Istimewanya Kaunseling Berperspektif Islam Berbanding ... filetentang Kaunseling Islam atau...
Transcript of Istimewanya Kaunseling Berperspektif Islam Berbanding ... filetentang Kaunseling Islam atau...
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Vol 2, No.6 ; 2018 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _________________________________________________________________________________________
Abstrak
This article is written to portray the differences between the conventional counseling and Islamic
counseling. The objective of the comparison is to highlight the fortes of Islamic counseling. The results of
the analysis demonstrate that there are significant differences between the two streams regarding the sourse
or theory, personality development, obligation and the counseling’s objectives. There are a few additional
exclusive aspects pertaining the function of Islamic counseling, counselors’ criteria and skill. This article
also highlighted a few unique aspects in Islamic counseling that present in the concept of God’s
gratification (redho), total dependence on God (tawakkal), empowerment and absolute certitude (yaqin)
towards Allah’s promises and decrees in the Quran concerning fate and relief.
Keywords: Islamic counseling, comparative counseling, religious counseling, creed.
1.0 PENGENALAN
Kaunselor profesional tentunya mengenali Freud,
Adler, Jung, Sullivan, Ellis, Perls,Skinner, Bandura,
Glasser, Berne, Victor Frankl dan lain-lain dengan
teori-teori mereka yang beraneka jenis. Mereka juga
biasanya kenal dengan Frank Parsons, Anne Roe,
Kuder, Strong, Williamson, Rogers, Ginzberg dan
rakan-rakannya, John Holland, Bordin, Tiedemen,
Donald E.Super dan lain-lain. Malah, terapis-terapis
berikut juga mereka kenali: Milton Erikson,
Gregory Bateson, Ackerman, Virginia Satir,
Bowen,de Shazer, Salvador Minuchin, Jay Haley
dan lain-lain. Mereka semua telah menggubalkan
berbagai-bagai teori masing-masing yang
merangkumi Teori Personaliti dan Psikoterapi,
Teori Perkembangan dan Pemilihan Kerjaya serta
Teori Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan
Pasangan.
Walaubagaimanapun, tidak ramai kaunselor
profesional Muslim yang boleh memperkatakan
tentang Kaunseling Islam atau membahaskan
pandangan al-Ghazali dan Ibn Qayyim al-Jawziyah
berkaitan personaliti, atau teori perkembangan yang
diutarakan oleh Ibn Miskawayh, atau dapatan-
dapatan al-Tabari dan Ibn Sina berkaitan
psikoterapi, atau pandangan al-Balkhi tentang
pemusatan klien (lama sebelum Rogers
memperkatakannya). Namun, setelah disergah
Malik Badri dalam karyanya ‘Ulamā’ al-Nafs al-
Muslimūn Fi hujr Al-dhab (Psikologis Muslim
Dalam Lubang Biawak)1 ramai kaunselor Muslim
1 Badri, M. (1398H), ‘Ulamā’ al-Nafs al-Muslimūn
Fi hujr Al-dhab, Majallah Al-Muslim Al-
Maāshir.
Istimewanya Kaunseling Berperspektif Islam Berbanding Dengan Kaunseling
Konvensional
Amir bin Awang
Felo Akademik Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
E-mel: [email protected]
Norazlina Binti Zakaria
Pensyarah Kulliyyah Usuluddin
E-mel: [email protected]
35
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
‘terjaga’ dan mula bangkit mengkaji tentang asas-
asas kaunseling dalam al-Quran dan al-Sunnah serta
karya-karya ulama Islam.
Kaunseling Islam hanya mula diperkatakan sekitar
tahun 80an di Malaysia. Antara tokoh kaunseling
Malaysia yang awal yang memperkatakan tentang
kewajaran memperkenalkan modul kaunseling
Islam di Malaysia adalah Hasan Langgulung, Halim
Othman, Amir Awang dan Kamal Abdul Manaf.
Kemudian, muncul tokoh-tokoh seperti Wan
Hussein @ Wan Azmi Wan Abdul Kadir, Aziz
Salleh, dan Amaluddin Abdul Rahman yang
menulis buku-buku berkaitan pengenalan ilmu
kaunseling Islam2.Kebanyakan penulisan
inimemfokuskan kepada pembentukan falsafah dan
matlamat kaunseling Islam serta etika kaunselor
Muslim berpandukan nas al-Quran dan al-Sunnah,
dan tidak banyak yang menjurus kepada kritikan
terhadap teori kaunseling Barat.
Justeru, artikel ini ditulis bagi mengenengahkan
hasil analisa penulis dalam membandingkan
Kaunseling Konvensional dengan Kaunseling Islam.
Disebabkan penulis adalah seorang Muslim, dan
beriman bahawa segala dasar hidup yang
berasaskan al-Quran dan al-Sunnah itulah yang
terbaik untuk manusia, maka perbandingan ini
dibuat bukanlah untuk menilai konsep kaunseling
manakah yang lebih unggul, sebaliknya tujuan
perbandingan adalah untuk mengenengahkan
keistimewaan Kaunseling Islam berbanding
Kaunseling Konvensional. Perbandingan telah
dilakukan dalam aspek-aspek berikut: sumber atau
asas teori, komponen kaunseling,perkembangan
personaliti, fungsi kaunseling, obligasi kaunseling,
elemen penting dalam hubungan, kemahiran
kaunseling, matlamat kaunseling dan ciri-ciri
kaunselor. Seterusnya, penulis juga akan
menonjolkan beberapaaspek yang menjadi nilai
tambah kepada kaunseling Islam.
Istilah kaunseling konvensional yang dimaksudkan
dalam artikel ini adalah kaunseling sekular atau
kaunseling arus awam (mainstream) atau yang
berasaskan teori tokoh-tokoh dari Barat yang
disebutkan sebelum ini. Kaunseling spiritual tidak
2Rizal Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif
Islam : Apa, Siapa, Kenapa Dan Bagaimana
(Counselling From The Islamic Perspective : What,
Who, Why And How).
penulis masukkan dalam kategori kaunseling
konvensional dalam artikel ini.
2. SUMBER ATAU ASAS TEORI
KAUNSELING KONVENSIONAL VERSUS
KAUNSELING ISLAM
Semua teori kaunseling konvensional adalah
berdasarkan pemikiran manusia atau “man made”
dan berasaskan dapatan-dapatan duniawi sahaja.
Konsep akhirat tak pernah wujud dalam kajian
kaunseling konvensional.
Kaunseling Islam tidak berasaskan sesuatu ‘teori’
seperti teori barat, kerana teori bukanlah sesuatu
yang mutlak(absolute) bahkan boleh dipertikaikan
atau dibatalkan oleh bukti-bukti empirikal yang
terkemudian.Sebaliknya, asas utama kaunseling
Islam adalah al-Quran dan hadis-hadis sahih (صحيح)
atau hasan(حسن)yang merupakan sumber yang
mutlak dan tidak boleh dipertikai oleh seorang yang
mengaku Muslim. Selain al-Quran dan al-Sunnah,
dasar-dasar Kaunseling Islam juga dibentuk oleh
sumber-sumber lain yang dinyatakan oleh ulama-
ulama sepertiijmak)إجماع(, qias)قياس(, istihsan)استحسان(, istishab)استسحاب(dan masalihul
mursalah)مصالح المرسلة(.Di samping itu, terdapat
teori-teori para sarjana Islam berkaitan psikologi
dan aspek-aspek kaunseling yang lain yang ditulis
dalam karya-karya besar mereka seawal kurun
kelapan masehi. Walaubagaimanapun, teori yang
dihasilkan mereka masih terikat dengan
kesimpulan(istinbat mereka terhadap ( -استنباط
pemahaman nas al-Quran dan al-Sunnah. Tidak
seperti pemikir Barat yang sekular, pemikiran
sarjana Islam ini diikat dengan batas akidah dan
syariat. Namun, dalam kerangka perundangan Islam
(usul fiqh teori’ mereka masih‘ ,( -أصول الفقه
dikategorikan sebagai tidak mutlak atau
dzanni)ظني(dan boleh diperbahaskan.Teori-teori ini
hanya menjadi asas sekunder kepada Kaunseling
Islam. Bahkan, mana-mana ‘teori’ yang
bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah
tertolak.
3. PERKEMBANGAN PERSONALITI
KAUNSELING KONVENSIONAL VERSUS
KAUNSELING ISLAM
Semua teori Kaunseling Konvensional, mengambil
kira hanya tiga alam/domain sahaja ketika
menghuraikan tentang personaliti/sahsiah seseorang
insan serta masalah manusia. Domain tersebut
adalah kognitif (akal), psikomotor(jasad) dan afektif
36
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
(emosi). Perkaitan hubungan antara domain ini
ditunjukkan dalam Rajah 1:
Rajah 1: Hubungan antara komponen personaliti
manusia
manakala dalam Kaunseling Islam, personaliti
seseorang insan itu terdiri daripada sekurang-
kurangnya enam elemen iaitu:jasad, roh, akal,
qalb )قلب(, nafs )نفس(, dan emosi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.
Nilai min bergantung pada skala. Skala bagi WAI-
SF adalah 1-7, dan nilai min keseluruhan WAI-SF
adalah 5.43. Nilai berkenaan menunjukkan
responden kajian mempunyai tahap WAI-SF yang
tinggi (Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4). Jadual 2
menunjukkan konstruk WAI-SF mempunyai nilai
min paling rendah adalah 4.60, konstruk terlibat
adalah matlamat. Manakala nilai min tertinggi
adalah 5.88, dan konstruk terlibat adalah ikatan.
Kajian ini menunjukkan bahawa responden kajian
mempunyai tahap tertinggi dalam konstruk ikatan
(Jadual 2).
Rajah 2: Enam elemen personaliti manusia menurut
Kaunseling Islam
Elemen-elemen tersebut dinyatakan Allah swt
dalam al-Quran.Komponen jasad dan roh manusia
disebut dalam Surah Shad ayat 72 :
ت فيه فإذا سويتهۥ ونفخ
من روحي فقعوا لهۥ سجدين
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya
(manusia),serta Aku tiupkan padanya roh dari
(ciptaan-Ku)…”
Ulama-ulama Islam berbeza pendapat dalam
membuat perkaitan antara keenam-enam elemen
tersebut (jasad, roh, akal, qalb, nafs, dan emosi).
Imam al-Ghazali3 telah membezakan di antara roh
dengan jasad. Roh adalah nyawa yang
menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan. Ia adalah entiti yang boleh wujud tanpa
bergantung kepada elemen lain. Jasad pula adalah
entiti yang bergantung kepada roh untuk hidup. Roh
yang ada pada manusia kekal dan abadi di syurga
atau di neraka kelak, manakala roh haiwan dan
tumbuh-tumbuhan akan musnah. Berbanding
dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, roh manusia
mempunyai elemenhati (al-Qalb -nafsu(al ,( -القلب
Nafs dan akal (al-‘Aql ( -النفس .( -العقل
Qalb dikonotasikan dengan istilah ‘hati’ oleh
orang Melayu sedangkan orang Arab menggelar
hati sebagai kibd )كبد(. Qalb dalam Bahasa Arab
adalah jantung. Allah berfirman tentang
qalb ب()قل dalam al-Quran seperti berikut:
Firman Allah swt4:
فلم يسيروا في ٱلرض فتكون
أ
و ءاذان لهم قلوب يعقلون بهآ أ
يسمعون بها فإنها ل تعمى ٱلبصر
ولكن تعمى ٱلقلوب ٱلتي في
ٱلصدور
Maksudnya: “Oleh itu, bukankah ada baiknya
mereka mengembara di muka bumi supaya dengan
melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi
orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka
dapat memahami atau ada telinga yang dengannya
mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka
mengembara pun tidak juga berguna) kerana
keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala
3 Ihya Ulumuddin. Thaqiq Abdul Rahim bin al-
Husin al-Iraqi. Kaherah: Dar al-Taqwa li al-Turath,
2000. 4Al-Quran: Surah al-Hajj, ayat 46.
37
37
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang
ada di dalam dada”.
Ayat ini mencirikan qalb -القلب (hati) sebagai satu
entiti yang boleh berfikir dan ia terletak di dalam
dada.Qalb )القلب(sangat penting dalam domain
personaliti manusia, kerana menurut hadis, ia adalah
‘raja’ yang mengawal keseluruhan domain lain.
Sabda Nabi Muhammad saw5:
وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت أل
فسد الجسد كله أل وهي القلب
“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh
manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik,
seluruh tubuh baik. Jika ia rosak, seluruh tubuh
juga rosak. Ketahuilah (segumpal daging) itu ialah
hati.”
Perkataan nafs - النفس (jiwa) dalam Al-Qur’an
membawa pelbagai makna antaranya diri (jasad
beserta roh)6,”kecenderungan atau syahwat7, serta
kehendak(rughbah - رغبة) dan
sanubari (dhamir - ضمير)8, dan jenis-jenis
jiwa9.Perkataan nafs dalam hadis juga membawa
makna yang sama seperti yang terdapat dalam al-
Quran, cuma terdapat satu penambahan makna nafs
yang membawa makna emosi dan perasaan
contohnya dalam hadis10 berikut:
“Sesuatu yang baik itu adalah yang membuat
perasaan (nafs) tenteram dan hati tenang.
Sebaliknya, dosa itu adalah yang membuat
perasaan tidak tenang dan hati gelisah sekalipun
orang banyak memberikan fatwa.”
5 Hadis riwayat Muslim.
6 As-Sajadah[11]: 13. 7 QS. Al-Maidah: 30. 8 Lihat, Al-Quran: Surah Ar-Ra’d[13]: 11 dan
Qaf[50]: 16. 9 Lihat Al-Quran: SurahAl-Qiyamah[75]: 2,
Yusuf[12]: 53, Al-Fajr[89]: 27-28 dan An-
Nazi’at[79]: 40. 10 Hadis riwayat Ahmad
Jiwa atau al-nafs ini pula telah diciptakan Allah
dengan satu kualiti yang disebut ‘fitrah’)فطرة(, iaitu
sifat-sifat manusia yang terbaik yang dihendaki oleh
Allah swt, termasuklah potensi dan kecenderungan
manusiawi, termasuklah kecenderungannya untuk
beragama dan melakukan kebaikan. Firman Allah
swt11
ين حنيفا فطر ٱت فأقم وجهك للد فطر ٱلناس ٱلتي لل
ذ ين ٱ ٱللك عليها ل تبديل لخلق ٱلل كن أكثر لقي م ول د
ٱلناس ل يعلمون
Maksudnya “Maka hadapkanlah dirimu
(engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai
Muhammad) ke arah agama yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu
agama yang Allah memfitrahkan manusia (dengan
keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama
yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui”
Jiwa atau al-nafs ini pula telah diciptakan Allah
dengan satu kualiti yang disebut ‘fitrah’)فطرة(, iaitu
sifat-sifat manusia yang terbaik yang dihendaki oleh
Allah swt, termasuklah potensi dan kecenderungan
manusiawi, termasuklah kecenderungannya untuk
beragama dan melakukan kebaikan. Firman Allah
swt12:
ين حنيفا فط ٱرت فأقم وجهك للد فطر ٱلناس ٱلتي لل
ذ ين ٱ ٱللك عليها ل تبديل لخلق ٱلل كن أكثر لقي م ول د
ٱلناس ل يعلمون
Maksudnya “Maka hadapkanlah dirimu (engkau
dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke
arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah
terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah
memfitrahkan manusia (dengan keadaan bersedia
dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah
patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah
itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui”
Justeru, apabila dibandingkan, konsep personaliti
manusia antara kaunseling Konvensional dan
Kaunseling Islam, daripada segi kuantiti dan kualiti
11Al-Quran: Surah al-Rum, ayat 30. 12Al-Quran: Surah al-Rum, ayat 30.
38
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
komponen, kita dapati personaliti kaunseling Islam
melebihi kuantiti dan kualiti teori Kaunseling
Konvensional. Dari segi kuantiti, terdapat enam
domain Kaunseling Islam berbanding tiga domain
dalam Kaunseling Konvensional. Hasil
perbandingan daripada segi kualiti pula, Kaunseling
Konvensional hanya ada dua dimensi iaitu ada yang
‘tangible’ – jasad, dan ada yang ‘tidak tangible’–
kognitif dan afektif manakala dalam Kaunseling
Islam, ada tiga dimensi iaitu yang ‘tangible’– jasad,
yang ‘tidak tangible’– kognitif(aqal) dan
afektif(emosi), serta ada yang ghaib – ruh, nafs dan
qalb.Kewujudan elemen ruh, nafs dan qalb yang
dalam konsep personaliti manusia ini menyebabkan
penambahan dalam pendekatan Kaunseling Islam
kepada fungsi ‘tazkiyah’)تزكية( yang akan
dibincangkan selepas ini. Disamping itu,
perberbezaan pentakrifan akal oleh ulama Islam
berbanding sarjana Barat turut membezakan
pendekatan pengembangan kognitif dalam
Kaunseling Islam yang akan turut melibatkan fungsi
‘tazkiyah’. Demikian juga, jikaditinjau dari
perspektif Islam, pengembangan kecerdasan emosi
juga sebenarnya lebih menjurus kepada proses
pembersihan hati dan jiwa13.
Analisa seterusnya, personaliti dalam teori
konvensional, tidak ada hirarki untuk meningkat.
Kejayaan Kaunseling Konvensional didasarkan
kepada konsep “fully functioning person” manakala
personaliti dalam Kaunseling Islam, ada hirarki dan
ada pula manifestasi setiap nafs (Lihat Rajah 3).
Maka, konsep “fully functioning” dalam Kaunseling
Islam adalah pemilikan sekurang-kurangnya jiwa
mutmainnah )مطمئنة( . Kewujudan hirarki jiwa ini
memudahkan proses memulih klien atau
mengembangkan potensinya dan membimbing
perubahan daripadanafs ammarah)النفس األم ارة( hingga ke nafs rodhiyah)النفس الراضية(kerana
manifestasi setiap nafs itu menjadi pengukurnya.
13 Siti Sarawati Johar & Ishak B. Mad Shah,
Kecerdasan Emosi Ketua Dalam Elemen Tadbir
Urus Insan Dari Perspektif Model Kerohanian
Imam Al-Ghazali, International Management
Conference (IMaC2011) (hlm. 01-20). Kuala
Terengganu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
2011.
Rajah 3: Hirarki Nafs
AMMARAH
LAWWAMAH
MULHAMAH
MUTMAINNAH
RODHIYAH
MARDZIYYAH
KAMILAH
Ciri-ciri dan manifestasi nafs adalah seperti
berikut14:
Nafs Ammarah )النفس األمارة( :
Hati tergoda oleh nafsu dan syaitan
Sentiasa gemar melakukan kejahatan, dosa dan
tidak menyesal.
Sebaliknya berasa puas dan gembira
Allah SWT berfirman dalam al-Quran15:
برئ نفسي إن ٱلنفس لمارة
ومآ أ
ما رحم ربي إن ربي غفور بٱلسو ء إل
رحيم
Maksudnya : "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku;
sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan
kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh
Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."
Nafs Lawwaaamah)النفس اللوامة(:
Selalu mengkritik diri sendiri bila melakukan
kejahatan/dosa
Segera beristighfar kepada ALLAH swt bila
melakukan ma’siat
Allah SWT berfirman dalam al-Quran16: قسم بٱلنفس
ول أ
ٱللوامة
14 Al-Jailani, Abd al-Qadir, Futuh al-Ghayb, Al-Baz
Publishing, 1992. 15Al-Quran: Surah Yusuf, ayat 53. 16Al-Quran: SurahAl-Qiyamah, ayat 2.
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
Maksudnya: “Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul
Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah
mati)!”
Nafs Mulhamah )النفس الملهمة(:
Menjelma apabila individu dapat
menewaskan dorongan nafsu ammarah
dan lawwaamah
Tidak sayangkan harta berlebihan,
selalu bersyukur (buat apa yang
disuruh, tinggal apa yang dilarang),
tawadduk, sabar, redha, dan selalu
bertaubat.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran17:
ها ونفس وما سوى
ه لهمها فجورها وتقوى ا فأ
فلح من زكىها وقد قد أ
خاب من دسىها
Maksudnya: “Demi jiwa (manusia) dan yang
menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah
kepadanya mana yg buruk dan mana yg baik,
sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang
menyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) orang
yang mengotorkannya”.
Nafs Mutmainnah)النفس المطمئنة(:
Nafsu yang agak bersih dan suci tapi belum
jernih
Murah hati, suka bersedekah, tawadduk, arif
dan bijaksana, kuat beribadah, bersyukur, redha
dan bertaqwa
Allah SWT berfirman dalam al-Quran18:
يتها ٱلنفس ٱلمطمئنة ٱرجعي
ي أ
إلى ربك راضية مرضية
Maksudnya: Wahai orang yang mempunyai jiwa
yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan
dan bawaan baiknya!Kembalilah kepada
Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
(dengan segala nikmat yang diberikan) lagi
diredhai (di sisi Tuhanmu) ! –
Nafs Rodhiyah)النفر الراضية(:
Nafs maqam wali
Mencapai kejernihan hati
17Al-Quran: SurahAs-Syam, ayat 8-10.
18Al-Quran: Surah Al-Fajr, ayat 27-28.
Zuhud, ikhlas dan wara’
Tinggalkan perkara-perkara yang bukan
tugasnya
Tunai dan tepatkan hukum-hukum ALLAH
swt.
Nafs Mardziyyah)النفس المرضية(:
Nafs yang lebih tinggi tahapnya. Segala
perlakuan mereka diredhai ALLAH swt
Mempunyai budi pekerti yang elok dan
terpuji
Lemah lembut dalam percakapan
Sentiasa selesa berdampingan dengan
ALLAH swt
Selalu berfikir tentang kebesaran ALLAH
swt
Redha dengan segala ketentuan ALLAH
swt
Nafs Kamilah)النفس الكاملة(:
Nafsu ini telah melalui semua peringkat
nafsu dari nafsu ammarah
Maqam para Nabi dan Rasul
4. Fungsi Kaunseling Konvensional versus
Kaunseling Islam (Fungsi 5M versus Tazkiyah)
Fungsi kaunseling konvensional terhad kepada 5M
sahaja, iaitu:
Mencegah/preventive
Mengembang/developmental
Memulih/remedial
Melerai krisis/crisis intervention
Mengendalikan perundingan/ consultation
Fungsi kaunseling Islam bukan sahaja merangkumi
5M, malah ditambah dengan fungsi tazkiyah. Bagi
meningkatkantahap nafs\ klien kepada tahap nafs
yang lebih tinggi, klien hendaklah dibimbing untuk
melalui proses tazkiyah. Tazkiyah bermaksud
pembersihan atau penjernihan. Proses tazkiyah ini
adalah proses membuang (stamping out) apa yang
buruk (takhalli), dan digantikan (stamping in)
dengan perkara yang baik(tahalli) dan ia melalui 5
proses:
1 Muhasabah diri. Ia adalah proses
introspeksiatau merenung ke dalam diri.
2 Bertaubat: iaitu dengan mengaku
kesalahan yang telah dilakukan serta
memohon keampunan daripada Allah
39
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
SWT, sungguh-sungguh menyesal dan
berazam untuk tidak mengulanginya.
3 Sabar: untuk menghapuskan ciri-ciri buruk,
dan untuk beristiqamah dengan ciri-ciri
baru
4 Khauf: mesti ada rasa takut kalau-kalau
Allah tidak menerima taubat kita
5 Roja’:sentiasa berharap akan berjaya
Dalam kerangka pelaksanaan fungsi 5M pula,
kaunselor yang melaksanakan Kaunseling Islam
akan melaksanakan fungsi-fungsi khusus yang
Islamik iaitu membantu klien membuat pilihan yang
benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah,
membantu memberi kefahaman dan celik aqal
(bashiirah) bagi membolehkan berlaku perubahan
tingkahlaku ke arah mencapai kesejahteraan dunia
dan akhirat, membantu klien agar sentiasa
mempunyai hubungan yang baik dengan Allah,
manusia dan semua makhluk (hablun minallah wa
hablun minannaas), membantu klien yang terlibat
dalam maksiat atau perbuatan keji untuk mematuhi
syariat, membantu mengubah cara hidup klien ke
arah yang diredhai Allah.
5.0 Obligasi Kaunseling Konvensional versus
Kaunseling Islam
Daripada segi obligasi, Kaunseling Konvensional
berobligasi hanya kepada klien sahaja, manakala
dalam Kaunseling Islam, kaunselor amat terikat
dengan obligasi dan kewajipan-kewajipan kepada
Allah swt menerusi niat yang ikhlas serta kepatuhan
terhadap syariat Islam.Kaunseling dalam Islam
ditegakkan atas prinsip bahawa agama itu
merupakan keperluan asas manusia juga
kepercayaan kepada kewujudan tuhan sebagai
pencipta, pemilik setiap individu, penentu takdir,
penentu dan pengatur tugasan serta hukum-hakam
dalam kehidupan di dunia. Keimanan kepada tuhan
harus diyakini menjadi faktor utama kepada
ketenteraman jiwa, kebahagiaan dan segala
kebaikan dalam hidup manusia. Keimanan kepada
tuhan juga perlu dianggap sebagai faktor penting
untuk kejayaan kaunseling.Bahkan terapi utama
yang patut diusahakan oleh kaunselor Muslim ke
atas kliennya adalah membina iman yang utuh dan
menggunakan ayat-ayat al-Quran.
Demikian juga di pihak kaunselor Muslim,
keimanan adalah tunggak kepada gerak kerjanya,
dan segala proses kaunseling dan bantuannya
kepada klien hendaklah dilakukan ikhlas semata-
mata mencari redha Allah SWT19.Redha Allah dan
kebahagiaan di akhirat pula menjadi matlamat
utama dalam kaunseling Islam. Keimanan ini juga
menjadikan kaunselor dan klien percaya bahawa
Allah adalah‘tempat’yang paling unggul untuk
mengadu sebarang masalah atau memohon untuk
menghilangkan kesedihan serta memperolehi
ketenangan hati. Ia sejajar dengan apa yang
dinyatakan oleh Nabi Yaakob dalam dalam Surah
Yusuf, ayat 84-87, yang bermaksud :
"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan
kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku
mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah,
apa yang kamu tidak mengetahuinya. Wahai anak-
anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita
mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan
janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta
pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa
dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan
kaum yang kafir".
6.0 Elemen penting dalam hubungan Kaunseling
Konvensional versus Kaunseling Islam
Kaunseling Konvensional menekankan “rapport”
secara mendatar (horizontal) dengan klien sahaja
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
Rajah 4: Hubungan dalam kaunseling konvensional
manakala kaunseling Islam pula
menekankanhubungan horizontal bukan
sahajadengan klien bahkan dengan semua manuasia
(hablum minannaas .dan makhluk lain ( -اس حبل من الن
Selain itu Kaunseling Islam juga berteraskan
hubungan vertikal dengan ALLAH swt (hablum min
Allah sebagaimana yang ditunjukkan ,( -حبل من هللا
dalam Rajah 5.
Rajah 5: Hubungan dalam Kaunseling Islam
19Lihat Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998),
Toward Islamization of Guidance and Counselling,
Jurnal PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan
Kaunseling Malaysia, m.s. 127-135.
40
40
41
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
Firman Allah swt20:
ربت عليهم ٱلذلة ض
ين أ
ما ثقفو ا إل بحبل من
ٱلل وحبل من ٱلناس
Maksudnya: “Mereka ditimpakan kehinaan (dari
segala urusan) di mana sahaja mereka berada,
kecuali dengan adanya tali (hubungan) dengan
Allah dan adanya tali (hubungan) dengan
manusia”.
Justeru, dalam proses pencegahan, pemulihan atau
pengembangan, klien akan dibimbing untuk
mendahulukan hak Allah swt yang perlu
dimanifestasikan dalam bentuk pematuhan terhadap
syariat Islam disamping memastikan hubungan yang
baik dengan ibu bapa, sahabat, jiran tetangga dan
persekitarannya.
Carl Rogers21 menekankan tiga elemen penting
dalam hubungan kaunselor-klien, iaitu:
Genuineness
Unconditional Acceptance/Positive Regard
Emphatic Understanding
Kaunseling Islam pula bukan sahaja menekankan
ketiga-tiga elemen ini, bahkan amat mementing dan
menekankan:
Niat yang ikhlas– tujuan perlakuan kita
hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah
swt
20Al-Quran: Surah Ali Imran ayat 112.
21Rogers, C. (1986). Client-centered therapy. In
I.L Kutash and A. Wolf (Eds).Psychotherapist’s
casebook:
Therapy and Techniquein Practice(pp 197-208).
San Francisco: Jossey Bass.
Nabi Muhammad saw bersabda22:
صلى اللهم ع قال إنما سلم و ه ي ل عن عمر أن رسول للا
ى ت هجرته إل ن كانفم وىاألعمال بالن ية ولكل امرئ ما ن
ور ورسوله فهجرته إلى للا انت هجرته ك ومن وله س للا
جها يه ى ما هاجر إل ه إل ت جر ه ف لدنيا يصيبها أو امرأة يتزو
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada
niat. Dan (dikira) bagi setiap individu itu apa yang
telah dia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya
karena Allah dan rasulNya Maka hijrahnya untuk
Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya
karena urusan dunia atau wanita untuk dinikahi maka
hijrahnya untuk apa (niat) yang dihijrahinya.”
Perbuatan yang ikhlas – apa yang kita lakukan adalah
dilakukan kerana Allah swt semata-mata tanpa
mengharapkan timbal balas. Firman Allah swt23: ن مرت أ
ي أ
قل إن
عبد ٱلل مخلصا له أ
ٱلدين
Maksudnya: “Katakanlah lagi (wahai Muhammad):
Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah
Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat
kepadaNya”
Ihsan– apa yang kita lakukan kita mesti rasa
bahawa Allah swt sentiasa
melihatnya. Rasulullah menerangkan
mengenai ihsan ketika menjawab pertanyaan
Malaikat Jibril tentang ihsan dimana
jawapan tersebut dibenarkan oleh Jibril,
dengan mengatakan24:
تكن تراه فإنه يراك أن تعبد هللا كأنك تراه فإن لم
“Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau
melihatNya, dan apabila engkau tidak dapat
melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”.
Justeru itu, apa yang pengamal Kaunseling Islam
lakukan adalah lebih tulen dan lebih berintegriti.
7.0 KEMAHIRAN KAUNSELING
KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING
ISLAM
22 Hadith Riwayat Bukhari, Muslim. 23Al-Quran: Surah al-Zumar, ayat 11. 24Hadith Riwayat Muslim.
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
Kemahiran-kemahiran yang dilatih dan perlu ada
pada Kaunselor Konvensional adalah menyoal,
memparafrasa, membina hubungan, merumus,
merefleksi, mengkonfrontasi, minimal encourager,
senyap, eye contact, body language/movement,
modelling, mengeko dan lain-lain. Semua
kemahiran dalam Kaunseling Konvensional boleh
kita terapkan ke dalam Kaunseling Islam secara
“lock, stock and barrel” ditambah dengan
kemahiran-kemahiran tambahan seperti berikut:
Menyampai dan menjelaskan ilmu dan amalan,
serta mendidik dan berdakwah secara
berhikmah
Kemahiran membaca ayat-ayat suci al-Quran
dan mengaitkannya dengan isu klien
Kemahiran membaca berzikir, syahadah,
salawat, dan doa yang sesuai dengan kondisi
serta isu klien
Kemahiran mendemonstrasi ibadat, khususnya
berwudhuk, solat fardhu, solat hajat dan solat
istikharah.
Kemahiran pengkisahan al-Quran dan Sirah
Nabi yang berkaitan isu klien.
Kemahiran pemantauan berterusan (regular
monitoring)
Selain itu, adab-adabmengikut syariat Islam dalam
proses Kaunseling Islam juga amat ditekankan.
Antaranya:
Berpakaian menutup aurat dan berpersonaliti
Islamik
Memulakan proses kaunseling dengan
bismillah. Nabi saw bersabda25:
أي: ،” فهو أبتر ” هللا بسم ” كل أمر ذي بال ل يبدأ فيه بـ
ناقص البركة.
Maksudnya: “Setiap perkara (kehidupan)
yang tidak dimulai dengan bismillaahir-
rahmaanir-rahiim, maka dia akan terputus.
Artinya adalah kurang barakahnya”
Berdo’a pada awal dan akhir sesi
Klien dilayan sebagai tetamu
Menghindari fitnah
Mematuhi syariat berkaitan pengendalian klien
berlainan jantina
8.0 MATLAMAT KAUNSELING
KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING
ISLAM
25Hadis riwayat Ibnu Hibban.
Kaunseling konvensional menekankan kesejahteraan
kognitif, tingkahlaku atau afektif, sebagai matlamat
kaunseling.Kaunseling Islampla amat menekankan
kesejahteraan jasad, akal, qalb, nafs dan roh. Lebih
daripada itu, Kaunseling Islam turut memberi tumpuan
khas kepadamerealisasikan tujuan hidup seorang
manusia diciptakan Allah iaitu sebagai ‘Ab -
hamba) yang diperintahkan untuk menjadi khalifahعبد
di bumi. Matlamat hidup manusia adalah untuk
mencapai redha Allah SWT dan mengecapi
kebahagiaan hakiki di akhirat26. Selain matlamat-
matlamat ini, kaunseling dalam Islam mestilah
bertujuan membimbing dan menunjuk klien ke arah
jalan Allah (الصراط المستقيم) dengan menjunjung prinsip
menyuruh berbuat baik dan menghalang daripada
kemungkaran(al-amr bi al ma’ruf wa an-nahy ‘an al-
munkar)27, serta menolong klien untuk28 :-
menerima takdir tuhan secara positif
mengambil keputusan yang tidak bertentangan
dengan syariat Islam
meletakkan matlamat diri yang tidak
bertentangan dengan syariat
mengambil keputusan yang boleh
mendatangkan manfaat di dunia dan akhirat.
9.0 CIRI-CIRI KAUNSELOR
KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING
ISLAM
Bagi mencapai kejayaan dalam kaunseling Islam,
pengendalinya mestilah seseorang kaunselor
profesional yang mempunyai ciri-ciri tambahan
berikut:
Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT
Mengakui dan menerima Rasulullah sebagai
kaunselor terbaik
Siddiq
Amanah
Tabligh
Fatonah
Berani dan adil
Sabar dan tenang
Sentiasa menambah ilmu dan kemahiran
26Lihat Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan
Kaunseling di Malaysia Satu Tinjauan, Kuala
Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd., m.s.140-141 27Lihat Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep
manusia Menurut Pandangan Islam: Satu Pemikiran
Ke Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam,
Kuala Lumpur : Arena Ilmu, m.s.95-97. 28Zulkifli Yusuf, op.cit.
42
43
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
Tawadduk dan altruistik
Bertolak ansur dan bertoleransi
10.0 NILAI TAMBAH KAUNSELING ISLAM
Dalam Kaunseling Islam terdapat beberapa
“konsep” penting bagi menjamin ketenangan dan
kesentosaan jiwa yang tidak terdapat dalam
Kaunseling Konvensional. Konsep-konsep Islamik
tersebut adalah:
Redha akan taqdir Allahyang akan mendorong
wujudnya sabar. Firman Allah swt29.
ولنبلونكم بشيء من
ٱلخوف وٱلجوع ونقص من
ت ٱلمول وٱلنفس وٱلثمر
آ ذ وبشر ٱلصبرين ٱلذين إ
صبتهم مصيبة قالو ا إ ا ن أ
لل وإنآ إليه رجعون
“Demi sesungguhnya! Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan
takut, kelaparan, kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-
orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang
yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali”.
Tawakkal. Firman Allah swt30:
ه إل هو ـ ه ل إل ش العظيم ب العر وهو ر عليه توكلت حسبي اللـ
“Cukuplah Allah bagiku (yang menolong
dan memeliharaku), tidak ada Tuhan(yang
berhak disembah) selain daripadaNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan
Dialah yang mempunyai Arasy yang besar
Empowerment – Allah tidak mengubah apa
yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah
kaum itu sendiri yang mengubahnya.
Firman Allah swt31:
ل يغي ر ما بقوم حتى يغي روا ما بأنفسهم إن للا
29Al-Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 155-157. 30Al-Quran: Surahat-Taubah, ayat 129.
31Al-Quran: Surah Arra’d, ayat 11.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah
tidak mengubah sesuatu kaum
sehinggalah mereka mengubah diri
mereka sendiri”
Yaqin, iaitu:
Yaqin bahawa apabila ALLAH swt mengambil
sesuatu daripada kita, ALLAH swt pasti akan
menggantikannya dengan yang lebih baik.
Rasulullah SAW bersabda :
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
إنك لن
تدع شيئا هلل عز وجل إل بدلك هللا به ما
هو خير لك منه
“Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan
sesuatu karena Allah ‘Azza wa Jalla, kecuali Allah
akan menggantikannya bagimu dengan yang lebih
baik bagimu” (HR Ahmad no 23074)
Yakin bahawa ujian musibah itu tanda
peningkatan iman. Firman Allah SWT32:
ؤمنين ول تهنوا ول تحزنوا وأنتم األعلون إن كنتم م
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah
pula kamu berdukacita (bersedih hati terhadap apa
yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-
orang yang paling tinggi darjatnya (mengatasi
musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu
orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”
Yaqin bahawa setiap kesusahan/ujian Allah swt
ke atas kita, akan disusuli dengan kesenangan,
jika kita redha dan sabar. Firman Allah SWT33:
فإن مع العسر يسر ا ﴿٥﴾ إن مع العسر يسر ا
٦﴿
“Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disudahi dengan
kemudahan.”
Yaqin bahawa segala taqdir Allah itu adalah yang
terbaik untuk kita. Firman Allah swt34:
32Al-Quran: Surah Ali Imran, ayat 139. 33Al-Quran: Surahal-Insyirah ayat 5-6.
34Al-Quran: Surah al-Baqarah, ayat 216.
43
44
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
ه يعلم وأنتم ل تع وا كم شر ى أن تحبوا شيئا وهووعس لمونلللـ
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu
suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui
(semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.”
Yaqin bahawa segala yang Allah timpakan
kepada kita adalah sesuatu yang kita mampu
untuk tanggung. Firman Allah swt35:
ه نفسا إل وسعها ل يكل ف اللـ
“Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.”
Yaqin yang semua do’a akan ALLAH swt
qabulkan mengikut ketentuan ALLAH swt.
Firman Allah swt36:
بادتي ون عن ع ستكبر ين ي ذ وقال ربكم ادعوني أستجب لكم إن ال
سيدخلون جهنم داخرين
Maksudnya “Dan Tuhanmu
berfirman:Berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Kuperkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembah-
Ku akan masuk neraka Jahannam
dalam keadaan hina dina".
Yaqin bahawa solat adalah sebaik-baik kaedah
memohon pertolongan. Firman Allah SWT37:
بر 1.1 لة واستعينوا بالص ة إل على الخاشعين وإنها لكبير والص
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan solat; Dan
sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk.”
Yaqin dengan berzikir (yakni, mengingati
ALLAH swt) hati menjadi tenang.Firman Allah
swt38:
الذين أمنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله ألبذكر الله تطمئن
القلوب
35Al-Quran: Surahal-Baqarah, ayat 286.
1.1.1.1 36 Al-Quran: Surah Surah Al-Mu’min,
yat 60. 37Al-Quran: Surah al-Baqarah, ayat
45. 38Al-Quran: Surah Ar Ra'd, ayat28.
Ertinya : "orang-orang mu'min hatinya tenteram
karena mengingat allah, ingatlah allah, karena
dengan mengingat allah hati menjadi tenteram"
Yaqin bahawa dengan beristighfar dan
membaca AL-QURAN, Allah swt akan
memudahkan setiap usaha kita.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa
yang senantiasa beristighfar, maka Allah
akan memberikan kegembiraan dari setiap
kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap
kesempitannya, dan memberinya rezeki
dari arah yangtidak disangka-sangka.”
(HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Yaqin yang al-Quran adalah penawar bagi
segala penyakit. Firman Allah swt39:
ل من القرآن ما هو شفاء ورحم ل يزيد و منين لمؤ ل ة وننز
الظالمين إل خسارا
“Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an
suatu yang menjadi penyembuh dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman
dan Al-Qur`an itu tidaklah menambah
kepada orang-orang yang dzalim selain
kerugian.”
Yaqin bahawa bagi setiap penyakit, ada baginya ubat,
kecuali mati. Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak
meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit
melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut)
penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya).
Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit
yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah
menjawab, Tua(mati)".
Yaqin bahawa Allah akan menolong hamba-
Nya yang gigih mematuhi perintahNya. Firman
Allah swt40:
هدوا فينا لنهدينهم سبلنا لمع ٱلمحسنين و ٱلذين ج إن ٱلل
Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama
Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira
serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan
39Al-Quran: Surah Al-Isra`, ayat 82. 40Al-Quran: Surah al-Ankabut, ayat 69.
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha melakukan kebaikan (membaiki amalannya)”.
Tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH swt
dalam apa keadaan sekalipun. Firman Allah
SWT41:
ه ول تيأسوا من ر ه إل القوم إنه ل ييأس من ر وح اللـ وح اللـون الكافر
“…dan janganlah kamu berputus asa daripada
rahmat serta pertolongan Allah.Sesungguhnya tidak
berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir.”
Bahkan apa yang paling istimewa kepada pengamal
(kaunselor) Kaunseling Islam ialah kerjaya atau
praktis sebagai kaunselor merupakan suatu amal
soleh yang akan diganjari oleh Allah swt serta
menjadi bekalan untuknya di akhirat kelak. Itu janji
Allah swt, dan Dia tidak akan memungkiri janji
sebagaimana firman-Nya42:
ل لقيامة إنك انا يوم خز ت ا وعدتنا على رسلك ول ربنا وآتنا م
تخلف الميعاد
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berilah
kami apa yang telah Engkau janjikan
kepada kami dengan perantaraan
rasul-rasul Engkau. Dan janganlah
Engkau hinakan kami di hari kiamat.
Sesungguhnya Engkau tidak
menyalahi janji”.
11.0 PENUTUP
Hasil analisa terhadap perbandingan antara
Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini
menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan
yang sangat ketara diantara dua aliran ini,
terutamanya yang melibatkan aspek persoalan teori
atau dasar, teori atau konsep personaliti, obligasi
dan matlamat kaunseling. Terdapat beberapa aspek
tambahan yang eksklusif berkaitan fungsi
kaunseling serta ciri-ciri dan kemahiran kaunselor
dalam Kaunseling Islam. Seterusnya, terdapat
beberapa aspek yang unik dan istimewa dalam
Kaunseling Islam yang tidak ada dalam Kaunseling
Konvensional iaitu konsep redha, tawakkal,
empowerment serta yakin kepada Allah SWT yang
Maha Mencipta (al-Khaliq- الخالق) manusia, isu atau
masalah, Maha Mentaqdirkan (al-Qadir- القادر)
41Al-Quran: Surah Yusuf, ayat 87. 42Al-Quran: Surah Ali Imran, ayat 194.
segala yang berlaku, yang juga menjadi tempat
pergantungan manusia untuk mengadu segala
sesuatu dan memohon pertolongan (al-Somad-
.(الصمد
Perbezaan-perbezaan tersebut menjadi sebahagian
justifikasi bahawa Kaunseling Islam adalah satu
aliran kaunseling yang khusus serta genuine, dan
bukannya sekadar tempelan kepada Kaunseling
Konvensional. Tidak cukup dalam
mengislamisasikan Kaunseling Konvesional, hanya
dengan mengubah pengendalinya kepada oleh
seorang kaunselor Muslim. Sebaliknya terdapat
beberapa struktur dan elemen dalam Kaunseling
Konvensional itu sendiri yang perlu diubah atau
ditambah untuk menjadikannya Islamik.
Sebagai lanjutan kepada analisis ini, penulis
mencadangkan agar beberapa kajian yang lebih
terperinci dilakukan untuk menyaring beberapa teori
Kaunseling Konvesional untuk menilai elemen-
elemen yang patuh syariah atau sebaliknya. Semoga
para sarjana terus melakukan penyelidikan berkaitan
Kaunseling Islam agar ia dapat dipersadakan di
Malaysia khusunya dan di dunia Islam amnya.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Al-Jailani, Abd al-Qadir (1992).Futuh al-Ghayb,
Al-Baz Publishing.
Siti Sarawati Johar & Ishak B. Mad Shah
(2011).Kecerdasan Emosi Ketua Dalam
Elemen Tadbir Urus Insan Dari Perspektif
Model Kerohanian Imam Al-Ghazali,
International Management Conference
(hlm. 01-20). Kuala Terengganu:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Muslim, Abi Hussain Hajjaj Qusyairy
(2001). Sahih Muslim, Beirut
Lebanon: Dar al-Kotob al-Ilmiyah
Abu Bakar, Rizal (2009). Kaunseling daripada
perspektif Islam : Apa, siapa, kenapa dan
bagaimana, Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors.
Ahmad B. Hanbal (t.t.), Al-Musnad li Imaam
Ahmad B. Muhammad B. Hanbal, Kuala
Lumpur: Pustaka Azzam.
Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998), Toward
Islamization of Guidance and Counselling,
Jurnal PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan
Kaunseling Malaysia.
45
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018
Al-Bukhari, M.I. (1997). Sahih Bukhari. Translated
by Muhammad Muhsin Khan. Riyadh:
Darussalam.
Al-Ghazali, (2000).Ihya Ulumuddin. Thaqiq Abdul
Rahim bin al-Husin al-Iraqi. Kaherah: Dar
al-Taqwa li al-Turath.
Al-Tuftazani, (2009).Syarh al-Aqaid al-Nasafiyya,
Karachi: Maktabah al-Madaniyyah.
Badri, M. (1398H), ‘Ulamā’ al-Nafs al-Muslimūn
Fi hujr Al-dhab, Majallah Al-Muslim Al-
Maāshir.
Ibn Hibban (t.t.), Shahih Ibnu Hibban, Tahqiq:
Syu'aib al-Arnauth, Kuala Lumpur:
Pustaka Azzam.
Ibn Manzuur, J.M. (1300H), Lisan al-‘Arab,
Vol.13, Cairo: Daar al-Misriyyah.
Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep manusia
Menurut Pandangan Islam: Satu
Pemikiran Ke Arah Pembentukan Teori
Kaunseling Islam, Kuala Lumpur : Arena
Ilmu.
Rogers, C. (1986). Client-centered therapy. In I.L
Kutash and A. Wolf
(Eds).Psychotherapist’s casebook:Therapy
and Techniquein Practice, San Francisco:
Jossey Bass.
Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan Kaunseling di
Malaysia Satu Tinjauan, Kuala Lumpur:
Arena Ilmu Sdn. Bhd.
47
46