Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang...

24
HUBUNGAN ANTARA REKA BENTUK KARAKTER DAN PERSONALITI NURAFIFAH BINTI ABD MANAN Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujiaan (Teknologi Seni Reka) 2017 Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Transcript of Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang...

Page 1: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

HUBUNGAN ANTARA REKA BENTUK KARAKTER DAN PERSONALITI

NURAFIFAH BINTI ABD MANAN

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujiaan

(Teknologi Seni Reka)

2017

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Page 2: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

HUBUNGAN ANTARA REKA BENTUK KARAKTER DAN PERSONALITI

NURAFIFAH BINTI ABD MANAN

Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

keperluan bagi Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujiaan

(Teknologi Seni Reka)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

Page 3: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2017.

Student’s Declaration:

I NURAFIFAH ABD MANAN 50169 FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS hereby declare that the

work entitled RELATIONSHIP BETWEEN CHARACTER DESIGN AND PERSONALITY is my original work. I

have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or

acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

____________________ ________________________

Date submitted Nurafifah Abd Manan (50169)

Supervisor’s Declaration:

I JONG SZE JOON hereby certifies that the work entitled RELATIONSHIP BETWEEN CHARACTER DESIGN

AND PERSONALITY was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *

partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR DEGREE WITH HON’S (DESIGN TECHNOLOGY), and

the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by:_____________________ Date:____________________

Jong Sze Joon

Page 4: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

ii

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for

Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research

only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic

exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the

sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any

party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ___________________________

Current Address:

No 29, Jalan Perkasa Indah 1,

Taman Perkasa Indah,

43100, Hulu Langat,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the

organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Page 5: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi memberikan saya kekuatan untuk terus kuat ketika

saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah

projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada

penyelia saya, Cik Jong Sze Joon atas segala bimbingan, nasihat, dorongan dan keperhatian

semasa menyempurnakan tesis ini. Amat saya hargai kesabaran Ms Joon yang sedia berkongsi

maklumat dan kepakaran, senang dihubungi dan tidak jemu dalam membantu saya semasa sesi

penyeliaan sepanjang pengajian ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah animasi yang

terlibat membimbing saya dalam menyiapkan tesis saya iaitu Cik Auzani Zeda, Puan Syaryfah

Fazidawati, Encik Ang Tse Chwan dan Dr Azaini. Seterusnya terima kasih kepada semua

kakitangan dan Juruteknik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) kerana memberikan

kerjasama yang baik dalam menghasilkan kajian ini.

Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya,

Encik Abd Manan Bin Mohd Din dan Puan Norain Binti Ahmad diatas segala pengorbanan,

dorongan dan kesabaran mereka mengiringi saya mengharungi segala cabaran dan dugaan

sepanjang tempoh pengajian ini. Tidak lupa juga kepada adik-beradik, sepupu dan sahabat baik

saya Farhana, Arief, Irfan, Fazrin, Nadirah dan Nabillah yang sentiasa ada sewaktu saya

memerlukan mereka sewaktu saya menyiapkan tesis ini. Buat Muhammad Ikram, terima kasih

kerana sentiasa memberikan kata semangat dan nasihat sewaktu saya memerlukan kekuatan.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengambil peluang untuk megucapkan ribuan terima

kepada teman seperjuangan saya Muhammad Shahriman, Nur A’aina Syafiqah, Adeline Jong

Zi Tin dan semua rakan sekelas yang mengambil subjek projek tahun akhir pada semester ini.

Bersama mereka, memori indah ini terlukis di ingatan, menjadi kenangan sehingga akhir hayat.

Page 6: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

iv

ABSTRACK

Personality and character design are closely related in animation production. In general,

personality is a characteristic behavior of any individual, but each individual has a different

personality. Personality also represents the character of individuals and to be concerned and be

judged by his conduct in the situation at some point. According Fleeson (2007), the

organization's personality is character, temperament, intellect, physique relatively stable and

that determines a unique adaptation to the environment. The aim of this case study is to

investigate the relationship between the design of the character and personality. Next, the

second goal of this case study is to identify the design of the characters generated through

personality. This case study was conducted using a qualitative approach in which researchers

will conduct analysis and observation. Observations carried out by analyzing several existing

animation video. This study is expected to be used as reference and guidance to researchers in

the future.

Page 7: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

v

ABSTRAK

Personaliti dan reka bentuk karakter amat berkait rapat dalam penghasilan animasi. Secara

umumnya, personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, namun setiap

individu mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti juga mewakili perwatakan seseorang

individu dan dapat diperhatian dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada suatu

ketika. Menurut Fleeson (2007), personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk

badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap

persekitarannya. Matlamat kajian kes ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara

reka bentuk karakter dan personaliti. Seterusnya, matlamat kedua kajian kes ini dijalankan

adalah untuk mengenal pasti reka bentuk karakter yang dihasilkan melalui personaliti. Kajian

kes ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dimana pengkaji telah

melakukan analisis dan pemerhatian. Pemerhatian dijalankan dengan menganalisis beberapa

video animasi yang sedia ada. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan

garis panduan kepada pengkaji pada masa hadapan.

Page 8: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

vi

ISI KANDUNGAN

BAB MUKA SURAT

Pengakuan pelajar i

Penghargaan iii

Abstrak iv

Isi kandungan vi

Senarai rajah x

Senarai jadual xii

BAB 1: PENGENALAN KAJIAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Rasional dan motivasi 2

1.2 Pernyataan masalah 2

1.3 Persoalan kajian 3

1.4 Objektif kajian 3

1.5 Skop kajian 3

1.6 Kepentingan kajian 4

Page 9: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

vii

1.7 Kaedah penyelidikan 5

1.8 Struktur organisasi bab kajian 6

1.9 Andaian 7

1.10 Rumusan 8

BAB 2: SOROTAN KAJIAN LEPASAN 9

2.0 Sorotan kajian lepasan 9

2.1 Reka bentuk karakter 9

2.1.1 Reka bentuk karakter ikonik (iconic) 11

2.1.2 Reka bentuk karakter mudah (simple) 12

2.1.3 Reka bentuk karakter meluas (broad) 13

2.1.4 Reka bentuk karakter komedi (comedy relief) 14

2.1.5 Reka bentuk karakter memimpin (lead character) 15

2.1.6 Reka bentuk karakter realistik (realistic) 16

2.2 Personaliti karakter 17

2.3 Rumusan 21

Page 10: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

viii

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 22

3.0 Pengenalan 22

3.1 Kaedah kualitatif 23

3.1.1 Analisis bahan bacaan 24

3.1.4 Pemerhatian video animasi sedia ada 24

3.2 Rumusan 25

BAB 4: DAPATAN KAJIAN 26

4.0 Pengenalan 26

4.1 Analisis bahan bacaan 27

4.1.1 The art of how to train your dragon 27

4.1.2 The art of moana 28

4.1.3 The art of brave 29

4.1.4 The art of big hero 6 30

4.2 Analisis video 31

4.2.1 Karakter hiccup horrendous haddock III 32

4.2.2 Karakter moana 34

Page 11: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

ix

4.2.3 Karakter merida 36

4.2.4 Karakter hiro hamada 38

4.2 Rumusan 40

BAB 5: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 41

5.0 Pengenalan 41

5.1 Perbincangan 42

5.2 Kesimpulan 44

RUJUKAN 45

Page 12: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

x

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1: Skop kajian yang telah dikaji. 4

Rajah 2: Kaedah penyelidikan yang telah digunakan. 5

Rajah 3: Kaedah penyelidikan yang telah digunakan. 11

Rajah 4: Reka bentuk karakter kategori simple (Galamoth, 2013). 12

Rajah 5: Reka bentuk karakter kategori broad (Jennifer G. Oliver,

2010).

13

Rajah 6: Reka bentuk karakter kategori comedy relief (Galamoth,

2013).

14

Rajah 7: Reka bentuk karakter kategori lead character

(Kanaeheart, 2011).

15

Rajah 8: Reka bentuk karakter kategori realistic (Brandon

Peterson, 2009).

16

Rajah 9: Karakter Moana dalam animasi Moana (Schwab, 2016). 18

Rajah 10: Karakter Hiccup dalam animasi How to Train Your

Dragon 2 (Mary, 2014).

19

Rajah 11: Watak karakter Merida dalam animasi Brave (Christina,

2012).

20

Rajah 12: Skop kajian yang telah dikaji. 23

Rajah 13: Senarai bahan bacaan yang dipilih. 27

Rajah 14: Senarai karakter yang dikaji. 31

Rajah 15: Penerangan karakter Hiccup dalam animasi How to Train

Your Dragon 2.

32

Page 13: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

xi

Rajah 16: Penerangan karakter Moana dalam animasi Moana. 34

Rajah 17: Penerangan arakter Merida dalam animasi Brave. 36

Rajah 18: Penerangan arakter Hiro dalam animasi Big Hero 6. 38

Page 14: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

xii

SENARAI JADUAL

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1: Penerangan karakter Hiccup Horrendous Haddock III. 33

Rajah 2: Penerangan karakter Moana. 35

Jadual 3: Penerangan karakter Merida. 11

Jadual 4: Penerangan karakter Hiro Hamada. 37

Page 15: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

1

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.0 PENGENALAN

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia mempunyai personaliti yang berbeza. Sehubungan

dengan itu, reka bentuk sesebuah karakter amatlah berkait rapat dengan personaliti. Oleh yang

demikian, reka bentuk karakter dipengaruhi oleh personaliti yang berbeza. Sebagai contoh, reka

bentuk bagi karakter yang mempunyai personaliti rajin dan reka bentuk bagi karakter yang

malas.

Menurut Ortony, Norman dan Revelle (2005), personaliti ialah apa-apa yang mencerminkan

tentang seseorang. Manakala menurut Santrock (2001), pula berpendapat bahawa personaliti

merupakan teori tingkah laku seseorang dan cara untuk individu meyesuaikan diri dengan

dunianya. Menurut Fleeson (2007), personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk

badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap

persekitarannya. Terdapat lima jenis personaliti antaranya ialah keterbukaan (openness),

kehematan (conscientiousness), tekanan (neuroticism), ekstraversi (extraversion) dan

penerimaan (agreeableness).

Menurut Lasseter (2013), reka bentuk watak adalah satu komponen penting dalam sebuah

filem. Watak merupakan subjek yang mendorong cerita dan memberikan nafas hidup ke dalam

filem. Selain itu reka bentuk karakter juga melambangkan tugas karakter tersebut dalam filem.

Page 16: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

2

Sekiranya karakter tersebut mempunyai personaliti yang malas, reka bentuk karakter tersebut

berkemungkinan dalam keadaan badan yang kurus, mata yang kecil, cepat marah dan kadang

kala tidak terurus. Setiap reka bentuk watak yang dihasilkan mestilah mengikuti personaliti

watak mengikut tugasnya dalam animasi.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengkaji perkara yang berkaitan dengan hubungan antara reka

bentuk karakter dengan personaliti. Sehubungan dengan itu, satu kajian yang lebih mendalam

telah dilaksanankan bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan dalam kajian ini. Selain itu,

reka bentuk karakter yang bersesuaian dengan personaliti diperlukan bagi melambangkan tugas

karakter tersebut dalam animasi.

1.1 RASIONAL DAN MOTIVASI

Reka bentuk karakter yang berpandukan karakter jarang dilakukan khursunya di Malaysia.

Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu para pereka dan juga juru animasi untuk

menghasilkan karakter yang baik dan boleh difahami oleh penonton mengikut personaliti yang

telah diberikan kepada karakter.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Sehingga ke hari ini khususnya di Malaysia, kajian yang mengkaji hubungan antara

personaliti dan reka bentuk karakter masih terhad. Kajian analisis hubungan antara personaliti

dan reka bentuk karakter kurang dihasilkan oleh pembangun animasi di Malaysia. Oleh itu,

maklumat yang berkaitan dengan kajian ini masih kurang dan agak terhad. Selain itu, pengkaji

Page 17: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

3

turut menghadapi masalah dengan menghasilkan reka bentuk karakter yang bersesuaian

personaliti karakter.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah berdasarkan kepada soalan-soalan berikut:

i) apakah hubungan antara personaliti dan reka bentuk karakter?,

ii) apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi personaliti dalam reka bentuk karakter?,

iii) bagaimanakah perbezaan personaliti mempengaruhi reka bentuk karakter?.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat tiga objektif kajian yang perlu dicapai pada akhir kajian:

i) untuk mengkaji hubungan personaliti dan reka bentuk karakter,

ii) untuk mengenal pasti pasti perbezaan reka bentuk karakter yang dihasilkan melalui

personaliti,

iii) untuk menganalisis perbezaan hubungan antara reka bentuk karakter dan personaliti.

1.5 SKOP KAJIAN

Skop bagi kajian ini hanya tertumpu pada hubungan antara reka bentuk karakter dan

personaliti. Kajian ini hanya mengkaji reka bentuk karakter yang terhasil daripada personaliti

yang berbeza. Kajian ini hanya tertumpu pada karakter manusia. Manakala personaliti karakter

hanya tertumpu pada personaliti seorang remaja dalam lingkungan 12 hingga 25 tahun. Oleh

Page 18: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

4

itu, kajian ini menghuraikan lebih lanjut berkaitan hubungan antara reka bentuk karakter dan

personaliti. Rajah 1 menerangkan lebih lanjut tentang skop kajian.

Rajah 1: Skop kajian yang telah dikaji.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingn kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara reka bentuk karakter dan

personaliti. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai personaliti diri yang berbeza. Melalui

kajian ini, pengkaji dapat menghasilkan karakter yang sesuai digunakan dalam jalan cerita.

Selain itu, pengunaan karakter yang tepat dapat menjadikan animasi lebih menarik dan dapat

menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Seterusnya kajian ini dapat

menjadi panduan untuk mengkaji dimasa hadapan membuat kajian dan menghasilkan animasi

yang baik.

Page 19: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

5

1.7 KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif yang memerlukan pengkaji membuat

pemerhatian tentang personaliti seseorang. Perhatian dijalankan dengan menganalisis beberapa

video animasi yang dikenal pasti.

Kajian ini menganalisis data dan visual daripada personaliti, persekitaran, dan kehidupan

seharian watak. Akhir sekali, pengkaji telah merujuk pada bahan bahan bacaan yang berkaitan

denga topik yang dikaji. Rajah 2 menerangkan lebih lanjut tentang kaedah penyelidikan yang

telah digunakan.

Rajah 2: Kaedah penyelidikan yang telah digunakan.

Page 20: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

6

1.8 STRUKTUR ORGANISASI BAB KAJIAN

Melalui bab Pertama, penyelidik telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang terdapat

di dalam kajian serta menjelaskan tentang tujuan kajian ini secara keseluruhan. Bab pertama ini

juga menjelaskan secara ringkas berkenaan subjek kajian iaitu hubungan antara personaliti dan

reka bentuk karakter. Penjelasan ringkas berkaitan skop kajian yang telah diaplikasikan dalam

menganalisis hubungan antara personaliti dan reka bentuk karakter. Seterusnya, dalam bab

Pertama secara ringkas telah menjelaskan kaedah dan objektif yang diaplikasikan ke dalam

kajian ini. Penjelasan tentang kepentingan kajian ini dijalankan turut di nyatakan dalam kajian

ini dijalankan supaya penyelidik dimasa hadapan mengetahui dengan lebih jelas berkaitan tajuk

yang dikaji iaitu hubungan antara personaliti dan reka bentuk karakter.

Dalam bab Kedua pula, penyelidik telah mengumpulkan beberapa maklumat yang berkaitan

dengan tajuk kajian pengkaji melalui kajian lepas yang dijadikan sebagai rujukan dan garis

panduan tepat untuk mereka bentuk karakter berdasarkan personaliti karakter. Melalui beberapa

sorotan kajian yang telah diteliti oleh pengkaji, dapat memudahkan serta membantu pengkaji

untuk membuat rujukan yang berkaitan dengan kajian untuk bab seterusnya iaitu metodologi

kajian. Beberapa penelitian terhadap teori yang sedia ada menjelaskan beberapa perkara penting

yang harus ditekankan untuk menghasilkan reka bentuk karakter yang tepat.

Dalam bab Ketiga, penyelidik telah menerangkan proses kajian yang digunakan oleh penyelidik

dalam mendapatkan serta mengumpul maklumat sepanjang menjalankan kajian. Bab ini juga

menerangkan kaedah metodologi yang digunakan oleh peyelidik. Kaedah kajian metodologi

banyak membantu penyelidik dalam mendapatkan serta mengumpul maklumat yang berkaitan

dengan tajuk yang berkaitan dengan kajian.

Page 21: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

7

Bab Keempat menerangkan secara terperinci mengenai cara pengkaji melakukan pengumpulan

data dan mendapatkan maklumat. Setiap proses kajian yang dijalankan oleh penyelidik telah

direkodkan untuk menguatkan lagi hasil dapatan kajian. Sehubungan itu, segala data dan

maklumat yang berkaitan dengan kajian penyelidik telah digunakan oleh penyelidik untuk

membuat rumusan akhir pada bab kelima

Akhir sekali, dalam bab Kelima telah menerangkan hasil daripada dapatan kajian yang telah

dilakukan oleh penyelidik. Rumusan akhir disertakan dengan fakta dan bukti yang diperoleh

oleh penyelidik setelah mengumpul maklumat dan data dari bab Pertama sehingga ke bab

Kelima. Sehubungan dengan itu, kajian mengenai hubungan antara reka bentuk karakter dan

personaliti dapat dibuktikan dan mencapai sasaran penyelidik untuk dijadikan paduan bagi

penyelidik pada masa hadapan.

1.9 ANDAIAN

Kajian ini beranggapan bahawa reka bentuk karakter mestilah berhubung kait dengan

personaliti karakter. Mereka bentuk karakter yang merujuk personaliti karakter telah

menghasilkan karakter yang baik dan boleh difahami oleh penonton.

Page 22: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 1: Pengenalan Kajian

___________________________________________________________________________

8

1.10 RUMUSAN

Dalam bab ini, penyelidik dapat mengenal pasti beberapa permasalahan yang terdapat di

dalam kajian serta menjelaskan tentang tujuan kajian ini secara keseluruhan. Bab ini juga

menjelaskan secara ringkas berkenaan subjek kajian iaitu hubungan antara reka bentuk karakter

dan personaliti. Penjelasan ringkas berkaitan skop kajian yang telah diaplikasikan dalam

peranalisis hubungan antara reka bentuk karakter dan personaliti.

Seterusnya, bab ini secara ringkas menjelaskan kaedah dan objektif yang telah diaplikasikan ke

dalam kajian ini. Penjelasan tentang kepentingan kajian ini dijalankan turut di nyatakan dalam

kajian ini dijalankan supaya penyelidik pada masa hadapan mengetahui dengan lebih jelas

berkaitan tajuk yang dikaji iaitu hubungan antara reka bentuk karakter dan personaliti.

Page 23: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 2: Sorotan Kajian Lepasan

___________________________________________________________________________

9

BAB 2

SOROTAN KAJIAN LEPASAN

2.0 SOROTAN KAJIAN LEPASAN

Bab ini telah membincangkan lebih mendalam tentang hal yang berkaitan dengan hubungan

antara reka bentuk karakter dengan peresonaliti. Selain itu, melalui kajian lepasan ini juga

menerangkan secara terperinci kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian dan kemampuan

kajian.

2.1 REKA BENTUK KARAKTER

Menurut Lasseter (2013), reka bentuk watak adalah satu komponen penting dalam filem.

Watak merupakan subjek yang mendorong cerita dan memberikan nafas hidup ke dalam filem.

Selain itu reka bentuk karakter juga melambangkan tugas karakter tersebut dalam filem.

Manakala menurut Maestri (2006), menyatakan reka bentuk watak baik adalah salah satu

komponen asas dalam animasi yang baik. Mereka bentuk watak dengan betul telah membuat

personaliti mereka menjadi lebih menarik. Penonton akan memahami watak tersebut serta-

merta dan akan menyukainya. Apabila reka bentuk dipadankan dengan personaliti yang hebat,

hasilnya amat menarik.

Perbezaan personaliti amat mempengaruhi reka bentuk sesebuah karakter. Hal ini kerana setiap

manusia mempunyai personaliti yang berbeza, begitu jugalah bagi watak yang terdapat dalam

Page 24: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif antara... · 2018. 6. 21. · saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi

Bab 2: Sorotan Kajian Lepasan

___________________________________________________________________________

10

animasi. Menurut Mishel (1968), personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang

individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing.

Reka bentuk yang dihasilkan melalui personaliti watak dapat menyampaikan dan

mengambarkan dengan lebih tepat tentang tugas karakter tersebut dalam animasi. Oleh itu, reka

bentuk karakter yang dihasilkan amat berkait rapat dengan personaliti setiap watak.

Menurut Bancroft (2006), reka bentuk karakter boleh dibahagikan kepada 6 kategori iaitu

i) ikonik (iconic)

ii) mudah (simple)

iii) meluas (broad)

iv) komedi (comedy relief)

v) watak memimpin (lead character)

vi) realistik (realistic)