Risalah Madani Edisi Jun 2012

download Risalah Madani Edisi Jun 2012

of 24

Transcript of Risalah Madani Edisi Jun 2012

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    1/24

    Grup Pengkaji Tamadun DuniaGrup Pengkaji Tamadun Dunia

    Universiti SelangorUniversiti Selangor

    RISALAH MADANIRISALAH MADANIKE ARAH MENJANA INSAN ADABIKE ARAH MENJANA INSAN ADABI

    RAHMATAN LIL 'ALAMIN

    Hadith

    Salam Editor

    Tafsir

    Surah Al-Ikhlas

    Hadith 40

    Hadith ke-3: Rukun Islam

    Sirah Bulan Islam

    *Istimewah sempena Israk

    dan Mikhraj

    Karya

    Ini Aku

    Aku mahu PergiSatu Bulan Satu Adab

    Adab menuntut Ilmu

    Kisah Anbiya

    Nabi Isa dan Si Rakus

    Al-hurub fil Islam

    Perang Uhud Bahagian2

    Tokoh Islam

    Umar Abdul Aziz

    Kisat Tauladan

    Kisah Tsabit disuruh kah

    win kerana sebiji epal

    Bedah Buku

    Irshad Manji: Allah:

    Liberty and Love

    Islam dalam Sejarah dan

    Kebudayaan Melayu

    Kisah Sahabat

    Jasad dimandikan Para

    Malaikat

    Kalam Presiden GPTD

    Amanat Israk dan Mikraj

    Buletin

    Bengkel Penulisan

    Rencana

    Iklan

    Lirik Lagu

    Sepohon Kayu

    Promo GPTD

    Turut disertakan di

    alam

    Zikir Harian

    TEGAKKAN

    TIANGMU

    Sesungguhnya

    solatku,

    ibadahku,

    hidup dan

    matiku

    kerana

    Allah

    Taala

    http://www.fahmina.or.id/artikel-a-berita/artikel/372-islam-rahmatan-lil-alamin.htmlhttp://www.fahmina.or.id/artikel-a-berita/artikel/372-islam-rahmatan-lil-alamin.html
  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    2/24

    Page 2 Hadi th Edis i Jun 2012

    Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda,

    "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah

    (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal

    (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu'

    (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). "

    (Hadith Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    3/24

    Page 3Edis i Jun 2012 Salam Edi tor

    E-mel: [email protected]

    Penasihat

    Izwan Suhadak bin Ishak

    Editor

    Shakilah Abdullah

    Penolong Editor

    Ummu Huda

    Kolumnis

    UMMU HUDA, SHAKILAH SANAANI,

    AMIR FURQON, NOR HAFIZ RAZALI,

    K, SHAKILAH ABDULLAH.

    Diterbitkan oleh

    GRUP PENGKAJI TAMADUN

    DUNIA (GPTD) UNISEL

    TEL : 013-3917122

    FB : Gptd Unisel

    E-mel : [email protected]

    Blog : gptdunisel.blogspot.com

    Tegakkan Tiangmu

    Bagaimana tidak runtuhnya agama seseorang apabila

    tidak ditunaikan dengan lengkap rukun Islam. Rukun Is-

    lam ada lima iaitu;

    Mengucap dua khalimah syahadah

    Solat 5 waktu sehari semalam

    Puasa

    zakat

    haji (bagi berkemampuan)

    Rukun Islam umpama mendirikan sebuah rumah kalimahsyahadah adalah merupakan tapakkonkrit sebelum mendiri-kan bahagian bahagian lain sehingga menjadilah sebuah rumah.

    Sembahyang itu adalah tiang agama dengan menyusul puasa, zakat

    fitrah dan mengerja haji maka sempurnalah Rukun Islam yang

    lima itu. Terbinalah Islam seseorang itu pada dirinya.

    Firman Allah SWT:

    Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau

    dan umatmu), pada dua bahagian (siang dan malam),

    dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengan dari

    waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan(terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.

    Perintah-perintah Allah yang demikainadalah peringatan

    bagi orang-orang yang mahu beringat. Surah Hud

    11:114

    Sesungguhnya solat amat penting kerana solat dapat

    megajar kita berdisiplin. Sebagai contoh, solat pada awal

    waktu. Apabila sudah menjadi kebiasaan awal waktu, in-

    syaAllah setiap pekerjaan yang dilakukan pasti diselesai-

    kan pada awal waktu.

    Akhir qalam, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah

    nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah

    keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Ar-Raad, ayat11.

    Ayuh lakukan perubahan bagi menegakkan tiang agama

    dan menyebarkan syiar Islam.

    Editor

    Shakilah Abdullah

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    4/24

    Edis i Jun 2012Tafs i rPage 4

    Surah al-Ikhlas

    1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.

    Kata-kata "Ahad" lebih halus daripada kata-kata "Wahid",

    kerana katakata Ahad menambahkan kepada kata-kata

    Wahid pengertian tiada suatu

    yang lain bersama Allah dan tiada suatu yang setanding

    dengan Allah.

    Maksudnya ialah keesaan wujud Allah. Di sana tiada haki-

    kat

    melainkan hakikat Allah, tiada kewujudan haqiqi melainkan

    kewujudanAllah. Segala maujud yang lain adalah mengambil kewuju-

    dan mereka

    daripada kewujudan Allah yang haqiqi dan mengambil

    hakikat mereka

    daripada hakikat Allah yang sejati. Ia mengertikan keesaan

    pencipta, tiada

    pencipta yang lain daripada Allah yang menciptakan segala

    sesuatu di 'alam

    ini. Itulah 'aqidah yang tersimpul di

    hati dan itulah juga pentafsiran bagi

    alam.

    2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.

    Pengertian "as-Samad" dari segi bahasa ialah tuan pen-

    ghulu yang

    dituju orang ramai, dan tiada sesuatu urusan yang dipu-

    tuskan melainkan

    dengam kebenarannya, Allah itulah Tuan yang sebenar

    tiada Tuan yang lain

    daripadaNya. Dia adalah Tunggal dalam ketuhanan-Nya

    dan semua yang

    lain adalah hamba-Nya belaka. Dialah sahaja yang dituju-

    kan untukmemenuhi hajat-hajat dan Dialah sahaja yang menyahut

    seruan hambahamba-Nya yang mempunyai hajat. Dialah

    sahaja yang memutuskan segala

    perkara dengan keizinan-Nya dan tiada siapa yang turut

    membuat keputusan

    bersama-sama-Nya.

    3. Tiada pernah beranak dan

    tiada pula pernah diperanak-

    kan.

    Maksudnya ialah hakikat Allah itu adalah hakikat yang wu-

    jud abadi dan

    azali lagi. Hakikat Allah tidak dipengaruhi oleh keadaan

    demi keadaan. Dia mempunyai sifat yang sempurna dalam

    segala keadaan. Makna peranakan ialah kelahiran dan lan-

    jutan keturunan. Peranakan merupakan satu

    kewujudan yang lebih selepas kurang atau selepas tidakada dan semuanya ini mustahil pada Allah. Peranakan juga

    memerlukan isteri yang sama kejadian. Ini juga mustahil

    pada Allah kerana itu sifat Maha Esa atau "Ahadun" itu

    sendiri mengandungi penolakan adanya ibu bapa dan

    kanak-kanak.

    4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.

    Maksudnya ialah tiada siapa yang serupa dan setanding

    dengan-Nya

    sama ada dari segi hakikatwujud atau dari segi haki-

    kat kuasa penciptaan

    atau dari segi mana-mana sifat daripada sifat-sifat Zatiyah-

    Nya. Pengertian

    ayat ini juga menegakkan konsep "Ahadu", malah menguat

    dan

    mentafsirkannya dengan terperinci, iaitu konsep keesaan

    Allah menolak

    kepercayaan wujud Dua Tuhan yang mendakwa bahawa

    Allah itu Tuhan

    kebaikan dan di sana ada lagi satu tuhan yang lain iaitu

    tuhan kejahatan yangmenentang Allah dan menentang kebaikan-kebaikan-Nya

    dan menyebarkan

    kerosakan di muka bumi. 'Aqidah Dua Tuhan yang paling

    masyhur ialah

    'aqidah orang Farsi yang percaya ada tuhan nur dan ada

    tuhan gelap.

    Kepercayaan ini terkenal di selatan Semenanjung Tanah

    Arab di mana pernah

    tegaknya kerajaan dan kekuasaan Farsi.

    Surah ini menegak dan menjelaskan 'aqidah Tauhid Islam

    sebagaimana Surah al-Kafirun menafikan sebarang kese-rupaan atau

    menafikan wujudnya titik pertemuan antara 'aqidah Tauhid

    dengan 'aqidah

    syirik. Kedua-dua surah ini memperkatakan hakikat Tauhid

    dari satu sudut

    yang tertentu. Rasulullah s.a.w. biasanya memulakan

    harinya -- dalam solat

    Sunat Fajar -- dengan membaca dua surah ini dan amalan

    ini mempunyai makna dan tujuannya yang besar.

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    5/24

    Edis i Jun 2012 Hadi th 40 Page 5

    Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibnal-KhatthabRA beliau berkata: Aku telah mendengar

    Rasulullah SAW bersabda:

    I slam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi men-

    gaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan

    Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu

    adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang,

    mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke BAITUL-

    LAH dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

    Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang

    mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan

    melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.

    Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-

    asas dan cabang-cabangnya.

    Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.

    Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir

    Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim

    ( i jma )

    Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya

    ( k ecuali syahadah ) - fasiq

    Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-

    pura munafiq

    Syahadah - syarat diterima amalan lain.

    Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya -

    pertama dihisab .

    Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.

    Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan

    untuk itu melewatkan pemergiannya wajib segera-

    kan.

    Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.

    Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - se-

    bab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

    Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima

    perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai

    sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima

    batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang

    akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa

    rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap mus-

    lim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Me-

    negakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan,

    keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam se-

    baliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran

    dan kemusnahan lslam.Islamic Teenager

    UMMU HUDA

    http://islamicdaieteenager.blogspot.com/2011/03/hadis-ke-3-hadis-40-rukun-islam_06.html
  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    6/24

    Sirah Bulan Is lam Edis i Jun 2012Page 6

    ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS

    PERISTIWA-PERISTIWA YANG

    BERLAKUDALAM ISRAK MIKRAJ KE

    ATAS RASULULLAH SAW

    .Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah

    SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan

    peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu

    perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian per-

    jalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan

    menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di

    Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul

    Maqdis, Palestin.

    Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Mu-

    hammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul

    Muntaha.

    Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani

    oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa

    yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

    1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil

    tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru

    keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini ber-

    laku berulang-ulang.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang

    berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan

    sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang

    lebih banyak.

    2. Tempat yang berbau harum.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kuburMasyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama

    suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat

    bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh

    oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah

    (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

    3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala

    mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh

    kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan ber-

    kali-kali.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-

    orang yang berat kepala mereka untuk sujud

    (sembahyang).

    4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluanmereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka

    dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara

    api dan batu dari neraka Jahannam.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-

    orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

    5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan

    daging mentah yang busuk sedangkan daging masak

    ada di sisi mereka.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan

    perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan

    perempuan itu masing-masing mempunyai isteri /

    suami.

    6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilon-

    tarkan batu.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang

    makan riba`.

    7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak

    terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak

    dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima

    amanah yang lain.

    8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir

    mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali

    digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang

    membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia

    sendiri tidak melakukannya.

    9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan

    kuku tembaga mereka.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang

    memakan daging manusia (mengumpat) dan men-

    jatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    7/24

    Sirah Bulan Is lam Page 7Edis i Jun 2012

    10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang

    yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yangbercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi

    sudah terlambat.

    11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh

    dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memper-

    dulikannya.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika

    Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat

    Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

    12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan

    menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak

    menghiraukannya.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang

    mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

    13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulul-lah untuk bertanyakan sesuatu.

    Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran

    umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kia-

    mat.

    Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari

    Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengi-

    mamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan

    solat dua rakaat.

    Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa

    Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu.

    Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW

    diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang

    betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda

    akan menjadi sesat.

    Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW dite-

    mani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-

    peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.

    baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke

    pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

    1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail

    AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi

    Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang

    makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang

    berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh

    dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina

    perempuan.

    2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS

    naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu

    dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

    3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS

    naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi

    Yusuf AS.

    4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail

    AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan

    Nabi Idris AS.

    5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS

    naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi

    Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

    6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS

    naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para

    nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasu-

    lullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu da-

    pat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    8/24

    Sirah Bulan Is lam Edis i Jun 2012Page 8

    7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS

    naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi

    Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-

    Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim ASbersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada

    malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan ter-

    lalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah

    umatmu menanam tanaman syurga iaitu la haula wa la

    quwwata illa billah Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim

    AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan

    beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya

    dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: suhanallah,

    walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa

    la haula wa la quwwata illa billahil aliyyil azim. Bagiorang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanam-

    kan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat be-

    berapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan

    Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan

    mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas

    Baitullah di Mekah).

    8. Langit kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada da-

    han pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyak-

    sikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang

    tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu

    lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-

    ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata

    yang indah.

    Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan

    itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW

    dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus

    masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurgadan melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya.

    9. Langit kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-

    Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik

    ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seo-

    rang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di

    dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya ter-

    tumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu ba-

    panya.

    10. Langit Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di

    Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat

    menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda,

    lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Ke-mudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu

    kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

    Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi

    Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu

    menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT

    agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu

    sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap

    kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perk-

    enan memfardhukan solat lima waktu sehari semalamdengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

    Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit

    dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.

    Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al-

    Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan

    ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang

    kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan

    Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat

    peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-

    kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

    (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

    Ingin ku pejam mata,

    Mencari yang tiada,Sesungguhnya,

    Aku tahu Engkau ada.

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    9/24

    Karya Page 9Edis i Jun 2012

    Ini Aku

    Aku mencari

    Siapa diriku

    Akumencari

    Eritu hidup ku

    Pengembaraan perjalananku mencari

    Tuhanku bermula

    Tiada berliku, tiada beranjau, tiada halan-

    ganKerana

    Tuhanku sentiasa bersamaku

    Tuhanku di mana-mana

    Siapa Tuhanku?

    Laa ilaha illallah

    -Ibn Abdullah-

    Aku mahu Pergi

    Aku mahu pergi

    Pergi jauh

    Jauh meninggalkan segalanya

    Meninggalkan dunia yang fana

    Namun

    Apakan daya

    Tugasku sebagai khalifah belum terlaksana

    Aku mahu terbang

    Terbang bagaikan burungTinggi di angkasa

    Namun,

    Aku bangga menjadi

    Ciptaan teragung

    Ciptaan yang bisa membuat pilihan

    -K-

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    10/24

    SAtu Bulan Satu Adab Edis i Jun 2012Page 10

    1. Ikhlas niat

    2. Tekun berusaha dan tawakkal

    3. Menjauhi maksiat

    4. Memilih teman yang soleh.

    5. Banyakkan zikrullah

    6. Menjaga kehormatan

    7. Doa dan keredhaan ibubapa

    8. Menghormati guru

    9. Beramal dengan segala ilmu yang diperolehi

    AMIR FURQAN

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    11/24

    Kisah Anbiya Edis i Jun 2012 Page 11

    Nabi Isa a.s. Dengan Si Rakus

    Dahulu ada seorang lelaki yang datang kepada nabi Isa

    a.s., ia ingin sekali bersahabat dengan beliau, kerana itu ia

    berkata : .... "Aku ingin sekali bersahabat denganmu ke-

    mana saja engkau pergi."

    Jawab Isa a.s.: "Baiklah kalau demikian." Pada suatu hari

    berjalanlah keduanya di tepi sungai dan makanlah berdua

    tiga potong roti, Nabi Isa a.s. satu potong dan satu potong

    untuk orang itu, sisa satu potong. Kemudian ketika Nabi Isa

    a.s. pergi minum ke sungai, dan kembali roti yang sepo-

    tong itu tidak ada, lalu beliau bertanya kepada sahabatnya:

    "Siapakah yang telah mengambil sepotong roti ?"

    Jawab sahabat itu: "Aku tidak tahu.

    "Maka berjalanlah keduanya, tiba-tiba melihat rusa dengan

    kedua anaknya, maka dipanggillah salah satu dari anak

    rusa itu lalu disembelihnya dan dibakar. Kemudian di-

    makan berdua, lalu Nabi Isa a.s. menyuruh anak rusa yang

    telah dimakan itu supaya hidup kembali maka hiduplah ia

    dengan izin Allah, kemudian Nabi Isa a.s. bertanya: Demi

    Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-

    Nya itu siapakah yang mengambil sepotong roti itu ?"

    Jawab sahabatnya: "Aku tidak tahu."

    Kemudian keduanya meneruskan perjalanan hingga sam-

    pai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa a.s. memegang tangan

    sahabatnya itu dan mengajaknya berjalan hingga sampai

    ke seberang, lalu ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi:

    "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, sia-

    pakah yang mengambil sepotong roti itu ?"

    Sahabat itu menjawab: "Aku tidak tahu."Kemudian ber-

    jalanlah keduanya ketika berada di hutan dan keduanya

    sedang duduk-duduk, Nabi Isa a.s. mengambil tanah dan

    kerikil/anak batu, lalu diperintahkan: "Jadilah emas dengan

    izin Allah." Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu

    berubah menjadi emas, lalu dibagi menjadi tiga bahagian,

    kemudian beliau berkata: "Untukku sepertiga, dan kamu

    sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengam-

    bil roti."

    Serentak sahabat itu menjawab: "Akulah yang mengambil

    roti itu."

    Nabi Isa a.s. berkata: "Maka ambillah semua bahagian ini

    untukmu." Lalu keduanya berpisah. Kemudian orang itu

    didatangi oleh dua orang yang akan merampok harta itu

    dan membunuhnya lalu orang itu ( sahabat Isa a.s.) ber-

    kata: "Lebih baik kita bagi tiga saja."

    Ketiga orang itu menjadi setuju, lalu menyuruh salah seo-

    rang pergi ke pasar berbelanja makanan, maka timbul

    perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam

    hatinya: "Untuk apa kita membagi wang/harta, lebih baik

    makanan ini saya bubuh racun saja biar keduanya mati,

    dan ambil semua harta itu." Lalu diberinya racun makanan

    itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata: "Untuk apa

    kita membagi harta ini, lebih baik jika ia datang, kita bunuh

    saja, lalu harta itu kita bagi dua." Maka ketika datang orang

    yang berbelanja itu, segera dibunuh oleh keduanya, lalu

    hartanya dibagi menjadi dua, kemudian keduanya makan

    dari makanan yang telah diberi racun itu, maka matilah

    keduanya, dan tinggallah harta itu di hutan, sedang mereka

    mati di sekitar harta itu.Kemudian ketika Nabi Isa a.s. ber-

    jalan di hutan dan menemukan (melihat ) hal itu, maka

    iapun berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Inilah contoh-

    nya dunia, maka berhati-hatilah kamu kepadanya."

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    12/24

    Al-Hurub f i l Is lam Edis i Jun 2012Page 12

    Perang UhudBahagian 2

    Saad bin Abi Waqas RA sedang melepaskan panah

    kepada musuh. Nabi SAW sangat senang dengan diadan mengucapkan doa yang unik untuknya, Semoga

    Ibu dan Bapaku berkorban untukmu.

    Talha RA sedang bertempur dengan musuh dengan

    berani sampai tangannya terluka dan jarinya terpo-

    tong. Selagi bertempur dengan musuh, ia juga

    melindungi Nabi SAW dengan dadanya pada saat

    kritikal tersebut. Seperti didituliskan didalam Tirmidzi,

    Nabi SAW berkata, Jika seseorang ingin melihat

    Syuhada berjalan di bumi ini, lihatlah Talha bin

    Ubaidullah.

    Seperti disebutkan didalam Bukhari, Saad bin Abi

    Waqas RA berkata, Pada hari peperangan Uhud aku

    melihat dua orang berpakaian putih disekitar Nabi

    SAW. Mereka sedang bertempur dengan dahsyat

    atas nama Nabi SAW. Aku tidak pernah melihat

    mereka sebelum dan setelah kesempatan tersebut.

    Dalam riwayat yang lain, mereka adalah malaikat-

    malaikat Jibril AS dan Mikail AS. Sementara itu tiga

    puluh orang Sahabat mendatangi dengan cepat tem-pat tersebut. Masing-masing mereka menunjukkan

    kepahlawanan yang luar biasa seperti yang tertulis

    didalam buku sejarah.

    Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh

    Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalam-

    nya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda

    tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut

    pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah ber-

    sama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga

    tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, keban-

    yakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-

    tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh

    dendam.

    Abu Ubaida bin Jarrah RA mencuba mencabut cincin

    pengikat helm dari pipi Nabi SAW dengan giginya.

    Didalam usaha pertamanya Abu Ubaida RA kehilan-

    gan gigi bawahnya. Dia kehilangan gigi bawah lain-

    nya saat mencabut cincin pengikat helm kedua.

    Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala

    hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban.

    Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang pan-

    glima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama

    Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan

    hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Su-

    fyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang sya-

    hid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.

    Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat

    penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan

    Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka

    pasti terselamat jika tidak bersama berperang.

    Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para saha-

    bat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat

    kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

    Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu pasukan

    musliminmengalami kekalahan dimana 71 orang

    gugur syahid manakla di pihak lawan Cuma 23 orang

    sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah

    Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri men-

    galami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau

    patah.

    Gunung Uhud merupakan gunung yang bersejarah

    bagi orang Islam kerana disinilah bersemadinya 71

    orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib.

    Menurut satu riwayat, di situ juga kubur Nabi Harun

    saudara kandung Nabi Musa.

    Sesiapa yang pernah melawat Gunung Uhud jika

    diperhatikan betul-betul kedudukannya agak senget

    sedikit dan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang

    Uhud.

    Ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauhsedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud ber-

    gerak untuk mengikut mengiringi jenazah tersebut

    tetapi baginda RAsulullah SAW melarang Gunung

    Uhud dari berubah tempatnya. Kerana itu Gunung

    Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.

    Setiap kali Rasulullah SAW melalui Gunung Uhud,

    baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah

    Gunung Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencin-

    tai dia."

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    13/24

    Tokoh Is lam Page 13Edis i Jun 2012

    Umar bin Abdul Aziz Pemerintah

    Yang Amanah

    Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khali-

    fah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda

    sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seo-

    rang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu

    hal. Baginda bertanya. urusan kerajaankah? Atau

    urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?

    Jawab anakandanya, urusan keluarga, aya-

    handa.

    Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak

    di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik ker-

    janya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayah-

    nya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan

    lampu itu?"

    Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku,

    tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah guna-

    kan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak

    yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang

    kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda

    perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara ke-

    luarga." Lantas baginda meminta pembantunya mem-

    bawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun

    berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru

    kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita,

    minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila

    kemukakan apa masalah yang anakanda perbincang-

    kan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat

    amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku

    seorang raja yang berjiwa besar.

    Biodata Ringkas Khalifah Umah Abdul Aziz

    Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Azizbin Marwan bin Hakam

    Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-KhatabT/Lahir : 61HUmur : 39 tahunTarikh M/Dunia : 101HJawatan : Khalifah Ke 6 Bani UmaiyyahTarikh Lantikan : Safar 99H @ 717MLama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

    PendidikanBeliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecillagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pen-

    getahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa to-koh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b.Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan se-bagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajarandengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh KhalifahAbdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggaldunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fati-mah bte Abdul Malik (sepupunya)

    Sifat-Sifat Peribadi

    Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukairamai dan warak yang diwarisi dari datuknya SaidinaUmar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati denganharta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Se-sungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Azizyang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untukkegunaan urusan negara dan satu lagi untukkegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahuiumum dan tidak perlu diulang-ulang.Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasamenjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah samaseperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa.

    Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinyadiserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelan-jaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat danberhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini ter-bukti apabila beliau dengan tegasnya menegur danmemecat pegawai yang boros dan segala ben-tuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakanharta kerajaan.

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    14/24

    Kisah Tauladan Edis i Jun 2012Page 14

    Kisah Tsabit Disuruh Kahwin Kerana

    Sebiji Epal

    Seorang lelaki yang sholeh bernama Tsabit bin Ibra-

    him sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba

    dia melihat Sebuah epal jatuh keluar pagar sebuah

    kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum

    itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit,

    apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan.

    Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakann-

    yalah buah epal itu, akan tetapi baru setengah di

    makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya

    dan dia belum mendapat izin pemiliknya. Maka ia

    segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak

    menemui pemiliknya untuk meminta dihalalkan buah

    tersebut.

    Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka

    langsung saja dia berkata, "Aku sudah makan seten-

    gah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalal-

    kannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik

    kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga

    dan mengurus kebunnya". Dengan nada menyesal

    Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku

    akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epalyang telah ku makan ini." Pengurus kebun itu mem-

    beritahukan, "Apabila engkau ingin pergi kesana

    maka engkau harus menempuh perjalan sehari sema-

    lam". Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui

    si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu,

    "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya,

    meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal

    yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya.

    Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan

    kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh

    dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan

    api neraka" Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun

    itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu.

    Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit

    langsung memberi salam , seraya berkata," Wahai

    tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan

    setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar ke-

    bun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan

    apa yang sudah ku makan itu?"

    Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya

    dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku

    tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu

    syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu ker-

    ana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera

    ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu men-

    jawab, "Engkau harus mengawini putriku !"Tsabit bin

    Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan le-

    laki itu, maka dia berkata, "Apakah kerana hanya aku

    makan setengah buah epalmu yang keluar dari ke-

    bunmu, aku harus mengawini putrimu?" Tetapi

    pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan

    Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum

    pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekuran-

    gan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta,bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lum-

    puh!"

    Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik ke-

    bun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan

    seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-

    gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan

    kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    15/24

    Kisah Tauladan Page 15Edis i Jun 2012

    'Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap,

    "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwi-

    nanya. Aku telah bertekad akan mengadakan tran-

    saksi dengan Allah Rabbulalamin. Untuk itu aku akan

    memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku

    kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu

    meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat mening-

    katkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".

    Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu

    menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan

    akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai,

    Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Se-

    waktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia

    berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun is-

    terinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah

    yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan

    bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam,

    "Assalamualaikum..." Tak disangka sama sekali

    wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi

    isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika

    Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia

    mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya.

    Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini

    menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya.

    Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini.

    "Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata

    dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian

    berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat

    mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan

    bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia men-

    yambut kedatanganku dengan ramah dan mengulur-

    kan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam

    hatinya.

    Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan

    berita-berita yang bertentangan dengan yang se-

    benarnya ? Setelah Tsabit duduk di samping ister-

    inya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku

    bahawa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu ke-

    mudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak per-

    nah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit

    bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa

    engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab,

    "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu

    mendengar berita dan cerita orang yang tidak mem-

    buat redha Allah. Ayahku juga mengatakan

    kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?"

    Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi

    suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan

    pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata,

    "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku

    hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma

    Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana

    kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang bo-

    leh menimbulkan kebencian Allah Ta'ala". Tsabit

    amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat

    soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan

    bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat

    wajahnya... SubhanAllah, dia bagaikan bulan pur-

    nama di malam yang gelap". Tsabit dan isterinya

    yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berba-

    hagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seo-

    rang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke

    seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu

    Hanifah An Nu'man bin Tsabit

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    16/24

    Bedah Buku Edis i Jun 2012Page 16

    Menjadi sebuah isu yang hangat apabila buku karya Irshad

    Manji Allah: Liberty and Love telah diharamkan pen-

    jualannya di beberapa buah negara beragama Islam anta-

    ranya ialah Malaysia. Allah: Liberty and Love meru-

    pakan buku keduanya selepas The Trouble with Islam To-

    day yang telah diterbitkan sekitar tahun 2009, buku ini

    turut diharamkan penjualannya di Malaysia. Buku ini me-

    rupakan kesinambungan daripada buku The Trouble with

    Islam Today. Hal ini demikian, Manji menyusun surat-

    surat dan emel respon daripada para pembaca yang telah

    membaca buku pertamanya menjadi sebuah buku yakni

    Allah: Liberty and Love.

    Tidak dapat dinafikan sesungguhnya Manji sudah jauh

    terpesong dari landasan yang benar. Manji seorang yang

    bijaksana. Namun, berikutan beliau terlalu mempersoalkan

    perihal perintah dalam agama, Manji telah hanyut. Antara

    persoalan yang dilontarkan ialah kenapa tidak bleh berka-

    wan dengan Nasrani dan Yahudi?, kenapa tidak boleh

    menikah jika berlainan agama? kenapa perlu bertudung?,kenapa itu dan kenapa ini? Pada pendapat saya, Manji

    tidak mahu dikongkong oleh peraturan-peraturan di dalam

    agama. Manji mahukan kebebasan. Bebas dari apa jua

    kongkongan. Bagi Manji, apabia Muslimah mengikut

    syariat Islam, wanita bagaikan robot agama, yang terpaksa

    bertudung litup dan harus memelihara batasan

    Buku ini mampu memesongkan akidah umat Islam. Ketika

    membaca buku ini, pembaca disarankan membaca bersama

    rakan. Apabia berseorangan, ada yang menemani kita, diaakan membisikkan teinga kita hingga kita ikut terpesong

    dan hanyut bersama-sama Manji. Ada segelintir umat Islam

    yang sependapat dengan Manji hanya kerana cinta. Keban-

    yakan yang menyokong idelogi Manji ialah mereka yang

    merasakan diri mereka terkongkong dengan peratura

    agama. Antaranya ialah pasanga kekasih yang berlainan

    agama. Manji ialah seorang yang beridelogi liberal, di

    mana perkahwinan berlainan agama boleh dilakukan tanpa

    perlu menukar agama mengikut agama pasangan. Ideologi

    ini banyak disokong oleh pmbaca Manji. Cinta lebih

    penting daripada agama. Itulah kata-kata keramat Mama

    Manji dalam membesarkan Manji.

    Antara topik yang dibahaskan oleh Manji ialah Identiti

    boleh memerangkap anda, tetapi integriti akan membebas-kan anda. Identiti di sini bermaksud agama yang dianuti.

    Sebagai contoh, sebagai seorang Muslim apabila mahu

    melakukan sesuatu yang dimurkai oleh Allah, kita akan

    membatalkan niat tersebut. Namun, jika berlandaskan in-

    tegriti yang bermaksud amanah, jujur dan sikap keterbu-

    kaan, mungkin niat tersebut akan diteruskan. Dalam bab ini

    Manji mempersoalkan mengapa tidak boleh bercinta? Men-

    gapa tidak boleh berzina? Muslim tidak berani melakukan

    maksiat kerana takut Allah murka. Maka kerana itu, Manji

    mengeluarkan ideology sebegini.

    Satu persoalan Manji yang menarik minat saya. Siapa

    musuh sebenar Islam? Jawabnya, Muslim. Pada awal-

    nya saya berasa hairan dengan jawapan yang diberikan.

    Mungkin pada pandangan Manji, Muslim ialah musuh ter-

    besar Islam. Ini kerana, bamyak respon yang Manji peroleh

    dari para responded ialah beliau dicaci dan dihina. Pada

    pandangan saya, walaupun Manji sudah mencemarkan

    agama Islam, mengapa kita perlu mencemarkan lidah kita

    dengan menghina dan menberi gelaran yang bukan-bukan

    kepada Manji. Siapa kita hendak menghukum Manji? Se-

    sungguhnya Allah Maha Adil. Biarlah Allah yang menghu-kum Manji. Kita sebagai manusia, kita tidak adil. Adakala

    menghukum tanpa usul periksa. Manusia tidak diciptakan

    dengan sia-sia. Manusia ditugaskan sebagai hamba Allah,

    khalifah dan daie Allah atas muka bumi ini bagi mengem-

    bangkan syiar Islam. Andai Manji tersesat jalan, guna-

    kanlah lidahmu dengan berpesan dan bimbing Manji kem-

    bali ke pangkal jalan. Sesungguhnya hidayah milik Allah.

    Bersama-samalah kita

    panjatkan doa kehadrat

    Allah SWT bagi

    melindungi agama Islam

    dari fitnah dunia.

    SHAKILAH SANAANI

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    17/24

    Bedah Buku Page 17Edis i Jun 2012

    Karya Syed Muhammad Naguib Al-

    Attas (1972)

    Dipersembahkan sebagai syarahan Penguku-

    han pelantikan jawatan Professor Bahasa danKesusasteraan Melayu di Universiti Kebang-

    saan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur, yang

    diucapkan pada 24 Januari 1972 di Audito-

    rium UKM, Kuala Lumpur.

    Bab 1Syed Naguib memulakan syarahan dengan

    menyebut, Voltaire menyatakan bahwa fakta

    Sejarah yang bersifat runchitan; yang bermak-sud fakta Sejarah yang bersifat mikro tidak

    perlu dititik beratkan. Hal ini demikian, Syed

    Naguib menyatakan apabila fakta yang bersi-

    fat runchitan diberati, mungkin tiada insan

    yang mahu mentafsir Sejarah.

    Bab 2Syed Naguib membuka Sejarah Peradaban

    Eropah oleh Henri Pirenne.

    prosese Sejarah yang memulakan penjelmaansemangat Adab Pertenghan di Eropah bu-

    kanlah sebab kedatangan Kaum Biadap, suku-

    bangsa Jerman yang menceroboh dan menak-luk Imperaturia Roma. Setalah menakluk

    Roma, mereka membahagikan Roma kepadabeberapa bahagian.Dalam pada itu, Kaum

    Biadap terpaksa mengakui keindahan dan

    keistimewaan budaya Romawi sehingga

    mereka mengamalkan budaya Romawi danmeninggalkan budaya asal mereka, budaya

    Jerman.Walaupun Kaum Biadap berjaya menumbang-

    kan pemerintahan Imperaturia Roma dan

    membahagikan Roma kepada beberapa ba-

    hagian, namun mereka gagal memutuskan per-

    paduan yang terjalin antara Dunia Barat dan

    Dunia Timur. Walaupun berlaku pelbagai per-

    golakan apabila negara meraka ditakluk, na-

    mun rakyat masih bersatu hati dengan perpa-

    duan yang tejalin.

    Golongan Gereja Kristian masih berdiri teguh

    untuk memperkukuh dan meneruskan penga-ruh Romawi. Golongan ini berjaya memaksa

    Kaum Biadap untuk akui agama Kristian.

    Di Timur Tengah, Tanah Arab, agama Islam

    tiba dan tersebar luas keseluruh pelusuk dunia.

    Berikutan tersebarnya agama Islam, perpaduan

    antara Dunia Barat dan Dunia Timur terpisah.

    Maka semangat Adab Pertenghan bermula

    apabila Islam tersebar yang mengakibatkan

    Dunia Barat dan Dunia Timur terpisah.

    Bab 3

    Bagi memulakan syarahannya, Syed Naguib

    mensyarahkan berkenaan kedatangan agama

    Hindu dan Buddha yang tiba lebih awal ber-

    banding agama Islam. Agama Hindu hanya

    dianuti oleh golongan raja, golongan bangsa-

    wan dan golongan pendita. Manakala, rakyat

    seperti tidak mengambil peduli akan agam

    Hindu yang dianuti.

    Islam dalam Sejarah danIslam dalam Sejarah dan

    Kebudayaan MelayuKebudayaan Melayu

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    18/24

    Bedah Buku Edis i Jun 2012Page 18

    Hal ini demikian, masyarakat Melayu masih

    mengamalkan ritual yang terlebih dahulu wu-

    jud sebelum kedatangan Agama Hindu. Na-

    mun begitu, hanya kesusasteraan yang dimi-nati oleh masyarakat. Kesusasteraan Hindu ini

    bersifat mitos, sejarah, hikayat, dan cerita-

    cerita dongeng yang tiada bersangkut paut

    dengan falsafah. Demikian itu, sastera agama

    Hindu bersifat berat sebelah kerana memberati

    dongengan semata-mata.

    Agama Buddha tiba, namun ia seketika kerana

    agama Buddha hanya terkesan pada seni bina,

    sebagai contoh Candi Borodudur. Dua orangpengembara Tionghua Fa-Hsien (abad ke-5)

    dan I-Tsing (abad ke-6), mereka pernah sing-

    gah dan ziarah di kepulauan Sumatra dan

    Jawa. Mereka berdua mempunyai pendapat

    yang sama dengan menyatakan agama Hindu

    dan Buddha yang dianuti merupakan agam

    yang karut. I-Tsing turut menyatakan bahasa

    yang digunakan di Jawa dan Sumatra ialah ba-

    hasa asing, bahasa Sanskrit, bukannya bahsa

    Melayu.Syarahan diteruskan dengan kedatangan kolo-

    nial Barat sekitar abad ke-19.

    Kolonial Barat datang dengan membawa'zaman moden'. Bidang sastera Melayu turut

    dimodenkan dengan kedatangan Barat. Sastera'moden' yang dibawa oleh Barat bukanlah se-

    buah sastera moden seperti yang dinyatakan.

    Hal ini demikian kerena, sastera yang dibawa

    Barat berbentuk 'tragedi' yang telah lamamenapak dalam bidang sastera Barat, sebagai

    contoh karya-karya oleh Shakespear.Syed Naguib menegaskan hanya bentuk prosa

    itu sahaja yang moden bukan pengisiannya.

    Bab 4 & Bab 5Boleh dirumuskan dalam kedua-dua bab ini

    ialah Syed Nagiub mahu masyarakat Kepu-

    lauan Melayu-Indonesia sedar dan bangkit

    memperjuangkan sejarah terrsebarnya agama

    Islam di Asia Tenggara. Hal in demikian ker-

    ana, sejarah yang kita pelajari hari ini

    datangnya dari Kolonial Barat, maka ada se-jarah yang mereka tutupi. Syed Naguib mahu

    masyarakat Kepulauan Melayu-Indonesia tahu

    dan sedar akan sejarah agama Islam. Jan-

    ganlah secara membabi buta menghadam se-

    jarah yang kita pelajari hari ini. Sebagai con-

    toh agama Islam tiba di Asia Tenggara melalui

    3 buah tempat,yakni India, Tanah Arab dan

    China. Namun, Syed Naguib menegaskan ba-

    hawasanya Islam hanya datang dari TanahArab. India dan China hanya laluan perdagan-

    gan yang dilalui oleh para pedagang dari

    Tanah Arab.

    Sedarlah sesungguhnya kita dibesarkan den-

    gan sejarah pembohongan yang ditutupi oleh

    Kolonial Barat agar kita lupa dan tidak tahu

    asal usul kita. Justeru itu, Syed Naguib bang-

    kit memperjuangkan Islam dan Melayu

    Jangan mengaku dirimu seorang Melayu danIsalm andai enakau tidak tahu asal usulmu

    dan engkau mengendahkan sejarah perilah

    keturunanmu.

    DISEDIAKAN OLEH :

    SHAKILAH ABDULLAH

    PROGRAM : TAHUN ASAS SAINS

    (SEM 3)

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    19/24

    Kisah Sahabat Page 19Edis i Jun 2012

    Jasad dimandikan Para

    Malaikat.

    Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah

    SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie

    ra. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru

    saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah

    mengecualikan beliau dari turut serta ke medan

    peperangan. Inilah cara Rasulullah SAW untuk

    merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

    Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, be-

    liau mendengar gendang perang dibunyikan begitukuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau

    mendapat berita bahawa tentera Islam telah men-

    dapat tantangan yang hebat dan saat itu berada

    dalam keadaan terlalu genting.

    Tanpa membuang masa Hanzalah terus memakai

    pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia

    menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi ju-

    nub.

    Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga ramaidari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh

    telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah

    turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

    Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah

    dimandikan oleh para malaikat. Seperti mana ter-

    cantum dalam sabdanya:Aku melihat di antara

    langit dan bumi para malaikat memandikan mayat

    Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana

    perak.

    Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini.

    Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu

    pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah ke-

    lihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air

    berlinangan turun.

    Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan

    yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah

    terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan

    dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya

    sebagai seorang syuhada menjadikan dia sebagaipenghuni syurga tanpa hisab.

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    20/24

    Qalam Pres iden GPTD Edis i Jun 2012Page 20

    Amanat Sempena Israk Mikraj oleh Presiden GPTD UNISEL

    Apakah itu Isra Mi raj? Ianya ialah peristiwa dimana diper-

    jalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan

    Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram

    di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai

    Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al

    Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran

    Allah.

    Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang

    melingkupinya, tetapi pandangannya ( Rasulullah saw. ) tidak

    sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya ( Sidratul

    Muntaha ) . Sesungguhnya dia ( Rasulullah saw. ) telah melihat

    sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung

    ( Q .S Al Najm: 16-18 ) Sesungguhnya dia ( Muhammad

    saw. ) benar-benar telah melihatnya ( jibril) untuk yang kedua

    kalinya ( dalam bentuk aslinya ) di dekat Sidratul Muntaha. Di

    dekatnya terdapat Jannatul Ma wa ( Q.S Al Najm: 13-15 )

    Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar

    sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Re-jab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati penga-

    jaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang

    baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan

    Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh

    pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sen-

    tiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

    Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan

    dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan

    dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian

    Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam ( a pakah

    percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut) . Orang-orang kafir

    di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mem-

    percayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi

    bercerita kepada mereka.

    Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang

    membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.

    Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekua-saan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wa-

    sallam. Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita

    yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil

    ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang men-

    jadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh ber-kah dan terdapat Masjidil Aqsa ( kiblat pertama umat Islam)

    Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang

    telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.

    Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tem-

    pat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pang-

    kuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna

    apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara

    kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitul-

    maqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai

    dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Adakah peruba-

    han kiblat dari Baitul Maqdis di Palestin ke Baitul Haram, Mekah

    merupakan perancangan Allah untuk umat Islam lebih memahami

    konteks Israk Miraj ini? Renungkan umat Islam.

    Saya juga menyeru untuk umat Islam lebih bersedia untuk

    menghadapi yang mana beberapa hari lagi kita akan masuk ke

    dalam bulan Rasulullah s.a.w iaitu bulan Syaaban. Sudahkah

    banyak amalan sunat sudah kita lakukan semasa bulan Rejab ini.Saya mengajak umat Islam dan diri saya untuk memperbanyak-

    kan lagi amalan-amalan untuk persediaan Ramadan.

    *Penulis merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Psikologi In-

    dustri di Universiti Selangor. Sedang menjalani latihan industri di

    INTEC,Seksyen 17 Shah Alam. Untuk sebarang perkara yang

    berurusan persatuan sila berhubung terus dengan Setiausaha

    Agong GPTD , saudari Ummah.

    NOR HAFIZ BIN RAZALI

    Presien GPTD UNISEL

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    21/24

    Bulet in Page 21Edis i Jun 2012

    Bengkel Penulisan Rencana - 16 Jun 2012

    BESTARI JAYA - 12 Jun 2012 Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Universiti Selangor, Kampus Bestari

    Jaya , telah menganjurkan Bemgkel Penulisan Renca. Seramai 20 peserta telah mengambil bahagian dalambengkel tersebut. Bengkel diadakan di Bilik Seminar 3 (BS3) di tingkat 1,bangunan Fakulti Sains Komputer

    dan Teknologi Maklumat. Majlis dimulakan sekitar jam 9.30 pagi.

    Sebelum majlis dimulakan, para peserta dan penceramah, Muhammad Firdaus @ Cikgu Bob. Majlis dibuka

    dengan Ummul Kitab al-Fatihah.

    Pelajar pertama yang diberikan oleh Cikgu Bob ialah member keyakinan kepada para peserta bahawa setiap

    orang ialah seorang penulis. Jika tahu menulis, maka anda seoranh penulis. Peserta diberikan latihan menu-

    lus ayat ringkas, bagi memulakan langkah sebagai penulis. Sesi kedua diteruskan dengan KJ Method . Ka-

    watika Jiro Method ialah satu bentuk penulisan bagi menghalang mental-block seorang penulis. Kaedah ini

    dilaksanakan dengan menggabungkan beberapa sumber di dalam sebuah artikel.

    Majlis berakhir sekitar jam 1.00 petang dan majlis di tutup dengan suratul Asrh dan Tasbih Kafarah. Sesi foto-

    grafi mengambil tempat dan para peserta bersama penceramah menjamu selera.

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    22/24

    Ik lan Edis i Jun 2012Page 22

    Ingin dapatkan buku Is-

    lam Dan Melayu karya

    Siddiq Fadzil. Kami akan

    buat jualan di Unisel shj.Jika berminat sila sms

    013.391.7122. TERHAD~

    (RM 15 sahaja)

    ()

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    23/24

    Li r ik Lagu Page 23Edis i Jun 2012

    Sepohon kayu daunnya rimbun

    Lebat bunganya serta buahnya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Walaupun hidup 1000 tahunKalau tak sembahyang apa gunanya

    Kami bekerja sehari-hari

    Untuk belanja rumah sendiri

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Kami sembahyang fardhu sembahyang

    Sunat pun ada bukan sebarang

    Supaya Allah menjadi sayangKami bekerja hatilah riang

    Supaya Allah menjadi sayang

    Kami bekerja hatilah riang

    Sepohon kayu daunnya rimbun

    Lebat bunganya serta buahnya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Kami sembahyang limalah waktu

    Siang dan malam sudahlah tentu

    Hidup di kubur yatim piatu

    Tinggallah seorang dipukul di palu

    Hidup di kubur yatim piatuTinggallah seorang dipukul di palu

    Dipukul di palu sehari-hari

    Barulah ia sedarkan diri

    Hidup di dunia tiada bererti

    Akhirat di sana sangatlah rugi

    Hidup di dunia tiada bererti

    Akhirat di sana sangatlah rugi

    Sepohon kayu daunnya rimbun

    Lebat bunganya serta buahnya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Sepohon kayu daunnya rimbun

    Lebat bunganya serta buahnya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Walaupun hidup 1000 tahun

    Kalau tak sembahyang apa gunanya

    Tajuk Nasyid : Sepohon Kayu

    Artis : Saujana

  • 7/31/2019 Risalah Madani Edisi Jun 2012

    24/24

    RISALAH MADANIRISALAH MADANIKE ARAH MENJANA INSAN ADABIKE ARAH MENJANA INSAN ADABI

    Pihak Editor Risalah Madani mengalu-alukan

    mana-mana pembaca yang ingin menghantar

    apa-apa jenis karya untuk dimuatkan dalam

    Risalah Madani edisi akan datang. Karya

    bolehlah di e-melkan ke [email protected].

    Sebarang keterangan lanjut dan komen bolehlah

    di e-melkan terus ke alamt e-mel tersebut.

    GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana indi-

    vidu yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang

    berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon

    dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke

    nombor: 013-3917122