Pro Tim

download Pro Tim

of 12

Transcript of Pro Tim

PROTIMDISEDIAKAN OLEH:

NUR QASHILA MOHD PARMAN ILHAM HUSNA JAMALUDDIN AHSIAH AHMAD ELSA HANA MUHAMMAD

Apa Itu PROTIM?? PROTIM ialah program yang dirancang untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas menulis, membaca dan mengira dalam kalangan pelajarpelajar tahap 2.

Siapa Yang Terlibat?? Pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M adalah terlibat dalam program ini.

Siapakah guru PROTIM? Guru yang terlibat dengan program ini ialah guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

OBJEKTIF PROTIM Memastikan murid-murid Tahap 2 boleh menguasai kemahiran mengira dan mempunyai asas Matematik yang kukuh sebelum melangkah ke peringkat Sekolah Menengah. Memastikan murid dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik agar mereka dapat meneruskan pengajian mereka pada peringkat Sekolah Menengah.

Bilakah pengajaran dan pembelajaran PROTIM dilaksanakan? P&P PROTIM dilaksanakan secara intensif dalam waktu persekolahan. Pelaksanaan PROTIM perlu dijalankan dalam waktu Matematik dan Bahasa Melayu atau mengikut budi bicara pentadbir sekolah.

Pihak sekolah khususnya pentadbir boleh membuat pengubahsuaian jadual waktu, namun perlu memastikan pelaksanaannya tercapai.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MELAKSANAKAN PROTIM PRA UJIAN PROTIM Murid akan menduduki ujian bagi menentukan tahap kefahaman mereka mengenai Matematik dan Bahasa Melayu mengikut sukatan matapelajaran. KELAS PROTIM Guru yang terlibat perlu melaksanakan program ini dengan telus agar tiada keciciran berlaku .

PASCA UJIAN PROTIM Diadakan pada penghujung tahun untuk menilai prestasi murid setelah mengikuti program PROTIM selama setahun. LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM PROTIM Guru yang terlibat perlu menyediakan laporan dan menyerahkan kepada pihak pentadbir.

SENARAI PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM FAIL PROTIM Fail Utama (GURU)

1. Carta Organisasi 2. Minit Mesyuarat 3. Huraian Sukatan Pelajaran 4. Senarai nama Murid 5. Borang prestasi semua murid 6. Surat-surat pekeliling 7. Modul guru 8. Senarai inventori BBM 9. Biodata guru 10. Jadual Waktu 11. Rancangan Tahunan

Fail Murid. 1. Profil murid 2. Instrumen ujian 3. Borang skor 4. Lembaran kerja 5. Borang prestasi individu murid

SEKIAN