O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD...

20
O < Oi O § Defamation Revisited and the Concept and Punishment of Al-Qadzf Amiruldin Md Sham & Mohd Sabri Yusof Introduction to New Iterative Method Mat Salim Selamat A Review of Trade Dispute Settlement in the Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton Interactive Whiteboard as a Teaching Aid Nor Zalina Ismail, Mohd Rizal Razak, Azlini Razali & Mahfudzah Othman Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen &Tanah Siti Norhafizah Khazaai A Comparative Study between Two Landslide Events at the Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka, Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok Klasifikasi Hujan PencetusTanah Runtuh Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias The Importance of Communication in Our Life Norlaili Harun Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A. Hal id

Transcript of O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD...

Page 1: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

O

<

Oi

O

§

Defamation Revisited and the Concept and Punishment of Al-Qadzf Amiruldin Md Sham & Mohd Sabri Yusof

Introduction to New Iterative Method Mat Salim Selamat

A Review of Trade Dispute Settlement in the Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton

Interactive Whiteboard as a Teaching Aid Nor Zalina Ismail, Mohd Rizal Razak, Azlini Razali & Mahfudzah Othman

Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen &Tanah Siti Norhafizah Khazaai

A Comparative Study between Two Landslide Events at the Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka,

Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok

Klasifikasi Hujan PencetusTanah Runtuh Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias

The Importance of Communication in Our Life Norlaili Harun

Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin

Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A. Hal id

Page 2: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

PROSIDING KOLUKiuivi zuuo-z009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG

Page 3: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

PROSIDING KOLOKIUM 2008-2009 Universiti Teknologi MARA Pahang

Jawatankuasa Prosiding

Pengerusi : Kamisah Ariffin (Dr) Editor Perolehan : Wan Zuri Wan Abdullah

Penyunting

Azlini Razali Kamisah Ariffin (Dr)

Nazirah Ramli Norshariza Mohd Bhkari

Rekabentuk Kulit

Mohd Noor His am Ahmad

Rekaletak

Mohd Noor His am Ahmad Kam is ah A riffin (Dr)

Hak Cipta © 2009 Universiti Teknologi MARA Pahang.

Hak Cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, samada dengan cara elektronik, mekanik, gambar rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat keizinan dari Unit Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Pahang.

ISBN: 978-983-2607-21-2

Pendapat yang dikemukakan oleh penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peri-badi mereka sendiri dan tidak mewakili pandangan jawatankuasa penerbitan, penyunting, fakulti dan universiti.

Dicetak oleh: Fathona Trading Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur

Page 4: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Kandungan

1 Defamation Revisited and the Concept and Punishment of 1 Al-Qadzf Amiruldin MdSham & Mohd.Sabri Yusof

2 Introduction to new iterative method 15 Mat Salim Selamat

3 A Review of Trade Dispute Settlement in the 19 Malaysian Manufacturing Sector Mohd Zahid Laton

4 Interactive Whiteboard as a Teaching Aid 23 Nor Zalina Ismail, Mohd. Rizal Razak Azlini Razali & Mahfudzah Othman

5 Perkembangan Kaedah Analisis Hidrokarbon Aromatik 29 Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

6 A Comparative Study between Two Landslide Events at 55 Sultan Ahmad Shah Mosque, Jengka, Pahang Rohaya Alias & Mohd Fairuz Bachok

1 Klasifikasi Hujan Pencetus Tanah Runtuh 65 Mohd Fairuz Bachok & Rohaya Alias

8 The Importance of Communication in Our Life 77 Norlaili Harun

9 Penghasilan Estolide Berasaskan Asid Risinoleik Ricinus 81 Communis Nazrizawati Ahmad Tajuddin

10 Adapting Cooperative Learning (Jigsaw) in Teaching 91 Mohd Norafizal A.Aziz, Hasnizawati Hashim & Rozieana A.Halid

Page 5: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

11 'Data Rich, Information Poor' Phenomena: Obstacle to Effective Information Management Mohd Amii Abdullah @ Baharum

12 Comparative Study of Residential Roof Truss Construction Methods: Prefabrication and Built Onsite Mohd Syahrul Hisyam MohdSani & Fadhluhartini Muftah

13 Cold Formed Steel and Buckling Criteria of Cold Formed Steel Purlins Fadhluhartini Muftah & Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani

14 Social Responsibility: The Involvement of Entrepreneurs and Organizations Jahjaiton Arsad & Rohana Awang

15 e-Lawatan Akademik : Satu Kajian Awalan melalui Konsep Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Khairi Khalid, Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani, Mohd Fairuz Bachok, Mohd Risham J a 'afar, Wan Zukri Wan Abdullah, Ahmad Rasidi Osman, Mohd Razmi Zainudin, Rohaya Alias, Fadhluhartini Muftah, Nor Maslina Mohsan & Noraida Mohd Saim

16 The Benefits of Using Industrialised Building System (IBS) in Our Construction Industry Wan Zukri Wan Abdullah

17 Transformasi daiam Pengajaran dan Pembeiajaran di Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat: Satu Cadangan Siti Khalijah Majid

18 Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun: Satu Wacana Falsafah Rasid Muhamad

Page 6: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun: Satu Wacana Falsafah

RasidMuhamad

ABSTRAK

Memahami konsep manusia, nilai dan tamadun merupakan satu perbincangan yang penting. Islam mempunyai perspektijyang jelas dan tepat tentang persoalan tersebut. Tanpa memahami persoalan tersebut, atau memahaminya menurut perspektif yang kabur dan salah akan menjadikan kehidupan manusia dan tamadunnya kehilangan arah. Tentunya, dengan pemahaman yang betul ia bukan hanya melahirkan sebuah tamadun yang unggul, tetapijuga dapat memberi manfaat kepada manusia dan dunia sejagat.

Katakunci: nilai, pembinaan tamadun, falsafah

Pengenalan

Di antara perkara penting dan saling berkait antara satu sama lain dalam kehidupan manusia ialah persoalan insan, nilai dan pembinaan tamadun. Tanpa memahami terhadap ketiga-tiganya, mungkin manusia gagal membina sebuah "tamadun" dalam erti kata yang sebenarnya. Atau gagal mempertahankan kelangsungan bagi sesebuah tamadun. Dalam banyak hal, manusia merupakan unsur yang dianggap senteral dan dominant, kerana ia amat menentukan perjalanan dan corak sejarah dan ketamadunan dunia. Manakala insan tersebut berkait langsung dengan sistem nilai yang melatarinya. Dan dengan itu, pencapaian sesebuah tamadun itu amat berkait dengan sistem nilai seseorang insan, atau masyarakat insan.

Hakikat Insan

Manusia atau insan menurut Islam merupakan makhluk Allah SWT yang paling indah dan intimewa yang disebut dalam al-Quran sebagai "ahsani taqwim" yang bermaksud seindah-indah kejadian. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan manusia dengan seindah-indah kejadian" (at -Tin:4). Insan dijadikan oleh Allah SWT dengan begitu istimewa yang dibentuk dari dua unsur asasi iaitu unsur hayawani dan juga unsur rohani.

Unsur hayawani, yang secara literalnya bermaksud mempunyai "unsur hidup" yang biasanya boleh bergerak secara fizikal dan zahir, dan juga boleh dicerap melalui panca indera. Sebagai makhluk yang memiiiki sifat hidup, ia memerlukan udara, air, udara, makanan serta tempat tinggal.

Unsur hayawani yang ada pada individu atau masyarakat insan ini berbeza dengan unsur hayawani yang dimiliki oleh makhluk yang lain. Misalnya, masyarakat manusia memerlukan keenderaan yang sesuai dengan perkembangan zaman serta keperluan

159

Page 7: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Rasid Muhamad

dan kemampuan berbanding dengan makhluk lain yang secara umumnya tidak berubah dan statik. Begitu juga dengan kediaman manusia berbeza dengan kediaman makhluk yang lain yang tidak berubah.

Namun jikalau manusia hanya memikir, menumpukan serta memerah keringat berusaha hanya untuk memenuhi keperluan hayawaninya sahaja, ia berada pada tahap yang rendah dan tidak jauh bezanya dengan makhluk yang mempunyai unsur hayawani yang lain.

Untuk melengkapkan kesempurnaan kejadian insan, Allah SWT membekalkan manusia dengan unsur rohi, atau unsur kejiwaan yang terkandung di dalamnya unsur-unsur akal, perasaan, nafsu, hati dan sebagainya.

Unsur kerohanian yang ada dalam diri manusia ini jugalah yang memberikan fitrah dan kecenderungan semulajadi manusia untuk beragama. Fitrah beragama merupakan fitrah yang tertinggi, kerana ia hanya ada pada makhluk manusia, dan tidak kepada makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan dan lainnya.

Manusia juga dianugerahkan akal yang merupakan unsur utama dan asas yang membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain. Sama ada yang membezakannya dengan binatang atau pun malaikat. Dengan akal manusia, bukan hanya boleh menerima ilmu, tetapi juga boleh mengolah dan mengembangkan ilmu. Akal merupakan potensi yang amat besar yang dimiliki oleh manusia yang boleh dan perlu dikembangkan.

Unsur nafsu, perasaan dan keinginan yang bersifat kejiwaan yang lain merupakan perkara yang tersedia dalam diri manusia. Dengan unsur ini, manusia menjadi makuluk yang berperasaan, beremosi dan lainnya yang menjadikan kehidupan manusia berwarna-warni. Unsur ini perlu dibimbing oleh unsur akal yang sihat yang mampu memandu ke arah kehidupan yang lebih tinggi dan berkualiti.

Insan dan Kebebasan Memilih

Salah satu perkara yang dianugerahkan kepada manusia ialah kebebasan untuk memilih. Dengan adanya kebebasan memilih ini memberikan implikasi kewujudan konsep pembalasan dalam Islam. Manusia, sebagai makhluk istimewa diberikan kebebasan untuk memilih untuk melakukan sesuatu atau memilih untuk tidak melakukan sesuatu.

Kebebasan tersebut dalam tradisi Islam disebut "ikhtiar". Ikhtiar ini secara mudahnya bermaksud "memilih sesuatu yang terbaik". Ini menunjukkan adalah menjadi tanggungjawab seseorang itu untuk membuat pilihan yang terbaik, dan bertindak pula dengan tindajkan yang terbaik

Di samping kebebasan tersebut, manusia juga dibekalkan dengan tanggungjawab. Maksudnya, manusa perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya. Begitu juga dengan amalan dan tindakan yang dilakukannya. Firman Allah SWT, yang bermaksud, "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) dari apa yang diusahakannya" (an-Najm : 39).

Perlu ditegaskan, setiap pilihan yang dibuat oleh seseorang insan, ia bukan hanya mempengaruhi kehidupannya di dunia, tetapi juga mempengaruhi kehidupannya yang abadi di akhirat. Ini menjelaskan betapa mahalnya harga sebuah keputusan yang dilakukan oleh seseorang insan.

160

Page 8: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun

Mukallaf dan Proses Membuat Keputusan

Salah satu konsep penting dalam Islam ialah mukallaf. Mukallaf sebagai satu konsep merujuk kepada hakikat manusia yang diberi tanggungjawab keagamaan. Ianya bermaksud, segala niat, amalan dan tindakan seseorang itu akan ditanya dan dipersoalkan. la juga melibatkan persoalan dosa dan pahla dan sebagainya.

Mukallaf merupakan persoalan penting dalam kehidupan seseorang. Status mukallaf bukan hanya melambangkan kematangan seseorang, tetapi melambangkan "kebebasan" seseorang untuk melakukan sesuatu amalan dan mempunyai pertanggungjawaban yang tersendiri.

Untuk mendapat status mukallaf seseorang itu memerlukan dua syarat utama yang berkaitan dengan kejadian dan kematangan manusia, iaitu akil iaitu berakal dan baligh, iaitu sampai umur.

Akil atau berakal merupakan syarat penting. la berkaitan dengan kesempurnaan dan kematangan kerohanian manusia. Ianya menjelaskan betapa akal merupakan perkara utama dalam proses pertanggungjawaban manusia. Ini merujuk juga kepada tahap kewarasan akal seseorang. Oleh kerana akal itu amat penting, segala bentuk amalan dan tindakan yang boleh merosakkan akal manusia amat dilarang dan menjadi salah satu jenayah yang amat terlarang dalam Islam.

Baligh pula melambangkan kematangan "fizikal" manusia, yang merujuk kepada pertumbuhan fizikal yang matang secara biologi. la juga membawa implikasi perlunya kematangan fizikal untuk menjadikannya manusia yang bebas dan layak menerima tanggungjawab.

Akil dan baligh, menunjukkan bahawa untuk membolehkan manusia menerima tanggungjawab, ia perlu mempunyai bukan hanya kematangan fizikal, tetapi juga kematangan kerohanian. Dan dengan kewujudan kematangan ini manusia akan dapat berperanan sebaik mungkin dan berkesan untuk diri masyarakat dan ummah secara keseluruhannya.

pungsi akil baligh yang asas ialah untuk menundukkan unsur hayawani, kepada unsur rohani yang tinggi tersebut Dengan itu, manusia perlu menundukkan seluruh pemikiran, amalan dan tindakannya kepada kehendak kerohanian yang akhirnya menjadikan manusia tersebut iansan yang sempurna dan bertakwa kepada Allah SWT.

Agama dan Proses Membuat Keputusan

Oleh kerana proses membuat keputusan merupakan proses yang penting, dan amat mempengaruhi kehidupan seseorang, sama ada di dunia dan di akhirat, maka dengan sifat rahmat dan rahim Allah SWT , Allah telah menurunkan agama melalui nabi dan rasulNya untuk membimbing manusia. Walaupun diakui bahawa manusia mempunyai akal, namun akal manusia ada kelamahan dan tidak sentiasa benar, maka manusia amat perlu kepada bimbingan agama yang benar.

Agama Islam yang merupakan agama yang benar, mampu memberikan nilai-nilai mutlak yang dapat membimbing manusia membuat keputusan dan bertindak dengan cara yang tepat. Sejak dari pengutusaan Nabi Adam lagi, manusia dibimbing oleh Allah SWT melalui agama yang benar, sehinggalah kepada nabi yang terakhir Nabi Muhamad SAW.

161

Page 9: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Rasid Muhamad

Agama merupakan satu-satu garis panduan mutlak yang dapat memandu manusia ke arah kehidupan yang baik. Agama merupakan penentu nilai mutlak manusia yang menentukan pula perlakuan dan budaya manusia. Dengan nilai serta budaya yang inggul, tentunya mempengaruhi pembentukan tamadun umat secara keseluruhannya.

Pembinaan Tamadun

Manusia diutuskan oleh Allah SWT di dunia ini adalah membina kehidupan yang bermakna. Sebab itu manusia perlu melaksanakan dwi-fungsi utamanya, iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Dengan itu akan terbentuklah apa yang dinamakan tamadun.

Islam, sesungguhnya telah membuktikan yang ia menjadi pencetus tamadun yang gemilang. Isalam meperkenalkan nilai-nilai asas penting yang memepengaruhi pembentukan tamadun ummah. Sekurang-kurangnya terdapat lima nilai utama yang akhirnya menjadi faktor utama yang mampu melahirkan tamadun yang gemilang. (Rasid Muhamad, 1996). Kelima-lima unsur, nilia atau faktor tersebut ialah tauhid, ilmu, usaha, pernikiran yang terbuka dan undang-undang dan peraturan.

Tauhid

Tamadun menurut perspektif Islam, pastilah ia bertunjangkan kepada paksi asas Islam iaitu tauhid. Justru tauhid merupakan intipati pengajaran dan perjuangan asasi para nabi dan rasul semenjak dari zaman nabi Adam AS lagi hinggalah ke hari kiamat.. Tauhid seharusnya menjadi teras dalam kehidupan manusia yang bertamadun. Dalam menghuraikan peranan tauhid ini, terutama dalam kaitannya dengan tamadun, Prof Ismail Faruqi (1981: 18), menyatakan:

"Tauhid adalah asas dalam memberikan identiti kepada tamadun Islam, yang mengaitkan segala unsurnya, lalu menjadikannya satu keutuhan, satu wadah yang kukuh, bergelar tamadun".

Faham tauhid yang mantap dan mendalam serta kukuh, menurut al-Faruqi tentunya akan memberikan implikasi yang nyata dalam pembentukan wordview atau pandangan sarwa serta tindakan dan perlakuan seseorang. Tauhid, menurut al-Faruqi (1981), mampu menghuraikan secara lengkap dan tepat perkara-perkara penting yang menjadi isu dan persoalan utama dalam kehidupan manusia, yang antara lainnya melibatkan:

• Tauhid membawa implikasi mengenai pengiktirafan terhadap dua realiti penting, iaitu realiti Allah SWT yang menciptakan, dan realiti makhluk Allah SWT, iaitu merujuk kepada segala sesuatu yang Allah SWT ciptakan:

• Tauhid menjelaskan juga, bahawa Allah SWT yang Maha menciptakan itu mempunyai hubungan dengan yang diciptakan. Akhirnya membawa pula kepada pengiktirafan makhluk, terutama manusia terhadap kekuasaan mutlak yang dimiliki oleh Allah SWT yang Maha pencipta dan Maha berkuasa;

• Tauhid menjelaskan hakikat manusia sebagai makhluk Allah SWT yang istimewa dan diberikan keupayaan untuk bertindak sesuai dengan tuntutan

162

Page 10: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun

persekitaran dan kehendak Allah SWT. Manusia sewajarnya mengiktiraf bahawa alam tabii bukanlah suatu yang "buruk" dan "jahat", tetapi sebagai unsur yang hams dibangunkan dan dimanfaatkan dengan cara yang beradab dan berhemat;

• Tauhid juga menegaskan bahawa manusia diberikan kebebasan sama ada untuk melakukan sesuatu atau sebaliknya tidak melakukan sesuatu. Kebebasan itu digandingkan pula dengan tanggungjawab. Dan manusia seharusnya bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan tindakan yang dibuatnya. Dengan kebebasan itu, ia mampu menjadikan hidup seseorang manusia itu lebih bermakna dan bererti:

• Tauhid juga menegaskan bahawa manusia mempunyai amanah dan tanggungjawab terhadap alam tabii. Manusia mesti memperlakukannya dengan beradab, memajukannya dan memanfaatkannya dengan penuh ketepatan dan kebijaksanaan;

• Tauhid juga menjelaskan yang manusia adalah makhluk mulia dan suci serta tidak dilahirkan "malang" atau berdosa seperti tanggapan dan keyakinan sesetengah fahaman dan agama. Dengan memenuhi perintah Allah SWT, manusia akan mengangkat taraf dan martabat dirinya, dalam rangka pelaksanaan peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

Tauhid, sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Prof Ismail Faruqi di atas mampu menggarap tiga pola asasi perhubungan yang diasas dan dipertahankan oleh Islam. Iaitu perhubungan manusia dengan Allah SWT, penciptanya. Hubungan manusia sesama manusia, dan juga hubungan manusia dengan alam.Tauhid dengan segala implikasinya telah dihuraikan dengan cukup meyakinkan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi melalui karyanya yang terkenal Iman dan Kehidupan.(\911). Menurut beliau, iman yang mantap mampu merubah watak manusia, mencipta revolusi dan pembaharuan yang positif terhadap manusia, yang tentunnya mempengaruhi dalam melahirkan tamadun yang unggul.

Tauhid dengan segala implikasinya mampu melahirkan umat yang berkualiti dalam erti kata yang sebenarnya. Di antara watak yang d^etak atau dibentuk oleh tauhid yang hakiki,telah dihuraikan oleh Siddiq Fadhil (2003), yang disifatkannya sebagai "umat Qur'anf - umat yang dibentuk dengan semangat dan nilai kequranan.. Manusia tersebut mempunyai sifat-sifat murni dan unggul yang antara lainnya ialah:

1. Mempunyai keimanan yang murni, positif dan dinamik serta mewarnai perwatakan dan perilaku seseorang, termasuk pandangan sarwanya (world view), aksiologinya (sistem nilai), dan epistemologinya (falsafah ilmu). Iman yang memberi daya juang, kekuatan dan daya tahan kepada manusia dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup:

2. Manusia yang sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT setelah melakukan segala tandakan dan usaha. Tawakkal yang kental kepada Allah SWT, memungkinkan seseorang itu berdiri tegak, yakin ,optimis dan tidak gentar berhadapan dengan apa jua jenis kekuatan dan kehebatan makhluk;

3. Manusia yang menghindari dosa-dosa besar dan pelbagai bentuk perbuatan keji. Sifat ini merupakan hasil dari kemurnian jiwa dan kejernihan minda

163

Page 11: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Rasid Muhamad

yang mampu menjadi daya kawal dan ia pada hakikatnya merupakan buah dari keimanan yang mendalam;

4. Manusia yang sentiasa memaafkan ketika marah, yang merupakan isyarat penting dari sifat berlapang dada dan terbuka minda dalam berinteraksi dengan manusia. Dengan itu, seseorang itu mampu mengawal emosi dan perasaan, dan mampu pula memberi kemaafan dan tidak menyimpan kemarahan hingga menjadi dendam turun-temurun;

5. Manusia yang bersikap positif dan responsif terhadap perintah Allah SWT. Dengan itu seseorang itu ia akan sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Hubngan dengan Allah SWT ini akan malahirkan jiwa yang murni, dan benteng dari melakukan perlakuan dosa dan perbuatan keji dan tidak berfaedah;

6. Manusia yang sentiasa mendirikan solat. Ia merupakan manifestasi dan lambang hubungan dan ketundukan yang mutlak kepada Allah SWT. Ia menunjukkan lambang persamaan taraf insan dalam Islam, tanpa mengambil kira status dan kedudukan, yang semuanya perlu tunduk kepada Allah SWT;

7. Manusia yang menghayati amalan syura secara meluas. Syura yang dihayati akan manjadi budaya dalam proses membuat keputusan dan tindakan. Ia merupakan lambang sifat kematangan dan keterbukaan dalam berfikir;

8. Mansia yang membelanjakan rezeki dan kurniaan Allah SWT dengan betul dan mengikut ketentuan Allah SWT. Sifat ini akan mensucikan jiwa dari sifat -sifat keji, antaranya sifat bakhil, tamak, mementingkan diri dan sebagainya. Sifat sedemikian adalah sesuai dengan kefahaman bahawa kenikmatan dunia adalah serba sementara, rendah dan murah berbanding dengan yang hakiki dan abadi di sisi Allah SWT. Sifat ini merangsang seseorang untuk berkorban, berdakwah dan berjihad dalam hidupnya;

9. Manusia yang sentiasa membela diri dari dizalimi. Umat atau individu perlu bersifat untuk membela dan memepertahankan diri dari pelbagai bentuk kezaliman. Ia akan melahirkan umat atau individu yang tahu harga diri dan maruah. Dengan itu, mereka yang zalim tidak dapat memperlakukan perlakuan yang melampau di dalam masyarakat;

10. Manusia yang memberi pengampunan dan melakukan islah dalam masyarakat. Sifat ini adalah lambang berjiwa besar, terutama terutama dalam melakukan pelbagai usaha untuk mengislahkan masyarakat;

11. Manusia yang sentiasa bersifat sabar. Sifat ini merupakan di antara sifat mereka yang berjaya. Hal ini kerana kehidupan ini akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sikap sabar merupakan ubat yang mujarab dalam menghadapi situasi sedemikian.

Tauhid yang benar-benar difahami, membolehkan manusia memahami secara tepat terhadap hakikiat-hakikat yang pasti dan utama, seperti hakikat Allah SWT sebagai pencipta, hakikat ketnsanan, hakikat alam yang lain yang dijadikan oleh Allah SWT,serta hakikat-hakikat seluruh rukun iman yang lain. Dengannya jugalah manusia akan menghayati dwi-fungsi utamanya iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Sesungguhnya penghayatan dwi-fungsi ini oleh manusia merupakan asas pembinaan Islam dan ketamadunannya yang unggul (Mohd Sulaiman Hj Yasin, 1983:59).

164

Page 12: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun

Nyatalah tauhid dengan segala implikasinya merupakan syarat utama dalam melahirkan individu yang "baik" dan berkualiti. Sesungguhnya insan yang sedemikian sahajalah yang mampu meyumbang ke arah melahirkan tamadun yang unggul.Manusia yang baik merupakan pra-syarat dalam usaha untuk melahirkan sesebuah tamadun, yang bukan hanya unggul, tetapi bersendikan matlamat dan nilai-nilai yang diredai oleh Allah SWT dan dapat memberi manfaat kepada warga manusia sejagat.

Ilmu

Ilmu merupakan pra-syarat kedua dalam melahirkan sesebuah tamadun. Persoalan ini amat mudah difahami melalui isyarat dari Allah SWT, yang menurunkan ayat pertama kepada nabi yang terakhir, nabi Muhammad SAW, iaitu ayat yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dengan arahan "bacalah!".(al-Alaq: 1-5). Ilmu merupakan kunci segala sesuatu. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi khalifahNya atau "orang harapanNya" di muka bumi ini berbanding dengan makhluk lain yang juga istimewa, seperti malaikat misalnya. la mengasahkan tentang satu hakikat bahawa ilmu itu cukup penting, malah syarat utama kekhalifahannya.

Kepentingan ilmu dalam pembinaan tamadun umat, bukan hanya diperakui oleh sarjana Islam, tetapi juga oleh sarjana bukan Islam. Rosenthal (1992), misalnya dalam bukunya Knowledge Triumphant, telah menyatakan bahawa sesungguhnya keunggulan umat Islam berkait rapat dengan kemantapan ilmu. Ilmu menurutnya, uialah salah satu daripada konsep-konsep yang menguasai Islam, dan memberikan peradaban Islam bentuk dan rupayang istemewa".

Ilmu sebagaimana yang didefinisikan oleh Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978) sebagai "ketibaan makna dalam diri seseorang hasil dari maklumat yang benar" itu mempunyai tempat dan konsep yang tersendiri dalam Islam.Dan ia seharusnya difahami dengan sebaik mungkin dan melatakkan ilmu itu peda kedudukan yang sewajar sesuai dengan sesuatu martabat yang ada padanya. Ilmu menurut Naquib, mempunyai dua elemen yang utama, iaitu pertamanya ia mestilah "bermakna" atau "memberi kesan" kepada pemiliknya. Yang keduanya ia mestilah berdasarkan maklumat yang benar.

Ilmu dalam tradisi Islam, diklasifikasikan kepada dua iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Ilmu fardu ain ini sesungguhnya merupakan ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim. Ia melibatkan persoalan akidah dan kepercayaan, ibadah dan perlakuan, serta akhlak dan keperibadian.Ilmu fardu ain ini sewajarnya difahami dan dikuasai sebelum seseorang itu mencapai aqil baligh, sebelum seseorang itu mendapat amanah dan tanggungjawab atau taklif keagamaan. Ia juga berkait dengan pengetahuan asas yang dapat membentuk keperibadian yang mantap dan berkualiti menurut neraca Islam.

Menakala \\mu fardu kifayah pula merupakan ilmu yang wajib dikuasai oleh umat Islam, tetapi status kewajipannya bersifat kolektif dan tidak bersifat individu sebagaimanan ilmu fardu ain. Ia merupakan ilmu yang penting untuk keutuhan dan kelangsungan sesebuah masyarakat.

lmu fardu kifayah, sebagaimana yang dihuraikan contohnya oleh Imam al-Ghazali melibatkan ilmu-ilmu yang penting kepada masayarakat. Di antaranya ialah ilmu matematik untuk urusan kira mengira, ilmu perubatan untuk urusan kesihatan, ilmu

165

Page 13: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Rasid Muhamad

industri pembinaan untuk menyelesaikan persoalan pembinaan, ilmu industri pemakanan untuk urusan pemakanan umat, ilmu industri pakaian urusan pakian mat dan ilmu tentang pentadbiran untuk urusan pengurusan dan pentadbiran umat. Contoh ilmu fardu kifayah seperti yang dihuraikan oleh Imam al-Ghazali, menjelaskan betapa luasnya cakupan ilmu fardu kifayah, dan ia tidak sesempit sebagaimana yang difahami oleh sesetengah anggota masyarakat.

Ilmu fardu kifayah dalam Islam ini menegaskan dua perkara yang penting. Iaitu ia mengisyaratkan betapa perlunya pengkhususan dalam proses pencarian ilmu, agar ia benar-benar mendalam dan profesional. Ia juga menegaskan bahawa Islam amat menghormati bakat dan potensi yang dimiliki oleh manusia yang berbeza. Oleh itu manusia seharusnya mengembangkan bakat dan kecenderungan yang ada dengan sebaik mungkin melalui konsep ilmu fardu kifayah, demi kebaikan dirinya serta peranannya dalam masyarakat dan umah secara keseluruhannya.

Ilmu fardu ain dan fardu kifayah tersebut perlulah disepadukan dalam diri individu dan dengan itu akan menjadikannya insan kamil atau sempurna, iaitu insan yang sepadu dan holistik, dan diberi nafas dan nilai keislaman serta kemahiran yang wajar dan sesuai yang akhirnya mampu memandu dan memacu umat ke arah kecemerlangan.

Tamadun bukan hanya berkait dengan kefahaman yang jelas tentang konsep keilmuan, tetapi ilmu tersebut seharusnya dibudayakan. Budaya ilmu sebagaimanan yang didefmisikan oleh Wan Mohd Noor Wan Daud (1991), sebagai " kewujudan suatu keadaan yang mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan". Budaya ilmu juga merujuk kepada ukewujudan suatu keadaanyang segala tindakan manusia baik di tahap individu apatah lagi di peringkat masyarakat diputuskan dan dilaksanakan melalui semangat syura ".

Untuk merealisasikan budaya ilmu, bukaniah suatu usaha yang mudah dan ringan. Untuk tujuan itu, Wan Mohd Noor Wan Daud (1991), dalam tulisannya telah menyarankan beberapa langkah yang perlu dilaksanakan, yang melibatkan semua pihak. Ia merangkumi kegiatan penting, di antaranya melibatkan persoalan-persoalan dasar. Perkara tersebut ialah:

1. Falsafah pembangunan yang bersepadu hendaklah digubal dan dilaksanakan oleh pihak yang berwajib. Dengan itu, hasrat untuk melahirkan genarasi atau warganegara yang berkualiti dalam erti kata yang sebenarnya berteraskan kepada ilmu dapat dilaksanakan. Semua pihak- kerajaan dan swasta- perlu terlibat dalam proses ini.

2. Golongan yang terlibat dalam kegiatan keilmuan seperti ilmuan, guru dan pendidik hendaklah dihormati. Khazanah dan penghasilan ilmu hendaklah dijaga dan dihormati. Di samping penghormatan, ganjaran yang sewajarnya diberikan kepada golongan yang terlibat dalam kegiatan keilmuan ini;

3. Golongan ilmuan dan cendekiawan dan mereka yang berjaya dalam bidang keilmuan perlulah didedahkan kepada masyarakat agar mereka menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat terutama golongan muda. Media massa perlu lebih aktif dan bertanggungjawab dalam hal ini;

4. Golongan pemimpin dalam segenap peringkat perlulah mengadakan kegiatan dan terlibat dalam hal-hal keilmuan. Dengan cara ini gerakan keilmuan akan menjadi gerakan kemasyarakatan yang penting. Di samping ciri keilmuan

166

Page 14: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun

hendaklah dijadikan ciri asas dalam pemilihan dan pengiktirafan terhadap seseorang yang ingin menjadi pemimpin;

5. Untuk menghayati budaya ilmu, segala keputusan yang dibuat dalam setiap peringkat, hendaklah berdasarkan kepada nlai dan prinsip ilmu. Dengan itu, pemikiran yang segar dan kreatif dapat disuburkan. Dengan itu juga, ilmu akn sentiasa dirasakan penting dalam setiap kegiatan masyarakat;

6. Di samping memupuk budaya positif perlu dipergiatkan di dalam masyarakat, menakala unsur yang boleh membantutkan budaya ilmu perlu dikurangkan kalaupun tidak dapat dihapuskan. Media massa, sama ada cetak atau elektronik perlu lebih bertanggungjawab dalam menghidangkan kegaiatan dan program kepada khalayaknya. Media massa sewajarnya menjadi wahana yang membina budaya ilmu, bukan sebaliknya menjadi "makhluk perosak" kepada budaya ilmu;

7. Untuk melahirkan pencinta ilmu yang bersikap dan bersifat global, penguasaan bahasa kedua terutama bahasa Inggeris perlu dilihat keberkesanannya, di samping tidak meingggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan jatidiri masyarakat Malaysia. Program penterjemahan terhadap karya-karya besar ke dalam Bahasa Melayu perlu terus dilakukan, di samping memeperbanyakkan bahan bacaan bacaan yang bermutu dengan harga yang berpatutan.

Nyatalah, tamadun melibatkan kefahaman yang jelas tentang konsep, hairarki, serta kepentingan ilmu dalam masyarakat. Ilmu perlulah dihayati dan dibudayakan dalam masyarakat. la melibatkan komitment semua pihak dan melibatkan kos yang bukan sedikit.Ia merupakan satu pelaburan jangka panjang dalam masyarakat. Dan untuk tujuan itu, ia tiada pilihan!

Usaha dan Kesungguhan

Tamadun bukan hanya hasil dari impian, cita-cita dan angan-angan. Ia sesungguhnya hasil dari usaha, keringat dan kadang-kadang hasil dari air mata dan darah. Oleh itu, usaha dan kesungguhan merupakan unsur penting dalam pembinaan tamadun. Berdasarkan anjuran al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW, jelas dan tegas sekali umat Islam dianjurkan agar berusaha dan beramal.

Jikalau diperhalusi dan diteliti, di dalam al-Quran al-Karim terdapat tidak kurang dari 360 ayat yang membicarakan sesuatu yang berkaitan dengan usaha dan amal. Ini mengesahkan betapa amal dan berusaha itu suatu yang penting. Ia sesungguhnya berkait dengan misi dan matlamat kejadian manusia agar melakukan kerja dan amal yang baik di dunia ini.

Dalam tradisi Islam, selain dari istilah amal, terdapat pelbagai istilah lagi yang berkaitan dengan usaha dan kesungguhan. Ini termasuklah istilah ikhtiar, tawakkal dan jihad. Lebih mendalam lagi, di dalam Islam, amalan seseorang itulah yang akan dinilai oleh Allah SWT, terhadap seseorang manusia, seperti yang ditegaskan dalam surah an-Najmi ayat 39, yang bermaksud "Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) dari apayang diusahakan".

167

Page 15: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Rasid Muhamad

Dalam konteks yang lain, Murtadha Mutahhari (1983) telah mengaitkan di antara punca kelemahan umat Islam ialah dengan kegagalan mereka dalam memahami dan menghayati konsep amal atau bekerja secara betul. Beliau menyatakan bahawa umat Islam terlalu "menyempitkan" konsep amal, yang akhinya <l melahirkan umat yang kehilangan daya untuk bekerja kuat, sebaliknya mendorong mereka bersikap sambil lewa, kurang iltizam dan tidak beristiqamah dalam berusaha".

Dalam hal yang sehubungan, Sidiq Fadhil (1998) telah menyatakan bahawa Islam mempunyai etos kerja yang tersendiri yang memungkinkan terlahirnya budaya kerja yang cemerlang. Tentunya budaya kerja yang sedemikian mempunyai peranan dan kedudukan yang tersendiri dalam konteks pembinaan sebuah tamadun. la bertitik tolak dari perkara-perkara berikut:

• Konsep hidup dan kehidupan ini adalah medan persaingan untuk melakukan amal yang banyak dan terbaik;

• Amalan duniawi yang diamalkan pastinya akan mempengaruhi kehidupan ukhrawi;

• Bekerja kuat yang dilakukan bukan hanya didorong oleh tekanan majikan atau orang yang lain, tetapi digerakkan oleh motivasi dalam diri;

• Bekerja dan beramal merupakan satu realisasi terhadap konsep hamba dan khalifah Allah SWT;

• Kerja yang dilakukan itu akhirnya menjurus ke arah pencapaian mardhatillah, iaitu keredaan Allah SWT.

Dalam hal yang sedemikian, seseorang memahami konsep Islam yang betul akan mewarnakan amalannya itu dengan semangat dan nilai Islamiah supaya ia menjadi ibadah. Nilai-nilai tersebut perlulah memenuhi syarat seperti yang diusulkan oleh Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi (1978), iaitu melibatkan syarat-syarat berikut:

• Amalan itu dilakukan atas dorongan dan tuntutan keimanan; • Amalan tersebut mestilah sesuatu amal atau bidang yang diharuskan oleh

syarak; • Amalan tersebut dilakukan dengan mengambil kira tuntutan dan batasan

syarak; • Amalan tersebut dilakukan dengan penuh ketulusan dan keikhlasan kepada

Allah SWT; • Amalan yang dilakukan itu, jangan sampai mengganggu ibadah khusus yang

difardukan; • Amalan tersebut dilaksanakan dengan penuh kesungguhan.

Nyatalah, dengan adanya konsep usaha dan amal yang dikemukan oleh Islam, bersendikan kesungguhan, keikhlasan serta tawakkal kepada Allah SWT, akan melahirkan umat yang gigih dan mampu menghasilkan tamadun yang cemerlang. Di samping ia sentiasa optimis dalam hidup serta bersyukur kepada Allah SWT jikalau mencapai kemajuan dan kecemerlangan dan bersabar jikalau berhadapan dang cabaran dan kegagalan. Inilah di antara kunci keunggulan umat Islam dan mereka yang bertamadun yang terdahulu yang dicatat oleh sejarah.

168

Page 16: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Persoalan Insan, Nilai dan Pembinaan Tamadun

Keterbukaan dan Kreatif

Tamadun yang cemerlang juga didorong oleh budaya berfikir yang terbuka dan kreatif. Sebaliknya tamadun yang cemerlang tidak mungkin akan lahir dalam suasana pemikiran yang tertutup, jumud dan kaku. Oleh yang sedemikian, Islam amat menggalakkan umatnya agar terbuka pemikirannya dan kreatif dan inovatif. Walau bagaimana pun, dalam masa yang sama perlu juga bersikap selektif dan berprinsip.

Jikalau diteliti, terdapat banyak sekali ayat al-Quran al-Karim yang menggesa umat Islam agar menggunakan akal secara tepat dan bertempat. Di antaranya ialah perkataan dabbara (merenung) sebanyak 8 ayat, faqiha (mengerti dengan mendalam) sebanyak 20 ayat, nazara (melihat secara abstrak) sebanyak 30 ayat, tafakkara (berfikir) sebanyak 16 ayat,dan perkataan aqala (berakal ) sebanyak 30 ayat (Harun Nasution, 1985, p. 71). Nyatalah al-Quran al-Karim amat merangsang umatnya agar menggunakan akal dengan cara yang tepat dan bertempat serta membina dan merangsang kreativiti yang tinggi dalam berfikir.

Begitu juga dengan sunnah Rasulullah SAW yang begitu positif terhadap penggunaan akal yang benar dan kreatif. Ini dapat dilihat melalui keakuran atau persetujuan baginda terhadap beberapa cadangan yang dibuat oleh para sahabat, terutama melibatkan perkara yang ijtihadi, teknikal dan pendekatan. Misalnya nabi Muhammad SAW, telah menerima pandangan Salman al-Farisi yang mengusulkan agar umat Islam membina parit dalam usaha untuk memepertahankan diri dalam peperangan Khandak. Begitu juga dengan sabda baginda SAW yang bermaksud "Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu" yang merujuk kepada persoalan teknikal dan pendekatan yang seharusnya menggunakan akal, seperti proses pendebungaan tamar yang manjadi asas kenapa baginda bersabda sedemikian.

Oleh tu, tidak menghairankan jikalau begitu ramai sekali ulama dan sajana Islam yang menggesa umat Islam agar bersikap kreatif dan terbuka. Muhammad Asad (1983:97) misalnya pernah menegaskan, bahawa "kita (umat Islam) selalu boleh menerima pengaruh baru dari peradaban asing, tanpa harus menghancurkan peradaban sendiri".

Muhammad Natsir (1991, p. 101), pernah manyatakan, bahawa umat Islam mempunyai "potensi budaya" yang memungkinkannya muncul sebagai umat yang berjaya. Potensi budaya tersebut melibatkan sikap umat Islam yang amat menghormati penggunaan akal, mendorong umatnya berinisiatif serta melarang umatnya bertaklid (dengan membabi buta)".

Hassan Langgulung (1990, p. 22) pernah mengaskan bahawa tamadun Islam tegak atas dasar kreatif dan keterbukaan yang tinggi. Menurutnya lagi, tamadun Islam itu, "tegak di atas dialog yang membina dan prinsipmemberi dan menerima. Dengan itu, ia dapat mengahadamkan pencapaian sains yang mekar pada tamadun-tamadun yang lain, malah ia manambah dan memperkayakannya sehingga mengeluarkan tamadun yang gem Hang dan cemerlang dalam segala bidang ilmu pengetahuan"

S Waqar al-Husaini (1986, p. 9) menyatakan bahawa umat Islam mempunyai sikap keterbukaan yang hebat. Sikap sedemikianlah yang membolehkan umat Islam maju dan dapat memenfaatkan mutiara yang terdapat di dalam tamadun masyarakat yang lain. Katanya lagi, "umat Islam telah memanfaatkan sumbar tamadun dari orang -orang Yunani, Romawi, Iskandariah, Syria, Parsi, India dan China". Dengan itu terhasillah tamadun yang berkualiti.

169

Page 17: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Rasid Muhamad

Tepatlah kesimpulan yang dibuat oleh Garaudy (1984, p. 87), yang menyatakan bahavva, "kemajuan umat Islam khususnya dalam sains dan teknologi yang ia berkait dengan si/at kreatif dan keterbukaanyang amat luar biasa".

Nyatalah tamadun itu hasil dari budaya berfikir yang positif, kreatif dan terbuka. Di samping ,menggunakan akal secara terbimbing, dengan panduan dan bimbingan wahyu. Umat Islam menjadi umat yang kreatif tetapi selektif, pereka bukan penciplak, pencipta bukan sekadar pengguna dengan asas dan prinsip berfikir yang dibekalkan oleh al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang benar itu.

Dengan itu, umat Islam bukan hanya muncul sebagai penerus kepada sesuatu tamadun atau pencapaian telah sedia ada, tetapi berperanan sebagai pengukuh kapada tamadun yang ada. Malah, dalam bidang-bidang tertentu khususnya dalam bidang sains dan teknologi umat Islam pula telah berperanan sebagai peneroka yang hebat, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Sina dalam bidang perubatan dan juga al-Khawarizmi dalam bidang metematik, dan bidang-bidang yang lain.

Peraturan dan Akhlak

Tamadun, sesunguhnya tidak dapat dipisahkan dari akhlak dan peraturan. Hal yang sedemikian telah ditegaskan oleh sarjana ketamadunan Ibnu Khaldun (1960) yang menyatakan bahawa, "kezaliman itu membinasakan tamadun", dan ia membawa maksud "keadilan akan melindungi tamadun". Pastinya penegasan ini berkait dengan akhlak dan peraturan., serta kaitannya dengan sesebuah tamadun

Yang jelasnya bagaimana mungkin keadilan dapat ditegakkan, dan kezaliman dapat dihindarkan tanpa adanya undang-undang dan akhlak yang mulia dalam sesebuah masyarakat. Selanjutnya Ibnu Khaldun (1960) ,menegaskan beberapa fenomena kezaliman, yang boleh meruntuhkan sesebuah tamadun. Katanya, "sesiapa yang mengambil harta orang lain, atau menggunakan seseorang untuk kerja paksa, atau mengemukakan suatu pendakwaan yang tidak berasas, atau melakukan sesuatu yang tidak selaras dengan undang-undang ia sudah melakukan kezaliman. Begitu juga dengan orang yang memungut cukai yang tidak selayaknya, juga melakukan kezaliman, begitu juga halnya perbuatan yang mcnafikan hak orang lain juga menunjukkan yang ia sudah nyata melakukan kezaliman".

Muhamad Asad (1983), menegaskan bahawa "syariah adalah satu aspek yang amat penting bagi tamadun".Dan seterusnya dengan nada yang lebih tegas dan mendaiam lagi beliau menyatakan bahawa, "nasib umat Islam berkait rapat dengan undang-undang yang dikanunkan, kerana tamadun Islam dibina atas asas-asas yang dibekalkan oleh syariah sahaja". Nyatalah keadilan menurut neraca Islam, berkait langsung dengan penghayatan umat Islam terhadap nilai, prinsip dan tuntutan syariah, sebagaimana yang ditegaskan oleh Muhamad Asad di atas.

Kepentingan peraturan dan akhlak yang menjadi teras dan intipati Islam dan juga tamadun Islam ditegaskan oleh Muhammad Abduh (1974) yang antara lainya manyatakan, "keterikatan kepada nabi-nabi dan petunjuk agama membekalkan asas kepada pembinaan tamadun yang utuh, kerana peningkatan nilai kerohanian akan membawa kesan yang positif kepada kemajuan kebendaan".

170

Page 18: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Persoalan Ins an, Nilai dan Pemblnaan Tamadun

Sesungguhnya peraturan , akhlak dan nilai-nlai positif yang diperkenalkan oleh Islam merupakan di antara ramuan penting bagi kelahiran sebuah tamadun. Tanpanya tamadun tidak dapat ditegakkan dengan sempurna. Atau, tanpanya tamadun yang cemerlang amat sukar untuknya meneruskan jangka hayatnya atau dipertahankan.

Dapatlah ditegaskan, bahawa tamadun itu bukanlah satu fenomena kebetulan. Ia merupakan satu yang diusahakan. Ia manefestasi kecemerlangan sesebuah masyarakat atau ummat. Ia merupakan satu penghasilan dari pelbagai sumber yang diadun yang melibatkan seluruh unsur sebagaimana yang ditegasakan oleh Malek Bin Nabi (1969), iaitu faktor, manusia-tanah-masa. Namun faktor manusialah yang paling mempengaruhi atau dominan. Oleh itu manusia yang mempunyai watak "pembina tamadun" perlu menghayati ketauhidan yang tulen dan menghayatinya dalam seluruh bidang dan dimensi kehidupannya. Ditambah pula dengan keilmuan yang benar dan mantap, dikukuhkan pula dengan kesungguhan dan istiqamah serta budaya betfikir yang positif. Semua faktor tersebut dibimbing dipandu pula oleh akhlak dan peraturan yang kukuh berteraskan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, yang memungkinkan akan lahirnya apa yang dikatakan sebagai "tamadun" dalam erti kata yang sebenar.

Kesimpulan

Memahami konsep manusia, nilai dan tamadun merupakan satu perbincangan yang penting. Islam mempunyai perspektif yang jelas dan tepat tentang persoalan tersebut. Tanpa memahami persoalan tersebut, atau memahaminya menurut perspektif yang kabur dan salah akan menjadikan kehidupan manusia dan tamadunnya kehilangan arah. Tentunya, dengan pemahaman yang betul ia bukan hanya melahirkan sebuah tamadun yang unggul, tetapi juga dapat memberi manfaat kepada manusia dan dunia sejagat.

Rujukan

ALQur'an dan Terjemahannya

Abdul Latif bin Muda.(1983) Pemikiran Islam Manghadapi Cabaran. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ahmad Abdul Rahim al-Sayeh (1991). Makrifat Dalam Islam (trj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Franz Rosenthal.(1992). Keagungan Ilmu (trj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Harun Nasution.(1985) "Kedudukan Akal Dalam Islam" dim As-Shahid. Vol 1 No 2, Singapura: Himpunan Mahasiwa Islam (HMI).

Hassan Langgulung.(1990) Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ibnu Khaldun, (1960). Al-Muqaddimah. Kahirah: Darul Fikr

Ismail al-Fariqi. (1985). Islamic Da'wah : Its Nature and Demand. Indianapolis USA: Amarican Trust Publication.

171

Page 19: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

Rasid Muhamad

Muhammad Abdul Jabbar Beg.(1979). Islamic and Western Concepts of Civilization. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Muhammad Kamal Hassan.(992). "Pembinaan Bangsa Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi Dalam Sebuah Nagara Maju" dim Kongres Menjelang Abad21: Islam dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Malek Bin Nabi (1969) Syurut an-Nahdhah. Bierut: Darul Fikr

Muhammad Asad. (983) Islam Di Persimpangan Jalan (trj). Bandung: Penerbitan Bandung.

Mhammad NdXs\r.(\99\).Pesan Perjuangan Seorang Bapak. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam (DPI).

Muhammad Abduh.(974) Tafsir al-Manar, Kahirah : Dar Halabi

Muhammad Fadhil Asyur. (1993). Ruh aljiadharah al-Islamiyyah. Virginia USA : HIT

Muhammad Rashid Ridha. (1991) Wahyu Ilahi (trj). Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka (DBP).

Muhammad Sulaiman Hj Yasin (1983) Empat Konsepsi Asas Dalam Islam, Kajang: ar -Rahmaniah

Murtadha Mutahhari (1983). "Islamic Philosophy of History" dalam As-Shahidyol .no 2, Singapura: Muslim Youth Assembly. Hal 105-132.

Rasid Muhamad.(1996). Matra Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Rasid Muhamad.(19930. Tamadun Islam : Konsep, Pengaruh dan Masa Depan. Ipoh Perak: Arena ILmu Sdn Bhd.

Roger Garaudy.(1984) Janji-Janji Islam (trj). Jakarta : Penerbitan Bulan Bintang.

Siddiq Fadil (1998). Minda Melayu Baru, Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar (IKD).

Siddiq Fadil (2003). Persapektif Qur'ani : Siri Wacana Tematik. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Syed Waqar al-Husaini.(1986) Islamic Science and Public Policy : Lesson From History of Science. Kuala Lumpur: S Waqar al-Husaini.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1977). Islam : Faham Agama dan Asas Akhlak, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Yusuf al-Qaradhawi 1996. Wawasan Islam antara Keaslian dan Kemodenan, (trj), Kuala Lumpur: Thingker's Library Sd. Bhd.

Yusuf al-Qaradhawi (1998). Islam Teras Tamadun Masa Depan (trj), Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

RASID MUHAMAD, CITU, Universiti Teknologi MARA Pahang. [email protected]

172

Page 20: O Defamation Revisited and the Concept and Punishment of ...ir.uitm.edu.my/11022/1/PRO_RASID MUHAMAD C 09.pdf · Polisiklik (PAH) dalam Air, Sedimen & Tanah Siti Norhafizah Khazaai

'Data Rich, Information Poor'Phenomenon: Obstacle to Effective Information Management Mohd Amli Abdullah @ Baharum

Comparative Study of Residential Roof Truss Construction Methods: Prefabrication and Built Onsite Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani & Fadhluhartini Muftah

Cold Formed Steel and Buckling Criteria of Cold Formed Steel Purlins Fadhluhartini Muftah & Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani

Social Responsibility: The Involvement of Entrepreneurs and Organisations Jahjaiton Arsad & Rohana Awang

e-Lawatan Akademik:Satu Kajian Awalan melalui Konsep Kumpulan InovatifdanKreatif(KIK) Khairi Khalid, Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani, Mohd Fairuz Bachok, Mohd Risham Ja'afar, Wan Zukri Wan Abdullah, Ahmad Rasidi Osman, Mohd Razmi Zainudin, Rohaya Alias, Fadhluhartini Muftah, Nor Maslina Mohsan & Noraida Mohd Saim

The Benefits of Using Industrialised Building System (IBS) in Our Construction Industry Wan Zukri Wan Abdullah

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Pengurusan danTeknologi Pejabat: Satu Cadangan Siti Khalijah Majid

m