PROCEEDINGS - · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan...

15

Transcript of PROCEEDINGS - · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan...

Page 1: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama
Page 2: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

PROCEEDINGS

INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXHIBITION ON RESEARCH IN ISLAMIC

AND ARABIC LANGUAGE EDUCATION 2011 (ICERIALE 2011)

Enhancing Islamic and Arabic Language Education through Quality Research

PUBLISHER Association of Malaysian Muslim Intellectuals, No. 7, Jalan 2/2B, 43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor, MALAYSIA. 2011

Page 3: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

PROCEEDINGS OF INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXHIBITION ON RESEARCH IN

ISLAMIC AND ARABIC LANGUAGE EDUCATION 2011 (ICERIALE 2011)

© Secretariat ICERIALE 2011, No 12-1, Jalan Dagang SB4/1, Taman Sungai Besi Indah, Sri Kembangan Selangor, 43300 MALAYSIA. 2011 All Right Reserved No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted in any form, or by any means, electronic, mechanical photocopying, recording or otherwise, with the prior permission from the Secretariat ICERIALE 2011, No. 12-1, Jalan Dagang SB4/1, Taman Sungai Besi Indah, Sri Kembangan Selangor, 43300 MALAYSIA. Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education (ICERIALE 2011) Secretariat ICERIALE 2011, No 12-1, Jalan Dagang SB4/1, Taman Sungai Besi Indah, Sri Kembangan Selangor, 43300 MALAYSIA. 26-28 September 2011/ Ab. Halim et.al ISBN: 978-967-10160-1-5

1. Islamic Education 2. Arabic Language Education 3. Ab. Halim Tamuri 4. Kamarulzaman Abdul Ghani

Type Setting: Mansor Ab. Samad Text Type: Georgia Font Size:11pt, 10pt, 9pt

Page 4: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXHIBITION ON RESEARCH IN ISLAMIC AND

ARABIC LANGUAGE EDUCATION 2011 (ICERIALE 2011)

Enhancing Islamic and Arabic Language Education through Quality Research

Organized by:

Secretariat ICERIALE 2011, No. 12-1, Jalan Dagang SB4/1,

Taman Sungai Besi Indah, Sri Kembangan Selangor,

43300 MALAYSIA.

26th – 28th Sept. 2011 Awana Porto Malai, Langkawi, Kedah

Malaysia.

PUBLISHER Association of Malaysian Muslim Intellectuals, No. 7, Jalan 2/2B, 43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor, MALAYSIA. 2011

Page 5: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

KEPELBAGAIAN STRUKTUR PENGURUSAN DAN PREMIS SEKOLAH AGAMA RAKYAT/KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (SAR/KAFA)

PERSENDIRIAN DI SELANGOR: MASALAH DAN KEPERLUAN

Ikmal Zaidi Hashim Shaharuddin Pangilun

Imran Kamal Basah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Azizi Umar

Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDAHULUAN Kepelbagaian jenis bentuk dan sistem pendidikan ini sudah lama berada dalam satu rangkaian besar melalui satu hasrat dan cita-cita murni untuk memberikan pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-anak ketika seawal usia. Bagaimanapun mekanisme pelaksanaannya berbeza dari pelbagai sudut. Ia boleh dilihat dari sudut kuasa pentadbiran, sumber dana, sistem sumber manusia dan pengurusan kurikulumnya. Malah perbezaan tersebut juga mempunyai kaitan dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama. Bilangan institusi ini semakin bertambah dari tahun ke tahun mengikut permintaan dan keperluan masyarakat atau ibu bapa. Unjuran pertambahan ini berlaku disebabkan peluang yang disediakan tidak banyak berbanding dengan permintaan. Keadaan ini menyebabkan pertumbuhannya semakin bertambah, tambahan pula kerajaan sendiri tidak mampu menyediakan tempat yang banyak mengikut permintaan tersebut. Hal ini juga ada kaitan dengan sistem pendidikan Islam di tanah air yang kurang diberikan keutamaan dan tempat sewajarnya sehingga masyarakat begitu dahagakan ilmu pengajian yang berkaitan dengan keagamaan. Kurikulum pengajian agama bukanlah tidak wujud dalam arus pendidikan perdana namun ia hanyalah bersifat tampalan dan bagai ‘melepaskan batuk di tangga sahaja”. Sejarah awal SAR/KAFA menunjukkan ia berjalan secara non formal sebelum disusun kurikulumnya seperti mana hari ini. Dalam Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan) 2001 Seksyen 4(1) ada menyebut:

Page 6: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

292 / Kepelbagaian Struktur Pengurusan dan Premis SAR/KAFA Persendirian di Selangor: Masalah dan Keperluan

“Maka adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi yang semua sekolah Islam dalam Negeri ditadbir dengan sepatutnya”

Di Selangor, bilangan SAR/KAFA telah mencecah 288 buah sekolah tidak termasuk SRA dan SRAI milik kerajaan negeri sendiri. Status institusi-institusi pendidikan Islam ini secara umumnya adalah di luar bidang kuasa pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri kerana ia ditubuhkan atas hasrat murni masyarakat tempatan melalui pelbagai mekanisme yang sah menurut perundangan. Jumlah yang banyak dan pelbagai ini turut berlaku di negeri-negeri yang lain. Ia bergantung pada birokrasi pengurusan negeri masing-masing. Melihat kepada senario tersebut, adalah amat wajar sekali satu kajian dibuat bagi meninjau keadaan sebenar yang berlaku ke atas pengurusan SAR/KAFA di Selangor bagi menambahbaik status pengurusan yang sedia ada dengan melihat keperluan yang lebih utama demi memperkukuh dan memartabatkan agama Islam di bumi Selangor ini pada masa akan datang.

PERMASALAHAN KAJIAN Pada asasnya pendidikan Islam merupakan tanggungjawab individu dan masyarakat. Ini bermakna pentadbiran dan pembiayaian pendidikan dalam Islam telah menggabungkan kebaikan antara dua sistem yang berbeza iaitu sentralisasi dan desentralisasi (Ali Mohammad Jubran Salleh 2002). Desentralisasi lebih kepada demokrasi dan kepelbagaian. Bagi pengkaji, demokrasi telah menjadi asas dalam pentadbiran sesebuah masyarakat Islam. Oleh itu, tanggungjawab pendidikan hendaklah difahami dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjejaskan pelaksanaannya (Hassan Langgulung 1997). SAR/KAFA Persendirian adalah sebuah badan pendidikan yang berfungsi dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat. Pada masa sama ia juga adalah institusi keagamaan yang telah hidup lama sebagai satu tradisi pembudayaan sejak zaman berzaman. Falsafah Pendidikan Islam mempunyai watak yang tersendiri kerana ia bersumberkan wahyu. Ia bersifat terbuka kerana di dalamnya terdapat ruang yang boleh menerima fikiran dan idea manusia dalam mencapai falsafah tersebut (Hassan Langgulung 1991). Tambahan pula, keadaan masyarakat dunia hari ini yang bertambah kompleks dan menekankan pencapaian matlamat berdasarkan rasionaliti, keberkesanan dan kecekapan. Penentuan matlamat organisasi akan membantu organisasi tersebut menuju ke arah yang telah ditetapkan. Kewujudan sekolah agama juga adalah sebahagian daripada keperluan organisasi yang merupakan salah satu mekanisme terbaik bagi mencapai tujuan falsafah pendidikan Islam. Sejarah pengurusan SAR/KAFA Persendirian di Negeri Selangor mula wujud serentak dengan keperluan masyarakat Islam terhadap pendidikan Islam. Penubuhannya adalah hasil inisiatif daripada masyarakat tempatan yang telah

Page 7: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 / 293 26th – 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

menyedari tentang kepentingan pendidikan Islam untuk anak-anak mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Jenis pendidikan dan sekolah Islam yang terdapat di Selangor mempunyai pelbagai bentuk dari sudut jenis pemilikan, sistem, peringkat pengajian, kurikulum dan konsep identiti pengajaran tambahan. Umumnya sekolah yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri mempunyai dua jenis iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Maahad Tahfiz. Kajian ini hanya memfokuskan kepada sekolah peringkat rendah sahaja tetapi ia tidak ditadbir oleh kerajaan negeri sebaliknya hasil daripada usaha secara persendirian sama ada persatuan penduduk, jawatankuasa surau, masjid, individu dan syarikat swasta. Umumnya, permasalahan yang dihadapi oleh SAR/KAFA ini adalah berpunca daripada beberapa faktor utama: i. Kedudukan dan pembinaannya yang berselerak dengan pelbagai identiti

tanpa perancangan yang sistematik. Keadaan ini berkemungkinan institusi Islam dan masyarakat Islam akan dipersalahkan kerana tidak mampu menyediakan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak sedangkan usaha awal mereka adalah satu pengorbanan yang besar kepada agama.

ii. Pada asasnya semua jenis dan bentuk sistem pendidikan Islam akan

memberikan keuntungan dan kebaikan kepada masyarakat Islam, namun asas pembinaan yang tidak teratur boleh memberikan masalah dalam jangka masa panjang kerana ia melibatkan pelbagai kepentingan.

OBJEKTIF, PERSOALAN DAN METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji permasalahan dan keperluan sekolah agama (SAR/KAFA) persendirian di negeri Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu: i. Mengenalpasti persamaan/perbezaan dalam pengurusan SAR/KAFA di

negeri Selangor. ii. iii. Mengenalpasti bentuk-bentuk bantuan kerajaan negeri yang diperlukan oleh

SAR/KAFA.

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian yang berikut: i. Bagaimanakah kedudukan dan status SAR/KAFA dari sudut kuasa

pemilikan, infrastruktur, pengurusan kurikulum, sumber kewangan dan sumber manusia?

Page 8: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

294 / Kepelbagaian Struktur Pengurusan dan Premis SAR/KAFA Persendirian di Selangor: Masalah dan Keperluan

ii. Apakah bentuk-bentuk yang perlu diberikan bantuan oleh negeri dalam membantu SAR/KAFA untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada masyarakat Islam di Selangor ?

Penulis menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual. Temubual ini melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih mengikut ciri dan identiti yang telah ditentukan. Kaedah temubual melibatkan Guru Besar dan salah seorang guru yang berpengalaman di sekolah tersebut. Dua jenis instrumen telah digunakan iaitu soal selidik guru dan pentadbir serta borang temubual. Terdapat 10 ciri sekolah telah ditetapkan daripada 17 buah sekolah SAR/KAFA yang dijadikan sampel kajian, namun sebahagiannya mempunyai ciri yang sedia ada sepertimana yang telah ditetapkan seperti berikut;

Sekolah Jenis dan Ciri Sekolah S1 SAR/KAFA Milik Masyarakat (Surau) S2 SAR/KAFA Milik Masyarakat (Masjid) S3 SAR/KAFA Milik (Masyarakat/NGO) S4 SAR/KAFA Milik Swasta (syarikat) S5 SAR/KAFA Milik Swasta (individu) S6 SAR/KAFA Milik Masyarakat /Individu S7 SAR/KAFA Milik Masyarakat/ JKKK/Persatuan Penduduk S8 SAR/KAFA Yang dinaikkan taraf Menjadi SRA (Asalnya Milik

Masyarakat) S9 SAR/KAFA Milik Swasta dan ada pengajaran kurikulum

kebangsaan S10 SAR/KAFA Milik Masyarakat yang ada kurikulum kebangsaan

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, perbincangan dapatan kajian ini akan dibincangkan dalam empat bahagian iaitu pembangunan pentadbiran, pengurusan sumber dan agihan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kurikulum. Jenis Pemilikan dan Kuasa Pentadbiran Sekolah Berdasarkan kutipan data SAR/KAFA Persendirian, penulis boleh membahagikannya kepada tiga bentuk pentadbiran iaitu pentadbiran oleh badan bukan kerajaan, masyarakat setempat dan pentadbiran syarikat swasta. Di tengah-tengah antara tiga jenis pentadbiran tersebut terdapat NGO dan beberapa individu secara bersama membentuk syarikat persendirian melalui saham yang dipegang dalam sesebuah syarikat yang ditubuhkan (S4). Namun bilangan jenis pentadbiran yang ketiga adalah sedikit sahaja. Dari sudut pentadbiran, sekolah jenis NGO menggunakan nama Persatuan dan Lembaga Tadbir Sekolah sebagai pihak yang tertinggi dalam menentukan polisi ke atas sekolah. Dalam sejarah perkembangan sekolah agama di Selangor, terdapat

Page 9: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 / 295 26th – 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

lima pertubuhan besar Islam yang pernah menubuhkan Sekolah Agama iaitu ABIM, JIM, PAS, Al-Arqam dan Jemaah Tabligh (Badlisham Mohd Nasir 1999). Ia ditubuhkan melalui biro pendidikan masing-masing. Sesetengahnya menubuhkan sekolah melalui persepakatan kumpulan kecil tanpa melalui biro tersebut dan seterusnya menggunakan platform lain seperti jawatankuasa surau, masjid, penduduk malah syarikat persendirian. Kumpulan kecil ini akhirnya membentuk ahli lembaga bagi menguruskan sekolah tersebut. Biasanya ahli anggota lembaga ini adalah terdiri daripada golongan yang berpendidikan, profesional dan korporat yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang satu iaitu pendidikan Islam untuk anak-anak (S4, S9). Bagi sekolah yang diuruskan secara persendirian, ia tidak mempunyai hubungan langsung dengan pihak berkuasa kerajaan negeri sesuai dengan kuasa pemilikannya. Walaupun daya inisiatif yang diambil telah banyak membantu dan meringankan bebanan kerajaan negeri tetapi tanpa adanya satu perancangan pentadbiran penyelarasan yang sempurna, ia boleh mengundang kepada masalah dari sudut unjuran, keperluan dan perancangan masa depan. Sebagai contoh, apabila pelajar menamatkan alam persekolahan di peringkat rendah, mereka berdepan dengan masalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sehingga ada sekolah yang tidak membenarkan aliran sekolah persendirian masuk ke sekolah kerajaan (S9). Pihak kerajaan negeri sendiri tidak mampu menyatukan sekolah-sekolah persendirian yang ditadbir oleh Jawatankuasa Masjid & Surau kerana ia pada asasnya adalah berada di bawah satu bumbung di bawah pentadbiran kerajaan yang sama (S1, S2, S7). Bezanya ialah sekolah tersebut masih terikat dengan pentadbiran khas oleh Jawatankuasa Surau. Keadaan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri mentadbir ‘dua jenis’ sekolah secara berasingan. Kenapa keadaan ini berlaku? Adakah ia menimbulkan masalah? Atau adakah ia kaedah terbaik untuk melebarkan lagi Pendidikan Islam di Selangor? Kerajaan harus berterima kasih kepada pihak swasta apabila (S4) sesetengah syarikat mempunyai lebih daripada satu buah di mana sebuah syarikat yang berdaftar telah mengendalikan banyak cawangan sekolah yang ditubuhkan sehingga 24 buah hanya di satu kawasan daerah. Cuba bayangkan, bagaimana jika pihak swasta atau masyarakat prihatin ini berjaya melaksanakannya di setiap daerah di Selangor. Tidakkah ringannya bebanan negeri yang tidak perlu bersusah payah mewujudkan SRA? Berikan inisiatif dan galakan yang sewajarnya. Kesimpulan daripada perbincangan tajuk di atas mengenai jenis integrasi dan jenis pemilikan sekolah, pengkaji menggambarkan dengan menggunakan Rajah 1 di bawah dengan memberikan ‘nama baru’ kepada kepelbagaian jenis sekolah tersebut.

Kewujudan atas Nama Swasta/NGO/Masyarakat Tanpa Bantuan Kerajaan Dari segi sejarahnya, masyarakat setempat yang telah memulakan pendidikan Islam kepada masyarakat melalui persatuan dan jawatankuasa. Melihat kepada

Page 10: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

296 / Kepelbagaian Struktur Pengurusan dan Premis SAR/KAFA Persendirian di Selangor: Masalah dan Keperluan

kelemahan inilah, desakan demi desakan dibuat agar kerajaan turut berperanan dalam membangunkan sekolah-sekolah agama kepada masyarakat lain yang turut memerlukannya. Keperluan kepada pengurusan secara swasta hanya perlu apabila pengurusan secara sukarela atau NGO tidak berjaya mengurus dengan baik hal-hal ehwal sekolah. Keadaan ini disebabkan urusan pendidikan sangat rumit dan membebankan pihak sukarelawan. Tambahan pula persatuan atau jawatankuasa setempat mempunyai fokus yang lain untuk menyatukan orang ramai. Sejarah pendidikan Islam sendiri menekankan pentingnya konsep pengagihan pengurusan kuasa apabila konsep desentralisasi dibincangkan dalam hal ehwal pentadbiran yang lain. Berasaskan pemahaman tersebut, para pengusaha telah memikirkan jalan terbaik iaitu menyerahkan pengurusan pendidikan kepada pihak swasta. Pihak swasta yang dimaksudkan mungkin melibatkan orang yang sama tetapi tanggungjawabnya sudah diturunkan kepada pihak lain. Ini dapat dilihat bukti keberkesanannya seperti S4 yang pada mulanya diuruskan secara badan sukarela tetapi telah menukarnya kepada pengurusan swasta yang akhirnya berjaya membuka lebih daripada 20 buah cawangan sekolah yang sama.

Rajah 1 : Pengkategorian Sekolah

Guru Besar juga merasakan keperluan untuk memberikan peranan yang lebih kepada jemaah tadbir sekolah sebagai pengurus utama sekolah. Terdapat sekolah yang memberikan sepenuhnya kepada guru besar untuk mengendalikannya sehingga tidak wujud peranan lembaga sekolah. Keadaan ini akan membahayakan kelangsungan sekolah selepas ketiadaan pengasas dan penggerak utama. Sumber Kewangan Berasaskan Jenis Pemilikan dan Lokasi Sekolah Kedudukan sumber kewangan SAR/KAFA adalah bergantung kepada jenis pemilikan dan lokasi sekolah. Bagi sekolah swasta dan syarikat persendirian,

Page 11: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 / 297 26th – 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

sumber kewangannya kukuh apabila sokongan lembaga pengarahnya dan komitmen yuran bulanan yang diberikan oleh ibu bapa (S4, S9). Ini adalah kerana kedua-duanya merupakan pengorbanan yang tinggi. Bagi lembaga pengarah, saham yang dilaburkan merupakan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan. Manakala ibu bapa pula sanggup membayar wang yang lebih sedikit demi masa depan anak-anak. Kombinasi kedua-dua ini telah terbukti memberikan kejayaan kepada pengusaha pendidikan Islam tanpa mengharapkan bantuan kerajaan yang tidak akan kunjung tiba dalam sebuah negara sekular. Terdapat sesetengah sekolah yang diusahakan oleh masyarakat setempat yang menghadapi masalah kewangan apabila wujudnya ibu bapa yang ‘liat’ membayar (S2). Keadaan ini menyebabkan pihak sekolah terpaksa memantau dan memberikan amaran kepada ibu bapa. Bahkan ada juga pihak sekolah yang melaksanakan temuduga kepada ibu bapa sebagai syarat kemasukan anak-anak mereka. Antara harapan penting pihak sekolah agar ibu bapa perlu menyedari tentang tanggungjawab dan komitmen dalam pembayaran tersebut kerana operasi sekolah bergantung pada yuran bulanan yang telah dibayar. Sebarang kelewatan dan penangguhan akan merencatkan tanggungan sekolah dan boleh menjejaskan perjalanannya. Bagi sekolah yang diusahakan oleh masyarakat setempat sama ada surau, masjid atau persatuan penduduk, kedudukan kewangan tidak kukuh kerana rata-rata sekolah yang ditubuhkan adalah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar (S1, S2, S6, S7, S10). Tambahan pula, kadar yuran bulanan yang ditetapkan terlalu rendah kerana mengambil kira pandangan masyarakat setempat. Sebarang kenaikan daripada kadar sedia ada bukanlah sesuatu yang mudah kerana berdepan dengan tentangan daripada ibu bapa. Ini adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam perkara yang menjadi miliknya. Lebih menyusahkan lagi, bukan setakat sukar untuk dinaikkan, jumlah kadar bulanan sedia ada pun sukar dilunaskan dengan baik. Kesukaran pembayaran ini juga ada kaitan dengan budaya orang-orang Melayu yang suka berhutang dan mentaliti masyarakat yang sukar membayar sesuatu yang bersifat pendidikan. Sistem pembiayaan pendidikan di negara-negara Barat mengamalkan konsep sentralisasi dan desentralisasi. Konsep desentralisasi yang mengambil pendekatan pasaran telah lama diamalkan di sana sehingga mendapat kritikan hebat dan begitulah sebaliknya. Dalam sejarah Islam, pendidikan merupakan tanggungjawab individu dan masyarakat dengan pengajaran guru tanpa campur tangan negara yang maksima. Ini bererti Islam juga memakai dua sistem iaitu sentralisasi dan desentralisasi dalam sejarah pembiayaan pendidikan (Hassan Langglung 1985). Sumber Kewangan Berdasarkan Pemilikan Tanah dan Bangunan Kebanyakan sekolah yang diuruskan oleh masyarakat setempat sama ada surau, masjid atau penduduk, pemilikan tanah dan bangunan dibantu oleh MAIS, wakaf

Page 12: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

298 / Kepelbagaian Struktur Pengurusan dan Premis SAR/KAFA Persendirian di Selangor: Masalah dan Keperluan

atau dermawan. Sebaliknya sekolah yang diuruskan oleh pihak swasta sukar untuk mendapatkan bantuan tersebut kerana ia sudah mempunyai harta pemilikan persendirian kecuali individu tersebut merupakan sebahagian daripada pengasas sekolah. Sekiranya pihak swasta tersebut mempunyai modal yang besar, ia bukanlah soal besar dalam pemilikan tetapi sekolah yang ditubuhkan secara swasta tetapi bersifat individu berdepan dengan masalah dari sudut pemilikan. Masyarakat tidak dapat memberikan bantuan kepada sekolah ini walaupun tujuannya untuk membantu pelajar dan ibu bapa (S4. S5, S9). Bagaimanapun terdapat sekolah swasta mengambil inisiatif mewujudkan tabung khas (kebajikan) bagi menguruskan derma awam tersebut agar ia tidak bercampur dengan kepentingan syarikat. Usaha ini hanya boleh dilakukan dalam kalangan ibu bapa dan pengurusan sekolah yang memahami masalah pendidikan Islam yang sebenar (S4). Mengenai permasalahan konflik kebajikan ini tidak timbul di sekolah swasta tetapi sebaliknya menimbulkan masalah bagi Sekolah Rendah Islam yang diminta untuk berdaftar secara persendirian. Isu sekolah agama SAR/KAFA begitu banyak dikaitkan dengan masalah kewangan dan segala bentuk kemudahan yang serba kekurangan. Permasalahan ini begitu menarik untuk diselami agar kita dapat menyelami perjuangan rakyat ke arah penyediaan institusi pendidikan agama kepada masyarakat setempat. Dalam hal pemilikan tanah dan bangunan ini kita akan dapati pelbagai usaha telah dilakukan dalam usaha menjayakan pendidikan Islam ini. Bagi sesetengah sekolah, mereka memperoleh bangunan hasil daripada sumbangan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dibangunkan dalam kawasan masjid (S2,S3). Bagi sekolah yang lain pula bangunan sekolah dibangunkan hasil daripada derma individu atau masyarakat termasuk juga pihak masjid dan surau di atas tanah yang diwakafkan oleh orang perseorangan, JKKK kampung berkenaan dan kawasan surau atau masjid (S1,S4,S6,S7). Terdapat juga sekolah yang tidak mempunyai kawasan tanah untuk membangunkan sekolah dan terpaksa menyewa kawasan bangunan rumah kedai (S5,S9). Sekolah-sekolah yang dibangunkan di atas tanah wakaf orang perseorangan pula didapati mempunyai keluasan yang kecil dan sempit. Keadaan yang sama turut dihadapi oleh sekolah yang terpaksa beroperasi di kawasan rumah kedai yang dibeli atau disewa. Suasana persekitaran sekolah yang terlalu terhad dan sempit (S7) ini sebenarnya dilihat berisiko terutamanya bagi sekolah yang beroperasi di kawasan rumah kedai (S4,S5,S9). Antara risiko yang dapat dilihat ialah kawasan persekitaran yang kurang selesa untuk mewujudkan suasana pengajian, risiko keselamatan kerana murid terpaksa berkongsi persekitaran sekolah dengan orang awam, risiko kecederaan akibat daripada sikap semulajadi kanak-kanak yang suka berlari dan bermain. Maka dengan kawasan yang kecil dan terhad, pelajar mudah terjatuh apabila berlari dan bergurau. Selain daripada kawasan sekolah yang kecil dan sempit, bangunan juga didapati tidak mencukupi bagi menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai yang

Page 13: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 / 299 26th – 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

datang ke sekolah tersebut untuk menuntut ilmu. Akibatnya, kita dapati terdapat sekolah-sekolah yang mengamalkan pengajaran dua kelas yang berbeza tapi diajar pada waktu yang sama dengan menggunakan bilik darjah yang sama secara serentak (S2,S7). Suasana yang daif begini akan membantutkan pengajian dan sekaligus boleh mengakibatkan penglibatan anak-anak tempatan menjadi hambar. Sumber Bantuan yang Sangat Diperlukan oleh SAR/KAFA Umumnya, mana-mana sekolah persendirian sama ada bandar dan luar bandar atau sama ada mempunyai kurikulum kebangsaan dan tidak, memerlukan bantuan latihan perguruan (S1, S2). Keperluan terdesak ini sebenarnya menjadi bebanan kepada pihak sekolah dan kerajaan negeri untuk menguruskannya. Dari sudut kemudahan dan infrastruktur, ternyata sekolah-sekolah yang diuruskan oleh masyarakat setempat amat-amat memerlukan bantuan modal daripada kerajaan (S10). Sumbangan masyarakat pada hakikatnya tidak besar lebih-lebih lagi sekolah yang diwujudkan di kawasan luar Bandar.

CADANGAN i. Menstrukturkan semula pengkategorian Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Negeri (SABN) dengan mewujudkan Sekolah Rendah Agama Bantuan Negeri (SRABN) bagi SRAI, KAFAI. SAR/KAFA dan SRI Milik Masyarakat. Begitu juga peringkat menengah seperti SRI Milik Masyarakat secara sistematik. Nama integrasi dan bukan integrasi pada sekolah memerlukan penyusunan semula.

ii. Membangunkan dan mengaktifkan Penstrukturan Jemaah Pengurusan Sekolah sepertimana dalam enakmen dan satu jawatankuasa khas perlu dibentuk untuk mengurus kategori sekolah ‘jenama baru’ seperti di atas.

iii. Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM hendaklah mengambil tanggungjawab

mengenai pengurusan KAFA dan tidak dibebankan kepada kerajaan negeri semata-mata khususnya dalam aspek latihan perguruan, bantuan pengurusan dan kemudahan infrastruktur.

iv. Bantuan perlu diberikan kepada pihak swasta dengan syarat-syarat tertentu dan munasabah. Sebagai contoh, menerima pakai kurikulum JAIS dan yuran yang dikenakan adalah rendah iaitu bawah RM50 sebulan. Terdapat sekolah yang berdaftar sebagai sebuah sekolah swasta tetapi pengurusan kewangannya bersifat kebajikan.

v. Skim galakan perlu diberikan kepada pengusaha atau individu yang berjaya

mewujudkan cawangan yang berbentuk KAFA atau SRI di seluruh negeri Selangor.

Page 14: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

300 / Kepelbagaian Struktur Pengurusan dan Premis SAR/KAFA Persendirian di Selangor: Masalah dan Keperluan

KESIMPULAN Masalah pengurusan SAR/KAFA yang penuh dengan kepelbagaian jenis, bentuk, identiti, lokasi dan sebagainya adalah bukan perkara baru kerana ia sudah lama bertapak sejak sekian lama. Perbezaan ini bertitik tolak daripada pengurusan sekolah yang dibiarkan oleh kerajaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada masyarakat setempat tanpa pemantauan dan pengawalan yang sempurna. Kajian secara kualitatif ini sangat terbatas kerana peruntukan yang disediakan masih belum mencukupi tambahan pula ia memerlukan masa yang banyak untuk diteliti dengan baik. Tenaga dan idea juga banyak yang perlu dikerahkan bagi memastikan kajian ini benar-benar berkesan dan sempurna. Kajian hanya melihat gambaran asas kepada perjalanan SAR/KAFA Persendirian, perspektif guru besar atau ketua guru dan melihat sejauh mana komitmen guru yang berpengalaman sahaja. Banyak lagi kajian yang perlu diterokai seperti pandangan ibu bapa, pandangan lembaga tadbir sekolah dan guru-guru lain yang mempunyai pelbagai latar belakang. Begitu juga penerimaan ke atas murid seperti keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Namun kajian ini sudah memadai sebagai kajian awal bagi melihat pengurusan dan keperluan asas sekolah-sekolah SAR/KAFA ini yang sudah lama ditubuhkan tanpa bantuan daripada kerajaan.

RUJUKAN

Abu Sin, Ahmad Ibrahim (1984). Al-Idarat fi al-Islam. Jamhuriah Abidin:

Maktabah Wahbah. Ahmad Atory Hussin (1996). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan

Publication Sdn. Bhd. Al-Abrashi, Muhammad Atiyyah. 1967. Education in Islam. Kaherah: The

Supreme Council For Islamic Affairs, Studies in Islam Series. Al-Attas, Syed Muhammad Al-Naquib. 1979. Aims and Objectives of Islamic

Education. Jeddah: Hodder & Stoughton, King Abdul Aziz University. Al-Abrashi, Muhammad cAtiyyah (t.th.) al-Tarbiyyah al-Islamiyyah Wa

Falasifatuha. Misr: Dar al-Fikr al-cArabiyy. Ali Mohammad Jubran Saleh (2002). Education Administration: An Islamic

Perspective. Kuala Lumpur : A.S. Noordeen. Al-Nahlawi, cAbd al-Rahman. (1996). Usul al-Tarbiyyah al-Islamiyyah Wa

Asalibuha Fi al-Bayt Wa al-Madrasah Wa al-Mujtamac. Bayrut: Dar al-Fikr.

Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Urusetia LEPAI, JAKIM (2006). Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain KAFA). Putrajaya

Hassan Langgulung (1997). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (2005). Peraturan Pelaksanaan Sekolah Agama Rakyat/KAFA Integrasi Negeri Selangor.

Page 15: PROCEEDINGS -   · PDF fileAwana Porto Malai, Langkawi, Kedah Malaysia. PUBLISHER ... dengan sejarah, identiti dan status pemilikan pengusaha sebagai kuasa pentadbiran utama

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011 / 301 26th – 29th September 2011, Langkawi, Kedah, Malaysia

Jabatan Audit Negara Cawangan Selangor (2008). Kajian Audit Terhadap Pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Shah Alam

Malaysia. (1996). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : hingga 10 September 1996. Rosnani Hashim & Abdul Karim Abdul Ghani. 2000. Ekonomi dan Pendidikan

Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor (2001). Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Islam Tahun 1988