MEMBANGUNKAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF fileMOODLE BAGI TAJUK DINAMIK TINGKATAN DUA NUR...

26
MEMBANGUNKAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK DINAMIK TINGKATAN DUA NUR LIYANA BINTI MAT DAUT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MEMBANGUNKAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF fileMOODLE BAGI TAJUK DINAMIK TINGKATAN DUA NUR...

MEMBANGUNKAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE

BAGI TAJUK DINAMIK TINGKATAN DUA

NUR LIYANA BINTI MAT DAUT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

 

MEMBANGUNKAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN

MOODLE BAGI TAJUK DINAMIK TINGKATAN DUA

NUR LIYANA BINTI MAT DAUT

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Sains )

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

ii  

 

iii  

DEDIKASI

Teristimewa buat insan tersayang,

Ibu dan ayah

Hj. Mat Daut Hj. Sulaiman

Hjh. Siti Mariam Hj. Ali

Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan

sokongan sejak di alam persekolahan sehinggalah sekarang serta sudi berkongsi susah

senang walau apa jua yang terjadi. Pengorbanan kalian amatlah dihargai.

Adik –beradik

Muhamad Shahrizal Hj.Mat Daut

Muhamad Idzwan Hj.Mat Daut

Muhamad Razif Hj.Mat Daut

Muhamad Nazrin Shah Hj.Mat Daut

Kasih dan saying yang kalian curahkan telah menjadi aspirasi sepanjang kehidupanku di UTM.

iv  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan inayah-

Nya pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan MOODLE ini telah disiapkan

dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima

kasih kepada Prof. Madya Dr. Shaharom bin Noordin selaku penyelia Projek Sarjana

Muda (PSM) dan juga sebagai pembimbing yang telah membantu dan membimbing

saya dalam membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan web yang bertajuk

Dynamics serta menyiapkan penulisan ini. Terima kasih sekali lagi atas jasa beliau yang

tidak jemu-jemu berkongsi segala pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki sehingga

ianya dapat diaplikasikan dengan jayanya di dalam pembangunan yang dihasilkan ini.

Tidak lupa jutaan terima kasih saya yang tidak terhingga buat insan tersayang

iaitu kedua ibu bapa saya serta keluarga yang banyak menghulurkan bantuan baik dari

segi sokongan, motivasi, cadangan hinggalah kepada sumber kewangan.

Akhir sekali buat teman-teman yang saya kasihi yang tidak putus-putus memberi

bantuan secara langsung atau tidak. Allah sahaja sebaik-baik pemberi balasan atas jasa

kalian semua.

v  

 

 

ABSTRAK

Revolusi teknologi maklumat dekad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas

kepada kehidupan seharian. Ianya secara tidak langsung telah mengubah cara manusia

bekerja. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang besar dalam

sistem pendidikan negara dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu, pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan MOODLE

versi bahasa Inggeris yang bertajuk Dynamics telah dibangunkan. Projek ini telah

menggunakan perisian terbuka (Course Management System) MOODLE Versi 1.9B4

bagi membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan web dan berdasarkan model

ADDIE.    Sistem MOODLE ini dianggap sesuai kerana rekabentuknya berasaskan

Konstruktivisme Sosial yang menggariskan bahawa pembelajaran berlaku dalam

konteks sosial dan pelajar membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman

lepas.  Kesepaduan antara elemen-elemen multimedia yang canggih seperti teks, grafik,

audio, video dan animasi dapat memudahkan pelajar memahami konsep sains yang

abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint 2007 merupakan asas pembangunan

bahan e-pembelajaran ini dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe

Photoshope CS2, Ulead Gift Animator 5, Macromedia Flash 8 dan Sony Vegas 8.0.

Bahan pembelajaran yang dilengkapi dengan isi pelajaran, rumusan, capaian internet,

kuiz, permainan, forum dan chatting mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai

media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan bahan e-pembelajaran

berasaskan web ini dapat membantu guru terutamanya bagi mata pelajaran Sains dalam

proses pengajaran agar pembelajaran pelajar lebih berkesan. 

vi  

ABSTRACT

In our daily life, the revolution of information technology in this century has

gained a widespread influence. Indirectly it has changed the way in we work and gives

a great implication in the national education system in enhancing the quality of teaching

and learning. Thus, a development of e-learning method, using English as a medium of

instruction entitled Dynamics has been developed based on MOODLE system. This

project has utilized the system software MOODLE Version 1.9B4 to develop an e-

learning method based on the web and using the model ADDIE. The MOODLE system

is suitable because it supports the Social Constructivism learning theory which states

that learning occurs in social context and students create new knowledge based on past

experiences. The combination among the multimedia elements such as texts, graphics,

audio, video and animation can ease students understanding especially abstract concept

in science. The Microsoft Office PowerPoint 2007 software is the key fundamental of

the e-learning method development and supported by others software such as Adobe

Photoshope CS2, Ulead Gift Animator 5, Macromedia Flash 8 and Sony Vegas 8.0. This

learning method is equipped with lesson, summary and hyperlink to related websites,

quizzes, game, forum and chatting which enable this method for teaching and learning.

This is part of the reason why the e-learning method development can help science

teachers in the process of teaching, therefore making the learning process become more

effective.

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9

viii

1.8 Istilah Dan Takrifan 11

1.8.1 Bahan Pembelajaran Sains 11

1.8.2 E-pembelajaran 12

1.8.3 MOODLE 12

1.8.4 Bahan Bantu Mengajar

1.8.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

1.8.6 Kerangka Teori Projek

12

13

13

1.9 Rumusan 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 17

2.2 E-pembelajaran 18

2.3 Ciri-ciri E-pembelajaran 20

2.3.1 Keluasan Pengguna

2.3.2 Kos Efektif

2.3.3 Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar

2.3.4 Penyebaran Serentak

20

20

21

21

2.4 Perisian Sumber Terbuka [Open Source Software

(OSS) ]

22

2.5 Sistem Pengurusan Kursus MOODLE 23

2.5.1 Ciri-ciri Dan Kelebihan MOODLE 23

2.6 Masalah Pembelajaran 25

2.7 Penggunaan Bahan E-pembelajaran Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran

26

2.8 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 29

2.8.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 29

2.9 Model Reka Bentuk Pengajaran Bersistem 31

2.10 Multimedia Dalam Pendidikan 35

ix

2.11 Prinsip-prinsip Dalam Mereka Bentuk Produk

Pengajaran Multimedia

35

2.12

2.13

2.14

2.15

Elemen-elemen Dalam Multimedia

Kesalahfahaman Konsep Dalam Tajuk Daya

2.13.1 Kesalahfahaman Konsep Daya

Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Rumusan

39

41

41

42

43

3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Model Rekabentuk Pembangunan 46

3.2.1 Fasa Analisis (Analysis)

3.2.1.1 Pembinaan Konsep Pembangunan E-

pembelajaran

3.2.1.2 Menyatakan Tujuan

3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan Sasaran

47

47

47

49

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

Fasa Rekabentuk (Design)

Fasa Pembangunan (Development)

3.4.1 Pembangunan Sumber (Resources) Dalam

Bahan E-pembelajaran

3.4.2 Pembangunan Bahan Aktiviti

Fasa Pelaksanaan (Implementation)

Fasa Penilaian (Evaluation)

3.6.1 Penilaian Formatif

3.6.2 Penilaian Sumatif

Rumusan

49

51

51

52

52

53

53

53

54

x

4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

4.1 Pendahuluan 55

4.2 Penghasilan Bahan-Bahan Pembelajaran 56

4.2.1 Skrin Login 56

4.2.2 Skrin Main Menu

4.2.3 Rekabentuk Topik Dynamics

4.2.4 Paparan Skrin Topik

4.2.5 Paparan Latihan

4.2.6 Paparan Rumusan

4.2.7 Paparan Game

4.2.8 Paparan Kuiz

4.2.9 Paparan Info

4.2.10 Paparan Forum

4.2.11 Paparan Chatting

57

58

59

61

62

63

64

65

66

67

4.3 Rumusan

68

5

KESIMPULAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

5.1 Pendahuluan 69

5.2 Kesimpulan 70

5.3 Perbincangan

5.3.1 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa

Membangunkan Bahan E-pembelajaran

5.3.2 Kekuatan Pembangunan Bahan E-pembelajaran

5.3.3 Kelemahan Pembangunan Bahan

E-pembelajaran

70

71

74

76

5.4 Cadangan Mengatasi Masalah 77

xi

5.5

Rumusan 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 82

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 13

2.1

3.1

Carta Alir Berdasarkan Model ADDIE

Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

32

46

4.1 Skrin Login 57

4.2 Skrin Main Menu 53

4.3 Skrin Upload 59

4.4 Paparan Topik 60

4.5 Paparan Latihan 61

4.6 Paparan Rumusan 62

4.7 Paparan Menu Game 63

4.8 Paparan Game 64

4.9 Paparan Kuiz 65

4.10 Paparan Info 66

4.11 Skrin Forum 67

4.12 Skrin Chat 68

xv

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH CMS - Content Management System

JPEG - Joint Photographic Experts Group

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

MOODLE - Modular Object Dynamic Learning

URL - Uniform Resource Locator

ICT - Information and Communication Technology

RAM - Random Access Memory

CAI - Computer Aided Learning

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

BBM - Bahan Bantu Mengajar

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

xvi 

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Paparan Latihan 82

B Paparan Kuiz 87

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Negara Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun dalam

mencapai status negara maju sejajar dengan negara-negara lain. Menjelang tahun 2020,

pendidikan merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan supaya dapat melahirkan

golongan cerdik pandai yang dapat membantu dalam arus pemodenan negara kita kelak.

Bagi mencapai dan merealisasikan matlamat itu, guru-guru diberi tanggungjawab yang

berat supaya mendidik dan membentuk golongan cerdik pandai pada generasi akan

datang. Perkembangan teknologi maklumat yang pantas tanpa mengira masa dan tempat

telah banyak mengubah proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan

perkembangan teknologi terkini. Oleh itu, dalam meningkatkan mutu pengajaran yang

berkualiti, strategi pengajaran seorang guru disifatkan sebagai satu sumber yang amat

diperlukan oleh semua pelajarnya.

2

Abad ke-21 ini memperlihatkan pelbagai cabaran pembangunan yang dihadapi

oleh negara. Cabaran yang dihadapi oleh negara ini adalah berpunca daripada arus

perdana, pengantarabangsaan serta perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT). Kini, adalah penting untuk rakyat Malaysia mempunyai kecelikan

dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Antara cara yang baik untuk memberi

peluang seluruh rakyat Malaysia mempunyai kemahiran asas dalam bidang ini adalah

melalui penerapannya dalam pendidikan seharian.

Antara matlamat pendidikan negara berdasarkan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (2006-2010) adalah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek (JERI). Selain itu, meningkatkan kreativiti, inovasi dan

budaya ilmu dalam diri pelajar. Akhir sekali, antara matlamat pendidikan negara yang

terbaru adalah membudayakan sains dan teknologi dan penerapan pembelajaran

sepanjang hayat dalam diri pelajar. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) pada hari ini telah meningkatkan penggunaan internet, laman web dan jaringan

networking dalam pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diperoleh, disebar dan

direkod. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pengajaran.

Internet adalah hasil gabungan kecanggihan komputer dan teknologi komunikasi

yang digabungkan dalam satu jaringan yang meliputi seluruh dunia. Tujuan utama

rangkaian kerja (network) global ini ialah memudahkan pertukaran dan perkongsian

maklumat serta perhubungan dalam pelbagai bidang. Capaian internet dimanfaatkan

oleh seluruh masyarakat tanpa mengira batasan geografi dan budaya. Oleh itu,

pengalaman dalam penggunaan IT dan internet dalam kehidupan harian seharusnya

diintegrasikan kepada dunia pendidikan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran

sebenar kepada pengguna. Medium pengajaran berasaskan internet semakin mendapat

tempat di kalangan pendidik alaf ini. Pengguna boleh mendapatkan maklumat dengan

mudah kerana persekitaran pembelajaran berasaskan web ini kaya dengan pelbagai

3

maklumat dan sesuai dengan semua tahap pengetahuan pengguna dan mengandungi

pelbagai aktiviti pembelajaran.

Hassan (1998) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi mampu

mendorong kepada memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan

media seperti grafik, animasi, teks, audio dan video telah diintegrasikan bersama dalam

laman web mampu menarik minat pengguna untuk memberi lebih tumpuan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.

Di sini, berdasarkan perkembangan dan matlamat pendidikan negara, kita dapat

lihat bahawa pengajaran dan pembelajaran di sekolah mula berganjak daripada kaedah

tradisional kepada berbentuk moden. Pembelajaran lebih berbentuk terbuka dan pelajar

boleh memperoleh maklumat dan pengalaman dari pelbagai sumber. Selain guru, buku

teks dan surat khabar, dan kini internet menjadi salah satu sumber maklumat penting.

Penggunaan internet di sekolah oleh guru dan pelajar bukan lagi perkara baru untuk

diperkatakan. Melalui internet, guru dan pelajar boleh melayari e-learning, e-media, e-

library, e-book dan pelbagai lagi laman web yang dapat memenuhi keperluan maklumat

yang dikehendaki oleh mereka.

Perlaksanaan e-pembelajaran atau lebih dikenali sebagai pengajaran berasaskan

web (Web Based Instruction) adalah satu contoh cara pembelajaran yang memudahkan

pengguna untuk mencapai bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan dari segi

teknik juga dalam keadaan tidak formal. E-pembelajaran merupakan hasil daripada

kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa

kini yang merupakan satu perkembangan dalam dunia pendidikan (Ismail Zain,2002).

4

Mengikut Baharuddin Aris, et al. (2003), melalui kaedah pembelajaran web suatu

aspek yang penting adalah penglibatan pengguna dalam proses pembelajaran. Pengguna

yang terlibat akan berinteraksi secara aktif untuk mendapatkan maklumat dan

pengetahuan sama ada sesama pengguna sendiri mahupun interaksi bersama pentadbir

mereka. Maka dengan itu, pembelajaran berasaskan web digunakan untuk memandu

para pengguna dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan lebih berkesan dan

berkualiti secara dalam talian.

E-pembelajaran membantu dalam perkongsian maklumat dengan lebih berkesan

dengan penggunaan kaedah yang meluas di internet seperti forum, e-mail, dan chatting.

Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana

pelajar dapat mencapai maklumat dari laman web yang berkaitan dengan cepat dan

mudah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penerapan ICT dalam pendidikan bukan hanya bertujuan untuk melahirkan

lapisan masyarakat yang mahir dalam bidang teknologi, malah ia juga sesuai dengan

pandangan konstruktivisme yang disusun dalam KBSM. Menurut Rozinah (2007), teori

pengajaran dan pembelajaran konstruktivis amat sesuai dengan bantuan penggunaan

internet dan pelbagai bahan perisian multimedia yang lain. Selain itu, ia juga dapat

menyelesaikan pelbagai masalah dalam pendidikan tradisional.

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Malaysia pada hari ini adalah

berorientasikan peperiksaan dan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan pelajaran

5

tidak kepada penggunaan pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah

sebenar. Menurut Ismail Zain(2002), sikap negatif sesetengah guru yang mengajar

hanya melatih dan menyediakan pelajar menjawab soalan peperiksaan, bukan untuk

pemahaman sebenar dan sikap ini perlu dikikis. Pemahaman konsep secara

konseptual, sebagaimana yang difahami oleh ahli sains atau pakar adalah kayu

pengukur penting bagi kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran.

Para pelajar pada masa kini memerlukan pelbagai rangsangan untuk

memotivasikan diri serta memudahkan mereka untuk belajar. Jika seseorang guru itu

hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’, bagi pelajar pada masa kini adalah amat

membosankan kadang kala mereka kurang menunjukkan minat untuk terus berusaha jika

mereka masih tidak memahaminya. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa

pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep

dan istilah-istilah saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai.

Pembelajaran sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap mata

pelajaran sains dan seterusnya mengkategorikan sains sebagai satu matapelajaran yang

sukar difahami.

Dalam pendidikan sains khasnya, pelajar-pelajar menghadapi berbagai

halangan seperti konsep yang terlalu abstrak, fenomena yang kurang berkaitan dengan

kehidupan seharian, fenomena mikroskopik dan skop pelajaran yang terlalu umum.

Keadaan ini semakin menyulitkan kerana tahap pemahaman pelajar serta kerangka

alternatif yang berbeza-beza. Maka inisiatif guru ialah membawa perubahan terhadap

situasi begini dengan menyediakan bahan pengajaran yang boleh menarik minat

pelajar. Contohnya dalam tajuk Dinamik ini melibatkan pengenalan daya yang

memerlukan keadaan atau perlakuan sebenar bagi menjelaskan bahawa wujudnya

daya. Maka pelbagai fenomena yang perlu dijelaskan dengan lebih terperinci bagi

merangsang pemikiran pelajar.

6

Kemajuan teknologi maklumat sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan laman web memberikan satu jalan

lain bagi guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran,

latih tubi, dan penilaian. Salah satu aplikasi laman web yang disediakan ialah melalui

bahan e-pembelajaran. Di samping memberikan maklum balas yang cepat dan tepat

apabila pelajar melakukan latih tubi dan penilaian, laman web juga dapat menarik

minat pelajar dengan grafik dan animasi yang disediakan. Guru juga dapat memantau

perjalanan pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar-pelajarnya serta dapat mengenal

pasti kelemahan pelajar dari rekod mereka.

Melalui bahan e-pembelajaran, pembelajaran kendiri boleh dilaksanakan

dengan lebih efektif dimana pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju

pembelajaran. Selain itu, pelajar juga berpeluang mempelajari tajuk yang sukar yang

sukar difahami secara berulangkali sehinggalah mereka dapat memahami dengan

baik. Pelajar juga akan melalui suasana yang harmoni dan tidak malu untuk bertanya

kerana di dalam e-pembelajaran ada di sediakan forum bagi menyatakan sebarang

kemusykilan tentang masalah pembelajaran yang dihadapi. Perbincangan kumpulan

juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik, teratur dan terancang melalui penggunaan

teknologi yang sedia ada. Apa yang pasti, pengurusan e-pembelajaran yang baik dapat

menyimpan rekod pembelajaran secara lebih berkesan dan bersistematik yang mana ia

bertujuan sebagai rujukan pelajar, pemudah cara, mentor ataupun guru.

Kesimpulannya, bahan e-pembelajaran berasaskan web merupakan satu kaedah

pembelajaran yang dinamik dan sesuai dijalankan oleh pelajar didalam dan diluar

waktu sekolah. Ciri-ciri yang menarik inilah menyebabkan e-pembelajaran akan

menjadi satu cara proses pengajaran dan pembelajaran. Malah sekiranya pelajar

dibantu menggunakan e-pembelajaran dengan cara yang berkesan dan berfaedah ia

dapat membantu mengurangkan penggunaan internet secara negatif.

7

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam era multimedia dan teknologi maklumat ini, bahan bantu mengajar

(BBM) dalam bentuk pembangunan web yang mudah amat diperlukan. Maka adalah

lebih wajar untuk membina lebih banyak bahan multimedia yang berkaitan dengan

kurikulum semasa untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyedari

kelemahan pelajar dalam mata pelajaran sains, pengkaji memilih pendekatan

Konstruktivisme Sosial sebagai satu pendekatan dalam bahan e-pembelajaran yang

dibangunkan kerana teori ini memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara

aktif. Kebanyakan perisian bahan pengajaran sains yang ada pada hari ini tidak banyak

mempunyai ciri tambahan seperti mana yang diperlukan. Bagi mengatasi masalah bahan

P&P yang kurang bermutu, maka kajian tentang kesesuaian bahan P&P perlu

dibangunkan oleh pembangun yang bertajuk pembinaan bahan e-pembelajaran Sains

Tingkatan Dua bertajuk Dynamics berasaskan perisian MOODLE adalah sesuai dengan

kehandak KBSM.

1.4 Persoalan kajian

Mata pelajaran Sains mula diajar pada pelajar sejak awal persekolahan lagi iaitu

bermula dari Tahun Satu sehinggalah Tingkatan Lima. Dalam mata pelajaran Sains

Tingkatan Dua iaitu dalam bab tujuh yang bertajuk Dinamik. Subtopiknya ialah daya.

Dalam bab ini ia akan memperkenalkan tentang definisi daya, kesan-kesan daya, jenis-

jenis daya dan pengukurun daya.

8

Bagi memudahkan pelajar dalam mempelajari bab ini, ilustrasi yang pelbagai dan

menarik amat diperlukan tidak seperti kaedah-kaedah dalam teori tradisional yang hanya

menggunakan gambar lukisan. Para pelajar kini memerlukan gambar grafik yang

sebenar dan lebih baik ditambah pula dengan video yang berkaitan dengan mudah di

dalam kehidupan mereka. Ia juga memudahkan para guru dalam penyediaan mencari

bahan atau objek sebenar iaitu guru-guru boleh menunjukkan atau mendemonstrasikan

kepada pelajar masing-masing dalam bentuk gambar grafik objek sebenar, animasi

ataupun video yang sesuai.

Oleh itu, adalah amat bersesuaian jika mata pelajaran ini diajar dengan

menggunakan pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan web menggunakan

MOODLE yang efektif yang akan dibangunkan oleh pembangun ini dalam memudahkan

kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar itu sendiri.

1.5 Objektif kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk

beberapa oblektif kajian :

1) Membangunkan sebuah prototaip e-pembelajaran Sains Tingkatan Dua yang

bertajuk Dynamics.

2) Menambahkan bilangan bahan pengajaran berasaskan komputer dalam versi

Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains Tingkatan Dua.

9

3) Menghasilkan satu perisian yang menggabungkan unsur-unsur multimedia

seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.