sepak bulu ayam

download sepak bulu ayam

of 15

Transcript of sepak bulu ayam

Permainan Tradisional (Sepak Bulu Ayam)

PengenalanoIa juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh. oPermainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. oSekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin.

oSekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri daripada beberapa orang boleh dibentuk. oPermainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

SejarahAsal : China (Dinasti Han [206BC220AD]) Dikenali sebagai Jianzi@Ti Jianzi (ti= kick, jianzi= little shuttlecock) Asal permainan : Cuju

Membuat Bulu AyamBahan asas: o Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). o Sebatang paku sederhana besar, o Kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat o Getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.

oBeberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi ditengah-tengahnya. oBeberapa helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan kemas. oJika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara bermaino Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. o Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. o Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.

oPemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. oSepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

oJumlah timbangan tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan akan dikira. oPemain yang kalah akan dikenakan denda. oPemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali (syarat dendaan).

Cara Bermain

Kawasan Permainan

Borang Pemarkahan