Modul Pbs Upsr

54
2008 UNIT UPSR, SPPMRR 1 PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BERASASKAN SEKOLAH (PBS) (PBS) MULAI TAHUN 2008 MULAI TAHUN 2008

description

DARIPADA LPM

Transcript of Modul Pbs Upsr

  • PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
    (PBS)

    MULAI TAHUN 2008

  • PENTAKSIRAN
    BERASASKAN SEKOLAH
    -PENGENALAN
    -PERNYATAAN DASAR
    -KONSEP
    -PERANCANGAN
    -PELAKSANAAN

  • PENGENALAN PBS

  • PENGENALAN

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
  • PENGENALAN

    PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • PENGENALAN

    Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
  • PENGENALAN

    PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu:Kerja KursusPentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
  • PENYATAAN DASAR

  • PENYATAAN DASAR

    Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.Pelaksanaan PLBS, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • PENYATAAN DASAR

    PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan.
  • PENYATAAN DASAR

    PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan PAFA.Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut buku Panduan PLBS.
  • PENYATAAN DASAR

    Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan.Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah.
  • PENYATAAN DASAR

    Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperigkatkan sulit, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri.
  • CIRI-CIRI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

  • CIRI-CIRI PBS

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • CIRI-CIRI PBS

    PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:

  • CIRI-CIRI PBS

    1.Kerja kursus / PEKA

    Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaranLPM membekalkan dokumen pentaksiranLPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelarasPenskoran dan pelaporan oleh sekolahMarkah dihantar kepada LPMSekolah mengeluarkan sijil
  • CIRI-CIRI PBS

    2.Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

    Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.LPM membekalkan panduanLPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelarasPenskoran dan pelaporan oleh sekolahSekolah mengeluarkan sijil
  • KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

  • KONSEP PBS

    Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

    Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

  • KONSEP PBS

    Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
  • KONSEP PBS

    Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
  • KONSEP PBS

    Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
  • KONSEP PBS

    Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
  • KONSEP PBS

    Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

    Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

    Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

  • KONSEP PBS

    Pelaporan positif.

    Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

    Perancangan

    Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

    2.Penataran

    Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

    3.Pelaksanaan Pentaksiran

    Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam Manual Pengendalian PBS

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

    4.Penyelarasan

    Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

    5.Pemantauan

    Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

    6.Pengesanan

    Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaikia program itu.

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN

    7.Pelaporan

    Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.

  • PELAKSANAAN

  • PELAKSANAAN

    JADUAL PELAKSANAANMata PelajaranTahunTarikh PelaksanaanPAFA1 - 64 Feb 31 JulaiPEKA SAINS3 - 63 Mac 31 JulaiPLBS BM & BI1 - 6Jan - November
  • PELAKSANAAN

    Petugas Pentaksiran

    Terdiri daripada:

    Pentaksir Kebangsaan (PK)Pentaksir Negeri (PN)Ketua Pentaksir Kawasan (KPKW)Pentaksir Kawasan (PKW)Ketua Pentaksir Sekolah (KPS)Pentaksir Sekolah (PS)
  • PELAKSANAAN

    Pentaksir Kebangsaan(PK)

    Dilantik oleh LPMguru terlatihopsyen yang berkaitan dengan mata pelajarandisahkan dalam jawatanberpengalaman
  • PELAKSANAAN

    Pentaksir Negeri(PN)

    Dilantik oleh JPNguru terlatihopsyen yang berkaitan dengan mata pelajarandisahkan dalam jawatanberpengalaman dengan mata pelajaran berkaitan
  • PELAKSANAAN

    Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw)

    Dilantik oleh JPNguru cemerlang / guru terlatihopsyen berkaitan mata pelajaranberpengalamandisahkan dalam jawatan
  • PELAKSANAAN

    Pentaksir Kawasan(PKw)

    Dilantik oleh JPNguru cemerlang / guru terlatihopsyen berkaitan mata pelajaranberpengalamandisahkan dalam jawatan
  • PELAKSANAAN

    Ketua Pentaksir Sekolah(KPS)

    Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khasguru terlatihopsyen mata pelajaran berkaitan jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahundilantik dalam jawatan
  • PELAKSANAAN

    Pentaksir Sekolah (PS)

    Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khasguru terlatihopsyen mata pelajaran berkaitan jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahundilantik dalam jawatan
  • Tugas Pentaksir Kebangsaan(PK)

    Sebelum pentaksiran:

    Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran di LPM Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir Negeri (PN)Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan

    Semasa Pentaksiran:

    Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah.Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah

    Selepas Pentaksiran:

    Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PNMengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM
  • Tugas Pentaksir
    Negeri(PN)

    Sebelum Pentaksiran:

    Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan

    Menyelaras tugas Pentaksir Kawasan (PKw)

    Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

    Semasa Pentaksiran:

    Melawat sekolah

    Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri

    Selepas Pentaksiran:

    Menjadi penasihat kepada jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Sekolah

    Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw

    dan menghantar kepada PK

  • Tugas Pentaksir
    Kawasan(PKw)

    Sebelum Pentaksiran:

    Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeriMemberi taklimat kepada PKw dan PS

    Semasa Pentaksiran:

    Menyelaras pentaksiran oleh PSBertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran yang lengkapMelaksanakan penyelarasan skor di sekolah

    Selepas Pentaksiran:

    Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada PNMenyelesaikan kes-kes khas
  • Tugas Pentaksir
    Sekolah(PS)

    Sebelum Pentaksiran:

    Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolahBertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon

    Semasa Pentaksiran:

    Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasiMentaksir calonMengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan.Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan dalam urusan penyelarasan
  • Tugas Pentaksir
    Sekolah(PS)

    Selepas Pentaksiran:

    Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN/PKwMenyerahkan skor kepada SUPMenyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas keputusan diumumkanMenyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKwMemastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baruMenyediakan sijil PBS bagi setiap calonMenyelesaikan kes-kes khas
  • PELAKSANAAN

    GRED SEMPADAN SKOR PBS

    Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian gred dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

  • PELAKSANAAN

    Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:

    1.Peringkat sekolah

    Pelaporan skor Borang Markah Individu dan Kelompok / Keseluruhan / IndukPenyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus
  • PELAKSANAAN

    2.Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

    Slip keputusanPenyataan keputusan
  • PELAKSANAAN

    Pelaporan Pencapaian PBS calon yang dicatatkan dalam slip keputusan dan penyataan adalah seperti berikut:

    KOD CAPAIANTAHAP PENCAPAIAN1CEMERLANG2KEPUJIAN3MEMUASKAN4MENCAPAI SEBAHAGIAN TAHAP PENGUASAAN MINIMUM5TIDAK MELAKSANAKAN KERJA KURSUS6DIKECUALIKAN
  • PELAKSANAAN

    Jadual Kerja Pengurusan dan Pengumpulan Skor PBS Tahun 6

    BILPERKARATARIKHTINDAKAN1Pelaksanaan PBS Februari 31 Julai SEKOLAH2Kemasukan Markah ke dalam Aplikasi 1 6 Ogos SEKOLAH3Serahan Disket dan Cetakan Markah Kepada PPD / PPB/UPP JPN 7 13 Ogos SEKOLAH4Serahan Disket dan Salinan Cetakan Markah ke LPM 27 29 Ogos JPN
  • SEKIAN
    TERIMA KASIH