Diftong

6
2.0 TEKNIK VOKAL 2.1 DIFTONG Menurut William Perry dalam bukunya yang bertajuk The Synonymous, Etymological, and Pronouncing English Dictionary: In which ..., muka surat 21 menyatakan bahawa “diphthong is the meeting of two vowels in one syllable” Diftong terhasil apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu: Secara lebih terperinci, diftong merupakan gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas dan terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Seperti yang telah saya pelajari semasa mengikuti kursus Bahasa Melayu Fonetik dan Fonologi (bunyi bahasa) semasa peringkat Pra PISMP, diftong jika dilihat dalam contoh perkataan asli Bahasa Melayu, diftong wujud pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suka kata terbuka. Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal, iaitu a, e, i, o, dan u. Kedudukan diftong [ai], [oi] juga boleh dijumpai di awal, tengah dan akhir perkataan sementara [ ai ] [ au ] [ oi ]

description

df

Transcript of Diftong

2.0TEKNIK VOKAL2.1DIFTONGMenurut William Perry dalam bukunya yang bertajuk The Synonymous, Etymological, and Pronouncing English Dictionary: In which ..., muka surat 21 menyatakan bahawa diphthong is the meeting of two vowels in one syllable

[ ai ] [ au ] [ oi ]Diftong terhasil apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu:

Secara lebih terperinci, diftong merupakan gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas dan terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Seperti yang telah saya pelajari semasa mengikuti kursus Bahasa Melayu Fonetik dan Fonologi (bunyi bahasa) semasa peringkat Pra PISMP, diftong jika dilihat dalam contoh perkataan asli Bahasa Melayu, diftong wujud pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suka kata terbuka. Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal, iaitu a, e, i, o, dan u. Kedudukan diftong [ai], [oi] juga boleh dijumpai di awal, tengah dan akhir perkataan sementara diftong [oi] kebiasaannya hanya berlaku pada suku kata terbuka akhir perkataan. Sebutan diftong yang jelas juga penting dalam nyanyian untuk menunjukkan tekanan vokal pertama atau vokal kedua diftong. Arah geluncuran pergerakan lidah dari satu vokal ke vokal yang lain hendak dilakukan dengan cepat supaya dapat didengar dengan jelas sebutannya. Memang diakui terdapat segelintir penyanyi berhadapan dengan masalah dalam menuturkan diftong secara bergeluncuran dan cepat dan menyebabkan sebutan perkataan kabur dan tidak jelas. Oleh itu, sebelum menjalankan latihan diftong, penyanyi tersebut digalakkan untuk memperbanyakkan lagi latihan alat artikulasi agar alat tersebut menjadi biasa dan dalam keadaan selesa untuk bergerak ke posisi yang berlainan dalam rongga mulut dan menghasilkan bunyi geluncuran dalam masa yang singkat dan lancar.Yang pertama iaitu untuk sebutan bagi diftong [ai], kedudukan lidah perlulah berada pada kedudukan yang membunyikan vokal hadapan luas [a], dan secara cepatnya menggeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hujung lidah perlu dinaikkan tetapi tidak setinggi kedudukan ketika membunyikan vokal [i]. Pastikan hujung lidah menyentuh gigi bawah dan pita suara adalah digetarkan. Berikut disertakan contoh gambar rajah posisi lidah dan anatomi cara sebutan diftong [ai]:

Penyanyi perlulah menyanyi perkataan dengan jelas dan betul yang mengandungi diftong [ai] supaya pendengar boleh mendapat makna yang betul. Berikut adalah contoh diftong [ai] yang terdapat dalam lirik lagu:TAJUK LAGUPERKATAAN DIFTONG [ai]

Tepuk Amai-amaiTepuk amai-amaiBelalang kupu-kupuTepuk ramai-ramaiEmak upah susu

Sungai PahangAir mengalir Dengan berbagai cetera Sungai Pahang Sungai pusaka negara

Jong Jong InaiJong jong inai Mak ipong waja wali( 2X )Jong jong inai Mak ipong waja waliSepak tunggul inaiBerdarah ibu kaki( 2X )

Seterusnya, cara untuk menuturkan diftong [au] pula ialah dengan memastikan posisi hadapan lidah adalah pada keadaan sebagaimana membunyikan vokal hadapan luas [a] dan kemudian menggeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal belakang sempit [u] tetapi keadaan lidah adalah melengkung ke arah lelangit keras sementara hujung lidah adalah hampir menyentuh pada bahagian gigi bawah. Berikut disertakan contoh gambar rajah posisi lidah dan anatomi cara sebutan diftong [au]:

Penyanyi perlulah menyanyi perkataan dengan jelas dan betul yang mengandungi diftong [au] supaya pendengar boleh mendapat makna yang betul. Berikut adalah contoh diftong [au] yang terdapat dalam lirik lagu:TAJUK LAGUPERKATAAN DIFTONG [au]

Bangau Oh BangauBangau oh bangau,Kenapa engkau kurus? DANMacam mana aku tak panjangKerbau tak makan akuKerbau tak makan aku.

Bintang KecilBintang Kecil Di Langit Yang Tinggi,Amat Indah Menghias Angkasa,Aku Ingin Terbang Dan Menari,Jauh Tinggai Di Tempat Kau Berada.

Yang terakhir iaitu cara untuk membunyikan diftong [oi] pula ialah dengan memastikan posisi lidah berada dalam kedudukan sebagaimana menghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit [o] dan dengan cepatnya menggeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hadapan lidah akan dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada posisi ketika membunyikan vokal [i]. Berikut disertakan contoh gambar rajah posisi lidah dan anatomi cara sebutan diftong [oi]:

Penyanyi perlulah menyanyi perkataan dengan jelas dan betul yang mengandungi diftong [oi] supaya pendengar boleh mendapat makna yang betul. Berikut adalah contoh diftong [oi] yang terdapat dalam lirik lagu:TAJUK LAGUPERKATAAN DIFTONG [oi]

Ikan KekekIkan kekek mak iloi, iloi,Ikan gelama mak ilai, ilai,Sungguh cantik adikku amboi,Tapi ketawa mengilai-ngilai.

Perigi BiruWahai bondakubondaku si ikan kaloiTimbullah bondaooh timbullah tunjukkan diri

Seperti juga dalam Bahasa Melayu, diftong juga terdapat dalam suku kata Bahasa Inggeris. Berikut merupakan contoh diftong yang terdapat dalam Bahasa Inggeris: