M A L A Y S I A - AML/CFTamlcft.bnm.gov.my/document/2016-07-14 Circular on...cara, secara langsung...
-
Upload
nguyenphuc -
Category
Documents
-
view
213 -
download
0
Transcript of M A L A Y S I A - AML/CFTamlcft.bnm.gov.my/document/2016-07-14 Circular on...cara, secara langsung...
M A L A Y S I A
Warta KerajaanS E R I P A D U K A B A G I N D A
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY’S GOVERNMENT GAZETTEPUBLISHED BY AUTHORITY
31hb Disember 2010 TAMBAHAN No. 158PERUNDANGAN (A)
Jil. 54No. 26
P.U. (A) 481.AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010
Peraturan-Peraturan Perdagangan Strategik (reSoluSi MajliS keSelaMatan Pertubuhan bangSa-bangSa berSatu) 2010
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 55 Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perdagangan Strategik (Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 2010.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.
Tujuan
2. Tujuan Peraturan-Peraturan ini adalah untuk melaksanakan langkah-langkah yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Perkara 41 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan keputusannya berkaitan ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran.
7708P.U. (A) 482.
Pelaksanaan resolusi ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
3. (1) Langkah-langkah yang berikut hendaklah, mengikut resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan, diambil berhubung dengan negara dan orang yang ditetapkan di bawah Perintah Perdagangan Strategik (Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir Terlarang) 2010 [P.U. (A) 484]:
(a) pembekuan dana dan aset kewangan lain atau sumber ekonomi negara atau orang itu yang terdapat di Malaysia;
(b) larangan perjalanan orang itu ke atau melalui Malaysia;
(c) larangan pelaburan di Malaysia oleh negara atau orang itu yang melibatkan mana-mana aktiviti terhad;
(d) penghalangan pemberian perkhidmatan kewangan, termasuk insurans atau insurans semula, atau pemindahan ke, melalui, atau dari Malaysia, atau kepada atau oleh rakyat Malaysia atau entiti yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia (termasuk cawangan di luar negara), atau orang atau institusi kewangan di Malaysia, apa-apa aset kewangan atau aset atau sumber lain jika terdapat maklumat yang memberikan alasan munasabah untuk mempercayai bahawa perkhidmatan, aset atau sumber itu boleh menyumbang kepada mana-mana aktiviti terhad di mana-mana negara yang ditetapkan;
(e) larangan apa-apa aktiviti lain yang dikehendaki di bawah keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.
(2) Bagi maksud subperaturan (1)—
(a) tiada warganegara Malaysia dan tiada pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia boleh, di dalam atau di luar Malaysia, dengan berpengetahuan mengadakan atau memungut melalui apa-apa cara, secara langsung atau tak langsung, harta dengan niat supaya harta itu digunakan, atau dengan berpengetahuan bahawa harta itu akan digunakan, oleh seseorang yang ditetapkan;
(b) tiada warganegara Malaysia dan tiada pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia boleh, di dalam atau di luar Malaysia, dengan berpengetahuan—
(i) berurusan, secara langsung atau tak langsung, mengenai apa-apa harta seseorang yang ditetapkan, termasuk dana yang terbit atau dihasilkan daripada harta yang dimiliki atau dikawal secara langsung atau tak langsung oleh orang itu;
(ii) membuat atau memudahkan, secara langsung atau tak langsung, apa-apa transaksi yang berhubungan dengan suatu urusan yang disebut dalam subperenggan (i);
P.U. (A) 481.
7709 P.U. (A) 482.
(iii) mengadakan apa-apa perkhidmatan kewangan atau perkhidmatan lain yang berkaitan berkenaan dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i);
(iv) mengadakan apa-apa harta atau apa-apa perkhidmatan kewangan atau perkhidmatan lain yang berkaitan, secara langsung atau tak langsung, bagi manfaat seseorang yang ditetapkan;
(c) tiada warganegara Malaysia dan tiada pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia boleh, di dalam atau di luar Malaysia, dengan berpengetahuan melakukan apa-apa yang menyebabkan, membantu atau menggalakkan, atau yang diniatkan untuk menyebabkan, membantu atau menggalakkan, mana-mana aktiviti yang dilarang oleh perenggan (a) atau (b);
(d) tiap-tiap warganegara Malaysia dan tiap-tiap pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia hendaklah segera menzahirkan kepada Pengawal—
(i) kewujudan harta dalam milikan, jagaan atau kawalannya yang mereka mempunyai sebab untuk mempercayai adalah dimiliki atau dikawal oleh atau bagi pihak seseorang yang ditetapkan; dan
(ii) maklumat mengenai sesuatu transaksi atau transaksi yang dicadangkan berkenaan dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i).
(3) Seseorang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau dengan kedua-duanya.
(4) Bagi maksud peraturan ini, segala hak dan kepentingan yang terjamin dan tak terjamin yang dipegang oleh seseorang, selain seseorang yang ditetapkan atau ejennya, dalam harta yang dibekukan itu adalah berhak mengikut aturan yang mereka sepatutnya berhak sekiranya harta itu tidak dibekukan.
Dibuat 22 Disember 2010[MITI/STS/(S)/536; PN(PU2) 682/II]
dato’ Sri MuStaPa MohaMed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (A) 481.
7710P.U. (A) 482.
STRATEGIC TRADE ACT 2010
Strategic trade (united nationS Security council reSolutionS) regulationS 2010
in exercise of the powers conferred by section 55 of the Strategic Trade Act 2010 [Act 708], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement
1. (1) These regulations may be cited as the Strategic Trade (United Nations Security Council Resolutions) Regulations 2010.
(2) These Regulations come into operation on 1 January 2011.
Purpose
2. The purpose of these Regulations is to implement the measures decided by the United Nations Security Council in pursuance of Article 41 of the Charter of the United Nations to give effect to its’ non-proliferation of weapons of mass destruction related decisions.
Implementation of United Nations Security Council non-proliferation of weapons of mass destruction resolutions
3. (1) The following measures shall, in accordance with the relevant resolutions of the United Nations Security Council, be taken in relation to the countries and persons designated under the Strategic Trade (Restricted End-Users and Prohibited End-Users) Order 2010 [P.U. (A) 484]:
(a) the freezing of the funds and other financial assets or economic resources of such countries or persons that are located in Malaysia;
(b) the prohibition of the travel of such persons to or through Malaysia;
(c) the prohibition of investment in Malaysia by such countries or persons involving any restricted activities;
(d) the prevention of the provision of financial services, including insurance or re-insurance, or the transfer to, through, or from Malaysia, or to or by Malaysian nationals or entities organized under Malaysian law (including branches abroad), or persons or financial institutions in Malaysia, of any financial or other assets or resources if there is information that provides reasonable grounds to believe that such services, assets or resources could contribute to any restricted activity in any designated country;
(e) the prohibition of such other activities as may be required under the relevant decision of the United Nations Security Council.
P.U. (A) 481.
7711 P.U. (A) 482.
(2) For the purposes of subregulation (1)—
(a) no citizen of Malaysia and no body corporate incorporated in Malaysia shall, within or outside Malaysia, knowingly provide or collect by any means, directly or indirectly, property with the intention that the property be used, or in the knowledge that the property is to be used, by a designated person;
(b) no citizen of Malaysia and no body corporate incorporated in Malaysia shall, within or outside Malaysia, knowingly—
(i) deal, directly or indirectly, in any property of a designated person, including funds derived or generated from property owned or controlled directly or indirectly by that person;
(ii) enter into or facilitate, directly or indirectly, any transaction related to a dealing referred to in subparagraph (i);
(iii) provide any financial or other related service in respect of the property referred to in subparagraph (i);
(iv) make available any property or any financial or other related service, directly or indirectly, for the benefit of a designated person;
(c) no citizen of Malaysia and no body corporate incorporated in Malaysia shall, within or outside Malaysia, knowingly do anything that causes, assists or promotes, or is intended to cause, assist or promote, any activity prohibited by paragraph (a) or (b);
(d) every citizen of Malaysia and every body corporate incorporated in Malaysia shall disclose immediately to the Controller—
(i) the existence of property in their possession, custody or control that they have reason to believe is owned or controlled by or on behalf of a designated person; and
(ii) information about a transaction or proposed transaction in respect of property referred to in subparagraph (i).
(3) A person who contravenes subregulation (2) commits an offence and shall, on conviction, be punished with a fine of not more than one million ringgit or with imprisonment for a term of not more than two years or with both.
(4) For the purposes of this regulation, all secured and unsecured rights and interests held by a person, other than a designated person or his agent, in the frozen property are entitled to the same ranking as they would have been entitled to had the property not been frozen.
Made 22 December 2010[MITI/STS/(S)/536; PN(PU2)682/II]
dato’ Sri MuStaPa MohaMed Minister of International Trade and Industry
P.U. (A) 481.
20 Jun 2016 20 June 2016 P.U. (A) 177
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERINTAH PERDAGANGAN STRATEGIK (PENGGUNA AKHIR TERHAD DAN PENGGUNA AKHIR TERLARANG)
(PINDAAN) 2016
STRATEGIC TRADE (RESTRICTED END-USERS AND PROHIBITED END-USERS) (AMENDMENT) ORDER 2016
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 177
2
AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010
PERINTAH PERDAGANGAN STRATEGIK (PENGGUNA AKHIR TERHAD DAN PENGGUNA AKHIR TERLARANG) (PINDAAN) 2016
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 8
Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama
1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perdagangan Strategik
(Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir Terlarang) (Pindaan) 2016.
Pindaan Jadual Kedua
2. Perintah Perdagangan Strategik (Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir
Terlarang) 2010 [P.U. (A) 484/2010] dipinda dengan menggantikan Jadual Kedua
dengan Jadual yang berikut:
“JADUAL KEDUA
[Perenggan 4]
PENGGUNA AKHIR TERLARANG
BAHAGIAN 1: INDIVIDU
1. Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK)
Individu yang disenaraikan dalam Senarai yang diwujudkan,
disenggarakan dan dikemas kini oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Resolusi 1718 (2006)
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan boleh
didapati di laman sesawang rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
di https://www.un.org
P.U. (A) 177
3
2. Republik Islam Iran
Individu yang disenaraikan dalam Senarai yang diwujudkan,
disenggarakan dan dikemas kini oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Resolusi 2231 (2015)
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan boleh
didapati di laman sesawang rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
di https://www.un.org
BAHAGIAN 2: ENTITI
1. Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK)
Entiti yang disenaraikan dalam Senarai yang diwujudkan, disenggarakan
dan dikemas kini oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu menurut Resolusi 1718 (2006) Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan boleh didapati di laman sesawang rasmi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di https://www.un.org
2. Republik Islam Iran
Entiti yang disenaraikan dalam Senarai yang diwujudkan, disenggarakan
dan dikemas kini oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu menurut Resolusi 2231 (2015) Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan boleh didapati di laman sesawang rasmi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di https://www.un.org
BAHAGIAN 3: NEGARA DAN DESTINASI
-Tiada-ˮ.
P.U. (A) 177
4
Dibuat 17 Jun 2016 [MITI/STS/(S)/536; PN(PU2)682]
DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (A) 177
5
STRATEGIC TRADE ACT 2010
STRATEGIC TRADE (RESTRICTED END-USERS AND PROHIBITED END-USERS) (AMENDMENT) ORDER 2016
IN exercise of the powers conferred by section 8 of the
Strategic Trade Act 2010 [Act 708], the Minister makes the following order:
Citation
1. This order may be cited as the Strategic Trade (Restricted End-Users and
Prohibited End-Users) (Amendment) Order 2016.
Amendment of Second Schedule
2. The Strategic Trade (Restricted End-Users and Prohibited End-Users)
Order 2010 [P.U. (A) 484/2010] is amended by substituting for the Second Schedule the
following Schedule:
“SECOND SCHEDULE
[Paragraph 4]
PROHIBITED END-USERS
PART 1: INDIVIDUALS
1. Democratic People’s Republic of Korea (DPRK)
Individuals listed in the List which is established, maintained and updated
by the United Nations Security Council pursuant to the United Nations
Security Council Resolution 1718 (2006) and made available on the
official website of the United Nations at https://www.un.org
P.U. (A) 177
6
2. Islamic Republic of Iran
Individuals listed in the List which is established, maintained and updated
by the United Nations Security Council pursuant to the United Nations
Security Council Resolution 2231 (2015) and made available on the
official website of the United Nations at https://www.un.org
PART 2: ENTITIES
1. Democratic People’s Republic of Korea (DPRK)
Entities listed in the List which is established, maintained and updated by
the United Nations Security Council pursuant to the United Nations
Security Council Resolution 1718 (2006) and made available on the
official website of the United Nations at https://www.un.org
2. Islamic Republic of Iran
Entities listed in the List which is established, maintained and updated by
the United Nations Security Council pursuant to the United Nations
Security Council Resolution 2231 (2015) and made available on the
official website of the United Nations at https://www.un.org
PART 3: COUNTRIES AND DESTINATIONS
-Nil-”.
P.U. (A) 177
7
Made 17 June 2016 [MITI/STS/(S)/536; PN(PU2)682]
DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED Minister of International Trade and Industry
Appendix III
The completed form must be sent to:
1
2
Match with Listed Individual / Entity (YES / NO) :___________
If YES, please fill-up the details in the form below.
Banking (CR) /
Insurance (Sum
Insured)
Banking (DR) /
Insurance
(Premium
Received)
1
2
3
4
5
6
Reporting Institution Details:
:
:
:
:
:
:
AddressName
Account
Facility/
Financial
Services
Type
Account
No.
Institution
Name (E.g.
Islamic,
Investment,
Insurance ) -
if reporting
done on
group basis
Branch
maintaining
the
account/
facility
NRIC /
Passport
No.
Measures Pursuant to Strategic Trade (United Nations Security Council Resolution) Regulation 2010 [P.U. (A) 481]
Strategic Trade Secretariat,
Ministry of International Trade and Industry,
No. 7, Menara MITI, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur.
(Pursuant to paragraph 3 (2) (d) of Strategic Trade (United Nations Security Council Resolutions) Regulation 2010)
Director
Financial Intelligence and Enforcement Department
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
Email : [email protected]
(Pursuant to paragraph 6 of Circular on Application of United Nations Security Council Resolution in Relation to Weapon of Mass Destruction (WMD) dated 14 July
2016)
Reporting Date
Tel & Fax No.
Designation
Contact Person
Reporting Institution Name
Balance as at…
RemarksRelated
Parties
Date
financial
services
given
(DD/MM/YY
YY)
Date account
frozen
(DD/MM/YYY
Y)
Account /
Facility
Status
before it
being
frozen
No