nota ETN 203
-
Upload
eqynr-noor -
Category
Documents
-
view
2.323 -
download
115
description
Transcript of nota ETN 203
ETN 203
Unit Tek. Elektronik KVBP 1 /
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIKNOTA
PROGRAM / PROGRAMME
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOD MODUL / MODUL CODE
ETN 203
SEMESTER / SEMESTER
02 (DUA)
TAJUK MODUL / MODUL TITLE
ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI /COMPETENCY NO. AND STATEMENT
K01K02K03K04K05
REPAIR FAULTY RADIOREPAIR FAULTY TVREPAIR FAULTY HI-FIREPAIR FAULTY PUBLIC ADDRESSPERFORM HI-FI STEREO PREVENTIVE MAINTENANCE
HASIL PEMBELAJARAN / MODULE OUTCOMES
Pada akhir modul ini, para pelajar dapat;-
Mengamalkan peraturan keselamatan Menyediakan peralatan ujian untuk mengesan kerosakan Mengendalikan yang sesuai untuk peralatan ujian Mentafsir gambarajah skema radio, televisyen, HI FI dan sistem siaraya Menyelaras fungsi alat kawalan jauh pengguna Mengenal pasti punca kerosakan dan mengesan lokasi kerosakan. Membaiki radio, televisyen, HI FI dan sistem siaraya Mengganti komponen yang rosak Melakukan ujian kebolehkhidmatan Menyediakan laporan pengesanan kerosakan dan pembaikan kerosakan
NAMA PELAJAR / STUDENT'S NAME
KELAS / CLASS
NO KAD PENGENALAN/NRIC
NAMA PENSYARAH / LECTURER’S NAME
ENCIK JAMIL BIN SALLEH
PUAN NOORASEKEN BINTI MOHAMED NOOR
TANDATANGAN / SIGNATURE
ETN 203
MAKLUMAT
PENERIMA RADIO
Penerima radio adalah satu alat komunikasi yang berupaya untuk menerima gelombang electromagnet dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio.
RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM
PEMODULATANPemodulatan adalah proses penggabungan isyarat maklumat (audio) dan pembawa frekuensi tinggi untuk tujuan pemancaran isyarat. Terdapat dua jenis pemodulatan iaitu pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi.
Jadual 7.1 menunjukkan bentuk gelombang dalam pemodulatan amlpitud dan pemodulatan frekuensi.
Jadual : 1: dua jenis pemodulatanJENIS
PEMODULATAN
ISYARATMAKLUMAT
ISYARATPEMBAWA
BENTUK ISYARAT PEMODULATAN PENERANGAN
Pemodulatan Amplitud(AM)
Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa berubah mengikut isyarat atau maklumat.
Pemodulatan Frekuensi(FM)
Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa adalah tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau maklumat.
Unit Tek. Elektronik KVBP 2 /
TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI K01 REPAIR FAULTY RADIO
TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM
NAMA : KELAS :
Info Khas
Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio yang baik ialah :i. Kepekaan tinggi (High sensitivity).ii. Kepemilihan tinggi (High
selectivity).iii. Kesetiaan tinggi (High fidelity
atau Hi-Fi).
ETN 203
i. RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AMRajah 1 menunjukkan gambarajah blok penerima radio AM.
Rajah 1 : Rajah blok penerima radio AM
ii. RAJAH BLOK PENERIMA RADIO FMRajah 2, menunjukkan dua gambarajah blok penerima radio FM.
(a)
(b)
Rajah 2 : Rajah blok penerima radio AM (a) pengesan FM : menggunakan pengesan nisbah(b) pengesan FM : menggunakan penghad dan pembezalayan
Unit Tek. Elektronik KVBP 3 /
Info khas
Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga dipanggil sebagai peringkat Penukar
Info khas
Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) dan penguat audio biasanya mengandungi lebih dari satu peringkat
ETN 203
Jadual 2, menunjukkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.
Jadual 2
BIL PERINGKAT FUNGSIMAKLUMAT / FREKUENSI
PENERIMA RADIO AM
PENERIMA RADIO FM
1 Antena Menerima isyarat yang dipancarkan oleh pemancar
2 Penguat frekuensi radio (RF)
Memilih satu isyarat yang dikehendaki dan menguatkan isyarat tersebut.
Isyarat termodulat530KHz hingga 1600KHz
Isyarat termodulat88MHz hingga 108MHz
3 Pengayun tempatan
Menjana frekuensi IF melebihi frekuensi RF yang masuk (FO = IF + RF)
455KHz + 530KHz = 985KHzhingga455KHz + 1600KHz = 2055KHz(985KHz hingga 2055KHz)
10.7MHz + 88MHz = 98.7MHzhingga10.7MHz + 108MHz=118.7MHz(98.7MHz hingga 118.7MHz)
4 Pencampur Menerima isyarat dari penguat RF dan pengayun tempatan.Rujuk rajah 3
Frekuensi :i. RFii. IF + RFiii. RF + FO
iv. FO - RF
Frekuensi :i. RFii. IF + RFiii. RF + FO
iv. FO - RF
5 Penguat frekuensi perantaraan (IF)
Hanya menerima frekuensi IF sahaja dan menguatkannya.
Frekuensi termodulat455KHz
Frekuensi termodulat10.7MHz
6 Pengesan AM
Proses menyahmodulat isyarat termodulat AM untuk menghasilhan isyarat audio.
Masukan : 455KHzKeluaran : isyarat audio
7 Pengesan FM
Proses menyahmodulat isyarat termodulat FM untuk menghasilhan isyarat audio.
Masukan : 10.7MHzKeluaran : isyarat audio
8 Penguat frekuensi audio
Menguatkan frekuensi audio untuk memacu pembesar suara.
9 Pembesar suara
Menukar tenaga elektrik kepada tenaga bunyi.
Unit Tek. Elektronik KVBP 4 /
ETN 203
10 Kawalan gandaan automatic (KGA)
Mengawal gandaan penguat RF dan IF secara automatic supaya isyarat pada keluaran sentiasa stabil walaupun kekuatan isyarat yang diterima berubah.
Voltan DC pada keluaran pengesan disuap balik ke peringkat penguat RF dan IF
11 Kawalan frekuensi automatik
Mengawal frekuensi pengayun tempatan supaya pengayun tempatan menjana frekuensi ayunan yang betul.
Voltan DC yang terhasil pada keluaran pengesan FM di suap balik ke peringkat pengayun tempatan atau penukar.
12 Bekalan kuasa
Membekalkan voltan DC kepada semua peringkat dalam penerima radio.
Rajah 3 : Empat frekuensi terhasil pada keluaran pencampur.
2. Litar penerima radio AM/FM
Rajah 4 menunjukkan sebahagian litar penerima radio AM/FM kaset stereo iaitu litar penala yang meliputi peringkat penguat RF AM/FM, pengayun tempatan AM/FM, Pencampur AM/FM dan pengesan AM/FM dalam satu litar bersepadu. Suis S1 adalah suis pemilihan untuk jalur AM, FM mono dan FM stereo. Rajah 5 adalah litar skematik peringkat penguat frekuensi audio.
i) Kendalian dan pengaliran isyarat radio AM:a) Antena L3 menerima isyarat yang dipancarkan oleh pemencar.b) L3 dan CT3 adalah litar tala peringkat penguat frekuensi RF dan ditala
kepada frekuensi prnguat RF (530KHz – 1600KHz) yang dikehendaki.c) Isyarat yang telah dipilih itu di masukan ke peringkat penguat RF pada pin
24 IC1.d) L4 CT4 adalah Litar tala bagi pengayun tempatan AM, frekuensi pengayun
AM ini akan dimasukan ke pin 20.
Unit Tek. Elektronik KVBP 5 /
ETN 203
e) Isyarat keluaran pencampur akan keluar melalui pin 4.f) Isyarat keluaran pencampur akan mengalir melalui pengubah IF (T2) dan
penapis hablur (CF2) ke masukan penguat IF pada pin 7.g) Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke
IC1 pin 17 (peringkat multipleks).h) Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14
(saluran kiri).i) Isyarat audio ini akan di masukan ke peringkat penguat frekuensi audio
pada IC302 melalui pin 8 (saluran kanan) dan pin 13 ( saluran kiri) melalui perintang boleh laras VR301-2 dan VR301-1 iaitu kawalan bahana.
j) Perintang boleh laras VR302-2 dan VR302-1 berfungsi sebagai kawalan nada.
k) Isyarat audio yang telah dikuatkan oleh penguat frekuensi audio (IC302) pada pin 4 (saluran kanan) dan pin 17 (saluran kiri) akan di salurkan ke pembesar suara dan bicu fontelinga.
ii) Isyarat radio FM:a) Antena teleskop menerima semua isyarat yang dipancarkan oleh
pemancar dan isyarat tersebut akan dimasukan ke peringkat penguat frekuensi RF melalui pin 1 IC1.
b) Pemuat CT1 yang ditala kepada frekuensi RF (88MHz – 108MHz) yang dikehendaki disambungkan ke pin 23.
c) Frekuensi pengayun tempatan yang ditala oleh pemuat CT2 dimasukan ke pin 21.
d) Isyarat keluaran pencampur akan keluar pada pin 4.e) Isyarat keluaran pencampur akan melalui penapis hablur CF1 dan masuk ke
peringkat penguat IF pada pin 8.f) Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke
IC1 pin 17 (peringkat multipleksa).g) Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14
(saluran kiri) h) Pengaliran isyarat audio adalah sama seperti pengendalian radio AM.
iii) a) Suis SW3-1 dan SW3-3 adalah suis pemilihan bekalan kuasa dc ke bahagian radio dan
kaset.b) Suis SW3-2 dan W3-4 adalah suis pemilihan isyarat untuk kendalian radio
dan kaset.
Unit Tek. Elektronik KVBP 6 /
ETN 203
MENGESAN KEROSAKAN
a) Peralatan dan alat ujian yang digunakan untuk mengesan kerosakan adalah seperti berikut:1. Penjana isyarat audio2. Penjana isyarat RF3. Osiloskop4. Meter pelbagai
b) Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:1. isyarat RF termodulat2. isyarat audio
c) Jadual 3, menunjukkan kaedah mengesan kerosakan dan alat ujian yang digunakan.
Jadual 3BIL KAEDAH ALAT UJIAN LANGKAH / KEGUNAAN1 Pemerhatian Menggunakan pancaindera untuk melihat
fizikal komponen atau menghidu komponen terbakar.
2 Suntikan isyarat Penjana isyarat:i. Penjana isyarat audio
untuk peringkat penguat audio.
ii. Penjana isyarat RF bagi peringkat penguar RF, pencampur, pengayun tempatan, penguat IF dan pengesan.
Memasukan isyarat ke peringkat yang diuji dan dengar kesan bunyi nada pada keluaran pembesar suara untuk menentukan peringkat yang rosak.Rujuk rajah 6
3 Surihan isyarat Penjana isyarat dan Osiloskop
Mengesan kewujudan isyarat pada sesuatu peringkat untuk menentukan peringkat yang rosakRujuk rajah 7
4 Pengukuran voltan
Meter pelbagai – julat volt
Mengukur voltan dc pada peringkat yang disyaki rosak.
5 Pengukuran rintangan
Meter pelbagai – julat ohm
Mengukur rintangan komponen yang disyaki rosak untuk menentukan jenis kerosakan.Jenis kerosakan komponen:i. Terbukaii. Pintasiii. Bocoriv. Berubah nilai (bagi perintang)
Unit Tek. Elektronik KVBP 9 /
ETN 203
Rajah 6 : Suntikan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM
Rajah 7 : Surihan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM
Unit Tek. Elektronik KVBP 10 /
ETN 203
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
a) Keselamatan Radio dan alat ujian
i. Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :
i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.
ii. Semasa melakukan aktiviti, pastikan :
a) Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.b) Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan
dari tersentuh.c) Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.d) Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat
pengukuran voltan dc.e) Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran
rintangan.
iii. Selepas melakukan aktiviti, pastikan :
a) Alat ujian berfungsi dengan sempurna.b) Matikan bekalan kuasa.c) Peralatan disusun dengan kemas.d) Keadaan tempat kerja kemas.
LATIHAN.1 Nyatakan julat frekuensi bagi penerima :
a) Radio AM : __________________________________________________________
b) Radio FM : _____________________________________________________________
2 Nyatakan peringkat yang terdapat di penerima radio FM tetapi tiada di penerima radio AM.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Rujukan :1. Aplikasi Elektrik dan Elektronik tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, 20072. Pengajian Kejuruteraan elektrik dan Elektronik tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003
Unit Tek. Elektronik KVBP 11 /
ETN 203
MAKLUMAT
PENERIMA TV
Televisyen ialah satu alat penerima isyarat video dan audio.
PRINSIP ASAS KENDALIAN PENERIMA TV
Rajah 8 : Blok asas penerima TV
Pada bahagian penerima, isyarat yang dipancar akan dipintaskanoleh antena.
Isyarat yang diterima akan dikuatkan dan dihantar ke litar pengesan suara oleh gambar.
Pada bahagian ini, kedua-dua isyarat akan dipisah dan diubah semula kepada isyarat audio dan video yang asas.
Proses pengimbasan akan disusun semula untuk menghasilkan gambar.
Proses ini akan dilalui apabila isyarat video digandingkan dengan tiub gambar.
Bagi tujuan ini, isyarat penyegerakan yang diterima sebagai sebahagian isyarat video komposit akan digunakan sebagai isyarat rujukan.
Bagi penghasilan bunyi pula, isyarat audio akan digandingkan dengan pembesar suara.
Unit Tek. Elektronik KVBP 12 /
TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI K02 REPAIR FAULTY TV
TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM
NAMA : KELAS :
Info Khas
Sistem TV di MalaysiaPerkara Maklumat
Lebar jalur setiap saluran
7 MHz
System warna PAL B/GGaris imbasan 625 garisan
Sistem penghantaran
VHF (54 MHz-88 MHz dan
174 MHz – 216 MHz)
UHF( 470MHz-890 MHz)
Pemodulatan isyarat
pembawa gambar
Pemodulatan Amplitud (AM)
Pemodulatan isyarat
pembawa bunyi
Pemodulatan Frekuensi (FM)
Isyarat pembawa IF
gambar38.9 MHz
Isyarat pembawa IF
bunyi33.4 MHz
Frekuensi IF bunyi
5.5 MHz(38.9 MHz-33.4 MHz)
Frekuensi kroma untuk isyarat warna
4.43 MHz
Frekuensi untuk ufuk 15,625 Hz
Frekuansi tegak (medan) 50 Hz
ETN 203
RAJAH BLOK PERINGKAT-PERINGKAT PENERIMA TV WARNA
Rajah 9: Gambar rajah blok penerima TV warna.
FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA TV WARNA
No. Blok
Nama Blok Fungsi Bentuk gelombang keluaran
1 Antena Menerima gelombang electromagnet yang dipancarkan oleh system pemancar.
Gelombang elektromagnetik.
2 Penala
(A) Penguat RF
(B) Pencampur
(C) Pengayun tempatan
Memilih satu isyarat dari antenna yang dikehendaki dan menguatkannya.
Menghasilkan frekuensi IF, iaitu:i. Gambar : 38.9 MHz
ii. Bunyi : 33.4 MHz
Menjana frekuensi hasil jumlah RF+IF bunyi dan gambar.
Pembawa IF gambar
Pembawa IF bunyi
3 Penguat IF Video (VIF) Menguatkan isyarat IF termodulat pembawa gambar (38.9 MHz) dan isyarat IF termodulat bunyi (33.4 MHz)
Pembawa IF gambar
Pembawa IF bunyi
Unit Tek. Elektronik KVBP 13 /
ETN 203
4 Pengesan video i. Mengesan isyarat AM gambar daripada pembawa IF dan mengasilkan isyarat video rencam.
ii. Mengasilkan sub pembawa IF bunyi yang baru iaitu : 5.5 MHz (perbezaan IF gambar 38.9 MHz dengan IF bunyi 43.4 MHz)
Isyarat video rencam
Sub Pembawa IF bunyi
5 Kawalan gandaan automatic (KGA)
Mengawal gandaan penguat IF dan RF supaya kekuatan isyarat suara dan gambar stabil.
6 Penguat IF bunyi Menerima isyarat sub pembawa5.5 MHz dan menguatkannya.
Pembawa IF bunyi7 Pengesan FM bunyi Menyahmodulat pembawa FM dan
menghasilkan isyarat audio.Isyarat audio
8 Penguat frekuensi audio Menguatkan isyarat audio untuk memacu pembesar suara
Isyarat audio9 Pembesar suara Menukarkan isyarat audio kepada
tenaga bunyi10 Pemisah segerak Memisahkan denyut-denyut segerak
ufuk dan tegak daripada isyarat video rencam. Ada dua jenis litar penapis pada keluaran pemisah segerak:
a) Litar pengamir – penapis lulus rendah, meluluskan frekuensi tegak 50 Hz
b) Litar pembeza – penapis lulus tinggi untuk peringkat pengayun ufuk 15,625 Hz
11 Pengayun tegak Menjana frekuensi 50 Hz yang berbentuk gelombang gerigi. Gelombang gerigi
12 Penguat tegak Menguatkan isyarat pengayun tegak untuk gegelung pesongan kuku tegak.
Gelombang gerigi13 Kawalan frekuensi
automatic (AFC)Mengawal frekuensi ufuk 15,625 Hz
Gelombang gerigi14 Pengayun ufuk Menjana gelombang gerigi 15,625 Hz
Gelombang gerigi
Unit Tek. Elektronik KVBP 14 /
ETN 203
15 Penguat ufuk Menguatkan isyarat daripada pengayun ufuk
Gelombang gerigi16 Voltan amat tinggi Membekalkan voltan amat tinggi
untuk penghasilan raster pada tiub gambar
Voltan DC dlm unit kV
17 Gegelung kuk ufuk dan tegak
Memesongkan alur electron ke kiri dan ke kanan dengan kadar 15,625 Hz dan dari atas ke bawah dengan kadar 50 Hz pada tiub gambar
18 Anod tiub gambar Menerima voltan amat tinggi dari bekalan voltan amat tinggi Voltan DC
19 Tiub gambar warna Menghasilkan gambar warna
20 Bekalan kuasa rendah Membekalkan voltan DC kepada semua peringkat
21 Penguat lar (Y) Menguatkan isyarat lar tanpa isyarat kroma (warna) 4.43 MHz
Isyarat video rencam (lar)
22 Penyahkod warna Menerima isyarat lar (Y) dan isyarat kroma serta mengasingkan isyarat itu kepada isyarat merah(R), hijau (G) dan biru (B). Isyarat ini dikuatkan secara berasingan. Penyahkod warna mengandungi peringkat:
(a) Penguat kroma(b) matriks
23 Penguat pemacu merah Menguatkan isyarat merah
24 Penguat pemacu hijau Menguatkan isyarat hijau
25 Menguatkan isyarat biru Menguatkan isyarat biru
26 Gelang penumpuan Menumpukan alur-alur electron pada bintik-bintik fosfor yang berkenaan sahaja pada layar tiub gambar
27 Gelang ketulenan Melaraskan ketiga-tiga alur electron supaya jarak di antara ketiga-tiganya sejajar.
Unit Tek. Elektronik KVBP 15 /
Bahagian pesongan ufuk dan tegak
Bahagian penala
Bahagian bekalan kuasa voltan rendah
Lain-lain bahagian :IFVideoWarna
Pembesar suara
ETN 203
a) Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto 8.1 menunjukkan sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna:i. Bahagian penala.ii. Bahagian IF video.iii. Penguat videoiv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah
Gambar foto 8.1 : Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.
v. Bahagian Audio
Unit Tek. Elektronik KVBP 16 /
Info khas
Kroma ialah maklumat gambar warnaIsyarat lar (Y) ialah maklumat gambar monokrom (hitam-putih)
Info khas
Penguat kroma : menguatkan isyarat warna.Matriks : menghasilkan warna merah, hijau dan biru untuk memacu senapang electron pada tiub gambar
Info khas
Raster adalah cahaya yang terhasil pada layer tiub gambar, dengan adanya alur electron yang depesongkan dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah pada skrin tiub gambar.
ETN 203
Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat dimana ianya disambung ke pembesar suara.
Unit Tek. Elektronik KVBP 17 /
ETN 203
vi. Bahagian warna
Gambar foto 8.2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu RGB.
Gambar foto 8.2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)
vii. Bahagian pesongan Gambar foto 8.3 menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan
voltan tinggi
Gambar foto 8.4 menunjukkan gegelung pesongan ufuk dan tegak yang berfungsi untuk memesongkan alor electron ke kiri dan ke kanan seta dari atas ke bawah untuk menghasilkan raster yang penuh pada layer tiub gambar
Gambar foto 8.3 : Bahagian ufuk dan voltan tinggi
Gambar foto 8.4 : Gelung pesongan (gegelung dening)
Unit Tek. Elektronik KVBP 18 /
Anod tiub gambar
Pengubah voltan tinggi
Pelaras skrin
Pelaras fokus
Papan litar tercetak pemacu RGB
Gegelung dening
ETN 203
PENGUJIAN DAN KESELAMATAN
Mengesan kerosakan
Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang jelas bermutu dan baik. Alat uji yang digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan adalah seperti berikut:
i. Penjana corak ujianii. Penjana isyarat audio
iii. Penjana isyarat RFiv. Osiloskopv. Meter pelbagai
Gambar foto 8.5 menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan.
Gambar foto 8.5 : Alat uji
Unit Tek. Elektronik KVBP 19 /
Info khas
Tiga warna utama : i. Merahii. Hijauiii. Biru
Hasil percampuran warna utama : i. biru + hijau = sianii. biru + merah = magentaiii. hijau + merah = kuningiv. merah + hijau + biru = putih
ETN 203
Langkah-langkah mengesan kerosakan
1. Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak ujian bar warna dari penjana isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna.
2. Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 8.6.3. Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan:
i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan penjana isyarat untuk menentukan peringkat rosak.
ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada peringkat yang telah dikesan rosak.
iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis kerosakannya.
Jadual 8.6
BILKESAN
Peringkat yang dijangka rosakPembesar suara Tiub gambar
1 Tiada suara Gambar normal Penguat frekuensi audio2 Suara normal Gambar tiada warna Penyahkod warna , matriks3 Suara normal Gambar tiada warna hijau Penguat warna hijau4 Suara normal Gambar tiada warna biru Penguat warna biru5 Suara normal Gambar tiada warna meah Penguat warna merah6 Suara normal Gambar gelap, ada raster Penguat lar7 Suara normal Gambar bergulung (gambar bergerak ke atas
/ ke bawah) - Rajah.2(a)Pengayun tegak
8 Suara normal Raster satu garisan mengufuk- Rajah 8.2(c) Penguat tegak, gelung pesongan tegak9 Suara normal Gambar berkoyak - Rajah 8.2(b) Pengayun ufuk, KFA (frekuensi ufuk
tak stabil)10 Suara normal Gambar berkoyak dan bergulung Pemisah segerak11 Tiada suara Tiada raster Bekalan kuasa voltan rendah, penguat
ufuk, pengayun ufuk.12 Suara normal Tiada raster Bekalan kuasa ke pemanas tiub
gambar12 Bunyi desiran Gambar bersalji
Rajah 8.2 (d)Penguat IF video, pengesan video
a) Gambar bergulung ke aatas atau ke bawah b) Gambar berkoyak
c) Raster satu garisan ufuk d) Gambar bersaljiRajah 8.2
Unit Tek. Elektronik KVBP 20 /
ETN 203
Langkah-langkah keselamatan
i. Prosedur keselamatan
ii. Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
Cara berpakaian- Memakai pakaian bengkel- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah- Tidak memakai barang kemas- Tidak memakai tali leher
Sikap- Sentiasa mematuhi arahan- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja- Melaporkan sebarang kerosakan- Menggunakan alat yang betul- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
Fizikal- Sihat- Tidak rabun warna- Jelas penglihatan
iii. Keselamatan alata Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :
i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.
b Semasa melakukan aktiviti, pastikan :i. Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.ii. Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk
mengelakkan dari tersentuh.iii. Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.iv. Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila
membuat pengukuran voltan dc.v. Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran
rintangan.
c Selepas melakukan aktiviti, pastikan :i. Alat ujian berfungsi dengan sempurna.ii. Matikan bekalan kuasa.iii. Peralatan disusun dengan kemas.iv. Keadaan tempat kerja kemas.
Unit Tek. Elektronik KVBP 21 /
ETN 203
d. TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan bumi dan casis TV juga adalah ‘hidup’ (live), pengubah pemencil perlulah digunakan untuk mengelakkan dari litar pintas ketika menggunakan alat uji.
e. Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar. Pastikan anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat pengukuran voltan tinggi.
v. Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada semasa kerja mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.
LATIHAN
Jawab semua soalan
1. Rajah 8.3 menunjukkan gambarajah blok penerima TV warna. Namakan blok yang bertanda :a) Blok 3 : __________________________________________________________________b) Blok 11 : _________________________________________________________________c) Blok 17 : _________________________________________________________________
Rajah 8. 3
2. Nyatakan fungsi blok :
a) KFA :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Unit Tek. Elektronik KVBP 22 /
ETN 203
b) Penyahkod warna:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
c) Pengesan video:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3. Nyatakan kesan kepada TV jika kawalan gandaan automatik (KGA) tidak berfungsi.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Rujukan:
1. BASIC TELEVISION Principles and Servicing, Fourth Edition 1975, International student edition, Bernard Grob, McGraw-Hill Kogakusha, Ltd.
2. TEKNOLOGI TELEVISYEN, Md. Nasir Abd. Manan, Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur 20023. TEKNOLOGI ELEKTRONIK, Tingkatan 5, Tan Hock Ghee, Longman Malaysia
Unit Tek. Elektronik KVBP 23 /
ETN 203
MAKLUMAT
SISTEM HI-FI Bagi mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di
buat untuk mendapatkan suara ‘high fidelity’ atau ‘hi-fi’
Hi-fi jenis compo ataupun mini compo adalah peralatan Hi-Fi mudah alih yang terdiri daripada gabungan pembesar suara, pemacu cakera padat atau radio dan sebagainya.
Sistem stereo. Sistem ini melibatkan dua saluran atau mempunyai dua speaker. Ia juga dikenali sebagai stereophone dimana maklumat yang disampaikan adalah baik dan berkualiti. Mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat mendengar bunyi tersebut dari semua arah.
Apa Itu Sistem Hi-Fi ? Rajah 1.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini terdiri
dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pick-up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance.
Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.
Rajah 1.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.
Unit Tek. Elektronik KVBP 24 /
Sumber Masukan
Isyarat
Kuasa
TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI K03 REPAIR FAULTY HI-FI
TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM
NAMA : KELAS :
ETN 203
1. Pra Penguat
Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau mikrofon
sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil yang dikenali sebagai
pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan akan diperkuat dengan gandaan
yang sama besar.
2. Rangkaian Kawalan Nada
Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan isyarat dari
rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini adalah seperti
kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih loudness dan juga kawalan
bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis
aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri daripada penapis band-pass yang dibina bersama
penguat manakala jenis pasif hanyalah terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat
frekuensi tertentu.
3. Penguat Kuasa Stereo
Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada rangkaian
kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat menggerakan atau
memacu speaker.
Rajah 2.0. Rangkaian penguat kuasa stereo.
Unit Tek. Elektronik KVBP 25 /
ETN 203
RAJAH BLOK SISTEM HI-FI
Fungsi Setiap Blok
1. Tranduser masukan a Mikrofon - Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audiob Tape head - Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audioc Antena -Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.
2. Pra-penguat 1 dan 2Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu
3. Kawalan nadaa Volume / bahana
mengawal isyarat audio mengawal amplitud isyarat audio kawalan maksima
b Bass mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak
c Treble mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak
4. Penguat pemacua menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nadab Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarikc Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja
5. Penguat kuasaa biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.b Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat memacu
speaker
6. Speakermenukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi
Unit Tek. Elektronik KVBP 26 /
1
3
2 Penguat pemacu
Penguat kuasa
Pra - penguat
speaker
Tranduser masukan seperti mic, tape head dsb.
ETN 203
KEROSAKAN PADA SISTEM HI-FI
Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :-
1. Tiada keluaran2. Keluaran berayun3. Keluaran herotan4. Keluaran lemah5. Penerima mati6. Kendalian terputus-putus7. Gangguan hingar
Cara Mengesan Kerosakan
Deria pendengaranPenggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran.
Deria pandangPenggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku, contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak seperti tiada isyarat keluaran audio.
Teknik suntikan isyaratIa bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan yang berlaku dalam set penguat tersebut
Teknik surihan isyaratSurihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan menggunakan bantuan litar skematik hi-fi.
LATIHAN
1. Terangkan secara ringkas ciri-ciri system Hi-Fi2. Senaraikan komponen-komponen yang terdapat dalam system Hi-FI3. Terangkan fungsi
o Penalao Kawalan suarao Penguato Peranti keluaran
RUJUKAN1. NOTA POLITEKNIK E4120, Kementrian Pelajaran Malaysia
Unit Tek. Elektronik KVBP 28 /
ETN 203
MAKLUMATSISTEM BUNYI
Bunyi memberi maksud kepada persepsi penumpuan secara dinamik dan tekanan udara
dalam keadaan vakum pada telinga manusia. Manakala audio bermaksud produksi secara elektronik
dari bunyi. Secara umumnya, manusia dapat mendengar perbezaan tekanan udara dari julat 20Hz
sehingga 20KHz
1. SISTEM MONO
Beberapa tahun dahulu, sering didapati rakaman muzik ataupun ucapan dibuat melalui satu
mikrofon yang diletakkan pada kedudukan tengah berdekatan dengan sumber bunyi. Manakala,
rakaman tadi akan dimainbalikkan melalui satu penguat kepada sepasang ‘headphones’ di mana
isyarat bunyi dihantar ke telinga kiri dan kanan pendengar.
Langkah lain yang diambil ialah isyarat bunyi dihantar ke satu sistem pembesar suara (single-
loudspeaker system) yang di tempatkan pada kedudukan yang sesuai di dalam bilik mendengar. Kini,
sistem bunyi tersebut lebih dikenali sebagai sistem ‘monaural’ atau ‘monophonic’ yang bermaksud
hanya bergantung pada satu rakaman dan saluran bunyi. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan rajah blok
bagi sistem mono.
Rajah 1.0 : Rajah blok Sistem Mono
Unit Tek. Elektronik KVBP 29 /
TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI
K04 REPAIR FAULTY PUBLIC ADDRESS
TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM
NAMA : KELAS :
ETN 203
2. SISTEM STEREO
Stereo adalah suatu sistem audio yang membekalkan atau mengeluarkan bunyi dari dua
tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai ‘stereophonic’ dan biasanya hanya
dikenali sebagai stereo sahaja. Rajah 2.0 menunjukkan gambarajah blok bagi sisten stereo.
Rajah 2.0: Gambarajah blok sistem stereo
Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan posisinya
seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali sebagai imej stereo
(stereo image).
Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat dari satu arah sahaja. Ini adalah
kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar. Kualiti bunyi
yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan, frekuensi dan akustik
bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu instrumen muzik dan juga kawasan sekitar rakaman yang
didengari.
Daripada menggunakan mikrofon karbon dahulunya kini bertukar kepada menggunakan
disc, teknik rakaman bunyi dan pengeluarannya telah berkembang bukan hanya pada kepelbagaian
bunyi yang dihasilkan malah pengalaman pendengar dalam mendengar persembahan secara
langsung dapat melihat sendiri bagaimana sistem bunyi yang dikeluarkan kini. Bunyi yang dihasilkan
lebih-lebih lagi menggunakan sistem stereo mahupun sistem quad membuatkan pendengar dapat
mendengar pada semua arah.
Unit Tek. Elektronik KVBP 30 /
ETN 203
Perbezaan di antara Sistem Mono dan Sistem Stereo :-
Jadual 2.0 di bawah menunjukkan perbezaan antara sistem mono dengan sistem stereo.
Sistem Mono Sistem Stereo
melibatkan satu saluran atau siaran melibatkan dua saluran atau siaran
dikenali sebagai monaural atau
monophonic.
dikenali sebagai stereophonic
maklumat yang disampaikan adalah
kurang jelas
maklumat yang disampaikan adalah
jelas dan berkualiti
mengambil isyarat bunyi pada satu
punca sahaja
mengambil isyarat bunyi pada dua
punca dan pendengar dapat
mendengar bunyi tersebut pada
semua arah
Jadual 2.0 : Perbezaan Sistem Mono dengan Stereo
3. SISTEM QUAD
Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi
adalah sistem yang menggunakan empat pembesar suara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.0
di bawah. Sistem bunyi ini di letakkan untuk meninggikan stereo. Walau bagaimanapun, bunyi
quadraphonic ini akan memantulkan kembali bunyi yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada
bunyi yang lebih baik . Bunyi ini dapat di dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi
yang asal sebelum proses sistem quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di
gunakan atau di siarkan. Dalam kaedah pertama, untuk proses penyiaran bunyi di dalam filem atau
tape.
Unit Tek. Elektronik KVBP 31 /
ETN 203
Rajah 3.0 : Gambarajah blok sistem quad
Dalam kaedah ini, 2 pembesar suara ditempatkan di dalam sesuatu bilik atau dewan
rakaman supaya bunyi bergema terjadi semasa rakaman. Apabila rakaman tadi di mainkan semula,
dengan menambah pembesar suara di belakang pendengar, barulah isyarat bunyi yang di pancarkan
dapat di dengari di seluruh bilik tadi dengan gemaan yang stabil dimana isyarat bunyi di hantar ke
seluruh bilik kerana bunyi dari depan di satukan dengan bunyi gema dari belakang. Ianya seolah–
olah kedengaran bunyi yang betul contohnya bunyi objek yang bergerak atau pecah. Dimana
kedengaran bunyi di tempat atau sudut yang sebenar dapat di dengar dengan jelas .
Pada kaedah kedua yang menggunakan sistem quad ini dapat kita dengari dalam contohnya
konsert muzik, dimana menukar terus dari bunyi asalnya dengan menambah atau meninggikan
stereo bagi menjadikan sistem bunyinya lebih mampat. Ia akan menggunakan pembesar suara yang
baik di sekeliling pendengar supaya isyarat gemanya dapat di dengari.
Unit Tek. Elektronik KVBP 32 /
ETN 203
SISTEM SIARAYA
Sebuah sistem elektrik yang menggabungkan beberapa komponen elektrik.
Komponen asas : MIKROFON PENGUAT PEMBESAR SUARA
Digunakan di kawasan yang luas seperti kawasan sekolah, pesta dan sebagainya.
FUNGSI:Penghantar maklumat untuk pengetahuan seseorang individu mahupun orang ramai.
TERBAHAGI 2 KATEGORI :
Sistem Paras TinggiDigunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh pembesar suara CTH: Dewan Masjid, Stadium, Oditorium
Sistem Paras RendahDigunakan bagi kawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit.CTH : bilik kuliah, bilik mesyuarat jabatan danbilik taklimat
KECEKAPAN : sistem siaraya bergantung kepada :-
a) Kekuatan Bunyi b) Kestabilan Bunyic) Kualiti Bunyi d) Kesan Arah
MICROFON Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang mempunyai kadar yang
sama.
FUNGSI :- Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik.
JENIS MIC :- Mic vokal - percakapan lisan dan karaoke. Mic peralatan - gitar, gitar bass, saxophone Mic drum - drum tending (kick drum) dan bass amp Mic tanpa wayar - komponen iaitu penghantar ( mikrofon) dan penerima (antenna).
Unit Tek. Elektronik KVBP 33 /
ETN 203
PENGUAT
Menguatkan isyarat untuk pendengaran. Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik. Kuasa per channel tidak melebihi 100W Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat. Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan equalizer. Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai keburukan,kerana ada
isyarat kepada puncak kebisingan. Sebaliknya input adalah menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap kebisingan.
PEMBESAR SUARA
FUNGSI :- menukarkan isyarat gelombang audio kepada gelombang bunyi yang dapat didengar oleh pengguna.
Keupayaannya bergantung kepada jenis-jenis binaan dan rekabentuk kotak penutup sesuatu pembesar tersebut.
Kekuatan bunyinya dapat dikawal dan dilaraskan oleh sistem penguat. Merupakan bahagian terakhir sistem siaraya. Ia merupakan sebuah transdusser yang
mengubah tenaga elektrik menjadi tenaga bunyi.
MIXER
mencampur berbagai sumber isyarat bunyi. Gandaan bagi isyarat-isyarat bunyi ini dapat dikawal okeh pengguna mengikut keperluan dan
kesan-kesan khas yang dikehendaki.
EQUALIZER
alat pelaras penataan bunyi seperti treble dan bass yang diterima daripada gabungan isyarat mixer supaya berada dalam keadaan seimbang dan seolah-olah menyamai sumber bunyi yang sebenar.
galangan masukan yang tinggi supaya isyarat masukannya tidak akan mengalami kesan beban dan dihantar kepada bahagian penguat ( amplifier ).
3 BAHAGIAN UTAMA :
i. Transduser - mengubah isyarat audio kepada pergerakan mekanikal.
ii. Permukaan Radiator - bahagian ini digandingkan dengan transduser seupaya pergerakkannya dipancarkan ke udara sebagai gelombang bunyi.
iii. Kabinet - kotak pengepung yang menempatkan transduser dan permukaan radiator bagi mewujudkan keberarahan untuk bahagian positif sahaja.
Unit Tek. Elektronik KVBP 34 /
ETN 203
SISTEM PENYAMBUNGAN SIARAYA
CARA PENYENGGARAAN SISTEM SIARAYA
Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini.
Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan unit ini.
Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini.
Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan bunyi yang sesuai
Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini.
Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan unit ini.
Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini.
Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan bunyi yang sesuai.
Unit Tek. Elektronik KVBP 35 /
ETN 203
CARA MENGESAN KEROSAKAN Teknik suntikan isyarat.
Teknik surihan isyarat.
Teknik suntikan isyarat
Teknik ini menggunakan multimeter untuk mengesan kerosakan.
Teknik surihan isyarat
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan
1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di bawah
2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar. Perhatikan
arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau.
3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz.
Rajah blok alat pengesan keluaran
Unit Tek. Elektronik KVBP 36 /
O.K
Tidak normal
Tiada keluaran
Tidak normal
Tiada normal
Speaker
Penguat kuasa keluaran
Pemacu
Litar Tone
Pra penguat
Uji Voltan
Baikpulih
Uji Kerintangan Dalam Litar
Baik
Mula
O.K
O.K
O.K
Tiada bunyi
ETN 203
Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di rajah 4.7 di bawah
Rajah 4.7: Rajah blok bagi carta mengesan kerosakan
LATIHAN
1. Terangkan dengan secara ringkas tentang Sistem Siaraya.
2. Dengan bantuan rajah yang sesuai terangkan tentang satu contoh penyambungan sistem
bunyi . Nyatakan spesifikasi setiap peralatan yang digunakan secara terperinci.
3. Nyatakan 2 daripada komponen system bunyi dan terangkan fungsinya.
4. Nyatakan ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik mesyuarat.
Unit Tek. Elektronik KVBP 37 /
ETN 203
MAKLUMATDEFINISI SENGGARAAN
Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara
semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan
(peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem agar
berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.
Definisi/Istilah dari kamus “Radio Shack's Dictionary of electronic” senggaraan bermaksud
melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah
atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.
Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada kewujudan
kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara senyap dan yang
mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah peralatan elektronik.
Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan.
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada peralatan
elektrik/elektronik.
Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah
dirancangkan dan diteliti.
Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan
menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang
untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna.
Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus karbon,
bering, komutator dan suhu kendalian
Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.
Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan.
Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan
bacaan arus, voltan dan sebagainya.
Unit Tek. Elektronik KVBP 38 /
TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI
K05 PERFORM HI-FI STEREO PREVENTIVE MAINTENANCE
TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM
NAMA : KELAS :
ETN 203
OBJEKTIF SENGGARAAN
Objektif senggaraan adalah seperti berikut;
Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin.
Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang
disenggarakan.
Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.
Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan.
Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang
disenggarakan.
Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM
Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan perlulah
dirancang dengan teliti. Rajah1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi
mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan yang dirancang
mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat dan dasar
senggaraan.
Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan
Perancangan Senggaraan
Unit Tek. Elektronik KVBP 39 /
Senggaraaan
Senarai PerancanganSenggaraan
Tiada PerancanganSenggaraan
Perancangan SenggaraanPencegahan
SenggaraanPembaikan (Senggaraan Kecemasan)
Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)
Jadual Senggaraan Syarat dan Dasar Senggaraan
ETN 203
Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan
membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan
tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.
Tiada Perancangan Senggaraan
Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk
menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.
Senggaraan Pencegahan
Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah
mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan
tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang
hendak dibuat.
Senggaraan Pembaikan
Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di dalam
sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk menyimpan item
mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan melaksanakan satu fungsi yang
diperlukan.
Senggaraan Kecemasan
Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan adalah
dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius. Senggaraan ini
memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya keputusan akibat daripada
terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan persekitaran iaitu angin,
kebocoran dan lain-lain.
Syarat dan Dasar Senggaraan
Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada
keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses
penyambungan monitoring.
Unit Tek. Elektronik KVBP 40 /
Kos (RM)
Senggaraan tanpa perancangan
Senggaraan berperancangan
Masa (tahun)
ETN 203
Jadual Senggaraan
Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan cara-
cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang
disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. Dengan adanya sistem perancangan yang
dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai
peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat kos yang minimum juga,
maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan untuk pemeriksaan perancangan
dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi
kos perancangan juga secara bersesuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan
berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.
Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos melebihi
takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan mendahului takat
rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap tidak selalu banyak
yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang bagus untuk mendapatkan
tahap kos yang lebih minimum. Rajah 1.1 menerangkan perhubungan kos dengan masa bagi
penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.
Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan
& Tiada Perancangan
Unit Tek. Elektronik KVBP 41 /
ETN 203
Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini perlu
kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari. Oleh
kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih mengembangkan
kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang menjimatkan. Apabila
lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan memperolehi nilai kos yang terbaik.
Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk
dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat
yang terbaik.
Rajah 1.2 adalah menerangkan ‘The breakdown of total costs’ yang melibatkan kepada
skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan
operasi dan pembersihan.
Jumlah Kos
(Waktu Senggaran}
Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.
LATIHAN
1. Terangkan definisi senggaraan.2. Huraikan matlamat objektif senggaraan.
Unit Tek. Elektronik KVBP 42 /
Kos Permulaan Kos Pengguna
Kos TanahKos PembinaanBayaran Profesional
Aliran Kos Tukaran Penempatan
Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan
Kadar (rates)Insuran