TCP IP.docx

28
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME IT-020-3:2013 COMPUTER SYSTEM OPERATION TAHAP / LEVEL L3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE CO6 COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY SET-UP NO DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO AND STATEMENT 1. Analyse computer network connectivity configuration specification 2. Carry out computer network connectivity configuration 3. Perform computer network connectivity test 4. Carry out computer network connectivity troubleshoot 5. Prepare computer network connectivity report NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of : 21 ILLIC ACADEMY (Management & Technical) NO 38-40, PERSIARAN MEDAN BERCHAM 7, PUSAT BANDAR BARU BERCHAM TIMUR, 31450 IPOH. KERTAS PENERANGAN

Transcript of TCP IP.docx

Page 1: TCP IP.docx

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

IT-020-3:2013 COMPUTER SYSTEM OPERATION

TAHAP / LEVEL L3

NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE

CO6 COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY SET-UP

NO DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO AND STATEMENT

1. Analyse computer network connectivity configuration

specification

2. Carry out computer network connectivity configuration

3. Perform computer network connectivity test

4. Carry out computer network connectivity troubleshoot

5. Prepare computer network connectivity report

NO. KOD / CODE NO.IT-020-3:2013-CO6/P(1/5) Muka Surat / Page : 1

Drp / Of : 21

ILLIC ACADEMY (Management & Technical)NO 38-40, PERSIARAN MEDAN BERCHAM 7,PUSAT BANDAR BARU BERCHAM TIMUR,31450 IPOH.

KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )

Page 2: TCP IP.docx

1. Alamat IP (IP Addressing)

Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Network ID dan Host ID.

Network ID umpama Jalan Utama, manakala Host ID merupakan alamat rumah

yang ada di dalam Jalan Utama tadi. Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan

kepada empat bahagian, iaitu setiap bahagian mempunyai 8 bit. Contoh 8 Bit

berbanding decimal.

8 bit

1 1 1 1 1 1 1 1

128 64 32 16 8 4 2 1

255 nilai decimal

Rajah 1 : Contoh bilangan bit

Ada 2 cara membaca alamat IP, iaitu cara binari dan decimal. Nombor binary

diwakili dengan nombor 0 dan 1, manakala Decimal diwakili dengan nombor 0

sehingga 9.

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 2Drpd/of : 21

BINARI NILAI BIT DECIMAL

00000000 0 0

00000001 1 1

00000011 1+2 3

00000111 1+2+4 7

00001111 1+2+4+8 15

00011111 1+2+4+8+16 31

00111111 1+2+4+8+16+32 63

011111111 1+2+4+8+16+32+64 127

111111111 1+2+4+8+16+32+64+128 255

Page 3: TCP IP.docx

Jadual 1 : Contoh penukaran inary kepada decimal

1.1Jenis Kelas Alamat (Address Classes)

1.2 Terdapat 5 jenis kelas alamat yang ada iaitu A, B, C, D dan E.

i. Kelas A bit pertama mesti bermula dengan 0

ii. Kelas B 2 bit mesti bermula dengan 10

iii. Kelas C 3 bit mesti bermula dengan 110

iv. Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1110

v. Kelas E 4 bit mesti bermula dengan 1111

1.3 Selain itu, julat kelas alamat juga dapat ditentukan atau dinilai seperti berikut :

i. Julat alamat Kelas A diantara 1 sehingga 126

ii. Julat alamat Kelas B diantara 127 sehingga 191

iii. Julat alamat Kelas C diantara 192 sehingga 223

iv. Julat alamat Kelas D diantara 224 sehingga 239

v. Julat alamat Kelas E diantara 240 sehingga 255

1.4 Walaubagaimanapun kita hanya dibenarkan menggunakan kelas dari jenis A, B

dan C sahaja. Alamat IP mempunyai 32 bit dan dipecahkan kepada 4 bahagian

yang mana setiap satu mempunyai 8 bit dan kita wakili setiap bahagian sebagai

w.x.y.z. Sekiranya alamat IP tersebut adalah191.254.253.13, w=191, x=254,

y=253, dan z=13 atau dalam bentuk binary adalah :

10111111.11111110.11111101.00001101=191.254.253.1

3

Rajah 3 : Contoh binari tukar pada decimal

Cara mengiranya adalah dengan nilai decimal kepada binary seperti ini :

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 3Drpd/of : 21

Page 4: TCP IP.docx

Start Program Accessories Calculator View Pilih dari Standard kepada Scientific

(Rujuk Jadual 2 Contoh penukaran binari kepada decimal). Kalau kita ambil nilai

decimal mengikut kedudukannya di dalam bentuk binary dan nilai 0 untuk binari 0.

191 = 10111111 = 128 + 0 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 1

254 = 11111110 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 0

253 = 11111101 = 128 + 64 + 32+ 16 + 8 + 4 + 0 + 1

13 = 00001101 = 0 + 0 + 0 + 0 + 8 + 4 + 0 + 1

Rajah 4 : Langkah pengiraan

Selain cara ini kita juga boleh menggunakan mesin kira (Calculator) yang

disediakan pada setiap perisian Windows.

Rajah 3 Cara penukaran decimal ke binari

Taip angka 191 dan lepas itu Klik pada butang Radio (Radio Button) pada Bin

(binari). Mesin kira boleh menukarkan format decimal kepada binary. Nilai 10111111

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 4Drpd/of : 21

Page 5: TCP IP.docx

akan dipaparkan. Lakukan seterusnya untuk 254. Tetapi jangan lupa Klik butang

Radio kepada Dec (Decimal) sebelum taip angka 254.

1.5. Alamat Kelas A (Class A)

Alamat IP dibahagi kepada 4 bahagian iaitu w, x, y dan z. Dimana setiap 1 huruf

akan diwakili dengan 8 bit. Undang-undang mengatakan bit yang pertama mesti 0

(pertama dari belah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula

dari 00000000 sehingga 01111111. Nilai binari kepada decimal :

DECIMAL BINARI

0 00000000

1 00000001

2 00000011

3 00000111

4 00001111

5 00011111

6 00111111

7 01111111

8 11111111

Rajah 4 : Menukarkan IP class A kepada binari

Dan seterusnya sehingga 126 = 01111110, 127 = 01111111 (ini nilai terakhir, sebab

bit yang pertama mesti 0 untuk IP kelas A)

Maka IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 tetapi nilai 0 merupakan network

number dan tidak boleh digunakan dan 127 merupakan local loop back (digunakan

untuk melakukan ujian terhadap diri sendiri seperti menggunakan arahan ping pada

alamat IP sendiri), juga tidak boleh digunakan. Oleh itu, IP kelas A bermula dari 1

sehingga 126.

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 5Drpd/of : 21

Page 6: TCP IP.docx

Sekiranya kita melihat alamat IP seperti ini 1.10.134.8 kita hanya tahu ianya di

dalam IP kelas A. Ini kerana pangkal 1 adalah di dalam IP kelas A. Begitu juga IP

130.233.222.32 berada di dalam IP kelas A.

1.6. Alamat Kelas B (Class B)

Undang-undang mengatakan 2 bit permulaaan mestilah 10 (dari sebelah kanan),

merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 10000000 sehingga

10111111. Nilai binari decimal adalah seperti berikut :

DECIMAL BINARI

128 10000000

129 10000001

130 10000010

131 10000011

132 10000100

133 10000101

134 10000110

135 10000111

136 10001000

Rajah 5 : Menukarkan IP class B kepada binari

Dan seterusnya sehingga 190 = 10111110, 191 = 10111111 (ini nilai terakhir, sebab

2bit permulaan mesti 10 untuk IP kelas B). Maka julat alamat IP kelas B bermula

dari 128 sehingga 191. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 155.76.76.8, nilai 155

menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas B.

1.7. Alamat Kelas C (Class C)

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 6Drpd/of : 21

Page 7: TCP IP.docx

Undang-undang mengatakan 3 bit permulaan mestilah 110 (dari sebelah kanan),

merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermuala dari 11000000 sehingga

11011111. Nilai binari kepada decimal merujuk seperti dibawah :

DECIMAL BINARI

192 11000000

193 11000001

194 11000010

195 11000011

196 11000100

197 11000101

198 11000110

199 11000111

200 11001000

Rajah 6 : Menukarkan IP class C kepada binary

Dan seterusnya sehingga 222 = 11011110, 223 = 11011111 (ini nilai terakhir, sebab

3 bit permulaan mesti 110 untuk IP kelas C). Maka julat alamat IP kelas C bermula

dari 192 sehingga 223. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 200.76.76.8, nilai 200

menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas C.

1.8. Alamat Kelas D (Class D)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1110 (dari sebelah kanan),

merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 11100000 sehingga

11101111. Nilai binari kepada decimal merujuk seperti dibawah :

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 7Drpd/of : 21

Page 8: TCP IP.docx

DECIMAL BINARI

224 11100000

225 11100001

226 11100010

227 11100011

228 11100100

229 11100101

230 11100110

231 11100111

Rajah 7 : Menukarkan IP class D kepada binari

Dan seterusnya sehingga 238 = 11101110, 239 = 11101111 (ini nilai terakhir, sebab

4 bit permulaan mesti 1110 untuk IP kelas D). Maka julat alamat IP kelas D bermula

dari 224 sehingga 239. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 230.76.76.8, nilai 220

menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas D.

1.9. Alamat Kelas E (Class E)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1111 (dari sebelah

kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 11110000

sehingga 11111111. Nilai binari kepada decimal merujuk seperti dibawah :

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 8Drpd/of : 21

Page 9: TCP IP.docx

DECIMAL BINARI

240 11110000

241 11110001

242 11110010

243 11110011

244 11110100

245 11110101

246 11110110

247 11110111

248 11111000

Rajah 8 : Menukarkan IP class E kepada binari

Dan seterusnya sehingga 254 = 11111110, 255 = 11111111 (ini nilai terakhir, sebab

4 bit permulaan mesti 1111 untuk IP kelas E). Maka julat alamat IP kelas D bermula

dari 240 sehingga 255. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 243.76.76.8, nilai 243

menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas E.

Nota :

Alamat IP yang dibenarkan untuk digunakan hanyalah IP kelas A, B dan C. IP kelas

D sering digunakan untuk multicast seperti yang digunakan di dalam protocol

OSPF. IP kelas E pula digunakan untuk ujian.

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 9Drpd/of : 21

Page 10: TCP IP.docx

2. SUBNET MASK

Di dalam protocol IP, selain memberikan alamat IP kita perlu juga mengisikan

ruangan Subnet Mask. Terdapat default subnet mask untuk setiap kelas.

IP Kelas A 255.0.0.0

IP Kelas B 255.255.0.0

IP Kelas C 255.255.255.0

Rajah 9 : Jenis subnet mask mengikut kelas

Sebagai contoh :

i. Alamat IP 10.100.10.1, default subnet mask adalah 255.0.0.0

ii. Alamat IP 191.254.1.23, default subnet mask adalah 255.255.0.0

iii. Alamat IP 192.168.3.1, default subnet mask adalah 255.255.255.0

Selain daripada default subnet mask yang dikhaskan untuk setiap kelas, IP kelas A

boleh menggunakan default subnet mask kelas B dan C. Manakala IP kelas B boleh

menggunakan default subnet mask kelas B dan C. Tetapi IP kelas C hanya boleh

menggunakan default subnet mask kelas C. Jangan guna IP kelas C dan default

subnet mask kelas A dan B.

Walaupun komunkasi berjaya dilakukan tetapi mengundang masalah apabila terdapat

dua jenis alamat IP digunakan. Jangan guna IP yang berakhir dengan nombor 0 dan

255. Seperti 192.168.10.0 dan 192.168.10.255 (untuk kelas C), 191.254.0.0 dan

191.254.255.255 (untuk kelas A). Sebab 0 merupakan nombor network dan 255

merupakan nombor broadcast. Jangan guna alamat IP lebih besar dari 255 sebab

nombor tersebut tidak wujud.

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 10Drpd/of : 21

Page 11: TCP IP.docx

Jadual 3 Alamat IP dan Subnet Mask

Merujuk kepada jadual diatas,

PC Fitry dan Safry boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Cara paling mudah

untuk memeriksa sama ada komunikasi dapat dilakukan hanya dengan menggunakan

arahan PING. Pada PC Fitry, arahan dibawah perlu dilakukan :

i. Ping 10.100.10.1

Ini dikenali sebagai ping local, biasakan ping alamat sendiri sebelum ping PC lain.

Sekiranya keputusan Berjaya. Maka pemacu NIC (Network Interface Card) dan

konfigurasi alamat IP adalah betul. Sekiranya keputusan gagal, maka kita perlu

memeriksa semula NIC, pemacu NIC dan konfigurasi alamat IP

ii. Ping 10.200.150.1

Kelas A

Kelas B

Kelas C

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 11Drpd/of : 21

Pengguna Alamat IP Subnet Mask

Fitry 10.100.10.1 255.0.0.0

Safry 10.200.150.1 255.0.0.0

Ah Chong 10.100.10.2 255.255.0.0

Mutusamy 10.100.150.2 255.255.0.0

Halimatus 10.101.10.3 255.255.0.0

Rabiatul 10.100.10.4 255.255.255.0

Ruzila 10.100.10.5 255.255.255.0

Page 12: TCP IP.docx

Ini dikenali sebagai ping remote. Sekiranya keputusan berjaya. Maka kedua-dua

PC dapat berkomunikasi. Sekiranya gagal, Safry perlu melakukan ping local untuk

memastikan pemacu NIC dan konfigurasi alamat IP adalah betul. Sekiranya ping

local menunjukkan hasil yang positif, maka kabel rangkaian mengalami

kepincangan.

iii. Seterusnya PC Ah Chong diletakkan di dalam hab (hub) yang sama. Keputusan

ping akan gagal kerana Ah Chong mempunyai subnet mask yang berbeza. PC

Mutusamy pun akan gagal berkomunikasi dengan PC Fitry dan Safry tetapi boleh

berkomunikasi dengan PC Ah Chong.

iv. Keputusan seterusnya PC Halimatus akan gagal berkomunikasi dengan semua PC.

Manakala PC Rabiatul dan Ruzila hanya boleh berkomunikasi antara satu sama

lain tetapi tidak boleh berkomunikasi dengan PC lain.

Kelas IP Pecahan Network dan Host

A network.host.host.host

B network.network.host.host

C network.network.network.host

Rajah 10 : Pecahan network dan host

Jadual 4 Menunjukkan pecahan terhadap Network dan host pada setiap kelas Network

merupakan nama jalan, manakala host pula adalah nombor rumah.

Sebagai contoh di dalam satu taman A perumahan :

i. Alamat IP 100.10.200.1. Nombor 100 permulaan adalah merupakan Jalan 100 dan

10.200.1 merupakan nombor rumah

ii. Alamat IP 100.200.230.10. Nombor 100 permulaan adalah merupakan Jalan 100

dan 200.230.10 merupakan nombor rumah. Kedua-dua PC berada di dalam jalan

yang sama (nombor network yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan.

Sebagai contoh alamat IP kelas B. Kita namakan Taman B.

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 12Drpd/of : 21

Page 13: TCP IP.docx

i.

Alamat IP 191.254.200.10. Nombor 191.254 merupakan nombor jalan dan 100.10 adalah

nombor rumah

ii. Alamat IP 191.254.200.20. Nombor 191.254 merupakan nombor jalan dan 200.20

adalah nombor rumah. Kedua-dua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor

network yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan.

Sebagai contoh alamat IP kelas C. Kita namakan Taman C.

i. Alamat IP 192.168.1.10. Nombor 192.168.1 merupakan nombor jalan dan 10

merupakan nombor rumah

ii. Alamat IP 192.168.1.20. Nombor 192.168.1 merupakan nombor jalan dan 20

merupakan nombor rumah. Kedua-dua PC berada di dalam jalan yang sama

(nombor network yang sama) makaberkomunikasi boleh dilakukan.

iii. Merujuk kepada jadual 3, PC Fitry dan Safry menggunakan default subnet mask

kelas A maka, nombor 10 adalah nombor jalan 100.10.1 merupakan nombor rumah

untuk Fitry dan 200.150.1. Kedua-dua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor

network yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan. Untuk memudahkan

kefahaman sila rujuk jadual 3

Pengguna Alamat IP Subnet Mask Network Host

Fitry 10.100.10.1 255.0.0.0 10 100.10.1

Safry 10.200.150.1 255.0.0.0 10 200.150.1

Ah Chong 10.100.10.2 255.255.0.0 10.100 10.2

Mutusamy 10.100.150.2 255.255.0.0 10.100 150.2

Halimatus 10.101.10.3 255.255.0.0 10.101 10.3

Rabiatul 10.100.10.4 255.255.255.0 10.100.10 4

Ruzila 10.100.10.5 255.255.255.0 10.100.10 5

Jadual 5 Pembahagian Network dan Host dari Jadual 1

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 13Drpd/of : 21

Page 14: TCP IP.docx

iv.

Merujuk Jadual 5, Fitry dan Safry mempunyai nombor network yang sama. Ah Chong dan

Mutusamy mempunyai nombor network yang sama. Rabiatul dan Ruzila mempunyai

nombor Network yang sama. Hanya PC yang berada di dalam jalan yang sama

(nombor network yang sama) barulah berkomunikasi boleh dilakukan.

v. Apabila nombor network bernilai 10. Maka alamat PC yang dibenarkan adalah

10.0.0.1 sehingga 10.255.255.254. Jumlah alamat IP adalah 16,777,214. Kiraannya

2^24 (dua kuasa 24) tolak 2 = 16,777,214 (16 juta)

vi. Nombor network 10.100.10, alamat PC yang dibenarkan adalah 10.100.10.1

sehingga 10.100.10.254. Jumlah alamat IP adalah 254. Kiraannya 2^8 (dua kuasa

8) tolak 2 = 254

vii. Kalau semua PC di dalam Jadual 3 ditukar default subnet mask kelas A, kesemua

PC akan dapat berkomunikasi kerana mempunyai nombor network yang sama. Sila

rujuk jadual 4.

Pengguna Alamat IP Subnet Mask Network Host

Fitry 10.100.10.1 255.0.0.0 10 100.10.1

Safry 10.200.150.1 255.0.0.0 10 200.150.1

Ah Chong 10.100.10.2 255.255.0.0 10 100.10.2

Mutusamy 10.100.150.2 255.255.0.0 10 100.150.2

Halimatus 10.101.10.3 255.255.0.0 10 101.10.3

Rabiatul 10.100.10.4 255.255.255.0 10 100.10.4

Ruzila 10.100.10.5 255.255.255.0 10 100.10.5

Jadual 6 Menukar default subnet mask

2.1. Kelebihan Melakukan Subnetting

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 14Drpd/of : 21

Page 15: TCP IP.docx

i.

Mengurangkan trafik di dalam rangkaian – Setiap tambahan PC akan menyebabkan

penambahan trafik di dalam sistem rangkaian

ii. Optima prestasi rangkaian – dengan kurangnya trafik, prstasi rangkaian mencapai

prestasi maksima.

iii. Mudah dikendalikan – Lebih mudah mengendalikan sekiranya berlakunya

kepincangan.

3. Workstation (Stesen Kerja)

Keadaan di mana beberapa komputer dihubungkan melalui rangkaian kawasan

setempat (LAN). Peranti computer di dalam rangkaian pula seperti workstation,

pencetak dikenali sebagai NODES. Sebuah workstation yang tipikal dilengkapi dengan

network card, networking software dan beberapa kabel. Workstations tidak semestinya

memerlukan floppy drives atau hard disk drives kerana fail-fail boleh disimpan dalam file

server. Kebanyakan komputer boleh berfungsi sebagai workstation. Perkakasan

antaramuka (interface hardware) workstation pula dikenali sebagai ADAPTER.

Manakala ‘networking adapters’ biasanya dikenali sebagai Network Interface Cards @

NICS. NICS akan membahagikan data di dalam bentuk FRAMES atau PACKETS

4. Network Interface Card (NIC) / Kad Rangkaian

Kad rangkaian (NIC) menyediakan sambungan fizikal diantara rangkaian dan komputer.

Kebanyakkan NIC menggunakan anataramuka PCI, dimana ia perlu dimasukkan ke

dalam slot PCI diatas papan induk (motherboard). Laptop atau notebook menggunakan

built-in NIC. Kad rangkaian merupakan factor utama yang menentukan kelajuan dan

prestasi sesebuah rangkaian. Oleh itu, dicadangkan supaya pilihlah kad rangkaian yang

cepat/laju yang terdapat dipasaran. Kelajuan kad rangkaian yang terdapat dipasaran

adalah 10Mbps,100Mbps,10/100Mbps dan 1000Mbps (1Gbps). Terdapat 3 jenis

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 15Drpd/of : 21

Page 16: TCP IP.docx

perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad Enthernet, LocalTalk connectors dan token

rings cards.Mengikut kajian yang dijalankan oleh International Data Corporation, kad

Enthernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk.

4. IP Address

Setiap host atau computer memerlukan alamat IP bagi membolehkan ia disambungkan

ke sesuatu rangkaian ataupun Internet. Alamat IP yang yang ditetapkan mestilah unik

bagi setiap host didalam sesuatu LAN. Alamat IP boleh ditetapkan secara manual atau

automatic dengan menggunakan DHCP server. Situasi Alamat IP konflik akan berlaku

sekiranya dua host secara tidak sengaja ditetapkan dengan alamat IP yang sama. Ia

akan menyebabkan host-host tersebut mengalami masalah rangkaian.

4.1 Penggunaan Alamat IP

Rajah 11 : Proses alamat IP dijalankan Rajah 12 : Alamt IP

conflict

Alamat Internet Protocol (Internet Protocol address) atau ringkasnya IP address juga

dikenali sebagai logical address. Ini kerana IP address pada setiap host boleh ditukar

kepada sebarang nilai lain pada bila-bila masa sekiranya perlu. IP address yang biasa

digunakan adalah didalam format dotted decimal. Ianya terdiri dari empat nombor

(octet) yang dipisahkan oleh period atau dot. Rajah 4 menunjukkan satu network yang

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 16Drpd/of : 21

Page 17: TCP IP.docx

terdiri dari host bernama PC01, PC02 dan PC03. Ketiga-tiga host tersebut

menggunakan IP address yang berlainan.

Gambarajah 5 pula menunjukkan satu rangkaian di mana berlakunya IP address

conflict di antara PC02 dan PC03. Salah satu dari computer ini akan mengalami

masalah rangkaian sehinggalah IP address yang sesuai ditetapkan pada salah satu

darinya.

5. TCP/IP Transmission Control Protocol / Internet Protocol

Digunakan dalam komunikasi

5.1. IP Address

Alamat IP (Internet Protocol Address atau sering disingkat IP) adalah deretan angka

inary antar 32-bit hingga 128-bit yang dipakai sebagai alamat pengenalan untuk tiap

komputer host dalam rangkaian Internet. Panjang dari angka ini adalah 32-bit (untuk

Ipv4 atau IP versi 4), dan 128-bit (untuk Ipv6 atau IP versi 6) yang menunjukkan alamat

dari komputer tersebut pada rangkaian Internet berasaskan TCP / IP.

Rajah 13 : Pengiraan IP address

5.2. IPv4

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 17Drpd/of : 21

Page 18: TCP IP.docx

Terbahagi kepada 2: Public Address Private Address

i. Public Address

ISP (Internet Servis Provider) (TM) IP yang dibekalkan oleh pembekal internet (TM)

S

ii. Private Address

Untuk kegunaan dalaman sahaja. IP yang hanya digunakan didalam sesebuah oraganisasi sahaja. Pengguna diluar organisasi tidak boleh mengaskses kedalam IP ini.

iii. Kelas2 IP address:- 1. A - 10 . 0 . 0 . 02. B - 172.16 . 0 . 03. C - 192.168. 0 . 0

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 18Drpd/of : 21

Page 19: TCP IP.docx

Rajah 14 : Jenis kelas bg IP address

Subnet mask mekanisma pengiraan untuk mengetahui bilangan network atau host.

Class A 10 . 1 . 1 . 0 Subnet mask 255 . 0 . 0 . 0Network 10 . 0 . 0 . 0Host 0 . 0 . 0 . 0

Class B 128 . 122 . 5 . 1 Subnet mask 255 . 255 . 0 . 0Network 128 . 122 . 0 . 0 Host 0 . 0 . 5 . 1

Class C 192 . 168 . 3 . 1 Subnet mask 255 . 255 . 255. 0Network 192 . 168 . 3 . 0Host 0 . 0 . 0 . 1

Rajah 15 : Contoh subnet mask

Pengertian gateway

Gateway adalah komputer yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah network interface untuk menyambung 2 buah rangkaian atau lebih.

Pengertian Subnet Mask

Subnet mask adalah istilah teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada nombor perduaan 32 bit yang digunakan untuk membezakan network ID dengan host ID, menunjukkan letak suatu host, apakah berada di rangkaian tempatan atau rangkaian luar.

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 19Drpd/of : 21

Page 20: TCP IP.docx

Pengertian Domain Name System (DNS)

DNS adalah singkatan dari Domain Name System, DNS itu adalah nama sebuah sistem pangkalan data yang dibuat untuk memenuhi keperluan komputer, perkhidmatan atau sumber-sumber yang bersambung ke rangkaian internet atau rangkaian komputer peribadi. Fungsi DNS adalah menterjemahkan nama domain (contoh: www.google.com) menjadi IP address (74.125.93.105), kita tentu lebih mudah mengingat nama domain suatu tapak berbanding IP address-nya

Digunakan untuk carian nama komputer (name resolution) di rangkaian yang mengunakan TCP / IP (Transmission Control Protocol / Internet Protocol). DNS biasa digunakan pada aplikasi yang dihubungkan ke Internet seperti pelayar web atau e-mail, dimana DNS membantu memetakan host name sebuah komputer ke IP address.

Pengertian Broadcast

Alamat ini digunakan untuk menghantar / menerima maklumat yang perlu diketahui oleh seluruh host yang ada pada suatu rangkaian. Seperti diketahui, setiap paket IP mempunyai header alamat tujuan berupa IP Address daripada tuan rumah yang akan dituju oleh pakej tersebut. Dengan adanya alamat ini, maka hanya host tujuan saja yang memproses pakej tersebut, sedangkan tuan rumah lain akan mengabaikannya.

Pengertian Ip Network

Segmen rangkaian, dengan kata lain boleh disebut juga sebagai pengelompokan suatu rangkaian dengan batasan yang dibuat dan ditakrifkan oleh router. Dalam satu rangkaian LAN maka IP Network tentu akan sama.

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-CO6/P(1/5)Muka Surat / Page : 20Drpd/of : 21