HBEF2803_

9
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS) HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (T1A1) NAMA : SALLY BINTI JOHNNY@ NUR HIDAYAH BT. JOHNNY ABDULLAH NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE E-TUTOR : EN. AMINUDDIN bin ISMAIL

description

RUJUKAN TUGASAN OUM

Transcript of HBEF2803_

Page 1: HBEF2803_

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEPTEMBER 2012

(SMP KHAS)

HBEF2803

PROFESSIONAL DEVELOPMENT

(T1A1)

NAMA : SALLY BINTI JOHNNY@ NUR

HIDAYAH BT. JOHNNY ABDULLAH

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE

E-TUTOR : EN. AMINUDDIN bin ISMAIL

Page 2: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 2

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3

1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

1.2 Persiapan Sebelum

1.3 Pakaian Tradisional

1.4 Kuih-Muih dan Juadah Utama

1.5Amalan-amalan yang dilakukan

4 – 6

2 METODOLOGI

2.1 Data Primer

2.1.1 Kajian Lapangan / Pemerhatian

2.1.2 Kaedah Temubual

2.2 Data Sekunder

2.2.2 Bahan-bahan Perpustakaan

7

3 KESIMPULAN 8

4. RUJUKAN 9

Page 3: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 3

PENGHARGAAN

Dengan lafaz Alhamdulillah, saya mengucapkan segala pujian dan syukur kepada

Ilahi kerana dengan izin dan rahmatnya, tugasan ini dapat disempurnakan. Sekalung

penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya hulurkan buat e-tutor En.

Aminuddin bin Ismail, rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara-mara yang telah memberikan

bimbingan, kerjasama dan nasihat serta ruang masa bagi memastikan tugasan ini dapat

disempurnakan dengan jayanya.

Akhir kata, Insya-Allah, segala bantuan dan kerjasama yang diberikan dengan ikhlas

kepada saya akan mendapat keberkatan Tuhan.

Page 4: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 4

1. PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajian

Hari Natal atau lebih juga dikenali sebagai Hari Krismas, merupakan perayaan

keagamaan yang disambut oleh penganut yang beragama Kristian. Perayaan ini disambut

pada 25 Disember setiap tahun bagi memperingati kelahiran Jesus Christ. Walaupun perayaan

Krismas di Malaysia disambut tanpa kehadiran salji seperti di negara barat, namun penganut

agama Kristian warga negara ini dan warganegara lain tetap menyambut perayaan itu dengan

meriah.

Menurut sejarah dalam Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria

(Virgin Mary) di Jerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini

menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat atau

Messiah dari susur galur Raja David. Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas

pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia,

Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana kalender Julius yang tarikh 25

Disember jatuh pada 7 Januari dalam kalender Gregory.

Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan

negaradi dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas

disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekan penjajah, diduduki oleh

kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.

1.2 Persiapan Sebelum

Persiapan sebelum sambutan Hari Krismas di negara ini adalah seperti persiapan yang

dibuat oleh sambutan perayaan agama lain juga. Penganut beragama Kristian akan membeli-

belah, mengemas rumah untuk tetamu yang akan bertandang, menyediakan juadah atau kuih-

muih, dan sebagainya.

Page 5: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 5

1.3 Pakaian Tradisional

Dari segi pakaian tradisional pula, penganut Kristian tidak mempunyai pakaian

khusus untuk sambutan Hari Krismas. Ini adalah kerana terdapat pelbagai kaum atau bangsa

yang beragama Kristian yang menyambut Hari Krismas dengan mengikut cara mereka

sendiri. Walau bagaimanapun, warna Hari Krismas seperti merah, putih, hijau, perak dan juga

warna keemasan menjadi pilihan utama dalam pemilihan warna pakaian.

1.4 Kuih Muih dan Juadah Utama

Tradisi menyediakan makanan dalam kuantiti yang besar semasa sambutan malam

Krismas mula diamalkan pada kurun ke-16 sehingga kini. Burung merak, angsa dan ayam

belanda yang bersaiz besar sesuai dengan amalan ini kerana bagi masyarakat Kristian, lebih

besar hidangan, maka lebih meriah perayaan tersebut. Hidangan ayam belanda begitu

istimewa kerana ia jarang dihidangkan pada hari-hari biasa, sebaliknya menjadi hidangan

tradisi dan turut dihidangkan dengan beberapa hidangan sampingan seperti daging bakar atau

panggang, stew, salad campur, kentang panggang, pelbagai jenis roti, kentang lenyek, aneka

manisan, kek dan sebagainya. Walau pun, ayam belanda menjadi hidang pilihan semasa

Krismas, namun begitu bagi sesetengah masyarakat beragama Kristian di Malaysia lebih

kepada hidangan biasa yang senang untuk diperolehi. Ini adalah kerana, ayam belanda sukar

didapati dan kebanyakannya diimport dari negara luar. Oleh itu, memandangkan masyarakat

Malaysia berbilang kaum, hidangan disediakan adalah mengikut cita rasa semua dan

penganut beragama Kristian juga peka kepada masyarakat yang berlain agama yang

bertandang semasa Hari Krismas.

1.5 Amalan-amalan yang dilakukan

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di

gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe,

holi atau lakonan semula kelahiran Jesus. Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal

yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai

Page 6: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 6

merupakan hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan

mitologi Kristian, sementara penampian modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu mengadakan

upacara atau majlis sambutan istimewa. Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan

babak kelahiran Jesus dengan bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak

mancis, diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan

logam yang berwarna-warni.

Pada Hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran

Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang

mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya

Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia. Kebanyakan

gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana

nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga

para penganut yang taat.

Perayaan Hari Krismas di Malaysia pula, bermula dengan menghiasi pokok Krismas

di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar hadiah pada Hari Krismas dengan

meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian atau karol akan

dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan

rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya.

Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi Hari Krismas, mereka akan mengunjungi

gereja-gereja untuk upacara sembahyang. Dalam konsep rumah terbuka sekarang, perayaan

menjadi semakin meriah dengan kedatangan kaum lain. Walaupun Krismas adalah sambutan

sehari sahaja, tetapi semangat dan kemeriahannya berlangsung hingga ke tahun baru.

Page 7: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 7

2. METODOLOGI

Kaedah kajian adalah satu cara untuk mendapatkan data atau maklumat yang akan

dikaji atau dianalisis. Dengan itu, kaedah kajian yang akan dilakukan adalah untuk

mendapatkan maklumat tentang sesuatu perayaan keagamaan. Dalam kajian ini, pelbagai cara

akan digunakan uNTuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini.

2.1 Data Primer

2.1.1 kajian Lapangan / Pemerhatian

Gambar foto perayaan itu disambut pada lokasi yang telah ditentukan dan juga

menjalankan kaedah pemerhatian.

2.1.2 Kaedah Temubual

Kaedah temubual ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat primer dalam

menjalankan kajian. Temubual secara tidak formal dan formal sangat penting kerana kaedah

ini melibatkan pertemuan antara setiap kumpulan generasi yang ditentukan mengenai

sambutan perayaan tersebut.

2.2 Data Sekunder

2.2.1 Bahan-bahan Perpustakaan

Membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berhubungan

dengan kajian. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat adalah

perpustakaan cawangan daerah Semporna. Manakala, bahan-bahan yang lain yang akan

menjadi rujukan adaah seperti jurnal-jurnal, majalah dan surat khabar serta maklumat atas

talian yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini.

Page 8: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 8

3. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sambutan Hari krismas juga seperti sambutan hari perayaan

ain di negara ini. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan

pelbagai jenis hidangan makanan. Semua rakyat negara ini pasti akan menantikan setiap

perayaan termasuklah perayaan Hari Krismas dengan penuh debaran dan semangat tinggi.

Oleh itu, memang ada banyak kebaikan kita perolehi daripada setiap perayaan yang disambut

di neagara ni. Perayaan mampu meningkatkan interaksi antara kaum berlainan agama atau

bangsa seterusnya memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di negara ini.

Kita patut berasa bangga kerana dengan interaksi in akan meningkatkan pengetahuan masing-

masing akan budaya kaum yang lain dan pemahaman ini akan menjadikan masyarakat lebih

faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara.

Page 9: HBEF2803_

HBEF208 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SALLYBTJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 9

4. RUJUKAN

1. Bruce David Forbes, (2008). Christmas : a candid history. Berkeley, Calif; London :

Universiti of California Press.

2. Jaacqueline Farmer, Joanne H Friar, (2010). O Christmas tree: its history and holiday

traditions. Watertown, MA:Charlesbridge.

3. Jaya Suprana, Aylawati Sarwono, (2005). Antologi kelirumologi. Jarkata : Elex Media

Komputindo.

4. MobileReference ,(2007). All About Christmas : History, Traditions, Carols, Stories,

Recipies & More. Bostan : MobileReference.com, 2007.

5. Penne L Rested, (1995). Christmas in America : a history. New York: Oxford Univ.

Press.

6. Robert Richard Boehlke, (1997). Sejarah perkembangan pikiran dan praktek

pendidikan agama Kristen. Jarkata, Indonesia : BPK Gunung Mulia.

7. Christmas as a Multi-faith Festival — BBC News. Dicapai pada 30 September 2008.

8. "Christmas, Encyclopædia Britannica Chicago: Encyclopædia Britannica, 2006.

9. Roll, p. 129. Contohnya, pada tahun 1761, Paus Benedict XIV berhujah bahawa para

ketua gereja pasti mengetahui tarikh sebenarnya dari catatan bancian kerajaan

Rom kuno. (Roll, p. 129).

10. Newton, Isaac, Observations on the Prophecies of Daniel, and the Apocalypse of St.

John (1733), Ch. XI. "They who began first to celebrate them, placed them in

the cardinal periods of the year; ... and the birth of Christ on the winter

Solstice, Decemb. 25,"

11. Pliny yang Tua, Natural History, 18:59

12. Tarikh ini diberi oleh Tertullian (Adv. Jud., 8) dan Hyppolytus. ("The Feast of the

Annunciation", Catholic Encyclopedia, 1998).

Roll, p. 87.

13. Bradt, Hale, Astronomy Methods, (2004), p. 69.

Roll p. 87.

14. Kelly, Joseph F., The Origins of Christmas, Liturgical Press, 2004, p. 67-69.

15. ""Mithraism", The Catholic Encyclopedia, 1913.

16. "Sol." Encyclopædia Britannica, Chicago (2006).