Senarai Barang Serbaneka
Transcript of Senarai Barang Serbaneka
1
LIST OF TAXABLE GOODS AND NON TAXABLE GOODSSENARAI BARANG BERCUKAI DAN BARANG TIDAK BERCUKAI
BARANGSERBANEKASUNDRY GOODSEDISI KETIGA
2
LIST OF TAXABLE GOODS AND NON TAXABLE GOODSSENARAI BARANG BERCUKAI DAN BARANG TIDAK BERCUKAI
BARANGSERBANEKASUNDRY GOODSEDISI KETIGA
01 Disember 2015
3
SEKALUNG PENGHARGAANTIMBALAN MENTERI KEWANGAN
Assalamualaikum W.T.B, selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa
Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia yang telah bermula pada 1 April 2015 merupakan salah satu Program Transformasi Kerajaan ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Walaupun berdepan dengan keadaan sukar di awal pelaksanaan sistem GST ini, Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan untuk melaksanakan GST ini adalah tepat pada masanya. Sistem percukaian baharu ini telahpun menunjukkan perkembangan positif dalam pertumbuhan ekonomi negara sungguhpun baru melewati tempoh lapan bulan pelaksanaannya.
Penerangan secara berkesan perlu diteruskan dan diperhebatkan lagi agar rakyat memahami bahawa tidak semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST. Terdapat beberapa barangan asas kehidupan seharian rakyat telah diberikan kadar sifar GST. Justeru, penerbitan Buku Panduan Barang Serbaneka edisi ketiga ini adalah amat dialu-alukan bagi membantu rakyat mengenal pasti barang yang bercukai dan barang yang tidak bercukai. Saya turut berharap agar para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya dengan pelaksanaan GST. Jadikanlah buku ini sebagai rujukan.
Syabas, tahniah dan sekalung penghargaandiucapkan kepada Jabatan Kastam DirajaMalaysia atas penerbitan buku panduanedisi ketiga ini.
Sekian, terima kasih.
DATUK JOHARI ABDUL GHANITimbalan Menteri Kewangan
4
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Salam 1 Malaysia dan salam 1 Kastam.
Alhamdulillah, GST yang berkuatkuasa mulai 1 April 2015 telah berjalan dengan baik. Pelaksanaan GST ini adalah sangat signifikan dalam arus transformasi kerajaan ke arah sistem percukaian yang lebih sistematik dan teratur demi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah perundangan GST bukan semua barangan tertakluk kepada GST khususnya barangan keperluan asas bagi rakyat Malaysia yang dikenakan pada kadar sifar (0%).
Bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan peniaga, pembeli dan pengguna serta bagi membanteras aktiviti menaikkan harga barang kononnya akibat GST, maka Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menerbitkan buku panduan ringkas Edisi Pertama dan Edisi Kedua (dalam portal GST) masing-masing pada Januari dan Ogos 2015 yang menyenaraikan senarai barang serbaneka (sundry goods) bercukai mahupun tidak bercukai. Fokus diberi kepada barang serbaneka ini kerana terdapat kedai-kedai serbaneka menghadapi kesukaran menentukan barangan jualan mereka samada perlu dikenakan GST atau pun tidak. Lanjutan daripada itu, JKDMsekali lagi mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku panduan edisi kedua (dalam portal GST) dan edisi ketiga (bercetak dan dalam portal GST) ini agar dapat memberi panduan terkini kepada para peniaga kedai serbaneka di samping memberi manfaat kepada pembeli dan pengguna dalam konteks membeli belah. Bersama-samalah membantu JKDM untuk membangunkan negara dengan menyokong sepenuhnya pelaksanaan GST ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Khazali Bin Haji AhmadKetua Pengarah Kastam Malaysia
SEKILAS KATAKETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA
5
Selamat sejahtera dan salam 1 Kastam...
GST adalah sistem percukaian yang lebih telus, mantap dan dinamik dalam memenuhi aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berekonomi tangkas. Pelaksanaannya yang berkuatkuasa mulai 1 April 2015 kini semakin difahami dan diterima oleh pelbagai lapisan dan etnik masyarakat.
Dalam menjalani kehidupan harian, masyarakat dan juga pengguna sentiasa berdepan dengan pelbagai jenis barang yang dijual di merata tempat sebagai suatu keperluan atau kehendak mereka. Makanya, tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah untuk memudahkan urusan perniagaan dalam mengenal pasti barang yang dikenakan GST dan barang yang tidak dikenakan GST. Buku panduan edisi ketiga ini merupakan lanjutan daripada keluaran pertama dan kedua dengan beberapa pindaan penting agar selari dengan pindaan perundangan GST yang sentiasa dikemaskini demi kesejahteraan rakyat mahupun peniaga.
Walau bagaimanapun penetapan kadar-kadar ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan, dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Subromaniam TholasyTimbalan Ketua Pengarah Kastam(Perkastaman & GST)
SETITIP KATATIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM(PERKASTAMAN & GST)
6
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, selamat sejahtera, salam 1 Kastam dan salam sehati sejiwa...
Pelaksanaan GST di seluruh Malaysia mulai 1 April 2015 yang lalu kini sudah menjangkau masa lebih enam bulan. Dalam tempoh ini pelbagai inisiatif telah diambil untuk menambahbaik mekanisme pelaksanaan supaya sistem percukaian ini lebih telus, mantap dan dinamik dalam memenuhi aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berekonomi tangkas.
Berbicara mengenai GST, adalah berkait rapat dengan barang atau perkhidmatan. Bukan semua barang tertakluk di bawah GST. Justeru, buku ini adalah sebagai panduan untuk kita mengetahui kadar GST bagi pelbagai jenis barang dalam melaksanakan urus niaga mahupun sebagai pengguna. Untuk makluman, terbitan senarai yang dicetak ini merupakan edisi yang ketiga selepas edisi yang kedua yang hanya dipamerkan dalam laman web GST. Senarai barang dalam buku ini secara amnya disusun mengikut kategori barang bagi memudahkan carian.
Harapan saya agar semua pihak terus memberi sokongan dan mematuhi perundangan, peraturan dan prosedur GST yang dikuatkuasakan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Hj. Zulkifli bin YahyaPengarah Bahagian GSTIbu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia
SECARIK HARAPANPENGARAH BAHAGIAN GST
7
1
BARANGAN RUNCIT(GROCERY)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
2
3
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
4
5
6* Split And Skinned Only
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
Berkuatkuasa mulai 1.1.2016
7
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
8
9
10
11
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
12
13
14
15
16
17
(Berkuatkuasa mulai 1.1.2016)
18
19
20
MAKANAN DAN MINUMAN
(FOOD AND BEVERAGES)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
21
22
23
24
BUAH-BUAHAN& SAYUR-SAYURAN
(FRUITS AND VEGETABLES)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
25
26
27
28
29
KECANTIKANDAN KESIHATAN
(BEAUTY AND HEALTH)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
30
31
32
33
34
35
PERALATANRUMAH
(HOUSEHOLD)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
36
37
38
39
40
41
42
PERKAKASAN(HARDWARE)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
43
44
45
46
47
48
49
50
PERKAKASAN DAPUR(KITCHEN WARE)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
51
52
53
54
PAKAIAN, KASUT,BEG DAN AKSESORI(GARMENT, FOOTWEAR, BAG
& ACCESSORIES)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
55
56
57
UBAT-UBATAN(MEDICINE)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
Senarai yang disediakan ini adalah berdasarkan pindaan sehingga 2015 sahaja. Untuk pindaan terkini sila rujuk pindaan 2016 pada Senarai Ubat Penting
Kebangsaan Kementerian Kesihatan Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan di bawah Butiran 2, Jadual Pertama, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014
58
59
60
61
62
63
64
65
66
BUKU DAN ALAT TULIS(BOOKS AND STATIONERY)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
67
68
69
70
71
72
73
74
75
ALAT PERMAINAN(TOY & GAMES)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
76
77
78
79
80
81
BARANGAN HAIWAN(PETS)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
82
83
LAIN-LAIN(OTHERS)
Senarai Barang Bercukai Dan Barang tidak Bercukai
84
85
86
www.gst.customs.gov.my
SENARAI BARANG BERCUKAI DAN BARANG TIDAK BERCUKAI
ISBN 978-983-41796-1-8