KEFAHAMAN GURU MENGENAI NILAI MATEMATIK DALAM PENGAJARAN

download KEFAHAMAN GURU MENGENAI NILAI MATEMATIK DALAM PENGAJARAN

of 16

Transcript of KEFAHAMAN GURU MENGENAI NILAI MATEMATIK DALAM PENGAJARAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN SME 3023: TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES KUMPULAN 10(A) TUGASAN :

SCHOOL CULTURE: NILAI MATEMATIK VIANAH TOH UNG HUI WENG LIM SIEW YONG LIM ZI SHAN KOON YOKE SHAN D20091034568 D20091034579 D20081032407 D20091034562 D2081032394

PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA PUTEH

Isi kandunganKANDUNGAN PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN 2.0 PERSOALAN KAJIAN 3.0 NILAI MATEMATIK 4.0 KESAN PEMUPUKAN NILAI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK 5.0 ISU-ISU TENTANG NILAI MATEMATIK RUJUKAN HALAMAN 1 1 3 6 7 9

PENDAHULUAN Pada masa kini, kurangnya pengetahuan tentangnilai-nilai mengajar oleh guru dalam kelas-kelas matematik, kesedaran guru mengenai nilai daripada jawatan mereka,bagaimana nilai menjejaskan ajaran mereka, dan bagaimana ajaran mereka dengan itu membangunkan nilai-nilai tertentu dalam pelajar mereka.Nilai-nilai jarang sekali dipertimbangkan dalam pengajaran matematik, dan satu soalan bersahaja kepada guru tentang nilai-nilai mereka mengajar dalam pengajaran matematik sering melahirkan satu jawapan bagi kesan bahawa mereka tidak percaya mereka adalah mengajar sebarang nilai. Penerapan nilai merupakan agenda utama dalam kurikulum pendidikan Malaysia, khususnya di sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992; Wan Mohd Zahid, 1993; Tan, 1997). Namun begitu terdapat pelbagai pihak, seperti pakar pendidikan dan kerajaan, melahirkan kerisauan tentang keberkesanan dalam penerapan nilai di sekolah ke arah

membentuk generasi akan datang (Wan Mohd Zahid, 1993; Dato Sri Hishamuddin, 2005; Dato Seri Abdullah, 2005). Gambaran tentang kepincangan nilai generasi masa kini dijelaskan oleh Dato Sri Hishamuddin (2005) Menteri Pelajaran Malaysia seperti berikut: Persoalan yang timbul di sini, apakah guru secara umumnya, gagal memainkan peranan untuk menerap nilai yang mulia kepada pelajar, yang merupakan pewaris bagi sesuatu masyarakat?Apakah guru subjek, khususnya subjek matematik, menyumbang ke arah pembentukan nilai yang mulia dalam kalangan ahli masyarakat?

1.0 PENGENALAN Terdapat ramai penyelidik seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson, dan Zanna, 1996; Taplin, 2002 berpendapat bahawa aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Pengajaran yang hanya memberi penekanan kepada pengetahuan kandungan dan prosedur akan melahirkan pelajar yang cekap bermatematik tetapi gagal memperluaskan nilainilai yang tersirat dalam matematik ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat (Mat Rofa Ismail, 2002). Keadaan ini jika tidak dibendung akan memberi kesan yang besar kepada pencapaian matlamat pendidikan matematik sekolah di Malaysia.

Nilai matematik menurut Bishop, FitzSimons, Wee dan Clarkson (2001) adalah kualiti afektif yang mendalam dan komponen penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran matematik yang berkesan. Menurut mereka lagi; Mathematical values are associated with the nature of mathematical knowledge itself,and are derived from the way mathematicians of different cultures have developed thediscipline of mathematics. (hal.3) Ini bermakna nilai matematik berkait rapat dengan kualiti disiplin yang terdapat dalam matematik dan sifat matematik sebagai satu ilmu (Ernest, 1991).Di samping itu, nilai berkait rapat dengan budaya sesuatu masyarakat.Bagi McConatha dan Schnell (1995), budaya merupakan satu sistem nilai yang tersusun yang disebarkan kepada ahli dalam masyarakat secara formal dan tidak formal.Oleh kerana matematik ialah satu bidang yang berkait rapat dengan sesuatu budaya, ini bermakna matematik ialah satu bidang yang berteraskan nilai.Hujah ini turut disokong oleh Shaharir Mohamad Zain (1990) yang menyatakan konsep kebenaran matematik amat simbiosis dengan budaya. Seterusnya beliau dan Abdul Latif Samian menegaskan: telah terbangun kukuh tesis yang mengutarakan adanya pengaruh budaya ke atas matematik.Matematik menjadi sejenis budaya sesuatu kaum, sepertilah dengan reka bentuk, pakaian, kepercayaan, adat, teknologi, undang-undang dan sebagainya. Seperti sub-budaya yang lain, matematik merupakan sebahagian daripada keseluruhan budaya masyarakat itu. Dalam erti kata lain, kelahiran matematik sangat dipengaruhi oleh orientasi budaya sesuatu kelompok. (Shaharir Mohamad Zain dan Abdul Latif Samian, 1993, hal. 60) Pandangan ini juga disokong oleh Nik Aziz Nik Pa (2003) yang menyatakan bahawa matematik bukan sekadar merupakan strategi untuk bertindak tetapi memerlukan pengubahsuaian dalam proses pembinaan pengetahuan, sistem, pegangan dan nilai hidup individu. Tegasnya, matematik tidak terpisah daripada elemen nilai.Menurut kajian oleh Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2002), guru masih tidak faham erti nilai disamping nilai dilihat kurang penting berbanding penguasaan konsep dan kemahiran matematik.Guru juga didapati masih sukar mengaitkan nilai dalam pengajaran matematik.Beliau berpandangan adalah penting untuk memahami apakah itu

yang dimaksudkan dengan nilai matematik terutama dalam konteks acuan dan falsafah matematik di negara ini.

2.0 PERSOALAN KAJIAN Nilai matematik boleh dilihat pada dua sudut, iaitu, nilai yang ada pada seorang guru itu sendiri dan kedua adalah penerapan nilai kepada seorang pelajar.K ajian yang dibuat boleh mengetahuisama ada nilai Matematik ada pada seorang guru atau tidak. Jika tiada, maka guru tentu gagal untuk menerapkan nilai matematik kepada pelajar.Jikalau ada, adakah guru tersebut dapat berjaya menerapkan nilai tersebut kepada pelajar?Akhir sekali, adakah seseorang pelajar mempunyai nilai Matematik dan bagaimana pelajar tersebut hendak mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan seharian?

Persoalan 1: Apakah masalah atau cabaran yang dihadapi dalam usaha menerapkan nilai Matematik? Menurut Musak Manstrak & Mohd Yaakob (1994), perubahan serta perkembangan sains dan teknologi telah membentuk nilai-nilai baru yang mempengaruhi setiap lapisan masyarakat. Perubahan-perubahan ini telah mendatangkan pelbagai masalah yang mencabar profesion perguruan. Dengan itu, dalam usaha meningkatkan martabat guru, apakah jenis trait personaliti yang terdapat di kalangan guru-guru sekolah rendah ?Adakah pengaruh latar belakang seperti jantina, kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah ke atas personaliti guru?

Persoalan 2: Kenapakah perlu atau penting bagi guru untuk menerapkan nilai Matematik? Di sekolah, penekanan terhadap penerapan nilai Matematik lebih kepada guru mata pelajaran, khususnya guru Matematik dan bukannya kepada PK Hem, PK1 mahupun pengetua. Hal ini boleh dijelaskan dengan dapatan Nik Azis (1996) bahawa Guru merupakan komponen utama

dalam proses pengajaran bilik darjah, selain daripada pelajar dan kurikulum, iaitu termasuk sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku-buku teks. Guru merupakan faktor yang kritis dalam menentukan kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Amalan dan tingkah laku guru boleh mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran matematik (Rohaty & T. Subahan, 1993).Kajian Rohaty dan T. Subahan (1993) ke atas guru pelatih (pelajar) mendapati bahawa sahsiah dan tingkah laku pendidik mempengaruhi pembelajaran pelajar.Jika guru tidak mempersembahkan keyakinan terhadap pengajaran matematik, boleh menjadikan pelajar tidak berminat terhadap subjek dan kurang berkeyakinan terhadap kemampuan diri (Marzita Puteh, 2002).

Persoalan 3: Kenapa peranan ini jatuh pada guru? Rohaty Mohd. Majzub (1998) menyatakan selain daripada ibu bapa di rumah, guru di sekolah merupakan orang dewasa paling rapat dengan pelajar dan dapat menelurkan pandangan serta pengalaman mereka kepada individu pelajar yang ingin mengatasi sesuatu masalah sama ada masalah pembelajaran atau masalah peribadi.

Persoalan 4: Kenapa penerapan nilai Matematik gagal diterapkan pada sesebuah sekolah? Konsep ilmu yang hanya bersandarkan rasional, empirikal dan kaedah saintifik, gagal melahirkan manusia yang bersepadu dan berakhlak.Kajian Mariani Md. Nor(2004) juga menunjukkan sistem pendidikan yang hanya menitikberatkan akademik semata-mata dan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada aspek pendidikan akhlak dan rohani yang sihat akan mewujudkan generasi yang mempunyai keahlian dan kepakaran dalam bidang keilmuan tetapi kurang menghargai akhlak dan agama dalam profesion dan kehidupan mereka. Sebagai seorang guru kita memegang amanah untuk menjalankan dasar-dasar negara.Peranan guru di dalam menjalankan dasar ini amatlah besar dan penting.

Persoalan 5: Adakah personaliti guru mempengaruhi minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan ?

Personaliti

guru

memainkan

peranan

kerana

ianya

mempengaruhi

pengajaran

dan

pembelajaran.Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar (Azhani bt Adnan, 2008).

Persoalan 6: Apakah perspeksi pelajar terhadap Matematik? Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995) dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran ini menjadi kaku.Maka adalah penting untuk menyemakkan nilai matematik dalam pengajaran Matematik.Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Pengajaran yang hanya memberi penekanan kepada pengetahuan kandungan dan prosedur akan melahirkan pelajar yang cekap bermatematik tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalam matematik ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat (Mat Rofa Ismail, 2002).

Persoalan 7: Bagaimanakah nilai murni dapat diterapkan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Berdasarkan kajian Johnson & Johnson (1994), hasil kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif amat berkesan dalam penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran kooperatif adalah berdasarkan konsep kerjasama erat antara ahli dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang.Ia juga menekankan kumpulan heterogenus iaitu pelajar daripada pelbagai taraf pencapaian dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sosial antara ahli. Kaedah ini bukan saja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain dan kesan afektif lain yang positif. Mata pelajaran Sains khususnya sangat sesuai menggunakan pembelajaran kooperatif kerana mata pelajaran ini memerlukan pelajar bekerja dalam kumpulan khususnya di dalam makmal semasa amali.

3.0 NILAI MATEMATIK Secara umumnya, Bishop (1999) dan Seah et.al (2001) menyatakan bahawa nilai matematik sebagai kualiti yang berkait dengan aspek epistemologikal matematik sebagai suatu disiplin, iaitu tentang cara bagaimana disiplin matematik dalam berbagai budaya. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Wan Zah Wan Ali et. al (2005) didapati bahawa nilai matematik boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu nilai matematik sebagai nilai murni, nilai matematik sebagai nilai intrinsik dan nilai matematik sebagai nilai yang berguna dalam kehidupan. Nilai murni didefinisikan sebagai tanggapan tentang perkara-perkara yang dihajati serta merupakan ukuran atau kriteria yang baik, mulia dan tetap (Daia M., 1993). Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menerapkan 16 nilai-nilai murni yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pada diri pelajar. Nilai-nilai murni yang dititikberatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) adalah seperti berdikari, baik hati, hemah tinggi dan

lain-lain.Guru-guru tidak seharusnya mengabaikan penerapan nilai-nilai murni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar bukan hanya sekadar cemerlang dari segi akademik sahaja tetapi seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Nilai intrinsik pula bermaksud berfikir secara logik, membuat pengiraan dengan tepat serta jelas, berfikir secara analitikal dan dapat menyelesaikan masalah secara sistematik (Wan Zah Wan Ali et. al., 2005). Salah seorang daripada responden yang terlibat dalam kajian yang dilakukan oleh Wan Zah Wan Ali et. al. (2005) menyatakan bahawa nilai intrinsik yang boleh diterapkan melalui matematik adalah seperti melatih individu untuk bekerja secara teliti dan bersistematik. Maksud sistematik adalah perlu melaksanakan sesuatu perkara langkah demi langkah sama seperti kita menyelesaikan soalan matematik. Selain daripada itu, nilai matematik juga boleh dikategorikan kepada nilai yang berguna dalam kehidupan. Ini adalah disebabkan nilai-nilai yang kita pelajari menerusi mateamatik boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah matematik boleh membantu pelajar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Wan Zah Wan Ali et. al. (2005), terdapat responden yang berpendapat bahawa kematangan seseorang pelajar boleh dinilai nilai matematik yang ada pada seseorang pelajar. Responden tersebut berpendapat bahawa pelajar akan dapat berfikiran jauh jika mereka boleh berfikir dalam matematik. Sebelum sesuatu nilai matematik boleh berjaya diterapkan dalam diri pelajar, nilai pengajaran guru yang positif amatlah penting dan perlu ada pada diri seseorang guru. Chin dan Lin (2001) menyatakan bahawa nilai pengajaran guru adalah keutamaan peribadi yang berkaitan dengan piawai (standard) seseorang guru matematik untuk mempertimbangkan kepentingan atau faedah sesuatu perkara untuk mereka sendiri berfikir dan bertindak. Nilai pengajaran guru boleh dilihat daripada pertuturan guru dan perlakuan guru dalam bilik darjah. Contoh guru yang mempunyai nilai pengajaran yang baik adalah seperti sentiasa memberi galakan dan pujian kepada pelajarnya dan tidak pilih kasih. Selain daripada itu, nilai-nilai yang wujud boleh diterapkan secara tersurat ataupun tersirat. Mohd Uzi Dollah (2007) mendefiniskan nilai tersurat sebagai nilai yang dinyatakan oleh guru dalam bentuk tulisan dan pertuturan ketika merancang dan melaksanaksn pengajaran dalam

bilik darjah. Contohnya, guru menulis dalam buku rancangan pengajaran harian bahawa para pelajar perlulah membantu saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Secara tidak langsung, nilai bantu membantu dan kerjasama telah diterapkan secara tersurat pada diri pelajar. Nilai tersirat pula bermaksud nilai-nilai yang diterapkan secara tidak langsung oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Misalannya, nilai keberanian dan nilai keyakinan telah diterapkan secara tersirat dalam diri pelajar semasa guru menyuruh beberapa orang pelajar untuk tampil ke hadapan dan menulis jalan penyelesaian mereka di hadapan kelas.

4.0 KESAN PEMUPUKAN NILAI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Pendidikan matematik mencorakkan suatu lingkungan luas nilai tersendiri yang dikira mempunyai kesan penting dalam pembangunan pelajar khususnya dari segi pembinaan moral dan etika, pengukuhan unsur-unsur kemanusiaan, peningkatan nilai-nilai sosial dan budaya.

1. Peningkatan pencapaian akademik di sekolah Mata pelajaran matematik merupakan mata pelajaran teras di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Di sekolah juga, banyak mata pelajaran lain pengiraan matematik. Maka penguasaan matematik dengan baik memberi keuntungan dalam mempelajari mata pelajaran lain. Pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran adalah bergantung kepada nilai pembelajaran mereka

terhadap mata pelajaran itu (Azizi Hj Yahaya).Nilai yang positif terhadap mata pelajaran memberi rangsangan kepada seseorang dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.

2. Nilai sebagai asas perkembangan dan pembentukan kualiti personal Nilai-nilai yang dipupuk melalui pendidikan itu berkesan atau tidak dapat diukur dengan meneliti perkembangan kualiti personal.Nilai-nilai seperti kasih sayang, sabar, tidak mudah putus asa, jujur dan keazaman untuk berjaya perlu dihayati dengan baik dan dijadikan sebagai garis panduan dalam membaiki diri seseorang.Pelajar yang mengamalkan nilai-nilai yang baik dan progresif mempamerkan kualiti personal dan sosial yang baik (Abd Rahim Abd Rashid, 2001, hlm118).

3. Menangani isu dan masalah sosial dalam kalangan pelajar Tujuan utama nilai matematik dalam mata pelajaran di sekolah adalah untuk membina dan menimbulkan kesedaran tentang soal-soal kemoralan, akhlak, etika dalam amalan kehidupan individu dan masyarakat (Abd Rahim Abd Rashid, 2001, hlm 115).Menurut Abdul Razak (1993), kesedaran dalam diri pelajar terhadap kepentingan matematik dan berusaha menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran lain, dan dalam kehidupan harian, Abdul Razak (1993). Dewasa ini, masalah keruntuhan moral dan jenayah dalam kalangan remaja dan muridmurid semakin meningkat.Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

4. Boleh menerokai pelbagai bidang kerjaya pada masa depan

Penekanan terhadap nilai-nilai positif dalam pembinaan sumber tenaga manusia dan tenaga pekerja bertujuan untuk mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif, seterusnya mendorong kepada pembangunan negara.

Usaha membina sebuah negara yang teguh dan bersatu padu bergantung kepada sumber manusia yang mempunyai nilai dan sikap positif yang bukan sahaja dapat diamalkan di tempat kerja tetapi juga dapat menggalakkan dan mempertahankan nilai-nilai masyarakat di luar persekitaran tempat kerja. (Malaysia, 1991; hlm 192)

Mata pelajaraan matematik adalah penting kerana kita tidak boleh mengelak aplikasi matematik dalam pekerjaan.Contohnya semasa mereka bentuk, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya.

5.0

ISU-ISU TENTANG NILAI MATEMATIK

Nik Azis (2008) menyatakan kesukaran dalam pengembangan nilai dalam pengajaran Matemtik juga merupakan sebahagian daripada isu yang terkini dalam pendidikan.Clarkson et al (2001) menjelaskan bahawa pada masa kini, ramai ahli pendidik dan penyelidik mempercayai bahawa kualiti pendidikan Matematik dapat dipertingkatkan jikalau konsep dan pengaruh nilai difahami dengan lebih meluas dan mendalam.

5.1

Adakah semua guru mempunyai tanggapan yang sama tentang nilai (Matematik)?

Habib (1997) menyatakan terdapat tanggapan yang berbeza tentang sesuatu nilai dalam kalangan guru.Punca wujudnya perbezaan tanggapan ialah kepelbagaian latar belakang seperti agama, budaya, pendidikan dan latar belakang keluarga.Hasil penyeliaan Ismail (1994/95) terhadap guru pelatih ialah guru pelatih kurang melaksanankan penerapkan nilai dalam pengajaran berpunca kekeliruan dan kurag jelas tentang konsep penerapan nilai.Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2002) menyatakan guru masih tidak faham erti nilai.Selain itu, nilai dilihat kurang penting berbanding penguasaan konsep dan kemahiran matematik.Di samping itu, guru juga didapati masih sukar mengaitkan nilai dalam pengajaran matematik.

5.2 Adakah menerap nilai dalam pengajaran merupakan tugas guru Matematik? Guru yang menganggap pengajaran Matematik adalah bebas daripada proses penerapan nilai (Bishop; 1988). Menurut Habib (1997), peranan menerap nilai dalam pengajaran yang sering disalah anggap oleh guru sebagai tugas guru tertentu seperti guru Pendidikan Islam dan pendidikan Moral.Selain itu, Clarkson et al (2000) mendapati bahawa guru yang mempunyai kefahaman yang terhad tentang apakah nilai yang perlu diajar dan digalakkan kepada pelajar dalam pembelajaran bilik darjah.Tanggungjawab guru Matematik bukan sahaja mengajar pelajar tentang pengiraan, tetapi juga perlu melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.

5.3 Adakah penerapan nilai lebih penting daripada kecemerlangan dalam peperiksaan? Berdasarkan kajian Habib (1997), penekanan kepada kecemerlangan dalam peperiksaan menyebabkan aspek penerapan nilai tidak diberi keutamaan.Chein Chin dan Fou Lai Lin (2001); Seligman, Olson dan Zanna (1996); Taplin (2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Pengajaran yang hanya memberi penekanan kepada pengetahuan kandungan dan prosedur akan melahirkan pelajar yang cekap bermatematik tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalam matematik ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat (Mat Rofa Ismail; 2002). Guru sepatutnya lebih mementingkan penerapan nilai daripada kecemerlangan dalam

peperiksaan kerana keperibadian pelajar yang baik merupakan faktor kejayaan pelajar dan ia akan meningkatkan pencapaian akademik pelajar secara tidak langsung.

Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid, 2001. Nilai-nilaimurnidalampendidikan: menghadapiperubahandancabaranalafbaru.KualaLumpur :Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. AzizihjyahayadanSharinHashim.Sumbangansikapterhadappencapaianpelajardalammatapelajar anmatematik.Dipetikanpada 2011, 28 September dari Bishop, A. (1999). Mathematics Teaching and Values Education- An Intersection in Need of Research. Mathematics Teaching and Democratic Education. (Ed. Khler, H.) Part 2. ZDM Analyses. Stuttgart

Bishop, A. J. (1988). Mathematical Enculturation: A Cultural Perspective on Mathematics Education. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers. Chin, C., dan F. L. Lin. 2001. Values in Teaching and Learning of Mathematics: A Case Study from Mathematical Induction. Kertas Kerja telah dihantar ke Mathematics Education Research Journal. Chin, C., dan F.L. Lin. 2001. Values in Teaching and Learning of Mathematics: A Case Study From Mathematical Introduction: KertasKerjatelahdihantarke Mathematics Education Research Journal. Clarkson, P.C., Owens, K., Toomey, R., Kaleva, W. danHamadi, T. (2001).The development of a Process for The Evaluation of Teacher Education.Paper presented at The Annual Conference of The Australian Association of Research for Education. Cited at http://www.aare.edu.au/index.htm Ismail, M. R. (2002). MatematikMerentasiTamadun. Bangi.Brotsis Info System. KementerianPendidikan Malaysia. 1998. KurikulumBersepaduSekolahMenengah. Kuala Lumpur: PusatPerkembanganKurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Malaysia, 1991.RangkaRancanganJangkaPanjangKedua 1991-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Negara. National Council of Teachers of Mathematics. 1989. Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. Reston VA: The Council. NikAzis, N. P. (2008). KedinamikanPengertianNilaiDalamPenyelidikandanPendidikanMatematik.MasalahPendi dikan, 31 (1), 59-75. Seligman, C., Olson, J.M. danZanna, M.P. (1996).The Psychology of Values: The Ontario Symposuim, Vol 18. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Syed Zamri, S.N.A. (2002). Teaching of Values in Malaysian Primary Mathematics Education.KertasKerjadibentangkan di Convention of Values,Monash University, Australia. Taplin, M. (2002).Teaching Values Through a Problem Solving Approach to Mathematics. DiaksespadaDisember 2002 darihttp://www.mathgoodies.com/articles/teaching_values.shtm

WahZah W.A., SharifahKartini, S.H., Habsah, I., Ramlah, H., Ismail, M.R. Konting, M.M., Rohani, A.T. (2005). Kefahaman Guru TentangNilaiMatematik.Journal Teknologi, 43 (E), 45-62. Wan Zah Wan Ali et. al. (2005). Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik, JurnalTeknologi, 43(E) Dis. 2005, pp.4562