Reflection Journal.docx

23
REFLECTIVE JOURNAL TEACHING & LEARNING MUSIC AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________ SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH EDU 666 TEACHING PRACTICUM TOPIC ‘REFLECTIVE JOURNAL’ PREPARED BY AFFIAN BIN MAT HASSAN ( 2011717565 ) CAMPUS UITM SHAH ALAM FACULTY EDUCATION FACULTY NAME OF LECTURER Page | 0

Transcript of Reflection Journal.docx

Page 1: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

EDU 666TEACHING PRACTICUM

TOPIC

‘REFLECTIVE JOURNAL’

PREPARED BY

AFFIAN BIN MAT HASSAN( 2011717565 )

CAMPUSUITM SHAH ALAM

FACULTYEDUCATION FACULTY

NAME OF LECTURERMDM. NADIA WIDYAWATI BINI MADZHI

DATE OF SUBMISSION30 JUNE 2015

P a g e | 0

Page 2: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 1 : 23.03.2015 – 27.03.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 23.03.2015 )

FOCUS : Melodi – Pic

TITLE : Nyanyian – ‘Taman Nagara’

OBJECTIVE : 1. Menyanyi lagu ‘Taman Nagara’ dengan pic dan sebutan yang tepat

mengikut muzik iringan.

2. Menyanyi sambil beraksi spontan mengikut lirik lagu dengan baik.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

yang menggunakan bahan media topeng haiwan, dapat menarik minat murid dan menjadikan

suasana pembelajaran menjadi ceria dan bersemangat. Ini dapat dilihat melalui kecenderungan

minat murid untuk melibatkan diri seperti menjawab soalan-soalan yang diajukan. Murid-murid

dapat menyanyi mengikut tempo muzik dengan baik kerana mereka telah didedahkan dengan

rentak waltz pada pelajaran yang lalu. Secara keseluruhannya, murid-murid dilihat boleh

menyanyi sambil beraksi mengikut lirik dengan iringan muzik.

ISSUES

Pada awal latihan nyanyian, iaitu ketika nyanyian baris demi baris, terdapat 5 orang murid gagal

mengecam pic atau nada lagu pada melodi yang diperdengarkan. Ini membuatkan mereka terus-

menerus menyanyi dalam nada yang berlainan tanpa mereka sedari. Kesalahan ini dikesan ketika

aktiviti nyanyian rangkap demi rangkap secara berkumpulan. Manakala dalam aspek nanyian dan

muzik gerakan pula, murid dapat mengabungkan nyanyian dan gerakan spontan berpandukan

lirik lagu. Namun keseragaman jenis pergerakan dan masa bergerak tidak secara bersama seperti

nyanyian mereka. Pergerakan murid terbatas kepada idea dan kreativiti masing-masing.

P a g e | 1

Page 3: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Guru perlu membentuk kumpulan-kumpulan kecil dan menempatkan murid yang gagal

mengecam pic atau nada dalam satu kumpulan. Mereka akan diberi latihan secara latih-

tubi dan bergabung dengan kumpulan yang lain secara berperingkat.

2. Guru boleh menggunakan panduan piano dengan oktaf atau nada yang sama dengan pic

yang dinyanyikan murid-murid. Sesetengah murid gagal mengecam suara atau pic yang

dinyanyikan guru namun boleh mengikut nada yang dibunyikan dengan piano.

3. Bagi mengatasi masalah keseragaman dalam pergerakkan, guru boleh memberi panduan

dalam melakukan aksi spontan berpandukan lirik. Contohnya bergerak secara kiraan atau

mengikut kiraan tempo lagu. Gunakan kaedah membaca lirik mengikut nilai not pada

lagu berkenaan. Setelah keseragaman pergerakan diperolehi, bolehlah digabungkan

dengan nyanyian dan iringan muzk.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 2

Page 4: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 2 : 30.03.2015 – 03.04.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 30.03.2015 )

FOCUS : Permainan Perkusi – Ensembel Tradisional

TITLE : Perkusi – ‘Sambut Pengantin’

OBJECTIVE : 1. Membaca dan memahami skor permainan perkusi melalui latihan

menepuk corak irama.

2. Memainkan perkusi berpandukan skor secara berkumpulan dengan

baik dan lancar.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

murid-murid tidak manghadapi masalah untu menjawab soalan yang diajukan. Ini kerana

persekitaran tempat tinggal mereka sering diadakan majlis perkahwinan yang disajikan dengan

paluan kompang pengantin. Murid-murid dapat menyanyikan lagu ‘Wau Bulan’ dengan baik

setelah memahaminya pada pelajaran yang lalu. Dalam permainan perkusi pula, kumpulan-

kumpulan kompang dapat digabungkan dengan baik secara berperingkat, iaitu kompang memalu

dimainkan dengan kompang menyilang dahulu, kemudian digandingkan pula dengan kompang

meningkah. Latihan sebutan Prancis dapat membantu murid-murid mengecam corak irama yang

ditepuk.

ISSUES

Pada awal latihan perkusi iaitu ketika latihan menepuk corak irama, terdapat 3 orang murid gagal

mengecam nilai not yang di tepuk. Mereka ini akan sukar atau gagal mengawal tempo ketika

memainkan perkusi. Kesalahan ini akan jelas kedengaran sekiranya dimainkan menggunakan

alat perkusi. Semasa proses mengabungkan tiga kumpulan kompang iaitu melalu,menyilang dan

meningkah, guru menghadapi kesukaran untuk memberi fokus yang berkesan ketika memimpin

kumpulan-kumpulan berkenaan.

P a g e | 3

Page 5: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Bagi mengatasi murid-murid yang gagal mengecam nilai not, latihan sebutan Prancis

perlu diulang berkali-kali dan dilatih bersama kiraan tempo atau metronom. Pandukan

fokus murid-murid kepada bentuk atau nilai not dan hafalan bunyi corak irama

berkenaan.

2. Guru boleh menggunakan panduan piano bagi mengiringi paluan kompang setiap

kumpulan bagi membiasakan pendengaran mereka dengan tempo lagu atau sebarang

perubahan corak irama.

3. Bagi mengatasi masalah memimpin gabungan kumpulan-kumpulan kompang, guru perlu

menempatkan murid-murid yang lemah ke dalam kumpulan kompang melalu,

murid sederhana dalam kompang menyilang dan murid cemerlang dalam kumpulan kompang

meningkah. Ini bagi mengurangkan risiko melakukan kesalahan atau mencacatkan

persembahan.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 4

Page 6: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 3 : 06.04.2015 – 10.04.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 06.04.2015 )

FOCUS : Teknik Penjarian dan Penglidahan

TITLE : Rekoder – Pengenalan Rekoder

OBJECTIVE : 1. Melakukan penjarian rekoder berpandukan carta dengan cara yang

betul.

2. Meniup rekoder dengan menggunakan kaedah/teknik tiupan yang

betul.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi,

kesediaan murid dengan pelajaran dapat dijanakan melalui persembahan menarik tayangan slaid

powerpoint. Ini dapat dilihat melalui kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti

menjawab soalan-soalan yang diajukan. Murid-murid dapat mengikuti langkah-langkah

pengajaran dengan baik walaupun agak perlahan menguasai kemahirannya. Murid-murid dapat

menyanyikan lagu ‘Taman Negara’ sambil beraksi spontan dengan baik setelah memahaminya

pada pelajaran yang lalu.

ISSUES

Penerangan berkaitan teknik penglidahan dan kaedah tiupan rekoder memberikan persepsi yang

berbeza dikalangan murid, terutama murid-murid yang lemah. Kesalahan ini dikesan ketika

aktiviti meniup rekoder dengan menggunakan teknik penglidahan dan tiupan yang betul. 4 orang

murid dikesan gagal menunjukkan teknik yang betul ketika meniup rekoder. Nafas yang

dikeluarkan tidak dikawal dengan baik disebabkan teknik tiupan atau penglidahan yang tidak

betul. Teknik penjarian mereka juga kurang kemas di mana lubang ditutup dengan hujung jari, sepatutnya

dengan telapak jari.

P a g e | 5

Page 7: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Guru boleh menggunakan bahan media elektronik yang lebih jelas bagi mengambarkan

kedudukan dalaman mulut ketika teknik penglidahan rekoder berlaku. Ini dapat

membantu murid-murid memahami dengan lebih mendalam dan jelas akan situasi dan

tindakan yang betul.

2. Guru boleh menggunakan lagu yang mudah, walau pun hanya satu not digunakan tetapi

menjadi lagu bersama iringan muzik. Ini dapat mendorong semangat murid-murid

disamping melatih teknik penjarian rekoder.

3. Murid-murid sepatutnya dibekalkan dengan bahan latihan untuk dipraktikkan di rumah

bagi memberi ruang murid berkenaan manajamkan kemahiran dan mengisi masa-masa

yang terluang dengan latihan muzikal.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 6

Page 8: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 4 : 13.04.2015 – 17.04.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 13.04.2015 )

FOCUS : Irama - Tempo

TITLE : Nyanyian – ‘Terima Kasih Tuanku’

OBJECTIVE : 1. Menyanyikan lagu ‘Terima Kasih Tuanku’ dengan tempo yang tepat

mengikut muzik iringan.

2. Menyanyi sambil bergerak spontan mengikut lirik lagu dengan baik..

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

yang menggunakan bahan media medel pakaian tradisional melayu, dapat menarik minat murid

dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi ceria dan bersemangat. Ini dapat dilihat melalui

kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti menjawab soalan-soalan yang

diajukan..Mutu suara secara keseluruhannya baik, lantang dan jelas sebutannya. Lagu yang

dinyanyikan ini berentak perlahan dan bertenaga dapat meningkatkan penghayatan mud dan

tempo lagu. Murid-murid juga dapat mengabungkan nyanyian lagu ‘Terima Kasih Tuanku’

sambil beraksi spontan mengikut lirik dengan baik.

ISSUES

Dalam pengajaran nyanyian pada kali ini seramai 7 orang murid dikesan menyanyi dengan

teknik pernafasan yang tidak betul. Kesalahan ini dilihat apabila nyanyian murid berkenaan

terputus-putus disebabkab kehabisan nafas. Biasanya ia terjadi pada frasa yang panjang. Seramai

2 orang murid pula dikesan gagal mengikuti tempo dengan baik terutama ketika perubahan mud

lagu/rangkap. Kesalahan ini berulang kali dilakukan walaupun mereka sedar akan kesilapan dan

berusaha memperbaikinya..

P a g e | 7

Page 9: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Latihan pernafasan penting sebagai persediaan sebelum memulakan nyanyian. Namun

bagi frasa nyanyian yang panjang memerlukan teknik pernafasan yang betul. Bagi

mengatasi masalah pernafasan pada frasa yang panjang, guru boleh menggunakan frasa

yang panjang itu sebagai latihan nyanyian sebelum menyanyi keseluruhan lagu. Murid-

murid dapat mengecam tempat yang sesuai untuk menarik nafas dalam nyanyian bagi

menjamin mutu suara yang baik.

2. Murid-murid yang kurang asas muzikal atau pengalaman bermuzikal akan mengalami

kesukaran untuk mengekalkan tempo dalam nyanyian. Kesukaran ini dilihat apabila

murid berkenaan tidak merasai detik lagu, hilang fokus dan akhirnya hanya mengikut

gerak bibir rakan sahaja. Kaedah nyanyian tanpa iringan muzik dan hanya menggunakan

metronom bagi menjaga tempo boleh digunakan guru bagi mangatasi masalah ini. Teknik

mengiraan detik lagu juga perlu diterapkan ketika menyanyi.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 8

Page 10: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 5 : 20.04.2015 – 24.04.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 20.04.2015 )

FOCUS : Rekoder – Kaunter Melodi

TITLE : Rekoder – ‘Bunga Berkembang’

OBJECTIVE : 1. Membaca dan memahami skor penjarian rekoder melalui latihan

penjarian sambil menyebut not dengan betul.

2. Meniup rekoder berpandukan skor melodi secara berkumpulan dengan

baik dan lancar.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

yang menggunakan bahan bantu mengajar seperti bunga ros, dapat menarik minat murid dan

menjadikan suasana pembelajaran menjadi ceria dan bersemangat. Ini dapat dilihat melalui

kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti menjawab soalan-soalan yang

diajukan..Mutu suara secara keseluruhannya baik, lantang dan jelas sebutannya. Lagu yang

dinyanyikan ini berentak sederhana dengan sebutan melodi yang mudah, dapat dinyanyikan

dengan baik dan lancar. Melalui permainan rekoder pula, gabungan rekoder melodi dan kaunter

melodi dapat dicapaidengan baik pada akhir pangajaran. Persembahan secara berkumpulan dapat

memberikan keyakinan dan keseronokan pada pembelajaran kali ini.

ISSUES

Semasa aktiviti nyanyian dijalankan, seramai 5 orang murid dikesan menyanyi dengan mutu

suara yang tidak sesuai. Kesalahan ini dilihat apabila suara yang dikeluarkan terlalu lantang,

‘bright’ atau seolah-olah menjerit. Biasanya ia terjadi pada daftar suara yang tinggi dalam lagu

berkenaan. Seramai 3 orang murid pula dikesan gagal meniup rekoder dengan lancar kerana

keliru atau terganggu dengan melodi dan kaunter melodi.. Kesalahan ini berulang kali dilakukan

walaupun mereka sedar akan kesilapan dan berusaha memperbaikinya..

P a g e | 9

Page 11: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Guru boleh membentuk suara murid-murid yang menyanyi tanpa pengawalan suara yang

baik dengan membahagikan kumpulan suara. Setiap kumpulan dibezakan dengan mutu

suara bagi meningkatkan pengecaman suara murid. Murid- murid juga perlu didedahkan

dengan jenis-jenis suara yang tidak sesuai. Gunakan suara mereka sebagai contoh untuk

diperbetulkan.

2. Bagi mengatasi kekeliruan ketika mengabungkan rekoder melodi dengan kaunter melodi,

guru boleh menjarakkan kumpulan-kumpulan rekoder semasa latihan. Ini bagi

memudahkan murid yang keliru itu mengecam dan menghafal melodi yang dimainkan..

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 10

Page 12: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 6 : 27.04.2015 – 01.05.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 27.04.2015 )

FOCUS : Perkusi – Ensembel Perkusi

TITLE : Perkusi – ‘Ikan Kekek’

OBJECTIVE : 1. Memainkan corak irama perkusi berpandukan skor menggunakan alat

perkusi secara berkumpulan dengan baik.

2. Meniup rekoder berpandukan skor kaunter melodi secara

berkumpulan dengan betul.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

yang menggunakan bahan bantu mengajar seperti perkakas menjual ikan dan lakonan guru, dapat

menarik minat murid dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi ceria dan bersemangat. Ini

dapat dilihat melalui kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti menjawab soalan-

soalan yang diajukan. Nyanyian lagu ‘Ikan Kekek’ juga dapat disempurnakan dengan baik. Lagu

rakyat yang mudah ini dinyanyikan dengan suara bersama dan bersefahaman. Melalui permainan

rekoder pula, gabungan rekoder melodi dan kaunter perkusi dapat dicapai dengan baik pada akhir

pangajaran. Persembahan secara ensembel berkumpulan dapat memberikan keyakinan dan

keseronokan pada pembelajaran kali ini.

ISSUES

Semasa aktiviti nyanyian dijalankan, seramai 2 orang murid dikesan menyanyi dengan sebutan

yang kurang jelas. Kesalahan ini dilihat apabila perkataan/sebutan yang dikeluarkan menjadi

pelat. Biasanya ia terjadi pada perkataan yang jarang-jarang didendari murid. . Semasa proses

mengabungkan tiga kumpulan perkusi dan rekoder, guru menghadapi kesukaran untuk memberi

fokus yang berkesan ketika memimpin kumpulan-kumpulan berkenaan. Ini kerana kumpulan

perkusi menjadi keliru dengan melodi rekoder yang kurang kemas bunyinya.

P a g e | 11

Page 13: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Latihan membaca lirik mengikut not lagu mampu membantu guru dalam menangani

masalah murid yang kurang jelas sebutannya. Latihan ini boleh diulang sehingga mereka

dapat menyebut lirik berkenaan dengan betul dan jelas.

2. Bagi mengatasi kekeliruan ketika mengabungkan rekoder melodi dengan kaunter perkusi,

guru boleh menggunakan metronom atau memberikan tempo yang menjadi panduan

kepada semua kumpulan-kumpulan rekoder semasa latihan. Ini bagi memudahkan murid

yang keliru itu mengecam dan merasai detik lagu yang dimainkan.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 12

Page 14: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 7 : 04.05.2015 – 08.05.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 04.05.2015 )

FOCUS : Melodi – Mutu Suara

TITLE : Nyanyian – ‘Kampungku’

OBJECTIVE : 1. Menyanyi lagu ‘Kampungku’ dengan mutu suara baik bersama

muzik iringan.

2. Menyanyi sambil beraksi spontan mengikut lirik lagu dengan baik.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

yang menggunakan bahan bantu mengajar berupa gambar, dapat menarik minat murid dan

menjadikan suasana pembelajaran menjadi ceria dan bersemangat. Ini dapat dilihat melalui

kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti menjawab soalan-soalan yang

diajukan. Murid-murid dapat menyanyi mengikut tempo dengan baik. Secara keseluruhannya,

murid-murid dilihat boleh menyanyi sambil beraksi mengikut lirik dengan iringan muzik.

ISSUES

Pada awal latihan nyanyian, iaitu ketika nyanyian rangkap demi rangkap, terdapat 3 orang murid

dikesan gagal mencapai daftar suara rendah yang baik dan jelas. Ini akan menjadikan mutu suara

mereka kurang jelas dan lontaran suara mereka menjadi lemah. Kesalahan ini dikesan ketika

aktiviti nyanyian rangkap demi rangkap secara berkumpulan. Manakala dalam aspek nanyian dan

muzik gerakan pula, murid dapat mengabungkan nyanyian dan gerakan spontan berpandukan

lirik lagu. Namun keseragaman jenis pergerakan dan masa bergerak tidak secara bersama seperti

nyanyian mereka. Pergerakan murid terbatas kepada idea dan kreativiti masing-masing.

P a g e | 13

Page 15: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Bagi membantu murid-murid yang yang menghadapi kesukaran menyanyikan pic yang

rendah, guru perlu mengesan samada kesukaran itu berpunca daripada kekeliruan nada

atau daftar suara rendah yang lemah. Sekiranya murid itu keliru dengan nada, guru boleh

membetulkannya dengan piano atau nyanyian berkumpulan. Manakala sekiranya daftar

suara rendah yang lemah, guru boleh meninggikan nada ( transpose ) kepada nada yang

paling sesuai.

2. Bagi mengatasi masalah keseragaman dalam pergerakkan, guru boleh memberi panduan

dalam melakukan aksi spontan berpandukan lirik. Contohnya bergerak secara kiraan atau

mengikut kiraan tempo lagu. Gunakan kaedah membaca lirik mengikut nilai not pada

lagu berkenaan. Setelah keseragaman pergerakan diperolehi, bolehlah digabungkan

dengan nyanyian dan iringan muzk.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 14

Page 16: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 8 : 11.05.2015 – 15.05.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 11.05.2015 )

FOCUS : Melodi – Mutu Suara, Teori Muzik

TITLE : Nyanyian – ‘Kampungku

OBJECTIVE : 1. Menyanyi lagu ‘Kampungku’ dengan mutu suara soprano yang baik

bersama muzik iringan.

2. Melukis tangga nada C major menaik dan menurun dengan betul dan

kemas.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

yang menggunakan bahan audio bagi memberikan gambaran jelas, dapat menarik minat murid

dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi ceria dan bersemangat. Ini dapat dilihat melalui

kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti menjawab soalan-soalan yang

diajukan. Murid-murid dapat menyanyi mengikut tempo muzik dengan baik kerana mereka telah

didedahkan dengan rentak march pada pelajaran yang lalu. Secara keseluruhannya, murid-murid

dilihat boleh menyanyi dengan menghasilkan suara soprano yang baik..

ISSUES

Pada awal latihan nyanyian, iaitu ketika nyanyian rangkap demi rangkap, terdapat 5 orang murid

gagal menghasilkan mutu suara soprano seperti dikehendaki. Ini membuatkan mereka terus-

menerus menyanyi dalam suara biasa tanpa mereka sedari. Kesalahan ini dikesan ketika aktiviti

nyanyian secara berkumpulan. Manakala dalam aspek teori muzik pula, murid dapat melukis

tangga nada C major menaik dan menurun, namun kedudukan not bagi 7 orang murid dikesan

tidak betul. Manakala not-not juga dilukis dengan kurang kemas..

P a g e | 15

Page 17: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Guru perlu mengesan julat suara ( range ) murid-murid yang gagal menghasilkan suara

soprano. Sekiranya terdapat kelemahan peti suara, guru mengekalkan mereka menyanyi

dengan suara biasa. Sesetengah murid berasa malu untuk manghasilkan suara soprano

walau pun mereka mampu dan berbakat. Mereka akan diberi latihan secara latih- tubi

dan bergabung dengan kumpulan yang lain secara berperingkat.

2. Guru boleh menggunakan panduan piano dengan oktaf atau nada yang sama dengan pic

yang dinyanyikan murid-murid. Sesetengah murid gagal mengecam suara atau pic yang

dinyanyikan guru namun boleh mengikut nada yang dibunyikan dengan piano.

3. Guru boleh memberi latihan tambahan berkaitan kedudukan not di garis dan di ruang

garisan baluk kepada murid-murid yang berkenaan.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 16

Page 18: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 9 : 18.05.2015 – 22.05.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 18.05.2015 )

FOCUS : Irama - Tempo

TITLE : Nyanyian – ‘Sejahtera Malaysia’

OBJECTIVE : 1. Menyanyi lagu ‘Sejahtera Malaysia’ dengan tempo yang tepat

mengikut muzik iringan.

2. Menyanyi sambil bergerak spontan mengikut lirik lagu dengan baik.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi

yang menggunakan bahan fotografi bagi memberikan gambaran jelas, dapat menarik minat

murid dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi ceria dan bersemangat. Ini dapat dilihat

melalui kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti menjawab soalan-soalan yang

diajukan. Murid-murid dapat menyanyi mengikut tempo muzik dengan baik kerana mereka telah

didedahkan dengan rentak sederhana pada pelajaran yang lalu. Secara keseluruhannya, murid-

murid dilihat boleh menyanyi sambil beraksi spontan mengikut lirik dengan baik dan lancar.

ISSUES

Dalam pengajaran nyanyian pada kali ini seramai 7 orang murid dikesan menyanyi dengan

teknik pernafasan yang tidak betul. Kesalahan ini dilihat apabila nyanyian murid berkenaan

terputus-putus disebabkab kehabisan nafas. Biasanya ia terjadi pada frasa yang panjang.

Kesalahan ini dikesan ketika aktiviti nyanyian dalam kumpulan kecil. . Manakala dalam aspek

muzik gerakan pula, murid dapat mengabungkan nyanyian dan gerakan spontan berpandukan

lirik lagu. Namun keseragaman jenis pergerakan dan masa bergerak tidak secara bersama seperti

nyanyian mereka. Pergerakan murid terbatas kepada idea dan kreativiti masing-masing

P a g e | 17

Page 19: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Bagi mengatasi masalah pernafasan pada frasa yang panjang, guru boleh menggunakan

frasa yang panjang itu sebagai latihan nyanyian sebelum menyanyi keseluruhan lagu.

Murid- murid dapat mengecam tempat yang sesuai untuk menarik nafas dalam nyanyian

bagi menjamin mutu suara yang baik.

.

2. Bagi mengatasi masalah keseragaman dalam pergerakkan, guru boleh memberi panduan

dalam melakukan aksi spontan berpandukan lirik. Contohnya bergerak secara kiraan atau

mengikut kiraan tempo lagu. Gunakan kaedah membaca lirik mengikut nilai not pada

lagu berkenaan. Setelah keseragaman pergerakan diperolehi, bolehlah digabungkan

dengan nyanyian dan iringan muzk.

Checked by the Mentor , Approved by Supervisor ,

................................................... ..........................................................

( ABDUL HAFIZA B. ABDUL ) ( NADIA WIDYAWATI BT. MADZHI )

Date :....................................... Date :.......................................

P a g e | 18

Page 20: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

WEEK 10 : 25.05.2015 – 29.05.2015

CLASS : 6 ARIF ( Isnin – 25.05.2015 )

FOCUS : Teknik Penjarian dan Penglidahan

TITLE : Rekoder – ‘In A Circle’

OBJECTIVE : 1. Membaca dan memahami skor permainan rekoder melalui latihan

penjarian sambil menyebut not.

2. Meniup rekoder berpandukan skor melodi secara berkumpulan dengan

baik dan lancar.

FINDINGS

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan set induksi,

kesediaan murid dengan pelajaran dapat dijanakan walaupun ringkas tetapi berkaitan dengan

tajuk. Ini dapat dilihat melalui kecenderungan minat murid untuk melibatkan diri seperti

menjawab soalan-soalan yang diajukan. Murid-murid dapat mengikuti langkah-langkah

pengajaran dengan baik walaupun agak perlahan menguasai kemahirannya. Secara

keseluruhannya murid-murid boleh meniup rekoder bagi lagu ‘In A Circle’ dengan baik secara

berkumpulan dengan iringan muzik.

ISSUES

Semasa aktiviti latihan meniup rekoder secara berkumpulan 3 orang murid didapati gagal

mengawal tempo dengan baik. Kesalahan ini dikesan ketika aktiviti meniup rekoder dengan

menggunakan teknik penglidahan dan tiupan yang betul. Mereka ini sering terlajak tiup atau

ketinggalan dalam kumpulan rekodernya disebabkan penjarian rekoder yang kurang kemas.

Kawalan pernafasan ketika meniup rekoder juga tidak dikawal dengan teliti. Ini kerana hampir kesemua

not yang ditiup menjadi agak sumbang ( over picth ), terjadi daripada udara tiupan yang terlalu kuat.

P a g e | 19

Page 21: Reflection Journal.docx

REFLECTIVE JOURNALTEACHING & LEARNING MUSIC

AFFIAN BIN MAT HASSAN____________________________________________________________

RECOMMENDATION OF IMPROVEMENT

1. Guru boleh menggunakan bahan media elektronik yang lebih jelas bagi mengambarkan

kedudukan dalaman mulut ketika teknik penglidahan rekoder berlaku. Ini dapat

membantu murid-murid memahami dengan lebih mendalam dan jelas akan situasi dan

tindakan yang betul.

2. Bagi mengatasi kekeliruan ketika mengabungkan rekoder melodi dengan kaunter perkusi,

guru boleh menggunakan metronom atau memberikan tempo yang menjadi panduan

kepada semua kumpulan-kumpulan rekoder semasa latihan. Ini bagi memudahkan murid

yang keliru itu mengecam dan merasai detik lagu yang dimainkan.

.

3. Bagi mengatasi masalah pernafasan pada frasa yang panjang, guru boleh menggunakan

frasa yang panjang itu sebagai latihan tambahan atau latih-tubi. Murid-murid dapat

mengecam tempat yang sesuai untuk menarik nafas semasa meniup rekoder.

P a g e | 20