Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa...

41

Transcript of Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa...

Page 1: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam
Page 2: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

Publication of the

Buddhist Maha Vihara123, Jalan Berhala, Brickfields50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570E-Mail: [email protected]: www.buddhistmahavihara.com

www.ksridhammananda.com

Permission to reprint for free distribution can beobtained upon request.

Published for Free Distribution

1st Print –Dec 2007 ( 3,500 copies)

Persatuan Sasana Abhiwurdhi Wardhana Societymerakamkan penghargaan kami kepada

Rakan-rakan SeDhamma,Universiti Sains Malaysia

diatas usaha penterjemahan mereka ini..

Printed by:UNIPRINTS MARKETING SDN BHD (493024-K)

Page 3: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

KENAPA MEMILIH AGAMA BUDDHA?oleh Bhante Dr. K. Sri Dhammananda

ASAS AGAMA

Sebelum kita membincangkan persoalan"Kenapa memilih agama Buddha", kita harus tahubagaimanakah idea tentang agama mula-mulamuncul di dalam pemikiran manusia.

Beribu-ribu tahun dahulu, setelahmenyaksikan banyak peristiwa yangmenakjubkan, manusia mula memikirkan tentangberbagai fenomena semulajadi di dalam alam ini.Adakalanya mereka terpaksa menderitadisebabkan oleh malapetaka dan peristiwa yangmengerikan. Kadangkala fenomena itu membawakeuntungan.

Mereka mula berikhtiar untuk mencari jalanuntuk menghalang berulangnya peristiwa yangmenyebabkan ketakutan, penderitaan, tekananemosi, syak wasangka dan sebagainya. Merekasedia maklum bahawa kebanyakan peristiwa ini

01

Page 4: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

adalah di luar bidang pengetahuan mereka.Justeru itu, mereka merasakan bahawa terdapatsuatu kuasa luar yang ghaib disebalik semuaperistiwa yang luar biasa itu; mungkin "tuhanatau dewa".

Upacara mengorbankan binatang danmenyembah diadakan dengan harapan dapatmemuja kuasa luarbiasa ini. Bila tuah mendatang,mereka akan mengadakan majlis kesyukuransebagai tanda berterima kasih kepada tuhankerana berpendapat mungkin tuhan yangbertanggungjawab disebalik tuah itu. Merekaberharap mendapat perlindungan daripada tuhanmelalui upacara keagamaan seperti ini supayatidak menghadapi banyak kesulitan di dalamhidup. Dengan berkembangnya konsep ini, ritual,upacara dan perayaan keagamaan pun mulaberkembang. Masyarakat yang berlainanmengadakan perayaan yang berbeza mengikutkeperluan serta kedudukan geografi mereka.Dengan bertambahnya upacara pemujaan ini sertafalsafah disebaliknya, "agama" menjadi satubahagian intrinsik di dalam setiap tamadunmanusia. Asas agama pada mulanya adalah untuk

02

Page 5: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

kemandiran manusia1 yang berpunca daripadasyak wasangka dan salah faham tentang hidupserta fenomena semulajadi alam yangmengerikan. Kesemua ini merupakan asas bagiagama sebagaimana bahan-bahan seperti batu-bata, simen dan tanah digunakan untuk membinaasas bagi sesebuah bangunan.

Agama kemudian diperkayakan lagirupanya supaya kelihatan menarik denganmemperkenalkan unsur keyakinan, pemujaan,penyembahan, etika, moral serta nazar yangkesemuanya dijalankan di atas nama tuhan demimengawal umat manusia. Mereka juga berharapdapat mencapai satu alam kebahagiaan yangberkekalan serta ketenangan roh.

ASAS AGAMA BUDDHA

Beberapa ratus tahun kemudiannya, satuagama baru, agama Buddha muncul. Buddham

1 kemandiran manusia = "human survival"(supaya manusia dapat terus hidup).

03

Page 6: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

tidak memperkenalkan atau menggunakansebarang daripada kepercayaan kuno itu. Beliautidak mengeksploitasikan konsep tuhan, teori roh,syurga atau neraka yang berkekalan untukmembentuk agama Buddha. Beliau tidakmengeksploitasikan ketakutan manusia atau salahfaham mereka tentang fenomena yang berlaku didalam alam semesta untuk menyokong ajarannya.Beliau tidak menuntut umatnya menerimaajarannya dengan membuta tuli atau mengadakanupacara yang sia-sia. Beliau tidak menggalakkanamalan menyeksa diri atau menurunkan hukumyang wajib untuk pengikutnya. Beliau tidakmenuntut kewibawaan sebarang kuasa ghaibuntuk mengukuhkan hujahnya. Buddha juga telahmemperkenalkan banyak perkara seperti sifatsebenar kehidupan duniawi, fenomena alam dankosmik, ciri sebenar minda2 dan jasad, kaitan

2 minda = mind. Buddha menerangkan bahawaminda terdiri daripada empat kelompok mental,iaitu perasaan (feelings), tanggapan (perception),formasi mental (mental formations) dankesedaran deria (consciousness).

04

Page 7: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

juzuk dan tenaga, moral, perkembangan spiritual, disiplin, latihan pemikiran mental, pengetahuan,kearifan dan Pencerahan Sempurna.

Beberapa konsep yang diajarnya jugaterdapat di dalam agama lain, misalnya kamma -hukum sebab dan akibat serta etika-etika tertentu.Akan tetapi Buddha tidak mengajarnya dengancara yang sama atau memberi pengertian yangsama kepadanya. Beliau telah memperbaiki danmemperkenalkannya secara saintifik dan rasional.

AGAMA YANG BEBAS

Agama Buddha bukanlah satu gabunganbeberapa agama atau idea-idea agama yangberbeza. Buddha tidak mengambil ajarandaripada agama lain, mengumpulkannya dankemudian memperkenalkannya sebagai agamaBuddha. Sebenarnya, Beliau menyedari bahawatiada seorang guru agama pun yang dapatmenemui kebenaran mutlak dan jalan untukmembebaskan diri daripada belenggu hidup.Beliau menerangkan bahawa guru agama lainhanya dapat mencapai tahap tetentu sahaja di

05

Page 8: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

dalam pencapaian kuasa duniawi danperkembangan spiritual mereka. Mereka masihtidak dapat mencapai minda yang sucisepenuhnya atau membebaskan diri daripadatanggapan yang salah, khayalan, kejahilan,kecemaran minda, salah faham, imaginasi dankepercayaan yang karut.

Tujuan sebenar suatu "agama" bolehdifahami apabila kita mengkaji cara Buddhamemperkenalkan "jalan hidup beragama yangmulia" ini. Jika kita menggunakan istilah "agama"apabila membincangkan ajaran Buddha, kita jugaharus memahami tafsiran berlainan yangdiberikan bagi istilah ini oleh pengikut agamalain.

Justeru itu, sesiapa pun dapat memahamimengapa agama Buddha diperlukan walaupunterdapat begitu banyak sekali agama lain di dalamdunia ini.

06

Page 9: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

KETIADAAN DOGMA

Buddha telah berjaya menyingkirkanbeberapa tanggapan yang salah yang menjadipegangan manusia selama beberapa ribu tahun.Tanggapan bahawa roh adalah suatu entiti yangberkekalan dan diwujudkan oleh tuhan terpaksaditolak apabila Buddha memberikan beberapahujah yang konkrit dan bernas untuk menyangkalkewujudan sesuatu entiti yang berkekalanselama-lamanya. Tanggapan ini hanyalah suatukhayalan sahaja. Tanggapan ini adalah sepertipelangi yang boleh dilihat tetapi bukannya realiti.Buddha menerangkan bahawa konsep roh inimerupakan satu salah faham tentang kesedaranderia (consciousness) manusia. Konsep roh inisangat penting di dalam setiap agama lain. Akantetapi Buddha sahaja yang menyatakan denganjelasnya bahawa tiada sebab untuk kitamempercayai tentang kewujudan roh.

Perkara ini sama seperti pada masa dahuluapabila semua orang percaya bahawa mataharidan bulan mengelilingi bumi kita setiap hari.Manusia mempunyai tanggapan yang salah. Hal

07

Page 10: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuantentang cakerawala kita. Apabila Copernicusmembuktikan bahawa bukannya matahari yangmengelilingi bumi, sebaliknya bumi yangmengelilingi matahari, manusia mula menyedarikebenaran tersebut.

Terdapat satu lagi tanggapan tentang bumiyang dipegang oleh manusia. Selama beribu-ributahun, manusia mempercayai bahawa bumi kitaadalah rata. Akan tetapi Galileo telahmembuktikan bahawa bumi kita adalah bulat danbukannya rata. Lama-kelamaan manusia jugamenerima kebenaran tersebut.

Apabila Copernicus menemui bahawamatahari adalah pusat sistem suria kita, manusiaterpaksa menolak kepercayaan lama yangberasaskan bumi sebagai pusat alam semesta.

Kepercayaan kebanyakan ahli falsafahtradisional sehingga abad ke-19 adalah bahawaatom merupakan entiti mutlak jasad dan adalahmustahil untuk membelahkan atom tersebut.Kepercayaan ini terpaksa ditolak apabila saintis

08

Page 11: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

nuklear berjaya membelahnya.

Teori evolusi yang dirumuskan oleh CharlesDarwin telah menolak "Teori penciptaan" yangpopular itu; bahawa kehidupan dicipta olehTuhan. Ahli geologi, biologi dan fisiologi telahmenerangkan dengan terperincinya bahawakewujudan kehidupan yang pertama di dalamdunia ini telah mengambil masa beberapa jutatahun. Semua ini tidaklah bertentangan denganajaran Buddha daripada mana-mana aspek pun.Penemuan moden tentang perkembangan yangperlahan-lahan akan kehidupan mineral,tumbuhan, benda dan makhluk hidup yang lainadalah selari dengan ajaran Buddha.

Apabila kita mengkaji penerangan Buddhatentang alam semesta, kita mendapati bahawaBeliau telah menyentuh tentang wujudnyabeberapa jenis makhluk hidup yang bahagia danjuga yang tidak bahagia, bukan sahaja di dalamdunia ini tetapi juga di dalam beberapa planet lainyang tertentu.

Para saintis moden dan juga ahli astronomi

09

Page 12: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

mempunyai pandangan yang terbuka tentangaspek ini. Mereka mengakui bahawa adanyakemungkinan tentang wujudnya beberapa jenismakhluk hidup di planet-planet lain yang tertentu.Banyak kepercayaan tradisi pada masa kiniadalah sama dengan kepercayaan primitif tentangsistem dunia dan asalnya hidup. Akan tetapiajaran Buddha mengesahkan penemuan barutersebut.

Buddha tidak menyokong kepercayaanbahawa upacara agama dan ritual merupakansatu-satunya cara untuk seseorangmenyelamatkan dirinya. Mengikut Buddhaperkembangan moral, penumpuan minda sertapenyucian minda adalah aspek yang pentingdalam menjalani kehidupan beragama sehinggatercapainya Nibbana. Beliau menyatakan bahawaseseorang yang berpegang teguh pada agamaharuslah menjalani kehidupan yang tidak tercela,tetapi menjalani kehidupan yang terhormat, suci,senonoh, mulia serta tidak menyakiti orang lain.Hanya dengan menyembah ataupun memuja tidakdengan sendirinya menjadikan seseorang ituseorang yang berpegang teguh pada agama atau

10

Page 13: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

membolehkannya mencapai kesempurnaan danpenyelamatan diri.

Buddha juga menasihati manusia supayamenjauhkan diri daripada amalan jahat. Tujuankita menghindarkan diri daripada amalan jahatadalah demi kebajikan makhluk hidup yang laindan bukan kerana takutkan tuhan ataupunhukuman. Pada masa yang sama, Beliau jugamenasihati kita untuk memupuk ciri-cirikemanusiaan yang baik, mempraktikkan amalanyang baik serta menolong orang lain tanpamempunyai tujuan kepentingan diri yangtersembunyi.

Buddha merupakan satu-satunya guru yangtelah memberikan penghormatan yang tinggikepada kebijaksanaan manusia. Beliaumenasihati kita supaya tidak mengabdikan dirikepada kuasa luar. Sebaliknya kita digalakkanuntuk memperkembangkan potensi kita denganmempunyai keyakinan pada kebolehan dirisendiri.

Beliau juga mengatakan bahawa manusialah

11

Page 14: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

yang bertanggungjawab bagi semua perkara yangberlaku di dalam dunia ini. Penderitaan sertakebahagiaan adalah diwujudkan oleh dirinyasendiri. Manusia mempunyai kebolehan untukmenyingkirkan penderitaannya serta menetapkansuatu suasana yang tenteram, bahagia serta arifmelalui usaha sendiri tanpa bergantung kepadakuasa luar. Disebabkan minda manusia yang tidakterlatih itulah, mereka menghadapi banyakmasalah, malapetaka dan pergolakan hidup. Jikaminda manusia digunakan dengan betul, merekaakan dapat menukarkan situasi yang tidakmenguntungkan itu dan menjadikan dunia inilebih aman, makmur serta bahagia. Hanya intelekyang terlatih yang mempunyai tenaga mental suciberkebolehan menjayakannya.

HADAPILAH KENYATAAN

Agama ini selalu menggalakkan manusiamenghadapi kenyataan hidup tanpa bertindaksebagai seorang hipokrit. Kita harus menerimakenyataan apabila menghadapinya. Oleh itu, umatBuddhis tidak menolak fakta berkenaan dengandunia ini yang dijumpai oleh para saintis dan para

12

Page 15: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

cendekiawan. Walaupun Buddha telah memberilebih penekanan kepada perkembangan spiritual,Beliau tidak pernah mengabaikan kemajuanduniawi manusia. Di dalam ajarannya kita akanmenemui nasihat yang praktikal untuk bekerjadengan betulnya tanpa membuang masa sertaberusaha dan bertindak dengan bijaknya demikemajuan umat manusia. Beliau menyatakanbahawa seseorang harus menunaikan kewajipannyakepada keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan,masyarakat, negara serta seluruh dunia.

Oleh itu umat Buddhis tidak harusmengabaikan tanggungjawab dan kewajipanmereka untuk menjadikan dunia ini lebih amandan bahagia dengan menyumbangkan tenagamengikut kemampuan masing-masing. Buddhatidak campur tangan dalam urusan kerajaan atauundang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.Buddha tidak menentang sebarang adat sosial dantradisi sekiranya adat itu tidak merugikan tetapisebaliknya memberi manfaat kepada masyarakat.Pada masa yang sama Beliau tidak menggunakankuasa politik atau tentera untuk mengembangkanajarannya walaupun terdapat raja dan menteri

13

Page 16: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

yang menjadi pengikutnya.

Agama ini yang mengajar kita untukberbakti kepada orang lain, mengorbankankeselesaan hidup untuk menolong umat manusiaserta mengikuti disiplin dan peraturan agamabukannya kerana telah diturunkan oleh suatukuasa ghaib tetapi diamalkan secara sukarela.Dengan mengikuti prinsip yang baik seperti iniberdasarkan keyakinan diri, kita bukan sahajamendapat peluang untuk menjadi sempurna tetapikita juga dapat membantu orang lain hidupdengan tenteram.

Penyempurnaan ini adalah tahap tertinggiyang harus dicapai demi menyelamatkan diriseseorang. Penyempurnaan ini tidak boleh dicapaimelalui pertolongan mana-mana tuhan ataupunorang tengah.

Mengikut agama ini, kita dapat melihatakibat semua perbuatan baik atau buruk di dalamjangka hidup ini sendiri. Kenikmatan syurga atauNibbana dapat diselami di dalam hidup ini juga.Tidak perlu tunggu hingga mati untuk melihat

14

Page 17: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

akibat tersebut seperti yang diajar di dalam agamalain.

Sebab itulah Buddha selalu mempersilakankita untuk datang dan menyelidik ajarannya,bukannya datang dan mempercayai secaramembuta tuli. Beliau juga menasihati kita untukmemilih satu agama yang sesuai denganmenimbangkan serta menyelidik dengan berbagaicara tanpa berdasarkan emosi ataupunkepercayaan membuta tuli. Inilah sebabnyaagama Buddha dikenali sebagai ajaran yangberasaskan analisis. Di sini, kita dapat melihatanalisis minda dan jasad dari segi saintifikmahupun falsafah. Aspek ini sudah tentumerupakan suatu aspek yang dihargai oleh paracendekiawan moden.

HUKUM SEJAGAT

Buddha merupakan guru yang telahmenemui sifat sebenar hukum semulajadi kammadan Beliau menasihati kita supaya hidup selarasdengan hukum ini. Beliau menyatakan bahawamereka yang melanggar hukum ini, misalnya

15

Page 18: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

menentang alam semulajadi dan menjalani hidupyang tidak bermoral mestilah bersedia untukmenghadapi akibatnya.

Bukti hukum kamma tersebut dapat dilihatdewasa ini. Sejak revolusi industri pada abadyang lalu, kawasan yang luas telah dibiarkanbegitu saja. Lautan dan sungai juga telah tercemarke satu tahap yang tidak mungkin dapatdipulihkan semula kerosakan yang telahdilakukan terhadap sumber alam semulajadi kita.Perkara ini berlaku kerana manusia terlalutamakkan kemewahan material serta jahil tentangkeseimbangan antara manusia dengan alamsemulajadinya.

Adalah mustahil untuk kita melarikan diridaripada kejadian semulajadi seperti ini denganhanya sembahyang atau menyembah kepadatuhan kerana hukum sejagat ini adalah adil dansaksama bagi semua. Buddha telah mengajar kitacara untuk menghentikan sebahagian daripadaamalan jahat dengan melaksanakan lebih banyakamalan baik. Kita dapat melakukannya denganmelatihkan minda kita serta menyingkirkan

16

Page 19: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

fikiran yang jahat daripada minda. Setelahmelanggar hukum alam semulajadi, tidak ada caralain untuk menghalang akibatnya daripadabertindak kecuali berusaha selari dengan hukumtersebut. Sikap semata-mata mementingkan dirisendiri harus diubah kepada semangat inginberbakti kepada orang lain. Sikap tamak halobapula harus diubah menjadi sikap kedermawan.

Buddha telah mengajar tentang kamma.Seorang ahli psikologi yang terkenal bernamaCarl Jung telah menerima Kamma sebagaikesedaran deria terkumpul (collectiveconsciousness) yang sebenarnya merupakanpengumpulan benih kamma di dalam tenagamental. Selagi kesedaran deria terkumpul dankemahuan untuk terus hidup masih berada didalam minda sebagaimana yang diterangkan olehahli-ahli falsafah, tumimbal lahir3 akan terusm

3 Istilah Pali bagi tumimbal lahir ialah"Punnabhava" atau "Patisandhi". IstilahKewujudan semula juga kerap digunakan dalambeberapa teks Buddhis dalam Bahasa Malaysia.

17

Page 20: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

18

berlaku tidak kira sama ada kita mempercayainyaatau tidak.

Unsur jasad akan mengalami disintegrasitetapi arus mental bersama dengan "Kemahuanuntuk terus hidup" akan disalurkan dan satutumimbal lahir yang baru akan terbentukbergantung kepada kesedaran deria terkumpultadi.

Hukum graviti dan keabadian tenaga yangdirumuskan oleh ahli sains moden seperti Newtonmenyokong ajaran tentang kamma (hukum sebabdan akibat) yang telah diajar oleh Buddha.

Mengikut Buddha, seorang manusia punberkebolehan menjadi tuhan4 jika dia hidupberlandaskan satu jalan hidup yang benar tidakkira apapun agamanya. Akan tetapi agama lainm

4 Agama Buddha menolak konsep kewujudan satuTuhan Yang Maha Esa yang telah menciptaseluruh alam sejagat serta makhluk-makhlukhidup di dalamnya.

Page 21: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

19

pula menasihati umat manusia untuk sembahyang kepada tuhan supaya diberkati rahmatnya. Agamalain juga mengajar bahawa hanya selepaskematian seseorang, barulah dia akan pergi kesyurga. Akan tetapi kenikmatan syurga itu tidakbermaksud bahawa manusia dapat menjadiseorang tuhan. Bagaimanapun konsep Buddhistentang tuhan adalah berbeza daripada agamalain.

Semua pengasas agama lain tidak pernahmenyatakan pengikutnya juga mempunyaipeluang untuk mencapai kebahagiaan,ketenteraman, kenikmatan dan penyelamatan dirisama seperti yang diperolehi oleh pengasasagama tersebut. Tetapi Buddha pula menyatakansesiapa pun dapat menjadi seorang Buddha jikabeliau sanggup mengamalkan kesempurnaan danjalan yang telah dipraktikkan olehnya.

SIFAT MINDA

Perubahan mendadak minda dan elemenjasad juga telah diterangkan di dalam agamaBuddha. Mengikut Buddha di dalam setiap

Page 22: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

20

pecahan satu saat, minda akan muncul danmenghilang. Bidang biologi, fisiologi danpsikologi juga mengajar sifat perubahan hidup didalam cara yang sama. Oleh itu hidup bukanlahsesuatu yang statik.

Seorang ahli psikologi, Prof. William Jamestelah menerangkan tentang konsep poin-detikkesedaran deria (consciousness). Beliau telahmembincangkan bahawa kesedaran deria wujuddan menghilang keseluruhannya secara berterusan.

Berdasarkan sifat yang mengakibatkanproses perubahan minda yang berterusan, apabilasuatu minda terbentuk, ia akan menyebabkanwujudnya satu minda yang lain sedangkan ia pulaakan menghilang. Minda baru tadi akanmenyebabkan suatu minda baru wujud dan ianyapula akan hilang dan proses ini berterusan. Motifmanusia yang semata-mata mementingkan dirinyasendiri yang menyebabkan fikiran jahat bertapakdi dalam minda manusia. Motif ini wujud keranaperpautan untuk terus wujud dan kepercayaantentang kewujudan suatu ego yang kekal abadiyang sering inginkan kepuasan nafsu indera.

Page 23: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

21

Apabila kita mengkaji riwayat hidup danajaran Buddha, kita dapat melihat bahawa segala-galanya adalah terbuka untuk disiasat olehsesiapa pun. Tidak ada apa-apa untukdisembunyikan atau peristiwa yang ajaib.Mengikut Buddha, konsep kuasa luar biasa yangdipegang oleh kebanyakan manusia bukanlahsesuatu yang luar biasa tetapi hanya merupakansatu fenomena semulajadi yang tidak dapatdifahami oleh orang kebanyakan. Denganbertambahnya pengetahuan kita tentang alamsemesta, kepercayaan kita tentang sesuatu yangluar biasa akan berkurangan. Bagi manusiaprimitif, kilat dan guruh berlaku kerana tuhanmenjadi marah. Tetapi dewasa ini, kita sediamaklum bahawa kilat dan guruh adalahdiakibatkan oleh cas-cas elektrik.

Jika komponen-komponen sesuatu jasadtertakluk kepada hukum semulajadi yangmerangkumi perubahan, pereputan dan kematian,bagaimanakah kita dapat memperkenalkan semuaini sebagai kuasa luar biasa?

Semasa kelahiran, Pencerahan Sempurna

Page 24: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

22

dan kemangkatan Buddha, semua peristiwa iniberlaku dengan terbuka (tanpa apa-apa untukdisembunyikan).

Buddha menjalani hidupnya sebagai guruagama yang biasa dan sebagai manusia yangsebenarnya.

Buddha telah menerangkan tentang prosesevolusi seseorang daripada tahap haiwan ke tahapmanusia dan seterusnya ke tahap kedewaan.Kemudian dia meningkat pula ke tahap Brahmadan seterusnya ke tahap yang sempurna.Seseorang juga boleh meneruskan daripada hidupyang suci ke hidup beragama yang sempurna.Buddha telah menerangkan tentang proses yangsebaliknya juga, iaitu proses perubahan daripadatahap manusia ke tahap haiwan.

MENJALANI HIDUP YANG SEDERHANA

Buddha telah menasihati manusia untukmengikuti Jalan Tengah bagi setiap aspek hidupmereka. Akan tetapi ramai di antara kita tidakmenyedari makna sebenar dan kegunaan Jalan

Page 25: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

23

Tengah Yang Mulia ini. Jalan Tengah inimempunyai suatu makna yang mendalam. Jalanini menunjukkan cara hidup yang betul untukmenghindarkan diri daripada kedua-dua jalanhidup yang keterlaluan dan hidup secarasederhana. Jalan ini juga untuk mengajar kitauntuk menggunakan indera kita tanpamenyalahgunakannya. Jalan ini dapat digunakanuntuk membolehkan kita mempelajari cara untukmenggunakan indera kita dengan betul. Pancaindera kita adalah untuk melindungi diri kita,menghindarkan diri daripada bahaya sertamencari nafkah hidup. Malangnya ramai orangmenghabiskan riwayat hidup mereka denganhanya memuaskan nafsu mereka sertamenyalahgunakan indera mereka bagi memenuhikepuasan mereka sahaja. Dengan itu, perpautanmereka menjadi lebih banyak dan mereka tetaptidak dapat menikmati kepuasan yang dicari-cariitu.

Kebanyakan amalan tidak bermoral,perbuatan tidak berperikemanusiaan, tekananemosi yang serius, persaingan yang tidak sihat,ketegangan, gangguan mental dan pergolakan

Page 26: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

24

yang dialami oleh masyarakat moden disebabkanoleh minda yang sentiasa tidak berpuas hatimenyalahgunakan inderanya.

Kuasa "instintive" indera (berdasarkannaluri) ini akan lama-kelamaan menurun danbanyak jenis penyakit akan muncul di dalamorgan manusia. Kita menghadapi akibat inikerana menyalahgunakan atau keterlaluan dalampenggunaan pancaindera kita. Jika kita terlaluberpaut kepada kepuasan hidup dalam dunia inidan tidak mempunyai masa untuk mencorak danbersedia bagi masa hadapan dan tumimbal lahiryang akan datang, maka hidup kita akan sentiasadiselami perasaan muram.

Buddha telah menasihati kita bahawaperbuatan membunuh sebarang makhluk hidupwalau bagaimana kecilpun, adalah suatuperbuatan yang tidak berperikemanusiaan dantidak adil. Sikap lemah-lembut ini tidak diajaroleh mana-mana guru agama lain. Mereka hanyamengajar bahawa kita hanya bersalah jika kitamenyakiti seorang manusia lain. Memusnahkanmakhluk hidup lain bukanlah cara yang tunggal

Page 27: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

25

supaya kita bebas daripada masalah yangdiberikan oleh mereka.

Tujuan agama Buddha adalah untukmembangunkan umat manusia ke tahappencapaian kebahagiaan yang tertinggi dan inihanya dapat dicapai sekiranya terdapat satupemahaman yang jelas tentang kehidupan danalam semulajadi. Tujuan agama Buddha bukanlahuntuk mewujudkan alam khayalan, memenuhikeperluan emosi seseorang ataupun melibatkandiri di dalam kepuasan duniawi yang tidakmenentu. Agama ini juga tidak menjanjikan suatualam kepuasan duniawi yang berkekalan di mana-mana.

Agama Buddha memberi satu gambaranyang jelas tentang hidup. Ciri sebenar hidup,punca penderitaan dan punca kebahagiaan telahdijelaskan secara terperinci di dalam agamaBuddha. Teori perubatan, sains dan teknologi pulamasih tidak berjaya menemukan penawar bagipenderitaan mental dan ketidakpuasaan. Buddhapula telah pun menengahkan penawarnya.

Page 28: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

APAKAH KEARIFAN?

Daripada sudut pandangan agama Buddha,kearifan adalah berdasarkan pemahaman sertafikiran yang benar, menyedari hukum universaldan memperkembangkan celik minda (insight)untuk melihat Kebenaran tentang hidup sertamenyelamatkan diri daripada belengguketidakpuasan hidup.

ADAKAH AGAMA YANG BENARMEMBANTUT KEMAJUAN DUNIA?

Ramai saintis, ahli falsafah dancendekiawan mempunyai sikap yang negatifterhadap agama. Mereka berkata agamamembantut kemajuan manusia. Agama jugadisifatkan sebagai memimpin manusia ke jalanyang salah kerana memperkenalkan kepercayaanyang kolot dan karut serta amalan yangmenjauhkan manusia daripada fakta yangdijumpai oleh para saintis. Karl Marx pernahberkata "Agama merupakan candu masyarakat".Akan tetapi apabila kita mengkaji definisi merekaterhadap agama, kita boleh memahami bahawa

26

Page 29: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

agama Buddha tidak termasuk dalam kategoriagama seperti itu. Oleh itu pada masa hadapanapabila para intelek berjaya membahas danmenolak sesuatu agama, mustahil bagi merekamelabelkan agama Buddha sebagai suatu agamayang palsu kerana Buddha telah mendedahkankebenaran yang mutlak. Sekiranya terdapatkebenaran dalam apa jua pun, kebenaran mutlakitu haruslah tetap sebagai kebenaran mutlakselama-lamanya.

Jika kebenaran itu terpaksa diubahsuaikanatau ditukar mengikut keadaan-keadaan tertentu,maka ia bukanlah kebenaran mutlak. Sebab itulahkebenaran yang didedahkan oleh Buddha dikenalisebagai Kebenaran Ariya. Kebenaran tersebutmemimpin manusia untuk menjadi seorang yangmulia. Oleh itu, agama Buddha merupakan satujalan hidup yang betul dan mulia yangberkemampuan untuk menghadapi sebarang cabaranintelektual mahupun saintifik. Dalam konteks ini,ajaran Buddha tidak dapat dicabar oleh sesiapapun. Para intelek sudah tentunya akanmenghormati jalan hidup sebegini jika merekabenar-benar dapat memahami ajaran Buddha.

27

Page 30: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

Oleh itu, ajaran Buddha akan terus menjadisatu jalan hidup yang memimpin manusia disepanjang jalan yang mulia, suci, sempurna dandipenuhi dengan kebahagiaan dan ketenteramantanpa mengira label keagamaan.

SATU AGAMA YANG BEBAS

Kebebasan yang dinikmati oleh umatBuddhis adalah satu aspek yang terpuji. Ramaiumat Buddhis sendiri tidak menyedari perkara ini.Kita mempunyai kebebasan sepenuhnya untukberfikir dan menimbangkan sama ada untukmenerima ataupun menolak sesuatu. Kita tidakperlu menerima sesuatu di atas nama agama ataukerana merenung tentang kegemilangan guruagama, berpendapat bahawa sesuatu perkaratersebut adalah kewajipan kita atau keranamengikuti tradisi dan kebudayaan kita. UmatBuddhis bebas untuk menyiasat sesuatu perkaradan menerimanya jika perkara tersebut selarasdengan keinsafan mereka sendiri. Umat Buddhistidak menerima atau menolak sesuatu tanpasebarang alasan yang munasabah. Mereka tidakpernah menyatakan yang mereka dilarang berbuat

28

Page 31: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

begini atau sebaliknya. Mereka berkata bahawamereka tidak suka melakukan sesuatu keranaangkara itu mengakibatkan masalah, kesulitanatau penderitaan kepada masyarakat. Merekamelaksanakan amalan-amalan baik yang tertentubukan kerana agama Buddha meminta merekaberbuat demikian, tetapi amalan baik inidilakukan kerana mereka menyedari makna dankebaikan amalan seperti itu demi kebajikan oranglain. Agama Buddha merupakan satu agama yangberdasarkan kebebasan yang tidak membendungkegiatan seseorang sekiranya kegiatan itubermoral dan tidak menyakiti orang lain. UmatBuddhis mempunyai kebebasan sepenuhnyauntuk menyusun kegiatan keluarga mereka tanpamelanggar prinsip-prinsip agama yang asas.Agama ini adalah seperti satu lombong emas bagipara intelek menjalankan kajian dan mencariaspek-aspek yang lebih mendalam bagi bidangpsikologi, falsafah, sains dan hukum alam sejagat.Lombong emas ini juga adalah penting bagiperkembangan spiritual dan menyelamatkan umatmanusia daripada belenggu ketidakpuasan danpergolakan. Tidaklah menghairankan selama2500 tahun agama Buddha telah dapat

29

Page 32: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

meyakinkan kebanyakan orang dalam hampirsetiap negara di benua Asia. Pada masa itu,penduduk negara-negara tersebut telah menyambutajaran Buddha sebagai satu utusan untukkeamanan dunia. Disebabkan ini juga, agamaBuddha dapat diperkenalkan tanpa sebarangmasalah, tanpa mengeksploitasikan orang lainataupun menggugat sistem yang sedia ada.

PUNCA MASALAH KITA

Satu aspek penting yang lain di dalamagama ini ialah penerangannya tentang puncamasalah manusia dan penderitaannya. MengikutBuddha, kita menghadapi semua masalah ini didalam kehidupan duniawi kerana perpautan yangwujud di dalam minda kita. Beliau telahmendedahkan bahawa terdapat tiga jenis kuasaperpautan di dalam minda kita yangbertanggungjawab untuk kewujudan, tumimballahir serta semua masalah dan gangguan mentalkita. Ketiga-tiganya adalah:- perpautan untukkewujudan, perpautan untuk kepuasan indera danperpautan untuk ketidakwujudan. Untukmemahami makna sebenar perkara ini, kita harus

30

Page 33: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

memikirkannya dengan bijak serta cermatsehingga kita mendapat kesedaran. Ahli falsafahdan psikologi yang terkenal juga telahmenerangkan 3 perpautan tadi itu dengan istilahyang berbeza sebagai punca kewujudan. ArthurSchophenhour menerangkan 3 kuasa ini sebagaidorongan seks, kemandiran diri dan pembunuhandiri. Ahli psikologi seperti Sigmond Freudmenerangkan perkara yang sama sebagai libido,naluri ego serta naluri maut. Seorang ahlipsikologi terkenal yang lain bernama Carl Jungberkata "Daripada punca-punca naluri muncullahsegala-gala yang kreatif". Dari sini kita dapatmelihat bagaimana para intelek yang terkenalsanggup menyokong kebenaran yang didedahkanoleh Buddha 25 abad yang lalu. Bagaimanapunapabila kita meneliti penerangan mereka ini, kitadapat melihat bahawa Buddha mempunyai tahappemahaman yang jauh lebih tinggi daripada paraintelek ini berkenaan isu-isu seperti ini.

PUNCA PENDERITAAN

Dunia ini jelas dipenuhi dengan berbagaijenis penderitaan seperti kematian, ketidakkekalan,

31

Page 34: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

kesengsaraan, ratapan, kesakitan, kerunsingandan sebagainya. Buddha telah menunjukkanbahawa kelahiran (Jati) membawa bersamanyapenderitaan. Jika tiada kelahiran, maka tiadalahskop bagi penderitaan.

S. : Mengapakah terdapat kelahiran?J. : Proses sub-sedar (sub-conscious) akan

wujud sebagai gabungan minda dan jasad (Nama-rupa) (bhava) mengakibatkan kelahiran. Di dalam ertikata lain, di mana terdapat bhava, di situ terdapat kelahiran.

S. : Apakah yang mengakibatkan pembentukangabungan minda dan jasad?

J. : Fikiran yang dikuasai oleh tanha (nafsu keinginan) mengakibatkan pembentukan kecenderungan kamma serta pembentukan gabungan minda-jasad.

S. : Apakah yang mengakibatkan perpautan?J. : Tanha mengakibatkan perpautan.

S. : Apakah yang menghasilkan tanha?J. : Tanha dihasilkan oleh sensasi atau perasaan

(vedana).

32

Page 35: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

S. : Apakah yang menghasilkan perasaan?J. : Pertemuan (deria dengan objeknya)

menghasilkan perasaan.

S. : Mengapakah terdapat pertemuan sebegitu?J. : Enam dasar-deria (salayatana) adalah punca

pertemuan tersebut.

S. : Bagaimanakah enam dasar-deria itu wujud?J. : Gabungan psiko-fizikal (nama-rupa)

menghasilkan enam dasar deria tersebut.

S. : Bagaimanakah gabungan psiko-fizikal tersebut wujud?

J. : Dengan munculnya kesedaran deria (consciousness) yang pasif (vinnana atau vipaka citta), gabungan psiko-fizikal wujud.

S. : Bagaimanakah kesedaran deria pasif ini wujud?

J. : Kesedaran deria pasif ini terhasil akibat tenaga kamma.

S. : Bagaimana tenaga kamma (sankhara) muncul?

33

Page 36: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

J. : Bergantung kepada kejahilan (avijja) yang merupakan salah satu rupa luaran tanha, tenaga kamma wujud.

S. = Soalan J. = Jawapan

Jadi, jelaslah bahawa kejahilan (avijja)merupakan punca seluruh proses tersebut. Akantetapi, kejahilan tidak boleh dikaitkan sebagaisatu sebab metafizikal atau satu prinsip kosmo,tetapi merupakan satu syarat di manaperkembangan tersebut berlaku. Bergantungkepada satu, yang satu lagi muncul. Sebenarnya,inilah pembentukan yang bersyarat, "PaticcaSamuppada". Seluruh siri ini boleh dipanggilkitaran kewujudan, "bhava cakka". Setiaphubungan boleh digabungkan dengan yang satulagi. Hubungan ini (misalnya kejahilan, tenagaKamma, dan sebagainya) adalah dikenali sebagaiDua Belas Jari Kitaran Kewujudan (PaticcaSamuppada).

Jejari ini dihubungkan dengan masalampau, kini dan masa hadapan secara berturut-turut. Di dalam kewujudan yang lepas terdapat

34

Page 37: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

kejahilan dan tenaga Kamma. Di dalamlingkungan hidup kini, terdapat kesedaran deriayang reaktif, gabungan psiko-fizikal, enam dasar-deria, pertemuan, sensasi, tanha, perpautan danpembentukan kecenderungan kamma. Pada masahadapan, terdapat tumimbal lahir danpenderitaan-penderitaan yang bersangkutan.Justeru itu, kitaran kewujudan yang dikaitkandengan tempoh masa yang lampau, kini dan masahadapan akan berterusan.

Agama ini merupakan satu agama yangmempunyai prinsip-prinsip agama yang sejati,yang dapat dipertahankan asasnya tanpa sebarangperubahan, tidak kira masa, tempat dan situasisekalipun. Keupayaan untuk memahami nilaiidea-idea agama ini mungkin akan hilangdaripada ingatan manusia. Manusia mungkinmengalami masalah untuk mengamalkan prinsip-prinsip ini dalam suatu masyarakat yangkehilangan amanah dan nilai moral. Walaubagaimanapun, nilai prinsip-prinsip yangberharga ini akan disanjungi oleh setiap manusiayang bertamadun yang memahami prinsipnyapada bila-bila masa pun.

35

Page 38: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

Adalah diharapkan penerangan yangdiberikan ini dapat menjawab soalan "Mengapamemilih agama Buddha" dan sebabnya agama inidiperlukan walaupun di dalam era moden ini.

Buku ini diterjemahkan olehRakan-rakan SeDhamma, Universiti SainsMalaysia.

36

Page 39: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

SERVICES AVAILABLE ATTHE BUDDHIST MAHA VIHARA

• Booking for Dana (Alms Giving) and Bana (Sermons)• Blessing Services / Funeral Services by Monks• Booking of Facilities for religious functions / events• Marriage Registration• Full Moon and New Moon Day Services• Sunday Dhamma Classes• Sri Dhamma Library• Tape Library• Bookshop• Correspondence Course • Kindergarten - Tadika Sudharma• PARAMA Business & I.T. Training Centre• Weekly Activities

• Chanting Tuesday & Friday 7.30 p.m.• Special Talk Friday 1.00 p.m.• Dhamma Talk Friday 8.00 p.m.• Meditation Monday & Thursday 8.00 p.m.• Service & Talk Sunday 8.30 a.m.• Dhamma School Sunday 8.30 a.m.

DONATION IN CASH OR KIND CAN BE MADE FOR:• Buddhist Propagation • Education Fund• Project Buddho Africa• Full Moon and New Moon services sponsorship • General Maintenance of the Buddhist Maha Vihara• Illumination (lighting) of the Main Shrine Hall• Illumination (lighting) of the Awkana Buddha & Cakra• Monks Dana• Monks Requisites• Welfare Fund• Special Religious Events - Wesak

- Annual Blessing Service- Annual Merit Offering- Kathina Pinkama (ceremony)- Monks’ Novitiate Programme

MAY THE BLESSINGS OF THE NOBLE TRIPLE GEMBE WITH YOU AND YOUR FAMILY

Page 40: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam

I / We would like to make a donation to the Buddhist MahaVihara.

Name :

Address :

Amount : RM

Towards : The cost of reprinting this book

Others, please specify

All cheques can made payable to: BUDDHIST MAHAVIHARA or TT to “BUDDHIST MAHA VIHARA”ACCOUNT NO. 0061-10-003018-0, EON BANK BERHAD,BRICKFIELDS, KL. Kindly send us a copy of your BANKSLIP so that we can send you an OFFICIAL RECEIPT.

DONATION FORM

Buddhist Maha Vihara123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,Malaysia.Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570

Page 41: Publication of the - ::Buddhist Maha Vihara Malaysiabuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Kenapa Memilih Agama Buddha.pdf · Kenikmatan syurga atau Nibbana dapat diselami di dalam