KERAJAAN MALAYSIA AGENSI ANGKASA NEGARA · (a) Salinan sijil SSM, Lesen PKK (Sijil Taraf...
Transcript of KERAJAAN MALAYSIA AGENSI ANGKASA NEGARA · (a) Salinan sijil SSM, Lesen PKK (Sijil Taraf...
KERAJAAN MALAYSIA
AGENSI ANGKASA NEGARA
DOKUMEN SEBUT HARGA
NO. SEBUT HARGA: AAN 023 / 2017 / SH
QUOTATION FOR MAINTENANCE AND FLOW CONTROL OF EARTH DRAINAGE WORKS AT OUTSIDE
PERIMETER FENCING AND INCLUDING PROVIDING THE SUB-SOIL DRAIN AND MAINTENANCE
ACCESS ROAD AT THE NATIONAL SPACE AGENCY, BANTING, SELANGOR
SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR
PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA MENGADAKAN PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI AGENSI ANGKASA
NEGARA, BANTING, SELANGOR.
2
KERAJAAN MALAYSIA
NO SEBUT HARGA: AAN 023 / 2017 / SH
TAJUK KERJA: SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA MENGADAKAN PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI AGENSI ANGKASA NEGARA, BANTING, SELANGOR.
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN ................................................................................................. 2
NOTIS SEBUT HARGA ................................................................................................... 5
ARAHAN KEPADA .......................................................................................................... 7
PENYEBUT HARGA ....................................................................................................... 7
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA .............................................................................. 16
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA .............................................................................. 17
SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA ................................................................................. 24
RINGKASAN SEBUT HARGA ....................................................................................... 38
RINGKASAN SEBUT HARGA ....................................................................................... 39
BORANG SEBUT HARGA ...................................................................................................... 48
SURAT AKUAN PEMBIDA ...................................................................................................... 49
LAMPIRAN .................................................................................................................... 51
BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA ................................................ 52
DATA-DATA KEWANGAN PENYEBUTHARGA ..................................................................... 54
LAPORAN BANK / INSTITUSI KEWANGAN .......................................................................... 55
REKOD PENGALAMAN KERJA ............................................................................................. 56
SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA .................................................................................. 57
BORANG PERJANJIAN INDEN .............................................................................................. 58
JADUAL KENYATAAN PEMATUHAN .................................................................................... 59
JADUAL A: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP ARAHAN KEPADA PENTENDER .......... 59
JADUAL B: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA ....... 60
JADUAL C: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA ......... 61
3
SENARAI SEMAKAN
(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA) Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumenYang Disertakan.
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Di tanda Oleh Syarikat
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut Harga
1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (masih sah sehingga Disember 2017)
2. Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja) dan sijil taraf bumiputera (STB) (masih sah sehingga Disember 2017)
3. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
4. Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB dan mempunyai kod bidang CE21*, CE30, CE32, dan CE36* (masih sah sehingga Disember 2017)
5. Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan Ditandatangani
6. Borang Akuan Pembida
7. Ringkasan Harga (termasuk jadual harga Pukal, Jadual harga Kauntiti dan Jadual Perancangan Kemajuan Pembayaran)
8. Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran 1)
9. Data-data Kewangan Penyebutharga (Lampiran 2)
10. Laporan Bank/Institusi Kewangan (Lampiran 3)
11. Rekod Pengalaman Kerja (Lampiran 4) Telah Diisi Dengan Lengkap dan Ditandatangani (termasuk salinan Surat Tawaran / Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan)
12. Senarai Kerja Kontrak Semasa (Lampiran 5)
13. Jadual A: Jadual Pematuhan terhadap Arahan Kepada Penyebutharga (Lampiran 7)
14. Jadual B: Jadual Pematuhan terhadap Syarat-syarat Sebutharga(Lampiran 8)
15. Jadual B: Jadual Pematuhan terhadap Spesifikasi dan Skop Kerja (Lampiran 9)
/
4
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Di tanda Oleh Syarikat
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut Harga
16. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga 3) Bulan Terakhir yang disahkan (hanya bermula Mei 2017 sahaja boleh diambil kira)
17. Salinan Status pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Good Service Tax (GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (jika ada)
18. Penyerahan Contoh bahan atau/dan Katalog Produk
19. Lain-lain seperti yang diminta dalam dokumen sebutharga (Sekiranya Ada) Profile Syarikat, Aset syarikat, kompetensi, staf teknikal disokong dengan caruman kwsp, Sijil Pentauliahan Penyelia Tapak daripada CIDB, Jadual program kerja.
NOTA: (*) adalah kepatuhan kod bidang mandatori
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
6
NOTIS SEBUT HARGA
1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Bumiputera tempatan
yang berdaftar dalam daerah Kuala Langat, Selangor dan masih berkuatkuasa
seperti di bawah:-
1.1 Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
1.2 Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
1.3 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)/
Construction Industry Development Board (CIDB) – Gred G1
1.3.1 Kod Bidang – CE21 (Kerja Am Kejuruteraan Awam)*
– CE30 (Kerja-kerja penstabilan tanah, penyaliran
bawah tanah)
– CE32 (Penyelenggaraan Kejuruteraan Awam)
– CE36 (Kerja Tanah)*
1.3.2 Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
2. Sila beri sebut harga untuk kerja yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan :
2.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan: Sila Rujuk Syarat-Syarat Sebut
Harga
2.2 Tempoh siap kerja:
a. One Off: ENAM (6) MINGGU
b. Berkala: 4 kali setahun (pusingan sehingga Ogos 2018)
2.3 Arahan Pengiriman : Agensi Angkasa Negara, Bahagian Khidmat
Pengurusan, Jalan Turi, Sg. Lang, 42700 Banting Selangor.
2.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri
dan bertanda No. Sebut harga: AAN 023 / 2017 / SH
2.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang
berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada
12 SEPTEMBER 2017 (SELASA), dan
2.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
8
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. KERAHSIAAN
2.1 Kerajaan menyifatkan perolehan sebutharga ini sebagai sulit. Penyebut Harga
adalah DILARANG membuat penerbitan iklan dalam mana-mana sumber
penerbitan berkenaan dengan perolehan sebutharga ini.
2.2 Dokumen sebutharga ini adalah hak milik Kerajaan dan tidak boleh diterbitkan
semula, disalin atau dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan.
3. JAMINAN ATAS SEBUTHARGA
3.1 Sekiranya Petender-Petender menarik balik tawaran sebelum tender
dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah surat setuju terima dikeluarkan,
ANGKASA berhak untuk menyenarai hitamkan Petender berkenaan berdasarkan
1PP : P.K 8 – Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan.
4. PINDAAN DOKUMEN SEBUTHARGA
4.1 Pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh akhir penyerahan Tawaran sebutharga
seperti mana yang dinyatakan dalam klausa 3.1, (JAMINAN ATAS
SEBUTHARGA), Kerajaan boleh, atas apa-apa sebab, sama ada atas inisiatif
sendiri atau sebagai maklum balas kepada penjelasan yang diminta oleh
Penyebut Harga, meminda Dokumen sebutharga ini.
4.2 Sekiranya Kerajaan bercadang untuk membuat pindaan pada Dokumen
sebutharga, ia boleh berbuat demikian dengan mengeluarkan Addendum
sebutharga kepada semua Penyebut Harga sebelum tarikh tutup sebutharga
seperti yang dinyatakan dalam Klausa 3 (JAMINAN ATAS SEBUTHARGA).
Kerajaan akan memastikan tempoh masa yang munasabah disediakan kepada
Penyebut Harga yang meminda sebutharga.
4.3 Sebarang pindaan pada Dokumen sebutharga akan dikemukakan secara bertulis
melalui e-mel kepada semua Penyebut Harga yang menghadiri taklimat dan
lawatan tapak. Penyebut Harga dikehendaki mengembalikan borang akuan
9
penerimaan pindaan kepada Kerajaan dan dianggap telah memahami serta
mengambil kira kandungan maklumat dalam penyediaan Tawaran sebutharga.
4.4 Setiap addendum dikeluarkan akan menjadi sebahagian daripada Dokumen
sebutharga. Sekira wujudnya pencanggahan maklumat di antara addendum yang
telah dikeluarkan, addendum terkini akan diguna pakai. Setiap addendum yang
dibuat oleh kerajaan haruslah diakui oleh Penyebut Harga.
5. HARGA TAWARAN SEBUTHARGA
5.1 Melainkan dinyatakan dalam SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA, Penyebut Harga
dikehendaki menawarkan harga bagi keseluruhan Perkhidmatan/kerja yang
terkandung dalam Dokumen sebutharga ini dengan satu asas "tanggungjawab
tunggal" bahawa jumlah harga tawaran sebutharga meliputi semua aspek
kewajipan Penyebut Harga dalam melaksanakan Kerja tersebut. Hal ini termasuk
semua keperluan dan tanggungjawab Penyebut Harga bagi melaksanakan Kerja
tersebut seperti permit, kelulusan & lesen, operasi, penyelenggaraan, latihan dan
lain-lain yang dinyatakan dalam Dokumen sebutharga selaras dengan keperluan
Syarat-Syarat Sebutharga. Item yang tiada diletakkan harga TIDAK akan
dibayar oleh Kerajaan dan ianya dianggap telah termasuk dalam mana-mana
item yang mempunyai harga. Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah
berasaskan kepada jumlah keseluruhan.
5.2 Harga tawaran yang dikemukakan hendaklah di dalam Ringgit Malaysia (RM) dan
tidak melebihi dua angka perpuluhan. Penilaian harga antara Penyebut Harga
adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan.
5.3 Harga yang ditawarkan oleh Penyebut Harga hendaklah ditetapkan semasa
pelaksanaan kontrak dan tidak tertakluk kepada perubahan pada mana-mana
akaun. Tawaran sebutharga yang diserahkan dengan harga boleh ubah atau
harga bersyarat akan dianggap sebagai tidak layak dan akan ditolak. Harga yang
ditawarkan oleh Penyebut Harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang
masa kontrak berjalan dan sebarang perubahan harga adalah tidak
dibenarkan.
5.4 Jika sebutharga ini ditawarkan dengan melibatkan pembayaran melalui sistem e-
Perolehan dan tertakluk kepada kadar fi perkhidmatan seperti yang dinyatakan
dalam perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013. Penyebut Harga hendaklah
mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga.
5.5 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan pecahan harga kerja /
Perkhidmatan secara terperinci dalam jadual harga termasuklah sebarang
diskaun yang diberi. Harga yang dikemukakan hendaklah mengikut format jadual
berkaitan yang terdapat di KADAR HARGA; BORANG TAWARAN
SEBUTHARGA.
10
6. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA 6.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan jelas segala maklumat berikut dengan sepenuhnya dan menurunkan cop syarikat pada setiap halaman di
jadual kadar harga:- (a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga; (b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga; (c) Rekod Pengalaman Kerja dan Senarai Kerja Kontrak Semasa; (d) Jadual Kadar Harga; dan (e) Jadual Pematuhan Spesifikasi
Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.
6.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang bercatatkan dengan No. sebut harga AAN 023/2017/SH serta tajuk sebut harga, hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang
ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
(c) Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit
dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. 6.3 Penilaian Sebut Harga Untuk tujuan penilaian sebut harga, kontraktor-kontraktor diwajibkan
mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
(a) Salinan sijil SSM, Lesen PKK (Sijil Taraf Bumiputera), CIDB, SPKK
atau lain-lain lesen yang berkaitan dengan projek dan perlu disertakan bersama-sama Dokumen Sebut Harga.
(b) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Syarikat bagi Tiga (3) Bulan
Terakhir sebelum tarikh tutup sebut harga yang telah disahkan oleh pihak Bank / Institusi Kewangan (hanya bermula Disember 2015 sahaja boleh diambil kira).
11
(c) Senarai Kerja Kontrak Semasa;
(d) Rekod pengalaman kerja dengan ANGKASA (sekiranya ada)/ lain-lain Jabatan Kerajaan / Swasta. Rekod pengalaman kerja tersebut perlu disertakan dengan Salinan Tawaran Kerja / Inden Kerja / Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion (CPC)).
Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan diatas, sebutharga kontraktor akan ditolak dan tidak akan
dipertimbangkan. 6.4 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
6.5 Dasar Kenaan GST
(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014) telah
dikuatkuasakan mulai 1 April 2015. Oleh yang demikian, GST yang
dikenakan akan dibayar kepada Petender / Penyebut Harga yang berdaftar GST.
(b) Bagi tujuan tender/sebutharga ini, Petender hendaklah menawarkan
Harga Tender / Sebutharga yang tidak ditambah nilai kenaan GST. Walaubagaimanapun, Petender / Penyebut Harga hendaklah mengambil kira dalam Harga Tender / Sebutharga apa-apa kos yang perlu dibayar kepada pembekal, subkontraktor dan pemberi khidmat apa-apa kos berkaitan dengan kenaan GST yang perlu dibayar oleh Petender / Penyebut Harga kepada pihak-pihak yang membekalkan khidmat kepadanya.
(c) Sekiranya Petender / Penyebut Harga berdaftar GST, Surat Setuju
Terima / Inden Kerja berdasarkan harga tawaran dengan tambahan nilai kenaan GST akan dikeluarkan kepada Petender / Penyebut Harga yang berjaya.
(d) Sekiranya Petender / Penyebut Harga tidak berdaftar GST, tiada
tambahan nilai kenaan GST akan dimasukkan.
(e) Sekiranya Petender / Penyebut Harga berdaftar GST semasa kerja sedang berjalan, kontraktor hendaklah memaklumkan status pendaftaran dan memohon pelarasan bagi tambahan kenaaan GST dan menuntut kenaan GST dengan syarat kerja semasa masih berkuatkuasa bagi baki perolehan yang belum disempurnakan.
(Rujukan: Surat Arahan KPKR Bil 19/2015 bertarikh 7.10.2015)
12
7. SURAT NIAT
7.1 Penyebut Harga yang berjaya boleh dimaklumkan dengan Surat Niat oleh
Kerajaan untuk mempelawa Penyebut Harga bagi rundingan kontrak. Surat Niat
ini tidak akan ditafsirkan sebagai pesanan Kerajaan atau kontrak yang mengikat
Penyebut Harga kepada Kerajaan.
8. SURAT SETUJU TERIMA
8.1 Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada Penyebut Harga
yang berjaya. Surat Setuju Terima ini juga merupakan jemputan rasmi kepada
Penyebut Harga yang berjaya untuk berunding dengan Kerajaan berkenaan
kontrak sebutharga. Surat Setuju Terima ini tidak boleh ditafsirkan sebagai
pesanan pembelian atau kontrak sebutharga. Pengumuman Penyebut Harga
yang berjaya akan dimaklumkan melalui laman web ANGKASA,
MyProcurement Portal dan Laman Web e-Perolehan. Penyebut Harga yang
berjaya juga akan dimaklumkan melalui Surat Setuju Terima (SST). Penyebut
Harga yang berjaya adalah terikat dengan tempoh dan skop kerja yang telah
ditetapkan di dalam Surat Setuju Terima yang akan ditandatangani dan
dipersetujui sehinggalah tarikh tamat obligasi yang terakhir.
8.2 Penyebut Harga yang berjaya mestilah memulakan dan menyempurnakan kerja
mengikut tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan di dalam SST yang
ditandatangani.
8.3 Penyerahan semula SST yang telah ditandatangani oleh Penyebut Harga
adalah tidak melebihi empat belas (14) hari kalender selepas penerimaan SST
oleh Penyebut Harga. Kegagalan Penyebut Harga menyerah kembali SST
yang telah ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan boleh
mengakibatkan pembatalan SST oleh Kerajaan.
8.4 Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima sebutharga itu
akan menjadi sebahagian daripada Kontrak yang mengikat di antara Kerajaan
dan Penyebut Harga. Contoh Surat Setuju Terima/INDEN adalah seperti di
SENARAI LAMPIRAN.
9. BAHAN, BURUH DAN KEMUDAHAN
Tiada bahan, buruh atau kemudahan yang akan disediakan oleh Kerajaan.
10. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh ENAM (6) minggu atau lebih awal untuk kerja-kerja secara ‘one off’, manakala bagi kerja secara berkala (pusingan) perlu disiapkan dalam tempoh 3 bulan setiap satu pusingan (4 kali) sehingga OGOS 2018.
13
Draf Jadual Program Perancangan kerja secara garis kasar & cadangan seperti senarai dibawah sebagai dokumen sokongan (jika ada/perlu) perlu disertakan dan dimasukkan bersama-sama dokumen sebutharga pada tarikh tutup tawaran yang perlu mengandungi;
10.1 Satu program di mana penyebutharga mencadangkan susunan proses membina
dan menyiapkan kerja dalam tempoh siap kerja.
10.2 Tatacara kerja secara kasar di mana penyebutharga mencadangkan membina dan menyiapkan kerja dalam tempoh siap kerja.
10.3 Ramalan jumlah pekerja (mahir dan kurang mahir) & Jentera/Peralatan untuk
setiap bahagian. Kontraktor adalah diminta untuk menyerahkan satu perancangan kerja yang menyeluruh (termasuk tetapi tidak terhad kepada tenaga kerja, jentera/peralatan, deskripsi kerja dan tarikh pelaksanaan, pelan implementasi dalam bentuk carta gantt dan lain-lain yang berkaitan) dalam tempoh tujuh (7) hari untuk kelulusan Pegawai Inden selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
11. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.
12. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
13. TINDAKAN TATATERTIB
13.1 Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan komuniti perniagaan yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berintegriti serta mengamalkan tadbir urus
korporat yang baik semasa berurusan dengan Kerajaan, maka Kerajaan telah
menggubal satu pekeliling dan Akta bagi mencapai maksud di atas.
13.2 1 Pekeliling Perbendaharaan PK.8/2013 – TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS
SYARIKAT DAN FIRMA PERUNDING YANG BERDAFTAR DENGAN
KEMENTERIAN KEWANGAN; telah menyatakan dengan jelas akan kesalahan-
kesalahan dan juga tindakan tatatertib yang boleh diambil ke atas syarikat dan
firma perunding yang telah melakukan kesalahan tersebut.
13.2.1 Jenis-jenis kesalahan tersebut adalah merangkumi tetapi tidak terhad
kepada kesalahan-kesalahan berikut:-
a. Kesalahan kerana melanggar syarat pendaftaran
b. Kesalahan kerana melanggar syarat sebutharga/ kontrak
14
c. Kesalahan jenayah dan tanggungan sivil
13.2.2 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib boleh
diambil sekiranya didapati pihak syarikat atau firma perunding yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan terlibat dengan mana-mana
kesalahan di bawah pekeliling ini.
13.3 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994
(Akta 520) – TINDAKAN PENALTI KE ATAS KONTRAKTOR YANG
BERDAFTAR DENGAN LPIPM (CIDB); telah menyatakan dengan jelas akan
kesalahan-kesalahan dan juga tindakan tatatertib/Penalti yang boleh diambil ke
atas syarikat yang telah melakukan kesalahan tersebut.
13.3.1 Jenis-jenis kesalahan tersebut adalah merangkumi tetapi tidak terhad
kepada kesalahan-kesalahan berikut:-
a. Seksyen 28 - Penalti kerana tidak mematuhi notis
b. Seksyen 29 – Penalti kerana menjalankan kerja pembinaan tanpa
didaftarkan.
c. Seksyen 32 – Akreditasi dan pemerakaun
d. Seksyen 34 – Pengenaan levi
e. Seksyen 39 – Penalti Am
14. KEPUTUSAN KERAJAAN
14.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran. Kerajaan
boleh menawar sebahagian atau sepenuhnya tawaran kepada Penyebut Harga
yang berjaya. Di samping itu, Kerajaan juga boleh menolak semua tawaran yang
dibuat atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah oleh Kerajaan. Segala
keputusan Kerajaan adalah muktamad.
15. PERTANYAAN
15.1 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan syarat dan spesifikasi teknikal sebut
harga boleh menghubungi pegawai berikut :
i. Spesifikasi Am
En. Azlan Shah Bin Akhir
Tel : 03-3182 4000
e-mel : [email protected]
ii. Spesifikasi Teknikal
En. Norizam Bin Shuib
Tel : 03-3182 4000
e-mel : [email protected]
15
iii. Urusetia Sebut Harga
Puan Nursyamsyida binti Abdul Rahim
Tel : 03-3182 4013
e-mel: [email protected]
15.2 Sistem e-Perolehan: Sebarang pertanyaan berhubung dengan masalah
pengendalian sistem ePerolehan hendaklah menghubungi alamat dibawah ini
(jika berkaitan):-
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
2nd Floor, Bangunan Amtek
15 Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7985 7777 (Khidmat Pelanggan)
Faks : 03-7985 7800
Email : [email protected]
Waktu Pejabat: 9:00 pagi–5:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
17
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk
dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi
menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan
hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar
jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebut
harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor
mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
Sesi Taklimat & lawatan tapak akan diadakan pada 05 SEPTEMBER 2017
(SELASA), jam 10.00 pagi bertempat di di Bilik Teatret, Pusat Angkasa Negara,
Bangunan Fasiliti Kawalan Misi, Agensi Angkasa Negara.
Kehadiran Penyebut harga untuk sesi taklimat dan lawatan tapak adalah WAJIB
TANPA GAGAL. Kegagalan Penyebut harga untuk menghadiri sesi taklimat dan
lawatan tapak ini, atas apa pun alasan, akan mengakibatkan kelayakan Penyebut
harga untuk memasuki sebut harga ini terbatal dan Tawaran sebut harga yang
dikemukakan akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
Hanya penama dalam pendaftaran syarikat sahaja layak hadir samasa sesi
lawatan tapak, dan layak menyertai sebutharga ini.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor,
mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya
dinyatakan di dalam Butir-Butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh
pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor
Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi
insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di
atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan
kerja sahaja, nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah
mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi
insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab
yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di
bawah fasal 9(d).
18
3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-
pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-Syarat
yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden
atau Wakilnya.
3.2 Kerja-kerja elektrik & mekanikal yang dilaksanakan disamping mematuhi
kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua
peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang
diluluskan oleh:
(i) Suruhanjaya Tenaga
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan
3.3 Kerja-kerja yang melibatkan sistem elektrik dan sistem mekanikal
hendaklah sentiasa berada dalam seliaan dan dikendalikan oleh pihak yang
mempunyai kepakaran, kemahiran dan kompeten serta mendapat
pengiktirafan oleh pihak CIDB.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir
tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden / Surat Setuju Terima, tanpa sebab-
sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan
tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan keseluruhan kerja kepada kontraktor-
kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden
ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH
PEGAWAI INDEN
6.1 Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil
kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti yang diperihalkan dalam
spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden,
19
memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang
untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi
Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti
dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh
Kontraktor sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri
menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah
ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima,
dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara
bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang
Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Sebut Harga.
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira
semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain
yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya (Harga
tawaran tanpa kenaan GST).
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan,
sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh kerja.
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh
Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada
Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu
dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan
Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut
perenggan 7.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam
Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden
Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan
amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga
pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap dan tidak berubah.
7.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran
semula hendaklah dibuat sebelum memulakan kerja dan harga sebut harga
diselaraskan dengan persetujuan Pegawai Inden terlebih terdahulu.
20
Kegagalan pematuhan kepada syarat ini boleh menyebabkan sebarang
tuntutan tambahan tidak akan dipertimbangkan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara
satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk
melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan
dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama
ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara
khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan
dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut
Harga, Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk
mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN
PERLANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam
keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Pergantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa
sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang
munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
21
11. KERJA PERUBAHAN
11.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan
yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.
Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang
disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
11.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai
Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada
dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang
kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai
Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
11.3 Kerja dibenarkan sekiranya perlu tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
11.3.1 Peruntukan mencukupi.
11.3.2 Kelulusan Jawatankuasa Sebut harga diperolehi terlebih dahulu
sebelum perubahan kerja dilaksanakan. Seorang daripada ahli
Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah terdiri daripada Pegawai
Teknikal; dan
11.3.3 Jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi
20% daripada nilai kontrak atau tidak melebihi RM100,000 mengikut
mana yang terendah. Cadangan perubahan kerja terkumpul melebihi
20% daripada nilai kontrak atau RM100,000 hendaklah dirujuk untuk
kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.
12. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
12.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-
kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji
adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis
dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama
daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.
12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang
mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu
hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh
Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah
membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua
kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
22
12.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,
kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai
Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar
kepada Kontraktor atau, jika baki itu tiada atau tidak mencukupi,
mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk
menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan
surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua jabatan, Bahagian
Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrikal/mekanikal,
salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja
Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
13. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor dapat menyiapkan kerja
dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah
mengembalikan Borang-Borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja
JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai
Inden atau sekiranya menggunakan borang Pesanan Tempatan kontraktor perlu
mengembalikan borang PT tersebut bersama-sama invois dan salinan penyata bank.
14. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja
disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya
Tempoh Tanggungan Kecacatan.
15. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik
sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau
apa-apa jua kerosakan lain.
16. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan
Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor
tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya
dengan syarat-syarat ini.
23
17. PERBUATAN RASUAH
Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh
mempengaruhi kedudukan penyebutharga boleh menyebabkan sebutharga tersebut
ditolak dengan serta-merta.
PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH a. Sebarang Perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997;
b. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota Pentadbiran Awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997;
c. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota Perkhidmatan Awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997; dan
d. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota Perkhidmatan Awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
18. SPESIFIKASI KERJA.
18.1 Tatacara kerja dan mutu / kualiti adalah tertakluk kepada Spesifikasi Kerja
Piawai JKR.
19. LAD (GANTIRUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN).
19.1 Pengiraan LAD adalah : BLR Terkini/365 x 100% x harga kerja.
Peratusan LAD = PR setahun /365 hari
Di mana: PR setahun = 'Prime Rate' yang dikeluarkan oleh mana-mana bank Perdagangan.
Contoh Perkiraan: - PR = katakan 10.0% setahun - Peratusan denda ganti rugi : 10% / 365 hari = 0.0273% sehari - kadar LAD sehari = (0.0273% x nilai kontrak)
25
SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA
1. KEHENDAK AM
Spesifikasi tambahan ini hendaklah dibaca sama hubungan dengan spesifikasi Piawai,
lukisanlukisan (jika ada) dan syarat-syarat kontrak. Istilah spesifikasi yang digunakan adalah
sama maksudnya dengan Spesifikasi Addenda dan Spesifikasi Piawai.
Sebarang percanggahan yang timbul di antara Spesifikasi Addenda dan Spesifikasi Piawai dan / atau lukisan kontrak dan / atau syarat-syarat kontrak, perkara-perkara di bawah hendaklah digunakan.
1.1 Syarat-syarat Kontrak adalah lebih diutamakan dari lain-lain dokumen yang menjadi
sebahagian daripada kontrak ini. 1.2 Spesifikasi Addenda adalah lebih diutamakan dari dokumen lain didalam kontrak
melainkan Syarat-syarat Kontrak. 1.3 Lukisan-lukisan kontrak (jika ada) adalah lebih diutamakan daripada Spesifikasi Piawai. 1.4 Didalam lukisan kontrak (jika berkaitan), lukisan butiran berskala besar adalah lebih
diutamakan daripada lukisan butiran berskala kecil. 2. LOKASI TAPAK KERJA / PEMERIKSAAN TAPAK.
Kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah di PUSAT ANGKASA NEGARA, BANTING
SELANGOR.
a. Perimeter luar pagar kawasan pembangunan.
b. Laluan berpagar zon fasa 2 ke zon fasa 3
c. Kawasan landskap Kompleks Angkasapura
d. Zon Tapak semaian landskap.
Kawasan ruang kerja adalah seperti yang ditunjukkan di lampiran 10 IMAGE Tapak
(AAN023/2017/SH)
Semua kontraktor adalah WAJIB melawat tapak untuk mempastikan sendiri skop dan keadaan kerja- kerja yang terlibat kerana tuntutan tambahan tidak akan dibayar atas alasan kekurangan maklumat mengenai keadaan tapak oleh pihak kontraktor.
2. GAMBAR FOTO KEMAJUAN KERJA
Kontraktor hendaklah mengambil gambar-gambar kemajuan kerja sepanjang tempoh kontrak seperti mana yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa. Gambar-gambar tersebut tidak boleh diedarkan kecuali dengan kelulusan secara bertulis dari pihak AGENSI ANGKASA NEGARA.
26
3. PROGRAM KERJA. Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Pegawai Penguasa dua (2) salinan Program kerja untuk kelulusan dalam masa 1 minggu selepas penerimaan Surat Tawaran Sebutharga dikeluarkan. Program yang telah mendapat kelulusan hendaklah dikemaskini mengikut arahan Pegawai Penguasa.
4. AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969
Sekalipun terdapat apa-apa maklumat bertentangan terkandung di dalam mana-mana Dokumen kontrak, pihak kontraktor mestilah mengarahkan semua Sub- Kontraktor sama ada telah dilantik atau sebaliknya untuk mematuhi keperluan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang diperuntukkan dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor mestilah bertanggungjawab untuk menyerah kepada Pegawai Penguasa samada diminta atau tidak, nombor-nombor kod pekerja dari Sub-Kontraktor dan nombor-nombor Keselamatan Sosial, atau Lampiran Borang 2 atau 3, jika nombor-nombor Keselamatan Sosial tersebut belum lagi dapat diperolehi dari pekerja-pekerja yang bekerja dengan mereka.
5. MESYUARAT TAPAK
Kontraktor hendaklah sentiasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat sesama sendiri, sesama Sub-Kontraktor yang terlibat, Pelanggan dan Pegawai Penguasa bagi tempoh perlaksanaan projek. Mesyuarat hendaklah diadakan ditempat yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Bilangan mesyuarat yang diadakan bergantung kepada Kemajuan Kerja.
6. IKLAN
Sebarang iklan atau keterangan tidak boleh dipamerkan ditapakbina atau lain-lain tempat tanpa kelulusan secara bertulis daripada Pegawai Penguasa.
7. KENYATAAN AKHBAR
Pihak kontraktor, pekerjanya atau wakilnya tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar atau keterangan yang boleh memburukkan pihak Kerajaan, Pegawai Penguasa dan kakitangannya. Kontraktor juga tidak dibenarkan member sebarang maklumat kepada pihak awam mengenai perihal kontrak ini sebelum atau sesudah kerja disiapkan.
8. KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN TAPAK KERJA
Tapak kerja hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersih pada setiap masa. Langkah-langkah keselamatan termasuk menyediakan papan tanda petunjuk / amaran hendaklah sentiasa diadakan bagi mencegah apa-apa kemalangan yang mungkin berlaku dan membahayakan orang awam dan pekerja pejabat.
9. PENYEDIAAN / PENGAWASAN KERJA
Kontraktor perlu mengadakan seorang penyelia kerja di tapak kerja pada setiap masa bekerja. Ini adalah memudahkan Pegawai Penguasa memberi arahan atau teguran berhubung dengan mutu kerja berkenaan.
27
10. PEMBERSIHAN TERHADAP KERJA-KERJA SEDIA ADA Kontraktor adalah bertanggungjawab membersihkan tapak kerja serta membuang semua Sampah, sisa binaan dan bahan-bahan yang telah ditinggalkan / dirobohkan setelah kerja-kerja siap dilaksanakan tidak lewat daripada 1 minggu kerja siap di zon terlibat.
11. KECACATAN TERHADAP KERJA-KERJA SEDIA ADA
Kontraktor adalah dinasihat supaya tidak merosakkan kerja-kerja yang sedia ada. Sebarang kecacatan yang telah berlaku dalam tempoh masa kerja-kerja dijalankan samada dengan sengaja atau tidak sengaja oleh pekerja-pekerja, pihak kontraktor adalah bertanggungjawab membaikinya seperti sedia ada dengan perbelanjaan sendiri.
12. KAWALAN KESELAMATAN
Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda serta keselamatan orang ramai di tapak kerja. Iaitu dari hari pertama beliau memulakan kerja sehingga penyerahan tapak ke pihak pelanggan.
13. BAHAN-BAHAN BINAAN YANG DIBEKALKAN
Bahan-bahan binaan yang dibekalkan mestilah mengikut spesifikasi pihak JKR atau SIRIM serta diluluskan oleh Pegawai Penguasa.
14. SKOP KERJA DAN PROSES KERJA
Kontraktor hendaklah menyediakan pekerja dan semua peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan semua skop kerja yang dinyatakan di Ringkasan Sebutharga dimana semua kosnya telah diambil kira dalam menghargakannya. Semua kerja hendaklah mengikut arahan Pegawai Penguasa, Lukisan-lukisan dan Spesifikasi serta hendaklah berkualiti tinggi.
15. KUANTITI SEMENTARA
Semua kuantiti dalam Ringkasan Sebutharga adalah Kuantiti Sementara. Pengukuran semula akan dilakukan untuk membuat pembayaran.
16. INSURAN
16.1. Kontraktor hendaklah mengadakan “Employer’s Liability Insurance” dan/atau
“Workmen Compensation Insurance” atau mana-mana polisi yang berkaitan untuk
wakil Kontraktor, kakitangan dan agen berkaitan seperti yang diperlukan di bawah
undang-undang Malaysia sepanjang Tempoh.
16.2. Kontraktor hendaklah mengadakan “Workmen Compensation Insurance” untuk wakil
Kerajaan sepanjang Tempoh kerja
28
16.3. Kontraktor hendaklah mengambil insurans untuk Pampasan Pekerja (Workmen’s
Compensation), Tanggungan Awam (Public Liability) dan mana-mana insuran yang
ada kaitan dengan kerja yang dimaksudkan dalam sebutharga.
16.4. Polisi insuran hendaklah diserahkan kepada jabatan ini bagi kerja- kerja tersebut.
17. PROSEDUR DI TEMPAT KERJA:
17.1. SEBELUM KERJA BERMULA :
17.1.1. Sebelum memulakan kerja sesalinan cover-note (insuran yang berkaitan)
hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penguasa jabatan ini.
17.1.2. Kontraktor hendaklah mengemukakan Jadual Perancangan Kerja dalam bentuk
carta gantt untuk semakan dan kelulusan Pegawai Inden atau wakil pegawai
teknikalnya.
17.1.3. Kontraktor hendaklah menyediakan kenyataan kaedah / tatacara kerja
(Method of Statement) selewat-lewatnya dalam masa empat belas (14) hari
untuk semakan dan kelulusan Pegawai Inden/wakilnya sebelum kerja
dimulakan (sekiranya diperlukan).
17.1.4. Kontraktor hendaklah mengemukakan senarai nama pekerja berserta dengan
butiran lengkap tidak lewat tiga (3) hari selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan.
17.1.5. Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang disyaratkan
termasuk wang cagaran dan caj-caj yang berkaitan dibawah seliaan,
pemantauan dan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
kontraktor yang dilantiknya.
17.1.6. Kontraktor hendaklah mengisi borang permit kerja untuk rekod ANGKASA bagi
pemantauan pengawal keselamatan dan pemantauan pihak pengurusan
Keselamatan ANGKASA.
17.1.7. Kontraktor hendaklah terlebih dahulu membuat pengukuran kuantiti dan saiz
sebelum memulakan kerja, sebarang perbezaan / percanggahan kuantiti
didalam jadual kadar harga perlulah terlebih dahulu dimaklumkan kepada
pegawai ANGKASA.
17.1.8. Tuntutan ke atas pertambahan kuantiti tanpa terlebih dahulu mendapat
kelulusan pegawai ANGKASA tidak akan dipertimbangkan.
17.1.9. Semua pekerja/pembekal Kontraktor yang terlibat dalam urusan keluar/masuk
premis premis ANGKASA dimestikan (MANDATORI) melalui tapisan
29
keselamatan dengan mengemukakan maklumat peribadi yang diperlukan
melalui sistem e-vetting 2.0 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia yang boleh dicapai melalui laman sesawang
https://evetting.cgso.gov.my.
17.1.10. Semua pekerja/pembekal yang terlibat dalam kontrak kerja hendaklah
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan yang berkuatkuasa (termasuk
peraturan-peraturan dalam Akta Kawasan-kawasan Larangan dan Tempat
Larangan 1959) dan lain-lain arahan keselamatan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa.
17.1.11. Kontraktor hendaklah memastikan semua pekerja-pekerja yang dibawa masuk
sentiasa mematuhi kod etika berada didalam premis kerajaan. MEROKOK
didalam premis kerajaan adalah DILARANG
17.1.12. Gambar–gambar hendaklah diambil sebelum kerja dimulakan di setiap
bahagian kawasan/bangunan/harta awam/aset/mana-mana bahagian
daripadanya yang kerja akan dibuat terhadapnya.
17.2. SEMASA KERJA DIJALANKAN
17.2.1. Kontraktor hendaklah menyediakan papan tanda atau amaran, sekatan dan
perlindungan sementara termasuk mengawal bendera/lalulintas &
menyediakan laluan kerja sementara sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
17.2.2. Menyediakan tong sampah jenis Roll-On Roll-Off (RORO) BIN dan
menempatkan di lokasi yang ditetapkan mengikut kehendak dan peraturan
pemilik bangunan bagi tujuan mengumpul dan pelupusan dan pembuangan
sampah dan sisa binaan (jika perlu).
17.2.3. Menyediakan kotak dan plastik yang sesuai untuk pengumpulan,
pembungkusan bahan dan peralatan yang memerlukan proses pemindahan dari
satu lokasi ke lokasi yang lain.
17.2.4. Kontraktor serta pekerja-pekerjanya tidak dibenarkan membawa atau
membenarkan orang-orang yang tidak berkenaan masuk ke dalam
kawasan Tapak melainkan mereka yang berkaitan dengan pelaksanaan
perkhidmatan ini. Pekerja-pekerja haruslah berkelakuan baik dan jujur.
17.2.5. Kontraktor adalah bertanggungjawab di atas kelakuan dan disiplin pekerja
pekerjanya sepanjang tempoh berada di dalam premis Pusat Angkasa Negara.
Kawasan tapak kerja tidak dibenarkan digunakan oleh pekerja-pekerja bagi
apa-apa tujuan tanpa kebenaran Pihak Agensi Angkasa Negara.
30
17.2.6. Semua pekerja hendaklah dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan dan
peralatan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang akan dilaksanakan
termasuk jentera, mesin dan sebagainya.
17.2.7. Kontraktor hendaklah membuat pengukuran awal atau sebelum kerja-kerja
dimulakan, seterusnya memaklumkan kepada pegawai jika terdapat
percanggahan kuantiti / penjajaran / setting out, ini kerana sebarang
tuntutan penambahan kuantiti / salah setting out/ salah titik penjajaran tanpa
pengetahuan awal pegawai ANGKASA, ianya tidak akan dipertimbangkan untuk
bayaran walaupun kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan.
17.2.8. Gambar-gambar aktiviti kerja hendaklah diambil dan direkodkan bagi tujuan
penjilidan laporan.
17.3. SELEPAS KERJA SIAP :
17.3.1. Kerja – kerja hendaklah disiapkan dengan sempurna dan mengikut spesifikasi
yang ditetapkan.
17.3.2. Gambar–gambar hendaklah diambil selepas kerja siap dilaksanakan di setiap
bahagian kawasan/bangunan/harta awam/aset/mana-mana bahagian
daripadanya yang kerja telah dilaksanakan.
17.3.3. Gambar-gambar yang diambil hendaklah dicetak di atas kertas A4 yang
setiap muka mengandungi 2-3 imej gambar sebelum, semasa dan selepas.
17.3.4. Gambar-gambar hendaklah disimpan dalam bentuk softcopy ke dalam
pemacu USB (USB drive) dan diserahkan bersama-sama laporan berjilid
mengikut format yang ditetapkan oleh Pegawai Inden atau wakilnya.
18. PEMERIKSAAN
Pemeriksaan akan dibuat bila-bila masa oleh Pegawai Inden atau wakilnya sebelum,
semasa dan selepas kerja dijalankan untuk kelulusan. Pemeriksaan oleh pegawai Inden atau
wakilnya hendaklah dimaklumkan sebelum sesuatu kerja tersebut diteruskan/ditutup bagi
mengesahkan kualiti/pemasangan/kuantiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan
menggunakan borang pemeriksaan yang sesuai. Kontraktor hendaklah menyediakan
peralatan pengukuran/pengujian yang berkaitan semasa sesi pemeriksaan dijalankan.
19. TEMPOH KERJA
Kontraktor hendaklah menyiapkan kerja dalam jangka masa yang ditetapkan. Agensi ini
akan mengambil tindakan yang sewajarnya, jika gagal disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan kecuali kecuali jika telah mendapatkan kelulusan anjakan tempoh kerja.
31
20. KEROSAKAN
20.1. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas segala kerosakan alatganti, harta
benda awam dan persendirian atau segala kemalangan yang berlaku sepanjang
tempoh kerja & semasa kerja-kerja sedang dijalankan.
20.2. Kontraktor bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kecuaian yang
disebabkan oleh pekerjanya ke atas mana-mana harta Kerajaan Persekutuan /
Pusat Angkasa Negara dan sekitarnya serta dikehendaki membayar kerugian yang
ditetapkan oleh Pihak Agensi Angkasa Negara. Pemberitahuan akan dibuat secara
bertulis dan kontraktor dikehendaki membuat bayaran dalam tempoh tujuh hari (7)
hari selepas menerima pemberitahuan tersebut. Sekiranya kontraktor gagal
membuat bayaran tersebut, pihak agensi berhak membuat potongan amaun dari
bayaran perkhidmatan kepada kontraktor atau menuntut perbezaan kos sekiranya
ada.
21. KEGAGALAN PENYERAHAN KERJA
21.1 Jika Kontraktor gagal menyempurnakan kerja-kerja pembersihan kawasan seperti
mana yang dinyatakan di Seksyen 4: RINGKASAN SEBUT HARGA, maka pihak ANGKASA sentiasa berhak untuk mengenakan penalti sejumlah 1% daripada keseluruhan nilai kontrak bagi tiap-tiap satu hari kelewatan.
21.2 Pihak ANGKASA berhak mendapatkan perkhidmatan daripada punca lain atau pihak
ketiga jika kontraktor gagal menyempurnakan kerja dalam masa yang ditetapkan dan segala perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung oleh ANGKASA disebabkan hal ini hendaklah dituntut terus daripada pihak Kontraktor
21.3 Tertakluk kepada perkara 11.2 di atas, pihak ANGKASA juga sentiasa berhak
mengenalkan penalti tambahan sejumlah lima (5%) daripada kos perbelanjaan dari pembelian punca-punca lain terhadap Kontraktor sebagai kos pentadbiran.
22. ARAHAN KERJA
Semua arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Inden atau
wakilnya hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan diambil tindakan dalam tempoh tujuh
(7) hari sekiranya arahan dikeluarkan secara bertulis atau secara lisan dalam
tempoh 14 hari.
23. GANTI RUGI KERANA TAK SIAP
Jika Kontraktor tidak menyiapkan Kerja pada "Tarikh Siap" yang dinyatakan dalam
Lampiran atau dalam sesuatu masa lanjutan dan Pegawai Inden memperakui secara
bertulis bahawa pada pendapatnya Kerja tersebut dengan munasabahnya sepatutnya
telah siap, Kontraktor hendaklah membayar atau memberikan kepada Kerajaan suatu
jumlah wang yang dikira mengikut kadar yang dinyatakan dalam Lampiran sebagai
Ganti Rugi Tertentu dan Ganti Rugi Ditetapkan selama tempoh Kerja tersebut terus
32
berkeadaan begitu dan tak siap dan Pegawai Inden boleh memotong ganti rugi itu dari
apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor. Perakuan yang dikeluarkan di
bawah Syarat ini hendaklah disebut "Perakuan Kerja Tidak Siap".
24. BAYARAN
24.1 Pembayaran akan dibuat mengikut penilaian Pegawai Inden berdasarkan kepada
semua syarat-syarat di atas.
24.2 Kontraktor diberi peringatan supaya mengemukakan bil/tuntutan yang lengkap
dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bekalan atau perkhidmatan dibekalkan atau
kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera. Kerajaan
tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada
pembekal/kontraktor jika bil/tuntutan tidak dihantar dengan segera dalam tempoh 14
hari".
24.3 Pembayaran akan dibuat hanya berdasarkan kepada kemajuan sebenar kerja di
tapak sahaja. Sebarang tuntutan terhadap bekalan/bahan yang dibawa masuk ke
tapak kerja untuk tujuan sesuatu sub-kerja dalam sebut harga ini tidak akan dibayar
selagi sub-kerja tersebut belum disempurnakan.
24.4 Kerajaan akan membuat bayaran mengikut jadual harga di Seksyen 4: Ringkasan
Sebutharga setelah semua kerja-kerja berkenaan disempurnakan dengan
memuaskan, diperiksa dan diakui sah oleh Pengawai Inden. Tuntutan ini hendaklah
disertakan dengan;
i. Dua (2) invois bulanan
ii. Rekod/Laporan kerja, maklumat seperti yang dinyatakan di klausa 6 dan borang-borang berkaitan
iii. Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Inden.
iv. Pembayaran boleh terbahagi kepada 2 skop kerja yang bermasa (berkala)
dan skop kerja one off dimana nilai kos spesifikasi Am akan dipuratakan dan
diselaraskan dengan nilai kos spesifikasi teknikal B1 atau B2 mengikut
tuntutan yang diterima untuk proses bayaran.
33
A. KEHENDAK KHUSUS
1. Kontraktor hendaklah meneliti, mematuhi dan melaksanakan semua spesifikasi kerja (Am dan Teknikal) yang dinyatakan di Seksyen 4: Jadual Kadar Harga/Bill of Quantities
dengan sempurna. 2. Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di
dalam harga butiran-butiran lain. Kontraktor adalah dianggap telah melawat tapak bina serta memahami syarat-syarat kontrak. Spesifikasi Kerja Tambahan, Spesifikasi Piawai dan Lukisan-lukisan Kontrak untuk memastikan sendiri kerja yang terlibat sebelum menghargakan sebutharganya kerana sebarang bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan.
3. Pengukuran di dalam dokumen sebutharga adalah pengukuran kuantiti sementara,
bagaimanapun kontraktor yang berjaya dilantik dikehendaki membuat pengukuran semula di tapak dan mendapat pengesahan pegawai ANGKASA dengan menggunakan peralatan penggukuran yang sesuai sebelum memulakan kerja.
4. Bekalan Produk dan bahan seperti Concrete Porous Pipes, netting/geotektile,
Corrugated Subsoil’ Saliran paip, yang dibekalkan hendaklah mematuhi piawaian
(Standard Compliance) Malaysia atau antarabangsa (MS, BS, ASTM). Semua produk
perlu disertakan data spesifikasi teknikal berserta katalog produk semasa membuat
penyerahan tawaran sebutharga. Antara Sila rujuk Jadual Data Teknikal 1 untuk
keperluan spesifikasi produk yang diperlukan adalah.
4.1. Spesifikasi minimum produk Concrete Porous Pipes perlulah seperti dibawah atau
setara dengannya:
CIRI-CIRI TEKNIKAL PRODUK PER UNIT
Saiz minimum
Tebal dinding
Berat per unit
Panjang
Infiltration Rate
:
:
:
:
:
Diameter=225mm
Tidak kurang 38mm
Tidak kurang 28kg/450mm atau 69kg/meter
Tidak kurang 450mm atau 1000mm
158 liter/min/m
4.2. Spesifikasi minimum produk ‘Corrugated Subsoil’ Saliran paip perlulah seperti
dibawah atau setara dengannya:
CIRI-CIRI TEKNIKAL PRODUK PER UNIT
Saiz Luar
Perforation Size
Sifat Bahan
:
:
:
Minimum Diameter=100mm
Minimum 1.5mm X 30.0mm
Ringan, Flexible, Mudah dipasang
34
4.3. Spesifikasi minimum menyediakan peralatan pemeriksaan dan rekod video adalah
jenis “Drone with HD Camera” bagi merekod keseluruhan kawasan kerja
menggunakan kamera udara perlulah seperti dibawah atau setara dengannya:
CIRI-CIRI TEKNIKAL PRODUK PER UNIT
Flight time
Camera
Controller Mode
Remote control frequency
:
:
:
:
Keupayaan lebih 15 minit
1080P HD Camera
Mode 2
Remote control frequency
Remote distance
SD Card
:
:
Tidak kurang 1000m
Minimum 4GB
Keupayaan : * Radar positioning and return home
* Support to hang mini camera
5. SKOP DAN PROSES KERJA;
5.1. Melibatkan Halangan Lalulintas.
i. Membekal dan menyediakan pasukan pengurusan lalulintas mengikut Plan
Lalulintas yang disertakan. (Sila rujuk ATJ 2C/85 – Lampiran 1 hingga 6)
ii. Menyediakan semua papan tanda sementara, kon dan blinkers semasa kerja untuk pasukan lalu lintas.
iii. Pekerja kawalan lalulintas hendaklah dilengkapi dengan “vest” keselamatan,
bendera merah dan hijau dalam tempoh kerja.
5.2. Melibatkan Kerja Tanah & Bahu Jalan.
i. Kerja-kerja menggali dengan jentera yang sesuai dan membuang tanah seperti
yang diarahkan PP atau item (ii) mana yang berkenaan. ii. Regrade dan meratakan bahu jalan dengan Motor Grader atau backhoe yang
mana sesuai. Buang sampah, daun-daun dan bahan-bahan tidak diperlukan dan sebagainya ke lokasi yang diarahkan oleh PP.
iii. Membekal, menghampar dan meratakan tanah merah atau batu campur mana yang berkenaan.
iv. Padatkan tanah merah telah ditambak dengan menggunakan jentera Tandem
Roller. v. TIDAK DIBENARKAN melaksanakan kerja-kerja tambakan tanah organik dan
kerja penamanan rumput sebelum kerja pemadatan tanah merah dilakukan.
35
6. Kontraktor dilarang sama sekali membakar segala sampah /sisa binaan dan hendaklah
memastikan semua sampah dibuang dan diangkut ke tempat pembuangan sampah yang
disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Segala kos yang berkaitan dengan kerja-
kerja pembuangan tersebut termasuk kos pengangkutan adalah dibawah tanggungan
pihak Kontraktor.
7. Bahan-bahan terpakai hendaklah dihimpun, disusun, dipindahkan dan dipunggah ke
tempat dibenarkan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Inden atau wakilnya.
8. Kontraktor diminta untuk menyediakan peralatan bersesuaian untuk pemeriksaan
keseluruhan serta mutu kerja bagi penentuukuran piawai mengikut standard yang
dinyatakan dalam spesifikasi JKR 2014 dan/atau CIS 7:2015 untuk kegunaan pegawai
pemeriksa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
39
RINGKASAN SEBUT HARGA
Borang ini adalah merupakan sebahagian daripada dokumen sebut harga. Penyebut harga hendaklah mematuhi syarat pengisian borang ini. Sebut harga boleh ditolak tanpa sebarang alasan sekiranya tidak mengikut syarat-syarat seperti berikut:
BORANG RINGKASAN TAWARAN: NO. SEBUTHARGA AAN 023 /2017/SH
SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA
MENGADAKAN PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI
AGENSI ANGKASA NEGARA, BANTING, SELANGOR.
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1 SPESIFIKASI AM: (A)
2 SPESIFIKASI TEKNIKAL: BERKALA Jumlah RM (B1) X 4 pusingan
3 SPESIFIKASI TEKNIKAL: ONE OFF (B2)
JUMLAH DIBAWA KE BORANG SEBUTHARGA
CATATAN: Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Kerja tidak dimasuk dalam Ringkasan Tawaran Sebut Harga ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Jadual Kuantiti Sebut Harga.
PERHATIAN!!! Tawaran harga sebutharga ini adalah tidak termasuk kenaan GST
• SST dikeluarkan tanpa kenaan GST sekiranya pembekal tidak wajib berdaftar GST; atau
• SST dikeluarkan dengan kenaan GST sekiranya pembekal telah berdaftar GST.
( RINGGIT MALAYSIA: ………………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………….………………………………………………………………..)
Tempoh Siap Kerja yang diperlukan …………………………….. Minggu
Tandatangan……………………………… Tandatangan………………………………
(Kontraktor) (Saksi)
Nama Penuh: Nama Penuh:
No. K.P: No. K.P:
Tarikh Tarikh
Meteri dan Cop Kontraktor:
40
JADUAL KADAR HARGA
SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA MENGADAKAN PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI AGENSI ANGKASA NEGARA, BANTING, SELANGOR.
”Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di dalam harga butiran-butiran lain. Kontraktor adalah dianggap telah melawat tapak bina serta memahami syarat-syarat kontrak, Spesifikasi Kerja Tambahan, Spesifikasi Piawai dan Lukisan-lukisan Kontrak untuk memastikan sendiri kerja yang terlibat sebelum menghargakan sebutharganya kerana sebarang bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan."
NO. SEBUTHARGA : AAN 023/2017/SH
Bil Perincian kerja yang dijalankan Unit Qty Kadar
(RM)
Jumlah
(RM)
A SPESIFIKASI AM & KERJA AWALAN
1 Kehendak-kehendak permulaan dan syarat-syarat am
NOTA:
i. Semua pekerja yang menjalankan aktiviti pembinaan perlulah berdaftar sebagai "Personel Binaan" sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 33, Akta 520
ii. Semua personel binaan yang melaksanakan tugas-tugas penyeliaan di tapak bina atau kerja-kerja mahir yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga Akta 520 wajib untuk diakredit dan diperakukan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 33A, akta yang sama.
iii. Semua personal yang ingin memasuki Kawasan Larangan dan Tempat Larang di Zon Sasaran Penting Agensi adalah wajib melalui tapisan keselamatan daripada PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA capaian e-vetting 2.0 di laman sesawang: evetting.cgso.gov.my
a Mobilization of equipments, & machinaries, etc. DAN; Kerja-kerja mengalih, meletak dan memasang semula halangan yang mengganggu laluan/ kawasan / ruang kerja. DAN; pembaikan kecil akibat kerja mengalih halangan. DAN; termasuk menyediakan pengawal bendera/lalulintas sekiranya perlu /jika berkaitan.
Pukal
b. Menyediakan laluan kerja dengan memasang plywood pada permukaan lantai berserta kanvas sementara di sepanjang laluan pejalan kaki/ tangga /laluan kerja termasuk jalan raya & longkang untuk tujuan perlindungan.
Pukal
c. Menyediakan keperluan memasang binaan sementara seperti steel plate, kotakbentuk, sheet pile, set perancah untuk perlindungan & topang runtuhan serta keperluan mengakses ke tempat-tempat berisiko termasuk menyediakan aksesori-aksesori yang diperlukan sepanjang tempoh kerja.
Pukal
d. Menyediakan perkhidmatan dan pengangkutan tong sampah RORO dan membuang sisa binaan ke lokasi pelupusan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (Jika berkaitan).
Pukal
41
Bil Perincian kerja yang dijalankan Unit Qty Kadar
(RM)
Jumlah
(RM)
e. Menyediakan perkhidmatan dan pembersihan jalan raya daripada lumpur dan habuk sepanjang tempoh kerja
f. Keperluan-keperluan di dalam syarat-syarat kontrak/sebutharga:
i. Sampel dan ujian
ii. Obligasi statutori ini hendaklah termasuk membayar levi kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Di Bawah Bahagian VIII Akta LPIP 1994 dan peraturan Industri Pembinaan (Pungutan Levi) 1996. (Jika Berkaitan)
iii. Pemeriksaan Tapak & kualiti kerja perlu direkodkan menggunakan kamera video dan gambar udara yang melibatkan kerja berkala.
iv. Mematuhi keperluan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO).
v. Tempoh jaminan kerja /Kecacatan kerja setelah penyerahan sepanjang tempoh tanggungan kecatatan (DLP)
vi. Syarat keperluan kontrak dan pematuhan spesifikasi kerja perlulah sentiasa mengikut piawaian spesifikasi 2014 JKR dan arahan pekeliling CIDB yang telah ditetapkan.
vii. Bon Pelaksanaan dalam bentuk gerenti bank/insuran atau wang jaminan pelaksanaan (jika berkaian)
viii. Papan tanda / signage sementara berkaitan arahan kerja selamat dalam bangunan.
ix. Pembersihan tapak selepas kerja-kerja siap dilaksanakan termasuk mengemas, membersih selepas siap kerja.
x. Insuran kerja dan Insuran liabiliti awam atau Insurans “Semua Risiko Kontraktor (CAR)” serta insuran pampasan pekerja atau caruman dengan PERKESO termasuk menyediakan pakaian/kepengkapan pelindungan diri (Personal Protective Equipment [PPE]) kepada pekerja dan pegawai kerajaan selaras dengan keperluan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (jika perlu).
g. Menyediakan jadual perancangan aktiviti kerja dalam bentuk carta gantt / CPM untuk kelulusan pegawai ANGKASA serta mengemaskini jadual kemajuan aktiviti kerja yang telah diluluskan.
Pukal
h. Penyediaan sampel bahan & katalog serta data teknikal / sistem bagi bahan yang dibekalkan termasuk manual operasi/shop drawing (mana berkaitan) mengikut kehendak spesikasi sebutharga.
Pukal
42
Bil Perincian kerja yang dijalankan Unit Qty Kadar
(RM)
Jumlah
(RM)
i. Standard of Procedur (SOP) hendaklah disediakan dan dibentangkan terlebih dahulu untuk kelulusan dan disahkan oleh pegawai sebelum memulakan kerja bagi skop kerja-kerja yang berkaitan dan memerlukan penelitian yang khusus (jika berkaitan) termasuk mematuhi prosedur keperluan permohonan permit /kerja selamat oleh pegawia keselamatan dan kesihatan pekerjaan ANGKASA.
Pukal
i. Menyediakan lukisan kerja termasuk perincian dalam bentuk softcopy versi Autocad (jika berkaitan).
Pukal
j. Menyediakan keperluan merekod semua aktiviti kerja yang dijalankan secara berkala samada secara hari/minggu dan menjilidkan laporan secara bertulis mengikut format yang disediakan oleh pihak ANGKASA; jenis laporan adalah;.
i. Laporan Kerja One Off
No 1
ii. Laporan Kerja Berkala No 4
JUMLAH A RM
43
JADUAL KADAR HARGA
SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA MENGADAKAN PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI AGENSI ANGKASA NEGARA, BANTING, SELANGOR.
”Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di dalam harga butiran-butiran lain. Kontraktor adalah dianggap telah melawat tapak bina serta memahami syarat-syarat kontrak, Spesifikasi Kerja Tambahan, Spesifikasi Piawai dan Lukisan-lukisan Kontrak untuk memastikan sendiri kerja yang terlibat sebelum menghargakan sebutharganya kerana sebarang bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan."
NO. SEBUTHARGA : AAN 023/ 2017 / SH
BIL PERINCIAN KERJA YANG DIJALANKAN UNIT KUANTITI KADAR
(RM) JUMLAH
B SPESIFIKASI TEKNIKAL : (Semua Kuantiti Sementara)
1. Kerja - kerja Penyelenggaraan & Kawalan Saliran Parit Tanah
a. Saliran Parit
NOTA: (BERKALA 3 bulan sekali)
Kuantiti di jadual ini adalah kiraan 1 pusingan sahaja
Skop & Lokasi: Perimeter luar pagar Fasa 1, 2 & 3
i. Kerja-kerja membersih saliran parit menggunakan jentera jengkaut tali seret, membaiki/ merapikan cerun dengan membentuk longkang tanah dengan kelebaran 2.0m-3.5m keratan rentas berbentuk 'V' seperti asal mengikut aras (invert level) dan kecerunan kadar larian air yang bersesuaian.
m 3,400
ii. Kerja-kerja membersih menggunakan jentera dan menyungkal akar pokok-pokok renek termasuk semak, belukar dengan jarak tidak kurang 3 meter dari tebing parit dibahagian tebing, ban dan laluan kerja serta melupuskan ke tapak pelupusan yang dibenarkan.
m 6,800
iii. Kerja-kerja meratakan tanah, menutup lubang-lubang bekas korekan akar pokok dan membersihkan tapak menggunakan tanah sediada.
m 3,400
iv. Kerja-kerja senggaraan dan membersihkan lumpur / sampah/ akar-akar yang sumbat pada subsoil drain sediada termasuk sump pit/catch basin.
Nos 19
v. Kerja-kerja senggaraan dan membersihkan lumpur/sampah/akar-akar/ semak pada kolam dan tembok sekatan limpahan saliran parit.
Nos 1
vi. kerja-kerja meracun rumpai dan semak/lalang pada tebing parit dengan jarak tidak kurang 2 meter dari tebing parit dikedua-dua belah tebing dan ban
m 6,800
JUMLAH (B1) RM
44
BIL PERINCIAN KERJA YANG DIJALANKAN UNIT KUANTITI KADAR
(RM) JUMLAH
2. Kerja - kerja Pembinaan & Kawalan Limpahan Air Permukaan
a. Saliran bawah tanah
NOTA: (One Off)
Skop & Lokasi: Zon Fasa 2 & Laluan ke fasa 3
i. Korekan parit tanah dengan kelebaran tidak kurang 450mm keratan rentas dengan kedalaman tidak kurang 700mm mengikut kecerunan kadar larian air yang bersesuaian hingga ke invert level longkang tepi jalan (dipadatkan bahagian dasar parit korekan).
M 625
ii. Kerja-kerja membekal dan memasang 225mm diameter salur subsoil jenis konkrit poros siap ditabur dengan batu baur bersaiz 3/4 dan dibalut dengan netting/geotektile membrane dalam lubang korekan.
M 225
iii. Kerja-kerja membekal dan memasang 100mm diameter salur HDPE corrugated subsoil drainage pipe siap ditabur dengan batu baur bersaiz ¾ dan dibalut dengan netting/geotektile membrane dalam lubang korekan.
M 400
iv. kerja-kerja memecah/menebuk dinding longkang tepi jalan sebagai outlet saliran bawah tanah yang disambung termasuk membaiki dan melepa semula dinding longkang yang ditebuk.
Pukal
v. Kerja-kerja membekal dan menimbus tanah top-soil
disepanjang lubang korekan M 625
vi. kerja-kerja membekal dan menanam rumput secara spot disepanjang saliran serta menyelenggara (siram & membaja) hingga tumbuh selama sebulan.
M 600
vii. kerja-kerja mengorek bagi mengadakan saliran weephole dengan membekal dan memasang paip PVC bersaiz diameter 3inci pada tembok pagar bersela 20meters setiap satu di zon fasa 2.
Nos 40
b. Laluan Senggaraan
NOTA: (One Off)
Skop & Lokasi: Zon Fasa 2 & Fasa 3
i. Kerja-kerja membuka, memasang dan membaiki bendul jalan dan mengadakan landas angkat konkrit (ramp concrete) untuk mengadakan laluan kerja senggara.
Nos 2
ii. Kerja-kerja menebang pokok dan menyungkal akar pokok
yang menghalang laluan senggara di zon tapak semaian dan melupuskan di tapak pelupusan yang dibenarkan.
Nos 2
45
BIL PERINCIAN KERJA YANG DIJALANKAN UNIT KUANTITI KADAR
(RM) JUMLAH
iii. Kerja-kerja membersih dan mengorek buang lapisan tanah organik pada tapak laluan senggara tidak kurang lebar 4meter, termasuk membekal tanah merah, merata dan memadat dengan jentera tidak kurang 5 tan di zon 5 tapak semaian.
M 60
iv. Kerja-kerja membekal pasir sungai (tebal=100mm)
termasuk merata dan memadat tidak kurang 4 meter lebar dengan jentera pemadat.
M 60
v. Kerja-kerja membekal Crusher run (Tebal=300mm) termasuk merata dan memadat tidak kurang 4 meter lebar dengan jentera pemadat.
M 60
c. Senggaraan dan Pembaikan Kecil
NOTA: (One Off)
Skop & Lokasi: Zon Fasa 1 dan Fasa 3
i. kerja-kerja mendirikan papan tanda arahan kawasan larangan termasuk mengorek, menanam dan mengkonkrit tapak papan tanda
Nos 1
ii. kerja-kerja mengikis karat besi pada penutup longkang
taman permainan kanak termasuk mengecat dengan lapisan asas cat anti karat dan 2 lapisan cat minyak
M 195
iii. Kerja-kerja membekal, mengecat dan memasang geriji besi berengsel di muka sauk (outlet) saliran longkang bagi menghalang laluan biawak di zon fasa 2
Nos 2
iv. Kerja-kerja membuka, memecah bendul sempadan dan mengalih sementara interlocking brick yang mendap di tapak Antenna Pylon di zon fasa 1.
Pukal
v. Kerja-kerja membekal, menambak dan memadat tanah merah dan pasir di tapak antenna pylon hingga ke aras platform yang ditetapkan
Pukal
vi. Kerja-kerja memasang dan menyusun interlocking brick di tapak antenna pylon termasuk membina kembali bendul sempadan dengan bancuhan konkrit
Pukal
JUMLAH (B2) RM
JUMLAH KESELURUHAN (A+B1+B2)
48
BORANG SEBUT HARGA
Ketua Pengarah
Agensi Angkasa Negara Jalan Turi, Sg. Lang, 42700 Banting Selangor Tuan, No. Sebut Harga: AAN 023/2017/SH SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA MENGADAKAN PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI AGENSI ANGKASA NEGARA, BANTING, SELANGOR.
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut Harga, Syarat-Syarat Am Sebut Harga, Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga keseluruhan sebanyak Ringgit Malaysia: …………………………………………………………………………………………………………………………………………………......………………… (RM ……………………………) 2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa ENAM (6) MINGGU untuk kerja-kerja one off dan 1 TAHUN untuk kerja-kerja berkala bermula daripada tarikh akhir tempoh mula
kerja seperti yang diarahkan oleh Pegawai Inden. Bertarikh pada …………… haribulan …………….. 2017 ……………………………...…… ………………………………… Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi Nama Penuh: ……………………….. Nama Penuh: …………………………….. No. K/P: ……………………………… No. K/P: …………………………………… Alamat: ……………………………….. Alamat: ……………………………………. ……………………………….... ….......……………………………. ………………………………… ……………………………………. Atas sifat: ……………………………… No. Telefon: ..................................... ………………………………………… Menterai atau Cop Kontraktor
49
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA MENGADAKAN
PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI AGENSI ANGKASA NEGARA, BANTING, SELANGOR.
(NO. SEBUT HARGA: AAN 023/2017/SH)
Saya, ……………………………….................nombor K.P. .........……………..…........yang mewakili…………………………………............................................................................. Nombor Pendaftaran…...........………………………….....…..dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam AGENSI ANGKASA NEGARA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa* bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam AGENSI ANGKASA
NEGARA atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti
di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut
harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran.
Yang Benar, ……………………………........... Nama: No.Kad Pengenalan: Cop Syarikat : Catatan: * Surat Perwakilan Kuasa hendaklah disertakan bersama dengan surat ini.
* Potong yang tidak berkenaan
(Nama Wakil Syarikat)
(Nama Syarikat)
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
50
- Surat ini hendaklah dicetak di atas kepala surat (letterhead) syarikat - (Jika individu yang diberi kuasa adalah mewakili kepada pemilik syarikat)
CONTOH: SURAT PERWAKILAN KUASA
Ketua Pengarah
Agensi Angkasa Negara Jalan Turi, Sg. Lang, 42700 Banting Selangor
Tuan,
NO. SEBUT HARGA : AAN 023/2017/SH
SEBUT HARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN SALIRAN PARIT DI ZON PERIMETER LUAR PAGAR TERMASUK KERJA-KERJA MENGADAKAN PENYALIRAN BAWAH TANAH DAN LALUAN SENGGARA DI AGENSI ANGKASA NEGARA, BANTING, SELANGOR. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya ............................................................................................ No. Kad Pengenalan
........................................ atas kapasiti sebagai ................................................. kepada Syarikat
...................................................... akan (menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan
dengan urusan perolehan ini atau mewakil kuasakan) untuk menandatangani kepada pegawai
berikut iaitu:
Nota: potong yang tidak berkenaan
Nama Penuh:
Kad Pengenalan:
Jawatan:
No. Telefon:
No. Faksimili:
No. Telefon Bimbit:
Email (jika ada):
Sekian, terima kasih. Yang benar, ............................................... ( ) Jawatan:
Cop Syarikat:
52
LAMPIRAN 1
BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA
1. Nama Syarikat : ……………………………………………....………... 2. No. CBP (GST) (jika ada) : ……………………………………………....………... 3. Alamat Syarikat : ………………………………………..…………..…... ……………………………..………………………….
…………………………………..……………………. 4. No. Telefon : …………………………………....…………………... 5. No. Faks : ………………………………………………………… 6. Tarikh Syarikat ditubuhkan : ……………………………………………………..…. 7. No. Pendaftaran PKK : …………………………………………………………. 8. No. Pendaftaran CIDB : …………………………………………………………. (Sila sertakan Salinan Sijil)
Kod Bidang : …………………………………………………………. 9. Taraf Syarikat : ……………………………………............................. (Bumiptera/Bukan Bumiputera) (Sila sertakan Salinan Sijil jika ada)
10. Lembaga Pengarah / Pemegang Saham Utama / Pemegang Ekuiti Nama (Warganegara) No. K/P (i) (ii) (iii) (iv) (v)
53
11. Komposisi Modal :
Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham. Bilangan
Pemegang Jumlah
Unit %
(a) Bumiputera ……………………… ………….. ………
(b) Bukan Bumiputera ……………………… ………….. ………
(c) Lain-lain (Bukan Warganegara) ……………………… ………….. ………
12. Komposisi Kakitangan
(sila sertakan carta organisasi syarikat)
Bumiputera
Bukan Bumiputera
Jumlah
(a) Eksekutif
……………………… ……………………... ………
(b) Teknikal
……………………… ……………………… ………
(c) Perkeranian
……………………… ……………………… ………
(d) Anggota Pengawal ……………………… ……………………… ……… Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua keterangan di atas adalah benar. Tandatangan : ………………………………. Nama : ……………………………….. Jawatan : ……………………………….. Cop syarikat : Tarikh : ………………..
54
LAMPIRAN 2
DATA-DATA KEWANGAN PENYEBUTHARGA
A. Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance
Sheet)* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.
ASSET * (A)
LIABILITI * (B)
NILAI KEWANGAN (WORTH) (A – B)
Semasa : RM Semasa : RM Modal Pusingan : RM
Tetap : RM Tetap : RM Modal Tetap : RM
Jumlah : RM Jumlah : RM ‘Nett Worth’ : RM
B. Akaun Wang di tangan (Cash in Hand)**
1. Nama dan Alamat Bank di mana akaun di buka : …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
2. Nombor Akaun : ……………………………………………………
C. Kemudahan kredit (jika ada)*
1. Nama dan Alamat Bank/Institusi Kewangan yang memberi Kemudahan Kredit :
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
2. Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk projek pembinaan.
i) Overdraf atau Talian Kredit : RM
ii) Overdraf bercagar : RM
iii) Pinjaman Tetap yang akan/layak diperolehi untuk projek : RM
iv) ………………………………………………………………… : RM
Jumlah : RM --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peringatan Penting
Sila sertakan salinan Akaun Syarikat bagi dua (2) tahun kewangan terakhir, yang disahkan dan diaudit oleh Juru Audit bertauliah (certified Accountant) atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya bagi menyokong data-data yang diberi. Sebutharga yang tidak disertakan dengan Akaun ini akan ditolak.
Sila sertakan salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebutharga. Salinan penyata bank tersebut hendaklah disahkan oleh pihak Bank / Institusi Kewangan berkaitan. Sebutharga yang tidak disertakan dengan penyata ini, akan ditolak.
Sila dapat dan sertakan Laporan sulit daripada pihak Bank/Institusi Kewangan atas format seperti di Lampiran 3, dalam satu sampul berlakri.
55
LAMPIRAN 3
SULIT
LAPORAN BANK / INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENYEBUTHARGA
(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan lain dan diserahkan kepada pentender dalam satu sampul berlakri untuk disertakan bersama-sama tendernya sekiranya pentender mempunyai kemudahan kredit dengan Bank/Institusi Kewangan yang berkenaan). Kepada : Nama Penyebutharga : …………………………………………………………………………………… Projek: ……………………………………..……………………………………………………………… ……………………………………..…………………………………………………………………………
(A) Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan Projek :
Kemudahan Kredit yang telah lulus dan kemudahan kredit tambahan minimum yang layak diperolehi oleh penyebutharga adalah seperti berikut : Bentuk Kemudahan Baki daripada yang Tambahan Minima Kredit telah diluluskan yang akan diluluskan ______________ ______________ _______________ ____________ (i) Overdraf RM RM RM (ii) Overdraf bercagar RM RM RM (iii) Talian Kredit RM RM RM (iv) Pinjaman Tetap yang akan/layak diperolehi untuk projek (v) ……………………… RM RM RM _______________ _______________ ____________ Jumlah RM RM RM _______________ _______________ ____________
(* Jika Projek diawardkan kepada Penyebut harga) Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun penyebut harga :
Tandatangan untuk dan bagi pihak bank : ……………………………………………………
Bank : ……………………………………… Nama Pegawai : ………………………… Jawatan : ………………………………… Tarikh : ……………………………………
56
LAMPIRAN 4
REKOD PENGALAMAN KERJA (Senarai Semua Kerja Yang Disiapkan Dalam 5 Tahun Lepas)
BIL
NAMA KONTRAK/PROJEK
DAN SKOP KERJA+
NILAI
KONTRAK (RM)
NILAI
PENYEBUTHARGA* BERTANGGUNGJAWAB
TEMPOH KONTRAK
**
TARIKH MILIK
TAPAK
TARIKH SIAP
NAMA DAN ALAMAT
PEGAWAI PENGUASA/ JURUTERA
PERUNDING
NAMA DAN
ALAMAT MAJIKAN
KONTRAK
SEBENAR
+ Salinan Surat Tawaran / Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah disertakan * Hanya perlu diisi sekiranya penyebut harga melaksanakan kerja sebagai ahli Syarikat gabungan ** Tempoh kontrak hendaklah termasuk Lanjutan Masa yang diluluskan
Tarikh : ......................................... ……………………………………………
Tandatangan Penyebut harga
57
LAMPIRAN 5
SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA (Senarai Semua Kerja Di dalam Tangan/Sedang Berjalan Dan Belum Siap Termasuk Kontrak Yang Baru Ditawarkan)
BIL
NAMA KONTRAK/PROJEK +
NILAI KONTRAK (RM)
NILAI PENYEBUTHARGA * BERTANGGUNGJAWAB
TEMPOH KONTRAK **
TARIKH MILIK
TARIKH SIAP KONTRAK
KEMAJUAN KERJA
NAMA DAN ALAMAT JURUTERA PROJEK
NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN
IKUT
JADUAL (RM)
SEBENAR DICAPAI
(RM)
* Hanya perlu diisi sekiranya penyebutharga melaksanakan kerja sebagai ahli syarikat gabungan * * Tempoh kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan + Peringatan: Penyebut harga adalah dikehendaki mengemukakan Lampiran tersebut walaupun tiada senarai kerja semasa dengan
mencatatkan “TIDAK BERKENAAN” Tarikh : ......................................... ……………………………………………
Tandatangan Penyebut harga
LAMPIRAN 6 J.K.R. 58-Pin. 1/2015
KERAJAAN MALAYSIA BORANG PERJANJIAN INDEN
Vot. .................................................................. No. Inden ........................................................... Kerja ................................................................ No Tanggungan ................................................. Ruj. Fail ........................................................... Kerani Kewangan .............................................. A. Kepada Kontraktor:
Nama ..........................................................................................................................................
Alamat ........................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
Sila laksanakan kerja-kerja di bawah ini:
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
Untuk jumlah wang sebanyak Ringgit:
....................................................................................................................................................
dan sen ........................................................................... (RM ..................................) dan *tambahan
kenaan 6% GST sebanyak Ringgit:
....................................................................................................................................................
dan sen ............................................................................ (RM .................................) mengikut
syarat-syarat berikut:
1. Kontraktor tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada Pegawai Inden menyerahhak
atau menyewakan mana-mana bahagian Kerja.
2. Kerja ini hendaklah dimulakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Inden Kerja dan hendaklah
disiapkan pada .......................................
3. Dokumen-dokumen berikut hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai
sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga –
a) Borang Perjanjian Inden Kerja
b) Syarat-syarat Sebut Harga
c) Spesifikasi
d) Ringkasan Tender/Senarai Kuantiti
e) Lukisan
f) Surat Akuan Pembida Berjaya Yang ditandatangani oleh Kontraktor.
Tandatangan : ...........................................................................................................
(Pegawai Inden)
Nama : ...........................................................................................................
Jawatan : ...........................................................................................................
Tarikh : ...........................................................................................................
4. Dengan ini yang bertandatangan di bawah ini bersetuju dengan syarat-syarat di atas.
Tandatangan Tandatangan
......................................................... .....................................................................
(Kontraktor) (Saksi)
Nama ............................................... Nama ...........................................................
Atas sifat .......................................... Jawatan .......................................................
Diberikan dengan sempurna untuk Alamat ..........................................................
Menandatangani untuk dan bagi pihak .......................................................................
.......................................................................
................................................
(Meterai atau Cop Kontraktor) Tarikh ...................................
Tarikh ..................................... Nota: * Ayat mengenai tambahan kenaan GST 6% hendaklah dicatatkan “ – “ atau “Tiada” sekiranya Penyebut Harga tidak berdaftar GST.
59
LAMPIRAN 7
JADUAL KENYATAAN PEMATUHAN
JADUAL A: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP ARAHAN KEPADA PENTENDER Nota kepada Penyebut harga: Penyebut harga hendaklah mengemukakan kenyataan pematuhan dengan melengkapkan jadual di bawah berdasarkan setiap klausa atau sub-klausa yang ditetapkan di SEKSYEN 1: ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
NO. KLAUSA/SUB-KLAUSA MEMATUHI/TIDAK
MEMATUHI CATATAN ATAU RUJUKAN KEPADA
LAMPIRAN/JADUAL/BORANG
* Sila gunakan lampiran berlainan untuk ruang tidak mencukupi
Setelah meneliti dan memahami semua arahan kepada Penyebut harga, saya yang bertandatangan dibawah sedia menawarkan perkhidmatan ini selaras dengan kehendak Dokumen Sebut harga.
Tarikh : ......................................... ……………………………………………
Tandatangan Penyebut harga
- BERAKHIR JADUAL A -
60
LAMPIRAN 8
JADUAL B: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
Nota kepada Penyebut harga: Penyebut harga hendaklah mengemukakan kenyataan
pematuhan dengan melengkapkan jadual di bawah berdasarkan setiap klausa atau sub-klausa yang ditetapkan di SEKSYEN 2: SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
NO. FASAL/SUB-FASAL
MEMATUHI/TIDAK MEMATUHI
CATATAN ATAU RUJUKAN KEPADA LAMPIRAN/JADUAL/BORANG
* Sila gunakan lampiran berlainan untuk ruang tidak mencukupi
Setelah meneliti dan memahami semua arahan kepada Penyebut harga, saya yang bertandatangan dibawah sedia menawarkan perkhidmatan ini selaras dengan kehendak Dokumen Sebut harga.
Tarikh : ......................................... ……………………………………………
Tandatangan Penyebut harga
- BERAKHIR JADUAL B –
61
LAMPIRAN 9 (a)
JADUAL C: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA
Nota kepada Penyebut harga: Penyebut harga hendaklah mengemukakan kenyataan
pematuhan dengan melengkapkan jadual di bawah berdasarkan setiap klausa atau sub-klausa yang ditetapkan di SEKSYEN 3: SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA
NO. KLAUSA / SUB-KLAUSA
MEMATUHI/TIDAK MEMATUHI
CATATAN SPEIFIKASI ATAU RUJUKAN KEPADA LAMPIRAN
* Sila gunakan lampiran berlainan untuk ruang tidak mencukupi
Setelah meneliti dan memahami semua spesifikasi dan skop kerja yang perlu dipatuhi, saya yang bertandatangan dibawah sedia menawarkan perkhdimatan ini selaras dengan kehendak Dokumen Sebut harga.
Tarikh : ......................................... ……………………………………………
Tandatangan Penyebut harga
- BERAKHIR JADUAL C–
62
LAMPIRAN 9 (b) JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
Sila isikan ruang “Spesifikasi cadangan” dengan jelas. Perkataan “YA” atau “TIDAK” tidak akan diterima sebagai memenuhi spesifikasi yang ditawarkan. Nyatakan adakah cadangan spesifikasi yang ditawarkan penyebutharga adalah seperti yang diperlukan di dalam spesifikasi minimum.
Bil Keterangan Produk (rujuk seksyen 3)
Senarai Spesifikasi Minima Spesifikasi Cadangan
Penyebutharga Catatan (R/S/T)
1.
2.
3
4
5
6
* Nota : (R - Rendah, S – Setara, T – Tinggi)
Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran (SILA GUNA LAMPIRAN JIKA RUANG TIDAK MENCUKUPI)