Microsoft Word - Bola Tampar
-
Upload
khairulsham-noh -
Category
Documents
-
view
234 -
download
0
Transcript of Microsoft Word - Bola Tampar
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
1/10
1/10
SUKAN MALAYSIA XII, TERENGGANU 2008PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
(LELAKI & WANITA)
1.0 PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,
pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa
Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam
peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan
kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XII,TERENGGANU 2008.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas
kepada Peraturan Persekutuan Bola Tampar
Antarabangasa (FIVB).
1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan Bola Tampar SUKAN MALAYSIA XII,
TERENGGANU 2008 adalah muktamad.
2.0 TARIKH PERTANDINGAN
01 Hingga 07 Jun 2008
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
Dewan Dato Seri Amar Diraja, Majlis Perbandaran Kemaman,
Kemaman, Terengganu
DIKEMASKINI : 140108
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
2/10
2/10
4.0 PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri dan
Negara Brunei Darussalam. Penyertaan hendaklah dibuat
melalui Majlis Sukan masing-masing.
4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu pasukan
sahaja yang terdiri daripada :
Lelaki Wanita
Pengurus Pasukan 1 orang -
Jurulatih Pasukan 1 orang 1 orang
Peserta 12 orang 12 orang
JUMLAH 14 orang 13 orang
5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA
5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1986 dan selepasnya
sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.
5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan
Kad Pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran
Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan
Borang Pendaftaran Peserta. Bagi peserta PDRM kesahihan
tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi/Setiausaha
Majlis Sukan PDRM. Semua peserta yang menggunakandokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah
dibenarkan.
5.3 Hanya peserta yang didaftarkan dengan Yuran Pendaftaran
RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja
yang layak menyertai pertandingan ini.
5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh
tutup pendaftaran/semasa taklimat Pengurus Pasukan akan
dikenakan Yuran Pendaftaran RM 100.00 seorang. Gantian
peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah
didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua YuranPendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.
5.5 Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.7, peserta yang
berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana
kontinjen/negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada Majlis Sukan berkenaan.
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
3/10
3/10
5.6 Atlet-atlet yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajian
tinggi yang mendapat dermasiswa/biasiswa daripada
Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang
menaja mereka.
5.7 Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepadaPeraturan Am Perkara 4.6, Sukan Malaysia XII, Terengganu
2008.
5.8 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada PeraturanAm Perkara 21.9
5.9 Setiap pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu (1)
discipline sahaja. Jika pemain didaftarkan untuk Bola
Tampar Indoor maka pemain tersebut tidak boleh
didaftarkan untuk Bola Tampar Pantai dan sebaliknya.
6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN.
6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari
sebelum pertandingan pertama dijalankan.
6.2 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan
senarai nama peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau
Pasport Antarabangsa, dokumen pendaftaran, KPPK 1/9 atau
KPPK 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada
bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat PengurusPasukan adalah muktamad.
7.0 INKUIRI PASUKAN
7.1 Semasa ketibaan di kampung sukan , pengurus dan jurulatih
setiap pasukan mesti melaporkan diri di sekretariat untuk
menjalani inkuiri pasukan.
7.2 Dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk semakan
oleh jawatankuasa kawalan :-
(a) Borang pendaftaran (Senarai 12 pemain terakhir).
(b) Kad pengenalan pemain, atau passport, dokumen
pendaftaran JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang asal.
(c) Jersi dan seluar ketua pasukan bagi kedua-dua set jersi
untuk menentukan warna dan nombor.
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
4/10
4/10
8.0 SISTEM PERTANDINGAN
8.1 Jika penyertaannya terdiri daripada 8-12 pasukan, maka
sistem pertandingan adalah seperti berikut :-
8.1.1 Pusingan Awal
8.1.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga
satu pusingan dan dalam 2 kumpulan A dan
kumpulan B.
8.1.1.2 Keempat-empat pasukan yang berjaya ke
peringkat separuh akhir Kejohanan Remaja
Kebangsaan 2007 akan menjadi pasukan
pilihan atau seeded. Pasukan Johan dan
pasukan tempat keempat akan dimasukkan
ke dalam kumpulan A. Pasukan Naib Johandan pasukan tempat Ketiga pula akan
dimasukkan ke dalam kumpulan B. Pasukan-
pasukan yang lain akan diundi bagi
menentukan kumpulan masing-masing.
8.1.2 Pusingan Suku Akhir dan Klasifikasi
8.1.2.1 Suku Akhir : 4 pasukan terbaik baik setiap
kumpulan akan bermain dalam pusingan
eliminasi seperti berikut :-
1A - 4B
1B - 4A
2A - 3B
2B - 3A
8.1.2.2 Klasifikasi (9-12) pasukan ke-5 dan ke-6 akan
bermain dalam pusingan eliminasi seperti
berikut :-
5A - 6B5B - 6A
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
5/10
5/10
8.1.3 Pusingan Separuh Akhir dan Klasifikasi untuk 9-12
8.1.3.1 Separuh Akhir
M (1A-4B) - M (2B-3A)
M (1B-4A) - M (2A-3B)
8.1.3.2 Klasifikasi (5-8)
K (1A-4B) - M (2B-3A)
K (1B-4A) - K (2A-3B)
8.1.3.3 Klasifikasi (9-12)
Kedudukan 11-12 K (5A-6B) - K (5B-6A)
Kedudukan 9-10 M (5A-6B) - M (5B-6A)
8.1.4 Pusingan Akhir
8.1.4.1 Bagi kedudukan 1-2
Menang (Separuh Akhir 1) mln
Menang Separuh Akhir 2)
8.1.4.2 Bagi kedudukan 3-4
Kalah (Separuh Akhir 1)mlnKalah (Separuh Akhir 2)
Sistem yang sama akan
diaplikasikan bagi kedudukan 5-8
dan 9-12.
8.1.4.3 Kedudukan 5-6
Menang klasifikasi 1 -
Menang klasifikasi 2
8.1.4.4 Kedudukan 7-8
Kalah klasifikasi 1 -
Kalah kasifikasi 2
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
6/10
6/10
8.2 Di mana terdapat bilangan pasukan antara 13 dan 16. Sistem
pertandingan terdiri daripada 4 pusingan dengan maksimum 52
perlawanan jumlahnya.
Pusingan awal - 24 perlawanan
Pusingan kedua - 6 perlawanan
Pusingan klasifikasi - 10 perlawanan
Pusingan akhir - 12 perlawanan
8.2.1 Pusingan Awal
Empat kumpulan (A,B,C,D) akan terdiri daripada maksimum 4
pasukan setiap satu. Pasukan-pasukan akan bertanding
secara liga dalam kumpulan. Pasukan yang Ranking ke 4
dalam setiap kumpulan akan dieliminasikan danmeninggalkan kejohanan.
8.2.2 Pusingan Seeding dan Eliminasi
Johan setiap kumpulan (1A, 1B, 1C, 1D) akan diundi untuk
bermain 2 perlawanan Seeding. 2 pemenang dan 2
pasukan yang kalah akan ditentukan. Kumpulan Eliminasi
akan terdiri daripada 8 pasukan, iaitu 4 pasukan naib johan
dan 4 pasukan ke 3 dalam kumpulan.
Pembahagian pasukan dalam kumpulan Eliminasi akanmengambil pertimbangan prinsip-prinsip berikut :-
a) Perlawanan antara 2 pasukan dalam pusingan akan
dielakkan.
b) 4 pasukan 2A, 2B, 2C dan 2D akan diundi ke dalam
kedudukan 1,4,5 dan 8.
c) 4 pasukan 3A, 3B, 3C dan 3D akan diundi dengan
undian berpandu ke dalam kedudukan 2,3,6 dan 7
mengikut prinsip yang disebutkan di atas.
4 pasukan yang menang dalam kumpulan Eliminasi akan
bersama 4 pasukan kumpulan Seeding (menang dan
kalah) untuk bermain dalam pusingan akhir. 4 pasukan yang
kalah dalam kumpulan Eliminasi akan meninggalkan
kejohanan.
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
7/10
7/10
8.2.3 Pusingan Akhir dan Perlawanan Klasifikasi
4 pasukan kumpulan Seeding dan 4 pasukan yang menang
dalam kumpulan Eliminasi akan bermain dalam pusingan
akhir mengikut sistem kalah-mati untuk menentukan ranking
1-8.
Kedudukan permulaan 8 pasukan untuk pusingan akhir akan
ditentukan dengan prinsip-prinsip berikut :-
a) 2 pemenang kumpulan Seeding akan diundikan ke
dalam kedudukan 1 dan 8.
b) 2 pasukan kalah kumpulan Seeding akan diletakkan
ke dalam kedudukan 4 dan 5 supaya mereka tidak
akan mengulang perlawanan mereka telah bermain.
c) 4 pasukan daripada kumpulan Eliminasi akan
diundikan ke dalam kedudukan 2, 3, 6 dan 7 dengan
undian berpandu supaya mengelakkan pengulangan
perlawanan.
9.0 SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN
9.1 Berikut adalah sistem pemberian mata :
MENANG KALAH LUCUT TEKNIKAL2 mata 1 mata 0 mata
9.2 Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat
dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang
sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat
mengikut sistem kiraan berpandu kepada PeraturanPertandingan Persatuan Bola Tampar Malaysia.
10.0 PAKAIAN SERAGAM
10.1 Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu
jersi dan seluar pendek.
10.2 Jersi hendaklah bernombor yang berukuran sekurang-
kurangnya 15 sm tinggi di hadapan pada paras dada dan 20
sm di belakang.
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
8/10
8/10
10.3 Nombor jersi hendaklah dari nombor 1 hingga nombor 18.
10.4 Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak
dibenarkan menyertai pertandingan ini.
10.5 Setiap pasukan mesti mempunyai dua set jersi yang berlainan
warna.
11.0 PEMBATALAN (WALK-OVER)
11.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh
(30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
11.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit masa yang telah
dijadualkan itu tanpa memberi alasan yang munasabah
adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertandingkepada pihak lawannya itu.
12.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN
12.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal,
Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal
setelah berbincang dengan MAVA tertakluk kepadaPeraturan Am Perkara 14.2 (i).
12.2 Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporanbersama-sama dengan laporan pengadil atau hakim
mengenai peserta atau pegawai pasukan yang telah
digantung daripada menyertai satu atau kesemua
pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN
MALAYSIA dijalankan kepada Persatuan Bola Tampar
Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
12.3 Pertandingan akan dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa
Kawalan ( Control Committee ).
12.4 Jawatankuasa Kawalan terdiri daripada lapan (8) anggota,seorang pengerusi dan dibantu oleh seorang Penyelia
Teknikal dan seorang Penyelia Pengadilan serta lima (5)
anggota juri.
12.5 Pada setiap perlawanan dua (2) ahli juri terdiri dari
Jawatankuasa Kawalan akan ditugaskan untuk mengawal
perlawanan.
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
9/10
9/10
13.0 MENARIK DIRI
13.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang
perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah
dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan
tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
13.2 Tindakan disiplin akan diambil terhadap pasukan berkenaanoleh Persatuan Bola Tampar Malaysia.
14.0 BANTAHAN/TATATERTIB
14.1 Semua bantahan mesti dibuat oleh Pengurus Pasukan
sahaja. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan
disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00tunai.
14.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang
dikemukakan itu didapati tidak wajar.
14.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah
Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas
pertandingan itu tamat.
14.4 Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana
pasukan ingin membuat bantahan, bantahan itu hendaklahdikemukakan secara lisan kepada pengadil semasa
menandatangani buku rekod, ketua permainan mestilah
menulis perkataan Ingin Bantah di bawah tandatangannya
agar bantahan itu akan lebih berkesan.
15.0 JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB
15.1 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib terdiri daripada
sembilan (9) orang anggota iaitu :-
(a) Pengerusi Jawatankuasa Kawalan MAVA.
(b) Pengarah Pertandingan.
(c) 3 orang ahli Jawatankuasa Kawalan MAVA.
-
8/14/2019 Microsoft Word - Bola Tampar
10/10
10/10
(d) 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam
bantahan itu.
15.2 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib akan bersidang dalam
masa dua (2) jam setelah menerima laporan dari Pengadil
atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu
keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.
15.3 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapat
sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang
berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk
membuat sesuatu keputusan.
15.4 Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Bantahan/Tatatertib Bola Tampar Sukan Malaysia XII,
Terengganu 2008 adalah muktamad.
16.0 HADIAH-HADIAH
16.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut:-
EMAS PERAK GANGSA
Pasukan Lelaki 1(12) 1(12) 1(12)
Pasukan Wanita 1(12) 1(12) 1(12)
JUMLAH 2(24) 2(24) 2(24)
16.2 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah
tertakluk kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.
Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Sukan Malaysia XII, Terengganu 2008Folder Sukan Malaysia XII, Terengganu 2007Bola Tampar
Kemaskini : 270607 amys