KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum...

13
Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48 Journal of Business and Social Development Volume 5 Number 1, March 2017: 36-48 ISSN: 2289-2915 © Penerbit UMT KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA (CODE MIXING COMMUNICATION IN MULTILINGUAL SOCIETY IN MALAYSIA) PARAMASIVAM MUTHUSAMY Universiti Putra Malaysia, Selangor. *Corresponding author: [email protected] Abstrak: Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi dua bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar di Malaysia sementara bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dikuasai oleh pelajar kaum Cina dan India sebagai bahasa ibunda. Fenomena ini membolehkan pelajar di Malaysia menguasai sekurang- kurangya dua atau tiga bahasa dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Penggunaan alih kod ini merupakan sebahagian daripada ciri masyarakat multilingual yang wujud di Malaysia. Kajian ini merupakan sebuah kajian berdasarkan permerhatian, temu bual dan non-eksperimental. Rakaman perbualan dalam kalangan pelajar sekolah menengah ditranskrip untuk tujuan analisis dari aspek codswitching dan pragmatik. Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986), diperkemaskan pada tahun 1995 dan 2001 menekankan kerelevanan sesuatu ujaran adalah bergantung pada konteks dan kesan konteks ataupun kognisi dan usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan pendengar. Teori Relevans akan menjadi panduan untuk menjalankan penyelidikan ini. Segala data yang akan dikumpulkan dianalisis mengikut kerangka teori ini untuk menjawab soalan kajian. Pada peringkat awal, data kajian ini dianalisiskan ciri-ciri sosio-linguistik kemudian dianalisiskan dari segi pragmatik. Kata kunci: Alih kod, percampuran kod. Abstract: In Malaysian Education system, students are essential to mastered both Malay and English language while Mandarin and Tamil naturally grasped by Chinese and Indian students as their native language. This phenomenon allows Malaysian student to have in command at least two or three language in education system. This code mixing being a part of multilingual society existed in Malaysia. This is an observatory, interview and non-experimental studies. The recorded conversations of secondary school students were transcribed to be analyse in terms of codeswitching and pragmatic. The Sperber and Wilson (1986) Relevance Theory that have updated in 1995 and 2001 stressed on the relevance of an utterance depends on the context and impact of context or cognition and information processing operations between speakers and listeners. Relevance theory will be a guidelines to conduct this research. All the data will be analyzed by this theoretical framework to answer the research question. In the early stages, this study analyse data characteristics of socio-linguistics followed by analysis in terms of pragmatic. Keywords: Code mixing, codeswitching. Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, yang masyarakatnya mempunyai bahasa, budaya dan kepercayaan yang tersendiri dan unik. Fenomena ini mempengaruhi wujudnya peralihan kod dalam komunikasi rakyat Malaysia, khususnya para pelajar di sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Penggunaan alih kod ini merupakan sebahagian daripada ciri multilingual yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, semua negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Singapura, Sri Lanka, India turut mengalami fenomena alih kod dalam situasi formal mahupun tidak formal. Menurut Paramasivam Muthusamy (2005), fenomena alih kod itu terjadi dalam masyarakat yang penuturnya mempunyai lebih daripada satu bahasa seperti Malaysia. Dalam

Transcript of KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum...

Page 1: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

Journal of Business and Social Development Volume 5 Number 1, March 2017: 36-48

ISSN: 2289-2915© Penerbit UMT

KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA

(CODE MIXING COMMUNICATION IN MULTILINGUAL SOCIETY IN MALAYSIA)

PARAMASIVAM MUTHUSAMY

Universiti Putra Malaysia, Selangor.

*Corresponding author: [email protected]

Abstrak: Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi dua bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar di Malaysia sementara bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dikuasai oleh pelajar kaum Cina dan India sebagai bahasa ibunda. Fenomena ini membolehkan pelajar di Malaysia menguasai sekurang-kurangya dua atau tiga bahasa dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Penggunaan alih kod ini merupakan sebahagian daripada ciri masyarakat multilingual yang wujud di Malaysia. Kajian ini merupakan sebuah kajian berdasarkan permerhatian, temu bual dan non-eksperimental. Rakaman perbualan dalam kalangan pelajar sekolah menengah ditranskrip untuk tujuan analisis dari aspek codswitching dan pragmatik. Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986), diperkemaskan pada tahun 1995 dan 2001 menekankan kerelevanan sesuatu ujaran adalah bergantung pada konteks dan kesan konteks ataupun kognisi dan usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan pendengar. Teori Relevans akan menjadi panduan untuk menjalankan penyelidikan ini. Segala data yang akan dikumpulkan dianalisis mengikut kerangka teori ini untuk menjawab soalan kajian. Pada peringkat awal, data kajian ini dianalisiskan ciri-ciri sosio-linguistik kemudian dianalisiskan dari segi pragmatik.

Kata kunci: Alih kod, percampuran kod.

Abstract: In Malaysian Education system, students are essential to mastered both Malay and English language while Mandarin and Tamil naturally grasped by Chinese and Indian students as their native language. This phenomenon allows Malaysian student to have in command at least two or three language in education system. This code mixing being a part of multilingual society existed in Malaysia. This is an observatory, interview and non-experimental studies. The recorded conversations of secondary school students were transcribed to be analyse in terms of codeswitching and pragmatic. The Sperber and Wilson (1986) Relevance Theory that have updated in 1995 and 2001 stressed on the relevance of an utterance depends on the context and impact of context or cognition and information processing operations between speakers and listeners. Relevance theory will be a guidelines to conduct this research. All the data will be analyzed by this theoretical framework to answer the research question. In the early stages, this study analyse data characteristics of socio-linguistics followed by analysis in terms of pragmatic.

Keywords: Code mixing, codeswitching.

Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, yang masyarakatnya mempunyai bahasa, budaya dan kepercayaan yang tersendiri dan unik. Fenomena ini mempengaruhi wujudnya peralihan kod dalam komunikasi rakyat Malaysia, khususnya para pelajar di sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Penggunaan alih kod ini merupakan sebahagian

daripada ciri multilingual yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, semua negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Singapura, Sri Lanka, India turut mengalami fenomena alih kod dalam situasi formal mahupun tidak formal.

Menurut Paramasivam Muthusamy (2005), fenomena alih kod itu terjadi dalam masyarakat yang penuturnya mempunyai lebih daripada satu bahasa seperti Malaysia. Dalam

Page 2: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA 37

kajian ini, penulis mendapati, penutur biasanya beralih kod untuk tujuan menunjukkan kebolehan mereka dalam berbahasa asing. Di samping itu, jika penutur mengalami kesukaran untuk menyatakan sesuatu dalam bahasa ibunda, penutur juga akan beralih kod dengan menyelitkan kata-kata dari bahasa asing.

Halliday (1978), berpendapat bahawa alih kod ialah satu proses yang berlaku dalam diri individu itu sendiri. Seorang penutur itu akan beralih kod dari satu bahasa kepada satu bahasa beberapa kali dalam ayat yang sama. Sementara itu, Poplack (1980), mengatakan bahawa alih kod sebagai proses pertukaran dua bahasa dalam satu ayat atau wacana yang sama. Menurut Asmah Hj Omar (2007), gejala campur kod merupakan satu ciri yang sangat lazim dalam pertuturan orang-orang Malaysia dari semua suku kaum, dan melibatkan semua peringkat sosial. Mereka mempunyai bahasa matriks, iaitu bahasa Melayu dan oleh kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua, maka kod-kod dari bahasa Inggeris seolah-olah timbul dengan sendirinya dalam pertuturan mereka. Menurutnya lagi, campur kod Melayu- Inggeris dalam pertuturan orang-orang Malaysia berlaku juga dalam situasi formal, seperti dalam mesyuarat, taklimat oleh pembesar-pembesar berkenaan dengan dasar kerajaan, wawancara antara pembesar-pembesar dengan wartawan dan sebagainya.

Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti corak dan fungsi percampuran kod dalam perbualan dari sudut pragmatik. Kajian ini ini juga bertujuan mengenal pasti aspek-aspek pertukaran kod mengikut teori Myers Scotton dan Prinsip Kerjasama Grice 1970.

Sorotan kajian Berdasarkan pandangan Rodolfo Jacobson (2005), adalah suatu keadaan yang jarang ditemui dalam dunia moden bahawa dalam masyarakat kecil yang hanya mengetahui satu bahasa dan semua ahlinya hanya menuturkan bahasa itu. Jika kemungkinan ini ada, masyarakat itu pasti ditemui di

kawasan yang terpencil yang ahli-ahlinya tidak membuat sebarang hubungan dengan masyarakat luar. Masyarakat yang menarik minat pengkaji adalah masyarakat duo-lingual dan bukan masyarakat uni-lingual. Rodolfo mengkategorikan pelbagai pilihan yang mungkin wujud dalam masyarakat duo-lingual dengan perhatian khusus kepada tiga aspek, iaitu:

1. Gambaran bahasa-bahasa dalam sesuatu masyarakat

2. Bahasa-bahasa yang diketahui oleh masyarakat tersebut

3. Kemungkinan-kemungkinan komunikasi dalam kalangan ahli-ahli masyarakat itu.

Rodolfo Jacobson (2005), menyatakan pandangannya terhadap fenomena alih kod bahasa di Malaysia dengan beberapa jenis bentuk peralihan kod dalam lingkungan mereka.

Kata pinjaman (disesuaikan/ digabungkan)

Peralihan kod sisipan

Pancangan frasa

Pancangan klausa

Ayat penuh

Kepelbagaian kumpulan ayat

Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain

Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan, iaitu selain kejadian penukaran kod, percampuran kod (code-mixing) turut berlaku dalam masyarakat multilingual. Percampuran kod dikatakan berlaku apabila seseorang itu menukar-nukarkan bahasanya secara berganti-ganti untuk satu tajuk perbincangan yang sama. Misalnya perkara yang dibicarakan ialah politik semasa. Penutur tadi akan bercakap dalam bahasa Inggeris, kemudian disambung dengan

Page 3: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

Paramasivam Muthusamy 38

ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Selepas itu, berbalik semula menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya perbualan seperti berikut:

Dalam kajian yang berbeza pula, Asmah Haji Omar (2007), menyatakan faktor sosiolinguistik, psikososial dan linguistik berkait rapat terhadap penggunaan alih kod bahasa atau bahasa rojak dalam pertuturan. Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat antara satu sama lain dalam menimbulkan norma penggunaan bahasa yang baik dan betul. Faktor sosiolinguistik dapat dilihat pada konteks situasi penggunaan bahasa rojak. Bahasa rojak digunakan bukan sekadar dalam perbualan tidak formal bahkan khalayak ramai dan di media seolah-olah menjadi model penggunaan bahasa yang diterima oleh masyarakat

Hassan Ahmad (2007), dalam artikelnya menyatakan bahawa kecelaruan penggunaan bahasa Melayu terutamanya bahasa rojak, bertambah merebak dan bertambah serius. Implikasinya, orang Melayu akan hilang alat yang penting bagi kemajuan pendidikan, fikiran, ilmu dan budaya mereka, iaitu bahasa Melayu dan jika ini berlaku bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang mundur dan terpinggir di negara ini. Kaum lain tidak pernah meremehkan dan memperkecilkan bahasa mereka. Selain itu, sekiranya dasar bahasa tidak menyekat akan perkembangan bahasa Melayu rojak, lama-kelamaan akan menjadi

bahasa kacukan sama tarafnya dengan bahasa Creol dan Pidgin.

Oleh Hal demikian, kajian ini berfokus kepada corak dan fungsi percampuran kod dalam perbualan dari sudut pragmatik. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti aspek-aspek pertukaran kod mengikut teori Myers Scotton dan Prinsip Kerjasama Grice 1970.

Batasan KajianKajian ini dibataskan kepada responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Perbualan dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah ditranskripkan untuk tujuan analisis dapatan kajian dari aspek codeswitching dan pragmatik.

Kaedah Kajian Kajian ini merupakan kajian lapangan, iaitu merakam perbualan antara pelajar sekolah menengah. Kajian ini merupakan sebuah kajian berdasarkan permerhatian, temu bual dan non-eksperimental. Rakaman perbualan dalam kalangan pelajar sekolah menengah ditranskrip untuk tujuan analisis dari aspek codswitching dan pragmatik. Perbualan sekumpulan pelajar sekolah menengah telah dibuat rakaman mengikut pelbagai situasi seperti dalam perbualan dalam kelas, di kantin serta di pusat membeli-belah. Ujaran serta pertuturan pelajar-pelajar ini mendasari kajian yang dijalankan untuk menjawab segala persoalan yang timbul dalam bidang codswitching dan pragmatik. Zaitul Azma Zainon Hamzah (2002), telah mendapati kanak-kanak mencetuskan gangguan untuk menyampaikan mesej dan pemikiran mereka sesuai dengan konteks. Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986), diperkemaskan pada tahun 1995, 2001 menekankan kerelevanan sesuatu ujaran adalah bergantung pada konteks dan kesan konteks ataupun kognisi dan usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan pendengar. Mengikut Sperber dan Wilson (1986), sesuatu ujaran itu harus mempunyai sifat-sifat yang jelas dan nyata (manifest).

Rajah 2: Sumber wikipedia

Page 4: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA 39

Apabila andaian daripada ujaran itu dihasilkan itu mudah dikesan oleh pendengar dan banyak bukti yang melatarinya, maka ujaran itu dapat dianggap sebagai ujaran yang bermanifestasi.Kesimpulannya, Teori Relevans akan menjadi panduan untuk menjalankan penyelidikan ini. Segala data yang akan dikumpulkan dianalisis mengikut kerangka teori ini untuk menjawab soalan kajian. Pada peringkat awal, data kajian ini dianalisiskan ciri-ciri sosio-linguistik kemudian dianalisiskan dari segi pragmatik.

Hasil KajianSekumpulan pelajar sekolah menengah telah dianalisis perbualan yang dilaksanakan sebagai bukti kajian berdasarkan tiga situasi yang berbeza, iaitu perbualan dalam kelas, perbualan di kantin dan perbualan di pusat membeli-belah. Pertembungan bahasa merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan sama sekali dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan masyarakat. Secara tidak langsung, berlaku percampuran bahasa dan gangguan linguistik terhadap bahasa yang dituturkan (L1) atau Bahasa Matrik. Pendidikan formal di sesebuah sekolah amnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sesama bangsa atau antarabangsa. Bahasa-bahasa lain yang turut mempengaruhi seseorang penutur ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Fenomena percampuran kod juga sering diperbincangkan dalam seminar bahasa. Percampuran kod pada peringkat masyarakat, ditemui pada situasi-situasi formal atau tidak formal dan lebih banyak berlaku di kalangan orang muda.

Pendapat Rodolfo Jacobson (2005), turut mengatakan, peralihan kod klasik yang didefinisikan oleh Myers-Scotton sebagai alternasi antara dua variasi dalam konstituen yang sama oleh penutur yang mempunyai kecekapan yang cukup dalam dua variasi untuk menghasilkan ujaran monolingual yang betul dalam mana-mana variasi. Di sini situasinya lebih menarik oleh sebab bentuk peralihan kod bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang paling baik ditunjukkan oleh mereka yang mempunyai

kefasihan dua bahasa yang setara. Dua hirarki asas peralihan kod klasik ialah (pertentangan bahasa matrik lawan bahasa pancangan) dan (pertentangan kandungan morfem lawan sistem morfem). Bagi yang pertama pembahagian antara hirarki berbeza-beza bergantung kepada bentuk fenomena hubungan dan secara khusus dalam kes peralihan kod klasik, hanya satu variasi menjadi sumber kepada kerangka nahu sesuatu konstituen. Dalam perkataan lain, hanya satu variasi boleh berfungsi sebagai bahasa matrik, manakala pancangan hanya membekalkan sumber yang terhad.

Secara keseluruhannya, konsep Bahasa Matrik (Matrix Language) dan bahasa Sisipan (Embedded Language) telah dikenal pasti dalam perbualan tidak formal responden. Perbualan yang dirakamkan telah ditranskrip untuk tujuan analisis dan pemerolehan data (transkrip perbualan dilampirkan). Contoh ayat-ayat adalah seperti yang berikut:

Ayat 1: Hari ni, teacher bagi satu projek. Macam mana nak buat?

Ayat 3: Macam mana decide?Ayat 5: First, kami nak … hmm … cari satu

hari untuk buat kajian tu. Bila nak buat?

Ayat 6: … aa … kita boleh semua boleh datang rumah saya untuk buat projek ni and discuss sama –sama.

Ayat 7: Siapa nak jadi ketua group ?Ayat 8: Semua orang boleh bagi choice,

siapa yang boleh … boleh cadang.Ayat 11: nak sebanyak 20 page

Dari aspek lingusitik, klausa Inggeris tidak begitu banyak mempengaruhi ayat-ayat perbualan ini, justeru dalam ayat-ayat ini bahasa Melayu menjadi Bahasa Matrik. Sementara, bahasa Inggeris hanya disisipkan dalam ayat perbualan ini dan dikenali sebagai bahasa sisipan. Contohnya ayat 1 seperti berikut:

Ayat 1Hari ni, teacher bagi satu projek. Macam mana nak buat?

Page 5: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

Paramasivam Muthusamy 40

Jika diteliti pada contoh di atas, klausa [‘Hari ini , … bagi satu projek. Macam mana nak buat?’] menjadi ayat bahasa Melayu yang mempengaruhi ayat perbualan ini. Sebaliknya perkataan ‘teacher’ (bahasa Inggeris) hanya disisipkan dalam ayat perbualan ini dan bahasa ini dikenali sebagai bahasa Sisipan. Contoh lain seperti dalam ayat 3, 7, 8, 11, 13, 14, 15, 16 dan 17 juga menjelaskan hal yang sama. Perkataan decide, group, page, choice, homework, happy, fifty sen dan class adalah perkataan yang disisipkan dalam perbualan ini yang merupakan bahasa Sisipan (Embedded Language).

Menurut Jacobson (2001), alih kod bentuk leksikal digunakan sebagai cara umum berdasarkan kepada beberapa sebab. Antaranya, penutur mempunyai kemahiran linguistik lebih daripada satu bahasa. Selain itu, penutur dikenal pasti menggunakan pelbagai bahasa merupakan satu kebolehan dan mengisi ruang konteks bahasa. Berdasarkan pernyataan di atas, kajian ini terdapat beberapa perkataan dan rangkai kata yang berlaku alih kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa Cina yang mempengaruhi penutur menggunakan dan menyisipkan perkataan Cina dalam perbualan. Contohnya boleh diperhatikan dalam ayat – ayat berikut:

Ayat 2: Tak tau wo.Ayat 4: guna … kertas yang warna-warni loh.

Ayat 12: So, still ada masa, so kita turun kejap untuk makan na …

Ayat 15: Hei… hari ini a … cikgu bagi banyak homework .

Ayat 17: Tak apalah lepas rehat, kita pi jumpa teacher untuk bincang a … Jom kita balik Class. Bye-Bye.

Ayat 21: Shopping KLCC a. Ayat 30: Tetapi ada offer oh .. itu baju

Ayat 49: Tak apalah, kita boleh suruh dia discount a… kau ada member card kan !

Jika diperhatikan pada ayat perbualan ini, penutur selesa menggunakan lebih dari

satu bahasa yang menjadi kebolehan penutur. Penutur mengutarakan kosa kata khusus seperti wo, loh, oh dan na yang terdapat dalam kebudayaan pertuturan masyarakat Cina. Berdasarkan pandangan Choi Kim Yok dan Chong Siew Ling (Julai 2007), berpendapat perkataan Cina dalam pijin Melayu-Cina terdiri daripada kata pinjaman (loan words) yang telah terserap masuk ke dalam bahasa Melayu dan kata pengalihan kod yang digunakan secara tidak sengaja. Menurutnya lagi, bahan leksikal yang digunakan secara tidak sengaja merupakan gangguan (interference) daripada bahasa ibunda. Maka, ayat-ayat yang telah disenaraikan dalam kajian ini turut menjelaskan perkara yang sama, apabila penutur secara tidak sengaja menggunakan partikel seperti wo, loh, oh, a dan na dalam perbualan mereka. Kata pinjaman seumpama ini telahpun menjadi sebati dalam perbualan masyarakat multilingual dan tidak dirasai sebagai perkataan asing. Lama-kelamaan partikel ini akan diserapkan ke dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam situasi pertembungan dwibahasa.

Selain itu, kajian ini turut mendedahkan situasi penggunaan partikel ‘lah’ yang terlalu kerap dan berleluasa dalam perbualan. Penggunaan partikel ‘lah’ menjadi budaya masyarakat Malaysia terutamanya dalam perbualan. Penggunaan partikel ‘lah’ telah menjadi suatu kemestian yang disisipkan dalam perbualan bagi tujuan yang tertentu. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ‘lah’ merupakan partikel pada akhir kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu. Penggunaan partikel ‘lah’ ini bukan sahaja berfungsi penekanan terhadap sesuatu tetapi sebagai stail dalam pertuturan kini. Contohnya boleh dilihat dalam beberapa ayat yang diperturunkan seperti berikut:

Ayat 17: Tak apalah lepas rehat, kita pi jumpa teacher untuk bincang a … Jom kita balik Class. Bye-Bye.

Ayat 23: Kita pun tak tau lah. So, sekarang pun kita tak tau macam mana nak pergi

Page 6: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA 41

Ayat 25: Sorry lah, sebab buat you all tunggu lama. Mak saya suruh buat banyak kerja di rumah.

Ayat 27: Baguslah sebab I pun nak pergi ke sana juga

Ayat 33: pergi try lah !

Ayat 39: Nak makan apa? Di sini banyak choice lah

Ayat 46: Sport punya lah, kerana kasut saya telah ‘patah’

Ayat 48: Kasut itu sangat mahal-lah .

Ayat 47: Boleh. Nice one . BelilahAyat 56: Cappacinolah

Kajian ini turut mengetengahkan penggunaan alih rangkaian atau tag-switching dalam perbualan. Appel dan Mysken (1987), telah membahagikan alih kod itu kepada tiga jenis, iaitu alih rangkaian (tag-switching), alih kod inter-ayat (inter-sentential) dan alih kod intra-ayat (intra-sentential). Alih rangkaian adalah alih kod yang melibatkan penyelitan kata untuk menyambung sesuatu bahasa dalam perbualan. Alih kod jenis ini biasanya digunakan dengan menyelitkan perkataan-perkataan dari bahasa asing seperti bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu semasa berbual.

Antara perkataan-perkataan yang sering diselitkan dalam perbualan itu seperti you know, as, still, if, I mean, so, well, and then, but, anyway, since dan sebagainya. Perkataan-perkataan dari bahasa asing yang diselitkan semasa berbual ini lazimnya digunakan secara spontan oleh penutur untuk menggantikan perkataan yang tidak diketahui atau sebagai satu kebiasaan penutur itu sendiri. Ia juga dikatakan sebagai satu teknik atau gaya untuk memberi penjelasan atau mengubah sesuatu yang diperkatakan. Penggunaan alih rangkaian (tag-switching) juga boleh diperhatikan dalam beberapa contoh ayat seperti berikut:

Ayat 10: so Howe May Huey jadi ketua. So, hari ni kita nak bincang …

Ayat 12: So, still ada masa, so kita turun kejap untuk makan na …

Ayat 23: Kita pun tak tau lah. So, sekarang pun kita tak tau macam mana nak pergi

Ayat 24: Pergi Times Square ah … pergi menaiki LRT pun boleh.. bas pun boleh… teksi pun boleh … So, how?

Ayat 34: 38. Ada fifty percent discount. Now, RM19 sahaja

Penggunaan singkatan kata dalam pertuturan juga tidak dapat dielakkan dalam komunikasi masyarakat multilingual di negara kita. Buktinya dapat dilihat dalam kajian perbualan ini. Menerusi Kho Thong Eng (2003), singkatan sering kali digunakan dalam pertuturan biasa kerana perkataan tersebut sudah terlalu biasa digunakan. Singkatan merupakan susunan gaya cakap mulut yang mudah, dengan ayat-ayat yang ringkas dan perkataan-perkataan yang terpotong-potong atau tertinggal, misalnya tak untuk tidak, nak untuk hendak, dah untuk sudah, kak untuk kakak dan pengguguran awalan dan akhiran. Contohnya:

Ayat 05: First, kami nak … hmm … cari satu hari untuk buat kajian tu. Bila nak buat ?

Ayat 09: Pas tu yang lain ?

Ayat 13: Tak tau, memang nak makan … roti … kerana saya bawa fifty sen sahaja.

Ayat 17: Tak apalah lepas rehat, kita pi jumpa teacher untuk bincang a … Jom kita balik Class. Bye-Bye.

Ayat 22: Hai, kami sudah datang. Join boleh tak?

Ayat 23: Kita pun tak tau lah. So, sekarang pun kita tak tau macam mana nak pergi

Menurut Kho Thong Eng (2003) lagi, singkatan sering kali digunakan dalam pertuturan biasa kerana perkataan tersebut sudah terlalu biasa digunakan. Selain itu, penggunaan singkatan dapat mempercepat

Page 7: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

Paramasivam Muthusamy 42

penyampaian mesej. Jarang masyarakat menggunakan struktur kata yang lengkap. Oleh sebab itu, bentuk singkatan digantikan oleh bentuk yang penuh. Perbualan ini jika diteliti tidak menggunakan struktur ayat yang lengkap dan sempurna. Walau bagaimanapun, mesejnya dapat difahami kerana bahasa percakapannya yang serba sederhana dan menimbulkan keselesaan kepada penutur. Dialog- dialog tersebut wajar distrukturkan seperti berikut:

Ayat 5: Pertamanya, kami hendak … mencari satu hari untuk membuat kajian itu. Bila hendak buat ?

Ayat 9: Lepas itu, yang lain ?

Ayat 13: Tidak tahu, memang hendak makan …roti… kerana saya membawa lima puluh sen sahaja.

Ayat 17: Tidak apa. Selepas rehat, kita pergi jumpa cikgu untuk berbincang. Mari kita balik kelas.

Ayat 22: Hai, kami sudah sampai ! Boleh kita pergi bersama-sama?

Ayat 23: Kita pun tidak tahulah. Jadi, sekarang pun kita masih tidak tahu bagaimana hendak pergi.

Keseluruhannya, senario alih kod bahasa dalam masyarakat multilingual di Malaysia dilihat sebagai suatu kaedah ujaran yang mudah demi menyampaikan maklumat kepada pendengar. Fenomena sebegini sebenarnya tidak boleh dihalang kerana penutur mempunyai pilihan mengakses dan mengguna sumber pelbagai bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa dan penggunaannya tidak statik dan muktamad tetapi sentiasa terbuka kepada pelbagai pengaruh dan perkembangan. Perkembangan ini barangkali perlu dilihat secara positif dan dinamik kerana pengguna bahasa yang bijak dan efisien menimba segala ciri-ciri bahasa yang ada di dalam pemahamannya dalam pelbagai konteks komunikasi.

Kesimpulan Perlu diakui bahawa pelbagai faktor telah melatari perkembangan senario ini dalam

masyarakat multilingual di Malaysia, terutamanya sistem pendidikan sekolah yang menekankan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dalam sistem persekolahan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi dua bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar di Malaysia sementara bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dikuasai oleh pelajar kaum Cina dan India sebagai bahasa ibunda. Fenomena ini membolehkan pelajar di Malaysia menguasai sekurang-kurangya dua atau tiga bahasa dalam sistem Pendidikan di Malaysia.

Penguasaan dua atau tiga bahasa dalam kalangan pelajar telah memberi ruang untuk bahasa campuran atau alih kod secara selesa dan bebas dalam perhubungan komunikasi sama ada antara kaum mahupun sesama kaum. Pengkajian bahasa Melayu daripada pelbagai sudut ini, dapat memperlihatkan kebolehan berbahasa dalam kalangan pelajar yang sesuai dengan konteks sosial dan budaya Melayu, sekali gus dapat menyalurkan kepada kepentingan bahasa sebagai alat komunikasi.

Menurut Awang Sariyan (2004), bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang besar dan diiktiraf oleh dunia sebagai bahasa antarabangsa pada suatu zaman dahulu. Sepatah kata Francois Valentyn, iaitu sarjana Belanda yang menulis sejarah bangsa di bahagian timur dunia pada abad ke-18, bahasa Melayu sungguh luas daerah penggunaannya hingga sesiapa jua yang datang ke alam Melayu perlu mempelajari dan menguasainya; malah orang yang tidak menguasainya dianggap orang yang tidak terpelajar. Demikian juga, bahasa Melayu telah menjadi bahasa hubungan diplomatik apabila segala surat dan perjanjian antara kerajaan di alam Melayu dengan kerajaan atau pihak lain di luar alam Melayu semuanya ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Tentulah yang menjadikan bahasa Melayu demikian besarnya itu ialah bahasa yang teratur, terkawal dan berkesan pula, iaitu bahasa yang baku dan rasmi. Hakikat ini perlu dipertahankan jika kita hendak menjadikan bahasa Melayu bahasa yang mampu menjadi bahasa dunia moden. Usahlah diturunkan darjat bahasa Melayu yang

Page 8: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA 43

sudah mencapai taraf bahasa tinggi itu dengan mencemarkannya, atas nama perkembangan bahasa, fesyen semasa atau kebebasan dan hak asasi menggunakan bahasa.

Secara keseluruhannya, kajian komunikasi percampuran kod dan aliran mesej bahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah perlu dilihat secara positif dalam usaha menyampaikan ujaran yang bermanifestasi. Sehubungan dengan itu, penguasaan akan kecekapan pragmatik dan sosiolinguistik menuntut seseorang itu memahami penggunaan bahasa yang sesuai mengikut konteks sosial dan mengaitkannya dengan konteks interaksi dan ujaran penutur itu.

RujukanAppel, R., & Muysken, P. (1987). Language

Context and Bilingualism. USA: Edward Arnold.

Asmah Haji Omar. (2007). Taksonomi Pertemuan Bahasa di Manakah Letaknya Bahasa Rojak?. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Bahasa Rojak Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Bahasa Moden Malaysia, Kuala Lumpur, 18-19 Julai 2007.

Amat Juhari Moain. (2001). Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu. Serdang: IDEAL. Universiti Putra Malaysia.

Awang Sariyan. (2004). Bahasa Rojak. Nilai Rasmi Bahasa Kebangsaan Luntur dalam Dewan Masyarakat, 42(7): 8-11.

Choi Kim Yok dan Chong Siew Ling. (Julai 2007). Campur Aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Pembentangan Kertas kerja: Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan

Penggunaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halliday, M. (1978). Language as Social Semiotic: The Social Interpretation of Language and Meaning. Baltimore: University Park Press.

Hassan Ahmad. (2007). Lidah Terputus, Bahasa dan Bangsa Pupus. Dewan Bahasa, 9(4): 6-10.

Jacobson, R. (2005). Codeswitching Worldwide II. Berlin: Mouton de Gruyter.

Kho Thong Eng. (2003). Daripada Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Myres Scotton, C. (1970). Social Motivations for Code-switching. Oxford: Oxford University Press.

Myer Scotton, C. (2002). Making a Minimalist Approach to Codeswitching Work: Adding the Matrix Language . Bilingalism, Language and Cognition, 5: 69-91.

Poplack, Shana. (1980). Syntactic Structure and Social Function of Code-switching. In Latino Language and Communicative Behavior. New Jersey: Ablex Publishing Corp.

Paramasivam, M. (2005). Codeswitching among University Putra Malaysia Tamil Students: A Sosiolingusitic Perspective. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Sperber, D., & Wilson. (1986). Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Balckwell.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2002). “Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik”. Tesis Ph.D., Universiti Putra Malaysia.

Page 9: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

Paramasivam Muthusamy 44

Lampiran

PERBUALAN PELAJAR DALAM KELAS SELEPAS PENGAJARAN

(Responden kajian merupakan pelajar-pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang, Selangor)

Responden A : Howe May Huey Responden B : Nursafilah Bt Jariman Responden C : Kam Yi Lin Responden D : Shobna a/p Vijayan

A : Hari ni, teacher bagi satu projek. Macam mana nak buat?

B : Saya pun tak tau. C : Tak tau wo. D : Tak tau lah. (gelak ketawa seketika)A : Cikgu cakap, projek sains tu kan, kita

kena buat macam … muka depan … pas tu cari maklumat lain tentang eksperimen … buat kajian dan latar belakang.

B : Macam mana decide? A : Contohnya kita boleh gunakan

perkataan yang bezanya … warnakan warna yang sesuai dan kertas guna … kertas yang warna-warni loh .

B : Hmm… boleh juga, kalau nak … C : First, kami nak … hmm … cari satu

hari untuk buat kajian itu. Bila nak buat?

A : Kita boleh pergi … aa … kita boleh semua boleh datang rumah saya untuk buat projek ini and discuss sama-sama.

B : Setuju tak semua ? … pergi rumah … hmm…

ACD : SETUJU A : Hari sabtu kah ? B : Hmm.. A : Pukul berapa ? B : Hmm… 11.30.

A : Siapa nak jadi ketua group ? B : Semua orang boleh bagi choice, siapa

yang boleh … boleh cadang. C : Saya nak … bercadang … How May

Huey. B : Pas tu yang lain ? A : Setuju D : Saya pun B : Kalau semua setuju, so How May Huey

jadi ketua. So, hari ni kita nak bincang tentang projek sains nak berapa muka surat? macam ada eksperimen punya …

C : nak sebanyak 20 page. A : nak bawa apa ? B : Bahan … C : Bahan pergi rumah awak . A : Ng Xia Jui bawa tentang … boleh bawa

warna, pen … pen warna. Lee Kai Wen boleh kumpulkan maklumat tentang eksperimen. Saya akan buat semua …

C : Ok. Setuju B : Sekarang masa pun tak awal, semua

orang lapar ke tak ? ACD : Lapar ! ( Gelak ketawa ) B : So, still ada masa, so kita turun kejap

untuk makan na … nanti kita sambung kerja .. ok .

ACD : ok.

Page 10: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA 45

PERBUALAN PELAJAR DI KANTINResponden A : Ng Xia HueyResponden B : Howe May HueyResponden C : Nursafilah Bt JarimanResponden D : Lew Kai Wen Responden E : Shobna a/p Vijayan

A : Sekarang waktu rehat, semua turun pergi rehat. Pergi kantin.

B : Ng Xia Huey, hari ini nak makan apa ?

A : Tak tau, memang nak makan … roti … kerana saya bawa fifty sen sahaja.

B : ah… siapa ada duit yang banyak untuk belanja kita makan, bersama-sama hari ni.

C : saya tak ada. Sorry. D : tak boleh pinjam awak. E : Saya nak makan nasi goreng. Tapi

saya tak ada duit. Boleh sesiapa pinjam duit ?

A : Saya boleh pinjam awak satu ringgit . E : Thank you.B : Eh .. tau tak hari ini ah … cikgu itu

dia cakap a .. kelas kita teruk sangat a .. tau tak apa sebab dia ?

A : Sebab class bising sangat a .. cikgu nak gantung a ..

B : Ya loh .. beritahu semua .. memang jahat menyebabkan satu class kena gantung.

C : Susahnya … kelas saya pun macam ini.

B : Samalah dengan kelas kita, bukannya baik sangat. Semua sama kan …

Hari ini ah … memang gembira sangat kerana semua pengawas kan .. mendapat sijil pengawas kan …

C : Saya pun… pada sesi bergambar, saya pun berasa gembira …

B : Kelakar sangatlah … hmm.. pelajar lain ah … cakap .. kita macam model.

C : Saya pun happy sangat. E : Ee.. ye .. nasi goreng ada cacing ! C : Cacing ? B : Cacing apa ? E : Saya tak tau. Tiba-tiba ada ‘cacing’.

Nasib baik saya tak makan. C : Pergi ambil tukar lah … E : Mana boleh, nanti kantin itu .. mereka

tak tau bagi ! A : pergi complain na. C : Kamu ada bukti kan, nanti mereka

bagi. A : Hei… hari ini ah … cikgu bagi banyak

home work . B : Betul loh. C : Pasti hari ini saya tak dapat main

komputer. B : Kalau tak siap nanti cikgu marah,

kena denda atau macam mana ah… A : Saya tak tau buat juga. C : Boleh ajar saya tak homework itu..

eksperimen tu nak buat macam mana? A : Susah sangat, saya pun tak macam

mana nak buat? C : Tak apalah lepas rehat, kita pi jumpa

teacher untuk bincang a … Jom kita balik Class. Bye-Bye.

ABDE : Bye-Bye.

Page 11: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

Paramasivam Muthusamy 46

PERBUALAN PELAJAR – SEDANG MEMBELI-BELAH

Responden A : Howe May HueyResponden B : Ng Xia Huey Responden C : NurFazleena Bt HidayatResponden D : Lew Kai Wen Responden E : Shobna a/p Vijayan Responden F : Jurujual (Kam Yi Lin)

C : Rasa gembira hari ni. Bersama-sama boleh pergi shopping.

A : Ya lah, happy saya juga . Eh, mana Yau Je?

B : Saya ada di sini. Kami nak pergi mana?

C : Nak shopping kat KLCC. B : Shopping KLCC ah? D : Hai kami nak sudah datang. Join

boleh tak? A : Boleh. B : Boleh.D : Kamu pergi mana? E : Kami nak… pergi ke Times Square

… boleh tak? Ni semua pergi mana?

C : KLCC … macam mana nak pergi? A : Kita pun tak tau lah. So, sekarang

pun kita tak tau macam mana nak pergi?

C : Pergi Times Square ah … beri … pergi menaiki LRT pun boleh.. bas pun boleh … teksi pun boleh … So, how?

A : Boleh ah … kita pergi bersama.C : Tunggu ada satu orang belum

datang lagi. A : Siapa … lambat lah? C : Nama dia Shobna lah … tunggu

lima minit boleh tak? A : tak apa, boleh .E : Helo? C,A : Hai!

E : Sorry lah, sebab buat you all tunggu lama. Mak saya suruh buat banyak kerja di rumah.

A : Tak apa. C : Tak apa. Kita maaf juga. E : You all nak pergi ke mana ? C : Pergi ke Times Square. E : Baguslah sebab I pun nak pergi ke

sana juga.C : Jom kita naik LRT. A : Sekarang kami nak pergi mana beli

barang? C : I rasa tingkat dua, kerana sana

ada Sale lah. Banyak baju di sana cantik sangat.

Pergi bersama … macam mana nak ikut tak ?

ABDE : Nak, nak , nak C : Come lets go. B : Baju ini cantik. D : Saya pun rasa. Tengok dia punya

price. Tapi price- nya mahal sangat.

B : Tetapi ada offer oh .. itu baju. E : Wah! ada fifty percent off discount.

Apa kata kita beli baju ni. Sangat cantik lah.

C : Baju ni ah ! sesuai tak? E : I rasa sesuai dengan How May

Huey. C : Betul ke? B : Boleh lah .. C : pergi try lah!

Page 12: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT MULTILINGUAL DI MALAYSIA 47

C : Wah, cantiknya. Memang sesuai dengan saya.

B : Jadi, kamu beli lah? C : Boleh lah. Eh, mana kaunter ah ? F : Yes miss, what can I help you? C : Saya nak beli baju ni. Berapa

harga? F : 38. Ada fifty percent discount. Now,

RM19 sahaja. C : Bolehlah, saya bayar. A : Sekarang nak pergi mana? E : Apa kata kita pergi ke … C : cinema .. untuk tengok movie yang

terbaru yang baru keluar. E : Iron man. C : Boleh juga, nak ke ? Semua setuju? A : Setuju B : Jom. Kami pergi beli tiket. Nak

duduk mana? C : belakang. E : Jom kita masuk. Nak beli popcorn

tak? A : Beli. B : Saya pun nak beli ais lemon tea. D : Siapa belanja ? C : Saya. B : Bagusnya, boleh kita beli banyak

sikit. (Selepas menonton wayang)C : Memang ah, lama sangat .. tapi

seronok lah. D : Bagus ah , sangat … C : Eh, tengok ni masa, apa? Sudah

late-lah. Nak pergi makan ke tak? B : Saya … A : Saya nak pergi makan di Mc

Donald, boleh tak? B : Boleh.. C : Boleh. Jom kita pergi. D : Nak makan apa? Di sini banyak

choice lah.

A : Saya nak satu set burger … Mc Chicken Burger.

B : Saya pun sama. Kamu? C : Saya nak spicy Chicken Mc Deluxe.

Yang lain? D : Saya nak satu set Spicy Deluxe. E : I nak satu minum pepsi dan burger

sahaja. C : Dua orang pergi beli, yang lain

duduk tunggu ah … Siapa pergi ah?

E : Saya lah … C : Boleh juga. Semua bagi duit bagi

dia ah .. D : Hmm.. sedanpnya. Nak pergi

shopping lagi ? pergi mana ? A : pergi beli kasut . C : Kasut ah … boleh juga .B : Kasut sport atau kasut apa ? A : Sport punya lah, kerana kasut saya

telah ‘patah’. (gelak )A : Tengok kasut ni, boleh tak ? B : Boleh. Nice one . Belilah. A : Kalau tak sesuai macam mana ? B : Yalah. Takkan nak beli kut. A : Mana cik tu ? Sini .. sini. F : Yes, may I help you ? A : Saya nak kasut nombor 5. F : kecil sangat lah. A : enam lah … enam . F : enam ah.. B : terlalu besarlah .. C : Ya loh . F : Sorry lah. Kedai kita tak ada. Boleh

cari kedai sebelah. B : Lain ah. A : Boleh. C : Apa kedai ini ? A : Tak ada saiz yang saya nak.

Sebelah sana ada banyak kasut lagi kita pergi sana tengok.

Page 13: KOMUNIKASI PERCAMPURAN KOD DALAM ......2017/04/05  · Kepelbagaian kumpulan ayat Rajah 1: kontinum penyisipan bahasa lain Amat Juhari Moin (2001), menyatakan kesan kedwibahasaan,

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 36-48

Paramasivam Muthusamy 48

C : Kasut itu sangat expensice lah . A : Tak apalah, kita boleh suruh dia

discount ah… kau ada member card kan !

C : tak ada . A : cuba saiz tu, boleh tak ? C : Boleh. Cantik … sangat. A : I belilah. Sekarang saya bayar

dulu. B : Saya pinjam member card saya. C : ok. E : Apa kata kita beli hadiah untuk

Mothers Day? C : Hmm.. boleh juga. So, macam

mana? Kita nak beli hadiah yang macam mana untuk ibu kita.

A : bunga E : Chochalate B : Kek. E : Hmm.. Teddy Bear !

C : Hmm .. Teddy bear ! Saya rasa ibu tak suka Teddy Bear.

E : Ya lah . C : Eh, tengok sini. Ada kedai yang

jual barang untuk Mothers Day. D : Kita masuk tengok, ada barang

yang sesuai tak untuk ibu kita ? A : Baiklah. C : Saya nak beli kek ah ! Kek apa …

coklat… strawberi… D : Cappacino lah E : Sekarang pukul lima. Kami nak

balik! C : Dah lama, nanti mak marah lah .. A : Jom kita balik lah . C : Hmm.. ok B : Jumpa lagi. C : Bye – Bye ADBE : Bye …