monyet

Eksperimen : kotak ajaib

Eksperimen Kotak Ajaib

Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar

Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya ia dikurung semula ke dalam sangkar itu.

Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar – Kaedah cuba jaya

Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka

Page 6: TEORI BEHAVIORISME

Hukum Kesediaan

Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.

Hukum Latihan

Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

Hukum Kesan

Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE

Page 7: TEORI BEHAVIORISME

Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah:

· Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.

· Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.· Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

· Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar.· Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif,

fizikal dan afektif.

SKINNER

SKINNER BOX

Perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan

membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.

Kajian : Skinner Box

Tingkah laku binatang dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkod.

Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah

Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika

diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan

Page 8: TEORI BEHAVIORISME

Pengukuhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

Pengukuhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Pengukuhan Positif

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan

Pelajar kemukakan soalan dengan baik

Guru memuji pelajar

Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah

(a) memuji secara ikhlas,

(b) memuji dengan cepat,

(c) memuji tanpa pilih kasih,

(d) memuji usaha dan cuba jaya,

(e) memuji tingkah laku yang spesifik dan

(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

Page 9: TEORI BEHAVIORISME

Pengukuhan Negatif Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif.

Pengukuhan Negatif

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan

Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya

Guru menegur pelajar Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

Pengukuhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual pengukuhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual pengukuhan ini meliputi pengukuhan berterusan, pengukuhan berkala tetap, pengukuhan berkala berubah, pengukuhan berkala nisbah tetap dan pengukuhan berkala nisbah berubah.

Jadual Pengukuhan

Pengukuhan Maksud Contoh Bentuk GerakBalas

Tindakan apabilapeneguhan

diberhentikan

Peneguhan berterusan.

Peneguhan diberi selepas setiap gerak balas.

Menonton televisyen

Cepat memberi kesan.

Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat.

Peneguhan berkala tetap (fixed-interval)

Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan.

Kuiz mingguan Tahap gerak balas

meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan.

Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu.

Page 10: TEORI BEHAVIORISME

Peneguhan berkala berubah (var iab le- interval)

Peneguhan selepas jangka masa berubah- ubah.

Pop kuiz Pelajar akan lambat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan.

Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan.

Peneguhan berkala nisbah tetap (fixed-ratio)

Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan.

Kerja yang dibayar mengikut kadar.

Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan.

Tiada nilai peneguhan dimana peneguhan hilang nilainya bila kerap diberikan peneguhan yang sama.

Peneguhan berkalanisbah berubah (variableratio)

Peneguhan selepas beberapa bilangan gerak- balas yang berubah-ubah.

Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya.

Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walau pun peneguhan tidak diberikan.

Kekal tinggi.

Dendaan

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan.

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan

Pelajar membuat bising dalam kelas

Gurumemberi amaran kepada pelajar

Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Page 11: TEORI BEHAVIORISME

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).

Dendaan Persembahan Dendaan Penyingkiran

Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan.

Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik.

Prinsip Premack

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

Pelupusan

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:

· Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.· Peneguhan itu tidak lagi digunakan.· Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang

dengan serta merta.

Page 12: TEORI BEHAVIORISME

JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)

Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”.

Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.

Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.

Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk

Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

Watson ‘Little Albert Experiment’

Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning)

Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejut dan terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).

Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.

Kesimpulannya,

Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

PROSES PELAZIMAN

Page 13: TEORI BEHAVIORISME

Gerakbalas Semulajadi

Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim ) ketakutan

(Gerakbalas Tidak Terlazim)

Proses Berpasangan

Tikus (Ransangan Neutral ) + Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim

Ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)

Berlakunya Pembelajaran

Tikus (Ransangan Terlazim ) ketakutan (Gerakbalas Terlazim)

LATIHAN UJI MINDA

Page 14: TEORI BEHAVIORISME

1. Senaraikan prinsip-prinsip pembelajaran seperti yang

dinyatakan oleh Pavlov dalam bentuk peta minda.

- Generalisasi

- Diskriminasi

- Penghapusan

- Pembelajaran semula

2. Senaraikan kajian/eksperimen yang digunakan oleh

keempat-empat tokoh behaviorisme beserta nama tokoh

terbabit.

- Pavlov : Ujikaji Anjing

- Thorndike : Kotak Ajaib

- Skinner : Skinner Box

- Watson : Little Albert

3. Melalui eksperimen Little Albert, Thorndike berpendapat

bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan

antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response

(gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa

pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang

Page 15: TEORI BEHAVIORISME

disebut sebagai hukum pembelajaran. Nyatakan hukum-

hukum tersebut.

- Hukum Kesediaan

- Hukum Latihan

- Hukum Kesan

4. Menurut teori pelaziman operan Skinner, Skinner

membahagikan pengukuhan kepada dua jenis,

iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif.

Jelaskan kedua-dua pengukuhan yang telah

dinyatakan dalam teori beliau.

- Pengukuhan Positif : Merujuk kepada

peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku

disebabkan pemberian sesuatu rangsangan

berikutan gerakbalas yang ditunjukkan.

- Pengukuhan Negatif : Merujuk kepada

peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku

disebabkan penghapusan sesuatu rangsangan

aversif berikutan gerakbalas yang ditunjukkan.

Page 16: TEORI BEHAVIORISME

DISEDIAKAN OLEH

FATIN BINTI ITHNIN

NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI

SITI ZULAIHA BINTI ABD RAHMAN

PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL

SEMESTER 2

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Page 17: TEORI BEHAVIORISME