Rph Macro Azura Latest
-
Upload
nor-azura-mohamad -
Category
Documents
-
view
277 -
download
0
Transcript of Rph Macro Azura Latest
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
1/37
1
KURSUS:
KPD 3026
GROUP: EL-B38
PENSYARAH: PROFESOR DR. KAMARULZAMAN BIN KAMARUDDINTAJUK TUGASAN:
TUGASAN A : BAHAGIAN 2
MAKROPENGAJARAN
- RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN( 10 MARKAH )
- REFLEKSI MAKROPENGAJARAN( 10 MARKAH )
NAMA & No. Matrik:
NOR AZURA BINTI MOHAMAD
20102046541
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
2/37
2
ISI KANDUNGANTAJUK MUKA SURAT
Isi kandungan 2
Rancangan Pengajaran Harian 3 - 4
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran 5 - 9Refleksi Makropengajaran 10 - 20
Lampiran
- Bahan Bantu Mengajar
- Lembaran Kerja
- CD Rakaman Makropengajaran
22 35
36
37
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
3/37
3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran Pendidikan Muzik
Tahun Dua
Kelas Jujur
Tarikh 16 November 2011
Masa 9.00 9.30 pagi
Bilangan pelajar 24 orang
Bidang Persepsi Estetik
Objektif Pembelajaran Mengenal tempo cepat dan lambat dengan betul.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Domain Kognitif : Murid dapat membezakan tempo cepat dan
lambat dengan betul berdasarkan kad ikon
yang ditunjukkan.
Domain Psikomotor : Murid dapat menyanyi lagu Mari Menari
mengikut tempo cepat dan lambat dengan betul.
Domain Afektif : Murid bekerjasama di antara satu sama lain
semasa menjalankan aktiviti nyanyian.
Konsep Utama Tempo tempo cepat dan tempo lambat
Kaedah Pengajaran Teori Taksonomi Bloom
Pengetahuan sedia ada Murid mengenali pergerakan haiwan berdasarkan pada kad ikon yang
ditunjukkan.
Bahan Bantu Mengajar 1. CD Lagu Mari Menari
2. Radio
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
4/37
4
3. Komputer riba (Laptop)
4. LCD
5. Kad Ikon
- gambar arnab ( tempo cepat )
- gambar kura-kura ( tempo lambat )
6. Topeng arnab dan kura-kura
7. Lirik Lagu Mari Menari
8. Lembaran kerja
Penggabungjalinan Bahasa Melayu & Sivik Kewarganegaraan
Nilai-Nilai Murni Berdisiplin, bekerjasama, bersunguh-sungguh, tekun dan prihatin.
Langkah Berjaga-jaga Mengelakkan murid berebut-rebut semasa menyanyi mengikut kad ikon
yang ditetapkan.
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
5/37
5
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah /
Fasa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran
PenilaiaAktiviti guru Aktiviti murid
Set Induksi
( 5 minit )
Fasa 1 :
Mengcungkil
Idea
Penjanaan idea
berdasarkan slaid
yang ditayangkan.
Mencungkil ideamurid di mana
murid diberi
peluang
menyatakan idea
dan pengetahuan
baru murid
berdasarkan
petikan cerita yangdibaca oleh guru
iaitu Kisah Arnab
dan Kura-Kura
untuk
memperlihatkan
1.Guru menayangkan slaid
yang menunjukkan gambar
arnab dan kura-kura
kepada murid.
2. Guru meminta dua orang
murid untuk melakonkan
watak arnab dan kura-kura
dengan memakai topeng
yang diberikan oleh guru
berdasarkan petikan cerita
yang dibaca oleh guru.
3.Guru bersoal jawab
dengan murid haiwan
1.Murid memberikan
perhatian dengan
melihat serta
mengamati gambartersebut dengan teliti
dan menjawab soalan
yang diajukan oleh
guru berdasarkan
situasi gambar.
2. Murid mendengar
arahan guru dengan
melakonkan watak
seperti yang
dikehendaki.
3.Murid menjawab
soalan guru
Member
tumpuan/fo
Laptop
LCD
Tayanga
slaid
Topeng arn
Topeng ku
kura
Soal
jawab/pand
gan
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
6/37
6
perbezaan antara
pergerakan cepat
dan lambat pada
kedua-dua haiwan
tersebut.
apakah yang paling pantas
bergerak berdasarkan
petikan cerita yang telah
dibaca oleh guru.
berdasarkan petikan
cerita tersebut.
Langkah 1
( 3 minit )
Fasa 2 :
Menstruktur /
Menstruktur
Semula Idea
Membuat
penaksiran secara
berterusan melalui
latihan meniup lilin
untuk latihan
pernafasan dan
membuat latihan
teknik vokal
dengan
menggunakan
solfa Do, Mi, So
berdasarkan
panduan dan
bimbingan guru.
1.Guru meminta murid
memberikan perhatian dan
mendengar arahan.
2. Guru menayangkan slaid
yang menunjukkan seorang
budak sedang meniup lilin
untuk latihan pernafasan.
3. Guru meminta murid
berdiri dan memberi
tumpuan.
4. Guru memberikan
arahan kepada murid untuk
sesi latihan pernafasan
menggunakan kaedah
tunjukcara meniup lilin.
4. Guru membuat
demontrasi teknik vokal
dengan menyebut solfa
1.Murid memberikan
tumpuan dan
mendengar arahan
yang diberi.
2. Murid menonton
slaid tersebut dengan
penuh perhatian.
3. Murid berdiri dan
memberikan perhatian
terhadap guru.
4. Murid memulakan
sesi meniup lilin
dengan bimbingan
guru.
4. Murid menyebut
solfa Do, Mi, So
dengan bimbingan
guru.
Mematuh
arahan gu
Tayanga
slaid
Bekerjasam
Lilin
Patuh pad
arahan gu
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
7/37
7
mengikut kaedah Kodaly -
Do, Mi, So yang
dinyanyikan oleh guru
secara menaik dan
menurun mengikut kibod
yang dimainkan oleh guru.
Aktif
Kibod
Langkah 2
( 5 minit )
Fasa 2 :
Menstruktur /
Menstruktur
Semula Idea
Membuat
penaksiran secara
berterusan
berdasarkan
langkah-langkah di
mana guru
memperdengarkan
lagu Mari Menari
kepada murid.
Membimbing
murid untuk
membaca lirik lagu
secara berirama
baris demi baris
Membimbing
murid untuk
menyanyikan lagu
secara baris demi
baris dengan
iringan muzik.
1.Guru meminta murid
mendengar lagu Mari
Menari melalui CD lagu
yang disediakan.
2. Guru memaparkan skor
lirik lagu Mari Menari di
dalam slaid yang telah
disediakan.
3. Guru membimbing murid
membaca lirik lagu secara
baris demi baris dengan
sebutan yang betul dan
tepat.
4. Guru membimbing murid
menyanyi lagu Mari Menari
dengan iringan muzik.
1. Murid mendengar
lagu tersebut dengan
teliti.
2. Murid memberi
tumpuan dan
membaca lirik lagu
secara senyap.
3.Murid membaca lirik
lagu dengan
bimbingan guru.
4.Murid menyanyikan
lagu dengan
bimbingan guru.
CD lagu
Radio
Slaid Skor L
Lagu Ma
Menari
LCD
Laptop
Fokus
Aktif
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
8/37
8
Langkah 3
(5 minit)
Fasa 3 :
Aplikasi Idea
Mencabar dan
mengembangkan
kefahaman murid
terhadap konsep
melalui proses
mengaplikasikan
kefahaman tempo
cepat dan lambat
berdasarkan kad
ikon yang telah
disediakan.
1.Guru memperkenalkan
kad ikon iaitu Arnab dan
Kura-kura.
2.Guru membuat
demontrasi pergerakan dan
nyanyian lagu Mari Menari
dengan menggunakan kad
ikon bagi menunjukkan
nyanyian tempo cepat dan
lambat.
3.Guru meminta murid
menyanyi lagu Mari Menari
dengan mengikut tempo
cepat dan lambat
berdasarkan kad ikon yang
ditunjukkan oleh guru.
1. Murid mendengar
dan memberi
tumpuan dengan teliti.
2.Murid melakukan
pergerakan mengikut
tempo cepat dan
lambat berdasarkan
kad ikon. Murid juga
mendengar nyanyian
guru dengan penuh
tumpuan.
3.Murid melakukan
aktiviti nyanyian
mengikut tempo cepat
dan lambat
berdasarkan ikon
yang ditunjukkan oleh
guru.
Aktif
Bekerjasam
Kad ikon
Fokus
Gembira
Langkah 4 :
Aplikasi idea
( 8 Minit )
Mencabar dan
mengembangkan
kefahaman
konsep murid
melalui proses
mengaplikasikan
kefahaman tempo
1.Guru meminta murid
mendengar arahan guru
selanjutnya.
2. Guru menayangkan slaid
kepada murid yang
1.Murid mendengar
arahan guru dengan
teliti.
2. Murid melihat slaid
tersebut dengan
Laptop
LCD
Tayanga
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
9/37
9
cepat dan lambat
melalui gerakan
perkusi badan dan
juga membuat
pergerakan
mengikut lirik lagu.
mengandungi beberapa
gerakan perkusi badan.
3.Guru membuat tunjukcara
gerakan perkusi badan
secara cepat dan lambat
kepada murid.
4. Membahagikan murid
kepada dua kumpulan iaitu
lelaki dan perempuan untuk
melakukan aktiviti gerakan
mengikut lirik lagu dengan
iringan muzik.
penuh tumpuan.
3. Murid mengikut
guru membuat
gerakan secara cepat
dan lambat.
4. Murid dikehendaki
mencari pasangansecara berdua dan
membuat pergerakan
mengikut lirik lagu
dengan iringan muzik.
slaid
CD lagu
Radio
Member
tumpuan
Bekerjasam
Gembira
Langkah
Penutup
(4 minit )
Fasa 4 :
Refleksi /
Penutup
Membuatkesimpulan
berdasarkan
pengalaman
pembelajaran
mereka melalui
aktiviti yang telah
dijalankan.
Penjanaan idea
dapat diperolehi
oleh murid dengan
membuat latihan
melalui lembaran
1. Guru meminta muridduduk dan mendengar
arahan guru seterusnya.
2. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang
pembelajaran mereka pada
hari ini.
3.Guru bertanya sama ada
1. Murid duduk danmendengar arahan
guru dengan teliti.
2.Murid menjawab
dan memberi
pandangan mereka
berdasarkan apa yangtelah mereka pelajari
pada hari ini.
3. Murid menjawab
Fokus /Member
tumpuan
Soaljawa
Member
pandanga
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
10/37
10
kerja. murid seronok melakukan
aktiviti ini dan berpuas hati
dengan persembahan yang
telah mereka lakukan.
4.Guru meminta murid
mendengar arahan guru
untuk aktiviti yang terakhir.
5.Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
setiap murid dan meminta
mereka duduk dalam
keadaan senyap.
6.Guru mengingatkan muriduntuk menjawab latihan
tersebut dirumah dan
latihan ini sebagai satu
kerja rumah.
soalan dari guru.
4.Murid mendengar
dengan teliti.
5.Murid menerimalembaran kerja dan
duduk dalam keadaan
senyap.
6.Murid faham
dengan arahan guru.
Gembira
Lembara
kerja
Fokus
REFLEKSI MAKROPENGAJARAN
1.0 PENDAHULUAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan dari saya.
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
11/37
11
Saya memanjatkan rasa bersyukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya melakukan
rakaman video mackropengajaran ini mengikut tempoh yang ditetapkan. Walaupun banyak
halangan yang melanda, saya berjaya mengatasinya dengan baik. Syukur Alhamdulillah.
Sejurus mendapat tugasan ini, timbul debaran di hati saya dan banyak persoalan telah mula
bermain di fikiran saya iaitu adakah saya mampu melaksanakannya kerana risau dengan
tugasan yang banyak menanti. Pada bulan tersebut sudah pastilah dipenuhi dengan beban
kerja yang banyak di mana saya sebagai guru kelas agak sibuk dengan pemulangan dan
pemberian buku teks kepada murid-murid saya. Saya juga perlu menyiapkan penandaan soalan
Peperiksaan Akhir Tahun kerana markah yang diperolehi akan diberikan kepada guru kelas
untuk dimasukkan ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah kerana pihak Kementerian
Pelajaran telah menetapkan tempoh masa supaya guru kelas dapat memasukkan data
pemarkahan murid. Jika saya lewat memberi markah ini akan menimbulkan kesulitan kepada
guru kelas dan ini juga akan menyebabkan timbulnya pandangan negatif dari rakan setugas
serta pihak pentadbir sekolah yang akan menganggap saya ini tidak bertanggungjawab.
Tambahan pula pada hujung tahun ini saya kebiasaannya terlibat dengan latihan untuk
persembahan murid sempena Hari Kecemerlangan Sekolah. Sebab itulah makropengajaran ini
terpaksa dijalankan pada minggu akhir sesi persekolahan.
Sepatutnya saya menjalankan makropengajaran ini pada hari Isnin iaitu 14 November 2011,
tetapi terpaksa ditunda ke hari lain kerana pada hari tersebut saya mengalami demam yang
agak teruk. Doktor telah memberikan cuti sakit kepada saya selama dua hari. Saya berasa
amat kecewa kerana apa yang dirancang tidak dapat dibuat. Allah itu Maha Berkuasa, mungkin
ada hikmah disebalik kejadian ini. Jika dilihat pada rakaman video ini menunjukkan saya tidak
begitu cergas dan semangat semasa mengajar kerana saya baru saja pulih dari demam. Hanya
tarikh itu saja yang sesuai iaitu 16 November 2011 dijalankan rakaman video kerana keesokkan
harinya sekolah saya akan menjalankan Hari Anugerah Kecemerlangan dan juga keputusan
UPSR akan diumumkan.
Telah timbul masalah pada hari rakaman di mana pada pagi tersebut semua pelajar terlibat
dengan raptai untuk Hari Anugarah Kecemerlangan. Saya terpaksa menebalkan muka saya
untuk meminta keizinan supaya saya dan juga murid-murid tahun 2 Jujur dikecualikan sebentar
dari raptai tersebut daripada pihak pentadbir sekolah dan juga guru-guru yang terlibat. Allah itu
Maha Adil Lagi Maha Mengetahui, mujurlah rakan-rakan saya memahami masalah saya ini dan
mereka juga turut memberi sokongan moral kepada saya. Saya juga mendapatkan bantuan dari
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
12/37
12
rakan saya sebagai jurukamera untuk merakamkan video pengajaran saya ini. Walaupun rakan
saya tersebut sibuk tetapi dia sanggup meluangkan masanya demi saya. Saya berasa amat
berbesar hati di atas bantuan yang dia berikan. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya.
Akhirnya, rakaman video makropengajaran ini telah berjaya dirakam walaupun menghadapi
beberapa masalah serta kesulitan sebelum ini.
2.0 KEKUATAN
2.1 Set Induksi
2.1.1 Aktiviti menggunakan ICT
Sejajar dengan era ledakan globalisasi IT, sebagai seorang guru saya perlu
merebut peluang ini di mana saya menerapkan penggunaan ICT di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya dalam set induksi ini saya
telah memuat turunkan gambar arnab dan kura-kura dari internet. Gambar
tersebut amat menarik dan cantik. Gambar tersebut turut menggambarkan suatu
pertandingan lumba lari antara arnab dan kura-kura. Semasa saya
menayangkan slaid tersebut ada di antara murid saya telah memuji dengan
berkata Wah, cantiknya gambar ini?. Murid saya memberi tumpuan
sepenuhnya apabila melihat slaid tersebut. Saya merasa amat berbangga
kerana hasil kerja saya ini mendapat pujian daripada murid-murid.
2.1.2 Kreatif
Sebagai seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 11 tahun,
saya perlu menjadi seorang yang kreatif supaya objektif pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Saya telah melukis topeng arnab dan
kura-kura yang akan dipakai oleh dua orang murid saya semasa sesi lakonan.
Tujuan saya menyediakan topeng ini adalah supaya murid dapat menjiwai watak
yang mereka lakonkan dan juga memudahkan murid-murid yang lain memahami
jalan cerita tersebut. Saya lihat murid-murid saya begitu teruja dan mereka turut
memuji akan topeng yang saya hasilkan. Semasa saya menyampaikan cerita,
saya dapati murid-murid telah memberi tumpuan yang sepenuhnya. Murid-murid
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
13/37
13
yang memegang watak telah memberikan kerjasama yang baik. Penceritaan
dalam set induksi ini telah berjalan dengan lancar dengan jayanya.
2.1.3 Sesi soaljawab yang begitu memberangsangkan
Saya dapati murid-murid saya berebut-rebut untuk menjawab soalan yang saya
ajukan semasa sesi soal jawab. Teknik penyoalan yang saya gunakan adalah
lebih kepada fun learning serta saya juga selitkan unsur humour atau lawak
jenaka untuk mengelakkan murid-murid saya menjadi cepat bosan semasa
belajar. Sebab itu saya lihat murid-murid saya begitu seronok untuk belajar.
2.1.2 Penerapan disiplin serta bersifat mesra dan mengambil berat terhadap pelajar
Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula, saya akan pastikan ketua kelas
atau penolong ketua kelas memastikan kelas tersebut terkawal dan diam terlebih
dahulu kemudian barulah memberikan salam kepada guru yang mengajar.
Tujuannya adalah supaya murid-murid menghormati guru. Saya juga akan
pastikan untuk bertanya khabar kepada murid saya selain mengambil kira
tentang kehadiran murid saya pada hari tersebut. Proses ini juga dapat
mengeratkan hubungan antara murid dan guru. Murid tidak akan mudah merasa
janggal dan takut dengan guru apabila setiap kali aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
2.2 Langkah 1
2.2.1 Aktiviti pernafasan yang menarik dan kreatif
Pada langkah 1 ini, saya melakukan sesi meniup lilin bagi menimbulkan minat
dikalangan murid saya untuk mengikuti latihan pernafasan. Saya juga
menggunakan tayangan slaid supaya murid mudah memahami aktiviti yang
dijalankan pada hari tersebut. Saya telah memuat turun gambar seorang budak
perempuan dari internet yang sedang menghembus lilin untuk menunjukkan
kepada murid teknik meniup lilin dengan tepat. Cara ini akan lebih menarik minat
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
14/37
14
murid saya untuk belajar. Maklum balas yang saya terima murid saya begitu
teruja dan memberi tumpuan yang sepenuhnya. Murid saya juga begitu seronok
dan gembira dengan melakukan aktiviti ini.
2.2.2 Latihan solfa Do Mi So jelas
Latihan solfa dijalankan dengan baik. Murid dapat menyebut solfa Do Mi So
secara menaik dan menurun dengan baik sekali. Murid saya fokus semasa
menyebut solfa ini dan ini menunjukkan bahawa mereka masih ingat lagi tentang
latihan solfa yang lepas sebagai latihan asas sebelum sesi nyanyian dijalankan.
2.2.3 Arahan guru yang jelas
Arahan yang diberikan oleh saya kepada murid saya adalah jelas. Saya telah
menggunakan aras bahasa yang mudah difahami. Saya juga menggunakan ton
suara yang agak tegas jika didapati ada di antara murid saya tidak berdisiplin.
2.3 Langkah 2
2.3.1 Menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk skor lagu
Saya menggunakan pengalaman saya dalam penggunaan perisian MS
PowerPoint dimana saya telah membuat salinan skor lagu melalui mesin
pengimbas (scanner) untuk dimasukkan ke dalam slaid powerpoint. Daya
kreativiti saya teruji. Tujuan saya menjalankan aktiviti menggunakan ICT adalah
bertujuan untuk menarik minat murid dan juga meningkatkan kemahiran saya
dalam penggunaan ICT.
2.3.2 Mengikut langkah yang betul semasa melaksanakan aktiviti nyanyian
Saya menggunakan teknik pengajaran yang jelas dan baik. Dalam nyanyian,
saya terlebih dahulu mengajar murid membaca lirik lagu secara baris demi baris.
Diikuti nyanyian baris demi baris. Barulah keseluruhan nyanyian lagu tersebut.
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
15/37
15
Proses ini memudahkan murid untuk mengingat melodi dan dapat menerima
melodi lagu dengan cepat.
2.3.3 Penyerapan Elemen Merentas Kurikulum
Saya juga menyerapkan Elemen Merentas Kurikulum dalam pengajaran dan
pembelajaran saya.. Selain murid belajar menyanyi, secara tidak langsung murid
saya juga telah belajar mengenal perkataan dalam Bahasa Inggeris contohnya
perkataan one more yang bermaksud sekali lagi yang saya telah gunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran ini.
2.4 Langkah 3
2.4.1 Objektif terlaksana
Objektif pada hari tersebut telah terlaksana. Murid dapat mengenal nyanyian
tempo secara cepat dan lambat. Ini dapat dilihat apabila saya memberi arahan
supaya murid menyanyi dengan tempo tersebut, mereka dapat menyanyikannya
dengan baik. Keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dikenalpasti bahawa objektif pada kali ini telah tercapai apabila melebihi 90%
murid dapat mengenali nyanyian mengikut tempo lambat dan cepat.
2.5 Langkah 4
2.5.1 Menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk gerakan perkusi badan
Saya menggunakan perisian MS PowerPoint dimana saya telah membuat
salinan gambar gerakan perkusi badan melalui mesin pengimbas (scanner)untuk dimasukkan ke dalam slaid powerpoint. Tujuan saya menjalankan aktiviti
menggunakan ICT adalah bertujuan untuk menarik minat murid dan juga
meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan ICT. Murid saya juga akan
lebih teruja dan berminat untuk belajar dalam pembelajaran ini.
2.5.2 Prihatin terhadap murid yang tiada pasangan
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
16/37
16
Dalam aktiviti nyanyian dan gerakan, saya mengkehendaki murid-murid saya
mencari pasangan yang mereka inginkan. Saya mengagihkan murid-murid saya
ini kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Saya akan memastikan
murid-murid saya dapat menjalankan aktiviti tersebut. Jika ada di antara mereka
yang tidak mempunyai pasangan, saya akan meletakkan mereka dalam
kumpulan bertiga atau saya sendiri yang akan menjadi pasangan mereka. Ini
kerana saya tidak mahu, ada di antara mereka yang terlepas peluang
melakukannya. Saya tidak mahu mereka merasa kecewa.
2.6 Penutup
2.6.1 Mendapat maklumbalas positif daripada murid
Saya memerlukan maklumbalas daripada murid-murid saya terhadap pengajaran
yang telah saya jalankan melalui sesi soal jawab antara saya dan murid-murid.
Adakah objektif pengajaran saya dan pembelajaran murid pada hari tersebut
tercapai? Daripada maklumbalas yang diberikan, murid-murid seronok dan
gembira dengan setiap aktiviti yang telah dijalankan dan saya dapati mereka
juga dapat membezakan konsep tempo iaitu antara tempo cepat dan lambat.
3.0 KELEMAHAN
3.1 Set Induksi
3.1.1 Tempat dan ruang pengajaran dan pembelajaran tidak kondusif dan terhad
Saya menjalankan sesi rakaman video makropengajaran tersebut di dalam
makmal komputer. Pada mulanya saya bercadang ingin merakamkannya di
dalam bilik pemulihan tetapi bilik tersebut telah digunakan oleh para guru untuk
sebagai tempat penyimpanan hadiah sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah yang akan diadakan pada keesokkan harinya. Saya tidak mempunyai
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
17/37
17
pilihan yang lain, saya terpaksa menggunakan makmal komputer untuk sesi
rakaman ini. Saya tidak dapat bergerak dengan pantas dan baik kerana ruang
dalam makmal komputer yang agak terhad. Ini kerana bilik tersebut sarat dengan
komputer-komputer sekolah. Murid-murid saya turut menghadapi masalah yang
sama dimana pergerakan mereka agak terbatas disebabkan ruang yang sempit.
Ini dapat dilihat semasa sesi lakonan dijalankan. Murid-murid yang lain terpaksa
bergerak sedikit demi sedikit untuk memberi ruang kepada pelakon semasa
mereka melakonkan watak tersebut.
3.1.2 Penyampaian cerita oleh guru kurang jelas
Apabila saya menonton semula rakaman video ini, saya dapati kaedah
penyampaian cerita saya adalah kurang memberangsangkan di mana suara
yang saya gunakan agak kurang jelas. Saya akui pada masa itu saya baru
sahaja pulih dari demam dan pada masa yang sama saya mengalami batuk-
batuk dan suara saya agak parau. Sebab itu semasa saya menyampaikan cerita
saya terhenti seketika disebabkan batuk saya ini.
3.2 Langkah 1
3.2.1 Aktiviti latihan solfa
Sepatutnya saya menggunakan kibod untuk membimbing murid dalam latihan
solfa tetapi pada hari tersebut saya tidak menggunakannya kerana masalah
pertukaran tempat rakaman. Pada mulanya saya ingin menggunakan bilik
pemulihan kerana dalam bilik tersebut mempunyai kibod elektrik.Tetapi apakan
daya, bilik tersebut telah digunakan oleh guru-guru untuk aktiviti Hari Anugerah
Kecemerlangan. Sebab itulah saya terpaksa meneruskan sesi rakaman ini di
dalam makmal komputer. Saya tidak dapat membawa kibod elektrik ini ke dalam
makmal komputer kerana kibod tersebut amatlah berat. Saya akui kesilapan
saya dalam teknik nyanyian solfa kerana saya menggunakan suara saya sendiri
untuk membimbing murid-murid saya dalam nyanyian solfa tersebut. Teknik yang
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
18/37
18
saya gunakan ini adalah salah. Penggunaan kibod dalam nyanyian solfa adalah
teknik yang paling tepat untuk membimbing murid dalam nyanyian.
3.3 Langkah 3
3.3.1 Murid kurang peka semasa menyanyikan lagu mengikut kad ikon yang
ditunjukkan oleh guru.
Semasa aktiviti nyanyian berdasarkan kad ikon yang ditunjukkan oleh guru, saya
dapati sebahagian besar murid-murid saya tidak dapat menyanyikan lagu Mari
Menari mengikut kad ikon yang ditunjukkan oleh guru. Apabila saya menonton
semula rakaman ini, saya dapati murid-murid saya yang berada di bahagian
belakang tidak dapat melihat dengan jelas semasa saya
mengangkat/menunjukkan kad ikon tersebut. Ini menyebabkan ada di antara
murid masih lagi menyanyi mengikut kad ikon kura-kura sedangkan pada waktu
itu saya telah mengangkat kad ikon arnab yang berkehendakkan murid-murid
saya menyanyi dalam tempo yang cepat.
4.0 CARA - CARA UNTUK MENGATASI KELEMAHAN
4.1 Set Induksi
4.1.1 Tempat dan ruang pengajaran dan pembelajaran tidak kondusif dan terhad
Saya perlu membuat rakaman video ini lebih awal misalnya dalam bulan Oktober
untuk mengelakkan masalah seperti ini tidak berulang kembali. Oleh itu saya
perlu merancang tarikh yang bersesuaian supaya tidak bertembung dengansebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah. Saya akui pada waktu itu saya
terdesak untuk menyiapkan rakaman ini. Saya telah membuat rakaman pada
minggu akhir persekolahan yang mana sudah pastinya guru-guru, pihak
pentadbir dan murid-murid sibuk dengan tugas masing-masing. Saya juga
sepatutnya mencari bilik lain untuk menggantikan makmal komputer yang agak
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
19/37
19
sempit samada menggunakan kelas murid untuk membuat rakaman. Pada waktu
itu saya tidak dapat berfikir dengan waras. Saya berjanji perkara seperti ini tidak
akan berlaku lagi. Saya tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan
yang mana berkemungkinan akan menjejaskan masa depan saya dan juga
kerjaya serta kreadibiliti saya sebagai seorang guru.
4.1.2 Penyampaian cerita oleh guru kurang jelas
Sepatutnya saya mencari jalan lain untuk mengatasi masalah suara saya yang
kurang jelas ketika saya tidak sihat ini dimana saya boleh mendapatkan video
cerita arnab dan kura-kura dari sumber yuotube dengan mendownloads dari
internet. Dengan cara ini murid hanya menonton tayangan video yang dipasang
oleh guru.
4.2 Langkah 1
4.2.1 Aktiviti latihan solfa
Saya perlu menyediakan sebuah lagi kibod yang ringan yang memudahkan saya
membawa ke mana-mana saja bagi menggantikan kibod elektrik yang agak
berat.
4.3 Langkah 3
4.3.1 Murid kurang peka semasa menyanyikan lagu mengikut kad ikon yang
ditunjukkan oleh guru.
Saya sepatutnya meletakkan murid di dalam kumpulan yang kecil sebagai satu
cara untuk menjimatkan ruang. Salah satu lagi langkah ialah dengan meletakkan
atau mengumpulkan murid-murid yang paling rendah untuk duduk di barisan
hadapan kelas dan murid-murid yang paling tinggi di barisan bahagian belakang.
Ini adalah sebagai satu cara untuk mengelakkan pelajar dari menghadapi
masalah untuk melihat kad ikon yang ditunjukkan oleh guru.
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
20/37
20
5.0 PENUTUP
Saya berpendapat melalui refleksi pengajaran ini saya dapat menilai dan merenung kembali
aktiviti pengajaran yang telah dijalankan daripada pelbagai aspek seperti objektif pengajaran
telah tercapai atau tidak, langkah pengajaran saya bersesuaian dengan hasil pembelajaran
yang ingin dicapai, adakah penerangan saya jelas atau sebaliknya dan juga suasana atau
kawalan kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selepas sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, saya perlu menilai semula keberkesanan pengajaran saya
supaya dapat melakukan penambahbaikan untuk sesi pengajaran yang seterusnya. Semasa
melakukan refleksi, kita sebagai seorang guru boleh menyenaraikan segala kekuatan dan
kelemahan seterusnya mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh,
selepas mengajar, kita dapati masih banyak murid yang tidak dapat menguasai sesuatu
kemahiran walaupun sebagai guru kita telah memberi penerangan yang jelas. Apabila
melakukan refleksi mungkin kita akan terfikir kelemahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti penerangan terlalu pantas, suara kurang jelas atau cara penyampaian
guru yang stereoatip dan membosankan murid-murid. Jesturu itu kita harus memikirkan kaedah
atau cara yang lebih menarik minat murid untuk memastikan murid-murid menguasai sesuatu
kemahiran. Sepertimana yang diketahui refleksi dilakukan supaya guru dapat memperbaiki
kelemahan diri dan berusaha lebih gigih untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai. Segala
kekuatan perlu dikekalkan dan segala kelemahan perlu di atasi setelah refleksi dilakukan untuk
menjadi pendidik yang cemerlang dan terbilang.
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
21/37
21
LAMPIRAN
BAHAN BANTU MENGAJAR,
LEMBARAN KERJA MURID,
DAN
CD RAKAMAN VIDEO
MAKROPENGAJARAN
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
22/37
22
BAHAN BANTU MENGAJAR
CD Lagu Mari Menari
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
23/37
23
BAHAN BANTU MENGAJAR
Radio
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
24/37
24
BAHAN BANTU MENGAJAR
Lirik Lagu
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
25/37
25
BAHAN BANTU MENGAJAR
Kibod
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
26/37
26
BAHAN BANTU MENGAJAR
Kad Ikon Gambar Arnab
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
27/37
27
BAHAN BANTU MENGAJAR
Kad Imbasan Tempo Cepat
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
28/37
28
BAHAN BANTU MENGAJAR
Kad Ikon Gambar Kura-kura
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
29/37
29
BAHAN BANTU MENGAJAR
Kad Imbasan Tempo Lambat
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
30/37
30
BAHAN BANTU MENGAJAR
Topeng Arnab
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
31/37
31
BAHAN BANTU MENGAJAR
Topeng Kura-kura
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
32/37
32
BAHAN BANTU MENGAJAR
Slaid Powerpoint
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
33/37
33
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
34/37
34
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
35/37
35
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2
SK KAMPUNG BAHARU LANJUT, 43900 SEPANG, SELANGOR.
NAMA : ________________________________________ TAHUN : 2 _____________
ARAHAN: Tuliskan jawapan LAMBAT / CEPAT pada gambar haiwan di bawah
mengikut cara ia bergerak.
BIL GAMBAR HAIWAN CEPAT / LAMBAT
1
2
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
36/37
36
3
4
5
-
8/2/2019 Rph Macro Azura Latest
37/37
CD RAKAMAN
MAKROPENGAJARAN