Panduan complete bagi biginner

235
Oleh : Mohd Lutfi Lokman www.bijakkomputer.com

description

lengkap segala isi dan pandiuan berkaittan komputer dan perkakasan IT

Transcript of Panduan complete bagi biginner

Page 1: Panduan complete bagi biginner

Oleh : Mohd Lutfi Lokman

www.bijakkomputer.com

Page 2: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PRAKATA

1. Konsep Asas Komputer 1.1 Pengenalan 1.2 Apa Itu Komputer 1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi 1.4 Jenis Komputer 1.5 Kenali Microsoft Windows 1.6 Kenali Windows XP 1.7 Kenali Windows Vista 1.8 Kenali Linux - Ubuntu

2. Perkakasan 2.1 Peralatan Pemasangan 2.2 Komponen Utama Perkakasan

3. Pemasangan Perkakasan Komputer 3.1 Pemasangan Pemproses (processor) Pada Papan Induk 3.2 Pemasangan RAM Pada Papan Induk 3.3 Pemasangan Pembekal Kuasa (power supply) Ke Dalam Kekisi

3.4 Pemasangan Spacer Pada Kekisi 3.5 Pemasangan Pelindung Panel Belakang (cover back panel) 3.6 Pemasangan Papan Induk Ke Dalam Kekisi 3.7 Pemasangan CD-ROM / DVD-ROM 3.8 Pemasangan Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) 3.9 Pemasangan Cakera Keras (hard disk) 3.10 Pemasangan Kabel IDE Ke Papan Induk 3.11 Pemasangan Kabel Cakera Liut (Floppy Disk) 3.12 Pemasangan Kabel Kuasa Ke Perkakasan 3.13 Pemasangan Pengaktifan Panel Depan Kekisi 3.14 Pemasangan Kad Video – AGP 3.15 BIOS 3.16 Mengatur Urutan Pemula (booting) Untuk CD

4. Pemasangan (Installation) Sistem Operasi 4.1 Pemasangan Sistem Operasi - Windows XP 4.2 Pemasangan Sistem Operasi - Windows Vista

5. Pemasangan (Installation) Sistem Operasi (OS) Alternatif 5.1 Pemasangan Linux – Ubuntu

6. Pemasangan (Installation) Perisian Pejabat 6.1 Pemasangan Microsoft Office 2003 6.2 Pemasangan Perisian Alternatif – OpenOffice 2.3

7. Keselamatan Komputer & Virus Virus komputer & Pemasangan antivirus 7.1 Apa Itu Virus Komputer 7.2 Pemasangan Antivirus - AVG Spyware & Pemasangan Antispyware 7.3 Apa Itu Spyware 7.4 Pemasangan Antispyware - SPYBOT Pemasangan Personal Firewall 7.5 Pemasangan Personal Firewall - ZoneAlarm

8. Mengesan Kerosakan (Troubleshooting)

9. Panduan & Tips Membeli Komputer Baru

1 2 3 5 7 15 26 34

37 38

61 69 72 74 76 78 80 82 84 86 91 93 101 104 108 118

122 140

151

163 170

178 184

193 195

203

210

216

Page 3: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

PRAKATA

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,

setelah beberapa bulan mengumpul bahan untuk projek ini akhirnya saya dapat

menyiapkan panduan ini. Saya juga berasa berbangga dan bertuah kerana dapat

menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan menyalurkan ilmu supaya

semua lapisan masyrakat dapat menimba ilmu mengenai komputer di dalam bahasa

ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia.

Panduan yang dihasilkan ini adalah untuk memberikan anda panduan, ilmu dan

kemahiran berkaitan dengan komputer supaya anda faham dan mahir mengenai

komputer. Teknologi komputer yang senantiasa semakin canggih, tidak boleh tidak kita

mesti pelajarinya supaya kita dapat menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan

generasi dan masyarakat celik IT.

Semoga dengan lahirnya panduan ini, anda mendapat ilmu yang berguna dan

tanpa perlu ragu-ragu untuk melakukan sendiri proses pemasangan komputer,

pemasangan sistem operasi Windows mahupun Linux Ubuntu serta perisian - perisian

yang penting dan perlu dipasang di dalam komputer anda. Dan yang paling penting, anda

boleh menjimatkan lagi kos pemasangan atau membaiki sendiri perkakasan komputer

serta pemasangan perisian.

Page 4: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com

PENAFIAN

Panduan yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman, pembelajaran,

pembacaan dan rujukan penulis semasa menulis panduan ini. Panduan yang dihasilkan

adalah berdasarkan praktikal dan perkakasan yang disediakan sendiri oleh saya.

Semasa panduan ini dihasilkan adalah perlu anda sedari dunia komputer dan IT

sentiasa bergerak pantas, kemungkinan terdapat informasi yang berbeza dan kurang tepat

semasa anda membaca panduan ini. Pihak saya tidak bertanggungjawab keatas segala

risiko dan kesilapan yang dilakukan oleh pembaca.

HAKCIPTA

Panduan ini adalah hakcipta penulis. Panduan ini adalah hanya untuk kegunaan anda

sendiri dan tidak boleh disebar. Anda juga tidak boleh mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel, gambar, ilustrasi dan isi tanpa kebenaran penulis.

Segala logo dan nama syarikat seperti Microsoft, Windows Vista, Windows XP,

Linux Ubuntu, Microsoft Office, OpenOffice.Org, AVG, Spybot, ZoneAlarm dan

lain-lain adalah hak milik syarikat tersebut.

PERINGATAN

Untuk pembacaan dan panduan dalam bentuk gambar dan imej yang lebih baik, anda

disaran mencetak untuk mendapat hasil yang jelas.

Page 5: Panduan complete bagi biginner

KONSEP ASAS

KOMPUTER

Page 6: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 1

1. Konsep Asas Komputer

1.1 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di seluruh dunia.

Penguasaan ilmu dalam bidang komputer atau teknologi maklumat merupakan suatu

kemestian dalam zaman era kemajuan, pembangunan dan pemodenan ini. Komputer kini

dianggap sebagai sesuatu keperluan untuk pemodenan dan pembangunan sesebuah

negara. Ini kerana komputer memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai

bidang di Malaysia seperti di bidang sains, aeroangkasa, pendidikan, ekonomi,

pentadbiran dan sebagainya. Setiap individu secara sedar atau tidak pastinya akan

berurusan dengan teknologi maklumat setiap hari. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya

perkembangan teknologi yang pesat di negara kita ini dijadikan pemangkin kepada semua

orang untuk mempelajari atau setidak-tidaknya memahami komputer dan kebaikkannya.

Ini kerana komputer telah menjadi satu keperluan kepada kita untuk melakukan pelbagai

perkara dan memudahkan urusan. Pelajarilah agar kita tidak ketinggalan.

Page 7: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 2

1.2 Apa Itu Komputer

Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna dan fleksibel yang dibina dari

sumber teknologi berasaskan elektronik dan ada juga jenis elektro mekanikal. Komputer

diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih

spesifik dan teratur. Perisian komputer yang mempunyai pelbagai pendekatan dan fungsi

membolehkan ianya digunakan dalam pelbagai bidang dan tujuan. Komputer juga boleh

dikatakan sebagai suatu alat elektronik atau mesin yang digunakan sebagai menyimpan

dan pemproses data, menerima arahan, melaksanakan arahan seperti pengiraan serta

menyimpan fail dan maklumat penting.

Ciri-ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan

dengan perisian-perisian(software) yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk

meniru (emulate) sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh kapasiti

muatan storan(hard disk) , memori (ram) serta kelajuan pemproses (processor). Dalam

erti kata lain, kemampuan ini boleh diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer

"serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu.

Komputer juga boleh definisikan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol

elektronik dengan cepat dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses,

menyimpan dan mengeluarkan hasil(output).

Page 8: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 3

1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi

Sistem komputer secara umumnya beroperasi berdasarkan empat operasi asas iaitu :

Input

- Peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem

komputer

- Peranti input juga digunakan untuk memasukkan data serta arahan - arahan

kepada komputer.

- Contoh input ialah papan kekunci (keyboard), tetikus(mouse) dan kayu ria

(joystick)

Output

- Peranti output membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi dengan

pengguna.

- Peranti output akan memaparkan maklumat pada skrin komputer (monitor),

menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi.

- Skrin paparan (monitor), pencetak dan pembesar suara merupakan contoh peranti

output yang utama.

Pemprosesan (processing)

- Unit Pemprosesan Pusat (central prosessing unit - cpu) atau dikenali sebagai

processor berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan

menguruskan laluan informasi menerusi komputer.

- Unit Pemprosesan Pusat atau processor juga akan berkomunikasi dengan peranti

input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang

diperlukan. Contoh cpu ialah Pentium 4, Pentium D, Amd Athlon dan banyak

lagi.

Page 9: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 4

Storan

Storan terdapat dua jenis :

i) Storan Utama.

- Peranti storan utama berperanan untuk menyimpan data dan maklumat secara

sementara (temporary).

- Komputer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk

melaksanakan arahan dan mencapai maklumat dengan lebih pantas.

- Contoh peranti storan utama ialah RAM

ii) Storan Sekunder

- Peranti storan sekunder dapat menyimpan maklumat secara kekal berbanding

storan utama.

- Selain itu, ia mempunyai ruang simpanan yang besar untuk membolehkan

pelbagai aplikasi dan data dapat disimpan.

- Contoh peranti ialah cakera keras, pen drive, tape, disket.

Page 10: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 5

1.4 Jenis komputer

Komputer super (super komputer)

- Komputer super dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan

saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar.

- Komputer super mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak

(multitasking) pada pemporses yang sama. Ia juga boleh membahagikan tugas

kepada beberapa pemproses (multiprocessing).

- Kelajuan komputer super diukur dalam unit nanosaat dan berupaya beroperasi

sehingga mencapai kelajuan gigaflops.

- Antara tugas yang sering memerlukan penggunaan komputer super ialah mengkaji

ramalan cuaca, grafik dan animasi, kajian nuklear dan ketenteraan.

Kerangka utama

- Mampu menyokong ribuan pengguna dalam satu masa yang sama.

- Kebanyakkan pelanggannya adalah bank-bank, syarikat-syarikat besar, dan di

pusat-pusat pengajian tinggi.

- Dalam keadaan tertentu, kerangka utama lebih berkemampuan dari super

komputer kerana ia menyokong lebih banyak pemprosesan atau perlaksanaan

program secara serentak .

Komputer mini

- Saiz yang lebih kecil dari berbanding kerangka utama tetapi mempunyai fungsi

dan keupayaan yang hampir sama dengan kerangka utama cuma ia berskala lebih

kecil.

- Mampu menyokong antara 4 hingga 200 pengguna yang berkongsi terminal

dalam satu masa.

- Komputer mini berkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas daripada komputer

mikro serta ia juga mempunyai ruang storan yang lebih besar.

Page 11: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 6

Komputer mikro atau komputer peribadi (PC)

- Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri

komputer. Kecil, tidak mahal dan dibina khusus untuk kegunaan peribadi.

- Ia juga boleh dirangkaikan untuk menjadi satu rangkaian (network).

- Contoh komputer ialah komputer desktop, laptop

Page 12: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 7

1.5 Kenali Microsoft Windows

Antara sistem operasi yang terdapat di pasaran adalah seperti Microsoft Windows,

Linux, Mac OS X dan lain-lain. Namun begitu Windows adalah pilihan pertama individu

kerana senang digunakan berbanding sistem operasi lain. Windows adalah salah satu

sistem operasi daripada Microsoft. Terdapat beberapa jenis Windows antaranya Windows

95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru ialah

Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007. Dianggarkan lebih kurang 90%

daripada jumlah komputer di seluruh dunia menggunakan sistem pengedalian Windows.

Keluarga Microsoft Windows

Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk

menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah

digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin

meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf

perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.

Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan

menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001,

kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih

stabil.

Page 13: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 8

Antara Versi-versi Windows

• Windows 1.0

Tarikh dikeluarkan : November 1985

• Windows 2.0

Tarikh dikeluarkan : November 1987

• Windows 3.0

Tarikh dikeluarkan : Mei 1990

• Windows 3.1

Tarikh dikeluarkan : Mac 1992

Page 14: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 9

• Windows 95

Tarikh dikeluarkan : Ogos 1995

• Windows 98

Tarikh dikeluarkan : Jun 1998

• Windows 98 SE

Tarikh dikeluarkan : Mei 1999

• Windows Me

Tarikh dikeluarkan : September 2000

Page 15: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 10

• Windows NT

Tarikh dikeluarkan : Julai 1996

• Windows 2000

Tarikh dikeluarkan : Februari 2000 • Windows XP

Tarikh dikeluarkan : Oktober 2001

Page 16: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 11

• Windows Vista

Tarikh dikeluarkan : 8 November 2006

Page 17: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 12

Senarai Versi-versi Keluaran Windows

Tarikh pelancaran Nama produk Versi

November 1985 Windows 1.01 1.01

November 1987 Windows 2.03 2.03

Mac 1989 Windows 2.11 2.11

Mei 1990 Windows 3.0 3.0

Mac 1992 Windows 3.1 3.1

Oktober 1992 Windows For Workgroups 3.1 3.1

Julai 1993 Windows NT 3.1 3.1

Disember 1993 Windows For Workgroups 3.11 3.11

September 1994 Windows NT 3.5 3.5

Mei 1995 Windows NT 3.51 3.51

Ogos 1995 Windows 95 4.0.950

Julai 1996 Windows NT 4.0 4.0

Jun 1998 Windows 98 4.10.1998

Mei 1999 Windows 98 SE 4.10.2222

Februari 2000 Windows 2000 5.0.3700.6690

September 2000 Windows Me 4.90.3000

Oktober 2001 Windows XP 5.1.2600

Mac 2003 Windows XP 64-bit Edition 2003 5.2.3790

April 2003 Windows Server 2003 5.2.3790

April 2005 Windows XP Professional x64 Edition

5.2.3790

Julai 2006 Windows Fundamentals for Legacy PCs

5.1.2600

November 2006 (pelesenan jilid)/Januari 2007 (runcit)

Windows Vista 6.0.6000

Page 18: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 13

Ciri-ciri utama

Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows

XP. Ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu aturan (setting), kemaskini dan tahap

keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan

menguruskan sumber sekuriti melalui perisian sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif

dengan aturan yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan

pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu

Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa

selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang

membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka.

Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan

teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik

selain membolehkan pengkomputeran yang lebih produktif.Teknologi baru yang

diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet

lebih selesa selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang

tidak diingini.

Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik

mengenai aturan (setting) IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai

kawalan dan muat turun yang tidak disahkan.

Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows

yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik

yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada

yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular

adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna

Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan

pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada

permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di

internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk

Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.

Page 19: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 14

Antaramuka asas Microsoft Windows

Sebaik sahaja proses but selesai, anda akan dapat melihat paparan antaramuka

bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan

beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer

(dikenali sebagai Computer di dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya.

Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang

daripada cakera keras.

Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan.

Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, senarai program-program perisian dan

aplikasi serta pintasan untuk fail. Ini membolehkan pengguna menukar program yang

dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut

menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking).

Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat

yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar

peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk

program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di

dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang

desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close

(menutup program). Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah

dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa

perintah.

Page 20: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 15

1.6 Kenali Windows XP

Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows

keluaran Microsoft. Akronim XP adalah kependekan daripada perkataan eXPerience

(pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod

Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa

pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada.

Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada

Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan

pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari

2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia.

Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.

Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem

pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina

berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga

adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan

seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak,

walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak

rompak.

Page 21: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 16

Sejarah pembangunan

Sejarah pembangunan Windows XP bermula sejak daripada proses pembangunan

Windows 2000 yang asalnya dibina bagi menggantikan Windows NT 4.0 dan Windows

98, Walau baganmanapun, rancangan tersebut telah diubah apabila Microsoft

melancarkan Windows 98 SE. Pada tahun 1999, Microsoft mula membangunkan

Windows Neptune sebagai versi pengguna rumah bagi Windows 2000. Walau

bagaimanapun, projek Neptune tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Windows Me,

iaitu sistem pengendalian keluarga Windows 9x yang terakhir. Projek Neptune tersebut

kemudiannya digantikan dengan projek Whistler yang seterusnya membentuk Windows

XP. Windows XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001, dan sejak daripada itu 2 pek servis

telah dilancarkan. Pek servis ketiga (Windows XP SP3) masih dalam peringkat

pembangunan.

Page 22: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 17

Edisi Windows XP

Secara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:-

• Windows XP Home Edition - versi yang disasarkan kepada pengguna rumah.

• Windows XP Professional - versi yang disasarkan untuk kegunaan perniagaan

dan pengguna komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi

ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada versi Home Edition.

Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis

komputer khusus, iaitu:-

• Windows XP 64-bit Edition - untuk komputer stesen kerja yang menggunakan

pemproses Intel Itanium.

• Windows XP Professional x64 Edition - untuk komputer dengan pemproses 64-

bit (jangan terkeliru dengan edisi 64-bit di atas, ia hanya untuk komputer stesen

kerja dengan pemproses Intel Itanium sahaja).

• Windows XP Media Center Edition - untuk komputer pusat media. Pusat media

adalah komputer khas yang turut dilengkapi talaan siaran televisyen dan radio

serta pelbagai ciri-ciri lain. Edisi ini tidak dijual berasingan tetapi disertakan

dengan komputer pusat media tersebut.

• Windows XP Tablet PC Edition - untuk komputer riba khas yang dikenali

sebagai PC tablet. Tidak seperti komputer riba biasa, PC tablet menggunakan

sistem pengecaman tulisan pengguna dan pengguna "menulis" menggunakan pen

stylus pada skrin yang sensitif dengan pen tersebut. Seperti pusat media, edisi PC

tablet tidak dijual berasingan dan disertakan dengan pembelian PC tablet tersebut.

Page 23: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 18

• Windows XP Embedded - sistem pengendalian mobil bagi peralatan elektronik

pengguna khusus seperti mesin ATM, peranti perubatan, permainan video arked,

terminal jualan serta komponen VoIP.

• Windows Fundamentals for Legacy PCs - disasarkan kepada sebilangan kecil

pengguna khusus Microsoft Software Assurance yang ingin menggunakan

Windows XP tetapi hanya mampu memiliki komputer lama (seawal zaman

pemproses Pentium).

Windows XP Starter Edition

Windows XP Starter Edition adalah versi berkos rendah yang diedarkan di

beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Di Malaysia, Windows XP Starter Edition

menggunakan Bahasa Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan kadar celik IT

di kalangan pengguna serta bagi memerangi cetak rompak. Sungguhpun demikian, versi

tersebut mempunyai beberapa limitasi, iaitu Starter Edition hanya boleh digunakan pada

komputer berkuasa rendah, membenarkan sehingga hanya 3 perisian dibuka pada satu-

satu masa, serta terdapat beberapa ciri yang dimansuhkan ataupun dinyahupayakan.

Windows XP edisi N

Pada Mac 2004, Kesatuan Eropah telah menyaman Microsoft sejumlah Pound

Sterling 497 juta (AS$603 juta) atas dakwaan memonopoli perisian pemain media

menerusi penyertaan Windows Media Player di dalam sistem pengendalian Windows.

Selain itu, Microsoft diperintahkan untuk menghasilkan versi Windows XP tanpa

Windows Media Player, dikenali sebagai edisi N (tanpa Windows Media Player).

Walau bagaimanapun, edisi N tersebut mendapat sambutan dingin di kalangan pengguna

serta pengeluar komputer kerana harga bagi edisi N adalah sama dengan edisi biasa

dengan Windows Media Player, menyebabkan pengguna dan pengeluar berasa rugi.

Page 24: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 19

Ciri-ciri terkini dan diperbaharui

Windows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:-

• Proses memulakan Windows dan hibernasi yang lebih pantas.

• Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke

pemacu peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah.

Ciri ini dikenali sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).

• Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan

syarikat perisian mereka tema paparan.

• Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar ke akaun

pengguna lain tanpa menutup program di dalam akaun pengguna yang masih

terbuka.

• Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD

dapat dibaca dengan jelas.

• Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan

komputernya dari komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui

rangkaian komputer ataupun internet.

• Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.

Page 25: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 20

Antaramuka (interface)

Antaramuka Windows XP adalah berorientasikan tugasan. Menu Start dan enjin pencari

direka semula dan pelbagai kesan visual turut ditambah, termasuklah:-

• Petak segiempat tepat dengan warna biru lutcahaya di dalam Explorer

• Grafik seakan-akan "watermark" pada ikon folder, menunjukkan jenis fail yang

tersimpan di dalamnya

• Bayang-bayang pada label ikon di dalam desktop

• Bar tepi berasaskan tugasan pada tetingkap Explorer

• Keupayaan untuk menghimpunkan banyak butang tetingkap bagi program yang

sama pada satu butang sahaja

• Keupayaan untuk mengunci bar tugasan serta bar alatan lain bagi mengelakkan

perubahan yang tidak disengajakan

• Paparan program yang baru dipasang pada menu Start

• Bayang-bayang di bawah menu (Windows 2000 ada bayang-bayang pada kursor

tetikus, tetapi bukan pada menu)

Tema persekitaran Windows XP dikenali sebagai Luna, tetapi pengguna berupaya

untuk menukar tema lain dengan memasang program penukar tema yang boleh dimuat

turun melalui internet.

Page 26: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 21

Keperluan sistem

Keperluan sistem adalah seperti berikut:-

Minimum Disyorkan

Pemproses 233 MHz 300 MHz atau lebih tinggi

Ingatan 64 MB RAM (mungkin mengehadkan prestasi dan sebahagian ciri-ciri)

128 MB RAM lebih tinggi

Kad grafik dan monitor Super VGA (800 x 600) Super VGA (800 x 600) atau resolusi lebih tinggi

Ruangan bebas cakera keras1.5 GB 1.5 GB atau lebih tinggi

Pemacu CD-ROM CD-ROM atau lebih baik

Peranti Papan kekunci and tetikus Papan kekunci dan tetikus

Lain-lain Kad bunyi, pembesar suara, and fon kepala

Kad bunyi, pembesar suara dan fon kepala

Nota: Windows XP SP2 memerlukan tambahan 1.8 GB cakera keras bagi tujuan pemasangan.

Page 27: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 22

Pek servis dan sokongan

Setakat ini Microsoft telah menghasilkan 2 pek servis, dan Service Pack 3 (SP3) masih

dalam peringkat pembangunan.

Windows XP tanpa pek servis

Sokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004.

Service Pack 1

Dilancarkan pada 9 September 2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna

memilih perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga

menyokong USB 2.0 dan SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober 2006.

Service Pack 2

Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos 2004 dengan memfokuskan terhadap

keselamatan sistem. SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-

Fi yang lebih baik, penyekat iklan "pop-up" pada Internet Explorer dan Pusat

Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian antivirus, Windows Update dan

perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth.

Service Pack 3

Setakat ini Windows XP SP3 masih lagi dalam peringkat pembangunan, namun Calon

Pelancaran (Release Candidate) bagi SP3 sudah mula dikeluarkan pada 4 Disember 2007

(bagi pelanggan TechNet dan MSDN) dan 18 Disember 2007 bagi pengguna umum.

Versi sebenar bakal dilancarkan pada setengah tahun pertama tahun 2008.

Page 28: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 23

Kitaran jangka hayat sokongan

Sokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan,

manakala sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan.

Walaupun Microsoft memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran

dalam masa 12 bulan selepas pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30

Januari 2007, kebanyakan pengeluar komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru

dengan Windows XP hanya beberapa bulan selepas pelancaran Vista.

Pada 14 April 2009, Windows XP akan memasuki fasa pemanjangan sokongan yang

akan tamat pada tahun 2014.

10 kelebihan Windows XP SP2

Terdapat 10 kelebihan dalam Windows XP SP2 .Antara kelebihannya ia lebih

mementingkan keselamatan. Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan

dalam Windows ini ialah:

1. Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan

mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat.

SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui

Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.

2. Menambah baik ciri perlindungan aspek “privacy” anda terutamanya apabila

berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda

dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda

daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.

3. Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah

terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan

mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya dan

Page 29: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 24

samping memberikan pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berbahaya.

4. Mengurangkan gangguan tetingkap “pop-up”. Ciri baru SP2 yang dinamakan

Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih

menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang

tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.

5. Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC

dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan

pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada

pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.

6. Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat

kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center.

Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan

mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.

7. Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap

ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk

mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk

membantu pengguna internet “dial-up” memindah terima kemaskini dengan lebih

efisyen.

8. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat

penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk

mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan

membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar

spam.

Page 30: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 25

9. Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar

Web. Ciri baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda

melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan

berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.

10. Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles

dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian

wayarles di rumah atau dalam perjalanan.

Page 31: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 26

1.7 Kenali Windows Vista

Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian

Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8

November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari

2007. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali

sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama

kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005.

Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan,

Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows.

Windows Vista telah diberikan banyak taksiran negatif. PC World telah

menyenaraikan #1 dari "15 teknologi mengecewakan 2007," mengatakan bahawa banyak

pengguna suka bergantung pada XP, manakala lain-lain yang sudah meningkat telah

menjatuhkan semula.". Kritikan Windows Vista memasukkan masa pembangunan yang

berpanjangan, perlesenan paling terbatas, pemasukan teknologi Pengurusan Hak Digital

baru bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi, kekurangan pemandu

bahan (driver) untuk sesuatu perkakasan dan pengguna ciri-ciri baru lain seperti User

Account Control.

Page 32: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 27

Edisi Windows Vista

1. Starter Edition - disasarkan kepada komputer berspesifikasi rendah untuk

meningkatkan kadar celik IT terutamanya di kawasan pedalaman serta didapati

dalam beberapa bahasa tempatan seperti versi Bahasa Malaysia (Windows Vista

Starter Edition bahasa Melayu.) Versi Starter Edition tidak dilengkapi

antaramuka Aero.

2. Home Basic - untuk pengguna komputer rumah yang hanya sekadar melepasi

keperluan minima Vista Capable dan menggunakan komputer untuk tugasan asas

sahaja. Versi Home Basic juga tidak dilengkapi antaramuka Aero.

3. Home Premium - untuk sebahagian besar pengguna komputer rumah.

4. Enterprise - untuk perniagaan berskala kecil yang menyertai program Microsoft

Software Assurance.

5. Business - disasarkan untuk semua jenis perniagaan.

6. Ultimate - merangkumi kesemua ciri-ciri yang terkandung dalam edisi Home

Premium dan Business, disasarkan kepada pengguna komputer yang berkuasa

tinggi.

Versi tanpa Windows Media Player bagi edisi-edisi di atas, dikenali sebagai versi N juga

didapati di Eropah akibat tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah

terhadap Microsoft kerana menyertakan Windows Media Player di dalam Windows.

Page 33: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 28

Ciri-ciri utama Windows Vista

1. Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang

menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat

daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa

pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya,

menjadikan pemasangan Windows Vista lebih mudah dan pantas.

2. Indeks Pengalaman Windows - Indeks Pengalaman Windows adalah satu skema

pemarkahan perkakasan oleh Microsoft bagi menguji keupayaan konfigurasi

komputer yang digunakan untuk menjalankan Windows Vista. Markah bagi

indeks tersebut diambil berdasarkan markah terendah bagi perkakasan yang

digunakan. Indeks tersebut berguna sebagai panduan buat pengguna untuk menilai

spesifikasi komputer mereka serta merancang naik taraf yang diperlukan

sekiranya markah yang diperolehi adalah rendah.

3. Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru

yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar

tetapi untuk memperolehi antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai

spesifikasi yang mencukupi bagi melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3

markah dalam Indeks Pengalaman Windows.

4. Pengurusan sistem bersepadu - Program utiliti pengurusan fail iaitu Windows

Explorer kini disepadukan dengan panel kawalan Control Panel serta beberapa

perisian utiliti Windows yang lain untuk kawalan yang lebih berkesan serta

memberikan pengalaman baru yang berbeza kepada pengguna Windows.

Page 34: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 29

5. Ease of Access - Bahagian Ease of Access menggantikan Accessibility bagi

tujuan membantu orang kurang upaya untuk menggunakan komputer. Di dalam

Ease of Access ini, sistem pengecaman suara serta bacaan telah disepadukan

sepenuhnya bagi membolehkan pengguna kurang upaya menggunakan komputer

dengan lebih mudah.

6. Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista

akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail.

Teknik pencarian sebegini dapat menjimatkan masa pengguna.

7. Menu Start yang dikemaskini - Menu Start di dalam Windows Vista

dikemaskini dengan menu program berstruktur pohon agar lebih tersusun

berbanding versi terdahulu Windows. Selain itu, menu Start di dalam Vista turut

dilengkapi enjin pencari bagi membolehkan pengguna mencari program.

8. User Account Control - Di dalam Windows Vista, sebarang perubahan kepada

sistem komputer hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem iaitu pemilik

komputer sendiri untuk mengelakkan sebarang perubahan yang tidak diingini

kepada sistem komputer. Bagi mengukuhkan tahap keselamatan, Windows akan

mengeluarkan tetingkap pertanyaan bagi mengesahkan sebarang perubahan

kepada sistem. Namun demikian, pengguna akaun bukan pentadbir boleh

melakukan perubahan sistem tetapi dengan meminta nama pentadbir dan kata

laluannya, berbeza dengan Windows XP yang langsung tidak membenarkan

pengguna akaun bukan pentadbir untuk melakukan perubahan walaupun sekadar

membetulkan jam dan tarikh, tetapi dalam masa yang sama pengguna akaun

pentadbir dapat mengawal sistem dengan terlalu bebas dan terdedah kepada risiko

keselamatan.

9. Preview Thumbnail - Dengan menggerakkan tetikus ke ikon program yang

sedang berjalan pada bar tugasan, pengguna dapat melihat sepintas lalu

kandungan program yang dibuka.

Page 35: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 30

10.Windows Flip 3D - Dengan menekan kombinasi kekunci Windows+Tab,

pengguna boleh melihat secara sekali imbas tetingkap program-program yang

telah dibuka, berbeza dengan cara lama iaitu kombinasi Alt+Tab yang hanya

membolehkan pengguna melihat ikon program yang dibuka.

11.Windows Defender - Windows Defender adalah perisian anti-spyware percuma

yang didatangkan bersama Windows Vista untuk melindungi sistem pengendalian

daripada serangan perisian spyware.

12. Internet Explorer 7 - Internet Explorer 7 ialah versi terbaru pelayar Web

keluaran Microsoft. Antara ciri-ciri utamanya termasuklah pelayaran bertab, ejen

pencari bersepadu serta pengurusan plug-in.

13.Windows Media Player 11 - Versi terkini pemain media digital Microsoft ini

turut dilengkapi enjin pencari yang mencari fail media sambil pengguna menaip

nama fail bagi membolehkan pengguna mencari dan memainkan fail media

dengan pantas.

14.Windows Update - Pada versi terdahulu Windows, Windows Update

memerlukan pengguna memasuki laman web Windows Update melalui pelayar

Internet Explorer. Malangnya, sesetengah pengguna yang mempunyai masalah

dengan pelayar Internet Explorer mereka tidak dapat mengemaskini sistem

pengendalian Windows mereka, tambahan pula Windows Update hanya

menyokong pelayar Internet Explorer sahaja. Bagi mengatasi masalah ini,

Windows Vista menyepadukan Windows Update di dalam Control Panel,

membolehkan pengguna mengemaskini perisian Windows mereka tanpa perlu

membuka Internet Explorer.

15.Windows Vista ReadyBoost - Teknologi ini membolehkan Windows

memanfaatkan ruang kosong di dalam pemacu kilat USB untuk menambah baik

prestasi ingatan Windows.

Page 36: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 31

16.Windows Photo Gallery - Windows Photo Gallery adalah perisian pengurusan

fail imej bagi menggantikan Windows Image and Fax Viewer dalam Windows

XP. Jika dahulunya fungsi Windows Image and Fax Viewer hanya terhad untuk

memaparkan imej, Windows Photo Gallery boleh mengimport gambar dari

kamera digital serta melakukan sedikit suntingan ringan pada gambar.

17.Bar tepi (sidebar) - Bar tepi menempatkan beberapa perisian mini yang dipanggil

gajet seperti jam, kalendar, nota kecil serta ramalan cuaca.

18.Windows Ultimate Extras - Windows Ultimate Extras adalah sekumpulan

perisian tambahan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows

Update khusus untuk pengguna Windows Vista Ultimate sahaja.

Page 37: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 32

Keperluan sistem

Buat masa kini, keperluan sistem untuk pemasangan Windows Vista boleh

dikatakan agak berat. Spesifikasi minimum Windows Vista boleh dibahagikan kepada 2

iaitu Vista Capable dan Vista Premium Ready. Sesebuah komputer yang melepasi

keperluan Vista Premium Ready dapat menikmati ciri-ciri hebat Windows Vista dengan

lancar tanpa terasa berat serta dapat menikmati antaramuka Windows Aero. Sungguhpun

demikian, sesetengah perisian menyebabkan Windows menggunakan antaramuka asas

secara sementara walaupun melepasi spesifikasi Vista Premium Ready dan kembali

kepada antaramuka Aero setelah perisian tersebut ditutup.

Keperluan sistem Windows Vista

Vista Capable Vista Premium Ready

Pemproses 800 MHz 1.0 GHz

Ingatan 512 MB RAM 1 GB RAM

Kad grafik Serasi DirectX 9

GPU serasi DirectX 9 dengan Pembayang Piksel Perkakasan

v2.0 dan sokongan pemacu WDDM 1.0

Kad Video Grafik N/A 128 MB RAM

Kapasiti cakera keras 20 GB 40 GB

Ruangan bebas cakera keras 15 GB 15 GB

Pemacu lain CD-ROM DVD-ROM

Page 38: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 33

Pek servis

Microsoft sekali-sekali mengeluarkan pek-pek servis untuk sistem pengendalian

Windows untuk membaiki masalah-masalah dan menambahkan ciri-ciri.

Service Pack 1

Windows Vista Service Pack 1 (SP1) yang sekarang dalam pembangunan dan

dicadangkan untuk keluaran berserta dengan Windows Server 2008 pada suku pertama

2008. Beta Windows Vista Service Pack 1 pertama, pembinaan 16659, yang dikeluarkan

pada 24 September 2007 dan sekarang diuji oleh peserta TechBeta dalam Program Beta

Windows Vista SP1 dan juga pelanggan TechNet dan MSDN.

Pada 12 Disember 2007, Microsoft mengeluarkan Windows Vista Service Pack 1

(SP1) Release Candidate sebagai beta kepada awam am. Pembinaan RC didokumenkan

mengandungi 489 tampalan, sebanyak daripadanya yang didokumenkan dalam Pangkalan

Ilmu Microsoft tetapi tidak ada untuk muat turun.

Kertas putih diterbitkan oleh Microsoft pada akhir Ogos 2007 menjelaskan tujuan

pek servis, mengecamkan tiga kawasan kemajuan major: kebolehpercayaan dan

pencapaian, pengalaman pentadbiran dan penyokong untuk perkakasan dan piawai baru.

Page 39: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 34

1.8 Ubuntu

Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah distribusi Linux yang popular pada masa ini. Ia direka dengan

tujuan untuk menggantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang paling

banyak digunakan di dunia secara percuma. PerkataanUbuntu berasal dari bahasa Zulu

dan Xhosa. Ubuntu ( diucapkan “oo-BOON-too ) dipandang sebagai salah satu asas

pendirian republik baru Afrika Selatan dan berhubung dengan ide kebangkitan kembali

Afrika.Terjemahan singkat dari makna Ubuntu adalah"kemanusiaan untuk semua".

Ubuntu merupakan satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk

komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server).

Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-

lain. Ubuntu dibangun dari komponen yang keseluruhannya bersifat sumber terbuka

dengan modifikasi utama untuk kemudahan penggunaan dan menghijrahkan pengguna

komputer yang sudah biasa menggunakan Microsoft Windows. Ubuntu juga dilengkapi

pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan

jaringan dan alat-alat pengaturcaraan.

Page 40: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 35

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka. Anda

boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa

perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu

yang berasaskan Linux juga kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian anti-virus

untuk mempertahankan sistem komputer anda. Jarang berlaku jangkitan virus berlaku

kepada linux.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang

akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan

sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun

Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka

Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk

komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal

syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan

pengguna untuk memuat-turun.

Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan bergrafik yang sangat mudah

dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi

produktiviti pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Versi terakhir, Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon), dikeluarkan secara rasmi pada 18

Oktober 2007. Versi 8.04 LTS (Hardy Heron) dijadualkan pada April 2008. Versi 8.04

diberi label LTS, iaitu "sokongan jangka masa panjang" (long term support), bermakna

bahawa ia akan diselenggara oleh Canonical Ltd. selama tiga tahun untuk versi atas meja

(desktop) dan lima tahun untuk versi pelayan (server).

Terdapat tiga anak projek rasmi Ubuntu, iaitu Kubuntu, Xubuntu, dan Edubuntu.

Masing-masing menggunakan kod teras yang sama, cuma Kubuntu didatangkan dengan

KDE sebagai persekitaran desktop alternatif, Xubuntu didatangkan dengan Xfce untuk

komputer berkuasa rendah, manakala Edubuntu pula disasarkan kepada komputer dalam

bilik darjah.

Page 41: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 36

Versi Keluaran Ubuntu

Setiap Keluaran Ubuntu mempunyai kod nama dan nombor versi. Nombor versi adalah

berdasarkan tahun dan bulan dari keluaran. Sebagai contoh, keluaran Ubuntu yang

pertama, 4.10, telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2004.

Daftar keluaran Ubuntu yang dikeluarkan :

Versi Tarikh Keluaran Kod Nama Disokong sehingga

4.10 20 Oktober 2004 Warty Warthog 30 April 2006

5.04 8 April 2005 Hoary Hedgehog 31 Oktober 2006

5.10 13 Oktober 2005 Breezy Badger 13 April 2007

Jun 2009 (desktop) 6.06 LTS (Sokongan

Jangka Panjang) 1 Jun 2006 Dapper Drake

Jun 2011 (server)

6.10 26 Oktober 2006 Edgy Eft April 2008

7.04 19 April 2007 Feisty Fawn Oktober 2008

7.10 18 Oktober 2007 Gutsy Gibbon April 2009

April 2011 (desktop) 8.04 LTS (Sokongan

Jangka Panjang) Dijadualkan pada April 2008

Hardy Heron April 2013 (server)

CD Ubuntu boleh didapati secara percuma dalam bentuk ISO ataupun CD.

Page 42: Panduan complete bagi biginner

PERKAKASAN

Page 43: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 37

2.1 Mengenali Perkakasan

Sebelum kita memulakan pemasangan komputer kita, kita perlu mengenali perkakasan

atau komponen – komponen komputer yang akan kita gunakan dan pasang pada

komputer kita nanti. Dengan ini, kita akan dapat mengenali perkakasan-perkakasan yang

berkaitan dengan lebih mudah.

Peralatan Pemasangan

Sebelum kita memulakan pemasangan, peralatan yang kita gunakan ialah :

1. Playar,

2. Pemutar skru philips bermagnet dan

3. Pemutar skru biasa bermagnet.

Page 44: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 38

2.2 Komponen Utama Perkakasan

Kekisi (Casing)

o Berperanan sebagai pusat pemasangan pelbagai perkakasan dan komponen

komputer. Ia juga sebagai pelindung kepada perkakasan – perkakasan

komputer yang dipasang dari rosak akibat persekitaran seperti kotor debu,

mengelakkan dari di sentuh atau di pegang dan mengelakkan dari litar pintas

pada perkakasan kerana telah diskru dengan kemas.

o Sebelum memilih kekisi kita perlu tentukan sama ada kita memerlukan ruang

yang lebih untuk melakukan peningkatan atau menaik taraf perkakasan kita

dimasa hadapan atau tidak. Sekiranya anda bercadang mahu melakukan naik

taraf komputer pada masa hadapan, adalah dicadangkan membeli kekisi jenis

tower.

Page 45: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 39

o Terdapat dua jenis kekisi :

1. Tower – Full tower, medium tower, midi Tower dan mini tower

- Berbentuk fizikal menegak dan tinggi.

2. Desktop – Desktop dan Slimline

- Berbentuk fizikal melintang

o Di antara jenis kekisi ini, kekisi jenis tower adalah baik kerana dari segi aliran

udaranya yang lebih besar dan luas mengurangkan kepanasan di dalam kekisi

yang kadang-kadang sekiranya terlalu panas akan mengakibatkan komputer

bermasalah seperti tergantung (hang) atau sukar digunakan.

Page 46: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 40

Pembekal Kuasa (Power supply)

o Setiap komponen menerima bekalan elektrik daripada pembekal kuasa.

o Antara komponen yang menerima bekalan kuasa secara terus seperti

papan induk, cakera keras, pemacu cakera liut dan

CD-ROM / DVD-ROM.

o Bekalan kuasa biasanya telah tersedia sekiranya kita membeli unit kekisi

(casing) yang baru.

o Terdapat dua jenis pembekal kuasa yang biasa digunakan iaitu :

Jenis AT – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis OFF dan ON.

Jenis ATX – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis seperti butang

yang lembut seperti butang RESET. Untuk mengaktifkan kita hanya perlu

menekan sekali butang Power. Unit bekalan kuasa jenis ini akan mati

dengan sendiri apabila Windows melakukan sistem shutdown. Tetapi

sekiranya proses ini juga gagal, kita boleh mematikan untuk bekalan kuasa

dengan menekan butang power selama 5 saat. Kebanyakkan masa kini unit

bekalan kuasa dibekalkan dari jenis ATX.

o Kebanyakkan kekisi sekarang menggunakan ATX. Kapasiti yang biasa

terdapat ialah 230w - 380w.

Page 47: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 41

Papan Induk (motherboard)

o Papan induk merupakan papan litar yang paling besar dan utama didalam

sesebuah sistem komputer. Ia mengandungi punca sambungan , slot RAM

slot kad sokongan dan lain-lain yang boleh dipasangkan kepadanya.

o Papan induk (motherboard) merupakan pusat yang menghubung serta

tapak bagi CPU (dikenali juga prosesor), BIOS, ingatan utama (RAM),

antaramuka storan, liang bersiri(serial) dan selari (parallel) slot tambahan,

penyambungan monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara dan

sebagainya.

Page 48: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 42

o Pemilihan papan induk perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini

kerana kelajuan External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External

Bus yang disokong oleh papan induk. Ia juga perlu mempunyaoi slot soket

yang sama dengan pemproses. Contohnya, sekiranya anda mahu

memasang pemproses atau CPU Pentium D ia menggunakan soket 775

jadi papan induk juga perlu menyokong jenis soket 775 supaya pemproses

atau CPU dapat dipasang pada papan induk dan boleh berfungsi.

o Jenama juga memainkan peranan penting bagi menentukan kualiti, tahap

keupayaan dan kelebihan setiap papan induk yang berjenama.

o Setiap model pemproses yang dihasilkan, ia mempunyai soket yang

berbeza kerana menyokong rekabentuk pemproses yang mempunyai

teknologi yang berbeza terutama dari segi teknologi litar, kepantasan dan

jumlah guna tenaga yang digunakan. Setiap soket yang berbeza ini perlu

disokong oleh papan induk untuk menggunakan jenis soket yang sama.

Soket 478 - Pentium 4.

Soket 775 - Pentium 4, Pentium D, Pentium Dual Core, Pentium Core 2 Duo.

Page 49: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 43

Soket A - AMD Athlon dan Duron.

Soket 754 – AMD Athlon

Soket 940 – AMD Sempron, AMD Athlon

Page 50: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 44

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

o Juga dikenali sebagai pemproses dalam Bahasa Malaysia atau dalam

bahasa inggerisnya ialah processor.

o Unit pemprosesan pusat (CPU) atau pemproses merupakan otak bagi

sesebuah sistem komputer.

o Ia berperanan menterjemah data input kepada maklumat output yang

dikehendaki. Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang

difaham dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer - komputer

lain pengguna.

Page 51: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 45

o Unit pemprosesan pusat (CPU) berperanan untuk melaksanakan serta

mengawal keseluruhan operasi komputer. Hampir semua pengiraan serta

penentuan logikal dilaksanakan disini.

o Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau biasa dipanggil sebagai CPU speed.

Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman.

Semakin tinggi nilainya maka semakin lajulah data tersebut diproses.

o Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran

merupakan kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan

kelajuan papan induk (motherboard). Ia juga dikenali sebagai Front Bus.

Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah 800MHz maka papan

induk mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza

diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka

prestasi komputer meningkat.

Page 52: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 46

Jadual dua jenama CPU iaitu Intel dan AMD, jenis soket, saiz cache dan kelajuan

bas atau CPU speed.

Jenis CPU Soket L2

Cache

Internal

Bus

(CPU speed)

External

Bus

Soket 478

(versi lama)128KB

850MHz –

2.2GHz

66 – 100MHz

400MHz

(1.7GHz keatas)

Soket 775

(versi

terkini)

512KB 1.6GHz 800MHz

Soket 478

(versi lama)256KB

1.7 – 3.06

GHz 400 – 533 MHz

Soket 775

(versi

terkini)

256KB 1.7 – 3.06

GHz 400 – 533 MHz

Soket 775 2MBX2 3.40 GHz 800MHz

Page 53: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 47

Soket 775 2mb -

6mb

1.06 GHz to

3.16 GHz

533 MT/s to

1333 MT/s

Soket 754 256KB 1700+ -

2800+ 266 - 1500MHz

Soket 940

(AM2)

512X2 –

1MBX2

3000+ -

6400+ 2000MHz

o Saiz Ingatan Cache (Cache Memory) - Semakin besar saiz ingatan cache

maka prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan

cache adalah untuk menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU.

Sekiranya terdapat arahan yang sama, maka CPU tidak perlu memproses

semula arahan tersebut. Cache juga berfungsi sebagai penimbal (buffer)

diantara CPU dengan memori utama kerana kelajuan cache lebih laju.

o Untuk lebih kefahaman, contohnya sekiranya sebelum ini sesuatu fail

belum pernah dibaca dan dibaca untuk pertama kali maka proses agak

perlaha tetapi sekiranya fail yang sama di baca untuk kali kedua dan ketiga

ia semakin laju kerana pernah dibuka dan fail tersebut yang pernah dibaca

sebelum ini masih ada di dalam ingatan cache pemproses.

Page 54: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 48

Ingatan Capaian Rawak (RAM) / Memori

o Ingatan capaian rawak atau bahasa ingerisnya Random Access Memory

dikenali RAM di mana data atau arahan yang perlu atau sedang diproses

disimpan buat sementara waktu agar ianya pantas dipindahkan diantara

CPU dan sistem prosesan. Ia juga biasa dipanggil memori.

o Jenis – jenis RAM yang biasa digunakan ialah SDRAM, RDRAM,

DDR RAM dan yang terkini DDR2 RAM.

o Data atau arahan akan hilang sekiranya kuasa atau komputer ditutup

kerana ia adalah jenis Volatile (tidak kekal) dan sementara.

o Semakin tinggi saiz RAM yang digunakan, semakin pantas perlaksanaan

perisian dan arahan dapat dilaksanakan dan diselesaikan.

o Saiz RAM dinilai Megabait (MB) atau Gigabait (GB). Contoh saiz RAM

ialah 128MB, 256MB, 512MB, 1GB, 2GB dan seterusnya.

Page 55: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 49

RAM jenis DDR RAM dan DDR2 RAM secara kasarnya kelihatan sama sahaja tetapi ia

masih mempunyai perbezaan seperti jadual dibawah :

DDR DDR2

Jumlah Pin :

184 pin pada DDR

Kepantasan (MHz) :

Kepantasan bagi DDR ialah 200, 266, 333,

dan 400

Kuasa Voltan :

2.5 volts

Jumlah Pin :

240 pin pada DDR

Kepantasan (MHz) :

DDR2 mempunyai kepantasan berganda

iaitu 400, 533, 667, dan 800

Kuasa Voltan :

1.8 volts (ini akan mengurangkan haba jadi

RAM kurang bermasalah)

Lekuk :

Page 56: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 50

Jenis – jenis RAM terkini dan bentuk fizikalnya :

� SDRAM

� RDRAM

� DDR RAM

� DDR2 RAM

Page 57: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 51

Cakera keras (hard disk)

o Cakera keras merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan serta

mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika dibandingkan dengan

storan sekunder yang lain seperti pita magnetik, cakera liut dan storan

optik.

o Cakera keras digunakan untuk menyimpan data dengan kapasiti yang lebih

besar dan kekal. Ia merupakan keperluan wajib kerana sistem

pengoperasian akan di pasang di dalam cakera keras serta aplikasi-aplikasi

lain.

Page 58: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 52

o Cakera keras mengandungi plat besi magnetik berbentuk cakera

merupakan komponen tempat data disimpan. Pemilihan cakera keras yang

laju boleh mempengaruhi prestasi komputer.

Antara jenama cakera keras di pasaran ialah Maxtor, Western Digital, dan

Seagate. Kapasiti cakera keras kini telah mencapai sehingga 1000GB

bersamaan 1 Terabait (TB).

Page 59: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 53

Pemacu Cakera Liut (floppy disk drive)

o Pemacu cakera liut merupakan alat yang membolehkan data dibaca atau

ditulis pada cakera liut atau disket.

o Kebiasaan pemacu cakera liut yang dipasang adalah jenis 3.5 inci dan

dikenali sebagai drive A

o Komponennya yang digunakan sebagai penyimpanan data dikenali

sebagai cakera liut atau disket.

o Disket mempunyai kapasiti yang terhad iaitu hanya mempunyai saiz

1.44MB sahaja.

Page 60: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 54

Pemacu CD-ROM / DVD-ROM

o Pemacu CD-ROM / DVD-ROM merupakan storan sekunder

manakala penyimpan maklumat seperti CD-R / DVD-R atau CD-RW /

DVD-RW adalah storan optik. Cakera ptik tidak sukar untuk

dibezakan kerana di atas tiap-tiap CD atau DVD telah dicetak samada

CD-R /CD-RW/DVD-R atau DVD-RW.

o Storan Optik jenis CD-R – hanya boleh melakukan penyimpanan atau

menulis data hanya sekali dan hanya boleh dibaca dengan kadar saiz

maksimum data sekeping CD ialah 700MB.

Page 61: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 55

o Storan Optik jenis CD-RW–boleh melakukan penyimpanan atau

menulis data berulang kali dengan kadar saiz maksimum data sekeping

CD ialah 700MB.

o Storan Optik jenis DVD-R – hanya boleh melakukan penyimpanan

atau menulis data hanya sekali dan hanya boleh dibaca dengan kadar

saiz maksimum data sekeping DVD ialah 4.7GB untuk single layer

dan 8.4GB double layer .

o Storan Optik jenis DVD-RW – boleh melakukan penyimpanan atau

menulis data berulang kali dengan kadar saiz maksimum data DVD

ialah 4.7GB untuk single layer dan 8.4GB double layer .

Page 62: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 56

o Terdapat 2 jenis pemacu CD-ROM :

� Pemacu CD-ROM yang hanya boleh membaca cakera CD-R dan

CD-RW.

� Pemacu CD-RW – pemacu jenis ini boleh membaca dan menulis

data ke CD-R dan CD-RW.

o Terdapat 2 jenis pemacu DVD-ROM :

� Pemacu DVD-ROM kini popular kerana keupayaannya membaca

cakera DVD. Selain itu, ia berkeupayaan membaca CD-R dan

CD-RW.

� Pemacu DVD-RW pula boleh membaca dan menulis pada DVD-R,

DVD-RW, CD-R dan CD-RW.

Page 63: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 57

Kad video (Video adapter )

o Kad video atau dikenali juga kad paparan (display card) ialah kad

tambahan yang dipasang atau yang telah sedia ada sebagai perantara muka

di antara papan induk dan skrin paparan (monitor).

o Kad video ini biasanya tersedia dalam empat jenis iaitu terbina-dalam

(built-in), kad PCI, kad AGP (Accelerated Graphics Port) dan yang terkini

Pci Express.

o Untuk kad video jenis terbina-dalam (built-in), ia akan berkongsi ingatan

(shared memory) dengan RAM.

o Untuk menghasilkan paparan yang lebih baik dan mengelakkan

perkongsian ingatan (shared memory) dengan RAM yang akan

memperlahankan komputer; dicadangkan menggunakan kad tambahan kad

video yang berasingan.

o Kad video tambahan biasanya mempunyai pemproses mikronya sendiri.

Ini akan meningkatkan lagi kualiti grafik dan membantu meringankan

bebanan pemproses.

o Pada peringkat awal, kad PCI popular tetapi telah diambil alih kad jenis

AGP kerana lebih pantas dan mempunyai pemproses grafik sendiri.

Namun kini Kad PCI generasi baru iaitu Pci Express semakin popular

kerana lebih pantas dan grafik yang terhasil lebih tajam (sharp) dan

menarik.

Page 64: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 58

Jadual perbezaan diantara jenama dan harga kad AGP

JenamaSaiz Memori dalam

MB BIT Harga dalam RM

NVidia Geforce 128 128 135

NVidia Geforce 256 128 170

MSI MS8998 128 64 120

Asustek A9250

Ati Radeon 128 64 115

Sapphire Ati

Radeon 256 128 158

Jadual perbezaan diantara jenama dan harga kad PCI Express

JenamaSaiz Memori dalam

MB BIT Harga dalam RM

MSI V027

GeForce 512 64 155

MSI V096

GeForce 512 128 339

Asustek

GF8500GT 256 128 258

Sapphire Ati

Radeon X1050 512 64 143

Asus Ati Radeon 256 128 320

Page 65: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 59

Skrin Paparan (monitor)

Skrin paparan atau monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output

untuk melihat imej. Terdapat dua jenis skrin paparan dipasaran.

� Tiub sinar katod (cathode ray tube - crt) – Menggunakan teknologi tiub yang sama

seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan teknologi tiub

vakum sebagai komponen utama skrin paparan.

� Paparan panel rata atau liquid crystal display (lcd) merupakan skrin paparan yang

ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding dengan CRT.

Walaubagamanapun harganya agak mahal berbanding dengan skrin paparan dari jenis

CRT.

Terdapat pelbagai saiz skrin paparan dipasaran dan skrin paparan yang sering

digunakan adalah bersaiz 15” dan 17”. Harga skrin paparan bersaiz 15” kini sekitar

RM 280 manakala harga skrin paparan bersaiz 17” pula sekitar RM 345. Perbezaan

sedikit ini kerana skrin paparan 15” sudah tidak banyak dikeluarkan dari itu

pembelian skrin paparan bersaiz 17” merupakan pilihan yang baik. Harga untuk LCD

juga kini sudah lebih murah kerana permintaan yang yang semakin banyak oleh

pengguna.

Page 66: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 60

Jadual perbezaan harga antara jenama di antara skrin paparan jenis CRT dan LCD

Jenama Jenis Saiz Harga dalam RM

Samsung CRT 15” 280

Samsung CRT 17” 345

Acer LCD 17” 589

Acer LCD 19” 639

ViewSonic LCD 19” 1100

ViewSonic LCD 22” 939

Page 67: Panduan complete bagi biginner

PEMASANGAN

PERKAKASAN

KOMPUTER

Page 68: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 61

3.1 Pemasangan Pemproses (processor) Pada Papan Induk (motherboard)

Untuk pemasangan ini, kita akan memasang pemproses (processor) Intel Pentium 4 dan soket LGA 775.

Langkah 1

Dapatkan kotak papan induk (motherboard) dan keluarkan papan induk. Jangan letak di atas lantai atau dimana-mana kerana kemungkinan papan induk kotor dan rosak. Letakkan pada tempat yang sesuai.

Buka pengunci pemproses. Caranya tekan sedikit dan tarik pengunci ke luar.

Page 69: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 62

Kemudian tarik pengunci ke atas.

Langkah 2

Kemudian buka penutup soket pemproses. Caranya, cungkil sedikit dan angkat penutup soket ke atas.

Page 70: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 63

Langkah 3

Setelah soket pemproses tiada masalah, dapatkan pemproses anda. Pastikan pemproses anda yang biasanya didatangkan bersama kipas heat sink.

Peringatan : Jangan pegang di bawah pemproses kerana pin pemproses akan kotor dan boleh mengakibatkan pemproses mungkin tidak berfungsi.

Page 71: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 64

Langkah 4

Sebelum memasukkan pemproses ke soket, pastikan pengunci soket telah dibuka. Perhatikan pemproses dengan teliti kerana pemproses yang akan kita pasang mempunyai tanda. Terdapat dua tanda pada pemproses. Lihat rajah dibawah.

Kemudian letakkan pemproses ke soket. Di soket pastikan anda perhatikan juga dimana ia juga mempunyai dua tanda yang berpadanan dengan pemproses. Ini untuk mengelakkan kesilapan sewaktu memasang pemproses. Lihat rajah dibawah.

Page 72: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 65

Pasang pemproses dengan berhati-hati dan letakkan dengan perlahan-lahan sehingga pemproses masuk lekap ke soket dengan hanya letakkannya sahaja di tempat yang tepat.

Peringatan : Jangan paksa pemproses semasa proses letak untuk mengelakkan kerosakkan pin pemproses.

Langkah 5

Setelah pemproses benar-benar lekap masuk ke dalam soket,tutup dan kunci semula penutup soket.

Page 73: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 66

Tekan besi pengunci kuat sedikit sehingga ia terkunci.

Langkah 6

Selanjutnya, kita akan memasang kipas heat sink pemproses pula. Terlebih dahulu kita dapatkan alas atau bracket kipas yang didatangkan bersama kipas heat sink tadi.

Page 74: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 67

Kemudian, terbalikkan papan induk tadi. Lekapkan alas kipas tersebut tepat masuk ke lubang skru kipas heat sink .

Pegang dan pusingkan kembali papan induk dan pastikan alas kipas tadi tidak jatuh atau bergerak. Pasangkan kipas heat sink di atas pemproses. Pastikan kedudukannya betul dantepat.

Page 75: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 68

Kemudian ketatkan dengan pemutar skru keempat-empat skru kipas pemproses tersebut.

Pastikan skru diikat kemas. Jika telah diskru kemas, kipas tersebut tidak akan jatuh jika diuji seperti dibawah.

Peringatan : Terdapat pelbagai jenis kipas heat sinkpemproses di pasaran dan pelbagai cara pemasangan. Perkara yang penting sekali ialah rujuk buku panduan yang dibekal mengenai cara-cara pemasangan yang betul.

Page 76: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 69

3.2 Pemasangan RAM Pada Papan Induk

Langkah 1

Dapatkan memori DDR2 RAM anda.

Peringatan : Pastikan anda memilih dan menggunakan RAM yang betul. Tentukan RAM anda kerana RAM jenis DDR dan DDR2 RAM adalah hampir sama.

Langkah 2

Pastikan slot memori anda. Kemudian pastikan pengunci telah terbuka. Caranya, tolak pengunci ke arah luar.

Pengunci tertutup.

Pengunci terbuka.

Page 77: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 70

Langkah 3

Masukkan RAM anda ke slot memori. Pastikan anda masukkan dengan betul. Di RAM, terdapat alur di tengahnya sebagai tanda dan di slot juga mempunyai tanda yang menonjol. Pastikan anda masukkan RAM sepadan dengan tanda tersebut. Jika salah atau bukan RAM yang sepatutnya ia tidak akan berpadanan dan tidak sesuai.

Tekan kuat sedikit tetapi berhati-hati sehingga slot RAM terkunci.

Page 78: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 71

Pengunci pada slot RAM akan terkunci secara automatik.

Page 79: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 72

3.3 Pemasangan Pembekal Kuasa (power supply) Ke Dalam Kekisi

Langkah 1

Dapatkan kekisi (casing) anda dan buka penutupnya. Buka skru penutup terlebih dahulu. Caranya membuka penutup kekisi tersebut ialah tekan sedikit bahagian tengah dan tarik penutup kekisi ke belakang.

Langkah 2

Dapatkan pembekal kuasa (power supply).

Page 80: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 73

Pasang pembekal kuasa di tempatnya dengan memasukkan dari sebelah dalam dan bahagian atas kekisi.

Pastikan ia berkedudukan tepat dengan lubang skru. Kemudian skrukan pembekal kuasa tersebut. Pastikan ia diskru dengan kuat. Ia untuk mengelakkan gegaran pada kekisi.

Page 81: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 74

3.4 Pemasangan Spacer Pada Kekisi

Di papan induk dan kekisi terdapat lubang – lubang yang akan dipasang dengan skru untuk mengikat keduanya. Namun, untuk pengetahuan anda, papan induk tidak boleh diskru terus ke kekisi tetapi menggunakan spacer yang akan dipasang pada lubang skru. Spacer akan menjarakkan papan induk dengan kekisi. Ini kerana untuk mengelakkan kemungkinan litar pintas yang boleh merosakkan perkakasan komputer.

Langkah 1

Sediakan spacer.

Pastikan kedudukan papan induk. Kemudian pasangkan spacer dan skru lubang yang akan dipasang skru nanti.

Page 82: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 75

Langkah 2

Pasang spacer dan pastikan ia diskru kuat.

Page 83: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 76

3.5 Pemasangan Pelindung Panel Belakang (cover back panel)

Pelindung panel belakang atau cover back panel biasanya didatangkan bersama papan induk. Setiap papan induk mempunyai rekabentuk yang berbeza. Oleh itu, pastikan kesesuaian panel belakang dengan papan induk anda.

Langkah 1

Dapatkan panel belakang (cover back panel).

Jika ada lubang yang tertutup, anda boleh mematahkan hingga tanggal.

Page 84: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 77

Langkah 2

Pasangkan panel belakang ke tempatnya. Pastikan ia tidak terbalik

Pastikan ia di pasang dengan kemas supaya tidak tertanggal semasa memasang papan induk nanti.

Page 85: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 78

3.6 Pemasangan Papan Induk Ke Dalam Kekisi

Langkah 1

Dapatkan papan induk tadi yang telah kita sedia pasang pemproses dan RAM. Juga sediakan kekisi dan pastikan spacer yang telah dipasang tadi kemas.

Langkah 2

Masukkan papan induk ke dalam kekisi dan letak sesuai dengan spacer.

Page 86: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 79

Langkah 3

Pastikan kedudukan port di papan induk sesuai dengan panel belakang.

Langkah 4

Seterusnya, skrukan papan induk ke kekisi. Skrukan yang dibawahnya telah ada dipasang spacer. Ketatkan dengan pemutar skru dengan kemas dan kuat tetapi berhati-hati supaya tidak merosakkan papan induk.

Page 87: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 80

3.7 Pemasangan CD-ROM / DVD-ROM

Langkah 1

Sebelum kita boleh memasang CD-ROM / DVD-ROM, kita terlebih dahulu perlu membuka penutup di panel hadapan kekisi.

Caranya, pilih aras CD-ROM / DVD-ROM yang hendak dipasang. Kemudian, tolak dari sebelah dalam sehingga penutup panel terkeluar.

Page 88: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 81

Langkah 2

Ambil CD-ROM / DVD-ROM dan masukkan dari sebelah depan kekisi.

Kemudian skrukan CD-ROM / DVD-ROM anda dengan kemas dan ketat.

Nota : Pemasangan perkakasan seperti CD-ROM / DVD-ROM bergantung kepada jenis panel depan kekisi. Kemungkinan cara pemasangan berbeza mengikut jenis kekisi yang dibeli. Anda disaran merujuk manual panduan yang disertakan.

Page 89: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 82

3.8 Pemasangan Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Langkah 1

Sama seperti langkah memasang CD-ROM / DVD-ROM ,Sebelum kita boleh memasang pemacu cakera liut atau floppy disk drive, kita terlebih dahulu perlu membuka penutup di panel hadapan kekisi.

Langkah 2

Ambil pemacu cakera liut dan masukkan dari sebelah depan.

Page 90: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 83

Kemudian skrukan pemacu cakera liut anda dengan kemas dan ketat.

Page 91: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 84

3.9 Pemasangan Cakera Keras (hard disk)

Langkah 1

Sediakan cakera keras (hard disk) anda.

Langkah 2

Letak cakera keras di tempat yang sesuai. Biasanya cakera keras dipasang di bahagian bawah pemacu cakera liut.

Page 92: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 85

Langkah 3

Ketatkan cakera keras dengan skru. Pastikan anda ketatkan cakera keras dengan skru di sebelah kanan dan kiri.

Nota : Pemasangan perkakasan cakera keras bergantung jenis kekisi. Kemungkinan cara pemasangan berbeza mengikut jenis kekisi yang dibeli. Anda disaran merujuk manual panduan yang disertakan.

Page 93: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 86

3.10 Pemasangan Kabel IDE Ke Papan Induk

Langkah 1

Sediakan dua kabel IDE.

Kita akan memasang kabel IDE di slot IDE yang berwarna biru dan hitam. Kita akan memasang slot IDE pertama terlebih dahulu yang berwarna biru. Slot IDE yang berwarna biru dikenali Primary di dalam BIOS dan slot IDE kedua yang berwarna hitam ialah Secondary.

Page 94: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 87

Langkah 2

Terlebih dahulu, anda perlu melihat tanda pada kabel IDE pertama yang akan kita pasang ini dan di slot IDE pada papan induk. Kabel IDE ini mempunyai tanda yang akan berpadanan dengan lubang kecil di slot IDE di papan induk apabila dipasang nanti.

Page 95: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 88

Kemudian masukkan kabel IDE pertama ke slot IDE biru dengan berhati-hati.

Langkah 3

Ambil hujung kabel IDE pertama dan pasang ke cakera keras. Sebelum itu perhatikan hujung kabel IDE pertama tersebut. Ia juga mempunyai tanda. Di slot cakera keras juga mempunyai tanda lubang kecil di sebelah atas. Apabila kabel IDE tersebut dipasang pada slot cakera keras, ia akan berpadanan dan betul.

Page 96: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 89

Pasangkan dengan berhati - hati untuk mengelakkan pin di slot cakera keras bengkok.

Langkah 4

Pasangkan kabel IDE kedua dengan cara yang sama seperti kabel IDE pertama.

Page 97: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 90

Langkah 5

Ambil hujung kabel IDE kedua dan kita akan pasang ke CD-ROM / DVD-ROM. Sebelum itu perhatikan hujung kabel IDE kedua tersebut. Ia juga mempunyai tanda. Di slot CD-ROM / DVD-ROM juga mempunyai tanda lubang kecil di sebelah atas. Apabila kabel IDE tersebut dipasang pada slot CD-ROM / DVD-ROM, ia akan berpadanan dan betul.

Page 98: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 91

3.11 Pemasangan Kabel Cakera Liut (Floppy Disk)

Langkah 1

Sediakan satu kabel floppy. Perbezaan antara kabel floppy dan kabel IDE ialah kabel floppy lebarnya lebih kecil sedikit dari kabel IDE.

Langkah 2

Tentukan tempat slot kabel floppy disk.

Page 99: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 92

Langkah 3

Kabel floppy juga mempunyai tanda seperti kabel IDE. Begitu juga slot floppy. Pastikan anda memasang dengan betul dan berhati – hati.

Langkah 4

Ambil hujung kabel floppy. Pasangkan di slot floppy.

Page 100: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 93

3.12 Pemasangan Kabel Kuasa ke Perkakasan

Kebanyakkan papan induk mempunyai dua jenis penyambung punca kuasa iaitu 24 pin atau 20 pin. Ia bergantung kepada spesifikasi papan induk anda. Pada kali ini kita akan memasang penyambung punca kuasa 20 pin.

Langkah 1

Kita akan memasang kabel kuasa ke papan induk. Kenal pasti penyambung 20 pin dan slot penyambung punca kuasa di papan induk. Anda juga perlu mengenal pasti pengunci di kabel kuasa.

Ini adalah kedudukan slot pemyambung punca kuasa 20 pin di papan induk. Ia juga mempunyai pengunci. Ia akan berpadanan dengan pengunci kabel kuasa apabila dipasang nanti.

Page 101: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 94

Langkah 2

Pasang kabel kuasa ke slot pemyambung di papan induk

Langkah 3

Langkah selanjutnya, kita perlu memasang kabel kuasa tambahan pada papan induk. Kabel kuasa tambahan juga mempunyai pengunci. Ia akan berpadanan dengan slot pengunci kabel kuasa tambahan apabila dipasang nanti.

Page 102: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 95

Pasangkan kabel kuasa tambahan.

Langkah 4

Kemudian teruskan memasang kabel kuasa ke cakera keras. Kenal pasti jenis kabel kuasa. Kepala penyambung kabel kuasa ini mempunyai lengkung di sebelah atas dan tegak dibawahnya.

Page 103: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 96

Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa cakera keras.

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa. Pastikan kepala penyambung kabel kuasa ini mempunyai lengkung di sebelah atas dan tegak dibawahnya agar tidak memasang secara terbalik.

Page 104: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 97

Langkah 5

Seterusnya, kita memasang kabel kuasa ke CD-ROM / DVD-ROM. Kenal pasti jenis kabel kuasa. Ia sama seperti kabel kuasa yang dipasang pada cakera keras.

Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa CD-ROM / DVD-ROM

Page 105: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 98

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa seperti memasang cakera keras tadi.

Langkah 6

Kemudian, kita memasang pula kabel kuasa ke pemacu cakera liut. Kenal pasti jenis kabel kuasa. Kepala penyambung kabel kuasa pemacu cakera liu berbeza dari kepala pemyambung cakera keras kerana ia lebih kecil. Gambar dibawah ini adalah bentuk kepala penyambung pemacu cakera liut dan kedudukan slot penyambung kuasa pemacu cakera liut.

Page 106: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 99

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa.

Langkah 7

Terakhir sekali ialah memasang kabel punca kuasa kipas pemproses ke papan induk Kenal pasti jenis kabel kuasa.

Page 107: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 100

Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa kipas pada papan induk.

Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati – hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul dan sesuai dengan slot penyambung kuasa di papan induk.

Page 108: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 101

3.13 Pemasangan Pengaktifan Panel Depan Kekisi

Untuk mengaktifkan butang kuasa, reset serta lampu-lampu led di panel hadapan, kita perlu memasang kabel panel ke papan induk. Kabel - kabel tersebut mempunyai beberapa jenis warna. Namun untuk kabel putih ia menandakan pola negatif manakala bagi kabel- kabel berwarna lain adalah pola positif

Langkah 1

Kenal pasti kabel – kabel yang akan dipasang. Kabel yang biasa akan dipasang ialah :

- kabel power switch (POWER SW) untuk fungsi butang On, - kabel reset switch (RESET SW) untuk fungsi butang Reset, - kabel led cakera keras (H.D.D LED) untuk fungsi lampu cakera keras, - kabel power led (- P LED & + P LED) untuk fungsi lampu kuasa

Di papan induk biasanya terdapat tulisan kecil yang akan memudahkan pemasangan kabel-kabel. Jika tiada atau kurang pasti, anda bolehlah merujuk pada buku panduan yang disertakan sekali dengan buku manual pembelian papan induk.

Page 109: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 102

Langkah 2

Pasang kabel power switch. Di papan induk terdapat tulisan PWRBTN yang juga bermaksud untuk kabel power switch. Kedudukan tulisan PWRBTN di sebelah atas juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris atas. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan hitam sebelah kiri

Langkah 3

Pasang kabel reset switch. Di papan induk terdapat tulisan RESET yang juga bermaksud untuk kabel reset switch. Kedudukan tulisan RESET di sebelah bawah juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris bawah. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan oren sebelah kiri.

Page 110: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 103

Langkah 4

Pasang kabel power led. Di papan induk terdapat tulisan PLED yang juga bermaksud untuk kabel power led. Kedudukan tulisan PLED di sebelah atas juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris atas. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan hijau sebelah kiri

Langkah 5

Pasang kabel hdd led. Di papan induk terdapat tulisan HDLED yang juga bermaksud untuk kabel power led. Tulisan HDLED di sebelah atas juga bermaksud pin atau slot kabel terletak baris atas. Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan merah sebelah kiri

Peringatan : Setiap papan induk mempunyai cara pemasangan kabel yang berlainan tetapi kesemuanya hampir sama dan biasanya aturan memasang ada di dalam buku manual atau di catat di papan induk

Page 111: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 104

3.14 Pemasangan Kad Video (kad tambahan) – AGP

Kita akan memasang kad video sebagai kad tambahan. Sekiranya di papan induk sudah mempunyai kad video terbina-dalam (built-in), anda mempunyai pilihan samada untuk menggunakan kad video terbina-dalam yang telah sedia ada atau memasang kad video tambahan.

Nota : Kelebihan memasang kad tambahan AGP ialah RAM tidak perlu lagi diagihkan (share) kepada kad video terbina dalam (built-in) yang boleh mengakibatkan komputer kita menjadi kurang pantas kerana kekurangan RAM. Selain itu, dengan memasang kad tambahan AGP, penghasilan grafik menjadi lebih baik dan menarik.

Ini adalah kad video terbina-dalam (built-in).

Page 112: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 105

Sekiranya anda mahu memasang kad video tambahan, di bawah ini ditunjukkan langkah demi langkah memasang kad tambahan anda.

Langkah 1

Sediakan kad video AGP.

Langkah 2

Sebelum memasang kad video AGP, tentukan slot kad video akan dipasang. Slot kad video AGP biasanya mempunyai kod warna yang berlainan seperti slot berwarna ungu seperti di bawah. Ada juga slot AGP berwarna biru atau merah.

Page 113: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 106

Sebelum itu, pastikan penutup besi slot ditanggalkan. Jika penutup tersebut berskru, anda hanya perlu tanggalkan sahaja. Atau jika ia terlekat, goyangkan sehingga tertanggal.

Langkah 3

Pastikan pengunci slot kad video AGP anda terbuka dan tidak terkunci.

Pengunci slot kad video AGP terbuka.

Ini adalah pengunci slot kad video AGP dalam keadaan tertutup.

Page 114: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 107

Ambil kad video AGP anda dan pasangkan dislotnya berwarna ungu. Tekan kuat sedikit tapi berhati-hati sehingga pengunci slot terkunci secara automatik.

Page 115: Panduan complete bagi biginner

108

3.15 BIOS

BIOS (disebut "bye-ose") atau Basic Input/Output System merupakan komponen penting di dalam komputer. Ia merupakan papan litar atau cip yang terletak di papan induk dan bertindak mengawal sesebuah sistem komputer beroperasi dan berfungsi. Ia juga sebagai perantara diantara perisian dan perkakasan untuk berkomuniskasi diantara satu sama lain. Program BIOS disimpan di dalam sebuah cip memori yang dipanggil CMOS atau Complimentary Metal Oxide Semiconductor.

Terdapat pelbagai jenis BIOS yang terdapat di pasaran dan antaranya ialah : • Phoenix • AMI BIOS • Acer Labs • LSI Logic • Acer Labs

Contoh – contoh cip CMOS di papan induk :

Walaupun terdapat pelbagai jenis bios di pasaran, namun ia tetap mempunyai fungsi yang sama iaitu menyelaraskan perkakasan dan komponen komputer supaya dapat berfungsi dengan baik.

Page 116: Panduan complete bagi biginner

109

Kebanyakkan BIOS menggunakan kekunci sampukkan (interupt key) menekan kekunci Del pada papan kekunci untuk masuk ke sistem BIOS. Namun, jenis model bios yang lain juga ada menggunakan kekunci sampukkan yang lain seperti Del, F1 atau F10, kombinasi Ctrl + Alt + Esc, F2 atau F7.

Page 117: Panduan complete bagi biginner

110

Tugas Utama BIOS

Semasa komputer dihidupkan, apakah sebenarnya yang berlaku? Tidak ramai yang tahu apa yang berlaku disebalik tabir dan apa yang dilakukan BIOS. Ia melakukan beberapa tugas penting untuk memastikan komputer anda dapat digunakan dengan sempurna. Antara tugas yang dilakukan BIOS ialah :

• Apabila komputer dihidupkan, BIOS secara automatik akan mengaktif dan mencapai data atau maklumat yang berkaitan dengan jenis pemproses.

• Kemudian BIOS meneruskan proses dengan melakukan ujian kendiri iaitu Power-On Self-Test (POST) dengan menguji komponen dan perkakasan untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

• Kemudian, BIOS akan membaca dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan sistem komputer dari CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor.) CMOS mengandungi maklumat berkaitan dengan perkakasan seperti RAM, jenis pemacu cakera keras, jenis cakera liut, jenis CD-ROM atau DVD-ROM dan lain-lain.

• Seterusnya, BIOS akan mendapatkan sistem pengoperasian seperti Windows atau Linux. Setelah sistem pengoperasian di kenal pasti, BIOS menyerhkan tugas kepada sistem pengoperasian tersebut.

Peringatan :

• Sekiranya anda hendak melakukan sebarang pengubahsuaian pada aturan (setting) papan induk, pastikan anda mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengelakkan sistem komputer anda tidak stabil.

• Pastikan anda membaca manual papan induk untuk mendapatkan maklumat lebih tepat untuk setiap fungsi dan arahan.

Page 118: Panduan complete bagi biginner

111

Memasukki BIOS

Konfigurasi Asas

Kebanyakkan papan induk telah ditetapkan aturan (setting) sebagai default. Namun, anda masih boleh mengubah aturan pada BIOS mengikut keperluan atau penggunaan yang berkaitan dengan komponen atau perkakasan komputer anda.

Pada kali ini, saya akan menggunakan BIOS jenis Phoenix - AwardBIOS.

Langkah 1

Untuk memasukki BIOS, mulakan atau hidupkan komputer anda. Bergantung pada jenis papan induk, biasanya paparan yang terawal mempunyai arahan dan cara untuk memasuki BIOS. Untuk papan induk ini, arahan kunci sampukkan yang digunakan untuk memasukki BIOS ialah F2.

Page 119: Panduan complete bagi biginner

112

Langkah 2

Selepas menekan kunci sampukkan, paparan menu CMOS terpapar.

Setiap menu utama di dalam BIOS mempunyai sub menu atau arahan didalamnya. BIOS telah membahagikan kepada beberapa menu dan arahan utama. Untuk BIOS ini, terdapat 6 menu utama dan 5 arahan utama.

Page 120: Panduan complete bagi biginner

113

Mari kita fahami setiap menu utama dan arahan tersebut. Untuk memasukki setiap menu dan arahan hanya tekan kekunci ENTER.

Standard CMOS Features

• Standard CMOS Features – Mengandungi menu untuk aturan masa, tarikh dan pelbagai informasi perkakasan komputer.

• Di sini, anda boleh melakukan perubahan pada aturan masa dan tarikh. Untuk selainitu, anda tidak perlu melakukan apa-apa perubahan.

• Di bahagian bawah sekali, terdapat arahan-arahan asas yang menggunakan papan kunci seperti :

o Untuk bergerak dari satu tab ke satu tab yang lain ialah menggunakan arahan atas (↑), bawah (↓), kanan (→) dan kiri (←).

o Kekunci ENTER untuk memilih menu o Untuk menukar nilai pilih kekunci tambah (+), tolak (-), PU = Page UP,

PD = Page Down o F10 untuk simpan sebarang perubahan yang dilakukan. o ESC untuk keluar dari menu o F1 untuk mendapatkan bantuan am. o Kekunci F5 pula mengarahkan BIOS melakukan penyelarasan yang

terbaik untuk papan induk.

Page 121: Panduan complete bagi biginner

114

Advanced BIOS Features

• Advanced BIOS Features – Mengandungi pelbagai informasi perkakasan komputer yang boleh ditetapkan oleh pengguna.

• Di sini, anda boleh melakukan perubahan terutama pemula CD atau booting yang ingin dilakukan. Anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

Advanced Chipset Features

• Advanced Chipset Features – Mengandungi menu untuk aturan informasi komponen komputer yang lebih kompleks.

• Anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

Page 122: Panduan complete bagi biginner

115

Integrated Peripherals

• Integrated Peripherals – Mengandungi menu untuk aturan pelbagai informasi mengenai komponen yang berintegrasi dengan papan induk.

• Di sini, anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

Power Managment Setup

• Power Managment Setup – Mengandungi menu untuk aturan dan pengurusan bekalan kuasa seperti Sleep timer, Suspend timer dan lain-lain.

• Di sini, anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai BIOS.

Page 123: Panduan complete bagi biginner

116

PC Health Status

• P PC Health Status – Memaparkan informasi perkakasan seperti suhu CPU/Sistem, kelajuan kipas dan beberapa informasi lain.

Page 124: Panduan complete bagi biginner

117

• Load Default Setting – Mengembalikan semula aturan (setting) asal kilang.

• Set Supervisor Password – Membolehkan anda menetapkan kata laluan pada BIOS.

• Set User Password – Membolehkan anda menetapkan kata laluan pada BIOS.

• Save & Exit setup – Anda boleh simpan dan keluar dari BIOS

• Exit Without Saving – Anda boleh keluar dari BIOS tanpa menyimpan sebarang perubahan yang dilakukan pada BIOS.

Page 125: Panduan complete bagi biginner

118

3.16 Mengatur Urutan Pemula (booting) Untuk CD

Untuk melakukan pemasangan Windows pada komputer anda, aturan (setting) untuk membolehkan CD Windows boleh dibaca terlebih dahulu sewaktu boot perlu ditetapkan. Ketetapan perlu dilakukan di dalam BIOS

Ikuti langkah demi langkah di bawah :

Langkah 1

Untuk memasukki BIOS, hidupkan komputer anda dan tekan kunci sampukan F2.

Seterusnya setelah paparan menu CMOS terpapar, pilih menu Advanced BIOS Features.

Page 126: Panduan complete bagi biginner

119

Langkah 2

Untuk melakukan aturan supaya komputer booting, pergi ke menu First Boot Device. Aturan asal yang telah ditetapkan oleh BIOS ialah Hard Disk.

Untuk menukar ketetapan, tekan kekunci ENTER. Senarai paparan untuk perkakasan yang boleh ditetapkan terpapar. Kita akan memilih CDROM untuk memulakan boot nanti. Setelah selesai tekan ENTER.

Page 127: Panduan complete bagi biginner

120

Langkah 3

Untuk Second Boot Device, anda boleh tetapkan untuk Floppy.

Langkah 4

Untuk Third Boot Device, anda boleh tetapkan untuk cakera keras ( Hard Disk).

Page 128: Panduan complete bagi biginner

121

Langkah 5

Setelah selesai, tekan kekunci ESC pada papan kekunci dan akan kembali ke menu utama BIOS. Kemudian pilih menu Save & Exit Setup untuk menyimpan ketetapan baru dan keluar dari BIOS untuk memulakan pemasangan dari CD.

Peringatan : Sebelum anda lakukan Save & Exit Setup, pastikan CD Windows telah dimasukkan ke dalam CD-ROM / DVD-ROM anda untuk memulakan pemasangan Windows anda.

Page 129: Panduan complete bagi biginner

PEMASANGAN

(INSTALLATION)

SISTEM OPERASI

Page 130: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 122

4.1 Pemasangan Sistem Operasi - Windows XP

Langkah 1

Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi – Windows XP , atur (setting) di BIOS supaya komputer akan booting melalui CD Windows XP. Masukkan CD Windows XP ke pemacu CD-ROM / DVD-ROM dan reboot komputer anda semula.

Langkah 2

Komputer akan melakukan boot dari CD Windows XP. Muncul arahan Press any key to boot from CD… tekan sebarang butang papan kekunci untuk mula melaksanakan pemasangan Windows XP.

Page 131: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 123

Selepas itu, Windows XP akan memulakan konfigurasi perkakasan.

Seterusnya, skrin dipenuhi tetingkap biru untuk Windows Setup.

Windows XP sedang menyalin (load) fail sebelum melaksanakan arahan seterusnya.

Page 132: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 124

Langkah 3

Kemudian muncul beberapa arahan pilihan di kotak putih di bahagian bawah. Terdapat tiga arahan iaitu :-

• Enter = Continue sekiranya untuk meneruskan pemasangan baru, • R = Repair untuk memperbaiki Windows XP anda sekiranya bermasalah seperti

korup (corrupt). • F3 = Quit sekiranya anda tidak mahu meneruskan proses pemasangan dan keluar.

Kita akan meneruskan pemasangan sistem operasi (OS) Windows baru, tekan ENTER. Windows XP akan melakukan pemeriksaan perkakasan secara automatik.

Page 133: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 125

Langkah 4

Skrin seterusnya, paparan EULA (End User License Agreement) ditunjukkan. Anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat untuk meneruskan pemasangan dan anda perlu menekan butang F8 di papan kunci untuk meneruskan proses pemasangan.

Langkah 5

Kemudian, terpapar maklumat cakera keras anda. Sekiranya anda menggunakan cakera keras baru dan tidak pernah di format maka kelihatan ayat Unpartitioned Space dan sebelah kanan jumlah kapasiti atau saiz cakera keras anda. Anda perlu format terlebih dahulu cakera keras tersebut.

Untuk format menggunakan Windows XP ini caranya mudah, pilih Unpartitioned Space. Kemudian tekan butang C untuk arahan Create Partition.

Page 134: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 126

Langkah 6

Dibahagian kotak dialog tersebut terpapar saiz cakera keras anda. Tekan ENTER untuk teruskan proses pemasangan.

Langkah 7

Langkah selanjutnya, untuk format pilih ruang C: Partition1 dan tekan ENTER.

Page 135: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 127

Di skrin, terpapar senarai beberapa jenis format sistem fail iaitu NTFS dan FAT tetapi secara kasar ianya lebih kurang sahaja. Namun, adalah lebih baik memilih cara format menggunakan NTFS kerana sekuritinya lebih baik dan susunan fail juga lebih baik. Pilih arahan Format the partition using the NTFS file sistem (Quick) dan tekan ENTER.

Setelah itu, sistem akan terus melakukan format pada ruang C:

Page 136: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 128

Setelah proses format cakera keras telah selesai, secara automatik Windows XP akan menyalin fail-fail ke dalam C: iaitu ke dalam cakera keras.

Page 137: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 129

Selepas semua fail selesai disalin dari CD Windows XP ke dalam cakera keras, Windows XP memaparkan arahan untuk reboot / restart komputer.

Setelah komputer restart, arahan ini akan muncul tetapi kali ini anda hanya perlu abaikan sahaja. Biarkan sehingga muncul tetingkap Windows XP.

Page 138: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 130

Kemudian, Windows XP akan melakukan persediaan pemasangan (preparing installation) dan melakukan konfigurasi secara automatik.

Langkah 8

Paparan tetingkap pertama bertajuk Regional and Language Options keluar.

Page 139: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 131

Anda boleh melakukan pemilihan bahasa dan lokasi sekiranya ada perubahan. Setelah selesai klik butang Next.

Langkah 9

Kemudian, tetingkap bertajuk Personalize Your Software terpapar. Masukkan informasi iaitu nama dan organisasi pengguna. Selesai mengisi, klik Next.

Page 140: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 132

Langkah 10

Selanjutnya tetingkap Your Product Key terpapar. Masukkan Product Key Windows XP anda yang sah. Setelah selesai memasukkan Product Key, klik Next.

Langkah 11

Seterusnya, tetingkap Computer Name and Administrator Password terpapar. Anda boleh menetapkan nama komputer anda dan meletakkan password sekiranya anda mahu. Selesai klik Next

Page 141: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 133

Langkah 12

Paparan tetingkap berikutnya ialah Date and Time Settings. Selaraskan tarikh dan waktu yang anda mahu dan pilih. Selanjutnya, klik Next.

Langkah 13

Sekiranya tetingkap Networking Settings keluar, pilih Typical settings dan klik Next.

Page 142: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 134

Dari pilihan yang ada, pilih NO kerana komputer ini tidak berada dalam rangkaian. Sekiranya anda telah mahir, anda bolehlah melakukan konfigurasi di pilihan Yes. Setelah selesai, klik Next.

Langkah 14

Tunggu proses penyalinan yang dilakukan oleh Windows XP sehingga selesai. Komputer akan reboot secara automatik.

Page 143: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 135

Komputer akan reboot automatik.

Page 144: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 136

Langkah 15

Kemudian muncul kotak Display Settings, klik OK dan Windows XP akan menentukan resolusi skrin secara automatik.

Kemudian, akan muncul kotak Monitor Settings dan klik OK .

Page 145: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 137

Langkah 16

Paparan Welcome to Microsoft Windows muncul dan kemudian klik Next.

Windows XP memberi peringatan dengan memaparkan halaman Help protect your PC. Untuk perlindungan yang lebih baik untuk sistem komputer anda, pilih Help protect my PC by turning on Automatic Updates now supaya sebarang kemaskini atau patches dari Windows akan dapat dilakukan secara automatik. Selepas itu klik Next.

Page 146: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 138

Langkah 17

Sila masukkan nama pilihan untk profail anda. Kemudian klik Next.

Paparan “Thank You!” muncul menandakan proses dan arahan telah lengkap.

Page 147: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 139

Tahniah, pemasangan Windows XP anda telah berjaya!

Page 148: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 140

4.2 Pemasangan Sistem Operasi - Windows Vista

Langkah 1

Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi – Windows Vista , atur (setting) di BIOS supaya komputer booting melalui DVD Windows Vista. Masukkan DVD Windows Vista ke DVD-ROM drive dan reboot komputer anda semula.

Peringatan : Untuk melakukan pemasangan Windows Vista, anda memerlukan DVD-ROM. Ini kerana Windows Vista didatangkan dalam bentuk DVD.

Langkah 2

Komputer akan melakukan boot dari CD Windows Vista. Muncul arahan Press any key to boot from CD or DVD… tekan sebarang butang papan kekunci untuk mula melaksanakan pemasangan Windows Vista.

Page 149: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 141

Langkah 3

Selepas beberapa ketika, tetingkap Install Windows muncul. Di sini anda boleh menetapkan Language, Time and Currency format, dan Keyboard or Input Method .

Langkah 4

Ini adalah tetingkap utama pemasangan Windows Vista. Untuk pemasangan baru, kita akan terus klik Install Now.

Page 150: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 142

Langkah 5

Ini adalah bahagian pertama Windows Vista mengumpulkan maklumat untuk pemasangan. Tetingkap Type your product key for activation memerlukan anda memasukkan Product Key yang didatangkan bersama Windows Vista. Terdapat kekotak Automaticly activate Windows when I’m online. Sekiranya anda mahu mencuba terlebih dahulu anda boleh teruskan tanpa perlu memasukkan Product Key tetapi sekiranya anda pasti mahu memasang Windows Vista secara kekal anda perlulah memasukkan Product Key.

Page 151: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 143

Langkah 6

Di tetingkap ini, anda perlu berhati-hati dan teliti. Anda perlu memilih versi Windows Vista yang betul yang telah anda beli atau ada. Sekiranya anda tersilap memilih versi yang betul, anda terpaksa mengulang kembali langkah pemasangan dari mula. Setelah memilih edisi vista anda, klik kekotak “I have selected the edition of Windows that i purchased”. Kemudian klik Next.

Langkah 7

Seterusnya paparan terma lesen perisian Microsoft muncul. Untuk meneruskan pemasangan, anda perlu klik kotak “I accept the license terms.”

Page 152: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 144

Langkah 8

Kemudian muncul tetingkap Which type of installation do you want?. Di sini terdapat dua pilihan utama iaitu pilihan pertama ialah Upgrade dan pilihan kedua ialah Custom (advanced). Disini hanya pilihan Custom sahaja yang aktif. Ini kerana untuk pilihan Upgrade, ia hanya aktif sekiranya anda memasangnya dari Windows iaitu apabila anda menaiktaraf dari versi Windows lama anda . Klik Custom untuk meneruskan pemasangan.

Page 153: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 145

Langkah 9

Selepas memilih jenis pemasangan, kini anda perlu tetapkan lokasi pemasangan Windows Vista. Untuk pemasangan baru, seperti gambar dibawah, hanya terdapat satu lokasi cakera keras yang muncul dan anda boleh pilih dengan klik Disk 0 Unallocated Space. Kemudian klik Next.

Langkah 10

Tetingkap seterusnya, muncul beberapa menu baru di bahagian bawah iaitu Delete, Format, New dan Extend. Anda tidak perlu klik atau mengubah sekiranya tidak perlu. Klik Next untuk meneruskan pemasangan.

Page 154: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 146

Langkah 11

Windows Vista memasuki bahagian kedua. Di sini, Windows Vista akan memulakan pemasangan dengan menyalin fail Windows. Seterusnya, Windows akan meneruskan pemasangannya dan anda hanya perlu menunggu sehingga selesai.

Windows akan restart secara automatik atau anda boleh klik butang Restart now.

Page 155: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 147

Setelah restart, Windows meneruskan pemasangan sehingga selesai.

Langkah 12

Sebelum Windows Vista boleh beroperasi, terdapat beberapa langkah lagi yang anda perlu lakukan. Di tetingkap ini, anda perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan iaitu nama pengguna yang dipilih, kata laluan pembayang kata lalulan (password hint) dan memilih avatar atau ikon yang anda inginkan. Kemudian klik Next

Page 156: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 148

Langkah 13

Di sini, anda perlu mengisi nama komputer pilihan anda. Di sini anda juga boleh memilih latar belakang ( background) kegemaran anda. Kemudian klik Next.

Langkah 14

Windows Vista memaparkan tetingkap Help protect Windows automaticly dengan terdapat beberapa pilihan. Anda digalakkan memilih Use recommended settings supaya Windows akan melakukan kemaskini yang terkini dan penting untuk keselematan yang lebih baik untuk Windows Vista.

Page 157: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 149

Langkah 15

Anda boleh menetapkan zon masa, masa dan tarikh.

Langkah 16

Di tetingkap ini, anda perlu tetapkan di mana lokasi komputer anda. Anda boleh memilih Public Location.

Page 158: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 150

Setelah selesai, tetingkap Thank You dipaparkan. Klik butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista anda.

Tahniah, pemasangan Windows Vista anda telah berjaya!

Page 159: Panduan complete bagi biginner

PEMASANGAN

(INSTALLATION)

SISTEM OPERASI

ALTERNATIF –

LINUX UBUNTU

Page 160: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 151

5.1 Pemasangan Sistem Operasi – Linux Ubuntu

Langkah 1

Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi – Linux Ubuntu , atur (setting) di BIOS supaya komputer booting melalui CD Linux Ubuntu. Masukkan CD Linux Ubuntu ke pemacu CD-ROM /DVD-ROM dan reboot komputer anda semula.

Langkah 2

Komputer akan melakukan boot dari CD Linux Ubuntu. Muncul beberapa arahan tapi anda hanya perlu pilih Start or install Ubuntu . Tekan butang ENTER di papan kunci untuk mula melaksanakan pemasangan Linux Ubuntu.

Page 161: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 152

Sebelum proses pemasangan bermula, Linux Ubuntu akan melakukan beberapa proses secara automatik dan menyalin fail – fail yang diperlukan.

Page 162: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 153

Seterusnya, Linux Ubuntu akan melaksanakan proses untuk Ubuntu Live CD secara automatik.

Setelah proses tersebut selesai, maka muncul paparan Live CD. Live CD berfungsi untuk membolehkan pengguna terus menggunakan linux dengan menu lengkap tanpa perlu pemasangan secara tetap di dalam cakera keras. Ia mempunyai ikon Install di desktop untuk melaksanakan proses pemasangan tetap ke dalam cakera keras anda. Untuk praktikal ini, kita akan melakukan pemasangan secara tetap di dalam cakera keras.

Page 163: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 154

Langkah 3

Selanjutnya, setelah Live CD telah terpapar, klik ikon Install untuk melaksanakan proses pemasangan Linux Ubuntu.

Page 164: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 155

Langkah 4

Kemudian muncul tetingkap Welcome. Di sini, anda di beritahu perlu menjawab beberapa soalan sebelum sistem operasi linux lengkap di pasang. Di sini juga anda boleh memilih bahasa yang anda mahu gunakan. Setelah selesai klik Forward .

Langkah 5

Kemudian muncul tetingkap Where are you?. Disini anda bolehlah memilih lokasi anda dan melakukan aturan (setting) Time zone anda. Setelah selesai, klik Forward .

Page 165: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 156

Langkah 6

Tetingkap seterusnya ialah Keyboard layout. Disini anda boleh pilih jenis papan kunci yang anda gunakan. Biasanya di Malaysia menggunakan papan kunci jenis American English. Kotak dibawahnya anda boleh gunakan untuk menguji dengan menaip apa sahaja perkataan. Setelah selesai klik Forward .

Langkah 7

Kemudian, tetingkap seterusnya Who are you?. Disini anda perlu mengisi nama anda, nama untuk Login, password dan nama komputer pilihan anda.

Page 166: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 157

Setelah selesai, klik Forward .

Langkah 8

Langkah seterusnya, linux akan membaca secara automatik saiz cakera keras anda.

Page 167: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 158

Kemudian akan muncul pilihan untuk anda melakukan memadam dan format keseluruhan cakera keras iaitu Erase entire disk atau Manually edit partition table iaitu melakukan format secara manual . Untuk memudahkan pemasangan, anda pilih Erase entire disk.Kemudian klik Forward .

Langkah 9

Tetingkap Ready to Install muncul. Ringkasan aturan (setting) yang anda isi sebelum ini dipaparkan. Kemudian klik Install untuk meneruskan proses pemasangan Linux Ubuntu.

Page 168: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 159

Langkah 10

Kemudian, muncul progress barInstalling system ketika proses pemasangan linux ubuntu sedang dilakukan. Tunggu sistem menyalin fail sehingga selesai. Dibawahnya terdapat anggaran masa sistem akan selesai menyalin fail ke cakera keras.

Page 169: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 160

Langkah 11

Pemasangan telah selesai. Keluarkan CD Linux Ubuntu dan kemudian klik Restart Now. Jika CD tak dikeluarkan, sistem akan boot dan membaca CD linux semula.

Page 170: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 161

Langkah 12

Setelah selesai reboot, kemudian muncul skrin Login. Masukkan Username pilihan anda. Selesai mengisi tekan Enter di papan kunci anda.

Kemudian isi password pilihan anda.

Page 171: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 162

Tahniah, anda berjaya melakukan pemasangan Linux Ubuntu!

Page 172: Panduan complete bagi biginner

PEMASANGAN (INSTALLATION)

PERISIAN PEJABAT

Page 173: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 163

6.1 Pemasangan Microsoft Office 2003

Panduan pemasangan Microsoft Office 2003 ini dilakukan di platform Windows XP. Sekiranya anda mahu melakukan pemasangan di dalam Windows Vista, cara pemasangannya adalah hampir sama.

Langkah 1

Masukkan CD Microsoft Office 2003 yang sah ke dalam pemacu CD-ROM / DVD-ROM komputer anda.

Langkah 2

Microsoft Office 2003 akan melaksanakan proses penyalinan fail ke dalam komputer secara automatik.

Page 174: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 164

Langkah 3

Secara automatik, tetingkap Product Key muncul. Masukkan Product Key yang di datangkan bersama CD Microsoft Office 2003. Pastikan anda memasukkan Product Keyyang sah. Setelah selesai klik butang Next.

Langkah 4

Kemudian, tetingkap User Information muncul.. Isikan maklumat yang perlu. Setelah selesai, klik Next

Page 175: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 165

Langkah 5

Seterusnya, tetingkap End-User License Agreement (UELA) muncul. Sebelum meneruskan proses pemasangan Microsoft Office 2003, anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Microsoft. Anda boleh membaca untuk maklumat lebih lanjut. Klik kotak kecil I Accept the terms in the license Agreement untuk bersetuju. Kemudian klik butang Next.

Page 176: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 166

Langkah 6

Kemudian muncul tetingkap Type of Installation. Disini, terdapat beberapa jenis pemasangan yang boleh dilakukan untuk memasang Microsoft Office 2003. Jenis pemasangan ialah :

> Typical Install – Untuk pilihan ini, Microsoft Office 2003 akan memasang dengan komponen yang paling biasa digunakan oleh pengguna. Ciri tambahan boleh ditambah kemudian melalaui Add/Remove Programs di Control Panel. > Complete Install – Semua fungsi dan komponen Microsoft Office 2003 akan dipasang di dalam komputer anda.

> Minimal Install – Microsoft Office 2003 akan memasang hanya komponen yang minimum. Dicadangkan untuk cakera keras yang bersaiz kecil

> Custom Install – Untuk pilihan ini, anda boleh memasang Microsoft Office 2003 mengikut ciri-ciri pilihan yang dikehendaki oleh anda ke dalam komputer. Dicadangkan untuk pengguna yang mahir.

Microsoft Office 2003 mencadangkan Typical Install . Tapi saya mencadangkan anda memilih jenis pemasangan Complete Install supaya semua jenis komponen dan fungsi dapat digunakan.

Page 177: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 167

Langkah 7

Selepas itu muncul tetingkap Summary. Di sini ringkasan maklumat pemasangan, saiz ruang yang diperlukan untuk pemasangan dan baki saiz ruang yang masih terdapat dalam cakera keras disenaraikan. Klik butang Install untuk meneruskan proses pemasangan.

Langkah 8

Proses pemasangan sedang dilaksanakan. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

Page 178: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 168

Langkah 9

Langkah terakhir, apabila muncul tetingkap Setup Completed yang menyatakan pemasangan Microsoft Office 2003 telah berjaya tetapi sebelum proses tamat, terdapat dua kotak. Sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat terkini dan muat turun tambahan di laman web Microsoft, anda boleh klik kotak pertama iaitu Check the web for updates and additional downloads. Untuk kotak kedua, anda boleh klik kotak Delete installation files untuk memadam fail yang telah disalin sebelum ini ketika pemasangan telah dilakukan. Ia akan membersihkan dan menambah ruang cakera keras sehingga 282 MB.

Satu kotak dialog muncul untuk mengesahkan tindakan anda untuk membuang fail, klik butang Yes.

Page 179: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 169

Tahniah, pemasangan Microsoft Office 2003 anda berjaya!

Page 180: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 170

6.2 Pemasangan OpenOffice.org 2.3

Langkah 1

Masukkan CD perisian yang dibekalkan kepada anda ke dalam CD-ROM / DVD-ROM komputer anda. Klik fail OpenOffice.org 2.3 untuk memulakan pemasangan.

Langkah 2

OpenOffice.org 2.3 akan melaksanakan proses penyalinan fail ke dalam komputer secara automatik.

Page 181: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 171

Kemudian muncul tetingkap terima kasih dari OpenOffice.org kerana memuat turun fail tersebut dan sedikit penerangan. Setelah itu klik Next.

Langkah 3

Kemudian, muncul tetingkap Select Folder iaitu lokasi anda untuk menyimpan fail yang akan digunakan untuk pemasangan nanti. OpenOffice.org 2.3 telah menetapkan lokasi default untuk menyimpan fail yang telah diekstrak (extract). Namun, anda juga boleh mengubah lokasi penyimpanan fail pemasangan (installation). Selepas itu klik butang Unpack.

Page 182: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 172

Proses pengekstrakkan fail (extract) akan dilakukan di lokasi yang telah ditetapkan. Satu folder dicipta secara automatik di desktop sekiranya anda tidak mengubah aturan defaulttadi. Di dalam folder tersebut mengandungi fail-fail yang telah di ekstrak (extract) untuk pemasangan nanti.

Page 183: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 173

Langkah 4

Seterusnya, tetingkap untuk proses pemasangan iaitu Installation Wizard muncul. Untuk meneruskan pemasangan, klik Next

Langkah 5

Kemudian, tetingkap License Agreement muncul. Sebelum meneruskan proses pemasangan OpenOffice.org 2.3, anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak OpenOffice.org . Anda boleh membaca untuk maklumat lebih lanjut. Pilih “I Accept the terms in the license Agreement” untuk bersetuju. Kemudian klik butang Next.

Page 184: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 174

Langkah 6

Selanjutnya, muncul tetingkap Customer Information. Disini, anda perlu mengisi maklumat pelanggan yang di kotak yang tersedia.

Langkah 7

Di tetingkap Setup Type, terdapat dua jenis pemasangan pilihan iaitu Complete dan Custom. Complete bermaksud semua fungsi akan lengkap dipasang. Custom pula membolehkan anda menentukan fungsi apa yang mahu dipasang tetapi hanya dicadangkan bagi pengguna advanced iaitu pengguna yang berkemahiran sahaja. Setelah memilih, Klik butang Next untuk meneruskan proses pemasangan.

Page 185: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 175

Langkah 8

Seterusnya, tetingkap File Type muncul. Disini, sekiranya sebelum ini anda ada fail-fail menggunakan perisian Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint anda boleh mengaturkan aplikasi OpenOffice sebagai perisian utama untuk membuka fail-fail tersebut. Jika anda mahu gunakannya anda boleh klik kotak yang anda mahukan. Jika tidak, anda kosongkan sahaja. Kemudian klik Next.

Langkah 9

Setelah kesemua maklumat yang dikehendaki telah diisi, tetingkap untuk pemasangan OpenOffice telah bersedia untuk melakukan pemasangan. Klik butang Install untuk memulakan proses pemasangan.

Page 186: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 176

Proses pemasangan sedang dilaksanakan. Tunggu sehingga selesai.

Langkah 10

Pemasangan OpenOffice.org 2.3 telah selesai. Klik butang Finish untuk keluar.

Page 187: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 177

Tahniah, pemasangan OpenOffice.org 2.3 anda berjaya!

Page 188: Panduan complete bagi biginner

KESELAMATAN KOMPUTER DAN VIRUS

Page 189: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 178

7.1 Apa Itu Virus Komputer?

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang

tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau

terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita

menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk

yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk

melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain,

memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam

keseluruhan cakera keras (hard disk).

Merujuk definisi yang diberikan oleh Fred Cohen, virus komputer merupakan

program komputer yang berupaya menjangkiti komputer lain melalui pengubahsuaian

termasuk penyalinan diri. Manakala, menurut David Harley, virus merupakan program

(blok kod yang boleh dilarikan) yang menyelit, menulis dan menggantikan program lain

untuk membiak tanpa pengetahuan pengguna komputer.

Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program pemprosesan

perkataan iaitu fail dokumen atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail

data. Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti makro yang boleh

menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript dan kod sumber yang

mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program lain juga merupakan pembawa

virus. Namun, host jenis ini adalah jarang.

Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor:

• Bom masa

Dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer diboot. Contohnya: virus

Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6, harijadi pelukis terkenal ini.

• Bom logik

Tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan tertentu dilaksanakan atau

data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan. Contoh aplikasinya adalah seorang

juruprogram yang mengesyaki dirinya akan dibuang kerja. Beliau mencipta bom logik

yang akan menjadi aktif sekiranya status kerjanya diubah ke ‘terminated’.

Page 190: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 179

Jenis-jenis Virus Komputer

o Virus Sektor Boot

Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau rekod boot

utama (master boot record) dalam cakera keras.

o Virus Makro

Virus jenis ini menjangkiti fail dokumen Microsoft Word. Macro

merupakan senarai arahan atau template. Virus ini adalah merbahaya

kerana ia telah menukar persepsi ramai bahawa virus hanya akan berjangkit

jika sebuah fail itu dilaksanakan dan bukannya setakat dibaca. Virus Macro

merebak apabila dokumen dibaca menggunakan perisian Winword.exe. Ia

senang merebak kerana dokumen Word digunakan hampir seluruh

pengguna komputer dan sentiasa dikongsi. Makro yang digunakan oleh

pereka virus ini selalunya disimpan dalam template global iaitu Normal.dot

yang digunakan oleh semua dokumen Microsoft Word.

Virus jenis ini menjangkiti fail data dan host jenis ini lebih berkesan

kerana fail data lebih kerap dikongsi bersama. Virus makro tidak terikat

pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu virus boleh menjangkiti komputer

yang menggunakan Windows 3.x, 95, 98,ME, XP, NT malah Macintosh.

o Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident)

Virus ini menjangkiti fail yang boleh dilaksanakan iaitu fail yang

mempunyai nama tambahannya .exe ,.com,.sys,.dll, drv dan juga .ovl.

Banyak juga virus yang meresapi fail command.com. Virus akan

mempastikan apabila fail ini dibaca oleh komputer, arahan dari virus ini

akan dilaksanakan dahulu. Arahan ini kemudianya akan kekal didalam

memori untuk menjangkiti fail-fail lain. Kebanyakan virus yang bijak

selalunya masih menjalankan arahan asal supaya pengguna tidak merasa

sangsi akan aturcara berkenaan.

Page 191: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 180

o Virus Companion

Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan (run). Misalnya fail asal

adalah myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c,

myapp.com akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya.

Kemudian myapp.exe akan dilaksanakan oleh myapp.com tanpa

pengetahuan pengguna.

o Virus Overwriting

Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program

tersebut tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular kerana

mudah dikesan.

Contoh Jenis Virus :

Terdapat pelbagai kategori untuk virus komputer :

i. Trojans – program yang mengandungi kandungan yang selain daripada yang

ditunjukkan [cth : pengguna mendownload sesuatu game tanpa menyedari

adanya kehadiran Trojan didalam fail yang sedang didownload itu]

ii. Backdoor – seperti namanya, program jenis ini hanyalah dijadikan sebagai

platform atau pintu belakang untuk kemasukan virus yang sebenar [seperti

jalan masuk belakang untuk virus lain yang lebih merbahaya]

v. Worm – barulah dikenali sebagai virus computer kerana ianya merupakan

satu program yang memang direka khas untuk menjalankan proses-proses

tertentu yang mampu merosakkan dan membawa bahana kepada system

computer itu dan juga fail-fail didalamnya. [selalunya akan melalui pelbagai

cara untuk sampai ke pc pengguna samada menerusi Trojans, Backdoor,

Spyware ataupun Adware.

Page 192: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 181

Jangkitan Virus

Virus boleh bertahan agak lama tanpa dikesan. Hasilnya ialah virus akan

memberikan petanda-petanda sebelum ia menyerang. Perisian antivirus adakalanya tidak

dapat mengesan jangkitan ini tetapi adakalanya ia memberikan beberapa kesan kehadiran

mereka.

Berikut adalah beberapa petanda untuk anda perhatikan :

* Perubahan dalam saiz fail.

* Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.

* Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.

* Operasi sistem yang perlahan.

* Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.

* Sektor rosak pada disket.

* Paparan mesej kerosakan yang ganjil.

* Aktiviti skrin yang ganjil.

* Aturcara tidak dapat dijalankan.

* Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu A:

* Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

Page 193: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 182

Bagaimana Hendak Mengesan Virus?

Cara mengesan virus :

• Semak disket, pen drive atau “external hard disk” dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya

• Perhatikan jumlah ruang cekera yang masih kosong

• Perhatikan fail yang bertukar dengan melihat mengikut turutan tarikh

• Semak semua fail yang didapati dari komputer lain

• Tukarkan turutan mulakan komputer menggunakan cekera keras C dahulu sebelum cakera A

• Gunakan perisian antivirus untuk menyemak fail sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan memulakan komputer menggunakan disket antivirus selepas menutup komputer sekurang-kurangnya seminit.

• Sebaiknya pasangkan perisian antivirus jenis TSR yang dilaksanakan semasa memulakan komputer dan sentiasa berada dalam memori untuk menyemak aturcara atau disket.

• Untuk pengesanan yang lebih berkesan, pastikan anda sentiasa mengemaskini antivirus atau menggunakan antivirus yang terkini.

• Apabila menerima sisipan atau attachment dari email, pastikan terlebih dahulu dengan penghantar email tersebut sekiranya curiga untuk mengelakkan ia adalah virus.

Page 194: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 183

Langkah-langkah Pencegahan

• Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang boleh dipercayai.

• Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam Internet

• Berhati-hati dengan disket dan fail yang anda terima daripada orang lain.

• Elakkan penggunaan perisian cetak rompak

• Jangan mengulang guna disket yang telah digunakan di komputer lain yang anda

tidak yakin keselamatannya.

• Jangan pindah turun fail dari laman web yang tidak selamat seperti laman web

porno atau menawarkan sesuatu aplikasi secara percuma.

• Jangan buka kepilan (attachment) email sebelum anda memeriksanya terlebih

dahulu. Berhati-hati terhadap mesej dan lampirannya (walaupun dihantar oleh

orang yang anda kenali), dengan tajuk kandungan yang tidak jelas maksudnya.

• Dapatkan program antivirus untuk lebih selamat berkongsi disket, memindahturun

fail dari internet dan membuka lampiran email.

• Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian

pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan

perisian berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi

sekurang-kurangnya ia dapat mengenalpasti virus.

• Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches) atau

program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut. Atau

ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual.

Page 195: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 184

7.2 Pemasangan Antivirus – AVG

Langkah 1

Dapatkan fail antivirus AVG yang terdapat di dalam CD. Anda juga boleh muat turun fail antivirus AVG di internet. Kemudian klik fail antivirusAVG untuk memulakan pemasangan.

Langkah 2

Kemudian muncul tetingkap Welcome!. Paparan prakata dari pihak AVG. Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.

Page 196: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 185

Langkah 3

Tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan klik Accept.

Langkah 4

Seterusnya, di bahagian Select Installation Type, anda perlu memilih jenis pemasangan iaitu Standard Installation atau Custom Installation. Anda dicadangkan memilih Standard Installation. Klik Next.

Page 197: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 186

Langkah 5

Langkah seterusnya, tetingkap Personalize AVG muncul. Anda perlu isikan User Name pilihan anda dan Company Name (jika ada). License/Sales Number akan terpapar secara automatik. Kemudian klik Next.

Langkah 6

Tetingkap Installation Summary muncul. Maklumat ringkasan pemasangan terpapar. Selesai, klik Finish.

Page 198: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 187

Langkah 7

Proses pemasangan sedang dilaksanakan.

Langkah 8

Pemasangan telah selesai. Ikon antivirus AVG muncul di desktop anda secara automatik. Kemudian, klik OK .

Page 199: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 188

Langkah 9

Muncul kotak dialog Congratulations! setelah pemasangan berjaya dan AVG Free – First Run iaitu antivirus AVG dilarikan (run) pertama kali. Klik Next.

Langkah 10

Kotak dialog AVG Free Update muncul. Untuk melakukan kemaskini untuk mendapatkan database terkini mengenai virus dan versi terkini antivirus, pastikan anda dihubungkan dengan internet. Untuk teruskan proses kemaskini anda boleh klik Check for Updates atau tidak anda boleh klik X untuk melakukan kemaskini kemudian.

Page 200: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 189

Langkah 11

Kotak dialog Update muncul. Untuk teruskan kemaskini maklumat antivirus, klik butang Internet.

Langkah 12

Setelah antivirus mendapatkan maklumat dari server untuk fail yang perlu dikemaskini. Paparan maklumat Priority update iaitu keutamaan fail yang perlu kemaskini dipaparkan. Untuk teruskan kemaskini dari internet, klik butang Update.

Page 201: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 190

Langkah 13

Antivirus AVG sedang memuat turun maklumat terkini dan mengemaskini maklumat secara automatik.

Langkah 14

Kemaskini telah berjaya. Klik OK

Page 202: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 191

Langkah 15

Anda boleh melakukan imbasan (scan) ke atas komputer anda. Anda juga boleh lakukan imbasan kemudian. Klik Next.

Langkah 16

Anda juga boleh daftar secara percuma pada laman web AVG. Jika anda mendaftar, anda boleh menyertai forum perbincangan AVG dan mendapatkan khidmat sokongan teknikal secara percuma. Anda juga boleh mendaftar kemudian. Untuk teruskan klik Next.

Page 203: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 192

Langkah 17

Pemasangan antivirus anda telah berjaya.

Page 204: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 193

7.3 Apa Itu Spyware?

Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas

atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna ia akan melaksanakan beberapa

arahan, memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara

senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati

kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email,

kata laluan atau nombor kad kredit anda, menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki

malah mengubah konfigurasi komputer anda - dan semua ini dilakukan tanpa

pengetahuan dan kebenaran anda!

Punca jangkitan spyware

• Pengguna klik iklan atau tetingkap pop-up yang dipaparkan

• Memuat turun fail-fail percuma seperti perisian atau permainan (games)

• Melayari laman web tertentu seperti laman web porno atau laman web crack file.

• Menerusi sisipan email atau ruang borak (chat room)

Page 205: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 194

Petanda komputer telah dijangkiti spyware adalah seperti:

• Ketetapan pelayar laman web telah berubah – pelayar laman web anda,

terutamanya Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan

Firefox) dipenuhi dengan butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat

sebelum ini, kebanyakannya berkaitan periklanan dan anda dapati amat sukar

untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting telah diubah;

• Komputer anda dipenuhi pelbagai iklan – desktop anda penuh dengan

pelbagai ikon yang menawarkan perkhidmatan, Paparan pop-up iklan muncul

secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk. Start Menu anda

juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai

khidmat dan produk.

• Prestasi komputer anda menjadi perlahan dan kerap ‘hang’ – Anda akan

mendapati prestasi komputer anda semakin menurun. Lampu merah LED pada

mini tower anda berkelip-kelip tanpa henti seolah-olah ada aplikasi sedang

dijalankan walaupun tiada perisian atau program dijalankan. Ini kerana

spyware sedang menjalankan aktiviti aplikasinya yang mengakibatkan

simptom di atas.

Page 206: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 195

7.4 Pemasangan antispyware Spybot – Search and destroy

Langkah 1

Dapatkan fail antispyware Spybot – Search and destroy di dalam CD. Anda juga boleh muat turun fail antispyware Spybot – Search and destroy di internet. Klik fail Antispyware untuk memulakan pemasangan.

Langkah 2

Kemudian muncul tetingkap untuk memilih bahasa. Klik OK untuk teruskan proses pemasangan.

Page 207: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 196

Langkah 3

Kemudian muncul tetingkap Welcome to the spybot Setup Wizard. Sebelum memulakan pemasangan, pihak Spybot mencadangkan supaya menutup perisian atau aplikasi yang sedang dijalankan. Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.

Langkah 2

Tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan memilih I accept the agreement. Kemudian klik Next.

Page 208: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 197

Langkah 3

Seterusnya, di tetingkap Select Destination Location telah menetapkan default lokasi untuk pemasangan. Anda boleh mengubah lokasi folder fail sekiranya anda mahu. Kemudian klik Next.

Page 209: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 198

Langkah 4

Langkah seterusnya, disini beberapa komponen disediakan oleh pihak Spybot.

Komponen yang ditawarkan untuk dimuat turun ialah :

> Icons for starting blind user mode - komponen ini disediakan untuk rabun warna > Additional languages – komponen untk menambah bahasa > Skins to change appereance – komponen untuk menambah / mengubah grafik kulit (skin) perisian ini > Download updates immediately – komponen ini akan memuat turun sebarang kemaskini fail yang terbaru serta-merta (anda perlu mempunyai sambungan internet untuk komponen ini) Selesai menanda, klik Next.

Page 210: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 199

Langkah 5

Langkah seterusnya, anda boleh menetapkan folder pintasan di Start Menu. Untuk membuat perubahan klik Browse. Setelah selesai, klik Next.

Page 211: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 200

Langkah 6

Di tetingkap ini, anda boleh memilih tugas tambahan (additional tasks) semasa proses pemasangan akan dilaksanakan.

> Additional icons – untuk mencipta ikon di desktop dan Quick Launch > Permanent protection - Untuk perlindungan kekal terdapat dua ciri yang ditawarkan.

Anda dicadangkan menanda dua kotak untuk perlindungan yang lebih baik.

Fungsi SDHelper ialah melindungi komputer dari serangan dari internet seperti spyware dan trojan yang boleh menyelinap melalui email atau ketika melayari laman web.

Fungsi TeaTimer ialah mengimbas dan memantau proses fail spyware yang mencurigakan secara masa sebenar (real time).

Selesai menanda fungsi yang anda kehendaki, klik Next.

Page 212: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 201

Langkah 7

Pemasangan sedia untuk dilaksanakan. Untuk memulakan pemasangan, klik Install .

Langkah 8

Sekiranya sebelum ini anda memilih Download updates immediately iaitu untuk muat turun dan kemaskini fail, muat turun akan terus dilakukan ke internet. Namun, anda boleh melakukan muat turun dan kemaskini kemudian.

Page 213: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 202

Langkah 6

Setelah pemasangan telah selesai, ikon Spybot muncul di desktop. Anda juga boleh terus melarikan (run) antispyware Spybot ini. Kemudian klik Finish.

Page 214: Panduan complete bagi biginner

7.5 Pemasangan Personal Firewall – Zone Alarm

Dinding Api Peribadi (Personal Firewall)

Ramai dikalangan pengguna komputer bergerak atau peribadi tidak

bersambung dengan Internet setiap masa. Walaubagaimanapun, mereka terdedah

kepada penjenayah siber apabila mereka menggunakan Internet. Justeru itu,

Personal Firewall berupaya untuk menghalang capaian tanpa izin ke komputer

anda, ke rangkaian dan juga internet. Ia menjadi sebagai satu benteng tambahan

keselamatan computer anda untuk menyaring, memeriksa, menyekat setiap mesej

dan data, trafik atau komunikasi yang mencurigakan dari luar. Kebanyakan

pengeluar Personal Firewall ini menjadikan sistem pengoperasian Windows

sebagai sasaran kerana ia banyak kelemahan pada sistem operasinya berbanding

linux.

Page 215: Panduan complete bagi biginner

203

Langkah 1

Dapatkan fail personal firewall Zone Alarm yang terdapat di dalam CD. Anda juga boleh muat turun fail personal firewall Zone Alarm di internet. Kemudian klik fail personal firewall Zone Alarm untuk memulakan pemasangan.

Langkah 2

Kemudian muncul tetingkap Installation. Anda boleh tentukan direktori fail pemasangan akan diletakkan. Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.

Page 216: Panduan complete bagi biginner

204

Langkah 3

Tetingkap ZoneAlarm Registration muncul. Anda boleh mengisi nama dan email anda. Sekiranya, anda mahu mendapat maklumat terkini mengenai kemaskini terbaru dan produk terbaru, anda boleh klik pada kotak yang disediakan. Untuk meneruskan proses pemasangan, klik Next.

Langkah 4

Kemudian tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan klik ”I accept the terms of the preceding License Agreement.”

Page 217: Panduan complete bagi biginner

205

Langkah 5

ZoneAlarm sedang dipasang di dalam komputer anda.

Kemudian ZoneAlarm akan melakukan beberapa konfigurasi automatik di dalam komputer anda.

Langkah 6

ZoneAlarm mempunyai beberapa soalan tinjauan / survey. Anda boleh menjawab seikhlas anda. Setelah selesai, klik Finish.

Page 218: Panduan complete bagi biginner

206

Langkah 7

Setelah pemasangan selesai, klik Yes untuk memulakan dan mengaktifkan ZoneAlarm.

Kemudian muncul tetingkap tawaran dari ZoneAlarm. Pilih dan klik butang bawah iaitu No Thanks untuk menggunakan fungsi ZoneAlarm secara percuma.

Page 219: Panduan complete bagi biginner

207

Langkah 8

Tetingkap Configuration Wizard muncul. Untuk bahagian ini, anda boleh memilih pilihan samada untuk terus melakukan imbasan ke komputer anda atau tidak. Saya mencadangkan anda melakukan imbasan kali pertama ini dengan memilih ”Scan my computer”. ZoneAlarm akan melakukan imbasan dengan pantas lebih kurang 10 saat sahaja.

Setelah selesai melakukan imbasan, tetingkap menyatakan ZoneAlarm telah siap dipasang dan bersedia untuk melindungi komputer anda. Klik butang Finish.

Page 220: Panduan complete bagi biginner

208

Anda perlu restart / reboot semula komputer anda untuk memastikan pemasangan di dalam komputer anda lengkap.

Langkah 9

Setelah restart, tetingkap ZoneAlarm – Getting Started muncul. Sekiranya anda mahu pemahaman lebih lanjut mengenai ZOneAlarm, anda boleh klik butang Play Video Tutorial dan anda akan dihubungkan ke laman web ZoneAlarm untuk paparan video. Untuk teruskan klik Finish.

Page 221: Panduan complete bagi biginner

209

Langkah 10

Kemudian, paparan utama ZoneAlarm muncul.

Anda tidak perlu lagi melakukan perubahan kerana pihak ZoneAlarm telah menetapkan aturan (setting) yang dapat melindungi komputer anda. Namun anda masih boleh menetapkan aturan anda sendiri mengikut pilihan anda. Anda boleh menetapkan aturan anda sendiri di beberapa menu di sebelah kiri iaitu menu Firewall, Program Control, Antivirus –Monitoring, Email Protection dan Alert & Logs.

Page 222: Panduan complete bagi biginner

MENGESAN KEROSAKAN

(TROUBLESHOOTING)

Page 223: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 210

8. Mengesan Kerosakan (Troubleshooting)

1. Masalah :

Pemacu CDROM tidak berpusing atau tidak mengeluarkan bunyi

Punca :

- Motor pemacu atau masalah elektronik.

- Kadang-kadang disebabkan bekalan kuasa tidak mencukupi atau cacat

Penyelesaian :

- Periksa bekalan kuasa dari power supply ke belakang pemacu

- Ganti pemacu cdrom

2. Masalah :

- Pemacu CDROM menghasilkan bunyi kuat

Punca :

Kepala baca rosak atau “crash”

Penyelesaian :

Baiki atau ganti pemacu

3. Masalah :

Keluar paparan Non System Disk OR Disk Failure

Punca :

Komputer membaca sistem boot dari Drive A dan didapati tiada sistem boot

didalamnya.

Penyelesaian :

Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot

daripada cakera keras (Hard Disk).

Page 224: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 211

4. Masalah :

Komputer mengeluarkan bunyi beep 4 kali dan tiada paparan di monitor

Punca :

Berpunca dari RAM yang berkemungkinan kotor, rosak atau tidak dipasang betul

Penyelesaian :

- Periksa RAM dipasang betul atau tidak

- Uji RAM di komputer lain

- Gantikan RAM

5. Masalah :

Bekalan kuasa tiada dan lampu led komputer tidak menyala langsung

Punca :

- Kemungkinan palam punca kuasa salurkan kuasa rendah

- Power supply dipanah petir atau litar pintas

Penyelesaian :

- Periksa punca kuasa palam dan pastikan palam dipasang lekap dan betul

- Periksa punca kuasa di belekang casing juga dipasang betul dan tidak longgar

- Jika tiada respon, ganti power supply baru.

6. Masalah :

Boot failure / tidak boleh run c:\

Punca :

Kemungkinan berpunca dari masalah kabel, setting pada jumper atau windows corrupt

Penyelesaian :

- Periksa kabel

- Jika ada buat perubahan pastikan setting perkakasan tersebut betul

- Periksa dan uji cakera keras tersebut di komputer lain

Page 225: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 212

7. Masalah :

Windows tidak dapat dijalankan / hanya keluar boot image Windows berwarna hitam

Punca :

Kemungkinan berpunca pemasangan perisian yang tidak sesuai atau windows corrupt

Penyelesaian :

- Cuba masuk ke Safe mode dengan menekan F8 dan buang perisian yang mungkin

anda baru install di Safe mode

- Periksa virus menggunakan antivirus

- Jika ada buat perubahan pada Windows pastikan setting tersebut betul

- Jika gagal, reinstall semula Windows atau format.

8. Masalah :

Hilang atau setting kembali ke tarikh/masa dan maklumat default.

Punca :

- Bateri di papan induk

Penyelesaian :

- Ganti bateri

9. Masalah :

Ralat dalam saiz memori

Punca :

- Cip memori longgar

- BIOS setting

Penyelesaian :

- Ketatkan cip memori pada soketnya

- Periksa setting untk RAM di BIOS

Page 226: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 213

10. Masalah :

Drive not ready

Punca :

- Pemacu gagal berfungsi

- Cakera tidak diformat

Penyelesaian :

- Gantikan pemacu cakera atau format cakera

11. Masalah :

Tiada Paparan di monitor, lampu monitor hidup

Punca :

- Kabel paparan ke adapter

- Monitor

- Bios setting bagi mode video

- Kad video mungkin rosak

Penyelesaian :

- Periksa kabel paparan samada dipasang ketat atau longgar.

- Uji monitor dengan komputer lain

- Periksa setting mode video di BIOS

- Jika menggunakan kad video tambahan, buka dan uji di komputer lain.

12. Masalah :

Paparan yang kabur, dan tidak tepat

Punca :

- Pelaras monitor

- Kerosakan kad video

Penyelesaian :

- Laras semula monitor

- Gantikan kad video

Page 227: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 214

13. Masalah :

Paparan "Track 0 bad -disk unusable" pada disket

Punca :

- Cakera rosak

- Cakera tidak sesuai atau jenis format

- Virus telah rosakkan track 0

Penyelesaian :

- Tukar cakera atau format semula dengan betul.

14. Masalah :

- Cakera keras mengeluarkan bunyi bernada tinggi.

Punca :

- Kepala (head) bersentuh dengan kepingan semasa berpusing

Penyelesaian :

- Ganti atau baiki cakera keras

15. Masalah :

- Apabila “boot” keyboard error / tidak berfungsi

Penyelesaian :

- Periksa palam (keyboard connector) pada papan kunci di belakang di pasang betul atau

tidak.

- Periksa key lock

- Tukar papan kunci

Page 228: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 215

16. Masalah :

- Windows menjadi perlahan (slow)

Punca :

- Virus atau spyware

- Kapasiti RAM tidak cukup

- Cakera keras (hardisk) bermasalah

Penyelesaian :

- Periksa menggunakan antivirus dan antispyware

- Tambah kapasiti RAM

- Tutup program yang tidak diperlukan

- Periksa cakera keras samada elok atau sudah rosak

17. Masalah :

- Speaker tidak berbunyi

Punca :

- Palam pin silap

- Pemandu (driver) kad bunyi (sound card ) tidak di install

- speaker rosak

Penyelesaian

- Periksa palam pin speaker di belakang sama ada dimasukkan ke ruang pin yang betul

- Pastikan driver telah diinstall. Dapatkan driver pada cd yang disertakan dengan

pembelian papan induk (motherboard) atau download di internet

- Uji speaker di komputer lain, tak berbunyi ganti lain

18. Masalah :

- Apabila taip menggunakan papan kunci (keyboard), perkataan atau simbol lain yang

keluar

Punca :

- Kemungkinan cip elektronik papan kunci (keyboard)rosak

Penyelesaian :

- Ganti baru

Page 229: Panduan complete bagi biginner

PANDUAN DAN TIPS MEMBELI

KOMPUTER BARU

Page 230: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 216

9. Panduan & Tips Membeli Komputer

Panduan Membeli Komputer

Di Malaysia, komputer kini telah menjadi satu keperluan dalam rumah terutama

untuk pembelajaran anak-anak ataupun keperluan untuk kerja kita. Namun, dilema yang

dihadapi oleh kebanyakan pengguna dalam membeli komputer ialah – kualiti dan

kuantiti. Sesetengah pengguna yang mementingkan kualiti sanggup berbelanja lebih

untuk memiliki komputer yang berkualiti dan hebat, manakala ada pengguna yang

mementingkan kuantiti pula lebih suka memiliki komputer yang lebih murah tetapi dapat

dimilikki lebih dari satu. Memilih untuk membeli sebuah komputer peribadi merupakan

sesuatu yang amat menarik – ini kerana anda perlu mengambil kira beberapa faktor

sebelum mengambil keputusan spesifikasi yang sesuai untuk keperluan anda.

Panduan ini cuba memberikan gambaran untuk menolong anda memilih komputer yang

paling sesuai dengan keperluan anda dan berasa berbaloi membelinya.

Antara perkara yang perlu anda lakukan ialah merancang. Anda perlu fikirkan apakah

matlamat dan kegunaan komputer yang bakal anda beli. Bagaimana dan berapa bajet

yang anda boleh laburkan untuk pembelian komputer anda? Memilih komputer

berdasarkan jenama, kualiti dan khidmat bantuan teknikal?

Matlamat dan Kegunaan Komputer Yang bakal Anda Beli

Sebelum melakukan pembelian komputer, kita perlu merancang matlamat dan

penggunaannya. Matlamat tersebut akan menentukan cara penggunaan komputer kita dan

bagaimana ia dapat bertahan lama.

• Adakah penggunaan komputer anda untuk menyelesaikan tugasan-tugasan pejabat

dan sekadar melayari internet?

Page 231: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 217

- Sekiranya anda hendak menggunakan komputer anda sekadar menyelesaikan

tugasan-tugasan pejabat dengan menggunakan aplikasi pejabat yang biasa

digunakan seperti Microsoft Office atau OpenOffice dan melayari internet, anda

tidak perlu memiliki spesifikasi komputer yang canggih. Ia menjadi satu

pembaziran andai penggunaannya tidak setimpal dengan belanja yang dikeluarkan

nanti. Cukuplah sekadar membeli mengikut keperluan anda dengan spesifikasi

biasa.

Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas :

Spesifikasi Harga (RM)

Pemproses :

Intel Pentium Dual Core E2160 1.80Ghz 800

FSB L2 512KB

Papan Induk :

Asus P5GC-MX1333 1945GC LGA 775

integrasi

- Kad Video Grafik

- Fast Ethernet 10/100 LAN

- Kad Audio 5.1 Channel

- USB 2.0 Port

Cakera Keras :

Seagate 80GB SATA

RAM DDR2 :

512MB

Pemacu CD / DVD :

LG 20X Internal DVD-RW SATA

Pemacu Cakera Liut :

1.44MB Floppy Disk Drive

Kekisi :

ATX Tower Casing with 24 Pin

Papan Kunci

Tetikus

Multimedia Speaker

Skrin paparan / Monitor :

Tecom 17” CRT

238

180

150

45

100

20

80

10

6

15

210

Jumlah 954

Page 232: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 218

• Adakah komputer baru yang anda mahu milikki menyokong fungsi hiburan dan

multimedia? Juga sesuai untuk kegunaan seisi keluarga?

- Sekiranya anda sering menggunakan komputer anda untuk fungsi hiburan dan

multimedia dan tidak hanya untuk menaip semata-mata dan digunakan bersama-

sama seisi keluarga, adalah perlu anda mendapatkan spesifikasi yang lebih baik

atau tinggi dari spesifikasi di atas.

Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas :

Spesifikasi Harga (RM)

Pemproses :

Intel Pentium Core 2 Duo E4500

2.20 Ghz 800 FSB L2 2MB

Papan Induk :

MSI MS7236I945PLNEO-F LGA 775

integrasi

- Fast Ethernet 10/100 LAN

- Kad Audio 5.1 Channel

- USB 2.0 Port

Kad Video Grafik :

Sapphire Ati Radeon X1050/TV/DVI

Cakera Keras :

Seagate 80GB SATA

RAM DDR2 :

1GB

Pemacu CD / DVD :

LG 20X Internal DVD-RW SATA

Pemacu Cakera Liut :

1.44MB Floppy Disk Drive

Kekisi :

ATX Tower Casing with 24 Pin

Papan Kunci

Tetikus

Speaker :

Altec Lansing BXR1121

Skrin paparan / Monitor :

Tecom 17” CRT

410

245

145

150

75

100

20

80

10

6

125

210

Jumlah 1576

Page 233: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 219

• Adakah anda mahukan komputer yang dapat menyokong dan anda dapat

melakukan hobi anda seperti permainan komputer yang canggih tanpa masalah?

Menggunakan komputer untuk tugasan berkaitan grafik seperti Autocad atau

AdobePhotoshop?

- Sekiranya anda menggunakan komputer lebih kepada perisian rekabentuk grafik

atau anda ini kaki permainan komputer, seharusnya anda menggunakan

spesifikasi yang tinggi untuk mengelakkan masalah komputer mungkin perlahan

atau‘hang’.

Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas :

Spesifikasi Harga (RM)

Pemproses :

Intel Pentium Core 2 Duo E8400

3.00 Ghz 1666 FSB L2 6MB

Papan Induk :

MSI MS7345 P35 PLATINUM LGA 775

integrasi

- Fast Ethernet 10/100 LAN

- USB 2.0 Port

Kad Video Grafik :

Asustek GF8800GT/TOP/DDR3/TV/DVI/DX10

Cakera Keras :

Seagate 250GB SATA

RAM DDR2 :

2GB DDR800

Pemacu CD / DVD :

LG 20X Internal DVD-RW SATA

Pemacu Cakera Liut :

1.44MB Floppy Disk Drive

Kad Audio :

Creative Sound Blaster X-Fi Extreme

Kekisi :

Coolermaster Elite 330/331

Papan Kunci PS2 Smooth Dektop

Tetikus PS2 WL 2nd Wheel Zoom Opt

Speaker :

Altec Lansing GT5051 5.1Channel

Skrin paparan / Monitor :

Samsung 19" LCD

765

595

990

228

330

100

20

239

245

35

70

545

709

Jumlah 4871

Page 234: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 220

Bajet anda

Berapa bajet anda untuk membeli komputer baru? Soalan yang penting untuk

kebanyakkan orang sebelum membeli komputer. Ada diantara kita mungkin bajet tiada

masalah tetapi bagi yang mempunyai bajet yang terhad pastinya perlu berfikir banyak

kali. Untuk membeli komputer kini, bajet atau kewangan dijual pada harga yang boleh

dimilikki dan murah. Di pasaran terdapat 2 jenis komputer yang boleh dimilikki iaitu :

i. komputer klon dan

ii. komputer berjenama

Maksud komputer klon ini ialah bukanlah komputer anda diklon tapi komputer yang

dipasang siap perkakasan dan komponennya samada di pasang di kedai atau anda pasang

sendiri dengan spesifikasi yang anda mahukan.

Beza antara komputer klon dengan komputer berjenama ialah yang paling ketara pada

harganya, kualiti dan khidmat bantuan teknikal selepas jualan.

Klon Berjenama

Harga

Kualiti

Bantuan

Teknikal

Jaminan

Tempoh masa

baiki jika

bermasalah

Lebih murah

Baik

Biasanya tauke kedai akan

mengenakan caj yang mahal

Hanya setahun

Cepat. Biasanya 1 – 2 hari

Lebih mahal

Lebih Baik

Sekiranya membabitkan kerosakkan

perkakasan dan masih mempunyai

jaminan, biasanya tidak dikenakan caj

(bergantung kepada jenama)

Ada jenama memberi jaminan

sehingga 3 tahun (bergantung kepada

jenama).

Lambat. Biasanya seminggu.

Page 235: Panduan complete bagi biginner

Hakcipta Terpelihara © 2008 oleh Mohd Lutfi – www.bijakkomputer.com 221

Berdasarkan pengalaman saya, menggunakan komputer klon atau berjenama

adalah sama sahaja. Yang perlu anda tahu ialah memahami atau memahirkan diri

sekiranya berlaku masalah-masalah dan bagaimana hendak diselesaikan. Adalah perlu

untuk kita memahirkan diri supaya tidak ditipu oleh tauke-tauke kedai yang mungkin

tamak dan hanya hendak mengenakan caj yang mahal kepada kita sahaja

Tips Membeli Komputer

• Sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini teknologi dengan

membaca ulasan tentang produk-produk terbaru yang berada di pasaran di dalam

majalah-majalah atau melalui internet. Dapatkan maklumat tentang apakah

perkakasan dan perisian yang termasuk dalam model yang anda inginkan dan

jadikannya sebagai asas untuk membandingkan harga. Tanya "apa yang kurang?",

jika harganya lebih rendah.

• Sebelum membeli , selalu melawat kedai-kedai komputer untuk mendapatkan

harga-harga terkini dan pakej yang disertakan. Banyakkan bertanya untuk

mendapat lebih informasi setiap pakej yang ditawarkan. Biar lambat asalkan puas

hati nanti.

• Sebelum membawa balik komputer anda, minta pekedai / penjual menunjukkan

kelajuan prosesor anda, ram dan saiz cakera keras anda. Buka casing jika perlu

untuk melihat sekiranya ada pertambahan kad atau perkakasan lain.

• Semua pembelian PC akan dibekalkan dengan "manual" serta beberapa

disket/CD yang mengandungi "driver" dan "system configuration" yang

diperlukan oleh PC untuk berfungsi. Pastikan penjual membekalkan perkara-

perkara tersebut semasa pembelian. Pastikan semua kabel dan aksesori yang lain

(seperti disebutkan dalam manual) dibekalkan bersama. Simpan benda-benda ini

dengan selamat. Ianya amat perlu sekiranya sesuatu berlaku kepada PC.