PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT Author’s full name : Date of birth : Title : Academic Session: I declare that this thesis is classified as : I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows : 1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange. Certified by : (NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR Date : Date : NOTES : * If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organisation with period and reasons for confidentiality or restriction. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text) NURUL SHAHRINA BINTI SHAHARIN 26 NOVEMBER 1985 KESEDIAAN PELAJAR MEMPELAJARI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR, SEREMBAN 2007/2008 851126-05-5230 DR ABDUL RAHIM BIN HAMDAN 28 APRIL 2008 28 APRIL 2008

Transcript of PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian...

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name :

Date of birth : Title :

Academic Session:

I declare that this thesis is classified as : I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows :

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose

of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR Date : Date :

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organisation with period and reasons for confidentiality or restriction.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the

organisation where research was done)* OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open

access (full text)

NURUL SHAHRINA BINTI SHAHARIN

26 NOVEMBER 1985

KESEDIAAN PELAJAR MEMPELAJARI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR, SEREMBAN

2007/2008

851126-05-5230 DR ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

28 APRIL 2008 28 APRIL 2008

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)”

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : DR ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

KESEDIAAN PELAJAR MEMPELAJARI MATA PELAJARAN PENGAJIAN

KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU

JAAFAR, SEREMBAN

NURUL SHAHRINA BINTI SHAHARIN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NURUL SHAHRINA BINTI SHAHARIN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan

sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayahanda dan Ibundaku yang tercinta.....

Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan mu senantiasa

dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya selalu. Terima kasih di atas segala jasa dan

pengorbananmu mendidik dan

memeliharaku untuk menjadi seorang manusia yang berguna………

Berkat Doamu, Didikan & Pengorbananmu Serta Hasil Keringatmu,

Membuahkan Hasil Yang Tidak Ternilai di Dunia & Akhirat…..

Adik-adik yang dikasihi

Semoga Kejayaanku Hari Ini

Menjadi Contoh & Dorongan Untuk Kalian Berjaya Sebagai Bekalan Di Kemudian Hari…..

Jejaki Kejayaan Yang Telah Di Kecapi Oleh Generasi Sebelummu Agar Kejayaan Adalah

Warisan…….

Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,

Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang diredhai-Nya.

Semoga Allah memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni kalian dalam mendidik

anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya....

Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi,

Kenangan bersama tak mungkin hilang diluput zaman,

Suka duka perjalanan hidup telah direntasi bersama,

Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.

Sekian, Wassalam.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah Rahmat dan

IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian yang serba kekurangan ini. Penyelidik ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr. Abdul Rahim

Bin Hamdan, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala bimbingan, bantuan

dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian ini. Segala ilmu dan bantuan

yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang

sebaiknya, Insya Allah.

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti

Teknologi Malaysia, bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pejabat Pelajaran

Daerah Seremban Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru serta pelajar-pelajar jurusan

Kejuruteraan Awam SMT Tuanku Jaafar, Seremban di atas kerjasama dan perhatian yang

diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat dan orang perseorangan yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Akhir kata, saya berharap

penyelidikan yang saya jalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak serta dapat

dijadikan bahan atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik

dan penyelidik yang berminat serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu

pendidikan. Mudah-mudahan segala sumbangan kalian akan diberkati Allah s.w.t. di dunia

dan akhirat.

Sekian, Wassalam.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar dalam

mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam berdasarkan kepada tiga

aspek iaitu tahap minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada. Sampel

kajian terdiri daripada 74 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 di Sekolah Menengah

Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian

ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.906. Hasil kajian ini dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 15.0 untuk

mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap minat,

kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar berada pada tahap

sederhana. Ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara tahap

minat dan kemahiran bahasa Inggeris pelajar di antara pelajar yang tinggal di kawasan

bandar dan luar bandar. Manakala terdapat perbezaan tahap pengetahuan sedia ada

antara kawasan tempat tinggal. Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran

Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai tahap yang

tinggi dalam pendidikan di negara kita. Beberapa cadangan dikemukakan sebagai satu

garis panduan untuk kajian lanjutan dilaksanakan.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

vi

ABSTRACT

This study was carried out with purpose to determine preparation of students in

learning Civil Engineering Studies subject based on three aspects, which were level of

interest, English skills and prior knowledge. Study samples consisted of 74 form four

session 2007 students in Tuanku Jaafar Technical School, Seremban. Questionnaire sets

were used as instrument for this study. The reliability of the questionnaire items was α =

0.906. Result of this study was analyzed using Statistical Package for Social Science

(SPSS) version 15.0 software to acquire frequency, percentage and mean. Result of the

study shows that level of interest, English skills and prior knowledge of the students

were average. Result of T-test shown that there were no difference in level of interest

and English skills between students who live in rural and urban area. While there was

difference between residential in prior knowledge of the students. Schools, teachers,

parents, Ministery of Education and students itself have to enhance affords to achieve

the higher level of education in this country. A few suggestions were presented as

guideline to enable further studies.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

viii

1.6 Hipotesis 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Batasan Kajian 9

1.10 Definisi/terminologi 10

1.10.1 Kesediaan 10

1.10.2 Minat 10

1.10.3 Kemahiran Bahasa Inggeris 11

1.10.4 Pengetahuan Sedia Ada 11

1.10.5 Sekolah Menengah Teknik (SMT) 11

1.10.6 Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 14

2.3 Minat 15

2.4 Kemahiran Bahasa Inggeris 17

2.5 Pengetahuan Sedia Ada 20

BAB 3 METADOLOGI

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk kajian 24

3.3 Tempat Kajian 24

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.6 Kajian Rintis 28

3.7 Prosedur Kajian 31

3.8 Analisis Data 31

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

ix

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Bahagian A : Latar Belakang Responden 35

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kelas dan

Umur 36

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan

PMR 37

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Bahasa Inggeris Dalam PMR 37

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempat

Tinggal 38

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa 41

4.3 Analisis Bahagian B : Berdasarkan Persoalan

Kajian 39

4.3.1 Tahap minat pelajar 39

4.3.2 Tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar 41

4.3.3 Tahap pengetahuan sedia ada pelajar 44

4.3.4 Perbezaan tahap minat antara pelajar yang

tinggal di bandar dan luar bandar 46

4.3.5 Perbezaan tahap kemahiran Bahasa

Inggeris antara pelajar yang tinggal di

bandar dan luar bandar

47

4.3.6 Perbezaan tahap pengetahuan sedia antara

pelajar yang tinggal di bandar dan luar

bandar

48

4.4 Analisis Keseluruhan 49

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan dan Rumusan 51

5.2.1 Minat pelajar 51

5.2.2 Kemahiran bahasa Inggeris pelajar 52

5.2.3 Pengetahuan sedia ada pelajar 53

5.3 Cadangan Kajian 55

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 58

RUJUKAN 60

LAMPIRAN 66

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item-Item Soal Selidik 27

3.2 Penyataan Skala Likert 28

3.3 Pekali Alpha Cronbach 29

3.4 Item Yang Dimansuhkan 30

3.5 Jadual Pengubahsuaian Item 30

3.6 Kaedah Penganalisaan Data Berdasarkan Kepada

Persoalan Kajian 32

3.7 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 33

3.8 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 33

4.1 Tahap Kesediaan Berdasarkan Skor Min 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 37

4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan Bahasa

Inggeris Dalam PMR 37

4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 38

4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 38

4.7 Kekerapan, Peratus Dan Min Berkaitan Minat Pelajar 39

4.8 Kekerapan, Peratus Dan Min Berkaitan Kemahiran

Bahasa Inggeris Pelajar 42

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

xii

4.9 Kekerapan, Peratus Dan Min Berkaitan Pengetahuan

Sedia Ada Pelajar 44

4.10 Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Tahap Minat

Antara Pelajar Yang Tinggal Di Bandar Dan Luar

Bandar 46

4.11 Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Tahap Kemahiran

Bahasa Inggeris Antara Pelajar Yang Tinggal Di

Bandar Dan Luar Bandar 47

4.12 Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Tahap

Pengetahuan Sedia Ada Antara Pelajar Yang Tinggal

Di Bandar Dan Luar Bandar 48

4.13 Analisis Keseluruhan Dapatan Persoalan Kajian 49

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

f - Frekuensi

Bil. - Bilangan

No. - Nombor

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

SMT - Sekolah Menengah Teknik

PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

% - Peratus

> - Lebih besar

< - Lebih besar

α - Alpha

= - Sama dengan

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 66

B Surat Kelulusan EPRD 72

C Surat Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri

Sembilan

74

D Surat Kebenaran daripada UTM 76

E Surat Permohonan Menjalankan Kajian di

Sekolah

77

F Nilai Pekali Kebolehpercayaan Kajian

Rintis Keseluruhan Item

78

G Dapatan Analisis Ujian-t 80

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun terutamanya dalam

bidang yang berkaitan dengan perindustrian dan teknologi. Bagi memenuhi kehendak

negara untuk tujuan pembangunan negara, maka lebih ramai tenaga mahir diperlukan

dalam bidang yang berkenaan. Sejajar dengan matlamat itu, kerajaan telah memberikan

peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih

banyak Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara (Yahaya Emat, 1993). Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah ditubuhkan sejak tahun 1964 adalah

sebahagian daripada program yang wujud dalam sistem pendidikan negara kita bertujuan

untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir.

Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional merupakan

rancangan bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kini jabatan ini lebih dikenali

sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTEK). Jabatan ini telah

menyediakan 4 bahagian pendidikan kejuruteraan termasuklah Pengajian Kejuruteraan

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

Awam dalam program KBSM untuk memenuhi minat dan kecenderungan pelajar. Di

samping itu, pelajar lepasan sekolah teknik juga tidak perlu lagi merasa ragu-ragu

tentang pilihan kerjaya yang akan mereka ceburi. Kerana dengan memilih untuk belajar

mata pelajaran ini, mereka telah memberikan hala tuju yang spesifik terhadap masa

depan mereka.

Matlamat utama mata pelajaran Pengajian Kejuteraan Awam diperkenalkan

adalah untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang Kejuteraan Awam serta

cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi pembangunan

serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Berikut adalah antara objektif mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia :

i. mewujudkan kefahaman terhadap kepentingan dan hubung kait bidang

Kejuteraan Awam dalam kehidupan seharian.

ii. menjelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pembangunan dan

masyarakat.

iii. memandu pelajar membentuk kriteria wajar dalam mencorak

persekitarannya.

iv. menghargai dan peka terhadap alam serta nilai hidup bermasyarakat.

v. mengembang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang

rasional, kritikal dan kreatif.

vi. mempertingkatkan dan meluaskan penguasaan dan penggunaan Bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmu.

vii. membina ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkannya dalam

kehidupan seharian.

viii. memiliki keyakinan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi

cabaran hidup

ix. memiliki dan menghayati nilai murni.

x. menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha

untuk menambah dan mengembangkannya.

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

Hasil daripada peningkatan kurikulum Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan serta

penyusunan yang lebih rapi diharapkan dapat memberikan perubahan positif terhadap

pembangunan negara. Sekiranya kerajaan ingin menuju ke arah negara perindustrian

berteknologi tinggi, persediaan terhadap guna tenaga seharusnya diberikan penekanan

yang serius. Lulusan dari pendidikan teknik dan vokasional seharusnya dipertingkatkan

di mana bidang sains dan teknologi merupakan bidang besar yang diberikan penekanan

dan dipertingkatkan kadar penyertaannya. (Ishak Yusuf & Rahmah Ismail 1997, 84).

1.2 Latar Belakang Masalah

Bagi membolehkan sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan

lancar serta mencapai objektifnya, kesediaan pelajar amatlah penting. Sekiranya mereka

tidak bersedia untuk menerima sebarang pembelajaran sama ada dari segi fizikal, mental

dan emosi maka proses tersebut mungkin akan terganggu. Kesediaan pelajar adalah

merujuk kepada keadaan di mana di dalam diri pelajar itu sendiri yang telah bersedia

dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru. Lee

Shok Mee (1994) menyatakan kesediaan belajar seseorang pelajar itu bergantung kepada

perkembangan fizikal, sikap dan tingkah laku palajar itu sendiri.

Konsep kesediaan adalah kerelaan menerima pengalaman pembelajaran di mana

pelajar dapat menerima pembelajaran itu berlaku pada bila-bila masa (Syeharizad

Shariffudin, 2002). Ini bermakna pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa hanya

apabila pelajar itu sudah benar-benar bersedia. Kenyataan Bruner (1966 dalam Lee Shok

Mee, 1994) kesediaan belajar berlaku apabila apa jua perkara dapat disampaikan dengan

berkesan kepada pelajar-pelajar pada bila-bila peringkat perkembangannya. Ini adalah

kerana pembelajaran berlaku secara berperingkat seiring dengan perkembangan kognitif

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

(Atan Long, 1976). Perkembangan kognitif berlaku secara berterusan seiring dengan

peningkatan umur dan ini akan mempengaruhi psikomotor pelajar.

Downey (1975) menyatakan bahawa untuk melahirkan seorang pelajar yang

berkebolehan dan berkemampuan, tidak semestinya pelajar tersebut akan mempelajari

fakta. Mereka mestilah mempunyai keinginan untuk belajar, mempunyai minat terhadap

apa sahaja yang dipelajari dan memiliki cita-cita serta harapan yang baik dalam

penguasaan penuh terhadap kemahiran atau pengetahuan asas.

Satu kesimpulan ringkas yang dapat dibuat, kesediaan adalah perlu supaya

pelajar dapat menerima apa sahaja isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru.

Pengajaran guru hanya berlaku apabila terhasilnya pembelajaran melalui proses

pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu pembelajaran tidak boleh dipaksa sekiranya

seseorang pelajar itu belum bersedia kerana paksaan tidak akan menghasilkan

kesempurnaan dalam pembelajaran (Ee Ah Meng, 1992).

1.3 Pernyataan Masalah

Proses pembelajaran berkesan terhasil apabila pelajar benar-benar telah bersedia

untuk belajar. Sekiranya mereka tidak bersedia, maka masalah disiplin akan timbul. Satu

tinjauan telah dibuat untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar-pelajar terhadap

kesediaan belajar mereka iaitu dari segi minat, tahap kemahiran Bahasa Inggeris serta

tahap pengetahuan sedia ada pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam. Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji kesediaan pelajar di

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam.

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan

pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Objektif

utama kajian ini ialah :

1.4.1 Mengenalpasti tahap minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban.

1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar dalam mempelajari mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban.

1.4.3 Mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban.

1.4.4 Mengenalpasti perbezaan minat antara pelajar yang tinggal di bandar dan luar

bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di SMT

Tuanku Jaafar, Seremban.

1.4.5 Mengenalpasti perbezaan kemahiran Bahasa Inggeris antara pelajar yang tinggal di

bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban.

1.4.6 Mengenalpasti perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar yang tinggal di

bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban.

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban?

1.5.2 Apakah tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar dalam mempelajari mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban?

1.5.3 Apakah tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari mata pelajaran

Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan tahap minat antara pelajar yang tinggal di bandar dan

luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di

SMT Tuanku Jaafar, Seremban?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran Bahasa Inggeris antara pelajar yang

tinggal di bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban ?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan sedia antara pelajar yang tinggal

di bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban?

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai

1.6 Hipotesis

Hipotesis kajian ini adalah dibina berdasarkan kepada persoalan kajian iaitu :

Persoalan kajian 4 :

Adakah terdapat perbezaan tahap minat antara pelajar yang tinggal di bandar dan luar

bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di SMT

Tuanku Jaafar, Seremban?

Ho Tidak terdapat perbezaan tahap minat antara pelajar yang tinggal di bandar dan

luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di

SMT Tuanku Jaafar, Seremban

Persoalan kajian 5 :

Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran Bahasa Inggeris antara pelajar yang tinggal

di bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban ?

Ho Tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran Bahasa Inggeris antara pelajar yang

tinggal di bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban.

Persoalan kajian 6 :

Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan sedia antara pelajar yang tinggal di

bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban?

Ho Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan sedia ada antara pelajar yang

tinggal di bandar dan luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di SMT Tuanku Jaafar, Seremban.