GALLERY GUIDE - ILHAM Kuala Lumpur · GALLERY GUIDE. WELCOME TO ILHAM AND OUR LATEST EXHIBITION...

15
OCT 2017–FEB 2018 GALLERY GUIDE

Transcript of GALLERY GUIDE - ILHAM Kuala Lumpur · GALLERY GUIDE. WELCOME TO ILHAM AND OUR LATEST EXHIBITION...

OCT 2017–FEB 2018

GALLERY GUIDE

WELCOME TO ILHAM AND OUR

LATEST EXHIBITION GERAK RUPA UBUR PENYATAAN

1957–1973.

As always, we have planned a whole series of public programmes to accompany our exhibition. We are hosting a live recording session of BFM’s Night School, a conversation with silversmiths and architects from Kotagede, two symposiums, film screenings, and two unique music programmes which celebrate the music of this country from the 50s and 60s. We are also delighted to welcome the eminent scholar Tapati Guha Thakurta who has published widely on the art and cultural history of Modern India. She will be our third ILHAM Public Lecture speaker.

We are happy to announce that the ILHAM Gift Shop is now open on Level 5. We have selected a range of gifts and souvenirs which have been carefully sourced from artisans, designers and craftspeople from all over the country.

If you would like us to keep you informed of our latest programmes, please register at [email protected] for our monthly newsletter or follow us on Facebook & Instagram.

We look forward to welcoming you to ILHAM.——Rahel JosephGallery Director

SELAMAT DATANG KE ILHAM DAN

PAMERAN TERKINI KAMI GERAK RUPA UBUR PENYATAAN

1957–1973.

Seperti biasa, kami telah mengatur beberapa program awam untuk mengiringi pameran kami ini. Kami akan mengacarakan sesi rakaman secara langsung untuk rancangan radio BFM Night School, dialog dengan tukang perak dan arkitek dari Kotagede, dua buah simposium, penayangan filem, dan dua persembahan muzik yang unik yang meraikan muzik negara ini dari era 50-an dan 60-an. Kami juga merasa senang hati menerima kedatangan sarjana terkemuka Tapati Guha Thakurta yang telah banyak menulis mengenai sejarah seni dan budaya India Moden. Beliau akan menjadi penceramah ketiga untuk siri Kuliah Umum ILHAM.

Kami gembira mengumumkan bahawa Kedai ILHAM kini sudah dibuka di Aras 5. Kami menawarkan pelbagai jenis barangan hadiah dan cenderahati yang telah dipilih dengan teliti dari para seniman, pereka dan tukang kraf di seluruh negara.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai program-program terkini kami, sila mendaftar di [email protected] untuk menerima buletin bulanan dari kami atau tekan ‘like’ di halaman Facebook & Instagram kami.——Rahel JosephPengarah Galeri

Ch

eong L

aitong

, Merdeka (d

etail), 1962, O

il on canvas, 71 × 91 cm

What does it mean to be modern? What shapes a modern experience? How did this experience in post-Merdeka Kuala Lumpur give rise to a new way of imagining the world through the visual arts?

The exhibition, GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1957–1973, traces the emergence of modern art as a cultural phenomenon in Malaysia in the 1960s through the early works of seven modern artists. These seven artists, Anthony Lau, Cheong Laitong, Ibrahim Hussein, Jolly Koh, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, and Yeoh Jin Leng, participated in GRUP, a seminal exhibition which was held in Kuala Lumpur in 1967. They are recognised today as pioneers of modern art in Malaysia. These artists, though distinct in their stylistic approaches and aesthetic philosophies, can be viewed as part of a collective force that sought to express a modern sensibility through visual means.

This modern sensibility was best expressed in the 1967 exhibition title, GRUP, which is an acronym in the Malay language for the keywords Gerak, Rupa, Ubur, Penyataan. Translated as Movement, Form, Torch, and Statement, the title refers to qualities that were central to the exhibition in 1967.

Significantly, these terms spoke of a common ground and the shared ambition of a new generation of artists, newly returned from abroad, to shape a modern aesthetic in their art.

The GRUP exhibition was held in March 1967 at AIA Building on Jalan Ampang, a 30-storey corporate high-rise completed just two years before in 1965. The building marked the beginning of new architectural developments that would alter Kuala Lumpur’s skyline forever. In a sense, the formal innovations in modern painting kept pace with the urban developments that were occurring in Kuala Lumpur in the 60s.

Fifty years later, ILHAM presents GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1957–1973 which will present representative artworks by the seven GRUP artists from this period. This is also an exhibition about the arts infrastructure — exhibition spaces, art schools, art institutions, corporate and private patrons—that developed during this period. The exhibition aims to give audiences a sense of the larger cultural system and institutions that facilitated the growth of modern art in Malaysia in the 1960s.

Curated by Simon Soon & Rahel Joseph

29 OCTOBER 2017 – 25 FEBRUARY 2018

ILHAM is a public art gallery committed to supporting the development, understanding, and enjoyment of Malaysian modern and contemporary art within a regional and global context.

ILHAM aims to appeal to a diverse audience and serve as a resource for those who are engaged in the arts and those for whom art is a new experience. Through our exhibitions, public programmes, and resource centre, we seek to bring people into closer contact with the art, the artists, and their ideas.

For more information, please visit our website www.ilhamgallery.com or e-mail [email protected]

ILHAM merupakan sebuah galeri seni awam yang beriltizam untuk mendokong usaha-usaha ke arah perkembangan, pemahaman serta penghayatan seni moden dan kontemporari Malaysia di dalam konteks serantau dan antarabangsa.

ILHAM bertekad untuk menarik pembabitan pelbagai jenis khalayak, dan menjadi sumber serta wadah sama ada bagi mereka yang terlibat dalam seni mahupun bagi mereka yang menganggap seni sebagai suatu pengalaman baharu. Menerusi siri pameran, projek-projek melibatkan masyarakat awam yang kami anjurkan dan pusat sumber, kami berazam untuk membawa orang ramai lebih mendekati karya-karya seni, para artis, dan idea-idea mereka.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami www.ilhamgallery.com atau e-mel [email protected]

29 October 2017 – 25 February 2018

Jolly Koh, Road to Subang II, 1969, Oil on canvas, 125 × 101 cm

Apakah ertinya menjadi moden? Apakah yang membentuk pengalaman moden? Bagaimanakah pengalaman moden ini di Kuala Lumpur di era selepas Merdeka telah melahirkan cara baru menanggapi dunia menerusi seni visual?

Pameran GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1957–1973 menjejak semula kemunculan seni moden sebagai satu fenomena budaya di Malaysia pada tahun 1960-an melalui karya-karya awal oleh tujuh orang artis moden. Ketujuh-tujuh artis ini, Anthony Lau, Cheong Laitong, Ibrahim Hussein, Jolly Koh, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Yeoh Jin Leng, terlibat di dalam GRUP, sebuah pameran penting yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1967. Hari ini mereka dikenali sebagai pelopor seni moden di Malaysia. Walaupun setiap artis ini mengambil pendekatan gaya dan falsafah estetika yang unik dan berbeza, namun mereka bolehlah dianggap sebagai sebahagian daripada sebuah daya kolektif yang berusaha mengungkapkan sensibiliti moden melalui kaedah-kaedah visual.

Sensibiliti moden ini paling mantap diungkapkan di dalam pameran tahun 1967 tersebut yang bertajuk GRUP, iaitu singkatan untuk Gerak, Rupa, Ubur, Penyataan. Tajuk tersebut merujuk kepada elemen-elemen yang menjadi teras kepada pameran tahun 1967 itu. Yang mustahaknya, istilah-istilah ini menggambarkan asas dan cita-cita yang sama-sama diangkat oleh artis-artis angkatan baru, yang baru pulang dari luar negara, untuk menggarap estetika moden di dalam karya-karya mereka.

In partnership with Dengan kerjasama

Anthony Lau, Sea Harvest | Hasil Laut, 1968, Metal, 63 × 30 × 30 cm

ILHAM CONVERSATIONS

BFM 89.9 NIGHT SCHOOL: CRISIS VULNERABILITIES

4 NOV 2017, 2:00PM

What becomes of vulnerability in a crisis-ridden world?

ILHAM plays host to this live edition of BFM Night School which reflects on the uses and abuses of ‘vulnerability’ in an era of conflict and chaos.

Inequality is widening, nuclear warfare is likelier than ever, and climate change threatens mass extinction. This has only intensified fears as all sides—right and left—evoke their insecurities for privilege and attention. Our political vocabulary appears to be increasingly dominated by a variety of emotional wounds.

What are we to make of solidarity or collective happiness, given this scenario? How do we imagine a creative synergy between boundaries and life’s fluidity? How do we go on hoping in a world that is obviously falling apart? Might ugly feelings be of some good use after all?

Join Fuad Rahmat, Sharaad Kuttan and friends as they explore these questions and more.

Pameran GRUP telah diadakan pada bulan Mac 1967 di Bangunan AIA, Jalan Ampang, sebuah bangunan korporat setinggi 30 tingkat yang siap dibina dua tahun sebelumnya, pada 1965. Bangunan tersebut menandakan bermulanya perkembangan seni bina baru yang bakal mengubah latar langit Kuala Lumpur buat selama-lamanya. Dari satu segi, pembaharuan-pembaharuan formal di dalam catan-catan moden muncul berselari dengan pembangunan bandar yang sedang berlaku di Kuala Lumpur sepanjang dekad 60-an.

Lima puluh tahun kemudian, ILHAM mempersembahkan GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1957–1973, sebuah pameran yang akan menampilkan karya-karya utama yang mewakili ketujuh-tujuh artis GRUP yang telah dihasilkan di antara 1957 hingga 1973. Pameran ini juga adalah berkenaan infrastruktur seni—ruang pameran, sekolah seni, institusi seni, penaung korporat dan persendirian — yang muncul sepanjang period ini.Matlamat pameran ini adalah untuk memberi kefahaman kepada khalayak mengenai sistem budaya yang lebih luas dan pelbagai institusi yang telah melancarkan perkembangan seni moden di Malaysia pada tahun 1960-an.

Kurator pameran: Simon Soon & Rahel Joseph

BICARA ILHAM

BFM 89.9 NIGHT SCHOOL: KERENTANAN KRISIS

4 NOV 2017, 2:00PTG

Apakah yang terjadi kepada kerentanan di dalam dunia yang penuh dengan krisis?

ILHAM mengacarakan edisi secara langsung rancangan BFM Night School ini yang akan membincangkan bagaimana aspek ‘kerentanan’ digunakan dan disalahgunakan di zaman yang penuh dengan konflik dan kekalutan.

Ketidaksamarataan menjadi semakin berleluasa, kemungkinan meletusnya perang nuklear nampak lebih nyata berbanding dulu, dan perubahan cuaca menyebabkan berlakunya pemupusan secara besar-besaran. Ini hanya meningkatkan lagi rasa ketakutan apabila semua pihak—kanan dan kiri—meluahkan perasaan tidak yakin mereka untuk mendapatkan keistimewaan dan perhatian. Kosa kata politik kita kelihatan kian sarat dengan bermacam-macam luka emosi.

Apakah yang kita faham mengenai makna solidariti atau kebahagiaan kolektif, dalam keadaan sebegini? Bagaimanakah kita menanggap sinergi kreatif di antara sempadan-sempadan dan kehidupan yang sering berubah-ubah? Bagaimanakah kita boleh terus menerus berharap dalam dunia yang sememangnya kian hancur? Mungkinkah perasaan-perasaan buruk sedikit sebanyak berguna juga akhirnya?

Dengarkan Fuad Rahmat, Sharaad Kuttan dan teman-teman berbicara tentang persoalan-persoalan ini dan banyak lagi isu yang lain.

ILHAM CONVERSATIONS

A KOTAGEDE EXPERIENCE4 NOV 2017, 4:30PM

Kotagede is the site of the original capital of the Islamic Mataram Sultanate, the last major Javanese kingdom before Dutch colonisation. As the Mataram empire rose in prestige in the early 17th Century, Hindu craftsmen were engaged to embellish city walls while artisans, particularly silversmiths, gravitated to the city to serve the needs of the affluent royal courts. The demise of the empire in later centuries saw the economic decline of the city. However, it remains one of the few walled old cities of Java with a large concentration of traditional buildings and artisan clusters which are under threat of disappearing.

Join us as Architects’ community group Arkomjogja, the silversmiths of Kotagede, Yogyakarta and Air Asia Foundation Director Yap Mun Ching discuss community-led approaches being taken to meet the conservation and sustainability needs of Kotagede and her artisans.

BICARA ILHAM

PENGALAMAN KOTAGEDE4 NOV 2017, 4:30PTG

Kotagede adalah tapak ibukota asal Kesultanan Islam Mataram, kerajaan besar Jawa yang terakhir sebelum penjajahan Belanda. Apabila empayar Mataram mencapai kemasyhuran di awal kurun ke-17, tukang-tukang kraf Hindu diupah untuk mengindahkan dinding-dinding kota sementara ramai tukang, khususnya tukang perak, tertarik untuk datang ke kota ini demi memenuhi keperluan istana-istana raja yang kaya. Kejatuhan empayar Mataram beberapa kurun selepas itu telah mengakibatkan kemelesetan ekonomi di kota ini. Walau bagaimanapun, Kotagede masih merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil kota lama bertembok di Jawa yang memiliki sejumlah besar bangunan tradisional dan pelbagai kelompok tukang kraf yang semakin diancam kepupusan.

Kumpulan seni bina komuniti Arkomjogja, beberapa tukang perak dari Kotagede, Yogyakarta dan Pengarah Air Asia Foundation Yap Mun Ching akan membincangkan mengenai pendekatan-pendekatan berteraskan komuniti yang sedang diambil untuk menangani isu-isu pemuliharaan dan pelestarian Kotagede dan tukang-tukang kraf yang ada di sana.

Ph

otograph cou

rtesy of Kotag

ede.

FILM SCREENING THE PIRATE &

THE EMPEROR’S SHIP11 NOV 2017, 3:00PM

The notorious Pirate King Tan Lian Lay once terrorised the waters of Perak Malaysia and Bagan Siap-Api, Indonesia. Filmmaker Lee Eng Kew (aka Ah Kew) retraces how a notorious criminal went from being a powerful gang leader to a hunted man, and later a revered deity.

This documentary which was shot in 2008 in Hokkien and Bahasa Indonesia focuses on Perak’s rich coastal history.

Duration: 65 minutes

TAYANGAN FILEM THE PIRATE &

THE EMPEROR’S SHIP11 NOV 2017, 3:00PTG

Terkenal dengan kekejamannya, Tan Lian Lay, atau nama gelarannya Raja Laut, pernah mengganas di perairan Perak, Malaysia dan Bagan Siapi-api, Indonesia. Penyelidik lapangan, Lee Eng Kew, menjejak semula kisah bagaimana seorang penjenayah yang terkenal kejam bermula sebagai ketua geng yang sangat berkuasa tetapi berakhir menjadi orang buruan, dan kemudiannya dipuja sebagai dewa.

Dokumentari ini, yang dirakamkan pada 2008 dalam bahasa Hokkien dan Indonesia, memberi tumpuan pada kekayaan sejarah pesisir pantai Perak.

Tempoh: 65 minit

Ibrahim Hussein, Paul, 1968, Acrylic and printage on canvas, 30.5 × 61 cm

ILHAM PUBLIC LECTURE

GUEST SPEAKER: TAPATI GUHA THAKURTA

25 NOV 2017, 3:00PM

The ILHAM Public Lectures, a series of lectures with renowned art historians and researchers are part of ILHAM’s long-term aim to promote a greater understanding of modern and contemporary art. Through a number of talks that will be held annually, the series gives the public the opportunity to hear from major scholars in the fields. The lecture series is presented in collaboration with the Visual Art Department, Cultural Centre, University of Malaya where invited speakers will also be conducting post-graduate seminars for students at the University of Malaya during their time in Kuala Lumpur.

Our third eminent speaker will be Tapati Guha Thakurta, Professor of History at the Centre for Studies in Social Sciences, Calcutta. She has published widely on the art and cultural history of Modern India.

All talks are free and open to the public. Limited spaces. Please register your interest with [email protected]

KULIAH UMUM ILHAM

PENSYARAH TAMU: TAPATI GUHA THAKURTA

25 NOV 2017, 3:00PTG

Kuliah Umum ILHAM, satu siri syarahan oleh tokoh-tokoh sejarawan dan pengkaji seni terkemuka adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang ILHAM untuk meningkatkan lagi pemahaman mengenai seni moden dan kontemporari. Menerusi beberapa syarahan yang akan diadakan pada setiap tahun, siri ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendengar pembentangan oleh sarjana-sarjana penting di dalam bidang ini. Siri syarahan ini dilangsungkan dengan usaha sama Jabatan Seni Visual, Pusat Budaya, Universiti Malaya, tempat di mana para pembicara jemputan akan turut mengendalikan seminar lepasan ijazah untuk pelajar-pelajar Universiti Malaya sepanjang mereka berada di Kuala Lumpur.

Penceramah jemputan ketiga kami ialah Tapati Guha Thakurta, Profesor Sejarah di Centre for Studies in Social Sciences, Calcutta. Beliau telah pun menerbitkan banyak penulisan mengenai sejarah seni dan budaya India Moden.

Masuk adalah percuma dan terbuka untuk umum. Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran sila email kepada [email protected]

CURATORIAL TOUR

2 DEC 2017, 11:00AM

Join us on a curatorial tour highlighting key works from the exhibition.

LAWATAN BERSAMA KURATOR

2 DIS 2017, 11:00PG

Ikuti lawatan bersama kurator yang akan menerangkan karya-karya penting di dalam pameran ini.

Latiff Mohidin, Tropika, 1969, Oil on canvas, 109.5 × 109.5 cm

ILHAM CONVERSATIONS

ANGELS IN THE FLESH: COURTESANS AND CULTURE

IN RENAISSANCE ITALY 2 DEC 2017, 3:00PM

Why were the intellectual courtesans —whose art consisted primarily of the pleasures of the senses but who were required to be poets, musicians, conversationalists, and much more — so threatening?

Our speaker Lynne Lawner will take you on a voyage back to the 16th century, to the lavish papal and ducal courts of Italy and, above all, to the luxurious emporium and international melting-pot that Renaissance Venice had become.

Lynne Lawner is a poet, art historian, fine art photographer and translator who lives in New York. She has been a fellow of the Radcliffe Institute, the Harvard Center for Italian Renaissance Studies in Florence, and the Center for Advanced Studies at the National Gallery of Art.

In collaboration with George Town Literary Festival & PUSAKA.

BICARA ILHAM

BIDADARI BERTUBUH JASMANI: PELACUR ATASAN DAN BUDAYA DI

ITALI ZAMAN PEMBAHARUAN2 DIS 2017, 3:00PTG

Mengapakah pelacur kelas atasan yang bijakpandai—yang seni mereka pada asasnya adalah untuk keseronokan deria, namun dikehendaki juga menjadi penyair, pemuzik, mahir berbicara, dan sebagainya —dianggap begitu mengancam?

Pembicara jemputan kami, Lynne Lawner, akan membawa anda menyusuri dan mengimbau semula abad ke-16, istana-

istana megah para paus dan golongan bangsawan dan, yang paling utamanya, pusat perdagangan mewah dan wadah tumpuan antarabangsa yang mencirikan kota Venice di zaman Pembaharuan.

Lynne Lawner merupakan seorang penyair, sejarawan seni, jurufoto seni halus dan penterjemah yang

tinggal di New York. Beliau pernah dilantik sebagai felo di Radcliffe Institute, Harvard Center for Italian Renaissance Studies di Florence, dan juga di Center for Advanced Studies, National Gallery of Art.

Dengan kerjasama George Town Literary Festival & PUSAKA.

SYMPOSIUM

REALITY IN ITS DOUBLE BIND: EMOTIONAL SIGNIFIERS IN

THE UNDERCURRENTS OF HISTORY9 & 10 DEC 2017

In collaboration with The Cube Project Space (Taiwan), Lostgens’ Contemporary Art Space, Rumah Attap Library & Collective (Malaysia) Reality in its Double Bind is a two day symposium which brings together curators, critics, researchers and artists from Taiwan, Malaysia and Singapore.

The Symposium is open to the public. For more information please go to www.ilhamgallery.com.

SYMPOSIUM

MODERN ARCHITECTURE & THE CITY 13 JAN 2018

This one-day symposium brings together a multidisciplinary group of scholars from across the region to examine modern architecture and its relationship to the city. The Symposium is open to the public.

For more information, please go to www.ilhamgallery.com.

SIMPOSIUM

REALITI DALAM DILEMANYA: TANDA-TANDA EMOSI PADA

ARUS-ARUS SEJARAH9 & 10 DIS 2017

Dengan kerjasama The Cube Project Space (Taiwan), Lostgens’ Contemporary Art Space dan Rumah Attap Library & Collective (Malaysia), Reality in its Double Bind adalah simposium selama dua hari yang menghimpunkan kurator, pengkritik, penyelidik dan artis dari Taiwan, Malaysia dan Singapura.

Simposium ini dibuka kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.ilhamgallery.com.

SIMPOSIUM

SENI BINA MODEN & KOTA 13 JAN 2018

Simposium selama sehari ini menghimpunkan sekumpulan sarjana dari pelbagai bidang dan pelbagai tempat di rantau ini untuk meninjau seni bina moden dan hubungannya dengan kota. Simposium ini dibuka kepada orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.ilhamgallery.com.

MUSIC AT ILHAM

SEMALAM DI MALAYA:USHERA & GANESH BALA

27 JAN 2018, 3:00PM

Ushera is a singer-songwriter, known for being a truly versatile artist. Join us for a very special afternoon of music from 1950s Malaya as she performs from her album “Semalam di Malaya”, paying homage to composers such as Ahmad Jaafar and Osman Ahmad and artistes such as Nona Asiah, Kamsani, and others from that period.

www.semalamdimalaya.com

MUZIK DI ILHAM SEMALAM DI MALAYA:

USHERA & GANESH BALA27 JAN 2018, 3:00PTG

Ushera merupakan penyanyi dan sekaligus penulis lagu yang dikenali sebagai seorang artis yang sangat produktif. Mari bersama kami menikmati persembahan istimewa dendangan muzik Malaya dari era 1950-an di mana Ushera akan menyanyikan lagu-lagu dari album beliau “Semalam di Malaya”, sebagai tanda penghormatan kepada tokoh-tokoh seperti Ahmad Jaafar dan Osman Ahmad yang pernah menggubah muzik dan lagu nyanyian Nona Asiah, Kamsani dan penyanyi-penyanyi lain di era tersebut.

www.semalamdimalaya.com

Ph

otograph cou

rtesy of Ush

era

MUSIC AT ILHAM

JUMPA DALAM REBAN: ON THE MALAYSIAN

VINYL TRAIL 10 FEB 2018, 3:00PM

The Penang House of Music director Paul Augustin shares his crate-digging adventures in rescuing and archiving a wide and dusty array of Malaysian vinyl records from a distant past. This is a project that has seen him salvaging precious and important local records and “piring batu” found in the unlikeliest of places — under kampung houses, abandoned chicken coops and junk stores. A turntable session will also highlight lost, obscure or forgotten Merdeka-era and 1960s recordings. Moderated by Daryl Goh, a journalist, deejay and music enthusiast.

MUZIK DI ILHAM JUMPA DALAM REBAN:

BERKENAAN USAHA MENJEJAK PIRING HITAM MALAYSIA

10 FEB 2018, 3:00PTG

Pengarah Penang House of Music, Paul Augustin, bercerita tentang pengalaman beliau membongkar, menyelamat dan mengarkib sejumlah piring hitam Malaysia yang pernah diedarkan satu masa dulu. Projek ini menyaksikan beliau menggeledah pelbagai piring hitam dan piring batu tempatan yang penting dan bernilai tinggi yang ditemuinya di tempat-tempat yang tidak disangkakan — di bawah rumah kampung, dalam reban ayam yang sudah ditinggalkan, di kedai-kedai barangan bekas. Satu sesi pemutaran piring hitam bakal memainkan lagu-lagu di era Merdeka dan dekad 1960-an yang sudah hilang, tidak diketahui atau dilupakan. Daryl Goh, wartawan, deejay dan peminat tegar muzik akan menjadi moderator untuk sesi ini.

SCHOOL VISITS

GUIDED VISITS

We offer interactive guided tours around our exhibition for school groups. Tours are designed to engage students in observation skills and the development of critical thinking. To book a tour, please e-mail [email protected] to make an appointment. Please take note that we need 7–10 days’ notice.

LAWATAN SEKOLAH

LAWATAN BERPANDU Kami menyediakan lawatan berpandu berunsur interaktif ke pameran kami untuk kumpulan pelajar sekolah. Ini bertujuan untuk mengasah daya pengamatan dan mengembangkan pemikiran kritis pelajar. Sila e-mel [email protected] untuk temujanji. Perlu diingatkan sebarang temujanji memerlukan notis awal 7–10 hari sebelumnya.

ILHAM KIDS!

We have put together a series of art discovery tours and programmes for tots and kids designed to inspire curiosity and develop observation and thinking skills.

Art Discovery Tours for young visitors aged 6–18 will be available for the exhibition period with special programmes for younger children.

Please refer to our website www.ilhamgallery.com for details.

ILHAM KIDS!

Kami telah menyusun satu siri lawatan sambil belajar dan program untuk kanak-kanak yang dirangka khas untuk mencetus rasa ingin tahu dan membina kemahiran memerhati dan berfikir.

Lawatan Jelajah Seni untuk kanak-kanak dan remaja berusia 6–18 tahun akan diadakan sepanjang tempoh pameran ini, sementara program khusus untuk anak-anak yang lebih muda akan turut diatur.

Untuk maklumat lanjut, sila ke [email protected].

ILHAM GIFT SHOP

SHOP OPENING HOURS:TUE–SAT 10.30AM–7PM

SUN 10.30AM–5PM

The gallery gift shop on the 5th floor showcases a range of gifts and souvenirs which have been carefully sourced from artisans, designers and craftspeople from all over the country. A collection of limited edition prints as well as art books, including the ILHAM catalogues, are also available at the shop.

We also serve coffee and a small selection of cakes.

All profits from the shop play a vital part in supporting ILHAM’s public and educational programmes.

KEDAI ILHAM

KEDAI DIBUKA SEPERTI BERIKUT: SELASA–SABTU 10.30 PG –7PTG

AHAD 10.30PG–5PTG

Kedai ILHAM di aras 5 menawarkan pelbagai jenis buah tangan dan ole-ole yang telah dipilih dengan teliti daripada seniman, pereka dan tukang kraf di seluruh negara. Cetakan-cetakan seni edisi terhad dan buku-buku berkaitan seni, termasuklah katalog-katalog terbitan ILHAM, turut dijual di kedai ini.

Kami turut menyediakan juadah kopi dan kueh-mueh.

Semua keuntungan daripada jualan di kedai ini sangat penting untuk menyokong program-program pendidikan dan awam anjuran ILHAM.

ILHAM GIFT SHOP PROGRAMMES

Bentuk-bentuk: Handmade Concrete Decor Workshop2 DEC 2017, 11:00AM–1:00PM

Learn the tips and tricks on how to make your own concrete decor with us!

Book Launch: Art Day for Animals by Dinaz Cassim2 DEC 2017, 3:00PM

Eats Shoots & Roots: Grow Your Mini Herb Garden9 DEC 2017, 3:00PM

This workshop is designed for anyone interested to grow herbs on balconies.

Learn about basics of soil health and how to create the perfect container garden for your balcony, from scratch!

Why Don’t I Look Like You?: Storytelling and Activities 6 JAN 2018, 11:00AM

PROGRAM KEDAI ILHAM

Bentuk-bentuk: Bengkel Hiasan Konkrit Buatan Tangan2 DIS 2017, 11:00PG–1:00PTG

Mari belajar cara-cara untuk menghasilkan hiasan konkrit anda sendiri!

Pelancaran Buku: Hari Seni untuk Haiwan oleh Dinaz Cassim2 DIS 2017, 3:00PTG

Eats Shoots & Roots: Membuat Taman Herba Mini Anda9 DIS 2017, 3:00PTG

Bengkel ini dirangka untuk mereka yang berminat menanam tumbuhan herba di balkoni.

Pelajari asas-asas mengenai kualiti tanah dan bagaimana membuat taman dari bekas dan kotak untuk balkoni anda, dari peringkat permulaan!

Mengapa Saya Tidak Serupa Seperti Anda?: Sesi Bercerita dan Aktiviti6 JAN 2018, 11:00PG

DECEMBER

CURATORIAL TOUR2 DEC, 11:00AM

ILHAM CONVERSATIONS ANGELS IN THE FLESH: COURTESANS AND CULTURE IN RENAISSANCE ITALY2 DEC, 3:00PM

SYMPOSIUMREALITY IN ITS DOUBLE BIND: EMOTIONAL SIGNIFIERS IN THE UNDERCURRENTS OF HISTORY9 & 10 DEC

OCTOBER NOVEMBER

GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1957–1973EXHIBITION STARTS29 OCT

ILHAM PUBLIC LECTURE TAPATI GUHA THAKURTA25 NOV, 3:OOPM

ILHAM CONVERSATIONS BFM 89.9 NIGHT SCHOOL: CRISIS VULNERABILITIES4 NOV, 2:00PM

ILHAM CONVERSATIONS A KOTAGEDE EXPERIENCE4 NOV, 4:30PM

FILM SCREENING THE PIRATE & THE EMPEROR’S SHIP11 NOV, 3:00PM

WE

EK

1W

EE

K 2

WE

EK

3W

EE

K 4

2017JANUARY FEBRUARY

ILHAM GIFT SHOP PROGRAMMEBENTUK-BENTUK: HANDMADE CONCRETE DECOR WORKSHOP2 DEC, 11:00AM

ILHAM GIFT SHOP PROGRAMMEBOOK LAUNCH ART DAY FOR ANIMALS BY DINAZ CASSIM2 DEC, 3:00PM

ILHAM GIFT SHOP PROGRAMMEWHY DON’T I LOOK LIKE YOU?: STORYTELLINGAND ACTIVITIES6 JAN, 11:00AM

ILHAM GIFT SHOP PROGRAMMEEATS SHOOTS & ROOTS: GROW YOUR MINI HERB GARDEN9 DEC, 3:00PM

SYMPOSIUMMODERN ARCHITECTURE & THE CITY13 JAN

MUSIC AT ILHAM JUMPA DALAM REBAN: ON THE MALAYSIAN VINYL TRAIL10 FEB, 3:00PM

MUSIC AT ILHAM SEMALAM DI MALAYA:USHERA & GANESH BALA23 JAN, 3:00PM

GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1957–1973EXHIBITION ENDS25 FEB

WE

EK

1W

EE

K 2

WE

EK

3W

EE

K 4

2018

INTERNSHIPS

ILHAM offers internship opportunities for college and university students. Under the supervision of gallery staff members, interns learn about gallery work and assist with regular duties that range from research and special projects to administrative tasks.

To apply, submit a résumé and cover letter to [email protected] stating the skills you would bring, and how you would hope to contribute to the gallery.

BE A FRIEND OF ILHAM

We are looking for energetic individuals to join our volunteers programme to help us welcome and engage visitors. If you would like to be considered please send your contact information to [email protected].

Our Friends get a special discount on all ILHAM publications.

LATIHAN AMALI ILHAM menyediakan peluang latihan amali untuk pelajar-pelajar kolej dan universiti. Di bawah bimbingan kakitangan galeri, pelatih-pelatih akan mempelajari tentang operasi galeri, di samping melaksanakan tugasan-tugasan biasa dari projek-projek khusus dan penyelidikan sampailah kepada kerja-kerja pentadbiran.

Sila kirimkan permohonan dalam bentuk maklumat ringkas diri anda beserta surat iringan ke alamat [email protected]. Nyatakan kemahiran anda dan bagaimana anda berhasrat memberi sumbangan kepada galeri ini.

JADILAH RAKAN ILHAM

Kami sedang mencari individu-individu yang dinamik untuk menyertai program sukarelawan kami bagi membantu kami menerima dan melayan pengunjung-pengunjung. Sekiranya anda ingin memohon, sila hantarkan maklumat untuk menghubungi anda ke alamat [email protected].

Rakan-rakan kami akan menikmati potongan istimewa untuk kesemua penerbitan ILHAM.

PUBLICATIONS

ILHAM publications are available for purchase at the Gift Shop.

STAY CONNECTED

Please share your photos and experiences of the exhibition with the hashtags #ilhamkl #ilhamgrup .

Find us on or @ilhamgallerykl

PENERBITAN

Semua penerbitan ILHAM boleh dibeli di kedai ILHAM.

SENTIASA BERHUBUNG

Sila berkongsi imej dan pengalaman anda melawat pameran #ilhamkl #ilhamgrup .

Cari kami di atau @ilhamgallerykl

NOTE: All information correct at time of printing. Programmes are subject to change without notice. Please refer to www.ilhamgallery.com or our Facebook page for further updates.

NOTA: Semua maklumat adalah tepat semasa cetakan. Semua jadual tertakluk pada perubahan tanpa notis awal. Sila rujuk ke www.ilhamgallery.com atau laman Facebook kami untuk sebarang maklumat dan kemas kini yang baru.

Levels 3 & 5, Ilham TowerNo. 8, Jalan Binjai50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Opening hours: Tue – Sat 11am – 7pmSun 11am – 5pm. Closed on Mondaysand public holidays.

Waktu buka: Selasa – Sabtu 11pg – 7ptgAhad 11pg – 5ptg. Tutup pada setiap Isnindan cuti awam.

ilhamgalleryklwww.ilhamgallery.com

VISITOR GUIDELINES

To protect the artworks from damage, we ask that visitors please refrain from touching any of the artworks on display.

Food and drinks are not allowed in the gallery. While we do not allow flash, we do encourage photography in the gallery! Please instagram your favourite artwork with the hashtag #ilhamkl — so we can share it on our page as well.

GARIS PANDUAN UNTUK PENGUNJUNG

Bagi mengelak karya-karya seni daripada ditimpa kerosakan, kami meminta para pengunjung untuk tidak sesekali menyentuh sebarang karya yang dipamerkan.

Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam galeri.

Walaupun kami tidak membenarkan penggunaan denyar (flash) kamera, namun kami menggalakkan orang ramai mengambil gambar di dalam galeri kami! Sila labelkan imej instagram mana-mana karya yang anda gemari dengan #ilhamkl — agar kami dapat juga berkongsi imej tersebut di laman web kami.

Ibrahim Hussein, Catita (detail), 1965Acrylic on canvas / Akrilik atas kanvas160 × 160 cm