nothing

25
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT Author’s full name : MOHD FAIZ BIN YUSOF Date of birth : 16 MAC 1987 Title : KAJIAN TERHADAP JENIS, PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH BAIK PULIH KERETAKAN PADA STRUKTUR KONKRIT DI UTM SKUDAI Academic Session : 20092010/2 I declare that this thesis is classified as : I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows: 1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange. Certified by : SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR 870316-11-5779 EN. JALIL BIN OMAR (NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)* OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text) NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

description

again

Transcript of nothing

Page 1: nothing

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : MOHD FAIZ BIN YUSOF

Date of birth : 16 MAC 1987

Title : KAJIAN TERHADAP JENIS, PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH

BAIK PULIH KERETAKAN PADA STRUKTUR KONKRIT DI

UTM

SKUDAI

Academic Session : 20092010/2

I declare that this thesis is classified as :

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.

2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the

purpose of research only.

3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

870316-11-5779 EN. JALIL BIN OMAR

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : MOHD FAIZ BIN YUSOF

Date of birth : 16 MAC 1987

Title : KAJIAN TERHADAP JENIS, PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH

BAIK PULIH KERETAKAN PADA STRUKTUR KONKRIT DI UTM

SKUDAI

Academic Session : 20092010/2

I declare that this thesis is classified as :

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.

2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose

of research only.

3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

870316-11-5779 EN. JALIL BIN OMAR

(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR

Date : 19 APRIL 2010 Date : 19 APRIL 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret

Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the

organization where research was done)*

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access

(full text)

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from

the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

Page 2: nothing

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”

Page 3: nothing

KAJIAN TERHADAP JENIS, PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH BAIK PULIH

KERETAKAN PADA STRUKTUR KONKRIT DI UTM SKUDAI

MOHD FAIZ BIN YUSOF

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 4: nothing

STUDY ON TYPES, CAUSES AND METHODS OF REPAIR IN CRACKING

CONCRETE STRUCTURES IN UTM SKUDAI

MOHD FAIZ BIN YUSOF

A report submitted in partial fulfillment of the

requirement for the award of the degree of

Bachelor Degree in Civil Engineering

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 5: nothing

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”

Page 6: nothing

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan rahmat kemurahan Allah tesis ini (Projek Sarjana Muda) dapat

disiapkan dengan lengkap dan sempurna bagi tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan Awam.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada En. Jalil Bin Omar selaku penyelia bagi

projek ini yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan bantuan sepanjang tempoh

kajian dibuat sehingga terhasilnya laporan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan seperjuangan, Nur Hajar Aswadi Bin

Mat Zin yang telah turut sama membantu memberikan pandangan-pandangan yang berguna,

idea-idea yang bernas di dalam menyiapkan dan melengkapkan laporan ini dengan jayanya.

Tidak dilupakan juga kepada keluarga yang tercinta, ibubapa serta ahli keluarga yang lain

yang telah banyak memberikan semangat dan nasihat serta doa yang amat berguna dalam

mencapai cita-cita yang diimpikan untuk menjadi seorang yang berguna untuk diri sendiri,

masyarakat serta negara.

Page 7: nothing

ABSTRAK

Penggunaan konkrit di dalam sesuatu struktur bangunan telah digunakan secara meluas

khususnya di Malaysia. Namun begitu, sesuatu struktur konkrit itu akan selalu terdedah kepada

pelbagai faktor yang akan menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan. Projek Sarjana

Muda ini bermatlamatkan untuk mengenalpasti jenis-jenis dan punca-punca keretakan yang

berlaku termasuklah kaedah baikpulih yang boleh dilakukan dengan menggunakan struktur

bangunan UTM Skudai yang berusia kurang daripada 10 tahun sebagai skop kajian. Metodologi

yang dilakukan di dalam kajian ini adalah kajian literatur, lawatan ke tapak kajian serta

temuramah dengan jurutera awam di Pejabat Harta Bina, UTM Skudai. Hasil daripada lawatan

ke tapak kajian yang telah dilakukan didapati keadaan struktur bangunan konkrit di UTM Skudai

yang berusia kurang daripada 10 berada didalam tahap yang sederhana.

Page 8: nothing

ABSTRACT

The use of concrete in a building structure has been widely used, especially in Malaysia.

However, a concrete structure that will always be vulnerable to a variety of factors that will lead

to deterioration and damage. This project is aimed at identifying the types and causes of

fractures that occur, including the method of repair can be done by using the structure of the

UTM Skudai-old building is less than 10 years as the scope of the study. The methodology

undertaken in this study is the literature review, visits to research sites as well as interviews with

civil engineer in the Pejabat Harta Bina, UTM Skudai. Results from the study site visits were

made available in the concrete building structure UTM Skudai aged less than 10 are in medium

level.

Page 9: nothing

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN i

HALAMAN PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI GAMBAR FOTO xi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Objektif Kajian 3

1.3 Skop Kajian 4

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 5

2.2 Konkrit 7

2.2.1 Konkrit In-Situ 7

2.2.2 Konkrit Pratuang 7

2.3 Keretakan Pada Konkrit 8

2.4 Faktor Kemerosotan Struktur 10

Page 10: nothing

2.4.1 Kesilapan Rekabentuk 11

2.4.2 Kesilapan Semasa Pembinaan 15

2.4.3 Masalah Mutu Bahan Binaan 17

2.4.4 Masalah Geoteknik 19

2.4.5 Masalah Yang Tidak Dapat Diramalkan 21

2.4.5.1 Kesan Letupan 22

2.4.5.2 Kesan Kemalangan 23

2.4.5.3 Kesan Gempa Bumi 24

2.4.5.4 Kesan Kebakaran 25

2.5 Faktor Kemerosotan Konkrit 27

2.5.1 Tindakan Kimia 28

2.5.1.1 Serangan Sulfat 28

2.5.1.2 Serangan Asid 31

2.5.1.3 Serangan Alkali 32

2.5.1.4 Pengaratan Tetulang Keluli 34

2.5.2 Tindakan Fizikal 38

2.5.3 Tindakan Biologi 40

2.6 Kaedah Baik Pulih Pada Struktur Konkrit 40

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 41

3.2 Gambar Rajah Aliran Kajian 42

3.3 Latar Belakang Kajian 43

3.4 Pengumpulan Data Kajian 43

3.4.1 Kajian Literatur 44

3.4.2 Lawatan Tapak 44

3.4.3 Sesi Temuramah 45

3.5 Sampel Kajian 45

3.6 Analisis Data Kajian 46

3.7 Kesimpulan dan Cadangan 46

BAB 4 ANALISIS DATA

Page 11: nothing

4.1 Pengenalan 47

4.2 Data Kajian 48

4.3 Pembahagian Kemerosotan Dan Kerosakan 48

Struktur Konkrit

4.4 Kemerosotan Dan Kerosakan Pada Struktur 53

Konkrit Mengikut Lokasi Struktur

4.4.1 Komponen-Komponen Struktur 54

Bangunan Konkrit

4.5 Kemerosotan Dan Kerosakan Pada Struktur 58

Konkrit Mengikut Jenis Kerosakan

4.5.1 Kemerosotan Dan Kerosakan Dari 60

Segi Fizikal

4.5.2 Kemerosotan Dan Kerosakan Dari 63

Segi Pergerakan Bangunan

4.5.3 Kemerosotan Dan Kerosakan Dari 67

Segi Kimia

4.5.4 Kemerosotan Dan Kerosakan Dari 70

Segi Plastik

4.5.5 Kemerosotan Dan Kerosakan Dari 73

Segi Struktur

4.5.6 Kemerosotan Dan Kerosakan Dari 75

Segi Termal

4.6 Kemerosotan Dan Kerosakan Pada Struktur Konkrit 78

Mengikut Tahap Kerosakan

4.7 Kaedah Baik Pulih 79

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Page 12: nothing

5.1 Pendahuluan 81

5.2 Kesimpulan 82

5.3 Cadangan 83

RUJUKAN 85

LAMPIRAN 88

Page 13: nothing

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK JADUAL MUKA SURAT

2.1 Penerangan bagi jenis keretakan pada rajah 2.1 9

2.2 Had kandungan klorida di dalam jenis konkrit 37

4.1 Analisis kemerosotan dan kerosakan pada struktur 49

konkrit mengikut lokasi struktur, jenis dan tahap

4.2 Jumlah kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit 53

yang berlaku mengikut lokasi

4.3 Penerangan kepada komponen-komponen struktur 54

bangunan konkrit

4.4 Jumlah kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit 59

yang berlaku mengikut jenis

4.5 Jumlah kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit 78

yang berlaku mengikut tahap

Page 14: nothing

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK RAJAH MUKA SURAT

2.1 Lakaran jenis keretakan yang boleh berlaku pada 8

struktur konkrit

2.2 Rajah menggambarkan mekanisma keretakan akibat 12

pembebanan

2.3 Menunjukkan sebahagian daripada pelan bangunan 16

2.4 Kesan daripada haba ke atas kekuatan dan modulus konkrit 26

2.5 Mekanisme kerosakan yang disebabkan oleh serangan sulfat 29

2.6 Rajah mekanisma tindak balas alkali-silika 33

4.1 Peratus kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit mengikut 54

lokasi

4.2 Peratus kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit mengikut 59

jenis

4.3 Ilustrasi pengaratan tetulang 68

4.4 Peratus kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit mengikut 79

tahap

Page 15: nothing

SENARAI GAMBAR FOTO

NO. TAJUK GAMBAR FOTO MUKA SURAT

2.1 Menunjukkan tiang yang gagal 14

2.2 Menunjukkan tiang yang disokong oleh kayu dan bata 17

2.3 Runtuhan berturut-turut yang berlaku akibat daripada 22

kesan letupan

2.4 Menunjukkan runtuhan bangunan disebabkan oleh kesan 24

perlanggaran

2.5 Serangan sulfat pada tembok penahan 30

2.6 Serangan sulfat pada tiang struktur marin 30

2.7 Pembentukan keretakan peta pada permukaan konkrit hasil 33

daripada tindak balas alkali-silika

2.8 Pengaratan tetulang keluli pada konkrit 35

2.9 Serangan biologi (alga) pada konkrit 40

4.1 Pengecutan kering di CICT 60

4.2 Pengecutan kering di Kompleks Sukan 61

4.3 Pengecutan kering di UB1-Kolej 10 61

4.4 Masalah “Crazing” di M47-Fakulti Kejuruteraan Awam 62

4.5 Masalah “Crazing” di S45-Fakulti Tamadun Islam 63

4.6 Masalah pergerakan bangunan di Institut Ibnu Sina 65

4.7 Masalah pergerakan bangunan di Institut Ibnu Sina 65

4.8 Masalah pergerakan bangunan di CICT 66

4.9 Masalah pergerakan bangunan di L50-Dewan Kuliah 66

4.10 Masalah pergerakan bangunan di M47-Fakulti 67

Page 16: nothing

Kejuruteraan Awam

4.11 Masalah kimia di CICT 69

4.12 Masalah kimia di L50-Dewan Kuliah 69

4.13 Masalah kimia di U9-Rumah Tamu 70

4.14 Masalah plastik di CICT 71

4.15 Masalah plastik di M47-Fakulti Kejuruteraan Awam 72

4.16 Masalah plastik di UB1-Kolej 10 72

4.17 Masalah plastik di UB1-Kolej 10 73

4.18 Masalah struktur di CICT 74

4.19 Masalah struktur di U9-Rumah Tamu 74

4.20 Masalah struktur di U9-Rumah Tamu 75

4.21 Masalah termal di CICT 76

4.22 Masalah termal di S46-Kolej Tuanku Canselor 77

4.23 Masalah termal di UB1-Kolej 10 77

Page 17: nothing

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di dalam dunia industri pembinaan khususnya di Malaysia, penggunaan konkrit di dalam

struktur binaan telah digunakan secara meluas kerana kelebihan yang dapat diberikan atau

disediakan oleh bahan tersebut. Penggunaan konkrit di dalam industri pembinaan secara global

dilaporkan pada tahun 1997 berjumlah 5 juta tan setiap tahun. Ia dipercayai mula digunakan oleh

orang-orang Arab Mesir kira-kira 2000 tahun sebelum Masihi (SM). Bangunan konkrit paling

tua dan diketahui masih wujudd adalah Pantheon di Rom pada tahun 270 SM. Keupayaan

bangunan ini bertahan selama lebih 2000 tahun menggambarkan konkrit merupakan bahan

binaan yang tahan lasak.

Penggunaan konkrit sebagai bahan binaan utama ini disebabkan sifat sifatnya yang tahan

lasak semasa perkhidmatan, murah, mudah dibentuk mengikut kehendak estetik, bahan

campuran yang mudah didapati, pelindung utama kepada tetulang daripada berkarat dan juga

dari segi kekuatan mampatannya. Secara kasar ia mempunyai kos lebih efektif berbanding

dengan bahan struktur lain dan akan memberikan tahap perkhidmatan yang baik dalam tempoh

masa yang lama. Ciri-ciri ini telah mendorong orang ramai memilih konkrit di dalam binaan

mereka disamping faktor ekonomi dan kecantikan. Tidak hairanlah struktur konkrit yang dibina

sejak zaman dahulu kala masih kekal sehingga ke hari ini.

Page 18: nothing

Walau bagaimanapun penggunaannya yang meluas dalam pelbagai keadaan dan tempat

tidak menyebabkannya terlepas dari masalah. Masalah keretakan, pecah, cacat permukaan dan

kegagalan menanggung beban merupakan masalah yang biasa dialami oleh struktur konkrit.

Dilaporkan bahawa kos untuk membaik pulih kerosakan konkrit di Amerika Syarikat sendiri

mencapai antara satu hingga tiga trillion dolar dan dijangka meningkat pada masa akan datang.

Oleh yang demikian kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk memahami dan mengatasi

masalah-masalah ini. Dengan adanya kajian lanjutan ini, tahap dan mutu konkrit diharapkan

dapat dipertingkatkan disamping meningkatkan tahap keselamatan penggunaannya.

Konkrit yang mempunyai kekuatan serta ketahanlasakan yang tinggi tidak menjamin

keselamatannya seandainya faktor-faktor keselamatan tidak diambil kira. Konkrit yang terdedah

kepada persekitaran seperti perubahan iklim, serangan kimia dan faktor-faktor lain akan mudah

terubah sifatnya. Perubahan sifat ini akan memberi kesan secara langsung terhadap kekuatan dan

ketahanlasakannya.

Pada masa ini banyak kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti ciri-ciri dan tingkah

laku sebenar konkrit. Ini kerana, konkrit yang digunakan mempunyai sifat dan tingkat laku

berbeza disebabkan pelbagai faktor. Faktor-faktor ini kebiasaannya akan menyebabkan

perubahan yang drastik terhadap kekuatan dan ketahanlasakan konkrit. Keadaan ini seterusnya

akan memberi masalah utama terhadap kestabilan dan keselamatan struktur konkrit. Di dalam

keadaan sekarang, konkrit yang dihasilkan seharusnya mempunyai kualiti yang baik dari segi

kekuatan, tahan lasak serta kebolehkerjaannya dan dalam masa yang sama mempunyai kos masa

dan tenaga yang lebih efektif. Ini penting kerana faktor-faktor ini akan menyebabkan konkrit

tetap terus digunakan sebagai komponen utama dalam bidang binaan dan kejuruteraan awam.

1.2 Objektif Kajian

Page 19: nothing

Kajian ini dijalankan sepenuhnya melalui penyelidikan dengan objektif-objektif berikut:

a) Mengelaskan kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit yang berlaku di UTM Skudai.

b) Menganalis punca-punca kemerosotan dan kerosakan struktur konkrit yang berlaku di UTM

Skudai.

c) Menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk membaik pulih struktur

konkrit di UTM Skudai yang telah mengalami kemerosotan dan kerosakan.

1.3 Skop Kajian

Kajian yang akan dilakukan hanya akan tertumpu kepada struktur konkrit di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai yang mana berusia kurang daripada 10 tahun. Semua struktur

bangunan konkrit yang ada di UTM Skudai yang berusia kurang daripada 10 tahun akan

dikenalpasti dan disenaraikan untuk dijadikan sebagai sampel kajian.Hasil daripada senarai

struktur bangunan konkrit yang ada di UTM Skudai yang berusia kurang daripada 10 tahun akan

ditapis untuk mencari sampel yang terbaik untuk dibuat kajian.

Kajian terhadap sampel struktur bangunan konkrit UTM Skudai yang berusia kurang

daripada 10 tahun yang telah dipilih akan dianalisis dalam pelbagai aspek. Antaranya adalah dari

segi tahap kerosakan yang telah berlaku, lokasi-lokasi struktur yang berlaku kerosakan dan juga

jenis-jenis kerosakan yang telah berlaku.

Page 20: nothing

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Suatu struktur itu dikatakan mengalami kerosakan atau kegagalan apabila ia gagal

menjalankan fungsinya pada suatu jangka hayat yang diharapkan. Secara amnya, kerosakan

struktur berlaku akibat daripada rangkaian kesilapan, kelalaian, kesalahfahaman dan juga

ketidakjujuran dalam melaksanakan kerja[1].

Kekuatan suatu struktur konkrit akan merosot jika konkrit tersebut tidak direka bentuk

dengan baik bagi menangani persekitaran yang dialaminya. Di antara faktor utama yang

menyebabkan kerosakan konkrit adalah pengaratan tetulang, tindak balas alkali-silika, tindakan

pembekuan dan pencairan, serangan kimia dan suhu yang tinggi[2].

Projek pembinaan akan melalui empat fasa asas yang mana kecacatan atau kerosakan

mungkin akan berlaku pada salah satu daripadanya. Jika masalah timbul pada salah satu daripada

fasa ini, ia akan turut mempengaruhi keseluruhan projek pembinaan tersebut. Empat fasa tersebut

adalah[3] :

1. Konsep dan kebolehlaksanaan.

2. Reka bentuk, perincian dan spesifikasi.

Page 21: nothing

3. Mutu, kawalan kerja, pengawasan dan pemeriksaan daripada penyelia.

4. Pemilikan dan penggunaan.

Setiap daripada empat fasa tersebut hendaklah disertai dengan pengetahuan (latihan dan

pendidikan), pengalaman, dan pengawalan mutu dengan baik.

Sesetengah projek berada di dalam keadaan yang amat menakutkan di mana reka bentuk

dan spesifikasinya tidak dibuat mengikut prosedur yang betul dan boleh membawa kepada

kerosakan dan keruntuhan struktur tersebut. Sebahagiannya pula ada yang mempunyai reka

bentuk yang sempurna tetapi tidak dilaksanakan dengan baik. Dan terdapat juga bangunan yang

telah siap dibina mengalami pengubahsuaian, penambahan beban, kekurangan pembaikpulihan

dan kekurangan perlindungan daripada iklim dan alam sekitar[3].

2.2 Konkrit

Konkrit adalah bahan komposit yang terdiri daripada butiran kasar (batu baur) dan bahan

matriks (simen) yang memenuhi ruang di antara butir batu baur dan melekatkannya[4]. Konkrit

merupakan bahan binaan yang sesuai digunakan dalam apa jua pembinaan dengan banyak

kelebihan dan juga kelemahan[3]. Ia boleh dihasilkan di tapak bina dengan atau tanpa tetulang

keluli, atau melalui pra-tuang konkrit dengan tetulang keluli atau prategasan.

2.2.1 Konkrit In-Situ

Page 22: nothing

Konkrit in-situ merupakan jenis yang sering kali digunakan di dalam industri pembinaan.

Selepas proses pencampuran, konkrit berada dalam keadaan separa cair dan dituang ke dalam

acuan yang telah disediakan terlebih dahulu. Ia seterusnya akan diawet sehingga mencapai

kekuatan yang dikehendaki. Sifatnya membolehkan konkrit dapat dibuat dalam apa jua bentuk

yang dikehendaki.

2.2.2 Konkrit Pratuang

Berbanding konkrit in-situ, konkrit pra-tuang dihasilkan di kilang dengan

kelengkapannya yang tersendiri. Kualiti konkrit seterusnya dapat dikawal di tempat pembuatan

sebelum dibawa ke tapak bina.

2.3 Keretakan Pada Konkrit

Jenis keretakan pada konkrit, lokasi keretakan dan puncanya boleh digambarkan secara

ringkas melalui Rajah 2.1 dan Jadual 2.1. Kesemua jenis keretakan ini boleh berlaku pada

struktur konkrit jika langkah berjaga-jaga tidak diambil dalam setiap proses pembinaan. Oleh

yang demikian, penekanan haruslah diberikan kepada kawalan kualiti bagi bahan binaan dan

mutu kerja bagi mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

Page 23: nothing

Rajah 2.1 : Lakaran jenis keretakan yang boleh berlaku pada struktur konkrit.

Jenis

Keretakan

Simbol

Pada

Rajah

Lokasi

Keretakan

Faktor

Primer

Faktor

Sekunder

Tempoh

Keretakan

Muncul

Pengecutan

Plastik

1 Papak Proses

penguapan

yang pantas

Penjujuhan

30 minit

hingga 6

jam

2 Papak

3 Papak

Pengaratan

Tetulang 3

Rasuk dan

papak

Kekurangan

penutup

Konkrit

berkualiti

rendah

Selepas 2

tahun

Pengendapan

Plastik

4 Dalam

seksyen Penjujuhan

10 minit

hingga 3

jam 5 Bahagian

atas tiang

Page 24: nothing

6 Pada papak

wafel

Pergerakan

Subgred 7

Papak atau

asas

Kelemahan

subgred

Pada bila-

bila masa

Pengecutan

Kering 8

Papak dan

dinding

Sambungan

yang tidak

berkesan

Selepas

beberapa

minggu

atau bulan

‘Crazing’

9 Dinding Acuan yang

tidak telap

Proses

penjujuhan

yang tidak

mencukupi

Semasa

proses

pengerasan

konkrit 10 Papak

Lebihan

kemasan

Pengecutan

Terma Awal

11 Papak atau

dinding

Pengekangan

pada

pergerakan

terma

Penyejukan

pantas

1 hari

hingga 2-3

minggu

12 Unsur tebal

Perbezaan

suhu

berlebihan

13 Pada

tetulang

Pengekangan

pada

pergerakan

terma

Pembebanan

lebihan 14

Lazimnya

pada papak

Pembebanan

yang

berlebihan

1-2 hari

Jadual 2.1 : Penerangan bagi jenis keretakan pada rajah 2.1.

Page 25: nothing

2.4 Faktor Kemerosotan Struktur

Beberapa faktor yang boleh membawa kepada kerosakan struktur adalah seperti berikut:

1. Kesilapan reka bentuk.

2. Kesilapan semasa pembinaan.

3. Masalah mutu bahan binaan.

4. Masalah geoteknik.

5. Masalah yang tidak dapat diramalkan.

2.4.1 Kesilapan Rekabentuk

Kerosakan tidak hanya dilihat pada struktur yang mengalami keruntuhan, tetapi juga

apabila struktur tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki seperti berlaku

pemendapan, perubahan bentuk, keretakan dan perubahan penjajaran. Kesilapan reka bentuk

boleh berlaku dengan mudah kerana kesemua data reka bentuk berada di dalam dokumen

kontrak seperti lukisan dan spesifikasi[3]. Sebarang kesilapan atau kelalaian boleh berlaku

daripada pereka bentuk sama ada arkitek mahupun jurutera.

Kesilapan boleh berlaku semasa membuat andaian jumlah beban dan diikuti dengan

kelalaian semasa membuat perincian, ketidakprihatinan pada sambungan di antara dua anggota,

kedudukan dan saiz tetulang yang tidak betul dan pengabaian pada kesan pengembangan dan

pengecutan bahan.